SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN




         NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG HWA
     JALAN ATAS BANGGOL, 15300 KOTA BHARU
                  KELANTAN




              NAMA PENYELIDIK

          MOHD ASIF BIN MOHD ALWI




                TAJUK KAJIAN:

       PROGRAM ‘MENGASAH MATA MINDA’:
     PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2 STPM 2008
1.0   REFLEKSI MASALAH / REFLEKSI P&P LALU

      Pelajar-pelajar tingkatan enam sebenarnya telah melalui dua zaman yang
berbeza sebelum menduduki zaman pra-U, iaitu zaman peperiksaan Penilaian
Menengah Rendah (PMR) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kedua-dua zaman ini mempersembahkan dua bentuk penulisan karangan yang
sangat berbeza. Aspek yang paling berbeza ialah jumlah patah perkataan yang
dikehendaki oleh peraturan peperiksaan tersebut. Peperiksaan PMR
memerlukan pelajar menulis sebanyak 180 patah perkataan, manakala dalam
peperiksaan SPM pula pelajar perlu menulis tidak kurang 350 patah perkataan.

      Dua zaman yang pernah dilalui oleh pelajar-pelajar ini menyebabkan
mereka mengalami suatu kejutan apabila melangkah ke alam pra-U. Mereka
sangat terkejut apabila dimaklumkan bahawa penulisan karangan peringkat
STPM menghendaki pelajar menulis karangan sebanyak 650 hingga 700 patah
perkataan. Reaksi sebegini dapat saya lihat semasa sesi taklimat mata pelajaran
yang saya berikan pada minggu orientasi pelajar-pelajar tingkatan enam rendah.

      Keadaan ini berterusan sehingga ke dalam kelas. Mereka menyatakan
bahawa sukar untuk mereka menulis sebanyak itu. Selain itu, teknik penulisan
wacana yang tidak diberi penekanan dalam dua zaman peperiksaan sebelum ini
juga turut mendatangkan masalah kepada mereka, di samping tahap
pengetahuan am yang sangat minima. Keadaan inilah yang memberi sedikit
cabaran kepada saya dan guru-guru yang mengajar kertas ini. Sememangnya
guru perlu menganjakkan paradigma mereka untuk mengasah mata minda dan
ekspektasi pelajar bahawa mereka berpotensi untuk mendapat skor tinggi dalam
karangan dan seterusnya mendapat Prinsipal A dalam kertas ini. Syaratnya,
mereka mesti melaburkan kegigihan dan bermodalkan prasarana yang
komprehensif.



2.0   ISU / KEPRIHATINAN YANG DIKAJI

      Berdasarkan peperiksaan akhir tahun tingkatan enam rendah 2007, saya
dapati pelajar sasaran (responden) memperoleh markah yang sangat sederhana
dalam Kertas 2 Bahasa Melayu STPM. Setelah dianalisa, didapati bahawa purata
markah yang diperoleh pelajar dalam Bahagian A ialah sebanyak 30 peratus.
Senario ini membuktikan bahawa para pelajar belum benar-benar menguasai
aspek penulisan karangan yang berkesan.
      Oleh hal yang demikian, bahagian ini bukanlah suatu perkara yang boleh
dipandang remeh oleh pelajar. Sebaliknya, saya dapat mengesan tindakan dan
sikap kebanyakan pelajar yang mengambil mudah dan tidak mencuba untuk
menambah input pengetahuan am mereka. Ironinya, pelajar-pelajar telah pun


                                      2
diberi peringatan sejak awal tahun untuk sentiasa menambahkan pengetahuan
mereka melalui pembacaan bahan-bahan bacaan am seperti akhbar harian,
majalah-majalah ilmiah atau apa-apa bentuk media massa yang lain.
       Sehubungan dengan itu, saya akan mencetuskan semangat mereka untuk
mendalami dan mengkaji dengan lebih mendalam segala permasalahan mereka
untuk menulis karangan dengan baik. Suatu hal yang perlu diberi perhatian
ialah pelajar-pelajar responden terdiri daripada 99 peratus pelajar berbangsa
Cina. Hanya seorang pelajar berbangsa Melayu. Walaupun begitu, pelajar
responden mempunyai kemampuan yang baik dalam penggunaan bahasa
Malaysia. Gaya penulisan mereka tidak menggambarkan bangsa mereka. Oleh
sebab itulah saya berasa yakin bahawa pelajar-pelajar responden mampu
memberikan keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM kelak.




3.0   OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini dijalankan, saya mengharapkan agar semua pelajar responden;


      3.1      Objektif Umum
            mempunyai semangat kendiri yang tinggi dan memiliki sikap ‘kaizen’
            bagi meningkatkan modal minda mereka; mempunyai disiplin belajar
            yang kental, berdedikasi, dan ikhlas serta dapat mengeksploitasi input
            yang diperoleh daripada sosialisasi seharian.


      3.2      Objektif Khusus
            Pertambahan peratus pelajar yang mendapat gred cemerlang dari
            masa ke masa dan mengurangkan peratus pelajar gred D, D+, dan C-.
            Lebih 50 peratus pelajar responden memperoleh Prinsipal dan
            cemerlang dalam Peperiksaan STPM.
            Membina kemahiran penulisan karangan yang baik dan berkesan.



4.0   KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran kajian ialah 18 orang pelajar tingkatan U6A1 (2008) yang
terdiri daripada 8 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan.



                                         3
5.0   TINDAKAN / AKTIVITI YANG DICADANGKAN

      Pada asasnya, Kajian Tindakan ini membawa pendekatan demi mencapai
skor cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti prestasi pelajar dalam Kertas 2
Bahasa Melayu, khususnya Bahagian A, iaitu penulisan karangan.
       Kecemerlangan kualiti yang dimaksudkan ialah peningkatan skor pelajar-
pelajar sasaran agar mencapai gred A atau sekurang-kurangnya A-.
Kecemerlangan kuantiti pula bermaksud pelajar-pelajar sasaran dalam
kumpulan sederhana, iaitu mereka yang memperoleh Prinsipal (R) sekurang-
kurangnya akan meningkat ke gred C dan mereka yang Gagal (F) sekurang-
kurangnya akan meningkat ke Gred C.
Aktiviti-aktiviti berikut akan saya jalankan untuk mencapai matlamat yang
diinginkan di samping memotivasikan pelajar, menambahkan minat serta
meluaskan pengetahuan am:


      5.1     Kawalan Kualiti / Kecemerlangan: Program Pengayaan dan
              Peneguhan

      Pada awal sesi persekolahan 2008, saya akan menjalankan strategi
      pengajaran dan pembelajaran yang berikut untuk pelajar-pelajar tingkatan
      6A3:
         i.   Sesi taaruf/mengenal pasti masalah (dalaman dan luaran).
        ii.   Post mortem markah Peperiksaan Akhir Tahun 2007.
       iii.   Mengedarkan Buku Log Projek Menara Gading
       iv.    Rutin dan kebiasaan: semakan buku/fail latihan, latihan dalam
              kumpulan, latihan individu, ujian topikal, ujian masa, dan lain-lain.
        v.    Projek buku skrap yang mengandungi keratan akhbar/majalah
              yang berkaitan dengan isu-isu semasa (kumpulan)
       vi.    Tugasan kumpulan: Kajian tentang isu-isu semasa mengikut
              kategori sosial, ekonomi dan politik (berdasarkan tajuk-tajuk
              pilihan)
      vii.    Tugasan khas (individu): mengumpul pelbagai bentuk kesalahan
              bahasa daripada pelbagai media.
      viii.   Menggalakkan pelajar memiliki:
              a. Kompilasi (buku) Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 STPM (1999-
                 2006)
              b. Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, dan Dewan Budaya.
              c. Buku kerja latihan kendiri
              d. Senarai Kesalahan Bahasa (Morfologi dan Sintaksis)
       ix.    Contoh-contoh karangan calon STPM tahun-tahun lepas.


                                         4
5.2    Kawalan Kuantiti / Sifar Gagal: Program Pemulihan &
       Peneguhan
       Dalam program ini, saya akan mengenalpasti setiap pelajar yang
mendapat markah terendah. Kumpulan pelajar ini akan dikenalpasti dan
mereka akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan bahasa secara
terancang.
Tindakan yang akan dijalankan terhadap mereka adalah seperti berikut:
  a. Mengatur temu janji
  b. Mengenal pasti aspek-aspek kelemahan pelajar dengan lebih
     terperinci.
  c. Memberi tunjuk ajar khusus, latihan-latihan, dan ujian khas
     sehingga tiba peperiksaan/ujian yang seterusnya.


Pelajar-pelajar kumpulan ini akan diberi sebuah fail yang berisi bahan-
bahan seperti berikut:
  i.   Senarai kesalahan bahasa (Sintaksis)
 ii.   Modul latihan binaan karangan (pendahuluan, isi, dan penutup)
iii.   Tajuk-tajuk/isu penting yang perlu diberi penekanan
iv.    Kertas graf
 v.    Contoh-contoh karangan calon STPM tahun-tahun lepas

Program pemulihan ini akan bermula pada setiap kali selepas
peperiksaan/ujian dijalankan berdasarkan takwim peperiksaan sekolah.
Nama pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyertai program ini akan
dipamerkan. Pelajar juga boleh melihat sama ada mereka perlu mengikuti
program pemulihan ini atau tidak setiap kali selepas peperiksaan/ujian
dijalankan.




                                5
6.0      JADUAL PELAKSANAAN
BIL                   AKTIVITI                  TARIKH               CATATAN
       Menulis      proposal   kajian     dan                Bentuk-bentuk aktiviti dan
       merancang tindakan serta aktiviti yang                latihan adalah berdasarkan
 1     sesuai dengan program pemulihan           Januari     keputusan      peperiksaan
       yang akan dijalan kepada pelajar-                     akhir tahun 2007
       pelajar tingkatan enam
       Mengedarkan borang Dokumentasi                        Responden          mengisi
       Peribadi untuk mengenali pelajar                      maklumat              dan
 2                                               Januari
       sasaran                                               menghantarnya        pada
                                                             keesokan hari
       Merujuk maklumat prestasi akademik                    Menjadikan         markah
 3     responden melalui ujian ringkas           Februari    peperiksaan akhir tahun
       (diagnosis)                                           sebagai penanda aras
                                                             Memilih    pelajar   yang
                                                             mendapat           markah
 4     Ujian Penilaian I                        17.02.2008
                                                             terendah – sasaran pakej
                                                             pemulihan 1
 5     Program Pemulihan 1                      Mac-April      Pakej Pemulihan BM2: 1
                                                             Memilih    pelajar   yang
                                                  13-21      mendapat           markah
 6     Ujian Penilaian II
                                                April 2008   terendah – sasaran pakej
                                                             pemulihan 2
 7     Program Pemulihan 2                       Mei-Jun     Pakej Pemulihan BM2: 2
                                                             Memilih    pelajar   yang
                                                             mendapat           markah
 8     Ujian Progresif                             Jun
                                                             terendah – sasaran pakej
                                                             pemulihan 3
 9     Program Pemulihan 3                       Jun-Julai   Pakej Pemulihan BM2: 3
                                                             Memilih    pelajar   yang
                                                             mendapat           markah
10     Ujian Bulanan                               Julai
                                                             terendah – sasaran pakej
                                                             pemulihan 4
                                                  Julai-
11     Program Pemulihan 4                                Pakej Pemulihan BM2: 4
                                                September
                                                             Memilih    pelajar   yang
                                                             mendapat           markah
12     Peperiksaan Percubaan STPM               7.09.2008
                                                             terendah – sasaran pakej
                                                             pemulihan 4
13     Program Pemulihan 5                      5.10.2008    Pakej Pemulihan BM2: 5
14     Peperiksaan STPM 2008


                                          6
7.0   KOS KAJIAN


                                                          KOS   JUMLAH
                                                 JUMLAH
BIL               JENIS BAHAN                            SEUNIT   KOS
                                                  BAHAN
                                                          (RM)    (RM)
 1    Fail poket                                     18    0.70   12.60
 2    Senarai kesalahan bahasa (Sintaksis)           18    1.00   18.00
 3    Buku Log Projek Menara Gading                  18    0.40    7.20
 4    Contoh-contoh        karangan      pelajar     18           18.00
                                                           1.00
      cemerlang
 5    Kertas graf                                    18    0.10    1.80
 6    Kertas A4 (kosong)                           1 rim   6.80    6.80
 7    Fotostat soalan                              5 set   0.60   10.80
 8    Modul Penulisan Karangan                       18    0.70   12.60
 9    Fotostat artikel (pelbagai sumber)             18    0.50    9.00
                                   Jumlah                         96.80




8.0   PENUTUP
Kajian yang saya jalankan ini diharap dapat mencapai sasaran matlamatnya.
Saya juga mengharapkan peningkatan prestasi kualiti dan kuantiti
kecemerlangan daripada pelajar-pelajar responden, khususnya bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 dalam peperiksaan STPM. Kajian ini juga
boleh dimanfaatkan oleh guru-guru tingkatan enam sebagai panduan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.


Sekian, terima kasih.




                                   7

More Related Content

What's hot

penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...koperasi
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Muhri Badri
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakanhajizul
 
Penyataan Masalah Dan Cara Pelaporan
Penyataan Masalah Dan Cara PelaporanPenyataan Masalah Dan Cara Pelaporan
Penyataan Masalah Dan Cara Pelaporaniniaron
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...IPGM Kampus Kota Bharu
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanzulyanei
 
Pembinaan Soalan
Pembinaan SoalanPembinaan Soalan
Pembinaan SoalanNiena Majid
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...Ahmad NazRi
 
Kajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborKajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborkhairulnizam107
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaAhmad NazRi
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012aaunii
 
Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asalKPM
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)JOLIN TAIMIN
 
Kajian tindakan proposal
Kajian tindakan proposalKajian tindakan proposal
Kajian tindakan proposalmaizatul86
 
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiProposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiMardhiah Hayati Rahim
 
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010magenthama
 
Presentation proposal kajian tindakan perdagangan
Presentation proposal kajian tindakan perdaganganPresentation proposal kajian tindakan perdagangan
Presentation proposal kajian tindakan perdaganganazizah_student
 

What's hot (20)

penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
penggunaan pendekatan penceritaan berdasarkan kad bergambar dlm meningkatkan ...
 
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)
 
Ulasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian TindakanUlasan Kajian Tindakan
Ulasan Kajian Tindakan
 
Minggu 1
Minggu 1Minggu 1
Minggu 1
 
Jsu
JsuJsu
Jsu
 
Penyataan Masalah Dan Cara Pelaporan
Penyataan Masalah Dan Cara PelaporanPenyataan Masalah Dan Cara Pelaporan
Penyataan Masalah Dan Cara Pelaporan
 
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
Meningkatkan Kemahiran Mengingat, Mengesan dan Menulis Nilai Murni di Kalanga...
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
 
Pembinaan Soalan
Pembinaan SoalanPembinaan Soalan
Pembinaan Soalan
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Kajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nomborKajian tindakan bahasa arab nombor
Kajian tindakan bahasa arab nombor
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012Post mortem bm upsr 2012
Post mortem bm upsr 2012
 
Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asal
 
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
Jadual Spesifikasi Ujian (Jsu)
 
Kajian tindakan proposal
Kajian tindakan proposalKajian tindakan proposal
Kajian tindakan proposal
 
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
 
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiProposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
 
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
 
Presentation proposal kajian tindakan perdagangan
Presentation proposal kajian tindakan perdaganganPresentation proposal kajian tindakan perdagangan
Presentation proposal kajian tindakan perdagangan
 

Similar to KT: Mengasah Mata Minda 2008

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralKioshi Reizo
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012 Rohani Othman
 
2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaianmadiah jaafar
 
Projek bmm3103 2012
Projek bmm3103 2012Projek bmm3103 2012
Projek bmm3103 2012Amy Azuha
 
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanRosmah Mohd Shah
 
Jadual spesifikasi ujian
Jadual spesifikasi ujianJadual spesifikasi ujian
Jadual spesifikasi ujianjamilinordin
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Suzana Che Harun
 
Topik 3 klasifikasi ujian a good one
Topik 3 klasifikasi ujian a good oneTopik 3 klasifikasi ujian a good one
Topik 3 klasifikasi ujian a good oneizwan nasir
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestabdol rahim
 
Contoh perancangan strategik sekolah
Contoh perancangan strategik sekolahContoh perancangan strategik sekolah
Contoh perancangan strategik sekolahNadzari Baharom
 
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01Cikgu Niezam
 
Pelan tindakan kecemerlangan upsr
Pelan tindakan kecemerlangan upsrPelan tindakan kecemerlangan upsr
Pelan tindakan kecemerlangan upsrSk Skta
 
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanContoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanNuraishah Fatihah
 
Ulasan Jurnal Stem Malaysia VS Singapura
Ulasan Jurnal Stem Malaysia VS SingapuraUlasan Jurnal Stem Malaysia VS Singapura
Ulasan Jurnal Stem Malaysia VS SingapuraNORSAKINAHBINTIASAAD
 

Similar to KT: Mengasah Mata Minda 2008 (20)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
 
Kajian tind 3 rohani 2012
Kajian  tind 3 rohani  2012  Kajian  tind 3 rohani  2012
Kajian tind 3 rohani 2012
 
Kamala penilaian
Kamala penilaianKamala penilaian
Kamala penilaian
 
2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian
 
Projek bmm3103 2012
Projek bmm3103 2012Projek bmm3103 2012
Projek bmm3103 2012
 
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Jadual spesifikasi ujian
Jadual spesifikasi ujianJadual spesifikasi ujian
Jadual spesifikasi ujian
 
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
Jurnalrivew 120925082904-phpapp01
 
Topik 3 klasifikasi ujian a good one
Topik 3 klasifikasi ujian a good oneTopik 3 klasifikasi ujian a good one
Topik 3 klasifikasi ujian a good one
 
60386857 assiment-pengukuran
60386857 assiment-pengukuran60386857 assiment-pengukuran
60386857 assiment-pengukuran
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latest
 
Contoh perancangan strategik sekolah
Contoh perancangan strategik sekolahContoh perancangan strategik sekolah
Contoh perancangan strategik sekolah
 
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
Contohperancanganstrategiksekolah 140709000808-phpapp01
 
Pelan tindakan kecemerlangan upsr
Pelan tindakan kecemerlangan upsrPelan tindakan kecemerlangan upsr
Pelan tindakan kecemerlangan upsr
 
M3 JENIS PENTAKSIRAN.pptx
M3 JENIS PENTAKSIRAN.pptxM3 JENIS PENTAKSIRAN.pptx
M3 JENIS PENTAKSIRAN.pptx
 
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakanContoh kertas cadangan_kajian_tindakan
Contoh kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Ulasan Jurnal Stem Malaysia VS Singapura
Ulasan Jurnal Stem Malaysia VS SingapuraUlasan Jurnal Stem Malaysia VS Singapura
Ulasan Jurnal Stem Malaysia VS Singapura
 
Roslin
RoslinRoslin
Roslin
 
Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)Hbef4106 (1)
Hbef4106 (1)
 

More from IPG

2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 
sistem-ejaan-rumi.pdf
sistem-ejaan-rumi.pdfsistem-ejaan-rumi.pdf
sistem-ejaan-rumi.pdfIPG
 
Bengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptx
Bengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptxBengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptx
Bengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptxIPG
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
SintaksisIPG
 
Sistem dokumentasi_Sistem APA
Sistem dokumentasi_Sistem APASistem dokumentasi_Sistem APA
Sistem dokumentasi_Sistem APAIPG
 
Sistem dokumentasi_Sistem APA
Sistem dokumentasi_Sistem APASistem dokumentasi_Sistem APA
Sistem dokumentasi_Sistem APAIPG
 
Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
Pengantarabangsaan Bahasa MelayuPengantarabangsaan Bahasa Melayu
Pengantarabangsaan Bahasa MelayuIPG
 
Kt.Globalisasi Minda Bm2
Kt.Globalisasi Minda Bm2Kt.Globalisasi Minda Bm2
Kt.Globalisasi Minda Bm2IPG
 
Kt Globalisasi
Kt GlobalisasiKt Globalisasi
Kt GlobalisasiIPG
 

More from IPG (9)

2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
sistem-ejaan-rumi.pdf
sistem-ejaan-rumi.pdfsistem-ejaan-rumi.pdf
sistem-ejaan-rumi.pdf
 
Bengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptx
Bengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptxBengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptx
Bengkel Pengukuhan Kefahaman KPPB.pptx
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Sistem dokumentasi_Sistem APA
Sistem dokumentasi_Sistem APASistem dokumentasi_Sistem APA
Sistem dokumentasi_Sistem APA
 
Sistem dokumentasi_Sistem APA
Sistem dokumentasi_Sistem APASistem dokumentasi_Sistem APA
Sistem dokumentasi_Sistem APA
 
Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
Pengantarabangsaan Bahasa MelayuPengantarabangsaan Bahasa Melayu
Pengantarabangsaan Bahasa Melayu
 
Kt.Globalisasi Minda Bm2
Kt.Globalisasi Minda Bm2Kt.Globalisasi Minda Bm2
Kt.Globalisasi Minda Bm2
 
Kt Globalisasi
Kt GlobalisasiKt Globalisasi
Kt Globalisasi
 

KT: Mengasah Mata Minda 2008

  • 1. PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH JENIS KEBANGSAAN CHUNG HWA JALAN ATAS BANGGOL, 15300 KOTA BHARU KELANTAN NAMA PENYELIDIK MOHD ASIF BIN MOHD ALWI TAJUK KAJIAN: PROGRAM ‘MENGASAH MATA MINDA’: PEMULIHAN BAHASA MELAYU 2 STPM 2008
  • 2. 1.0 REFLEKSI MASALAH / REFLEKSI P&P LALU Pelajar-pelajar tingkatan enam sebenarnya telah melalui dua zaman yang berbeza sebelum menduduki zaman pra-U, iaitu zaman peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kedua-dua zaman ini mempersembahkan dua bentuk penulisan karangan yang sangat berbeza. Aspek yang paling berbeza ialah jumlah patah perkataan yang dikehendaki oleh peraturan peperiksaan tersebut. Peperiksaan PMR memerlukan pelajar menulis sebanyak 180 patah perkataan, manakala dalam peperiksaan SPM pula pelajar perlu menulis tidak kurang 350 patah perkataan. Dua zaman yang pernah dilalui oleh pelajar-pelajar ini menyebabkan mereka mengalami suatu kejutan apabila melangkah ke alam pra-U. Mereka sangat terkejut apabila dimaklumkan bahawa penulisan karangan peringkat STPM menghendaki pelajar menulis karangan sebanyak 650 hingga 700 patah perkataan. Reaksi sebegini dapat saya lihat semasa sesi taklimat mata pelajaran yang saya berikan pada minggu orientasi pelajar-pelajar tingkatan enam rendah. Keadaan ini berterusan sehingga ke dalam kelas. Mereka menyatakan bahawa sukar untuk mereka menulis sebanyak itu. Selain itu, teknik penulisan wacana yang tidak diberi penekanan dalam dua zaman peperiksaan sebelum ini juga turut mendatangkan masalah kepada mereka, di samping tahap pengetahuan am yang sangat minima. Keadaan inilah yang memberi sedikit cabaran kepada saya dan guru-guru yang mengajar kertas ini. Sememangnya guru perlu menganjakkan paradigma mereka untuk mengasah mata minda dan ekspektasi pelajar bahawa mereka berpotensi untuk mendapat skor tinggi dalam karangan dan seterusnya mendapat Prinsipal A dalam kertas ini. Syaratnya, mereka mesti melaburkan kegigihan dan bermodalkan prasarana yang komprehensif. 2.0 ISU / KEPRIHATINAN YANG DIKAJI Berdasarkan peperiksaan akhir tahun tingkatan enam rendah 2007, saya dapati pelajar sasaran (responden) memperoleh markah yang sangat sederhana dalam Kertas 2 Bahasa Melayu STPM. Setelah dianalisa, didapati bahawa purata markah yang diperoleh pelajar dalam Bahagian A ialah sebanyak 30 peratus. Senario ini membuktikan bahawa para pelajar belum benar-benar menguasai aspek penulisan karangan yang berkesan. Oleh hal yang demikian, bahagian ini bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh oleh pelajar. Sebaliknya, saya dapat mengesan tindakan dan sikap kebanyakan pelajar yang mengambil mudah dan tidak mencuba untuk menambah input pengetahuan am mereka. Ironinya, pelajar-pelajar telah pun 2
  • 3. diberi peringatan sejak awal tahun untuk sentiasa menambahkan pengetahuan mereka melalui pembacaan bahan-bahan bacaan am seperti akhbar harian, majalah-majalah ilmiah atau apa-apa bentuk media massa yang lain. Sehubungan dengan itu, saya akan mencetuskan semangat mereka untuk mendalami dan mengkaji dengan lebih mendalam segala permasalahan mereka untuk menulis karangan dengan baik. Suatu hal yang perlu diberi perhatian ialah pelajar-pelajar responden terdiri daripada 99 peratus pelajar berbangsa Cina. Hanya seorang pelajar berbangsa Melayu. Walaupun begitu, pelajar responden mempunyai kemampuan yang baik dalam penggunaan bahasa Malaysia. Gaya penulisan mereka tidak menggambarkan bangsa mereka. Oleh sebab itulah saya berasa yakin bahawa pelajar-pelajar responden mampu memberikan keputusan yang baik dalam peperiksaan STPM kelak. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN Selepas kajian ini dijalankan, saya mengharapkan agar semua pelajar responden; 3.1 Objektif Umum mempunyai semangat kendiri yang tinggi dan memiliki sikap ‘kaizen’ bagi meningkatkan modal minda mereka; mempunyai disiplin belajar yang kental, berdedikasi, dan ikhlas serta dapat mengeksploitasi input yang diperoleh daripada sosialisasi seharian. 3.2 Objektif Khusus Pertambahan peratus pelajar yang mendapat gred cemerlang dari masa ke masa dan mengurangkan peratus pelajar gred D, D+, dan C-. Lebih 50 peratus pelajar responden memperoleh Prinsipal dan cemerlang dalam Peperiksaan STPM. Membina kemahiran penulisan karangan yang baik dan berkesan. 4.0 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran kajian ialah 18 orang pelajar tingkatan U6A1 (2008) yang terdiri daripada 8 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan. 3
  • 4. 5.0 TINDAKAN / AKTIVITI YANG DICADANGKAN Pada asasnya, Kajian Tindakan ini membawa pendekatan demi mencapai skor cemerlang dari segi kualiti dan kuantiti prestasi pelajar dalam Kertas 2 Bahasa Melayu, khususnya Bahagian A, iaitu penulisan karangan. Kecemerlangan kualiti yang dimaksudkan ialah peningkatan skor pelajar- pelajar sasaran agar mencapai gred A atau sekurang-kurangnya A-. Kecemerlangan kuantiti pula bermaksud pelajar-pelajar sasaran dalam kumpulan sederhana, iaitu mereka yang memperoleh Prinsipal (R) sekurang- kurangnya akan meningkat ke gred C dan mereka yang Gagal (F) sekurang- kurangnya akan meningkat ke Gred C. Aktiviti-aktiviti berikut akan saya jalankan untuk mencapai matlamat yang diinginkan di samping memotivasikan pelajar, menambahkan minat serta meluaskan pengetahuan am: 5.1 Kawalan Kualiti / Kecemerlangan: Program Pengayaan dan Peneguhan Pada awal sesi persekolahan 2008, saya akan menjalankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berikut untuk pelajar-pelajar tingkatan 6A3: i. Sesi taaruf/mengenal pasti masalah (dalaman dan luaran). ii. Post mortem markah Peperiksaan Akhir Tahun 2007. iii. Mengedarkan Buku Log Projek Menara Gading iv. Rutin dan kebiasaan: semakan buku/fail latihan, latihan dalam kumpulan, latihan individu, ujian topikal, ujian masa, dan lain-lain. v. Projek buku skrap yang mengandungi keratan akhbar/majalah yang berkaitan dengan isu-isu semasa (kumpulan) vi. Tugasan kumpulan: Kajian tentang isu-isu semasa mengikut kategori sosial, ekonomi dan politik (berdasarkan tajuk-tajuk pilihan) vii. Tugasan khas (individu): mengumpul pelbagai bentuk kesalahan bahasa daripada pelbagai media. viii. Menggalakkan pelajar memiliki: a. Kompilasi (buku) Soalan Bahasa Melayu Kertas 2 STPM (1999- 2006) b. Majalah Dewan Masyarakat, Dewan Bahasa, dan Dewan Budaya. c. Buku kerja latihan kendiri d. Senarai Kesalahan Bahasa (Morfologi dan Sintaksis) ix. Contoh-contoh karangan calon STPM tahun-tahun lepas. 4
  • 5. 5.2 Kawalan Kuantiti / Sifar Gagal: Program Pemulihan & Peneguhan Dalam program ini, saya akan mengenalpasti setiap pelajar yang mendapat markah terendah. Kumpulan pelajar ini akan dikenalpasti dan mereka akan dimasukkan ke dalam kelas pemulihan bahasa secara terancang. Tindakan yang akan dijalankan terhadap mereka adalah seperti berikut: a. Mengatur temu janji b. Mengenal pasti aspek-aspek kelemahan pelajar dengan lebih terperinci. c. Memberi tunjuk ajar khusus, latihan-latihan, dan ujian khas sehingga tiba peperiksaan/ujian yang seterusnya. Pelajar-pelajar kumpulan ini akan diberi sebuah fail yang berisi bahan- bahan seperti berikut: i. Senarai kesalahan bahasa (Sintaksis) ii. Modul latihan binaan karangan (pendahuluan, isi, dan penutup) iii. Tajuk-tajuk/isu penting yang perlu diberi penekanan iv. Kertas graf v. Contoh-contoh karangan calon STPM tahun-tahun lepas Program pemulihan ini akan bermula pada setiap kali selepas peperiksaan/ujian dijalankan berdasarkan takwim peperiksaan sekolah. Nama pelajar-pelajar yang terpilih untuk menyertai program ini akan dipamerkan. Pelajar juga boleh melihat sama ada mereka perlu mengikuti program pemulihan ini atau tidak setiap kali selepas peperiksaan/ujian dijalankan. 5
  • 6. 6.0 JADUAL PELAKSANAAN BIL AKTIVITI TARIKH CATATAN Menulis proposal kajian dan Bentuk-bentuk aktiviti dan merancang tindakan serta aktiviti yang latihan adalah berdasarkan 1 sesuai dengan program pemulihan Januari keputusan peperiksaan yang akan dijalan kepada pelajar- akhir tahun 2007 pelajar tingkatan enam Mengedarkan borang Dokumentasi Responden mengisi Peribadi untuk mengenali pelajar maklumat dan 2 Januari sasaran menghantarnya pada keesokan hari Merujuk maklumat prestasi akademik Menjadikan markah 3 responden melalui ujian ringkas Februari peperiksaan akhir tahun (diagnosis) sebagai penanda aras Memilih pelajar yang mendapat markah 4 Ujian Penilaian I 17.02.2008 terendah – sasaran pakej pemulihan 1 5 Program Pemulihan 1 Mac-April Pakej Pemulihan BM2: 1 Memilih pelajar yang 13-21 mendapat markah 6 Ujian Penilaian II April 2008 terendah – sasaran pakej pemulihan 2 7 Program Pemulihan 2 Mei-Jun Pakej Pemulihan BM2: 2 Memilih pelajar yang mendapat markah 8 Ujian Progresif Jun terendah – sasaran pakej pemulihan 3 9 Program Pemulihan 3 Jun-Julai Pakej Pemulihan BM2: 3 Memilih pelajar yang mendapat markah 10 Ujian Bulanan Julai terendah – sasaran pakej pemulihan 4 Julai- 11 Program Pemulihan 4 Pakej Pemulihan BM2: 4 September Memilih pelajar yang mendapat markah 12 Peperiksaan Percubaan STPM 7.09.2008 terendah – sasaran pakej pemulihan 4 13 Program Pemulihan 5 5.10.2008 Pakej Pemulihan BM2: 5 14 Peperiksaan STPM 2008 6
  • 7. 7.0 KOS KAJIAN KOS JUMLAH JUMLAH BIL JENIS BAHAN SEUNIT KOS BAHAN (RM) (RM) 1 Fail poket 18 0.70 12.60 2 Senarai kesalahan bahasa (Sintaksis) 18 1.00 18.00 3 Buku Log Projek Menara Gading 18 0.40 7.20 4 Contoh-contoh karangan pelajar 18 18.00 1.00 cemerlang 5 Kertas graf 18 0.10 1.80 6 Kertas A4 (kosong) 1 rim 6.80 6.80 7 Fotostat soalan 5 set 0.60 10.80 8 Modul Penulisan Karangan 18 0.70 12.60 9 Fotostat artikel (pelbagai sumber) 18 0.50 9.00 Jumlah 96.80 8.0 PENUTUP Kajian yang saya jalankan ini diharap dapat mencapai sasaran matlamatnya. Saya juga mengharapkan peningkatan prestasi kualiti dan kuantiti kecemerlangan daripada pelajar-pelajar responden, khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 dalam peperiksaan STPM. Kajian ini juga boleh dimanfaatkan oleh guru-guru tingkatan enam sebagai panduan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Sekian, terima kasih. 7