SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Kahwin Mut’ah Dalam Ajaran Syiah
Muqaddimah
Sebelum kita membincangkan tentang mut’ah yang merupakan salah satu ajaran Syiah,
terlebih dahulu kita perlu menyedari bahawa ajaran Syiah itu pada keseluruhannya
berpunca daripada tiga sumber iaitu Yahudi, Kristian dan Majusi. Sebenarnya Syiah
merupakan saluran kepada tiga agama tersebut yang tidak mempunyai daya lagi untuk
menghadapi Islam secara bersemuka. Kerana itu mereka mengambil satu jalan untuk
memesongkan Islam sebagai mana mereka telah memesongkan ajaran Nabi Musa dan Nabi
Isa a.s sebelumnya.
Jika Nabi Isa umpamanya mengajarkan bahawa Tuhan hanya satu dan dia sendiri bersama
ibunya adalah hamba Tuhan, maka pengkhianat-pengkhiant dari golongan yang mendakwa
sebagai pengikut-pengikut Nabi Isa sendiri telah menyelewengkan ajarannya dengan
mengatakan bahawa “Isa adalah anak Tuhan dan ia salah satu dari tiga Tuhan”. Maka
demikianlah juga jika Rasulullah s.a.w. mengharamkan sesuatu dan melarang umatnya
daripada melakukannya maka ada pula pengkhianat-pengkhianat dari umat-nya yang
memesongkan ajaran Baginda s.a.w. dengan mengatakan halal apa yang dikatakan haram
oleh Rasulullah saw. dan membenarkan apa yang dilarang oleh Baginda s.a.w.
Apa yang berlaku ini telahpun diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam satu hadisnya
yang bermaksud:
“Pasti kamu akan mengikuti jalan-jalan orang yang sebelummu sejengkal demi sejengkal,
sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang biawak sekalipun pasti
kamu akan menurutinya juga”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah yang
dimaksudkan dengan orang sebelum kamu itu, adakah Yahudi dan Nasrani?”. Rasulullah
saw. Menjawab, “Siapa lagi jika tidak mereka”. - hadis riwayat Bukhari.
Bagaimanapun mut’ah dalam Syiah lebih banyak berpunca dari ajaran Majusi yang
mengajarkan fahaman “Free Sex”. di kalangan penganut-penganutnya.
Perbicangan yang lebih terperinci akan menyusul kemudian, Insyaallah.
Semua manusia yang masih memiliki fitrah yang suci di dalam jiwanya akan menolak
konsep mut’ah ini kerana ia menyentuh soal kemanusiaan namun umat yang paling terhina
di kalangan manusia dengan konsep ini ialah umat Islam kerana ajaran ini dikaitkan dengan
Islam yang selama ini diketahui dan diakui oleh seluruh manusia di dunia sebagai umat
yang memberi penghormatan yang begitu tinggi kepada wanita. Umat inilah juga yang
memiliki ajaran yang penuh bertanggungjawab dalam persoalan rumahtangga dan
kehidupan berkeluarga.
Dari kalangan manusia maka jenis perempuanlah yang akan lebih tersinggung dengan
konsep mut’ah ini kerana ia menjadikan mereka sebagai matabenda yang boleh dilonggok-
longgokkan dan disewakan, juga mereka dilayani sebagai hamba sahaya di dalam segala
hukum hakamnya.
Syeikhul Azhar, Al Marhum Syeikh Mahmud Syaltut pernah berkata, “Bahawa syariat yang
mengharuskan perempuan berkahwin dalam satu tahun dengan 11 orang lelaki dan
mengharuskan pula lelaki berkahwin setiap hari dengan beberapa ramai perempuan tanpa
membebankannya dengan bebanan dan tanggungjawab perkahwinan tidak mungkin
datangnya dari Allah swt, Tuhan sekelian alam dan tidak juga ia syariat yang memelihara
kesucian dan kehormatan manusia.” (Syeikh Mahmud Syaltut, Al Fatana, hal 272-275)
Sementara bekas Mufti Besar Pakistan, Mufti Wali Hasan dalam satu tulisannya pernah
menyatakan ; “Syiahlah satu-satunya ajaran di atas muka bumi ini yang menganggap
jenayah berbohong dan berzina sebagai sesuatu yang mendatangkan pahala dan menaikkan
darjat seseorang. Sesuatu aliran fahaman biar bagaimana hina sekalipun seperti Atheisme
tetap menganggap bohong dan zina sebagai tingkahlaku yang salah dan tidak berakhlak
tetapi Syiah menganggapnya sebagai sebahagian daripada tuntutan Iman dengan menukar
nama bohong kepada ‘Taqiyyah’ dan zina kepada “mut’ah”.(Khomeini Aur Syi’iyyat Kia He,
hal 5)
Islam mengadakan institusi perkahwinan untuk menjaga keturunan manusia dan kemurnian
hidup berkeluarga dalam satu ikatan tanggungjawab tetapi Syiah sebaliknya mahu
menghidupkan amalan jahiliyah atas nama Islam dengan mengemukakan syariat mut’ah.
Kedudukan mut’ah ini begitu penting dalam ajaran Syiah kerana tidak dikira seseorang itu
sebagai Syiah selagi ia tidak menganggap halal amalan mut’ah.
Di sini kita akan mengemukakan riwayat-riwayat dan ajaran-ajaran Syiah berhubung
dengan mut’ah dari sumber-sumber rujukannya sendiri.
Kedudukan muta’ah dalam ajaran Syiah:
(i) Al Kulaini meriwayatkan dari Jaafar bin Muhammad Al Baqir bahawa beliau berkata, “
Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah (kebangkitan semula para
Imam sebelum qiamat untuk menghukum orang-orang yang menentang dan memusuhi
Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut’ah kita” (Man Laa Yahdhruhul Faqih jilid 3 hal.
458, Syeikh Abbas Al Qummi-Muntaha Al Amal jilid 2 hal. 34 )
(ii) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Sinan dari Jaafar As Shadiq katanya,
“Sesungguhnya Allah Tabarakawataala telah mengharamkan bentuk minuman yang
memabukkan ke atas Syiah kita dan menggantikannya dengan mut’ah.” (Ibn Bahwaih Al
Qummi- Man Laa Yahdhuruhul Faqih j . 3 hal. 467, Al Muurru Almili-Wasaailu As Syiah j. 14
hal. 438 )
Keutamaan dan fadilat mut’ah menurut Syiah:
Untuk menggalakkan amalan mut’ah ini mereka mengadakan sekian banyak hadis-hadis
palsu atas nama para Imam mereka yang Duabelas dan atas nama Nabi s.a.w.
(i) Mereka meriwatkan dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda saw bersabda, “ Sesiapa yang
keluar dari dunia (mati ) dalam keadaan tidak pernah melakukan mut’ah ia akan datang
pada hari qiamat dalam keadaan rompong . “ Mulla Fathullah Ka-Syaani – Tafsir Manhaj As
Shadiqin j 2 hal. 489
(ii) Ketika Nabi s.a.w. mikraj ke langit Baginda s.a.w. telah ditemui oleh Jibrail lalu berkata,
“ Wahai Muhammad, Allah Tabarakawaataala berkata : Sesungguhnya Aku telah
mengampunkan orang yang telah melakukan mut’ah dengan perempuan dari kalangan
umatmu . “ (Man Laa Yahdhuruhul Faqih j . 3 hal. 463. Wasaailu As Syiah j . 14 hal. 442.
Biharu Al Anwar j 100 hal 306.
(iii) Bakr bin Muhammad meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya Jaafar as Shadiq
tentang mut’ah. Beliau ( Jaafar As Shadiq ) menjawab , “ Sesungguhnya aku benar-benar
tidak suka seseorang Muslim itu keluar dari dunia ( mati ) dalam keadaan masih belum
dilakukannya sesuatu perbuatan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. “ ( Man Laa
Yahdhuduruhul Faqih j . 3 hal. 463, Wassailu As Syiah j. 14 hal 442, Qurbul Isnad hal. 21 )
(iv) Diriwayatkan dari Soleh bin Uqbah dari ayahnya dari Muhammad Al Baqir katanya , “
Aku berkata kepada Muhammad Al Baqir ; Adakah orang yang melakukan mut’ah itu
mendapat pahala? “ Muhammad Al Baqir berkata , “ Ya. Kalau ia melakukan mut’ah dengan
niat kerana Allah dan sebagai bantahan terhadap orang yang tidak menerimanya, maka
tiada sepatah perkataan pun yang diucapkannya kepada perempuan yang dilakukan mut’ah
dengannya melainkan Allah Tabarakawataala menuliskan untuknya satu kebajikan dan tiada
dihulurkannya tangannya kepada perempuan itu melainkan ditulis Allah satu kebajikan
untuknya. Apabila ia menghampiri perempuan itu nescaya Allah ampunkan satu dosanya.
Apabila ia mandi Allah mengampunkan dosa-dosanya sebanyak bilangan bulu yang dilalui
air di atas tubuhnya. “ Maka aku pun berkata (kata ayah Soleh) Sebanyak bulu di t ubuh ? “
Muhammad Al Baqir berkata, “ Ya. Sebanyak bilangan bulu di tubuh orang itu.” ( Man Laa
Yah dhuruhul Faqih J . 3 hal. 463, Wasaailu As Syiah j . 14, hal. 442, Biharu Al Anwar j.
100 hal. 306)
Bagaimana mut’ah boleh terjadi :
Mut’ah boleh terjadi;
(i) Tanpa wali , saksi dan perisytiharan. ( At Thusi- Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 248, 249 ,
254 , An Nihayah hal. 489 )
(ii) Di mana-mana sahaja di antara seorang lelaki dan seorang perempuan.
(iii) Dengan perempuan Yahudi , Nasrani dan perempuan pelacur sekalipun. (Khomeini-
Tahriru Al Wasilah jil. 2 hal. 292 )
(iv) Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan itu bersuami atau tidak. (Tahzibu
Al Ahkam jil. 7 hal. 253, An Nihayah hal. 489
(v) Dengan perempuan dalam lingkungan umur yang tidak tertipu iaitu 10 tahun. (Al
Istibshar j. 3 hal. 461, Al Furu’ Min Al Kafi jil . 5 hal. 463)
(vi) Dengan bayaran mas kahwin yang tidak terlalu besar, hanya memadai dengan
segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar atau satu dirham bahkan
kurang lagi dari satu dirham. ( Al Furu’ Min Al Kafi jil. 5 hal 457 ,Tahzibu Al Ahkam jil. 7
hal. 260 )
(vii) Dengan perempuan tanpa had. Ia tidak terbatas kepada empat orang sahaja tetapi
mengikut apa yang mereka riwayatkan dari Jaafar As Shadiq bahawa beliau ada berkata , “
Berkahwinlah dengan mereka secara mut’ah walaupun sampai 1000 orang kerana mereka
itu termasuk di antara perempuan sewaan" . ( Al Istibshar j. 3 hal. 461, Tahzibu Al
Ahkam j. 7 hal. 259, Wasaailu As Syiah jil, 14 hal, 446, Al Furu ‘ Min Al .Kafi jil. 5 hal. 452
)
(viii) Untuk jangkamasa tertentu seperti 2 tahun, 2 bulan, sebulan, seminggu atau sehari.
Sekurang-kurang tempoh bagi mut’ah itu boleh dilakukan mengikut sebagaimana yang
tersebut di dalam riwayat ( Syiah ) dari Ali bin Muhammad Al Jawad ( Imam yang ke -10 di
sisi Syiah ) bahawa beliau pernah ditanya, “ Berapa lamakah sekurang-kurangnya tempoh
bagi mut’ah itu boleh dilakukan ?, Adakah harus seseorang melakukan mut’ah dengan
syarat sekali persetubuhan ?, “ Ya, tidak mengapa. Tetapi bila selesai (daripada
persetubuhan itu) hendaklah ia memalingkan mukanya dan tidak memandang lagi kepada
perempuan itu. ( Al Furu’ Min Al Kafi j. 5 hal 460. Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 267 )
(ix) Dengan seseorang perempuan beberapa kali. Perempuan itu tidak haram kepada lelaki
yang telah melakukan melakukan mut’ah dengannya walaupun beberapa kali, pada kali
yang ke-3 bahkan pada kali yang ke-1000 sekalipun ; Ini tersebut di dalam riwayat Syiah
dari Aban bahawa ada orang bertanya Jaafar As Shadiq tentang bolehkah seseorang
melakukan mut’ah dengan sesorang perempuan beberapa kali ?. Jaafar Al Shadiq
menjawab, “ Tidak mengapa, ia boleh melakukan mut’ah dengannya seberapa kerap yang
dikehendakinya “. ( Al Furu ‘ Min Al Kafi jil . 5 hal. 460, Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480 ).
Satu lagi riwayat dari Jaafar As Shadiq bahawa beliau ditanya tentang seorang yang
berkahwin dengan seorang perempuan secara mut’ah berapa kalikah ia boleh melakukan
mut’ah dengannya ?. Jaafar As Shadiq menjawab. “ Sebanyak yang disukainya.” (Qurbu
Isnad hal. 109, Wasaalu As Syiah jil. 14. hal 480. Al Firu Min Al-Kafi jil .5 hal. 460).
(x) dengan bayaran maskahwin secara ansuran dan tidak memberi sebahagian daripada
maskahwin mengikut keadaan hari atau masa keengganan perempuan bergaul dengan
lelaki yang mengadakan aqad mut’ah dengannya. Misalnya mereka mengadakan aqad
mut’ah untuk 10 hari dan menentukan maskahwinnya sebanyak RM 100.00 tetapi si laki-
laki bimbang perempuan yang ia lakukan mut’ah dengannya itu tidak akan memenuhi
tempoh yang dipersetujui itu maka bolehlah ia mengaqad mut’ah dengan bayaran
maskahwinnya secara beransur-ansur!.Jadi jika perempuan itu hanya memenuhi kepuasan
lelaki tersebut selama 5 hari sahaja, maka lelaki itu perlu membayar RM 50.00 sahaja. Ini
berdasarkan riwayat mereka (Syiah) daripada Umar bin Hanzalah katanya,”Aku bertanya
Jaafar As Shadiq; Bolehkah aku mengadakan aqad mut’ah dengan seorang perempuan
selama sebulan dengan tidak memberikan kepada perempuan itu sebahagian daripada
maskahwinya? Jaafar As Shafiq menjawab, ”Ya,boleh.Ambillah daripadanya sekadar masa
keengganannya (untuk bergaul denganmu). Jika setengah bulan ambillah separuh, jika
sepertiga bulan ambillah satu pertiga.”(Al Furu’ Min Al Kafi j.5 hal.461, Wasaailu As
Syiah jil.14 hal.481,Biharu Al Anwar jil.100 hal.310)
Siapakah yang dibenarkan mengamalkan mut’ah
Syiah meriwayatkan bahawa Imam Ar Ridha ( Imam yang ke-8 di sisi Syiah ) berkata,
“Mut’ah itu tidak halal kecuali kepada orang yang mengertinya. Ia haram kepada orang
yang jahil tentangnya.” ( Man Laa Yahdhuruhul Faqih j . 3. hal.459 )
Syarat-syarat yang dimestikan dalam aqad mut’ah:
Terdapat hanya dua syarat sahaja yang mesti disebutkan di dalam aqad, untuk menjadi
aqad itu sebagai aqad mut’ah iaitu;
(i) Tempoh atau jangkamasa mut’ah dan
(ii) Mas kahwinnya.
Ini berdasarkan kepada jawaban Jaafar As Shadiq kepada orang yang bertanya tentang apa
yang mesti disebutkan dalam aqad mut’ah. Kata beliau, “ Maskahwin yang maklum untuk
jangkamasa yang maklum.” ( Tahzibu Al Ahkam j, 7 hal. 262,Wasaailu As Syiah j. 14 hal.
465 )
Hak menerima pesaka hasil perkahwinan secara mut’ah:
Tidak ada hak menerima pesaka daripada masing-masing lelaki atau perempuan yang
mengamalkan mut’ah. Hukum ini adalah berdasarkan riwayat dari Said bin Yasar bahawa ia
bertanya Jaafar As Shadiq tentang lelaki yang mengahwini seseorang perempuan secara
mut’ah dan ia tidak mensyaratkan hak merima pesaka di antara satu sama lain. Jaafar As
Shadiq menjawab, “ Tiada hak menerima pesaka bagi mereka berdua sama ada lelaki itu
mensyaratkan atau tidak mensyaratkan ( di dalam aqad ) “.( Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal.
265, Al Furu Min Al Kafi jil. 5 hal 465 ).
Sebaik-baik perempuan untuk dimut’ahkan:
Syiah mengajarkan apabila seseorang mahu melakukan mut’ah dengan seseorang
perempuan, maka hendaklah ia mencari seorang perempuan mukminah, terpelihara
kesucian dirinya, terhormat, pintar dan beraqidah dengan aqidah yang benar tetapi jika
perempuan dengan sifat-sifat ini tidak ditemui, boleh juga dilakukan aqad mut’ah dengan
perempuan-perempuan yang lain. (Syeikh At Thusi- An Nihayah hal. 490, Tahzibu Al
Ahkam j.7 hal. 252 )
Perbezaan di antara perkahwinan menurut Islam dengan perkahwinan cara
mut’ah
Di sini kita senaraikan beberapa perbezaan penting di antara perkahwinan yang sah
menurut Islam dengan perkahwinan cara mut’ah yang diharamkan oleh Islam tetapi
digalakkan oleh Syiah
Perkahwinan menurut umat Islam selain Syiah.
Perkahwinan ini terjadi dengan sighah atau lafaz aqad nikah di hadapan wali dan 2 orang
saksi.
rn
1. Si suami bertanggungjawab menanggung nafkah isteri termasuk tempat tinggal dan
sebagainya. rn
2. Seseorang lelaki tidak harus menghimpunkan lebih daripada 4 orang isteri dalam
satu masa dengan syarat-syarat yang tertentu. rn
3. Perempuan mewarisi suami apabila suaminya mati. rn
4. Persetujuan bapa merupakan satu syarat bagi sahnya perkahwinan anak dara. rn
5. Tempoh perkahwinan berterusan selagi suami isteri itu hidup jika tidak berlaku
perceraian .
rn
Perkahwinan secara mut’ah menurut Syiah
rn
1. Perkahwinan terjadi dengan aqad mut’ah walaupun tanpa wali dan saksi. rn
2. Lelaki bebas dari menanggung sebarang nafkah terhadap isteri. rn
3. Seorang lelaki diharuskan menghimpun seramai mana perempuan yang diingininya
tanpa syarat. rn
4. Isteri tidak berhak mendapat pesaka dari suami. rn
5. Persetujuan bapa tidak merupakan syarat dalam semua keadaan. rn
6. Tempoh perkahwinan mut’ah mungkin ¼ jam, mungkin sehari, mungkin juga
seminggu mengikut apa yang dilafazkan oleh seorang lelaki.
rn
Keadaan thalaq menurut Islam
rn
1. Perceraian berlaku apabila lelaki melafazkan thalaq dengan sedar dan pilihan sendiri,
bukan dengan terpaksa ( cara paksa ). rn
2. `Edah thalaq bagi perempuan ialah 3 kali suci atau 3 kali haid . rn
3. Wajib atas suami menanggung nafkah isteri semasa edahnya.
rn
Keadaan thalaq bagi kahwin mut’ah
rn
1. Perceraian berlaku apabila habis tempoh yang disebutkan di dalam aqad. rn
2. Edah perceraian ialah seperti edah hamba iaitu ½ daripada edah orang merdeka. rn
3. Seseorang bebas daripada sebarang nafkah terhadap isteri semasa edahnya.
rn
Penutup:
‘Sebagai mengakhiri rencana ini elok rasanya kita sudahi dengan pandangan cendekiawan
Syiah sendiri yang berusaha sedaya upaya untuk memperbetul dan memurnikan ajaran
Syiah termasuk nikah mut’ah ini. Beliau ialah Dr. Musa Al Musavi. Di dalam bukunya As
Syi`ah Wa At Tashih beliau menulis, “ Bahawa Islam datang untuk memuliakan manusia
sebagai yang tertera di dalam firman Allah yang bermaksud, “ Sesungguhnya Kami telah
memuliakan manusia” ( Al Isra’ –ayat 70 ) dan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “
Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”
Adakah Islam menentukan peraturan-peraturan yang mengharuskan kebebasan seks yang
menjatuhkan maruah perempuan dengan meletakkannya di satu tempat yang tidak dapat
kita temui walaupun di dalam masyarakat yang mengamalkan “Liberinism” di sepanjang
sejarah?. Tidak dapat kita jumpai juga di dalam istana Louis ke 14 di Versailles, Perancis
ataupun di dalam mahligai-mahligai Sultan-Sultan Turki dan Maharaja-Maharaja Parsi.
Manusia yang disebutkan di dalam ayat Al Quran yang mulia itu merangkumi lelaki dan
perempuan dan akhlak yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. itu pula adalah untuk
menyempurnakan kedua-dua jenis manusia lelaki dan perempuan.
Bagaimana mungkin seseorang itu dapat menjaga kehormatannya dan terpelihara
akhlaknya dengan adanya undang-undang mut’ah ini?. Apa yang dinikmati oleh perempuan
dari peraturan dan undang-undang mut’ah itu hanyalah kehinaan dan kehilangan
maruahnya apabila ia dianggap sebagai matabenda yang boleh ditimbunkan oleh lelaki
tanpa had.
Perempuan yang telah dimuliakan oleh Allah sebagai ibu yang melahirkan lelaki-lelaki dan
wanita-wanita agung dengan memberikan darjat yang tidak diberikan kepada orang lain.
Justeru ia meletakkan syurga di bawah tapak kakinya sebagaimana sabda Nabi saw. “
Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu.” Layakkah ia menghabiskan waktunya di
dalam pangkuan lelaki, seorang demi seorang, di atas nama syariat Muhammad?? ( As
Syiah Wa At Tashih hal. 109 dan 111 )
Demikianlah pandangan seorang cendikiawan Syiah tentang mut’ah yang saya kira fitrah
kemanusiaanya yang suci belum ternoda lagi. Tetapi apakan daya, usaha-usahanya itu akan
hilang dengan sia-sia dan akan menjadi debu yang berhamburan kerana konsep mut’ah itu
sudah sebati dan menjadi darah daging ajaran Syiah yang tidak mungkin dipisahkan lagi.
Di hadapan kita sekarang hanya ada satu jalan sahaja yang dapat menyelamatkan
kehormatan wanita khususnya dan kemanusiaan secara amnya iaitu jalan Ahlus Sunnah
Wal Jamaah. Perhatikanlah kepada cirri-ciri manusia yang berjaya dan berbahagia kerana
berada di atas jalan yang lurus menurut ajaran Islam yang sebenarnya di dalam firman
Allah yang bermaksud:
“ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyu’ di dalam
sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-
sia dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya ( dengan menunaikan zakat harta
itu ) dan mereka yang menjaga kemaluan-kemaluannya kecuali kepada isterinya atau
hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian sesiapa yang
mengingini selain dari yang demikian maka merekalah orang-orang yang melampaui
batas” ( Al Mukminun- ayat 1-7 )

More Related Content

What's hot

Pokok pokok kesesatan aqidah rafidlah
Pokok pokok kesesatan aqidah rafidlahPokok pokok kesesatan aqidah rafidlah
Pokok pokok kesesatan aqidah rafidlahbar-bar
 
Tuntunan nabi dalam Berhubungan antar Suami dan Istri
Tuntunan nabi dalam Berhubungan antar Suami dan IstriTuntunan nabi dalam Berhubungan antar Suami dan Istri
Tuntunan nabi dalam Berhubungan antar Suami dan IstriMudhofar Khanif
 
Aqiqah menurut tuntunan syar i
Aqiqah menurut tuntunan syar iAqiqah menurut tuntunan syar i
Aqiqah menurut tuntunan syar itasiamello
 
Tolong menolong-sesama-muslim
Tolong menolong-sesama-muslimTolong menolong-sesama-muslim
Tolong menolong-sesama-muslimMuhammad Idris
 
Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur
Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur
Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur 10 Dosa Besar
 
Sunnah nabi muhammad saw
Sunnah nabi muhammad sawSunnah nabi muhammad saw
Sunnah nabi muhammad sawRusli Harby
 
Tafsir ibnu katsir juz 3
Tafsir ibnu katsir juz 3Tafsir ibnu katsir juz 3
Tafsir ibnu katsir juz 3Abu Husain
 
Kritik atas pandangan syi'ah dalam nikah mut'ah
Kritik atas pandangan syi'ah dalam nikah mut'ahKritik atas pandangan syi'ah dalam nikah mut'ah
Kritik atas pandangan syi'ah dalam nikah mut'ahAgus Yasin
 
Tafsir ibnu katsir juz 4
Tafsir ibnu katsir juz 4Tafsir ibnu katsir juz 4
Tafsir ibnu katsir juz 4Abu Husain
 
Rindu berjumpa nabi muhammad saw mungkinkah bertemu nabi
Rindu berjumpa nabi muhammad saw mungkinkah bertemu nabiRindu berjumpa nabi muhammad saw mungkinkah bertemu nabi
Rindu berjumpa nabi muhammad saw mungkinkah bertemu nabiToink Maulana
 
Hukum Seputar Nafkah (KH. Shiddiq Al-Jawi)
Hukum Seputar Nafkah (KH. Shiddiq Al-Jawi)Hukum Seputar Nafkah (KH. Shiddiq Al-Jawi)
Hukum Seputar Nafkah (KH. Shiddiq Al-Jawi)MaulanaFirdaus19
 
Fadhilah(keutamaan) birrul walidain
Fadhilah(keutamaan) birrul walidainFadhilah(keutamaan) birrul walidain
Fadhilah(keutamaan) birrul walidainadinc_26
 
Allah swt. melaknat mereka yang menyakiti kaum mukmin
Allah swt. melaknat mereka yang menyakiti kaum mukminAllah swt. melaknat mereka yang menyakiti kaum mukmin
Allah swt. melaknat mereka yang menyakiti kaum mukminFlamencoRizky
 
Presentasi Fiqh Poligami
Presentasi Fiqh PoligamiPresentasi Fiqh Poligami
Presentasi Fiqh PoligamiMarhamah Saleh
 
INTERPRETASI HADIS muhammad al ghazali dan Yusuf Qordhowi
INTERPRETASI HADIS muhammad al ghazali dan Yusuf QordhowiINTERPRETASI HADIS muhammad al ghazali dan Yusuf Qordhowi
INTERPRETASI HADIS muhammad al ghazali dan Yusuf QordhowiDadang Rohendi
 

What's hot (18)

Pokok pokok kesesatan aqidah rafidlah
Pokok pokok kesesatan aqidah rafidlahPokok pokok kesesatan aqidah rafidlah
Pokok pokok kesesatan aqidah rafidlah
 
Tuntunan nabi dalam Berhubungan antar Suami dan Istri
Tuntunan nabi dalam Berhubungan antar Suami dan IstriTuntunan nabi dalam Berhubungan antar Suami dan Istri
Tuntunan nabi dalam Berhubungan antar Suami dan Istri
 
Aqiqah menurut tuntunan syar i
Aqiqah menurut tuntunan syar iAqiqah menurut tuntunan syar i
Aqiqah menurut tuntunan syar i
 
Keutamaan Sabar
Keutamaan SabarKeutamaan Sabar
Keutamaan Sabar
 
Kitab tentang sumpah
Kitab tentang sumpahKitab tentang sumpah
Kitab tentang sumpah
 
Tanya jawab tentang sumpah
Tanya jawab  tentang sumpahTanya jawab  tentang sumpah
Tanya jawab tentang sumpah
 
Tolong menolong-sesama-muslim
Tolong menolong-sesama-muslimTolong menolong-sesama-muslim
Tolong menolong-sesama-muslim
 
Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur
Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur
Jilid 1 (Revisi 2013) - 10 Dosa Besar - Tausiyah Ustad Yusuf Mansur
 
Sunnah nabi muhammad saw
Sunnah nabi muhammad sawSunnah nabi muhammad saw
Sunnah nabi muhammad saw
 
Tafsir ibnu katsir juz 3
Tafsir ibnu katsir juz 3Tafsir ibnu katsir juz 3
Tafsir ibnu katsir juz 3
 
Kritik atas pandangan syi'ah dalam nikah mut'ah
Kritik atas pandangan syi'ah dalam nikah mut'ahKritik atas pandangan syi'ah dalam nikah mut'ah
Kritik atas pandangan syi'ah dalam nikah mut'ah
 
Tafsir ibnu katsir juz 4
Tafsir ibnu katsir juz 4Tafsir ibnu katsir juz 4
Tafsir ibnu katsir juz 4
 
Rindu berjumpa nabi muhammad saw mungkinkah bertemu nabi
Rindu berjumpa nabi muhammad saw mungkinkah bertemu nabiRindu berjumpa nabi muhammad saw mungkinkah bertemu nabi
Rindu berjumpa nabi muhammad saw mungkinkah bertemu nabi
 
Hukum Seputar Nafkah (KH. Shiddiq Al-Jawi)
Hukum Seputar Nafkah (KH. Shiddiq Al-Jawi)Hukum Seputar Nafkah (KH. Shiddiq Al-Jawi)
Hukum Seputar Nafkah (KH. Shiddiq Al-Jawi)
 
Fadhilah(keutamaan) birrul walidain
Fadhilah(keutamaan) birrul walidainFadhilah(keutamaan) birrul walidain
Fadhilah(keutamaan) birrul walidain
 
Allah swt. melaknat mereka yang menyakiti kaum mukmin
Allah swt. melaknat mereka yang menyakiti kaum mukminAllah swt. melaknat mereka yang menyakiti kaum mukmin
Allah swt. melaknat mereka yang menyakiti kaum mukmin
 
Presentasi Fiqh Poligami
Presentasi Fiqh PoligamiPresentasi Fiqh Poligami
Presentasi Fiqh Poligami
 
INTERPRETASI HADIS muhammad al ghazali dan Yusuf Qordhowi
INTERPRETASI HADIS muhammad al ghazali dan Yusuf QordhowiINTERPRETASI HADIS muhammad al ghazali dan Yusuf Qordhowi
INTERPRETASI HADIS muhammad al ghazali dan Yusuf Qordhowi
 

Similar to kahwin mut'ah dalam ajaran syiah

Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011Hifni Farhati
 
B’gaul nyar’i
B’gaul nyar’iB’gaul nyar’i
B’gaul nyar’iHeru Khoir
 
perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah
 perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah
perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiahR&R Darulkautsar
 
Membongkar kedok sufi
Membongkar kedok sufiMembongkar kedok sufi
Membongkar kedok sufiHelmon Chan
 
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimatHukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimatMohamad_Nizam_Zafael
 
12hukumsyaratentangpergaulanpriawanita-140519023845-phpapp02 (1).pdf
12hukumsyaratentangpergaulanpriawanita-140519023845-phpapp02 (1).pdf12hukumsyaratentangpergaulanpriawanita-140519023845-phpapp02 (1).pdf
12hukumsyaratentangpergaulanpriawanita-140519023845-phpapp02 (1).pdfAlfikryGonibala2
 
31 buletin rabithah-30-april2010-slide
31 buletin rabithah-30-april2010-slide31 buletin rabithah-30-april2010-slide
31 buletin rabithah-30-april2010-slideimuska
 
Indahnya Sistem Pergaulan dalam Islam.pdf
Indahnya Sistem Pergaulan dalam Islam.pdfIndahnya Sistem Pergaulan dalam Islam.pdf
Indahnya Sistem Pergaulan dalam Islam.pdfAbuZiyad10
 
Pembentangan Al-Quran dan Sunnah
Pembentangan Al-Quran dan SunnahPembentangan Al-Quran dan Sunnah
Pembentangan Al-Quran dan Sunnahsurrenderyourthrone
 
12_Hukum Syara tentang Pergaulan Pria & Wanita (2).pptx
12_Hukum Syara tentang Pergaulan Pria & Wanita (2).pptx12_Hukum Syara tentang Pergaulan Pria & Wanita (2).pptx
12_Hukum Syara tentang Pergaulan Pria & Wanita (2).pptxArsiRismawan
 
Fenomena pernikahan beda agama
Fenomena pernikahan beda agamaFenomena pernikahan beda agama
Fenomena pernikahan beda agamaPagghun Se Malolo
 
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiahAbdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiahArdian DP
 
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari 4
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari  4Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari  4
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari 4Abu Muhammad
 
Nasihat untuk wanita_muslimah
Nasihat untuk wanita_muslimahNasihat untuk wanita_muslimah
Nasihat untuk wanita_muslimahlissa_berti
 

Similar to kahwin mut'ah dalam ajaran syiah (20)

Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
Syi'ah & gerakannya di malaysia mac 2011
 
B’gaul nyar’i
B’gaul nyar’iB’gaul nyar’i
B’gaul nyar’i
 
Mewaspadai sufi
Mewaspadai sufiMewaspadai sufi
Mewaspadai sufi
 
perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah
 perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah
perkara perkara aneh tapi benar yang terdapat di dalam agama syiah
 
Membongkar kedok sufi
Membongkar kedok sufiMembongkar kedok sufi
Membongkar kedok sufi
 
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimatHukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
 
12hukumsyaratentangpergaulanpriawanita-140519023845-phpapp02 (1).pdf
12hukumsyaratentangpergaulanpriawanita-140519023845-phpapp02 (1).pdf12hukumsyaratentangpergaulanpriawanita-140519023845-phpapp02 (1).pdf
12hukumsyaratentangpergaulanpriawanita-140519023845-phpapp02 (1).pdf
 
31 buletin rabithah-30-april2010-slide
31 buletin rabithah-30-april2010-slide31 buletin rabithah-30-april2010-slide
31 buletin rabithah-30-april2010-slide
 
Hukum syara tentang pergaulan pria & wanita
Hukum syara tentang pergaulan pria & wanitaHukum syara tentang pergaulan pria & wanita
Hukum syara tentang pergaulan pria & wanita
 
Indahnya Sistem Pergaulan dalam Islam.pdf
Indahnya Sistem Pergaulan dalam Islam.pdfIndahnya Sistem Pergaulan dalam Islam.pdf
Indahnya Sistem Pergaulan dalam Islam.pdf
 
Pergaulan Bebas Biang Kerusakan
Pergaulan Bebas Biang KerusakanPergaulan Bebas Biang Kerusakan
Pergaulan Bebas Biang Kerusakan
 
Pembentangan Al-Quran dan Sunnah
Pembentangan Al-Quran dan SunnahPembentangan Al-Quran dan Sunnah
Pembentangan Al-Quran dan Sunnah
 
12_Hukum Syara tentang Pergaulan Pria & Wanita (2).pptx
12_Hukum Syara tentang Pergaulan Pria & Wanita (2).pptx12_Hukum Syara tentang Pergaulan Pria & Wanita (2).pptx
12_Hukum Syara tentang Pergaulan Pria & Wanita (2).pptx
 
Fenomena pernikahan beda agama
Fenomena pernikahan beda agamaFenomena pernikahan beda agama
Fenomena pernikahan beda agama
 
IFFAH DAN MURUAH
IFFAH DAN MURUAHIFFAH DAN MURUAH
IFFAH DAN MURUAH
 
13-Hak-Ibu.pptx
13-Hak-Ibu.pptx13-Hak-Ibu.pptx
13-Hak-Ibu.pptx
 
HIKMAH ISRA' & MI'RAJ
HIKMAH ISRA' & MI'RAJHIKMAH ISRA' & MI'RAJ
HIKMAH ISRA' & MI'RAJ
 
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiahAbdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
Abdullah bin saba tokoh yahudi pencipta agama syiah
 
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari 4
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari  4Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari  4
Risalah "Syiah Yang Sesat Dan Menyesatkan" ms. 3 dari 4
 
Nasihat untuk wanita_muslimah
Nasihat untuk wanita_muslimahNasihat untuk wanita_muslimah
Nasihat untuk wanita_muslimah
 

More from R&R Darulkautsar

bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zinaR&R Darulkautsar
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatR&R Darulkautsar
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without beliefR&R Darulkautsar
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and statusR&R Darulkautsar
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanR&R Darulkautsar
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahatR&R Darulkautsar
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoffR&R Darulkautsar
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islamR&R Darulkautsar
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkanR&R Darulkautsar
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqR&R Darulkautsar
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahR&R Darulkautsar
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi iniR&R Darulkautsar
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawiR&R Darulkautsar
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubanR&R Darulkautsar
 

More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 

Recently uploaded

Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxNurindahSetyawati1
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfHendroGunawan8
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...asepsaefudin2009
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikThomasAntonWibowo
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 

Recently uploaded (20)

Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 

kahwin mut'ah dalam ajaran syiah

  • 1. Kahwin Mut’ah Dalam Ajaran Syiah Muqaddimah Sebelum kita membincangkan tentang mut’ah yang merupakan salah satu ajaran Syiah, terlebih dahulu kita perlu menyedari bahawa ajaran Syiah itu pada keseluruhannya berpunca daripada tiga sumber iaitu Yahudi, Kristian dan Majusi. Sebenarnya Syiah merupakan saluran kepada tiga agama tersebut yang tidak mempunyai daya lagi untuk menghadapi Islam secara bersemuka. Kerana itu mereka mengambil satu jalan untuk memesongkan Islam sebagai mana mereka telah memesongkan ajaran Nabi Musa dan Nabi Isa a.s sebelumnya. Jika Nabi Isa umpamanya mengajarkan bahawa Tuhan hanya satu dan dia sendiri bersama ibunya adalah hamba Tuhan, maka pengkhianat-pengkhiant dari golongan yang mendakwa sebagai pengikut-pengikut Nabi Isa sendiri telah menyelewengkan ajarannya dengan mengatakan bahawa “Isa adalah anak Tuhan dan ia salah satu dari tiga Tuhan”. Maka demikianlah juga jika Rasulullah s.a.w. mengharamkan sesuatu dan melarang umatnya daripada melakukannya maka ada pula pengkhianat-pengkhianat dari umat-nya yang memesongkan ajaran Baginda s.a.w. dengan mengatakan halal apa yang dikatakan haram oleh Rasulullah saw. dan membenarkan apa yang dilarang oleh Baginda s.a.w. Apa yang berlaku ini telahpun diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w. di dalam satu hadisnya yang bermaksud: “Pasti kamu akan mengikuti jalan-jalan orang yang sebelummu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jika mereka memasuki lubang biawak sekalipun pasti kamu akan menurutinya juga”. Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, siapakah yang dimaksudkan dengan orang sebelum kamu itu, adakah Yahudi dan Nasrani?”. Rasulullah saw. Menjawab, “Siapa lagi jika tidak mereka”. - hadis riwayat Bukhari. Bagaimanapun mut’ah dalam Syiah lebih banyak berpunca dari ajaran Majusi yang mengajarkan fahaman “Free Sex”. di kalangan penganut-penganutnya. Perbicangan yang lebih terperinci akan menyusul kemudian, Insyaallah. Semua manusia yang masih memiliki fitrah yang suci di dalam jiwanya akan menolak konsep mut’ah ini kerana ia menyentuh soal kemanusiaan namun umat yang paling terhina di kalangan manusia dengan konsep ini ialah umat Islam kerana ajaran ini dikaitkan dengan Islam yang selama ini diketahui dan diakui oleh seluruh manusia di dunia sebagai umat yang memberi penghormatan yang begitu tinggi kepada wanita. Umat inilah juga yang memiliki ajaran yang penuh bertanggungjawab dalam persoalan rumahtangga dan kehidupan berkeluarga. Dari kalangan manusia maka jenis perempuanlah yang akan lebih tersinggung dengan konsep mut’ah ini kerana ia menjadikan mereka sebagai matabenda yang boleh dilonggok- longgokkan dan disewakan, juga mereka dilayani sebagai hamba sahaya di dalam segala hukum hakamnya. Syeikhul Azhar, Al Marhum Syeikh Mahmud Syaltut pernah berkata, “Bahawa syariat yang mengharuskan perempuan berkahwin dalam satu tahun dengan 11 orang lelaki dan
  • 2. mengharuskan pula lelaki berkahwin setiap hari dengan beberapa ramai perempuan tanpa membebankannya dengan bebanan dan tanggungjawab perkahwinan tidak mungkin datangnya dari Allah swt, Tuhan sekelian alam dan tidak juga ia syariat yang memelihara kesucian dan kehormatan manusia.” (Syeikh Mahmud Syaltut, Al Fatana, hal 272-275) Sementara bekas Mufti Besar Pakistan, Mufti Wali Hasan dalam satu tulisannya pernah menyatakan ; “Syiahlah satu-satunya ajaran di atas muka bumi ini yang menganggap jenayah berbohong dan berzina sebagai sesuatu yang mendatangkan pahala dan menaikkan darjat seseorang. Sesuatu aliran fahaman biar bagaimana hina sekalipun seperti Atheisme tetap menganggap bohong dan zina sebagai tingkahlaku yang salah dan tidak berakhlak tetapi Syiah menganggapnya sebagai sebahagian daripada tuntutan Iman dengan menukar nama bohong kepada ‘Taqiyyah’ dan zina kepada “mut’ah”.(Khomeini Aur Syi’iyyat Kia He, hal 5) Islam mengadakan institusi perkahwinan untuk menjaga keturunan manusia dan kemurnian hidup berkeluarga dalam satu ikatan tanggungjawab tetapi Syiah sebaliknya mahu menghidupkan amalan jahiliyah atas nama Islam dengan mengemukakan syariat mut’ah. Kedudukan mut’ah ini begitu penting dalam ajaran Syiah kerana tidak dikira seseorang itu sebagai Syiah selagi ia tidak menganggap halal amalan mut’ah. Di sini kita akan mengemukakan riwayat-riwayat dan ajaran-ajaran Syiah berhubung dengan mut’ah dari sumber-sumber rujukannya sendiri. Kedudukan muta’ah dalam ajaran Syiah: (i) Al Kulaini meriwayatkan dari Jaafar bin Muhammad Al Baqir bahawa beliau berkata, “ Bukan dari kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah (kebangkitan semula para Imam sebelum qiamat untuk menghukum orang-orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut’ah kita” (Man Laa Yahdhruhul Faqih jilid 3 hal. 458, Syeikh Abbas Al Qummi-Muntaha Al Amal jilid 2 hal. 34 ) (ii) Diriwayatkan daripada Abdullah bin Sinan dari Jaafar As Shadiq katanya, “Sesungguhnya Allah Tabarakawataala telah mengharamkan bentuk minuman yang memabukkan ke atas Syiah kita dan menggantikannya dengan mut’ah.” (Ibn Bahwaih Al Qummi- Man Laa Yahdhuruhul Faqih j . 3 hal. 467, Al Muurru Almili-Wasaailu As Syiah j. 14 hal. 438 ) Keutamaan dan fadilat mut’ah menurut Syiah: Untuk menggalakkan amalan mut’ah ini mereka mengadakan sekian banyak hadis-hadis palsu atas nama para Imam mereka yang Duabelas dan atas nama Nabi s.a.w. (i) Mereka meriwatkan dari Nabi s.a.w. bahawa Baginda saw bersabda, “ Sesiapa yang keluar dari dunia (mati ) dalam keadaan tidak pernah melakukan mut’ah ia akan datang pada hari qiamat dalam keadaan rompong . “ Mulla Fathullah Ka-Syaani – Tafsir Manhaj As Shadiqin j 2 hal. 489 (ii) Ketika Nabi s.a.w. mikraj ke langit Baginda s.a.w. telah ditemui oleh Jibrail lalu berkata, “ Wahai Muhammad, Allah Tabarakawaataala berkata : Sesungguhnya Aku telah mengampunkan orang yang telah melakukan mut’ah dengan perempuan dari kalangan umatmu . “ (Man Laa Yahdhuruhul Faqih j . 3 hal. 463. Wasaailu As Syiah j . 14 hal. 442. Biharu Al Anwar j 100 hal 306.
  • 3. (iii) Bakr bin Muhammad meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya Jaafar as Shadiq tentang mut’ah. Beliau ( Jaafar As Shadiq ) menjawab , “ Sesungguhnya aku benar-benar tidak suka seseorang Muslim itu keluar dari dunia ( mati ) dalam keadaan masih belum dilakukannya sesuatu perbuatan yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. “ ( Man Laa Yahdhuduruhul Faqih j . 3 hal. 463, Wassailu As Syiah j. 14 hal 442, Qurbul Isnad hal. 21 ) (iv) Diriwayatkan dari Soleh bin Uqbah dari ayahnya dari Muhammad Al Baqir katanya , “ Aku berkata kepada Muhammad Al Baqir ; Adakah orang yang melakukan mut’ah itu mendapat pahala? “ Muhammad Al Baqir berkata , “ Ya. Kalau ia melakukan mut’ah dengan niat kerana Allah dan sebagai bantahan terhadap orang yang tidak menerimanya, maka tiada sepatah perkataan pun yang diucapkannya kepada perempuan yang dilakukan mut’ah dengannya melainkan Allah Tabarakawataala menuliskan untuknya satu kebajikan dan tiada dihulurkannya tangannya kepada perempuan itu melainkan ditulis Allah satu kebajikan untuknya. Apabila ia menghampiri perempuan itu nescaya Allah ampunkan satu dosanya. Apabila ia mandi Allah mengampunkan dosa-dosanya sebanyak bilangan bulu yang dilalui air di atas tubuhnya. “ Maka aku pun berkata (kata ayah Soleh) Sebanyak bulu di t ubuh ? “ Muhammad Al Baqir berkata, “ Ya. Sebanyak bilangan bulu di tubuh orang itu.” ( Man Laa Yah dhuruhul Faqih J . 3 hal. 463, Wasaailu As Syiah j . 14, hal. 442, Biharu Al Anwar j. 100 hal. 306) Bagaimana mut’ah boleh terjadi : Mut’ah boleh terjadi; (i) Tanpa wali , saksi dan perisytiharan. ( At Thusi- Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 248, 249 , 254 , An Nihayah hal. 489 ) (ii) Di mana-mana sahaja di antara seorang lelaki dan seorang perempuan. (iii) Dengan perempuan Yahudi , Nasrani dan perempuan pelacur sekalipun. (Khomeini- Tahriru Al Wasilah jil. 2 hal. 292 ) (iv) Walaupun tidak mengetahui sama ada perempuan itu bersuami atau tidak. (Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 253, An Nihayah hal. 489 (v) Dengan perempuan dalam lingkungan umur yang tidak tertipu iaitu 10 tahun. (Al Istibshar j. 3 hal. 461, Al Furu’ Min Al Kafi jil . 5 hal. 463) (vi) Dengan bayaran mas kahwin yang tidak terlalu besar, hanya memadai dengan segenggam gandum atau segenggam makanan atau buah tamar atau satu dirham bahkan kurang lagi dari satu dirham. ( Al Furu’ Min Al Kafi jil. 5 hal 457 ,Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 260 ) (vii) Dengan perempuan tanpa had. Ia tidak terbatas kepada empat orang sahaja tetapi mengikut apa yang mereka riwayatkan dari Jaafar As Shadiq bahawa beliau ada berkata , “ Berkahwinlah dengan mereka secara mut’ah walaupun sampai 1000 orang kerana mereka itu termasuk di antara perempuan sewaan" . ( Al Istibshar j. 3 hal. 461, Tahzibu Al Ahkam j. 7 hal. 259, Wasaailu As Syiah jil, 14 hal, 446, Al Furu ‘ Min Al .Kafi jil. 5 hal. 452 ) (viii) Untuk jangkamasa tertentu seperti 2 tahun, 2 bulan, sebulan, seminggu atau sehari. Sekurang-kurang tempoh bagi mut’ah itu boleh dilakukan mengikut sebagaimana yang tersebut di dalam riwayat ( Syiah ) dari Ali bin Muhammad Al Jawad ( Imam yang ke -10 di
  • 4. sisi Syiah ) bahawa beliau pernah ditanya, “ Berapa lamakah sekurang-kurangnya tempoh bagi mut’ah itu boleh dilakukan ?, Adakah harus seseorang melakukan mut’ah dengan syarat sekali persetubuhan ?, “ Ya, tidak mengapa. Tetapi bila selesai (daripada persetubuhan itu) hendaklah ia memalingkan mukanya dan tidak memandang lagi kepada perempuan itu. ( Al Furu’ Min Al Kafi j. 5 hal 460. Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 267 ) (ix) Dengan seseorang perempuan beberapa kali. Perempuan itu tidak haram kepada lelaki yang telah melakukan melakukan mut’ah dengannya walaupun beberapa kali, pada kali yang ke-3 bahkan pada kali yang ke-1000 sekalipun ; Ini tersebut di dalam riwayat Syiah dari Aban bahawa ada orang bertanya Jaafar As Shadiq tentang bolehkah seseorang melakukan mut’ah dengan sesorang perempuan beberapa kali ?. Jaafar Al Shadiq menjawab, “ Tidak mengapa, ia boleh melakukan mut’ah dengannya seberapa kerap yang dikehendakinya “. ( Al Furu ‘ Min Al Kafi jil . 5 hal. 460, Wasaailu As Syiah jil. 14 hal. 480 ). Satu lagi riwayat dari Jaafar As Shadiq bahawa beliau ditanya tentang seorang yang berkahwin dengan seorang perempuan secara mut’ah berapa kalikah ia boleh melakukan mut’ah dengannya ?. Jaafar As Shadiq menjawab. “ Sebanyak yang disukainya.” (Qurbu Isnad hal. 109, Wasaalu As Syiah jil. 14. hal 480. Al Firu Min Al-Kafi jil .5 hal. 460). (x) dengan bayaran maskahwin secara ansuran dan tidak memberi sebahagian daripada maskahwin mengikut keadaan hari atau masa keengganan perempuan bergaul dengan lelaki yang mengadakan aqad mut’ah dengannya. Misalnya mereka mengadakan aqad mut’ah untuk 10 hari dan menentukan maskahwinnya sebanyak RM 100.00 tetapi si laki- laki bimbang perempuan yang ia lakukan mut’ah dengannya itu tidak akan memenuhi tempoh yang dipersetujui itu maka bolehlah ia mengaqad mut’ah dengan bayaran maskahwinnya secara beransur-ansur!.Jadi jika perempuan itu hanya memenuhi kepuasan lelaki tersebut selama 5 hari sahaja, maka lelaki itu perlu membayar RM 50.00 sahaja. Ini berdasarkan riwayat mereka (Syiah) daripada Umar bin Hanzalah katanya,”Aku bertanya Jaafar As Shadiq; Bolehkah aku mengadakan aqad mut’ah dengan seorang perempuan selama sebulan dengan tidak memberikan kepada perempuan itu sebahagian daripada maskahwinya? Jaafar As Shafiq menjawab, ”Ya,boleh.Ambillah daripadanya sekadar masa keengganannya (untuk bergaul denganmu). Jika setengah bulan ambillah separuh, jika sepertiga bulan ambillah satu pertiga.”(Al Furu’ Min Al Kafi j.5 hal.461, Wasaailu As Syiah jil.14 hal.481,Biharu Al Anwar jil.100 hal.310) Siapakah yang dibenarkan mengamalkan mut’ah Syiah meriwayatkan bahawa Imam Ar Ridha ( Imam yang ke-8 di sisi Syiah ) berkata, “Mut’ah itu tidak halal kecuali kepada orang yang mengertinya. Ia haram kepada orang yang jahil tentangnya.” ( Man Laa Yahdhuruhul Faqih j . 3. hal.459 ) Syarat-syarat yang dimestikan dalam aqad mut’ah: Terdapat hanya dua syarat sahaja yang mesti disebutkan di dalam aqad, untuk menjadi aqad itu sebagai aqad mut’ah iaitu; (i) Tempoh atau jangkamasa mut’ah dan (ii) Mas kahwinnya. Ini berdasarkan kepada jawaban Jaafar As Shadiq kepada orang yang bertanya tentang apa yang mesti disebutkan dalam aqad mut’ah. Kata beliau, “ Maskahwin yang maklum untuk jangkamasa yang maklum.” ( Tahzibu Al Ahkam j, 7 hal. 262,Wasaailu As Syiah j. 14 hal. 465 ) Hak menerima pesaka hasil perkahwinan secara mut’ah:
  • 5. Tidak ada hak menerima pesaka daripada masing-masing lelaki atau perempuan yang mengamalkan mut’ah. Hukum ini adalah berdasarkan riwayat dari Said bin Yasar bahawa ia bertanya Jaafar As Shadiq tentang lelaki yang mengahwini seseorang perempuan secara mut’ah dan ia tidak mensyaratkan hak merima pesaka di antara satu sama lain. Jaafar As Shadiq menjawab, “ Tiada hak menerima pesaka bagi mereka berdua sama ada lelaki itu mensyaratkan atau tidak mensyaratkan ( di dalam aqad ) “.( Tahzibu Al Ahkam jil. 7 hal. 265, Al Furu Min Al Kafi jil. 5 hal 465 ). Sebaik-baik perempuan untuk dimut’ahkan: Syiah mengajarkan apabila seseorang mahu melakukan mut’ah dengan seseorang perempuan, maka hendaklah ia mencari seorang perempuan mukminah, terpelihara kesucian dirinya, terhormat, pintar dan beraqidah dengan aqidah yang benar tetapi jika perempuan dengan sifat-sifat ini tidak ditemui, boleh juga dilakukan aqad mut’ah dengan perempuan-perempuan yang lain. (Syeikh At Thusi- An Nihayah hal. 490, Tahzibu Al Ahkam j.7 hal. 252 ) Perbezaan di antara perkahwinan menurut Islam dengan perkahwinan cara mut’ah Di sini kita senaraikan beberapa perbezaan penting di antara perkahwinan yang sah menurut Islam dengan perkahwinan cara mut’ah yang diharamkan oleh Islam tetapi digalakkan oleh Syiah Perkahwinan menurut umat Islam selain Syiah. Perkahwinan ini terjadi dengan sighah atau lafaz aqad nikah di hadapan wali dan 2 orang saksi. rn 1. Si suami bertanggungjawab menanggung nafkah isteri termasuk tempat tinggal dan sebagainya. rn 2. Seseorang lelaki tidak harus menghimpunkan lebih daripada 4 orang isteri dalam satu masa dengan syarat-syarat yang tertentu. rn 3. Perempuan mewarisi suami apabila suaminya mati. rn 4. Persetujuan bapa merupakan satu syarat bagi sahnya perkahwinan anak dara. rn 5. Tempoh perkahwinan berterusan selagi suami isteri itu hidup jika tidak berlaku perceraian . rn Perkahwinan secara mut’ah menurut Syiah rn 1. Perkahwinan terjadi dengan aqad mut’ah walaupun tanpa wali dan saksi. rn 2. Lelaki bebas dari menanggung sebarang nafkah terhadap isteri. rn 3. Seorang lelaki diharuskan menghimpun seramai mana perempuan yang diingininya tanpa syarat. rn 4. Isteri tidak berhak mendapat pesaka dari suami. rn 5. Persetujuan bapa tidak merupakan syarat dalam semua keadaan. rn 6. Tempoh perkahwinan mut’ah mungkin ¼ jam, mungkin sehari, mungkin juga seminggu mengikut apa yang dilafazkan oleh seorang lelaki. rn
  • 6. Keadaan thalaq menurut Islam rn 1. Perceraian berlaku apabila lelaki melafazkan thalaq dengan sedar dan pilihan sendiri, bukan dengan terpaksa ( cara paksa ). rn 2. `Edah thalaq bagi perempuan ialah 3 kali suci atau 3 kali haid . rn 3. Wajib atas suami menanggung nafkah isteri semasa edahnya. rn Keadaan thalaq bagi kahwin mut’ah rn 1. Perceraian berlaku apabila habis tempoh yang disebutkan di dalam aqad. rn 2. Edah perceraian ialah seperti edah hamba iaitu ½ daripada edah orang merdeka. rn 3. Seseorang bebas daripada sebarang nafkah terhadap isteri semasa edahnya. rn Penutup: ‘Sebagai mengakhiri rencana ini elok rasanya kita sudahi dengan pandangan cendekiawan Syiah sendiri yang berusaha sedaya upaya untuk memperbetul dan memurnikan ajaran Syiah termasuk nikah mut’ah ini. Beliau ialah Dr. Musa Al Musavi. Di dalam bukunya As Syi`ah Wa At Tashih beliau menulis, “ Bahawa Islam datang untuk memuliakan manusia sebagai yang tertera di dalam firman Allah yang bermaksud, “ Sesungguhnya Kami telah memuliakan manusia” ( Al Isra’ –ayat 70 ) dan Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, “ Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.” Adakah Islam menentukan peraturan-peraturan yang mengharuskan kebebasan seks yang menjatuhkan maruah perempuan dengan meletakkannya di satu tempat yang tidak dapat kita temui walaupun di dalam masyarakat yang mengamalkan “Liberinism” di sepanjang sejarah?. Tidak dapat kita jumpai juga di dalam istana Louis ke 14 di Versailles, Perancis ataupun di dalam mahligai-mahligai Sultan-Sultan Turki dan Maharaja-Maharaja Parsi. Manusia yang disebutkan di dalam ayat Al Quran yang mulia itu merangkumi lelaki dan perempuan dan akhlak yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. itu pula adalah untuk menyempurnakan kedua-dua jenis manusia lelaki dan perempuan. Bagaimana mungkin seseorang itu dapat menjaga kehormatannya dan terpelihara akhlaknya dengan adanya undang-undang mut’ah ini?. Apa yang dinikmati oleh perempuan dari peraturan dan undang-undang mut’ah itu hanyalah kehinaan dan kehilangan maruahnya apabila ia dianggap sebagai matabenda yang boleh ditimbunkan oleh lelaki tanpa had. Perempuan yang telah dimuliakan oleh Allah sebagai ibu yang melahirkan lelaki-lelaki dan wanita-wanita agung dengan memberikan darjat yang tidak diberikan kepada orang lain. Justeru ia meletakkan syurga di bawah tapak kakinya sebagaimana sabda Nabi saw. “ Syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu.” Layakkah ia menghabiskan waktunya di dalam pangkuan lelaki, seorang demi seorang, di atas nama syariat Muhammad?? ( As Syiah Wa At Tashih hal. 109 dan 111 ) Demikianlah pandangan seorang cendikiawan Syiah tentang mut’ah yang saya kira fitrah kemanusiaanya yang suci belum ternoda lagi. Tetapi apakan daya, usaha-usahanya itu akan hilang dengan sia-sia dan akan menjadi debu yang berhamburan kerana konsep mut’ah itu
  • 7. sudah sebati dan menjadi darah daging ajaran Syiah yang tidak mungkin dipisahkan lagi. Di hadapan kita sekarang hanya ada satu jalan sahaja yang dapat menyelamatkan kehormatan wanita khususnya dan kemanusiaan secara amnya iaitu jalan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Perhatikanlah kepada cirri-ciri manusia yang berjaya dan berbahagia kerana berada di atas jalan yang lurus menurut ajaran Islam yang sebenarnya di dalam firman Allah yang bermaksud: “ Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman iaitu mereka yang khusyu’ di dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia- sia dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya ( dengan menunaikan zakat harta itu ) dan mereka yang menjaga kemaluan-kemaluannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian maka merekalah orang-orang yang melampaui batas” ( Al Mukminun- ayat 1-7 )