SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Download to read offline
Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas
Dalam Menjalankan Latihan Amali
Yurhamy Yusuf & Nora Mislan
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah disiplin pelajar yang menjalani
latihan amali di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas. Seramai 220 orang pelajar Tingkatan
Empat sekolah tersebut terlibat dalam kajian ini. Data di analisis dengan menggunakan
perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS V. 16.0). Hasil analisis mendapati
bahawa masih lagi terdapat para pelajar menghadapi masalah disiplin di dalam melaksanakan
latihan amali di sekolah teknik ini. Sikap pelajar, pengaruh rakan sebaya, peraturan disiplin,
pengguasaan peralatan dan pengguasaan bahan memainkan peranan yang penting bagi mereka
melanggar peraturan di dalam bengkel. Diharapkan bahawa penjelasan daripada permasalahan
ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin bagi menjadikan para pelajar insan yang bersahsiah
selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
Abstract: This study was conducted to identify student discipline problems in Pasir Mas
Technical School. A total of 220 Form Four students were involved in the study. Data
collected were analysed using Statistical Packages for Social Science (SPSS v16.0). The
results showed there were still discipline problems among students in conducting practical
work activities at that school. Students’ attitude, peers, rules, ability in using tools and
equipments play important roles in influencing students to break the workshop activities rules.
It is hoped that from the results and explanation, these problems can be overcomed to produce
students with good attitudes in line with our National Philosophy of Education.
KataKunci: Permasalahan Disiplin, Pelajar, Latihan Amali
Pengenalan
Masalah disiplin dalam kalangan pelajar merupakan isu yang hangat diperkatakan oleh
pelbagai pihak dan didapati semakin meruncing. Masalah ini bukan sahaja berkisar di sekolah
tetapi juga dalam latihan amali. Disiplin adalah satu elemen yang penting di dalam
menentukan kejayaan sesebuah sistem pendidikan. Disiplin adalah satu aspek yang mesti
wujud dalam masyarakat dan perlu diberi perhatian berat oleh semua pihak. Sehubungan
dengan itu, para guru, para pelajar dan ibu bapa harus memainkan peranan dalam membina
disiplin yang mantap di dalam diri setiap pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran
akan berjalan lancar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979).
Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja didorong oleh masyarakat yang berilmu dan
berpendidikan tetapi merangkumi keseluruhan pembangunan diri setiap individu. Manusia
yang berjaya adalah manusia yang berilmu, berakhlak mulia dan berketerampilan hasil
kecerdikan akalnya, kesedaran dalam dan kesejahteraan jasmaninya. Para pelajar dituntut
melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam usaha mewujudkan generasi
bestari dan berdaya saing. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pengetahuan, kemahiran dan
kepakaran dalam menguasai ilmu amat diperlukan (Hishammudin, 2005).
Pernyataan Masalah
Masalah disiplin yang ditimbulkan oleh pelajar sewaktu melaksanakan latihan amali dalam
bengkel pada masa kini tidak diketahui dengan jelas lagi. Berdasarkan latar belakang masalah
yang dinyatakan di atas, pengkaji ingin mengkaji permasalahan disiplin dalam kalangan
pelajar Sekolah Menengah Menengah Teknik Pasir Mas dalam melaksanakan latihan amali.
Objektif Kajian
Kajian ini adalah untuk menilai dan mengenalpasti tahap permasalahan disiplin terhadap
pelajar sekolah dalam melaksanakan latihan amali. Antara objektif kajian adalah seperti
berikut :-
i. Mengenalpasti tahap sikap pelajar semasa melaksanakan latihan amali dalam bengkel.
ii. Mengenalpasti tahap pelajar mematuhi peraturan semasa menjalankan latihan amali di
bengkel.
iii. Mengenalpasti tahap pengaruh rakan sebaya terhadap latihan amali di bengkel.
iv. Mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam pengendalian peralatan dalam latihan
amali di bengkel.
v. Mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam pengendalian bahan dalam latihan
amali di bengkel.
Kepentingan Kajian
Adalah amat penting untuk mengetahui tahap disiplin pelajar ketika berada di bengkel semasa
menjalankan latihan amali. Adalah diharapkan dapatan kajian ini akan dapat membantu pihak
sekolah yang terlibat mengenalpasti tahap disiplin pelajar ketika latihan amali dijalankan
dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik dan mengambil langkah-langkah yang
perlu untuk mengatasi masalah di dalam bengkel.
Hasil kajian boleh membantu menyediakan maklumat dan bukti kajian kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) dan khususnya kepada Jabatan Teknik dan Vokasional tentang
tahap disiplin yang wujud di sekolah teknik semasa menjalankan latihan amali.
Kajian ini juga membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri
merangka dan mengambil langkah-langkah yang wajar dalam menangani disiplin dalam
latihan amali seperti garis panduan serta mengkaji semula peraturan-peraturan yang
membabitkan disiplin pelajar dalam latihan amali di bengkel.
Dapatan kajian ini juga membantu para guru yang terlibat dapat mengenalpasti faktor-faktor
yang berkaitan dengan masalah disiplin di bengkel. Para guru juga dapat mengetahui
perubahan tingkah laku pelajar dalam latihan amali di sekolah yang mempengaruhi
persekitan di dalam bengkel.
Kajian ini juga diharapkan menyediakan sumber rujukan dan maklumat kepada guru-guru
bengkel, pengkaji lain dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengkaji secara lebih
terperinci dan mendalam berkaitan tahap disiplin pelajar ketika mengerjakan amali di bengkel
sekolah.
Skop Kajian
Skop ini adalah fokus kepada lima tahap disiplin di dalam mengerjakan amali di bengkel
sekolah menengah teknik berdasarkan sikap pelajar, peraturan bengkel, pengaruh rakan
sebaya, tahap penggunaan peralatan dan tahap penggunaan bahan dalam latihan amali. Kajian
ini dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Kelantan.
Metodologi
Persampelan kajian
Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat sahaja. Responden yang
dipilih berdasarkan pengkhususan mengikut kursus yang diambil. Disebabkan kekangan dari
segi masa, kos dan komunikasi, sampel kajian ini melibatkan 140 orang responden daripada
220 orang populasi yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dari Sekolah Menengah
Teknik Pasir Mas. Jumlah sampel ini diambil adalah berdasarkan rujukan sampel oleh Krejcie
& Morgan (1970).
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian. Satu set soal selidik
yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A berkaitan
dengan latar belakang responden iaitu jantina. Manakala, Bahagian B terdiri daripada 35
soalan yang berkaitan dengan lima persoalan kajian iaitu:
i. Apakah tahap sikap pelajar semasa menjalankan latihan amali di bengkel?
ii. Apakah tahap peraturan bengkel pelajar semasa menjalankan latihan amali di bengkel?
iii. Apakah tahap pengaruh rakan sebaya semasa melakukan latihan amali dibengkel?
iv. Apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam segi penggunaan peralatan dalam
latihan amali di bengkel?
v. Apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam segi penggunaan bahan dalam
latihan amali dibengkel?
Bagi Bahagian B responden diminta menandakan pilihan jawapan mereka pada ruang yang
disediakan. Setiap kenyataan memerlukan responden memberi pandangan terhadapnya
berdasarkan skala pemeringkatan ‘Likert’ pada lima aras yang berbeza iaitu daripada satu
ekstrem kepada ekstrem yang lain.
Analisis Data
Bahagian A : Maklumat Diri Responden
Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik
Pasir Mas, Kelantan. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini ialah sebanyak 120
orang iaitu 65 orang responden lelaki yang mewakili 54.2 peratus dan 55 orang responden
perempuan yang mewakili 45.8 peratus. Pemilihan responden berkenaan telah dilakukan
secara persampelan rawak kelompok. Jumlah responden boleh dilihat di dalam Jadual 4.2
.
Bahagian B : Persoalan Kajian
Bahagian B ini dibahagikan kepada lima persoalan kajian iaitu apakah tahap sikap pelajar
semasa menjalankan latihan amali di bengkel, apakah tahap peraturan bengkel pelajar semasa
menjalankan latihan amali di bengkel, apakah tahap pengaruh rakan sebaya semasa
melakukan latihan amali dibengkel, apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam segi
penggunaan peralatan dalam latihan amali di bengkeldan apakah tahap penguasaan kemahiran
pelajar dalam segi penggunaan bahan dalam latihan amali dibengkel.
Persoalan kajian 1 : Apakah tahap sikap pelajar semasa menjalankan latihan amali di
bengkel?
Jadual 1: Tahap Sikap Pelajar
Bil. Kenyataan Min
1 Saya datang bengkel tepat pada waktu kelas 3.73
2 Saya rajin melakukan latihan amali 3.83
3 Saya tekun dalam menjalankan latihan amali 3.85
4 Saya menyediakan projek seperti yang diarah oleh guru 4.18
5 Saya suka menolong guru 4.07
6 Saya suka menolong rakan sekumpulan 3.92
7
Saya menyusun kembali alatan yang digunakan selepas
amali
4.07
Purata 3.95
Berdasarkan kepada Jadual 1 mendapati min keseluruhan bagi menjawab persoalan kajian ini
adalah 3.95, satu nilai yang tinggi untuk menunjukkan sikap pelajar dalam menjalankan
latihan amali. Item 4 telah menunjukkan min yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.18. Nilai ini
adalah berdasarkan perolehan data di mana seramai 72 orang responden (60%) bersetuju
bahawa sikap pelajar dalam penyediaan projek disiapkan seperti yang diarah oleh guru.
Terdapat 35 orang (29.2%) lagi menyatakan sangat setuju dengan penyataan item ini. Hanya
seorang responden (0.8%) sahaja yang menyatakan tidak setuju, sementara 12 orang (10%)
yang lainnya pula menyatakan tidak pasti manakala tidak ada responden yang menjawab
sangat tidak setuju.
Untuk penyataan ‘saya datang bengkel tepat pada waktu kelas’ merupakan item nombor 1 di
mana min item ini adalah 3.73. Seramai 16 orang (13.3%) dan 56 orang responden (46.7%)
menyatakan sangat setuju dan setuju dengan penyataan tersebut. Bagi kumpulan responden
yang tidak pasti pula dengan 48 orang responden (40%) manakala tidak ada responden yang
menjawab tidak setuju dan sangat tidak setuju.
Persoalan kajian 2 : Apakah tahap peraturan bengkel pelajar semasa menjalankan
amali di bengkel?
Jadual 2: Tahap Peraturan Bengkel
Bil. Kenyataan Min
1 Saya datang bengkel tepat pada waktu kelas 3.73
2 Saya rajin melakukan latihan amali 3.83
3 Saya tekun dalam menjalankan latihan amali 3.85
4 Saya menyediakan projek seperti yang diarah oleh guru 4.18
5 Saya suka menolong guru 4.07
6 Saya suka menolong rakan sekumpulan 3.92
7
Saya menyusun kembali alatan yang digunakan selepas
amali
4.07
Purata 3.95
Merujuk kepada Jadual 2 mendapati purata keseluruhan bagi peraturan bengkel ini ialah 3.92.
Dalam soalan kajian ini item 8 telah menunjukkan min yang paling tinggi iaitu 4.29. Hal ini
adalah berdasarkan data yang diperolehi di mana seramai 50 orang responden (41.7%)
menyatakan sangat bersetuju dengan penyataan bahawa saya mengikuti arahan guru di dalam
bengkel. Terdapat 59 orang responden (49.2%) telah bersetuju manakala sangat tidak setuju
mencatat dua orang responden (1.7%). Seterusnya sembilan orang (7.5%) menyatakan tidak
pasti bagi item ini manakala tidak ada responden yang menjawab tidak setuju.
Akhir sekali ialah item 9 di mana pengkaji ingin mengetahui pakaian keselamatan dipakai
oleh pelajar semasa menjalankan amali di bengkel. Dengan itu, seramai 17 orang responden
(14.2%) telah menyatakan sangat bersetuju. Bagi responden yang tidak pasti adalah seramai
29 orang responden (24.2%) manakala tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju masing-
masing seramai lima orang responden (4.2%) dan tujuh orang responden (5.8%).
Persoalan kajian 3 : Apakah tahap pengaruh rakan sebaya dalam melakukan latihan
amali dibengkel?
Jadual 3: Tahap Pengaruh Rakan Sebaya
Bil. Kenyataan Min
15 Rakan membantu saya dalam menyiapkan latihan amali 3.57
16 Rakan membantu dalam melanggar peraturan disiplin 4.00
17 Rakan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah 3.91
18 Rakan saling memerhati dalam mengendalikan latihan amali 3.62
19 Saya berasa yakin apabila rakan membantu dalam latihan amali 3.76
20 Rakan menasihati saya tentang peraturan di bengkel 3.62
21 Rakan menunjuk cara latihan amali yang betul 3.99
Purata 3.78
Merujuk kepada Jadual 3, didapati item 16 didapati seramai 19 responden (15.8%) tidak
bersetuju dengan penyataan bahawa rakan membantu dalam melanggar peraturan disiplin
berbanding dua responden (1.7%) sahaja yang sangat tidak bersetuju manakala 18 responden
(15%) menyatakan tidak pasti. Bagi kumpulan responden yang bersetuju dan sangat bersetuju
pula masing-masing dengan 19 responden (15.8%) dan 62 responden (51.7%). Min
keseluruhan bagi item ini adalah 4.00.
Bagi item 16 didapati seramai 19 responden (15.8%) tidak bersetuju dengan penyataan
bahawa rakan membantu dalam melanggar peraturan disiplin berbanding dua responden
(1.7%) sahaja yang sangat tidak bersetuju manakala 18 responden (15%) menyatakan tidak
pasti. Bagi kumpulan responden yang bersetuju dan sangat bersetuju pula masing-masing
dengan 19 responden (15.8%) dan 62 responden (51.7%). Min keseluruhan bagi item ini
adalah 4.00.
Persoalan kajian 4 : Apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam segi
penggunaan peralatan dalam latihan amali dibengkel?
Jadual 4: Tahap Penggunaan Peralatan
Bil. kenyataan Min
22 Saya melapor kepada guru apabila peralatan rosak 4.19
23 Saya memahami cara menggunakan peralatan di dalam bengkel 3.79
24
Saya mengetahui serba sedikit tentang penggunaan peralatan di
dalam bengkel
3.96
25
Saya mengemas dan menyusun peralatan yang digunakan selepas
latihan amali
4.15
26 Saya tidak menggunakan peralatan yang rosak 4.08
27
Saya menunjuk cara yang betul penggunaan alatan kepada rakan
kumpulan
3.90
28
Saya biasa menggunakan peralatan yang terdapat di bengkel di
rumah
3.56
Purata 3.95
Berdasarkan kepada Jadual 4 mendapati min keseluruhan bagi menjawab persoalan kajian ini
adalah 3.95, satu nilai yang tinggi untuk menunjukkan saya melapor kepada guru apabila
peralatan rosak. Di sini item 22 telah menunjukkan min yang paling tinggi iaitu sebanyak
4.19. Nilai ini adalah berdasarkan perolehan data di mana seramai 52 responden (43.3%)
bersetuju bahawa saya menggunakan bahan yang disediakan dengan kadar minimum untuk
menyiapkan latihan amali. Terdapat 48 responden (40%) lagi menyatakan sangat bersetuju
dengan penyataan item ini. Hanya satu responden (0.8%) sahaja yang menyatakan setuju
sementara sangat tidak setuju adalah dua responden (1.7%) manakala 17 responden (14.2%)
lagi menyatakan tidak pasti.
Untuk item yang terakhir dalam persoalan kajian ini ialah item 28 iaitu saya biasa
menggunakan peralatan yang terdapat di bengkel di rumah mendapati 37 responden (30.8%)
dan 25 responden (20.8%) masing-masing menyatakan setuju dan sangat bersetuju. Sementara
kumpulan responden yang menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju pula didapati
masing-masing dengan 10 responden (8.3%) dan lima responden (4.2%). Selebihnya 43
responden (35.8%) lagi menyatakan tidak pasti. Min bagi keseleluruhan item ini iadalah 3.56.
Persoalan kajian 5 : Apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam segi
penggunaan bahan dalam latihan amali dibengkel?
Jadual 5: Tahap Penggunaan Bahan
Bil. Kenyataan Min
29
Saya menggunakan bahan yang disediakan dengan kadar
minimum untuk menyiapkan latihan amali
3.65
30 Saya mengetahui semua jenis bahan yang digunakan 3.59
31 Saya menghantar kembali bahan yang lebih digunakan 4.03
32 Saya akan memberitahu guru apabila bahan sudah habis 4.20
33 Saya tidak menggunakan bahan luar dari bengkel untuk 3.51
menyiapkan latihan amali
34
Saya mencari maklumat tentang bahan yang digunakan
sebelum kelas amali dijalankan
3.53
35
Saya mendengar apa yang guru terangkan tentang
penggunaan bahan sebelum amali dijalankan
4.32
Purata 3.83
Untuk persoalan kajian yang terakhir iaitu tentang aspek penggunaan bahan didapti min
keseluruhan bagi menjawab persoalan kajian ini ialah 3.83. Dapatan data mendapati seramai
57 responden (47.5%) sangat bersetuju dengan item 35 bahawa saya mendengar apa yang
guru terangkan tentang penggunaan bahan sebelum amali dijalankan. Min bagi item ini ialah
4.32 merupakan nilai min yang tertinggi bagi item-item dalam persoalan kajian ini. Manakala
seramai 48 responden (40%) telah menjawab setuju dengan penyataan ini. Bagi responden
yang menjawab tidak pasti adalah seramai 12 orang (10%), sementara responden yang tidak
bersetuju dan sangat tidak bersetuju masing-masing telah mencatat sebanyak dua orang
(1.7%) dan seorang (0.8%).
Item yang terendah dan terakhir sekali ialah item 33 di mana item ini telah mencatat min
sebanyak 3.51. Item ini telah mendapati seramai 35 responden (29.2%) telah menjawab
bersetuju dengan penyataan item ini manakala 26 responden (21.7%) lagi sangat bersetuju.
Bagi responden yang tidak pasti pula adalah seramai 39 responden (32.5%) dan selebihnya
pula 14 responden (11.7%) dan enam responden (5%) telah menjawab tidak bersetuju dan
sangat tidak bersetuju.
Perbincangan
Jadual 6: Perbandingan Analisis Min
Pemboleh ubah Nilai Min Tahap
Sikap Pelajar 3.95 Tinggi
Peraturan Bengkel
3.92 Tinggi
Pengaruh Rakan Sebaya 3.78 Tinggi
Penggunaan Peralatan
3.95 Tinggi
Dalam Segi Penggunaan Bahan
3.83 Tinggi
Perbincangan Dapatan Berkaitan Dengan Tahap Sikap Pelajar Semasa Menjalankan
Latihan Amali
Pelajar masih lagi membuat kerja-latihan amali yang diarahkan oleh guru. Malahan mereka
suka menolong rakan sekumpulan selain yang telah diarahkan oleh guru. Pelajar perlu
melakukan latihan amali supaya mereka akan dapat didedahkan dengan tatacara bekerja,
mendapatkan kemahiran dan memahami kefungsian dan matlamat amali yang dikehendaki
semasa ia dijalankan selain mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku ditempat kerja.
Guru perlu menyeleras atau memantau supaya pelajar melakukan tugas seperti yang
diarahkan. Guru memberi kesedaran kepentingan kepada pelajar betapa mustahaknya latihan
amali dan berusaha untuk memotivasikan diri pelajar supaya memenuhi keperluan
pembelajaran dan keperluan industri kelak.
Menurut Sharifah Alawiyah (1987), pelajar akan bermotivasi apabila keperluan untuk
mencapai sesuatu yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu seronok dalam situasi persaingan,
keinginan yang teguh untuk bekerja atau membuat sesuatu dengan bebas, ingin benar
membuat dan menyelesaian. Crow dan Crow (1983) mengatakan bahawa sikap boleh
mempunyai satu pengaruh penting kepada individu. Ia merupakan perkara peribadi dan adalah
berkaitan dengan nada perasaan berhubung dengan pengalaman individu. Ia mengambarkan
cara individu berfikir, bercakap atau bertindak dalam sebarang situasi.
Sehubungan dengan ini Nik Aziz (1988), berpendapat bahawa sikap yang baik dapat
membentuk disiplin dalam diri, boleh berjaya dalam kehidupan kerana keupayaan mengawal
diri. Mematuhi keazaman diri untuk berubah adalah salah satu cara membantu disiplin diri
yang positif yang boleh membawa kejayaan manakala sikap yang negatif mengalakkan pelajar
menjadi penentang.
Kelewatan sewaktu menghadiri kelas amali akan membuatkan pelajar tidak dapat mendengar
akan taklimat yang diberikan oleh guru mereka. Kedatangan pelajar yang cepat adalah melatih
para pelajar mendisiplinkan diri dan mematuhi masa yang diperuntukkan kepada mereka.
Pelajar seharusnya pandai membahagikan masa mereka didalam menghadiri bengkel amali
ini. Masa yang telah diperuntukkan kepada pelajar mencukupi untuk mereka menghadiri kelas
amali ini tetapi mereka tidak mengatur masa mereka dengan baik. Apabila pelajar dapat
mengatur masa mereka dengan baik maka mereka akan dapat sampai tepat pada waktunya di
bengkel amali. Menurut Hassan (1996), perancangan masa perlulah dibuat dengan bijak iaitu
membahagi masa, menentukan objektif jangka pendek dan panjang, menentu sasaran dan
bijak membahagikan masa.
Guru juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan pelajar menepati waktu untuk
sampai ke bengkel. Guru perlulah memastikan kesemua pelajar supaya berada didalam kelas
amali apabila sampai waktunya. Guru perlu peka terhadap kehadiran pelajar dalam kelas
amali di bengkel dan guru mesti bertegas untuk mengatasi masalah kelewatan pelajar. Jika
terdapat pelajar yang lewat maka pelajar terpaksa menjalani denda-denda yang diberi demi
untuk kesedaran diri mereka agar mereka tidak mengulanginya.
Sebelum melakukan latihan amali, guru-guru akan memberikan maklumat tentang kerja-kerja
atau latihan amali yang dijalankan termasuk kaedah cara, penggunaan alatan dan langkah
keselamatan. Hal ini adalah untuk melaksanakan kerja dengan teratur bagi mengelak risiko
kemalangan yang minima.
Pelajar juga tidak lagi pandai membahagi masa mereka untuk belajar dengan teratur dan
menepati masa yang ditetapkan. Apabila pelajar ini lewat maka mereka akan didenda oleh
guru, mereka juga akan ketinggalan untuk mendengar taklimat amali sebelum ia dijalankan
dan ini juga berkemungkinan para pelajar ini akan mengalami kemalangan diri kerana tidak
mengetahui akan talimat keselamatan sebelum menjalankan latihan amali.
Daripada dua keadaan yang terjadi ini maka dapatlah kita kenalpasti bahawa guru memainkan
peranan yang amat penting didalam melaksanakan latihan amali ini. Ketegasan guru
menjadikan para pelajar akan sentiasa menepati masa yanag diperuntukkan. Tindakan denda
kepada para pelajar ini amatlah wajar dilakukan kerana ia sedikit sebanyak dapat
mengingatkan kepada pelajar supaya tidak melanggar arahan yang telah digariskan dan
menepati masa apabila kelas amali dijalankan.
Selain daripada itu, pemerhatian yang sepenuhnya daripada guru kepada pelajar perlulah
ditekankan bagi mengelakkan daripada para pelajar melakukan kerja selain daripada projek
latihan amali yang telah diarahkan oleh guru mereka. Maka daripada pemerhatian guru akan
menjadikan para pelajar lebih tekun didalam melakukkan kerja dan tidak akan melakukan
kerja lain selain kerja yang telah disediakan untuk mereka laksanakan.
Perbincangan Dapatan Berkaitan Dengan Tahap Peraturan Bengkel Semasa
Menjalankan Latihan Amali
Keseluruhan kajian menunjukkan bahawa aras tahap disiplin pelajar mematuhi peraturan
bengkel berada pada tahap yang baik. Walaubagaimanapun masih lagi terdapat kelemahan-
kelemahan dalam aspek mengikuti peraturan semasa melaksanakan latihan amali.
Pelajar masih lagi mengingkari akan peraturan dalam mengikuti latihan amali. Pelajar perlu
mengikuti peraturan bengkel supaya dapat menghindari diri mereka daripada berlakunya
kemalangan, keselamatan diri dan beretika semasa melaksanakan latihan amali dibengkel.
Pelajar yang mengikuti proseder-prosedur menjalankan latihan amali didalam bengkel dapat
mendisiplinkan diri mereka ketika mereka berada dibengkel kelak.
Guru hendaklah memastikan pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan didalam
bengkel. Bimbingan guru dapat memberi tunjuk ajar dan menyelesaikan masalah-masalah
ketika menjalankan latihan amali. Seperti kenyataan Anton (1989), guru juga mestilah
sentiasa mengingatkan pelajar betapa penting dan berfaedahnya bekerja dengan selamat
ketika menjalankan kerja didalam bengkel. Hal ini supaya dapat memberikan motivasi kepada
pelajar semasa mereka menjalankan latihan amali yang akan dilaksanakan didalam bengkel
nanti. Oleh yang demikian menurut Kamarudin (1997), motivasi yang baik akan mewujudkan
satu dorongan yang kuat dan mantap dalam kalangan pelajar untuk terus berminat dalam
kegiatan yang diceburi.
Sebenarnya peraturan yang telah ditetapkan di bengkel adalah untuk kebaikan pelajar itu
sendiri. Sebagai contoh apabila pelajar itu sendiri mematuhi peraturan bengkel ia dapat
mengelakkan diri mereka daripada mengalami risiko kemalangan kepada diri mereka. Pelajar
juga dapat belajar mendisiplinkan diri mereka ketika menjalankan latihan amali dan dapat
mendisiplinkan diri mereka daripada melakukan kesalahan ketika menjalankan latihan amali
di bengkel nanti.
Menurut Walberg (1980) tugas kritikal seorang guru ialah mengenalpasti keperluan untuk
memotivasikan murid untuk mencapai matlamat yang bersesuaian dengan mereka.
Perbincangan Dapatan Berkaitan Dengan Tahap Pengaruh Rakan Sebaya Semasa
Menjalankan Latihan Amali
Keseluruhan kajian menunjukkan bahawa tahap pengaruh rakan sebaya didalam bengkel
berada pada tahap yang baik. Walaubagaimanapun masih lagi terdapat beberapa perkara yang
perlu diperbaiki lagi seperti pengaruh rakan sebaya dan pemerhatian rakan semasa
menjalankan latihan amali di bengkel.
Pengaruh rakan sebaya ini boleh di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengaruh yang
positif, pengaruh yang negatif dan pemerhatian daripada rakan-rakan. Menurut Saniah (2000),
apabila kita memilih salah satu ransangan yang diterima maka ia bermakna kita menumpukan
kepada rangsangan tersebut.
Pengaruh rakan sebaya dalam melaksanakan latihan amali untuk melakukan sesuatu yang
positif amatlah digalakkan. Hal ini supaya dapat memberikan dorongan dan semangat yang
positif kepada pelajar semasa menjalankan latihan amali. Daripada pengaruh yang baik maka
ia akan menjadikan para pelajar lebih prihatin kepada rakan mereka daripada melakukan
kesilapan mahupun kesalahan ketika menjalankan latihan amali. Bantuan dan sokongan rakan
dalam melaksanakan latihan amali akan menjadikan para pelajar lebih tekun dan cemerlang
didalam melakukan latihan amali.
Pengaruh yang negatif daripada rakan akan menjadikan pelajar itu melanggar peraturan yang
telah ditetapkan didalam bengkel. Hal ini juga akan menjadikan pelajar melanggar peraturan
disiplin yang telah ditetapkan. Daripada pengaruh rakan sebaya yang negatif ini, maka pelajar
akan sentiasa mempengaruhi antara satu sama lain untuk melakukkan kesalahan.
Permasalahan disiplin terjadi apabila salah seorang pelajar itu dipengaruhi oleh rakan mereka
yang lain untuk melakukan kesalahan. Hal ini amat membimbangkan kerana permasalahan
tersebut berkaitan rapat dengan masalah disiplin para pelajar yang dipengaruhi oleh rakan
mereka itu nanti. Hal ini disokong oleh Saniah (2000), yang mengatakan pengaruh rakan
sebaya adalah semakin kuat bagi individu lain yang dianggap amat penting didalam
kehidupan mereka.
Sementara itu pemerhatian daripada rakan-rakan menjadikan pelajar dapat melaksanakan
latihan amali dengan selesa atau sebaliknya. Biasanya pemerhatian rakan kepada pelajar itu
nanti ialah untuk menganggu rakan semasa menjalankan latihan amali. Jika dikaitkan
pemerhatian rakan ini dengan dua jenis pengaruh yang kita bincangkan tadi maka ia akan
memberikan dua kesan yang dapat kita kenalpasti iaitu pemerhatian rakan akan memperbaiki
hasil latihan amali pelajar dan jika sebaliknya pemerhatian rakan akan menganggu pelajar
daripada menyiapkan latihan amali yang ditugaskan.
Daripada ini menunjukkan bahawa pengawasan guru kepada pelajar amat penting sewaktu
menjalankan latihan amali ini. Daripada pengawasan guru maka permasalahan pengaruh dan
pemerhatian rakan yang negatif ini dapat diatasi dari ini akan memberikan keselesaan yang
baik kepada pelajar didalam melaksanakan latihan amali itu nanti. Pemerhatian guru
menjadikan pelajar lebih kepada tumpuan kepada kerja tetapi tidak untuk menganggu dan
mempengaruhi rakan mereka yang sedang melakukan latihan amali nanti.
Perbincangan Dapatan Berkaitan Dengan Tahap Penguasaan Peralatan Bengkel
Semasa Menjalankan Latihan Amali
Secara keseluruhan kajian yang diperolehi daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
tahap kemahiran pelajar dalam mengendalikan peralatan dalam keadaan baik. Terdapat
beberapa perlu diambil perhatian semasa menguasai kemahiran mengendalikan peralatan
seperti kemahiran mengendalikan peralatan dan disiplin mengendalikan peralatan.
Terdapat juga para pelajar yang telah mahir didalam mengendalikan peralatan didalam
bengkel sebelum ditunjuk ajar daripada guru mereka. Kemahiran yang telah diperolehi ini
adalah hasil daripada pengalaman yang mereka perolehi daripada pekerjaan yang pernah
mereka lakukan di sekolah menengah biasa dalam subjek Kemahiran Hidup. Menurut Saniah
(2000) pelajaran yang berkaitan dengan pengalaman akan lebih berguna kepada pelajar untuk
menguasai. Hal ini akan memberi kelebihan kepada pelajar itu sendiri didalam mengunakan
peralatan didalam bengkel itu nanti semasa mereka menjalankan latihan amali di bengkel.
Bimbingan daripada guru dalam pengendalian peralatan didalam bengkel kepada pelajar akan
menjadikan pelajar mahir dalam mengendalikan peralatan semasa menjalankan latihan amali.
Tunjuk ajar daripada guru tentang kaedah penggunaan peralatan dengan betul dan selamat
akan menyakinkan pelajar dalam mengendalikan peralatan dan memperolehi kemahiran yang
berkaitan. Perkara ini ditekankan oleh Lindberk (1986) yang mengatakan pelajar perlu
diberikan latihan dan tunjuk ajar yang cukup sebelum mengendalikan peralatan semasa berada
di bengkel.
Kemahiran yang diperolehi akan dapat mendisiplinkan pelajar didalam pengendalian
peralatan. Kemahiran semasa penggunaan alatan juga mempunyai kaedah dan cara
penggunaanya yang tersendiri. Maka daripada sini pelajar akan mematuhi peraturan dan
disiplin yang sepatutnya mereka patuhi semasa menggunakan peralatan. Latihan dan
peraturan yang dipatuhi semasa menggunakan peralatan nanti akan menjadikan pelajar mahir
menggunakan peralatan didalam bengkel dan ia juga akan dapat mendisiplinkan diri
seseorang pelajar itu nanti dengan perubahan sikap mereka.
Sebahagian besar kemahiran yang diperolehi oleh pelajar adalah dari tunjuk ajar dan
bimbingan daripada guru. Pelajar akan menjadi lebih berkeyakinan dari masa ke semasa
selepas mereka dapat mendalami kefahaman dalam kerja-latihan amali selepas diberi tunjuk
ajar daripada guru mereka.
Perbincangan Dapatan Berkaitan Dengan Tahap Penguasaan Bahan Bengkel Semasa
Menjalankan Latihan Amali
Secara keseluruhan kajian yang diperolehi daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
tahap kemahiran pelajar dalam mengendalikan bahan dalam keadaan baik. Terdapat beberapa
perlu diambil perhatian semasa menguasai kemahiran mengendalikan bahan seperti
kemahiran mengendalikan bahan dan disiplin mengendalikan bahan.
Bahan dalam bengkel bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu dalam kalangan
pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas. Menurut Mok (1996), mengatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar
dalam proses pengajaran adalah amat penting. Hal ini kerana ia dapat membantu guru
menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan yang disediakan
mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala bahan yang
digunakan haruslah tepat dan berkait rapat dengan amali yang akan dijalankan.
Terdapat juga para pelajar yang telah mahir didalam mengendalikan bahan didalam bengkel
sebelum ditunjuk ajar daripada guru mereka. Kemahiran yang telah diperolehi ini adalah hasil
daripada pengalaman yang mereka perolehi daripada pekerjaan yang pernah mereka lakukan
di sekolah menengah biasa dalam subjek Kemahiran Hidup. Perkara ini ditekankan oleh
Saniah (2000) yang mengatakan pelajaran yang berkaitan dengan pengalaman akan lebih
berguna kepada pelajar untuk menguasainya. Hal ini akan memberi kelebihan kepada pelajar
itu sendiri didalam mengunakan bahan didalam bengkel itu nanti semasa mereka menjalankan
latihan amali di bengkel.
Bimbingan daripada guru dalam pengendalian bahan didalam bengkel kepada pelajar akan
menjadikan pelajar mahir dalam mengendalikan bahan semasa menjalankan latihan amali.
Tunjuk ajar daripada guru tentang kaedah penggunaan bahan dengan betul dan selamat akan
menyakinkan pelajar dalam mengendalikan bahan dan memperolehi kemahiran yang
berkaitan. Perkara ini ditekankan oleh Lindberk (1986) yang mengatakan pelajar perlu
diberikan latihan dan tunjuk ajar yang cukup sebelum mengendalikan peralatan dan bahan
semasa berada di bengkel.
Sebahagian besar kemahiran yang diperolehi oleh pelajar adalah dari tunjuk ajar dan
bimbingan daripada guru. Pelajar akan menjadi lebih berkeyakinan dari masa ke semasa
selepas mereka dapat mendalami kefahaman dalam kerja-latihan amali selepas diberi tunjuk
ajar daripada guru mereka.
Rumusan
Walaupun berada pada tahap yang memuaskan, ini tidak menunjukkan bahawa keseluruhan
disiplin pelajar berada pada tahap yang sempurna. Hal ini kerana masih lagi terdapat
sebahagian pelajar yang tidak lagi berdisiplin semasa menjalankan latihan amali di bengkel.
Hal ini dapat dilihat melalui hasil dapatan peratusan keseluruhan kajian yang telah buat.
Masih lagi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh beberapa pihak yang
bertanggungjawab didalam mengatasi masalah disiplin pelajar semasa menjalankan latihan
amali dibengkel Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas.
Walaupun kajian ini dilaksanakan kepada pelajar di Sekolah Teknik Pasir Mas tetapi ia masih
boleh dianggap releven dan boleh dipakai. Hal ini kerana setiap reponden ini adalah daripada
pelajar sekolah yang pernah mengunakan bengkel semasa sekolah menengah biasa seperti
bengkel Kemahiran Hidup. Hal ini juga kerana setiap sekolah teknik mempunyai
keseragaman daripada segi pengurusan bengkel-bengkel, proses pengajaran dan pembelajaran
dan kurikulum yang diajar sama setiap sekolah teknik.
Peraturan disiplin pelajar didalam bengkel juga adalah seragam dan ia telah ditetapkan
didalam setiap organisasi bengkel di sekolah teknik. Maka daripada keputusan yang
diperolehi dapatlah dikenalpasti bahawa tahap disiplin pelajar masih lagi berada pada tahap
yang memuaskan dan langkah seterusnya perlulah dikaji dan dilaksanakan lagi bagi
memastikan tahap disiplin pelajar ini betul-betul berada pada tahap yang cemerlang semasa
menjalankan latihan amali di sekolah teknik ini nanti.
Rujukan
Anton J. Thomas (1984). “Dictionary of Supervisor and Managment”. Los Angeles: System
Research.
Hassan Haji Ali (1996). “Strategi Belajar Yang Berkesan”. Edisi kedua. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors.
Hishammudin Hussein (2005), Tenang. Johor: Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang, Labis
Kamarudin Hj. Husin (1997). Psikologi Bilik Darjah, Asas Pedagogi. Kuala Lumpur. Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Detemining sample size for research. Educational and
Psychological Measurements, 30; 607-610.
Lindberk, J.R. (1986). The Good Mentor Grade Initial Teacher Education in Secondary
Schools. Buckingham Open University Press.
Mok Soon Sang (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur:
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nik Aziz Nik Pa (1988). Keruntuhan Disiplin: Pembentukan Tingkahlaku Murid. Kuala
Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Saniah Sayuti, (2000). “Psikiologi Pendidikan” cetakan pertama Skudai : Universiti
Teknologi Malaysia.
Sharifah Alwiah Alsaoff, (1987). “Sosiologi Pendididkan.”. Kuala Lumpur. Heinemann
Educational Books (Asia) LTD.
Walberg, H. J.. (1980). A psychological theory of educational productivity. In F. H. Farley &
N. Gordon (Eds.), Perspectives on educational psychology. Chicago and Berkeley:
National Society For The Study Of Education And Mccutchan Publishing,.

More Related Content

What's hot

Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifHanim Hanisha
 
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)FernyelizaStephen
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Lari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meterLari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meterAdada Eric
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralJamaliah Harun
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)cikgutika
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)FaFai S.
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniKaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniAisyah Zainudin
 
Strategi dan Kaedah Pengajaran
Strategi dan Kaedah PengajaranStrategi dan Kaedah Pengajaran
Strategi dan Kaedah PengajaranNURFITRAH ZAINAL
 

What's hot (20)

Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
Pengurusan Keselamatan Sekolah (Kumpulan 10)
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Lari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meterLari Pecut 100 meter
Lari Pecut 100 meter
 
MODEL GLASER.pdf
MODEL GLASER.pdfMODEL GLASER.pdf
MODEL GLASER.pdf
 
Lari Berpagar
Lari BerpagarLari Berpagar
Lari Berpagar
 
Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)Undang undang olahraga (koam)
Undang undang olahraga (koam)
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
 
jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Reka Bentuk Kurikulum di Malaysia
Reka Bentuk Kurikulum di MalaysiaReka Bentuk Kurikulum di Malaysia
Reka Bentuk Kurikulum di Malaysia
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
Ujian Rujukan Norma (URN) & Ujian Rujukan Kriteria (URK)
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Pengurusan bilik darjah
 Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmaniKaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
Kaedah dan teknik pengajaran pendidikan jasmani
 
Strategi dan Kaedah Pengajaran
Strategi dan Kaedah PengajaranStrategi dan Kaedah Pengajaran
Strategi dan Kaedah Pengajaran
 

Similar to Disiplin Pelajar

Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...Myss Youry
 
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...Shafiqah Rashid
 
Tugasan ess 222_kak_misnah_
Tugasan ess 222_kak_misnah_Tugasan ess 222_kak_misnah_
Tugasan ess 222_kak_misnah_Mahni Ma'arof
 
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Muhammad Nazri Abdul Halim
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruFatim Fauziani
 
Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...
Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...
Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...Rosida Marasabessy
 
44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuhadib90
 
2. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 12. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 1Call Vano
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAdam Amsyar
 
s_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdfs_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdfMyData19
 
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Operator Warnet Vast Raha
 
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Operator Warnet Vast Raha
 
Panduan Usulan Dan Laporan Ptk
Panduan Usulan Dan Laporan PtkPanduan Usulan Dan Laporan Ptk
Panduan Usulan Dan Laporan Ptkruro kenzim
 
Artikel pak tama ips
Artikel pak tama   ipsArtikel pak tama   ips
Artikel pak tama ipsayu suciati
 
BAB I S.D V GUPRES SIAP PRINT.doc
BAB I S.D V GUPRES  SIAP PRINT.docBAB I S.D V GUPRES  SIAP PRINT.doc
BAB I S.D V GUPRES SIAP PRINT.docpuskominfotkr
 

Similar to Disiplin Pelajar (20)

Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
 
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
 
Tugasan ess 222_kak_misnah_
Tugasan ess 222_kak_misnah_Tugasan ess 222_kak_misnah_
Tugasan ess 222_kak_misnah_
 
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
 
Pbl
PblPbl
Pbl
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
 
Jt38 e[5]
Jt38 e[5]Jt38 e[5]
Jt38 e[5]
 
Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...
Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...
Upaya meningkatkan kemampuan berpikir kritis matematis mahasiswa dengan mengg...
 
Karil nurnisa
Karil nurnisaKaril nurnisa
Karil nurnisa
 
44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh44457716 laporan-penuh
44457716 laporan-penuh
 
Ptk mami2
Ptk mami2Ptk mami2
Ptk mami2
 
2. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 12. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 1
 
Aplikasi stad libre
Aplikasi stad libreAplikasi stad libre
Aplikasi stad libre
 
s_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdfs_pgsd_0806270_chapter1.pdf
s_pgsd_0806270_chapter1.pdf
 
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
 
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
Meningkatnya prestasi belajar ips (sumber daya alam) melalui penerapan metode...
 
Panduan Usulan Dan Laporan Ptk
Panduan Usulan Dan Laporan PtkPanduan Usulan Dan Laporan Ptk
Panduan Usulan Dan Laporan Ptk
 
Artikel pak tama ips
Artikel pak tama   ipsArtikel pak tama   ips
Artikel pak tama ips
 
karil revisi4.docx
karil revisi4.docxkaril revisi4.docx
karil revisi4.docx
 
BAB I S.D V GUPRES SIAP PRINT.doc
BAB I S.D V GUPRES  SIAP PRINT.docBAB I S.D V GUPRES  SIAP PRINT.doc
BAB I S.D V GUPRES SIAP PRINT.doc
 

Recently uploaded

Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anakbekamalayniasinta
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 

Recently uploaded (20)

Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada AnakPpt tentang perkembangan Moral Pada Anak
Ppt tentang perkembangan Moral Pada Anak
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 

Disiplin Pelajar

  • 1. Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas Dalam Menjalankan Latihan Amali Yurhamy Yusuf & Nora Mislan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah disiplin pelajar yang menjalani latihan amali di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas. Seramai 220 orang pelajar Tingkatan Empat sekolah tersebut terlibat dalam kajian ini. Data di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS V. 16.0). Hasil analisis mendapati bahawa masih lagi terdapat para pelajar menghadapi masalah disiplin di dalam melaksanakan latihan amali di sekolah teknik ini. Sikap pelajar, pengaruh rakan sebaya, peraturan disiplin, pengguasaan peralatan dan pengguasaan bahan memainkan peranan yang penting bagi mereka melanggar peraturan di dalam bengkel. Diharapkan bahawa penjelasan daripada permasalahan ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin bagi menjadikan para pelajar insan yang bersahsiah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Abstract: This study was conducted to identify student discipline problems in Pasir Mas Technical School. A total of 220 Form Four students were involved in the study. Data collected were analysed using Statistical Packages for Social Science (SPSS v16.0). The results showed there were still discipline problems among students in conducting practical work activities at that school. Students’ attitude, peers, rules, ability in using tools and equipments play important roles in influencing students to break the workshop activities rules. It is hoped that from the results and explanation, these problems can be overcomed to produce students with good attitudes in line with our National Philosophy of Education. KataKunci: Permasalahan Disiplin, Pelajar, Latihan Amali Pengenalan Masalah disiplin dalam kalangan pelajar merupakan isu yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak dan didapati semakin meruncing. Masalah ini bukan sahaja berkisar di sekolah tetapi juga dalam latihan amali. Disiplin adalah satu elemen yang penting di dalam menentukan kejayaan sesebuah sistem pendidikan. Disiplin adalah satu aspek yang mesti wujud dalam masyarakat dan perlu diberi perhatian berat oleh semua pihak. Sehubungan dengan itu, para guru, para pelajar dan ibu bapa harus memainkan peranan dalam membina disiplin yang mantap di dalam diri setiap pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan lancar (Kementerian Pelajaran Malaysia, 1979). Kemajuan sesebuah negara bukan sahaja didorong oleh masyarakat yang berilmu dan berpendidikan tetapi merangkumi keseluruhan pembangunan diri setiap individu. Manusia yang berjaya adalah manusia yang berilmu, berakhlak mulia dan berketerampilan hasil kecerdikan akalnya, kesedaran dalam dan kesejahteraan jasmaninya. Para pelajar dituntut melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran dalam usaha mewujudkan generasi bestari dan berdaya saing. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pengetahuan, kemahiran dan kepakaran dalam menguasai ilmu amat diperlukan (Hishammudin, 2005).
  • 2. Pernyataan Masalah Masalah disiplin yang ditimbulkan oleh pelajar sewaktu melaksanakan latihan amali dalam bengkel pada masa kini tidak diketahui dengan jelas lagi. Berdasarkan latar belakang masalah yang dinyatakan di atas, pengkaji ingin mengkaji permasalahan disiplin dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Menengah Teknik Pasir Mas dalam melaksanakan latihan amali. Objektif Kajian Kajian ini adalah untuk menilai dan mengenalpasti tahap permasalahan disiplin terhadap pelajar sekolah dalam melaksanakan latihan amali. Antara objektif kajian adalah seperti berikut :- i. Mengenalpasti tahap sikap pelajar semasa melaksanakan latihan amali dalam bengkel. ii. Mengenalpasti tahap pelajar mematuhi peraturan semasa menjalankan latihan amali di bengkel. iii. Mengenalpasti tahap pengaruh rakan sebaya terhadap latihan amali di bengkel. iv. Mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam pengendalian peralatan dalam latihan amali di bengkel. v. Mengenalpasti tahap penguasaan pelajar dalam pengendalian bahan dalam latihan amali di bengkel. Kepentingan Kajian Adalah amat penting untuk mengetahui tahap disiplin pelajar ketika berada di bengkel semasa menjalankan latihan amali. Adalah diharapkan dapatan kajian ini akan dapat membantu pihak sekolah yang terlibat mengenalpasti tahap disiplin pelajar ketika latihan amali dijalankan dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Teknik dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mengatasi masalah di dalam bengkel. Hasil kajian boleh membantu menyediakan maklumat dan bukti kajian kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan khususnya kepada Jabatan Teknik dan Vokasional tentang tahap disiplin yang wujud di sekolah teknik semasa menjalankan latihan amali. Kajian ini juga membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri merangka dan mengambil langkah-langkah yang wajar dalam menangani disiplin dalam latihan amali seperti garis panduan serta mengkaji semula peraturan-peraturan yang membabitkan disiplin pelajar dalam latihan amali di bengkel. Dapatan kajian ini juga membantu para guru yang terlibat dapat mengenalpasti faktor-faktor yang berkaitan dengan masalah disiplin di bengkel. Para guru juga dapat mengetahui perubahan tingkah laku pelajar dalam latihan amali di sekolah yang mempengaruhi persekitan di dalam bengkel. Kajian ini juga diharapkan menyediakan sumber rujukan dan maklumat kepada guru-guru bengkel, pengkaji lain dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengkaji secara lebih terperinci dan mendalam berkaitan tahap disiplin pelajar ketika mengerjakan amali di bengkel sekolah.
  • 3. Skop Kajian Skop ini adalah fokus kepada lima tahap disiplin di dalam mengerjakan amali di bengkel sekolah menengah teknik berdasarkan sikap pelajar, peraturan bengkel, pengaruh rakan sebaya, tahap penggunaan peralatan dan tahap penggunaan bahan dalam latihan amali. Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Kelantan. Metodologi Persampelan kajian Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat sahaja. Responden yang dipilih berdasarkan pengkhususan mengikut kursus yang diambil. Disebabkan kekangan dari segi masa, kos dan komunikasi, sampel kajian ini melibatkan 140 orang responden daripada 220 orang populasi yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dari Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas. Jumlah sampel ini diambil adalah berdasarkan rujukan sampel oleh Krejcie & Morgan (1970). Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrument kajian. Satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A berkaitan dengan latar belakang responden iaitu jantina. Manakala, Bahagian B terdiri daripada 35 soalan yang berkaitan dengan lima persoalan kajian iaitu: i. Apakah tahap sikap pelajar semasa menjalankan latihan amali di bengkel? ii. Apakah tahap peraturan bengkel pelajar semasa menjalankan latihan amali di bengkel? iii. Apakah tahap pengaruh rakan sebaya semasa melakukan latihan amali dibengkel? iv. Apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam segi penggunaan peralatan dalam latihan amali di bengkel? v. Apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam segi penggunaan bahan dalam latihan amali dibengkel? Bagi Bahagian B responden diminta menandakan pilihan jawapan mereka pada ruang yang disediakan. Setiap kenyataan memerlukan responden memberi pandangan terhadapnya berdasarkan skala pemeringkatan ‘Likert’ pada lima aras yang berbeza iaitu daripada satu ekstrem kepada ekstrem yang lain. Analisis Data Bahagian A : Maklumat Diri Responden Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Kelantan. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini ialah sebanyak 120 orang iaitu 65 orang responden lelaki yang mewakili 54.2 peratus dan 55 orang responden perempuan yang mewakili 45.8 peratus. Pemilihan responden berkenaan telah dilakukan secara persampelan rawak kelompok. Jumlah responden boleh dilihat di dalam Jadual 4.2 . Bahagian B : Persoalan Kajian Bahagian B ini dibahagikan kepada lima persoalan kajian iaitu apakah tahap sikap pelajar semasa menjalankan latihan amali di bengkel, apakah tahap peraturan bengkel pelajar semasa menjalankan latihan amali di bengkel, apakah tahap pengaruh rakan sebaya semasa
  • 4. melakukan latihan amali dibengkel, apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam segi penggunaan peralatan dalam latihan amali di bengkeldan apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam segi penggunaan bahan dalam latihan amali dibengkel. Persoalan kajian 1 : Apakah tahap sikap pelajar semasa menjalankan latihan amali di bengkel? Jadual 1: Tahap Sikap Pelajar Bil. Kenyataan Min 1 Saya datang bengkel tepat pada waktu kelas 3.73 2 Saya rajin melakukan latihan amali 3.83 3 Saya tekun dalam menjalankan latihan amali 3.85 4 Saya menyediakan projek seperti yang diarah oleh guru 4.18 5 Saya suka menolong guru 4.07 6 Saya suka menolong rakan sekumpulan 3.92 7 Saya menyusun kembali alatan yang digunakan selepas amali 4.07 Purata 3.95 Berdasarkan kepada Jadual 1 mendapati min keseluruhan bagi menjawab persoalan kajian ini adalah 3.95, satu nilai yang tinggi untuk menunjukkan sikap pelajar dalam menjalankan latihan amali. Item 4 telah menunjukkan min yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.18. Nilai ini adalah berdasarkan perolehan data di mana seramai 72 orang responden (60%) bersetuju bahawa sikap pelajar dalam penyediaan projek disiapkan seperti yang diarah oleh guru. Terdapat 35 orang (29.2%) lagi menyatakan sangat setuju dengan penyataan item ini. Hanya seorang responden (0.8%) sahaja yang menyatakan tidak setuju, sementara 12 orang (10%) yang lainnya pula menyatakan tidak pasti manakala tidak ada responden yang menjawab sangat tidak setuju. Untuk penyataan ‘saya datang bengkel tepat pada waktu kelas’ merupakan item nombor 1 di mana min item ini adalah 3.73. Seramai 16 orang (13.3%) dan 56 orang responden (46.7%) menyatakan sangat setuju dan setuju dengan penyataan tersebut. Bagi kumpulan responden yang tidak pasti pula dengan 48 orang responden (40%) manakala tidak ada responden yang menjawab tidak setuju dan sangat tidak setuju. Persoalan kajian 2 : Apakah tahap peraturan bengkel pelajar semasa menjalankan amali di bengkel? Jadual 2: Tahap Peraturan Bengkel Bil. Kenyataan Min 1 Saya datang bengkel tepat pada waktu kelas 3.73 2 Saya rajin melakukan latihan amali 3.83 3 Saya tekun dalam menjalankan latihan amali 3.85 4 Saya menyediakan projek seperti yang diarah oleh guru 4.18 5 Saya suka menolong guru 4.07
  • 5. 6 Saya suka menolong rakan sekumpulan 3.92 7 Saya menyusun kembali alatan yang digunakan selepas amali 4.07 Purata 3.95 Merujuk kepada Jadual 2 mendapati purata keseluruhan bagi peraturan bengkel ini ialah 3.92. Dalam soalan kajian ini item 8 telah menunjukkan min yang paling tinggi iaitu 4.29. Hal ini adalah berdasarkan data yang diperolehi di mana seramai 50 orang responden (41.7%) menyatakan sangat bersetuju dengan penyataan bahawa saya mengikuti arahan guru di dalam bengkel. Terdapat 59 orang responden (49.2%) telah bersetuju manakala sangat tidak setuju mencatat dua orang responden (1.7%). Seterusnya sembilan orang (7.5%) menyatakan tidak pasti bagi item ini manakala tidak ada responden yang menjawab tidak setuju. Akhir sekali ialah item 9 di mana pengkaji ingin mengetahui pakaian keselamatan dipakai oleh pelajar semasa menjalankan amali di bengkel. Dengan itu, seramai 17 orang responden (14.2%) telah menyatakan sangat bersetuju. Bagi responden yang tidak pasti adalah seramai 29 orang responden (24.2%) manakala tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju masing- masing seramai lima orang responden (4.2%) dan tujuh orang responden (5.8%). Persoalan kajian 3 : Apakah tahap pengaruh rakan sebaya dalam melakukan latihan amali dibengkel? Jadual 3: Tahap Pengaruh Rakan Sebaya Bil. Kenyataan Min 15 Rakan membantu saya dalam menyiapkan latihan amali 3.57 16 Rakan membantu dalam melanggar peraturan disiplin 4.00 17 Rakan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah 3.91 18 Rakan saling memerhati dalam mengendalikan latihan amali 3.62 19 Saya berasa yakin apabila rakan membantu dalam latihan amali 3.76 20 Rakan menasihati saya tentang peraturan di bengkel 3.62 21 Rakan menunjuk cara latihan amali yang betul 3.99 Purata 3.78 Merujuk kepada Jadual 3, didapati item 16 didapati seramai 19 responden (15.8%) tidak bersetuju dengan penyataan bahawa rakan membantu dalam melanggar peraturan disiplin berbanding dua responden (1.7%) sahaja yang sangat tidak bersetuju manakala 18 responden (15%) menyatakan tidak pasti. Bagi kumpulan responden yang bersetuju dan sangat bersetuju pula masing-masing dengan 19 responden (15.8%) dan 62 responden (51.7%). Min keseluruhan bagi item ini adalah 4.00. Bagi item 16 didapati seramai 19 responden (15.8%) tidak bersetuju dengan penyataan bahawa rakan membantu dalam melanggar peraturan disiplin berbanding dua responden (1.7%) sahaja yang sangat tidak bersetuju manakala 18 responden (15%) menyatakan tidak pasti. Bagi kumpulan responden yang bersetuju dan sangat bersetuju pula masing-masing dengan 19 responden (15.8%) dan 62 responden (51.7%). Min keseluruhan bagi item ini adalah 4.00.
  • 6. Persoalan kajian 4 : Apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam segi penggunaan peralatan dalam latihan amali dibengkel? Jadual 4: Tahap Penggunaan Peralatan Bil. kenyataan Min 22 Saya melapor kepada guru apabila peralatan rosak 4.19 23 Saya memahami cara menggunakan peralatan di dalam bengkel 3.79 24 Saya mengetahui serba sedikit tentang penggunaan peralatan di dalam bengkel 3.96 25 Saya mengemas dan menyusun peralatan yang digunakan selepas latihan amali 4.15 26 Saya tidak menggunakan peralatan yang rosak 4.08 27 Saya menunjuk cara yang betul penggunaan alatan kepada rakan kumpulan 3.90 28 Saya biasa menggunakan peralatan yang terdapat di bengkel di rumah 3.56 Purata 3.95 Berdasarkan kepada Jadual 4 mendapati min keseluruhan bagi menjawab persoalan kajian ini adalah 3.95, satu nilai yang tinggi untuk menunjukkan saya melapor kepada guru apabila peralatan rosak. Di sini item 22 telah menunjukkan min yang paling tinggi iaitu sebanyak 4.19. Nilai ini adalah berdasarkan perolehan data di mana seramai 52 responden (43.3%) bersetuju bahawa saya menggunakan bahan yang disediakan dengan kadar minimum untuk menyiapkan latihan amali. Terdapat 48 responden (40%) lagi menyatakan sangat bersetuju dengan penyataan item ini. Hanya satu responden (0.8%) sahaja yang menyatakan setuju sementara sangat tidak setuju adalah dua responden (1.7%) manakala 17 responden (14.2%) lagi menyatakan tidak pasti. Untuk item yang terakhir dalam persoalan kajian ini ialah item 28 iaitu saya biasa menggunakan peralatan yang terdapat di bengkel di rumah mendapati 37 responden (30.8%) dan 25 responden (20.8%) masing-masing menyatakan setuju dan sangat bersetuju. Sementara kumpulan responden yang menyatakan tidak setuju dan sangat tidak setuju pula didapati masing-masing dengan 10 responden (8.3%) dan lima responden (4.2%). Selebihnya 43 responden (35.8%) lagi menyatakan tidak pasti. Min bagi keseleluruhan item ini iadalah 3.56. Persoalan kajian 5 : Apakah tahap penguasaan kemahiran pelajar dalam segi penggunaan bahan dalam latihan amali dibengkel? Jadual 5: Tahap Penggunaan Bahan Bil. Kenyataan Min 29 Saya menggunakan bahan yang disediakan dengan kadar minimum untuk menyiapkan latihan amali 3.65 30 Saya mengetahui semua jenis bahan yang digunakan 3.59 31 Saya menghantar kembali bahan yang lebih digunakan 4.03 32 Saya akan memberitahu guru apabila bahan sudah habis 4.20 33 Saya tidak menggunakan bahan luar dari bengkel untuk 3.51
  • 7. menyiapkan latihan amali 34 Saya mencari maklumat tentang bahan yang digunakan sebelum kelas amali dijalankan 3.53 35 Saya mendengar apa yang guru terangkan tentang penggunaan bahan sebelum amali dijalankan 4.32 Purata 3.83 Untuk persoalan kajian yang terakhir iaitu tentang aspek penggunaan bahan didapti min keseluruhan bagi menjawab persoalan kajian ini ialah 3.83. Dapatan data mendapati seramai 57 responden (47.5%) sangat bersetuju dengan item 35 bahawa saya mendengar apa yang guru terangkan tentang penggunaan bahan sebelum amali dijalankan. Min bagi item ini ialah 4.32 merupakan nilai min yang tertinggi bagi item-item dalam persoalan kajian ini. Manakala seramai 48 responden (40%) telah menjawab setuju dengan penyataan ini. Bagi responden yang menjawab tidak pasti adalah seramai 12 orang (10%), sementara responden yang tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju masing-masing telah mencatat sebanyak dua orang (1.7%) dan seorang (0.8%). Item yang terendah dan terakhir sekali ialah item 33 di mana item ini telah mencatat min sebanyak 3.51. Item ini telah mendapati seramai 35 responden (29.2%) telah menjawab bersetuju dengan penyataan item ini manakala 26 responden (21.7%) lagi sangat bersetuju. Bagi responden yang tidak pasti pula adalah seramai 39 responden (32.5%) dan selebihnya pula 14 responden (11.7%) dan enam responden (5%) telah menjawab tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju. Perbincangan Jadual 6: Perbandingan Analisis Min Pemboleh ubah Nilai Min Tahap Sikap Pelajar 3.95 Tinggi Peraturan Bengkel 3.92 Tinggi Pengaruh Rakan Sebaya 3.78 Tinggi Penggunaan Peralatan 3.95 Tinggi Dalam Segi Penggunaan Bahan 3.83 Tinggi Perbincangan Dapatan Berkaitan Dengan Tahap Sikap Pelajar Semasa Menjalankan Latihan Amali Pelajar masih lagi membuat kerja-latihan amali yang diarahkan oleh guru. Malahan mereka suka menolong rakan sekumpulan selain yang telah diarahkan oleh guru. Pelajar perlu melakukan latihan amali supaya mereka akan dapat didedahkan dengan tatacara bekerja, mendapatkan kemahiran dan memahami kefungsian dan matlamat amali yang dikehendaki semasa ia dijalankan selain mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku ditempat kerja. Guru perlu menyeleras atau memantau supaya pelajar melakukan tugas seperti yang diarahkan. Guru memberi kesedaran kepentingan kepada pelajar betapa mustahaknya latihan
  • 8. amali dan berusaha untuk memotivasikan diri pelajar supaya memenuhi keperluan pembelajaran dan keperluan industri kelak. Menurut Sharifah Alawiyah (1987), pelajar akan bermotivasi apabila keperluan untuk mencapai sesuatu yang mempunyai ciri-ciri berikut iaitu seronok dalam situasi persaingan, keinginan yang teguh untuk bekerja atau membuat sesuatu dengan bebas, ingin benar membuat dan menyelesaian. Crow dan Crow (1983) mengatakan bahawa sikap boleh mempunyai satu pengaruh penting kepada individu. Ia merupakan perkara peribadi dan adalah berkaitan dengan nada perasaan berhubung dengan pengalaman individu. Ia mengambarkan cara individu berfikir, bercakap atau bertindak dalam sebarang situasi. Sehubungan dengan ini Nik Aziz (1988), berpendapat bahawa sikap yang baik dapat membentuk disiplin dalam diri, boleh berjaya dalam kehidupan kerana keupayaan mengawal diri. Mematuhi keazaman diri untuk berubah adalah salah satu cara membantu disiplin diri yang positif yang boleh membawa kejayaan manakala sikap yang negatif mengalakkan pelajar menjadi penentang. Kelewatan sewaktu menghadiri kelas amali akan membuatkan pelajar tidak dapat mendengar akan taklimat yang diberikan oleh guru mereka. Kedatangan pelajar yang cepat adalah melatih para pelajar mendisiplinkan diri dan mematuhi masa yang diperuntukkan kepada mereka. Pelajar seharusnya pandai membahagikan masa mereka didalam menghadiri bengkel amali ini. Masa yang telah diperuntukkan kepada pelajar mencukupi untuk mereka menghadiri kelas amali ini tetapi mereka tidak mengatur masa mereka dengan baik. Apabila pelajar dapat mengatur masa mereka dengan baik maka mereka akan dapat sampai tepat pada waktunya di bengkel amali. Menurut Hassan (1996), perancangan masa perlulah dibuat dengan bijak iaitu membahagi masa, menentukan objektif jangka pendek dan panjang, menentu sasaran dan bijak membahagikan masa. Guru juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan pelajar menepati waktu untuk sampai ke bengkel. Guru perlulah memastikan kesemua pelajar supaya berada didalam kelas amali apabila sampai waktunya. Guru perlu peka terhadap kehadiran pelajar dalam kelas amali di bengkel dan guru mesti bertegas untuk mengatasi masalah kelewatan pelajar. Jika terdapat pelajar yang lewat maka pelajar terpaksa menjalani denda-denda yang diberi demi untuk kesedaran diri mereka agar mereka tidak mengulanginya. Sebelum melakukan latihan amali, guru-guru akan memberikan maklumat tentang kerja-kerja atau latihan amali yang dijalankan termasuk kaedah cara, penggunaan alatan dan langkah keselamatan. Hal ini adalah untuk melaksanakan kerja dengan teratur bagi mengelak risiko kemalangan yang minima. Pelajar juga tidak lagi pandai membahagi masa mereka untuk belajar dengan teratur dan menepati masa yang ditetapkan. Apabila pelajar ini lewat maka mereka akan didenda oleh guru, mereka juga akan ketinggalan untuk mendengar taklimat amali sebelum ia dijalankan dan ini juga berkemungkinan para pelajar ini akan mengalami kemalangan diri kerana tidak mengetahui akan talimat keselamatan sebelum menjalankan latihan amali. Daripada dua keadaan yang terjadi ini maka dapatlah kita kenalpasti bahawa guru memainkan peranan yang amat penting didalam melaksanakan latihan amali ini. Ketegasan guru menjadikan para pelajar akan sentiasa menepati masa yanag diperuntukkan. Tindakan denda kepada para pelajar ini amatlah wajar dilakukan kerana ia sedikit sebanyak dapat
  • 9. mengingatkan kepada pelajar supaya tidak melanggar arahan yang telah digariskan dan menepati masa apabila kelas amali dijalankan. Selain daripada itu, pemerhatian yang sepenuhnya daripada guru kepada pelajar perlulah ditekankan bagi mengelakkan daripada para pelajar melakukan kerja selain daripada projek latihan amali yang telah diarahkan oleh guru mereka. Maka daripada pemerhatian guru akan menjadikan para pelajar lebih tekun didalam melakukkan kerja dan tidak akan melakukan kerja lain selain kerja yang telah disediakan untuk mereka laksanakan. Perbincangan Dapatan Berkaitan Dengan Tahap Peraturan Bengkel Semasa Menjalankan Latihan Amali Keseluruhan kajian menunjukkan bahawa aras tahap disiplin pelajar mematuhi peraturan bengkel berada pada tahap yang baik. Walaubagaimanapun masih lagi terdapat kelemahan- kelemahan dalam aspek mengikuti peraturan semasa melaksanakan latihan amali. Pelajar masih lagi mengingkari akan peraturan dalam mengikuti latihan amali. Pelajar perlu mengikuti peraturan bengkel supaya dapat menghindari diri mereka daripada berlakunya kemalangan, keselamatan diri dan beretika semasa melaksanakan latihan amali dibengkel. Pelajar yang mengikuti proseder-prosedur menjalankan latihan amali didalam bengkel dapat mendisiplinkan diri mereka ketika mereka berada dibengkel kelak. Guru hendaklah memastikan pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan didalam bengkel. Bimbingan guru dapat memberi tunjuk ajar dan menyelesaikan masalah-masalah ketika menjalankan latihan amali. Seperti kenyataan Anton (1989), guru juga mestilah sentiasa mengingatkan pelajar betapa penting dan berfaedahnya bekerja dengan selamat ketika menjalankan kerja didalam bengkel. Hal ini supaya dapat memberikan motivasi kepada pelajar semasa mereka menjalankan latihan amali yang akan dilaksanakan didalam bengkel nanti. Oleh yang demikian menurut Kamarudin (1997), motivasi yang baik akan mewujudkan satu dorongan yang kuat dan mantap dalam kalangan pelajar untuk terus berminat dalam kegiatan yang diceburi. Sebenarnya peraturan yang telah ditetapkan di bengkel adalah untuk kebaikan pelajar itu sendiri. Sebagai contoh apabila pelajar itu sendiri mematuhi peraturan bengkel ia dapat mengelakkan diri mereka daripada mengalami risiko kemalangan kepada diri mereka. Pelajar juga dapat belajar mendisiplinkan diri mereka ketika menjalankan latihan amali dan dapat mendisiplinkan diri mereka daripada melakukan kesalahan ketika menjalankan latihan amali di bengkel nanti. Menurut Walberg (1980) tugas kritikal seorang guru ialah mengenalpasti keperluan untuk memotivasikan murid untuk mencapai matlamat yang bersesuaian dengan mereka. Perbincangan Dapatan Berkaitan Dengan Tahap Pengaruh Rakan Sebaya Semasa Menjalankan Latihan Amali Keseluruhan kajian menunjukkan bahawa tahap pengaruh rakan sebaya didalam bengkel berada pada tahap yang baik. Walaubagaimanapun masih lagi terdapat beberapa perkara yang perlu diperbaiki lagi seperti pengaruh rakan sebaya dan pemerhatian rakan semasa menjalankan latihan amali di bengkel.
  • 10. Pengaruh rakan sebaya ini boleh di bahagikan kepada tiga bahagian iaitu pengaruh yang positif, pengaruh yang negatif dan pemerhatian daripada rakan-rakan. Menurut Saniah (2000), apabila kita memilih salah satu ransangan yang diterima maka ia bermakna kita menumpukan kepada rangsangan tersebut. Pengaruh rakan sebaya dalam melaksanakan latihan amali untuk melakukan sesuatu yang positif amatlah digalakkan. Hal ini supaya dapat memberikan dorongan dan semangat yang positif kepada pelajar semasa menjalankan latihan amali. Daripada pengaruh yang baik maka ia akan menjadikan para pelajar lebih prihatin kepada rakan mereka daripada melakukan kesilapan mahupun kesalahan ketika menjalankan latihan amali. Bantuan dan sokongan rakan dalam melaksanakan latihan amali akan menjadikan para pelajar lebih tekun dan cemerlang didalam melakukan latihan amali. Pengaruh yang negatif daripada rakan akan menjadikan pelajar itu melanggar peraturan yang telah ditetapkan didalam bengkel. Hal ini juga akan menjadikan pelajar melanggar peraturan disiplin yang telah ditetapkan. Daripada pengaruh rakan sebaya yang negatif ini, maka pelajar akan sentiasa mempengaruhi antara satu sama lain untuk melakukkan kesalahan. Permasalahan disiplin terjadi apabila salah seorang pelajar itu dipengaruhi oleh rakan mereka yang lain untuk melakukan kesalahan. Hal ini amat membimbangkan kerana permasalahan tersebut berkaitan rapat dengan masalah disiplin para pelajar yang dipengaruhi oleh rakan mereka itu nanti. Hal ini disokong oleh Saniah (2000), yang mengatakan pengaruh rakan sebaya adalah semakin kuat bagi individu lain yang dianggap amat penting didalam kehidupan mereka. Sementara itu pemerhatian daripada rakan-rakan menjadikan pelajar dapat melaksanakan latihan amali dengan selesa atau sebaliknya. Biasanya pemerhatian rakan kepada pelajar itu nanti ialah untuk menganggu rakan semasa menjalankan latihan amali. Jika dikaitkan pemerhatian rakan ini dengan dua jenis pengaruh yang kita bincangkan tadi maka ia akan memberikan dua kesan yang dapat kita kenalpasti iaitu pemerhatian rakan akan memperbaiki hasil latihan amali pelajar dan jika sebaliknya pemerhatian rakan akan menganggu pelajar daripada menyiapkan latihan amali yang ditugaskan. Daripada ini menunjukkan bahawa pengawasan guru kepada pelajar amat penting sewaktu menjalankan latihan amali ini. Daripada pengawasan guru maka permasalahan pengaruh dan pemerhatian rakan yang negatif ini dapat diatasi dari ini akan memberikan keselesaan yang baik kepada pelajar didalam melaksanakan latihan amali itu nanti. Pemerhatian guru menjadikan pelajar lebih kepada tumpuan kepada kerja tetapi tidak untuk menganggu dan mempengaruhi rakan mereka yang sedang melakukan latihan amali nanti. Perbincangan Dapatan Berkaitan Dengan Tahap Penguasaan Peralatan Bengkel Semasa Menjalankan Latihan Amali Secara keseluruhan kajian yang diperolehi daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran pelajar dalam mengendalikan peralatan dalam keadaan baik. Terdapat beberapa perlu diambil perhatian semasa menguasai kemahiran mengendalikan peralatan seperti kemahiran mengendalikan peralatan dan disiplin mengendalikan peralatan.
  • 11. Terdapat juga para pelajar yang telah mahir didalam mengendalikan peralatan didalam bengkel sebelum ditunjuk ajar daripada guru mereka. Kemahiran yang telah diperolehi ini adalah hasil daripada pengalaman yang mereka perolehi daripada pekerjaan yang pernah mereka lakukan di sekolah menengah biasa dalam subjek Kemahiran Hidup. Menurut Saniah (2000) pelajaran yang berkaitan dengan pengalaman akan lebih berguna kepada pelajar untuk menguasai. Hal ini akan memberi kelebihan kepada pelajar itu sendiri didalam mengunakan peralatan didalam bengkel itu nanti semasa mereka menjalankan latihan amali di bengkel. Bimbingan daripada guru dalam pengendalian peralatan didalam bengkel kepada pelajar akan menjadikan pelajar mahir dalam mengendalikan peralatan semasa menjalankan latihan amali. Tunjuk ajar daripada guru tentang kaedah penggunaan peralatan dengan betul dan selamat akan menyakinkan pelajar dalam mengendalikan peralatan dan memperolehi kemahiran yang berkaitan. Perkara ini ditekankan oleh Lindberk (1986) yang mengatakan pelajar perlu diberikan latihan dan tunjuk ajar yang cukup sebelum mengendalikan peralatan semasa berada di bengkel. Kemahiran yang diperolehi akan dapat mendisiplinkan pelajar didalam pengendalian peralatan. Kemahiran semasa penggunaan alatan juga mempunyai kaedah dan cara penggunaanya yang tersendiri. Maka daripada sini pelajar akan mematuhi peraturan dan disiplin yang sepatutnya mereka patuhi semasa menggunakan peralatan. Latihan dan peraturan yang dipatuhi semasa menggunakan peralatan nanti akan menjadikan pelajar mahir menggunakan peralatan didalam bengkel dan ia juga akan dapat mendisiplinkan diri seseorang pelajar itu nanti dengan perubahan sikap mereka. Sebahagian besar kemahiran yang diperolehi oleh pelajar adalah dari tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru. Pelajar akan menjadi lebih berkeyakinan dari masa ke semasa selepas mereka dapat mendalami kefahaman dalam kerja-latihan amali selepas diberi tunjuk ajar daripada guru mereka. Perbincangan Dapatan Berkaitan Dengan Tahap Penguasaan Bahan Bengkel Semasa Menjalankan Latihan Amali Secara keseluruhan kajian yang diperolehi daripada dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap kemahiran pelajar dalam mengendalikan bahan dalam keadaan baik. Terdapat beberapa perlu diambil perhatian semasa menguasai kemahiran mengendalikan bahan seperti kemahiran mengendalikan bahan dan disiplin mengendalikan bahan. Bahan dalam bengkel bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingin tahu dalam kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Menurut Mok (1996), mengatakan bahawa penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran adalah amat penting. Hal ini kerana ia dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala bahan yang digunakan haruslah tepat dan berkait rapat dengan amali yang akan dijalankan. Terdapat juga para pelajar yang telah mahir didalam mengendalikan bahan didalam bengkel sebelum ditunjuk ajar daripada guru mereka. Kemahiran yang telah diperolehi ini adalah hasil daripada pengalaman yang mereka perolehi daripada pekerjaan yang pernah mereka lakukan di sekolah menengah biasa dalam subjek Kemahiran Hidup. Perkara ini ditekankan oleh Saniah (2000) yang mengatakan pelajaran yang berkaitan dengan pengalaman akan lebih
  • 12. berguna kepada pelajar untuk menguasainya. Hal ini akan memberi kelebihan kepada pelajar itu sendiri didalam mengunakan bahan didalam bengkel itu nanti semasa mereka menjalankan latihan amali di bengkel. Bimbingan daripada guru dalam pengendalian bahan didalam bengkel kepada pelajar akan menjadikan pelajar mahir dalam mengendalikan bahan semasa menjalankan latihan amali. Tunjuk ajar daripada guru tentang kaedah penggunaan bahan dengan betul dan selamat akan menyakinkan pelajar dalam mengendalikan bahan dan memperolehi kemahiran yang berkaitan. Perkara ini ditekankan oleh Lindberk (1986) yang mengatakan pelajar perlu diberikan latihan dan tunjuk ajar yang cukup sebelum mengendalikan peralatan dan bahan semasa berada di bengkel. Sebahagian besar kemahiran yang diperolehi oleh pelajar adalah dari tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru. Pelajar akan menjadi lebih berkeyakinan dari masa ke semasa selepas mereka dapat mendalami kefahaman dalam kerja-latihan amali selepas diberi tunjuk ajar daripada guru mereka. Rumusan Walaupun berada pada tahap yang memuaskan, ini tidak menunjukkan bahawa keseluruhan disiplin pelajar berada pada tahap yang sempurna. Hal ini kerana masih lagi terdapat sebahagian pelajar yang tidak lagi berdisiplin semasa menjalankan latihan amali di bengkel. Hal ini dapat dilihat melalui hasil dapatan peratusan keseluruhan kajian yang telah buat. Masih lagi terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh beberapa pihak yang bertanggungjawab didalam mengatasi masalah disiplin pelajar semasa menjalankan latihan amali dibengkel Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas. Walaupun kajian ini dilaksanakan kepada pelajar di Sekolah Teknik Pasir Mas tetapi ia masih boleh dianggap releven dan boleh dipakai. Hal ini kerana setiap reponden ini adalah daripada pelajar sekolah yang pernah mengunakan bengkel semasa sekolah menengah biasa seperti bengkel Kemahiran Hidup. Hal ini juga kerana setiap sekolah teknik mempunyai keseragaman daripada segi pengurusan bengkel-bengkel, proses pengajaran dan pembelajaran dan kurikulum yang diajar sama setiap sekolah teknik. Peraturan disiplin pelajar didalam bengkel juga adalah seragam dan ia telah ditetapkan didalam setiap organisasi bengkel di sekolah teknik. Maka daripada keputusan yang diperolehi dapatlah dikenalpasti bahawa tahap disiplin pelajar masih lagi berada pada tahap yang memuaskan dan langkah seterusnya perlulah dikaji dan dilaksanakan lagi bagi memastikan tahap disiplin pelajar ini betul-betul berada pada tahap yang cemerlang semasa menjalankan latihan amali di sekolah teknik ini nanti. Rujukan Anton J. Thomas (1984). “Dictionary of Supervisor and Managment”. Los Angeles: System Research. Hassan Haji Ali (1996). “Strategi Belajar Yang Berkesan”. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
  • 13. Hishammudin Hussein (2005), Tenang. Johor: Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang, Labis Kamarudin Hj. Husin (1997). Psikologi Bilik Darjah, Asas Pedagogi. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Kementerian Pelajaran Malaysia (1979). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Detemining sample size for research. Educational and Psychological Measurements, 30; 607-610. Lindberk, J.R. (1986). The Good Mentor Grade Initial Teacher Education in Secondary Schools. Buckingham Open University Press. Mok Soon Sang (1996). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Nik Aziz Nik Pa (1988). Keruntuhan Disiplin: Pembentukan Tingkahlaku Murid. Kuala Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Saniah Sayuti, (2000). “Psikiologi Pendidikan” cetakan pertama Skudai : Universiti Teknologi Malaysia. Sharifah Alwiah Alsaoff, (1987). “Sosiologi Pendididkan.”. Kuala Lumpur. Heinemann Educational Books (Asia) LTD. Walberg, H. J.. (1980). A psychological theory of educational productivity. In F. H. Farley & N. Gordon (Eds.), Perspectives on educational psychology. Chicago and Berkeley: National Society For The Study Of Education And Mccutchan Publishing,.