SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Download to read offline
Pengetahuan Etika Profesion Perguruan Dalam Kalangan Guru Pelatih 4SPH Fakulti 
Pendidikan UTM. 
Baharin Abu & Suzana Mamat @ Muhammad 
Fakulti Pendidikan, 
Universiti Teknologi Malaysia 
Abstrak : Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan etika profesion 
perguruan dalam kalangan guru pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. 
Empat aspek etika profesion perguruan yang dikaji iaitu pengetahuan guru pelatih terhadap 
tanggungjawab guru kepada murid, tanggungjawab guru kepada rakan sejawat dan profesion 
perguruan, tanggungjawab guru kepada masyarakat dan Negara dan tanggungjawab guru kepada ibu 
bapa murid. Kajian ini melibatkan 97 orang guru pelatih yang mengambil kursus Ijazah Sarjana 
Muda Teknoogi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) Fakulti Pendidikan di Universiti 
Teknologi Malaysia. Satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu latar belakang 
responden dan 37 item pernyataan telah diedarkan kepada responden.. Data dianalisis menggunakan 
perisian Statistical Packages for Social Sciences, Version 11.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai 
kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih 4SPH Fakulti 
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia mempunyai pengetahuan etika profesion perguruan dari 
segi tanggungjawab guru kepada murid, rakan sejawat dan profesion perguruan, masyarakat dan 
Negara dan ibu bapa murid. 
Katakunci : etika profesion perguruan, guru pelatih 4SPH 
Pengenalan 
Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan 
kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa hadapan. 
Sememangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan negara. Selain menyebar 
ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat 
membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik 
seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar, 
bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988) . 
Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai 
pendidik dengan baik. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir 
Mohd. Khir memberitahu bahawa daripada tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes 
keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008). Antara kes 
keruntuhan moral disebutkan beliau adalah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media 
juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes 
disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian 
umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. 
Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion 
keguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila perguruan di 
Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan 
tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara, 
bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya 
membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan guru yang 
menyebarkan ajaran anti kerajaan di mana bertentangan dengan tanggungjawab guru terhadap 
masyarakat dan Negara yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan 
kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia, 18 September 2008)
Oleh yang demikian, Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru 
dalam menjalankan tugas mendidik. Bakal-bakal guru harus mengetahui kod etika profesion 
perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. 
Pernyataan Masalah 
Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi memartabatkan 
profesion perguruan. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh bakal-bakal guru yang baru 
menceburi bidang perguruan dan mereka yang sudah lama bertapak dalam bidang perguruan ini. 
Kepentingan kod etika sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Dengan adanya kod etika perguruan 
ini seharusnya para guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang 
guru, memahami dengan lebih jelas etika guru iaitu tanggungjawab mereka terhadap pelajar, 
masyarakat dan Negara, rakan sejawat dan profesion perguruan, dan ibu bapa pelajar, meningkatkan 
lagi imej profesion perguruan serta mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam 
menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan guru 
sesama guru. Namun begitu jika dilihat terdapat guru-guru yang masih melanggar tatasusila 
perguruan yang sememangnya harus dielakkan bagi yang menjawab jawatan professional. 
Oleh yang demikian, pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting 
dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru. Bertepatan hal ini, kajian ini dibuat untuk 
mengkaji pengetahuan etika profesion perguruan di kalangan guru pelatih Fakulti Pendidikan 
khususnya yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup 
(4SPH) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah menjalani latihan mengajar. Kajian ini 
secara tidak langsung dapat mengetahui pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru 
untuk memupuk diri pelajar dari segi sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka 
menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih 
tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Pengetahuan guru pelatih 
terhadap tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan iaitu tidak membuat 
sebarang kenyataan atau ulasan kepada pelajar ataupun ibu bapa, atau pun berbuat sesuatu yang 
boleh menjatuhkan maruah seorang guru. 
Di samping itu, guru pelatih perlu mempunyai pengetahuan terhadap tanggungjawab guru 
kepada masyarakat dan Negara supaya mereka melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya kepada 
pelajar, masyarakat dan Negara. Akhir sekali kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui 
pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru terhadap ibu bapa murid iaitu kerjasama dan 
persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dan masyarakat. 
Objektif Kajian 
Kajian ini adalah untuk menilai dan mengenal pasti pengetahuan etika profesion perguruan di 
kalangan guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) 
Fakulti Pendidikan UTM. Objektif kajian ialah :- 
1) Mengenalpasti pengetahuan guru pelatih 4SPH terhadap tanggungjawab guru kepada murid 
2) Mengenalpasti pengetahuan guru pelatih 4SPH terhadap tanggungjawab guru kepada rakan 
sejawat dan profesion perguruan. 
3) Mengenalpasti pengetahuan guru pelatih 4SPH terhadap tanggungjawab guru kepada 
masyarakat dan Negara. 
4) Mengenalpasti pengetahuan guru pelatih 4SPH terhadap tanggungjawab guru kepada ibu 
bapa murid. 
Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan etika profesion perguruan 
dalam kalangan guru pelatih Fakulti Pendidikan khususnya yang mengambil Ijazah Sarjana Muda 
Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) UTM dan telah menjalani latihan mengajar. 
Hasil kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada pihak tertentu terutamanya guru baru yang 
akan berkhidmat tentang batapa pentingnya pengetahuan etika profesion perguruan didalam usaha 
membentuk diri menjadi seorang pendidik yang berkualiti dan cemerlang. Juga diharap dapat 
dijadikan panduan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam proses pengambilan guru 
yang beretika dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti dan berbudaya cemerlang. 
Sebagai kesimpulannya adalah diharapkan kajian ini akan dapat menyumbang atau sebagai 
garis panduan dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan guru dalam menjalani tugas-tugas 
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. 
Rekabentuk Kajian 
Rekabentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi 
maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah (Mohd Majid Konting, 2005). 
Kajian ini, adalah kajian deskriptif menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah deskriptif sesuai 
digunakan di dalam kajian ini kerana ia bertujuan untuk mengumpul maklumat yang sedang berlaku 
(Mohd Majid Konting, 1990). Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat melalui 
kutipan data yang dibuat melalui soal selidik. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan data 
dari sampel saiz besar kerana proses menggunakan kaedah lain adalah sukar dan kompleks (Mohd 
Najib Abdul Ghafar, 2003). 
Populasi dan Tempat Kajian 
Populasi merupakan satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran tertentu ke atas 
sekumpulan induvidu atau objek (Mohd Majid Konting, 2005). Populasi kajian ini adalah terdiri 
daripada 130 orang guru pelatih 4SPH Universiti Teknologi Malaysia Fakulti Pendidikan yang 
mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup 
(4SPH). Responden kajian melibatkan 97 orang 4SPH (kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta 
Pendidikan Kemahiran Hidup di Fakulti Pendidikan , UTM Skudai). 
Instrumen Kajian 
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang merangkumi 
beberapa item yang perlu dijawab oleh responden. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan 
maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik lebih 
praktikal dan berkesan digunakan bagi populasi yang besar. Soal selidik juga dapat meningkatkan 
ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek terhadap ransangan soalan yang diberi (Mohd Majid 
Konting, 2005). 
Soal selidik jenis tertutup digunakan di mana responden dikehendaki memilih jawapan yang 
tepat terhadap soalan yang dikemukakan berdasarkan kepada cadangan jawapan yang disediakan 
(Mohd Majid Konting, 2005). 
Soal selidik yang digunakan adalah dalam bentuk skala binari atau dikenali juga skala 
nominal. Di dalam soal-selidik bentuk skala binari atau skala nominal hanya terdapat dua pilihan 
jawapan iaitu sama ada Ya atau Tidak sahaja. Soal-selidik bentuk skala binari atau nominal ini 
digunakan kerana ianya bersesuaian dengan tajuk kajian yang ingin dijalankan. 
Dalam kajian ini, kaedah soal selidik adalah merupakan kaedah yang paling sesuai digunakan 
kerana maklumbalas terhadap aspek yang dikaji dapat diperolehi secara terus dari responden. Set 
borang soal selidik ini diedarkan sendiri oleh penyelidik. Oleh itu, kaedah ini adalah cepat dan 
menjimatkan masa serta perbelanjaan.
Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. 
Kajian Rintis 
Kajian rintis dijalankan untuk mengukur kesesuaian instrumen kajian. Kajian rintis dibuat 
sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian dibuat dengan memilih 10 orang responden yang terdiri 
daripada guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia Fakulti Pendidikan yang mengambil kursus 
Projek Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) 
Kajian rintis ini merupakan satu kaedah biasa yang digunakan untuk menilai kesahan serta 
kebolehpercayaan soalan-soalan yang dikemukakan iaitu sebelum kajian sebenar dijalankan. Selain 
itu, ia juga bertujuan untuk mengetahui sejauhmana responden memahami item soalan yang 
dikemukakan. Ini bertujuan supaya penyelidik dapat menjadikannya sebagai panduan memperbaiki 
soalan-soalan yang dikemukakan sebelum kajian sebenar dijalankan. 
Berdasarkan pada kajian rintis yang dijalankan dan komen serta cadangan yang diberikan 
oleh responden, maka beberapa item telah diubahsuai dan beberapa item yang lebih sesuai telah 
ditambah di dalam soal-selidik ini. 
Analisis Data 
Jadual 1 : Kekerapan dan peratusan bagi keseluruhan persoalan kajian 
Dari Jadua l, persoalan kajian yang pertama adalah pengetahuan guru pelatih terhadap 
tanggungjawab kepada murid. Dapatan menunjukkan bahawa sebanyak 98.6 peratus guru pelatih
mengetahui etika tentang tanggungjawab guru kepada murid dan 1.4 peratus guru pelatih yang tidak 
mengetahui tentang etika ini. 
Bagi persoalan kajian yang kedua adalah pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab 
kepada rakan sejawat dan profesion perguruan. Dapatan menunjukkan bahawa sebanyak 98.0 peratus 
guru pelatih mengetahui etika ini dan sebanyak 2.0 peratus guru pelatih yang tidak mengetahui 
tentang etika ini. 
Bagi persoalan kajian yang ketiga pula adalah pengetahuan guru pelatih terhadap 
tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Dapatan menunjukkan bahawa sebanyak 99.0 peratus 
guru pelatih mengetahui etika ini dan sebanyak 1.0 peratus guru pelatih yang tidak mengetahui 
tentang etika ini. 
Bagi menjawab persoalan kajian terakhir yang mempersoalkan pengetahuan guru pelatih 
terhadap tanggungjawab kepada ibu bapa murid menunjukkan bahawa 99.0 peratus guru pelatih 
mengetahui tentang etika ini, manakala sebanyak 1.0 peratus guru pelatih lagi tidak mengetahui 
tentang etika ini. 
Justeru, secara keseluruhannya bagi semua persoalan kajian secara puratanya, hasil dapatan 
menunjukkan bahawa majoriti responden yang mewakili Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Universiti 
Teknologi Malaysia yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan 
Kemahiran Hidup (4SPH) berpengetahuan tentang etika profesion perguruan iaitu 98.6 peratus 
berbanding hanya 1.4 peratus sahaja guru pelatih yang tidak berpengetahuan tentang ke empat-empat 
etika profesion perguruan ini. 
Perbincangan 
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai 
pengetahuan dalam etika profesion perguruan iaitu dari segi pengetahuan guru pelatih terhadap 
tanggungjawab guru kepada murid, tanggungjawab guru kepada rakan sejawat dan profesion 
perguruan, masyarakat dan Negara serta tanggungjawab guru kepada ibu bapa murid. Pengetahuan 
guru pelatih terhadap kod etika profesion perguruan adalah penting dalam menjamin kewibawaan 
sesuatu profesion. 
Pengetahuan guru pelatih terhadap etika profesion perguruan iaitu tanggungjawab guru 
kepada murid adalah tinggi. Pengetahuan guru terhadap tanggungjawab kepada murid adalah penting 
bagi menjamin kebajikan dan keselamatan pelajar dan dapat mewujudkan hubungan baik diantara 
guru dengan pelajar tanpa memilih kasih. Pengetahuan etika profesion perguruan di kalangan guru 
pelatih yang baik dapat membawa mereka ke arah menjadi warganegara yang lebih 
bertanggungjawab pada bangsa, agama dan negara. Namun terdapat beberapa diantara mereka yang 
masih lagi tidak tahu akan kod etika profesion perguruan ini yang berkaitan dengan pemeliharaan 
mutu pengajaran dan pembelajaran, prasyarat seseorang guru iaitu tidak mengenakan bayaran 
terhadap pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan aspek kecekapan ikhtisas. 
Begitu juga dengan pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab kepada rakan sejawat 
dan profesion perguruan adalah tinggi. Pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru 
kepada rakan sejawat dan profesion perguruan adalah penting dalam menjamin proses pengajaran 
dan pembelajaran berjalan dengan baik dan dapat memartabatkan profesion perguruan sentiasa 
dipandang mulia oleh masyarakat. Namun begitu, juga terdapat beberapa diantara mereka yang 
masih lagi tidak peka tentang etika ini. Antaranya melibatkan sikap untuk bekerjasama dan tolong-menolong 
diantara rakan sejawat dan penglibatan guru dalam sesebuah pertubuhan atau persatuan 
juga adalah penting. 
Selain dari itu, pengetahuan terhadap masyarakat dan Negara juga adalah penting dalam 
mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang baik di kalangan guru. Walaupun bilangan guru 
pelatih yang tidak tahu adalah kecil, namun tidak seharusnya mereka mengabaikan tanggugjawab
kepada Negara. Khususnya mereka perlu tahu penglibatan guru dengan kegiatan masyarakat 
masyarakat setempat adalah penting dalam mewujudkan hubungan yang baik dan mesra. 
Pengetahuan guru terhadap tanggungjawab kepada ibu bapa murid juga adalah penting dalam 
mengekalkan hubungan yang baik diantara kedua-dua pihak serta menjamin hubungan yang baik 
diantara guru dengan pelajar. Mereka yang mengetahui bahawa mengambil kesempatan diatas 
kedudukan sosial dan ekonomi pelajar dan mengeluarkan kata-kata yang boleh mencemarkan nama 
baik pelajar terhadap ibu bapa mereka adalah menyalahi etika profesion perguruan merupakan 
elemen yang perlu diambil perhatian oleh guru pelatih sebelum melangkah kaki menjadi seorang 
guru kelak. 
Rujukan 
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2007). 
Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan Teori, Analisis dan Interpretasi Data. PTS 
Professional Publishing Sdn Bhd. 
Esah Sulaiman ( 2003 ). Amalan Profesionalisme Perguruan. Universiti Teknologi Malaysia Skudai 
Darul Ta’zim. 
Fakarudin Abdullah (1999). Pengamalan Etika Profesion Perguruan di Kalangan Guru Di Sebuah 
Sekolah Rendah Kebangsaan di Daerah Kluang, Johor. Projek Sarjana Muda. Universiti 
Teknologi Malaysia. 
Hussin Sarju ( 1999 ). Amalan Etika Profesion Perguruan Di Kalangan Guru-Guru Satu Kajian 
Awal Di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor. Tesis Sarjana. UniversitiTeknologi 
Malaysia. 
Mohd Salleh Lebar (2002). Perancangan Pendidikan Peringkat Sekolah dan IPT. Utusan 
Publications & Distributors Sdn.Bhd. 
Mok Soon Sang (1988). Pendidikan Di Malaysia: Mengikut Sukatan Pelajaran Baru. Kuala Lumpur, 
Kumpulan Budiman. 
Omar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Dewan Bahasa dan 
Pustaka, Kuala Lumpur. 
Rosli Mamat (2000). Amalan Etika Perguruan di Kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Kuala 
Terengganu. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia. 
Sufean Hussin (1993). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Dewan Bahasa dan 
Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. 
Universiti Teknologi Malaysia (1998). Panduan Menulis Tesis UTM. Edisi Ketiga Johor. Universiti 
Teknologi Malaysia. 
Yahya Mohamad (1997). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Berkesan di Sekolah 
Menengah Semenchu: Satu Kajian Kes. Biro Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan 
Sekolah Menengah Semenchu. 
Zainuddin Masrom (1999 ). Amalan Etika Profesion Perguruan Di Kalangan Guru Sekolah 
Menengah Kampung Melayu, Kulai Johor. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia

More Related Content

What's hot

Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniApakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniRainne Lee
 
Problem Peningkatan Mutu Pendidikan
Problem Peningkatan Mutu PendidikanProblem Peningkatan Mutu Pendidikan
Problem Peningkatan Mutu PendidikanKuntum Trilestari
 
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juitaManajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juitamahmudi moedy
 
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015anida juita
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanannakkeli
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMSyaza Mohd Sabri
 
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion PilihanUsaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion PilihanSherly Jewinly
 
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...Nurdin Aminudin
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAWan Nor Faezah
 
Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)
Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)
Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)Denny Kodrat
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Ahmad NazRi
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralNorazah Mohamad
 
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...hafizah noor
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiahiezaku
 
9. Kurikulum
9.  Kurikulum9.  Kurikulum
9. Kurikulumkrys73
 
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Yurhamy Yusuf
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)Joyce Tan
 

What's hot (20)

Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_iniApakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
Apakah nama jawatan_yang_anda_temuduga_ini
 
Problem Peningkatan Mutu Pendidikan
Problem Peningkatan Mutu PendidikanProblem Peningkatan Mutu Pendidikan
Problem Peningkatan Mutu Pendidikan
 
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juitaManajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
 
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
Manajemen-pendidikan-islam_deden-makbuloh_anidajuita_s2pai_f_2015
 
Memartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruanMemartabatkan profession perguruan
Memartabatkan profession perguruan
 
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAMPENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENGKAEDAHAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
 
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion PilihanUsaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
Usaha-usaha untuk Merealisasikan Transformasi Keguruan sebagai Profesion Pilihan
 
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
Pembahasan ptk mapenl pkn pada pokok bahsn pemerintahan desa dng metode karya...
 
Presentasi TESIS
Presentasi TESISPresentasi TESIS
Presentasi TESIS
 
Tugasan 4
Tugasan 4 Tugasan 4
Tugasan 4
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
 
Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)
Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)
Proposal: Efektivitas Pelaksanaan Manajemen Pendidikan Karakter (Mixed Method)
 
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
Tugasan edu 3083 isu etika keguruan.
 
Peranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moralPeranan guru pendidikan moral
Peranan guru pendidikan moral
 
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
9. Kurikulum
9.  Kurikulum9.  Kurikulum
9. Kurikulum
 
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
Hdps1303 pengenalan kpd perkembangan kanak kanak v-aug19 (mrep)
 

Viewers also liked

Viewers also liked (13)

Tips for interviews
Tips for interviewsTips for interviews
Tips for interviews
 
Berks Products in the Blue Book
Berks Products in the Blue BookBerks Products in the Blue Book
Berks Products in the Blue Book
 
Dialysis
DialysisDialysis
Dialysis
 
SellYourHomeinYorkPA
SellYourHomeinYorkPASellYourHomeinYorkPA
SellYourHomeinYorkPA
 
Merida Diamonds 2017 Collection
Merida Diamonds 2017 CollectionMerida Diamonds 2017 Collection
Merida Diamonds 2017 Collection
 
Imagens Logística Incrível - Aeroportos
Imagens Logística Incrível - AeroportosImagens Logística Incrível - Aeroportos
Imagens Logística Incrível - Aeroportos
 
equacao dos 3 momentos
equacao dos 3 momentosequacao dos 3 momentos
equacao dos 3 momentos
 
Vision and Learning
Vision and LearningVision and Learning
Vision and Learning
 
Projeto de importação de cerveja de malte atualizado
Projeto de importação de cerveja de malte atualizadoProjeto de importação de cerveja de malte atualizado
Projeto de importação de cerveja de malte atualizado
 
Butiran slot 16 dan 17 april
Butiran slot 16 dan 17 aprilButiran slot 16 dan 17 april
Butiran slot 16 dan 17 april
 
Baseplate
BaseplateBaseplate
Baseplate
 
Baking cookies
Baking cookiesBaking cookies
Baking cookies
 
Interpersonal relationship presentation
Interpersonal relationship presentationInterpersonal relationship presentation
Interpersonal relationship presentation
 

Similar to Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakulti_pendidikan_utm

Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
Edaran 4 jurnal pendidikan
Edaran 4 jurnal pendidikanEdaran 4 jurnal pendidikan
Edaran 4 jurnal pendidikanmohdsokrisaad
 
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...Norwaliza Abdul Wahab
 
Supervisi pendidikan
Supervisi pendidikanSupervisi pendidikan
Supervisi pendidikanTika Adhitya
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruFatim Fauziani
 
2. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 12. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 1Call Vano
 
Fungsi guru menangani masalah disiplin
Fungsi guru menangani masalah disiplinFungsi guru menangani masalah disiplin
Fungsi guru menangani masalah disiplinafiqbahri
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptZOLKEPLEBINIBRAHIMIP1
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPensil Dan Pemadam
 
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandModel Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandFatin Nabilah Norzaidi
 
Pts pengawas sman 1 madapangga
Pts pengawas sman 1 madapanggaPts pengawas sman 1 madapangga
Pts pengawas sman 1 madapanggaAnwar Sari
 
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kiniMengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kiniLSP3I
 
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanakSistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanaksitinurnadirahibrahi
 
Proposal penelitian eksperime tes 2
Proposal penelitian eksperime tes 2Proposal penelitian eksperime tes 2
Proposal penelitian eksperime tes 2Nurjannah Harahap
 

Similar to Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakulti_pendidikan_utm (20)

Uas lpp
Uas lppUas lpp
Uas lpp
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Edaran 4 jurnal pendidikan
Edaran 4 jurnal pendidikanEdaran 4 jurnal pendidikan
Edaran 4 jurnal pendidikan
 
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
 
Supervisi pendidikan
Supervisi pendidikanSupervisi pendidikan
Supervisi pendidikan
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
 
Profesi Keguruan
Profesi KeguruanProfesi Keguruan
Profesi Keguruan
 
Autonomi guru
Autonomi guruAutonomi guru
Autonomi guru
 
2. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 12. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 1
 
3 permasalahan pm
3 permasalahan pm3 permasalahan pm
3 permasalahan pm
 
Kompetensi Guru
Kompetensi GuruKompetensi Guru
Kompetensi Guru
 
Fungsi guru menangani masalah disiplin
Fungsi guru menangani masalah disiplinFungsi guru menangani masalah disiplin
Fungsi guru menangani masalah disiplin
 
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.pptPeranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
Peranan-guru dalam pembentukan Kurikulum.ppt
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di FinlandModel Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
Model Standard Guru Malaysia dan standard guru di Finland
 
Pts pengawas sman 1 madapangga
Pts pengawas sman 1 madapanggaPts pengawas sman 1 madapangga
Pts pengawas sman 1 madapangga
 
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kiniMengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
Mengenal metode dan teknik mengajar dosen masa kini
 
Tugasan azhari
Tugasan azhariTugasan azhari
Tugasan azhari
 
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanakSistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
 
Proposal penelitian eksperime tes 2
Proposal penelitian eksperime tes 2Proposal penelitian eksperime tes 2
Proposal penelitian eksperime tes 2
 

Recently uploaded

421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 

Recently uploaded (20)

421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 

Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakulti_pendidikan_utm

  • 1. Pengetahuan Etika Profesion Perguruan Dalam Kalangan Guru Pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan UTM. Baharin Abu & Suzana Mamat @ Muhammad Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Abstrak : Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan etika profesion perguruan dalam kalangan guru pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Empat aspek etika profesion perguruan yang dikaji iaitu pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru kepada murid, tanggungjawab guru kepada rakan sejawat dan profesion perguruan, tanggungjawab guru kepada masyarakat dan Negara dan tanggungjawab guru kepada ibu bapa murid. Kajian ini melibatkan 97 orang guru pelatih yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Teknoogi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu latar belakang responden dan 37 item pernyataan telah diedarkan kepada responden.. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences, Version 11.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih 4SPH Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia mempunyai pengetahuan etika profesion perguruan dari segi tanggungjawab guru kepada murid, rakan sejawat dan profesion perguruan, masyarakat dan Negara dan ibu bapa murid. Katakunci : etika profesion perguruan, guru pelatih 4SPH Pengenalan Guru adalah pendidik dan pembimbing kepada para pelajar yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan bangsa dan Negara pada masa hadapan. Sememangnya guru memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan negara. Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai budaya yang bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin pada diri dan mempunyai sifat kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988) . Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik dengan baik. Menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd. Khir memberitahu bahawa daripada tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008). Antara kes keruntuhan moral disebutkan beliau adalah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion keguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara, bukannya mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan guru yang menyebarkan ajaran anti kerajaan di mana bertentangan dengan tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan Negara yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia, 18 September 2008)
  • 2. Oleh yang demikian, Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Bakal-bakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. Pernyataan Masalah Profesion perguruan sememangnya mempunyai kod etikanya tersendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika perguruan dijadikan rujukan oleh bakal-bakal guru yang baru menceburi bidang perguruan dan mereka yang sudah lama bertapak dalam bidang perguruan ini. Kepentingan kod etika sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Dengan adanya kod etika perguruan ini seharusnya para guru dapat menjaga tingkah laku sebagaimana yang patut diamalkan oleh seorang guru, memahami dengan lebih jelas etika guru iaitu tanggungjawab mereka terhadap pelajar, masyarakat dan Negara, rakan sejawat dan profesion perguruan, dan ibu bapa pelajar, meningkatkan lagi imej profesion perguruan serta mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan guru sesama guru. Namun begitu jika dilihat terdapat guru-guru yang masih melanggar tatasusila perguruan yang sememangnya harus dielakkan bagi yang menjawab jawatan professional. Oleh yang demikian, pengetahuan tentang etika profesion perguruan adalah amat penting dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru. Bertepatan hal ini, kajian ini dibuat untuk mengkaji pengetahuan etika profesion perguruan di kalangan guru pelatih Fakulti Pendidikan khususnya yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan telah menjalani latihan mengajar. Kajian ini secara tidak langsung dapat mengetahui pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru untuk memupuk diri pelajar dari segi sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan iaitu tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan kepada pelajar ataupun ibu bapa, atau pun berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seorang guru. Di samping itu, guru pelatih perlu mempunyai pengetahuan terhadap tanggungjawab guru kepada masyarakat dan Negara supaya mereka melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya kepada pelajar, masyarakat dan Negara. Akhir sekali kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru terhadap ibu bapa murid iaitu kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dan masyarakat. Objektif Kajian Kajian ini adalah untuk menilai dan mengenal pasti pengetahuan etika profesion perguruan di kalangan guru pelatih Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) Fakulti Pendidikan UTM. Objektif kajian ialah :- 1) Mengenalpasti pengetahuan guru pelatih 4SPH terhadap tanggungjawab guru kepada murid 2) Mengenalpasti pengetahuan guru pelatih 4SPH terhadap tanggungjawab guru kepada rakan sejawat dan profesion perguruan. 3) Mengenalpasti pengetahuan guru pelatih 4SPH terhadap tanggungjawab guru kepada masyarakat dan Negara. 4) Mengenalpasti pengetahuan guru pelatih 4SPH terhadap tanggungjawab guru kepada ibu bapa murid. Kepentingan Kajian
  • 3. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan etika profesion perguruan dalam kalangan guru pelatih Fakulti Pendidikan khususnya yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) UTM dan telah menjalani latihan mengajar. Hasil kajian ini diharap dapat memberi panduan kepada pihak tertentu terutamanya guru baru yang akan berkhidmat tentang batapa pentingnya pengetahuan etika profesion perguruan didalam usaha membentuk diri menjadi seorang pendidik yang berkualiti dan cemerlang. Juga diharap dapat dijadikan panduan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam proses pengambilan guru yang beretika dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti dan berbudaya cemerlang. Sebagai kesimpulannya adalah diharapkan kajian ini akan dapat menyumbang atau sebagai garis panduan dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan guru dalam menjalani tugas-tugas terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentuk Kajian Rekabentuk sesuatu penyelidikan adalah teknik dan kaedah tertentu untuk memperolehi maklumat yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu masalah (Mohd Majid Konting, 2005). Kajian ini, adalah kajian deskriptif menggunakan kaedah tinjauan. Kaedah deskriptif sesuai digunakan di dalam kajian ini kerana ia bertujuan untuk mengumpul maklumat yang sedang berlaku (Mohd Majid Konting, 1990). Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan maklumat melalui kutipan data yang dibuat melalui soal selidik. Kaedah tinjauan digunakan untuk mendapatkan data dari sampel saiz besar kerana proses menggunakan kaedah lain adalah sukar dan kompleks (Mohd Najib Abdul Ghafar, 2003). Populasi dan Tempat Kajian Populasi merupakan satu set ciri yang menunjukkan cerapan atau ukuran tertentu ke atas sekumpulan induvidu atau objek (Mohd Majid Konting, 2005). Populasi kajian ini adalah terdiri daripada 130 orang guru pelatih 4SPH Universiti Teknologi Malaysia Fakulti Pendidikan yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH). Responden kajian melibatkan 97 orang 4SPH (kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup di Fakulti Pendidikan , UTM Skudai). Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang merangkumi beberapa item yang perlu dijawab oleh responden. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan bagi populasi yang besar. Soal selidik juga dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas subjek terhadap ransangan soalan yang diberi (Mohd Majid Konting, 2005). Soal selidik jenis tertutup digunakan di mana responden dikehendaki memilih jawapan yang tepat terhadap soalan yang dikemukakan berdasarkan kepada cadangan jawapan yang disediakan (Mohd Majid Konting, 2005). Soal selidik yang digunakan adalah dalam bentuk skala binari atau dikenali juga skala nominal. Di dalam soal-selidik bentuk skala binari atau skala nominal hanya terdapat dua pilihan jawapan iaitu sama ada Ya atau Tidak sahaja. Soal-selidik bentuk skala binari atau nominal ini digunakan kerana ianya bersesuaian dengan tajuk kajian yang ingin dijalankan. Dalam kajian ini, kaedah soal selidik adalah merupakan kaedah yang paling sesuai digunakan kerana maklumbalas terhadap aspek yang dikaji dapat diperolehi secara terus dari responden. Set borang soal selidik ini diedarkan sendiri oleh penyelidik. Oleh itu, kaedah ini adalah cepat dan menjimatkan masa serta perbelanjaan.
  • 4. Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Kajian Rintis Kajian rintis dijalankan untuk mengukur kesesuaian instrumen kajian. Kajian rintis dibuat sebelum kajian sebenar dijalankan. Kajian dibuat dengan memilih 10 orang responden yang terdiri daripada guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia Fakulti Pendidikan yang mengambil kursus Projek Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) Kajian rintis ini merupakan satu kaedah biasa yang digunakan untuk menilai kesahan serta kebolehpercayaan soalan-soalan yang dikemukakan iaitu sebelum kajian sebenar dijalankan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mengetahui sejauhmana responden memahami item soalan yang dikemukakan. Ini bertujuan supaya penyelidik dapat menjadikannya sebagai panduan memperbaiki soalan-soalan yang dikemukakan sebelum kajian sebenar dijalankan. Berdasarkan pada kajian rintis yang dijalankan dan komen serta cadangan yang diberikan oleh responden, maka beberapa item telah diubahsuai dan beberapa item yang lebih sesuai telah ditambah di dalam soal-selidik ini. Analisis Data Jadual 1 : Kekerapan dan peratusan bagi keseluruhan persoalan kajian Dari Jadua l, persoalan kajian yang pertama adalah pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab kepada murid. Dapatan menunjukkan bahawa sebanyak 98.6 peratus guru pelatih
  • 5. mengetahui etika tentang tanggungjawab guru kepada murid dan 1.4 peratus guru pelatih yang tidak mengetahui tentang etika ini. Bagi persoalan kajian yang kedua adalah pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab kepada rakan sejawat dan profesion perguruan. Dapatan menunjukkan bahawa sebanyak 98.0 peratus guru pelatih mengetahui etika ini dan sebanyak 2.0 peratus guru pelatih yang tidak mengetahui tentang etika ini. Bagi persoalan kajian yang ketiga pula adalah pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab kepada masyarakat dan negara. Dapatan menunjukkan bahawa sebanyak 99.0 peratus guru pelatih mengetahui etika ini dan sebanyak 1.0 peratus guru pelatih yang tidak mengetahui tentang etika ini. Bagi menjawab persoalan kajian terakhir yang mempersoalkan pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab kepada ibu bapa murid menunjukkan bahawa 99.0 peratus guru pelatih mengetahui tentang etika ini, manakala sebanyak 1.0 peratus guru pelatih lagi tidak mengetahui tentang etika ini. Justeru, secara keseluruhannya bagi semua persoalan kajian secara puratanya, hasil dapatan menunjukkan bahawa majoriti responden yang mewakili Guru Pelatih Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup (4SPH) berpengetahuan tentang etika profesion perguruan iaitu 98.6 peratus berbanding hanya 1.4 peratus sahaja guru pelatih yang tidak berpengetahuan tentang ke empat-empat etika profesion perguruan ini. Perbincangan Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih mempunyai pengetahuan dalam etika profesion perguruan iaitu dari segi pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru kepada murid, tanggungjawab guru kepada rakan sejawat dan profesion perguruan, masyarakat dan Negara serta tanggungjawab guru kepada ibu bapa murid. Pengetahuan guru pelatih terhadap kod etika profesion perguruan adalah penting dalam menjamin kewibawaan sesuatu profesion. Pengetahuan guru pelatih terhadap etika profesion perguruan iaitu tanggungjawab guru kepada murid adalah tinggi. Pengetahuan guru terhadap tanggungjawab kepada murid adalah penting bagi menjamin kebajikan dan keselamatan pelajar dan dapat mewujudkan hubungan baik diantara guru dengan pelajar tanpa memilih kasih. Pengetahuan etika profesion perguruan di kalangan guru pelatih yang baik dapat membawa mereka ke arah menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab pada bangsa, agama dan negara. Namun terdapat beberapa diantara mereka yang masih lagi tidak tahu akan kod etika profesion perguruan ini yang berkaitan dengan pemeliharaan mutu pengajaran dan pembelajaran, prasyarat seseorang guru iaitu tidak mengenakan bayaran terhadap pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan aspek kecekapan ikhtisas. Begitu juga dengan pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab kepada rakan sejawat dan profesion perguruan adalah tinggi. Pengetahuan guru pelatih terhadap tanggungjawab guru kepada rakan sejawat dan profesion perguruan adalah penting dalam menjamin proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan dapat memartabatkan profesion perguruan sentiasa dipandang mulia oleh masyarakat. Namun begitu, juga terdapat beberapa diantara mereka yang masih lagi tidak peka tentang etika ini. Antaranya melibatkan sikap untuk bekerjasama dan tolong-menolong diantara rakan sejawat dan penglibatan guru dalam sesebuah pertubuhan atau persatuan juga adalah penting. Selain dari itu, pengetahuan terhadap masyarakat dan Negara juga adalah penting dalam mewujudkan persefahaman dan kerjasama yang baik di kalangan guru. Walaupun bilangan guru pelatih yang tidak tahu adalah kecil, namun tidak seharusnya mereka mengabaikan tanggugjawab
  • 6. kepada Negara. Khususnya mereka perlu tahu penglibatan guru dengan kegiatan masyarakat masyarakat setempat adalah penting dalam mewujudkan hubungan yang baik dan mesra. Pengetahuan guru terhadap tanggungjawab kepada ibu bapa murid juga adalah penting dalam mengekalkan hubungan yang baik diantara kedua-dua pihak serta menjamin hubungan yang baik diantara guru dengan pelajar. Mereka yang mengetahui bahawa mengambil kesempatan diatas kedudukan sosial dan ekonomi pelajar dan mengeluarkan kata-kata yang boleh mencemarkan nama baik pelajar terhadap ibu bapa mereka adalah menyalahi etika profesion perguruan merupakan elemen yang perlu diambil perhatian oleh guru pelatih sebelum melangkah kaki menjadi seorang guru kelak. Rujukan Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan Teori, Analisis dan Interpretasi Data. PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Esah Sulaiman ( 2003 ). Amalan Profesionalisme Perguruan. Universiti Teknologi Malaysia Skudai Darul Ta’zim. Fakarudin Abdullah (1999). Pengamalan Etika Profesion Perguruan di Kalangan Guru Di Sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan di Daerah Kluang, Johor. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia. Hussin Sarju ( 1999 ). Amalan Etika Profesion Perguruan Di Kalangan Guru-Guru Satu Kajian Awal Di Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor. Tesis Sarjana. UniversitiTeknologi Malaysia. Mohd Salleh Lebar (2002). Perancangan Pendidikan Peringkat Sekolah dan IPT. Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd. Mok Soon Sang (1988). Pendidikan Di Malaysia: Mengikut Sukatan Pelajaran Baru. Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman. Omar Mohd Hashim (1993). Pendidikan: Persoalan, Penyelesaian dan Harapan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Rosli Mamat (2000). Amalan Etika Perguruan di Kalangan Guru Sekolah Menengah Daerah Kuala Terengganu. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia. Sufean Hussin (1993). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia (1998). Panduan Menulis Tesis UTM. Edisi Ketiga Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Yahya Mohamad (1997). Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Guru Berkesan di Sekolah Menengah Semenchu: Satu Kajian Kes. Biro Penyelidikan dan Pembangunan Pendidikan Sekolah Menengah Semenchu. Zainuddin Masrom (1999 ). Amalan Etika Profesion Perguruan Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Kampung Melayu, Kulai Johor. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia