SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU 65
Jurnal Teknologi, 38(E) Jun. 2003: 65–74
© Universiti Teknologi Malaysia
AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN
GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MELAYU,
KULAI JOHOR. SATU TINJAUAN
YAHYA BUNTAT1
& ZAINUDDIN MASROM2
Abstrak. Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan untuk melihat amalan etika profesion perguruan
di kalangan 48 orang responden guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai, Johor.
Aspek etika profesion perguruan yang dilihat dalam kajian ini adalah perkara yang berkaitan dengan
tanggungjawab guru terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara,
tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion dan tanggungjawab guru terhadap ibu
bapa. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden dan dianalisis
dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati guru-guru sekolah ini keseluruhannya
telah mengamalkan etika profesion perguruan dalam aspek yang dikaji. Berdasarkan dapatan kajian
ini beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan lagi tahap amalan etika profesion perguruan
di kalangan guru-guru secara amnya.
Kata kunci: etika profesion perguruan, martabat profesion
1.0 PENGENALAN
Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga
kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu
dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para
guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan
sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya.
Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang
bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru
mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi.
Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul
tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya
mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka dengan
perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah
pengajaran dan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada
amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru
yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam
dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998).
1&2
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Tel: 607-5534411 e-mail:
yahya@fp.utm.my
JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3065
YAHYA BUNTAT & ZAINUDDIN MASROM66
Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah
sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional.
Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan
bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya
Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah
mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan
Tatasusila Guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil perguruan perlu
mematuhinya. Namun begitu sehingga ke hari ini kita masih lagi mendengar berita-
berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap
pelajar yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan
profesion perguruan ini. Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus
terpelihara dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman, Etika Profesion Perguruan
(EPP) harus dikaji semula (Najib, 1977).
Pengamalan EPP di kalangan guru-guru adalah penting demi menjamin martabat
profesion perguruan sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat. Kejayaan dan
pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap
tanggungjawabnya sebagai pendidik selaras dengan EPP yang telah dimaktubkan
dalam bentuk ikrar tercetak di halaman hadapan buku persediaan mengajar seperti
berikut;
“Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan....
.... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini
kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan.
Dari penyataan ikrar dan kod EPP di atas, guru sesungguhnya mempunyai beban
yang berat untuk dijayakan. Sepanjang pengetahuan pengkaji, kajian mengenai
pengalaman EPP di kalangan guru-guru di negara ini adalah terlalu sedikit. Pengkaji
merasakan perlu meneruskan usaha ini bagi menambahkan hasil dapatan kajian. Hasil
kajian ini kelak diharapkan dapat memberi gambaran terhadap amalan EPP di sekolah
dan juga dapat mengenal pasti pelbagai usaha yang dapat membantu para guru
mengamalkan EPP secara berterusan.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Secara amnya kajian ini ingin mengetahui sejauh manakah guru-guru SRK Kg. Melayu
Kulai bertanggungjawab melaksanakan amalan EPP yang disarankan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk
meninjau;
JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3066
AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU 67
(i) Sejauhmanakah guru-guru SRK Kg. Melayu, Kulai bertanggungjawab
terhadap pelajarnya.
(ii) Sejauhmanakah guru-guru SRK Kg. Melayu, Kulai bertanggungjawab
terhadap rakan sejawat dan profesionnya.
(iii) Sejauhmanakah guru-guru SRK Kg. Melayu, Kulai bertanggungjawab
terhadap masyarakat dan negaranya.
(iv) Sejauhmanakah guru-guru SRK Kg. Melayu, Kulai bertanggungjawab
terhadap ibu bapa.
3.0 METODOLOGI
Populasi dalam kajian ini adalah guru-guru SRK Kg. Melayu Kulai, Johor. Pemilihan
sampel kajian adalah berpandukan formula yang diperkenalkan oleh Krejcie dan
Morgan (1970). Sampel-sampel ini dipilih secara rawak mudah yang dilakukan ke
atas populasi. Seramai 48 orang guru yang terpilih dijadikan sampel dalam kajian ini
untuk memberi respon kepada soal selidik yang diedarkan.
Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.
Bahagian A mengandungi item-item demografi responden. Bahagian B pula mengan-
dungi 25 item yang dipecahkan kepada empat aspek berdasarkan kepada objektif
kajian yang ingin dikaji. Amalan etika dan tanggungjawab guru-guru ini diukur
menggunakan skala Likert yang mempunyai skala daripada 1 – Tidak Setuju hingga
5 – Amat Setuju. Kerja-kerja pengumpulan data dikendalikan sendiri oleh penyelidik.
Data-data yang diperolehi diproses menggunakan SPSS 7.5 for Windows dan dianalisis
dalam bentuk kekerapan dan peratusan.
4.0 KEPUTUSAN KAJIAN
Berikut dibentangkan dapatan kajian.
4.1 Maklumat Responden
Seramai 30 (62.5%) responden adalah terdiri daripada guru lelaki dan 18 orang (37.5%)
adalah guru perempuan. Dari jumlah tersebut didapati seramai 38 orang (79.2%) adalah
terdiri daripada mereka yang telah berkeluarga dan selebihnya iaitu seramai 10 (20.8%)
adalah mereka yang masih bujang. Dari segi pengalaman mengajar sebanyak 37.5%
orang responden mempunyai pengalaman mengajar melebihi 11 tahun, 4.2%
berpengalaman mengajar melebihi 21 tahun dan 41.6% responden berpengalaman
mengajar antara 5 hingga 10 tahun. Dari segi taraf pendidikan seramai 83.3% sampel
mempunyai Sijil Perguruan Asas, manakala 4.2% mempunyai lain-lain kelayakan.
Keseluruhan responden juga menyatakan mereka telah didedahkan secara langsung
terhadap Etika Profesion Perguruan (EPP).
JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3067
YAHYA BUNTAT & ZAINUDDIN MASROM68
Objektif Kajian 1: Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajarnya
Jadual 1 Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajar
Tak Tak
Bil Item Soalan Setuju Pasti Setuju
KS TS TP S AS
4 Saya harus bersedia mengadakan 1 2 2 15 28
Kelas tambahan untuk kepentingan 3 2 43
muridnya
6.25% 4.16% 89.6%
KS TS TP S AS
8 Saya sentiasa membimbing pelajar – – 1 14 33
mengembangkan potensi rohani mereka – 1 47
2.1% 97.9%
KS TS TP S AS
9 Kepentingan pelajar lebih penting 2 – 1 24 21
daripada kepentingan diri sendiri 2 1 45
4.16% 2.08% 93.8%
KS TS TP S AS
17 Saya membimbing pelajar mengembangkan – – 6 18 24
potensi intelek mereka – 6 42
12.5% 87.5%
KS TS TP S AS
20 Maklumat pelajar adalah sulit dan tak 1 1 1 13 32
perlu diheboh-hebohkan 2 1 45
4.16% 2.08% 93.8%
Purata
1.4 2.2 44.4
2.9% 4.5% 92.5%
Berdasarkan Jadual 1, kajian ini mendapati bahawa purata keseluruhan dalam aspek
tanggungjawab guru terhadap pelajar menunjukkan bahawa keseluruhan responden
mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap pelajarnya iaitu dengan mendapat
peratusan persetujuan (92.5%).
Objektif Kajian 2: Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion
Berdasarkan Jadual 2, purata peratusan bagi aspek tanggungjawab terhadap rakan
sejawat dan profesion menunjukkan lebih kurang (86.8%) responden memberi
persetujuan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap rakan
sejawat dan profesion. Perkara ini disokong dengan dapatan item 14, 12, dan 1 yang
JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3068
AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU 69
Jadual 2 Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion
Tak Tak
Bil Item Soalan Setuju Pasti Setuju
KS TS TP S AS
1 Saya berpakaian kemas dan rapi – – 2 16 30
mengikut landasan agama – 2 46
4.2% 95.8%
KS TS TP S AS
2 Saya berbangga diberi kenaikan pangkat 1 2 7 16 22
berdasarkan kecekapan saya 3 7 38
6.25% 14.58% 79.1%
KS TS TP S AS
3 Saya sering memohon untuk mengikuti – – 12 12 24
kursus dalam perkhidmatan – 12 36
25% 75%
KS TS TP S AS
12 Saya selalu beusaha untuk – – 1 19 28
meningkatkan ilmu pengetahuan – 1 47
2% 98%
KS TS TP S AS
13 Adalah tidak wajar untuk menegur rakan 2 1 1 14 30
sejawat secara tidak sopan 3 1 44
6.25% 2% 91.6%
KS TS TP S AS
14 Saya sentiasa mengamalkan tingkah laku – – – 21 27
bermoral dalam profesion perguruan – – 48
100%
KS TS TP S AS
16 Sikap amanah sangat penting untuk – – 7 14 27
menguruskan kewangan sekolah – 7 41
14.5% 85.5%
KS TS TP S AS
18 Hubungan interpersonel yang baik di 1 2 9 15 21
kalangan guru-guru menjamin 3 9 36
keberkesanan P&P
6.25% 18.7% 75%
Purata 2.3% 10.8% 86.8%
masing-masing mendapat peratusan yang tinggi. Walaupun begitu terdapat peratusan
yang agak rendah bagi item 3 dan 18 dengan peratusan sebanyak 75%.
JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3069
YAHYA BUNTAT & ZAINUDDIN MASROM70
Jadual 3 Tanggungjawab Guru Terhadap Masyarakat dan Negara
Tak Tak
Bil Item Soalan Setuju Pasti Setuju
KS TS TP S AS
5 Sebagai menghadiri mesyuarat PIBG – 1 3 24 20
walau sebagai ahli biasa 1 3 44
2.08% 6.2% 91.6%
KS TS TP S AS
7 Saya bersikap adil tanpa mengira – – 1 20 27
agama bangsa dan keturunan – 1 47
2% 98%
KS TS TP S AS
10 Saya bersikap adil tanpa mengira 2 – 3 20 23
latar belakang dan kedudukan keluarga 2 3 43
4.16% 6.25% 89.6%
KS TS TP S AS
11 Saya memberikan sepenuh perhatian 2 1 2 26 17
dalam pengajaran tanpa mengira kaum 3 2 43
6.25% 4.1% 89.6%
KS TS TP S AS
15 Saya sering menasihati pelajar saya, – – 9 12 27
agar menghargai harta awam – 9 39
18.7% 81.3%
KS TS TP S AS
23 Saya akan menerapkan nilai taat setia kepada 2 – 2 15 29
negara dalam proses pengajaran dan 2 2 44
pembelajaran di kelas
4.2% 4.2% 91.6%
KS TS TP S AS
24 Dalam [proses P&P saya – – 1 14 33
mementingkan nilai-nilai moral] – 1 47
2% 98%
Purata
0.4 3 44.6
1% 6.62% 92.2%
Objektif Kajian 3: Tanggungjawab Guru Terhadap Masyarakat dan Negara
Berdasarkan dapatan kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 3, responden
memberikan komitmen yang tinggi berhubung dengan tanggungjawab terhadap
masyarakat dan negara. Ini dibuktikan dengan kesemua item soalan mendapat
JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3070
AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU 71
peratusan melebihi 80 persetujuan responden. Manakala bagi keseluruhan dapatan
pula purata peratusan menunjukkan sejumlah 92.2% responden bersetuju mereka
mengamalkan perlakuan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
Jadual 4 pula melaporkan amalan tanggungjawab responden terhadap ibu bapa.
Daripada analisis kajian yang dijalankan, responden mempunyai tanggungjawab yang
baik terhadap ibu bapa dengan peratusan persetujuan keseluruhan sebanyak 95.2%.
Bagi item-item tertentu seperti item 22, dan 25, mendapat persetujuan 100% daripada
responden. Secara amnya memang responden mempunyai amalan dan sikap
tanggungjawab terhadap ibu bapa pelajar bagi merapatkan hubungan antara pihak
sekolah dan juga masyarakat.
Objektif Kajian 4: Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu Bapa
Jadual 4 Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu Bapa
Tak Tak
Bil Item Soalan Setuju Pasti Setuju
KS TS TP S AS
6 Saya akan memaklumkan kepada ibu bapa – – 1 18 29
pelajar sekiranya anak mereka tidak hadir – 1 47
ke sekolah selama tiga hari berturut-turut
2% 98%
KS TS TP S AS
19 Saya sedia berbincang dengan ibu bapa – – – 20 28
bagi membantu menangani masalah anak – – 48
yang sering melanggar disiplin sekolah
100%
KS TS TP S AS
21 Saya ada meluangkan sedikit masa untuk 1 2 1 24 20
berkunjung ke rumah keluarga pelajar 3 1 44
bagi merapatkan hubungan persahabatan
6.25% 2% 91.6%
KS TS TP S AS
22 Saya sedia melaporkan masalah salah – – – 17 31
laku pelajar kepada ibu bapa mereka – – 48%
untuk diambil tindakan segera
100%
KS TS TP S AS
23 Saya menjadi pengganti ibu bapa di 2 2 3 14 27
sekolah 4 3 41
8.3% 6.25% 85.5%
Purata
1.4 0.7 45.6
2.9% 1.4% 95.2%
JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3071
YAHYA BUNTAT & ZAINUDDIN MASROM72
5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dalam kajian ini dapatlah disimpulkan
bahawa guru-guru di SRK. Kg. Melayu, Kulai Johor ini telah mengamalkan etika
profesion perguruan yang merangkumi aspek tanggungjawab guru terhadap pelajar,
tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, tanggungjawab guru terhadap
rakan sejawat dan profesion perguruan serta tanggungjawab guru terhadap ibu bapa.
Dapatan kajian ini menunjukkan seramai 92.5% guru bertanggungjawab terhadap
pelajar, 91.6% guru bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, 86.8% guru
bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan dan 95.2% guru
bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Hasil kajian ini menggambarkan bahawa guru-
guru sangat mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya kerana mereka percaya tugas
mendidik para pelajar adalah amat berat dan tidak boleh diambil sambil lewa sahaja.
Ini bersesuaian dengan kenyataan Imam Ghazali (1980) dalam buku Ihya Ulumiddin
yang berbunyi “dan rosaklah pemimpin kerana guru yang jahat”, dan katanya lagi
dua golongan manusia yang penting dan berpengaruh dalam masyarakat ialah guru
dan pemerintah negara.
Walaupun dapatan kajian ini secara keseluruhan menunjukkan guru-guru telah
mengamalkan etika profesion perguruan seperti yang diharapkan oleh pihak
Kementerian Pendidikan, namun kedapatan juga segelintir guru bertindak dan
berpelakuan tidak wajar terhadap para pelajarnya yang sedikit sebanyak telah
mencemarkan nama baik profesion perguruan. Kenapakah perkara ini boleh berlaku?
Dan siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Bagi meningkatkan lagi amalan
etika profesion perguruan yang telah diamalkan oleh guru-guru tersebut, pengkaji
mencadangkan agar:
(i) Pihak pentadbir hendaklah meneruskan usaha menyemai nilai-nilai murni seperti
sikap kasih sayang kepada seluruh keluarga di sekolah meliputi guru-guru dan
kakitangan sekolah serta para pelajarnya.
(ii) Pihak pentadbir juga hendaklah sentiasa memberi perhatian dan juga
memastikan guru sentiasa sedar akan peranannya dan tanggungjawab mereka
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Guru perlu prihatin terhadap pelajar dan juga bersikap adil kepada semua pelajar
serta mewujudkan suasana muhibah tanpa melihat kepada perbezaan kaum,
agama dan status ekonomi di kalangan pelajarnya.
(iv) Guru perlu sentiasa menunjukkan sahsiah yang baik dan boleh menjadi model
kepada pelajar kerana setiap tingkah laku seseorang guru itu mudah menjadi
ikutan pada pelajarnya. Selain ibu bapa di rumah, gurulah orang yang paling
dekat dengan para pelajar.
JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3072
AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU 73
RUJUKAN
Alias Baba. 1997. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Asnah Abd. Hamaid. 1996. Nilai dan Etika Profesional dalam Perkhidmatan Pendidikan. Pengurusan Pendidikan
05(02): 29-39.
Imam Ghazali. 1980. Ihya Ulumiddin. Indonesia: Percetakan Menara Kudus.
Krejcie, R. V. & D. W. Morgan. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological
Measurement. 30(3): 607-610.
Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Najib Tun Razak. 1971. Kod Etika Perguruan Kita Sudah Profesional. Utusan Malaysia, 07 Mei 1995.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. 1991. Pengesanan Budaya Sekolah. Jurnal
Pendidikan 35: 34.
Rashidi Azizan & Abdullah Mohd. Noor. 1994. Pendidikan Guru: Cabaran, Falsafah dan Strategi dalam
Pembentukan Guru yang Unggul. Kajang: Masa Enterprise.
Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti.
Salant, P. & D. A. Dillman. 1994. How To Conduct Your Own Survey. New York: John Wiley & Sons, Inc.
Sufean Hussin. 1993. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Tajul Ariffin Noordin & Nor’aini Dan. 1992. Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ulmu.
JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3073

More Related Content

What's hot

Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guruRoyal Fu
 
Tugasan eml411 semester 1
Tugasan eml411 semester 1Tugasan eml411 semester 1
Tugasan eml411 semester 1Fadzilah761017
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044hazwaniAM
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesionalkrys73
 
Ulasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnalUlasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnalKer0
 
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Yurhamy Yusuf
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruFatim Fauziani
 
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...hafizah noor
 
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...Shafiqah Rashid
 
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen... kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...Sir-attha Mohd Hatta
 

What's hot (18)

Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Tugasan eml411 semester 1
Tugasan eml411 semester 1Tugasan eml411 semester 1
Tugasan eml411 semester 1
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044
 
Pp jurnal
Pp jurnalPp jurnal
Pp jurnal
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional
 
Ulasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnalUlasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnal
 
Math anxiety 2
Math anxiety 2Math anxiety 2
Math anxiety 2
 
Disertasi 1(16-10-2010)
Disertasi 1(16-10-2010)Disertasi 1(16-10-2010)
Disertasi 1(16-10-2010)
 
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
Jurnal -Permasalahan Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik ...
 
Teacher's certification 1
Teacher's certification 1Teacher's certification 1
Teacher's certification 1
 
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
Ulasan kritikal : isu dan cabaran guru berdasarkan kes cikgu azizan
 
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
 
Refleksi trends n issue full
Refleksi trends n issue fullRefleksi trends n issue full
Refleksi trends n issue full
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
Kajian penilaian kurikulum_pendidikan_matematik_dan_sains_universiti_teknolog...
 
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen... kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pen...
 

Viewers also liked

Apresentacao 2 - Convidado especial: Intel - SantaASUS 2009
Apresentacao 2 - Convidado especial: Intel - SantaASUS 2009 Apresentacao 2 - Convidado especial: Intel - SantaASUS 2009
Apresentacao 2 - Convidado especial: Intel - SantaASUS 2009 ASUS Brazil
 
The rokita report_appendix1_document_p26_152
The rokita report_appendix1_document_p26_152The rokita report_appendix1_document_p26_152
The rokita report_appendix1_document_p26_152Abdul-Hakim Shabazz
 
Letter of Recommendation
Letter of RecommendationLetter of Recommendation
Letter of RecommendationFrancesco Wang
 
Answer romanian port personalities
Answer   romanian port personalitiesAnswer   romanian port personalities
Answer romanian port personalitiesMiroslava Filipi
 
Artikel tijdschriftvoordepolitie recht[1]
Artikel tijdschriftvoordepolitie recht[1]Artikel tijdschriftvoordepolitie recht[1]
Artikel tijdschriftvoordepolitie recht[1]Frank Smilda
 
11 1196 umar burki 2
11 1196 umar burki 211 1196 umar burki 2
11 1196 umar burki 2Kamran Shahid
 
Diventare socio
Diventare socioDiventare socio
Diventare socioRENA
 
Kelly Cauthen Resume May. 2015
Kelly Cauthen Resume May. 2015Kelly Cauthen Resume May. 2015
Kelly Cauthen Resume May. 2015Kelly Cauthen
 
Práctica 2a (analisis película la ola)
Práctica 2a (analisis película la ola)Práctica 2a (analisis película la ola)
Práctica 2a (analisis película la ola)manumaestro19
 
Ferrite Specifications and ACME Ferrites (4)
Ferrite Specifications and ACME Ferrites (4)Ferrite Specifications and ACME Ferrites (4)
Ferrite Specifications and ACME Ferrites (4)Ray Lai
 
Uspto – us patent cases weekly update - may 28th - june 04th, 2013
Uspto – us patent cases   weekly update - may 28th - june 04th, 2013Uspto – us patent cases   weekly update - may 28th - june 04th, 2013
Uspto – us patent cases weekly update - may 28th - june 04th, 2013InvnTree IP Services Pvt. Ltd.
 
HRM expo 2016 факты и цифры
HRM expo 2016 факты и цифрыHRM expo 2016 факты и цифры
HRM expo 2016 факты и цифрыNatalia Bocharova
 
Social media guidelines-tnt
Social media guidelines-tntSocial media guidelines-tnt
Social media guidelines-tntFrank Smilda
 
Анализ запросов российских пользователей на туры в различные страны в декабре...
Анализ запросов российских пользователей на туры в различные страны в декабре...Анализ запросов российских пользователей на туры в различные страны в декабре...
Анализ запросов российских пользователей на туры в различные страны в декабре...ATOR
 

Viewers also liked (20)

Theems july15 v6
Theems july15 v6Theems july15 v6
Theems july15 v6
 
Apresentacao 2 - Convidado especial: Intel - SantaASUS 2009
Apresentacao 2 - Convidado especial: Intel - SantaASUS 2009 Apresentacao 2 - Convidado especial: Intel - SantaASUS 2009
Apresentacao 2 - Convidado especial: Intel - SantaASUS 2009
 
The rokita report_appendix1_document_p26_152
The rokita report_appendix1_document_p26_152The rokita report_appendix1_document_p26_152
The rokita report_appendix1_document_p26_152
 
Letter of Recommendation
Letter of RecommendationLetter of Recommendation
Letter of Recommendation
 
PACT FINAL
PACT FINALPACT FINAL
PACT FINAL
 
Answer romanian port personalities
Answer   romanian port personalitiesAnswer   romanian port personalities
Answer romanian port personalities
 
Artikel tijdschriftvoordepolitie recht[1]
Artikel tijdschriftvoordepolitie recht[1]Artikel tijdschriftvoordepolitie recht[1]
Artikel tijdschriftvoordepolitie recht[1]
 
11 1196 umar burki 2
11 1196 umar burki 211 1196 umar burki 2
11 1196 umar burki 2
 
Diventare socio
Diventare socioDiventare socio
Diventare socio
 
Kelly Cauthen Resume May. 2015
Kelly Cauthen Resume May. 2015Kelly Cauthen Resume May. 2015
Kelly Cauthen Resume May. 2015
 
Opciones quirúrgicas válidas r cohen
Opciones quirúrgicas válidas r cohenOpciones quirúrgicas válidas r cohen
Opciones quirúrgicas válidas r cohen
 
Attest Kif
Attest KifAttest Kif
Attest Kif
 
Práctica 2a (analisis película la ola)
Práctica 2a (analisis película la ola)Práctica 2a (analisis película la ola)
Práctica 2a (analisis película la ola)
 
Ferrite Specifications and ACME Ferrites (4)
Ferrite Specifications and ACME Ferrites (4)Ferrite Specifications and ACME Ferrites (4)
Ferrite Specifications and ACME Ferrites (4)
 
EBP Poster Summer 2016
EBP Poster Summer 2016EBP Poster Summer 2016
EBP Poster Summer 2016
 
Успешное резюме с Career.ru
Успешное резюме с Career.ruУспешное резюме с Career.ru
Успешное резюме с Career.ru
 
Uspto – us patent cases weekly update - may 28th - june 04th, 2013
Uspto – us patent cases   weekly update - may 28th - june 04th, 2013Uspto – us patent cases   weekly update - may 28th - june 04th, 2013
Uspto – us patent cases weekly update - may 28th - june 04th, 2013
 
HRM expo 2016 факты и цифры
HRM expo 2016 факты и цифрыHRM expo 2016 факты и цифры
HRM expo 2016 факты и цифры
 
Social media guidelines-tnt
Social media guidelines-tntSocial media guidelines-tnt
Social media guidelines-tnt
 
Анализ запросов российских пользователей на туры в различные страны в декабре...
Анализ запросов российских пользователей на туры в различные страны в декабре...Анализ запросов российских пользователей на туры в различные страны в декабре...
Анализ запросов российских пользователей на туры в различные страны в декабре...
 

Similar to Jt38 e[5]

Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...Myss Youry
 
Tugasan ess 222_kak_misnah_
Tugasan ess 222_kak_misnah_Tugasan ess 222_kak_misnah_
Tugasan ess 222_kak_misnah_Mahni Ma'arof
 
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...Norwaliza Abdul Wahab
 
2. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 12. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 1Call Vano
 
Contoh sederhana proposal
Contoh sederhana proposalContoh sederhana proposal
Contoh sederhana proposalRobinWAkwan
 
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionEdu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionIndra Maniam
 
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionEdu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionIndra Maniam
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_davidzaidizakaria1978
 
AMALAN KEPIMPINAN
AMALAN KEPIMPINAN AMALAN KEPIMPINAN
AMALAN KEPIMPINAN npc3932
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru huda hamdan
 
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Izawati Saat
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Cahaya Cita-Cita
 
Trends and issues in education for mathematical sciences
Trends and issues in education for mathematical sciencesTrends and issues in education for mathematical sciences
Trends and issues in education for mathematical sciencestrendsandissues2015
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptkQbarrizky
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptkQbarrizky
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakarAnwar Sari
 

Similar to Jt38 e[5] (20)

Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
Pengetahuan etika profesion_perguruan_dalam_kalangan_guru_pelatih_4_sph_fakul...
 
Tugasan ess 222_kak_misnah_
Tugasan ess 222_kak_misnah_Tugasan ess 222_kak_misnah_
Tugasan ess 222_kak_misnah_
 
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
Pendidikan murid orang asli. analisis matlamat, pelaksanaan dan hasil pendidi...
 
2. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 12. bab 1 revisi gandes 1
2. bab 1 revisi gandes 1
 
Contoh sederhana proposal
Contoh sederhana proposalContoh sederhana proposal
Contoh sederhana proposal
 
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionEdu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
 
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervisionEdu 5818 tugasan 1 instructional supervision
Edu 5818 tugasan 1 instructional supervision
 
Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_david
 
AMALAN KEPIMPINAN
AMALAN KEPIMPINAN AMALAN KEPIMPINAN
AMALAN KEPIMPINAN
 
Ldp
LdpLdp
Ldp
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
Pckumpulan 18 : Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
 
(Group 18) pck
(Group 18) pck(Group 18) pck
(Group 18) pck
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2
 
Trends and issues in education for mathematical sciences
Trends and issues in education for mathematical sciencesTrends and issues in education for mathematical sciences
Trends and issues in education for mathematical sciences
 
widyaa.pdf
widyaa.pdfwidyaa.pdf
widyaa.pdf
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Laporan pts bakar
Laporan pts bakarLaporan pts bakar
Laporan pts bakar
 

Jt38 e[5]

  • 1. AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU 65 Jurnal Teknologi, 38(E) Jun. 2003: 65–74 © Universiti Teknologi Malaysia AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MELAYU, KULAI JOHOR. SATU TINJAUAN YAHYA BUNTAT1 & ZAINUDDIN MASROM2 Abstrak. Kajian berbentuk tinjauan ini dilakukan untuk melihat amalan etika profesion perguruan di kalangan 48 orang responden guru-guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai, Johor. Aspek etika profesion perguruan yang dilihat dalam kajian ini adalah perkara yang berkaitan dengan tanggungjawab guru terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion dan tanggungjawab guru terhadap ibu bapa. Maklumat kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada responden dan dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati guru-guru sekolah ini keseluruhannya telah mengamalkan etika profesion perguruan dalam aspek yang dikaji. Berdasarkan dapatan kajian ini beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan lagi tahap amalan etika profesion perguruan di kalangan guru-guru secara amnya. Kata kunci: etika profesion perguruan, martabat profesion 1.0 PENGENALAN Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat FPK ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi. Apabila FPK dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998). 1&2 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Tel: 607-5534411 e-mail: yahya@fp.utm.my JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3065
  • 2. YAHYA BUNTAT & ZAINUDDIN MASROM66 Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Kementerian Pendidikan telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya Diraja Mengenai Perkhidmatan Perguruan Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru. Semua guru yang telah memperolehi sijil perguruan perlu mematuhinya. Namun begitu sehingga ke hari ini kita masih lagi mendengar berita- berita yang tidak menyenangkan baik dari segi tindakan atau hukuman terhadap pelajar yang melampau mahupun salah laku guru sendiri yang mencalar kewibawaan profesion perguruan ini. Dalam usaha untuk memastikan martabat pendidikan terus terpelihara dan tidak terpinggir dalam perubahan arus zaman, Etika Profesion Perguruan (EPP) harus dikaji semula (Najib, 1977). Pengamalan EPP di kalangan guru-guru adalah penting demi menjamin martabat profesion perguruan sentiasa dipandang mulia di mata masyarakat. Kejayaan dan pencapaian matlamat pendidikan berkait rapat dengan kesedaran guru terhadap tanggungjawabnya sebagai pendidik selaras dengan EPP yang telah dimaktubkan dalam bentuk ikrar tercetak di halaman hadapan buku persediaan mengajar seperti berikut; “Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan.... .... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan. Dari penyataan ikrar dan kod EPP di atas, guru sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dijayakan. Sepanjang pengetahuan pengkaji, kajian mengenai pengalaman EPP di kalangan guru-guru di negara ini adalah terlalu sedikit. Pengkaji merasakan perlu meneruskan usaha ini bagi menambahkan hasil dapatan kajian. Hasil kajian ini kelak diharapkan dapat memberi gambaran terhadap amalan EPP di sekolah dan juga dapat mengenal pasti pelbagai usaha yang dapat membantu para guru mengamalkan EPP secara berterusan. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Secara amnya kajian ini ingin mengetahui sejauh manakah guru-guru SRK Kg. Melayu Kulai bertanggungjawab melaksanakan amalan EPP yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Secara khusus objektif kajian ini adalah untuk meninjau; JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3066
  • 3. AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU 67 (i) Sejauhmanakah guru-guru SRK Kg. Melayu, Kulai bertanggungjawab terhadap pelajarnya. (ii) Sejauhmanakah guru-guru SRK Kg. Melayu, Kulai bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesionnya. (iii) Sejauhmanakah guru-guru SRK Kg. Melayu, Kulai bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negaranya. (iv) Sejauhmanakah guru-guru SRK Kg. Melayu, Kulai bertanggungjawab terhadap ibu bapa. 3.0 METODOLOGI Populasi dalam kajian ini adalah guru-guru SRK Kg. Melayu Kulai, Johor. Pemilihan sampel kajian adalah berpandukan formula yang diperkenalkan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Sampel-sampel ini dipilih secara rawak mudah yang dilakukan ke atas populasi. Seramai 48 orang guru yang terpilih dijadikan sampel dalam kajian ini untuk memberi respon kepada soal selidik yang diedarkan. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengandungi item-item demografi responden. Bahagian B pula mengan- dungi 25 item yang dipecahkan kepada empat aspek berdasarkan kepada objektif kajian yang ingin dikaji. Amalan etika dan tanggungjawab guru-guru ini diukur menggunakan skala Likert yang mempunyai skala daripada 1 – Tidak Setuju hingga 5 – Amat Setuju. Kerja-kerja pengumpulan data dikendalikan sendiri oleh penyelidik. Data-data yang diperolehi diproses menggunakan SPSS 7.5 for Windows dan dianalisis dalam bentuk kekerapan dan peratusan. 4.0 KEPUTUSAN KAJIAN Berikut dibentangkan dapatan kajian. 4.1 Maklumat Responden Seramai 30 (62.5%) responden adalah terdiri daripada guru lelaki dan 18 orang (37.5%) adalah guru perempuan. Dari jumlah tersebut didapati seramai 38 orang (79.2%) adalah terdiri daripada mereka yang telah berkeluarga dan selebihnya iaitu seramai 10 (20.8%) adalah mereka yang masih bujang. Dari segi pengalaman mengajar sebanyak 37.5% orang responden mempunyai pengalaman mengajar melebihi 11 tahun, 4.2% berpengalaman mengajar melebihi 21 tahun dan 41.6% responden berpengalaman mengajar antara 5 hingga 10 tahun. Dari segi taraf pendidikan seramai 83.3% sampel mempunyai Sijil Perguruan Asas, manakala 4.2% mempunyai lain-lain kelayakan. Keseluruhan responden juga menyatakan mereka telah didedahkan secara langsung terhadap Etika Profesion Perguruan (EPP). JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3067
  • 4. YAHYA BUNTAT & ZAINUDDIN MASROM68 Objektif Kajian 1: Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajarnya Jadual 1 Tanggungjawab Guru Terhadap Pelajar Tak Tak Bil Item Soalan Setuju Pasti Setuju KS TS TP S AS 4 Saya harus bersedia mengadakan 1 2 2 15 28 Kelas tambahan untuk kepentingan 3 2 43 muridnya 6.25% 4.16% 89.6% KS TS TP S AS 8 Saya sentiasa membimbing pelajar – – 1 14 33 mengembangkan potensi rohani mereka – 1 47 2.1% 97.9% KS TS TP S AS 9 Kepentingan pelajar lebih penting 2 – 1 24 21 daripada kepentingan diri sendiri 2 1 45 4.16% 2.08% 93.8% KS TS TP S AS 17 Saya membimbing pelajar mengembangkan – – 6 18 24 potensi intelek mereka – 6 42 12.5% 87.5% KS TS TP S AS 20 Maklumat pelajar adalah sulit dan tak 1 1 1 13 32 perlu diheboh-hebohkan 2 1 45 4.16% 2.08% 93.8% Purata 1.4 2.2 44.4 2.9% 4.5% 92.5% Berdasarkan Jadual 1, kajian ini mendapati bahawa purata keseluruhan dalam aspek tanggungjawab guru terhadap pelajar menunjukkan bahawa keseluruhan responden mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap pelajarnya iaitu dengan mendapat peratusan persetujuan (92.5%). Objektif Kajian 2: Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Berdasarkan Jadual 2, purata peratusan bagi aspek tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion menunjukkan lebih kurang (86.8%) responden memberi persetujuan bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap rakan sejawat dan profesion. Perkara ini disokong dengan dapatan item 14, 12, dan 1 yang JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3068
  • 5. AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU 69 Jadual 2 Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Tak Tak Bil Item Soalan Setuju Pasti Setuju KS TS TP S AS 1 Saya berpakaian kemas dan rapi – – 2 16 30 mengikut landasan agama – 2 46 4.2% 95.8% KS TS TP S AS 2 Saya berbangga diberi kenaikan pangkat 1 2 7 16 22 berdasarkan kecekapan saya 3 7 38 6.25% 14.58% 79.1% KS TS TP S AS 3 Saya sering memohon untuk mengikuti – – 12 12 24 kursus dalam perkhidmatan – 12 36 25% 75% KS TS TP S AS 12 Saya selalu beusaha untuk – – 1 19 28 meningkatkan ilmu pengetahuan – 1 47 2% 98% KS TS TP S AS 13 Adalah tidak wajar untuk menegur rakan 2 1 1 14 30 sejawat secara tidak sopan 3 1 44 6.25% 2% 91.6% KS TS TP S AS 14 Saya sentiasa mengamalkan tingkah laku – – – 21 27 bermoral dalam profesion perguruan – – 48 100% KS TS TP S AS 16 Sikap amanah sangat penting untuk – – 7 14 27 menguruskan kewangan sekolah – 7 41 14.5% 85.5% KS TS TP S AS 18 Hubungan interpersonel yang baik di 1 2 9 15 21 kalangan guru-guru menjamin 3 9 36 keberkesanan P&P 6.25% 18.7% 75% Purata 2.3% 10.8% 86.8% masing-masing mendapat peratusan yang tinggi. Walaupun begitu terdapat peratusan yang agak rendah bagi item 3 dan 18 dengan peratusan sebanyak 75%. JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3069
  • 6. YAHYA BUNTAT & ZAINUDDIN MASROM70 Jadual 3 Tanggungjawab Guru Terhadap Masyarakat dan Negara Tak Tak Bil Item Soalan Setuju Pasti Setuju KS TS TP S AS 5 Sebagai menghadiri mesyuarat PIBG – 1 3 24 20 walau sebagai ahli biasa 1 3 44 2.08% 6.2% 91.6% KS TS TP S AS 7 Saya bersikap adil tanpa mengira – – 1 20 27 agama bangsa dan keturunan – 1 47 2% 98% KS TS TP S AS 10 Saya bersikap adil tanpa mengira 2 – 3 20 23 latar belakang dan kedudukan keluarga 2 3 43 4.16% 6.25% 89.6% KS TS TP S AS 11 Saya memberikan sepenuh perhatian 2 1 2 26 17 dalam pengajaran tanpa mengira kaum 3 2 43 6.25% 4.1% 89.6% KS TS TP S AS 15 Saya sering menasihati pelajar saya, – – 9 12 27 agar menghargai harta awam – 9 39 18.7% 81.3% KS TS TP S AS 23 Saya akan menerapkan nilai taat setia kepada 2 – 2 15 29 negara dalam proses pengajaran dan 2 2 44 pembelajaran di kelas 4.2% 4.2% 91.6% KS TS TP S AS 24 Dalam [proses P&P saya – – 1 14 33 mementingkan nilai-nilai moral] – 1 47 2% 98% Purata 0.4 3 44.6 1% 6.62% 92.2% Objektif Kajian 3: Tanggungjawab Guru Terhadap Masyarakat dan Negara Berdasarkan dapatan kajian yang ditunjukkan dalam Jadual 3, responden memberikan komitmen yang tinggi berhubung dengan tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Ini dibuktikan dengan kesemua item soalan mendapat JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3070
  • 7. AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU 71 peratusan melebihi 80 persetujuan responden. Manakala bagi keseluruhan dapatan pula purata peratusan menunjukkan sejumlah 92.2% responden bersetuju mereka mengamalkan perlakuan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Jadual 4 pula melaporkan amalan tanggungjawab responden terhadap ibu bapa. Daripada analisis kajian yang dijalankan, responden mempunyai tanggungjawab yang baik terhadap ibu bapa dengan peratusan persetujuan keseluruhan sebanyak 95.2%. Bagi item-item tertentu seperti item 22, dan 25, mendapat persetujuan 100% daripada responden. Secara amnya memang responden mempunyai amalan dan sikap tanggungjawab terhadap ibu bapa pelajar bagi merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan juga masyarakat. Objektif Kajian 4: Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu Bapa Jadual 4 Tanggungjawab Guru Terhadap Ibu Bapa Tak Tak Bil Item Soalan Setuju Pasti Setuju KS TS TP S AS 6 Saya akan memaklumkan kepada ibu bapa – – 1 18 29 pelajar sekiranya anak mereka tidak hadir – 1 47 ke sekolah selama tiga hari berturut-turut 2% 98% KS TS TP S AS 19 Saya sedia berbincang dengan ibu bapa – – – 20 28 bagi membantu menangani masalah anak – – 48 yang sering melanggar disiplin sekolah 100% KS TS TP S AS 21 Saya ada meluangkan sedikit masa untuk 1 2 1 24 20 berkunjung ke rumah keluarga pelajar 3 1 44 bagi merapatkan hubungan persahabatan 6.25% 2% 91.6% KS TS TP S AS 22 Saya sedia melaporkan masalah salah – – – 17 31 laku pelajar kepada ibu bapa mereka – – 48% untuk diambil tindakan segera 100% KS TS TP S AS 23 Saya menjadi pengganti ibu bapa di 2 2 3 14 27 sekolah 4 3 41 8.3% 6.25% 85.5% Purata 1.4 0.7 45.6 2.9% 1.4% 95.2% JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3071
  • 8. YAHYA BUNTAT & ZAINUDDIN MASROM72 5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dalam kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa guru-guru di SRK. Kg. Melayu, Kulai Johor ini telah mengamalkan etika profesion perguruan yang merangkumi aspek tanggungjawab guru terhadap pelajar, tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan serta tanggungjawab guru terhadap ibu bapa. Dapatan kajian ini menunjukkan seramai 92.5% guru bertanggungjawab terhadap pelajar, 91.6% guru bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara, 86.8% guru bertanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan dan 95.2% guru bertanggungjawab terhadap ibu bapa. Hasil kajian ini menggambarkan bahawa guru- guru sangat mengambil berat terhadap pelajar-pelajarnya kerana mereka percaya tugas mendidik para pelajar adalah amat berat dan tidak boleh diambil sambil lewa sahaja. Ini bersesuaian dengan kenyataan Imam Ghazali (1980) dalam buku Ihya Ulumiddin yang berbunyi “dan rosaklah pemimpin kerana guru yang jahat”, dan katanya lagi dua golongan manusia yang penting dan berpengaruh dalam masyarakat ialah guru dan pemerintah negara. Walaupun dapatan kajian ini secara keseluruhan menunjukkan guru-guru telah mengamalkan etika profesion perguruan seperti yang diharapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan, namun kedapatan juga segelintir guru bertindak dan berpelakuan tidak wajar terhadap para pelajarnya yang sedikit sebanyak telah mencemarkan nama baik profesion perguruan. Kenapakah perkara ini boleh berlaku? Dan siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Bagi meningkatkan lagi amalan etika profesion perguruan yang telah diamalkan oleh guru-guru tersebut, pengkaji mencadangkan agar: (i) Pihak pentadbir hendaklah meneruskan usaha menyemai nilai-nilai murni seperti sikap kasih sayang kepada seluruh keluarga di sekolah meliputi guru-guru dan kakitangan sekolah serta para pelajarnya. (ii) Pihak pentadbir juga hendaklah sentiasa memberi perhatian dan juga memastikan guru sentiasa sedar akan peranannya dan tanggungjawab mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (iii) Guru perlu prihatin terhadap pelajar dan juga bersikap adil kepada semua pelajar serta mewujudkan suasana muhibah tanpa melihat kepada perbezaan kaum, agama dan status ekonomi di kalangan pelajarnya. (iv) Guru perlu sentiasa menunjukkan sahsiah yang baik dan boleh menjadi model kepada pelajar kerana setiap tingkah laku seseorang guru itu mudah menjadi ikutan pada pelajarnya. Selain ibu bapa di rumah, gurulah orang yang paling dekat dengan para pelajar. JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3072
  • 9. AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU 73 RUJUKAN Alias Baba. 1997. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Asnah Abd. Hamaid. 1996. Nilai dan Etika Profesional dalam Perkhidmatan Pendidikan. Pengurusan Pendidikan 05(02): 29-39. Imam Ghazali. 1980. Ihya Ulumiddin. Indonesia: Percetakan Menara Kudus. Krejcie, R. V. & D. W. Morgan. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement. 30(3): 607-610. Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Najib Tun Razak. 1971. Kod Etika Perguruan Kita Sudah Profesional. Utusan Malaysia, 07 Mei 1995. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. 1991. Pengesanan Budaya Sekolah. Jurnal Pendidikan 35: 34. Rashidi Azizan & Abdullah Mohd. Noor. 1994. Pendidikan Guru: Cabaran, Falsafah dan Strategi dalam Pembentukan Guru yang Unggul. Kajang: Masa Enterprise. Robiah Sidin. 1998. Pemikiran dalam Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti. Salant, P. & D. A. Dillman. 1994. How To Conduct Your Own Survey. New York: John Wiley & Sons, Inc. Sufean Hussin. 1993. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajul Ariffin Noordin & Nor’aini Dan. 1992. Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ulmu. JT38E[5B].pmd 02/16/2007, 21:3073