SlideShare a Scribd company logo
UNJURAN ORTOGRAFIK                                                 J1001/4/1




           OBJEKTIF AM


           Memahami konsep asas unjuran ortografik dan melukis
           jenis-jenis pandangan dan jenis-jenis unjuran ortografik.


           OBJEKTIF KHUSUS


           Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

                  Menerangkan konsep unjuran ortografik.

                  Membina pandangan pelan, pandangan
                  hadapan dan pandangan sisi dalam unjuran
                  ortografik.

                  Melukis jenis – jenis pandangan unjuran
                  ortografik dalam unjuran sudut pertama dan
                  unjuran sudut ketiga.

                  Melukis dimensi piawai pada unjuran ortografik.

                  Menerangkan perhubungan antara dimensi
                  lukisan dengan dimensi kerja.

             Semua rajah dalam bab ini dipeti dari buku :

                 i.     Latihan dalam lukisan teknik untuk SAP
                        (Reginald Buss)
                 ii.    Lukisan Kejuruteraan untuk Tingkatan 4 &
                        5( Dewan Bahasa dan Pustaka )
                 iii.   Lukisan Kejuruteraan ( ABD. SAMAD
                        HANIF )
                 iv.    Lukisan Kejuruteraan ( Tingkatan 4 dan 5
                        DBP )
                 v.     Lukisan Geometri ( MD. NASIR ABD
                        MANAN )
UNJURAN ORTOGRAFIK                                                J1001/4/2




4.0   PENGENALAN

Lukisan Unjuran ortografik bolehlah dianggapkan sebagai lukisan dua dimensi
kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensi
ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek.
Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik
bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina.Sesuatu arah
pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan
yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan ini bentuk pandangan itu
diperolehi.Ini bererti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa garisan lurus
dari sesuatu arah pandangan.
Terdapat dua prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu :-

      i.    Prinsip unjuran berpusat seperti dalam rajah 4.1.
      ii.   Prinsip unjuran selari seperti dalam rajah 4.2.




                       Rajah 4.1 Prinsip unjuran berpusat
UNJURAN ORTOGRAFIK                                                 J1001/4/3




                        Rajah 4.2 Prinsip unjuran selari



4.1   KONSEP UNJURAN ORTOGRAFIK

      Unjuran Ortografik berdasarkan kepada tiga konsep utama iaitu :

      i.    Si pemandang ( arah pandangan )

            Berdasarkan kepada konsep arah pandangan, setiap pandangan
            ortografik dapat dihasilkan dengan mengunjurkan garisan – garisan
            unjuran yang bersudut tepat kepada satah unjuran dari objek
            berkenaan. Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran
            hadapan dinamakan pandangan hadapan, seperti dalam rajah 4.3.




                        Rajah 4.3 Pandangan hadapan
UNJURAN ORTOGRAFIK                                           J1001/4/4


         Mengikut konsep unjuran, tiap – tiap pandangan memerlukan satu
         satah unjuran. Oleh itu jika satu satah unjuran yang mengufuk
         diletakkan di atas objek, satu lagi pandangan boleh diunjurkan
         pada satah tersebut. Pandangan ini dinamakan pandangan atas,
         seperti dalam rajah 4.4.




           Rajah 4.4 Pandangan hadapan dan pandangan atas


         Satu lagi arah pandangan diperlukan bagi melengkapkan
         gambaran sepenuhnya sesuatu objek. Iaitu pandangan sisi kanan,
         seperti dalam rajah 4.5.




                Rajah 4.5 Pandangan atas, hadapan dan sisi
UNJURAN ORTOGRAFIK                                               J1001/4/5



          Sebenarnya jika sesuatu objek dibayangkan terletak di dalam
          satu kotak kaca, permukaan kotak itu boleh dianggap sebagai
          satah unjuran.Sebanyak enam pandangan yang dapat ditunjukkan
          pada permukaan kaca itu, Keenam – enam pandangan ini
          dinamakan pandangan ortografik utama, seperti dalam rajah 4.6.




                   Rajah 4.6 Pandangan utama ortografik


    ii.   Satah Unjuran.

          Konsep Ortografik ternyatalah menggunakan satah unjuran dan
          pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah
          unjuran utama terdiri daripada dua jenis, iaitu satah tegak dan
          satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran ini
          menghasilkan empat sukuan, seperti dalam rajah 4.7.
UNJURAN ORTOGRAFIK                                                  J1001/4/6




             Rajah 4.7 Satah unjuran dan sudut unjuran ortografik


    iii.   Objek ( benda yang dilukis )

           Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau
           unjuran ketiga. Objek yang dilukis biasanya mempunyai beberapa
           bentuk yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap
           pandangan, seperti rajah 4.8.




                           Rajah 4.8 Contoh objek
UNJURAN ORTOGRAFIK                                               J1001/4/7



4.2   JENIS-JENIS PANDANGAN UNJURAN ORTOGRAFIK.

      4.2.1 Pelan

           Pandangan pelan atau pandangan atas menunjukkan bahagian
           atas sesuatu objek tetapi ini tidak bermakna pandangan dari arah
           bawah tidak terpilih. Pandangan pelan yang dipilih masih
           mengutamakan arah pandangan yang dapat menunjukkan bentuk
           – bentuk objek dengan garisan nyata lebih banyak daripada
           garisan tersembunyi, tetapi kelazimannya arah pandangan yang
           dipilih ialah dari sebelah atas. Pandangan dari arah ini dapat
           menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek, seperti rajah 4.9.




                      Rajah 4.9 Pandangan arah pelan
UNJURAN ORTOGRAFIK                                             J1001/4/8



    4.2.2 Hadapan

         Arah pandangan hadapan sesuatu objek dipilih berdasarkan arah
         yang dapat menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhaan
         sesuatu objek sesuai dengan kedudukan objek itu, seperti dalam
         rajah 4.10. Pemilihan arah ini juga mengambilkira arah yang boleh
         menampakkan bahagian – bahagian objek secara terus bukan
         secara tersembunyi, atau dalam istilah lukisan bahagian –
         bahagian ini paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan
         bukannya garisan tersembunyi.




                    Rajah 4.10 Pandangan arah hadapan
UNJURAN ORTOGRAFIK                                               J1001/4/9



    4.2.3 Sisi

          Arah pandangan sisi yang dipilih biasanya mewakili dimensi lebar
          dan tinggi objek itu. Pemilihan arah pandangan sisi ini bergantung
          pada arah mana yang dapat menunjukkan bahagian – bahagian
          objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding dengan
          garisan tersembunyi, seperti dalam rajah 4.11.




                      Rajah 4.11 Pandangan arah sisi
UNJURAN ORTOGRAFIK                                               J1001/4/10




  4.1    Lengkapkan lukisan unjuran ortografik bagi objek dengan
         melukiskan garisan – garisan yang tertinggal, seperti dalam rajah
         A4.1, A4.2 , A4.3 dan A4.4 . Untuk membantu menggambarkan
         objek tersebut bersama – sama ini disertakan lukisan unjuran
         ortografik itu.


         i.




                              Rajah A4.1
UNJURAN ORTOGRAFIK                J1001/4/11




    ii.




                     Rajah A4.2


    iii.




                     Rajah A4.3
UNJURAN ORTOGRAFIK                J1001/4/12




    iv.




                     Rajah A4.4
UNJURAN ORTOGRAFIK                                                   J1001/4/13


  4.2         Lengkapkan pandangan objek – objek ini dengan melukiskan
              bahagian yang tertinggal, seperti dalam rajah A4.5, A4.6, A4.7 dan
              A4.8.



        i.




                                   Rajah A4.5


        ii.




                                   Rajah A4.6
UNJURAN ORTOGRAFIK                J1001/4/14




    iii.




                     Rajah A4.7


    iv.




                     Rajah A4.8
UNJURAN ORTOGRAFIK      J1001/4/15




      MAKLUM BALAS 4A
4.1


i.




ii.
UNJURAN ORTOGRAFIK   J1001/4/16




iii.




iv.
UNJURAN ORTOGRAFIK   J1001/4/17



4.2



i.




ii.
UNJURAN ORTOGRAFIK   J1001/4/18




iii.




iv.
UNJURAN ORTOGRAFIK                                                 J1001/4/19




4.3   JENIS-JENIS UNJURAN ORTOGRAFIK.

      Anda telahpun membina pandangan pelan, pandangan hadapan dan
      pandangan sisi. Pembelajaran kita seterusnya ialah menyentuh tentang
      jenis – jenis unjuran ortografik. Unjuran ortografik boleh dibahagikan
      kepada dua jenis iaitu :

      i.    Unjuran sudut pertama
      ii.   Unjuran sudut ketiga


      4.3.1 Unjuran sudut pertama.

            Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan
            dalam lukisan kejuruteraan. Lukisan dalam sudut unjuran ini
            dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk
            kegunaan para arkitek dan jurutera.
            Satah – satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai
            namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya.Kesemua
            satah ini bertemu antara satu dengan lain pada sudut tepat.
            Rajah 4.12 menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah
            objek padu. Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan
            yang diperolehi ialah pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek
            yang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga
            mengenai satah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkan
            oleh anak panah kecil.
UNJURAN ORTOGRAFIK                                                  J1001/4/20




          Rajah 4.12 Lukisan bergambar bagi sebuah objek padu



         Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas
         seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B. Bahagian – bahagian
         yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke
         bawah objek sehingga mencecah satah mengufuk sepertimana
         yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.
         Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C ( sebelah kiri objek ).
         Bentuk objek yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan
         kesebelah kanan objek sehingga mengenai satah menegak sisi.
         Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan ortografik, kesemua
         pandangan tadi akan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja.
         Rajah 4.13 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan
         berada dalam sudut pertama. Maka lukisan ini dinamakan lukisan
         ortografik sudut pertama. Setiap gambar rajah hendaklah diberi
         tajuk agar pembaca tidak keliru.
UNJURAN ORTOGRAFIK                                             J1001/4/21




             Rajah 4.13 Kedudukan satah dalam sudut pertama



    4.3.2 Unjuran sudut ketiga.

          Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjuran
          Amerika. Kini penggunannya telah meluas di serata dunia. Dalam
          lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada
          dalam satah sudut ketiga. Satah – satah yang berada dalam sudut
          ini dibayangkan seolah – olah diperbuat daripada bahan lutcahaya
          untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah – satah
          utamanya dari arah anak panah A, B dan C. Ketiga –tiga arah
          pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek
          sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh
          anak panah kecil, seperti dalam rajah 4.14.
UNJURAN ORTOGRAFIK                                               J1001/4/22




          Rajah 4.14 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga



         Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan
         dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut
         ketiga akan terhasil,seperti dalam rajah 4.15.




            Rajah 4.15 Unjuran sudut ketiga yang dibentangkan
UNJURAN ORTOGRAFIK                                            J1001/4/23




4.4   Dimensi piawai pada unjuran ortografik.

      4.4.1 Dimensi

          Dimensi yang dilukiskan mestilah mematuhi peraturan – peraturan
          dimensi. Seberapa boleh dimensi yang telah diberi pada sesuatu
          objek hendaklah dikekalkan. Tujuannya ialah untuk memudahkan
          kerja penyemakan lukisan disamping dapat mengelakkan daripada
          salah ukuran atau membuat pengukuran yang berulang – ulang.
          Perlu diingat tulisan – tulisan yang digunakan tidak sampai
          mengganggu garisan – garisan objek atau garisan – garisan yang
          berkaitan dengan objek itu. Rajah 4.16, 4.17, 4.18 dan 4.19
          menunjukkan beberapa contoh kesalahan mendimensi yang biasa
          dilakukan dan ditunjukkan juga bagaimana kesalahan – kesalahan
          itu dibetulkan.




                        Rajah 4.16 Pendimensian




                        Rajah 4.17 Pendimensian
UNJURAN ORTOGRAFIK                                              J1001/4/24




                        Rajah 4.18 Pendimensian




                        Rajah 4.19 Pendimensian




    4.4.2 Garisan tersembunyi.

         Dalam lukisan unjuran ortografik, seberapa boleh semua bahagian
         sesuatu objek, mesin dan peralatan itu hendaklah ditunjukkan
         dengan menggunakan garisan nyata.Perkara ini tidak terkecuali
         pada bahagian – bahagian yang tesembunyi. Bahagian yang
         tersembunyi ini akan ditunjukkan juga dengan menggunakan garis
         putus – putus kecil.Berikut ini ditunjukkan secara bergambar setiap
         peraturan yang perlu dipatuhi semasa melukis garisan
         tersembunyi.
UNJURAN ORTOGRAFIK                                               J1001/4/25



         i.     Garisan tersembunyi yang berterusan dimulakan dengan
                sentuhan pada garisan nyata dan berakhir dengan sentuhan
                pada garisan nyata, seperti rajah 4.20.




                      Rajah 4.20 Garisan tersembunyi yang berterusan




         ii.    Garisan tersembunyi yang memotong sebahagian objek
                hendaklah dimulakan bersentuh dengan garisan nyata dan
                berakhir dengan membuat ruang ( tidak bersentuh ) dengan
                garisan nyata, seperti rajah 4.21.




                Rajah 4.21 Garisan tersembunyi yang memotong sebahagian


         iii.   Jika dua atau lebih garisan tersembunyi bertemu pada satu
                tempat yang sama, garisan – garisan tersembunyi itu
                mestilah bersentuh di antara satu dengan lain dan berakhir
                dengan sentuhan pada garisan nyata, seperti rajah 4.22.
UNJURAN ORTOGRAFIK                                                   J1001/4/26




                     Rajah 4.22 Dua atau lebih garisan tersembunyi


         iv.   Garisan tersembunyi yang membentuk lengkok pada sudut
               tegak mestilah bersentuh pada permukaan dan pada
               pengakhirnya dengan garisan nyata, seperti rajah 4.23.




                Rajah 4.23 Garisan tersembunyi yang membentuk lengkok


         v.    Garisan tersembunyi yang bertemu dengan garisan nyata
               pada pertengahan garisannya mestilah diberi ruang agar
               tidak bercantum dengan garisan nyata itu, seperti dalam
               rajah 4.24.




                Rajah 4.24 Garisan tersembunyi bertemu dengan garisan nyata
UNJURAN ORTOGRAFIK                                                   J1001/4/27



         vi.       Apabila garisan tersembunyi dan garisan nyata berada di
                   tempat yang sama, maka garisan tersembunyi tidak perlu
                   ditunjukkan, memadai dengan garisan nyata sahaja, seperti
                   dalam rajah 4.25.




               Rajah 4.25 Garisan tersembunyi dan garisan nyata tempat yang sama



         vii.      Apabila garisan tengah dan garisan tersembunyi berada di
                   tempat yang sama, lukiskan garisan tersembunyi sahaja dan
                   tidak perlu melukiskan garisan tengah, seperti dalam rajah
                   4.26.




           Rajah 4.26 Garisan tersembunyi dan garisan tengah tempat yang sama
UNJURAN ORTOGRAFIK                                                   J1001/4/28



         viii.   Jika garisan nyata dan garisan tersembunyi bersilang,
                 berikanlah ruang untuk garisan tersembunyi agar tidak
                 bersentuh dengan garisan nyata itu, seperti dalam rajah
                 4.27.




                 Rajah 4.27 Garisan tersembunyi dan garisan nyata bersilang


         ix.     Jika dua garisan tersembunyi bersilang. Tinggalkan ruang
                 pada garisan tersembunyi yang terpanjang di antara dua
                 garisan yang tersembunyi itu, seperti dalam rajah 4.28.




                      Rajah 4.28 Dua garisan tersembunyi bersilang
UNJURAN ORTOGRAFIK                                             J1001/4/29




    4.4.3 Garisan tengah.

         Garisan tengah digunakan untuk menunjukkan tempat pandangan
         dan dimensi. Terdapat dua jenis garisan tengah iaitu garisan
         tengah premier dan garisan tengah sekunder. Garisan tengan
         premier menjadi penentu utama untuk memulakan lukisan sesuatu
         pandangan itu.Garisan tengah premier biasanya ditandakan
         dengan huruf β€œP” sementara garisan tengah sekunder ditandakan
         dengan huruf β€œSβ€œ . Perlu diingatkan setiap garisan tengah perlu
                               L
         ditandakan dengan β€œ C ” yang bererti garisan tengah. ( c = tengah
                                            C
         dan L = garisan ), seperti dalam rajah 4.29.




                              L
                              C

                  Rajah 4.29 Penandaan garisan tengah
UNJURAN ORTOGRAFIK                                            J1001/4/30



    4.4.4 Kaedah unjuran ketiga.

         Pandangan ketiga yang dimaksudkan di sini ialah pandangan sisi.
         Biasanya pandangan ini dilukis paling akhir kerana ukurannya
         boleh diperolehi daripada unjuran pandangan hadapan dan
         pandangan pelan. Terdapat berbagai – bagai kaedah bagaimana
         ukuran untuk pandangan sisi ini diperolehi, antaranya:

         i.    Menggunakan garisan bersudut 450, seperti rajah 4.30.




                    Rajah 4.30 Garisan bersudut 450


         ii.   Menggunakan sesiku sudut 450, seperti rajah 4.31.




                Rajah 4.31 Menggunakan sesiku sudut 450
UNJURAN ORTOGRAFIK                                              J1001/4/31




         iii.   Menggunakan pembahagi atau jangka lukis, seperti rajah
                4.32.




                Rajah 4.32 Menggunakan pembahagi atau jangka lukis


         iv.    Menggunakan kayu ukur, seperti rajah 4.33.




                   Rajah 4.33 Menggunakan kayu ukur
UNJURAN ORTOGRAFIK                                               J1001/4/32



         Antara kaedah yang dinyatakan diatas, kaedah kayu ukur
         merupakan cara yang paling tepat tetapi lambat. Kaedah – kaedah
         lain memerlukan kemahiran menggunakan alat lukisan sebelum
         hasil yang baik diperolehi.Ini disebabkan cara pemindahan ukuran
         ini dilakukan dengan bantuan alat lukisan bukan cara pengukuran
         terus.



    4.4.4 Bagaimana memulakan lukisan.

         Memang tidak ada satu ketetapan peraturan yang khusus
         bagaimana memulakan sesuatu lukisan. Yang pasti lukisan yang
         dilukis hendaklah bersih, tepat dan cepat. Berikut merupakan
         kaedah melukis unjuran ortografik secara bersistem.


         Langkah 1

          Arah pandangan hadapan, sisi dan pelan ditentukan terlebih
         dahulu. Jika ada arahan yang diberikan, arahan tersebut mestilah
         dipatuhi. Jika tidak ada arahan yang diberi, arah pandangan
         hadapan perlulah diambil dari arah yang mempunyai ukuran yang
         paling panjang, berada dalam kedudukan mendatar dan dapat
         menunjukkan bahagian – bahagian hadapan objek dengan garisan
         nyata yang banyak.
         Pandangan sisi pula diambil dari arah pandangan yang dapat
         menunjukkan bahagian – bahagian sisi dengan menggunakan
         garisan – garisan tersembunyi yang paling sedikit. Pandangan
         atas tidak perlu ditetapkan lagi kerana telah jelas berada pada arah
         atas objek itu. Ini dapat diperhatikan dalam rajah 4.34.
UNJURAN ORTOGRAFIK                                             J1001/4/33




              Rajah 4.34 Menentukan arah-arah pandangan



         Langkah 2

         Tentukan unjuran sudut pandangan yang hendak dilukis dan
         kemudian tentukan bilangan pandangan yang hendak dilukis ,
         biasanya tiga arah pandangan sahaja seperti dalam rajah 4.35.
UNJURAN ORTOGRAFIK                                             J1001/4/34




               Rajah 4.35 Menentukan bilangan pandangan


         Langkah 3

         Tentukan kedudukan yang hendak dilukis, jika memerlukan jarak
         yang sama seperti unjuran ortografik sudut pertama, perkiraan
         perlulah dilakukan seperti rajah 4.36 dan rajah 4.37 untuk sudut
         ketiga. Setelah itu kotak – kotak disediakan untuk setiap
         pandangan dengan menggunakan pensil yang keras tetapi kabur
         seperti 4H, 2H atau 6H. Kotak – kotak yang dibina itu mestilah
         berdasarkan kepada ukuran yang terbesar dalam suatu
         pandangan.




               Rajah 4.36 Unjuran ortografik sudut pertama
UNJURAN ORTOGRAFIK                                              J1001/4/35




                Rajah 4.37 Unjuran ortografik sudut ketiga


         Langkah 4

         Selepas itu, ukuran – ukuran asas setiap arah pandangan pada
         kotak – kotak pandangan ditandakan, seperti rajah 4.38. Jika boleh
         kaedah pemindahan ukuran dengan menggunakan jangka lukis,
         sesiku sudut dan sesiku T digunakan. Dengan cara ini masa dapat
         dijimatkan.




                     Rajah 4.38 pemindahan ukuran
UNJURAN ORTOGRAFIK                                           J1001/4/36



         Langkah 5

         Seterusnya, bahagian – bahagian asas pandangan setiap kotak
         pandangan itu dilukiskan dengan menggunakan garisan yang
         halus, seperti rajah 4.39.




              Rajah 4.39 Menggunakan garisan yang halus



         Langkah 6

         Seterusnya semua ukuran ditanda pada setiap gambarajah
         pandangan termasuklah pusat bulatan , lengkok dan bahagian –
         bahagian yang bersudut, seperti rajah 4.40.




                     Rajah 4.40 Penandaan ukuran
UNJURAN ORTOGRAFIK                                               J1001/4/37



         Langkah 7

         Seterusnya bahagian – bahagian yang terdapat bulatan dan
         lengkok dilukis terlebih dahulu. Jika terdapat bulatan – bulatan
         yang sama garis pusatnya, bulatan tersebut dilukis terlebih dahulu
         supaya mengukur jejari setiap bulatan itu dapat dijimatkan, seperti
         rajah 4.41.




                        Rajah 4.41Melukis bulatan


         Langkah 8

         Seterusnya setiap garisan yang perlu dihitamkan misalnya garisan
         objek dengan memastikan ketebalan dan kehitamannya mengikut
         tugas garisan itu. Kemudian garisan – garisan tambahan yang
         perlu bagi rajah pandangan itu dilukis seperti garisan tersembunyi,
         garisan pemotongan, garisan keratan dan sebagainya, seperti rajah
         4.42.




                Rajah 4.42 Menetapkan jenis-jenis garisan
UNJURAN ORTOGRAFIK                                             J1001/4/38



         Langkah 9

         Akhirnya dimensi diberikan kepada gambarajah. Seberapa yang
         boleh dimensi jangan ditukar dengan ukuran – ukuran yang diberi
         tadi, seperti rajah 4.43.




                        Rajah 4.43 Pendimensian




  4.5 PERHUBUNGAN ANTARA DIMENSI LUKISAN DENGAN DIMENSI.

     Setiap objek lazimnya dilihat dalam tiga dimensi yang menunjukkan
     permukaan utama merujuk kepada ukuran tinggi, lebar dan panjang
     yang mana jika pandangan – pandangan tersebut dirakamkam secara
     lukisan lakar atau lukisan sebenar adalah dikenali sebagai unjuran
     bergambar. Rupa bentuk pandangan – pandangan objek dalam tiga
     dimensi itu tidak dapat menggambarkan rupa bentuk sebenar bagi setiap
     permukaannya. Ia hanya memberikan gambaran rupa bentuk
     permukaan – permukaan utama sesuatu objek secara menyeluruh dan
     serentak. Ukuran – ukurannya pula tidaklah yang sebenar.

     Bentuk permukaan yang dilihat atau dibayangkan dalam tiga dimensi
     boleh dirakam secara lukisan teknik di atas sekeping kertas yang
     mempunyai dua dimensi sahaja iaitu ukuran panjang dan lebar kertas.
     Untuk melukis rupa bentuk objek daripada tiga dimensi kepada dua
     dimensi kertas lukisan memerlukan satu kaedah khas yang khusus.
     Kaedah yang digunakan ialah melalui lukisan unjuran ortografik.
UNJURAN ORTOGRAFIK                                             J1001/4/39



     Dalam kaedah ini, pandangan – pandangan dilukis secara berasingan
     dan berbeza – beza diantara satu sama lain yang mana setiap satunya
     menunjukkan rupa bentuk permukaan yang sebenar. Pandangan –
     pandangan dalam unjuran ortografik disusun atur supaya kedudukannya
     saling berhubung kait antara satu dengan yang lain. Setiap pandangan
     digambarkan secara terperinci mengikut butir -–butirannya dan dilukis
     dengan tepat serta lengkap supaya mudah dibaca dan difahami rupa
     bentuk objeknya. Untuk kegunaan dalam pembacaan lukisan adalah
     perlu disertakan ukuran – ukuran secara terperinci dan jelas bagi
     membolehkan kerja – kerja pembikinan merujuk kepada ukuran yang
     diberi.
UNJURAN ORTOGRAFIK                                               J1001/4/40




4.3   Lukiskan semula mengikut saiz penuh pandangan yang diberi dan
      seterusnya unjurkan pandangan yang tertinggal pada kawasan yang
      dikhaskan, seperti rajah A4.9, A4.10, A4.11, A4.12, A4.13, A4.14.

      i.




                                 Rajah A4.9
UNJURAN ORTOGRAFIK                 J1001/4/41



    ii.




                     Rajah A4.10

    iii.




                     Rajah A4.11
UNJURAN ORTOGRAFIK                 J1001/4/42



    iv.




                     Rajah A4.12




    v.




                     Rajah A4.13
UNJURAN ORTOGRAFIK                 J1001/4/43




    iv.




                     Rajah A4.14
UNJURAN ORTOGRAFIK           J1001/4/44




           MAKLUM BALAS 4B

4.3
      i.
UNJURAN ORTOGRAFIK   J1001/4/45


    ii.




    iii.
UNJURAN ORTOGRAFIK   J1001/4/46


    iv.




    v.
UNJURAN ORTOGRAFIK   J1001/4/47



    vi.
UNJURAN ORTOGRAFIK                                           J1001/4/48




                          PENILAIAN KENDIRI



  UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB
  SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH
  PENSYARAH ANDA




  1.   Rajah P1 menunjukkan pandangan isometrik bagi satu bongkah blok
       pembentuk.
       Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga pandangan berikut
       dari bongkah itu.

       i.     Pelan dari atas
       ii.    Pandangan hadapan dari A
       iii.   Pandangan sisi




                                    Rajah P1
UNJURAN ORTOGRAFIK                                            J1001/4/49



  2.   Rajah P2 menunjukkan pandangan isometrik bagi satu bongkah
       tapak.
       Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut pertama pandangan berikut
       dari bongkah itu.

       i.     Pelan dari atas
       ii.    Pandangan hadapan dari B
       iii.   Pandangan sisi dari A




                               Rajah P2
UNJURAN ORTOGRAFIK                                             J1001/4/50




  3.   Rajah P3 menunjukkan pandangan bergambar bagi satu bongkah
       pelaras.
       Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga pandangan berikut
       dari bongkah itu.

       i.     Pelan dari atas
       ii.    Pandangan hadapan dari B
       iii.   Pandangan sisi dari A




                               Rajah P3
UNJURAN ORTOGRAFIK                                             J1001/4/51




  4.   Rajah P4 menunjukkan pandangan isometrik bagi satu bongkah
       pandu indeks.
       Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga pandangan berikut
       dari bongkah itu.

       i.         Pelan dari atas
       ii.        Pandangan hadapan dari A
       iii.       Pandangan sisi dari B




                                                              B
              A




                                  Rajah P4
UNJURAN ORTOGRAFIK                                             J1001/4/52




  5.   Rajah P5 menunjukkan pandangan isometrik bagi satu bongkah
       gaddle.
       Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga pandangan berikut
       dari bongkah itu.

       i.     Pelan dari atas
       ii.    Pandangan hadapan dari A
       iii.   Pandangan sisi dari B




         A

                               Rajah P5


                                             Tahniah !

                                Anda telah berjaya menyelesaikan
                                 semua soalan dalam penilaian
                                kendiri. Sila semak jawapan anda
                                   pada maklumbalas untuk
                                memastikan jawapan anda betul.
UNJURAN ORTOGRAFIK                  J1001/4/53




                     MAKLUM BALAS


1.




2.
UNJURAN ORTOGRAFIK   J1001/4/54




3.




4.
UNJURAN ORTOGRAFIK                              J1001/4/55




5.




                     Anda sudah puas hati dengan unit ini
                              !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
                       Kalau sudah mari kita ke unit 5

More Related Content

What's hot

Lukisan teknik
Lukisan teknikLukisan teknik
Lukisan teknik
Kanda Kancan Tirana
Β 
04 lukisan ortografik
04 lukisan ortografik04 lukisan ortografik
04 lukisan ortografik
mariahlambak
Β 
Bab 3 lukisan teknik - unjuran ortografik
Bab 3  lukisan teknik - unjuran ortografikBab 3  lukisan teknik - unjuran ortografik
Bab 3 lukisan teknik - unjuran ortografik
anis_idris
Β 
Angkup vernier
Angkup vernierAngkup vernier
Angkup vernierAida Nur
Β 
Latihan unjuran ortografik
Latihan unjuran ortografikLatihan unjuran ortografik
Latihan unjuran ortografik
Yuhana Azmi
Β 
08 Lukisan Kerja
08 Lukisan Kerja08 Lukisan Kerja
08 Lukisan Kerja
Mohd Nazri Awang
Β 
Lukisanteknik modul soalan
Lukisanteknik modul soalanLukisanteknik modul soalan
Lukisanteknik modul soalanizzura
Β 
Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2
Ziana J
Β 
Lukisan hamparan atau pengorakan
Lukisan hamparan atau pengorakanLukisan hamparan atau pengorakan
Lukisan hamparan atau pengorakan
Salma Ismail
Β 
Report kayu
Report kayuReport kayu
Report kayu
sppj1415
Β 
Report amali kimpalan
Report amali kimpalanReport amali kimpalan
Report amali kimpalan
Zulkifli Hamzah
Β 
Pemesinan Konvensional
 Pemesinan Konvensional Pemesinan Konvensional
Pemesinan Konvensional
Ayubkhan Kks
Β 
Isometrik
IsometrikIsometrik
Isometrik
rohana jantan
Β 
Marking tools
Marking toolsMarking tools
Marking tools
Md Hafizi Mohamad
Β 
Gerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudiGerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudi
ahhafizi2
Β 
AUTOCAD
AUTOCAD AUTOCAD
Milling machine
Milling machineMilling machine
Milling machineSidiq Mohamad
Β 
mesin pengisar
mesin pengisarmesin pengisar
mesin pengisar
Asrap Sanusi
Β 
Edited pergerakan mekanikal
Edited pergerakan mekanikalEdited pergerakan mekanikal
Edited pergerakan mekanikalBoby Richardo
Β 

What's hot (20)

Lukisan teknik
Lukisan teknikLukisan teknik
Lukisan teknik
Β 
04 lukisan ortografik
04 lukisan ortografik04 lukisan ortografik
04 lukisan ortografik
Β 
Bab 3 lukisan teknik - unjuran ortografik
Bab 3  lukisan teknik - unjuran ortografikBab 3  lukisan teknik - unjuran ortografik
Bab 3 lukisan teknik - unjuran ortografik
Β 
Angkup vernier
Angkup vernierAngkup vernier
Angkup vernier
Β 
Latihan unjuran ortografik
Latihan unjuran ortografikLatihan unjuran ortografik
Latihan unjuran ortografik
Β 
08 Lukisan Kerja
08 Lukisan Kerja08 Lukisan Kerja
08 Lukisan Kerja
Β 
Lukisanteknik modul soalan
Lukisanteknik modul soalanLukisanteknik modul soalan
Lukisanteknik modul soalan
Β 
Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2Bab 3 lukisan teknik ting 2
Bab 3 lukisan teknik ting 2
Β 
Lukisan hamparan atau pengorakan
Lukisan hamparan atau pengorakanLukisan hamparan atau pengorakan
Lukisan hamparan atau pengorakan
Β 
Report kayu
Report kayuReport kayu
Report kayu
Β 
Report amali kimpalan
Report amali kimpalanReport amali kimpalan
Report amali kimpalan
Β 
Pemesinan Konvensional
 Pemesinan Konvensional Pemesinan Konvensional
Pemesinan Konvensional
Β 
Isometrik
IsometrikIsometrik
Isometrik
Β 
Alatan lukisan teknik
Alatan lukisan teknikAlatan lukisan teknik
Alatan lukisan teknik
Β 
Marking tools
Marking toolsMarking tools
Marking tools
Β 
Gerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudiGerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudi
Β 
AUTOCAD
AUTOCAD AUTOCAD
AUTOCAD
Β 
Milling machine
Milling machineMilling machine
Milling machine
Β 
mesin pengisar
mesin pengisarmesin pengisar
mesin pengisar
Β 
Edited pergerakan mekanikal
Edited pergerakan mekanikalEdited pergerakan mekanikal
Edited pergerakan mekanikal
Β 

Viewers also liked

Rph 1
Rph 1Rph 1
Rph 1
MarWan Graphy
Β 
Lukisan teknik tingkatan 2
Lukisan teknik tingkatan 2Lukisan teknik tingkatan 2
Lukisan teknik tingkatan 2
Rodziah Anuar
Β 
Soalan khb (kt) ppt ting 1 2014
Soalan khb (kt) ppt ting 1 2014Soalan khb (kt) ppt ting 1 2014
Soalan khb (kt) ppt ting 1 2014MarWan Graphy
Β 
KHF2 - Bab 3 Lukisan Teknik
KHF2 - Bab 3 Lukisan TeknikKHF2 - Bab 3 Lukisan Teknik
KHF2 - Bab 3 Lukisan TeknikZasni @ Zaxx
Β 
lukisan teknik
lukisan tekniklukisan teknik
lukisan teknik
Zulham Effendi
Β 
Lukisan unjuran ortografik
Lukisan unjuran ortografikLukisan unjuran ortografik
Lukisan unjuran ortografik
Sazrina Elias
Β 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikan
durga gga
Β 
Topik 3 lukisan teknik 1
Topik 3 lukisan teknik 1Topik 3 lukisan teknik 1
Topik 3 lukisan teknik 1Naiem Hashim
Β 
RPT KHB(KT) TING.2 2014
RPT KHB(KT) TING.2 2014RPT KHB(KT) TING.2 2014
RPT KHB(KT) TING.2 2014
intansulinranaisahak
Β 
CONTOH RPH KH
CONTOH RPH KHCONTOH RPH KH
CONTOH RPH KHSbh Iptb
Β 
Kertas Tugasan (sensor)
Kertas Tugasan (sensor)Kertas Tugasan (sensor)
Kertas Tugasan (sensor)
juan_fjfn
Β 
Unit 7 lukisan perspektif
Unit 7   lukisan perspektifUnit 7   lukisan perspektif
Unit 7 lukisan perspektif
M Hedhir Samsuri
Β 
Ujian Bulanan Mei 2013
Ujian Bulanan Mei 2013Ujian Bulanan Mei 2013
Ujian Bulanan Mei 2013M Hedhir Samsuri
Β 
Lukisan teknik
Lukisan teknikLukisan teknik
Lukisan teknik
Khb Ert
Β 
I.s multimeter
I.s multimeterI.s multimeter
I.s multimeter
hairilfaiz86
Β 
Pereka cipta dan hasil ciptaan
Pereka cipta dan hasil ciptaanPereka cipta dan hasil ciptaan
Pereka cipta dan hasil ciptaan
M Hedhir Samsuri
Β 

Viewers also liked (20)

Rph 1
Rph 1Rph 1
Rph 1
Β 
Lukisan teknik tingkatan 2
Lukisan teknik tingkatan 2Lukisan teknik tingkatan 2
Lukisan teknik tingkatan 2
Β 
Soalan khb (kt) ppt ting 1 2014
Soalan khb (kt) ppt ting 1 2014Soalan khb (kt) ppt ting 1 2014
Soalan khb (kt) ppt ting 1 2014
Β 
Soalan khb ppt
Soalan khb pptSoalan khb ppt
Soalan khb ppt
Β 
Latihan isometri
Latihan isometriLatihan isometri
Latihan isometri
Β 
KHF2 - Bab 3 Lukisan Teknik
KHF2 - Bab 3 Lukisan TeknikKHF2 - Bab 3 Lukisan Teknik
KHF2 - Bab 3 Lukisan Teknik
Β 
lukisan teknik
lukisan tekniklukisan teknik
lukisan teknik
Β 
Lukisan unjuran ortografik
Lukisan unjuran ortografikLukisan unjuran ortografik
Lukisan unjuran ortografik
Β 
Teknologi pendidikan
Teknologi pendidikanTeknologi pendidikan
Teknologi pendidikan
Β 
Topik 3 lukisan teknik 1
Topik 3 lukisan teknik 1Topik 3 lukisan teknik 1
Topik 3 lukisan teknik 1
Β 
RPT KHB(KT) TING.2 2014
RPT KHB(KT) TING.2 2014RPT KHB(KT) TING.2 2014
RPT KHB(KT) TING.2 2014
Β 
Tugasan 1 (Unit 1)
Tugasan 1 (Unit 1)Tugasan 1 (Unit 1)
Tugasan 1 (Unit 1)
Β 
CONTOH RPH KH
CONTOH RPH KHCONTOH RPH KH
CONTOH RPH KH
Β 
Soalan tugasan
Soalan tugasanSoalan tugasan
Soalan tugasan
Β 
Kertas Tugasan (sensor)
Kertas Tugasan (sensor)Kertas Tugasan (sensor)
Kertas Tugasan (sensor)
Β 
Unit 7 lukisan perspektif
Unit 7   lukisan perspektifUnit 7   lukisan perspektif
Unit 7 lukisan perspektif
Β 
Ujian Bulanan Mei 2013
Ujian Bulanan Mei 2013Ujian Bulanan Mei 2013
Ujian Bulanan Mei 2013
Β 
Lukisan teknik
Lukisan teknikLukisan teknik
Lukisan teknik
Β 
I.s multimeter
I.s multimeterI.s multimeter
I.s multimeter
Β 
Pereka cipta dan hasil ciptaan
Pereka cipta dan hasil ciptaanPereka cipta dan hasil ciptaan
Pereka cipta dan hasil ciptaan
Β 

Similar to J1001 - Unit 4

J1001 - Unit 6
J1001 - Unit 6J1001 - Unit 6
J1001 - Unit 6
mechestud
Β 
PROYEKSI ORTHOGONAL MATA KULIAH GAMBAR TEKNIK, TEKNIK SIPIL
PROYEKSI ORTHOGONAL MATA KULIAH GAMBAR TEKNIK, TEKNIK SIPILPROYEKSI ORTHOGONAL MATA KULIAH GAMBAR TEKNIK, TEKNIK SIPIL
PROYEKSI ORTHOGONAL MATA KULIAH GAMBAR TEKNIK, TEKNIK SIPIL
YuliaMitayani
Β 
2.2 gambar proyeksi
2.2 gambar proyeksi2.2 gambar proyeksi
2.2 gambar proyeksi
Hendra Arie
Β 
MODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNG
MODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNGMODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNG
MODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNG
PPGHybrid1
Β 
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksiBahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
arie eric
Β 
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksiBahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
arie eric
Β 
J1001 - Unit 5
J1001 - Unit 5J1001 - Unit 5
J1001 - Unit 5
mechestud
Β 
UNJURAN ORTOGRAFIK.pptx
UNJURAN ORTOGRAFIK.pptxUNJURAN ORTOGRAFIK.pptx
UNJURAN ORTOGRAFIK.pptx
MAZNANHADIBINMORIMoe
Β 
Gambar proyeksi
Gambar proyeksiGambar proyeksi
Gambar proyeksi
frans2014
Β 
Teori proyeksi mata kuliah gambar teknik.ppt
Teori  proyeksi mata kuliah gambar teknik.pptTeori  proyeksi mata kuliah gambar teknik.ppt
Teori proyeksi mata kuliah gambar teknik.ppt
ZHENAHARYOP
Β 
PPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptx
PPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptxPPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptx
PPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptx
Murdiyono4
Β 
PROYEKSI GAMBAR TEKNIK SIPIL DAN PERENCANAAN
PROYEKSI GAMBAR TEKNIK SIPIL DAN PERENCANAANPROYEKSI GAMBAR TEKNIK SIPIL DAN PERENCANAAN
PROYEKSI GAMBAR TEKNIK SIPIL DAN PERENCANAAN
YuliaMitayani
Β 
PENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIK
PENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIKPENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIK
PENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIK
HimawanSutanto22
Β 

Similar to J1001 - Unit 4 (13)

J1001 - Unit 6
J1001 - Unit 6J1001 - Unit 6
J1001 - Unit 6
Β 
PROYEKSI ORTHOGONAL MATA KULIAH GAMBAR TEKNIK, TEKNIK SIPIL
PROYEKSI ORTHOGONAL MATA KULIAH GAMBAR TEKNIK, TEKNIK SIPILPROYEKSI ORTHOGONAL MATA KULIAH GAMBAR TEKNIK, TEKNIK SIPIL
PROYEKSI ORTHOGONAL MATA KULIAH GAMBAR TEKNIK, TEKNIK SIPIL
Β 
2.2 gambar proyeksi
2.2 gambar proyeksi2.2 gambar proyeksi
2.2 gambar proyeksi
Β 
MODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNG
MODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNGMODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNG
MODUL TKP M5KB1 - GAMBAR BANGUNAN GEDUNG
Β 
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksiBahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Β 
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksiBahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Bahan bacaan 2.2 gambar proyeksi
Β 
J1001 - Unit 5
J1001 - Unit 5J1001 - Unit 5
J1001 - Unit 5
Β 
UNJURAN ORTOGRAFIK.pptx
UNJURAN ORTOGRAFIK.pptxUNJURAN ORTOGRAFIK.pptx
UNJURAN ORTOGRAFIK.pptx
Β 
Gambar proyeksi
Gambar proyeksiGambar proyeksi
Gambar proyeksi
Β 
Teori proyeksi mata kuliah gambar teknik.ppt
Teori  proyeksi mata kuliah gambar teknik.pptTeori  proyeksi mata kuliah gambar teknik.ppt
Teori proyeksi mata kuliah gambar teknik.ppt
Β 
PPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptx
PPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptxPPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptx
PPT MEMBACA GAMBAR TEKNIK 2.pptx
Β 
PROYEKSI GAMBAR TEKNIK SIPIL DAN PERENCANAAN
PROYEKSI GAMBAR TEKNIK SIPIL DAN PERENCANAANPROYEKSI GAMBAR TEKNIK SIPIL DAN PERENCANAAN
PROYEKSI GAMBAR TEKNIK SIPIL DAN PERENCANAAN
Β 
PENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIK
PENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIKPENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIK
PENGERTIAN GAMBAR TEKNIK BAHAN AJAR MATRIKULASI GAMBAR TEKNIK
Β 

More from mechestud

J3009 Unit 13
J3009   Unit 13J3009   Unit 13
J3009 Unit 13
mechestud
Β 
J3009 Unit 12
J3009   Unit 12J3009   Unit 12
J3009 Unit 12
mechestud
Β 
J3009 Unit 11
J3009   Unit 11J3009   Unit 11
J3009 Unit 11
mechestud
Β 
J3009 Unit 10
J3009   Unit 10J3009   Unit 10
J3009 Unit 10
mechestud
Β 
J3009 Unit 9
J3009   Unit 9J3009   Unit 9
J3009 Unit 9
mechestud
Β 
J3009 Unit 8
J3009   Unit 8J3009   Unit 8
J3009 Unit 8
mechestud
Β 
J3009 Unit 7
J3009   Unit 7J3009   Unit 7
J3009 Unit 7
mechestud
Β 
J3009 Unit 6
J3009   Unit 6J3009   Unit 6
J3009 Unit 6
mechestud
Β 
J3009 Unit 4
J3009   Unit 4J3009   Unit 4
J3009 Unit 4
mechestud
Β 
J3009 Unit 5
J3009   Unit 5J3009   Unit 5
J3009 Unit 5
mechestud
Β 
J3009 Unit 3
J3009   Unit 3J3009   Unit 3
J3009 Unit 3
mechestud
Β 
J3009 Unit 2
J3009   Unit 2J3009   Unit 2
J3009 Unit 2
mechestud
Β 
J3009 Unit 0
J3009   Unit 0J3009   Unit 0
J3009 Unit 0
mechestud
Β 
J3009 Unit 1
J3009   Unit 1J3009   Unit 1
J3009 Unit 1
mechestud
Β 
J3010 Unit 6
J3010   Unit 6J3010   Unit 6
J3010 Unit 6
mechestud
Β 
J3010 Unit 5
J3010   Unit 5J3010   Unit 5
J3010 Unit 5
mechestud
Β 
J3010 Unit 4
J3010   Unit 4J3010   Unit 4
J3010 Unit 4
mechestud
Β 
J3010 Unit 3
J3010   Unit 3J3010   Unit 3
J3010 Unit 3
mechestud
Β 
J3010 Unit 2
J3010   Unit 2J3010   Unit 2
J3010 Unit 2
mechestud
Β 
J3010 Unit 1
J3010   Unit 1J3010   Unit 1
J3010 Unit 1
mechestud
Β 

More from mechestud (20)

J3009 Unit 13
J3009   Unit 13J3009   Unit 13
J3009 Unit 13
Β 
J3009 Unit 12
J3009   Unit 12J3009   Unit 12
J3009 Unit 12
Β 
J3009 Unit 11
J3009   Unit 11J3009   Unit 11
J3009 Unit 11
Β 
J3009 Unit 10
J3009   Unit 10J3009   Unit 10
J3009 Unit 10
Β 
J3009 Unit 9
J3009   Unit 9J3009   Unit 9
J3009 Unit 9
Β 
J3009 Unit 8
J3009   Unit 8J3009   Unit 8
J3009 Unit 8
Β 
J3009 Unit 7
J3009   Unit 7J3009   Unit 7
J3009 Unit 7
Β 
J3009 Unit 6
J3009   Unit 6J3009   Unit 6
J3009 Unit 6
Β 
J3009 Unit 4
J3009   Unit 4J3009   Unit 4
J3009 Unit 4
Β 
J3009 Unit 5
J3009   Unit 5J3009   Unit 5
J3009 Unit 5
Β 
J3009 Unit 3
J3009   Unit 3J3009   Unit 3
J3009 Unit 3
Β 
J3009 Unit 2
J3009   Unit 2J3009   Unit 2
J3009 Unit 2
Β 
J3009 Unit 0
J3009   Unit 0J3009   Unit 0
J3009 Unit 0
Β 
J3009 Unit 1
J3009   Unit 1J3009   Unit 1
J3009 Unit 1
Β 
J3010 Unit 6
J3010   Unit 6J3010   Unit 6
J3010 Unit 6
Β 
J3010 Unit 5
J3010   Unit 5J3010   Unit 5
J3010 Unit 5
Β 
J3010 Unit 4
J3010   Unit 4J3010   Unit 4
J3010 Unit 4
Β 
J3010 Unit 3
J3010   Unit 3J3010   Unit 3
J3010 Unit 3
Β 
J3010 Unit 2
J3010   Unit 2J3010   Unit 2
J3010 Unit 2
Β 
J3010 Unit 1
J3010   Unit 1J3010   Unit 1
J3010 Unit 1
Β 

Recently uploaded

PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
Arumdwikinasih
Β 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
Β 
Kalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024 Kabupaten Temanggung .pdf
Kalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024  Kabupaten Temanggung .pdfKalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024  Kabupaten Temanggung .pdf
Kalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024 Kabupaten Temanggung .pdf
SDNBotoputih
Β 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Fathan Emran
Β 
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
Kanaidi ken
Β 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
Β 
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdfKisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
indraayurestuw
Β 
IKLAN PENERIMAAN GURU SEKUM YPS 2024.pdf
IKLAN PENERIMAAN GURU SEKUM YPS 2024.pdfIKLAN PENERIMAAN GURU SEKUM YPS 2024.pdf
IKLAN PENERIMAAN GURU SEKUM YPS 2024.pdf
sriwulandari723
Β 
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdfAKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
opkcibungbulang
Β 
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Kanaidi ken
Β 
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdfBiografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
pristayulianabila
Β 
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARUAKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
junaedikuluri1
Β 
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdfTokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Mutia Rini Siregar
Β 
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptxLembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
opkcibungbulang
Β 
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMPPerencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
TriSutrisno48
Β 
Projek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdf
Projek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdfProjek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdf
Projek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdf
anikdwihariyanti
Β 
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi KomunikasiMateri Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
Β 
LAPORAN WALI KELAS Wahyu Widayati, S.Pd.docx
LAPORAN WALI KELAS Wahyu Widayati, S.Pd.docxLAPORAN WALI KELAS Wahyu Widayati, S.Pd.docx
LAPORAN WALI KELAS Wahyu Widayati, S.Pd.docx
moh3315
Β 
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada AnakDefenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Yayasan Pusat Kajian dan Perlindungan Anak
Β 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
SABDA
Β 

Recently uploaded (20)

PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
PPT RENCANA AKSI 2 modul ajar matematika berdiferensiasi kelas 1
Β 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Β 
Kalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024 Kabupaten Temanggung .pdf
Kalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024  Kabupaten Temanggung .pdfKalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024  Kabupaten Temanggung .pdf
Kalender Pendidikan tahun pelajaran 2023/2024 Kabupaten Temanggung .pdf
Β 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka - [abdiera.com]
Β 
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
PELAKSANAAN (13-14 Juni'24) + Link2 Materi BimTek _"PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (P...
Β 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 10 Fase E Kurikulum Merdeka
Β 
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdfKisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
Kisi-kisi PAT IPS Kelas 8 semester 2.pdf
Β 
IKLAN PENERIMAAN GURU SEKUM YPS 2024.pdf
IKLAN PENERIMAAN GURU SEKUM YPS 2024.pdfIKLAN PENERIMAAN GURU SEKUM YPS 2024.pdf
IKLAN PENERIMAAN GURU SEKUM YPS 2024.pdf
Β 
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdfAKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
AKSI NYATA PENDIDIKAN INKLUSIF_Baedlawi.pdf
Β 
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28  Juni 2024
Workshop "CSR & Community Development (ISO 26000)"_di BALI, 26-28 Juni 2024
Β 
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdfBiografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Biografi Presiden Republik Indonesia.pdf
Β 
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARUAKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
AKSI NYATA TRANSISI PAUD-SD : PENGUATAN DI TAHUN AJARAN BARU
Β 
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdfTokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Tokoh Pendidikan Universitas Negeri Jakarta.pdf
Β 
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptxLembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
Lembar Kerja Asesmen Awal Paud ke sd.pptx
Β 
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMPPerencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
Perencanaan Berbasis Data Satuan Pendidikan Jenjang SMP
Β 
Projek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdf
Projek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdfProjek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdf
Projek Penguatan Profil Pelajar Pancasila SD.pdf.pdf
Β 
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi KomunikasiMateri Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Materi Feedback (umpan balik) kelas Psikologi Komunikasi
Β 
LAPORAN WALI KELAS Wahyu Widayati, S.Pd.docx
LAPORAN WALI KELAS Wahyu Widayati, S.Pd.docxLAPORAN WALI KELAS Wahyu Widayati, S.Pd.docx
LAPORAN WALI KELAS Wahyu Widayati, S.Pd.docx
Β 
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada AnakDefenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Defenisi Anak serta Usia Anak dan Kekerasan yang mungki terjadi pada Anak
Β 
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
Pelatihan AI GKA abdi Sabda - Bagaimana memakai AI?
Β 

J1001 - Unit 4

  • 1. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/1 OBJEKTIF AM Memahami konsep asas unjuran ortografik dan melukis jenis-jenis pandangan dan jenis-jenis unjuran ortografik. OBJEKTIF KHUSUS Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat : Menerangkan konsep unjuran ortografik. Membina pandangan pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi dalam unjuran ortografik. Melukis jenis – jenis pandangan unjuran ortografik dalam unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga. Melukis dimensi piawai pada unjuran ortografik. Menerangkan perhubungan antara dimensi lukisan dengan dimensi kerja. Semua rajah dalam bab ini dipeti dari buku : i. Latihan dalam lukisan teknik untuk SAP (Reginald Buss) ii. Lukisan Kejuruteraan untuk Tingkatan 4 & 5( Dewan Bahasa dan Pustaka ) iii. Lukisan Kejuruteraan ( ABD. SAMAD HANIF ) iv. Lukisan Kejuruteraan ( Tingkatan 4 dan 5 DBP ) v. Lukisan Geometri ( MD. NASIR ABD MANAN )
  • 2. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/2 4.0 PENGENALAN Lukisan Unjuran ortografik bolehlah dianggapkan sebagai lukisan dua dimensi kerana objek yang dilukis dengan kaedah ini akan memberikan dua dimensi ukuran iaitu lebar dan tinggi, atau panjang dan tinggi sesuatu objek. Perkataan unjuran seringkali digunakan dalam lukisan pandangan ortografik bagi menggambarkan kaedah bagaimana lukisan itu dibina.Sesuatu arah pandangan objek yang dilihat akan diunjurkan ke suatu permukaan atau rataan yang bersudut tepat dengan objek itu. Dari rataan ini bentuk pandangan itu diperolehi.Ini bererti bentuk lengkung dan sudut mungkin berupa garisan lurus dari sesuatu arah pandangan. Terdapat dua prinsip unjuran yang digunakan dalam unjuran ortografik iaitu :- i. Prinsip unjuran berpusat seperti dalam rajah 4.1. ii. Prinsip unjuran selari seperti dalam rajah 4.2. Rajah 4.1 Prinsip unjuran berpusat
  • 3. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/3 Rajah 4.2 Prinsip unjuran selari 4.1 KONSEP UNJURAN ORTOGRAFIK Unjuran Ortografik berdasarkan kepada tiga konsep utama iaitu : i. Si pemandang ( arah pandangan ) Berdasarkan kepada konsep arah pandangan, setiap pandangan ortografik dapat dihasilkan dengan mengunjurkan garisan – garisan unjuran yang bersudut tepat kepada satah unjuran dari objek berkenaan. Pandangan yang dihasilkan pada satah unjuran hadapan dinamakan pandangan hadapan, seperti dalam rajah 4.3. Rajah 4.3 Pandangan hadapan
  • 4. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/4 Mengikut konsep unjuran, tiap – tiap pandangan memerlukan satu satah unjuran. Oleh itu jika satu satah unjuran yang mengufuk diletakkan di atas objek, satu lagi pandangan boleh diunjurkan pada satah tersebut. Pandangan ini dinamakan pandangan atas, seperti dalam rajah 4.4. Rajah 4.4 Pandangan hadapan dan pandangan atas Satu lagi arah pandangan diperlukan bagi melengkapkan gambaran sepenuhnya sesuatu objek. Iaitu pandangan sisi kanan, seperti dalam rajah 4.5. Rajah 4.5 Pandangan atas, hadapan dan sisi
  • 5. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/5 Sebenarnya jika sesuatu objek dibayangkan terletak di dalam satu kotak kaca, permukaan kotak itu boleh dianggap sebagai satah unjuran.Sebanyak enam pandangan yang dapat ditunjukkan pada permukaan kaca itu, Keenam – enam pandangan ini dinamakan pandangan ortografik utama, seperti dalam rajah 4.6. Rajah 4.6 Pandangan utama ortografik ii. Satah Unjuran. Konsep Ortografik ternyatalah menggunakan satah unjuran dan pandangan objek yang diunjurkan pada satah tersebut. Satah unjuran utama terdiri daripada dua jenis, iaitu satah tegak dan satah mengufuk. Persilangan antara satah unjuran ini menghasilkan empat sukuan, seperti dalam rajah 4.7.
  • 6. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/6 Rajah 4.7 Satah unjuran dan sudut unjuran ortografik iii. Objek ( benda yang dilukis ) Objek adalah benda yang akan dilukis dalam unjuran pertama atau unjuran ketiga. Objek yang dilukis biasanya mempunyai beberapa bentuk yang akan menguji pelukis dalam mendapatkan setiap pandangan, seperti rajah 4.8. Rajah 4.8 Contoh objek
  • 7. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/7 4.2 JENIS-JENIS PANDANGAN UNJURAN ORTOGRAFIK. 4.2.1 Pelan Pandangan pelan atau pandangan atas menunjukkan bahagian atas sesuatu objek tetapi ini tidak bermakna pandangan dari arah bawah tidak terpilih. Pandangan pelan yang dipilih masih mengutamakan arah pandangan yang dapat menunjukkan bentuk – bentuk objek dengan garisan nyata lebih banyak daripada garisan tersembunyi, tetapi kelazimannya arah pandangan yang dipilih ialah dari sebelah atas. Pandangan dari arah ini dapat menunjukkan ukuran panjang dan lebar objek, seperti rajah 4.9. Rajah 4.9 Pandangan arah pelan
  • 8. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/8 4.2.2 Hadapan Arah pandangan hadapan sesuatu objek dipilih berdasarkan arah yang dapat menunjukkan ukuran panjang dan tinggi keseluruhaan sesuatu objek sesuai dengan kedudukan objek itu, seperti dalam rajah 4.10. Pemilihan arah ini juga mengambilkira arah yang boleh menampakkan bahagian – bahagian objek secara terus bukan secara tersembunyi, atau dalam istilah lukisan bahagian – bahagian ini paling banyak diwakili oleh garisan nyata dan bukannya garisan tersembunyi. Rajah 4.10 Pandangan arah hadapan
  • 9. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/9 4.2.3 Sisi Arah pandangan sisi yang dipilih biasanya mewakili dimensi lebar dan tinggi objek itu. Pemilihan arah pandangan sisi ini bergantung pada arah mana yang dapat menunjukkan bahagian – bahagian objek yang lebih banyak dengan garisan nyata berbanding dengan garisan tersembunyi, seperti dalam rajah 4.11. Rajah 4.11 Pandangan arah sisi
  • 10. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/10 4.1 Lengkapkan lukisan unjuran ortografik bagi objek dengan melukiskan garisan – garisan yang tertinggal, seperti dalam rajah A4.1, A4.2 , A4.3 dan A4.4 . Untuk membantu menggambarkan objek tersebut bersama – sama ini disertakan lukisan unjuran ortografik itu. i. Rajah A4.1
  • 11. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/11 ii. Rajah A4.2 iii. Rajah A4.3
  • 12. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/12 iv. Rajah A4.4
  • 13. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/13 4.2 Lengkapkan pandangan objek – objek ini dengan melukiskan bahagian yang tertinggal, seperti dalam rajah A4.5, A4.6, A4.7 dan A4.8. i. Rajah A4.5 ii. Rajah A4.6
  • 14. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/14 iii. Rajah A4.7 iv. Rajah A4.8
  • 15. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/15 MAKLUM BALAS 4A 4.1 i. ii.
  • 16. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/16 iii. iv.
  • 17. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/17 4.2 i. ii.
  • 18. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/18 iii. iv.
  • 19. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/19 4.3 JENIS-JENIS UNJURAN ORTOGRAFIK. Anda telahpun membina pandangan pelan, pandangan hadapan dan pandangan sisi. Pembelajaran kita seterusnya ialah menyentuh tentang jenis – jenis unjuran ortografik. Unjuran ortografik boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : i. Unjuran sudut pertama ii. Unjuran sudut ketiga 4.3.1 Unjuran sudut pertama. Unjuran ini merupakan unjuran yang terawal dan tertua digunakan dalam lukisan kejuruteraan. Lukisan dalam sudut unjuran ini dianggap sebagai unjuran piawai tradisi British dan Eropah untuk kegunaan para arkitek dan jurutera. Satah – satah utama yang terdapat dalam sudut ini mempunyai namanya yang tersendiri, sesuai dengan peranannya.Kesemua satah ini bertemu antara satu dengan lain pada sudut tepat. Rajah 4.12 menunjukkan contoh lukisan bergambar bagi sebuah objek padu. Jika objek ini dilihat dari anak panah A, pandangan yang diperolehi ialah pandangan hadapan. Bentuk bahagian objek yang kelihatan dari pandangan ini diunjurkan kebelakang sehingga mengenai satah menegak hadapan sebagaimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil.
  • 20. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/20 Rajah 4.12 Lukisan bergambar bagi sebuah objek padu Pelan bagi objek ini pula diperolehi apabila objek itu dilihat dari atas seperti yang ditunjukkan oleh anak panah B. Bahagian – bahagian yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan menegak ke bawah objek sehingga mencecah satah mengufuk sepertimana yang ditunjukkan oleh anak panah kecil. Pandangan sisi objek ini diambil dari arah C ( sebelah kiri objek ). Bentuk objek yang kelihatan dari pandangan ini akan diunjurkan kesebelah kanan objek sehingga mengenai satah menegak sisi. Untuk menjadikan lukisan ini sebuah lukisan ortografik, kesemua pandangan tadi akan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja. Rajah 4.13 menunjukkan kedudukan satah yang telah dibuka dan berada dalam sudut pertama. Maka lukisan ini dinamakan lukisan ortografik sudut pertama. Setiap gambar rajah hendaklah diberi tajuk agar pembaca tidak keliru.
  • 21. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/21 Rajah 4.13 Kedudukan satah dalam sudut pertama 4.3.2 Unjuran sudut ketiga. Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjuran Amerika. Kini penggunannya telah meluas di serata dunia. Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah – satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah – olah diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah – satah utamanya dari arah anak panah A, B dan C. Ketiga –tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam rajah 4.14.
  • 22. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/22 Rajah 4.14 Tiga pandangan dalam unjuran sudut ketiga Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil,seperti dalam rajah 4.15. Rajah 4.15 Unjuran sudut ketiga yang dibentangkan
  • 23. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/23 4.4 Dimensi piawai pada unjuran ortografik. 4.4.1 Dimensi Dimensi yang dilukiskan mestilah mematuhi peraturan – peraturan dimensi. Seberapa boleh dimensi yang telah diberi pada sesuatu objek hendaklah dikekalkan. Tujuannya ialah untuk memudahkan kerja penyemakan lukisan disamping dapat mengelakkan daripada salah ukuran atau membuat pengukuran yang berulang – ulang. Perlu diingat tulisan – tulisan yang digunakan tidak sampai mengganggu garisan – garisan objek atau garisan – garisan yang berkaitan dengan objek itu. Rajah 4.16, 4.17, 4.18 dan 4.19 menunjukkan beberapa contoh kesalahan mendimensi yang biasa dilakukan dan ditunjukkan juga bagaimana kesalahan – kesalahan itu dibetulkan. Rajah 4.16 Pendimensian Rajah 4.17 Pendimensian
  • 24. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/24 Rajah 4.18 Pendimensian Rajah 4.19 Pendimensian 4.4.2 Garisan tersembunyi. Dalam lukisan unjuran ortografik, seberapa boleh semua bahagian sesuatu objek, mesin dan peralatan itu hendaklah ditunjukkan dengan menggunakan garisan nyata.Perkara ini tidak terkecuali pada bahagian – bahagian yang tesembunyi. Bahagian yang tersembunyi ini akan ditunjukkan juga dengan menggunakan garis putus – putus kecil.Berikut ini ditunjukkan secara bergambar setiap peraturan yang perlu dipatuhi semasa melukis garisan tersembunyi.
  • 25. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/25 i. Garisan tersembunyi yang berterusan dimulakan dengan sentuhan pada garisan nyata dan berakhir dengan sentuhan pada garisan nyata, seperti rajah 4.20. Rajah 4.20 Garisan tersembunyi yang berterusan ii. Garisan tersembunyi yang memotong sebahagian objek hendaklah dimulakan bersentuh dengan garisan nyata dan berakhir dengan membuat ruang ( tidak bersentuh ) dengan garisan nyata, seperti rajah 4.21. Rajah 4.21 Garisan tersembunyi yang memotong sebahagian iii. Jika dua atau lebih garisan tersembunyi bertemu pada satu tempat yang sama, garisan – garisan tersembunyi itu mestilah bersentuh di antara satu dengan lain dan berakhir dengan sentuhan pada garisan nyata, seperti rajah 4.22.
  • 26. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/26 Rajah 4.22 Dua atau lebih garisan tersembunyi iv. Garisan tersembunyi yang membentuk lengkok pada sudut tegak mestilah bersentuh pada permukaan dan pada pengakhirnya dengan garisan nyata, seperti rajah 4.23. Rajah 4.23 Garisan tersembunyi yang membentuk lengkok v. Garisan tersembunyi yang bertemu dengan garisan nyata pada pertengahan garisannya mestilah diberi ruang agar tidak bercantum dengan garisan nyata itu, seperti dalam rajah 4.24. Rajah 4.24 Garisan tersembunyi bertemu dengan garisan nyata
  • 27. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/27 vi. Apabila garisan tersembunyi dan garisan nyata berada di tempat yang sama, maka garisan tersembunyi tidak perlu ditunjukkan, memadai dengan garisan nyata sahaja, seperti dalam rajah 4.25. Rajah 4.25 Garisan tersembunyi dan garisan nyata tempat yang sama vii. Apabila garisan tengah dan garisan tersembunyi berada di tempat yang sama, lukiskan garisan tersembunyi sahaja dan tidak perlu melukiskan garisan tengah, seperti dalam rajah 4.26. Rajah 4.26 Garisan tersembunyi dan garisan tengah tempat yang sama
  • 28. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/28 viii. Jika garisan nyata dan garisan tersembunyi bersilang, berikanlah ruang untuk garisan tersembunyi agar tidak bersentuh dengan garisan nyata itu, seperti dalam rajah 4.27. Rajah 4.27 Garisan tersembunyi dan garisan nyata bersilang ix. Jika dua garisan tersembunyi bersilang. Tinggalkan ruang pada garisan tersembunyi yang terpanjang di antara dua garisan yang tersembunyi itu, seperti dalam rajah 4.28. Rajah 4.28 Dua garisan tersembunyi bersilang
  • 29. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/29 4.4.3 Garisan tengah. Garisan tengah digunakan untuk menunjukkan tempat pandangan dan dimensi. Terdapat dua jenis garisan tengah iaitu garisan tengah premier dan garisan tengah sekunder. Garisan tengan premier menjadi penentu utama untuk memulakan lukisan sesuatu pandangan itu.Garisan tengah premier biasanya ditandakan dengan huruf β€œP” sementara garisan tengah sekunder ditandakan dengan huruf β€œSβ€œ . Perlu diingatkan setiap garisan tengah perlu L ditandakan dengan β€œ C ” yang bererti garisan tengah. ( c = tengah C dan L = garisan ), seperti dalam rajah 4.29. L C Rajah 4.29 Penandaan garisan tengah
  • 30. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/30 4.4.4 Kaedah unjuran ketiga. Pandangan ketiga yang dimaksudkan di sini ialah pandangan sisi. Biasanya pandangan ini dilukis paling akhir kerana ukurannya boleh diperolehi daripada unjuran pandangan hadapan dan pandangan pelan. Terdapat berbagai – bagai kaedah bagaimana ukuran untuk pandangan sisi ini diperolehi, antaranya: i. Menggunakan garisan bersudut 450, seperti rajah 4.30. Rajah 4.30 Garisan bersudut 450 ii. Menggunakan sesiku sudut 450, seperti rajah 4.31. Rajah 4.31 Menggunakan sesiku sudut 450
  • 31. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/31 iii. Menggunakan pembahagi atau jangka lukis, seperti rajah 4.32. Rajah 4.32 Menggunakan pembahagi atau jangka lukis iv. Menggunakan kayu ukur, seperti rajah 4.33. Rajah 4.33 Menggunakan kayu ukur
  • 32. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/32 Antara kaedah yang dinyatakan diatas, kaedah kayu ukur merupakan cara yang paling tepat tetapi lambat. Kaedah – kaedah lain memerlukan kemahiran menggunakan alat lukisan sebelum hasil yang baik diperolehi.Ini disebabkan cara pemindahan ukuran ini dilakukan dengan bantuan alat lukisan bukan cara pengukuran terus. 4.4.4 Bagaimana memulakan lukisan. Memang tidak ada satu ketetapan peraturan yang khusus bagaimana memulakan sesuatu lukisan. Yang pasti lukisan yang dilukis hendaklah bersih, tepat dan cepat. Berikut merupakan kaedah melukis unjuran ortografik secara bersistem. Langkah 1 Arah pandangan hadapan, sisi dan pelan ditentukan terlebih dahulu. Jika ada arahan yang diberikan, arahan tersebut mestilah dipatuhi. Jika tidak ada arahan yang diberi, arah pandangan hadapan perlulah diambil dari arah yang mempunyai ukuran yang paling panjang, berada dalam kedudukan mendatar dan dapat menunjukkan bahagian – bahagian hadapan objek dengan garisan nyata yang banyak. Pandangan sisi pula diambil dari arah pandangan yang dapat menunjukkan bahagian – bahagian sisi dengan menggunakan garisan – garisan tersembunyi yang paling sedikit. Pandangan atas tidak perlu ditetapkan lagi kerana telah jelas berada pada arah atas objek itu. Ini dapat diperhatikan dalam rajah 4.34.
  • 33. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/33 Rajah 4.34 Menentukan arah-arah pandangan Langkah 2 Tentukan unjuran sudut pandangan yang hendak dilukis dan kemudian tentukan bilangan pandangan yang hendak dilukis , biasanya tiga arah pandangan sahaja seperti dalam rajah 4.35.
  • 34. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/34 Rajah 4.35 Menentukan bilangan pandangan Langkah 3 Tentukan kedudukan yang hendak dilukis, jika memerlukan jarak yang sama seperti unjuran ortografik sudut pertama, perkiraan perlulah dilakukan seperti rajah 4.36 dan rajah 4.37 untuk sudut ketiga. Setelah itu kotak – kotak disediakan untuk setiap pandangan dengan menggunakan pensil yang keras tetapi kabur seperti 4H, 2H atau 6H. Kotak – kotak yang dibina itu mestilah berdasarkan kepada ukuran yang terbesar dalam suatu pandangan. Rajah 4.36 Unjuran ortografik sudut pertama
  • 35. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/35 Rajah 4.37 Unjuran ortografik sudut ketiga Langkah 4 Selepas itu, ukuran – ukuran asas setiap arah pandangan pada kotak – kotak pandangan ditandakan, seperti rajah 4.38. Jika boleh kaedah pemindahan ukuran dengan menggunakan jangka lukis, sesiku sudut dan sesiku T digunakan. Dengan cara ini masa dapat dijimatkan. Rajah 4.38 pemindahan ukuran
  • 36. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/36 Langkah 5 Seterusnya, bahagian – bahagian asas pandangan setiap kotak pandangan itu dilukiskan dengan menggunakan garisan yang halus, seperti rajah 4.39. Rajah 4.39 Menggunakan garisan yang halus Langkah 6 Seterusnya semua ukuran ditanda pada setiap gambarajah pandangan termasuklah pusat bulatan , lengkok dan bahagian – bahagian yang bersudut, seperti rajah 4.40. Rajah 4.40 Penandaan ukuran
  • 37. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/37 Langkah 7 Seterusnya bahagian – bahagian yang terdapat bulatan dan lengkok dilukis terlebih dahulu. Jika terdapat bulatan – bulatan yang sama garis pusatnya, bulatan tersebut dilukis terlebih dahulu supaya mengukur jejari setiap bulatan itu dapat dijimatkan, seperti rajah 4.41. Rajah 4.41Melukis bulatan Langkah 8 Seterusnya setiap garisan yang perlu dihitamkan misalnya garisan objek dengan memastikan ketebalan dan kehitamannya mengikut tugas garisan itu. Kemudian garisan – garisan tambahan yang perlu bagi rajah pandangan itu dilukis seperti garisan tersembunyi, garisan pemotongan, garisan keratan dan sebagainya, seperti rajah 4.42. Rajah 4.42 Menetapkan jenis-jenis garisan
  • 38. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/38 Langkah 9 Akhirnya dimensi diberikan kepada gambarajah. Seberapa yang boleh dimensi jangan ditukar dengan ukuran – ukuran yang diberi tadi, seperti rajah 4.43. Rajah 4.43 Pendimensian 4.5 PERHUBUNGAN ANTARA DIMENSI LUKISAN DENGAN DIMENSI. Setiap objek lazimnya dilihat dalam tiga dimensi yang menunjukkan permukaan utama merujuk kepada ukuran tinggi, lebar dan panjang yang mana jika pandangan – pandangan tersebut dirakamkam secara lukisan lakar atau lukisan sebenar adalah dikenali sebagai unjuran bergambar. Rupa bentuk pandangan – pandangan objek dalam tiga dimensi itu tidak dapat menggambarkan rupa bentuk sebenar bagi setiap permukaannya. Ia hanya memberikan gambaran rupa bentuk permukaan – permukaan utama sesuatu objek secara menyeluruh dan serentak. Ukuran – ukurannya pula tidaklah yang sebenar. Bentuk permukaan yang dilihat atau dibayangkan dalam tiga dimensi boleh dirakam secara lukisan teknik di atas sekeping kertas yang mempunyai dua dimensi sahaja iaitu ukuran panjang dan lebar kertas. Untuk melukis rupa bentuk objek daripada tiga dimensi kepada dua dimensi kertas lukisan memerlukan satu kaedah khas yang khusus. Kaedah yang digunakan ialah melalui lukisan unjuran ortografik.
  • 39. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/39 Dalam kaedah ini, pandangan – pandangan dilukis secara berasingan dan berbeza – beza diantara satu sama lain yang mana setiap satunya menunjukkan rupa bentuk permukaan yang sebenar. Pandangan – pandangan dalam unjuran ortografik disusun atur supaya kedudukannya saling berhubung kait antara satu dengan yang lain. Setiap pandangan digambarkan secara terperinci mengikut butir -–butirannya dan dilukis dengan tepat serta lengkap supaya mudah dibaca dan difahami rupa bentuk objeknya. Untuk kegunaan dalam pembacaan lukisan adalah perlu disertakan ukuran – ukuran secara terperinci dan jelas bagi membolehkan kerja – kerja pembikinan merujuk kepada ukuran yang diberi.
  • 40. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/40 4.3 Lukiskan semula mengikut saiz penuh pandangan yang diberi dan seterusnya unjurkan pandangan yang tertinggal pada kawasan yang dikhaskan, seperti rajah A4.9, A4.10, A4.11, A4.12, A4.13, A4.14. i. Rajah A4.9
  • 41. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/41 ii. Rajah A4.10 iii. Rajah A4.11
  • 42. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/42 iv. Rajah A4.12 v. Rajah A4.13
  • 43. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/43 iv. Rajah A4.14
  • 44. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/44 MAKLUM BALAS 4B 4.3 i.
  • 45. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/45 ii. iii.
  • 46. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/46 iv. v.
  • 47. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/47 vi.
  • 48. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/48 PENILAIAN KENDIRI UNTUK MENGUKUR PRESTASI ANDA, ANDA MESTILAH MENJAWAB SEMUA SOALAN PENILAIAN KENDIRI INI UNTUK DINILAI OLEH PENSYARAH ANDA 1. Rajah P1 menunjukkan pandangan isometrik bagi satu bongkah blok pembentuk. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga pandangan berikut dari bongkah itu. i. Pelan dari atas ii. Pandangan hadapan dari A iii. Pandangan sisi Rajah P1
  • 49. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/49 2. Rajah P2 menunjukkan pandangan isometrik bagi satu bongkah tapak. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut pertama pandangan berikut dari bongkah itu. i. Pelan dari atas ii. Pandangan hadapan dari B iii. Pandangan sisi dari A Rajah P2
  • 50. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/50 3. Rajah P3 menunjukkan pandangan bergambar bagi satu bongkah pelaras. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga pandangan berikut dari bongkah itu. i. Pelan dari atas ii. Pandangan hadapan dari B iii. Pandangan sisi dari A Rajah P3
  • 51. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/51 4. Rajah P4 menunjukkan pandangan isometrik bagi satu bongkah pandu indeks. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga pandangan berikut dari bongkah itu. i. Pelan dari atas ii. Pandangan hadapan dari A iii. Pandangan sisi dari B B A Rajah P4
  • 52. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/52 5. Rajah P5 menunjukkan pandangan isometrik bagi satu bongkah gaddle. Lukiskan saiz penuh dalam unjuran sudut ketiga pandangan berikut dari bongkah itu. i. Pelan dari atas ii. Pandangan hadapan dari A iii. Pandangan sisi dari B A Rajah P5 Tahniah ! Anda telah berjaya menyelesaikan semua soalan dalam penilaian kendiri. Sila semak jawapan anda pada maklumbalas untuk memastikan jawapan anda betul.
  • 53. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/53 MAKLUM BALAS 1. 2.
  • 54. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/54 3. 4.
  • 55. UNJURAN ORTOGRAFIK J1001/4/55 5. Anda sudah puas hati dengan unit ini !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kalau sudah mari kita ke unit 5