LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

TAJUK :
Kimpalan (Welding)
1.0

PENGENALAN :
Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan

menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini
melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di
antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di
samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Hal ini berbeza dengan pematerian, yang
cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur
itu sendiri. Kimpalan merupakan kaedah sambungan yang penting yang sering digunakan di
dalam bidang kejuruteraan hari ini terutamanya pada struktur-struktur bangunan, pelantar
minyak, pembinaan kapal, industri automotif dan sebagainya.
Terdapat pelbagai kaedah kimpalan. Antaranya termasuklah kimpalan bervoltan tinggi,
kimpalan gas, kimpalan sinaran laser atau elektron serta kimpalan ultrabunyi. Kimpalan yang
kami lakukan di dalam bengkel adalah kimpalan yang menggunakan proses arka. Proses ini
menggunakan bekalan kuasa kimpalan bagi mencipta dan mengekalkan arka elektrik antara
elektrod dan bahan asas bagi mencairkan logam pada titik kimpalan. Ia boleh menggunakan arus
langsung atau arus ulang-alik, dan elektrod habis atau kekal. Kawasan kimpalan kadang-kala
dilindungi oleh sejenis gas lengai atau separa lengai, dikenali sebagai gas pelindung, dan bahan
pengisi kadang-kala turut digunakan.
Bagi sambungan kimpalan pula, terdapat beberapa jenis sambungan. Antara
sambungannya termasuklah sambungan temu, kambi tee, lekap, penjuru, dan juga sambungan
tepi. Tetapi dalam amali kali ini, kami diajar dengan dua kaedah sambungan sahaja iaitu
sambungan temu dan sambungan kambi tee. Berikut merupakan gambaran bagi setiap
sambungan-sambungan kimpalan.

1
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

1. Sambungan temu
Pada sambungan jenis ini, proses pengimpalan dilakukan di antara dua tepi permukaan
logam yang hendak disambungkan. Sambungan temu segi atai serong boleh digunakan mengikut
ketebalan logam. Tersebut beberapa jenis sambungan temu :
 Sambungan segi tiga

·
 Sambungan V tunggal

 Sambungan temu V berganda

 Sambungan temu U tunggal
 Sambungan temu U berganda

2
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

2.

Sambungan kambi tee
Sambungan Tee di buat dengan menyambungkan bahagian tepi sesuatu kepingan pada

permukaan lain pada kedudukan tegak (bersudut 90). Sambungan kambi logam Tee boleh dibuat
untuk menyambungkan logam yang mempunyai sebarang ketebalan. Di bawah adalah jenis-jenis
sambungan Kambi tee.
 Sambungan kambi tee segi tunggal.
 Sambungan kambi Tee serong.

 Sambungan kambi Tee serong berganda.
 Sambungan kambi Tee-J tunggal

 Sambungan kambi Tee-J berganda.

3
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

3.

Sambungan lekap
Sambungan lekap dibuat dengan melapiskan kepingan logam. Sambungan ini merupakan

salah satu jenis sambungan yang kukuh. Sambungan menjadi lebih berkesan jika ukuran lebar
lekap dibuat lebih daripada tiga kali ukuran tebal logam yang disambungkan. Dua jenis
sambungan lekap ialah :
 Sambungan lekap kambi tunggal

 Sambungan lekap kambi berganda

4
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

4.

Sambungan penjuru
Sambungan penjuru kerap digunakan di dalam kerja menyambungkan kepingan logam

yang tidak menanggung beban lampau. Empat jenis sambungan penjuru adalah :
 Sambungan penjuru rapat terbuka.
 Sambungan penjuru separuh.



Sambungan penjuru terbuka

 Sambungan tepi

5
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

2.0

KAEDAH KIMPALAN

Sambungan temu :
1. Temukan dua plat besi yang telah dipotong.
2. Mulakan kimpalan dengan “tap” pada setiap hujung plat.
3. Buat kumai pada plat besi dari awal hingga ke hujung sehingga bercantum dengan baik.
4. Ketuk dengan menggunakan tukul besi bagi melihat hasil kumai yang dilakukan.
5. Basuh plat yang telah siap.
6. Bersihkan dengan menggunakan berus agar kumai jelas kelihatan dan tempat cantuman
kelihatan bersih dah berkilat.
Sambungan Kambi Tee :
1. Temukan dua plat besi dengan membentuk “t”.
2. Mulakan kimpalan dengan “tap” di setiap hujung plat.
3. Buat kumai pada plat sehingga dua plat besi itu bercantum dengan sempurna.
4. Ketuk dengan menggunakan tukul besi bagi melihat hasil kumai yang dilakukan.
5. Basuh plat yang telah siap.
6. Bersihkan dengan menggunakan berus agar kumai jelas kelihatan dan tempat cantuman
kelihatan bersih dah berkilat.

6
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

3.0

OBJEKTIF :


Membentuk kimpalan asas iaitu kumai.



Asas kimpalan menggunakan kimpalan arka.



Cara memotong besi mild steel.



Asas-asas keselamatan mengimpal dan memotong.



Mengimpal dengan cara yang betul.

4.0

LANGKAH KESELAMATAN :

Semasa Memotong besi :


Sentiasa memakai sarung tangan dan alat pelindung mata.



Pastikan suis pemotong besi sentiasa “tutup” jika tidak digunakan.



Lakukan dalam keadaan dan kedudukan yang selesa.

Semasa mengimpal :


Sentiasa memakai alat pelindung mata semasa membuat kerja mengimpal.



Sentiasa memakai sarung tangan semasa membuat kerja mengimpal.



Pastikan sambungan kabel kimpalan dan kabel bumi selamat dan dalam keadaan
sempurna untuk digunakan supaya tidak berlaku renjatan elektrik.



Pastikan berada jauh daripada bahan-bahan yang mudah terbakar semasa menjalankan
kerja-kerja mengimpal.



Sentiasa menjalankan kerja-kerja mengimpal dalam keadaan yang selesa.

7
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

Kemalangan- kemalangan yang perlu dielakkan :


Kebakaran atau letupan.



Kecederaan terkena benda tajam.



Renjatan Elektrik.



Terjatuh atau tergelincir.

Alat-alat keselamatan :
1. Pelindung Muka



Pelindung muka digunakan untuk melindungi mata dan muka pengimpal dari
terkena percikan arka.



Pelindung muka juga melindungi pengimpal dari pancaran ultra violet yang boleh
membahayakan mata.

8
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

2. Sarung Tangan

 Melindungi bahagian tangan daripada terkena benda panas dan melecur.
 Ia digunakan untuk melindungi daripada kesan haba, haba kering dan api.

3. Goggle
 Mengelakkan percikan api daripada terkena mata.
 Melindungi pengimpal dari pancaran ultra violet yang boleh membahayakan mata.
4. Kasut Keselamatan


Gunakan kasut yang bertutup dan bergetah untuk mengelakkan daripada licin.



Untuk mengelakkan terkena percikan api di kaki dan melecur.



Kasut keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kaki yang diperbuat daripada
getah pada bahagian tapaknya dan diperkukuhkan dengan logam.



Ia digunakan untuk melindungi kaki daripada bahaya panas, bahaya berat, bertekanan dan
tajam serta melindungi pekerja daripada tergelincir.

9
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

5.0

PERALATAN

Nama: Sesiku L
Kegunaan: Membuat garisan bersudut
tegak

Nama: Pemotong beroda
Kegunaan: Memotong besi

Nama: Penebuk pusat
Kegunaan: Menanda

Nama: Ragum
Kegunaan: Memegang benda kerja

10
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

Nama: Tukul
Kegunaan: Mengetuk supaya kumai
yang dihasilkan jelas kelihatan

Nama: Kikir parut
Kegunaan: Meratakan pada tepi besi
yang siap dipotong

Nama: Playar gabung
Kegunaan: Memegang besi ketika
panas

Nama: Berus Dawai
Kegunaan: Membersihkan supaya
kumai lebih bersih dan berkilat

11
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

Nama: Pembaris lurus
Kegunaan: mengukur merujuk ukuran
yang diperlukan

Nama: Rod Arka
Kegunaan: Sebagai logam penambah
untuk mencantum.

Nama: Mesin kimpalan
Kegunaan: Proses mengimpal besi

12
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

6.0

LANGKAH KERJA

1) Proses menanda besi untuk memudahkan
proses pemotongan dilakukan.

2) Proses pemotongan besi menggunakan
pemotong beroda.

3) Meratakan bahagian tepi permukaan besi
menggunakan kikir parut

13
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

4) Besi yang sudah siap dipotong.

5) Besi yang akan melalui proses
pengimpalan.

6) Prose pengimpalan sedang dilakukan.

14
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

7) Besi yang siap dikimpal.

8) Ketuk dengan menggunakan tukul besi
bagi melihat hasil kumai yang dilakukan

9) Basuh besi yang telah siap.

15
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

10)

Berus digunakan untuk membersihkan
supaya kumai jelas kelihatan.

11) Proses diulang dengan menggunakan
besi yang lain (sambungan Tee)

12) Proses membuat kumai pada besi
dimulakan.

16
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

7.0

HASIL KERJA

Beberapa gambar yang menunjukkan
hasil kerja kumpulan kami.

17
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

8.0

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat dihasilkan oleh kumpulan kami adalah mengenai aktiviti
sebelum, semasa dan selepas kimpalan. Kaedah kimpalan dapat membantu mengatasi masalah
yang dialami oleh pengguna. Setiap yang lemah mesti akan ada cara penyelesaiannya. Kimpalan
juga dapat menjimatkan kos penghapusan besi atau logam sekiranya besi atau logam tersebut
tidak dapat berfungsi dengan baik. Contohnya, jika terdapat rak yang diperbuat daripada besi
atau logam telah tertanggal atau rosak. Dengan mengaplikasikan kaedah kimpalan, rak tersebut
akan dapat digunakan dengan membuat kimpalan di bahagian yang rosak atau tertanggal
tersebut.
Malah pihak universiti telah memberikan kemudahan yang terbaik untuk pelajarpelajarnya. Dengan kemudahan yang disediakan akan mendidik pelajar di dalam situasi yang
sebenar. Pengalaman dalam situasi yang sebenar dengan hanya belajar secara teori sangat
berbeza. Pelajar harus mempunyai pengalaman dalam membuat dan menggunakan peralatan
kimpalan untuk memudahkan pelajar mengingati dan memahirkan pelajar sebelum mengajar di
sekolah. Hasil kimpalan daripada kumpulan kami menunjukkan bahawa kami juga mempunyai
kemahiran walaupun tidak terlalu tinggi kemahiran kimpalan tersebut.

18
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

9.0

CADANGAN

Semasa mengendalikan tugasan ini, kumpulan kami mendapati terdapat beberapa
kelemahan. Kelemahan ini dapat dilihat dengan aktiviti memotong besi. Walaupun telah diukur
namun besi yang di potong tidak mendapat ukuran yang sama. Hal ini kerana kumpulan yang
terdahulu menggunakan pemotong besi dengan menanda besi menggunakan marker. Tanda yang
dihasilkan oleh marker tidak tepat kerana dakwatnya menggunakan garisan yang tebal yang
menyukarkan untuk mendapatkan ukuran yang tetap. Pelajar harus mengetahui tentang alatan
yang harus digunakan untuk mengukur. Apit G yang digunakan harus sejajar dengan mesin
pemotong bagi mengelakkan besi yang dipotong dalam keadaan yang senget. Kaedah untuk
menggunakan kikir parut haruslah betul. Teknik dan kaedah yang salah akan menjadikan
keadaan permukaan besi yang tidak rata.
Bagi kaedah kimpalan pula, pelajar harus mengetahui peraturan dan langkah-langkah
menggunakan mesin kimpalan. Namun semasa menggunakan peralatan kimpalan, pelajar perlu
mematuhi peraturan. Aktiviti kimpalan sangat berbahaya. Ruang kimpalan yang sempit
menyukarkan pelajar berada di ruang tersebut bersama-sama semua ahli kumpulan. Hanya 2
pelajar sahaja yang muat berada di ruang tersebut. Ruang kimpalan harus disediakan untuk
keselesaan perseorangan dan juga berkumpulan. Kedua-dua ruangan ini perlu diwujudkan kerana
ruang berkumpulan memerlukan saiz yang besar. Manakala ruang perseorangan memerlukan
ruang yang sedikit.

19
LAPORAN AMALI 2 : KIMPALAN

RUJUKAN :
Diperoleh pada November 14, 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/27715057/Report-Arka
Diperoleh pada November 16, 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/48274980/pengenalankimpalan

20

Report amali kimpalan

  • 1.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN TAJUK : Kimpalan (Welding) 1.0 PENGENALAN : Kimpalan adalah satu proses pencantuman sesuatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Proses pengimpalan ini melibatkan pencairan sesuatu jenis logam tersebut untuk menjadikannya sebagai pengikat di antara sesuatu struktur dengan struktur yang lain. Kadangkala tekanan juga digunakan di samping haba untuk menghasilkan kimpalan tersebut. Hal ini berbeza dengan pematerian, yang cuma meleburkan bahan sambungan (pateri) untuk membentuk sambungan, dan bukan struktur itu sendiri. Kimpalan merupakan kaedah sambungan yang penting yang sering digunakan di dalam bidang kejuruteraan hari ini terutamanya pada struktur-struktur bangunan, pelantar minyak, pembinaan kapal, industri automotif dan sebagainya. Terdapat pelbagai kaedah kimpalan. Antaranya termasuklah kimpalan bervoltan tinggi, kimpalan gas, kimpalan sinaran laser atau elektron serta kimpalan ultrabunyi. Kimpalan yang kami lakukan di dalam bengkel adalah kimpalan yang menggunakan proses arka. Proses ini menggunakan bekalan kuasa kimpalan bagi mencipta dan mengekalkan arka elektrik antara elektrod dan bahan asas bagi mencairkan logam pada titik kimpalan. Ia boleh menggunakan arus langsung atau arus ulang-alik, dan elektrod habis atau kekal. Kawasan kimpalan kadang-kala dilindungi oleh sejenis gas lengai atau separa lengai, dikenali sebagai gas pelindung, dan bahan pengisi kadang-kala turut digunakan. Bagi sambungan kimpalan pula, terdapat beberapa jenis sambungan. Antara sambungannya termasuklah sambungan temu, kambi tee, lekap, penjuru, dan juga sambungan tepi. Tetapi dalam amali kali ini, kami diajar dengan dua kaedah sambungan sahaja iaitu sambungan temu dan sambungan kambi tee. Berikut merupakan gambaran bagi setiap sambungan-sambungan kimpalan. 1
  • 2.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 1. Sambungan temu Pada sambungan jenis ini, proses pengimpalan dilakukan di antara dua tepi permukaan logam yang hendak disambungkan. Sambungan temu segi atai serong boleh digunakan mengikut ketebalan logam. Tersebut beberapa jenis sambungan temu :  Sambungan segi tiga ·  Sambungan V tunggal  Sambungan temu V berganda  Sambungan temu U tunggal  Sambungan temu U berganda 2
  • 3.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 2. Sambungan kambi tee Sambungan Tee di buat dengan menyambungkan bahagian tepi sesuatu kepingan pada permukaan lain pada kedudukan tegak (bersudut 90). Sambungan kambi logam Tee boleh dibuat untuk menyambungkan logam yang mempunyai sebarang ketebalan. Di bawah adalah jenis-jenis sambungan Kambi tee.  Sambungan kambi tee segi tunggal.  Sambungan kambi Tee serong.  Sambungan kambi Tee serong berganda.  Sambungan kambi Tee-J tunggal  Sambungan kambi Tee-J berganda. 3
  • 4.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 3. Sambungan lekap Sambungan lekap dibuat dengan melapiskan kepingan logam. Sambungan ini merupakan salah satu jenis sambungan yang kukuh. Sambungan menjadi lebih berkesan jika ukuran lebar lekap dibuat lebih daripada tiga kali ukuran tebal logam yang disambungkan. Dua jenis sambungan lekap ialah :  Sambungan lekap kambi tunggal  Sambungan lekap kambi berganda 4
  • 5.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 4. Sambungan penjuru Sambungan penjuru kerap digunakan di dalam kerja menyambungkan kepingan logam yang tidak menanggung beban lampau. Empat jenis sambungan penjuru adalah :  Sambungan penjuru rapat terbuka.  Sambungan penjuru separuh.  Sambungan penjuru terbuka  Sambungan tepi 5
  • 6.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 2.0 KAEDAH KIMPALAN Sambungan temu : 1. Temukan dua plat besi yang telah dipotong. 2. Mulakan kimpalan dengan “tap” pada setiap hujung plat. 3. Buat kumai pada plat besi dari awal hingga ke hujung sehingga bercantum dengan baik. 4. Ketuk dengan menggunakan tukul besi bagi melihat hasil kumai yang dilakukan. 5. Basuh plat yang telah siap. 6. Bersihkan dengan menggunakan berus agar kumai jelas kelihatan dan tempat cantuman kelihatan bersih dah berkilat. Sambungan Kambi Tee : 1. Temukan dua plat besi dengan membentuk “t”. 2. Mulakan kimpalan dengan “tap” di setiap hujung plat. 3. Buat kumai pada plat sehingga dua plat besi itu bercantum dengan sempurna. 4. Ketuk dengan menggunakan tukul besi bagi melihat hasil kumai yang dilakukan. 5. Basuh plat yang telah siap. 6. Bersihkan dengan menggunakan berus agar kumai jelas kelihatan dan tempat cantuman kelihatan bersih dah berkilat. 6
  • 7.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 3.0 OBJEKTIF :  Membentuk kimpalan asas iaitu kumai.  Asas kimpalan menggunakan kimpalan arka.  Cara memotong besi mild steel.  Asas-asas keselamatan mengimpal dan memotong.  Mengimpal dengan cara yang betul. 4.0 LANGKAH KESELAMATAN : Semasa Memotong besi :  Sentiasa memakai sarung tangan dan alat pelindung mata.  Pastikan suis pemotong besi sentiasa “tutup” jika tidak digunakan.  Lakukan dalam keadaan dan kedudukan yang selesa. Semasa mengimpal :  Sentiasa memakai alat pelindung mata semasa membuat kerja mengimpal.  Sentiasa memakai sarung tangan semasa membuat kerja mengimpal.  Pastikan sambungan kabel kimpalan dan kabel bumi selamat dan dalam keadaan sempurna untuk digunakan supaya tidak berlaku renjatan elektrik.  Pastikan berada jauh daripada bahan-bahan yang mudah terbakar semasa menjalankan kerja-kerja mengimpal.  Sentiasa menjalankan kerja-kerja mengimpal dalam keadaan yang selesa. 7
  • 8.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN Kemalangan- kemalangan yang perlu dielakkan :  Kebakaran atau letupan.  Kecederaan terkena benda tajam.  Renjatan Elektrik.  Terjatuh atau tergelincir. Alat-alat keselamatan : 1. Pelindung Muka  Pelindung muka digunakan untuk melindungi mata dan muka pengimpal dari terkena percikan arka.  Pelindung muka juga melindungi pengimpal dari pancaran ultra violet yang boleh membahayakan mata. 8
  • 9.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 2. Sarung Tangan  Melindungi bahagian tangan daripada terkena benda panas dan melecur.  Ia digunakan untuk melindungi daripada kesan haba, haba kering dan api. 3. Goggle  Mengelakkan percikan api daripada terkena mata.  Melindungi pengimpal dari pancaran ultra violet yang boleh membahayakan mata. 4. Kasut Keselamatan  Gunakan kasut yang bertutup dan bergetah untuk mengelakkan daripada licin.  Untuk mengelakkan terkena percikan api di kaki dan melecur.  Kasut keselamatan digunakan untuk melindungi bahagian kaki yang diperbuat daripada getah pada bahagian tapaknya dan diperkukuhkan dengan logam.  Ia digunakan untuk melindungi kaki daripada bahaya panas, bahaya berat, bertekanan dan tajam serta melindungi pekerja daripada tergelincir. 9
  • 10.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 5.0 PERALATAN Nama: Sesiku L Kegunaan: Membuat garisan bersudut tegak Nama: Pemotong beroda Kegunaan: Memotong besi Nama: Penebuk pusat Kegunaan: Menanda Nama: Ragum Kegunaan: Memegang benda kerja 10
  • 11.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN Nama: Tukul Kegunaan: Mengetuk supaya kumai yang dihasilkan jelas kelihatan Nama: Kikir parut Kegunaan: Meratakan pada tepi besi yang siap dipotong Nama: Playar gabung Kegunaan: Memegang besi ketika panas Nama: Berus Dawai Kegunaan: Membersihkan supaya kumai lebih bersih dan berkilat 11
  • 12.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN Nama: Pembaris lurus Kegunaan: mengukur merujuk ukuran yang diperlukan Nama: Rod Arka Kegunaan: Sebagai logam penambah untuk mencantum. Nama: Mesin kimpalan Kegunaan: Proses mengimpal besi 12
  • 13.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 6.0 LANGKAH KERJA 1) Proses menanda besi untuk memudahkan proses pemotongan dilakukan. 2) Proses pemotongan besi menggunakan pemotong beroda. 3) Meratakan bahagian tepi permukaan besi menggunakan kikir parut 13
  • 14.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 4) Besi yang sudah siap dipotong. 5) Besi yang akan melalui proses pengimpalan. 6) Prose pengimpalan sedang dilakukan. 14
  • 15.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 7) Besi yang siap dikimpal. 8) Ketuk dengan menggunakan tukul besi bagi melihat hasil kumai yang dilakukan 9) Basuh besi yang telah siap. 15
  • 16.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 10) Berus digunakan untuk membersihkan supaya kumai jelas kelihatan. 11) Proses diulang dengan menggunakan besi yang lain (sambungan Tee) 12) Proses membuat kumai pada besi dimulakan. 16
  • 17.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 7.0 HASIL KERJA Beberapa gambar yang menunjukkan hasil kerja kumpulan kami. 17
  • 18.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 8.0 KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat dihasilkan oleh kumpulan kami adalah mengenai aktiviti sebelum, semasa dan selepas kimpalan. Kaedah kimpalan dapat membantu mengatasi masalah yang dialami oleh pengguna. Setiap yang lemah mesti akan ada cara penyelesaiannya. Kimpalan juga dapat menjimatkan kos penghapusan besi atau logam sekiranya besi atau logam tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Contohnya, jika terdapat rak yang diperbuat daripada besi atau logam telah tertanggal atau rosak. Dengan mengaplikasikan kaedah kimpalan, rak tersebut akan dapat digunakan dengan membuat kimpalan di bahagian yang rosak atau tertanggal tersebut. Malah pihak universiti telah memberikan kemudahan yang terbaik untuk pelajarpelajarnya. Dengan kemudahan yang disediakan akan mendidik pelajar di dalam situasi yang sebenar. Pengalaman dalam situasi yang sebenar dengan hanya belajar secara teori sangat berbeza. Pelajar harus mempunyai pengalaman dalam membuat dan menggunakan peralatan kimpalan untuk memudahkan pelajar mengingati dan memahirkan pelajar sebelum mengajar di sekolah. Hasil kimpalan daripada kumpulan kami menunjukkan bahawa kami juga mempunyai kemahiran walaupun tidak terlalu tinggi kemahiran kimpalan tersebut. 18
  • 19.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN 9.0 CADANGAN Semasa mengendalikan tugasan ini, kumpulan kami mendapati terdapat beberapa kelemahan. Kelemahan ini dapat dilihat dengan aktiviti memotong besi. Walaupun telah diukur namun besi yang di potong tidak mendapat ukuran yang sama. Hal ini kerana kumpulan yang terdahulu menggunakan pemotong besi dengan menanda besi menggunakan marker. Tanda yang dihasilkan oleh marker tidak tepat kerana dakwatnya menggunakan garisan yang tebal yang menyukarkan untuk mendapatkan ukuran yang tetap. Pelajar harus mengetahui tentang alatan yang harus digunakan untuk mengukur. Apit G yang digunakan harus sejajar dengan mesin pemotong bagi mengelakkan besi yang dipotong dalam keadaan yang senget. Kaedah untuk menggunakan kikir parut haruslah betul. Teknik dan kaedah yang salah akan menjadikan keadaan permukaan besi yang tidak rata. Bagi kaedah kimpalan pula, pelajar harus mengetahui peraturan dan langkah-langkah menggunakan mesin kimpalan. Namun semasa menggunakan peralatan kimpalan, pelajar perlu mematuhi peraturan. Aktiviti kimpalan sangat berbahaya. Ruang kimpalan yang sempit menyukarkan pelajar berada di ruang tersebut bersama-sama semua ahli kumpulan. Hanya 2 pelajar sahaja yang muat berada di ruang tersebut. Ruang kimpalan harus disediakan untuk keselesaan perseorangan dan juga berkumpulan. Kedua-dua ruangan ini perlu diwujudkan kerana ruang berkumpulan memerlukan saiz yang besar. Manakala ruang perseorangan memerlukan ruang yang sedikit. 19
  • 20.
    LAPORAN AMALI 2: KIMPALAN RUJUKAN : Diperoleh pada November 14, 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/27715057/Report-Arka Diperoleh pada November 16, 2012 daripada http://www.scribd.com/doc/48274980/pengenalankimpalan 20