MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
Interaksi M1_Dakwah dan Guru Pendidikan Islam (1).pptx
1. Dakwah dan Guru Pendidikan Islam
- Definisi dan Konsep Dakwah
- Metodologi dakwah dalam Al-Quran dan Al-
Sunnah
- Peranan Guru Sebagai Daie, Mualim, Mudarris,
Muaddib,Murabbi & Mursyid
2. Definisi Dakwah
Bahasa - mengajak, menyeru, memanggil.
Istilah - menyeru manusia kepada jalan Allah Taala dengan mengajak manusia
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dengan cara berhikmah dan
bijaksana.
- Muhammad al-Ghazali mendefinisikan dakwah sebagai suatu program yang
lengkap, yang meliputi semua peringkat, mengandungi semua ilmu pengetahuan
yang diperlukan oleh manusia bagi menjelaskan tugasan dan matlamat hidup.
- Dr. Yusuf al-Qardhawi menjelaskan dakwah sebagai suatu usaha yang membawa
orang lain kepada Islam seperti mengikuti perintah agama, melaksanakan
ketetapan di muka bumi, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, taat
kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan
daripada Allah.
- Kesimpulannya dakwah bermaksud sesuatu proses membawa, mengajak,
menyeru orang lain, masyarakat dan murid-murid kepada Islam, mengamalkan
ajarannya, meninggalkan apa yang dilarang dan menumpukan perhambaan diri
kepada Allah Taala sahaja.
3. Definisi Dakwah : Bahasa
- mengajak, menyeru, memanggil.
- Dakwah kepada Islam merupakan satu teknik untuk
menarik manusia kepada ajarannya sama ada secara
teoritikal atau praktikal (Ahmad Ahmad Ghalus, t.t.:9).
- Perkataan “dakwah” berasal dari perkataan yang
bererti mengajak, menyeru, menjemput, memanggil
kepada sesuatu perkara (Khozyn Arief, 1984:3)
sepertimana yang terdapat dalam firman Allah:
و
هلل
يدعو
إلى
دار
اإلسالم
- Ertinya : “Dan Allah menyeru kepada negara
kesejahteraan”.
4. Definisi Dakwah : Istilah
- Menyeru manusia kepada jalan Allah Taala dengan mengajak
manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
dengan cara berhikmah dan bijaksana.
- Muhammad al-Ghazali mendefinisikan dakwah sebagai suatu
program yang lengkap, yang meliputi semua peringkat,
mengandungi semua ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh
manusia bagi menjelaskan tugasan dan matlamat hidup.
- Dr. Yusuf al-Qardhawi menjelaskan dakwah sebagai suatu
usaha yang membawa orang lain kepada Islam seperti
mengikuti perintah agama, melaksanakan ketetapan di muka
bumi, mengkhususkan segala bentuk perhambaan diri, taat
kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan
yang bukan daripada Allah.
5. Definisi Dakwah : Istilah
Ibn. Taimiyyah:
“Dakwah kepada Allah ialah menyeru manusia agar beriman dengan
Allah serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para Rasul-
Nya dengan membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka
dan taat kepada perintah mereka” (dipetik oleh Muhammad Ahmad
Ar-Rasyid, 2000:104).
6. Kesimpulannya dakwah bermaksud
sesuatu proses membawa, mengajak,
menyeru orang lain, masyarakat dan
murid-murid kepada Islam,
mengamalkan ajarannya, meninggalkan
apa yang dilarang dan menumpukan
perhambaan diri kepada Allah Taala
sahaja.
8. - 1. Hikmah
- Iaitu ketenangan yang jitu dan tepat yang dapat menyakinkan dan
menghilangkan karaguan dengan memasukkan roh tauhid dengan
akidah iman, dalil-dalil dan keterangan-keterangan yang jelas
hingga menyakinkan akal. Termasuk dalam hikmah ialah dengan
menggunakan susunan kata-kata yang biasa dan senang diterima
akal dan bukannya menggunakan kata-kata
9. - 2. Nasihat yang baik (Mau’izah Hasanah)
- Iaitu huraian-huraian yang memberi petunjuk dan nasihat yang dapat
menyedarkan dan membuka pintu hati untuk mentaati semua petunjuk
Islam. Huraian-huraian itu dilakukan dengan jelas tanpa menyakitkan
hati orang lain. Metod ini ditunjukkan kepada orang-orang yang
menerima dan sudah komited dengan prinsip dan fikrah Islam. Mereka
tidak memerlukan kecuali nasihat untuk mengingatkan,
memperlembutkan hati dan menjernihkan segala kekeruhan yang wujud
(al-Qaradhawi, 1995:238)
10. - 3. Berdialog dengan cara yang baik
- Iaitu memberi hujah atau bukti-bukti yang dapat menolak sanggahan dan
pendapat lawan. Menurut Amin Ahsan Islahi, metod mujadalah hasanah
memberi penjelasan kepada pihak lawan dengan menggunakan prinsip-prinsip
dan kesimpulan logik agar mereka dapat merenungkannya, menerima
kebenaran dan tidak menentang seruan dakwah lagi. Pendekatan tersebut harus
dilakukan dengan cara yang penuh kasih sayang, lemah lembut,
mengemukakan hujah-hujah dengan baik, sehingga keihklasan, kelembutan
dan kejujuran pendakwah membuatkan penentang dakwah merenungkan idea-
ideanya seterusnya menerima pandangan tersebut (Amin Ahsan Ishlahi,
1985:73-75). Antara cara dialog atau berbahas dengan cara yang baik ialah
menekankan pada titik-titik pertemuan dan faktor-faktor persepakatan antara
pendakwah dengan penganut agama lain (al Qaradhawi, 1995:239)
11. Guru Sebagai Mu’allim
- Mu’allim berasal dari perkataan Arab yang bererti guru.
- Ia juga bermaksud pengajar yang mencurahkan ilmu pengetahuan untuk anak
didiknya. Seorang mu’allim lebih menumpukan kepada ilmu akal.
- Sebagai guru yang bersifat mu’allim, isi kandungan pendidikan perlu
disampaikan berserta ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni dalam
proses melahirkan insan bermoral.
12. Guru Sebagai Murabbi
- Murabbi dalam Islam membawa maksud yang lebih luas melebihi tahap
mu’allim.
- Konsep Murabbi merujuk kepada pendidik yang bukan sahaja mengajarkan
sesuatu ilmu tetapi dalam masa yang sama cuba mendidik rohani, jasmani,
fizikal dan mental anak didiknya untuk menghayati dan mengamalkan ilmu
yang telah dipelajari.
- Guru murabbi lebih menumpukan penghayatan sesuatu ilmu, sekali gus
membentuk keperibadian, sikap dan tabiat anak didiknya.
- Tugas murabbi lebih berlegar di hati. Spiritual Quotient (SQ) dapat dibentuk di
dalam diri murid-murid kerana pengajaran berbentuk nilai murni ini boleh
diperkukuhkan dengan memberi kesedaran, keyakinan dan juga melalui
amalan.
13. Guru Sebagai Muddaris
- Muddaris adalah pengajar yang selari dengan perkataan guru. Peranan guru
adalah untuk memperkembangkan kemahiran dalaman dan luaran murid-
murid.
- Guru boleh membantu murid-murid untuk hal-hal yang tidak mereka ketahui
dan faham. Sikap peribadi dan penampilan diri memerlukan kemahiran untuk
dikuasai oleh murid-murid.
14. Guru Sebagai Mu’addib (Ta’dib)
- Mu’addib (Ta’dib) berasal dari perkataan adab iaitu bererti budi pekerti.
Mu’addib juga membawa maksud yang hampir kepada istilah mentor.
- Mu’addib adalah pemupuk adab, akhlak, nilai atau proses pembentukan
disiplin dan sikap murid bagi membentuk sahsiah.
- Peranan mu’addib adalah menyiapkan mu’addab yang dapat melaksanakan
pekerjaan-pekerjaan berat yang diletakkan di atas bahu mereka pada masa
hadapan.
- Guru mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti
mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.
- Mu’addib mempunyai budi pekerti yang tinggi, membina kecergasan akal dan
jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menitik beratkan
potensi insan berakhlak mulia dan seimbang.
15. Guru Sebagai Mursyid
- Mursyid bermaksud seseorang yang pakar dalam memberi tunjuk ajar
terutamanya dalam bidang kerohanian.
- Mursyid secara istilahnya merupakan mereka yang bertanggungjawab
memimpin dan membimbing perjalanan rohani murid untuk sampai kepada
Allah S.W.T dalam proses tarbiah yang teratur.
- Mursyid bertanggungjawab untuk mengajar dari sudut zahir (syariat) dan
makna (batin).
- Tugas membentuk kepimpinan insan merupakan tugas yang berat dan perlu
dilaksanakan oleh guru.
16. Guru Sebagai Mu’addib (Ta’dib)
- Hai hambaku! Aku tiada meminta harta benda kepada kamu (sebagai upah)
bagi seruanku. Upahku hanyalah dad Allah ... (Maksud Al-Qur' an 11 :29) Dan
rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-
orang yang beriman (Maksud Al-Qur'an 42:215)
- Berdasarkan dua ayat Al-Qur' an di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama
bagi seorang mursyid.
- Ini bermakna, guru yang mursyid ialah guru yang sedia menjadi seorang
penasihat yang ikhlas. Itulah sebenarnya peranan guru..
- Hakikatnya guru sememangnya dipandang tinggi dan merupakan suatu
pekerjaan yang murni dan mulia.
- Janganlah ada di antara guru-guru yang hanya mementingkan pangkat dan gaji
semata-mata tanpa memikirkan tanggungjawab membentuk manusia menjadi