1. Implikasi Perkembangan Kanak-kanak ke atas
Pengajaran dan Pembelajaran
1. Perkembangan Fizikal
“Belajar menjadi self-sufficient, bersedia untuk belajar”
Guru bukan sahaja mengajar ilmu pengetahuan dalam buku teks, tetapi juga boleh memperkembangkan
potensi kanak-kanak dalam aspek jasmani dan rohani. Kanak-kanak sentiasa bersedia untuk menerima
segala ajaran guru mereka.
“Mula menguasai kemahiran membaca, mengira dan menulis.”
Kemahiran motor yang telah dikuasai pada peringkat awal kanak-kanak seperti berlari, memanjat, dan
melompat sudah mencapai tahap yang lebih mantap di samping beberapa jenis kemahiran yang baru telah
pun dikuasai. Tanggungjawab guru sekarang bukan sahaja hanya mengajar kanak-kanak tentang
kemahiran yang asas,tetapi juga boleh membantukan mereka untuk memantapkan kemahiran tersebut.
2. Perkembangan Kognitif
“4 tahun - memiliki perbendaharaan kata yang agak luas dan mereka berupaya menggunakan
perkataan- perkataan untuk merujuk kepada benda-benda dan peristiwa-peristiwa di
sekeliling.”
Guru boleh menarik perhatian kanak-kanak terhadap benda-benda dan suasana sekeliling serta memimpin
mereka untuk menyuarakan perasaan dan idea mereka secara lisan atau tulisan.
“Bagi kanak-kanak yang didedahkan kepada buku-buku cerita, majalah-majalah serta orang
dewasa yang berpendidikan, penguasaan bahasa akan meningkat dengan lebih cepat.”
Guru harus menyediakan satu suasana belajar yang sesuai untuk kanak-kanak supaya mereka dapat
didedahkan kepada kekayaan dalam buku-buku. Amalan membaca harus diterapkan dalam kanak-kanak
sejak mereka kecil lagi.
3. Perkembangan Bahasa
Perbendaraan kata yang meluas
ayat-ayat yang lebih panjang dan kompleks
penghasilan karya/ karangan
(meluahkan idea @ buah fikiran melalui tulisan dan bahasa)
2. 4. Perkembangan Sosial
“Masa ini anak suka mengamati dunia luarnya serta suka mendengar cerita yang sesuai dengan
fantasinya. ”
Guru boleh menggunakan cara bercerita untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam sanubari kanak-kanak
kerana kanak-kanak pada zaman kanak-kanak senang memahami dan menerima apa yang diajarkan.
“Dalam masa ini, merupakan masa di mana anak belajar atau menyukai bergabung dalam sebuah
kelompok.”
Guru boleh membantu membentukkan kanak-kanak dalam kumpulan supaya mereka dapat belajar,
berbincang dan melakukan aktiviti dalam kumpulan. Ini dapat memberikan peluang kepada mereka untuk
menyuarakan idea dan berkongsi pendapat bersama .
“Perilaku sosial pada anak muncul disebabkan dengan meniru perilaku orang lain, belajar model
dan teman.”
Guru perlu menjadi teladan dan model kepada kanak-kanak dengan menunjukkan sikap positif , tingkah
laku yang sopan, dan budi pekerti yang mulia.
5. Perkembangan Emosi
“kanak-kanak kurang memahami suatu situasi yang berkenaan (kematangan fikiran dan
pengalaman yang kurang)- tempoh penumpuan adalah pendek ”
Guru seharusnya menyediakan suasana pembelajaran yang bebas daripada sebarang gangguan luar .Selain
itu, mempelbagaikan cara mengajar serta pengajaran secara kreatif dapat menarik perhatian kanak-kanak
menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
“Emosi kanak-kanak yang sering berubah”
Guru harus peka dan sensitif terhadap perubahan emosi kanak-kanak kerana mereka sangat sensitif dengan
segala layanan guru. Guru seharusnya dapat memahami situasi mereka dan sedia memberikan perhatian
yang sepatutunya kepada mereka.
“Kanak-kanak juga agak imaginatif”
Guru dapat mendorong kanak-kanak untuk bekembang dalam bidang sains dan matematik kerana mereka
mempunyai daya imaginasi serta rasa ingin tahu yang tinggi. Penggunaan alat bantu mengajar yang lebih
canggih dapat memenuhi perasaan ingin tahu kanak-kanak.
“Gemar menolong guru menjalankan pelbagai tugasan - suka menerima tanggungjawab.”
Guru boleh melantik kanak-kanak menjadi pemimpin kecil dalam kelas dan memberikan peluang kepada
mereka untuk menjalankan tugas atau memikul tanggungjawab. Tanggungjawab tersebut boleh mencabar
dan melatih kanak-kanak untuk lebih bertanggungjawab dan berdikari.
3. IMPLIKASI TERHADAP INTERVENSI BAHASA KANAK-KANAK
BERMASALAH EMOSI DAN TINGKAH LAKU
• PENEGUHAN POSITIF
• Guru memberi peneguhan positif kepada murid yang patuh kepada arahan atau
mampu membaca dengan betul
• 'ONE TO ONE TEACHING'
• murid diasingkan daripada murid lain
• P&P dijalankan antara guru dan murid tersebut sahaja
• perhatian sepenuhnya diberikan kepada murid tersebut
• dapat mengawal tingkah laku murid
• dapat mengenalpasti masalah bahasa murid dan membetulkannya
• TIDAK MEMBANDINGKAN MURID
• tidak bandingkan mereka dengan rakan yang lebih pandai
• jangan biarkan murid rasa dirinya tidak berkemampuan dan bodoh
• berikan keyakinan kepada murid (terutama yang rendah diri) untuk membaca
dengan betul
• PENGGUNAAN TMK
• menggunakan rakaman audio untuk memainkan bunyi sebutan yang betul
• murid membaca sambil menonton video
• dapat menarik perhatian murid
• murid dapat mempelajari bahasa yang betul
• cth: Rancangan "Sesame Street" atau "Along"