SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
HBML 3103

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEPTEMBER 2013

HBML 3103

PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI

:

821227136059001

NO. KAD PENGENALAN

:

821227136059

NO. TELEFON

:

014 - 8799534

E-MEL

:

mohdnuruzzaman@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

:

MIRI LEARNING CENTRE, MIRI,
SARAWAK

1
HBML 3103
ISI KANDUNGAN

BIL

ISI KANDUNGAN

MUKA
SURAT

1

PENGENALAN

3

2

DEFINISI PANTUN DAN CIRI – CIRI PANTUN

5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA
3

MALAYSIA BERTERASKAN AKTIVITI BERBALAS

8

PANTUN
4

HURAIAN MENGENAI KEKUATAN DAN KELEMAHAN
BERBALAS PANTUN DALAM AKTIVITI

10

5

KESIMPULAN

14

6

APENDIX

15

2
HBML 3103
1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu mempunyai taraf yang tertinggi di kalangan bahasa di Malaysia.
Menurut Perlembagaan Malaysia Perkara 153, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi
di Malaysia dan harus digunakan secara meluas dalam semua aspek seperti pendidikan,
urusan rasmi kerajaan, pertuturan dan sebagainya. Dengan adanya program seperti
“Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris” atau MBMMBI maka
lebih jelas bahawa Bahasa Malaysia memainkan peranan penting dalam semua aspek
pendidikan pada masa sekarang.
Bahasa Melayu terbahagi kepada beberapa aspek. Salah satu aspek yang menjadi
cabang dalam penggunaan bahasa Melayu ialah pengajaran dan pembelajaran
Kesusasteraan Melayu. Kesusasteraan Melayu adalah salah satu ilmu bahasa yang tertua
di Malaysia. Kesusasteraan Melayu diajar secara langsung kepada pelajar – pelajar
Tingkatan Empat dan Tingkatan 5 dan seterusnya Tingkatan Enam. Mengikut Kamus
Dewan (2006), “sastera” ditakrifkan sebagai bahasa yang digunakan di dalam kitab –
kitab. Ini kerana pada zaman dahulu, kebanyakan sastera klasik adalah digunakan dalam
agama Hindu di mana penuturnya di dalam bahasa Sanskrit. Manakala takrifan
“kesusasteraan” pula ialah hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa dan puisi yang
mempunyai ciri – ciri keistimewaan tertentu. Ini juga mengungkapkan bahawa sastera
Melayu merupakan salah satu cabang dalam seni iaitu seni dalam berbahasa.
Kesuasteraan Melayu memainkan peranan penting di dalam aspek pendidikan
sekarang. Menurut Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan Empat terbitan
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang dapat
menghayati, menghargai, mencintai, dan memupuk semangat cintakan negara melalui
aktiviti pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan. Ia merangkumi satu apresiasi
mengenai keunikan bahasa di Malaysia. Kebiasaan ia dilakukan berdasarkan berdasarkan
kajian – kajian teks menerusi penulis – penulis yang tersohor di Malaysia menerusi
pelbagai aspek seperti tema, persoalan, gaya bahasa, plot dan pelbagai lagi aspek
berbahasa.
Dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu, terdapat beberapa aspek yang perlu dinilai
kepada pelajar iaitu :
i.

Prosa dan puisi tradisional;

ii.

Cerpen dan novel;

iii.

Kritikan Sastera
3
HBML 3103
Manakala dalam pelajar sekolah rendah, ia cuma diterapkan secara tidak langsung
dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara yang dapat dilihat dengan jelas melalui
kesusasteraan Melayu untuk sekolah rendah pada penerangan mengenai penghasilan puisi,
karya pendek dan takrifan mengenai peribahasa dan simpulan bahasa. Ini dapat dilihat
dengan jelas pada Kertas Soalan UPSR Bahasa Malaysia Pemahaman di mana terdapat soalan
yang meminta pelajar menerangkan maksud simpulan bahasa dan peribahasa. Selain itu, pada
Kertas Soalan UPSR Bahasa Malaysia Penulisan terdapat satu pilihan soalan di mana pelajar
dikehendaki memilih untuk menjawab soalan bertulis dengan karangan atau esei pendek pada
Bahagian B. Ini menunjukkan penghasilan karya kreatif telah mula dipupuk dan dinilai
daripada sekolah rendah.
Dalam sukatan pelajaran sekolah rendah, pelajar telah didedahkan dengan pelbagai
gaya dan genre sastera. Antaranya ialah syair, pantun, prosa klasik dan sebagainya. Tetapi
aspek yang amat menarik perhatian ialah aspek berpantun kerana dapat kaedahnya yang
menyeronokkan.

4
HBML 3103
2.0 DEFINISI PANTUN DAN CIRI – CIRI PANTUN
Menurut sumber laman web iaitu www.dbp.com.my, Za’aba dalam bukunya iaitu Ilmu
Mengarang Melayu menyatakan pantun adalah adalah asalnya daripada Minangkabau yang
dikenali sebagai panuntun. Ia membawa maksud pembimbing atau penasihat yang
menerangkan sastera lisan dalam pepatah petitih yang diamalkan dalam pantun.
Dalam sastera pantun, pelbagai jenis pantun yang diamalkan dalam aktiviti berbalas
pantun seperti pantun dua kerat, empat kerat, lapan kerat, duabelas kerat dan enam belas
kerat. Tetapi pantun yang popular di kalangan masyarakat ialah pantun 2 kerat dan pantun 4
kerat. Antara contoh pantun 2 kerat dan 4 kerat adalah seperti di bawah :

PANTUN 2 KERAT
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.

PANTUN 4 KERAT
Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Dua tiga dapat ku cari,
Manakan sama si cik adik sorang

Terdapat beberapa intipati penting dalam pengunaan pantun Melayu. Antaranya intipati yang
disebut ialah :
a) Pembayang atau sampiran
b) Maksud atau isi
c) Perkataan
d) Suku kata
e) Rima atau bunyi

5
HBML 3103
Pembayang atau sampiran
Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang
memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada
baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam
setiap rangkap pantun.
Maksud atau isi
Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada
bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun
tersebut(tema).
Perkataan
Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun
yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya.
Suku kata
Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris
pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik
mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak.
Rima atau bunyi
Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun.
Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris
pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah
seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.

CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK

Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Pertama
sekali ia mengandungi 4 kerat/baris ayat di dalam pantun. Jumlah perkataan dalam sebaris
pantun antara 4-5 patah perkataan, tidaklah terlalu panjang untuk dihafal dan dibalas kepada
penutur lain. Manakala jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata yang mempunyai
perkaitan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah)
Untuk aspek bunyi, rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .Bahasa yang
digunakan seharusnya lebih halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan
unsur alam. Maksud isi di dalam pantun juga sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah
hidup serta sarat dengan ciri-ciri tradisional. Penggunaan rangkap, ada pembayang dan
6
HBML 3103
maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat
yang melahir dan menggunakannya.
FUNGSI PANTUN
Antara fungsi – fungsi pantun di dalam Kesusasteraan Melayu ialah :


Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan



Sindiran atau tempelak



Melepaskan rindu dan kasih sayang



Menyatakan penghargaan/terima kasih



Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran



Hiburan atau jenaka

Pantun senantiasa digunakan secara meluas pada aktiviti dan program tertentu seperti “


Majlis pertunangan dan perkahwinan



Teks pengacara/juruacara dan ucapan dalam majlis rasmi



Pertandingan berbalas pantun



Alunan lagu rakyat
- Lagu Kanak-kanak
- Lagu-lagu Asli
- Dikir Barat dan Lain-lain:

7
HBML 3103
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KOMSAS BAHASA MELAYU TAHUN
ENAM

Matapelajaran

: Bahasa Malaysia

Kelas

: Tahun 6

Masa

: 10.00 – 11.00 pagi

Kehadiran murid

: 14 orang

Tajuk

: Teks Prosa dan Puisi

Kemahiran

: Membaca

Hasil Pembelajaran

:

5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar
serta memahami perkara yang dibaca.
Aras 2
i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca.
Objektif Pembelajaran :
Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :
1. Membaca dengan kuat prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi dengan betul
2. Mengenalpasti maklumat

penting di dalam

bahan bacaan dan kemudian

menterjemahkan di dalam bentuk puisi yang berbentuk aktiviti berbalas pantun;
3. Memupuk sikap menghargai seni prosa dan puisi melalui aktiviti berpantun
Nilai Murni : Bekerjasama, menghayati nilai estetika, bersikap jujur.
Strategi

: Sumbangsaran, main peranan

ABM

: Suratkhabar, kertas A4, Kertas tajuk

AKTIVITI /
MASA
Set Induksi
5 minit

Langkah 1
( 15 minit )

AKTIVITI PENGAJARAN DAN
CATATAN / BBM
PEMBELAJARAN
1. Pelajar ditunjukkan dengan keratan ABM :
video mengenai acara “Pidato”
2. Pelajar ditanyakan dengan beberapa
1. Komputer riba
soalan mengenai Pidato.
2. LCD
3. Guru memperkenalkan Tajuk iaitu
Membaca Teks dan Puisi
1. Pelajar diminta untuk membentuk ABM :
kepada beberapa kumpulan kecil.
2. Pelajar di dalam kumpulan diedarkan
1. Suratkhabar
dengan artikel daripada suratkhabar
2. Kertas A4
8
HBML 3103

3.

Langkah 2
( 20 minit )

1.
2.

3.

4.

Langkah 3
( 15 minit )

1.
2.

3.
Penutup
( 5 Minit )

1.
2.
3.

yang boleh menarik audien luar.
3. Gunting
Pelajar menyalin maklumat penting dari
4.
dalam artikel akhbar dan meringkaskan
di dalam kertas A4.
Pelajar mengumpul semula maklumat – ABM :
maklumat di dalam satu kertas.
Pelajar ditunjukkan salah satu keratan
1. Komputer riba
video berbalas pantun yang ditunjukkan
2. Kertas A4
pada computer riba.
Pelajar dikehendaki menggunakan
maklumat yang dikumpulkan untuk
membentuk satu pantun mengenai
artikel tersebut.
Pelajar menerangkan pantun tersebut
mengikut intonasi dan sebutan suara
yang betul.
Pelajar diberikan satu tajuk mengenai ABM :
Bahasa Melayu
Pelajar dikehendaki merekabentuk
1. Lembaran tajuk
pantun yang menjelaskan mengenai
tajuk tersebut.
Kumpulan lain dikehendaki menjawab
pantun tersebut secara bergilir – gilir.
Pelajar membuat kesimpulan mengenai
aktiviti tadi.
Pelajar
menjelaskan
kemahiran
berpantun dalam intonasi yang betul
Latihan / pengukuhan kepada pelajar.

Refleksi :
1. Kekuatan
2. Kelemahan
3. Cadangan mengatasi

9
HBML 3103
4.0 HURAIAN

MENGENAI

AKTIVITI

BERBALAS

PANTUN

PADA

PENGAJARAN HARIAN

Kekuatan Aktiviti Berbalas Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Jika merujuk daripada aktiviti berbalas pantun seperti dalam Rancangan Pengajaran
Harian yang dilampirkan, aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah dapat menimbulkan
keseronokan semasa berada di dalam kumpulan sambil menerapkan aktiviti yang
berbentuk daya usaha dan kecenderungan minat. Ini sekaligus akan menimbulkan minat
yang mendalam di kalangan pelajar mengenai Bahasa Malaysia terutama pada tahap 2.
Penggunaan aktiviti berpantun di dalam pengajaran dan pembelajaran jelas sekali akan
membantu mereka dalam memahami isi kandungan pelajaran dan objektif pelajaran dapat
disampaikan dengan mudah.
Selain itu, pantun merupakan salah satu puisi tradisional yang masih wujud di zaman
moden ini. Menurut sumber laman web www.dbp.com.my, puisi pantun yang asalnya dari
Minangkabau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia di mana rata –
rata penutur pantun masih mengamalkan pantun sebagai pembuka bicara semasa majlis
rasmi, majlis pertunangan atau persandingan dan berbentuk pertandingan berbalas pantun.
Pantun ini merupakan salah satu puisi tradisional yang masih diamalkan dan
diadaptasikan mengikut zaman dan kesesuaian dan satu – satu puisi tradisional yang
mudah untuk diterapkan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jadi adalah lebih
baik supaya puisi tradisional ini dapat diterapkan di dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran seperti Bahasa Malaysia supaya kesinambungan karya sastera prosa
tradisional ini dapat diteruskan dan diperturunkan hingga ke generasi seterusnya.
Sesi berbalas pantun juga dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis.
Menurut Sharifah Maimunah Syed Zin (2000). “Menikmati dan Mengapresiasikan
Sastera”. Dewan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerangkan
bahawa :
Pendedahan komponen sastera membolehkan pelajar menikmati dan
mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas,
mengenali penulis dan sejarah perkembangan tanah air, berdasarkan
karya yang dibaca serta mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar
dari segi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

10
HBML 3103
Beliau menyatakan bahawa penerapan karya sastera tradisional dapat meningkatkan
kemahiran bertutur dengan baik, sekaligus meningkatkan daya menulis dan membaca di
kalangan pelajar. Ini kerana di dalam aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
di sekolah rendah, kemahiran bertutur, menulis dan membaca amat dititikberat dalam
penguasaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Di samping itu, pencapaian
pelajar dalam Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris turut
menekankan aspek penguasaan bahasa Malaysia di kalangan pelajar. Melalui penerapan
nilai sastera seperti pantun ini dapat mempertingkatkan penguasaan berbahasa Malaysia
di kalangan pelajar untuk generasi masa hadapan.
Koh Boh Boon (1989) dalam bukunya Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu dapat,
antara lain menanam penghayatan terhadap keindahan Bahasa Melayu,
memperkaya perbendaharaan kata dan mengasah kemahiran murid untuk
mengarang dengan baik.

Perbendaharaan kata di dalam sesi mencipta dan berbalas pantun juga akan
meningkatkan pemahaman dan seterusnya memberi ruang pelajar dalam menguasai kosa
kata dan tatabahasa dengan baik. Dalam aspek berbahasa Melayu, penguasaan dalam
membina ayat untuk dijadikan satu karangan yang berkualiti turut akan diuji sepenuhnya
di dalam peperiksaan umum khususnya di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan sebagainya. Penguasaan perbendaharaan kata
melalui sumber rujukan daripada artikel – artikel suratkhabar, majalah, jurnal seperti di
dalam rancangan pelajaran harian mampu mengetengahkan pelajar di dalam mengenal
perbendaharaan kata dalam Bahasa Malaysia. Ia akan diaplikasi secara tidak langsung
dalam aktiviti berbalas pantun dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam Bahasa
Malaysia.
Pendedahan pelajar dalam aktiviti komponen berbentuk sastera lisan seperti pantun
akan melahirkan generasi baru yang sentiasa menghargai karya seni sastera lisan dan
bertulis di Malaysia. Pelajar akan mula mengenali dan seterusnya menunjukkan
kecenderungan untuk aktif dalam bidang seni sastera seperti penulisan cerpen, puisi,
teater, drama dan lakonan. Ini merupakan sebahagian daripada Kecerdasan Pelbagai yang
diterapkan oleh Howard Gardner iaitu Kecerdasan Verbal Linguistik. Segelintir pelajar
11
HBML 3103
akan dapat belajar jika penggunaan teknik pengajaran dan pengajaran lebih terarah
kepada aktiviti pemusatan pelajar, aktiviti berkumpulan, main peranan dan sebagainya.
Ini akan membantu mereka dalam membina kefahaman isi kandungan pelajaran dan
seterusnya memupuk sikap untuk menghargai karya seni orang lain. Selain itu, ia turut
membantu untuk memupuk pelajar dalam bergiat seni dalam aktiviti penulisan kreatif di
masa akan datang.

Kelemahan Aktiviti Berbalas Pantun di Dalam Bilik Darjah

Terdapat juga kelemahan dalam penerapan aktiviti berbalas pantun di dalam bilik darjah
ini sebenarnya. Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah :

Intonasi memainkan peranan dalam aspek berbahasa. Jika dalam aspek fonetik dan
fonologi, sebutan yang betul dan jelas memainkan peranan dalam menentukan betul atau
tidak dalam berbahasa. Ini bermaksud pelajar – pelajar harus menguasai kemahiran
bertutur dengan baik untuk menyampaikan pantun – pantun di dalam bilik darjah.
Contohnya rima pantun yang menerangkan a,b,a,b. Jadi pelajar harus menguasai konsep
penutur pantun yang sebenarnya. Pelajar juga harus meneliti rakaman video yang
ditunjukkan oleh guru. Antara rakaman video mengenai berbalas pantun ialah melalui
rakaman Pesta Pantun Kebangsaan serta rancangan terbitan Astro iaitu Karoot Komedia
X. Walaupun rancangan tersebut berbentuk hiburan, namun unsur – unsur pantun pada
dikir barat yang dikendalikan oleh hos rancangan tersebut dapat memberi gambaran
bagaimana aktiviti berbalas pantun dapat dijalankan.
Selain itu juga, kelemahan yang dapat dikenalpasti dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berasaskan pantun ialah guru terpaksa mendapatkan tajuk pelajaran yang
sesuai untuk diadaptasikan melalui aktiviti berpantun. Ini kerana sebahagian daripada
tajuk yang di dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 6 kadangkala kurang bersesuaian
dengan aktiviti yang berlandaskan kesenian berbahasa. Contohnya dalam aktiviti mereka
dialog perbualan, syarahan, penceritaan dan karangan yang berbentuk format. Ini kerana
pantun hanya sesuai digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk
untuk mengenalpasti maklumat di dalam teks, menceritakan keindahan serta latihan
menulis dan bertutur. Kemahiran berpantun hanya dapat disesuaikan mengikut tema
pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.

12
HBML 3103
Aktiviti berpantun di dalam pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat kesesuaian
kerana memerlukan daya kreativiti yang tinggi dalam membuat perlambangan
(simbolisme). Menurut Profesor Datuk Harun Mat Piah dalam ucapan semasa
pertandingan Festival Pantun Korporat 2007 yang dipetik daripada artikel akkhbar Utusan
Malaysia (2009) , pantun yang sebenar adalah mempunyai perlambangan sebenar dalam
pembayang dan maksud kerana di sana wujudnya unsur sindirian atau kritikan. Ini
membawa maksud bahawa penutur pantun harusnya mengasah daya kreativiti yang tinggi
dalam membina pantun sebenar yang berunsur jenaka dan berbentuk nasihat. Berbalik
kepada persoalan aktiviti tadi, maka aktiviti berbalas pantun harus dapat menjana daya
kreativiti pelajar supaya lebih kreatif dalam merekacipta pantun yang menarik dan
mampu menjadi unsur kritikan. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi harus
menepati kehendak dan tema untuk kemahiran yang akan diterapkan pada sesi pengajaran
dan pembelajaran.

Noriah Bakar (1986) telah mencadangkan beberapa perkara yang harus dilakukan
semasa pengajaran pantun. Cadangan yang dikemukakan ini ialah rumusan hasil
penyelidikan beliau tentang pembelajaran pantun. Beliau menyatakan teknik penerangan
yang berlebihan daripada guru semata-mata tidak lagi menjadi satu teknik yang berkesan
kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pelajaran pantun kerana teknik seperti itu tidak
melibatkan dan menggerakkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dan tidak
mengaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Guru-guru yang
menggunakan teknik ini menggambarkan yang dia kurang berminat membuat persediaan
dan perancangan untuk mengajar. Akibatnya pengendalian pelajaran tidak tersusun dan
kabur, kesannya pelajar tidak dapat mengikuti isi pelajaran dengan baik dan tidak
memupuk terhadap pelajaran pantun. Guru hendaklah menyusun secara teratur untuk
menjalankan aktiviti pantun ini dengan baik kerana segala perkaitan mengenai konsep
atau objektif pelajaran untuk hari itu adalah bergantung kepada keseragaman dan
keselarian perjalanan aktiviti pantun di kalangan pelajar. Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran hendaklah disusun dengan teliti supaya aktiviti yang diterapkan adalah
berkaitan dengan konsep pengajaran dan pembelajaran yang hendak diajar.

13
HBML 3103
5.0 KESIMPULAN

Secara umumnya, aktiviti berbalas pantun merupakan salah satu tradisi masyarakat
Melayu turun temurun yang telah lama bertapak di Malaysia dan diperkembangkan
dengan adanya program – program berpantun mengikut kesesuaian acara. Ini sekaligus
akan mengekalkan karya lisan pantun di kalangan masyarakat.

Sebagai guru, kita harus menerapkan kaedah berpantun dengan betul di dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian. Bukan sahaja pelajar – pelajar yang akan
beroleh manfaat tetapi meneruskan dan menghayati kesinambungan kesusasteraan
Melayu yang lama di dalam generasi baru. Pemilihan aktiviti juga harus berkaitan dengan
aktiviti berpantun untuk memastikan kelancara aktiviti berpantun di dalam kelas.

( 2,686 patah perkataan )

14
HBML 3103
APPENDIKS
REFERENSI

Howard Gardner (1983), Frames of Mind : The Theory of Multiple Intelligence.
Kamus Dewan (2006), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun
Enam, Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2003 ), Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu
Tingkatan Empat, terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Koh Boh Boon (1989) dalam bukunya Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Noriah Bakar ( 1986 ) dipetik daripada
Sharifah Maimunah Syed Zin (2000). “Menikmati dan Mengapresiasikan Sastera”. Dewan
Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Sumber pantun dipetik daripada laman web http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main
Utusan Malaysia (2009), Ucapan Ketua Panel Hakim Profesor Datuk Harun Mat Piah
semasa

pertandingan

Festival

Pantun

Korporat

http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main

15

2007

yang

dipetik

daripada

More Related Content

What's hot

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnSALWANIERAZLI
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumVince Here
 
Teori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatTeori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatWan Farid Nazrin
 
Pemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alPemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alAs Nuurien Najma
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFatimah Al-Dayana
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikancik noorlyda
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabHaniah Ali
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...Cho Shirley
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatifcg.Teha Amran
 
Hbml3103 pengajaran komsas dalam bm c dec19 (1)
Hbml3103 pengajaran komsas dalam bm c dec19 (1)Hbml3103 pengajaran komsas dalam bm c dec19 (1)
Hbml3103 pengajaran komsas dalam bm c dec19 (1)malar vili
 
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&pimplikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&pcik noorlyda
 
Jadual spesifikasi ujian
Jadual spesifikasi ujianJadual spesifikasi ujian
Jadual spesifikasi ujianMohamad Yusra
 
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendirifaktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri@f!Q@H @F!N@
 

What's hot (20)

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & DunnGaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
Gaya Pembelajaran Model Dunn & Dunn
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
 
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulumBab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
Bab 9 Pembentukan dan pelaksanaan kurikulum
 
Teori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan MaklumatTeori Pemprosesan Maklumat
Teori Pemprosesan Maklumat
 
Pemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut alPemikiran pendidikan menurut al
Pemikiran pendidikan menurut al
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 
Falsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan PerenialismeFalsafah Pendidikan Perenialisme
Falsafah Pendidikan Perenialisme
 
Stratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikanStratifikasi dlm pendidikan
Stratifikasi dlm pendidikan
 
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arabTopik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
Topik 3 kaedah dan teknik pengajaran bahasa arab
 
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
kepentingan dan implikasi teori-teori pembelajaran dalam meningkatkan keberke...
 
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan KomunikatifPendekatan Eklektik dan Komunikatif
Pendekatan Eklektik dan Komunikatif
 
Falsafah Pendidikan
Falsafah PendidikanFalsafah Pendidikan
Falsafah Pendidikan
 
Model taba
Model tabaModel taba
Model taba
 
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
Hbml3103 pengajaran komsas dalam bm c dec19 (1)
Hbml3103 pengajaran komsas dalam bm c dec19 (1)Hbml3103 pengajaran komsas dalam bm c dec19 (1)
Hbml3103 pengajaran komsas dalam bm c dec19 (1)
 
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&pimplikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
implikasi kepelbagaian latar belakang pelajar terhadap p&p
 
Jadual spesifikasi ujian
Jadual spesifikasi ujianJadual spesifikasi ujian
Jadual spesifikasi ujian
 
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendirifaktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
faktor-faktor mempengaruhi Personaliti dan kendiri
 

Viewers also liked

rancangan pengajaran harian bahasa melayu
rancangan pengajaran harian bahasa melayurancangan pengajaran harian bahasa melayu
rancangan pengajaran harian bahasa melayuhaslinda041770
 
Rancangan Peljaran BM Tingkatan 4
Rancangan Peljaran BM Tingkatan 4Rancangan Peljaran BM Tingkatan 4
Rancangan Peljaran BM Tingkatan 4Rahim Affandi
 
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANArra Asri
 
Bmm3106 pengayan dan pemulihan
Bmm3106 pengayan dan pemulihanBmm3106 pengayan dan pemulihan
Bmm3106 pengayan dan pemulihanZainol Muda
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 5
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 5Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 5
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 5Famieza Eza
 
Rph-bahasa-melayu-tahun-4
 Rph-bahasa-melayu-tahun-4 Rph-bahasa-melayu-tahun-4
Rph-bahasa-melayu-tahun-4zalkin
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4Nor Hasnizah Abd Razak
 
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaTeknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaKementerian Pelajaran Malaysia
 
Rph abad ke 21
Rph abad ke 21Rph abad ke 21
Rph abad ke 21Lili Yanty
 
CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)
CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)
CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)Lia Osman
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2She Dah
 
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)Lia Osman
 
RPH KSSR BM (kemahiran menulis)
RPH KSSR BM (kemahiran menulis)RPH KSSR BM (kemahiran menulis)
RPH KSSR BM (kemahiran menulis)Suhaida Anior
 
RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)Suhaida Anior
 

Viewers also liked (20)

rancangan pengajaran harian bahasa melayu
rancangan pengajaran harian bahasa melayurancangan pengajaran harian bahasa melayu
rancangan pengajaran harian bahasa melayu
 
Rancangan Peljaran BM Tingkatan 4
Rancangan Peljaran BM Tingkatan 4Rancangan Peljaran BM Tingkatan 4
Rancangan Peljaran BM Tingkatan 4
 
Rph bm karangan
Rph bm karanganRph bm karangan
Rph bm karangan
 
Contoh rph tahun 4 seni bahasa sk
Contoh rph tahun 4 seni bahasa skContoh rph tahun 4 seni bahasa sk
Contoh rph tahun 4 seni bahasa sk
 
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIANCONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
 
Bmm3106 pengayan dan pemulihan
Bmm3106 pengayan dan pemulihanBmm3106 pengayan dan pemulihan
Bmm3106 pengayan dan pemulihan
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 5
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 5Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 5
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 5
 
Rph 1
Rph 1Rph 1
Rph 1
 
Rph-bahasa-melayu-tahun-4
 Rph-bahasa-melayu-tahun-4 Rph-bahasa-melayu-tahun-4
Rph-bahasa-melayu-tahun-4
 
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4
Rancangan pengajaran harian bahasa melayu tahun 4
 
Lesson plan abad 21
Lesson plan abad 21Lesson plan abad 21
Lesson plan abad 21
 
contoh rph
contoh rphcontoh rph
contoh rph
 
Bahasa malaysia kssr sk thn 4
Bahasa malaysia kssr sk thn 4Bahasa malaysia kssr sk thn 4
Bahasa malaysia kssr sk thn 4
 
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan TatabahasaTeknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
Teknik Menjawab Kesalahan Istilah, kata dan Tatabahasa
 
Rph abad ke 21
Rph abad ke 21Rph abad ke 21
Rph abad ke 21
 
CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)
CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)
CADANGAN RPH BM KSSR TAHUN 5 MINGGU 11 (PRAKTIKUM)
 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 2
 
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)
Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)
 
RPH KSSR BM (kemahiran menulis)
RPH KSSR BM (kemahiran menulis)RPH KSSR BM (kemahiran menulis)
RPH KSSR BM (kemahiran menulis)
 
RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)RPH KSSR BM (tatabahasa)
RPH KSSR BM (tatabahasa)
 

Similar to Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013

Bm pendekatan
Bm pendekatanBm pendekatan
Bm pendekatanatthea
 
Azman hj amin tugasan fonetik & fonologi
Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologiAzman hj amin   tugasan fonetik & fonologi
Azman hj amin tugasan fonetik & fonologiNorafsah Awang Kati
 
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuPersamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuMohd Rasdi
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuSiew Hong Ting
 
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuBuku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuSyed Shafiq Syed Zaini
 
Gema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semaiGema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semaiMohd Rasdi
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistikNoryatimah Ismail
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012johari7755
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi640119045499
 
Rancangan pengajaran harian m7
Rancangan pengajaran harian m7Rancangan pengajaran harian m7
Rancangan pengajaran harian m7NAS90
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)Hendon Ramlan
 
Assgment membaca
Assgment membacaAssgment membaca
Assgment membacaNur Zetty
 
Assgment membaca
Assgment membacaAssgment membaca
Assgment membacaNur Zetty
 
Assgment membaca
Assgment membacaAssgment membaca
Assgment membacaNur Zetty
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanzulyanei
 

Similar to Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013 (20)

Pendekatan 1
Pendekatan 1Pendekatan 1
Pendekatan 1
 
Bm pendekatan
Bm pendekatanBm pendekatan
Bm pendekatan
 
Azman hj amin tugasan fonetik & fonologi
Azman hj amin   tugasan fonetik & fonologiAzman hj amin   tugasan fonetik & fonologi
Azman hj amin tugasan fonetik & fonologi
 
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayuPersamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
Persamaan peribahasa semai dan peribahasa melayu
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
 
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayuBuku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
Buku penelitian bahasa_dan_budaya_melayu
 
Gema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semaiGema ukm bahasa semai
Gema ukm bahasa semai
 
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012Bahasa melayu tugasan 1 2012
Bahasa melayu tugasan 1 2012
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
 
Rancangan pengajaran harian m7
Rancangan pengajaran harian m7Rancangan pengajaran harian m7
Rancangan pengajaran harian m7
 
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)08 isi kandungan bmm 3112 (2)
08 isi kandungan bmm 3112 (2)
 
Assgment membaca
Assgment membacaAssgment membaca
Assgment membaca
 
Assgment membaca
Assgment membacaAssgment membaca
Assgment membaca
 
Assgment membaca
Assgment membacaAssgment membaca
Assgment membaca
 
Journal article kualitative
Journal article kualitativeJournal article kualitative
Journal article kualitative
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
 
Kaedah abjad
Kaedah abjadKaedah abjad
Kaedah abjad
 
Ke Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa MelayuKe Arah Bahasa Melayu
Ke Arah Bahasa Melayu
 

Hbml 3103 pengajaran komsas dalam bahasa melayu september 2013

  • 1. HBML 3103 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEPTEMBER 2013 HBML 3103 PENGAJARAN KOMSAS DALAM BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : 821227136059001 NO. KAD PENGENALAN : 821227136059 NO. TELEFON : 014 - 8799534 E-MEL : mohdnuruzzaman@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : MIRI LEARNING CENTRE, MIRI, SARAWAK 1
  • 2. HBML 3103 ISI KANDUNGAN BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1 PENGENALAN 3 2 DEFINISI PANTUN DAN CIRI – CIRI PANTUN 5 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA 3 MALAYSIA BERTERASKAN AKTIVITI BERBALAS 8 PANTUN 4 HURAIAN MENGENAI KEKUATAN DAN KELEMAHAN BERBALAS PANTUN DALAM AKTIVITI 10 5 KESIMPULAN 14 6 APENDIX 15 2
  • 3. HBML 3103 1.0 PENGENALAN Bahasa Melayu mempunyai taraf yang tertinggi di kalangan bahasa di Malaysia. Menurut Perlembagaan Malaysia Perkara 153, Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia dan harus digunakan secara meluas dalam semua aspek seperti pendidikan, urusan rasmi kerajaan, pertuturan dan sebagainya. Dengan adanya program seperti “Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris” atau MBMMBI maka lebih jelas bahawa Bahasa Malaysia memainkan peranan penting dalam semua aspek pendidikan pada masa sekarang. Bahasa Melayu terbahagi kepada beberapa aspek. Salah satu aspek yang menjadi cabang dalam penggunaan bahasa Melayu ialah pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu. Kesusasteraan Melayu adalah salah satu ilmu bahasa yang tertua di Malaysia. Kesusasteraan Melayu diajar secara langsung kepada pelajar – pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan 5 dan seterusnya Tingkatan Enam. Mengikut Kamus Dewan (2006), “sastera” ditakrifkan sebagai bahasa yang digunakan di dalam kitab – kitab. Ini kerana pada zaman dahulu, kebanyakan sastera klasik adalah digunakan dalam agama Hindu di mana penuturnya di dalam bahasa Sanskrit. Manakala takrifan “kesusasteraan” pula ialah hasil seni (karya tulisan) dalam bentuk prosa dan puisi yang mempunyai ciri – ciri keistimewaan tertentu. Ini juga mengungkapkan bahawa sastera Melayu merupakan salah satu cabang dalam seni iaitu seni dalam berbahasa. Kesuasteraan Melayu memainkan peranan penting di dalam aspek pendidikan sekarang. Menurut Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan Empat terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang dapat menghayati, menghargai, mencintai, dan memupuk semangat cintakan negara melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan. Ia merangkumi satu apresiasi mengenai keunikan bahasa di Malaysia. Kebiasaan ia dilakukan berdasarkan berdasarkan kajian – kajian teks menerusi penulis – penulis yang tersohor di Malaysia menerusi pelbagai aspek seperti tema, persoalan, gaya bahasa, plot dan pelbagai lagi aspek berbahasa. Dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu, terdapat beberapa aspek yang perlu dinilai kepada pelajar iaitu : i. Prosa dan puisi tradisional; ii. Cerpen dan novel; iii. Kritikan Sastera 3
  • 4. HBML 3103 Manakala dalam pelajar sekolah rendah, ia cuma diterapkan secara tidak langsung dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara yang dapat dilihat dengan jelas melalui kesusasteraan Melayu untuk sekolah rendah pada penerangan mengenai penghasilan puisi, karya pendek dan takrifan mengenai peribahasa dan simpulan bahasa. Ini dapat dilihat dengan jelas pada Kertas Soalan UPSR Bahasa Malaysia Pemahaman di mana terdapat soalan yang meminta pelajar menerangkan maksud simpulan bahasa dan peribahasa. Selain itu, pada Kertas Soalan UPSR Bahasa Malaysia Penulisan terdapat satu pilihan soalan di mana pelajar dikehendaki memilih untuk menjawab soalan bertulis dengan karangan atau esei pendek pada Bahagian B. Ini menunjukkan penghasilan karya kreatif telah mula dipupuk dan dinilai daripada sekolah rendah. Dalam sukatan pelajaran sekolah rendah, pelajar telah didedahkan dengan pelbagai gaya dan genre sastera. Antaranya ialah syair, pantun, prosa klasik dan sebagainya. Tetapi aspek yang amat menarik perhatian ialah aspek berpantun kerana dapat kaedahnya yang menyeronokkan. 4
  • 5. HBML 3103 2.0 DEFINISI PANTUN DAN CIRI – CIRI PANTUN Menurut sumber laman web iaitu www.dbp.com.my, Za’aba dalam bukunya iaitu Ilmu Mengarang Melayu menyatakan pantun adalah adalah asalnya daripada Minangkabau yang dikenali sebagai panuntun. Ia membawa maksud pembimbing atau penasihat yang menerangkan sastera lisan dalam pepatah petitih yang diamalkan dalam pantun. Dalam sastera pantun, pelbagai jenis pantun yang diamalkan dalam aktiviti berbalas pantun seperti pantun dua kerat, empat kerat, lapan kerat, duabelas kerat dan enam belas kerat. Tetapi pantun yang popular di kalangan masyarakat ialah pantun 2 kerat dan pantun 4 kerat. Antara contoh pantun 2 kerat dan 4 kerat adalah seperti di bawah : PANTUN 2 KERAT Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. PANTUN 4 KERAT Dua tiga kucing berlari, Manakan sama si kucing belang, Dua tiga dapat ku cari, Manakan sama si cik adik sorang Terdapat beberapa intipati penting dalam pengunaan pantun Melayu. Antaranya intipati yang disebut ialah : a) Pembayang atau sampiran b) Maksud atau isi c) Perkataan d) Suku kata e) Rima atau bunyi 5
  • 6. HBML 3103 Pembayang atau sampiran Pembayang terletak pada bahagian setengah pertama setiap rangkap pantun. Pembayang memainkan peranan untuk memberi persamaan bunyi/rima kepada maksud. Pembayang pada baris pertama hendaklah ada hubung kait dengan pembayang pada baris berikutnya dalam setiap rangkap pantun. Maksud atau isi Maksud atau isi terdapat dalam setengah bahagian kedua dalam setiap rangkap pantun. Pada bahagian inilah tersurat dan tersiratnya apa yang hendak disampaikan dalam pantun tersebut(tema). Perkataan Pantun biasanya mengandungi empat atau tiga patah perkataan pada tiap-tiap baris. Pantun yang baik memaparkan bilangan perkataan pada tiap-tiap baris yang sama bilangannya. Suku kata Tiap-tiap patah perkataan terdiri daripada tiga atau empat suku kata. Dalam tiap-tiap baris pula hendaklah mengandungi antara lapan hingga dua belas suku kata. Pantun yang baik mengandungi jumlah suku kata yang sama banyak. Rima atau bunyi Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun. Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun. Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a. CIRI-CIRI PANTUN YANG BAIK Pantun yang baik ialah pantun empat kerat yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Pertama sekali ia mengandungi 4 kerat/baris ayat di dalam pantun. Jumlah perkataan dalam sebaris pantun antara 4-5 patah perkataan, tidaklah terlalu panjang untuk dihafal dan dibalas kepada penutur lain. Manakala jumlah suku kata sebaris antara 8-12 suku kata yang mempunyai perkaitan antara pembayang (2 baris di atas) dan maksud (2 baris di bawah) Untuk aspek bunyi, rima akhir seuntai pantun itu mestilah sama- a,b,a,b .Bahasa yang digunakan seharusnya lebih halus, penuh kiasan dan sindiran serta banyak menggunakan unsur alam. Maksud isi di dalam pantun juga sarat dengan pengajaran, moral dan falsafah hidup serta sarat dengan ciri-ciri tradisional. Penggunaan rangkap, ada pembayang dan 6
  • 7. HBML 3103 maksud, mempunyai nilai hidup masyarakat yang menggambarkan perspektif masyarakat yang melahir dan menggunakannya. FUNGSI PANTUN Antara fungsi – fungsi pantun di dalam Kesusasteraan Melayu ialah :  Memberi nasihat sosialisasi dan pendidikan  Sindiran atau tempelak  Melepaskan rindu dan kasih sayang  Menyatakan penghargaan/terima kasih  Berteka-teki atau mencabar ketangkasan fikiran  Hiburan atau jenaka Pantun senantiasa digunakan secara meluas pada aktiviti dan program tertentu seperti “  Majlis pertunangan dan perkahwinan  Teks pengacara/juruacara dan ucapan dalam majlis rasmi  Pertandingan berbalas pantun  Alunan lagu rakyat - Lagu Kanak-kanak - Lagu-lagu Asli - Dikir Barat dan Lain-lain: 7
  • 8. HBML 3103 3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KOMSAS BAHASA MELAYU TAHUN ENAM Matapelajaran : Bahasa Malaysia Kelas : Tahun 6 Masa : 10.00 – 11.00 pagi Kehadiran murid : 14 orang Tajuk : Teks Prosa dan Puisi Kemahiran : Membaca Hasil Pembelajaran : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 2 i. Membaca bahan sastera dengan sebutan dan intonasi yang betul. ii. Menyatakan maklumat penting dalam bahan yang dibaca. Objektif Pembelajaran : Selepas pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat : 1. Membaca dengan kuat prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi dengan betul 2. Mengenalpasti maklumat penting di dalam bahan bacaan dan kemudian menterjemahkan di dalam bentuk puisi yang berbentuk aktiviti berbalas pantun; 3. Memupuk sikap menghargai seni prosa dan puisi melalui aktiviti berpantun Nilai Murni : Bekerjasama, menghayati nilai estetika, bersikap jujur. Strategi : Sumbangsaran, main peranan ABM : Suratkhabar, kertas A4, Kertas tajuk AKTIVITI / MASA Set Induksi 5 minit Langkah 1 ( 15 minit ) AKTIVITI PENGAJARAN DAN CATATAN / BBM PEMBELAJARAN 1. Pelajar ditunjukkan dengan keratan ABM : video mengenai acara “Pidato” 2. Pelajar ditanyakan dengan beberapa 1. Komputer riba soalan mengenai Pidato. 2. LCD 3. Guru memperkenalkan Tajuk iaitu Membaca Teks dan Puisi 1. Pelajar diminta untuk membentuk ABM : kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Pelajar di dalam kumpulan diedarkan 1. Suratkhabar dengan artikel daripada suratkhabar 2. Kertas A4 8
  • 9. HBML 3103 3. Langkah 2 ( 20 minit ) 1. 2. 3. 4. Langkah 3 ( 15 minit ) 1. 2. 3. Penutup ( 5 Minit ) 1. 2. 3. yang boleh menarik audien luar. 3. Gunting Pelajar menyalin maklumat penting dari 4. dalam artikel akhbar dan meringkaskan di dalam kertas A4. Pelajar mengumpul semula maklumat – ABM : maklumat di dalam satu kertas. Pelajar ditunjukkan salah satu keratan 1. Komputer riba video berbalas pantun yang ditunjukkan 2. Kertas A4 pada computer riba. Pelajar dikehendaki menggunakan maklumat yang dikumpulkan untuk membentuk satu pantun mengenai artikel tersebut. Pelajar menerangkan pantun tersebut mengikut intonasi dan sebutan suara yang betul. Pelajar diberikan satu tajuk mengenai ABM : Bahasa Melayu Pelajar dikehendaki merekabentuk 1. Lembaran tajuk pantun yang menjelaskan mengenai tajuk tersebut. Kumpulan lain dikehendaki menjawab pantun tersebut secara bergilir – gilir. Pelajar membuat kesimpulan mengenai aktiviti tadi. Pelajar menjelaskan kemahiran berpantun dalam intonasi yang betul Latihan / pengukuhan kepada pelajar. Refleksi : 1. Kekuatan 2. Kelemahan 3. Cadangan mengatasi 9
  • 10. HBML 3103 4.0 HURAIAN MENGENAI AKTIVITI BERBALAS PANTUN PADA PENGAJARAN HARIAN Kekuatan Aktiviti Berbalas Pantun dalam Pengajaran dan Pembelajaran Jika merujuk daripada aktiviti berbalas pantun seperti dalam Rancangan Pengajaran Harian yang dilampirkan, aktiviti berbalas pantun dalam bilik darjah dapat menimbulkan keseronokan semasa berada di dalam kumpulan sambil menerapkan aktiviti yang berbentuk daya usaha dan kecenderungan minat. Ini sekaligus akan menimbulkan minat yang mendalam di kalangan pelajar mengenai Bahasa Malaysia terutama pada tahap 2. Penggunaan aktiviti berpantun di dalam pengajaran dan pembelajaran jelas sekali akan membantu mereka dalam memahami isi kandungan pelajaran dan objektif pelajaran dapat disampaikan dengan mudah. Selain itu, pantun merupakan salah satu puisi tradisional yang masih wujud di zaman moden ini. Menurut sumber laman web www.dbp.com.my, puisi pantun yang asalnya dari Minangkabau masih mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia di mana rata – rata penutur pantun masih mengamalkan pantun sebagai pembuka bicara semasa majlis rasmi, majlis pertunangan atau persandingan dan berbentuk pertandingan berbalas pantun. Pantun ini merupakan salah satu puisi tradisional yang masih diamalkan dan diadaptasikan mengikut zaman dan kesesuaian dan satu – satu puisi tradisional yang mudah untuk diterapkan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jadi adalah lebih baik supaya puisi tradisional ini dapat diterapkan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti Bahasa Malaysia supaya kesinambungan karya sastera prosa tradisional ini dapat diteruskan dan diperturunkan hingga ke generasi seterusnya. Sesi berbalas pantun juga dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menulis. Menurut Sharifah Maimunah Syed Zin (2000). “Menikmati dan Mengapresiasikan Sastera”. Dewan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerangkan bahawa : Pendedahan komponen sastera membolehkan pelajar menikmati dan mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas, mengenali penulis dan sejarah perkembangan tanah air, berdasarkan karya yang dibaca serta mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar dari segi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. 10
  • 11. HBML 3103 Beliau menyatakan bahawa penerapan karya sastera tradisional dapat meningkatkan kemahiran bertutur dengan baik, sekaligus meningkatkan daya menulis dan membaca di kalangan pelajar. Ini kerana di dalam aspek pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, kemahiran bertutur, menulis dan membaca amat dititikberat dalam penguasaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Di samping itu, pencapaian pelajar dalam Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasa Bahasa Inggeris turut menekankan aspek penguasaan bahasa Malaysia di kalangan pelajar. Melalui penerapan nilai sastera seperti pantun ini dapat mempertingkatkan penguasaan berbahasa Malaysia di kalangan pelajar untuk generasi masa hadapan. Koh Boh Boon (1989) dalam bukunya Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Penggunaan bahan sastera dalam pendidikan Bahasa Melayu dapat, antara lain menanam penghayatan terhadap keindahan Bahasa Melayu, memperkaya perbendaharaan kata dan mengasah kemahiran murid untuk mengarang dengan baik. Perbendaharaan kata di dalam sesi mencipta dan berbalas pantun juga akan meningkatkan pemahaman dan seterusnya memberi ruang pelajar dalam menguasai kosa kata dan tatabahasa dengan baik. Dalam aspek berbahasa Melayu, penguasaan dalam membina ayat untuk dijadikan satu karangan yang berkualiti turut akan diuji sepenuhnya di dalam peperiksaan umum khususnya di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan sebagainya. Penguasaan perbendaharaan kata melalui sumber rujukan daripada artikel – artikel suratkhabar, majalah, jurnal seperti di dalam rancangan pelajaran harian mampu mengetengahkan pelajar di dalam mengenal perbendaharaan kata dalam Bahasa Malaysia. Ia akan diaplikasi secara tidak langsung dalam aktiviti berbalas pantun dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam Bahasa Malaysia. Pendedahan pelajar dalam aktiviti komponen berbentuk sastera lisan seperti pantun akan melahirkan generasi baru yang sentiasa menghargai karya seni sastera lisan dan bertulis di Malaysia. Pelajar akan mula mengenali dan seterusnya menunjukkan kecenderungan untuk aktif dalam bidang seni sastera seperti penulisan cerpen, puisi, teater, drama dan lakonan. Ini merupakan sebahagian daripada Kecerdasan Pelbagai yang diterapkan oleh Howard Gardner iaitu Kecerdasan Verbal Linguistik. Segelintir pelajar 11
  • 12. HBML 3103 akan dapat belajar jika penggunaan teknik pengajaran dan pengajaran lebih terarah kepada aktiviti pemusatan pelajar, aktiviti berkumpulan, main peranan dan sebagainya. Ini akan membantu mereka dalam membina kefahaman isi kandungan pelajaran dan seterusnya memupuk sikap untuk menghargai karya seni orang lain. Selain itu, ia turut membantu untuk memupuk pelajar dalam bergiat seni dalam aktiviti penulisan kreatif di masa akan datang. Kelemahan Aktiviti Berbalas Pantun di Dalam Bilik Darjah Terdapat juga kelemahan dalam penerapan aktiviti berbalas pantun di dalam bilik darjah ini sebenarnya. Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah : Intonasi memainkan peranan dalam aspek berbahasa. Jika dalam aspek fonetik dan fonologi, sebutan yang betul dan jelas memainkan peranan dalam menentukan betul atau tidak dalam berbahasa. Ini bermaksud pelajar – pelajar harus menguasai kemahiran bertutur dengan baik untuk menyampaikan pantun – pantun di dalam bilik darjah. Contohnya rima pantun yang menerangkan a,b,a,b. Jadi pelajar harus menguasai konsep penutur pantun yang sebenarnya. Pelajar juga harus meneliti rakaman video yang ditunjukkan oleh guru. Antara rakaman video mengenai berbalas pantun ialah melalui rakaman Pesta Pantun Kebangsaan serta rancangan terbitan Astro iaitu Karoot Komedia X. Walaupun rancangan tersebut berbentuk hiburan, namun unsur – unsur pantun pada dikir barat yang dikendalikan oleh hos rancangan tersebut dapat memberi gambaran bagaimana aktiviti berbalas pantun dapat dijalankan. Selain itu juga, kelemahan yang dapat dikenalpasti dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan pantun ialah guru terpaksa mendapatkan tajuk pelajaran yang sesuai untuk diadaptasikan melalui aktiviti berpantun. Ini kerana sebahagian daripada tajuk yang di dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 6 kadangkala kurang bersesuaian dengan aktiviti yang berlandaskan kesenian berbahasa. Contohnya dalam aktiviti mereka dialog perbualan, syarahan, penceritaan dan karangan yang berbentuk format. Ini kerana pantun hanya sesuai digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk untuk mengenalpasti maklumat di dalam teks, menceritakan keindahan serta latihan menulis dan bertutur. Kemahiran berpantun hanya dapat disesuaikan mengikut tema pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. 12
  • 13. HBML 3103 Aktiviti berpantun di dalam pengajaran dan pembelajaran juga tidak dapat kesesuaian kerana memerlukan daya kreativiti yang tinggi dalam membuat perlambangan (simbolisme). Menurut Profesor Datuk Harun Mat Piah dalam ucapan semasa pertandingan Festival Pantun Korporat 2007 yang dipetik daripada artikel akkhbar Utusan Malaysia (2009) , pantun yang sebenar adalah mempunyai perlambangan sebenar dalam pembayang dan maksud kerana di sana wujudnya unsur sindirian atau kritikan. Ini membawa maksud bahawa penutur pantun harusnya mengasah daya kreativiti yang tinggi dalam membina pantun sebenar yang berunsur jenaka dan berbentuk nasihat. Berbalik kepada persoalan aktiviti tadi, maka aktiviti berbalas pantun harus dapat menjana daya kreativiti pelajar supaya lebih kreatif dalam merekacipta pantun yang menarik dan mampu menjadi unsur kritikan. Aktiviti ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi harus menepati kehendak dan tema untuk kemahiran yang akan diterapkan pada sesi pengajaran dan pembelajaran. Noriah Bakar (1986) telah mencadangkan beberapa perkara yang harus dilakukan semasa pengajaran pantun. Cadangan yang dikemukakan ini ialah rumusan hasil penyelidikan beliau tentang pembelajaran pantun. Beliau menyatakan teknik penerangan yang berlebihan daripada guru semata-mata tidak lagi menjadi satu teknik yang berkesan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pelajaran pantun kerana teknik seperti itu tidak melibatkan dan menggerakkan penglibatan pelajar secara menyeluruh dan tidak mengaitkan isi pelajaran dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Guru-guru yang menggunakan teknik ini menggambarkan yang dia kurang berminat membuat persediaan dan perancangan untuk mengajar. Akibatnya pengendalian pelajaran tidak tersusun dan kabur, kesannya pelajar tidak dapat mengikuti isi pelajaran dengan baik dan tidak memupuk terhadap pelajaran pantun. Guru hendaklah menyusun secara teratur untuk menjalankan aktiviti pantun ini dengan baik kerana segala perkaitan mengenai konsep atau objektif pelajaran untuk hari itu adalah bergantung kepada keseragaman dan keselarian perjalanan aktiviti pantun di kalangan pelajar. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah disusun dengan teliti supaya aktiviti yang diterapkan adalah berkaitan dengan konsep pengajaran dan pembelajaran yang hendak diajar. 13
  • 14. HBML 3103 5.0 KESIMPULAN Secara umumnya, aktiviti berbalas pantun merupakan salah satu tradisi masyarakat Melayu turun temurun yang telah lama bertapak di Malaysia dan diperkembangkan dengan adanya program – program berpantun mengikut kesesuaian acara. Ini sekaligus akan mengekalkan karya lisan pantun di kalangan masyarakat. Sebagai guru, kita harus menerapkan kaedah berpantun dengan betul di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian. Bukan sahaja pelajar – pelajar yang akan beroleh manfaat tetapi meneruskan dan menghayati kesinambungan kesusasteraan Melayu yang lama di dalam generasi baru. Pemilihan aktiviti juga harus berkaitan dengan aktiviti berpantun untuk memastikan kelancara aktiviti berpantun di dalam kelas. ( 2,686 patah perkataan ) 14
  • 15. HBML 3103 APPENDIKS REFERENSI Howard Gardner (1983), Frames of Mind : The Theory of Multiple Intelligence. Kamus Dewan (2006), Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia (2003), Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tahun Enam, Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2003 ), Sukatan Pelajaran Kesusasteraan Melayu Tingkatan Empat, terbitan Bahagian Pembangunan Kurikulum. Koh Boh Boon (1989) dalam bukunya Perspektif-Perspektif Dalam Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Noriah Bakar ( 1986 ) dipetik daripada Sharifah Maimunah Syed Zin (2000). “Menikmati dan Mengapresiasikan Sastera”. Dewan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Sumber pantun dipetik daripada laman web http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main Utusan Malaysia (2009), Ucapan Ketua Panel Hakim Profesor Datuk Harun Mat Piah semasa pertandingan Festival Pantun Korporat http://www.dbp.gov.my/lamandbp/main 15 2007 yang dipetik daripada