Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi

3,908 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
3,908
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
101
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi

  1. 1. Tugasan BML 3043. Fonetik dan FonologiBML3043:FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYUT U G A S A N; Kriteria Tugasan:i) KERJA KURSUS - 45%ii) FORUM - 15%Tempoh tugasan - 9 minggu (mula 25/02/13 – 29/04/13)Tarikh akhir tugasan - 05/05/13TUGASAN 1 (KERJA KURSUS) – 45%Tugasan kerja kursus ini mengandungi tiga soalan, iaitu:(i) Apakah yang dimaksudkan dengan fonetik dan fonologi bahasa Melayu?- Jawapan anda harus mencakupi beberapa definisi mengenai fonetik dan fonologi yang diberikanoleh tokoh-tokoh bahasa seperti Harimurti Kridalaksana, Abdul Hamid Mahmood, Abdullah Hassan, NorHashimah Jalaluddin, Indirawati, K. L. Pike, David Crystal dan Gleason.- Anda juga harus membincangkan jenis-jenis fonetik seperti (i) fonetik artikulasi, (ii) fonetikakustik dan (iii) fonetik auditori.- Anda perlu sertakan contoh-contoh yang sesuai untuk mengukuhkan jawapan anda.- Jawapan anda juga harus menyentuh matlamat akhir ilmu fonetik dan fonologi, khususnyabahasa Melayu.(ii) Huraikan bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu.- Anda perlu membincangkan maksud bunyi vokal. Dengan memberikan (i) vokal depan, (ii) vokalbelakang dan (iii) vokal tengah, anda perlu sertakan contoh-contoh bunyi tersebut dalam bahasaMelayu.- Sila lukis gambar rajah bagaimana proses bunyi-bunyi vokal tersebut dihasilkan.- Anda juga perlu menghuraikan bunyi-bunyi konsonan bahasa Melayu. Lukiskan gambar rajahbagaimana proses bunyi konsonan tersebut dihasilkan. Sertakan contoh-contoh bunyi dalam perkataanbahasa Melayu.
  2. 2. (iii) Bincangkan sistem ejaan Rumi Bahasa Melayu.- Bagi soalan ini, Jawapan anda perlu menjelaskan hal tentang ejaan bersama Malaysia-Indonesiayang telah dipersetujui bersama pada tahun 1972. Bincangkan juga huruf fonem yang digunakan dalamejaan bersama tersebut.- Anda juga perlu membincangkan hal tentang Keselarasan Vokal dan sertakan contoh-contohnyasekali.- Anda perlu memasukkan aspek cara-cara mengeja perkataan pinjaman daripada bahasaInggeris, bahasa Jawa dan lain-lain, dan sertakan contohnya sekali.PERHATIAN:Bagi membantu anda menjawab tiga jenis soalan yang dicantumkan dalam kerja kursus ini, andadinasihatkan merujuk dan meneliti buku-buku berikut:1. Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu (2007) oleh Abdul Hamid Mahmood dan NurFarah Lo Abdullah.- Jawapan bagi soalan (a) dan (b).2. Menguasai Bahasa Melayu Tinggi (2007) oleh Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood.- Jawapan bagi soalan (c).3. Bahan rujukan lain yang berkaitan bagi memantapkan pengetahuan anda dalam ilmu fonetikdan fonologi bahasa Melayu. Anda boleh hubungi 019 - 3870 383 (Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood)Format Penulisan (kerja kursus)1. Kulit hadapan :- tajuk, nama, no. matrik, nama kumpulan (wajib), semester, dan program
  3. 3. 2. Format :a) Bil. halaman : mengikut keperluan (antara 20-30 halaman)b) Jenis tulisan : Arialc) Saiz tulisan : 11ptd) Langkau 1.15, santak kiri dan kanan (justify)3. Kerja kursus (penulisan) anda perlu mengandungi:a) Kandunganb) Pengenalanc) Perbincangan: aspek yang dibincangkan dengan contoh yang sesuai, gambar rajah secara grafik/peta minda (mengikut kreativiti, keperluan dan kesesuaian)d) Kesimpulane) Bibliografi (sekurang-kurangnya lima daripada pelbagai sumber rujukan)4. Penulisan petikan mengikut sistem APA @ Gaya Dewan dan harus konsistenBentuk serahan tugasan (kerja kursus)i) Hantar dalam bentuk soft copy melalui sistem elektronik (MyGuru3) di tapak yang disediakanseperti yang telah ditetapkan oleh PPL.ii) Hantar salinan bercetak (hard copy) ke alamat tutor E-learning/ pensyarah E-learning masing-masing.Pemarkahan (kerja kursus)a) Isi : 30 markahb) Bahasa : 20 markahc) Persembahan : 10 markahd) Format : 10 markahe) Grafik & kreativiti : 10 markahf) Bibliografi : 10 markahg) Teknik petikan : 10 markahJumlah : 100 markahPemberatan : 45%
  4. 4. (i) Apakah yang dimaksudkan dengan fonetik dan fonologi bahasa Melayu? (ii) Huraikan bunyi vokal dan konsonan bahasa Melayu. (iii) Bincangkan sistem ejaan Rumi Bahasa MelayuSistem Bunyi Bahasa Melayu Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri dan untuk menguasaikemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik dan berkesan, seseorangpengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya. Kajian bunyi lazimnya terbahagi kepada dua bidang, iaitu fonetik danfonologi.Fonetik mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan dan pendengaran atausifatnya. Fonologi pula mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.ALAT PERTUTURAN DAN FUNGSINYA1. Bibir atas 11. Tengah lidah2. Bibir bawah 12. Belakang lidah3. Gigi atas 13. Akar lidah
  5. 5. 4. Gigi bawah 14. Epiglotis 5. Gusi 15. Pita suara 6. Lelangit keras 16. Rongga tekak 7. Lelangit lembut 17. Rongga Hidung 8. Anak tekak 18. Rongga mulut 9. Hujung lidah 19. Rahang 10. Hadapan lidah 20. TenggorokFUNGSI ALAT PERTUTURANLidah Lidah ialah alat artikulasi yang terpenting dan paling aktif dalam pengeluaran bunyibahasa. Lidah terbahagi kepada empat bahagian, iaitu hujung lidah, tengah lidah,hadapan lidah, dan belakang lidah. Pembahagian ini membolehkan lidah membuatdeskripsi pelbagai jenis penghasilan bunyi.Bahagian hadapan lidah, tengah lidah danbelakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi-bunyi vokal, iaitu bunyi vokal hadapan,tengah dan belakang.Hujung lidah merupakan bahagian paling aktif dan bolehdigerakkan ke mana-mana bahagian mulut untuk membuat penyekatan.Gigi Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi bahasa tetapi peranannya tidaklahaktif.Kedudukannya yang statik dan sentiasa digunakan sebagai penampan aliranudara dalam penghasilan bunyi.Penampan aliran udara inilah yang menghasilkanbunyi.Bibir Bibir adalah alat artikulasi yang terletak pada bahagian luar rongga mulut. Bibir terdiridaripada otot-otot kenyal yang boleh dihamparkan dan dibundarkan dan berperananmengeluarkan bunyi yang berbagai-bagai. Bibir juga menjadi sempadan paling luardaripada rongga mulut.Bibir juga berfungsi membuat sekatan kepada udara yang keluardaripada rongga mulut.Gusi Gusi merupakan bahagian yang embung dan menurun dari gigi ke bahagian dalamrongga mulut.Organ ini digunakan sebagai daerah sebutan dengan bantuan hujunglidah yang berfungsi membuat penyekatan.Lelangit
  6. 6. Lelangit dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangitlembut.Lelangit lembut menganjur dari sempadan lelangit keras hingga ke akhir ronggamulut.Lelangit keras bermula dari sempadan gusi di bahagian hadapan atas ronggamulut dapat diturunnaikkan untuk menutup atau membuka saluran rongga tekak teruske rongga hidung. Apabila dinaikkan, rongga mulut akan terbuka dan udara akan keluarmelalui rongga mulut dan apabila diturunkkan, rongga mulut akan tertutup dan udaraterpaksa keluar melalui rongga hidung.Rongga Hidung Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh lelangit. Rongga hidung bolehdibuka atau ditutup, bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangitlembut dinaikkan atau tidak.Pita Suara Pita suara terletak dalam ruang tenggorok (halkum) dan amat penting dalampenghasilan bunyi. Proses pengeluaran suara berlaku dengan cara memperluas danmempersempit lubang yang terdapat di antara dua keping selaput nipis berkenaan.JENIS-JENIS BUNYIBunyi Vokal
  7. 7. Bunyi vokal terhasil apabila udara keluar daripada rongga mulut tidak mengalamisekatan atau himpitan. Bunyi vokal juga dipengaruhi oleh pengaruh lidah, keadaanrongga mulut dan bentuk bibir.Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut:PENGHASILAN BUNYI VOKALVokal Depan Sempit (i) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah dinaikkan hingga hampir menyentuhlelangit keras, sementara hujung lidah didekatkan pada gusi.Lelangit lembut diangkat untuk menutup rongga hidung.Udara dari paru-paru melaluirongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa sekatan, halangan atau himpitanyang boleh menyebabkan geseran kedengaran.Bibir berada dalam keadaanterhampat.Contoh: bilik, titik, ipar, jari, cariVokal Depan Separuh Sempit (e) Untuk menghasilkan bunyi ini depan lidah dinaikkan, tetapi tidaklah setinggimembunyikan vokal (i).Contoh: kole, tauge, bendi, elokVokal Depan Separuh Luas
  8. 8. Untuk mengeluarkan vokal ini depan lidah diturunkan sepertiga dari kedudukan untukmengeluarkan vokal ( e ). Kedudukan alat pertuturan adalah sama seperti semasamengeluarkan bunyi vokal (i) dan (e).Contoh: tauke, gelek, gesek, gerekVokal Depan Luas ( a) Untuk mengeluarkan bunyi vokal ini, depan lidah diturunkan serendah-rendahnya.Lelangit lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup ronggahidung. Kedudukan alat pertuturan lain adalah sama seperti menghasilkan vokal (i),dan (e).Contoh: anak, pandai, landai, anting, siapa, takatVokal Belakang Sempit (u)Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi mungkin ke atas, tetapi tidakmenutup ruang aliran udara.Bentuk bibir dibundarkan.Contoh: ubat, ulat, undang, udang, ulangVokal Separuh Sempit ( o )Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara tempat yang paling tinggidan tempat yang paling rendah.Keadaan bibir pula dibundarkan.Contoh: obor, solo, polo, toko, orangVokal Belakang Separuh LuasDihasilkan apabila belakang lidah diturunkan 1/3 daripada kedudukan separuh sempitdan bentuk bibir turut dibundarkan.Vokal ini tidak terdapat dalam bahasa Melayu.Vokal TengahDihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di lantai rongga mulut.Bahagian tepilidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan sederhana luasnya.Contoh: enam, empat, kenduri, geraiDIFTONG
  9. 9. Gabungan bunyi vokal dinamakan diftong.Diftong terbentuk apabila berlakupengeluncuran bunyi-bunyi vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokalyang lain. Terdapat 3 jenis diftong.a. (ai): sampai, salai, gulai, sungai, cuai, landaib. (au): lampau, silau, garau, surau, pukauc. (oi): amboi, dodoi, adoi, sepoi, boikot.

×