Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)

10,424 views

Published on

RPH cadangan untuk pelajar praktikum BM.. Tahun 5 KSSR. Minggu 1 dalam jadual praktikum , Minggu 11 dalam RPT.

Published in: Education
  • Be the first to comment

Cadangan Rph BM KSSR Tahun 5 minggu 11 (praktikum)

  1. 1. Hasliana Osman SK (2) Taman Selayang MATA PELAJARAN : Bahasa Melayu TAHUN : 5 Amanah BIL. MURID : 29 orang TARIKH : 23 Mac 2015 MASA : 10.10 - 11.10 pagi TEMA : Kemasyarakatan TAJUK : Muafakat Membawa Berkat STANDARD KANDUNGAN : 1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila. STANDARD PEMBELAJARAN : 1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat tentang sesuatu perkara secara Bertatasusila. OBJEKTIF : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ; 1. Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat secara bertatasusila. 2. Membaca dan memahami teks. 3. Mencatat maklumat mengikut urutan yang betul. SISTEM BAHASA : Tatabahasa > Kata Kerja Kosa kata > spesies / enzim / pulpa PENGISIAN KURIKULUM : Ilmu > Sains Nilai > Kerjasama KP > Interpersonal KB > Membuat Inferens BAHAN BANTU BELAJAR : PENGETAHUAN SEDIA ADA : Murid pernah mendengar cerita tentang kerajinan masyarakat semut. LANGKAH PENGAJARAN : LANGKAH/ MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN Set Induksi (5 minit) Menyanyikan lagu “Enjit-enjit Semut” 1. Guru menayang video lagu “Enjit-enjit Semut” dan murid diminta menyanyi bersama-sama. 2. Guru menyoal murid tentang sikap semut yang biasa diceritakan dalam hikayat melayu. 3. Guru menulis objektif PdP di papan putih. Bbm : Video Langkah 1 (15 minit) “Indahnya Semangat Kerjasama” Membaca maklumat tentang semut jenis atta. 1. Murid bersama-sama membaca maklumat tentang semut atta dalam buku teks halaman 68. 2. Murid bersoal jawab tentang maklumat tersebut dengan menjawab soalan di halaman 69. 3. Murid mencatat maklumat yang diperoleh. Bbm : Buku teks Ilmu : Sains KB : mencatat maklumat
  2. 2. Hasliana Osman SK (2) Taman Selayang Langkah 2 (15 minit) Tugasan berkumpulan Membina carta tentang cara-cara semut membuat makanan 1. Murid-murid diminta duduk dalam kumpulan masing-masing. 2. Guru mengedarkan kertas manila kepada ketua kumpulan. 3. Setiap kumpulan diminta mencatat dan menyusun cara-cara semut atta membuat makanan dalam bentuk carta berdasarkan maklumat dalam buku teks halaman 68. BBM : Kad manila KP : Kooperatif Langkah 3 (20 minit) Pembentangan hasil tugasan 1. Setiap kumpulan diminta menghantar seorang wakil untuk membentangkan hasil tugasan. 2. Guru memberi markah bagi setiap kumpulan berdasarkan ketepatan maklumat. 3. Murid-murid lain membaca carta yang dibina oleh kumpulan masing-masing. KP : Kooperatif Verbal linguistik Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan isi pelajaran Penutup kognitif : Menyatakan sikap positif semut Penutup sosial : Menyanyikan lagu “Enjit-Enjit Semut” 1. Guru meminta murid menyatakan nilai atau sikap yang patut dicontohi daripada masyarakat semut. 2. Murid menyanyikan lagi lagu Enjit-enjit Semut” beramai-ramai. BBM : Video KB : Merumus KP : Verbal linguistik Nilai : Kerjasama Kerajinan REFLEKSI :
  3. 3. Hasliana Osman SK (2) Taman Selayang

×