SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
__________________________________________________________
SEMESTER JANUARI / TAHUN 2019
HBEC 3203
PSIKOLOGI KANAK-KANAK
NAMA PELAJAR : NOR SUKINA BT MAT TEH
NO. MATRIK : 690918055058001
NO. KAD PENGNEALAN : 690918055058
NO. TELEFON : 014-8122399
E-MEL : norsukina@oum.edu.m
NAMA TUTOR : Puan Siti Noorasmah bt Hamzah
PUSAT PEMBELAJARAN : PP TERENGGANU
KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
BAHAGIAN A
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Laporan Pemerhatian 3
3.0 Penilaian Perkembangan Kanak-kanak
4.0 Kesimpulan
BAHAGIAN B
1.0 Huraian Teori 11
2.0 Penerapan Teori Terhadap Pemerhatian 13
Rujukan
1
1.0 Pendahuluan
Psikologi menurut Kamus Dewan bermaksud kajian tentang proses mental, pemikiran dan
juga perlakuan manusia. Manakala menurut Woolfolk dan Margetts (2007), pertumbuhan
membawa maksud perubahan dalam saiz dan kematangan. Ia meliputi pertambahan saiz bahagian
badan, bilangan saraf ke otak dan juga ketinggian tubuh badan. Kadar pertumbuhan seseorang
individu adalah berbeza. Perubahan akan berlaku secara berperingkat-peringkat. Santrock (2008)
pula menyatakan perkembangan adalah perubahan biologi, sosio emosi dan kognitif manusia yang
bermula sejak dari percambahan hingga ke akhir hayat. Perkembangan tidak dapat diukur secara
kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baharu dari sifat yang awal. Ia dipengaruhi oleh faktor baka
dan juga persekitaran dan juga kesihatan. Rajah 1.0 menggambarkan perbezaan antara
perkembangan dan pertumbuhan.
DOMAIN PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN
Fizikal
Peningkatan dari segi saiz seperti
perubahan tinggi, gigi dan berat
badan.
Bertambahnya kemahiran menggunakan
anggota badan seperti merangkak,
berjalan, berlari.
Kognitif Keupayaan untuk berfikir
Berkembang kemahiran menggunakan
Bahasa, membaca, menulis, mengira dan
menaakul
Emosi Perasaan gembira, marah sayang,
benci
Kemahiran mengurus dan dapat
mengawal emosi.
Sosial
Mula bermesra dengan bukan ahli
keluarga seperti jiran, guru
Menyedari perbezaan antara lelaki dan
perempuan, peranannya dan lain-lain
Rajah 1.0: Perbezaan pertumbuhan dan perkembangan
Sumber : Institut Pendidikan Guru Malaysia, EDU2023
2
Perkembangan kanak-kanak meliputi aspek fizikal, emosi, rohani, intelek dan sahsiah
(JERIS). Perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dalam kesemua aspek perkembangan
menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia pada masa kini, hal ini
dinyatakan dalam KSPK (bahagian pembangunan kurikulum 2017).
Rajah 1.2: Perkembangan Kanak-kanak
Sumber:
Melalui tugasan dalam perkembangan psikologi kanak-kanak ini akan memberi peluang
kepada pelajar memahami lebih mendalam serta pengetahuan menyeluruh aspek perkembangan
kanak-kanak. Pengetahuan ini sangat penting khasnya kepada guru pendidikan awal kanak-kanak,
untuk memahami dan menguruskan seseorang kanak-kanak. Pengetahuan perkembangan kanak-
kanak memberi peluang, khasnya kepada guru pra pendidikan awal kanak-kanak, dalam
memahami konsep yang telah dicapai oleh kanak-kanak. Jesteru itu ianya membolehkan guru
merancang dan melaksanakan kurikulum Pengajaran & Pembelajaran (P&P) yang bertepatan dan
bersesuaian.
Perkembangan kanak-kanak dalam kesemua aspek adalah berbeza antara satu sama lain.
Sehubungan dengan itu seorang guru pendidikan awal kanak-kanak perlu menguasai atau
mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak. Ini ekoran proses pengajaran dan
FIZIKAL
EMOSI
ROHANI
INTELEK
SAHSIAH
3
pembelajaran bergantung kepada perbezaan perkembangan individu .Pengetahuan membolehkan
guru melaksanakan proses P&P secara tepat dengan berkesan. Pengetahuan ini sangat penting
kepada guru khasnya pendidik awal kanak-kanak. Ini akan membantu guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru akan dapat melaksanakan pelbagai kaedah alatan dan
sebagainya bertepatan dan bersesuaian dengan Perkembangan Amalan Bersesuaian Dengan
Perkembangan (ABP) yang dipraktikkan bagi pendidikan awal kanak-kanak ini sebagaimana yang
digariskan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan akan dapat di laksanakan dengan
tepat. (ABP) adalah merupakan satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan
diri, bakat serta minat seseorang kanak-kanak.(Mariani, 2006).
Selain daripada pembelajaran, pengetahuan berkaitan dengan perkembangan ini turut dapat
membantu guru memahami dan mengenali tingkah laku dan juga emosi kanak-kanak dengan cara
yang betul.
2.0 LAPORAN PEMERHATIAN
2.1 RekodAnekdot
Dalam tugasan ini pemerhatian telah dibuat keatas seorang kanak-kanak perempuan di
sebuah Tadika di sebuah bandar x.
Pemerhatian ini telah mendapat kebenaran pihak Tadika dan juga penjaga. Pemerhatian ini
dijalankan bertujuan untuk menilai perkembangan kanak-kanak adakah perkembangan kanak-
kanak ni bersesuaian dengan umur kanak-kanak berkenaan dalam aspek perkembangan fizikal,
perkembangan sosioi emosi dan perkembngan bahasa.
Pemerhatian ini direkod menggunakan instrumen Rekod anekdot yang merupakan catatan
ringkas mengenai sesuatu peristiwa ataupun tingkah laku, yang dilihat sebagai unik dan juga
penting untuk di rekod. Ianya menyatakan perkara yang berlaku, di mana dan bila, dan di tulis
secara objektif. Pemerhatian ini dilakukan terhadap kanak-kanak secara individu, walaupun
peristiwa atau kejadian tersebut berlaku dalam kumpulan. Rekod Anekdot harini berfokuskan
kepada 3 perkembangan iaitu Perkembangan Sosio-emosi, Perkembangan Bahasa dan
4
Perkembangan Fizikal. Melalui tugasan ini pelajar akan dapat menambah pengetahuan berhubung
dengan perkembangan kanak-kanak khasnya dalam 3 aspek yang difokuskan tersebut.
1. Laporan pemerhatian Domain Perkembangan Sosio-emosi
Nama : Nur Afina Bt Rusdy Umur : 6 Tahun
Tarikh : 11 Febuari 2019 Hari : Selasa
Masa : 7.30 pagi Tempat : Di dalam kelas
DOMAIN PEMERHATIAN CATATAN
Perkembangan Sosio-emosi
Afina kelihatan segar,
tersenyum sambil memberi
salam. Mulut dia bising
sekali menegur guru yang
lalu dihadapanya. “Saya
bawa nasi minyak hari ini,
lauk ayam goreng, awak
bawa bekal tak Auni?”
Afina bertanya Auni. Auni
menggeleng dan mukanya
masam mencuka. “Tak apa
nanti kita makan sama-
sama di dewan makan ye,
nasi saya banyak” pujuk
Afina sambil menggosok
bahu Auni.
-Afina seorang kanak-
kanak yang ceria dan
peramah.
-Suka berkawan.
-Pandai memujuk
kawannya dan
menunjukkan sifat
perihatin dan penyayang
apabila ingin berkongsi
makanan dan menggosok
bahu Auni .
5
2. Laporan pemerhatian Domain Perkembangan Bahasa
Nama : Nur Afina Bt Rusdy Umur : 6 Tahun
Tarikh : 12 Febuari 2019 Hari : Rabu
Masa : 9.30 pagi Aktiviti: Mewarna Lukisan
DOMAIN PEMERHATIAN CATATAN
Perkembangan Bahasa
Guru mengedarkan kertas lukisan,
“Terima kasih cikgu” Afina ucapkan
kepada cikgunya. “Ambil tangan
kananlah Afina” kata cikgunya bila
melihat Afina menggambil kertas
menggunakan tangan kiri.”Sorry
cikgu, tangan kanan saya kotor, ada
coklat, saya nak buang ni”. Jelas
Afina sambil berlari ke bakul
sampah.
Aktiviti mewarna bermula. “Saya
nak warna cantik-cantik, warna biru
cantik tak untuk baju budak
perempuan ni?’ “Bi ru : Biru.Blue
“Ba ju: Baju. Sa ya:Saya”. Black itu
hitam Bunyi Afina bercakap dan
mengeja. “Cikgu, betul tak saya eja
tadi?, tanya Afina kepada gurunya.
“Ok, betul semua, pandai”, jawab
guru. “Yeay, betul..betul” sorak
Afina riang
.
-Afina seorang kanak-kanak
yang berakhlak baik, pandai
berterima kasih dan pandai
meminta maaf.
-Pandai menggunakan
perkataan “sorry” sewaktu
meminta maaf.
-Afina mewarna baju kanak-
kanak perempaun di dalam
kertas lukisan dengan warna
biru.
-Afina pandai menyebut dan
mengeja warna dan
membezakan dua jenis
bahasa.
-Bertanya gurunya untuk
mendapatkan jawapan dan
gembira mendapat pujian.
6
3. Laporan pemerhatian Domain Perkembangan Fizikal
Nama : Nur Afina Bt Rusdy Umur : 6 Tahun
Tarikh : 13 Febuari 2019 Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi Aktiviti: Bermain Baling Bola Dalam Bakul
DOMAIN PEMERHATIAN CATATAN
Perkembangan Fizikal
Cikgu minta kanak-kanak membuat
2 barisan, satu barisan kanak-kanak
lelaki dan satu barisan kanak-kanak
perempuan. Permainan Baling Bola
dalam bakul bermula. Afina
terlompat-lompat, bersorak dan
bertepuk tangan kegembiraan
bersama kawan-kawannya.
Mulutnya juga bising sekali
memberi sokongan kepada kawan di
hadapannya. Afina peseta akhir
perempuan, dia menangkap bola dari
kawannya dengan baik, berlari ke
tengah padang dan membaling bola
masuk ke dalam bakul, lalu menarik
tangan kawannya menuju ke garisan
penamat. Dia berlari laju sekali,
penuh bersemangat. “Kita menang”.
katanya sambil bersorak dengan
kawan-kawan.
-Afina seorang kanak-kanak
yang cerdas dan mengikut
peraturan.
-Afina melompat, menepuk
tangan dan bersorak
kegembiraan sewaktu
bermain.
-Dia kelihatan sangat cerdas,
bersungguh-sungguh untuk
menang dalam permainan.
7
2.2 Penilian Perkembangan Berdasarkan Pemerhatian
Hasil pemerhatian yang dilakukan berdasarkan 3 aspek perkembangan ini boleh
dirumusskan seperti berikut:-
a) Perkembangan Sosio Emosi
Sosio emosi adalah merupakan satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam dunia
masyarakat dan belajar untuk mengawal emosi, pemikiran dan juga tindakan agar dapat
menyesuaikan diri dalam hidup bermasyarakat. Perkembangan kanak-kanak dapat dilihat dari segi
pergaulan mereka dengan rakan sebaya dan cara mereka bertingkah laku. Noor Azima (2010) pula
menyatakan bahawa perkembangan sosio emosi kanak-kanak adalah berkaitan dengan keupayaan
kanak-kanak berinteraksi dan memberi tindak balas emosi berkaitan dengan situasi dan keadaan.
Kanak-kanak yang diperhatikan telah menunjukkan dia seorang kanak-kanak yang
mempunyai emosi positif iaitu mempunyai sikap untuk berkongsi makanan dan berinteraksi
dengan baik sekali. Kanak-kanak ini juga mempunyai nilai murni yang tinggi semasa memujuk
dan menggosok bahu Auni sewaktu mengajak berkongsi makanan dengannya. Ini menunjukkan
perasaan empati timbul pada diri dan mula memahami perasaan orang lain. Perasaan empati akan
memotivasikan kanak-kanak agar memujuk, mengambil berat atau menghiburkan hati rakan yang
sedang kesusahan. (Shaffer, 1999). Sifat Afina yang menegur guru-guru yang dia kenali,
menunjukkan yang dia suka berkawan dan menjalinkan hubungan baik. Ini bertepatan dengan
Teori Perkembangan Jean Piaget yang menjelaskan bahawa pada peringkat usia 6 tahun kanak-
kanak telah dapat menunjukkan sikap suka bergaul dengan rakan dan kenalan.
b) Perkembangan Bahasa
Bahasa merupakan salah satu bentuk komunikasi. Ia mungkin dalam bentuk percakapan,
menggunakan simbol ataupun menulis. Ia juga memainkan peranan penting bagi perkembangan
kognitif kanak-kanak. Menurut teori tokoh perkembangan Bahasa Lev Vygotsky, perkembangan
bahasa kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran sosial dan juga budaya melalui interaksi
orang dewasa, rakan, sekolah dan sebagainya. Seorang kanak-kanak akan menguasai kemahiran
8
bahasa terlebih dahulu sebelum dia menguasai kemahiran membaca dan menulis. Proses
mengenali dan menguasai kemahiran bahasa ini akan berlaku secara semulajadi kepada kanak-
kanak (Isernberg, J. P., & Jalongo M. R, 2010).
Kanak-kanak yang diperhatikan telah menunjukkan seorang kanak-kanak yang
mempunyai kemahiran bahasa yang agak baik. sopan dalam berbicara. Pandai memohon maaf
sewaktu melakukan perkara yang salah. Iaitu semasa mengambil kertas menggunakan tangan kiri.
Kanak-kanak ini juga didapati sudah boleh mengeja perkataan mudah seperti biru, baju,
saya dan ia juga boleh membezakan dua bahasa pertuturan apabila menyebut biru – blue.
Perkembangan kemahiran bahasa bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun sedang berlaku
dengan baik (Jameyah,Sopia, Hassan,Aini, Rohani, Nani... Faizah (2013). Menurut Teori
Perkembangan Psikososial Erikson (1950), pada tahap keempat iaitu tahap industri lawan rasa
rendah diri, menyatakan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun akan mula menguasai kemahiran
asas seperti membaca, mengeja, menulis dan mengira. Kanak-kanak tahap ini juga akan melakukan
tugasan yang di berikan dengan tekun dan penuh minat. Kanak-kanak ini suka menyoal dan ingin
mendapatkan perhatian dan pujian, ini menepati Teori Perkembangan Erik Erikson yang
menyatakan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun suka dan kerap kali bertanyakan soalan
dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang berlaku.
c)Perkembangan Fizikal.
Perkembangan fizikal merupakan perkara yang menekankan aspek-aspek asas mengenai
pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan juga ceria. Dalam
proses mendidik kanak-kanak, perkembangan fizikal, sangat penting dan perlu di beri perhatian,
ini adalah kerana ia akan mempengaruhi kesejahteraan psikologi kanak-kanak. Di dalam
Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malasia, 2003), perkembangan
fizikal kanak-kanak ini terdiri daripada kebersihan alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan juga
psikomotor. Perkembangan fizikal juga di kaitkan dengan kebolehan kanak-kanak dalam
menggunakan anggota tubuh badan, otot dalam menjalankan aktiviti harian.
9
Pemerhatian mendapati Afina telah tahu, faham dan dapat membezakan tentang identiti
diri atau jantina dengan beratur di barisan yang betul iaitu barisan kanak-kanak perempuan. Ini
berkait dengan teori Perkembangan Psikoseksual oleh Freud, dimana menurut teori ini, kanak-
kanak berumur 3 hingga 6 tahun telah menyedari perbezaan jantina. Afina juga patuh pada
peraturan permainan dan sangat suka berkawan, ini menepati teori tugasan Perkembangan
Havighurst yang menyatakan kanak-kanak di peringkat 4 hingga 6 tahun, suka berkawan dan suka
melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Menurut teori Erikson pula, kanak-kanak berumur 6-
11 tahun berusaha untuk mencapai kejayaan dan kegagalan akan membawa rasa rendah diri.
Pemerhatian juga menunjukkan bahawa perkembangan fizikal kanak-kanak ini sedang
berlaku dan bertepatan dengan usianya di mana, kanak-kanak ini boleh melompat, berlari dan
memasukkan bola kedalam bakul, bertepatan dengan Teori Perkembangan Robert Havighust,
kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun pada peringkat ini mereka mula belajar kemahiran-
kemahiran fizikal seperti bermain dan beriadah.
10
3.0 KESIMPULAN
Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah, & Joy N. Samuel. (2011), ada menyatakan
perkembangan adalah perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosio emosi individu yang
bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat seseorang. Pertumbuhan adalah
satu proses perubahan struktur dan juga fisiologi yang bersifat kuantitatif iaitu dapat dilihat dan
boleh diukur. Kajian ahli psikologi menyatakan perkembangan kanak-kanak di kategorikan
kepada lima domain iaitu fizikal, sosio- emosi, moral, kognitif dan perkembangan bahasa. (Rohani
Abdullah, 2016). Kelima-lima aspek ini pula dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran.
Pengetahuan dan penguasaan guru khasnya guru pendidikan awal kanak-kanak terhadap
perkembangan kanak-kanak sangat diperlukan. Ini adalah disebabkan ianya dapat membantu guru
dalam mengenal pasti perkembangan mereka bersesuaian dengan usia. Justeru itu, sekiranya
terdapat kelewatan perkembangan mereka dalam apa juga aspek, pengesanan awal dapat
dilakukan. Ini membantu untuk guru merujuk kepada pihak berkaitan, Ekoran pengesanan awal
ini akan dapat membantu mencegah kelewatan perkembangan ini daripada berpanjangan..
Seterusnya, pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak ini juga dapat membantu guru
pendidikan awal dalam melaksankan proses pengajaran dan pembelajaran bertepatan dengan
perkembangan mereka agar proses pengajaran dan pembelajaran ini akan memberi kesan secara
maksimum.(Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz, 2008). Ianya akan membantu guru dalam merancang,
mengurus dan melaksanakan sessi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
11
BAHAGIAN B
1.0 Huraian Tentang Teori (Teori Ekosistem).
Terdapat pelbagai teori berhubung dengan perkembangan kanak-kanak yang boleh menjadi
panduan kepada para guru khasnya guru pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya adalah teori
Hierarki Keperluan Maslow, Teori Ekosistem, Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Sistem
Keluarga. Bagi tugasan ini pilihan teori yang akan diperincikan ialah teori Ekosistem
Perkataan “ekosistem ataupun ekologi” adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa
Greek, yang membawa maksud habitat atau rumah (Bronfenbrenner, 1979). Ekosistem merujuk
kepada saling berhubungan dan saling bergantung antara satu sama lain (i.e., manusia) dan juga
persekitarannya (Bronfenbrenner, 1979; Dale, Smith, Norlin & Chess, 2009). Teori ini telah
diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner (1979). Teori perkembangan ekosistem adalah teori yang
menekankan tentang pengaruh persekitaran ke atas perkembangan individu.
Teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak adalah
dipengaruhi oleh sistem perhubungan yang terjalin di sekelilingnya dan sangat berkait seperti
keluarga, rumah, sekolah, komuniti dan juga masyarakat. Teori Ekologi Bronfenbrenner
(1979,1989) dalam Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel (2011), menyatakan bahawa perkembangan
kanak-kanak di pengaruhi oleh lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem,
ekosistem, makrosistem, dan kronosistem seperti Rajah 1.1 dibawah:-
Rajah 1.1: Teori Ekologi Bronfenbrenner
Sumber: Google Image
12
a) Mikrosistem
Mikrosistem berada di tengah-tengah pusat sistem dan ianya merupakan komponen paling
kecil sekali. Merujuk kepada konsep teori ini, kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam
ruang lingkup mikro yang berpusat di tengah sistem, dan boleh dipengaruhi oleh faktor
persekitaran. (Mariani Md. Nor, 2006). Ia mempunyai hubung kait dengan persekitaran terdekat
kanak-kanak tinggal dan menghabiskan paling banyak masa bersama dengannya. Ia terdiri
daripada keluarga, guru, individu, rakan sebaya, sekolah dan juga persekitaran yang terlibat secara
langsung dengan kanak-kanak. Ibu bapa adalah agen sosialis yang paling utama dalam kehidupan
kanak-kanak. Faktor persekitaran dalam keluarga adalah faktor yang paling utama dan penting
yang dapat mempengaruhi perkembangan minda, fizikal dan juga emosi kanak-kanak. (Dr. Rohani
Abdullah, 2016).
b)Mesosistem
Mesosistem adalah lapisan kedua dalam Teori ekosistem yang membawa maksud kaitan
ataupun hubungan dengan mikrosistem. Ianya berkaitan antara rumah- sekolah, rakan sebaya,
keluarga ataupun juga jiran.. Hubungan keluarga dengan persekitaran contohnya dengan jiran,
guru dan juga rakan sebaya adalah merupakan pengaruh penting dalam perkembangan psikologi
kanak-kanak. Hubungan yang baik akan memberi kesan yang positif dan hubungan yang harmoni
akan terbentuk. Jika hubungan tidak baik, ia akan meninggalkan kesan yang negatif dan emosi
yang tidak stabil dan akan menjejaskan perkembangannya.
c)Ekosistem
Ekosistem adalah lapisan kedua dalam Teori ekositem. Ia merupakan unsur dari
mikrosistem yang tidak menganggu kanak-kanak secara langsung, namun begitu keputusan
ataupun pengalaman yang diambil oleh individu yang hampir dengannya, akan memberi kesan
kepada kanak-kanak.
13
d) Makrosistem.
Makrosistem adalah berkaitan dengan perkembangan individu yang dipengaruhi dengan
corak, nilai, budaya dan juga amalan sesebuah masyarakat. Ia juga berkaitan dengan hukum
agama, adat istiadat, budaya dan sebagainya.
e) Kronosistem
Lapisan ini berkaitan dengan perubahan keadaan dalam demensi masa. Perubahan yang
berlaku disekeliling kanak-kanak akan menyebabkan perbezaan dan memberi kesan kepada
perkembangannya. Contoh perubahan adalah seperti mendapat adik baru, berlaku perceraian
kedua ibu bapa, kematian ahli keluarga, kehilangan pekerjaan dan juga perubahan politik dan juga
ekonomi.
2.0 PENERAPAN TEORI KEPADA PEMERHATIAN
Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan ini, jelas menunjukkan bahawa teori ekologi
Brofrenbrenner berkaitan dengan perkembangan seseorang individu. Ianya merangkumi lima
sistem yang berhubung dengan persekitaran. Lima sistem ini adalah mikrosistem, mesosistem,
eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Ibu bapa mempunyai peranan penting iaitu sebagai
agen sosialis, dalam kehidupan kanak-kanak dan mempunyai pengaruh paling besar ke atas semua
aspek perkembangan mereka.
Kesemua lima sistem tersebut memberikan implikasi kepada para guru dalam menyediakan
diri ke arah proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berdasarkan kepada teori ini, kita
dapat membuat penelitian berkaitan dengan proses-proses perkembangan yang berlaku secara
berperingkat.
14
Melihat dari segi percakapan dan budi bahasa kanak-kanak ini berbual dengan nada yang
sopan, menggunakan perkataan yang baik dan sesuai dengan keadaan, maka benarlah kajian Teori
Ekologi Bronfenbrenner yang menyatakan dalam peringkat mikrosistem, ibu bapa merupakan
agen persekitaran yang paling aktif berfungsi dan asuhan ibu bapa memberi kesan yang paling
besar dan dapat mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku kanak-kanak. Gaya keibubapaan
yang ibubapa amalkan atas seseorang kanak-kanak akan memberi implikasi atas perkembangan.
Menurut kajian Teori Ekologi Bronfrenbrenner dalam pringkat mesosistem bahawa
keadaan yang berlaku di rumah akan mempengaruhi emosi dan tingkah laku seseorang kanak-
kanak. Ini jelas dapat di lihat emosi kanak-kanak yang di perhatikan tersebut, dia gembira sewaktu
samapi awal pagi di sekolah, ini adalah kerana ibu bapanya telah menyiapkan bekalan untuknya,
hatinya merasa gembira, berbanding dengan rakannya, yang beremosi marah kerana tidak di beri
bekalan makanan oleh ibu bapanya. Keadaan tersebut nampak dengan jelas bahawa pengaruh di
dalam rumah sangat mempengaruhi emosi kanak-kanak.
Di sekolah tempat kanak-kanak ini bersekolah menyediakan ruang untuk kanak-kanak
beriadah, dan juga ruang makan, ini antara kemudahan yang akan memberi kesan kepada kanak-
kanak dan juga orang dewasa yang turut sama terlibat. Ini adalah berkaitan dengan peringkat
ekosistem di mana, persekitaran yang melibatkan kanak-kanak secara tidak langsung, tetapi tetap
memberi kesan kepadanya.
Di sekolah, tugas guru bukan hanya terbatas mengajar semata-mata, malah dia perlu
menjadi pembimbing kepada kanak-kanak. Guru yang baik akan sentiasa menjadi contoh kepada
anak muridnya, memberi nasihat atau teguran membina. Mengikut lapisan maesosistem dalam
teori ini guru ada menegur kanak-kanaknya yang mengambil kertas menggunakan tangan kiri, dan
meminta kanak-kanak itu mengambil dengan tangan kanan, ini menunjukkan guru peka pada
tingkah laku muridnya.
15
Menurut sistem eksosistem dalam Teori Perkembangan Ekologi, pengalaman seseorang
akan mempengaruhi individu lain dan ianya berlaku secara tidak langsung. Ini dapat di lihat di
mana perancangan pengajaran yang di rancang oleh guru telah dapat dicapai kerana kanak-kanak
bersikap positif semasa menjalankan aktiviti mewarna dan bermain aktiviti.
Jelas di sini dapat di nyatakan Teori Ekologi menurut Bronfenbrenner (1978)
menunjukkan bahawa interaksi antara kanak-kanak dengan keadaan di persekitarannya sangat
mempengaruhi perkembangan dan juga pertumbuhan seorang kanak-kanak dan persekitaran juga
adalah satu faktor yang mendorong ke arah proses perkembangan individu.
3085 perkataan
16
Rujukan
Buku
Dr Rohani Abdullah, (2016). HBEC3203, Psikologi Kanak-Kanak: Open Universiti Malaysia.
Dr Mastura Badzis, Prof Madya Hazidi Abdul Hamid, Mahani Abdul Malik, (2016)
HBEC1103, Pengenalan Kepada Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Open University Malaysia.
Noriati A. Rashid, Boon Pong Yong, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan
Alam Belajar: Oxford Fajar Sdn. Bhd
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor (2008), Psikologi Pendidikan:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Noralina Omar (2016), Ekologi Keluarga Dan Kesejahteraan Hidup Kanak-Kanak Miskin Di
Malaysia. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya Kuala Lumpur
17

More Related Content

What's hot

Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahMasalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahSohib AlQuran
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahAziroh Johari
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianAeyn Solehah
 
Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Zue Layhar
 
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDMasalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDFaFai S.
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahNoor Asheikin
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneAlice Lee
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakFazriFMR
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)shida01
 
SLIDE PROGRAM PEMECUTAN KOGNITIF
SLIDE PROGRAM PEMECUTAN KOGNITIFSLIDE PROGRAM PEMECUTAN KOGNITIF
SLIDE PROGRAM PEMECUTAN KOGNITIFThorieq7
 
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 TahunSenarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 TahunBudakpro Bapapro
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuskke1
 

What's hot (20)

Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjahMasalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
Masalah – masalah komunikasi dalam bilik darjah
 
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNERTEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
TEORI KEPELBAGAIAN KECERDASAN GARDNER
 
Masalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturanMasalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturan
 
Masalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolahMasalh disruptif di sekolah
Masalh disruptif di sekolah
 
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
rancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harianrancangan pengajaran harian
rancangan pengajaran harian
 
Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103Strategi pengajaran edu3103
Strategi pengajaran edu3103
 
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBDMasalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
Masalah kecacatan fizikal - EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan tingkahlaku PBD
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASATEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN BAHASA
 
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep BrunerTeori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
Teori Pembelajaran Kognitif - Teori Pembentukan Konsep Bruner
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Teori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagneTeori pembelajaran gagne
Teori pembelajaran gagne
 
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanakHbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
Hbec3903 teknologi dan ict dalam pendidikan awal kanak kanak
 
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
Kanak kanak berkeperluan khas di peringkat awal kanak-kanak (1)
 
SLIDE PROGRAM PEMECUTAN KOGNITIF
SLIDE PROGRAM PEMECUTAN KOGNITIFSLIDE PROGRAM PEMECUTAN KOGNITIF
SLIDE PROGRAM PEMECUTAN KOGNITIF
 
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 TahunSenarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 4-5 Tahun
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
Presentation pendekatan projek edu
Presentation pendekatan projek eduPresentation pendekatan projek edu
Presentation pendekatan projek edu
 

Similar to Hbec3203 psikologi january edit

Psikologi Perkembangan early school age
Psikologi Perkembangan early school agePsikologi Perkembangan early school age
Psikologi Perkembangan early school agedena sundari alief
 
PPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAI
PPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAIPPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAI
PPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAIYunitaUmami
 
Jurnal Pendidikan Jasmani dan Olahraga
Jurnal Pendidikan Jasmani dan OlahragaJurnal Pendidikan Jasmani dan Olahraga
Jurnal Pendidikan Jasmani dan OlahragaMuhammadKosyim
 
Modul 6 dan 7(1) converted
Modul 6 dan 7(1) convertedModul 6 dan 7(1) converted
Modul 6 dan 7(1) convertedCaesarIslamy
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniWany Hardy
 
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia diniMakalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia diniAisyahTamara
 
Kkbi murid & alam belajar part esei
Kkbi murid & alam belajar part eseiKkbi murid & alam belajar part esei
Kkbi murid & alam belajar part eseiQayyum Sobri
 
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Susilowati Boediono
 
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Susilowati Boediono
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritafatimah Baharin
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaArra Asri
 
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02Fatin Nadzirah
 
Aksi nyata modul 1.1 cgp angkatan 7 bulukumba
Aksi nyata modul 1.1 cgp angkatan 7 bulukumbaAksi nyata modul 1.1 cgp angkatan 7 bulukumba
Aksi nyata modul 1.1 cgp angkatan 7 bulukumbaMarlinahMarlinah5
 
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdfPSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdfMaizatul Mansor
 

Similar to Hbec3203 psikologi january edit (20)

Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Daftar riwayat hidup
Daftar riwayat hidupDaftar riwayat hidup
Daftar riwayat hidup
 
Tiara file
Tiara fileTiara file
Tiara file
 
Daftar riwayat hidup
Daftar riwayat hidupDaftar riwayat hidup
Daftar riwayat hidup
 
Psikologi Perkembangan early school age
Psikologi Perkembangan early school agePsikologi Perkembangan early school age
Psikologi Perkembangan early school age
 
PPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAI
PPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAIPPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAI
PPT TI : Metode Lagu dalam Pembelajaran PAI
 
Jurnal Pendidikan Jasmani dan Olahraga
Jurnal Pendidikan Jasmani dan OlahragaJurnal Pendidikan Jasmani dan Olahraga
Jurnal Pendidikan Jasmani dan Olahraga
 
Modul 6 dan 7(1) converted
Modul 6 dan 7(1) convertedModul 6 dan 7(1) converted
Modul 6 dan 7(1) converted
 
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
Topik2kanak kanakdanseni-110913001619-phpapp02
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seni
 
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia diniMakalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
 
Daftar riwayat hidup
Daftar riwayat hidupDaftar riwayat hidup
Daftar riwayat hidup
 
Kkbi murid & alam belajar part esei
Kkbi murid & alam belajar part eseiKkbi murid & alam belajar part esei
Kkbi murid & alam belajar part esei
 
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
 
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
Karya tulis model pelatihan tutor paud unt jambore ptk paudni 2011
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
 
Penglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapaPenglibatan ibu bapa
Penglibatan ibu bapa
 
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
Penglibatanibubapa 121009233029-phpapp02
 
Aksi nyata modul 1.1 cgp angkatan 7 bulukumba
Aksi nyata modul 1.1 cgp angkatan 7 bulukumbaAksi nyata modul 1.1 cgp angkatan 7 bulukumba
Aksi nyata modul 1.1 cgp angkatan 7 bulukumba
 
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdfPSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
PSIKOLOGI PEMBELAJARAN.pdf
 

Recently uploaded

MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Ppt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptx
Ppt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptxPpt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptx
Ppt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptxMeilianiPuspitaSari
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup b
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup bP5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup b
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup bSisiliaFil
 
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...Kanaidi ken
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxdedyfirgiawan
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptxPPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptxiwidyastama85
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfAndiCoc
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxMateriSMPTDarulFalah
 
Penyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkung
Penyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkungPenyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkung
Penyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkungSemediGiri2
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptxMETODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptxFidiaHananasyst
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.pptDemokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.pptretno12886
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatankonsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatanSuzanDwiPutra
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptxperwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptxMas PauLs
 

Recently uploaded (20)

MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Ppt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptx
Ppt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptxPpt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptx
Ppt kelompok 6 (preeklamsia ringan).pptx
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup b
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup bP5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup b
P5 Gaya Hidup berkelanjutan gaya hidup b
 
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
PELAKSANAAN + Link2 MATERI Training_ "AUDIT INTERNAL + SISTEM MANAJEMEN MUTU ...
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptxPPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
PPt-Juknis-PPDB-2024 (TerbarU) kabupaten GIanyar.pptx
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN AGAMA ISLAM & BUDI PEKERTI (PAIBP) KELAS 6.pdf
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
 
Penyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkung
Penyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkungPenyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkung
Penyuluhan_pHIV_AIDS (1).ppt pada tahun 2024 di klungkung
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptxMETODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR IPAS KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.pptDemokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
Demokrasi dan Pendidikan Demokrasi kwn ppt.ppt
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatankonsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
konsep pidato Bahaya Merokok bagi kesehatan
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptxperwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
perwalian IKLIM SEKOLAH AMAN Mencegah Intoleransi.pptx
 

Hbec3203 psikologi january edit

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA __________________________________________________________ SEMESTER JANUARI / TAHUN 2019 HBEC 3203 PSIKOLOGI KANAK-KANAK NAMA PELAJAR : NOR SUKINA BT MAT TEH NO. MATRIK : 690918055058001 NO. KAD PENGNEALAN : 690918055058 NO. TELEFON : 014-8122399 E-MEL : norsukina@oum.edu.m NAMA TUTOR : Puan Siti Noorasmah bt Hamzah PUSAT PEMBELAJARAN : PP TERENGGANU
  • 2. KANDUNGAN BIL PERKARA HALAMAN BAHAGIAN A 1.0 Pendahuluan 1 2.0 Laporan Pemerhatian 3 3.0 Penilaian Perkembangan Kanak-kanak 4.0 Kesimpulan BAHAGIAN B 1.0 Huraian Teori 11 2.0 Penerapan Teori Terhadap Pemerhatian 13 Rujukan
  • 3. 1 1.0 Pendahuluan Psikologi menurut Kamus Dewan bermaksud kajian tentang proses mental, pemikiran dan juga perlakuan manusia. Manakala menurut Woolfolk dan Margetts (2007), pertumbuhan membawa maksud perubahan dalam saiz dan kematangan. Ia meliputi pertambahan saiz bahagian badan, bilangan saraf ke otak dan juga ketinggian tubuh badan. Kadar pertumbuhan seseorang individu adalah berbeza. Perubahan akan berlaku secara berperingkat-peringkat. Santrock (2008) pula menyatakan perkembangan adalah perubahan biologi, sosio emosi dan kognitif manusia yang bermula sejak dari percambahan hingga ke akhir hayat. Perkembangan tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat dari sifat baharu dari sifat yang awal. Ia dipengaruhi oleh faktor baka dan juga persekitaran dan juga kesihatan. Rajah 1.0 menggambarkan perbezaan antara perkembangan dan pertumbuhan. DOMAIN PERTUMBUHAN PERKEMBANGAN Fizikal Peningkatan dari segi saiz seperti perubahan tinggi, gigi dan berat badan. Bertambahnya kemahiran menggunakan anggota badan seperti merangkak, berjalan, berlari. Kognitif Keupayaan untuk berfikir Berkembang kemahiran menggunakan Bahasa, membaca, menulis, mengira dan menaakul Emosi Perasaan gembira, marah sayang, benci Kemahiran mengurus dan dapat mengawal emosi. Sosial Mula bermesra dengan bukan ahli keluarga seperti jiran, guru Menyedari perbezaan antara lelaki dan perempuan, peranannya dan lain-lain Rajah 1.0: Perbezaan pertumbuhan dan perkembangan Sumber : Institut Pendidikan Guru Malaysia, EDU2023
  • 4. 2 Perkembangan kanak-kanak meliputi aspek fizikal, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS). Perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh dalam kesemua aspek perkembangan menjadi keutamaan dalam pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia pada masa kini, hal ini dinyatakan dalam KSPK (bahagian pembangunan kurikulum 2017). Rajah 1.2: Perkembangan Kanak-kanak Sumber: Melalui tugasan dalam perkembangan psikologi kanak-kanak ini akan memberi peluang kepada pelajar memahami lebih mendalam serta pengetahuan menyeluruh aspek perkembangan kanak-kanak. Pengetahuan ini sangat penting khasnya kepada guru pendidikan awal kanak-kanak, untuk memahami dan menguruskan seseorang kanak-kanak. Pengetahuan perkembangan kanak- kanak memberi peluang, khasnya kepada guru pra pendidikan awal kanak-kanak, dalam memahami konsep yang telah dicapai oleh kanak-kanak. Jesteru itu ianya membolehkan guru merancang dan melaksanakan kurikulum Pengajaran & Pembelajaran (P&P) yang bertepatan dan bersesuaian. Perkembangan kanak-kanak dalam kesemua aspek adalah berbeza antara satu sama lain. Sehubungan dengan itu seorang guru pendidikan awal kanak-kanak perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak. Ini ekoran proses pengajaran dan FIZIKAL EMOSI ROHANI INTELEK SAHSIAH
  • 5. 3 pembelajaran bergantung kepada perbezaan perkembangan individu .Pengetahuan membolehkan guru melaksanakan proses P&P secara tepat dengan berkesan. Pengetahuan ini sangat penting kepada guru khasnya pendidik awal kanak-kanak. Ini akan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru akan dapat melaksanakan pelbagai kaedah alatan dan sebagainya bertepatan dan bersesuaian dengan Perkembangan Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan (ABP) yang dipraktikkan bagi pendidikan awal kanak-kanak ini sebagaimana yang digariskan dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan akan dapat di laksanakan dengan tepat. (ABP) adalah merupakan satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan diri, bakat serta minat seseorang kanak-kanak.(Mariani, 2006). Selain daripada pembelajaran, pengetahuan berkaitan dengan perkembangan ini turut dapat membantu guru memahami dan mengenali tingkah laku dan juga emosi kanak-kanak dengan cara yang betul. 2.0 LAPORAN PEMERHATIAN 2.1 RekodAnekdot Dalam tugasan ini pemerhatian telah dibuat keatas seorang kanak-kanak perempuan di sebuah Tadika di sebuah bandar x. Pemerhatian ini telah mendapat kebenaran pihak Tadika dan juga penjaga. Pemerhatian ini dijalankan bertujuan untuk menilai perkembangan kanak-kanak adakah perkembangan kanak- kanak ni bersesuaian dengan umur kanak-kanak berkenaan dalam aspek perkembangan fizikal, perkembangan sosioi emosi dan perkembngan bahasa. Pemerhatian ini direkod menggunakan instrumen Rekod anekdot yang merupakan catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa ataupun tingkah laku, yang dilihat sebagai unik dan juga penting untuk di rekod. Ianya menyatakan perkara yang berlaku, di mana dan bila, dan di tulis secara objektif. Pemerhatian ini dilakukan terhadap kanak-kanak secara individu, walaupun peristiwa atau kejadian tersebut berlaku dalam kumpulan. Rekod Anekdot harini berfokuskan kepada 3 perkembangan iaitu Perkembangan Sosio-emosi, Perkembangan Bahasa dan
  • 6. 4 Perkembangan Fizikal. Melalui tugasan ini pelajar akan dapat menambah pengetahuan berhubung dengan perkembangan kanak-kanak khasnya dalam 3 aspek yang difokuskan tersebut. 1. Laporan pemerhatian Domain Perkembangan Sosio-emosi Nama : Nur Afina Bt Rusdy Umur : 6 Tahun Tarikh : 11 Febuari 2019 Hari : Selasa Masa : 7.30 pagi Tempat : Di dalam kelas DOMAIN PEMERHATIAN CATATAN Perkembangan Sosio-emosi Afina kelihatan segar, tersenyum sambil memberi salam. Mulut dia bising sekali menegur guru yang lalu dihadapanya. “Saya bawa nasi minyak hari ini, lauk ayam goreng, awak bawa bekal tak Auni?” Afina bertanya Auni. Auni menggeleng dan mukanya masam mencuka. “Tak apa nanti kita makan sama- sama di dewan makan ye, nasi saya banyak” pujuk Afina sambil menggosok bahu Auni. -Afina seorang kanak- kanak yang ceria dan peramah. -Suka berkawan. -Pandai memujuk kawannya dan menunjukkan sifat perihatin dan penyayang apabila ingin berkongsi makanan dan menggosok bahu Auni .
  • 7. 5 2. Laporan pemerhatian Domain Perkembangan Bahasa Nama : Nur Afina Bt Rusdy Umur : 6 Tahun Tarikh : 12 Febuari 2019 Hari : Rabu Masa : 9.30 pagi Aktiviti: Mewarna Lukisan DOMAIN PEMERHATIAN CATATAN Perkembangan Bahasa Guru mengedarkan kertas lukisan, “Terima kasih cikgu” Afina ucapkan kepada cikgunya. “Ambil tangan kananlah Afina” kata cikgunya bila melihat Afina menggambil kertas menggunakan tangan kiri.”Sorry cikgu, tangan kanan saya kotor, ada coklat, saya nak buang ni”. Jelas Afina sambil berlari ke bakul sampah. Aktiviti mewarna bermula. “Saya nak warna cantik-cantik, warna biru cantik tak untuk baju budak perempuan ni?’ “Bi ru : Biru.Blue “Ba ju: Baju. Sa ya:Saya”. Black itu hitam Bunyi Afina bercakap dan mengeja. “Cikgu, betul tak saya eja tadi?, tanya Afina kepada gurunya. “Ok, betul semua, pandai”, jawab guru. “Yeay, betul..betul” sorak Afina riang . -Afina seorang kanak-kanak yang berakhlak baik, pandai berterima kasih dan pandai meminta maaf. -Pandai menggunakan perkataan “sorry” sewaktu meminta maaf. -Afina mewarna baju kanak- kanak perempaun di dalam kertas lukisan dengan warna biru. -Afina pandai menyebut dan mengeja warna dan membezakan dua jenis bahasa. -Bertanya gurunya untuk mendapatkan jawapan dan gembira mendapat pujian.
  • 8. 6 3. Laporan pemerhatian Domain Perkembangan Fizikal Nama : Nur Afina Bt Rusdy Umur : 6 Tahun Tarikh : 13 Febuari 2019 Hari : Khamis Masa : 8.30 pagi Aktiviti: Bermain Baling Bola Dalam Bakul DOMAIN PEMERHATIAN CATATAN Perkembangan Fizikal Cikgu minta kanak-kanak membuat 2 barisan, satu barisan kanak-kanak lelaki dan satu barisan kanak-kanak perempuan. Permainan Baling Bola dalam bakul bermula. Afina terlompat-lompat, bersorak dan bertepuk tangan kegembiraan bersama kawan-kawannya. Mulutnya juga bising sekali memberi sokongan kepada kawan di hadapannya. Afina peseta akhir perempuan, dia menangkap bola dari kawannya dengan baik, berlari ke tengah padang dan membaling bola masuk ke dalam bakul, lalu menarik tangan kawannya menuju ke garisan penamat. Dia berlari laju sekali, penuh bersemangat. “Kita menang”. katanya sambil bersorak dengan kawan-kawan. -Afina seorang kanak-kanak yang cerdas dan mengikut peraturan. -Afina melompat, menepuk tangan dan bersorak kegembiraan sewaktu bermain. -Dia kelihatan sangat cerdas, bersungguh-sungguh untuk menang dalam permainan.
  • 9. 7 2.2 Penilian Perkembangan Berdasarkan Pemerhatian Hasil pemerhatian yang dilakukan berdasarkan 3 aspek perkembangan ini boleh dirumusskan seperti berikut:- a) Perkembangan Sosio Emosi Sosio emosi adalah merupakan satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam dunia masyarakat dan belajar untuk mengawal emosi, pemikiran dan juga tindakan agar dapat menyesuaikan diri dalam hidup bermasyarakat. Perkembangan kanak-kanak dapat dilihat dari segi pergaulan mereka dengan rakan sebaya dan cara mereka bertingkah laku. Noor Azima (2010) pula menyatakan bahawa perkembangan sosio emosi kanak-kanak adalah berkaitan dengan keupayaan kanak-kanak berinteraksi dan memberi tindak balas emosi berkaitan dengan situasi dan keadaan. Kanak-kanak yang diperhatikan telah menunjukkan dia seorang kanak-kanak yang mempunyai emosi positif iaitu mempunyai sikap untuk berkongsi makanan dan berinteraksi dengan baik sekali. Kanak-kanak ini juga mempunyai nilai murni yang tinggi semasa memujuk dan menggosok bahu Auni sewaktu mengajak berkongsi makanan dengannya. Ini menunjukkan perasaan empati timbul pada diri dan mula memahami perasaan orang lain. Perasaan empati akan memotivasikan kanak-kanak agar memujuk, mengambil berat atau menghiburkan hati rakan yang sedang kesusahan. (Shaffer, 1999). Sifat Afina yang menegur guru-guru yang dia kenali, menunjukkan yang dia suka berkawan dan menjalinkan hubungan baik. Ini bertepatan dengan Teori Perkembangan Jean Piaget yang menjelaskan bahawa pada peringkat usia 6 tahun kanak- kanak telah dapat menunjukkan sikap suka bergaul dengan rakan dan kenalan. b) Perkembangan Bahasa Bahasa merupakan salah satu bentuk komunikasi. Ia mungkin dalam bentuk percakapan, menggunakan simbol ataupun menulis. Ia juga memainkan peranan penting bagi perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut teori tokoh perkembangan Bahasa Lev Vygotsky, perkembangan bahasa kanak-kanak dipengaruhi oleh faktor persekitaran sosial dan juga budaya melalui interaksi orang dewasa, rakan, sekolah dan sebagainya. Seorang kanak-kanak akan menguasai kemahiran
  • 10. 8 bahasa terlebih dahulu sebelum dia menguasai kemahiran membaca dan menulis. Proses mengenali dan menguasai kemahiran bahasa ini akan berlaku secara semulajadi kepada kanak- kanak (Isernberg, J. P., & Jalongo M. R, 2010). Kanak-kanak yang diperhatikan telah menunjukkan seorang kanak-kanak yang mempunyai kemahiran bahasa yang agak baik. sopan dalam berbicara. Pandai memohon maaf sewaktu melakukan perkara yang salah. Iaitu semasa mengambil kertas menggunakan tangan kiri. Kanak-kanak ini juga didapati sudah boleh mengeja perkataan mudah seperti biru, baju, saya dan ia juga boleh membezakan dua bahasa pertuturan apabila menyebut biru – blue. Perkembangan kemahiran bahasa bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun sedang berlaku dengan baik (Jameyah,Sopia, Hassan,Aini, Rohani, Nani... Faizah (2013). Menurut Teori Perkembangan Psikososial Erikson (1950), pada tahap keempat iaitu tahap industri lawan rasa rendah diri, menyatakan kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun akan mula menguasai kemahiran asas seperti membaca, mengeja, menulis dan mengira. Kanak-kanak tahap ini juga akan melakukan tugasan yang di berikan dengan tekun dan penuh minat. Kanak-kanak ini suka menyoal dan ingin mendapatkan perhatian dan pujian, ini menepati Teori Perkembangan Erik Erikson yang menyatakan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun suka dan kerap kali bertanyakan soalan dan mahukan penjelasan untuk setiap situasi yang berlaku. c)Perkembangan Fizikal. Perkembangan fizikal merupakan perkara yang menekankan aspek-aspek asas mengenai pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan juga ceria. Dalam proses mendidik kanak-kanak, perkembangan fizikal, sangat penting dan perlu di beri perhatian, ini adalah kerana ia akan mempengaruhi kesejahteraan psikologi kanak-kanak. Di dalam Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan (Kementerian Pendidikan Malasia, 2003), perkembangan fizikal kanak-kanak ini terdiri daripada kebersihan alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan juga psikomotor. Perkembangan fizikal juga di kaitkan dengan kebolehan kanak-kanak dalam menggunakan anggota tubuh badan, otot dalam menjalankan aktiviti harian.
  • 11. 9 Pemerhatian mendapati Afina telah tahu, faham dan dapat membezakan tentang identiti diri atau jantina dengan beratur di barisan yang betul iaitu barisan kanak-kanak perempuan. Ini berkait dengan teori Perkembangan Psikoseksual oleh Freud, dimana menurut teori ini, kanak- kanak berumur 3 hingga 6 tahun telah menyedari perbezaan jantina. Afina juga patuh pada peraturan permainan dan sangat suka berkawan, ini menepati teori tugasan Perkembangan Havighurst yang menyatakan kanak-kanak di peringkat 4 hingga 6 tahun, suka berkawan dan suka melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan. Menurut teori Erikson pula, kanak-kanak berumur 6- 11 tahun berusaha untuk mencapai kejayaan dan kegagalan akan membawa rasa rendah diri. Pemerhatian juga menunjukkan bahawa perkembangan fizikal kanak-kanak ini sedang berlaku dan bertepatan dengan usianya di mana, kanak-kanak ini boleh melompat, berlari dan memasukkan bola kedalam bakul, bertepatan dengan Teori Perkembangan Robert Havighust, kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun pada peringkat ini mereka mula belajar kemahiran- kemahiran fizikal seperti bermain dan beriadah.
  • 12. 10 3.0 KESIMPULAN Santrock (2008) dalam Haliza Hamzah, & Joy N. Samuel. (2011), ada menyatakan perkembangan adalah perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosio emosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat seseorang. Pertumbuhan adalah satu proses perubahan struktur dan juga fisiologi yang bersifat kuantitatif iaitu dapat dilihat dan boleh diukur. Kajian ahli psikologi menyatakan perkembangan kanak-kanak di kategorikan kepada lima domain iaitu fizikal, sosio- emosi, moral, kognitif dan perkembangan bahasa. (Rohani Abdullah, 2016). Kelima-lima aspek ini pula dipengaruhi oleh faktor baka dan faktor persekitaran. Pengetahuan dan penguasaan guru khasnya guru pendidikan awal kanak-kanak terhadap perkembangan kanak-kanak sangat diperlukan. Ini adalah disebabkan ianya dapat membantu guru dalam mengenal pasti perkembangan mereka bersesuaian dengan usia. Justeru itu, sekiranya terdapat kelewatan perkembangan mereka dalam apa juga aspek, pengesanan awal dapat dilakukan. Ini membantu untuk guru merujuk kepada pihak berkaitan, Ekoran pengesanan awal ini akan dapat membantu mencegah kelewatan perkembangan ini daripada berpanjangan.. Seterusnya, pengetahuan tentang perkembangan kanak-kanak ini juga dapat membantu guru pendidikan awal dalam melaksankan proses pengajaran dan pembelajaran bertepatan dengan perkembangan mereka agar proses pengajaran dan pembelajaran ini akan memberi kesan secara maksimum.(Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz, 2008). Ianya akan membantu guru dalam merancang, mengurus dan melaksanakan sessi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
  • 13. 11 BAHAGIAN B 1.0 Huraian Tentang Teori (Teori Ekosistem). Terdapat pelbagai teori berhubung dengan perkembangan kanak-kanak yang boleh menjadi panduan kepada para guru khasnya guru pendidikan awal kanak-kanak. Antaranya adalah teori Hierarki Keperluan Maslow, Teori Ekosistem, Teori Pembelajaran Sosial dan Teori Sistem Keluarga. Bagi tugasan ini pilihan teori yang akan diperincikan ialah teori Ekosistem Perkataan “ekosistem ataupun ekologi” adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa Greek, yang membawa maksud habitat atau rumah (Bronfenbrenner, 1979). Ekosistem merujuk kepada saling berhubungan dan saling bergantung antara satu sama lain (i.e., manusia) dan juga persekitarannya (Bronfenbrenner, 1979; Dale, Smith, Norlin & Chess, 2009). Teori ini telah diperkenalkan oleh Urie Bronfenbrenner (1979). Teori perkembangan ekosistem adalah teori yang menekankan tentang pengaruh persekitaran ke atas perkembangan individu. Teori ini menyatakan bahawa proses perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh sistem perhubungan yang terjalin di sekelilingnya dan sangat berkait seperti keluarga, rumah, sekolah, komuniti dan juga masyarakat. Teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989) dalam Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel (2011), menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak di pengaruhi oleh lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem, mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem seperti Rajah 1.1 dibawah:- Rajah 1.1: Teori Ekologi Bronfenbrenner Sumber: Google Image
  • 14. 12 a) Mikrosistem Mikrosistem berada di tengah-tengah pusat sistem dan ianya merupakan komponen paling kecil sekali. Merujuk kepada konsep teori ini, kanak-kanak merupakan individu yang berada dalam ruang lingkup mikro yang berpusat di tengah sistem, dan boleh dipengaruhi oleh faktor persekitaran. (Mariani Md. Nor, 2006). Ia mempunyai hubung kait dengan persekitaran terdekat kanak-kanak tinggal dan menghabiskan paling banyak masa bersama dengannya. Ia terdiri daripada keluarga, guru, individu, rakan sebaya, sekolah dan juga persekitaran yang terlibat secara langsung dengan kanak-kanak. Ibu bapa adalah agen sosialis yang paling utama dalam kehidupan kanak-kanak. Faktor persekitaran dalam keluarga adalah faktor yang paling utama dan penting yang dapat mempengaruhi perkembangan minda, fizikal dan juga emosi kanak-kanak. (Dr. Rohani Abdullah, 2016). b)Mesosistem Mesosistem adalah lapisan kedua dalam Teori ekosistem yang membawa maksud kaitan ataupun hubungan dengan mikrosistem. Ianya berkaitan antara rumah- sekolah, rakan sebaya, keluarga ataupun juga jiran.. Hubungan keluarga dengan persekitaran contohnya dengan jiran, guru dan juga rakan sebaya adalah merupakan pengaruh penting dalam perkembangan psikologi kanak-kanak. Hubungan yang baik akan memberi kesan yang positif dan hubungan yang harmoni akan terbentuk. Jika hubungan tidak baik, ia akan meninggalkan kesan yang negatif dan emosi yang tidak stabil dan akan menjejaskan perkembangannya. c)Ekosistem Ekosistem adalah lapisan kedua dalam Teori ekositem. Ia merupakan unsur dari mikrosistem yang tidak menganggu kanak-kanak secara langsung, namun begitu keputusan ataupun pengalaman yang diambil oleh individu yang hampir dengannya, akan memberi kesan kepada kanak-kanak.
  • 15. 13 d) Makrosistem. Makrosistem adalah berkaitan dengan perkembangan individu yang dipengaruhi dengan corak, nilai, budaya dan juga amalan sesebuah masyarakat. Ia juga berkaitan dengan hukum agama, adat istiadat, budaya dan sebagainya. e) Kronosistem Lapisan ini berkaitan dengan perubahan keadaan dalam demensi masa. Perubahan yang berlaku disekeliling kanak-kanak akan menyebabkan perbezaan dan memberi kesan kepada perkembangannya. Contoh perubahan adalah seperti mendapat adik baru, berlaku perceraian kedua ibu bapa, kematian ahli keluarga, kehilangan pekerjaan dan juga perubahan politik dan juga ekonomi. 2.0 PENERAPAN TEORI KEPADA PEMERHATIAN Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan ini, jelas menunjukkan bahawa teori ekologi Brofrenbrenner berkaitan dengan perkembangan seseorang individu. Ianya merangkumi lima sistem yang berhubung dengan persekitaran. Lima sistem ini adalah mikrosistem, mesosistem, eksosistem, makrosistem dan kronosistem. Ibu bapa mempunyai peranan penting iaitu sebagai agen sosialis, dalam kehidupan kanak-kanak dan mempunyai pengaruh paling besar ke atas semua aspek perkembangan mereka. Kesemua lima sistem tersebut memberikan implikasi kepada para guru dalam menyediakan diri ke arah proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Berdasarkan kepada teori ini, kita dapat membuat penelitian berkaitan dengan proses-proses perkembangan yang berlaku secara berperingkat.
  • 16. 14 Melihat dari segi percakapan dan budi bahasa kanak-kanak ini berbual dengan nada yang sopan, menggunakan perkataan yang baik dan sesuai dengan keadaan, maka benarlah kajian Teori Ekologi Bronfenbrenner yang menyatakan dalam peringkat mikrosistem, ibu bapa merupakan agen persekitaran yang paling aktif berfungsi dan asuhan ibu bapa memberi kesan yang paling besar dan dapat mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku kanak-kanak. Gaya keibubapaan yang ibubapa amalkan atas seseorang kanak-kanak akan memberi implikasi atas perkembangan. Menurut kajian Teori Ekologi Bronfrenbrenner dalam pringkat mesosistem bahawa keadaan yang berlaku di rumah akan mempengaruhi emosi dan tingkah laku seseorang kanak- kanak. Ini jelas dapat di lihat emosi kanak-kanak yang di perhatikan tersebut, dia gembira sewaktu samapi awal pagi di sekolah, ini adalah kerana ibu bapanya telah menyiapkan bekalan untuknya, hatinya merasa gembira, berbanding dengan rakannya, yang beremosi marah kerana tidak di beri bekalan makanan oleh ibu bapanya. Keadaan tersebut nampak dengan jelas bahawa pengaruh di dalam rumah sangat mempengaruhi emosi kanak-kanak. Di sekolah tempat kanak-kanak ini bersekolah menyediakan ruang untuk kanak-kanak beriadah, dan juga ruang makan, ini antara kemudahan yang akan memberi kesan kepada kanak- kanak dan juga orang dewasa yang turut sama terlibat. Ini adalah berkaitan dengan peringkat ekosistem di mana, persekitaran yang melibatkan kanak-kanak secara tidak langsung, tetapi tetap memberi kesan kepadanya. Di sekolah, tugas guru bukan hanya terbatas mengajar semata-mata, malah dia perlu menjadi pembimbing kepada kanak-kanak. Guru yang baik akan sentiasa menjadi contoh kepada anak muridnya, memberi nasihat atau teguran membina. Mengikut lapisan maesosistem dalam teori ini guru ada menegur kanak-kanaknya yang mengambil kertas menggunakan tangan kiri, dan meminta kanak-kanak itu mengambil dengan tangan kanan, ini menunjukkan guru peka pada tingkah laku muridnya.
  • 17. 15 Menurut sistem eksosistem dalam Teori Perkembangan Ekologi, pengalaman seseorang akan mempengaruhi individu lain dan ianya berlaku secara tidak langsung. Ini dapat di lihat di mana perancangan pengajaran yang di rancang oleh guru telah dapat dicapai kerana kanak-kanak bersikap positif semasa menjalankan aktiviti mewarna dan bermain aktiviti. Jelas di sini dapat di nyatakan Teori Ekologi menurut Bronfenbrenner (1978) menunjukkan bahawa interaksi antara kanak-kanak dengan keadaan di persekitarannya sangat mempengaruhi perkembangan dan juga pertumbuhan seorang kanak-kanak dan persekitaran juga adalah satu faktor yang mendorong ke arah proses perkembangan individu. 3085 perkataan
  • 18. 16 Rujukan Buku Dr Rohani Abdullah, (2016). HBEC3203, Psikologi Kanak-Kanak: Open Universiti Malaysia. Dr Mastura Badzis, Prof Madya Hazidi Abdul Hamid, Mahani Abdul Malik, (2016) HBEC1103, Pengenalan Kepada Pendidikan Awal Kanak-Kanak: Open University Malaysia. Noriati A. Rashid, Boon Pong Yong, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2015), Murid dan Alam Belajar: Oxford Fajar Sdn. Bhd Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan, Abdul Aziz Abdul Shukor (2008), Psikologi Pendidikan: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Noralina Omar (2016), Ekologi Keluarga Dan Kesejahteraan Hidup Kanak-Kanak Miskin Di Malaysia. Fakulti Sastera Dan Sains Sosial Universiti Malaya Kuala Lumpur
  • 19. 17