SlideShare a Scribd company logo
Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 350-356
Pendidikan, Kurikulum Dan Masyarakat : Satu Integrasi
Akhmal Annas Hasmori¹, Hussin Sarju², Ismail Sabri Norihan²
Rohana Hamzah² & Muhammad Sukri Saud²
,
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor, Malaysia
ABSTRAK : Pendidikan merupakan salah satu agenda utama dalam perancangan
pembangunan negara. Hasil kepada proses pendidikan yang berpanjangan, maka akan wujud
sebuah ketamadunan yang dapat berdiri megah dengan berpaksikan pendidikan bersifat
universal. Bagaimanapun, proses pembentukan modal insan perlu melihat semula kepada
pemahaman yang jitu dan tulen akan definisi pendidikan, kurikulum dan masyarakat supaya
signifikan dalam membentuk integrasi ketiga – tiga komponen. Dalam konteks ini,
pendidikan, kurikulum dan masyarakat sebenarnya saling bergantungan antara satu sama lain.
Menerusi definisi yang dihuraikan dan disimpulkan, dapat dikaitkan bahawa hanya dengan
pendidikan dan perancangan kurikulum yang mantap, maka akan lahir masyarakat yang
mampu hidup dengan jiwa kesederhanaan dan tahu akan tujuan penciptaannya. Melihat
kepada perkaitan yang dibuat mengenai komponen pendidikan, kurikulum dan masyarakat,
maka dalam konteks ini kita boleh membuat pengaplikasian menerusi penerapan konsep
pendidikan bersepadu. Konsep pendidikan sepadu ini kemudiannya dilanjutkan kepada proses
pengintegrasian pendidikan, kurikulum dan masyarakat. Akhirnya, kita akan membentuk
sebuah masyarakat yang berjiwa sederhana, mengenal hakikat kebenaran, mengaplikasikan
ilmu pengetahuan dengan cara yang betul dan seterusnya mencapai konsep mengenal hakikat
diri.
Katakunci : Pendidikan, Kurikulum, Masyarakat, Konsep Sepadu, Konsep Pendidikan Bersepadu
Abstract : Education is one of the main agenda of national development planning. The result
of the prolonged educational process, then there will be a civilization that can stand proudly
with the centered education is universal. However, the formation of human capital need to
look back on a strong and genuine understanding will be the definition of education,
curriculum and society so significant in shaping the integration of the three components. In
this context, education, curriculum and society actually interdependent with one another.
Through a detailed definition and conclude, that can be associated only with education and a
sound curriculum planning, so that people could be born alive with a spirit of moderation and
know the purpose of its creation. See the relevance of the components made of education,
curriculum and society, then in this context we can make the application through the
application of the concept of integrated education. The concept of integrated education was
later extended to the integration of education, curriculum and community. Finally, we will
create a simple-minded people, recognize the reality of truth, apply the knowledge in the right
way and achieve self-actualization concept.
Keywords : Education, Curriculum, Community, Integrated Concept, The Concept Of Integrated Education
1.0 PENGENALAN
Pendidikan merupakan salah satu agenda utama dalam perancangan pembangunan negara.
Saban tahun, di dalam pembentangan Bajet Tahunan Malaysia, bidang pendidikan mendapat
Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan,Rohana Hamzah²& Muhammad Sukri Saud/ Journal of Edupres 351
peruntukan terbesar dan ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan lagi
bidang pendidikan. Rakyat dalam sesebuah negara memerlukan pendidikan yang mencukupi
dan bersesuaian agar dapat mewujudkan kesejahteraan hidup yang berpanjangan dan
berkekalan. Hasil kepada proses pendidikan yang berpanjangan, maka akan wujud sebuah
ketamadunan yang dapat berdiri megah dengan berpaksikan pendidikan bersifat universal.
Tajul Ariffin (2010) menyatakan bahawa fokus akhir kepada sebuah pendidikan yang mulia
adalah untuk meneroka, membina dan melindungi kebenaran yang bersifat universal ataupun
sejagat.
Bagaimanapun, wujud keperluan untuk kita memperhalusi semula keperluan
penglibatan masyarakat dalam sistem pendidikan. Apa yang berlaku pada masa kini adalah,
masyarakat terlalu berkehendakkan pendidikan yang mampu mengikuti kehendak mereka.
Pendidikan tidak lagi dipandang sebagai suatu wadah yang mampu membina keutuhan
masyarakat. Semua ini berlaku akibat sentimen kebendaan yang semakin menular akibat
daripada pengaruh sekularism dan arus perubahan globalisasi. Menurut Tajul Ariffin dan Nor
‘Aini (2002), dalam menelusuri zaman globalisasi yang cukup mencabar ini, dimensi
kebendaan dilihat semakin rakus merobek jiwa manusia dengan pengaruh negatif yang boleh
membinasakan akhlak dan moral manusia.
Justeru, adalah wajar kita merenung kembali dan bersama – sama merencanakan
pendidikan yang mampu membawa perubahan kepada masyarakat. Dalam masa yang sama,
masyarakat juga tidak ketinggalan mengikuti arus dan badai yang dihadapi dalam dunia
pendidikan sebenar. Di sinilah titik permulaan terhadap proses integrasi yang mana
melibatkan pendidikan dan masyarakat dengan penambahan satu lagi komponen pendidikan
iaitu kurikulum.
2.0 KOMPONEN PERUBAHAN
Seperti diketahui umum, pendidikan adalah sebahagian daripada proses yang dapat
membangunkan sesebuah negara menerusi kelahiran ramai modal insan yang berilmu dan
berketerampilan. Modal insan itu nanti akan memberi sumbangan berbentuk penyelidikan dan
pembangunan serta penghasilan menerusi inovasi dan kreativiti. Modal insan itu juga mampu
mewujudkan sebuah masyarakat yang bertamadun dan kekal utuh.
Bagaimanapun, proses pembentukan modal insan tersebut perlu melihat semula
kepada pemahaman yang jitu dan tulen akan definisi pendidikan, kurikulum dan masyarakat
supaya signifikan dalam membentuk integrasi ketiga – tiga komponen. Ini bagi melahirkan
lebih ramai modal insan yang dapat terus membangunkan negara berdasarkan kebenaran
universal.
3.0 PENDIDIKAN
Pendidikan mempunyai beberapa skop definisi. Pendidikan adalah suatu usaha yang
dilakukan bagi membangunkan potensi yang ada di dalam diri manusia. Menurut Hasan
(2003), pendidikan dapat dihuraikan menerusi dua sudut pandangan. Sudut pandangan yang
pertama adalah berkaitan dengan masyarakat. Masyarakat memandang pendidikan sebagai
suatu proses pewarisan atau penyaluran kebudayaan yang mengandungi nilai – nilai budaya
oleh generasi tua kepada generasi muda secara berterusan supaya kelangsungan hidup
sesebuah masyarakat dapat berlaku.
Sudut pandangan yang kedua pula adalah menjurus kepada individu. Menerusi sudut
individu, pendidikan merupakan proses membangunkan dan menggilap potensi-potensi yang
Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan,Rohana Hamzah²& Muhammad Sukri Saud/ Journal of Edupres 352
sememangnya ada dalam diri manusia sehingga potensi-potensi tersebut dapat mewujudkan
kemampuan tertentu bagi menjamin kehidupan manusia yang seimbang dan normal.
Selain daripada pembangunan potensi yang ada pada individu, pendidikan juga
membolehkan manusia berinteraksi sesama manusia. Robiah (1998) mendefinisikan
pendidikan sebagai:
interaksi antara individu – individu dengan individu lain atau interaksi antara
individu dengan kumpulan – kumpulan sosial tertentu
(Robiah, 1998: 3)
Dalam proses pendidikan, sememangnya wujud suatu interaksi iaitu perhubungan dan
komunikasi antara manusia dan manusia sama ada secara formal atau tidak formal, terancang
atau tidak yang mana akhirnya membawa kepada perkembangan keseluruhan manusia dan
kumpulan – kumpulan manusia. Bagaimanapun, untuk memantapkan lagi proses pendidikan
itu, komponen kurikulum perlu diberi perhatian dan sebagai sokongan terhadap kelangsungan
proses tersebut.
4.0 KURIKULUM
Apabila berbicara mengenai kurikulum, terdapat pelbagai definisi mengenainya dan perkaitan
dengan pendidikan. Menurut Hasan Langgulung (2003), definisi kurikulum dapat dilihat
menerusi empat aspek utama iaitu:
i. Matlamat yang ingin dicapai menerusi pendidikan
ii. Segala ilmu pengetahuan, maklumat, data, program dan pengalaman yang
membentuk kurikulum
iii. Metodologi dan kaedah mengajar yang dilaksanakan oleh guru untuk mengajar &
menarik minat pelajar untuk belajar
iv. Metodologi dan kaedah penilaian yang dilaksanakan dalam mengukur dan menilai
kurikulum dan hasil kepada proses pendidikan yang dirancang
Selain itu, kurikulum didefinisikan sebagai satu budaya dan ilmu pengetahuan untuk
membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada kumpulan murid yang
tertentu (Mohd Daud,1995). Justeru dalam konteks ini, berpandukan kepada definisi
kurikulum yang dinyatakan, kurikulum adalah matlamat pendidikan yang meliputi segenap
aspek ilmu pengetahuan, peranan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan
membudayakan ilmu pengetahuan, dan juga bagaimana kaedah dan metodologi dalam
mengukur dan menilai sesuatu kurikulum yang digubal.
Dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia, kurikulum merupakan proses
merencana, menyepadukan, mentafsir maksud, matlamat dan objektif kurikulum. Ia juga
berkaitan dengan menterjemah isi kandungan pelajaran dan melaksanakannya dalam bentuk
pelajaran sesuatu disiplin ilmu. Menurut Abdul Fatah (2003), kurikulum kebangsaan ialah
suatu program pendidikan meliputi semua aspek kurikulum dan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan dan kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan
kepercayaan yang dapat membantu perkembangan individu menjadi insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek dan mempertingkatkan nilai moral dan akhlak. Langsung
daripada itu, para pendidik dilihat lebih sebagai agen pelaksana kurikulum dan seterusnya
mampu merealisasikan kandungan Falsafah Pendidikan Negara.
Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan,Rohana Hamzah²& Muhammad Sukri Saud/ Journal of Edupres 353
Melihat kepada huraian definisi kurikulum yang telah diterangkan, ternyata kurikulum
ini adalah sebahagian daripada pendidikan. Tanpa kurikulum maka akan pincang proses
pendidikan. Lanjutan itu, apabila kurikulum dalam pendidikan digubal dengan mantap dan
berkesan, sudah pasti hasilnya akan dilihat dalam pembentukan masyarakat.
5.0 MASYARAKAT
Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada berinteraksi dengan persekitaran. Asas kepada
interaksi itu bermula dengan pembentukan sebuah keluarga. Apabila keluarga tersebut
berkembang, akan wujud sebuah masyarakat. Masyarakat, menurut Kamarudin dan Siti Hajar
(1998), dapat didefinisikan sebagai manusia yang hidup bersama di dalam suatu kumpulan di
suatu tempat dengan mengikut cara dan aturan tertentu, konsep pergaulan hidup dan
hubungan sosial secara keseluruhan di antara kumpulan. Justeru, di dalam masyarakat
sebenarnya terdapat aturan ataupun penerimaan kebersamaan mengenai sesuatu perkara sama
ada perkara baik atau buruk.
Selain itu, seperti yang telah dinyatakan, interaksi antara individu juga merupakan
sebahagian daripada aktiviti di dalam masyarakat. Menurut Sharifah Alwiah (1985),
masyarakat boleh ditafsirkan sebagai
sekumpulan individu yang berinteraksi, berkongsi bidang kawasan dan
mengambil bahagian di dalam kebudayaan yang sama.
(Sharifah Alwiah, 1985: 49)
Jika melihat kepada definisi yang diambil dalam konteks ini, pembentukan masyarakat
sebenarnya bermula apabila sesuatu individu atau keluarga mendiami sesuatu kawasan.
Setelah itu, interaksi antara ahli di dalam kawasan itu akan mewujudkan jaringan komunikasi
yang akan meluas dan seterusnya membentuk satu penerimaan kebersamaan yang boleh
diterima oleh semua pihak di dalam masyarakat itu.
Jika melihat kepada konteks yang lebih luas, masyarakat sebenarnya meliputi
penduduk yang mendiami suatu kawasan yang luas dan mempunyai pentadbir tersendiri.
Amir Hasan (2002) mentafsirkan masyarakat sebagai manusia yang tinggal secara
berkumpulan di dalam sesuatu wilayah. Ahli – ahli di dalam masyarakat itu mempunyai
sistem untuk berinteraksi antara satu sama lain, mempunyai kesamaan ciri – ciri tertentu dan
bernaung di bawah sistem pentadbiran yang sama.
Dalam konteks ini, pendidikan, kurikulum dan masyarakat sebenarnya saling
bergantungan antara satu sama lain. Menerusi definisi yang dihuraikan dan disimpulkan,
dapat dikaitkan bahawa hanya dengan pendidikan dan perancangan kurikulum yang mantap,
maka akan lahir masyarakat yang mampu hidup dengan jiwa kesederhanaan dan tahu akan
tujuan penciptaannya. Keadaan ini dapat dicapai menerusi interaksi pelbagai role player di
dalam bidang pendidikan seperti guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat.
Melihat kepada perkaitan yang dibuat mengenai komponen pendidikan, kurikulum dan
masyarakat, maka dalam konteks ini kita boleh membuat pengaplikasian menerusi penerapan
konsep pendidikan bersepadu (Tajul Ariffin dan Nor ‘Aini, 2002). Konsep pendidikan
bersepadu adalah suatu pendekatan dalam pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan As-
Sunnah, yang mana dengan berteraskan aqidah yang luhur, maka akan wujud integrasi
pelbagai disiplin ilmu intelektual dalam melahirkan komuniti atau masyarakat. Konsep ini
boleh disesuaikan dengan komponen utama dalam konsep bersepadu.
Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan,Rohana Hamzah²& Muhammad Sukri Saud/ Journal of Edupres 354
Rajah 1 menunjukkan komponen utama dalam konsep bersepadu sebagaimana yang
disyorkan oleh Tajul Ariffin (1993). Rajah tersebut secara langsung membuat perkaitan di
antara hubungan manusia dengan Pencipta iaitu Allah s.w.t, manusia dengan manusia dan
manusia dengan alam. Sebenarnya, semua ciptaan Allah s.w.t mempunyai perkaitan yang
tersendiri dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Bagaimanapun, kunci kepada
keberhasilan perkaitan tersebut sudah tentu berfokus kepada kurikulum yang dinamik dan
berpaksikan konsep pendidikan sepadu dan perancangan pendidikan yang holistik. Dengan
erti kata lain, kurikulum dan pendidikan boleh memandu manusia ke arah mengenal diri dan
mengetahui tanggungjawab kepada Pencipta (Tajul Ariffin, 1993).
Rajah 1: Komponen utama dalam konsep bersepadu (Sumber: Tajul Ariffin (1993))
Seperkara lagi, apabila telah terbina pemahaman kendiri dan kenal tanggungjawab
terhadap Pencipta, manusia secara langsung akan menjaga hubungan yang baik dan murni
sesama manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Ini berkait rapat dengan
pemahaman terhadap pendidikan di mana pendidikan mewujudkan interaksi bukan sahaja
antara manusia, malahan juga interaksi dengan alam.
Konsep bersepadu ini memandu manusia di dalam perlakuan dan perbuatan seharian.
Ini berlaku apabila paksi kepada konsep sepadu adalah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Justeru, konsep bersepadu dalam pendidikan sesuai untuk diterjemahkan ke dalam proses
integrasi komponen perubahan iaitu pendidikan, kurikulum dan masyarakat.
6.0 PENGINTEGRASIAN PENDIDIKAN, KURIKULUM DAN MASYARAKAT
Dalam mendepani arus modenisasi di dalam sistem pendidikan negara, wujud keperluan
untuk mempercepatkan proses pengintegrasian antara ketiga – tiga komponen. Diharapkan
menerusi proses pengintegrasian ini nanti, modal insan yang akan dihasilkan kelak dapat
menghadapi sebarang cabaran yang mendatang sama ada dari dalam atau luar negara.
Rajah 2 menunjukkan cadangan kepada model integrasi kurikulum, pendidikan dan
masyarakat. Model ini merangkumi ketiga – tiga komponen perubahan yang telah dihuraikan.
Dengan mengambil konsep kesepaduan dalam kurikulum (Tajul Ariffin dan Nor ‘Aini, 2002),
model ini adalah berpaksikan kepada kurikulum yang didasarkan kepada paksi utama iaitu Al-
Quran dan As-Sunnah dan juga kesepaduan ilmu intelektual. Dalam kesepaduan kurikulum,
tiga dimensi akan dilibatkan secara total iaitu manusia, alam dan Allah S.W.T. Nilai murni
Manusia
(Insan)
Tuhan
(Allah S.W.T)
ALAM
(Ciptaan Allah S.W.T)
Manusia
(Insan)
Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan,Rohana Hamzah²& Muhammad Sukri Saud/ Journal of Edupres 355
juga akan turut diterapkan ke dalam kurikulum sepadu supaya manusia mempunyai keutuhan
nilai dan jiwa yang penuh keserhanaan.
Rajah 2: Cadangan Model Integrasi KPM
Apabila kurikulum yang bersepadu telah dirancang dengan rapi, maka ia akan
dilaksanakan di dalam sistem pendidikan. Menurut Tajul Ariffin dan Nor ‘Aini (2002),
matlamat akhir pendidikan adalah mewujudkan insan yang berintelek, mutliskill, serta
bersikap proaktif dan positif terhadap ilmu pengetahuan. Matlamat akhir pendidikan ini akan
membawa insan memahami akan kebenaran, makna dan tujuan hidup manusia yang akhirnya
mencapai self-actualization (Rohana, 2010).
Di sini, guru memainkan peranan yang besar dalam menyampaikan isi kandungan
kurikulum sepadu. Guru perlu mempunyai kesediaan yang mantap dalam berfikir secara
beradab dalam pada memahami ilmu – ilmu dalam kurikulum sejelas-jelasnya (Tajul Ariffin
dan Nor ‘Aini, 2002). Dengan sistem pendidikan yang dijalankan menerusi konsep sepadu,
insan yang akan dilahirkan kelak akan mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap, kemahiran
yang tinggi dan juga akhlak yang baik serta dapat menongkah arus dalam hidup
bermasyarakat.
Masyarakat sebenarnya memainkan peranan yang besar di dalam memastikan
kelangsungan sistem pendidikan. Menurut Rohana (2010), pada masa kini, fokus dan
matlamat pendidikan adalah berasaskan kepercayaan, nilai, ilmu yang diterima oleh
masyarakat. Keadaan ini mengakibatkan insan yang dilahirkan hilang sifat kejiwaan dan
hilang dalam mengenal hakikat kejadian di muka bumi ini. Pendidikan juga perlu
menyediakan pelajar untuk menghadapi perubahan yang sering berlaku dalam masyarakat.
Justeru, apa yang diperlukan adalah menerusi kurikulum dan pendidikan yang sepadu,
unsur kejiwaan dan mengenal hakikat kejadian akan kembali diterapkan ke dalam jiwa dan
hati masyarakat. Ini bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang kekal utuh, tahan nilai dan
akhlak serta mempunyai ketamadunan yang dibanggakan. Jika keadaan tersebut masih
berkekalan atau tiada sumbangan atau sokongan daripada masyarakat, sudah tentu sistem
Kurikulum
Pendidikan
Masyarakat
Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan,Rohana Hamzah²& Muhammad Sukri Saud/ Journal of Edupres 356
pendidikan akan menjadi kucar-kacir dan hilang keberkesanannya. Dalam konteks ini,
masyarakat boleh memberi sumbangan yang aktif menerusi pelbagai cara untuk memajukan
sistem pendidikan. Antara kaedahnya adalah terlibat secara aktif di dalam Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG), menghadiri dan membantu majlis atau program yang dianjurkan oleh pihak
sekolah, dan memberi sumbangan berbentuk endowment untuk aktiviti sekolah.
7.0 PENUTUP
Kejayaan proses integrasi yang melibatkan tiga dimensi iaitu pendidikan, kurikulum dan
masyarakat bukanlah mengambil masa yang singkat untuk kita kecapinya. Proses ini
memerlukan sokongan semua pihak sama ada kerajaan, pegawai Kementerian Pelajaran
Malaysia, pendidik (guru), pelajar dan tidak ketinggalan masyarakat itu sendiri. Kita perlu
sentiasa komited dan meneruskan usaha yang mendalam bagi menghasilkan proses integrasi
yang berkesan dan mencakupi seluruh aspek. Akhirnya kita akan membentuk sebuah
masyarakat yang berjiwa sederhana, mengenal hakikat kebenaran, mengaplikasikan ilmu
pengetahuan dengan cara yang betul dan seterusnya mencapai self-actualization.
RUJUKAN
Abdul Fatah Hassan (2003). Pengenalan Falsafah Pendidikan . Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn.Bhd.
Amir Hasan Dawi. (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim: Quantum
Books.
Hasan Langgulung (2003). Asas – Asas Pendidikan Islam. Edisi Kelima. Jakarta: Pustaka Al
Husna Baru.
Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1998). Pengajian Melayu 5 dan 6:
Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber Budaya, dan Masyarakat Malaysia.
Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Daud Hamzah (1993). Liputan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Robiah Sidin (1998). Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.
Bhd.
Rohana Hamzah (2010). What is Education. Nota Kuliah Minggu 1. Skudai: UTM. Tidak
diterbitkan.
Sharifah Alwiyah Alsagoff. (1985). Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: Longman Malaysia
Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Noordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tajul Ariffin Noordin dan Nor ‘Aini Dan (2002). Pendidikan dan Pembangunan Manusia:
Pendekatan Bersepadu. Bandar Baru Bangi: As-Syabab Media.
Tajul Ariffin Noordin (2010). Pendidik Bina Kebenaran Universal. Pendidik, 69, 55 – 57.

More Related Content

What's hot

Pengantar pendidikan
Pengantar pendidikanPengantar pendidikan
Pengantar pendidikananitaairhi
 
Reformasi pendidikan di Indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...
Reformasi pendidikan di Indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...Reformasi pendidikan di Indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...
Reformasi pendidikan di Indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...
Dadang DjokoKaryanto
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
PENGANTAR PENDIDIKAN
PENGANTAR PENDIDIKANPENGANTAR PENDIDIKAN
PENGANTAR PENDIDIKANmellisaimell
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6matsaad65
 
Reformasi pendidikan di indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...
Reformasi pendidikan di indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...Reformasi pendidikan di indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...
Reformasi pendidikan di indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...
Dadang DjokoKaryanto
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
siti rahman
 
Pengantar ilmu pendidikan
Pengantar ilmu pendidikanPengantar ilmu pendidikan
Pengantar ilmu pendidikan
Fauzi Din
 
Pengantar Pengajian Profesional
Pengantar Pengajian ProfesionalPengantar Pengajian Profesional
Pengantar Pengajian Profesional
MuhammadAmiruddin25
 
Makalah Pengantar Pendidikan
Makalah Pengantar PendidikanMakalah Pengantar Pendidikan
Makalah Pengantar PendidikanMichant Lhoo
 
Kebijakan pendidikan
Kebijakan pendidikan Kebijakan pendidikan
Kebijakan pendidikan
Erik Kuswanto
 
13 strategi peningkatan mutu pendidikan melalui penerapan mbs konsep mbs meru...
13 strategi peningkatan mutu pendidikan melalui penerapan mbs konsep mbs meru...13 strategi peningkatan mutu pendidikan melalui penerapan mbs konsep mbs meru...
13 strategi peningkatan mutu pendidikan melalui penerapan mbs konsep mbs meru...Ummu Nihayah
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikanfiro HAR
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
Linda Yius
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraLinda Zain
 
What's hot (20)

Pengantar pendidikan
Pengantar pendidikanPengantar pendidikan
Pengantar pendidikan
 
Reformasi pendidikan di Indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...
Reformasi pendidikan di Indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...Reformasi pendidikan di Indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...
Reformasi pendidikan di Indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
PENGANTAR PENDIDIKAN
PENGANTAR PENDIDIKANPENGANTAR PENDIDIKAN
PENGANTAR PENDIDIKAN
 
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
 
Hsp moral y6
Hsp moral y6Hsp moral y6
Hsp moral y6
 
Reformasi pendidikan di indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...
Reformasi pendidikan di indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...Reformasi pendidikan di indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...
Reformasi pendidikan di indonesia dalam konteks otonomi daerah; DADANG DJOKO ...
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
Pancasila
PancasilaPancasila
Pancasila
 
Pengantar ilmu pendidikan
Pengantar ilmu pendidikanPengantar ilmu pendidikan
Pengantar ilmu pendidikan
 
Pengantar Pengajian Profesional
Pengantar Pengajian ProfesionalPengantar Pengajian Profesional
Pengantar Pengajian Profesional
 
Makalah Pengantar Pendidikan
Makalah Pengantar PendidikanMakalah Pengantar Pendidikan
Makalah Pengantar Pendidikan
 
Kebijakan pendidikan
Kebijakan pendidikan Kebijakan pendidikan
Kebijakan pendidikan
 
13 strategi peningkatan mutu pendidikan melalui penerapan mbs konsep mbs meru...
13 strategi peningkatan mutu pendidikan melalui penerapan mbs konsep mbs meru...13 strategi peningkatan mutu pendidikan melalui penerapan mbs konsep mbs meru...
13 strategi peningkatan mutu pendidikan melalui penerapan mbs konsep mbs meru...
 
Makalah pendidikan berkarakter
Makalah pendidikan berkarakterMakalah pendidikan berkarakter
Makalah pendidikan berkarakter
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar15 konsep kepelbagaian pelajar
15 konsep kepelbagaian pelajar
 
Portofolio Pengantar Pendidikan
Portofolio Pengantar PendidikanPortofolio Pengantar Pendidikan
Portofolio Pengantar Pendidikan
 
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negaraPendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
Pendidikan sebagai pemangkin pembangunan kecermelangan insan dan negara
 
Hsp Moral Tahun Satu
Hsp Moral Tahun SatuHsp Moral Tahun Satu
Hsp Moral Tahun Satu
 
Viewers also liked

Assessment 2
Assessment 2Assessment 2
Assessment 2
Amie Joan Juanis
 
Ict 1
Ict 1Ict 1
Access n equity 1
Access n equity 1Access n equity 1
Access n equity 1
Amie Joan Juanis
 
Curriculum 2
Curriculum 2Curriculum 2
Curriculum 2
Amie Joan Juanis
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Jurang pendidikan 3
Jurang pendidikan 3Jurang pendidikan 3
Jurang pendidikan 3
Amie Joan Juanis
 
Assessment 1
Assessment 1Assessment 1
Assessment 1
Amie Joan Juanis
 
Assessment 3
Assessment 3Assessment 3
Assessment 3
Amie Joan Juanis
 
Access n equity 3
Access n equity 3Access n equity 3
Access n equity 3
Amie Joan Juanis
 
Access n equity 4
Access n equity 4Access n equity 4
Access n equity 4
Amie Joan Juanis
 
Access n equity 2
Access n equity 2Access n equity 2
Access n equity 2
Amie Joan Juanis
 
Language of instruction 3
Language of instruction 3Language of instruction 3
Language of instruction 3
Amie Joan Juanis
 
Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2Budaya sekolah 2
Budaya sekolah 2
Amie Joan Juanis
 
Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4
Amie Joan Juanis
 
Curriculum 3
Curriculum 3Curriculum 3
Curriculum 3
Amie Joan Juanis
 
Math anxiety 1
Math anxiety 1Math anxiety 1
Math anxiety 1
Amie Joan Juanis
 
Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1
Amie Joan Juanis
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
Amie Joan Juanis
 
Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
Amie Joan Juanis
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
Amie Joan Juanis
 
Viewers also liked (20)

Similar to Curriculum 1

13strategipeningkatanmutupendidikanmelaluipenerapanmbskonsepmbsmerupakankebij...
13strategipeningkatanmutupendidikanmelaluipenerapanmbskonsepmbsmerupakankebij...13strategipeningkatanmutupendidikanmelaluipenerapanmbskonsepmbsmerupakankebij...
13strategipeningkatanmutupendidikanmelaluipenerapanmbskonsepmbsmerupakankebij...
Ade Sandmand
 
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Muh Nafis Edi Yahyana
 
Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat
Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakatPeranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat
Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat
Universiti Brunei Darussalam
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
wahib
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
wahib
 
Kel iii landasan ilmiah pendidikan
Kel iii landasan ilmiah pendidikanKel iii landasan ilmiah pendidikan
Kel iii landasan ilmiah pendidikanikaguswari
 
Bab 8,9,10,yulia fitriyani
Bab 8,9,10,yulia fitriyaniBab 8,9,10,yulia fitriyani
Bab 8,9,10,yulia fitriyaniyani12345
 
Sosbud epy
Sosbud epySosbud epy
Sosbud epyPahlepy2013
 
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdfPENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
Fatimah988108
 
Filsafat Pendidikan
Filsafat Pendidikan Filsafat Pendidikan
Filsafat Pendidikan
Yamanto Isa
 
Bab iii landasan dan asas
Bab iii landasan dan asasBab iii landasan dan asas
Bab iii landasan dan asasRizmanz Rizky
 
KB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan Futuristik
KB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan FuturistikKB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan Futuristik
KB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan Futuristik
Istna Zakia Iriana
 
Buku inovasi pendidikan
Buku inovasi pendidikanBuku inovasi pendidikan
Buku inovasi pendidikan
ernahoney1
 
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-pentingRevisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Nailal Annisa
 
Tik tugas 4
Tik tugas 4Tik tugas 4
Tik tugas 4
EmpuNisditya
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaPensil Dan Pemadam
 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
adedian anas
 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
adedian anas
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
norul amla
 
Materi kelompok 5 pentingnya pendidikan multikultural di indonesia
Materi kelompok 5 pentingnya pendidikan multikultural di indonesiaMateri kelompok 5 pentingnya pendidikan multikultural di indonesia
Materi kelompok 5 pentingnya pendidikan multikultural di indonesia
Yhana Hadayana
 
Similar to Curriculum 1 (20)

13strategipeningkatanmutupendidikanmelaluipenerapanmbskonsepmbsmerupakankebij...
13strategipeningkatanmutupendidikanmelaluipenerapanmbskonsepmbsmerupakankebij...13strategipeningkatanmutupendidikanmelaluipenerapanmbskonsepmbsmerupakankebij...
13strategipeningkatanmutupendidikanmelaluipenerapanmbskonsepmbsmerupakankebij...
 
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
 
Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat
Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakatPeranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat
Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
 
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_WahibManajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
Manajemen-Pendidikan-Islam_Deden-Makbuloh_Wahib
 
Kel iii landasan ilmiah pendidikan
Kel iii landasan ilmiah pendidikanKel iii landasan ilmiah pendidikan
Kel iii landasan ilmiah pendidikan
 
Bab 8,9,10,yulia fitriyani
Bab 8,9,10,yulia fitriyaniBab 8,9,10,yulia fitriyani
Bab 8,9,10,yulia fitriyani
 
Sosbud epy
Sosbud epySosbud epy
Sosbud epy
 
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdfPENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
PENGERTIAN PEND-WPS Office.pdf
 
Filsafat Pendidikan
Filsafat Pendidikan Filsafat Pendidikan
Filsafat Pendidikan
 
Bab iii landasan dan asas
Bab iii landasan dan asasBab iii landasan dan asas
Bab iii landasan dan asas
 
KB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan Futuristik
KB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan FuturistikKB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan Futuristik
KB 2 Prinsip-Prinsip Pembelajaran Holistik, Kontekstual, dan Futuristik
 
Buku inovasi pendidikan
Buku inovasi pendidikanBuku inovasi pendidikan
Buku inovasi pendidikan
 
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-pentingRevisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
 
Tik tugas 4
Tik tugas 4Tik tugas 4
Tik tugas 4
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudayaImplikasi kepelbagaian sosiobudaya
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya
 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Materi kelompok 5 pentingnya pendidikan multikultural di indonesia
Materi kelompok 5 pentingnya pendidikan multikultural di indonesiaMateri kelompok 5 pentingnya pendidikan multikultural di indonesia
Materi kelompok 5 pentingnya pendidikan multikultural di indonesia
 
More from Amie Joan Juanis

Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Amie Joan Juanis
 
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedSme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Amie Joan Juanis
 
Timss 3
Timss 3Timss 3
Timss 3
Amie Joan Juanis
 
Timss 2
Timss 2Timss 2
Timss 2
Amie Joan Juanis
 
Timss 1
Timss 1Timss 1
Timss 1
Amie Joan Juanis
 
Teaching approach 1
Teaching approach 1Teaching approach 1
Teaching approach 1
Amie Joan Juanis
 
Teacher's certification 3
Teacher's certification 3Teacher's certification 3
Teacher's certification 3
Amie Joan Juanis
 
Teacher's certification 2
Teacher's certification 2Teacher's certification 2
Teacher's certification 2
Amie Joan Juanis
 
Teacher's certification 1
Teacher's certification 1Teacher's certification 1
Teacher's certification 1
Amie Joan Juanis
 
Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2
Amie Joan Juanis
 
Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1
Amie Joan Juanis
 
Professional teaching standard 3
Professional  teaching standard 3Professional  teaching standard 3
Professional teaching standard 3
Amie Joan Juanis
 
Math anxiety 2
Math anxiety 2Math anxiety 2
Math anxiety 2
Amie Joan Juanis
 
Language of instruction 2
Language of instruction 2Language of instruction 2
Language of instruction 2
Amie Joan Juanis
 
Language of instruction 1
Language of instruction 1Language of instruction 1
Language of instruction 1
Amie Joan Juanis
 
Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5
Amie Joan Juanis
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
Amie Joan Juanis
 
Ict 3
Ict 3Ict 3

More from Amie Joan Juanis (18)

Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedSme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
 
Timss 3
Timss 3Timss 3
Timss 3
 
Timss 2
Timss 2Timss 2
Timss 2
 
Timss 1
Timss 1Timss 1
Timss 1
 
Teaching approach 1
Teaching approach 1Teaching approach 1
Teaching approach 1
 
Teacher's certification 3
Teacher's certification 3Teacher's certification 3
Teacher's certification 3
 
Teacher's certification 2
Teacher's certification 2Teacher's certification 2
Teacher's certification 2
 
Teacher's certification 1
Teacher's certification 1Teacher's certification 1
Teacher's certification 1
 
Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2
 
Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1
 
Professional teaching standard 3
Professional  teaching standard 3Professional  teaching standard 3
Professional teaching standard 3
 
Math anxiety 2
Math anxiety 2Math anxiety 2
Math anxiety 2
 
Language of instruction 2
Language of instruction 2Language of instruction 2
Language of instruction 2
 
Language of instruction 1
Language of instruction 1Language of instruction 1
Language of instruction 1
 
Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Recently uploaded

PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdfPPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
PPT Observasi Praktik Kinerja PMM SD pdf
safitriana935
 
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
1 Kisi-kisi PAT Sosiologi Kelas X -www.kherysuryawan.id.docx
asepridwan50
 
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptxRANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
RANCANGAN TINDAKAN AKSI NYATA MODUL 1.4.pptx
SurosoSuroso19
 
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
7 - Kombinatorial dan Peluang Diskrit.pptx
AskariB1
 
1.4.a.4.5. Restitusi - Lima Posisi Kontrol.pdf
1.4.a.4.5. Restitusi - Lima Posisi Kontrol.pdf1.4.a.4.5. Restitusi - Lima Posisi Kontrol.pdf
1.4.a.4.5. Restitusi - Lima Posisi Kontrol.pdf
zakkimushoffi41
 
CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...
CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...
CGP.10.Pendampingan Individual 2 - VISI DAN PRAKARSA PERUBAHAN.pdf_20240528_1...
VenyHandayani2
 
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptxPERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
PERSENTASI AKSI NYATA MODUL 1.4 BUDAYA POSITIF.pptx
TeukuEriSyahputra
 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
 
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdfRHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
RHK Jabatan Kep Sekolah dan Bukti Dukung.pdf
asyi1
 
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SDKisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
Kisi-kisi Soal PAT Matematika Kelas 3 SD
denunugraha
 
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
setiatinambunan
 
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
2. Kerangka Kompetensi Literasi Guru SD_Rev.pptx
arianferdana
 
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum MerdekaModul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Bahasa Inggris Kelas 5 Fase C Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
 
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdfLaporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
Laporan Pembina OSIS UNTUK PMMOK.pdf.pdf
OcitaDianAntari
 
Visi Misi SDN 2 Krenceng dalam Observasi Kepala Sekolah
Visi Misi SDN 2 Krenceng dalam Observasi Kepala SekolahVisi Misi SDN 2 Krenceng dalam Observasi Kepala Sekolah
Visi Misi SDN 2 Krenceng dalam Observasi Kepala Sekolah
kusnen59
 
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptxMateri 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
Materi 2_Benahi Perencanaan dan Benahi Implementasi.pptx
ahyani72
 
RESUME DAN REFLEKSI MODUL 1 GURU INFORMATIKA 2024.pptx
RESUME DAN REFLEKSI MODUL 1 GURU INFORMATIKA 2024.pptxRESUME DAN REFLEKSI MODUL 1 GURU INFORMATIKA 2024.pptx
RESUME DAN REFLEKSI MODUL 1 GURU INFORMATIKA 2024.pptx
ABDULRASIDSANGADJI1
 
AKSI NYATA FASILITATOR PEMBELAJARAN.pptx
AKSI NYATA FASILITATOR PEMBELAJARAN.pptxAKSI NYATA FASILITATOR PEMBELAJARAN.pptx
AKSI NYATA FASILITATOR PEMBELAJARAN.pptx
AdeRinaMuliawati1
 
PERILAKU MENYIMPANG DAN PENGENDALIAN SOSIAL.ppt
PERILAKU MENYIMPANG DAN PENGENDALIAN SOSIAL.pptPERILAKU MENYIMPANG DAN PENGENDALIAN SOSIAL.ppt
PERILAKU MENYIMPANG DAN PENGENDALIAN SOSIAL.ppt
EkaPuspita67
 
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
Teori Fungsionalisme Kulturalisasi Talcott Parsons (Dosen Pengampu : Khoirin ...
nasrudienaulia
 
Recently uploaded (20)

Curriculum 1

  • 1. Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 350-356 Pendidikan, Kurikulum Dan Masyarakat : Satu Integrasi Akhmal Annas Hasmori¹, Hussin Sarju², Ismail Sabri Norihan² Rohana Hamzah² & Muhammad Sukri Saud² , 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor, Malaysia ABSTRAK : Pendidikan merupakan salah satu agenda utama dalam perancangan pembangunan negara. Hasil kepada proses pendidikan yang berpanjangan, maka akan wujud sebuah ketamadunan yang dapat berdiri megah dengan berpaksikan pendidikan bersifat universal. Bagaimanapun, proses pembentukan modal insan perlu melihat semula kepada pemahaman yang jitu dan tulen akan definisi pendidikan, kurikulum dan masyarakat supaya signifikan dalam membentuk integrasi ketiga – tiga komponen. Dalam konteks ini, pendidikan, kurikulum dan masyarakat sebenarnya saling bergantungan antara satu sama lain. Menerusi definisi yang dihuraikan dan disimpulkan, dapat dikaitkan bahawa hanya dengan pendidikan dan perancangan kurikulum yang mantap, maka akan lahir masyarakat yang mampu hidup dengan jiwa kesederhanaan dan tahu akan tujuan penciptaannya. Melihat kepada perkaitan yang dibuat mengenai komponen pendidikan, kurikulum dan masyarakat, maka dalam konteks ini kita boleh membuat pengaplikasian menerusi penerapan konsep pendidikan bersepadu. Konsep pendidikan sepadu ini kemudiannya dilanjutkan kepada proses pengintegrasian pendidikan, kurikulum dan masyarakat. Akhirnya, kita akan membentuk sebuah masyarakat yang berjiwa sederhana, mengenal hakikat kebenaran, mengaplikasikan ilmu pengetahuan dengan cara yang betul dan seterusnya mencapai konsep mengenal hakikat diri. Katakunci : Pendidikan, Kurikulum, Masyarakat, Konsep Sepadu, Konsep Pendidikan Bersepadu Abstract : Education is one of the main agenda of national development planning. The result of the prolonged educational process, then there will be a civilization that can stand proudly with the centered education is universal. However, the formation of human capital need to look back on a strong and genuine understanding will be the definition of education, curriculum and society so significant in shaping the integration of the three components. In this context, education, curriculum and society actually interdependent with one another. Through a detailed definition and conclude, that can be associated only with education and a sound curriculum planning, so that people could be born alive with a spirit of moderation and know the purpose of its creation. See the relevance of the components made of education, curriculum and society, then in this context we can make the application through the application of the concept of integrated education. The concept of integrated education was later extended to the integration of education, curriculum and community. Finally, we will create a simple-minded people, recognize the reality of truth, apply the knowledge in the right way and achieve self-actualization concept. Keywords : Education, Curriculum, Community, Integrated Concept, The Concept Of Integrated Education 1.0 PENGENALAN Pendidikan merupakan salah satu agenda utama dalam perancangan pembangunan negara. Saban tahun, di dalam pembentangan Bajet Tahunan Malaysia, bidang pendidikan mendapat
  • 2. Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan,Rohana Hamzah²& Muhammad Sukri Saud/ Journal of Edupres 351 peruntukan terbesar dan ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam meningkatkan lagi bidang pendidikan. Rakyat dalam sesebuah negara memerlukan pendidikan yang mencukupi dan bersesuaian agar dapat mewujudkan kesejahteraan hidup yang berpanjangan dan berkekalan. Hasil kepada proses pendidikan yang berpanjangan, maka akan wujud sebuah ketamadunan yang dapat berdiri megah dengan berpaksikan pendidikan bersifat universal. Tajul Ariffin (2010) menyatakan bahawa fokus akhir kepada sebuah pendidikan yang mulia adalah untuk meneroka, membina dan melindungi kebenaran yang bersifat universal ataupun sejagat. Bagaimanapun, wujud keperluan untuk kita memperhalusi semula keperluan penglibatan masyarakat dalam sistem pendidikan. Apa yang berlaku pada masa kini adalah, masyarakat terlalu berkehendakkan pendidikan yang mampu mengikuti kehendak mereka. Pendidikan tidak lagi dipandang sebagai suatu wadah yang mampu membina keutuhan masyarakat. Semua ini berlaku akibat sentimen kebendaan yang semakin menular akibat daripada pengaruh sekularism dan arus perubahan globalisasi. Menurut Tajul Ariffin dan Nor ‘Aini (2002), dalam menelusuri zaman globalisasi yang cukup mencabar ini, dimensi kebendaan dilihat semakin rakus merobek jiwa manusia dengan pengaruh negatif yang boleh membinasakan akhlak dan moral manusia. Justeru, adalah wajar kita merenung kembali dan bersama – sama merencanakan pendidikan yang mampu membawa perubahan kepada masyarakat. Dalam masa yang sama, masyarakat juga tidak ketinggalan mengikuti arus dan badai yang dihadapi dalam dunia pendidikan sebenar. Di sinilah titik permulaan terhadap proses integrasi yang mana melibatkan pendidikan dan masyarakat dengan penambahan satu lagi komponen pendidikan iaitu kurikulum. 2.0 KOMPONEN PERUBAHAN Seperti diketahui umum, pendidikan adalah sebahagian daripada proses yang dapat membangunkan sesebuah negara menerusi kelahiran ramai modal insan yang berilmu dan berketerampilan. Modal insan itu nanti akan memberi sumbangan berbentuk penyelidikan dan pembangunan serta penghasilan menerusi inovasi dan kreativiti. Modal insan itu juga mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang bertamadun dan kekal utuh. Bagaimanapun, proses pembentukan modal insan tersebut perlu melihat semula kepada pemahaman yang jitu dan tulen akan definisi pendidikan, kurikulum dan masyarakat supaya signifikan dalam membentuk integrasi ketiga – tiga komponen. Ini bagi melahirkan lebih ramai modal insan yang dapat terus membangunkan negara berdasarkan kebenaran universal. 3.0 PENDIDIKAN Pendidikan mempunyai beberapa skop definisi. Pendidikan adalah suatu usaha yang dilakukan bagi membangunkan potensi yang ada di dalam diri manusia. Menurut Hasan (2003), pendidikan dapat dihuraikan menerusi dua sudut pandangan. Sudut pandangan yang pertama adalah berkaitan dengan masyarakat. Masyarakat memandang pendidikan sebagai suatu proses pewarisan atau penyaluran kebudayaan yang mengandungi nilai – nilai budaya oleh generasi tua kepada generasi muda secara berterusan supaya kelangsungan hidup sesebuah masyarakat dapat berlaku. Sudut pandangan yang kedua pula adalah menjurus kepada individu. Menerusi sudut individu, pendidikan merupakan proses membangunkan dan menggilap potensi-potensi yang
  • 3. Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan,Rohana Hamzah²& Muhammad Sukri Saud/ Journal of Edupres 352 sememangnya ada dalam diri manusia sehingga potensi-potensi tersebut dapat mewujudkan kemampuan tertentu bagi menjamin kehidupan manusia yang seimbang dan normal. Selain daripada pembangunan potensi yang ada pada individu, pendidikan juga membolehkan manusia berinteraksi sesama manusia. Robiah (1998) mendefinisikan pendidikan sebagai: interaksi antara individu – individu dengan individu lain atau interaksi antara individu dengan kumpulan – kumpulan sosial tertentu (Robiah, 1998: 3) Dalam proses pendidikan, sememangnya wujud suatu interaksi iaitu perhubungan dan komunikasi antara manusia dan manusia sama ada secara formal atau tidak formal, terancang atau tidak yang mana akhirnya membawa kepada perkembangan keseluruhan manusia dan kumpulan – kumpulan manusia. Bagaimanapun, untuk memantapkan lagi proses pendidikan itu, komponen kurikulum perlu diberi perhatian dan sebagai sokongan terhadap kelangsungan proses tersebut. 4.0 KURIKULUM Apabila berbicara mengenai kurikulum, terdapat pelbagai definisi mengenainya dan perkaitan dengan pendidikan. Menurut Hasan Langgulung (2003), definisi kurikulum dapat dilihat menerusi empat aspek utama iaitu: i. Matlamat yang ingin dicapai menerusi pendidikan ii. Segala ilmu pengetahuan, maklumat, data, program dan pengalaman yang membentuk kurikulum iii. Metodologi dan kaedah mengajar yang dilaksanakan oleh guru untuk mengajar & menarik minat pelajar untuk belajar iv. Metodologi dan kaedah penilaian yang dilaksanakan dalam mengukur dan menilai kurikulum dan hasil kepada proses pendidikan yang dirancang Selain itu, kurikulum didefinisikan sebagai satu budaya dan ilmu pengetahuan untuk membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada kumpulan murid yang tertentu (Mohd Daud,1995). Justeru dalam konteks ini, berpandukan kepada definisi kurikulum yang dinyatakan, kurikulum adalah matlamat pendidikan yang meliputi segenap aspek ilmu pengetahuan, peranan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan membudayakan ilmu pengetahuan, dan juga bagaimana kaedah dan metodologi dalam mengukur dan menilai sesuatu kurikulum yang digubal. Dalam konteks perkembangan pendidikan di Malaysia, kurikulum merupakan proses merencana, menyepadukan, mentafsir maksud, matlamat dan objektif kurikulum. Ia juga berkaitan dengan menterjemah isi kandungan pelajaran dan melaksanakannya dalam bentuk pelajaran sesuatu disiplin ilmu. Menurut Abdul Fatah (2003), kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan meliputi semua aspek kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan dan kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang dapat membantu perkembangan individu menjadi insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan mempertingkatkan nilai moral dan akhlak. Langsung daripada itu, para pendidik dilihat lebih sebagai agen pelaksana kurikulum dan seterusnya mampu merealisasikan kandungan Falsafah Pendidikan Negara.
  • 4. Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan,Rohana Hamzah²& Muhammad Sukri Saud/ Journal of Edupres 353 Melihat kepada huraian definisi kurikulum yang telah diterangkan, ternyata kurikulum ini adalah sebahagian daripada pendidikan. Tanpa kurikulum maka akan pincang proses pendidikan. Lanjutan itu, apabila kurikulum dalam pendidikan digubal dengan mantap dan berkesan, sudah pasti hasilnya akan dilihat dalam pembentukan masyarakat. 5.0 MASYARAKAT Sebagai manusia, kita tidak boleh lari daripada berinteraksi dengan persekitaran. Asas kepada interaksi itu bermula dengan pembentukan sebuah keluarga. Apabila keluarga tersebut berkembang, akan wujud sebuah masyarakat. Masyarakat, menurut Kamarudin dan Siti Hajar (1998), dapat didefinisikan sebagai manusia yang hidup bersama di dalam suatu kumpulan di suatu tempat dengan mengikut cara dan aturan tertentu, konsep pergaulan hidup dan hubungan sosial secara keseluruhan di antara kumpulan. Justeru, di dalam masyarakat sebenarnya terdapat aturan ataupun penerimaan kebersamaan mengenai sesuatu perkara sama ada perkara baik atau buruk. Selain itu, seperti yang telah dinyatakan, interaksi antara individu juga merupakan sebahagian daripada aktiviti di dalam masyarakat. Menurut Sharifah Alwiah (1985), masyarakat boleh ditafsirkan sebagai sekumpulan individu yang berinteraksi, berkongsi bidang kawasan dan mengambil bahagian di dalam kebudayaan yang sama. (Sharifah Alwiah, 1985: 49) Jika melihat kepada definisi yang diambil dalam konteks ini, pembentukan masyarakat sebenarnya bermula apabila sesuatu individu atau keluarga mendiami sesuatu kawasan. Setelah itu, interaksi antara ahli di dalam kawasan itu akan mewujudkan jaringan komunikasi yang akan meluas dan seterusnya membentuk satu penerimaan kebersamaan yang boleh diterima oleh semua pihak di dalam masyarakat itu. Jika melihat kepada konteks yang lebih luas, masyarakat sebenarnya meliputi penduduk yang mendiami suatu kawasan yang luas dan mempunyai pentadbir tersendiri. Amir Hasan (2002) mentafsirkan masyarakat sebagai manusia yang tinggal secara berkumpulan di dalam sesuatu wilayah. Ahli – ahli di dalam masyarakat itu mempunyai sistem untuk berinteraksi antara satu sama lain, mempunyai kesamaan ciri – ciri tertentu dan bernaung di bawah sistem pentadbiran yang sama. Dalam konteks ini, pendidikan, kurikulum dan masyarakat sebenarnya saling bergantungan antara satu sama lain. Menerusi definisi yang dihuraikan dan disimpulkan, dapat dikaitkan bahawa hanya dengan pendidikan dan perancangan kurikulum yang mantap, maka akan lahir masyarakat yang mampu hidup dengan jiwa kesederhanaan dan tahu akan tujuan penciptaannya. Keadaan ini dapat dicapai menerusi interaksi pelbagai role player di dalam bidang pendidikan seperti guru, pelajar, ibu bapa dan masyarakat. Melihat kepada perkaitan yang dibuat mengenai komponen pendidikan, kurikulum dan masyarakat, maka dalam konteks ini kita boleh membuat pengaplikasian menerusi penerapan konsep pendidikan bersepadu (Tajul Ariffin dan Nor ‘Aini, 2002). Konsep pendidikan bersepadu adalah suatu pendekatan dalam pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan As- Sunnah, yang mana dengan berteraskan aqidah yang luhur, maka akan wujud integrasi pelbagai disiplin ilmu intelektual dalam melahirkan komuniti atau masyarakat. Konsep ini boleh disesuaikan dengan komponen utama dalam konsep bersepadu.
  • 5. Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan,Rohana Hamzah²& Muhammad Sukri Saud/ Journal of Edupres 354 Rajah 1 menunjukkan komponen utama dalam konsep bersepadu sebagaimana yang disyorkan oleh Tajul Ariffin (1993). Rajah tersebut secara langsung membuat perkaitan di antara hubungan manusia dengan Pencipta iaitu Allah s.w.t, manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Sebenarnya, semua ciptaan Allah s.w.t mempunyai perkaitan yang tersendiri dan saling melengkapi antara satu dengan yang lain. Bagaimanapun, kunci kepada keberhasilan perkaitan tersebut sudah tentu berfokus kepada kurikulum yang dinamik dan berpaksikan konsep pendidikan sepadu dan perancangan pendidikan yang holistik. Dengan erti kata lain, kurikulum dan pendidikan boleh memandu manusia ke arah mengenal diri dan mengetahui tanggungjawab kepada Pencipta (Tajul Ariffin, 1993). Rajah 1: Komponen utama dalam konsep bersepadu (Sumber: Tajul Ariffin (1993)) Seperkara lagi, apabila telah terbina pemahaman kendiri dan kenal tanggungjawab terhadap Pencipta, manusia secara langsung akan menjaga hubungan yang baik dan murni sesama manusia dengan manusia dan manusia dengan alam. Ini berkait rapat dengan pemahaman terhadap pendidikan di mana pendidikan mewujudkan interaksi bukan sahaja antara manusia, malahan juga interaksi dengan alam. Konsep bersepadu ini memandu manusia di dalam perlakuan dan perbuatan seharian. Ini berlaku apabila paksi kepada konsep sepadu adalah berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. Justeru, konsep bersepadu dalam pendidikan sesuai untuk diterjemahkan ke dalam proses integrasi komponen perubahan iaitu pendidikan, kurikulum dan masyarakat. 6.0 PENGINTEGRASIAN PENDIDIKAN, KURIKULUM DAN MASYARAKAT Dalam mendepani arus modenisasi di dalam sistem pendidikan negara, wujud keperluan untuk mempercepatkan proses pengintegrasian antara ketiga – tiga komponen. Diharapkan menerusi proses pengintegrasian ini nanti, modal insan yang akan dihasilkan kelak dapat menghadapi sebarang cabaran yang mendatang sama ada dari dalam atau luar negara. Rajah 2 menunjukkan cadangan kepada model integrasi kurikulum, pendidikan dan masyarakat. Model ini merangkumi ketiga – tiga komponen perubahan yang telah dihuraikan. Dengan mengambil konsep kesepaduan dalam kurikulum (Tajul Ariffin dan Nor ‘Aini, 2002), model ini adalah berpaksikan kepada kurikulum yang didasarkan kepada paksi utama iaitu Al- Quran dan As-Sunnah dan juga kesepaduan ilmu intelektual. Dalam kesepaduan kurikulum, tiga dimensi akan dilibatkan secara total iaitu manusia, alam dan Allah S.W.T. Nilai murni Manusia (Insan) Tuhan (Allah S.W.T) ALAM (Ciptaan Allah S.W.T) Manusia (Insan)
  • 6. Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan,Rohana Hamzah²& Muhammad Sukri Saud/ Journal of Edupres 355 juga akan turut diterapkan ke dalam kurikulum sepadu supaya manusia mempunyai keutuhan nilai dan jiwa yang penuh keserhanaan. Rajah 2: Cadangan Model Integrasi KPM Apabila kurikulum yang bersepadu telah dirancang dengan rapi, maka ia akan dilaksanakan di dalam sistem pendidikan. Menurut Tajul Ariffin dan Nor ‘Aini (2002), matlamat akhir pendidikan adalah mewujudkan insan yang berintelek, mutliskill, serta bersikap proaktif dan positif terhadap ilmu pengetahuan. Matlamat akhir pendidikan ini akan membawa insan memahami akan kebenaran, makna dan tujuan hidup manusia yang akhirnya mencapai self-actualization (Rohana, 2010). Di sini, guru memainkan peranan yang besar dalam menyampaikan isi kandungan kurikulum sepadu. Guru perlu mempunyai kesediaan yang mantap dalam berfikir secara beradab dalam pada memahami ilmu – ilmu dalam kurikulum sejelas-jelasnya (Tajul Ariffin dan Nor ‘Aini, 2002). Dengan sistem pendidikan yang dijalankan menerusi konsep sepadu, insan yang akan dilahirkan kelak akan mempunyai ilmu pengetahuan yang mantap, kemahiran yang tinggi dan juga akhlak yang baik serta dapat menongkah arus dalam hidup bermasyarakat. Masyarakat sebenarnya memainkan peranan yang besar di dalam memastikan kelangsungan sistem pendidikan. Menurut Rohana (2010), pada masa kini, fokus dan matlamat pendidikan adalah berasaskan kepercayaan, nilai, ilmu yang diterima oleh masyarakat. Keadaan ini mengakibatkan insan yang dilahirkan hilang sifat kejiwaan dan hilang dalam mengenal hakikat kejadian di muka bumi ini. Pendidikan juga perlu menyediakan pelajar untuk menghadapi perubahan yang sering berlaku dalam masyarakat. Justeru, apa yang diperlukan adalah menerusi kurikulum dan pendidikan yang sepadu, unsur kejiwaan dan mengenal hakikat kejadian akan kembali diterapkan ke dalam jiwa dan hati masyarakat. Ini bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang kekal utuh, tahan nilai dan akhlak serta mempunyai ketamadunan yang dibanggakan. Jika keadaan tersebut masih berkekalan atau tiada sumbangan atau sokongan daripada masyarakat, sudah tentu sistem Kurikulum Pendidikan Masyarakat
  • 7. Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan,Rohana Hamzah²& Muhammad Sukri Saud/ Journal of Edupres 356 pendidikan akan menjadi kucar-kacir dan hilang keberkesanannya. Dalam konteks ini, masyarakat boleh memberi sumbangan yang aktif menerusi pelbagai cara untuk memajukan sistem pendidikan. Antara kaedahnya adalah terlibat secara aktif di dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), menghadiri dan membantu majlis atau program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, dan memberi sumbangan berbentuk endowment untuk aktiviti sekolah. 7.0 PENUTUP Kejayaan proses integrasi yang melibatkan tiga dimensi iaitu pendidikan, kurikulum dan masyarakat bukanlah mengambil masa yang singkat untuk kita kecapinya. Proses ini memerlukan sokongan semua pihak sama ada kerajaan, pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia, pendidik (guru), pelajar dan tidak ketinggalan masyarakat itu sendiri. Kita perlu sentiasa komited dan meneruskan usaha yang mendalam bagi menghasilkan proses integrasi yang berkesan dan mencakupi seluruh aspek. Akhirnya kita akan membentuk sebuah masyarakat yang berjiwa sederhana, mengenal hakikat kebenaran, mengaplikasikan ilmu pengetahuan dengan cara yang betul dan seterusnya mencapai self-actualization. RUJUKAN Abdul Fatah Hassan (2003). Pengenalan Falsafah Pendidikan . Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Amir Hasan Dawi. (2002). Penteorian Sosiologi dan Pendidikan. Tanjung Malim: Quantum Books. Hasan Langgulung (2003). Asas – Asas Pendidikan Islam. Edisi Kelima. Jakarta: Pustaka Al Husna Baru. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz. (1998). Pengajian Melayu 5 dan 6: Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber Budaya, dan Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohd Daud Hamzah (1993). Liputan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Robiah Sidin (1998). Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Rohana Hamzah (2010). What is Education. Nota Kuliah Minggu 1. Skudai: UTM. Tidak diterbitkan. Sharifah Alwiyah Alsagoff. (1985). Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn. Bhd. Tajul Ariffin Noordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajul Ariffin Noordin dan Nor ‘Aini Dan (2002). Pendidikan dan Pembangunan Manusia: Pendekatan Bersepadu. Bandar Baru Bangi: As-Syabab Media. Tajul Ariffin Noordin (2010). Pendidik Bina Kebenaran Universal. Pendidik, 69, 55 – 57.