Tugasan guru semakin berat kerana bertambahnya tanggungjawab di luar pengajaran dan pembelajaran. Ini menyebabkan tekanan emosi, mental dan fizikal pada guru seperti stress dan keletihan kerana bekerja lewat.
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKASURAT
1.0 PENDAHULUAN 1
2.1 KONSEP PENDEMOKRASIAN 2
2.2 MELAHIRKAN WARGANEGARA AKTIF, BERILMU
2.3 LANGKAHPDAN PROSES PERUBAHAN DASAR PENDEMOKRASIAN 4
3.0 BEBANAN DAN AKIBAT TUGASANGURUMELAMPAU 6
4.0 PENUTUP 11
2.
1
TUGASAN 1
1.1PENDAHULUAN
Mengikut KamusDewan Online ( Kamus Dewan Edisi Empat), Pendemokrasian
bermaksud perihal atau tindakan.
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kamus+online
Manakala Pendemokrasian Pendidikan didefinisikan sebagai peluang mendapatkan
pendidikan bermutu
. http://pltang-edu3093.blogspot.my/2015/03/pendemokrasian-pendidikan-
kepentingan.html
Pendemokrasian dapat juga didefinisi sebagai prinsip-prinsip kesamaratan hak-
hak sosial setiap individu yang berada di dalam sesuatu masyarakat. Pendidikan
pula dikaitkan dengan satu usaha atau proses mendidik dan dididik yang dikatakan
berkaitrapat dengan proses pengajaran dan pembelajaran.
Ahli sosiologi pendidikan Perancis, Pierre Bourdieu (1930) mengatakan
pencapaian persekolah seseorang individu adalah berkait rapat denagan latar
belakang ibubapanya dan tahap pendidikan ibubapa adalah banyak mempengaruhi
pencapain persekolahan anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka di mata
masyarakat.
Pendemokrasian Pendidikan merupakan suatu proses mendemokrasikan
pendidikan supaya setiap individu diberikan peluang dan hak yang sama untuk
mendapatkan pendidikan serta kemudahan pendidikan yang disediakan.
Kepentingan pendemokrasian ini diadakan adalah untuk membasmikan masalah
buta huruf dalam kalangan penduduk dalam negara. Ini memberi peluang kepada
rakyat luar negara mendapat pendidikan. Ianya juga dapat merapatkan jurang
pencapaian akademik kerana ketidaksamaan peluang dalam pendidikan. Jurang
pencapatian akademik dipengaruhi oleh perbezaan kelas sosial, perbezaan
sosialisasi bahasa dan perbezaan lokasi dan luar bandar.
3.
2
Mengikut Akta Pendidikan1996, ‘Pendidikan di Malaysia ialah usaha berilmu
pengetahuan, berketrampilan, bertanggungjawab dan berkeypayaan mencapai
kesejahteraaan diri serta memberterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran keluarga.’
2.1 KONSEP PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN
Negara kita telah mengalami banyak perubahan dalam sistem
pendidikan. Ianya bermula dari Penyata Pelajaran Razak pada tahun 1956,
Ordinan Pelajaran 1957, Laporan Abdul Rahman Talib 1960, Akta Pelajaran
1961 dan Laporan Kabinet 1979. Maka berlakulah perkembangan dalam sistem
pendidikan Malaysia yang lebih teratur dan tersusun. Selepas itu, banyaklah
kemudahan disediakan untuk membangunkan pendidikan Malaysia.
Pendemokrasian pendidikan adalah satu proses pendidikan untuk
semua. Perkara pokok yang ditekankan dalam pendemokrasian pendidikan
ialah diatas prinsip antarnya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan.
Pendidikan itu sendiri adalah bebas tanpa sebarang sekatan yang tertentu.
Salah satunya ialah pelajar berpeluang luas mendapat pendidikan tanpa mengira
kelas sosial, kaum dan juga gender. Pendemokrasian pendidikan merupakan
satu strategi untuk mencapai misi pendidikan negara telah mendedahkan
masyarakat Malaysia kepada peluang yang luas bagi memperolehi pendidikan
pada semua peringkat.
Di Malaysia, pendemokrasian pendidikan tidak berlaku semasa zaman
penjajahan. Anggota-anggota masyarakat tidak mempunyai peluang yang sama
apabila sekolah–sekolah dibezakan mengikut kaum, kelas atau status, kurikulum
dan lokaliti. Yuran yang dikenakan pada ketika itu juga menyulitkan lagi
penduduk miskin. Oleh itu orang-orang miskin atau sebahagian besar penduduk
Malaysia pada ketika itu telah dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan.
4.
3
Peta Minda :Konsep Pendemokrasian
Konsep pendemokrasian ialah seperti peta minda di atas.
Pendemokrasian pendidikan ini, tiada murid yang buta huruf dalam sisitem
pendidikan negara,pendidikan umum selama 11 tahun, menyediakan
kemudahan asas pendidikan mengikut piawian yang ditentukan, memastikan
kanak-kanak masuk ke sisitem persekolahan dan mencapai kompetasi yang
minimun mengikut peringkat-peringkat tertentu dan menyediakan bilik darjah dan
guru-guru terlatih yang mencukupi.
Maka salah satunya kemudahan pendidikan iaitu dengan kewujudan
institusi pendidikan swasta dan pelbagai jenis sekolah. Lalu wujudlah Sekolah
Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SKJ(C) dan Sekolah Jenis
5.
4
Kebangsaan Tamil SKJ(T).Langkah sokongan dengan kewujudan sekolah itu,
ianya dimantapkan dengan pelaksanaan bantuan buku-buku teks melalui Skim
Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan Sekolah(RMTS),
Program Susu Sekolah (PSS) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian
Pendidikan serta lain-lain agensi. Ini bertujuan agar kemiskinan tidak lagi
dijadikan alasan untuk seseorang itu mendapat pendidikan sewajarnya.
Hal ini jelas memperlihatkan langkah kerajaan untuk membangunkan
pendidikan dalam kalangan rakyat supaya tidak ada lagi golongan yang hilang
dalam arus pendidikan terutamanya generasi yang akan menjadi peneraju pucuk
pimpinan kelak.
2.2 MELAHIRKAN WARGA NEGARA AKTIF, BERILMU DAN KESAKSAMAAN
SOSIAL
Pendemokrasian pendidikan adalah bertujuan melahirkan warga negara
yang aktif, berilmu dan kesaksamaan sosial. Negara kita sedang menghadapi
cabaran baru kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan sains serta
teknologi yang pesat. Jestru itu, pendidikan negara memerlukan transformasi
dan perlu disesuaikan dengan perubahan masa. Pendidikan era milenium ini
adalah bercirikan unsur globalisasi dan pada masa yang sama tanpa
meninggalkan budaya asal.
Pendemokrasian ini diharapkan dapat melahirkan warganegara Malaysia
yang berupaua merancang masa depan mereka. Juga mampu membuat pilihan
dengan masa depan mereka serta berupaya membuat pilihan yang bijak, tepat
dan sesuai dengan cabaran semasa yang sedang dihadapinya. Oleh itu,
perancangan pendidikan perlu bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik supaya
dapat membentuk corak masyarakat profil bangsa dan warganegara Malaysia
yang diharapkan.
Warga yang berilmu penting dan patut diberikan keutamaan kerana
mereka dapat memberi sumbangan bukan sedikit kepada pembangunan, baik
6.
5
kepda pembangunan negara,baik juga kepada pembangunan insan. Kurikulum
dan kokurikulum di sekolah atapun universiti adalah menjurus ke arah
pembinaan insan yang beriketrampilan, seimbag, mencapai tahap profesional
yang tinggi bagi menggalas hasrat dan wawasan negara untuk menjadi negara
maju menjelang wawasan 2020. Proses pendidikan dari peringkat rendah hingga
tinggi merupakan satu proses yang berkesinambungan yang mesti dilalui dengan
cemerlang dan berkualiti supaya dapat mengambil manfat sepenuhnya daripada
sistem pendidikan yang ada. Pendidikan insan yang sempurna merupakan satu
petunjuk bahawa negara bakal mencapai pembangunan mapan ( kukuh atau
stabil).
Pendidikan merupakan suatu proses mendidik insan untuk memperoleh
keilmuan sehingga dapat mengubah tingkah laku seseorang mengikut tingkah
laku dan amalan yang dikehendaki. Pendidikan dapat mengembangkan potensi
individu ke arah membina akhlak, budi pekerti dan keperibadian mulia serta
keimanan manusia.Pendidikan juga dapat membangunkan aspek sosial
seseorang iaitu sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.
Dengan kata lain pendidikan adalah berfungsi untuk pembangunan insan
dan seterusnya membawa kepada pembangunan negara. Melalui pendidikan
seseorang itu akan membangunkan dirinya sendiri terlebih dahulu seterusnya
membangunkan keluarga, masyarakat dan negara.Matlamat ini adalah selari
dengan matlamat pendidikan Malaysia yang digariskan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
7.
6
2.3 LANGKAH DANPROSES PERUBAHAN DASAR
PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN
Kerajaan melaksanakan pelbagai langkah pendemokrasian bagi
memupuk perpaduan antara kaum seterusnya berusaha dalam pembinaan
negara bangsa selepas kemerdekaan lagi. Pada tahun 2006 – 2010 terbinanya
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Bagi mencapai hasrat ini kerajaan telah
menggunakan pelbagai idea serta langkah dalam membentuk pembinaan negara
bangsa antaranya memperkasakan bahasa melayu, meningkatkan disiplin
pelajar, menggiatkan rancangan integrasi murid untuk perpaduan (RIMUP) serta
menggiatkan aktiviti kokurikulum dan sukan bagi membina jatidiri serta
menerapkan budi bahasa dan adab dalam kalangan pelajar.
Kemudian penambahbaikan pendidikan baru dari tahun 2010 – 2011
yang berteraskan pembinaan negara bangsa. Antara penambahbaikan yang
dilakukan adalah menerapkan konsep satu Malaysia dalam aktiviti pendidikan
kearah pemantapan perpaduan dalam kalangan pelajar. Selain itu juga kerajaan
juga turut memberikan fokus terhadap memartabatkan Bahasa Melayu dan
seterusnya memperkasakan Bahasa Inggeris.
Kementerian Pendidikan Malaysia telah merangka Pelan Induk
Pembangunan pendidikan (PIPP)1[9] 2006-2010 yang merupakan garis panduan
pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun
dalam RMK-9. Kerajaan telah memperuntukkan RM23.198 bilion dibawah
peruntukkan pembangunan pendidikan yang dirangka bagi memajukan bidang
pendidikan. Dalam jumlah ini, pihak KPM juga berperanan dalam memajukan
bidang teknologi malumat dan Komunikasi (ICT). Bagi memberi penekanan
dalam bidang ini bagi menghadapi zaman K-Ekonomi Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah mewujudkan Program Pembangunan Pendidikan yang
dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik ICT,
berkemahiran dan berakhlak mulia.
8.
7
TUGASAN 2
3.1 BEBANANDAN AKIBAT TUGASAN GURU YANG MELAMPAU
‘Peranan guru pada masa kini semakin rencam sehingga membeban dan
mengabaikan tugas utama dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kepelbagaian tugasan telah menyebabkan ramai kalangan guru mengalami pelbagai
tekanan emosi semasa melaksanakan tugas dan tanggungjawab...’.
Pernyataan di atas menunjukkan peranan guru dulu dan sekarang sudah
berubah selaras dengan perubahan pendidikan di negara kita. Falsafah pendidikan
negara telah diwujudkan. Dalam usaha untuk merealisasikan falsafah pendidikan ini,
pada tahun 1982 Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan. Lanjutan
dari itu Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) telah mula dilaksanakan pada tahun
1988. Sekarang ini, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah telah dilaksanakan bagi menggantikan KBSR dan KBSM.
Perlaksanaan ini sebenarnya menuntut para guru untuk bekerja keras bagi
merealisasikannya.
Sebelum itu, marilah kita lihat tugasan guru pada masa kini. Jadual tugasan guru
bermula dari jam 7 pagi dan berakhir jam 2.30 petang setiap hari. Namun pada
hakikatnya , selepas 2.30 petang guru masih lagi berada di sekolah menyiapkan
tugasan atau kegiatan petang. Kelas tambahan, majlis sekolah, mesyuarat, kegiatan
kokurikulum atau melatih pasukan sukan sekolah telah mengheret guru pulang selewat
6 petang.
9.
8
http://www.beritasemasa.com.my/wp-content/uploads/2013/10/Beban-Tugas-Guru-
Kini.jpg
Kesan yang nyatadari bebanan tugasan guru ini boleh dilihat dari segi emosi,
mental dan fizikal. Emosi boleh didefinisikan mengikut Kamus Dewan Online,
bermaksud perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain.
Tekann emosi guru dapat dibahagikan kepada dua iaitu stress dan ‘burn-out’.
Menurut Mohd Salleh (1994), stress adalah reaksi fizikal dan mental emosi seseorang
akibat sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat merasakan
keselesaan hidup.
Menurut Cockburn (1996), stress terbahagi kepada stress here or now, stress
anticipation, stress imaginatif, stress reaktif dan stress negatif. Stress here or now ialah
situasi yang wujud pada sesuatu masa atau suatu ketika. Stres amtociption ialah situasi
10.
9
guru akan bertindakbalas terhadap sesuatu peristiwa yang dijangkakan, stress
imaginatif pula ialah salam sesuatu situasi, individu akan berfikir dan berimaginasi
tentang sesuatu yang ngeri serta menakutkan, stress reaktif ialah stress yang wujud
akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau dan stres negatif ialah sesuatu yang
memuncak dalam tempoh masa samada satu hari, minggu atau tahun
Dari segi emosional guru itu berkemungkinan akan muram, cepat marah, tidak
boleh relaks, rasa hendak menangis, rasa kesunyian, kemurungan atau kesedihan.
Emosi yang tidak dapat dikawal boleh terbawa-bawa dalam tugasan di sekolah dan
tugasan di rumah.
Guru juga boleh beremosi jika tempat kerja yang tidak kondusif seperti bilik
darjah yang padat dengn murid. Ini menyebabkan murid bising dan rasa tidak selesa.
Faktor murid yang keras kepala juga menjadikan guru cepat beremosi dan tidak
tenteram. Bebanan tugas dan masa bekerja yang panjang menuntut rasa yang tidak
sihat dan kepenatan yang melampau.
Jika dilihat secara kognitif, guru juga boleh mengalami masalah ingatan, kurang
memberi tumpuan, kerap berasa bimbang dan sentiasa berpandangan negatif. Tugas
hakiki guru ialah mengajar dan mendidik. Guru juga perlu meningkatkan pelajaran
murid dari peringkat asas kepada peringkat yang lebih mencabar. Tugasan hakiki guru
juga menyediakan buku rekod mengajar setiap hari sebelum memulakan tugasan. Jika
dia adalah guru kelas maka dia perlu mengisi Bukeu Rekod Kehadiran murid setiap hari.
Buku ini tidak boleh diisi oleh murid. Jika guru itu tidak hadir maka buku itu perlu diisi
oleh rakan guru.
Guru perlu bersedia dengan tugasan yang pwelu diberikan kepada murid
secukupnya. Jika tidak cukup maka objektif kemungkinan besar tidak dapat dicapai.
Guru juga perlu memeriksa kerja yang murid lakukan. Buku latihan yang diperiksa oleh
guru perlu diserahkan kepada guru besar atau pengetua untuk diperiksa sekali lagi.
Oleh itu, guru perlu memastikan murid menyiapkan dengan cermat dan teratur.
Selain itu, tugas hakiki guru ialah menyediakan soalan ujian bulanan dan
tahunan kepada murid. Selepas itu guru perlu memeriksa kertas ujian yang dijawab
dengan pelbagai gaya dan ragam murid. Ini sungguh memenatkan dan menyebabkan
11.
10
guru tertekan. Setelahujian dijalankan guru perlu membuat pemulihan atau pengayaan
kepada setiap murid. Guru
Guru juga perlu mentadbir kelas atau kelas khas seperti kelas prasekolah atau
kelas pendidikan khas. Guru juga perlu menyimpan maklumat murid dan segala data
yang berkaitan. Guru juga perlu berurusan dengan segala surat menyurat dari ibubapa
dan sekolah. Kekadang menerima panggilan telefon dari ibubapa. Ada yang panggilan
yang baik dan ada panggilan yang menyakitkan hati atau menyentuh perasaan guru itu.
Setengah guru menjaga bilik-bilik khas seperti makmal sains, makmal komputer,
bilik sumber, perpustakaan atau banyak lagi bilik khas. Guru perlu memastikan bilik itu
kemas, teratur dan berfungsi seperti yang sepatutnya. Perkara ini melibatkan bukan
sedikit masa dan tenaga guru. Guru mungkin akan letih dan mengganggu kesihatan
guru itu sendiri.
Kesihatan guru boleh terjejas jika kerja yang dilakukan melebih 10 jam sehari.
Kekadang guru perlu memasukkan data melalui internet. Internet sekolah yang lembab
dan tidak meluas akan menyebabkan guru terpaksa membawa tugasan ke rumah. Guru
juga terpaksa menggunakan kemudahan internet berbayar sendiri untuk menyiapkan
tugasan. Bila waktu tidur yang lewat setiap masa guru akan mudah mendapat sakit dan
tekanan perasaan.
Di samping itu, guru juga perlu menjalankan dan menjayakan pelbagai program
yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti Program Hari Anugerah Kecemerlangan,
Program 3K, Program Sekolah Penyayang dan Program Kecemerlangan Sukan. Selain
program-program sekolah, guru turut terlibat dengan program yang dianjurkan oleh
Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah
(PPD), kementerian lain, agensi bukan kerajaan dan pihak swasta. Antara program itu
ialah Sambutan Hari Kebangsaan, Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia, Sambutan
Hari Keputeraan Sultan serta majlis-majlsi rasmi kerajaan negeri.
Sepatutunya keranai yang memasukkan data pelbagai borang tetapi tugasan ini
sudah lama dilakukan oleh guru. Sebagai contoh mendaftar murid di dalam Buku Daftar
Sekolah. Menurut Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang Dipertua Persidangan
Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM), berikutan jumlah kerani yang tidak
12.
11
mencukupi di sekolah,guru terpaksa mengurus dan memasukkan data pelbagai jenis
borang seperti Borang Pnjaman Buku Teks, Borang Biasiswa serta profil murid.
Berlaku kecelaruan dan kelemahan dalam pentadbiran serta penyelarasan di
peringkat sekolah menyebabkan bebanan tugasan guru kian menghimpit. Sebenarnya
ramai guru di sekolah yang sama menghadiri kursus secara serentak di luar kawasan.
Ini mungkin kerana pengurusan masa kursus bertindih dan tidak terurus dengan baik.
Guru terpaksa meninggalkan tugas kepada guru lain yang tidak berkursus dan tinggal di
sekolah. Maka terjadilah pertindihan tugasan yang sememang sedia ada banyakknya.
Masalah ini juga berpunca apabila ramai guru yang bercuti atas sebab-sebab tertentu
seperti, bersalin, menunaikan umrah, menjalani pembedahan serta cuti sakit. Tugas-
tugas guru-guru yang bercuti akan diberikan kepada guru-guru yang masih ada di
sekolah. Maka, guru-guru ini perlu melaksanakan tugas berganda walaupun mereka
sendiri telah mempunyai pelbagai tugas yang perlu dilaksanakan.
Setiap kali perubahan dalam dasar kerajaan maka akan berlakulah guru-guru
dihantar berkursus. Contohnya perubahan Kurikulum Baru Sekolah Rendah( KBSR)
kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Setiap kali kurikulum dan sistem
berubah, guru-guru perlu mengikut dan memastikannya berjaya. Bukan sahaja rakan
guru yang terbeban, guru itu sendiri turut terbeban. Beliau terpaksa meninggalkan
tugasan untuk murid sepanjang tempoh berkursus supaya memudahkan guru lain
mengambil alih tugasan di dalam bilik darjah.
Pegawai PPD, JPN dan KPM juga dihantar berkursus. Jadi tiap kali mereka
berkursus maka banyaklah idea dan input diperolehi. Pegawai-pegawai ini akan
mengarahkan guru-guru mengikuti idea baru yang disarankan. Siapa lagi yang
melaksana? Tentulah para guru. Guru juga terpaksa berhadapan dengan perubahan
demi perubahan dalam bidang pendidikan sehingga wujudnya beban yang keterlaluan.
Menurut Harian Metro, Perubahan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menyebabkan guru-
guru perlu menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak kementerian Pelajaran
bagi merealisasikan hasrat kerajaan. Setiap kali kurikulum dan sistem berubah, guru-
guru perlu mengikut dan memastikannya berjaya.Bebanan ini bertambah dalam
13.
12
keadaan jumlah guruyang tidak seimbang dengan peningkatan jumlah murid´ (Harian
Metro, 2005).
Selain itu, guru juga kemungkinan besar mengalami masalah fizikal seperti sakit
sendi dan kesakitan yang berpanjangan kerja kerja yang ditanggung. Adakalanya cirit-
birit atau komstipasi, sakit kepala kerana migrain atau tidak cukup rehat. Selain itu,
tingkah laku guru juga akan berubah. Mereka akan makan lebih atau kurang kerana
penat atau kekurangan masa untuk makan. Masa tidur kurang dan apabila tugasan
selesai guru mula tidur terlalu banyak. Ini sudah lari dari kebiasaan. Ada setengah
guru, bila tugasan terlampau banyak mereka akan menangguh kerja atau mengabaikan
tanggungjawab mereka. Kesan ini mungkin dapat diatasi oleh sesetengah guru dengan
baik.
3.0PENUTUP
. Apa yang penting ialah kesediaan dan kesanggupan guru sendiri mengubah
paradigm, stail pemikiran dan bertindak secara professional serta yang paling penting
menjadi guru yang tidak mudah patah semangat. Menjadi guru berkesan, melahirkan
sekolah yang berkesan dan mencapai pendidikan yang cemerlag bukan sesuatu yang
mustahil Walaupun dibebani dengan tugas yang banyak, guru tetap tidak boleh patah
semangat dan berputus asa. Guru perlu sentiasa bersemangat untuk memajukan diri
dengan meningkatkan kemahiran diri agar dapat menyempurnakan tugas-tugas yang
diberi.
. Guru yang berjiwa wajar tidak mudah patah semangat dengan cabaran
kerjanya. Guru hendaklah bersikap optimistik, tidak mudah merungut dengan beban
tugas yang dipikul. Seseorang guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri
kekutan ilmu dan mengamalkan tingkah laku yang penuh dengan keluhuran etika kerja
serta mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen
yang tinggi untuk menyempurnakan tugasnya pada setiap waktu.
14.
13
RUJUKAN
Hussein Hj. Ahmad,1993, Pendidikan dan Masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Omar Mohd Hashim, 1999, Pengisian Misi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
Omar Mohd Hashim, 1993, Pendidikan- Persoalan, Penyelesaian dan Harapan, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Suffean Hussin, 1996, Pendidikan Di Malaysia –Sejarah, Sistem dan Falsafah, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan, Edisi ketiga, 1996, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
.
Utusan Malaysia (2008), Beban Kerja Guru Kini Semakin Berat,
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mu
ka_Hadapan&pg=mh_09.htm
Utusan Malaysia (2012), 14 Isu Beban Guru Ditangani,
http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Ne
geri&pg=dn_02.htm
PendemokrasianPendidikanolehAbamMing
http://notagurupelatih.blogspot.my/2011/09/pendemokrasian-pendidikan.html
PendemokrasianPendidikan - Kepentingan
http://pltang-edu3093.blogspot.my/2015/03/pendemokrasian-pendidikan-
kepentingan.html
Pendemokrasian Pendidikan,
. http://pltang-edu3093.blogspot.my/2015/03/pendemokrasian-pendidikan-
kepentingan.html