SlideShare a Scribd company logo
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
1 
PENDAHULUAN 
Sebagai pendahuluan adalah lebih baik kita menyentuh beberapa definisi 
pendidikan supaya dengan definisi itu nanti akan dapat membantu pemahaman kita 
tentang tajuk yang hendak dibincangkan. Saya akan cuba melihat beberapa definisi 
pendidikan itu menurut pandangan beberapa orang sarjana. Pendidikan, mengikut 
pandangan umum ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan 
perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. 
Secara khususnya, pendidikan diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini 
bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, 
rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang 
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi 
berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan. 
Pelbagai definisi dan tafsiran mengenai pendidikan telah diberikan mengikut 
fahaman orang yang membicarakannya dalam konteks tertentu. Namun yang pastinya 
pendidikan telah diakui oleh semua orang sebagai unsur terpenting dalam 
pembangunan tamadun manusia. Pendidikan digunakan sebagai alat untuk 
menimbulkan kesedaran politik, sosial dan ekonomi. Pengertian pendidikan sentiasa 
berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya. 
Plato, seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani berpendapat 
pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. 
Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi 
latihan moral kewarganegaraan yang baik. Proses pendidikan dapat membentuk 
warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-udang negara.
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
2 
John Macdonald menghuraikan perbezaan pendidikan di antara masyarakat 
primitif dengan masyarakat moden. Menurutnya pengertian pendidikan di dalam 
masyarakat primitif ialah latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan 
serta cara sembahyang, disampaikan melalui tunjuk ajar dengan secara tidak 
langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa. Manakala, 
pengertian pendidikan dalam masyarakat moden merupakan latihan khusus menguasai 
kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan, 
disampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi 
serta mempunyai kemahiran mengajar. 
Mohammad Qath mengatakan pendidikan adalah proses membentuk manusia 
secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan 
potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan. 
Berdasarkan tafsiran-tafsiran pendidikan oleh beberapa orang ahli pendidikan 
Barat dan Timur seperti di atas, bolehlah kita rumuskan pengertian pendidikan seperti 
berikut: 
Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk 
mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta 
menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka 
supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam 
kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang 
sihat bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya. 
Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa. Jika pendidikan jumud, 
bangsa juga turut kaku dan beku. Sebaliknya kalau pendidikan dinamik, bangsa 
menjadi cergas dan maju. Kenyataannya boleh dilihat sendiri oleh sesiapa sahaja. 
Negara-negara yang bergerak pantas adalah negara-negara yang memberi tumpuan
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
3 
dan penekanan serius kepada pendidikan dalam pelbagai bidang terutamanya sains 
dan teknologi. 
Apabila begitu keadaannya, timbul pertanyaan, bagaimanakah pendidikan 
dapat digerakkan supaya menjadi lebih dinamik? Banyak cara boleh dibuat. Para 
pendidikan khususnya guru, sebagai orang yang terlibat secara langsung dengan 
pendidikan boleh memainkan peranan yang besar dari dalam sistem itu sendiri untuk 
merobah keadaan. Masyarakat pula boleh berperanan dari luar sistem untuk 
menimbulkan isu-isu yang dapat menggerakkannya. Kedua-duanya berfungsi selari 
dan saling membantu serta saling melengkapi antara satu dengan yang lain 
(complimentary and supplementary). 
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH TERHADAP 
MASYARAKAT 
Perkataan ā€˜sekolahā€™ sering dikaitkan dengan pendidikan kerana sekolah 
merupakan sebuah istitusi atau organisasi formal yang bukan sekadar untuk 
menyebarkan ilmu pengetahuan, menyemai budaya bangsa dan memupuk bakat, 
tetapi juga untuk membentuk satu rupa bangsa yang boleh dan bersedia menerima dan 
menghadapi perubahan dan pembaharuan. Sekolah merupakan satu daripada bahagian 
yang penting dalam masyarakat, khususnya masyarakat moden hari ini yang 
mempunyai matlamat, anggota dan peraturan yang tertentu di samping mempunyai 
tanggungjawab penting dalam membangunkan individu dan masyarakat 
keseluruhannya. 
Sesuai dengan tajuk kertas kerja ini iaitu peranan dan tanggungjawab sekolah 
terhadap masyarakat, dapatlah dijelaskan bahawa peranan utama sekolah ialah untuk
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
4 
memberi pendidikan yang sempurna dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi 
dan jasmani. Selain memperkatakan tentang peranan dan tanggungjawab sekolah, 
saya juga akan menyentuh tentang masyarakat itu sendiri dalam bagaimana 
masyarakat juga turut berperanan terhadap institusi sekolah. Masyarakat dan sekolah 
sebenarnya saling berhubung kait dan kedua-duanya sama penting dalam memainkan 
peranannya dalam pendidikan. 
Peranan Masyarakat Terhadap Sekolah 
Masyarakat mempunyai pengaruh yang luas yang meliputi aspek sosial, 
ekonomi dan politik sesebuah negara. Sesuatu masyarakat adalah terdiri daripada 
individu. Oleh itu satu-satu masyarakat itu tidak mungkin akan wujud tanpa individu 
yang menganggotai masyarakat tersebut. Masyarakat yang bertamadun mengadakan 
sekolah untuk memberi peluang kepada generasi yang baru untuk menguasai 
bahagian-bahagian pengetahuan yang dipilih dan difikirkan oleh masyarakat sebagai 
penting bagi melanjutkan perkembangan masyarakat itu. Dengan sebab itu, sekolah 
sebagai satu institusi masyarakat adalah bertujuan untuk menggalak dan 
memperkembangkan perubahan tingkah laku kanak-kanak mengikut arah yang 
dikehendaki oleh masyarakat. 
Sebagai satu institusi masyarakat, sekolah tidak dapat dipisahkan daripada 
konteks masyarakat yang mengadakan sekolah itu. Sekolah di dalam satu-satu 
masyarakat mestilah memperlihatkan sifat keseluruhan kebudayaan masyarakat 
tersebut. Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan tersendiri dan kanak-kanak 
hidup berdasarkan kehendak masyarakat dan menyesuaikan diri di dalam 
masyarakatnya. Sekolah adalah sebagai model kepada masyarakat umum
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
5 
(Kamaruddin Haji Husin, 1994:22). Keadaan ini dapat digambarkan dengan lebih 
jelas seperti dalam rajah berikut: 
Masyarakat 
Seperti yang telah dikatakan tadi, masyarakat mempunyai pengaruh yang 
besar terhadap institusi pendidikan khususnya sekolah. Menurut Kamaruddin Haji 
Husin (1995:23), keperluan masyarakat umumnya disalurkan melalui institusi 
pendidikan (sekolah) berdasarkan pandangan hidup, visi atau wawasan serta pegangan 
politik masyarakat tersebut. Katanya lagi, keperluan ini banyak mempengaruhi dasar 
pendidikan sesebuah negara hingga institusi sekolah itu sendiri dikenali sebagai 
sebuah masyarakat kecil yang dipengaruhi oleh masyarakat dan mempunyai 
tanggungjawab terhadap masyarakat. Hal ini dapat dilihat melalui pendapat salah 
seorang ahli psikologi Amerika Syarikat iaitu Robert Havighurst (Chee Yee, Tang, 
1989:25) yang mengatakan keperluan kita adalah sangat-sangat dipengaruhi oleh 
masyarakat kita. Tingkah laku seseorang individu itu haruslah dapat diterima dalam 
masyarakat. Jika tingkah laku seseorang individu itu bercanggah dalam sesuatu 
kelompok masyarakat, maka sudah pasti masyarakat akan menyisihkannya. 
Sebaliknya jika individu itu dapat menyempurnakan tugas-tugasnya dalam sesuatu 
kelompok masyarakat maka sudah tentu ia akan dapat menjalankan atau 
menyelesaikan tugas seterusnya dengan sempurna. 
Sekolah
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
6 
Sekarang kita sudah mengetahui bahawa masyarakat mempunyai pengaruh 
yang besar terhadap prestasi sesebuah sekolah. Pencapaian pelajar bukan sahaja 
bergantung kepada prestasi sekolahnya tetapi juga banyak dipengaruhi oleh cara 
hidup pelajar itu sendiri. Sekolah pula bertanggungjawab memberikan pendidikan 
yang sebaiknya terhadap masyarakat. Masyarakat sekarang mempercayai bahawa 
sekolah merupakan salah satu institusi formal yang mempunyai tanggungjawab yang 
besar dalam mendidik anak-anak mereka. Anak-anak berkembang melalui proses 
pendidikan yang ada di sekolah. Tanggungjawab di sini bermakna kewajipan yang 
dipikul oleh seseorang. Oleh itu, sekolah sebagai institusi sosial mempunyai 
kewajipan untuk membentuk masyarakat berasaskan pendidikan dan ilmu yang 
diterimanya. 
Selain itu, kegiatan pertubuhan di dalam masyarakat juga memainkan peranan 
penting sebagai pengaruh sosial yang berkesan terhadap pencapaian persekolahan 
pelajar yang berkenaan. Kamaruddin Haji Husin (1995:30) menyatakan pengaruh 
masyarakat terhadap sekolah dapat dilihat melalui beberapa aspek, antaranya ialah 
seperti aspirasi ibu bapa dan keluarga, penglibatan masyarakat dan cara hidup 
masyarakat. Di sini akan dihuraikan secara ringkas mengenai aspek-aspek ini. 
a. Aspirasi Ibu Bapa dan Keluarga 
Ibu bapa merupakan pengaruh sosial yang besar terhadap pencapaian 
persekolahan anak-anak mereka. Aspirasi dan harapan ibu bapa terhadap masa 
hadapan anak-anak mereka memainkan peranan penting untuk mendorong anak-anak 
mereka itu lebih giat untuk mencapai prestasi yang tinggi di sekolah. Dengan aspirasi 
dan harapan yang tinggi itu, sekolah dapat berusaha untuk mengasuh anak-anak
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
7 
mereka dengan sempurna. Aspirasi ibu bapa amat penting dalam mempengaruhi 
aspirasi pendidikan di sesebuah sekolah. 
Seseorang pelajar itu biasanya akan bertingkah laku dan memegang sikap 
yang dapat diterima di bilik darjah apabila rumah dan sekolah mempunyai idea yang 
sama tentang bagaimana mendidik dan memegang taraf tingkah laku yang sama. 
Misalnya, jika di rumah, ibu bapa akan memarahi anak mereka jika berbohong atau 
tidak membuat latihan yang diberikan oleh guru, maka di sekolah pelajar yang sama 
ini akan takut hendak berbohong dan akan membuat latihan yang diberikan kerana 
nilai-nilai dan aspirasi untuk belajar di rumah dan di sekolah adalah bersambungan. 
Jelaslah, ibu bapa dan keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan 
aspirasi pengajaran sesebuah sekolah. Tanpa kerjasama daripada ibu bapa untuk 
mendidik anak-anak mereka maka sukarlah bagi sesebuah sekolah untuk 
mengamalkan dan melaksanakan dasar yang telah ditetapkan. 
b. Penglibatan Masyarakat 
Pertubuhan masyarakat yang terdapat di persekitaran sekolah juga boleh 
memberi sumbangan untuk meningkatkan prestasi pencapaian sesebuah sekolah 
dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan pelajar 
yang berkenaan. Misalnya saja di negara Brunei sendiri terdapatnya pertubuhan-pertubuhan 
seperti Majlis Belia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kelab-Kelab dan 
seumpamanya turut memainkan peranan dalam pendidikan pelajar. Pelajar-pelajar 
seringkali diundang untuk mengikuti program-program yang berkaitan dengan 
pendidikan mereka dengan tujuan untuk memberi dan menambah ilmu pengetahuan 
yang sedia ada. Sumbangan seumpama ini dapat meningkatkan lagi mutu pencapaian
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
8 
persekolahan pelajar disamping adanya hubungan sosialisasi anatara warga sekolah 
dan masyarakat luar yang turut berperanan terhadap pendidikan (sekolah). 
c. Cara Hidup Masyarakat 
Budaya hidup sesuatu masyarakat akan memberi kesan terhadap dasar yang 
cuba dilaksanakan di sesebuah sekolah. Cara hidup kanak-kanak di rumah dan 
persekitaran mereka juga merupakan pengaruh sosial yang mempengaruhi suasana 
sesebuah sekolah. Kanak-kanak yang diasuh dengan cara yang baik dan selalu 
mendapat perhatian serta dorongan ibu bapa mereka akan mencapai prestasi yang 
lebih tinggi daripada kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian dan asuhan 
daripada ibu bapa. Situasi sebegini merupakan faktor yang mempengaruhi suasana 
dan pencapaian sesebuah sekolah. 
Selain itu juga, ada masanya budaya yang diamalkan oleh sebahagian remaja 
akan membawa kesan yang positif atau negatif kepada sekolah. Jika kesan negatif 
maka sekolah akan menghadapi masalah dalam mencapai matlamat pengajaran yang 
tinggi tetapi jika kesan positif, sudah tentu sedikit sebanyak membantu sekolah untuk 
melancarkan lagi matlamat pengajaran. 
Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
Menurut Kamaruddin Haji Husin (1995:33), tanggungjawab sekolah terhadap 
masyarakat dapat dilihat daripada beberapa aspek, antaranya ialah seperti sosialisasi, 
pendidikan dan latihan, persediaan untuk pekerjaan dan mengawasi pelajar. 
Bolehlah dikatakan banyaknya tanggungjawab sekolah itu terhadap masyarakat tetapi 
dalam kertas kerja ini hanya akan dibincangkan beberapa sahaja daripadanya.
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
9 
a. Sosialisasi 
Apabila kita memperkatakan tentang sosialisasi, kita tahu sosialisasi adalah 
proses interaksi yang membolehkan manusia memperoleh sahsiah dan belajar cara 
hidup masyarakat. Ia menghubungkan individu dengan masyarakat. Hubungan ini 
begitu penting kerana manusia dan masyarakat tidak dapat hidup tanpa hubungan ini. 
Agen sosialisasi termasuklah keluarga, rakan sebaya, media massa dan sekolah itu 
sendiri sebagai masyarakat kecil. Proses sosialisasi ini amat penting dalam 
mencorakkan personaliti murid. Mereka perlu melengkapkan diri dengan personaliti 
yang baik mengikut norma dan nilai masyarakatnya. Sekolah yang bertindak sebagai 
agen sosialisasi berupaya mengubah bentuk masyarakat dengan mengajar generasi 
muda hubungan yang baik di antara manusia dan memudahkan mereka bergaul dan 
memainkan peranan dalam sesuatu organisasi masyarakat. Dengan itu, mereka akan 
mudah mengikut rentak dan kehendak sesuatu masyarakat di mana ia berada. 
Di sekolah, proses interaksi sosial sering dan mudah berlaku antara guru dan 
murid dan murid dengan murid (rakan sebaya). Oleh itu sudah pasti akan 
memudahkan murid-murid apabila dewasa nanti untuk berinteraksi dengan 
masyarakat. Sebenarnya murid-murid ini belajar cara-cara hidup bermasyarakat. 
Mereka dapat memahami peranan sosial dengan lebih berkesan kerana adanya didikan 
awal tentang sosialisasi di peringkat sekolah. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, 
dari institusi sekolahlah saya belajar cara-cara untuk berinteraksi dengan masyarakat 
sekeliling. Kalau sebelumnya saya merupakan seorang yang sukar untuk berinteraksi 
dengan orang lain (masyarakat) tetapi melalui penglibatan saya dalam satu-satu kelab, 
saya telah banyak belajar cara-cara hidup bermasyarakat dan turut sama-sama terlibat 
dalam masyarakat itu sendiri. Melalui proses sosialisasi di sekolah-sekolah (termasuk
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
10 
institusi pengajian tinggi) inilah sedikit sebanyak telah membuka dan 
mengembangkan minda saya dalam mempelajari dan memahami kebudayaan serta 
tingkah laku hidup bermasyarakat. 
b. Pendidikan dan Latihan 
Sekarang kita sudah tahu peranan pendidikan adalah untuk membentuk 
seseorang individu yang sanggup berfikir secara kritikal dan mempunyai daya kreatif 
manakala latihan adalah proses memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. 
Kalau kita lihat pendidikan hari ini sudah mengalami perubahan yang pesat dan isi 
pendidikan atau bahan pengajaran di sekolah juga sudah berubah bagi memenuhi 
kehendak masyarakat masa ini dan masa hadapan. Selain dari akademik, sekolah juga 
bertanggungjawab memberi latihan kemahiran teknikal selaras dengan kemajuan 
teknologi masyarakatnya. Kemajuan teknik ini disampaikan kepada pelajar supaya 
mereka dapat menggunakannya dalam kehidupan sehari-hari. Contohnya, penggunaan 
teknik baru dalam pendidikan iaitu komputer, Overhead Projector, filem slaid dan 
seumpamanya. Bahkan di Negara Brunei Darussalam sendiri telah membukakan 
banyak sekolah dan kursus teknikal dan vokasional untuk pelajar-pelajar. Pelbagai 
kemahiran teknik telah diperkenalkan sesuai dengan pengetahuan masing-masing dan 
sekarang kelulusan teknikal dan vokasional amat diperlukan seperti dalam bidang 
mekanik, engineering, kemahiran membuat dan memperbaiki perabot rumah (kraf 
tangan) dan kemahiran menggunakan teknologi seperti komputer dan sebagainya. 
Sekolah-sekolah ini diharapkan dapat memberi peluang khususnya generasi muda 
menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang difikirkan sesuai untuk melanjutkan 
perkembangan masyarakat. Perubahan dalam bidang mekanikal dan perindustrian
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
11 
pada hari ini amat memerlukan individu yang mempunyai pengetahuan dan 
kemahiran dalam bidang teknikal ini. 
c. Persediaan untuk Pekerjaan 
Sekolah juga bertanggungjawab memberi pendidikan ke arah membolehkan 
ahli masyarakatnya mendapat pekerjaan. Sistem pendidikan merupakan alat bagi 
mengisi keperluan pekerjaan. Masyarakat sekarang berlumba-lumba agar anak-anak 
mereka mendapat pekerjaan yang baik dan sempurna untuk menjamin masa depan 
mereka. Perkara ini disokong lagi dengan pendapat Ottaway (dlm Hazil Abdul 
Hamid, 1990:95) yang mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses yang digunakan 
oleh ibu bapa bagi mendapatkan pekerjaan yang baik untuk anak-anak mereka. Hal ini 
memang diakui kebenarannya pada masa sekarang. Oleh itu, tidak bolehlah kita 
menafikan bahawa sekolah itu sebagai satu tapis memproses manusia kepada 
pekerjaan, peranan dan status yang dianggap sesuai baginya. Apa yang sebenarnya 
berlaku adalah pendidikan sekarang lebih menekankan untuk mendapatkan pekerjaan. 
Sebagaimana yang kita ketahui bahawa sekolah merupakan satu saluran bagi 
mendapat pekerjaan. Proses persekolahan yang ada sekarang adalah untuk 
menyediakan tenaga pekerja yang selaras dengan peranan pekerjaan pada masa akan 
datang. Mana-mana sekolah termasuk sekolah vokasional dan teknikal mengutamakan 
pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan. Manakala persekolahan 
yang mementingkan akademik dianggap lebih penting kerana menyediakan pekerjaan 
ā€˜kolar putihā€™. Oleh yang demikian, sekolah adalah sebagai langkah permulaan ke arah 
mendapatkan pekerjaan. Memandangkan pentingnya pekerjaan kepada generasi 
lepasan persekolahan (termasuk institusi pengajian tinggi), maka sekolah
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
12 
bertanggungjawab untuk memberi pendidikan yang selaras dengan keperluan 
pekerjaan pada masa ini. Olive Banks (dlm Hazil Abdul Hamid, 1990:99) mengaitkan 
mereka yang menduduki tempat yang di atas di dalam struktur pekerjaan adalah 
mereka yang telah mendapat pendidikan yang lebih. Tetapi beliau juga ada 
mengatakan bahawa perhubungan ini bergantung kepada setakat manalah 
kesesuaiannya dan kelayakan pendidikan bagi memenuhi kedudukan yang tinggi di 
dalam pekerjaan. Dengan kata lain, pendidikan di sekolah bergerak selaras dengan 
kehendak dunia pekerjaan bagi mengeluarkan tenaga yang akan berusaha ke arah 
pembangunan negara. Semua ini akan menggerakkan mobiliti sosial setiap individu 
dalam masyarakatnya. 
Pelajar dilatih supaya sedar akan keadaan sekelilingnya dan berkeyakinan 
dalam kehidupan. Sekolah memproses individu dan pengetahuan ke arah membentuk 
kebudayaan yang bersesuaian dengan norma masyarakatnya. Contohnya saja dalam 
pengajaran mata pelajaran seperti sejarah, Melayu Islam Beraja (MIB), kesusasteraan 
dan bahasa, pelajar diajar mengikut kehendak kebudayaannya. Kebudayaan negara 
diperkenalkan dan diterapkan kepada pelajar di sekolah dengan memperkenalkan 
mata pelajaran MIB yang terkandung di dalamnya mengenai sejarah kebudayaan 
Negara Brunei Darussalam, bahasa rasmi negara, ciri-ciri bendera negara, lagu 
kebangsaan dan seterusnya memupuk semangat cintakan tanah air. 
d. Mengawasi Pelajar 
Sekolah itu terdiri daripada pengetua/guru besar, guru dan pihak pentadbir 
yang mempunyai tanggungjawab untuk mengawasi pelajar dan menjauhkan mereka 
daripada perkara yang tidak berfaedah seperti penagihan dadah, masalah lepak atau
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
13 
pergaulan bebas sehingga mengakibatkan lari dari rumah dan sebagainya. Pihak 
sekolah terutama pengetua/guru besar dan guru bertindak sebagai ā€˜ibu bapa keduaā€™ 
dan memikul tanggungjawab seperti ibu bapa pelajar. Ini penting bagi memastikan 
tidak wujudnya masalah sosial dalam masyarakat. Berbalik kepada definisi 
pendidikan yang diberikan oleh Plato iaitu pendidikan ialah suatu proses untuk 
membentuk individu yang berakhlak mulia dan dapat membentuk warganegara yang 
baik serta setia dan mematuhi undang-udang negara. Dari definisi ini bolehlah saya 
simpulkan bahawa peranan pihak sekolah dalam mengawasi pelajar-pelajarnya adalah 
amat penting sekali bagi menghindarkan mereka dari anasir-anasir yang kurang baik 
dan berkelakuan tidak bermoral serta melanggar nilai-nilai masyarakat sehingga 
disisihkan oleh masyarakat itu sendiri. 
Tambahan lagi sekarang merupakan era globalisasi, era yang tidak ada 
sempadan dan pemisah. Anasir-anasir Barat yang kurang baik dan tidak bermoral 
selalu saja datang menggoda dan menghimpit generasi muda hari ini yang boleh 
membawa kepada jatuhnya nilai-nilai keislaman. Akibatnya remaja tersepit di tengah-tengah 
dalam memilih budaya mana yang patut diterima antara Barat atau Timur. 
Kelakuan dan tingkah laku yang tidak bermoral ini boleh mencemarkan nama negara 
seolah-olah negara telah melahirkan generasi yang tidak berpengetahuan dan 
berpendidikan di institusi sekolah yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam 
membentuk akhlak mulia. Inilah yang patut kita hindari dan jauhi agar masyarakat 
kita terdiri daripada mereka yang berpengetahuan tinggi dan berwawasan. 
Namun begitu, tanggungjawab mengawas pelajar bukanlah tertakluk mutlak 
kepada sekolah sahaja tetapi ibu bapa dan masyarakat sekeliling juga harus sama-sama 
berganding bahu dalam memenuhi aspirasi dan kehendak masyarakat agar
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
14 
mereka akan menjadi masyarakat dan generasi yang berguna untuk bangsa dan 
negara. Oleh itu, dalam usaha untuk melahirkan generasi yang progresif dan mantap, 
sekolah harus menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Ini kerana kemantapan 
dan kreativiti generasi tersebut akan menggambarkan masyarakat negara yang unggul 
dan berwawasan. 
KESIMPULAN 
Daripada apa yang telah dibincangkan tadi, dapatlah saya simpulkan bahawa 
apa yang penting di dalam pendidikan di sekolah adalah melatih pelajar atau murid 
supaya ā€œbelajar untuk belajarā€ iaitu dengan mempelajari bagaimana hendak 
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan cara yang kreatif. Kita tahu, 
sekolah sebagai satu institusi masyarakat adalah bertujuan untuk menggalak dan 
memperkembangkan perubahan tingkah laku mengikut arah yang dikehendaki oleh 
masyarakat. Masyarakat dan sekolah atau pendidikan tidak dapat dipisahkan kerana 
kedua-duanya turut sama penting dalam menyumbangkan ke arah melahirkan 
masyarakat atau individu yang sempurna. 
Kanak-kanak dianggap sebagai ā€œkain putihā€ dan pengaruh daripada ibu bapa 
dan masyarakat sekelilingnya akan mewarnakan sahsiah kanak-kanak itu. Pepatah 
Melayu yang mengatakan ā€œmelentur buluh biarlah ketika ia masih rebungā€ 
menekankan pentingnya pendidikan dijalankan pada masa kanak-kanak masih kecil 
lagi dan dengan ā€œpelenturanā€ itu, memperlihatkan cara pendidikan yang tidak secara 
memaksa tetapi dengan beransur-ansur, tegas ke arah yang dikehendaki.
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
15 
RUJUKAN 
Atan Long, 1982, Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 
Chee Yee, Tang, 1989, Psikologi Perkembangan, Ipoh, Perak Darul Ridzuan, 
Malaysia 
Connell W.F., 1981, Asas Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 
D. Crow, Lester, 1983, (Terjemahan Habibah Bt. Elias), Psikologi Pendidikan 
Untuk Perguruan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 
Hazil Abdul Hamid, 1990, Sosiologi Pendidikan dalam Perspektif Pembangunan 
Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 
Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat: Antara Dasar, Reformasi 
dan Wawasan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 
Ibrahim Mamat, 2001, Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran 
Kepimpinan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur 
Kamaruddin Haji Husin, 1995, Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah, Utusan 
Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur 
Manja Mohd. Ludin, 1990, Psikologi, Sosiologi dan Falsafah dalam Pendidikan, 
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 
Rahil Mahyuddin, et.al., 2000, Psikologi Pendidikan II, Addison Wesley Longman 
Malaysia Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia 
Sanapiah Faisal dan Nur Yasik, Sosiologi Pendidikan, Usaha Nasional, Surabaya, 
Indonesia 
Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985, Sosiologi Pendidikan, Heinemann (Malaysia) Sdn. 
Bhd., Kuala Lumpur 
Sharifah Alwiah Alsagoff, 1987, Psikologi Pendidikan I, Longman Malaysia Sdn. 
Bhd., Selangor, Malaysia 
Soon Sang, Mok, 2001, Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan, 
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia
Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 
16 
Vaizey, John, 1987, Pendidikan di Dunia Modern, Penerbit PT Gunung Agung, 
Jakarta

More Related Content

What's hot

Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
mas preity
Ā 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAasyikin hashim
Ā 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
SurachaiAirak3
Ā 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
Ā 
Guru sebagai agen sosial
Guru sebagai agen sosial Guru sebagai agen sosial
Guru sebagai agen sosial
mashmello2
Ā 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaKhairunmisa Jamil Khir
Ā 
Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961
Denne Freddy
Ā 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomAutdrey Yna
Ā 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
alexsonn
Ā 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
shafidaosman
Ā 
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolahDasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
1077imran
Ā 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
shaatis
Ā 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
Ā 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
parydave
Ā 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaSuhairul Hablee
Ā 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
Ā 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
Ā 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakSyamimi Samsuddin
Ā 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Xiaoling Lew
Ā 

What's hot (20)

Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
Ā 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
Ā 
Falsafah pendidikan kebangsaan (intelek)
Falsafah pendidikan kebangsaan (intelek)Falsafah pendidikan kebangsaan (intelek)
Falsafah pendidikan kebangsaan (intelek)
Ā 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
Ā 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Ā 
Guru sebagai agen sosial
Guru sebagai agen sosial Guru sebagai agen sosial
Guru sebagai agen sosial
Ā 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Ā 
Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961Akta Pendidikan 1961
Akta Pendidikan 1961
Ā 
contoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloomcontoh soalan aras taksonomi bloom
contoh soalan aras taksonomi bloom
Ā 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Ā 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Ā 
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolahDasar kokurikulum di sekolah sekolah
Dasar kokurikulum di sekolah sekolah
Ā 
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysiaTajuk 5   implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Tajuk 5 implikasi falsafah terhadap perkembangan pendidikan di malaysia
Ā 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Ā 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
Ā 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Ā 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
Ā 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
Ā 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
Ā 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Ā 

Viewers also liked

Neighborhood and Sense of Community
Neighborhood and Sense of CommunityNeighborhood and Sense of Community
Neighborhood and Sense of Community
Elena Peruzzi
Ā 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSiti Mariam
Ā 
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043murshidyzila
Ā 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikroArra Asri
Ā 
Informal and formal groups
Informal and formal groupsInformal and formal groups
Informal and formal groupsMaridel Viernes
Ā 
School and community
School and communitySchool and community
School and communityZarnabKhan
Ā 
Formal and informal organisation
Formal and informal organisationFormal and informal organisation
Formal and informal organisation
karthikavenu1987
Ā 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
Siti Rohayah Shik Omar
Ā 

Viewers also liked (10)

Neighborhood and Sense of Community
Neighborhood and Sense of CommunityNeighborhood and Sense of Community
Neighborhood and Sense of Community
Ā 
Formal and informal groups
Formal and informal groupsFormal and informal groups
Formal and informal groups
Ā 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat
Ā 
Pressure Groups
Pressure GroupsPressure Groups
Pressure Groups
Ā 
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Ā 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
Ā 
Informal and formal groups
Informal and formal groupsInformal and formal groups
Informal and formal groups
Ā 
School and community
School and communitySchool and community
School and community
Ā 
Formal and informal organisation
Formal and informal organisationFormal and informal organisation
Formal and informal organisation
Ā 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
Ā 

Similar to Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat

Manajemen lembaga pendidikan
Manajemen lembaga pendidikanManajemen lembaga pendidikan
Manajemen lembaga pendidikanEdwarn Abazel
Ā 
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-pentingRevisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Nailal Annisa
Ā 
Sosbud epy
Sosbud epySosbud epy
Sosbud epyPahlepy2013
Ā 
Curriculum 1
Curriculum 1Curriculum 1
Curriculum 1
Amie Joan Juanis
Ā 
Landasan sosial budaya pendidikan
Landasan sosial budaya pendidikanLandasan sosial budaya pendidikan
Landasan sosial budaya pendidikan
emri ardi
Ā 
Lingkungan dan Lembaga Pendidikan
Lingkungan dan Lembaga PendidikanLingkungan dan Lembaga Pendidikan
Lingkungan dan Lembaga Pendidikan
Hoshi Hikaru
Ā 
PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA
PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYAPENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA
PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA
imam shofwan
Ā 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
adedian anas
Ā 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
adedian anas
Ā 
MAKALH KLP 1 JADI.docx
MAKALH KLP 1 JADI.docxMAKALH KLP 1 JADI.docx
MAKALH KLP 1 JADI.docx
pauddrivefile
Ā 
Kebijakan pendidikan
Kebijakan pendidikan Kebijakan pendidikan
Kebijakan pendidikan
Erik Kuswanto
Ā 
Fungsi dan Jenis Lingkungan Pendidikan
Fungsi dan Jenis Lingkungan PendidikanFungsi dan Jenis Lingkungan Pendidikan
Fungsi dan Jenis Lingkungan Pendidikan
Swadaya Gunung Jati University
Ā 
RESUME HAKIKAT PENDIDIK DALAM ISLAM.docx
RESUME HAKIKAT PENDIDIK DALAM ISLAM.docxRESUME HAKIKAT PENDIDIK DALAM ISLAM.docx
RESUME HAKIKAT PENDIDIK DALAM ISLAM.docx
AnnisaFajri3
Ā 
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Muh Nafis Edi Yahyana
Ā 
Buku inovasi pendidikan
Buku inovasi pendidikanBuku inovasi pendidikan
Buku inovasi pendidikan
ernahoney1
Ā 
ppt landasan pendidikan klp 8.pdf yyyyyyyyyyyyyyy
ppt landasan pendidikan klp 8.pdf yyyyyyyyyyyyyyyppt landasan pendidikan klp 8.pdf yyyyyyyyyyyyyyy
ppt landasan pendidikan klp 8.pdf yyyyyyyyyyyyyyy
NiPutuDiahUntariNing
Ā 
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02Konseppendidikan 121010031652-phpapp02
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02
Wan Azmanan Wan Yusoff
Ā 
Aliran aliran pendidikan
Aliran aliran pendidikanAliran aliran pendidikan
Aliran aliran pendidikan
zaza29
Ā 

Similar to Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat (20)

Manajemen lembaga pendidikan
Manajemen lembaga pendidikanManajemen lembaga pendidikan
Manajemen lembaga pendidikan
Ā 
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-pentingRevisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Revisi pendidikan-dan-masyarakat-penting
Ā 
Sosbud epy
Sosbud epySosbud epy
Sosbud epy
Ā 
Pancasila
PancasilaPancasila
Pancasila
Ā 
Curriculum 1
Curriculum 1Curriculum 1
Curriculum 1
Ā 
Landasan sosial budaya pendidikan
Landasan sosial budaya pendidikanLandasan sosial budaya pendidikan
Landasan sosial budaya pendidikan
Ā 
Lingkungan dan Lembaga Pendidikan
Lingkungan dan Lembaga PendidikanLingkungan dan Lembaga Pendidikan
Lingkungan dan Lembaga Pendidikan
Ā 
PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA
PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYAPENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA
PENDIDIKAN DAN PERUBAHAN SOSIAL BUDAYA
Ā 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
Ā 
Bab I
Bab IBab I
Bab I
Ā 
MAKALH KLP 1 JADI.docx
MAKALH KLP 1 JADI.docxMAKALH KLP 1 JADI.docx
MAKALH KLP 1 JADI.docx
Ā 
Kebijakan pendidikan
Kebijakan pendidikan Kebijakan pendidikan
Kebijakan pendidikan
Ā 
Fungsi dan Jenis Lingkungan Pendidikan
Fungsi dan Jenis Lingkungan PendidikanFungsi dan Jenis Lingkungan Pendidikan
Fungsi dan Jenis Lingkungan Pendidikan
Ā 
RESUME HAKIKAT PENDIDIK DALAM ISLAM.docx
RESUME HAKIKAT PENDIDIK DALAM ISLAM.docxRESUME HAKIKAT PENDIDIK DALAM ISLAM.docx
RESUME HAKIKAT PENDIDIK DALAM ISLAM.docx
Ā 
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Pendidikan dalam Membentuk Masyarakat Madani (makalah BIK)
Ā 
Buku inovasi pendidikan
Buku inovasi pendidikanBuku inovasi pendidikan
Buku inovasi pendidikan
Ā 
ppt landasan pendidikan klp 8.pdf yyyyyyyyyyyyyyy
ppt landasan pendidikan klp 8.pdf yyyyyyyyyyyyyyyppt landasan pendidikan klp 8.pdf yyyyyyyyyyyyyyy
ppt landasan pendidikan klp 8.pdf yyyyyyyyyyyyyyy
Ā 
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02Konseppendidikan 121010031652-phpapp02
Konseppendidikan 121010031652-phpapp02
Ā 
Aliran aliran pendidikan
Aliran aliran pendidikanAliran aliran pendidikan
Aliran aliran pendidikan
Ā 
Makalah pembentukan karakter
Makalah pembentukan karakterMakalah pembentukan karakter
Makalah pembentukan karakter
Ā 

Recently uploaded

MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
ssuser289c2f1
Ā 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Fathan Emran
Ā 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
PURWANTOSDNWATES2
Ā 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
AgusRahmat39
Ā 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
UmyHasna1
Ā 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
Ā 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
Ā 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
Ā 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
Ā 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
NurSriWidyastuti1
Ā 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
agusmulyadi08
Ā 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
Ā 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
yuniarmadyawati361
Ā 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
setiatinambunan
Ā 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
SABDA
Ā 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
Ā 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Kurnia Fajar
Ā 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
EkoPutuKromo
Ā 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
DEVI390643
Ā 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
johan199969
Ā 

Recently uploaded (20)

MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdfMATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
MATERI SOSIALISASI PPDB JABAR- 4PAN052024.pdf
Ā 
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar PAI dan Budi Pekerti Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Ā 
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERILAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
LAPORAN EKSTRAKURIKULER SEKOLAH DASAR NEGERI
Ā 
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
ppt-menghindari-marah-ghadab-membiasakan-kontrol-diri-dan-berani-membela-kebe...
Ā 
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdfLaporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Laporan Kegiatan Pramuka Tugas Tambahan PMM.pdf
Ā 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Ā 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Ā 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Ā 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
Ā 
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdfINDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
INDIKATOR KINERJA DAN FOKUS PERILAKU KS.pdf
Ā 
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
PI 2 - Ratna Haryanti, S. Pd..pptx Visi misi dan prakarsa perubahan pendidika...
Ā 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
Ā 
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdfLaporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Laporan wakil kepala sekolah bagian Kurikulum.pdf
Ā 
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
ppt landasan pendidikan Alat alat pendidikan PAI 9_
Ā 
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Seminar: Sekolah Alkitab Liburan (SAL) 2024
Ā 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Ā 
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptxPPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
PPT Aksi Nyata Diseminasi Modul 1.4.pptx
Ā 
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docxForm B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Form B8 Rubrik Refleksi Program Pengembangan Kompetensi Guru -1.docx
Ā 
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaanPermainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Permainan Wiwi Wowo aksi nyata berkebhinekaan
Ā 
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           xKoneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt           x
Koneksi Antar Materi Modul 1.4.ppt x
Ā 

Peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat

  • 1. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 1 PENDAHULUAN Sebagai pendahuluan adalah lebih baik kita menyentuh beberapa definisi pendidikan supaya dengan definisi itu nanti akan dapat membantu pemahaman kita tentang tajuk yang hendak dibincangkan. Saya akan cuba melihat beberapa definisi pendidikan itu menurut pandangan beberapa orang sarjana. Pendidikan, mengikut pandangan umum ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya, pendidikan diertikan sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan. Pelbagai definisi dan tafsiran mengenai pendidikan telah diberikan mengikut fahaman orang yang membicarakannya dalam konteks tertentu. Namun yang pastinya pendidikan telah diakui oleh semua orang sebagai unsur terpenting dalam pembangunan tamadun manusia. Pendidikan digunakan sebagai alat untuk menimbulkan kesedaran politik, sosial dan ekonomi. Pengertian pendidikan sentiasa berubah mengikut peredaran zaman, tujuan dan tugasnya. Plato, seorang ahli falsafah yang terkemuka pada zaman Yunani berpendapat pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Beliau menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah memberi latihan moral kewarganegaraan yang baik. Proses pendidikan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-udang negara.
  • 2. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 2 John Macdonald menghuraikan perbezaan pendidikan di antara masyarakat primitif dengan masyarakat moden. Menurutnya pengertian pendidikan di dalam masyarakat primitif ialah latihan vokasional dan pelajaran adat resam, kepercayaan serta cara sembahyang, disampaikan melalui tunjuk ajar dengan secara tidak langsung daripada keluarga dan pergaulan dengan orang dewasa. Manakala, pengertian pendidikan dalam masyarakat moden merupakan latihan khusus menguasai kemahiran dan memperolehi ilmu pengetahuan yang penting untuk kehidupan, disampaikan melalui pengajaran secara langsung daripada guru yang berilmu tinggi serta mempunyai kemahiran mengajar. Mohammad Qath mengatakan pendidikan adalah proses membentuk manusia secara menyeluruh dan seimbang. Tujuan utama pendidikan ialah mengembangkan potensi intelek, fizikal, emosi dan rohani manusia ke tahap kesempurnaan. Berdasarkan tafsiran-tafsiran pendidikan oleh beberapa orang ahli pendidikan Barat dan Timur seperti di atas, bolehlah kita rumuskan pengertian pendidikan seperti berikut: Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang sihat bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya. Pendidikan adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa. Jika pendidikan jumud, bangsa juga turut kaku dan beku. Sebaliknya kalau pendidikan dinamik, bangsa menjadi cergas dan maju. Kenyataannya boleh dilihat sendiri oleh sesiapa sahaja. Negara-negara yang bergerak pantas adalah negara-negara yang memberi tumpuan
  • 3. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 3 dan penekanan serius kepada pendidikan dalam pelbagai bidang terutamanya sains dan teknologi. Apabila begitu keadaannya, timbul pertanyaan, bagaimanakah pendidikan dapat digerakkan supaya menjadi lebih dinamik? Banyak cara boleh dibuat. Para pendidikan khususnya guru, sebagai orang yang terlibat secara langsung dengan pendidikan boleh memainkan peranan yang besar dari dalam sistem itu sendiri untuk merobah keadaan. Masyarakat pula boleh berperanan dari luar sistem untuk menimbulkan isu-isu yang dapat menggerakkannya. Kedua-duanya berfungsi selari dan saling membantu serta saling melengkapi antara satu dengan yang lain (complimentary and supplementary). PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB SEKOLAH TERHADAP MASYARAKAT Perkataan ā€˜sekolahā€™ sering dikaitkan dengan pendidikan kerana sekolah merupakan sebuah istitusi atau organisasi formal yang bukan sekadar untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, menyemai budaya bangsa dan memupuk bakat, tetapi juga untuk membentuk satu rupa bangsa yang boleh dan bersedia menerima dan menghadapi perubahan dan pembaharuan. Sekolah merupakan satu daripada bahagian yang penting dalam masyarakat, khususnya masyarakat moden hari ini yang mempunyai matlamat, anggota dan peraturan yang tertentu di samping mempunyai tanggungjawab penting dalam membangunkan individu dan masyarakat keseluruhannya. Sesuai dengan tajuk kertas kerja ini iaitu peranan dan tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat, dapatlah dijelaskan bahawa peranan utama sekolah ialah untuk
  • 4. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 4 memberi pendidikan yang sempurna dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain memperkatakan tentang peranan dan tanggungjawab sekolah, saya juga akan menyentuh tentang masyarakat itu sendiri dalam bagaimana masyarakat juga turut berperanan terhadap institusi sekolah. Masyarakat dan sekolah sebenarnya saling berhubung kait dan kedua-duanya sama penting dalam memainkan peranannya dalam pendidikan. Peranan Masyarakat Terhadap Sekolah Masyarakat mempunyai pengaruh yang luas yang meliputi aspek sosial, ekonomi dan politik sesebuah negara. Sesuatu masyarakat adalah terdiri daripada individu. Oleh itu satu-satu masyarakat itu tidak mungkin akan wujud tanpa individu yang menganggotai masyarakat tersebut. Masyarakat yang bertamadun mengadakan sekolah untuk memberi peluang kepada generasi yang baru untuk menguasai bahagian-bahagian pengetahuan yang dipilih dan difikirkan oleh masyarakat sebagai penting bagi melanjutkan perkembangan masyarakat itu. Dengan sebab itu, sekolah sebagai satu institusi masyarakat adalah bertujuan untuk menggalak dan memperkembangkan perubahan tingkah laku kanak-kanak mengikut arah yang dikehendaki oleh masyarakat. Sebagai satu institusi masyarakat, sekolah tidak dapat dipisahkan daripada konteks masyarakat yang mengadakan sekolah itu. Sekolah di dalam satu-satu masyarakat mestilah memperlihatkan sifat keseluruhan kebudayaan masyarakat tersebut. Setiap masyarakat mempunyai kebudayaan tersendiri dan kanak-kanak hidup berdasarkan kehendak masyarakat dan menyesuaikan diri di dalam masyarakatnya. Sekolah adalah sebagai model kepada masyarakat umum
  • 5. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 5 (Kamaruddin Haji Husin, 1994:22). Keadaan ini dapat digambarkan dengan lebih jelas seperti dalam rajah berikut: Masyarakat Seperti yang telah dikatakan tadi, masyarakat mempunyai pengaruh yang besar terhadap institusi pendidikan khususnya sekolah. Menurut Kamaruddin Haji Husin (1995:23), keperluan masyarakat umumnya disalurkan melalui institusi pendidikan (sekolah) berdasarkan pandangan hidup, visi atau wawasan serta pegangan politik masyarakat tersebut. Katanya lagi, keperluan ini banyak mempengaruhi dasar pendidikan sesebuah negara hingga institusi sekolah itu sendiri dikenali sebagai sebuah masyarakat kecil yang dipengaruhi oleh masyarakat dan mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat. Hal ini dapat dilihat melalui pendapat salah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat iaitu Robert Havighurst (Chee Yee, Tang, 1989:25) yang mengatakan keperluan kita adalah sangat-sangat dipengaruhi oleh masyarakat kita. Tingkah laku seseorang individu itu haruslah dapat diterima dalam masyarakat. Jika tingkah laku seseorang individu itu bercanggah dalam sesuatu kelompok masyarakat, maka sudah pasti masyarakat akan menyisihkannya. Sebaliknya jika individu itu dapat menyempurnakan tugas-tugasnya dalam sesuatu kelompok masyarakat maka sudah tentu ia akan dapat menjalankan atau menyelesaikan tugas seterusnya dengan sempurna. Sekolah
  • 6. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 6 Sekarang kita sudah mengetahui bahawa masyarakat mempunyai pengaruh yang besar terhadap prestasi sesebuah sekolah. Pencapaian pelajar bukan sahaja bergantung kepada prestasi sekolahnya tetapi juga banyak dipengaruhi oleh cara hidup pelajar itu sendiri. Sekolah pula bertanggungjawab memberikan pendidikan yang sebaiknya terhadap masyarakat. Masyarakat sekarang mempercayai bahawa sekolah merupakan salah satu institusi formal yang mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik anak-anak mereka. Anak-anak berkembang melalui proses pendidikan yang ada di sekolah. Tanggungjawab di sini bermakna kewajipan yang dipikul oleh seseorang. Oleh itu, sekolah sebagai institusi sosial mempunyai kewajipan untuk membentuk masyarakat berasaskan pendidikan dan ilmu yang diterimanya. Selain itu, kegiatan pertubuhan di dalam masyarakat juga memainkan peranan penting sebagai pengaruh sosial yang berkesan terhadap pencapaian persekolahan pelajar yang berkenaan. Kamaruddin Haji Husin (1995:30) menyatakan pengaruh masyarakat terhadap sekolah dapat dilihat melalui beberapa aspek, antaranya ialah seperti aspirasi ibu bapa dan keluarga, penglibatan masyarakat dan cara hidup masyarakat. Di sini akan dihuraikan secara ringkas mengenai aspek-aspek ini. a. Aspirasi Ibu Bapa dan Keluarga Ibu bapa merupakan pengaruh sosial yang besar terhadap pencapaian persekolahan anak-anak mereka. Aspirasi dan harapan ibu bapa terhadap masa hadapan anak-anak mereka memainkan peranan penting untuk mendorong anak-anak mereka itu lebih giat untuk mencapai prestasi yang tinggi di sekolah. Dengan aspirasi dan harapan yang tinggi itu, sekolah dapat berusaha untuk mengasuh anak-anak
  • 7. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 7 mereka dengan sempurna. Aspirasi ibu bapa amat penting dalam mempengaruhi aspirasi pendidikan di sesebuah sekolah. Seseorang pelajar itu biasanya akan bertingkah laku dan memegang sikap yang dapat diterima di bilik darjah apabila rumah dan sekolah mempunyai idea yang sama tentang bagaimana mendidik dan memegang taraf tingkah laku yang sama. Misalnya, jika di rumah, ibu bapa akan memarahi anak mereka jika berbohong atau tidak membuat latihan yang diberikan oleh guru, maka di sekolah pelajar yang sama ini akan takut hendak berbohong dan akan membuat latihan yang diberikan kerana nilai-nilai dan aspirasi untuk belajar di rumah dan di sekolah adalah bersambungan. Jelaslah, ibu bapa dan keluarga memainkan peranan penting dalam menentukan aspirasi pengajaran sesebuah sekolah. Tanpa kerjasama daripada ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka maka sukarlah bagi sesebuah sekolah untuk mengamalkan dan melaksanakan dasar yang telah ditetapkan. b. Penglibatan Masyarakat Pertubuhan masyarakat yang terdapat di persekitaran sekolah juga boleh memberi sumbangan untuk meningkatkan prestasi pencapaian sesebuah sekolah dengan menganjurkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan pelajar yang berkenaan. Misalnya saja di negara Brunei sendiri terdapatnya pertubuhan-pertubuhan seperti Majlis Belia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kelab-Kelab dan seumpamanya turut memainkan peranan dalam pendidikan pelajar. Pelajar-pelajar seringkali diundang untuk mengikuti program-program yang berkaitan dengan pendidikan mereka dengan tujuan untuk memberi dan menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada. Sumbangan seumpama ini dapat meningkatkan lagi mutu pencapaian
  • 8. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 8 persekolahan pelajar disamping adanya hubungan sosialisasi anatara warga sekolah dan masyarakat luar yang turut berperanan terhadap pendidikan (sekolah). c. Cara Hidup Masyarakat Budaya hidup sesuatu masyarakat akan memberi kesan terhadap dasar yang cuba dilaksanakan di sesebuah sekolah. Cara hidup kanak-kanak di rumah dan persekitaran mereka juga merupakan pengaruh sosial yang mempengaruhi suasana sesebuah sekolah. Kanak-kanak yang diasuh dengan cara yang baik dan selalu mendapat perhatian serta dorongan ibu bapa mereka akan mencapai prestasi yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian dan asuhan daripada ibu bapa. Situasi sebegini merupakan faktor yang mempengaruhi suasana dan pencapaian sesebuah sekolah. Selain itu juga, ada masanya budaya yang diamalkan oleh sebahagian remaja akan membawa kesan yang positif atau negatif kepada sekolah. Jika kesan negatif maka sekolah akan menghadapi masalah dalam mencapai matlamat pengajaran yang tinggi tetapi jika kesan positif, sudah tentu sedikit sebanyak membantu sekolah untuk melancarkan lagi matlamat pengajaran. Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat Menurut Kamaruddin Haji Husin (1995:33), tanggungjawab sekolah terhadap masyarakat dapat dilihat daripada beberapa aspek, antaranya ialah seperti sosialisasi, pendidikan dan latihan, persediaan untuk pekerjaan dan mengawasi pelajar. Bolehlah dikatakan banyaknya tanggungjawab sekolah itu terhadap masyarakat tetapi dalam kertas kerja ini hanya akan dibincangkan beberapa sahaja daripadanya.
  • 9. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 9 a. Sosialisasi Apabila kita memperkatakan tentang sosialisasi, kita tahu sosialisasi adalah proses interaksi yang membolehkan manusia memperoleh sahsiah dan belajar cara hidup masyarakat. Ia menghubungkan individu dengan masyarakat. Hubungan ini begitu penting kerana manusia dan masyarakat tidak dapat hidup tanpa hubungan ini. Agen sosialisasi termasuklah keluarga, rakan sebaya, media massa dan sekolah itu sendiri sebagai masyarakat kecil. Proses sosialisasi ini amat penting dalam mencorakkan personaliti murid. Mereka perlu melengkapkan diri dengan personaliti yang baik mengikut norma dan nilai masyarakatnya. Sekolah yang bertindak sebagai agen sosialisasi berupaya mengubah bentuk masyarakat dengan mengajar generasi muda hubungan yang baik di antara manusia dan memudahkan mereka bergaul dan memainkan peranan dalam sesuatu organisasi masyarakat. Dengan itu, mereka akan mudah mengikut rentak dan kehendak sesuatu masyarakat di mana ia berada. Di sekolah, proses interaksi sosial sering dan mudah berlaku antara guru dan murid dan murid dengan murid (rakan sebaya). Oleh itu sudah pasti akan memudahkan murid-murid apabila dewasa nanti untuk berinteraksi dengan masyarakat. Sebenarnya murid-murid ini belajar cara-cara hidup bermasyarakat. Mereka dapat memahami peranan sosial dengan lebih berkesan kerana adanya didikan awal tentang sosialisasi di peringkat sekolah. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, dari institusi sekolahlah saya belajar cara-cara untuk berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Kalau sebelumnya saya merupakan seorang yang sukar untuk berinteraksi dengan orang lain (masyarakat) tetapi melalui penglibatan saya dalam satu-satu kelab, saya telah banyak belajar cara-cara hidup bermasyarakat dan turut sama-sama terlibat dalam masyarakat itu sendiri. Melalui proses sosialisasi di sekolah-sekolah (termasuk
  • 10. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 10 institusi pengajian tinggi) inilah sedikit sebanyak telah membuka dan mengembangkan minda saya dalam mempelajari dan memahami kebudayaan serta tingkah laku hidup bermasyarakat. b. Pendidikan dan Latihan Sekarang kita sudah tahu peranan pendidikan adalah untuk membentuk seseorang individu yang sanggup berfikir secara kritikal dan mempunyai daya kreatif manakala latihan adalah proses memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. Kalau kita lihat pendidikan hari ini sudah mengalami perubahan yang pesat dan isi pendidikan atau bahan pengajaran di sekolah juga sudah berubah bagi memenuhi kehendak masyarakat masa ini dan masa hadapan. Selain dari akademik, sekolah juga bertanggungjawab memberi latihan kemahiran teknikal selaras dengan kemajuan teknologi masyarakatnya. Kemajuan teknik ini disampaikan kepada pelajar supaya mereka dapat menggunakannya dalam kehidupan sehari-hari. Contohnya, penggunaan teknik baru dalam pendidikan iaitu komputer, Overhead Projector, filem slaid dan seumpamanya. Bahkan di Negara Brunei Darussalam sendiri telah membukakan banyak sekolah dan kursus teknikal dan vokasional untuk pelajar-pelajar. Pelbagai kemahiran teknik telah diperkenalkan sesuai dengan pengetahuan masing-masing dan sekarang kelulusan teknikal dan vokasional amat diperlukan seperti dalam bidang mekanik, engineering, kemahiran membuat dan memperbaiki perabot rumah (kraf tangan) dan kemahiran menggunakan teknologi seperti komputer dan sebagainya. Sekolah-sekolah ini diharapkan dapat memberi peluang khususnya generasi muda menguasai pelbagai ilmu pengetahuan yang difikirkan sesuai untuk melanjutkan perkembangan masyarakat. Perubahan dalam bidang mekanikal dan perindustrian
  • 11. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 11 pada hari ini amat memerlukan individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknikal ini. c. Persediaan untuk Pekerjaan Sekolah juga bertanggungjawab memberi pendidikan ke arah membolehkan ahli masyarakatnya mendapat pekerjaan. Sistem pendidikan merupakan alat bagi mengisi keperluan pekerjaan. Masyarakat sekarang berlumba-lumba agar anak-anak mereka mendapat pekerjaan yang baik dan sempurna untuk menjamin masa depan mereka. Perkara ini disokong lagi dengan pendapat Ottaway (dlm Hazil Abdul Hamid, 1990:95) yang mentakrifkan pendidikan sebagai satu proses yang digunakan oleh ibu bapa bagi mendapatkan pekerjaan yang baik untuk anak-anak mereka. Hal ini memang diakui kebenarannya pada masa sekarang. Oleh itu, tidak bolehlah kita menafikan bahawa sekolah itu sebagai satu tapis memproses manusia kepada pekerjaan, peranan dan status yang dianggap sesuai baginya. Apa yang sebenarnya berlaku adalah pendidikan sekarang lebih menekankan untuk mendapatkan pekerjaan. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa sekolah merupakan satu saluran bagi mendapat pekerjaan. Proses persekolahan yang ada sekarang adalah untuk menyediakan tenaga pekerja yang selaras dengan peranan pekerjaan pada masa akan datang. Mana-mana sekolah termasuk sekolah vokasional dan teknikal mengutamakan pekerjaan yang memerlukan kemahiran dan pengetahuan. Manakala persekolahan yang mementingkan akademik dianggap lebih penting kerana menyediakan pekerjaan ā€˜kolar putihā€™. Oleh yang demikian, sekolah adalah sebagai langkah permulaan ke arah mendapatkan pekerjaan. Memandangkan pentingnya pekerjaan kepada generasi lepasan persekolahan (termasuk institusi pengajian tinggi), maka sekolah
  • 12. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 12 bertanggungjawab untuk memberi pendidikan yang selaras dengan keperluan pekerjaan pada masa ini. Olive Banks (dlm Hazil Abdul Hamid, 1990:99) mengaitkan mereka yang menduduki tempat yang di atas di dalam struktur pekerjaan adalah mereka yang telah mendapat pendidikan yang lebih. Tetapi beliau juga ada mengatakan bahawa perhubungan ini bergantung kepada setakat manalah kesesuaiannya dan kelayakan pendidikan bagi memenuhi kedudukan yang tinggi di dalam pekerjaan. Dengan kata lain, pendidikan di sekolah bergerak selaras dengan kehendak dunia pekerjaan bagi mengeluarkan tenaga yang akan berusaha ke arah pembangunan negara. Semua ini akan menggerakkan mobiliti sosial setiap individu dalam masyarakatnya. Pelajar dilatih supaya sedar akan keadaan sekelilingnya dan berkeyakinan dalam kehidupan. Sekolah memproses individu dan pengetahuan ke arah membentuk kebudayaan yang bersesuaian dengan norma masyarakatnya. Contohnya saja dalam pengajaran mata pelajaran seperti sejarah, Melayu Islam Beraja (MIB), kesusasteraan dan bahasa, pelajar diajar mengikut kehendak kebudayaannya. Kebudayaan negara diperkenalkan dan diterapkan kepada pelajar di sekolah dengan memperkenalkan mata pelajaran MIB yang terkandung di dalamnya mengenai sejarah kebudayaan Negara Brunei Darussalam, bahasa rasmi negara, ciri-ciri bendera negara, lagu kebangsaan dan seterusnya memupuk semangat cintakan tanah air. d. Mengawasi Pelajar Sekolah itu terdiri daripada pengetua/guru besar, guru dan pihak pentadbir yang mempunyai tanggungjawab untuk mengawasi pelajar dan menjauhkan mereka daripada perkara yang tidak berfaedah seperti penagihan dadah, masalah lepak atau
  • 13. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 13 pergaulan bebas sehingga mengakibatkan lari dari rumah dan sebagainya. Pihak sekolah terutama pengetua/guru besar dan guru bertindak sebagai ā€˜ibu bapa keduaā€™ dan memikul tanggungjawab seperti ibu bapa pelajar. Ini penting bagi memastikan tidak wujudnya masalah sosial dalam masyarakat. Berbalik kepada definisi pendidikan yang diberikan oleh Plato iaitu pendidikan ialah suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia dan dapat membentuk warganegara yang baik serta setia dan mematuhi undang-udang negara. Dari definisi ini bolehlah saya simpulkan bahawa peranan pihak sekolah dalam mengawasi pelajar-pelajarnya adalah amat penting sekali bagi menghindarkan mereka dari anasir-anasir yang kurang baik dan berkelakuan tidak bermoral serta melanggar nilai-nilai masyarakat sehingga disisihkan oleh masyarakat itu sendiri. Tambahan lagi sekarang merupakan era globalisasi, era yang tidak ada sempadan dan pemisah. Anasir-anasir Barat yang kurang baik dan tidak bermoral selalu saja datang menggoda dan menghimpit generasi muda hari ini yang boleh membawa kepada jatuhnya nilai-nilai keislaman. Akibatnya remaja tersepit di tengah-tengah dalam memilih budaya mana yang patut diterima antara Barat atau Timur. Kelakuan dan tingkah laku yang tidak bermoral ini boleh mencemarkan nama negara seolah-olah negara telah melahirkan generasi yang tidak berpengetahuan dan berpendidikan di institusi sekolah yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak mulia. Inilah yang patut kita hindari dan jauhi agar masyarakat kita terdiri daripada mereka yang berpengetahuan tinggi dan berwawasan. Namun begitu, tanggungjawab mengawas pelajar bukanlah tertakluk mutlak kepada sekolah sahaja tetapi ibu bapa dan masyarakat sekeliling juga harus sama-sama berganding bahu dalam memenuhi aspirasi dan kehendak masyarakat agar
  • 14. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 14 mereka akan menjadi masyarakat dan generasi yang berguna untuk bangsa dan negara. Oleh itu, dalam usaha untuk melahirkan generasi yang progresif dan mantap, sekolah harus menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Ini kerana kemantapan dan kreativiti generasi tersebut akan menggambarkan masyarakat negara yang unggul dan berwawasan. KESIMPULAN Daripada apa yang telah dibincangkan tadi, dapatlah saya simpulkan bahawa apa yang penting di dalam pendidikan di sekolah adalah melatih pelajar atau murid supaya ā€œbelajar untuk belajarā€ iaitu dengan mempelajari bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang mereka hadapi dengan cara yang kreatif. Kita tahu, sekolah sebagai satu institusi masyarakat adalah bertujuan untuk menggalak dan memperkembangkan perubahan tingkah laku mengikut arah yang dikehendaki oleh masyarakat. Masyarakat dan sekolah atau pendidikan tidak dapat dipisahkan kerana kedua-duanya turut sama penting dalam menyumbangkan ke arah melahirkan masyarakat atau individu yang sempurna. Kanak-kanak dianggap sebagai ā€œkain putihā€ dan pengaruh daripada ibu bapa dan masyarakat sekelilingnya akan mewarnakan sahsiah kanak-kanak itu. Pepatah Melayu yang mengatakan ā€œmelentur buluh biarlah ketika ia masih rebungā€ menekankan pentingnya pendidikan dijalankan pada masa kanak-kanak masih kecil lagi dan dengan ā€œpelenturanā€ itu, memperlihatkan cara pendidikan yang tidak secara memaksa tetapi dengan beransur-ansur, tegas ke arah yang dikehendaki.
  • 15. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 15 RUJUKAN Atan Long, 1982, Psikologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Chee Yee, Tang, 1989, Psikologi Perkembangan, Ipoh, Perak Darul Ridzuan, Malaysia Connell W.F., 1981, Asas Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur D. Crow, Lester, 1983, (Terjemahan Habibah Bt. Elias), Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hazil Abdul Hamid, 1990, Sosiologi Pendidikan dalam Perspektif Pembangunan Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Hussein Hj. Ahmad, 1993, Pendidikan dan Masyarakat: Antara Dasar, Reformasi dan Wawasan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Ibrahim Mamat, 2001, Pengetua Sekolah Menangani Isu dan Cabaran Kepimpinan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Kuala Lumpur Kamaruddin Haji Husin, 1995, Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., Kuala Lumpur Manja Mohd. Ludin, 1990, Psikologi, Sosiologi dan Falsafah dalam Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Rahil Mahyuddin, et.al., 2000, Psikologi Pendidikan II, Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia Sanapiah Faisal dan Nur Yasik, Sosiologi Pendidikan, Usaha Nasional, Surabaya, Indonesia Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985, Sosiologi Pendidikan, Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd., Kuala Lumpur Sharifah Alwiah Alsagoff, 1987, Psikologi Pendidikan I, Longman Malaysia Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia Soon Sang, Mok, 2001, Psikologi Pendidikan untuk Kursus Diploma Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Selangor, Malaysia
  • 16. Peranan Pendidikan: Peranan dan Tanggungjawab Sekolah Terhadap Masyarakat 16 Vaizey, John, 1987, Pendidikan di Dunia Modern, Penerbit PT Gunung Agung, Jakarta