1. Tema Keselamatan
Tahun 3
Tajuk Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Berdisiplin
Standart
Pembelajaran
3.3.3 membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkan
soalan bertumpu dengan betul.
Objektif Pada akhir pembelajaran ini murid dapat :
1. menulis sekurang-kurangnya 3 daripada 5 jawapan pemahaman
berdasarkan petikan dengan betul.
Pengisian
Kurikulum/
Elemen
Merentas
Kurikulum
Ilmu : HP ( 4.4.2 ) ( Aktiviti 18 halaman 20)
KBT : Kemahiran Kontekstual
TMK : Video
KBAT : Menilai
Nilai : Tanggungjawab
Sistem Bahasa :
Kosa kata ( lintasan berisyarat, isyarat orang hijau,laluan
pejalan kaki, dan lintasan belang)
Sebutan dan intonasi
BBM
Buku Teks, BAM ( Buku Aktiviti Murid)
Aktiviti 1. Murid mendengar dan menyanyikan lagu “ lagu cermat tiba
selamat”.
2. Murid mengaitkan dengan isi pelajaran dan guru bersoal jawab
tentang lirik lagu tersebut.
3. Murid membaca petikan yang dipaparkan mengikut kumpulan.
4 Murid dan guru bersoal jawab untuk memahami petikan.
2. 5. Aktiviti PdP abad ke 21 (Dragon ball)
a) Murid membaling bola kearah murid secara rawak.
b) Murid akan membaca soalan dan menjawab soalan.
c) Murid menulis jawapan di papan putih.
Pemulihan : Murid menanda jawapan yang betul berdasarkan
gambar yang diberikan.
Pengayaan : Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan.
( buku teks m/s 24)
Penutup : Murid menonton video yang ditayangkan tadi semula
dan menyanyikan kembali lagu yang dipaparkan.
3. LIRIK LAGU CERMAT TIBA SELAMAT
Mari Menyanyi
Lagu Cermat tiba selamat
Bila lintas jalan
Jangan main-main
Lihat kiri kanan
Toleh ke belakang
Lima langkah melintas
Perlu dipatuhi
Jika tiada kereta
Barulah melintas
Bila jalan kaki
Ikutlah laluan
Lintasan belang
Ada di hadapan
Bonceng motorsikal
Pakai topi keledar
Ikat ketat-ketat
Pastikan selamat
Jalan raya kita
Tempat berbahaya
Ikut peraturan
Pasti kita selamat
Berhati-hati
Bila di jalan raya
Jaga keselamatan
Tanggungjawab bersama
4. Petikan - Jadilah Pengguna Jalan Raya Yang Berdisiplin
PETIKAN CERITA
Jadilah Pengguna Jalan Raya yang Berdisiplin
Baca petikan di bawah.
Azmi hendak ke pusat beli-belah bersama-sama rakan karibnya,
Bakar. Azmi berjalan menghadap lalu lintas untuk ke hentian bas
berdekatan rumahnya. Azmi menghampiri jalan utama yang terdapat
lintasan berisyarat. Dia berhenti dan menekan butang lampu isyarat
pejalan kaki. Dia mematuhi serta menunggu sehingga isyarat “orang
hijau”bernyala. Apabila isyarat“oranghijau”bernyala, dia menggunakan
lima langkah untuk melintas dengan selamat. Kemudian, Azmi berjalan di
laluan pejalan kaki untuk ke hentian bas.
Sementara menunggu kedatangan Bakar, Azmi memerhatikan
banyak papan tanda dan penanda jalan di sekeliling untuk dipatuhi oleh
pengguna jalan raya. Dia juga nampak seorang pemuda melintas jalan
menggunakan lintasan belang. Ada juga penunggang dan pembonceng
motosikal yang mematuhi undang-undang jalan raya dengan memakai
topi keledar.
Apabila Bakar sampai, Azmi mengajaknya berjalan melalui laluan
pejalan kaki. Bakar mengingatkan Azmi agar memilih tempat yang
5. selamat untuk berjalan dan tidak berjalan di kawasan berbahaya seperti
lebuh raya. Mereka pulang dari pusat beli belah pada waktu
malam. Mereka tidak bimbang akan keselamatan mereka di jalan raya
kerana mereka berpakaian cerah yangmudah dilihatoleh pengguna jalan
raya yang lain.
Soalan
1. Adakah cara Azmi berjalan menghadap aliran lalu lintas itu betul?
2. Apakah yang perlu dilakukan oleh Azmi sebelum melintas jalan
ketika berada di lampu isyarat?
3. Bagaimanakah cara kita melintas jalan dengan selamat?
4. Apakah yang kamu paham tentang “ orang hijau” ?
5. Mengapakah kita perlu berpakaian cerah pada waktu malam?
Video
http://anjungbestarippg.blogspot.com/2012/08/video-lagu-cermat-
tiba-selamat.html