SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Download to read offline
BEBERAPA PERMASALAHAN MENGENAI AURAT

Untuk memahami tajuk ini, perlu difahami terlebih dahulu pengertian aurat di dalam Islam.
Aurat berasal dari perkataan ‘aar yang bermaksud perkara yang memalukan atau mengaibkan.
Fuqahak mentakrifkan aurat ialah setiap perkara yang menimbulkan rasa malu apabila
didedahkan. Dan batas aurat menurut istilah fuqahak ialah penentuan bahagian tubuh badan yang
boleh atau tidak boleh dipandang atau disentuh oleh orang lain yang sama atau berlainan jantina.
Aurat terbahagi kepada dua jenis : Aurat Solat dan Aurat Ru’yah.
Aurat Ru’yah tidak sama dengan Aurat Solat yang wajib ditutup sebagai satu daripada syarat sah
solat. Aurat Ru’yah biasanya lebih luas daripada Aurat Solat. Aurat Solat bagi wanita ialah
seluruh tubuh selain muka dan dua tapak tangan serta dua tapak kaki menurut pandangan
setengah mazhab. Manakala Aurat Ru’yah wanita bagi mahramnya ialah bahagian-bahagian
selain muka, kepala, leher, dua tangan dan dua kaki. Dan Aurat Ru’yah wanita bagi suami adalah
tidak ada. Suami harus melihat dan menyentuh seluruh tubuh isteri tanpa kecuali. Begitu juga
sebaliknya.
Hukum melihat bahagian badan yang bukan aurat.
Bahagian yang bukan aurat walaupun pada asalnya harus dilihat namun ada pengecualiannya.
Pada keadaan tertentu bahagian yang bukan aurat juga haram dipandang. Harus atau haram
melihat anggota seseorang adalah bergantung sama ada boleh mendatangkan fitnah,
membangkitkan syahwat atau tidak. Justeru lelaki yang tidak dapat mengawal syahwahnya tidak
harus memandang muka wanita yang bukan mahramnya sekalipun muka itu bukan aurat. Dia
juga haram melihat wajah lelaki tampan atau lelaki lembut sekiranya pandangan itu meransang
syahwahnya.
Bahagian yang harus dilihat dan disentuh oleh mahram.
Jumhur ulamak berpendapat bahagian yang harus dilihat ialah anggota yang biasa terdedah
ketika bekerja atau pakaian yang biasa dipakai ketika berada di dalam rumah. Mereka menyebut
beberapa anggota seperti muka, kepala, leher, dua tangan hingga ke siku dan dua kaki hingga ke
lutut. Selain daripada anggota tersebut tidak harus dilihat kerana tidak ada keperluan untuk
membukanya.
Hukum sentuh, Ulamak Mazhab Hanafiy dan Malikiy berpendapat anggota yang harus dilihat
harus disentuh berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqiy dari Aisyah RA bahawa
Nabi SAW mencium tangan dan pipi puterinya Fatimah RA. Di dalam riwayat lain ada
menyebut bahawa Rasulullah SAW mencium kepala puterinya Fatimah RA dan Abu Bakar as-
Siddiq RA mencium kepala puterinya Aisyah RA. Ulamak Mazhab Hanbaliy berpendapat
makruh berjabat tangan dengan wanita walaupun mahram selain daripada ayah. Mereka berkata
orang yang pulang dari musafir harus mencium mahramnya jika dia tidak bimbang nafsunya
teransang.

Pandangan Antara Lelaki dan Wanita Bukan Mahram

i. Lelaki Memandang Wanita Bukan Mahram

Mengambil pandangan ulamak semua mazhab serta hujah-hujah mereka, penulis merumuskan:
a. Tidak harus memandang bahagian yang termasuk di dalam lingkungan aurat, iaitu selain
daripada muka dan dua tapak tangan sama ada dengan syahwah atau tanpa syahwah, ketika
bimbang terjadi fitnah atau tidak kecuali dalam keadaan darurat.
b. Melihat bahagian yang bukan aurat, iaitu muka dan dua tapak tangan tidak harus dengan
syahwah atau ketika takut terjadi fitnah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ”Dua mata
berzina”. Yang dimaksudkan dengan berzina adalah melihat dengan syahwah dan ia menjadi
punca terjadinya perbuatan yang haram.
c. Harus melihat muka dan dua tapak tangan kerana keperluan atau dalam keadaan darurat.
d. Pandangan tanpa syahwah dan tidak bimbang berlaku fitnah, jika tiada keperluan dan tidak
dalam keadaan darurat maka yang awla dan afdal tidak melakukannya. Firmah Allah SWT
maksudnya: ”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka
menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci
bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan”. [An-
Nur : 30]
Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya:
”Sesungguhnya setiap anak Adam itu ada habuannya daripada zina, dia tidak akan dapat
mengelak darinya. Zina mata ialah melihat, zina lidah ialah bercakap. Nafsu berkeinginan dan
berkhayal, lantas kemaluan merealisasikannya atau mengelak darinya”
Sebagai langkah ihtiatiy (berhati-hati dan berwaspada) adalah lebih baik mengelak daripada
melihat walaupun tanpa syahwah. Ini juga bertepatan dengan saranan Nabi SAW ketika baginda
berkata kepada Ali RA maksudnya: ”Wahai Ali! Jangan engkau ikuti pandangan pertama itu
dengan pandangan seterusnya kerana engkau tidak berdosa dengan pandangan pertama, tetapi
tidak harus bagimu pandangan berikutnya”. Riwayat at-Tirmizi.

ii. Wanita Memandang Lelaki Bukan Mahram
Menurut ulamak Mazhab Hanafiy, satu daripada dua pandangan dalam Mazhab Hanbaliy dan
satu daripada beberapa pandangan dalam Mazhab Syafi’iy, harus wanita melihat lelaki yang
bukan mahram pada bahagian yang bukan auratnya. Aurat lelaki ialah antara pusat dengan
lututnya. Keharusan ini dengan syarat tanpa syahwah dan aman dari fitnah. Pandangan ini
berdasarkan beberapa dalil:
a. Nabi SAW menyuruh Fatimah binti Qais supaya beriddah di rumah Ibn Ummi Maktum.
Baginda berkata kepada Fatimah maksudnya: ”Pergilah beriddah di rumah Ibn Ummi Maktum
kerana dia seorang lelaki yang buta. Engkau tidak perlu menjaga aurat kerana dia tidak dapat
melihatmu”. Riwayat Abu Daud
b. Aisyah RA menceritakan peristiwa dia melihat orang Habasyah bermain di halaman masjid:
”Rasulullah SAW melindungiku dengan kainnya ketika aku menyaksikan permainan orang-
orang Habasyah sehingga aku puas menontonnya”. Riwayat al-Bukhari.
c. Ibn Hajar al-Asqalaniy berkata sejak dahulu wanita-wanita keluar ke masjid dan ke pasar-
pasar dengan memakai niqab supaya tidak dilihat oleh lelaki sedangkan lelaki tidak disuruh
memakainya agar tidak dilihat oleh wanita. Ini menunjukkan muka lelaki harus dilihat oleh
wanita. Walau bagaimanapun wanita mestilah memelihara pandangannya kerana melihat dengan
syahwah atau bimbang tidak dapat mengawal nafsu dari tergoda adalah haram.

Bersentuhan dan Bersalaman

i. Bersentuhan dan Bersalaman Antara Sesama Jantina
Daripada Abu Sa’eid al-Khudriy RA sesungguhnya Nabi SAW bersabda maksudnya: ”Janganlah
seorang lelaki melihat aurat lelaki lain, dan janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain.
Janganlah seorang lelaki tidur bersama dalam satu selimut dengan lelaki lain dan janganlah
seorang wanita tidur bersama wanita lain dalam satu selimut”. Riwayat at-Tirmizi. Imam an-
Nawawiy berkata, Hadis ini menunjukkan haram bersentuhan antara sesama lelaki kecuali dalam
keadaan darurat dan haram menyentuh mana-mana bahagian daripada auratnya. Namun
bersalaman (berjabat tangan) adalah dikecualikan, iaitu harus.
Antara Hadis berkaitan dengan bersalaman (musafahah):
- Daripada al-Barra’ bin ’Azib RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ”Apabila bertemu
dua orang muslim, lalu keduanya bermusafahah, memuji Allah dan beristighfar, Allah akan
mengampunkan kedua-duanya”. Riwayat Abu Daud.
- Daripada Qatadah RA katanya: ”Saya bertanya Anas, adakah sahabat-sahabat Nabi SAW
bermusafahah?” Beliau menjawab: ”Ya!”. Riwayat al-Bukhariy.
Menurut Imam an-Nawawiy, ulamak secara umumnya berpendapat bermusafahah adalah satu
sunnah ketika berjumpa. Tetapi mengkhususkan waktu-waktu tertentu dan beriltizam dengannya
seperti selepas solat subuh dan selepas solat asar adalah terkeluar daripada asal sunnah, maka
lebih awla tidak melakukannya.
Begitu juga, harus berpelukan antara sesama lelaki dan sesama wanita berdasarkan dalil-dalil
berikut:
- Abu Daud meriwayatkan di dalam ’Sunan’nya bahawa seorang lelaki bertanya Abu Dzar RA:
”Adakah Rasulullah SAW bermusafahah dengan kalian apabila bertemu?” Abu Dzar menjawab:
”Setiap kali bertemu denganku baginda akan bermusafahah. Pada suatu hari baginda mengutus
seseorang datang menjemputku ketika aku tiada di rumah. Setelah aku pulang, keluargaku
memberitahu tentang hal itu. Aku segera ke rumah baginda. Ketika itu baginda berada di atas
katil, lalu baginda memelukku. Maka itu adalah lebih bagus dan lebih bagus untukku”.
- Al-Baihaqiy meriwayatkan dari Imam asy-Sya’biy katanya: Sahabat-sahabat Nabi SAW
apabila bertemu mereka bermusafahah dan pabila pulang dari musafir mereka berpelukan antara
satu sama lain.

ii. Bersentuhan dan Bersalaman Antara Berlainan Jantina
Bermusafahah antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram sama ada lelaki yang
memulakan atau sebaliknya, sama ada kedua-duanya masih muda atau telah tua, atau salah
seorang daripada keduanya masih muda dan seorang lagi telah tua. Hadis-hadis yang berkaitan
dengan larangan bermusafahah antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah umum meliputi
semua peringkat dan golongan. Di dalam Mazhab Syafi’iy ada menyebut harus bermusafahah
antara lelaki dan wanita bukan mahram dengan dua syarat: aman daripada fitnah dan berlapik.

Kafirah Melihat Muslimah

Kebanyakan ulamak dalam Mazhab Hanafiy, Malikiy dan Syafi’iy berpendapat wanita Islam
tidak harus membuka auratnya di hadapan wanita bukan Islam sama seperti di hadapan lelaki
bukan mahram. Ini berbeza dengan pandangan Imam Ahmad bin Hanbal. Di dalam satu riwayat,
beliau berkata: ”Sesetengah orang berkata bahawa Muslimah tidak boleh membuka tudungnya di
hadapan Nasraniyyah dan Yahudiyyah. Adapun saya berpendapat mereka tidak boleh melihat
kemaluannya sahaja dan tidak boleh membidaninya ketika dia (muslimah) bersalin.
Ulamak yang berpendapat wanita Islam tidak harus membuka auratnya di hadapan wanita bukan
Islam berpegang kepada firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 31 bermaksud: ”Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka
(daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka,
atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-
saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang
perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari
orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak
Terjemahan " yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka
menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi
dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman,
supaya kamu berjaya”.
Di dalam ayat ini Allah menyebut perkataan ’aw nisa’ihinna’. Kebanyakan mufassirin
mentafsirkan maksud ’nisa’ihinna’ di dalam ayat itu ialah wanita Islam. Berdasarkan tafsiran ini,
wanita bukan Islam tidak termasuk dalam golongan mereka yang boleh melihat perhiasan atau
aurat wanita Islam.
Namun terdapat di kalangan mufassirin yang mengatakan maksud ’nisa’ihinna’ ialah semua
golongan wanita tidak kira muslimah atau bukan.
Di dalam kitab ’Al-Mufassol fi Ahkam al-Mar’ah’ Dr. Abdul Karim Zaidan mentarjihkan
pendapat yang mengatakan batas aurat antara wanita Islam dengan wanita bukan Islam sama
seperti batas aurat antara sesama wanita Islam. Hujah yng beliau kemukakan ialah:
a. Wanita-wanita Yahudi pada zaman Nabi SAW datang ke rumah baginda bertemu dengan
isteri-isteri baginda RA. Mereka (isteri-isteri baginda) tidak memakai hijab dan tidak disuruh
memakainya. Asma’ binti Abu Bakr RA menceritakan bahawa ibunya sering datang
mengunjunginya walaupun enggan memeluk Islam. Beliau telah bertanya Rasulullah SAW
adakah dia patut berbuat baik kepada ibunya dengan pemberian sesuatu? Baginda menjawab:
”Ya!”. Di sini baginda SAW tidak menyuruh Asma’ menutup aurat ketika ibunya datang.
b. Perintah supaya Muslimah menutup aurat di hadapan lelaki adalah kerana sebab yang
diketahui, iaitu mengelak fitnah, memelihara syahwah dan mengawal perbuatan mungkar. Sebab
ini tidak ada jika wanita memandang wanita. Maka tidak wajib wanita Islam menutup seluruh
tubuhnya di hadapan wanita bukan Islam sebagaimana tidak wajib lelaki Islam menutup seluruh
tubuhnya di hadapan lelaki bukan Islam.
c. Mewajibkan Muslimah menutup semua tubuhnya sebagaimana di hadapan lelaki bukan
mahram memerlukan dalil dari nas yang soreh atau qias yang sahih. Di sini tiada nas yang soreh
kerana ungkapan ’nisa’ihinna’ di dalam ayat di atas tafsirannya tidak qat’iy. Boleh ditafsirkan
wanita secara umum dan boleh ditafsirkan wanita Islam sahaja. Qias yang sahih pula tidak ada
langsung kerana wanita bukan Islam tidak boleh diqias kepada lelaki anjabiy kerana kedua-
duanya tiada persamaan.
d. Beberapa riwayat mengatakan sahabat seperti Ibn ’Abbas dan lain-lain melarang Muslimah
membuka tudung di hadapan kafirah merupakan riwayat yang sahih. Tetapi larangan itu boleh
diandaikan sebagai sunat dan digalakkan, bukan wajib. Ertinya sunat dan afdal bagi Muslimah
kekal bertudung di hadapan kafirah.

Melihat dan Menyentuh sesama Wanita

Wanita melihat kepada wanita lain sama seperti lelaki melihat kepada lalaki lain, iaitu seluruh
tubuh kecuali antara pusat dengan lutut. Pusat dan lutut tidak termasuk aurat pada pandangan
jumhur, berbeza dengan pandangan Mazhab Hanafiy yang menganggap lutut adalah termasuk
aurat.
Jadi haram bagi wanita melihat wanita lain di bahagian antara pusat dengan lutut sama ada
dengan syahwah atau tanpa syahwat, sama ada ketika aman fitnah atau sebaliknya. Adapun
bahagian yang lain daripada itu harus dilihat dengan syarat tidak ada syahwah dan tidak bimbang
terjadi fitnah. Ini merupakan syarat mutlak yang meliputi semua pihak dan golongan, lelaki
dengan lelaki, wanita dengan wanita, dan wanita dengan mahramnya.
Bahagian yang harus disentuh adalah sama dengan bahagian yang harus dilihat. Begitu juga
hukum bermusafahah antara sesama wanita adalah harus dan digalakkan seperti lelaki sesama
lelaki. Wanita Islam juga haus bermusafahah dengan wanita bukan Islam.

Dipetik dari kitab ’al-Mufassol fi Ahkam al-Mar’ah’, Abdul Karim Zaidan, jilid 3, m.s. 141-268.
v

More Related Content

What's hot

What's hot (18)

Dukun dan peramal didalam islam
Dukun dan peramal didalam islamDukun dan peramal didalam islam
Dukun dan peramal didalam islam
 
Perintah untuk haji
Perintah untuk hajiPerintah untuk haji
Perintah untuk haji
 
Dasar hukum islam seputar busana muslim
Dasar hukum islam seputar busana muslimDasar hukum islam seputar busana muslim
Dasar hukum islam seputar busana muslim
 
Busana muslimah ( hijab )
Busana muslimah ( hijab )Busana muslimah ( hijab )
Busana muslimah ( hijab )
 
Batasan aurat
Batasan auratBatasan aurat
Batasan aurat
 
Kewajiban jilbab
Kewajiban jilbabKewajiban jilbab
Kewajiban jilbab
 
PPT Batasan aurat
PPT Batasan aurat PPT Batasan aurat
PPT Batasan aurat
 
Menutup Aurat yang Benar - Sesuai Syariah .PPT
Menutup Aurat yang Benar - Sesuai Syariah .PPTMenutup Aurat yang Benar - Sesuai Syariah .PPT
Menutup Aurat yang Benar - Sesuai Syariah .PPT
 
HUKUM BERCADAR
HUKUM BERCADARHUKUM BERCADAR
HUKUM BERCADAR
 
Aurat Menurut Perspektif Islam
Aurat Menurut Perspektif IslamAurat Menurut Perspektif Islam
Aurat Menurut Perspektif Islam
 
Kamasutra islami
Kamasutra islamiKamasutra islami
Kamasutra islami
 
Hijab syar'iku
Hijab syar'ikuHijab syar'iku
Hijab syar'iku
 
Wahai muslimah, tutuplah auratmu, kenakan.ppt
Wahai muslimah, tutuplah auratmu, kenakan.pptWahai muslimah, tutuplah auratmu, kenakan.ppt
Wahai muslimah, tutuplah auratmu, kenakan.ppt
 
Tugas agama islam
Tugas agama islamTugas agama islam
Tugas agama islam
 
Hukum menutup aurat
Hukum menutup auratHukum menutup aurat
Hukum menutup aurat
 
B’gaul nyar’i
B’gaul nyar’iB’gaul nyar’i
B’gaul nyar’i
 
Sci manasik-umrah
Sci manasik-umrahSci manasik-umrah
Sci manasik-umrah
 
Kisah kewafatan rasulullah
Kisah kewafatan rasulullahKisah kewafatan rasulullah
Kisah kewafatan rasulullah
 

Viewers also liked

Viewers also liked (20)

Ung företagande och Webbstjärnan
Ung företagande och WebbstjärnanUng företagande och Webbstjärnan
Ung företagande och Webbstjärnan
 
Monet
MonetMonet
Monet
 
Demand
DemandDemand
Demand
 
Internetiskolanpitea
InternetiskolanpiteaInternetiskolanpitea
Internetiskolanpitea
 
Praktisk källkritik
Praktisk källkritikPraktisk källkritik
Praktisk källkritik
 
Inside out
Inside outInside out
Inside out
 
CCSVI -Hector Ferral - enero2012
CCSVI -Hector Ferral - enero2012CCSVI -Hector Ferral - enero2012
CCSVI -Hector Ferral - enero2012
 
Question four
Question fourQuestion four
Question four
 
Socialamedierobibliotek openspace
Socialamedierobibliotek openspaceSocialamedierobibliotek openspace
Socialamedierobibliotek openspace
 
C:\users\c\desktop\ob 2010
C:\users\c\desktop\ob 2010C:\users\c\desktop\ob 2010
C:\users\c\desktop\ob 2010
 
Informationssøgning september 2010
Informationssøgning   september 2010Informationssøgning   september 2010
Informationssøgning september 2010
 
Bookies Tour Itinerary
Bookies Tour ItineraryBookies Tour Itinerary
Bookies Tour Itinerary
 
Skolanominnesinstitutionerna
SkolanominnesinstitutionernaSkolanominnesinstitutionerna
Skolanominnesinstitutionerna
 
International peace day
International peace dayInternational peace day
International peace day
 
kritiskttänkadeiskolan
kritiskttänkadeiskolankritiskttänkadeiskolan
kritiskttänkadeiskolan
 
minaochandrasbilder
minaochandrasbilderminaochandrasbilder
minaochandrasbilder
 
CC hack for us #hack4europe
CC hack for us #hack4europeCC hack for us #hack4europe
CC hack for us #hack4europe
 
Halloween 1r 2015
Halloween 1r 2015Halloween 1r 2015
Halloween 1r 2015
 
Bookies Tour History
Bookies Tour HistoryBookies Tour History
Bookies Tour History
 
RCSS General Slides Low Res
RCSS General Slides Low ResRCSS General Slides Low Res
RCSS General Slides Low Res
 

Similar to Beberapa permasalahan mengenai aurat

11. Pergaulan Pria & Wanita dlm Islam.pptx
11. Pergaulan Pria & Wanita dlm Islam.pptx11. Pergaulan Pria & Wanita dlm Islam.pptx
11. Pergaulan Pria & Wanita dlm Islam.pptxgesang2
 
Menghindari zina dan pergaulan bebas
Menghindari zina dan pergaulan bebasMenghindari zina dan pergaulan bebas
Menghindari zina dan pergaulan bebasAli Must Can
 
Berkhalwat, mengapa dilarang
Berkhalwat, mengapa dilarangBerkhalwat, mengapa dilarang
Berkhalwat, mengapa dilarangMuhsin Hariyanto
 
Tentang aurat laki
Tentang aurat lakiTentang aurat laki
Tentang aurat lakitrio0000
 
Risalah jumaat 012 aurat kita maruah kita
Risalah jumaat 012 aurat kita maruah kitaRisalah jumaat 012 aurat kita maruah kita
Risalah jumaat 012 aurat kita maruah kitaAhmad Junaidi Mohd Said
 
Berbahagialah wahai wanita shalehah
Berbahagialah wahai wanita shalehah Berbahagialah wahai wanita shalehah
Berbahagialah wahai wanita shalehah Ledi Merlin
 
Risalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuan
Risalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuanRisalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuan
Risalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuanAhmad Junaidi Mohd Said
 
Pendidikan Agama Islam kelas X : Keutamaan Tata Cara Berpakaian Sesuai Syaria...
Pendidikan Agama Islam kelas X : Keutamaan Tata Cara Berpakaian Sesuai Syaria...Pendidikan Agama Islam kelas X : Keutamaan Tata Cara Berpakaian Sesuai Syaria...
Pendidikan Agama Islam kelas X : Keutamaan Tata Cara Berpakaian Sesuai Syaria...RiriCesar RiriCesar
 
Risalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuan
Risalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuanRisalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuan
Risalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuanAhmad Junaidi Mohd Said
 

Similar to Beberapa permasalahan mengenai aurat (20)

11. Pergaulan Pria & Wanita dlm Islam.pptx
11. Pergaulan Pria & Wanita dlm Islam.pptx11. Pergaulan Pria & Wanita dlm Islam.pptx
11. Pergaulan Pria & Wanita dlm Islam.pptx
 
6. melihat wanita
6. melihat wanita6. melihat wanita
6. melihat wanita
 
Menghindari zina dan pergaulan bebas
Menghindari zina dan pergaulan bebasMenghindari zina dan pergaulan bebas
Menghindari zina dan pergaulan bebas
 
Berkhalwat, mengapa dilarang
Berkhalwat, mengapa dilarangBerkhalwat, mengapa dilarang
Berkhalwat, mengapa dilarang
 
Tentang aurat laki
Tentang aurat lakiTentang aurat laki
Tentang aurat laki
 
Wanita muslimah
Wanita muslimahWanita muslimah
Wanita muslimah
 
Rukun al fahmu pt 3
Rukun al fahmu pt 3Rukun al fahmu pt 3
Rukun al fahmu pt 3
 
Batas pergaulan
Batas pergaulanBatas pergaulan
Batas pergaulan
 
Risalah jumaat 012 aurat kita maruah kita
Risalah jumaat 012 aurat kita maruah kitaRisalah jumaat 012 aurat kita maruah kita
Risalah jumaat 012 aurat kita maruah kita
 
Khitan bagi wanita (01)
Khitan bagi wanita (01)Khitan bagi wanita (01)
Khitan bagi wanita (01)
 
Berbahagialah wahai wanita shalehah
Berbahagialah wahai wanita shalehah Berbahagialah wahai wanita shalehah
Berbahagialah wahai wanita shalehah
 
Risalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuan
Risalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuanRisalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuan
Risalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuan
 
Pendidikan Agama Islam kelas X : Keutamaan Tata Cara Berpakaian Sesuai Syaria...
Pendidikan Agama Islam kelas X : Keutamaan Tata Cara Berpakaian Sesuai Syaria...Pendidikan Agama Islam kelas X : Keutamaan Tata Cara Berpakaian Sesuai Syaria...
Pendidikan Agama Islam kelas X : Keutamaan Tata Cara Berpakaian Sesuai Syaria...
 
Bahaya anti mazhab
Bahaya anti mazhabBahaya anti mazhab
Bahaya anti mazhab
 
Risalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuan
Risalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuanRisalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuan
Risalah dakwah 066 adab pergaulan lelaki dan perempuan
 
Modul 2 pai x lb2
Modul 2 pai x lb2Modul 2 pai x lb2
Modul 2 pai x lb2
 
Makalah katoba adat muna
Makalah  katoba  adat munaMakalah  katoba  adat muna
Makalah katoba adat muna
 
Makalah khitan adat muna
Makalah  khitan adat munaMakalah  khitan adat muna
Makalah khitan adat muna
 
Makalah katoba suku muna
Makalah katoba suku munaMakalah katoba suku muna
Makalah katoba suku muna
 
"91 Faedah Hadith"
"91 Faedah Hadith""91 Faedah Hadith"
"91 Faedah Hadith"
 

Recently uploaded

Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfkustiyantidew94
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 

Recently uploaded (20)

Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdfHARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
HARMONI DALAM EKOSISTEM KELAS V SEKOLAH DASAR.pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 

Beberapa permasalahan mengenai aurat

  • 1. BEBERAPA PERMASALAHAN MENGENAI AURAT Untuk memahami tajuk ini, perlu difahami terlebih dahulu pengertian aurat di dalam Islam. Aurat berasal dari perkataan ‘aar yang bermaksud perkara yang memalukan atau mengaibkan. Fuqahak mentakrifkan aurat ialah setiap perkara yang menimbulkan rasa malu apabila didedahkan. Dan batas aurat menurut istilah fuqahak ialah penentuan bahagian tubuh badan yang boleh atau tidak boleh dipandang atau disentuh oleh orang lain yang sama atau berlainan jantina. Aurat terbahagi kepada dua jenis : Aurat Solat dan Aurat Ru’yah. Aurat Ru’yah tidak sama dengan Aurat Solat yang wajib ditutup sebagai satu daripada syarat sah solat. Aurat Ru’yah biasanya lebih luas daripada Aurat Solat. Aurat Solat bagi wanita ialah seluruh tubuh selain muka dan dua tapak tangan serta dua tapak kaki menurut pandangan setengah mazhab. Manakala Aurat Ru’yah wanita bagi mahramnya ialah bahagian-bahagian selain muka, kepala, leher, dua tangan dan dua kaki. Dan Aurat Ru’yah wanita bagi suami adalah tidak ada. Suami harus melihat dan menyentuh seluruh tubuh isteri tanpa kecuali. Begitu juga sebaliknya. Hukum melihat bahagian badan yang bukan aurat. Bahagian yang bukan aurat walaupun pada asalnya harus dilihat namun ada pengecualiannya. Pada keadaan tertentu bahagian yang bukan aurat juga haram dipandang. Harus atau haram melihat anggota seseorang adalah bergantung sama ada boleh mendatangkan fitnah, membangkitkan syahwat atau tidak. Justeru lelaki yang tidak dapat mengawal syahwahnya tidak harus memandang muka wanita yang bukan mahramnya sekalipun muka itu bukan aurat. Dia juga haram melihat wajah lelaki tampan atau lelaki lembut sekiranya pandangan itu meransang syahwahnya. Bahagian yang harus dilihat dan disentuh oleh mahram. Jumhur ulamak berpendapat bahagian yang harus dilihat ialah anggota yang biasa terdedah ketika bekerja atau pakaian yang biasa dipakai ketika berada di dalam rumah. Mereka menyebut beberapa anggota seperti muka, kepala, leher, dua tangan hingga ke siku dan dua kaki hingga ke lutut. Selain daripada anggota tersebut tidak harus dilihat kerana tidak ada keperluan untuk membukanya. Hukum sentuh, Ulamak Mazhab Hanafiy dan Malikiy berpendapat anggota yang harus dilihat harus disentuh berdasarkan Hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqiy dari Aisyah RA bahawa Nabi SAW mencium tangan dan pipi puterinya Fatimah RA. Di dalam riwayat lain ada menyebut bahawa Rasulullah SAW mencium kepala puterinya Fatimah RA dan Abu Bakar as- Siddiq RA mencium kepala puterinya Aisyah RA. Ulamak Mazhab Hanbaliy berpendapat makruh berjabat tangan dengan wanita walaupun mahram selain daripada ayah. Mereka berkata orang yang pulang dari musafir harus mencium mahramnya jika dia tidak bimbang nafsunya teransang. Pandangan Antara Lelaki dan Wanita Bukan Mahram i. Lelaki Memandang Wanita Bukan Mahram Mengambil pandangan ulamak semua mazhab serta hujah-hujah mereka, penulis merumuskan: a. Tidak harus memandang bahagian yang termasuk di dalam lingkungan aurat, iaitu selain daripada muka dan dua tapak tangan sama ada dengan syahwah atau tanpa syahwah, ketika bimbang terjadi fitnah atau tidak kecuali dalam keadaan darurat.
  • 2. b. Melihat bahagian yang bukan aurat, iaitu muka dan dua tapak tangan tidak harus dengan syahwah atau ketika takut terjadi fitnah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ”Dua mata berzina”. Yang dimaksudkan dengan berzina adalah melihat dengan syahwah dan ia menjadi punca terjadinya perbuatan yang haram. c. Harus melihat muka dan dua tapak tangan kerana keperluan atau dalam keadaan darurat. d. Pandangan tanpa syahwah dan tidak bimbang berlaku fitnah, jika tiada keperluan dan tidak dalam keadaan darurat maka yang awla dan afdal tidak melakukannya. Firmah Allah SWT maksudnya: ”Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka, dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang apa yang mereka kerjakan”. [An- Nur : 30] Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya: ”Sesungguhnya setiap anak Adam itu ada habuannya daripada zina, dia tidak akan dapat mengelak darinya. Zina mata ialah melihat, zina lidah ialah bercakap. Nafsu berkeinginan dan berkhayal, lantas kemaluan merealisasikannya atau mengelak darinya” Sebagai langkah ihtiatiy (berhati-hati dan berwaspada) adalah lebih baik mengelak daripada melihat walaupun tanpa syahwah. Ini juga bertepatan dengan saranan Nabi SAW ketika baginda berkata kepada Ali RA maksudnya: ”Wahai Ali! Jangan engkau ikuti pandangan pertama itu dengan pandangan seterusnya kerana engkau tidak berdosa dengan pandangan pertama, tetapi tidak harus bagimu pandangan berikutnya”. Riwayat at-Tirmizi. ii. Wanita Memandang Lelaki Bukan Mahram Menurut ulamak Mazhab Hanafiy, satu daripada dua pandangan dalam Mazhab Hanbaliy dan satu daripada beberapa pandangan dalam Mazhab Syafi’iy, harus wanita melihat lelaki yang bukan mahram pada bahagian yang bukan auratnya. Aurat lelaki ialah antara pusat dengan lututnya. Keharusan ini dengan syarat tanpa syahwah dan aman dari fitnah. Pandangan ini berdasarkan beberapa dalil: a. Nabi SAW menyuruh Fatimah binti Qais supaya beriddah di rumah Ibn Ummi Maktum. Baginda berkata kepada Fatimah maksudnya: ”Pergilah beriddah di rumah Ibn Ummi Maktum kerana dia seorang lelaki yang buta. Engkau tidak perlu menjaga aurat kerana dia tidak dapat melihatmu”. Riwayat Abu Daud b. Aisyah RA menceritakan peristiwa dia melihat orang Habasyah bermain di halaman masjid: ”Rasulullah SAW melindungiku dengan kainnya ketika aku menyaksikan permainan orang- orang Habasyah sehingga aku puas menontonnya”. Riwayat al-Bukhari. c. Ibn Hajar al-Asqalaniy berkata sejak dahulu wanita-wanita keluar ke masjid dan ke pasar- pasar dengan memakai niqab supaya tidak dilihat oleh lelaki sedangkan lelaki tidak disuruh memakainya agar tidak dilihat oleh wanita. Ini menunjukkan muka lelaki harus dilihat oleh wanita. Walau bagaimanapun wanita mestilah memelihara pandangannya kerana melihat dengan syahwah atau bimbang tidak dapat mengawal nafsu dari tergoda adalah haram. Bersentuhan dan Bersalaman i. Bersentuhan dan Bersalaman Antara Sesama Jantina Daripada Abu Sa’eid al-Khudriy RA sesungguhnya Nabi SAW bersabda maksudnya: ”Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki lain, dan janganlah seorang wanita melihat aurat wanita lain. Janganlah seorang lelaki tidur bersama dalam satu selimut dengan lelaki lain dan janganlah
  • 3. seorang wanita tidur bersama wanita lain dalam satu selimut”. Riwayat at-Tirmizi. Imam an- Nawawiy berkata, Hadis ini menunjukkan haram bersentuhan antara sesama lelaki kecuali dalam keadaan darurat dan haram menyentuh mana-mana bahagian daripada auratnya. Namun bersalaman (berjabat tangan) adalah dikecualikan, iaitu harus. Antara Hadis berkaitan dengan bersalaman (musafahah): - Daripada al-Barra’ bin ’Azib RA, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: ”Apabila bertemu dua orang muslim, lalu keduanya bermusafahah, memuji Allah dan beristighfar, Allah akan mengampunkan kedua-duanya”. Riwayat Abu Daud. - Daripada Qatadah RA katanya: ”Saya bertanya Anas, adakah sahabat-sahabat Nabi SAW bermusafahah?” Beliau menjawab: ”Ya!”. Riwayat al-Bukhariy. Menurut Imam an-Nawawiy, ulamak secara umumnya berpendapat bermusafahah adalah satu sunnah ketika berjumpa. Tetapi mengkhususkan waktu-waktu tertentu dan beriltizam dengannya seperti selepas solat subuh dan selepas solat asar adalah terkeluar daripada asal sunnah, maka lebih awla tidak melakukannya. Begitu juga, harus berpelukan antara sesama lelaki dan sesama wanita berdasarkan dalil-dalil berikut: - Abu Daud meriwayatkan di dalam ’Sunan’nya bahawa seorang lelaki bertanya Abu Dzar RA: ”Adakah Rasulullah SAW bermusafahah dengan kalian apabila bertemu?” Abu Dzar menjawab: ”Setiap kali bertemu denganku baginda akan bermusafahah. Pada suatu hari baginda mengutus seseorang datang menjemputku ketika aku tiada di rumah. Setelah aku pulang, keluargaku memberitahu tentang hal itu. Aku segera ke rumah baginda. Ketika itu baginda berada di atas katil, lalu baginda memelukku. Maka itu adalah lebih bagus dan lebih bagus untukku”. - Al-Baihaqiy meriwayatkan dari Imam asy-Sya’biy katanya: Sahabat-sahabat Nabi SAW apabila bertemu mereka bermusafahah dan pabila pulang dari musafir mereka berpelukan antara satu sama lain. ii. Bersentuhan dan Bersalaman Antara Berlainan Jantina Bermusafahah antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah haram sama ada lelaki yang memulakan atau sebaliknya, sama ada kedua-duanya masih muda atau telah tua, atau salah seorang daripada keduanya masih muda dan seorang lagi telah tua. Hadis-hadis yang berkaitan dengan larangan bermusafahah antara lelaki dan wanita bukan mahram adalah umum meliputi semua peringkat dan golongan. Di dalam Mazhab Syafi’iy ada menyebut harus bermusafahah antara lelaki dan wanita bukan mahram dengan dua syarat: aman daripada fitnah dan berlapik. Kafirah Melihat Muslimah Kebanyakan ulamak dalam Mazhab Hanafiy, Malikiy dan Syafi’iy berpendapat wanita Islam tidak harus membuka auratnya di hadapan wanita bukan Islam sama seperti di hadapan lelaki bukan mahram. Ini berbeza dengan pandangan Imam Ahmad bin Hanbal. Di dalam satu riwayat, beliau berkata: ”Sesetengah orang berkata bahawa Muslimah tidak boleh membuka tudungnya di hadapan Nasraniyyah dan Yahudiyyah. Adapun saya berpendapat mereka tidak boleh melihat kemaluannya sahaja dan tidak boleh membidaninya ketika dia (muslimah) bersalin. Ulamak yang berpendapat wanita Islam tidak harus membuka auratnya di hadapan wanita bukan Islam berpegang kepada firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 31 bermaksud: ”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka
  • 4. menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara- saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Terjemahan " yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya”. Di dalam ayat ini Allah menyebut perkataan ’aw nisa’ihinna’. Kebanyakan mufassirin mentafsirkan maksud ’nisa’ihinna’ di dalam ayat itu ialah wanita Islam. Berdasarkan tafsiran ini, wanita bukan Islam tidak termasuk dalam golongan mereka yang boleh melihat perhiasan atau aurat wanita Islam. Namun terdapat di kalangan mufassirin yang mengatakan maksud ’nisa’ihinna’ ialah semua golongan wanita tidak kira muslimah atau bukan. Di dalam kitab ’Al-Mufassol fi Ahkam al-Mar’ah’ Dr. Abdul Karim Zaidan mentarjihkan pendapat yang mengatakan batas aurat antara wanita Islam dengan wanita bukan Islam sama seperti batas aurat antara sesama wanita Islam. Hujah yng beliau kemukakan ialah: a. Wanita-wanita Yahudi pada zaman Nabi SAW datang ke rumah baginda bertemu dengan isteri-isteri baginda RA. Mereka (isteri-isteri baginda) tidak memakai hijab dan tidak disuruh memakainya. Asma’ binti Abu Bakr RA menceritakan bahawa ibunya sering datang mengunjunginya walaupun enggan memeluk Islam. Beliau telah bertanya Rasulullah SAW adakah dia patut berbuat baik kepada ibunya dengan pemberian sesuatu? Baginda menjawab: ”Ya!”. Di sini baginda SAW tidak menyuruh Asma’ menutup aurat ketika ibunya datang. b. Perintah supaya Muslimah menutup aurat di hadapan lelaki adalah kerana sebab yang diketahui, iaitu mengelak fitnah, memelihara syahwah dan mengawal perbuatan mungkar. Sebab ini tidak ada jika wanita memandang wanita. Maka tidak wajib wanita Islam menutup seluruh tubuhnya di hadapan wanita bukan Islam sebagaimana tidak wajib lelaki Islam menutup seluruh tubuhnya di hadapan lelaki bukan Islam. c. Mewajibkan Muslimah menutup semua tubuhnya sebagaimana di hadapan lelaki bukan mahram memerlukan dalil dari nas yang soreh atau qias yang sahih. Di sini tiada nas yang soreh kerana ungkapan ’nisa’ihinna’ di dalam ayat di atas tafsirannya tidak qat’iy. Boleh ditafsirkan wanita secara umum dan boleh ditafsirkan wanita Islam sahaja. Qias yang sahih pula tidak ada langsung kerana wanita bukan Islam tidak boleh diqias kepada lelaki anjabiy kerana kedua- duanya tiada persamaan. d. Beberapa riwayat mengatakan sahabat seperti Ibn ’Abbas dan lain-lain melarang Muslimah membuka tudung di hadapan kafirah merupakan riwayat yang sahih. Tetapi larangan itu boleh diandaikan sebagai sunat dan digalakkan, bukan wajib. Ertinya sunat dan afdal bagi Muslimah kekal bertudung di hadapan kafirah. Melihat dan Menyentuh sesama Wanita Wanita melihat kepada wanita lain sama seperti lelaki melihat kepada lalaki lain, iaitu seluruh
  • 5. tubuh kecuali antara pusat dengan lutut. Pusat dan lutut tidak termasuk aurat pada pandangan jumhur, berbeza dengan pandangan Mazhab Hanafiy yang menganggap lutut adalah termasuk aurat. Jadi haram bagi wanita melihat wanita lain di bahagian antara pusat dengan lutut sama ada dengan syahwah atau tanpa syahwat, sama ada ketika aman fitnah atau sebaliknya. Adapun bahagian yang lain daripada itu harus dilihat dengan syarat tidak ada syahwah dan tidak bimbang terjadi fitnah. Ini merupakan syarat mutlak yang meliputi semua pihak dan golongan, lelaki dengan lelaki, wanita dengan wanita, dan wanita dengan mahramnya. Bahagian yang harus disentuh adalah sama dengan bahagian yang harus dilihat. Begitu juga hukum bermusafahah antara sesama wanita adalah harus dan digalakkan seperti lelaki sesama lelaki. Wanita Islam juga haus bermusafahah dengan wanita bukan Islam. Dipetik dari kitab ’al-Mufassol fi Ahkam al-Mar’ah’, Abdul Karim Zaidan, jilid 3, m.s. 141-268. v