1. KAWASAN AURAT LELAKI
AURAT KITA MARUAH DIRI KITA
Menutup aurat adalah wajib keatas setiap muslim, tidak kira lelaki atau
perempuan. Kewajipan ini berdasarkan kepada dalil-dalil daripada al-quran dan
hadis.
www.dakwahpdf.blogspot.com
Aurat lelaki yang wajib ditutupnya daripada pandangan seorang lelaki lain ialah
bahagian tubuh badan antara pusat dan lututnya. Ini bererti bahawa seorang
lelaki tidak diharuskan melihat aurat lelaki lain pada bahagian yang terletak
antara pusat dan lututnya.
Dalil tersebut berdasarkan Hadis Sahih, antaranya sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Abu Ayyub r.a bermaksud:
Bahagian anggota yang terletak di atas dua lutut adalah termasuk aurat dan
bahagian anggota yang terletak di bawah pusat adalah aurat juga.
Diantaranya firman allah s.w.t : "Dan katakanlah kepada perempuanperempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada
memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan
tudung kepala mereka. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa
mertua mereka,atau anak-anak mereka...
KAWASAN AURAT PEREMPUAN
Melalui dalil ini, jelaslah bahawa islam amat mengambil berat terhadap
masalah aurat sehingga diterangkan dengan penjelasan yang begitu terperinci
sebagaimana disebutkan didalam ayat 31 surah an-nur tadi, dan lebih daripada
itu, kita juga digalakkan untuk menutup aurat dalam keadaan kita
berseorangan ,meskipun ditempat yang sunyi dan tertutup.
DOSA PENDEDAH AURAT
Hukum wajib menutup aurat tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak boleh
dimansuhkan dengan hujjah akal, walau sehebat mana logoknya hujjah itu. Ini
kerana hukum itu telah ditetapkan dengan nas yang jelas yang tidak boleh
diijtihadkan. Nas yang terang dan jelas mengatasi akal rasional,kerana nas itu
adalah wahyu yang nyata maksudnya, tidak memerlukan akal rasional untuk
menerangkannya, apa lagi untuk membatalkan konsepnya yang jelas itu.
PENGENALAN AURAT
Dari segi bahasa arab , aurat itu bererti aib atau sesuatu yang memalukan.
Menurut istilah syarak islam pula, aurat adalah bahagian tubuh manusia yang
wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan orang lain.
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abu bakar
pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak
kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup
umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini —
sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w.
bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya
itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai
buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan
mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar
punduk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat
akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan
demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian
pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup
aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis
sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian
perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)