1. 17 NILAI MURNI
1. Baik Hati … sikap mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang
lain secara ikhlas yang dapat dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang
terhadap orang lain.
2. Berdikari … kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa
bergantung pada orang lain yang terjelma juga melalui rasa tanggungjawab,
berupaya bertindak sendiri, jaya diri dan yakin pada diri sendiri.
3. Hemah Tinggi … budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut
serta budibahasa yang patut diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya
dengan anggota masyarakatyang lain; terjelma melalui kesopanan, mengakui
kesalahan diri, dan ramah mesra.
4. Hormat-menghormati … menghargaidan memuliakan seseorang dan
institusi sosialdengan memberikan layanan yang sopan; antara lain terjelma
melalui ketaatan terhadap ibu bapa, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran
tetangga, dan pemimpin; dan terjelma juga melalui hormat kepada raja dan
negara, patuh kepada undang-undang dan menghargaimaruah diri.
5. KasihSayang … perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan
berkekalan yang lahir daripada hati yang rela terhadap sesuatu; termasuk
sayang/cinta akan nyawa, alam sekitar, negara dan keamanan.
6. Keadilan … perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak
berat sebelah; termasuk juga saksama.
7. Kebebasan … dapat melakukan sesuatu tanpa batasan asalkan kebebasan
itu tertakluk pada peraturan dan undang-undang agama, masyarakatdan
negara; terjelma melalui kebebasan di sisiundang-undang dan kebebasan
dalam sistem demokrasi.
8. Keberanian … kesanggupan seseorang untuk menghadapicabaran dengan
yakin dan tabah hati; termasuk beranitanpa membuta tuli, berani kerana
benar, berani mempertahankan pendirian, dan berani bertanggungjawab.
2. 9. Kebersihan Fizikal dan Mental … kebersihan diridan kebersihan
persekitaran; terjelma melalui pertuturan, kelakuan, pemikiran dan amalan
kerohanian.
10. Kejujuran … sikap dan perlakuan yang menunjukkan niat baik, amanah dan
ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan; termasuk amanah, bercakap
benar, dan ikhlas.
11. Kerajinan … usaha secara berterusan yang penuh dengan semangat
ketekunan dan dedikasi dalam melakukan sesuatu perkara; terjelma melalui
kecekalan, daya usaha, dedikasi, gigih dan tekun.
12. Kerjasama … usaha yang baik dan membina yang dilakukan secara
bersama-sama pada peringkatindividu, komuniti, masyarakatatau negara
untuk mencapai sesuatu matlamat; termasuk persaudaraan, tanggungjawab
bersama, gotong-royong, toleransi, kebaikan bersama dan perpaduan.
13. Kesederhanaan … sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan
dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan supaya
sesuaidengan norma dan nilai masyarakat; secara umumsederhana dalam
mempertimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain.
14. Kesyukuran … perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas
nikmat dan kesenangan yang diperoleh; termasuk berterima kasih, mengenang
budi, dan menghargai seseorang/sesuatu--fokus utama ialah kesyukuran
kepada Tuhan.
15. Patriotisme … semangatcinta akan negara, taat setia kepada raja dan
sanggup berkorban deminegara.
16. Rasional … dapat berfikir dengan berdasarkan alasan dan buktiyang nyata
dan dapat melakukan tindakan yang wajar tanpa dipengaruhi oleh perasaan;
termasuk mampu membuat pertimbangan, berfikir logik dan bersifat terbuka.
17. Semangat Bermasyarakat… kesediaan melakukan sesuatu berdasarkan
semangatkekitaan seperti bermuafakat, kejiranan dan peka tentang isu sosial
dan masyarakat.