Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian

  • Login to see the comments

Bab 1 malaysia kesepaduan dalam kepelbagaian

  1. 1. Malaysia: Kesepaduan dalam Kepelbagaian
  2. 2. HASIL PEMBELAJARAN  Hubungan Etnik dipengaruhi bukan sahaja dipengaruhi unsur etnik malah unsur- unsur sosial yang lain  Mengetahui perspektif kesepaduan sosial  Dapat menjelaskan konsep perpaduan dalam kepelbagaian. 
  3. 3. Kedinamikan Hubungan Etnik  Dimensi etnik  Dimensi kelas  Dimensi status  Dimensi agama  Dimensi gender  Dimensi bahasa  Dimensi kedudukan sosioekonomi  Ideologi politik  Pengaruh wilayah
  4. 4. PENGENALAN  Di Malaysia, sepanjang 56 tahun merdeka, yang dihighlight adalah konflik. Namun hubungan etnik yang positif sebenarnya lebih banyak.  Oleh itu, konsep kesepaduan sosial diutarakan untuk menjelaskan fenomena yang berlaku di Malaysia.
  5. 5. Konsep perpaduan Dalam Kepelbagaian 1. Maksud ‘perpaduan dalam kepelbagaian’ (unity in diversity) dari perspektif :  Psikologi Sosial - rasa kesatuan’ yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal, yang meliputi juga konteks metafizikal  Antropologi-sosiologi - suatu rumusan yang menyimpulkan dan mengartikulasikan bagaimana manusia mengurus dan menyusun, dari segi abstrak dan nyata, perbezaan sosial yang sedia ada dalam kalangan mereka  Ontologikal - perlunya mengurus dan menyusun perbezaan ini adalah, pada umumnya, atas keinginan untuk mewujudkan keadaan aman dan stabil dalam sesebuah masyarakat yang rencam keanggotaan kelompok sosialnya agar dapat meraih kesenangan dan mungkin juga kemewahan material.
  6. 6.  Maksud Perpaduan: Proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air.  Konsep Utopia - unity is uniformity atau 'perpaduan‘ ialah keSAMAan atau keSATUan -- satu bangsa, satu agama, satu bahasa, satu negara, yang juga merupakan kata-kata slogan. unity is uniformity hanyalah suatu gambaran tentang suatu masyarakat yang sempurna yang tidak boleh menjadi kenyataan
  7. 7. Konsep Kesepaduan Sosial  Suatu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan yang seharusnya pula mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut untuk merungkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan.
  8. 8.  Memahami konsep ‘kesepaduan sosial’ menerusi pemahaman konsep ‘takrifan harian’ (everyday define), sebelum perpaduan dapat dicapai.  'takrifan harian' lebih berkesan daripada 'takrifan autoriti', kerana setiap anggota masyarakat majmuk adalah bebas untuk bertindak dan berprilaku prokeamanan, prokeharmonian dan antikeganasan demi survival diri, keluarga dan kelompok sosialnya.  sekiranya timbul sebarang konflik, anggotanya akan segera mencari jalan penyelesaian melalui perundingan dalam pelbagai cara dan bentuk
  9. 9.  Konsep kesepaduan adalah lebih realistik dalam konteks Malaysia.  Oleh itu, konsep kesepaduan sosial diutarakan untuk menjelaskan fenomena yang berlaku di Malaysia.
  10. 10. Perbandingan: Malaysia & Sri Lanka 1. Cerita Malaysia: umumnya aman dan stabil tapi ranjau sepanjang jalan tetap ada  Era Konflik 1945-1960  Era ‘Tegang tapi Stabil 1961-1970  Era Kesepaduan Sosial 1971- 2011 2. Punca Kesepaduan Sosial 3. Rakyat yang matang
  11. 11.  Pasca Perang Dunia Kedua (PD2) ◦ Rusuhan etnik - konflik etnik antara etnik Cina dengan Melayu yang tercetus daripada tindakan BintangTiga selama 14 hari selepas tamatnya penaklukan Jepun ◦ Huru-hara Buruh - Pemimpin kesatuan sekerja yang terlibat mengorganisasi rusuhan dan mogok ini telah ditangkap dan pertubuhan mereka diharamkan dan Penglibatan BintangTiga dengan membunuh tiga orang pengurus ladang keturunan Eropah di Sungai Siput sehingga diisytiharkan darurat dan tamat pada 1960.  Tiang seri pembinaan semula – Communities Liason Committee (CLC) - 1949 ◦ Keselamatan ◦ Pembangunan LimaTahun 1950-1955 ◦ Perundingan Etnik – penggubalan perlembagaan A | ERA KONFLIK (1945 – 60)
  12. 12.  Pembentukan Malaysia 1963: Perjanjian 20 perkara dengan Sabah dan Perjanjian 18 Perkara dengan Sarawak  Konfrontasi 1963-66 – Malaysia-Indonesia (neo-colony)  Konflik etnik terbuka 1964 & 1969 ◦ Julai & September 1964 di Singapura (dlm Malaysia) ◦ 13 Mei 1969, di Kuala Lumpur & 3 tempat lain  Singapura & Malaysia berpisah 9 Aug. 1965  Cara atasi ◦ Majlis Perundingan Rakyat ◦ Jabatan Perpaduan, Rukun Negara ◦ Dasar Ekonomi Baru B | ERA TEGANG TAPI STABIL (1961 – 70)
  13. 13.  40 tahun keamanan dan kestabilan, kecuali pada 2011 peristiwa Kg. Medan yang mengingatkan bahawa faktor ekonomi sangat penting untuk kesepaduan sosial.  Harapan untuk ‘perpaduan’ tetap ada: 1Malaysia  Apakah anak kunci kesepaduan sosial Malaysia: Hubungan stabil, sama ada di Peringkat Masyarakat, Negara, Pasaran = M+N+P- meskipun sewaktu krisis global.  Masyarakat Malaysia yang matang: ◦ Suka bertikam lidah tetapi tidak berparangan ◦ Konflik wujud, namun masih hidup dalam kesepaduan C | ERA KESEPADUAN SOSIAL (1971-2011)
  14. 14. ANTARA KONFLIK SOSIAL & KESEPADUAN SOSIAL| perbandingan Malaysia & Sri Lanka (1945-2011) 1948 - 1960 MALAYSIA SRI LANKA 20111945 1940-1950 1951-1960 1961-1970 1971-1980 1981-1990 1991-2010 1969 20011964 KEAMANAN ditakrif sebagai “the absence of violence” (GPI 2011). Konflik berdarah berlaku di Malaysia dan Sri Lanka semenjak 1945. Bukti menunjukkan bahawa keadaan kesepaduan sosial mendominasi hidup di Malaysia di Sri Lanka didominasi oleh pertumpahan darah, meragut lebih dari 100,000 nyawa. Untuk sebuah analisis perbandingan terbaik sila lihat, Sirimal Abeyratne, “Economic Development and Political Conflict: Comparative Study of Sri Lanka and Malaysia, “ South Asia Economic Journal 9:2(2008): 393-417
  15. 15. MASYARAKAT PELBAGAI ETNIK - MALAYSIA Kumpulan etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa & Dialek - Semenanjung Kumpulan etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa & Dialek - Sarawak Kumpulan etnik, Subetnik, Suku, Kumpulan Bahasa & Dialek - Sabah
  16. 16. Potret Hubungan Etnik di Malaysia • Negara Malaysia dengan kerencaman demografi terus kukuh, maju dan membangun malah disegani oleh jiran tetangga dalam konteks negara berbilang etnik. • Keadaan yang aman damai telah melahirkan suatu bentuk kestabilan politik, ekonomi dan sosial yang baik. • Malaysia berjaya mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun. • Keunikan tadbir urus negara mengurus perpaduan dalam kepelbagaian amat penting.
  17. 17. Global Peace Index (2011) Negara Kedudukan Negara Paling Aman di Dunia New Zealand 1 Iceland 2 Jepun 3 Denmark 4 Republik Czech 5 Austria 6 Finland 7 Kanada 8 Norway 9 Slovenia 10 Ireland 11 Qatar 12 Sweden 13 Belgium 14 Jerman 15 Switzerland 16 Portugal 17 Australia 18 Malaysia 19 Hungary 20
  18. 18. Hubungan Etnik dari Perspektif Konflik  Terdapat pandangan - masyarakat yang memiliki kerencaman budaya, bahasa, agama seperti di Malaysia akan terpisah dan terasing mengikut kumpulan etnik masing-masing.  Perbezaan etnik akan melahirkan persaingan antara kumpulan etnik dan berlaku kepupusan ciri-ciri etnik.  Etnik yang dominan menguasai etnik minoriti.  Media massa kerap memotretkan hubungan etnik di Malaysia dalam perspektif yang sempit - membangkitkan sentimen etnik atau agama dalam laporan berita.
  19. 19.  Kebanyakan kajian tentang hubungan etnik di Malaysia menggunakan paradigma konflik untuk menganalisis dan memahami setiap permasalahan yang wujud dalam masyarakat.  Pandang sedemikian mengandaikan masyarakat Malaysia sentiasa berada dalam persengketaan, saling bersaing khususnya antara kumpulan yang berlainan etnik dan agama.  Hakikat mengangkat paradigma konflik sebagai teras memahami permasalahan masyarakat di Malaysia adalah kurang tepat kerana realitinya, masyarakat hidup dalam aman dan stabil.
  20. 20. Menelusuri Hubungan Etnik daripada Perspektif Konflik  Pembentukan ilmu kolonial yang sarat dengan nuansa ideologi orientalisme pada asasnya adalah untuk “membezakan” kumpulan dalam masyarakat agar wujud sempadan binari yang jelas antara mereka yang menjajah dengan mereka yang terjajah.  Mereka yang terjajah pula dikategorikan secara pukul rata melalui perbezaan yang berdasarkan ciri- ciri fisiologi, budaya, bahasa, agama dan etnik yang diesensialisasi dan diitlakkan secara mudah dan cetek.  Ditambah dengan konflik 13 Mei, darurat
  21. 21. Memahami Hubungan Etnik daripada Perspektif Kesepaduan Sosial  Masyarakat Malaysia terhasil daripada perkongsian sejarah – membina struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya.  Masyarakat Malaysia bersifat dinamik – membina kesepaduan sosial melalui interaksi dan amalan harian secara langsung dan tidak langsung secara berterusan.  Kesepaduan sosial juga terbina menerusi proses akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi – mekanisme untuk mengekalkan toleransi.
  22. 22. Menelusuri Hubungan Etnik daripada Perspektif Konflik  Paradigma alternatif ini bukan bertujuan untuk menafikan bahawa tiada konflik tetapi sebagai satu cara pandang yang memberi tempat yang lebih wajar kepada sisi positif dalam menganalisis dan memahami hubungan etnik.  Pemahaman terhadap situasi ini adalah wajar kerana hakikatnya aspek yang lebih dominan dalam kehidupan seharian dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia bukan berasaskan konflik tetapi didasari oleh kesepaduan sosial.
  23. 23. Hubungan SalingTerkait dan Saling Bergantungan  Jalinan hubungan sosial secara berterusan terbina dalam kalangan anggota masyarakat Malaysia merentas etnik, agama, budaya dan bahasa menerusi interaksi sesama mereka.  Umpamanya, nasi yang dimakan oleh pelajar selepas keluar dari bilik kuliah melibatkan pelbagai etnik
  24. 24. Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian  Paradigma kesepaduan sosial lebih memberi tumpuan kepada takrifan terhadap interaksi seharian yang dibentuk oleh anggota masyarakat itu sendiri berbanding dengan takrifan yang dibentuk oleh autoriti  Takrifan autoriti seperti negara, misalnya, cenderung bersifat tetap dengan sempadannya yang tidak boleh diubah. contohnya, takrifan Melayu oleh negara sebagaimana yang termaktub dalam Artikel 160.
  25. 25. Takrifan Autoriti dan Takrifan Harian  Takrifan harian oleh masyarakat awam kemungkinannya lebih anjal, cair, rencam, pelbagai dan terdapat tolak ansur, akomodasi serta saling memahami dalam kalangan mereka untuk memastikan kehidupan seharian mereka dapat diteruskan dengan aman tanpa sebarang konflik.  Kesepaduan sosial memberi pengiktirafan terhadap takrifan harian oleh anggota masyarakat dan takrifan harian dalam konteks hubungan etnik ialah pelekat sosial yang menjadikan masyarakat Malaysia yang majmuk, pelbagai dan rencam ini secara sosialnya bersepadu.
  26. 26. Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi dan Asimilasi  Dalam proses rundingan sosial, unsur-unsur seperti akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi sentiasa berlaku di peringkat yang berbeza sebagai mekanisme untuk terus mengekalkan toleransi etnik, penerimaan terhadap perbezaan dan kesepaduan sosial yang wujud pada hari ini.  Rakyat Malaysia di peringkat masyarakat awam tidak mudah terpengaruh untuk bertindak secara melulu, emotif dan menggunakan kekerasan terhadap isu-isu yang ditimbulkan.  Masyarakat Malaysia di peringkat awam telah pun sedikit sebanyak terikat dengan suatu bentuk kesepaduan sosial yang baik dan organisasi sukarelawan masyarakat dan individu daripada pelbagai etnik dan agama
  27. 27. Kesepaduan Sosial Melalui Akomodasi, Akulturasi, Amalgamasi dan Asimilasi  takrifan yang diberikan oleh anggota masyarakat dalam acuan besar bercirikan Malaysia adalah merujuk kepada interaksi dan hubungan sehari- hari yang berlaku antara mereka melalui proses rundingan sosial yang berterusan.  Proses ini ditunjangi oleh unsur-unsur akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan asimilasi yang merupakan inti pati penting untuk memahami hubungan etnik di Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial.
  28. 28. Kesimpulan  Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah, terutama jika terdapat usaha sedar berpunca daripada tindakan authority-defined dan topdown yang dapat melengkapkan dan menjamin kelangsungannya dan meningkatkan daya ketahanan dalam sesebuah masyarakat majmuk itu  adalah lebih tepat untuk kita mengungkapkan keadaan ini sebagai “kesepaduan dalam kepelbagaian” (cohesion in diversity) dan bukan “perpaduan dalam kepelbagaian” (unity in diversity).

×