SlideShare a Scribd company logo
1 of 26
Sinopsis
Kapten Mamat mengimbau kecelakaan yang berlaku di atas kapalnya yang melibatkan kelasi yang bernama
Baharum. Masnah, balu kepada Baharum tidak dapat menerima kenyataan dan menyalahkan takdir atas kejadian
yang menimpa suaminya. Masnah mengadukan nasibnya yang malang kepada Kapten Mamat. Masnah
menyalahkan kehidupan para kelasi yang sentiasa berada dalam keadaan bahaya. Kapten Mamat berjanji akan
berusaha untuk mendapatkan pampasan untuk masnah bagi mengurangkan beban keluarganya. Selain itu,
Kapten Mamat memberikan kesedaran kepada Masnah bahawa setiap kematian itu telah ditentukan sebab
musababnya. Akhirnya, masnah sedar bahawa sebagai manusia, dia perlu menerima kenyataan dan mengakui
hakikat bahawa itulah lumrah kehidupan.
Aspek komsas dalam cerpen Penanggungan karya Wijaya Mala
ITEM PERNYATAAN CONTOH
Tema
Menanggung tanggungjawab
untuk meringankan beban
keluarga yang menimpa
nasib malang
Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian
Baharum, suami Masnah.Baharum yang menjadi kelasi
kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal
dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas
geladak. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap
kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian
Baharum.
Persoalan
Persoalan kesengsaraan
hidup janda setelah kematian
suami
Masnah terpaksa menenpuh kehidupan bersama-sama
dua orang anaknya tanpa suami yang mati akibat terjatuh
dari atas kapal
Persoalan rasa bersalah yang
menghantui jiwa
Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum telah
menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya.
Persoalan simpati atas
penderitaan hidup orang lain
Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang
ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami
Persoalan keredhaan
menghadapi ketentuan Illahi
Masnah akhirnya redha dengan ketentuan Illahi, iaitu
setiap yang hidup pasti akan mati
Persoalan tanggungjawab
membantu golongan kurang
bernasib baik
Kapten Mamat memberitahu bahawa dia akan membantu
Masnah dengan cara meminta persatuan membayar
pampasan kepada Masnah
Persoalan ketabahan
menghadapi cabaran hidup
Kapten Mamat menyeru supaya Masnah tabah dan berani
menghadapi kehidupan walaupun tanpa suami
Persoalan kecelaruan masa
depan akibat kehilangan
tempat bergantung
Masnah berasa demikian setelah suaminya Baharum
meninggal dunia. Akibat daripada itu juga dia mengalami
tekanan perasaan.Akhirnya Masnah bercadang untuk
memulakan kehidupan barunya di kampung
Plot
Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak Kapten Mamat
yang sedang dudukberehat di rumahnya ketika cuaca
panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan
peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh
dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi
Perkembangan Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika
tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak Baharum
yang menjadi yatim dan isterinya menjadi balu . Dia juga
mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan
tugas syarikat semasa menjadi kapten kapal. Tiba-tiba dia
dikunjungi Masnah dan anak-anaknya. kapten Mamat
tersentuh perasaan melihat anak Masnah yang
bertanyakan ayahnya.
Perumitan Konflik timbul apabila Kapten Mamat cuba menasihati
dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan
terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami
kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan.
Masnah tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal
seperti bapa mereka.
Klimaks Mansa tertekan sehingga pitam. Kapten Mamat berjaya
memulihkan Masnah buat sementara waktu berdasarkan
pengalamannya ketika mengemudi kapal dahulu.
Peleraian Masnah sedardaripada pitam dan Kapten Mamat berjanji
untuk membela nasibnya di samping menasihati Masnah
agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula
menyatakan hasratnya untukpulang ke kampung.
Masnah akhirnya menerima takdir Allah.
Nilai
Simpati Kapten Mamat bersimpati dengan nasib yang menimpa
Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum
Kasih sayang Masnah amat mengasihi suaminya sehingga sukar untuk
menerima kematian suaminya
Berani Kapten Mamat berani menghadapi cabaran bekerja di laut
Redha Masnah akhirnya menerima kecelakan yang menimpa
suaminya adalah kehendak Allah
Tanggungjawab Kapten Mamat bertanggungjawab atas nasib yang
menimpa Masnah dan anak-anaknya sehingga berjanji
untuk membantu Masnah melalui kesatuan
Baik hati Kapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya
dengan baik ketika masnah berkunjung ke rumahnya
Pengajaran
Kita hendaklah bersimpati
terhadap golongan yang
bernasib kurang baik supaya
kehidupan mereka selesa
Kapten Mamat bersimpati dengan nasib yang menimpa
Masnah dan anak-anaknya setelah kematian suaminya,
Baharum
Kita hendaklah menyayangi
ahli keluarga kerana mereka
menjadi tempat bermanja
Masnah sangat menyayangi suaminya sehingga dia
merasakan hidupnya tidak tentu arah setelah kematian
suaminya itu
Kita hendaklah sabar
menghadapi permasalah
dalam hidup
Kapten Mamat meminta supaya Masnah bersabardan
tabah menghadapi dugaan hidup walaupun dugaan itu
sangat menyakitkan
Kita hendaklah menerima
ketentuan Illahi dengan hati
terbuka
Masnah akhirnya menerima peristiwa kematian suaminya
yang merupakan takdir Illahi
Watak &
perwatakan
Perwatakan dalaman Huraian
Kapten Mamat
Prihatin Kapten Mamat prihati dengan nasib yang menimpa
Masnah setelah kematian suaminya
Bertanggungjawab Kapten Mamat berjanji akan membantu Masnah
melalui kesatuan
Baik hati Kapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya
dengan baik ketika Masnah datang ke rumahnya
Masnah
Penyayang Masnah sangat menyayangi suaminya sehingga dia
sukar menerima kenyataan kematian Baharum
Menerima ketentuan Illahi Mansa akhirnya menerima kematian suaminya
sebagaitakdir
Berpandangan jauh Masnah tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas
kapal dan merancang untukpulang ke kampung
Latar Pernyataan Huraian
Latar masa Tengah hari
Cuaca panas terik dan berangin sehingga langsir
rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia
membuka baju
Latar tempat
Rumah Kapten Mamat Masnah dan anak-anaknya berkunjung ke rumah
Kapten Mamat
Kapal Baharum mati di atas kapal yang diketuai oleh
Kapten Mamat
Latar masyarakat
Masyarakat yang cekap
menghadapi cabaran
Kapten Mamat berjaya menghadapi situasi cemas
ketika Masnah pitam
Masyarakat yang
bertanggungjawab
Kapten Mamat bertanggungjawab membantu
Masnah dan anak-anaknya melalui kesatuan
Masyarakat yang sukar
menerima kenyataan
Masnah pada mulanya sukar untuk menerima
kematian suaminya
Masyarakat yang redha
dengan ketentuan Illahi
Masnah akhirnya menerima kematian suaminya
dengan redha
Masyarakat yang baik hati Kapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya
dengan baik
Karangan Jenis Rencana: Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Soalan Karangan: Bersempena dengan Hari Guru, anda ingin menulis satu rencana tentang peranan guru dalam
pembangunan Negara.
Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
Oleh : Azmin Arshad
Saban tahun, 16 Mei merupakan hari keramat lagi suci murni kepada warga sekolah, iaitu Hari Guru
di tanah air kita. Sekalung budi dan tahniah serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada insan yang
bergelar sebagai pendidik. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah telah meraikan Hari Guru dengan pelbagai
aktiviti seperti mengadakan jamuan, memberikan hadiah dan mengadakan persembahan kepada guru yang
disayangi. Ternyata, setiap warga sekolah perlu menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap pembangunan
individu, bangsa dan Negara. Hal ini selaras dengan tema Hari Guru 2010, “Guru Pembina Negara Bangsa”.
Walhal, guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas bimbingan
guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara
Sasterawan Negara Usman Awang, “Lahirnya seorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah
bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis.” Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah
kita? Tepuk dada tanya selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan
melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara. Iltizam dan
komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketerampilan dan berdaya saing untuk memartabatkan
pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju.
Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada putera dan
puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh
ilmu melalui pelbagai wadah dan wahana, seperti internet, e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen
satelit. Ekoran daripada itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu.
Mutakhir ini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga perlu
menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan
pemelajaran . Dalam situasi ini, pelajar lebih minat dan beria-ia untuk mengikuti pelajaran. Sebagai impaknya,
guru yang menguasai teknologi maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang
cemerlang.
Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan golongan yang memiliki
mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal ini terjadi demikian kerana warga didik bukan sahaja
memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Pendidikan
kerohanian sangat mustahak kepada setiap insan. Guru perlu sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni kepada
pelajar supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan. Dengan
bimbingan, prihatin, asuhan dan kasih sayang guru, insan yang bersikap penyayang, bersemangat kental dan
berfikiran terbuka akan bercambah. Jati diri penggerak wawasan. Atas sumbangan guru, pelajar yang memiliki
jati diri dan bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara.
Kita perlu mengakui pengorbanan guru dalam melahirkan anak watan yang berguna. Malangnya, kini
banyak pelajar telah dipengarui oleh budaya barat dan hedonisme sehingga terbelenggu oleh kemelut sosial .
Remaja kita seolah-olah tidak dapat melepaskan diri dalam kepompong sindrom sosial, seperti melepak, mat
rempit, penagihan dadah, dan lain-lain lagi. Sesungguhnya guru perlu mendukung cita-cita untuk membanteras
sindrom sosial dalam pekarangan sekolah dan masyarakat kita. Rentetan daripada itu, guru perlu sentiasa
bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan pelajarnya . Para pendidik sentiasa mengorbankan
masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di hujung jalan supaya mereka dapat balik ke pangkal
jalan. Secara tidak langsung, guru berupaya mementuk masyarakat madani dan sakinat. Jasa guru akan sentiasa
dikenang dalam sanubari anak muridnya hingga akhir hayat.
Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Dedikasi guru
dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurilum serta berakhlak mulia. Guru
berkualiti aspirasi negara. Guru yang bertanggungjawab dan amanah sentisa dihormati oleh rakan sejawatan dan
anak murid. Sekalung budi dan sekeping kad Hari Guru sebagai tanda terima kasih yang tidak terperi kepada
semua guru. Jasa dan budi guru akan sentiasa dikenang. Segala teguran dan kritikan daripada guru semata-mata
adalah demi kebaikan pelajar. Tampaknya, profesion guru semakin mencabar berbanding dengan zaman silam.
Oleh itu guru perlu bersemangat waja diri dan gigih untuk meladeni kerenah pelajar yang semakin liar. Jangan
putus asa dan patah semangat malah perlu sentiasa menyemarakkan semangat dan motivasi pelajar supaya
mereka dapat menjadi insan yang kamil dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi.
Natijahnya, komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan pembangunan insan
yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia. Guru cemerlang negara terbilang. Pendidik
perlu melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah cemerlang. Gemilang dan terbilang.
Selamat Hari Guru.
Pelancongan
1. Kebaikan amalan melancong di dalam negara bersama-sama
keluarga (KELUARGA)
Melancong dapat ditakrifkan sebagai pergi bercuti atau berlibur ke sesuatu tempat untuk
makan angin atau menenangkan fikiran sama ada bersama-sama dengan keluarga ataupun
dengan rakan-rakan. Dewasa ini, destinasi-destinasi pelancongan di dalam negara semakin
mendapat sambutan dan perhatian dalam kalangan warganegara tempatan mahupun orang
luar. Hal ini merupakan hasil daripada usaha-usaha kerajaan mengadakan kempen dan
mempromosikan destinasi pelancongan tempatan seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor,
Pulau Tioman, Melaka dan lain-lain destinasi kepada rakyat pribumi Malaysia dan rakyat luar
negara. Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan, industri pelancongan di dalam negara boleh berkembang setanding dengan
destinasi pelancongan di luar negara seperti Pulau Bali, Disneyland dan lain-lain sekiranya
usaha memperkenalkan Malaysia dilakukan secara giat malah disokong oleh rakyat jelata.
Sehubungan dengan itu, salah satu obligasi yang perlu dipikul oleh ibu bapa ialah ibu bapa
seyogianya membawa ahli keluarganya melancong di dalam negara dengan lebih kerap untuk
memartabatkan industri pelancongan negara di peringkat global. Berpijaklah di bumi yang
nyata bahawa melancong bersama keluarga di dalam negara sememangnya membawa
pelbagai kemaslahatan yang tidak dapat dinafikan. Marilah kita bersama-sama menghalusi
dan meneliti keberkesanan aktiviti melancong bersama keluarga tercinta di tanah tumpahnya
darah kita sendiri kerana kata orang, ”tak kenal maka tak cinta”.
Kebaikan yang perdana ialah hubungan kekeluargaan dapat dipererat. Dalam sesebuah
institusi keluarga, kesibukan melayani aktiviti harian masing-masing memang tidak dapat
dinafikan. Si ibu dan si ayah sibuk dengan kerjaya mereka manakala si anak pulak sibuk
dengan tugasan sekolahnya. Situasi ini menyebabkan masa untuk bersama-sama dengan ahli
keluarga amat terbatas. Sehubungan dengan itu, aktiviti melancong di dalam negara bersama
keluarga ini sudah pasti dapat menyediakan satu ruang untuk ahli keluarga merapatkan
hubungan yang kian renggang. Kata orang, yang jauh kita dekatkan. Oleh itu, ibu bapa boleh
membawa anak-anak bercuti di dalam negara pada musim cuti sekolah di pusat peranginan
seperti di Tanah Tinggi Cameron, Genting Highlands dan Bukit Fraser. Percutian seumpama
ini dapat menenangkan fikiran seisi keluarga kerana berada di kawasan yang jauh dari
kesibukan. Bukan itu sahaja,Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan
masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan. Ibu bapa
dan anak-anak dapat memahami antara satu sama lain. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa
akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka. Hal ini
secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga
daripada runtuh lalu keluarga yang sakinah dapat dilahirkan. Tegasnya, melancong di dalam
negara dapat mempererat hubungan kekeluargaan agar menjadi bagai isi dengan kuku.
Selain itu, percutian di dalam negara bersama keluarga juga dapat mengurangkan gejala
sosial dalam kalangan anak-anak daripada berleluasa. Melancong merupakan salah satu cara
yang berkesan untuk mengisi masa lapang kita. Lazaimnya, semasa cuti persekolahan
bermula anak-anak akan mempunyai banyak masa terluang. Sekiranya masa ini tidak
dirancang dengan bijak oleh ibu bapa maka anak-anak akan hanyut dalam dunia hedonisme
yang akhirnya akan membawa kedurjanaan dalam kehidupan anak-anak. Oleh itu, di
kesempatan ini ibu bapa sering merancang percutian terutamanya di dalam negara untuk
mengisi masa terluang ahli keluarganya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Destinasi
percutian yang sering menjadi tumpuan ibu bapa pada musim cuti persekolahan ialah taman
tema air yang kini dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Taman tema yang sering
dikunjungi oleh ahli keluarga ialah Taman Tema Sunway Lagoon, Taman Tema Bukit
Gambang dan Taman Tema Air A’Famosa. Kesannya, anak- anak akan terhindar daripada
melakukan perkara negatif terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan
remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana
sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka. Hal ini secara tidak
langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada
runtuh lalu keluarga yang harmoni dan marem dapat dilahirkan. Izharlah bahawa penglibatan
anak-anak dalam gejala tidak sihat dapat dielakkan melalui aktiviti melancong bersama
keluarga di dalam negara.
Seperkara lagi, ilmu pengetahuan ahli keluarga juga dapat ditingkatkan. Ilmu yang berharga
ialah ilmu yang diperoleh melalui pengalaman yang dialami sendiri. Jadi, membawa ahli
keluarga melancong di dalam negara membolehkan ahli keluarga kita menimba ilmu
pengetahuan yang akan kita ingati selagi hayat dikandung badan. Janganlah kita taksub
dengan keunikan dan keistimewaan di negra orang sedangkan keunikan di negara sendiri
masih seperti katak di bawah tempurung. Jika situasi ini berlaku, sudah pasti kita akan berasa
malu apabila pelancong asing bertanyakan keunikan negara kita kepada kita yang kecetekan
ilmu tentang negara sendiri. Sebagai contoh, kunjungan ke tempat-tempat bersejarah seperti
Melaka dan Georgetown dapat mendedahkan banyak sejarah negara kepada keluarga kita
terutamanya kepada generasai muda. Kita sepatutnya menghargai pengiktirafan ’Tapak
Warisan Dunia’ yang telah diberikan oleh UNESCO kepada Melaka dan Georgetown.
Bandaraya Melaka perlu dijelajahi oleh ahli keluarga kerana bandar ini kaya dengan
peninggalan sejarah Tanah Melayu seperti Kota A’Famosa, Bangunan Stadthuys, Perigi hang
Li Po, Makam Hang Tuah dan sebagainya. Kunjungan ke bandar-bandar bersejarah ini sudah
pasti dapat mengukuhkan pengetahuan ahli keluarga kita tentang sejarah negara yang
dipelajari di sekolah. Secara implisitnya, khazanah sejarah tanah air akan terus terpelihara
dan sentiasa terpahat dalam memori setiap anak watan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang
dek panas. Ringkasnya, ilmu pengetahuan ahli keluarga tentang keunikan negara sendiri
dapat dicapai melalui aktiviti melancong di dalam negara bersama keluarga.
Jika kita kaji dari perspektif yang berbeza, aktiviti melancong di dalam negara bersama-sama
dengan keluarga juga dapat meningkatkan ekonomi negara supaya dapat duduk sama rendah,
berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain di seantero dunia. Hal ini
disebabkan oleh setiap ahli keluarga tidak perlu membazirkan wang mereka untuk bercuti ke
luar negara kerana bagi mereka, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik di negeri sendiri. Oleh itu, apabila ahli keluarga melancong di dalam negara sahaja,
pengaliran wang ke luar negara dapat dielakkan seterusnya negara dapat menggunakan
pusingan wang tersebut untuk memajukan sektor pelancongan negara lagi. Malah, kemasukan
pelawat-pelawat asing juga dapat meningkatkan kadar tukaran wang sekali gus dapat
menambahbanyakkan jumlah pendapatan negara. Sektor perhotelan memperoleh laba yang
besar apabila para pelancong menginap di hotel seperti Hotel Seri Malaysia, Hotel Vistana
Kuala Lumpur dan Hotel Bahagia Langkawi. Hal ini dibuktikan melalui pertumbuhan pesat
bangunan-bangunan hotel di serata pelosok negara. Di samping itu, terdapat juga motel dan
chalet didirikan oleh pengusaha pusat-pusat peranginan bagi kemudahan pelancong yang
datang. Semakin banyak tempat penginapan dibina, maka semakin banyak peluang pekerjaan
terbuka kepada rakyat Malaysia. Dengan ini, kadar pengangguran rakyat kita semakin
menurun. Jelaslah bahawa melancong bersama keluarga dalam tempatan dapat merancakkan
pertumbuhan ekonomi negara.
Dalam nada yang berbeza, melalui aktiviti pakej pelancongan bersama-sama keluarga di
dalam negara juga dapat meningkatkan taraf destinasi pelancongan negara di mata dunia.
Perkara ini dikatakan demikian kerana apabila sesebuah pusat pelancongan itu sering
dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara, pelancong lain yang sebelum ini tidak
pernah melawat tempat tersebut akan mempunyai semangat inkuiri untuk melihat sendiri
keistimewaan dan keunikan destinasi tersebut. Oleh itu, apabila destinasi tersebut sering
menjadi tumpuan dan sebutan seperti Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron,
maka tempat tersebut tidak akan putus-putus menerima pelawat seperti air yang mengalir di
kali. Dengan demikian, destinasi pelancongan tersebut akan diiktiraf sebagai destinasi
pelancongan antarabangsa yang tersohor. Seterusnya, misteri dan keanehan yang terdapat di
dalam negara juga menyebabkan pelancong ingin menerokai alam tersebut seperti misteri
bunga Refflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia. Secara tidak langsung, hal ini
memberikan tempias kepada industri tempatan terutamanya industri desa. Oleh itu, kita tidak
dapat menafikan lagi bahawa lawatan-lawatan di dalam negera membolehkan destinasi
pelancongan di dalam negara dinobatkan di peringkat antarabangsa.
Secara konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa melancong di dalam negara bersama-
sama dengan keluarga banyak memberikan kebaikan sama ada kepada institusi keluarga
tersebut, mahupun negara kita, Malaysia yang indah permai ini. Industri pelancongan ini
sememangnya menjurus ke arah kemajuan ekonomi sesebuah negara. Malah, industri
pelancongan juga menjadi pemangkin bagi industri-industri lain untuk sama-sama
berkembang maju dan seterusnya menambahkan hasil ekonomi negara. Oleh itu, ibu bapa dan
ahli keluarga haruslah menyokong industri pelancongan tempatan untuk memartabatkan
industi ini di persada antarabangsa. Namun begitu, usaha ini tidak seharusnya diletakkan atas
pundak kerajaan dan keluarga sahaja kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Oleh
itu, marilah sekalian rakyat Malaysia bersatu ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan
sama dijinjing dan bersemangat tinggi setinggi Gunung Everest untuk mempopularkan
industri pelancongan di pentas dunia. Diharapkan komitmen jitu daripada pelbagai pihak
dapat merealisasikan harapan kita agar suatu masa nanti destinasi pelancongan yang terdapat
di Malaysia akan mendapat publisiti yang meluas, malah mendapat perhatian semua
penduduk dan menjadi destinasi pelancongan yang terunggul di mata dunia. Oleh itu, rakyat
Malaysia yang berhasrat untuk bercuti di luar negara perlu berfikir terlebih dahulu kerana
hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Biarlah
pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar, biarlah industri pelancongan negara
terus maju di seantero dunia. Malaysia Boleh!
Karangan: Budaya Membaca
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba turutkan;
amalan membaca banyak faedahnya,
Untuk kegunaan masa hadapan.
Masyarakat Melayu sinonim dengan pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan
perasaan yang telah terbungkam dalam atma dan sukma mereka. Puisi di atas
menggambarkan amalan membaca sangat penting dalam kehidupan seharian kita bagi
melahirkan generasi yang berintelektual dalam mencorak masa hadapan. Ketahuilah kita
bahawa masa depan menjanjikan cabaran yang sarat dengan muatan cabaran reformasi.
Oleh sebab itu, menerusi amalan membaca juga dapat mencetus kesegaran minda agar tidak
wujud modal insan yang dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit. Walaupun dunia
sudah melepasi pelbagai zaman dalam beberapa dekad, namun budaya membaca tetap
mendominasi kemajuan dan keagungan sesebuah bangsa. Sesungguhnya, dengan membaca
kita mampu menguasai pelbagai cabang ilmu persis mutiara kata membaca itu jambatan
ilmu.
Sesungguhnya amalan membaca mampu menambah pengetahuan kita. Amalan
membaca dapat membantu memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan
untuk bersaing dalam era globalisasi ini. ‘ Setiap seseorang daripada kita mesti memberikan
nilai tambah kepada diri masing-masing’. Demikian mantan perdana menteri Malaysia Tun
Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan
tahun 2005 yang lalu. Ungkapan keramat itu, membawa maksud bahawa nilai seseorang anak
pascamerdeka ini akan bertambah andai individu itu berusaha melakukan anjakan paradigma
untuk dirinya daripada terus berada di takuk lama. Jika ditelusuri, ungkapan ini boleh
direalisasikan dengan amalan membaca yang pastinya dapat menyumbangkan idea bernas
dalam diri pembaca. Selain melalui proses pembelajaran secara formal di sekolah , nilai diri
akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca bahan-bahan ilmiah
seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Kosmik dan sebagainya.) Cerdik pandai sering
menganggap amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan
membaca yang dapat menghubungkan antara manusia dengan dunia ilmu. Tegasnya, amalan
membaca sememangnya dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjadi persiapan untuk
kesiagaan kita bersaing dengan cabaran kemajuan yang terbentang di jagatraya ini.
Seterusnya , mari kita fokuskan lensa pemikiran kita kepada manfaat seterusnya
iaitu membaca dapat meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang dimaksudkan ialah tenaga
kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sesuatu bidang. Membaca dapat
mewujudkan koridor kemajuan ekonomi demi meningkatkan tenaga pakar yang
berpengetahuan. Ibu bapa menjadi cerucuk utama dalam membentuk diri anak-anak supaya
suka membaca. Hal ini demikian kerana, rumah merupakan institusi pendidikan yang pertama
untuk anak-anak. Sebagaimana yang diketahui masyarakat yang suka membaca merupakan
masyarakat yang maju dan kompetetif sehingga dapat mencetuskan gegaran minda sekaligus
dapat menjulang negara kita ke puncak jagat. Oleh sebab itu, amalan membaca dapat
membentuk masyarakat madani yang berkemahiran dan berkepakaran tinggi. Apabila negara
kita sudah mencapai tahap yang maksimum dalam membentuk individu yang mempunyai
kepakaran yang tinggi dalam satu-satu bidang, kita tidak perlu bergantung kepada kepakaran
luar lagi.
Selain itu, membaca dapat meningkatkan kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang. Hal
ini demikian kerana, membaca bertindak sebagai wahana pergerakan ilmu. Dengan
membaca seseorang yang sudah memiliki pengetahuan dalam sesuatu bidang ilmu dapat
menambah dan menjana kepakaran dalam bidang yang telahpun diterokai ilmunya.
Tamsilannya, seorang doktor yang sudah memiliki pengetahuan dalam kariernya, dapat
menjadi doktor pakar dengan membaca. Seorang yang pakar dalam sesuatu bidang mampu
menjadi insan cemerlang yang dapat berbakti dalam masyarakat, negara dan agama. Dengan
penguasaan ilmu yang mantap dan utuh, seseorang itu dapat menjadi seseorang yang
profesional dalam bidang ilmu yang dimilikinya seperti seperti kata pepatah hanya jauhari
yang mengenal manikam. Tegasnya, membaca dapat menibgkatkan kepakaran seseorang
dalam sesuatu lapangan ilmu. Tambahan lain, membaca merupakan tiang sandaran konkrit
untuk barjaya dalam akademik. Namun begitu, cahaya amalan membaca semakin hari
semakin malap dalam naluri pelajar. Kontradiksinya para pelajar tidak mempunyai kesedaran
bahawa membaca itu penting dalam kehidupan. Sedangkan amalan membaca dapat
meningkatkan ilmu pengetahuan dan mampumeluaskan horizon pemikiran. Oleh sebab itu,
para pelajar perlu menyemai bibit-bibit cinta dalam diri kerana membaca merupakan tonggak
utama kejayaan. Sebagi contoh, pelabagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi
memperkasakan minat membaca dalam kalangan pelajar seperti mengadakan minggu
membaca dan program NILAM. Selain Berjaya dalam akademik, para pelajar juga boleh
mengaplikasikan ilmu yang diperolehi melalui membaca dalam kehidupan seharian
Bagaimanakah membaca dapat memberi manfaat? Dengan membudayakan amalan
membaca, rakyat yang berpengetahuan luas dalam sesebuah negara mampu mencetuskan
ideologi dan buah fikiran yang bernas dalam memacu proses pembangunan negara. Di
samping itu, membaca merupakan acuan untuk membentuk sesebuah tamadun yang gemilang
seiring dengan Negara-negara yang telah mengecapi modenisasi mapanseperti Jepun. Di
Jepun, atas dasar aplikasi dan pengetahuan sains dan inovasi mereka mampu mencipta
teknologi yang tidak terdapat di negara-negara lain seperti mesin layan diri yang dapat
memenuhi keperluan harian iaitu mesin menjual ketam hidup, telor ayam segar, sayur-
sayuran segar dan baju hujan dan barang kemas. Kelebihan mesin layan diri ini dapat
beroperasi sepanjang masa iaitu 24 jam sehari. Keadaan ini membolehkan para peniaga dan
usahawan tidak perlu bersusah-payah menjaga premis perniagaan mereka kerana mesin layan
diri ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sempurna selain mereka dapat
memperuntukkan masa mereka dengan aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan negara
mereka. Tuntasnya membaca dapat memperlihatkan kedewasaan dan mentaliti yang lebih
tinggi dalam kalangan masyarakat yang mengamalkannya. Selain itu, membaca juga
merupakan ramuanuntuk membentuk masyarakat yang berproduktiviti tinggi dan seterusnya
dapat merealisasikan aspirasi negara untuk bertambah maju. Kemajuan yang dicapai mampu
mengangkat Malaysia di persada antarabangsa dan seterusnya duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan negara lain.
Membaca jambatan ilmu. Pepatah ini jelas menunjukkan kepentingan membaca dalam
peribadi setiap individu. Amalan membaca yang dipupuk dalam diri seseorang sebenarnya
merupakan entiti penting mekanisma percambahan ilmusama ada ilmu duniawi mahupun
ukhrawi khususnya dalam bidang akademik. Hal ini dapat dibuktikan semasa perkembangan
ilmu pengetahuan kerajaan Islam Abbassiyah. Ketika itu, amalan membaca telah menjadi
nadi kehidupan merekja dan menjadi asbab berlakunya letusan zaman kegemilangan Islam
Abbassiyah sehingga ilmu-ilmu berkaitan dengan akademik mereka menjadi rujukan seluruh
dunia termasuklah dunia barat. Sementelahan pula, amalan membaca telah dijadikan wasilah
oleh pelajar-pelajar yang Berjaya dalam akademik. Sebagi contoh, Nik Nor Madihah yang
telah Berjaya memperoleh 20A dalam SPM. Tegasnya, kejayaan akademik dan amalan
membaca merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan lagi. Sesungguhnya, menuntut
ilmu tanpa membaca ibarat basikal tanpa roda.
Intihanya, sinergi semua pihak mampu mengadunkan satu kombinasi horizon
pemikiran yang harmonis dalam memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat
demi meningkatkan imej negara dan bangsa. Amalan membaca merupakan permulaan positif
sebagai langkah pertama penjanaan dan penyebaran ilmu. Hal ini terbukti berdasarkan
peristiwa penuh bermakna dan agung dalam sejarah Islam melalui surah al-‘Alaq iaitu ketika
Nabi Muhammad mendapat wahyu yang pertama di Gua Hira’ melalu perantaraan malaikat
Jibril yang menyuruhnya membaca. Jelaslah membaca merupakan kunci ilmu yang
memberikan impak positif dalam mempengaruhi perkembangan minda masyarakat.
Karangan bahan rangsangan - Perpaduan Kaum Di Malaysia
Huraikan pendapat anda tentang cara-cara memperkukuh perpaduan kaum di
Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
“Rakyat Malaysia mestilah hidup bersatu padu”. Demikianlah kata-kata Perdana Menteri Malaysia yang pertama,
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selepas memperkenalkan Rukun Negara kepada rakyat Malaysia. Kata-kata almarhum
memang ada kebenarannya kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya yakin bahawa banyak cara boleh
dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan kaum kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Cara yang terbaik boleh kita lakukan untuk menyatupadukan rakyat adalah melalui sistem pendidikan negara. Hal ini
dikatakan demikian kerana sistem pendidikan memainkan peranan penting sebagai agen perpaduan. Pihak sekolah
bolehlah memasukkan murid-murid ke dalam kelas yang harmoni, yakni diduduki murid berbangsa Melayu, Cina, India, dan
kaum-kaum lain. Oleh sebab rambut sama hitam, hati lain-lain, pelbagai kaum dapat belajar di dalam kelas di samping
menyanyikan lagu kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional.
Kerajaan pula mestilah bertindak bijak dengan menempatkan rakyat yang berbilang kaum di sesuatu tempat. Hal ini
dapat mengelakkan polarisasi kaum dan tidak membina jurang pemisah antara kaum. Apabila tinggal bersama di sesuatu
kawasan petempatan, kita dapat bergaul mesra dan hidup bagai aur dengan tebing. Sulaman kasih dan amala hormat-
menghormati yang diamalkan pasti dapat membentuk rakyat supaya hidup harmoni dan bersatu padu.
Pada masa yang sama, pelbagai program kemasyarakatan bolehlah diadakan oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh,
kegiatan gotong-royong harus dijadikan aktiviti tahunan suoaya kita dapat memupuk perpaduan kaum. Semua kaum
mestilah memahmi konsep berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat
membersihkan tempat tinggal, malah dapat bergaul mesra dan hidup serumpum bagai serai. Amalan inilah yang dikatakan
semangat 1Malaysia rakyat kita.
Di samping itu, amalan ziarah-menziarahi pada hari perayaan juga merupakan rencah penting untuk menyuburkan
semangat perpaduan antara kaum. Amalan rumah terbuka misalnya bolehlah diadakan pada hari perayaan. Dengan
berbuat demikian, semua kaum dapat dikumpulkan bersama-sama meraikan hari perayaan dengan penuh bermakna.
Apabila berbual-bual dan bertukar-tukar pandangan, saya yakin bahawa kita dapat berkenalan dan lebih memahami
kebudayaan masing-masing.
Kesimpulannya, kita haruslah menyahut seruan Perdana Menteri untuk hidup bersatu padu. Hal ini dikatakan
demikian kerana semangat bersatu padu amat penting untuk membina negara yang harmoni dan kukuh. Oleh sebab itu,
tanpa rakyat tiadalah negara. Rakyat haruslah berpegang teguh pada prinsip ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni demi membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu. Malaysia Boleh!
USAHA-USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL
Bertepatan dengan maksud peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kini Malaysia sedang
berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait rapat
dengan perkembangan tersebut generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer
sehingga seakan melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu,
permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai
individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang
berlaku? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi
meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan,
di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara
bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini.
Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenal serta mempopularkan permainan
tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian keranan kebanyakan ibu bapa
menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional
kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan
memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional
sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa
juga boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan
secara bersendirian atau bersama rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga
yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti permainan congkak, menaikkan layang-
layang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu
permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga,bak kata peribahasa sambil
menyelam minum air.
Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional
sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan
menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan
permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan
mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu
permainan itu, pelajar akan rasa berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha menanam
minat terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka
bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan. Justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan
tradisional nescaya dapat mempopularkan permainan tradisional di Malaysia daripada membiarkan seni budaya kita terus
pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka komitmen pihak
sekolah amat dituntut, agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan
permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan.
Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu kaedah yang
ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti
akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan
tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain,
pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat
dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang, pameran,
dan peraduan poster dan sebagainya. Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata
tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang
dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada
generasi baru.
Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan
permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan
berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak,mereka akan
mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung
membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana
Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas. Perkara yang sama
berlaku apabila pelancong asing melancong ke Malaysia dan menginap di desa yang mana mereka akan diajar cara-cara
bermain tradisional seperti gasing, galah panjang dan teng-teng. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong
terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa,
pertukaran budaya antara negara mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional
kepada masyarakat luar.
Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandinganmerupakan inisiatif yang agak praktikal
untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua
pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini
demikian kerana sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding dan ’berlaga’ untuk mendapatkan
sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor
korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah,
daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran
Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai
badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut berjaya menarik peminat-peminat
permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai
pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada
pelancong dalam dan luar negara.
Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk permainan
tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut adalah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya.
Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju 2020, kita
tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usulnya dengan mengabaikan peninggalan
warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap
masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi
mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi
semangat habis kapak berganti beliung untuk merialisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi
Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh
Cara-cara membalas jasa GURU.
Guru sangat berjasa dalam kehidupan seseorang. Huraikan cara-cara yang perlu kita
lakukan untuk membalas jasa guru.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Insan seperti Perdana Menteri, jurutera, doktor atau peguam mencapai kejayaan
dalam hidupnya kerana diajar dan dididik oleh guru. Kejayaan mereka ini menunjukkan
bahawa guru banyak berjasa kepada banyak orang. Insan yang bergelar cikgu ini ibarat lilin
yang membakar diri untuk menerangi orang lain termasuk diri kita. Oleh itu, kita mestilah
membalas jasa mereka supaya kita tidak dianggap sebagai kacang melupakan kulit. Kata
Saidina Ali, “Siapa mengajar aku satu huruf jadilah aku hamba kepadanya”. Begitulah
mulianya kedudukan seorang guru.
Satu daripada cara untuk kita membalas jasa guru ialah kita hendaklah belajar dengan
bersungguh-sungguh ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang. Sebagai guru, mereka
ingin melihat kita berjaya pada masa depan. Oleh itu, apabila gur mengajar, kita perlu
memberi perhatian sepenuhnya dan janganlah menimbulkan masalah disiplin yang boleh
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, guru ingin melihat
kita berjaya dalam setiap peperiksaan yang kita duduki dengan cemerlang. Guru sudah pasti
berbangga jika kita mencapai kejayaan.
Selain itu, kita mestilah menghormati guru pada setiap masa. Guru merupakan ibu
bapa kedua bagi kita. Sebagai contohnya, kita mestilah mendengar nasihat atau tunjuk ajar
mereka. Jika kita melawan atau ingkar arahan guru, ilmu atau pengajaran yang kita terima
daripada guru tidak berkat. Apabila kita sudah dewasa, dan mungkin memegang jawatan
yang tinggi sekalipun hendaklah sentiasa menghormati guru. Sabda Nabi Muhammad,
“Pelajarilah ilmu pengetahuan dan pelajari juga dengan ilmu tersebut ketenangan jiwa dan
kerendahan diri. Rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajar kamu”. (Riwayat Abu
Hurairah)
Seterusnya, kita perlu membalas jasa guru dengan sentiasa menolong atau membantu
guru. Dalam hal ini, kita mestilah bersedia pada bila-bila masa untuk membantu mereka.
Sebagai contohnya, kita hendaklah ringan tulang untuk membantu guru jika guru meminta
bantuan daripada kita untuk menghantar buku latihan dari kelas ke bilik guru dan sebaliknya.
Melalui cara ini, kita dapat membalas jasa guru yang mendidik dan mengajar kita.
Bukan itu sahaja. Kita juga perlulah membalas jasa guru dengan cara mendoakan
kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka. Hal ini dapat kita lakukan apabila kita
mengingati guru kita bila-bila masa. Sebagai contohnya, semasa sambutan Hari Guru, selain
menghantar ucapan “Selamat Hari Guru”, kita hendaklah berdoa kepada Tuhan agar guru
yang telah berjasa kepada kita sentiasa dirahmati oleh Tuhan. Melalui cara ini, kita akan
dianggap sebagai murid yang baik dan sentiasa menghargai jasa guru yang telah
menyemarakkan evolusi mental yang berterusan sehingga kita menjadi insan yang berguna
pada hari ini dan seterusnya.
Satu lagi cara untuk menghargai jasa guru ialah sentiasa mengunjungi guru di sekolah
atau di rumah walaupun kita telah meninggalkan bangku sekolah. Jauh lebih baik apabila kita
mengunjungi guru semasa guru kita sakit atau semasa mengalami sesuatu musibah. Pada
ketika itu, guru akan rasa diri mereka dihargai. Juga lebih elok kita kunjungi rumah guru
sesudah mereka bersara kerana guru yang membakar diri menerangi kehidupan kita umpama
lilin.
Kesimpulannya, guru merupakan insan yang banyak berjasa dan bermakna dalam
kehidupan kita. Guru ibarat pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam yang
gelap gelita. Tanpa guru, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Guru juga umpama
tongkat kepada orang buta. Oleh itu, kita wajar membalas jasa guru dan mengingati segala
pengorbanannya pada setiap masa.
Karangan jenis rencana - Masalah vandalisme
Gejala merosakkan kemudahan awam semakin berleluasa berlaku dewasa ini.
Bincangkan saranan anda untuk mengatasi masalah tersebut untuk diterbitkan dalam
ruangan Pendapat Pembaca.
Cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kemudahan awam
Yang dirosakkan dengan sengaja di negara ini.
Oleh: Subrato Rengato
Dewasa ini negara kita sedang mengorak langkah menuju ke arah Wawasan 2020
dan taraf kehidupan seluruh rakyat tempatan telah meningkat secara mendadak sejak akhir-
akhir ini. Hampir seluruh rakyat di negara ini berpeluang menerima pendidikan secara
formal, malah ramai yang telah berjaya memasuki institusi pengajian tinggi yang
berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perkara yang menghairankan kita
semua ialah masalah vandalisme di negara ini turut meningkat dan seolah-olah telah sampai
ke satu tahap yang kronik sedangkan kebanyakan rakyat di negara ini berpendidikan tinggi.
Masalah vandalisme iaitu perbuatan merosakkan kemudahan awam dengan sesuka
hati merupakan duri dalam daging yang kini terbukti telah menular bagaikan barah
dalam tubuh manusia. Kemudahan awam sering dijadikan sasaran rakyat tempatan
melepaskan geram atau meringankan tekanan hidup. Para remaja pula ingin mencari
keseronokan dengan merosakkan telefon awam, mengguris dan merosakkan lif serta
menconteng dinding tandas awam. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini sangat dikesali
kerana menyusahkan orang ramai dan meningkatkan perbelanjaan untuk membaikinya. Oleh
yang demikian, langkah-langkah yang konkrit dan proaktif perlu dilaksanakan dengan segera
bagi membendung masalah tersebut.
Antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah mengubah strategi atau sistem
pendidikan yang sedia ada di negara ini. Sistem pendidikan sekarang terlalu berorientasikan
peperiksaan dan kegiatan kokurikulum selalu diabaikan. Natijahnya pelajar-pelajar sekarang
hanya berminat untuk menghafal nota dan langsung tidak mahu melibatkan diri dalam
kegiatan kokurikulum. Sebenarnya peyertaan dalam kegiatan kokurikulum seperti pengakap,
Kelab Cinta Alam dan sebagainya boleh menyemai dan seterusnya menyuburkan nilai-
nilai murni seperti bertanggungjawab, cinta kepada alam sekeliling dan sebagainya yang
merupakan elemen terpenting dalam usaha mengatasi vandalisme. Selain itu, Kementerian
Pendidikan patut menekankan subjek Pendidikan Moral dan Agama menerusi pendidikan
formal. Guru-guru wajar memberikan pendidikan dengan kreatif dan inovatif agar pelajar-
pelajar dapat menghayati serta mempraktikkan nilai-nilai yang telah dipelajari dan seterusnya
dapat membasmi gejala vandalisme.
Selain itu, media massa perlu memainkan peranan penting dalam usaha membendung
masalah vendalisme. Media massa wajar memaparkan keadaan kemudahan awam yang
dirosakkan dengan serius dan artikel-artikel yang mengkritik perbuatan tersebut akan dapat
menyedarkan anggota masyarakat. Setiap anggota masyarakat juga patut menyedari peranan
mereka dalam usaha membendung masalah vandalisme. Anggota masyarakat juga wajar
melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang merosakkan kemudahan
awam. Jelaslah media massa memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah tersebut
sebagaimana kata pepatah, “lidi segenggam kuat kudratnya dan tidak mudah patah
walaupun oleh si gagah”.
Kalau asalnya benih yang baik, tercampak ke laut akan menjadi mutiara,
terhumban ke darat menjadi permata, terawang di angkasa akan menjadi Kejora.
Begitulah peribahasa Melayu yang menyatakan dengan jelas akan kepentingan pendidikan
awal terhadap kanak-kanak. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai
murni seperti bertanggungjawab, bertimbang rasa dan sebagainya sejak mereka kecil kerana
kita semua percaya kepada konsep “kalau hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Kanak-kanak diibaratkan sehelai kain putih yang perlu dicorakkan
peribadinya oleh ibu bapa. Jika diwarnakan dengan warna pelangi, maka berserilah
kain tersebut, tetapi sekiranya ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah
masa depannya. Ibu bapa perlu menunjukkan “role model” kepada anak kesayangannya
supaya mereka boleh menjadi manusia yang berguna seperti kata peribahasa “ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ”.
Selain itu, pihak kerajaan patut menggubal undang-undang yang ketat bagi mengawal
tindak-tanduk anggota masyarakat. Undang-undang wajar dilaksanakan oleh pihak berkenaan
dan tidak terjadi seperti kata pepatah “bagai melepaskan batuk di tangga”. Kerajaan patut
mengenakan denda yang tinggi kepada mereka yang bersikap seperti “enau dalam belukar
melepaskan pucuk masing-masing”. Mereka yang melakukan perbuatan vandalisme patut
diheret ke mahkamah dan hukuman sebat wajar dilaksanakan.
Akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu kita patut menggembleng
tenaga untuk mengatasi masalah vandalisme agar imej negara kita sebagai antara negara
yang termaju di rantau Asia Pasifik tidak tercalar begitu sahaja. Kita perlu berhati-hati
dan berwaspada seperti kata peribahasa “lengguknya biar bengkok tetapi mengena,
tarinya biar senada tetapi berbisa, langkahnya lembut tetapi kejap” semasa
melaksanakan langkah-langkah untuk membendung masalah tersebut supaya imej baik
negara terus terlindung dan keamanan hidup masyarakat terjamin.
Novel Azfa Hanani & Kembara Amira: Peristiwa menarik
Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan
peristiwa yang menarik dalam sebuah novel yang anda pelajari.
Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah.
Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.
Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa Azfa Hanani
ditawarkan oleh Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku
Murni. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak perlu risau lagi memikirkan
kepayahannya untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa yang sama Abang Mazran
berjanji untuk membantu mengubati Zuraini, anak pak longnya yang lumpuh.
Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa Datin Maziah menghalau Azfa
Hanani dari rumahnya selepas identiti sebenarnya terbongkar. Peristiwa ini menarik
kerana telah dapat membongkar rahsia tentang Datuk Tengku Makmur yang
bertanggungjawab menyebabkan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani meninggal dunia dalam
kemalangan.
Peristiwa menarik yang seterusnya ialah, peristiwa Azfa Hanani menolak pelawaan
Iskandar untuk membonceng motosikal berkuasa tingginya. Peristiwa ini menarik kerana
Azfa Hanani merupakan seorang gadis yang tahu menjaga maruah dirinya, tambahan pula
dia tidak mengenali Iskandar.
Peristiwa menarik yang lain ialah, peristiwa Azfa Hanani bertengkar dengan
Abang Muzaffar yang melarangnya berkawan dengan Ekran. Peristiwa ini menarik
kerana tanpa memikirkan kedudukan Tengku Muzaffar, Azfa Hanani berani bertengkar
dengannya semata- mata ingin menegakkan kebenaran.
Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Azfa Hanani membaca diari Tengku
Murni kerana ingin mencari nama yang telah terpadam yang mempunyai hubungan
dengan Tengku Murni. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebijaksanaan Azfa
Hanani merungkai misteri orang yang menghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni.
Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir. Novel
ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik.
Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa Amira tergelincir di
Air Terjun Angin lalu hanyut dibawa arus sungai yang deras dan diselamatkan oleh
Itai. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebaikan orang asli suku Semai
menyelamatkan seorang gadis seperti Amira.
Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa Itai mengetahui Tau bapanya.
Peristiwa ini menarik kerana Itai menganggap Tau bapa saudaranya tetapi sebenarnya Tau
ialah bapa kandungnya sendiri.
Peristiwa menarik yang seterusnya ialah peristiwa Amira memberi seketul emas
kepada Jacinta. Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat setia kawan Amira
yang ingin menggembirakan sahabatnya.
Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Amira menemukan mobile disk di
lantai gua. Peristiwa ini menarik kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan
penemuan mobile disk ini dapat membantu memberitahu mereka di mana Malique berada
Kajian Novel SPM: Cabaran yang dihadapi oleh watak utama
Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapi cabaran. Nyatakan cabaran watak
utama dalam novel yang anda baca.
AZFA HANANI
Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Dalam
novel ini, terdapat beberapa beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh watak utama iaitu
Azfa Hanani.
Cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel ini ialah cabaran dalam
menjalani cara hidup yang baharu. Hal ini dapat dilihat apabila Azfa Hanani terpaksa
menyamar sebagai Tengku Murni. Dia terpaksa mempelajari segala perwatakan dan gerak-
geri Tengku Murni agar penyamarannya dapat meyakinkan Datin Maziah bahawa dirinya
ialah Tengku Murni.
Cabaran yang kedua ialah cabaran bagi meneruskan pelajaran. Azfa Hanani
terpaksa mencuri buku rujukan di perpustakaan memandangkan kesempitan hidup yang
dialaminya sehinggakan tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan. Selain itu, dia
terpaksa berulang-alik sejauh 30 kilometer setiap hari untuk ke sekolah bagi mendapatkan
ilmu.
Cabaran yang berikutnya, ialah cabaran bagi menyesuaikan diri di sekolah
baharu. Azfa Hanani terpaksa menghadapi sikap buruk Budak Glamour yang tidak suka
akan dirinya kerana seiras dengan Tengku Murni. Dia tetap bersikap tenang dan merendah
diri walaupun mereka tidak suka akan dirinya.
KEMBARA AMIRA
Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir.
Dalam novel ini, terdapat beberapa beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh watak utama
iaitu Amira.
Cabaran yang pertama ialah cabaran semasa mencari orang hilang. Amira yang
begitu risau dengan kehilangan Malique telah meminta bantuan Itau untuk mencari Malique.
Dia sanggup menempuh cabaran semasa mencari Malique yang hilang setelah kenderaannya
dihanyutkan lumpur dan jatuh ke dalam gaung. Pencarian mereka melalui mobile disk yang
dijadikan petunjuk telah membawa mereka ke puncak Gunung Gua Gajah. Di sana Amira,
Itau dan beberapa orang lain telah berhadapan dengan makhluk berkaki dua dan berbulu lebat
sebagaimana yang diceritakan oleh Itai kepadanya.
Cabaran yang kedua ialah cabaran untuk menghadapi hukum adat masyarakat
Orang Asli. Hal ini berlaku apabila Amira mengikut Itai mendapatkan ketulan emas untuk
diberikan kepada Jacinta. Perbuatan Itai telah melanggar adat masyarakat Orang Asli. Itai
telah mengingatkan Amira bahawa mereka terpaksa menerima apa sahaja hukuman yang
akan dikenakan atas mereka.
Cabaran yang seterusnya ialah cabaran ketika hampir lemas di sungai. Amira telah
terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras semasa menunggu Malique. Nasibnya baik
apabila diselamatkan oleh Itai, seorang remaja orang Asli yang baik hati. Cabaran dan
pengalaman itulah yang menyebabkan dia mengenali Itai dan Tau
Huraikan dua persoalan kerjasama dalam kedua-dua novel yang anda kaji.(8m)
Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani dan Kembara Amira. Kedua-dua novel
memaparkan persoalan kerjasama.
Persoalan kerjasama dalam novel Azfa Hanani ialah kerjasama menganjurkan
majlis. Buktinya, pelajar-pelajar Tingkatan 5 menganjurkan Hari Sumbangsih. Hasil
kerjasama semua pelajar, program tersebut berjaya dijalankan dengan lancar dan mereka
berjaya mengumpul dana sebanyak RM 16,000.00.
Persoalan kerjasama yang kedua ialah kerjasama membantu rakan. Buktinya, Azfa
Hanani bersedia menggantikan tempat Ellina sebagai Pengerusi Forum kerana kesibukan
Ellina menguruskan Malam Sumbangsih
Persoalan kerjasama dalam novel Kembara Amira ialah kerjasama berpasukan yang erat
dalam menjalankan tugas. Buktinya, Profesor Zaidah dan Dr. Zawawi bekerjasama dengan
pelajar-pelajar menjalankan kajian arkeologi di Desa Karpus.
Persoalan kerjasama yang kedua ialah kerjasama membantu orang yang memerlukan
pertolongan. Buktinya, Itai telah membantu menyelamatkan nyawa Amira yang hanyut
dalam arus sungai yang deras manakala Tau pula telah membantu Jacinta yang sesat di
dalam hutan.
2. Huraikan dua peristiwa yang memaparkan nilai tanggungjawab dalam sebuah novel yang
anda kaji. (7 m)
Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani. Pengarang telah memaparkan nilai
tanggungjawab dalam novel ini.
Peristiwa pertama yang memaparkan nilai tanggungjawab dalam novel ini ialah
tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Buktinya, Azfa Hanani telah
melaksanakan tugas sebagai pengerusi forum Hari Sumbangsih dengan cemerlang sekali.
Peristiwa kedua yang memaparkan nilai tanggungjawab ialah tanggungjawab
terhadap kesalahan yang dilakukan. Buktinya, Azfa Hanani tetap mengeposkan buku-buku
rujukan SPM yang “dipinjamnya” itu kepada Cikgu Zamin.
Peristiwa seterusnya ialah tanggungjawab untuk membahagiakan orang lain.
Buktinya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana bertanggungjawab
untuk memastikan Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan yang dihadapinya.
3. Huraikan satu peristiwa yang mencemaskan dalam dua buah novel yang anda kaji. (8m)
Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani dan Kembara Amira. Kedua-dua novel
memaparkan peristiwa yang mencemaskan.
Peristiwa yang mencemaskan dalam novel Azfa Hanani ialah ketika di Makmal Kimia,
dua orang pengawas datang memberitahunya bahawa pengetua ingin berjumpa dengannya.
Hal ini mencemaskan Azfa Hanani kerana dia bimbang rahsianya mencuri buku-buku
rujukan SPM di perpustakaan telah terbongkar dan dia akan dihukum atas kesalahannya itu.
Peristiwa yang mencemaskan dalam novel Kembara Amira ialah ketika Amira terjatuh
ke dalam arus sungai yang deras kerana gagal melangkah dengan tepat di atas batu. Hal ini
mencemaskan kerana Amira terus dibawa arus yang deras dan gagal ke tepi. Dia akhirnya
diselamatkan oleh dua orang lelaki Orang Asli Semai.
4. Huraikan dua peristiwa yang menyayat hati dalam sebuah novel yang anda kaji. (7m)
Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani. Pengarang telah memaparkan peristiwa yang
menyayat hati dalam novel ini.
Peristiwa yang pertama ialah ketika Azfa Hanani ditampar oleh Datin Maziah setelah
rahsia penyamarannya terbongkar. Hal ini berlaku kerana Datin Maziah terdengar akan
pertengkaran antara Tengku Muzaffar dengan Azfa Hanani tentang soal status. Datin Maziah
yang terlalu marah telah mengusir Azfa Hanani dari banglo mewah itu malam itu juga,
Peristiwa yang kedua ialah ketika Datuk Tengku Makmur menceritakan hal yang
sebenarnya bahawa dialah yang telah menyebabkan kematian ibu bapa kandung Azfa Hanani
apabila kereta yang dipandunya melanggar teksi yang dinaiki oleh keluarga Azfa Hanani
sehingga terjatuh ke dalam gaung. Azfa Hanani yang masih bayi telah dipelihara oleh pak
longnya dan hidup serba kekurangan.
SOALAN 3
Huraikan peristiwa yang menyedihkan dalam novel yang anda pelajari
Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah.
Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menyedihkan.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Pak Long Madi tidak mampu membeli
pakaian sekolah yang baru untuk Azfa Hanani. Kemiskinan Pak Long menyebabkan Azfa
Hanani memakai pakaian sekolah yang lama.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Azfa Hanani menolak jawatan
pengawaskerana tidak mampu membeli pakaian pengawas sekolah. Azfa Hanani tidak
mahu menyusahkan Pak Longnya untuk membeli pakaian pengawas yang mahal harganya
kerana kemiskinan Pak Long dan terpaksa pula menanggung kos rawatan anaknya, Zuraini
yang lumpuh.
Peristiwa yang ketiga ialah peristiwa kemalangan jalan raya 16 tahun yang lalu
yang menyebabkan kematian ibu bapa Azfa Hanani akibat kecuaian Tengku Makmur.
Azfa Hanani tercampak keluar melalui tingkap teksi dan ibu bapanya meninggal dunia di
tempat kejadian. Datin Maziah yang berasa kasihan melihat Azfa Hanani yang masih bayi
dan sedang menangis lalu menyusukannya di tempat kejadian.
Peristiwa yang keempat ialah peristiwa ketika Azfa Hanani makan makanan yang
sedap di rumah Datin Maziah lalu teringat akan keluarga Pak Longnya yang tidak
pernah merasai makanan sedemikian. Ketika Azfa Hanani makan tengah hari di rumah
Datin Maziah, dia terpandang ayam goreng. Hatinya sayu kerana teringat akan sepupunya di
kampung yang sekali-sekala sahaja dapat menikmati ayam goreng.
Peristiwa yang kelima ialah peristiwa Azfa Hanani dihalau oleh Datin Maziah
apabila rahsia penyamarannya terbongkar. Semasa Azfa Hanani bertengkar dengan
Tengku Muzaffar, Datin Maziah telah mendengar pertengkaran tersebut dan mengetahui
penyamaran Azfa Hanani. Datin Maziah telah menampar Azfa Hanani dan memaksanya
menunjukkan bukti bahawa dia ialah Tengku Murni. Datin Maziah menghalau Azfa Hanani
apabila dia tidak dapat membuktikan dirinya ialah Tengku Murni.
Berdasarkan novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir, peristiwa yang
menyedihkan dipaparkan olah pengarang melalui peristiwa pesawat Cesna terhempas dan
menyebabkan kematian ibu bapa Samantha. Apabila Pesawat Cesna terhempas dan
terjunam di perkampungan orang asli suku Semai, api merebak di bahagian enjin. Ibu bapa
Samantha, Ridley dan Brenda tersepit. Badan mereka berlumuran darah, sementara Samantha
tercampak semasa pesawat itu meletup. Ludin dan Tau menangis kerana belum pernah
melihat api yang sebegitu besar.
Peristiwa yang menyedihkan seterusnya ialah peristiwa masyarakat orang asli
memulaukan atau meminggirkan kehadiran Samantha dalam kalangan mereka.Jidin
membawa pulang seorang kanak-kanak berambut merah dan bermata biru. Kehadiran
Samantha dianggap pelik. Penduduk hutan menolak kehadiran Samantha atau Ipah kerana
dianggap menghilangkan semangat hutan. Ada cadangan daripada penduduk orang asli di situ
supaya Ludin menyerahkan Ipah ke hutan semula. Ludin terpaksa berhadapan dengan
cabaran besar untuk mempertahankan tindakannya.
Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa Amira bersedih apabila Jacinta hilang di
hutan kerana ingin mencarinya yang terjatuh dari Air Terjun Angin lalu dihanyutkan
oleh arus sungai. Amira rasa bersalah apabila mengetahui Jacinta hilang dan pengsan di
hutan kerana ingin mencarinya yang dihanyutkan oleh arus deras setelah jatuh dari Air Terjun
Angin.
SOALAN 4
Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapi cabaran. Nyatakan cabaran
watak utama dalam novel yang anda baca.
AZFA HANANI
Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Dalam
novel ini, terdapat beberapa beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh watak
utama iaitu Azfa Hanani.
Cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel ini ialah cabaran dalam
menjalani cara hidup yang baharu. Hal ini dapat dilihat apabila Azfa Hanani terpaksa
menyamar sebagai Tengku Murni. Dia terpaksa mempelajari segala perwatakan dan gerak-
geri Tengku Murni agar penyamarannya dapat meyakinkan Datin Maziah bahawa dirinya
ialah Tengku Murni.
Cabaran yang kedua ialah cabaran bagi meneruskan pelajaran. Azfa Hanani
terpaksa mencuri buku rujukan di perpustakaan memandangkan kesempitan hidup yang
dialaminya sehinggakan tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan. Selain itu, dia
terpaksa berulang-alik sejauh 30 kilometer setiap hari untuk ke sekolah bagi mendapatkan
ilmu.
Cabaran yang berikutnya, ialah cabaran bagi menyesuaikan diri di sekolah
baharu. Azfa Hanani terpaksa menghadapi sikap buruk Budak Glamour yang tidak suka
akan dirinya kerana seiras dengan Tengku Murni. Dia tetap bersikap tenang dan merendah
diri walaupun mereka tidak suka akan dirinya.
KEMBARA AMIRA
Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir.
Dalam novel ini, terdapat beberapa beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh watak utama
iaitu Amira.
Cabaran yang pertama ialah cabaran semasa mencari orang hilang. Amira yang
begitu risau dengan kehilangan Malique telah meminta bantuan Itau untuk mencari Malique.
Dia sanggup menempuh cabaran semasa mencari Malique yang hilang setelah kenderaannya
dihanyutkan lumpur dan jatuh ke dalam gaung. Pencarian mereka melalui mobile disk yang
dijadikan petunjuk telah membawa mereka ke puncak Gunung Gua Gajah. Di sana Amira,
Itau dan beberapa orang lain telah berhadapan dengan makhluk berkaki dua dan berbulu lebat
sebagaimana yang diceritakan oleh Itai kepadanya.
Cabaran yang kedua ialah cabaran untuk menghadapi hukum adat masyarakat
Orang Asli. Hal ini berlaku apabila Amira mengikut Itai mendapatkan ketulan emas untuk
diberikan kepada Jacinta. Perbuatan Itai telah melanggar adat masyarakat Orang Asli. Itai
telah mengingatkan Amira bahawa mereka terpaksa menerima apa sahaja hukuman yang
akan dikenakan atas mereka.
Cabaran yang seterusnya ialah cabaran ketika hampir lemas di sungai. Amira telah
terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras semasa menunggu Malique. Nasibnya baik
apabila diselamatkan oleh Itai, seorang remaja orang Asli yang baik hati. Cabaran dan
pengalaman itulah yang menyebabkan dia mengenali Itai dan Tau.
SOALAN 5
Bincangkan kepincangan masyarakat atau kritikan sosial yang dipaparkan oleh
pengarang dalam novel yang anda pelajari.
Novel Azfa Hanani:
a. Masyarakat yang mementingkan darjat.
Tengku Muzaffar menghalang hubungan adiknya Tengku Murni dengan Ekran kerana
menyangka Ekran berasal daripada keluarga miskin.
b. Masyarakat yang buruk sangka.
Datuk Tengku Makmur menghina Azfa Hanani dengan mengatakan Azfa Hanani hanya
bekerja menyamar sebagai Tengku Murni untuk mendapatkan upah. Beliau telah
mencampakkan wang berjumlah RM500.00 kepada Azfa Hanani sebagai upah.
c. Masyarakat yang terlalu mengikut perasaan.
Datin Maziah bertindak mengikut perasaan dengan menampar Azfa Hanani dan
menghalaunya keluar dari rumah tanpa memberi peluang kepada Azfa Hanani untuk
menjelaskan hal sebenar.
d. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
Iskandar mendesak Azfa Hanani agar menaiki motosikal bersamanya kerana dia mahu
menghantar Azfa Hanani pulang ke rumah sedangkan perbuatan itu dianggap kurang wajar
kerana berlaku pergaulan bebas.
e. Masyarakat yang melakukan perbuatan mencuri.
Azfa Hanani telah mencuri buku rujukan dari perpustakaan Sekolah Menengah Sri Dian
kerana menghadapi masalah kewangan.
Novel Kembara Amira:
a. Sikap masyarakat yang tidak menjaga perasaan orang lain.
Jacinta tidak menjaga perasaan bapanya Baba Teck. Dia tidak mahu bercuti ke Eropah
walaupun bapanya telah mengirimkan tiket kapal terbang kepadanya sebagai protes terhadap
bapanya yang berkahwin lain setelah ibunya meninggal.
b. Sikap ibu bapa yang terlalu mementingkan kerja sehingga mengabaikan perasaan anak.
Profesor Zaidah terlalu memberi perhatian kepada kerjayanya iaitu sibuk menjalankan kerja
cari gali arkeologi di Desa Karpus sehingga anaknya Amira hampir lemas dibawa arus
sungai. Sikap Profesor Zaidah ini mendapat teguran Pak Lias.
c. Masyarakat yang mudah percaya kata-kata dan pujukan orang lain.
Ludin membenarkan Johnny meneroka gua yang begitu disayangi oleh Tau. Ludin termakan
dengan kata-kata manis Johnny sehingga akhirnya Johnny membawa lari Ipah dan Sabi.
d. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga.
Ipah sanggup meninggalkan suaminya Tau dan anak kecilnya Itai kerana mengikut Johnny
setelah sekian lama tinggal bersama-sama masyarakat Orang Asli. Tindakannya ini
menyebabkan Tau tinggal kesunyian dan hidup menyendiri di dalam hutan.
DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu
menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMA ADA DARI BUKU
ATAU NOTA)
(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"
Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)
Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para
syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

More Related Content

Viewers also liked

Karangan
KaranganKarangan
Karangansairee
 
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Di mana ada kemahuan di situ ada jalanDi mana ada kemahuan di situ ada jalan
Di mana ada kemahuan di situ ada jalanHasan Noor Mohamed
 
Menulis artikel
Menulis artikelMenulis artikel
Menulis artikelmbanarti
 
Membuat Artikel Ilmiah
Membuat Artikel IlmiahMembuat Artikel Ilmiah
Membuat Artikel IlmiahUwes Chaeruman
 
Makalah hukum administrasi negara
Makalah hukum administrasi negaraMakalah hukum administrasi negara
Makalah hukum administrasi negaraNina Ruspina
 
Contoh karangan eksposisi
Contoh karangan eksposisiContoh karangan eksposisi
Contoh karangan eksposisi'Evie Gitcu'
 
Contoh artikel hasil penelitian baru
Contoh artikel hasil penelitian baruContoh artikel hasil penelitian baru
Contoh artikel hasil penelitian baruMarliena An
 
Contoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanContoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanDorisca
 
Petikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmiPetikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmiKamarudin Jaafar
 
Panduan menulis laporan
Panduan menulis laporanPanduan menulis laporan
Panduan menulis laporanCikgu Bibi
 
Teks ucapan perasmian bulan membaca 2013
Teks ucapan perasmian bulan membaca 2013Teks ucapan perasmian bulan membaca 2013
Teks ucapan perasmian bulan membaca 2013Zira Ahamad
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karanganNur Afifa
 

Viewers also liked (14)

Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
Di mana ada kemahuan di situ ada jalanDi mana ada kemahuan di situ ada jalan
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
 
Menulis artikel
Menulis artikelMenulis artikel
Menulis artikel
 
Contoh Artikel 2
Contoh Artikel 2Contoh Artikel 2
Contoh Artikel 2
 
Membuat Artikel Ilmiah
Membuat Artikel IlmiahMembuat Artikel Ilmiah
Membuat Artikel Ilmiah
 
Makalah hukum administrasi negara
Makalah hukum administrasi negaraMakalah hukum administrasi negara
Makalah hukum administrasi negara
 
Contoh karangan eksposisi
Contoh karangan eksposisiContoh karangan eksposisi
Contoh karangan eksposisi
 
Contoh artikel hasil penelitian baru
Contoh artikel hasil penelitian baruContoh artikel hasil penelitian baru
Contoh artikel hasil penelitian baru
 
Contoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapanContoh karangan ucapan
Contoh karangan ucapan
 
Petikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmiPetikan surat kiriman tidak rasmi
Petikan surat kiriman tidak rasmi
 
Panduan menulis laporan
Panduan menulis laporanPanduan menulis laporan
Panduan menulis laporan
 
Teks ucapan perasmian bulan membaca 2013
Teks ucapan perasmian bulan membaca 2013Teks ucapan perasmian bulan membaca 2013
Teks ucapan perasmian bulan membaca 2013
 
Jenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kirimanJenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kiriman
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 

Bm kakak

  • 1. Sinopsis Kapten Mamat mengimbau kecelakaan yang berlaku di atas kapalnya yang melibatkan kelasi yang bernama Baharum. Masnah, balu kepada Baharum tidak dapat menerima kenyataan dan menyalahkan takdir atas kejadian yang menimpa suaminya. Masnah mengadukan nasibnya yang malang kepada Kapten Mamat. Masnah menyalahkan kehidupan para kelasi yang sentiasa berada dalam keadaan bahaya. Kapten Mamat berjanji akan berusaha untuk mendapatkan pampasan untuk masnah bagi mengurangkan beban keluarganya. Selain itu, Kapten Mamat memberikan kesedaran kepada Masnah bahawa setiap kematian itu telah ditentukan sebab musababnya. Akhirnya, masnah sedar bahawa sebagai manusia, dia perlu menerima kenyataan dan mengakui hakikat bahawa itulah lumrah kehidupan. Aspek komsas dalam cerpen Penanggungan karya Wijaya Mala ITEM PERNYATAAN CONTOH Tema Menanggung tanggungjawab untuk meringankan beban keluarga yang menimpa nasib malang Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah.Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum. Persoalan Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami Masnah terpaksa menenpuh kehidupan bersama-sama dua orang anaknya tanpa suami yang mati akibat terjatuh dari atas kapal Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya. Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami Persoalan keredhaan menghadapi ketentuan Illahi Masnah akhirnya redha dengan ketentuan Illahi, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati Persoalan tanggungjawab membantu golongan kurang bernasib baik Kapten Mamat memberitahu bahawa dia akan membantu Masnah dengan cara meminta persatuan membayar pampasan kepada Masnah Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup Kapten Mamat menyeru supaya Masnah tabah dan berani menghadapi kehidupan walaupun tanpa suami Persoalan kecelaruan masa depan akibat kehilangan tempat bergantung Masnah berasa demikian setelah suaminya Baharum meninggal dunia. Akibat daripada itu juga dia mengalami tekanan perasaan.Akhirnya Masnah bercadang untuk memulakan kehidupan barunya di kampung Plot Permulaan Pembaca diperkenalkan dengan watak Kapten Mamat yang sedang dudukberehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi Perkembangan Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak Baharum yang menjadi yatim dan isterinya menjadi balu . Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anak-anaknya. kapten Mamat tersentuh perasaan melihat anak Masnah yang bertanyakan ayahnya. Perumitan Konflik timbul apabila Kapten Mamat cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan.
  • 2. Masnah tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka. Klimaks Mansa tertekan sehingga pitam. Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah buat sementara waktu berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal dahulu. Peleraian Masnah sedardaripada pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihati Masnah agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untukpulang ke kampung. Masnah akhirnya menerima takdir Allah. Nilai Simpati Kapten Mamat bersimpati dengan nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum Kasih sayang Masnah amat mengasihi suaminya sehingga sukar untuk menerima kematian suaminya Berani Kapten Mamat berani menghadapi cabaran bekerja di laut Redha Masnah akhirnya menerima kecelakan yang menimpa suaminya adalah kehendak Allah Tanggungjawab Kapten Mamat bertanggungjawab atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya sehingga berjanji untuk membantu Masnah melalui kesatuan Baik hati Kapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya dengan baik ketika masnah berkunjung ke rumahnya Pengajaran Kita hendaklah bersimpati terhadap golongan yang bernasib kurang baik supaya kehidupan mereka selesa Kapten Mamat bersimpati dengan nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya setelah kematian suaminya, Baharum Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kerana mereka menjadi tempat bermanja Masnah sangat menyayangi suaminya sehingga dia merasakan hidupnya tidak tentu arah setelah kematian suaminya itu Kita hendaklah sabar menghadapi permasalah dalam hidup Kapten Mamat meminta supaya Masnah bersabardan tabah menghadapi dugaan hidup walaupun dugaan itu sangat menyakitkan Kita hendaklah menerima ketentuan Illahi dengan hati terbuka Masnah akhirnya menerima peristiwa kematian suaminya yang merupakan takdir Illahi Watak & perwatakan Perwatakan dalaman Huraian Kapten Mamat Prihatin Kapten Mamat prihati dengan nasib yang menimpa Masnah setelah kematian suaminya Bertanggungjawab Kapten Mamat berjanji akan membantu Masnah melalui kesatuan Baik hati Kapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya dengan baik ketika Masnah datang ke rumahnya Masnah Penyayang Masnah sangat menyayangi suaminya sehingga dia sukar menerima kenyataan kematian Baharum Menerima ketentuan Illahi Mansa akhirnya menerima kematian suaminya sebagaitakdir Berpandangan jauh Masnah tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal dan merancang untukpulang ke kampung
  • 3. Latar Pernyataan Huraian Latar masa Tengah hari Cuaca panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka baju Latar tempat Rumah Kapten Mamat Masnah dan anak-anaknya berkunjung ke rumah Kapten Mamat Kapal Baharum mati di atas kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat Latar masyarakat Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran Kapten Mamat berjaya menghadapi situasi cemas ketika Masnah pitam Masyarakat yang bertanggungjawab Kapten Mamat bertanggungjawab membantu Masnah dan anak-anaknya melalui kesatuan Masyarakat yang sukar menerima kenyataan Masnah pada mulanya sukar untuk menerima kematian suaminya Masyarakat yang redha dengan ketentuan Illahi Masnah akhirnya menerima kematian suaminya dengan redha Masyarakat yang baik hati Kapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya dengan baik
  • 4. Karangan Jenis Rencana: Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara Soalan Karangan: Bersempena dengan Hari Guru, anda ingin menulis satu rencana tentang peranan guru dalam pembangunan Negara. Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara Oleh : Azmin Arshad Saban tahun, 16 Mei merupakan hari keramat lagi suci murni kepada warga sekolah, iaitu Hari Guru di tanah air kita. Sekalung budi dan tahniah serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada insan yang bergelar sebagai pendidik. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah telah meraikan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti seperti mengadakan jamuan, memberikan hadiah dan mengadakan persembahan kepada guru yang disayangi. Ternyata, setiap warga sekolah perlu menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap pembangunan individu, bangsa dan Negara. Hal ini selaras dengan tema Hari Guru 2010, “Guru Pembina Negara Bangsa”. Walhal, guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, “Lahirnya seorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis.” Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada tanya selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara. Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketerampilan dan berdaya saing untuk memartabatkan pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju. Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai wadah dan wahana, seperti internet, e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit. Ekoran daripada itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Mutakhir ini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga perlu menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pemelajaran . Dalam situasi ini, pelajar lebih minat dan beria-ia untuk mengikuti pelajaran. Sebagai impaknya, guru yang menguasai teknologi maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang cemerlang. Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal ini terjadi demikian kerana warga didik bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Pendidikan kerohanian sangat mustahak kepada setiap insan. Guru perlu sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan. Dengan bimbingan, prihatin, asuhan dan kasih sayang guru, insan yang bersikap penyayang, bersemangat kental dan berfikiran terbuka akan bercambah. Jati diri penggerak wawasan. Atas sumbangan guru, pelajar yang memiliki jati diri dan bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara. Kita perlu mengakui pengorbanan guru dalam melahirkan anak watan yang berguna. Malangnya, kini banyak pelajar telah dipengarui oleh budaya barat dan hedonisme sehingga terbelenggu oleh kemelut sosial . Remaja kita seolah-olah tidak dapat melepaskan diri dalam kepompong sindrom sosial, seperti melepak, mat rempit, penagihan dadah, dan lain-lain lagi. Sesungguhnya guru perlu mendukung cita-cita untuk membanteras sindrom sosial dalam pekarangan sekolah dan masyarakat kita. Rentetan daripada itu, guru perlu sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan pelajarnya . Para pendidik sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di hujung jalan supaya mereka dapat balik ke pangkal jalan. Secara tidak langsung, guru berupaya mementuk masyarakat madani dan sakinat. Jasa guru akan sentiasa dikenang dalam sanubari anak muridnya hingga akhir hayat. Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurilum serta berakhlak mulia. Guru berkualiti aspirasi negara. Guru yang bertanggungjawab dan amanah sentisa dihormati oleh rakan sejawatan dan anak murid. Sekalung budi dan sekeping kad Hari Guru sebagai tanda terima kasih yang tidak terperi kepada semua guru. Jasa dan budi guru akan sentiasa dikenang. Segala teguran dan kritikan daripada guru semata-mata
  • 5. adalah demi kebaikan pelajar. Tampaknya, profesion guru semakin mencabar berbanding dengan zaman silam. Oleh itu guru perlu bersemangat waja diri dan gigih untuk meladeni kerenah pelajar yang semakin liar. Jangan putus asa dan patah semangat malah perlu sentiasa menyemarakkan semangat dan motivasi pelajar supaya mereka dapat menjadi insan yang kamil dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Natijahnya, komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia. Guru cemerlang negara terbilang. Pendidik perlu melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah cemerlang. Gemilang dan terbilang. Selamat Hari Guru. Pelancongan 1. Kebaikan amalan melancong di dalam negara bersama-sama keluarga (KELUARGA) Melancong dapat ditakrifkan sebagai pergi bercuti atau berlibur ke sesuatu tempat untuk makan angin atau menenangkan fikiran sama ada bersama-sama dengan keluarga ataupun dengan rakan-rakan. Dewasa ini, destinasi-destinasi pelancongan di dalam negara semakin mendapat sambutan dan perhatian dalam kalangan warganegara tempatan mahupun orang luar. Hal ini merupakan hasil daripada usaha-usaha kerajaan mengadakan kempen dan mempromosikan destinasi pelancongan tempatan seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Pulau Tioman, Melaka dan lain-lain destinasi kepada rakyat pribumi Malaysia dan rakyat luar negara. Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, mantan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, industri pelancongan di dalam negara boleh berkembang setanding dengan destinasi pelancongan di luar negara seperti Pulau Bali, Disneyland dan lain-lain sekiranya usaha memperkenalkan Malaysia dilakukan secara giat malah disokong oleh rakyat jelata. Sehubungan dengan itu, salah satu obligasi yang perlu dipikul oleh ibu bapa ialah ibu bapa seyogianya membawa ahli keluarganya melancong di dalam negara dengan lebih kerap untuk memartabatkan industri pelancongan negara di peringkat global. Berpijaklah di bumi yang nyata bahawa melancong bersama keluarga di dalam negara sememangnya membawa pelbagai kemaslahatan yang tidak dapat dinafikan. Marilah kita bersama-sama menghalusi dan meneliti keberkesanan aktiviti melancong bersama keluarga tercinta di tanah tumpahnya darah kita sendiri kerana kata orang, ”tak kenal maka tak cinta”. Kebaikan yang perdana ialah hubungan kekeluargaan dapat dipererat. Dalam sesebuah institusi keluarga, kesibukan melayani aktiviti harian masing-masing memang tidak dapat dinafikan. Si ibu dan si ayah sibuk dengan kerjaya mereka manakala si anak pulak sibuk dengan tugasan sekolahnya. Situasi ini menyebabkan masa untuk bersama-sama dengan ahli keluarga amat terbatas. Sehubungan dengan itu, aktiviti melancong di dalam negara bersama keluarga ini sudah pasti dapat menyediakan satu ruang untuk ahli keluarga merapatkan hubungan yang kian renggang. Kata orang, yang jauh kita dekatkan. Oleh itu, ibu bapa boleh membawa anak-anak bercuti di dalam negara pada musim cuti sekolah di pusat peranginan
  • 6. seperti di Tanah Tinggi Cameron, Genting Highlands dan Bukit Fraser. Percutian seumpama ini dapat menenangkan fikiran seisi keluarga kerana berada di kawasan yang jauh dari kesibukan. Bukan itu sahaja,Masa percutian ini juga boleh diguna untuk menyelesaikan masalah keluargaan dengan cara berbincang mengenai masalah keluarga berkenaan. Ibu bapa dan anak-anak dapat memahami antara satu sama lain. Dengan ini, anak-anak serta ibu bapa akan berasa lebih terbuka untuk berbincang mengenai keadaan keluarga mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh lalu keluarga yang sakinah dapat dilahirkan. Tegasnya, melancong di dalam negara dapat mempererat hubungan kekeluargaan agar menjadi bagai isi dengan kuku. Selain itu, percutian di dalam negara bersama keluarga juga dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan anak-anak daripada berleluasa. Melancong merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mengisi masa lapang kita. Lazaimnya, semasa cuti persekolahan bermula anak-anak akan mempunyai banyak masa terluang. Sekiranya masa ini tidak dirancang dengan bijak oleh ibu bapa maka anak-anak akan hanyut dalam dunia hedonisme yang akhirnya akan membawa kedurjanaan dalam kehidupan anak-anak. Oleh itu, di kesempatan ini ibu bapa sering merancang percutian terutamanya di dalam negara untuk mengisi masa terluang ahli keluarganya dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Destinasi percutian yang sering menjadi tumpuan ibu bapa pada musim cuti persekolahan ialah taman tema air yang kini dibina bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Taman tema yang sering dikunjungi oleh ahli keluarga ialah Taman Tema Sunway Lagoon, Taman Tema Bukit Gambang dan Taman Tema Air A’Famosa. Kesannya, anak- anak akan terhindar daripada melakukan perkara negatif terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyelamatkan hubungan kekeluargaan serta institusi keluarga daripada runtuh lalu keluarga yang harmoni dan marem dapat dilahirkan. Izharlah bahawa penglibatan anak-anak dalam gejala tidak sihat dapat dielakkan melalui aktiviti melancong bersama keluarga di dalam negara. Seperkara lagi, ilmu pengetahuan ahli keluarga juga dapat ditingkatkan. Ilmu yang berharga ialah ilmu yang diperoleh melalui pengalaman yang dialami sendiri. Jadi, membawa ahli keluarga melancong di dalam negara membolehkan ahli keluarga kita menimba ilmu pengetahuan yang akan kita ingati selagi hayat dikandung badan. Janganlah kita taksub dengan keunikan dan keistimewaan di negra orang sedangkan keunikan di negara sendiri masih seperti katak di bawah tempurung. Jika situasi ini berlaku, sudah pasti kita akan berasa malu apabila pelancong asing bertanyakan keunikan negara kita kepada kita yang kecetekan ilmu tentang negara sendiri. Sebagai contoh, kunjungan ke tempat-tempat bersejarah seperti Melaka dan Georgetown dapat mendedahkan banyak sejarah negara kepada keluarga kita terutamanya kepada generasai muda. Kita sepatutnya menghargai pengiktirafan ’Tapak Warisan Dunia’ yang telah diberikan oleh UNESCO kepada Melaka dan Georgetown. Bandaraya Melaka perlu dijelajahi oleh ahli keluarga kerana bandar ini kaya dengan peninggalan sejarah Tanah Melayu seperti Kota A’Famosa, Bangunan Stadthuys, Perigi hang Li Po, Makam Hang Tuah dan sebagainya. Kunjungan ke bandar-bandar bersejarah ini sudah
  • 7. pasti dapat mengukuhkan pengetahuan ahli keluarga kita tentang sejarah negara yang dipelajari di sekolah. Secara implisitnya, khazanah sejarah tanah air akan terus terpelihara dan sentiasa terpahat dalam memori setiap anak watan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ringkasnya, ilmu pengetahuan ahli keluarga tentang keunikan negara sendiri dapat dicapai melalui aktiviti melancong di dalam negara bersama keluarga. Jika kita kaji dari perspektif yang berbeza, aktiviti melancong di dalam negara bersama-sama dengan keluarga juga dapat meningkatkan ekonomi negara supaya dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain di seantero dunia. Hal ini disebabkan oleh setiap ahli keluarga tidak perlu membazirkan wang mereka untuk bercuti ke luar negara kerana bagi mereka, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Oleh itu, apabila ahli keluarga melancong di dalam negara sahaja, pengaliran wang ke luar negara dapat dielakkan seterusnya negara dapat menggunakan pusingan wang tersebut untuk memajukan sektor pelancongan negara lagi. Malah, kemasukan pelawat-pelawat asing juga dapat meningkatkan kadar tukaran wang sekali gus dapat menambahbanyakkan jumlah pendapatan negara. Sektor perhotelan memperoleh laba yang besar apabila para pelancong menginap di hotel seperti Hotel Seri Malaysia, Hotel Vistana Kuala Lumpur dan Hotel Bahagia Langkawi. Hal ini dibuktikan melalui pertumbuhan pesat bangunan-bangunan hotel di serata pelosok negara. Di samping itu, terdapat juga motel dan chalet didirikan oleh pengusaha pusat-pusat peranginan bagi kemudahan pelancong yang datang. Semakin banyak tempat penginapan dibina, maka semakin banyak peluang pekerjaan terbuka kepada rakyat Malaysia. Dengan ini, kadar pengangguran rakyat kita semakin menurun. Jelaslah bahawa melancong bersama keluarga dalam tempatan dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi negara. Dalam nada yang berbeza, melalui aktiviti pakej pelancongan bersama-sama keluarga di dalam negara juga dapat meningkatkan taraf destinasi pelancongan negara di mata dunia. Perkara ini dikatakan demikian kerana apabila sesebuah pusat pelancongan itu sering dikunjungi oleh pelancong dari dalam dan luar negara, pelancong lain yang sebelum ini tidak pernah melawat tempat tersebut akan mempunyai semangat inkuiri untuk melihat sendiri keistimewaan dan keunikan destinasi tersebut. Oleh itu, apabila destinasi tersebut sering menjadi tumpuan dan sebutan seperti Tanah Tinggi Genting dan Tanah Tinggi Cameron, maka tempat tersebut tidak akan putus-putus menerima pelawat seperti air yang mengalir di kali. Dengan demikian, destinasi pelancongan tersebut akan diiktiraf sebagai destinasi pelancongan antarabangsa yang tersohor. Seterusnya, misteri dan keanehan yang terdapat di dalam negara juga menyebabkan pelancong ingin menerokai alam tersebut seperti misteri bunga Refflesia iaitu bunga yang terbesar di dunia. Secara tidak langsung, hal ini memberikan tempias kepada industri tempatan terutamanya industri desa. Oleh itu, kita tidak dapat menafikan lagi bahawa lawatan-lawatan di dalam negera membolehkan destinasi pelancongan di dalam negara dinobatkan di peringkat antarabangsa. Secara konklusinya, sudah terang lagi bersuluh bahawa melancong di dalam negara bersama- sama dengan keluarga banyak memberikan kebaikan sama ada kepada institusi keluarga tersebut, mahupun negara kita, Malaysia yang indah permai ini. Industri pelancongan ini
  • 8. sememangnya menjurus ke arah kemajuan ekonomi sesebuah negara. Malah, industri pelancongan juga menjadi pemangkin bagi industri-industri lain untuk sama-sama berkembang maju dan seterusnya menambahkan hasil ekonomi negara. Oleh itu, ibu bapa dan ahli keluarga haruslah menyokong industri pelancongan tempatan untuk memartabatkan industi ini di persada antarabangsa. Namun begitu, usaha ini tidak seharusnya diletakkan atas pundak kerajaan dan keluarga sahaja kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Oleh itu, marilah sekalian rakyat Malaysia bersatu ibarat yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing dan bersemangat tinggi setinggi Gunung Everest untuk mempopularkan industri pelancongan di pentas dunia. Diharapkan komitmen jitu daripada pelbagai pihak dapat merealisasikan harapan kita agar suatu masa nanti destinasi pelancongan yang terdapat di Malaysia akan mendapat publisiti yang meluas, malah mendapat perhatian semua penduduk dan menjadi destinasi pelancongan yang terunggul di mata dunia. Oleh itu, rakyat Malaysia yang berhasrat untuk bercuti di luar negara perlu berfikir terlebih dahulu kerana hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Biarlah pepohon terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar, biarlah industri pelancongan negara terus maju di seantero dunia. Malaysia Boleh! Karangan: Budaya Membaca Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba turutkan; amalan membaca banyak faedahnya, Untuk kegunaan masa hadapan. Masyarakat Melayu sinonim dengan pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan perasaan yang telah terbungkam dalam atma dan sukma mereka. Puisi di atas menggambarkan amalan membaca sangat penting dalam kehidupan seharian kita bagi melahirkan generasi yang berintelektual dalam mencorak masa hadapan. Ketahuilah kita bahawa masa depan menjanjikan cabaran yang sarat dengan muatan cabaran reformasi. Oleh sebab itu, menerusi amalan membaca juga dapat mencetus kesegaran minda agar tidak wujud modal insan yang dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit. Walaupun dunia sudah melepasi pelbagai zaman dalam beberapa dekad, namun budaya membaca tetap mendominasi kemajuan dan keagungan sesebuah bangsa. Sesungguhnya, dengan membaca kita mampu menguasai pelbagai cabang ilmu persis mutiara kata membaca itu jambatan ilmu. Sesungguhnya amalan membaca mampu menambah pengetahuan kita. Amalan membaca dapat membantu memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi ini. ‘ Setiap seseorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing’. Demikian mantan perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. Ungkapan keramat itu, membawa maksud bahawa nilai seseorang anak pascamerdeka ini akan bertambah andai individu itu berusaha melakukan anjakan paradigma untuk dirinya daripada terus berada di takuk lama. Jika ditelusuri, ungkapan ini boleh direalisasikan dengan amalan membaca yang pastinya dapat menyumbangkan idea bernas dalam diri pembaca. Selain melalui proses pembelajaran secara formal di sekolah , nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca bahan-bahan ilmiah
  • 9. seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Kosmik dan sebagainya.) Cerdik pandai sering menganggap amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membaca yang dapat menghubungkan antara manusia dengan dunia ilmu. Tegasnya, amalan membaca sememangnya dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjadi persiapan untuk kesiagaan kita bersaing dengan cabaran kemajuan yang terbentang di jagatraya ini. Seterusnya , mari kita fokuskan lensa pemikiran kita kepada manfaat seterusnya iaitu membaca dapat meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang dimaksudkan ialah tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sesuatu bidang. Membaca dapat mewujudkan koridor kemajuan ekonomi demi meningkatkan tenaga pakar yang berpengetahuan. Ibu bapa menjadi cerucuk utama dalam membentuk diri anak-anak supaya suka membaca. Hal ini demikian kerana, rumah merupakan institusi pendidikan yang pertama untuk anak-anak. Sebagaimana yang diketahui masyarakat yang suka membaca merupakan masyarakat yang maju dan kompetetif sehingga dapat mencetuskan gegaran minda sekaligus dapat menjulang negara kita ke puncak jagat. Oleh sebab itu, amalan membaca dapat membentuk masyarakat madani yang berkemahiran dan berkepakaran tinggi. Apabila negara kita sudah mencapai tahap yang maksimum dalam membentuk individu yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam satu-satu bidang, kita tidak perlu bergantung kepada kepakaran luar lagi. Selain itu, membaca dapat meningkatkan kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang. Hal ini demikian kerana, membaca bertindak sebagai wahana pergerakan ilmu. Dengan membaca seseorang yang sudah memiliki pengetahuan dalam sesuatu bidang ilmu dapat menambah dan menjana kepakaran dalam bidang yang telahpun diterokai ilmunya. Tamsilannya, seorang doktor yang sudah memiliki pengetahuan dalam kariernya, dapat menjadi doktor pakar dengan membaca. Seorang yang pakar dalam sesuatu bidang mampu menjadi insan cemerlang yang dapat berbakti dalam masyarakat, negara dan agama. Dengan penguasaan ilmu yang mantap dan utuh, seseorang itu dapat menjadi seseorang yang profesional dalam bidang ilmu yang dimilikinya seperti seperti kata pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam. Tegasnya, membaca dapat menibgkatkan kepakaran seseorang dalam sesuatu lapangan ilmu. Tambahan lain, membaca merupakan tiang sandaran konkrit untuk barjaya dalam akademik. Namun begitu, cahaya amalan membaca semakin hari semakin malap dalam naluri pelajar. Kontradiksinya para pelajar tidak mempunyai kesedaran bahawa membaca itu penting dalam kehidupan. Sedangkan amalan membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan mampumeluaskan horizon pemikiran. Oleh sebab itu, para pelajar perlu menyemai bibit-bibit cinta dalam diri kerana membaca merupakan tonggak utama kejayaan. Sebagi contoh, pelabagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi memperkasakan minat membaca dalam kalangan pelajar seperti mengadakan minggu membaca dan program NILAM. Selain Berjaya dalam akademik, para pelajar juga boleh mengaplikasikan ilmu yang diperolehi melalui membaca dalam kehidupan seharian Bagaimanakah membaca dapat memberi manfaat? Dengan membudayakan amalan membaca, rakyat yang berpengetahuan luas dalam sesebuah negara mampu mencetuskan ideologi dan buah fikiran yang bernas dalam memacu proses pembangunan negara. Di samping itu, membaca merupakan acuan untuk membentuk sesebuah tamadun yang gemilang seiring dengan Negara-negara yang telah mengecapi modenisasi mapanseperti Jepun. Di Jepun, atas dasar aplikasi dan pengetahuan sains dan inovasi mereka mampu mencipta teknologi yang tidak terdapat di negara-negara lain seperti mesin layan diri yang dapat memenuhi keperluan harian iaitu mesin menjual ketam hidup, telor ayam segar, sayur- sayuran segar dan baju hujan dan barang kemas. Kelebihan mesin layan diri ini dapat
  • 10. beroperasi sepanjang masa iaitu 24 jam sehari. Keadaan ini membolehkan para peniaga dan usahawan tidak perlu bersusah-payah menjaga premis perniagaan mereka kerana mesin layan diri ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sempurna selain mereka dapat memperuntukkan masa mereka dengan aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan negara mereka. Tuntasnya membaca dapat memperlihatkan kedewasaan dan mentaliti yang lebih tinggi dalam kalangan masyarakat yang mengamalkannya. Selain itu, membaca juga merupakan ramuanuntuk membentuk masyarakat yang berproduktiviti tinggi dan seterusnya dapat merealisasikan aspirasi negara untuk bertambah maju. Kemajuan yang dicapai mampu mengangkat Malaysia di persada antarabangsa dan seterusnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain. Membaca jambatan ilmu. Pepatah ini jelas menunjukkan kepentingan membaca dalam peribadi setiap individu. Amalan membaca yang dipupuk dalam diri seseorang sebenarnya merupakan entiti penting mekanisma percambahan ilmusama ada ilmu duniawi mahupun ukhrawi khususnya dalam bidang akademik. Hal ini dapat dibuktikan semasa perkembangan ilmu pengetahuan kerajaan Islam Abbassiyah. Ketika itu, amalan membaca telah menjadi nadi kehidupan merekja dan menjadi asbab berlakunya letusan zaman kegemilangan Islam Abbassiyah sehingga ilmu-ilmu berkaitan dengan akademik mereka menjadi rujukan seluruh dunia termasuklah dunia barat. Sementelahan pula, amalan membaca telah dijadikan wasilah oleh pelajar-pelajar yang Berjaya dalam akademik. Sebagi contoh, Nik Nor Madihah yang telah Berjaya memperoleh 20A dalam SPM. Tegasnya, kejayaan akademik dan amalan membaca merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan lagi. Sesungguhnya, menuntut ilmu tanpa membaca ibarat basikal tanpa roda. Intihanya, sinergi semua pihak mampu mengadunkan satu kombinasi horizon pemikiran yang harmonis dalam memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat demi meningkatkan imej negara dan bangsa. Amalan membaca merupakan permulaan positif sebagai langkah pertama penjanaan dan penyebaran ilmu. Hal ini terbukti berdasarkan peristiwa penuh bermakna dan agung dalam sejarah Islam melalui surah al-‘Alaq iaitu ketika Nabi Muhammad mendapat wahyu yang pertama di Gua Hira’ melalu perantaraan malaikat Jibril yang menyuruhnya membaca. Jelaslah membaca merupakan kunci ilmu yang memberikan impak positif dalam mempengaruhi perkembangan minda masyarakat. Karangan bahan rangsangan - Perpaduan Kaum Di Malaysia Huraikan pendapat anda tentang cara-cara memperkukuh perpaduan kaum di Malaysia. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. “Rakyat Malaysia mestilah hidup bersatu padu”. Demikianlah kata-kata Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selepas memperkenalkan Rukun Negara kepada rakyat Malaysia. Kata-kata almarhum memang ada kebenarannya kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya yakin bahawa banyak cara boleh dilakukan untuk mengukuhkan perpaduan kaum kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Cara yang terbaik boleh kita lakukan untuk menyatupadukan rakyat adalah melalui sistem pendidikan negara. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem pendidikan memainkan peranan penting sebagai agen perpaduan. Pihak sekolah bolehlah memasukkan murid-murid ke dalam kelas yang harmoni, yakni diduduki murid berbangsa Melayu, Cina, India, dan kaum-kaum lain. Oleh sebab rambut sama hitam, hati lain-lain, pelbagai kaum dapat belajar di dalam kelas di samping menyanyikan lagu kebangsaan untuk memupuk perpaduan nasional.
  • 11. Kerajaan pula mestilah bertindak bijak dengan menempatkan rakyat yang berbilang kaum di sesuatu tempat. Hal ini dapat mengelakkan polarisasi kaum dan tidak membina jurang pemisah antara kaum. Apabila tinggal bersama di sesuatu kawasan petempatan, kita dapat bergaul mesra dan hidup bagai aur dengan tebing. Sulaman kasih dan amala hormat- menghormati yang diamalkan pasti dapat membentuk rakyat supaya hidup harmoni dan bersatu padu. Pada masa yang sama, pelbagai program kemasyarakatan bolehlah diadakan oleh pihak kerajaan. Sebagai contoh, kegiatan gotong-royong harus dijadikan aktiviti tahunan suoaya kita dapat memupuk perpaduan kaum. Semua kaum mestilah memahmi konsep berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Dengan amalan ini, kita bukan sahaja dapat membersihkan tempat tinggal, malah dapat bergaul mesra dan hidup serumpum bagai serai. Amalan inilah yang dikatakan semangat 1Malaysia rakyat kita. Di samping itu, amalan ziarah-menziarahi pada hari perayaan juga merupakan rencah penting untuk menyuburkan semangat perpaduan antara kaum. Amalan rumah terbuka misalnya bolehlah diadakan pada hari perayaan. Dengan berbuat demikian, semua kaum dapat dikumpulkan bersama-sama meraikan hari perayaan dengan penuh bermakna. Apabila berbual-bual dan bertukar-tukar pandangan, saya yakin bahawa kita dapat berkenalan dan lebih memahami kebudayaan masing-masing. Kesimpulannya, kita haruslah menyahut seruan Perdana Menteri untuk hidup bersatu padu. Hal ini dikatakan demikian kerana semangat bersatu padu amat penting untuk membina negara yang harmoni dan kukuh. Oleh sebab itu, tanpa rakyat tiadalah negara. Rakyat haruslah berpegang teguh pada prinsip ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni demi membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu. Malaysia Boleh! USAHA-USAHA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL Bertepatan dengan maksud peribahasa bagai cendawan tumbuh selepas hujan, kini Malaysia sedang berhadapan dengan arus globalisasi dan modenisasi yang membawa kepada pembangunan yang pesat. Berkait rapat dengan perkembangan tersebut generasi muda hari ini lebih terdedah kepada alam siber dan permainan komputer sehingga seakan melupakan permainan tradisional yang merupakan warisan pusaka sejak duhulu lagi. Lantaran itu, permainan tradisional turut dipandang enteng serta mula tersisih daripada arus perdana kehidupan masyarakat. Sebagai individu, adakah kita sanggup membiarkan khazanah budaya bangsa kita lenyap begitu sahaja dek peredaran zaman yang berlaku? Dalam hal ini, sebelum nasi menjadi bubur, semua pihak perlu mencari pendekatan yang pragmatik bagi meninggikan martabat permainan tradisional di negara kita bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Prakarsa yang berkesan untuk mempopularkan permainan tradisional ini patut diusahakan secara bersungguh-sungguh bagi mengangkat status permainan tradisional di nusa tercinta ini. Pihak ibu bapa dianggap pihak yang paling dominan berperanan memperkenal serta mempopularkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian keranan kebanyakan ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak yang sedang membesar. Ibu bapa perlu mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil bertepatan dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya bagi tujuan memupuk minat bermain permainan tradisional. Mereka boleh membelikan anak-anak mereka permainan tradisional sebagai hadiah sempena hari ulang tahun ataupun sebagai hadiah kerana cemerlang dalam akademik di sekolah. Ibu bapa juga boleh menganjurkan pertandingan permainan tradisional melalui Hari Keluarga yang diadakan sama ada dilakukan secara bersendirian atau bersama rakan-rakan sekerja. Inisiatif ini dapat memberikan peluang kepada seluruh ahli keluarga yang mengambil bahagian untuk mencuba bermain permainan tradisional seperti permainan congkak, menaikkan layang- layang dan bermain gasing. Jelas bahawa melalui usaha tersebut secara tidak langsung akan mempopularkan sesuatu permainan tradisional serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama ahli keluarga,bak kata peribahasa sambil menyelam minum air. Selain itu, pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia mestilah menjadikan permainan tradisional sebagai satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah. Rentetan daripada itu, pihak sekolah hendaklah digalakkan menubuhkan kelab atau persatuan yang bercirikan permainan tradisional. Dengan berpayungkan kelab atau persatuan permainan tradisional seperti Kelab Budaya Bangsa, pelajar boleh belajar tentang cara membuat, cara bermain dan mengetahui syarat-syarat bermain sesuatu permainan tradisional. Setelah mengetahui secara mendalam sesuatu permainan itu, pelajar akan rasa berminat untuk melibatkan diri dalam permainan tradisional tersebut. Usaha menanam minat terhadap generasi muda penting kerana mereka merupakan akar tunjang yang bakal mewarisi warisan pusaka bangsa serta mewarnai masyarakat masa hadapan. Justeru, penglibatan pelajar secara langsung dalam permainan
  • 12. tradisional nescaya dapat mempopularkan permainan tradisional di Malaysia daripada membiarkan seni budaya kita terus pupus dan lenyap begitu sahaja. Bertepatan dengan kata peribahasa, tak kenal maka tak cinta, maka komitmen pihak sekolah amat dituntut, agar putera-puteri yang sedang berjuang di medan ilmu dapat bergiat aktif mempopularkan permainan tradisional di samping mengurangkan sedikit tekanan menghadapi peperiksaan. Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional merupakan satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau, gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada masyarakat dan negara. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena kempen tersebut, seperti peraduan karang-mengarang, pameran, dan peraduan poster dan sebagainya. Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh menjadi lebih popular di merata tempat bersesuaian dengan kata peribahasa seperti pegaga tumbuh melata. Jelas bahawa dengan kerjasama padu yang dilakukan tanpa mengenal rasa jemu sudah pasti permainan tradisional menjadi semakin popular khususnya kepada generasi baru. Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional. Apabila program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang ke Malaysia akan berpeluang bermain pelbagai permainan tradisional di sini. Apabila mereka pulang ke negara mereka kelak,mereka akan mengajar rakan-rakan dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini secara tidak langsung membolehkan nama Malaysia akan masyhur di persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek hujan,tak lekang dek panas. Perkara yang sama berlaku apabila pelancong asing melancong ke Malaysia dan menginap di desa yang mana mereka akan diajar cara-cara bermain tradisional seperti gasing, galah panjang dan teng-teng. Diharapkan langkah ini akan membuatkan para pelancong terhibur sekali gus berminat dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke Malaysia. Jelas bahawa, pertukaran budaya antara negara mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar. Tidak disangkalkan lagi, penganjuran pelbagai bentuk pertandinganmerupakan inisiatif yang agak praktikal untuk mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat di Malaysia. Melalui pertandingan yang diadakan semua pihak yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian kerana sebagai fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding dan ’berlaga’ untuk mendapatkan sesuatu. Agensi-agensi kerajaan dengan kerjasama pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) boleh bergabung dengan sektor korporat seperti Proton, TM Net dan Maxis menganjurkan pertandingan permainan tradisional dari peringkat sekolah, daerah, kebangsaan hinggalah ke peringkat antarabangsa. Dalam konteks ini, contoh yang terbaik ialah penganjuran Festival Layang-layang Antarabangsa di Pasir Gudang , Johor oleh kerajaan negeri Johor dengan kerjasama pelbagai badan korporat. Berdasarkan rekod yang ada, pertandingan layang-layang tersebut berjaya menarik peminat-peminat permainan layang-layang dari seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian. Terbukti di sini, penganjuran pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisional sekali gus mempromosikan industri pelancongan kepada pelancong dalam dan luar negara. Konklusinya, semua etnik tidak sewajarnya membiarkan khazanah budaya mereka termasuk permainan tradisional terus lenyap di muka bumi kerana warisan tersebut adalah khazanah dunia yang tidak ternilai harganya. Walaupun Malaysia sedang mengorak langkah serta bersedia melakukan pecutan akhir ke arah negara maju 2020, kita tidak seharusnya menjadi seperti kacang lupakan kulit yang melupakan asal usulnya dengan mengabaikan peninggalan warisan nenek moyang kita. Kita amat berharap semua pihak tetap teguh memelihara khazanah budaya ini pada setiap masa kerana generasi terkini hanya sekadar meminjam warisan bangsa yang mungkin menjadi sanjungan generasi mendatang. Suka ditegaskan di sini bahawa setiap anak watan Malaysia perlu menyahut cabaran dan menghadapi semangat habis kapak berganti beliung untuk merialisasikan impian negara tercinta ke arah Menjana Transformasi Rakyat Cemerlang. Malaysia Boleh
  • 13. Cara-cara membalas jasa GURU. Guru sangat berjasa dalam kehidupan seseorang. Huraikan cara-cara yang perlu kita lakukan untuk membalas jasa guru. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Insan seperti Perdana Menteri, jurutera, doktor atau peguam mencapai kejayaan dalam hidupnya kerana diajar dan dididik oleh guru. Kejayaan mereka ini menunjukkan bahawa guru banyak berjasa kepada banyak orang. Insan yang bergelar cikgu ini ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain termasuk diri kita. Oleh itu, kita mestilah membalas jasa mereka supaya kita tidak dianggap sebagai kacang melupakan kulit. Kata Saidina Ali, “Siapa mengajar aku satu huruf jadilah aku hamba kepadanya”. Begitulah mulianya kedudukan seorang guru. Satu daripada cara untuk kita membalas jasa guru ialah kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh ibarat genggam bara api biar sampai jadi arang. Sebagai guru, mereka ingin melihat kita berjaya pada masa depan. Oleh itu, apabila gur mengajar, kita perlu memberi perhatian sepenuhnya dan janganlah menimbulkan masalah disiplin yang boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, guru ingin melihat kita berjaya dalam setiap peperiksaan yang kita duduki dengan cemerlang. Guru sudah pasti berbangga jika kita mencapai kejayaan. Selain itu, kita mestilah menghormati guru pada setiap masa. Guru merupakan ibu bapa kedua bagi kita. Sebagai contohnya, kita mestilah mendengar nasihat atau tunjuk ajar mereka. Jika kita melawan atau ingkar arahan guru, ilmu atau pengajaran yang kita terima daripada guru tidak berkat. Apabila kita sudah dewasa, dan mungkin memegang jawatan yang tinggi sekalipun hendaklah sentiasa menghormati guru. Sabda Nabi Muhammad, “Pelajarilah ilmu pengetahuan dan pelajari juga dengan ilmu tersebut ketenangan jiwa dan kerendahan diri. Rendahkanlah diri kamu kepada orang yang mengajar kamu”. (Riwayat Abu Hurairah) Seterusnya, kita perlu membalas jasa guru dengan sentiasa menolong atau membantu guru. Dalam hal ini, kita mestilah bersedia pada bila-bila masa untuk membantu mereka. Sebagai contohnya, kita hendaklah ringan tulang untuk membantu guru jika guru meminta bantuan daripada kita untuk menghantar buku latihan dari kelas ke bilik guru dan sebaliknya. Melalui cara ini, kita dapat membalas jasa guru yang mendidik dan mengajar kita. Bukan itu sahaja. Kita juga perlulah membalas jasa guru dengan cara mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk mereka. Hal ini dapat kita lakukan apabila kita mengingati guru kita bila-bila masa. Sebagai contohnya, semasa sambutan Hari Guru, selain menghantar ucapan “Selamat Hari Guru”, kita hendaklah berdoa kepada Tuhan agar guru yang telah berjasa kepada kita sentiasa dirahmati oleh Tuhan. Melalui cara ini, kita akan
  • 14. dianggap sebagai murid yang baik dan sentiasa menghargai jasa guru yang telah menyemarakkan evolusi mental yang berterusan sehingga kita menjadi insan yang berguna pada hari ini dan seterusnya. Satu lagi cara untuk menghargai jasa guru ialah sentiasa mengunjungi guru di sekolah atau di rumah walaupun kita telah meninggalkan bangku sekolah. Jauh lebih baik apabila kita mengunjungi guru semasa guru kita sakit atau semasa mengalami sesuatu musibah. Pada ketika itu, guru akan rasa diri mereka dihargai. Juga lebih elok kita kunjungi rumah guru sesudah mereka bersara kerana guru yang membakar diri menerangi kehidupan kita umpama lilin. Kesimpulannya, guru merupakan insan yang banyak berjasa dan bermakna dalam kehidupan kita. Guru ibarat pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam yang gelap gelita. Tanpa guru, kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Guru juga umpama tongkat kepada orang buta. Oleh itu, kita wajar membalas jasa guru dan mengingati segala pengorbanannya pada setiap masa.
  • 15. Karangan jenis rencana - Masalah vandalisme Gejala merosakkan kemudahan awam semakin berleluasa berlaku dewasa ini. Bincangkan saranan anda untuk mengatasi masalah tersebut untuk diterbitkan dalam ruangan Pendapat Pembaca. Cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah kemudahan awam Yang dirosakkan dengan sengaja di negara ini. Oleh: Subrato Rengato Dewasa ini negara kita sedang mengorak langkah menuju ke arah Wawasan 2020 dan taraf kehidupan seluruh rakyat tempatan telah meningkat secara mendadak sejak akhir- akhir ini. Hampir seluruh rakyat di negara ini berpeluang menerima pendidikan secara formal, malah ramai yang telah berjaya memasuki institusi pengajian tinggi yang berkembang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perkara yang menghairankan kita semua ialah masalah vandalisme di negara ini turut meningkat dan seolah-olah telah sampai ke satu tahap yang kronik sedangkan kebanyakan rakyat di negara ini berpendidikan tinggi. Masalah vandalisme iaitu perbuatan merosakkan kemudahan awam dengan sesuka hati merupakan duri dalam daging yang kini terbukti telah menular bagaikan barah dalam tubuh manusia. Kemudahan awam sering dijadikan sasaran rakyat tempatan melepaskan geram atau meringankan tekanan hidup. Para remaja pula ingin mencari keseronokan dengan merosakkan telefon awam, mengguris dan merosakkan lif serta menconteng dinding tandas awam. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini sangat dikesali kerana menyusahkan orang ramai dan meningkatkan perbelanjaan untuk membaikinya. Oleh yang demikian, langkah-langkah yang konkrit dan proaktif perlu dilaksanakan dengan segera bagi membendung masalah tersebut. Antara langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah mengubah strategi atau sistem pendidikan yang sedia ada di negara ini. Sistem pendidikan sekarang terlalu berorientasikan peperiksaan dan kegiatan kokurikulum selalu diabaikan. Natijahnya pelajar-pelajar sekarang hanya berminat untuk menghafal nota dan langsung tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Sebenarnya peyertaan dalam kegiatan kokurikulum seperti pengakap, Kelab Cinta Alam dan sebagainya boleh menyemai dan seterusnya menyuburkan nilai- nilai murni seperti bertanggungjawab, cinta kepada alam sekeliling dan sebagainya yang merupakan elemen terpenting dalam usaha mengatasi vandalisme. Selain itu, Kementerian Pendidikan patut menekankan subjek Pendidikan Moral dan Agama menerusi pendidikan formal. Guru-guru wajar memberikan pendidikan dengan kreatif dan inovatif agar pelajar- pelajar dapat menghayati serta mempraktikkan nilai-nilai yang telah dipelajari dan seterusnya dapat membasmi gejala vandalisme. Selain itu, media massa perlu memainkan peranan penting dalam usaha membendung masalah vendalisme. Media massa wajar memaparkan keadaan kemudahan awam yang dirosakkan dengan serius dan artikel-artikel yang mengkritik perbuatan tersebut akan dapat menyedarkan anggota masyarakat. Setiap anggota masyarakat juga patut menyedari peranan mereka dalam usaha membendung masalah vandalisme. Anggota masyarakat juga wajar melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat individu yang merosakkan kemudahan awam. Jelaslah media massa memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah tersebut sebagaimana kata pepatah, “lidi segenggam kuat kudratnya dan tidak mudah patah walaupun oleh si gagah”.
  • 16. Kalau asalnya benih yang baik, tercampak ke laut akan menjadi mutiara, terhumban ke darat menjadi permata, terawang di angkasa akan menjadi Kejora. Begitulah peribahasa Melayu yang menyatakan dengan jelas akan kepentingan pendidikan awal terhadap kanak-kanak. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, bertimbang rasa dan sebagainya sejak mereka kecil kerana kita semua percaya kepada konsep “kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Kanak-kanak diibaratkan sehelai kain putih yang perlu dicorakkan peribadinya oleh ibu bapa. Jika diwarnakan dengan warna pelangi, maka berserilah kain tersebut, tetapi sekiranya ditumpahkan dengan warna hitam, maka gelaplah masa depannya. Ibu bapa perlu menunjukkan “role model” kepada anak kesayangannya supaya mereka boleh menjadi manusia yang berguna seperti kata peribahasa “ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi ”. Selain itu, pihak kerajaan patut menggubal undang-undang yang ketat bagi mengawal tindak-tanduk anggota masyarakat. Undang-undang wajar dilaksanakan oleh pihak berkenaan dan tidak terjadi seperti kata pepatah “bagai melepaskan batuk di tangga”. Kerajaan patut mengenakan denda yang tinggi kepada mereka yang bersikap seperti “enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Mereka yang melakukan perbuatan vandalisme patut diheret ke mahkamah dan hukuman sebat wajar dilaksanakan. Akibat nila setitik rosak susu sebelanga. Oleh itu kita patut menggembleng tenaga untuk mengatasi masalah vandalisme agar imej negara kita sebagai antara negara yang termaju di rantau Asia Pasifik tidak tercalar begitu sahaja. Kita perlu berhati-hati dan berwaspada seperti kata peribahasa “lengguknya biar bengkok tetapi mengena, tarinya biar senada tetapi berbisa, langkahnya lembut tetapi kejap” semasa melaksanakan langkah-langkah untuk membendung masalah tersebut supaya imej baik negara terus terlindung dan keamanan hidup masyarakat terjamin.
  • 17. Novel Azfa Hanani & Kembara Amira: Peristiwa menarik Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan peristiwa yang menarik dalam sebuah novel yang anda pelajari. Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik. Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa Azfa Hanani ditawarkan oleh Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani tidak perlu risau lagi memikirkan kepayahannya untuk meneruskan pelajaran dan dalam masa yang sama Abang Mazran berjanji untuk membantu mengubati Zuraini, anak pak longnya yang lumpuh. Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa Datin Maziah menghalau Azfa Hanani dari rumahnya selepas identiti sebenarnya terbongkar. Peristiwa ini menarik kerana telah dapat membongkar rahsia tentang Datuk Tengku Makmur yang bertanggungjawab menyebabkan kedua-dua ibu bapa Azfa Hanani meninggal dunia dalam kemalangan. Peristiwa menarik yang seterusnya ialah, peristiwa Azfa Hanani menolak pelawaan Iskandar untuk membonceng motosikal berkuasa tingginya. Peristiwa ini menarik kerana Azfa Hanani merupakan seorang gadis yang tahu menjaga maruah dirinya, tambahan pula dia tidak mengenali Iskandar. Peristiwa menarik yang lain ialah, peristiwa Azfa Hanani bertengkar dengan Abang Muzaffar yang melarangnya berkawan dengan Ekran. Peristiwa ini menarik kerana tanpa memikirkan kedudukan Tengku Muzaffar, Azfa Hanani berani bertengkar dengannya semata- mata ingin menegakkan kebenaran. Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Azfa Hanani membaca diari Tengku Murni kerana ingin mencari nama yang telah terpadam yang mempunyai hubungan dengan Tengku Murni. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebijaksanaan Azfa Hanani merungkai misteri orang yang menghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni. Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menarik. Antara peristiwa yang menarik dalam novel ini ialah peristiwa Amira tergelincir di Air Terjun Angin lalu hanyut dibawa arus sungai yang deras dan diselamatkan oleh Itai. Peristiwa ini menarik kerana menunjukkan kebaikan orang asli suku Semai menyelamatkan seorang gadis seperti Amira. Peristiwa menarik yang kedua ialah peristiwa Itai mengetahui Tau bapanya. Peristiwa ini menarik kerana Itai menganggap Tau bapa saudaranya tetapi sebenarnya Tau ialah bapa kandungnya sendiri. Peristiwa menarik yang seterusnya ialah peristiwa Amira memberi seketul emas kepada Jacinta. Peristiwa ini menarik kerana memaparkan semangat setia kawan Amira yang ingin menggembirakan sahabatnya. Peristiwa menarik yang lain ialah peristiwa Amira menemukan mobile disk di lantai gua. Peristiwa ini menarik kerana dapat membongkar misteri kehilangan Malique dan penemuan mobile disk ini dapat membantu memberitahu mereka di mana Malique berada
  • 18. Kajian Novel SPM: Cabaran yang dihadapi oleh watak utama Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapi cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca. AZFA HANANI Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Dalam novel ini, terdapat beberapa beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh watak utama iaitu Azfa Hanani. Cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel ini ialah cabaran dalam menjalani cara hidup yang baharu. Hal ini dapat dilihat apabila Azfa Hanani terpaksa menyamar sebagai Tengku Murni. Dia terpaksa mempelajari segala perwatakan dan gerak- geri Tengku Murni agar penyamarannya dapat meyakinkan Datin Maziah bahawa dirinya ialah Tengku Murni. Cabaran yang kedua ialah cabaran bagi meneruskan pelajaran. Azfa Hanani terpaksa mencuri buku rujukan di perpustakaan memandangkan kesempitan hidup yang dialaminya sehinggakan tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan. Selain itu, dia terpaksa berulang-alik sejauh 30 kilometer setiap hari untuk ke sekolah bagi mendapatkan ilmu. Cabaran yang berikutnya, ialah cabaran bagi menyesuaikan diri di sekolah baharu. Azfa Hanani terpaksa menghadapi sikap buruk Budak Glamour yang tidak suka akan dirinya kerana seiras dengan Tengku Murni. Dia tetap bersikap tenang dan merendah diri walaupun mereka tidak suka akan dirinya. KEMBARA AMIRA Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir. Dalam novel ini, terdapat beberapa beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh watak utama iaitu Amira. Cabaran yang pertama ialah cabaran semasa mencari orang hilang. Amira yang begitu risau dengan kehilangan Malique telah meminta bantuan Itau untuk mencari Malique. Dia sanggup menempuh cabaran semasa mencari Malique yang hilang setelah kenderaannya dihanyutkan lumpur dan jatuh ke dalam gaung. Pencarian mereka melalui mobile disk yang dijadikan petunjuk telah membawa mereka ke puncak Gunung Gua Gajah. Di sana Amira, Itau dan beberapa orang lain telah berhadapan dengan makhluk berkaki dua dan berbulu lebat sebagaimana yang diceritakan oleh Itai kepadanya.
  • 19. Cabaran yang kedua ialah cabaran untuk menghadapi hukum adat masyarakat Orang Asli. Hal ini berlaku apabila Amira mengikut Itai mendapatkan ketulan emas untuk diberikan kepada Jacinta. Perbuatan Itai telah melanggar adat masyarakat Orang Asli. Itai telah mengingatkan Amira bahawa mereka terpaksa menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan atas mereka. Cabaran yang seterusnya ialah cabaran ketika hampir lemas di sungai. Amira telah terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras semasa menunggu Malique. Nasibnya baik apabila diselamatkan oleh Itai, seorang remaja orang Asli yang baik hati. Cabaran dan pengalaman itulah yang menyebabkan dia mengenali Itai dan Tau Huraikan dua persoalan kerjasama dalam kedua-dua novel yang anda kaji.(8m) Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani dan Kembara Amira. Kedua-dua novel memaparkan persoalan kerjasama. Persoalan kerjasama dalam novel Azfa Hanani ialah kerjasama menganjurkan majlis. Buktinya, pelajar-pelajar Tingkatan 5 menganjurkan Hari Sumbangsih. Hasil kerjasama semua pelajar, program tersebut berjaya dijalankan dengan lancar dan mereka berjaya mengumpul dana sebanyak RM 16,000.00. Persoalan kerjasama yang kedua ialah kerjasama membantu rakan. Buktinya, Azfa Hanani bersedia menggantikan tempat Ellina sebagai Pengerusi Forum kerana kesibukan Ellina menguruskan Malam Sumbangsih Persoalan kerjasama dalam novel Kembara Amira ialah kerjasama berpasukan yang erat dalam menjalankan tugas. Buktinya, Profesor Zaidah dan Dr. Zawawi bekerjasama dengan pelajar-pelajar menjalankan kajian arkeologi di Desa Karpus. Persoalan kerjasama yang kedua ialah kerjasama membantu orang yang memerlukan pertolongan. Buktinya, Itai telah membantu menyelamatkan nyawa Amira yang hanyut dalam arus sungai yang deras manakala Tau pula telah membantu Jacinta yang sesat di dalam hutan. 2. Huraikan dua peristiwa yang memaparkan nilai tanggungjawab dalam sebuah novel yang anda kaji. (7 m) Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani. Pengarang telah memaparkan nilai tanggungjawab dalam novel ini. Peristiwa pertama yang memaparkan nilai tanggungjawab dalam novel ini ialah tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Buktinya, Azfa Hanani telah melaksanakan tugas sebagai pengerusi forum Hari Sumbangsih dengan cemerlang sekali. Peristiwa kedua yang memaparkan nilai tanggungjawab ialah tanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukan. Buktinya, Azfa Hanani tetap mengeposkan buku-buku rujukan SPM yang “dipinjamnya” itu kepada Cikgu Zamin. Peristiwa seterusnya ialah tanggungjawab untuk membahagiakan orang lain. Buktinya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana bertanggungjawab untuk memastikan Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan yang dihadapinya. 3. Huraikan satu peristiwa yang mencemaskan dalam dua buah novel yang anda kaji. (8m)
  • 20. Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani dan Kembara Amira. Kedua-dua novel memaparkan peristiwa yang mencemaskan. Peristiwa yang mencemaskan dalam novel Azfa Hanani ialah ketika di Makmal Kimia, dua orang pengawas datang memberitahunya bahawa pengetua ingin berjumpa dengannya. Hal ini mencemaskan Azfa Hanani kerana dia bimbang rahsianya mencuri buku-buku rujukan SPM di perpustakaan telah terbongkar dan dia akan dihukum atas kesalahannya itu. Peristiwa yang mencemaskan dalam novel Kembara Amira ialah ketika Amira terjatuh ke dalam arus sungai yang deras kerana gagal melangkah dengan tepat di atas batu. Hal ini mencemaskan kerana Amira terus dibawa arus yang deras dan gagal ke tepi. Dia akhirnya diselamatkan oleh dua orang lelaki Orang Asli Semai. 4. Huraikan dua peristiwa yang menyayat hati dalam sebuah novel yang anda kaji. (7m) Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani. Pengarang telah memaparkan peristiwa yang menyayat hati dalam novel ini. Peristiwa yang pertama ialah ketika Azfa Hanani ditampar oleh Datin Maziah setelah rahsia penyamarannya terbongkar. Hal ini berlaku kerana Datin Maziah terdengar akan pertengkaran antara Tengku Muzaffar dengan Azfa Hanani tentang soal status. Datin Maziah yang terlalu marah telah mengusir Azfa Hanani dari banglo mewah itu malam itu juga, Peristiwa yang kedua ialah ketika Datuk Tengku Makmur menceritakan hal yang sebenarnya bahawa dialah yang telah menyebabkan kematian ibu bapa kandung Azfa Hanani apabila kereta yang dipandunya melanggar teksi yang dinaiki oleh keluarga Azfa Hanani sehingga terjatuh ke dalam gaung. Azfa Hanani yang masih bayi telah dipelihara oleh pak longnya dan hidup serba kekurangan. SOALAN 3 Huraikan peristiwa yang menyedihkan dalam novel yang anda pelajari Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah. Novel ini memaparkan beberapa peristiwa yang menyedihkan. Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Pak Long Madi tidak mampu membeli pakaian sekolah yang baru untuk Azfa Hanani. Kemiskinan Pak Long menyebabkan Azfa Hanani memakai pakaian sekolah yang lama. Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Azfa Hanani menolak jawatan pengawaskerana tidak mampu membeli pakaian pengawas sekolah. Azfa Hanani tidak mahu menyusahkan Pak Longnya untuk membeli pakaian pengawas yang mahal harganya kerana kemiskinan Pak Long dan terpaksa pula menanggung kos rawatan anaknya, Zuraini yang lumpuh. Peristiwa yang ketiga ialah peristiwa kemalangan jalan raya 16 tahun yang lalu yang menyebabkan kematian ibu bapa Azfa Hanani akibat kecuaian Tengku Makmur. Azfa Hanani tercampak keluar melalui tingkap teksi dan ibu bapanya meninggal dunia di tempat kejadian. Datin Maziah yang berasa kasihan melihat Azfa Hanani yang masih bayi dan sedang menangis lalu menyusukannya di tempat kejadian. Peristiwa yang keempat ialah peristiwa ketika Azfa Hanani makan makanan yang sedap di rumah Datin Maziah lalu teringat akan keluarga Pak Longnya yang tidak
  • 21. pernah merasai makanan sedemikian. Ketika Azfa Hanani makan tengah hari di rumah Datin Maziah, dia terpandang ayam goreng. Hatinya sayu kerana teringat akan sepupunya di kampung yang sekali-sekala sahaja dapat menikmati ayam goreng. Peristiwa yang kelima ialah peristiwa Azfa Hanani dihalau oleh Datin Maziah apabila rahsia penyamarannya terbongkar. Semasa Azfa Hanani bertengkar dengan Tengku Muzaffar, Datin Maziah telah mendengar pertengkaran tersebut dan mengetahui penyamaran Azfa Hanani. Datin Maziah telah menampar Azfa Hanani dan memaksanya menunjukkan bukti bahawa dia ialah Tengku Murni. Datin Maziah menghalau Azfa Hanani apabila dia tidak dapat membuktikan dirinya ialah Tengku Murni. Berdasarkan novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir, peristiwa yang menyedihkan dipaparkan olah pengarang melalui peristiwa pesawat Cesna terhempas dan menyebabkan kematian ibu bapa Samantha. Apabila Pesawat Cesna terhempas dan terjunam di perkampungan orang asli suku Semai, api merebak di bahagian enjin. Ibu bapa Samantha, Ridley dan Brenda tersepit. Badan mereka berlumuran darah, sementara Samantha tercampak semasa pesawat itu meletup. Ludin dan Tau menangis kerana belum pernah melihat api yang sebegitu besar. Peristiwa yang menyedihkan seterusnya ialah peristiwa masyarakat orang asli memulaukan atau meminggirkan kehadiran Samantha dalam kalangan mereka.Jidin membawa pulang seorang kanak-kanak berambut merah dan bermata biru. Kehadiran Samantha dianggap pelik. Penduduk hutan menolak kehadiran Samantha atau Ipah kerana dianggap menghilangkan semangat hutan. Ada cadangan daripada penduduk orang asli di situ supaya Ludin menyerahkan Ipah ke hutan semula. Ludin terpaksa berhadapan dengan cabaran besar untuk mempertahankan tindakannya. Peristiwa yang seterusnya ialah peristiwa Amira bersedih apabila Jacinta hilang di hutan kerana ingin mencarinya yang terjatuh dari Air Terjun Angin lalu dihanyutkan oleh arus sungai. Amira rasa bersalah apabila mengetahui Jacinta hilang dan pengsan di hutan kerana ingin mencarinya yang dihanyutkan oleh arus deras setelah jatuh dari Air Terjun Angin. SOALAN 4 Watak utama dalam sesebuah novel banyak menghadapi cabaran. Nyatakan cabaran watak utama dalam novel yang anda baca. AZFA HANANI Novel yang saya kaji ialah Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah. Dalam novel ini, terdapat beberapa beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh watak utama iaitu Azfa Hanani. Cabaran yang dihadapi oleh watak utama dalam novel ini ialah cabaran dalam menjalani cara hidup yang baharu. Hal ini dapat dilihat apabila Azfa Hanani terpaksa
  • 22. menyamar sebagai Tengku Murni. Dia terpaksa mempelajari segala perwatakan dan gerak- geri Tengku Murni agar penyamarannya dapat meyakinkan Datin Maziah bahawa dirinya ialah Tengku Murni. Cabaran yang kedua ialah cabaran bagi meneruskan pelajaran. Azfa Hanani terpaksa mencuri buku rujukan di perpustakaan memandangkan kesempitan hidup yang dialaminya sehinggakan tidak mampu untuk membeli buku-buku rujukan. Selain itu, dia terpaksa berulang-alik sejauh 30 kilometer setiap hari untuk ke sekolah bagi mendapatkan ilmu. Cabaran yang berikutnya, ialah cabaran bagi menyesuaikan diri di sekolah baharu. Azfa Hanani terpaksa menghadapi sikap buruk Budak Glamour yang tidak suka akan dirinya kerana seiras dengan Tengku Murni. Dia tetap bersikap tenang dan merendah diri walaupun mereka tidak suka akan dirinya. KEMBARA AMIRA Novel yang saya kaji ialah novel Kembara Amira karya Amer Hmzah L. Kadir. Dalam novel ini, terdapat beberapa beberapa cabaran yang terpaksa dilalui oleh watak utama iaitu Amira. Cabaran yang pertama ialah cabaran semasa mencari orang hilang. Amira yang begitu risau dengan kehilangan Malique telah meminta bantuan Itau untuk mencari Malique. Dia sanggup menempuh cabaran semasa mencari Malique yang hilang setelah kenderaannya dihanyutkan lumpur dan jatuh ke dalam gaung. Pencarian mereka melalui mobile disk yang dijadikan petunjuk telah membawa mereka ke puncak Gunung Gua Gajah. Di sana Amira, Itau dan beberapa orang lain telah berhadapan dengan makhluk berkaki dua dan berbulu lebat sebagaimana yang diceritakan oleh Itai kepadanya. Cabaran yang kedua ialah cabaran untuk menghadapi hukum adat masyarakat Orang Asli. Hal ini berlaku apabila Amira mengikut Itai mendapatkan ketulan emas untuk diberikan kepada Jacinta. Perbuatan Itai telah melanggar adat masyarakat Orang Asli. Itai telah mengingatkan Amira bahawa mereka terpaksa menerima apa sahaja hukuman yang akan dikenakan atas mereka. Cabaran yang seterusnya ialah cabaran ketika hampir lemas di sungai. Amira telah terjatuh ke dalam sungai yang mengalir deras semasa menunggu Malique. Nasibnya baik apabila diselamatkan oleh Itai, seorang remaja orang Asli yang baik hati. Cabaran dan pengalaman itulah yang menyebabkan dia mengenali Itai dan Tau. SOALAN 5 Bincangkan kepincangan masyarakat atau kritikan sosial yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel yang anda pelajari.
  • 23. Novel Azfa Hanani: a. Masyarakat yang mementingkan darjat. Tengku Muzaffar menghalang hubungan adiknya Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga miskin. b. Masyarakat yang buruk sangka. Datuk Tengku Makmur menghina Azfa Hanani dengan mengatakan Azfa Hanani hanya bekerja menyamar sebagai Tengku Murni untuk mendapatkan upah. Beliau telah mencampakkan wang berjumlah RM500.00 kepada Azfa Hanani sebagai upah. c. Masyarakat yang terlalu mengikut perasaan. Datin Maziah bertindak mengikut perasaan dengan menampar Azfa Hanani dan menghalaunya keluar dari rumah tanpa memberi peluang kepada Azfa Hanani untuk menjelaskan hal sebenar. d. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri. Iskandar mendesak Azfa Hanani agar menaiki motosikal bersamanya kerana dia mahu menghantar Azfa Hanani pulang ke rumah sedangkan perbuatan itu dianggap kurang wajar kerana berlaku pergaulan bebas. e. Masyarakat yang melakukan perbuatan mencuri. Azfa Hanani telah mencuri buku rujukan dari perpustakaan Sekolah Menengah Sri Dian kerana menghadapi masalah kewangan. Novel Kembara Amira: a. Sikap masyarakat yang tidak menjaga perasaan orang lain. Jacinta tidak menjaga perasaan bapanya Baba Teck. Dia tidak mahu bercuti ke Eropah walaupun bapanya telah mengirimkan tiket kapal terbang kepadanya sebagai protes terhadap bapanya yang berkahwin lain setelah ibunya meninggal. b. Sikap ibu bapa yang terlalu mementingkan kerja sehingga mengabaikan perasaan anak.
  • 24. Profesor Zaidah terlalu memberi perhatian kepada kerjayanya iaitu sibuk menjalankan kerja cari gali arkeologi di Desa Karpus sehingga anaknya Amira hampir lemas dibawa arus sungai. Sikap Profesor Zaidah ini mendapat teguran Pak Lias. c. Masyarakat yang mudah percaya kata-kata dan pujukan orang lain. Ludin membenarkan Johnny meneroka gua yang begitu disayangi oleh Tau. Ludin termakan dengan kata-kata manis Johnny sehingga akhirnya Johnny membawa lari Ipah dan Sabi. d. Masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Ipah sanggup meninggalkan suaminya Tau dan anak kecilnya Itai kerana mengikut Johnny setelah sekian lama tinggal bersama-sama masyarakat Orang Asli. Tindakannya ini menyebabkan Tau tinggal kesunyian dan hidup menyendiri di dalam hutan.
  • 25. DOA-DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran: (DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMA ADA DARI BUKU ATAU NOTA) (Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin, wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin) Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih" Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan (Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa) Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu) Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan (Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa) Doa memohon kejayaan cemerlang - dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
  • 26. (Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa') Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh