Teori pendekatan komunikatif menganggap bahasa sebagai alat komunikasi dan bertujuan membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk berkomunikasi. Pendekatan ini menyarankan memberi pelajar peluang menggunakan bahasa dalam konteks situasi kelas seperti menceritakan kisah kepada pelajar lain. Prinsipnya menekankan aktiviti yang menarik minat pelajar untuk mendorong pelibatan aktif mereka.