Ppt kel.8 administrasi pengelolaan administrasi persuratan dan pengarsipan
Assignment penuh pendekatan komunikatif
1. 1
ASSIGMENT PENUH
TEORI PENDEKATAN
Pendekatan komunikatif
Teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi. Tujuannya untuk
membolehkan pelajar menggunakan bahasa yang sesuai untuk
berkomunikasi. Pendekatan ini menyarankan supaya pelajar diberi peluang
menggunakan bahasa dalam konteks dan situasi sosial tertentu di dalam
kelas. Contohnya guru meminta pelajar menceritakan kembali kisah tersebut
kepada pelajar lain sekali gus melihat penguasaan bahasa yang digunakan
oleh pelajar berkenaan. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, walaupun
pengusaan bahasa murid masih di tahap yang lemah namun murid tersebut
cuba menggunakan bahasa yang baik dengan dibantu oleh guru. Terdapat
beberapa ciri-ciri pendekatan komunikatif iaitu dialog jika digunakan tertumpu
kepada fungsi komunikatif dan bukannya untuk dihafaz, pengucapan bahasa
setakat untuk difahami sahaja seterusnya apa sahaja alat yang boleh
membantu pelajar-pelajar diterima asalkan ia sesuai dengan umur, minat dan
sebagainya.
Prinsip-prinsip pendekatan komunikatif pula menekankan aktiviti-aktiviti yang
pelbagai yang biasanya menarik minat pelajar dan secara tidak langsung
mendorong pelajar terlibat dalam aktiviti pelajaran itu secara aktif. Contohnya
guru tersebut menggunakan teknik menceritakan kisah haiwan dengan
memaparkan cerita tersebut di komputer riba.