1. 1.0 PENDAHULUAN
Proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam sistem
persekolahan di Malaysia bertujuan untuk memberi peluang kepada murid-murid
menguasai dan mengamalkan struktur bahasa yang difahami dengan tepat mengikut
konteks penggunaan, khususnya pemahaman tentang teks yang dibaca. Kemahiran
membaca merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Tujuan
membaca bagi memahami teks yang dibaca dan kandungan teks memberi makna
kepada pembaca (Yahya 2005). Keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran
yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi
yang aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan
sebagai keupayaan seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara
bentuk dengan bunyi dan melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan
maksudnya. Pemahaman bacaan bergantung pada gabungan dari segi pengetahuan
bahasa, gaya kognitif, dan pengalaman membaca. Sekiranya seseorang murid tidak
dapat menguasai kemahiran membaca dan memahami teks sejak dari awal, maka
adalah sukar untuknya memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu
peperiksaan. Oleh itu, perancangan yang teliti dan berkesan perlu dijalankan oleh
seseorang guru dalam mengajar kemahiran membaca dan memahami teks kepada
murid-muridnya.
Dalam hal ini, Francis P.Robinson dari Universiti Ohio Amerika Syarikat telah
mengembangkansebuah teknik membaca yang dikenali sebagai SQ3R. Teknik ini
bersifat praktis dan dapat diaplikasikan dalam berbagai pendekatan belajar.
2. 1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu
Semasa mengajar Bahasa Melayu, saya mendapati murid-murid tahun 5.3 di
Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong agak lemah dalam menjawab soalan dengan
betul berdasarkan teks yang dibaca. Malah, mereka juga tidak dapat menjawab secara
lisan menggunakan struktur ayat yang baik. Hal ini disokong dengan pencapaian
murid dalam ujian diagnostik dan analisis item yang telah dibuat pada ujian bulanan
(Mac) dan ujian penggal pertama (Mei) 2014.
Berdasarkan pengalaman mengajar Bahasa Melayu lebih kurang 15 tahun, saya
mendapati murid-murid sekolah rendah sememangnya kurang minat untuk membaca.
Hal ini menyebabkan murid sukar memahami teks atau petikan yang dibaca.
Oleh hal yang demikian , saya akan berusaha memperbaiki kelemahan murid
memahami teks yang dibaca terutama dalam menjawab 10 soalan kefahaman dalam
kertas 1 Bahasa Melayu. Saya juga akan menambahbaik amalan pengajaran saya
melalui penyelidikan tindakan kali ini. Saya membuat jangkaan bahawa peratusan
pencapaian murid tahun 5 dalam Bahasa Melayu ( kertas 1) boleh ditingkatkan lagi
sekiranya guru Bahasa Melayu