SlideShare a Scribd company logo
1 of 5
Pengenalan

Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan
pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh
mengikuti pembelajaran yang seterusnya.

Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan
bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian pelajar walaupun
sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah.

Penulisan ini akan membincangkan bagaimana dan apa usaha yang guru lakukan untuk
membantu murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca meskipun
sudah lima tahun setengah melalui pembelajaran di sekolah rendah. Beberapa aspek yang akan
disentuh dalam perbincangan ini adalah teor-teori pemerolehan bahasa, kaedah dan pendekatan
pengajaran serta beberapa perkara tentang pemilihan, penyesuaian dan penggunaan alat/bahan
bantu mengajar.
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Berikut merupakan 3 daripada beberapa teori-teori yang mengkhusus kepada pemerolehan
bahasa yang pernah dikemukakan, iaitu Teori Behaviouris, Mentalis dan Konstruktivis.

1. Teori Mentalis (pelopor – Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks)
Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull dan
Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan.
Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan
yang banyak.


Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan.
Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam
bilik darjah.

1.1 Kebaikan

Kebaikan-kebaikan teori ini ialah:

a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang.
Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem.
b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal
ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.
c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa
dengan adanya ganjaran dan peneguhan.

1.2 Kelemahan

Walaupun demikian terdapat beberapa kelemahan teori ini iaitu:
a. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar, contohnya dalam
bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, guru perlu menghasilkan bahan-bahan bantu bagi membolehkan pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan.

b. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru mesti
bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bahasa sukar
dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri.


. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih
menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses
pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru untuk belajar.

1.3 Pengaplikasian teori dalam kelas bacaan

Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulang-ulang.
Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata contohnya KV + KVK (LUSUH
dan lain-lain), guru akan meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa
kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar. Berkemungkinan kekerapan pengulangan
itu bergantung kepada penguasaan pelajar tersebut. Sekiranya budak itu cepat belajar,
pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agak lama sesuai dengan
kemahiran pelajar. Setelah menguasai kemahiran menyebut suku kata, guru akan diperkenalkan
dengan perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata tadi. Seterusnya pelajar diminta
memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah
berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku.


2. Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor – Noam Chomsky)

Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak
akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat
terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai
contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami
terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur.

2.1 Kebaikan

a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran
bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan.
Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar
kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.
b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar
sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka
sendiri.

c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar
bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan
pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran
berbahasa.

2.2 Kelemahan

a. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran
bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan
sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah
dalam lisan (mendengar dan bertutur).

2.3 Aplikasi dalam kelas bacaan

Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan
perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh
sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan
mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal
suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid
berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan
pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka
telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru
mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan
datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut.

3. Teori Konstruktivis
Berbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori yang berpusatkan
pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk memastikan mereka dapat
memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa
pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian,
menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada
pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar
pula hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa hadapan.
Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau dan penggubal disiplin.
Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana pelajar akan lebih memahami
sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif.


3.1 Kebaikan

a. Konstruktivis menekankan cara belajar secara reflektif, iaitu mengaitkan pengalaman baru
dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar
dan memudahkan mereka untuk faham.
b. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid akan berusaha
untuk memperkembangkan kemahiran/pengetahuan mereka berdasarkan penerokaan dan
penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian masalah.

c. Pembelajaran bahasa melalui Konstruktivis dapat memupuk semangat berdikari di kalangan
murid. Oleh itu mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran meskipun tanpa kehadiran guru,
ataupun di luar waktu kelas.

3.2 Kelemahan

a. Guru tidak mengajar tetapi hanya menyediakan bahan bantu yang boleh merangsang minda
pelajar supaya dapat mengaitkan aktiviti dan bahan bantu itu dengan pengalaman sedia ada
mereka. Ini menyebabkan guru terpaksa menyediakan pebagai bahan bantu sebelum dapat
melaksanakan pengajarannya.

b. Penekanan kepada andaian bahawa murid mempunyai pengetahuan asas atau sedia ada tentang
apa yang akan dipelajari dalam pelajaran seterusnya adalah perkara utama dalam pendekatan ini.
Tetapi sekiranya andaian guru tidak tepat, berkemungkinan dia murid tidak akan dapat mengikuti
pembelajaran tersebut.


3.3 Aplikasi dalam kelas bacaan

Teori Konstruktivis menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia
ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar. Jadi, dalam pengajaran
kemahiran membaca bagi murid-murid yang dimaksudkan, aktiviti pencetusan idea murid akan
dilaksanakan terlebih dahulu sebelum guru menerangkan sesuatu konsep atau mengajar
kemahiran. Aktiviti pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soal-jawab secara lisan antara
guru dengan murid. Sebagai contoh, guru meminta murid menyatakan apa yang telah mereka
pelajari sebelum ini atau meminta mereka membaca mengikut tahap kemahiran yang telah diajar
dalam pelajaran lepas. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesan pencapaian murid dan
seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan pembelajaran yang baru.
2. Teori Kognitif

Teori Kognitif, dikembangkan oleh Jean Piaget, seorang psikolog Swiss yang hidup tahun 1896-
1980. Teorinya memberikan banyak konsep utama dalam lapangan psikolog perkembangan dan
berpengaruh terhadap perkembangan konsep kecerdasan, yang bagi Piaget, berarti kemampuan
untuk secara lebih tepat merepresentasikan dunia dan melakukan operasi logis dalam
representasi konsep yang berdasar pada kenyataan. Teori ini membahas munculnya dan
diperolehnya schemata—skema tentang bagaimana seseorang mempersepsi lingkungannya—
dalam tahapan-tahapan perkembangan, saat seseorang memperoleh cara baru dalam
merepresentasikan informasi secara mental. Teori ini digolongkan ke dalam konstruktivisme,
yang berarti, tidak seperti teori nativisme (yang menggambarkan perkembangan kognitif sebagai
pemunculan pengetahuan dan kemampuan bawaan), teori ini berpendapat bahwa kita
membangun kemampuan kognitif kita melalui tindakan yang termotivasi dengan sendirinya
terhadap lingkungan.

Menurut teori ini, belajar adalah perubahan persepsi dan pemahaman. Perubahan persepsi dan
pemahaman tidak selalu berbentuk perubahan tingkah laku yang bisa diamati. Asumsi dasar teori
ini adalah setiap orang telah mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam dirinya.
Pengalaman dan pengetahuan ini tertata dalam bentuk struktur kognitif. Menurut teori ini proses
belajar akan berjalan baik bila materi pelajaran yang baru beradaptasi secara klop dengan
struktur kognitif yang telah dimiliki oleh siswa.

Prinsip kognitif banyak dipakai di dunia pendidikan, khususnya terlihat pada perancangan suatu
sistem instruksional, prinsip-prinsip tersebut antara lain:

   1. Seseorang yang belajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila
      pelajaran tersebut disusun berdasarkan pola dan logika tertentu
   2. Penyusunan materi pelajaran harus dari sederhana ke kompleks
   3. Belajar dengan memahami akan jauh lebih baik daripada dengan hanya menghafal tanpa
      pengertian penyajian

Aplikasi teori belajar kognitif dalam pembelajaran, guru harus memahami bahwa siswa bukan
sebagai orang dewasa yang mudah dalam proses berpikirnya, anak usia pra sekolah dan awal sekolah
dasar belajar menggunakan benda-benda konkret, keaktifan siswa sangat dipentingkan, guru menyusun
materi dengan menggunakan pola atau logika tertentu dari sederhana ke kompleks, guru menciptakan
pembelajaran yang bermakna, memperhatian perbedaan individual siswa untuk mencapai keberhasilan
siswa.

More Related Content

What's hot

Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Stephanie Unsil
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuShida Abu Bakar
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)Rafiza Diy
 
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpPerbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpfaizzuddinz
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialfiro HAR
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullprincess Sakura
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasapikaosman
 
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudayaPengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudayafiro HAR
 
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)ArifahAzlanShah2
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranNadwah Khalid
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIRafiza Diy
 
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117Yuvarani Subramaniam
 
Penulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisPenulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisAini Kifli
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalMohdRainie
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita alin4box
 

What's hot (20)

Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101) Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BM 3101)
 
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
 
ASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGIASSIGNMENT MORFOLOGI
ASSIGNMENT MORFOLOGI
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
IMPLIKASI SOSIO-EMOSI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU 3102)
 
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpPerbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
 
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonialBab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
Bab 5 -pensejarahan-perspektif-kolonial
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasaKumpulan 2 teori huraian bahasa
Kumpulan 2 teori huraian bahasa
 
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudayaPengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
Pengisian kurikulum :Ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan dan sosiobudaya
 
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
Teori pemerolehan bahasa (kebaikan & kelemahan)
 
Bahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaranBahan dan sumber pengajaran
Bahan dan sumber pengajaran
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
nota Teori pemerolehan bahasa bmm3117
 
Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1Teknik drama bmm 1
Teknik drama bmm 1
 
Penulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalisPenulisan mekanis dan mentalis
Penulisan mekanis dan mentalis
 
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYUGENRE KESUSATERAAN MELAYU
GENRE KESUSATERAAN MELAYU
 
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisionalSejarah kesusasteraan melayu tradisional
Sejarah kesusasteraan melayu tradisional
 
Teknik bercerita
Teknik bercerita Teknik bercerita
Teknik bercerita
 

Viewers also liked

Kemahiran mikropengajaran1
Kemahiran mikropengajaran1Kemahiran mikropengajaran1
Kemahiran mikropengajaran1Amirah_Ahmad
 
49628001 teknik-penyoalan-3
49628001 teknik-penyoalan-349628001 teknik-penyoalan-3
49628001 teknik-penyoalan-3zuhaipgm
 
Kemahiran menyoal
Kemahiran menyoalKemahiran menyoal
Kemahiran menyoalmunnianwar
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Cikgu Bibi
 

Viewers also liked (12)

Kemahiran mikropengajaran1
Kemahiran mikropengajaran1Kemahiran mikropengajaran1
Kemahiran mikropengajaran1
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
 
Teori bahasa
Teori bahasaTeori bahasa
Teori bahasa
 
Teori Konstruktivisme
Teori KonstruktivismeTeori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme
 
Teori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme Teori Konstruktivisme
Teori Konstruktivisme
 
49628001 teknik-penyoalan-3
49628001 teknik-penyoalan-349628001 teknik-penyoalan-3
49628001 teknik-penyoalan-3
 
KBAT: kemahiran menyoal
KBAT: kemahiran menyoal KBAT: kemahiran menyoal
KBAT: kemahiran menyoal
 
Teori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasaTeori pemerolehan bahasa
Teori pemerolehan bahasa
 
Kemahiran menyoal
Kemahiran menyoalKemahiran menyoal
Kemahiran menyoal
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
 

Similar to Teori

Tugas belajar dan pembelajaran
Tugas belajar dan pembelajaranTugas belajar dan pembelajaran
Tugas belajar dan pembelajaranNur Khairiah
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Siti Jaharah Muhamad
 
bdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubel
bdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubelbdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubel
bdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubelnurwa ningsih
 
Hasil model les dan diobservasi wiwin widianingsih
Hasil model les dan diobservasi wiwin widianingsihHasil model les dan diobservasi wiwin widianingsih
Hasil model les dan diobservasi wiwin widianingsihHendri Saepuloh
 
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayutatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayumuhammad
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralWan Nor Faezah
 
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...risa zakiatul
 
Teknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasTeknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasMasriqon Masriqon
 
Bahasa Indonesia tentang metode pembelajaran
Bahasa Indonesia tentang metode pembelajaranBahasa Indonesia tentang metode pembelajaran
Bahasa Indonesia tentang metode pembelajaranodhias
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialAri Sanjaya
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranTugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranFenny Radinal
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuYusri Sairi
 
20 macam macam metode pembelajaran
20 macam macam metode pembelajaran20 macam macam metode pembelajaran
20 macam macam metode pembelajaranI Nyoman Werna
 
Bab ii
Bab iiBab ii
Bab ii33335
 

Similar to Teori (20)

Tugas belajar dan pembelajaran
Tugas belajar dan pembelajaranTugas belajar dan pembelajaran
Tugas belajar dan pembelajaran
 
Makalah ainah
Makalah ainahMakalah ainah
Makalah ainah
 
Kaedah1
Kaedah1Kaedah1
Kaedah1
 
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
Asigment penggunaan alpikasi komputer 1
 
MODUL 2.1.pptx
MODUL 2.1.pptxMODUL 2.1.pptx
MODUL 2.1.pptx
 
bdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubel
bdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubelbdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubel
bdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubel
 
Hasil model les dan diobservasi wiwin widianingsih
Hasil model les dan diobservasi wiwin widianingsihHasil model les dan diobservasi wiwin widianingsih
Hasil model les dan diobservasi wiwin widianingsih
 
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayutatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
tatabahasa dalam pengajaran bahasa melayu
 
peranan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moralperanan guru dalam pendidikan moral
peranan guru dalam pendidikan moral
 
Mpoint Kuper
Mpoint KuperMpoint Kuper
Mpoint Kuper
 
Mpoint Kuper
Mpoint KuperMpoint Kuper
Mpoint Kuper
 
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
Risa Zakiatul H. Laporan Observasi Pelaksanaan Pembelajaran IPA di SDN Galung...
 
Teknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelasTeknik penyajian materi dalam kelas
Teknik penyajian materi dalam kelas
 
Bahasa Indonesia tentang metode pembelajaran
Bahasa Indonesia tentang metode pembelajaranBahasa Indonesia tentang metode pembelajaran
Bahasa Indonesia tentang metode pembelajaran
 
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada PolinomialBab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
Bab II PTK Oimpiade matematika pada Polinomial
 
Tugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaranTugas kurikulum dan pembelajaran
Tugas kurikulum dan pembelajaran
 
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayuTugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
Tugasan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu
 
20 macam macam metode pembelajaran
20 macam macam metode pembelajaran20 macam macam metode pembelajaran
20 macam macam metode pembelajaran
 
Bab ii
Bab iiBab ii
Bab ii
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 

More from Geetha Shan

More from Geetha Shan (6)

16.10
16.1016.10
16.10
 
Tame ANIMALS
Tame ANIMALSTame ANIMALS
Tame ANIMALS
 
Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
Sharvin 1
Sharvin 1Sharvin 1
Sharvin 1
 
Sharvin 1
Sharvin 1Sharvin 1
Sharvin 1
 
Nota literasi bm
Nota literasi bmNota literasi bm
Nota literasi bm
 

Teori

  • 1. Pengenalan Pembelajaran bahasa sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris di sekolah melibatkan pengajaran beberapa kemahiran asas, iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Setiap pelajar perlu menguasai kemahiran ini untuk memastikan mereka boleh mengikuti pembelajaran yang seterusnya. Namun demikian senario pendidikan dari dulu sehingga sekarang masih lagi menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran itu masih lagi gagal dikuasai oleh sebahagian pelajar walaupun sudah menjejakkan kaki di sekolah menengah. Penulisan ini akan membincangkan bagaimana dan apa usaha yang guru lakukan untuk membantu murid-murid yang belum menguasai sepenuhnya kemahiran membaca meskipun sudah lima tahun setengah melalui pembelajaran di sekolah rendah. Beberapa aspek yang akan disentuh dalam perbincangan ini adalah teor-teori pemerolehan bahasa, kaedah dan pendekatan pengajaran serta beberapa perkara tentang pemilihan, penyesuaian dan penggunaan alat/bahan bantu mengajar. TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Berikut merupakan 3 daripada beberapa teori-teori yang mengkhusus kepada pemerolehan bahasa yang pernah dikemukakan, iaitu Teori Behaviouris, Mentalis dan Konstruktivis. 1. Teori Mentalis (pelopor – Bloomfield, Edward Sapir, Fries, Boas dan Brooks) Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak. Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. 1.1 Kebaikan Kebaikan-kebaikan teori ini ialah: a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem. b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk pelakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan. 1.2 Kelemahan Walaupun demikian terdapat beberapa kelemahan teori ini iaitu:
  • 2. a. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar, contohnya dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menghasilkan bahan-bahan bantu bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. b. Pembelajaran bahasa diperolehi melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru mesti bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri. . Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru untuk belajar. 1.3 Pengaplikasian teori dalam kelas bacaan Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulang-ulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata contohnya KV + KVK (LUSUH dan lain-lain), guru akan meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar. Berkemungkinan kekerapan pengulangan itu bergantung kepada penguasaan pelajar tersebut. Sekiranya budak itu cepat belajar, pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agak lama sesuai dengan kemahiran pelajar. Setelah menguasai kemahiran menyebut suku kata, guru akan diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata tadi. Seterusnya pelajar diminta memberikan contoh perkataan yang terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku. 2. Teori Pembelajaran Mentalis (Pelopor – Noam Chomsky) Teori ini menekankan fungsi mental seseorang manusia itu. Menurut Chomsky, kanak-kanak akan mengalami beberapa peringkat perkembangan dalam pemikiran iaitu bermula dari peringkat terendah deria motor, kemudian kepada pra-operasi, operasi konkrit dan operasi formal. Sebagai contoh, dalam pembelajaran bahasa, kanak-kanak akan menguasai kemahiran memahami terlebih dahulu sebelum mereka belajar bertutur. 2.1 Kebaikan a. Menekankan kepada proses perkembangan pemikiran kanak-kanak. Oleh itu pembelajaran bahasa akan diajar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid berkenaan. Dengan itu proses pembelajaran berlaku secara sistematik dan guru dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid secara berperingkat-peringkat.
  • 3. b. Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri, di mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri. c. Menekankan kaedah pengajaran berpusatkan pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan penggunaan bahan-bahan pembelajaran berbanding guru. Oleh itu ia amat sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran berbahasa. 2.2 Kelemahan a. Teori ini mementingkan kemahiran tulisan, yang kemudiannya diikuti dengan kemahiran bacaan. Manakala kemahiran lisan pula kurang diberikan perhatian. Ini akan menyebabkan sesetengah murid hanya mahir menggunakan bahasa dalam tulisan dan bacaan, tetapi lemah dalam lisan (mendengar dan bertutur). 2.3 Aplikasi dalam kelas bacaan Guru yang mengaplikasikan teori ini dalam pengajaran dan pembelajaran akan melakukan perancangan dengan membuat pemeringkatan kemahiran. Ini bermakna, murid akan memperoleh sesuatu kemahiran itu secara berperingkat-peringkat sesuai dengan kemahiran dan penguasaan mereka. Kemahiran membaca akan dimulakan dengan kemahiran paling asas iaitu mengenal suku kata, dan seterusnya kemahiran itu dipertingkatkan kesukarannya sehinggalah murid berkenaan dapat membaca sebuah ayat yang lengkap. Sebagai contoh, dalam pelaksanaan pengajaran ini, guru menetapkan 10 kriteria yang perlu dikuasai oleh murid sebagai bukti mereka telah menguasai kemahiran membaca yang telah ditetapkan. Pada pembelajaran pertama, guru mungkin menetapkan dua kriteria yang perlu dicapai, kemudian dua lagi pada pembelajaran akan datang dan begitulah seterusnya sehingga semua murid berjaya mencapai kriteria tersebut. 3. Teori Konstruktivis Berbeza dengan kedua-dua teori terdahulu, Konstruktivis merupakan satu teori yang berpusatkan pelajar. Ini bermakna pelajar adalah bergerak secara aktif untuk memastikan mereka dapat memahami sesuatu topik yang diajar oleh guru. Teori ini mengetengahkan pendapat bahawa pelajar mempelajari sesuatu itu berdasarkan pengalaman sedia ada mereka. Oleh yang demikian, menurut teori ini, guru perlu menyediakan aktiviti yang sesuai dengan pengalaman sedia ada pelajar serta dapat mengaitkan pengalaman itu dengan pembelajaran yang bakal diajar. Pelajar pula hendaklah mampu mempergunakan pengetahuan baru itu untuk kegunaan masa hadapan. Peranan guru dalam kelas hanyalah sebagai pemudah cara, pemantau dan penggubal disiplin. Pendekatan ini biasanya akan membuahkan hasil yang baik kerana pelajar akan lebih memahami sesuatu perkara itu sekiranya dia terlibat secara aktif. 3.1 Kebaikan a. Konstruktivis menekankan cara belajar secara reflektif, iaitu mengaitkan pengalaman baru dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar dan memudahkan mereka untuk faham.
  • 4. b. Teori pemerolehan bahasa ini menekankan pembelajaran secara kendiri. Murid akan berusaha untuk memperkembangkan kemahiran/pengetahuan mereka berdasarkan penerokaan dan penemuan hasil daripada aktiviti penyelesaian masalah. c. Pembelajaran bahasa melalui Konstruktivis dapat memupuk semangat berdikari di kalangan murid. Oleh itu mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran meskipun tanpa kehadiran guru, ataupun di luar waktu kelas. 3.2 Kelemahan a. Guru tidak mengajar tetapi hanya menyediakan bahan bantu yang boleh merangsang minda pelajar supaya dapat mengaitkan aktiviti dan bahan bantu itu dengan pengalaman sedia ada mereka. Ini menyebabkan guru terpaksa menyediakan pebagai bahan bantu sebelum dapat melaksanakan pengajarannya. b. Penekanan kepada andaian bahawa murid mempunyai pengetahuan asas atau sedia ada tentang apa yang akan dipelajari dalam pelajaran seterusnya adalah perkara utama dalam pendekatan ini. Tetapi sekiranya andaian guru tidak tepat, berkemungkinan dia murid tidak akan dapat mengikuti pembelajaran tersebut. 3.3 Aplikasi dalam kelas bacaan Teori Konstruktivis menekankan cara untuk mengaitkan pengajaran dengan pengetahuan sedia ada murid supaya mereka dapat menggambarkan perkara yang diajar. Jadi, dalam pengajaran kemahiran membaca bagi murid-murid yang dimaksudkan, aktiviti pencetusan idea murid akan dilaksanakan terlebih dahulu sebelum guru menerangkan sesuatu konsep atau mengajar kemahiran. Aktiviti pencetusan idea ini boleh dilakukan melalui soal-jawab secara lisan antara guru dengan murid. Sebagai contoh, guru meminta murid menyatakan apa yang telah mereka pelajari sebelum ini atau meminta mereka membaca mengikut tahap kemahiran yang telah diajar dalam pelajaran lepas. Melalui aktiviti ini, guru akan dapat mengesan pencapaian murid dan seterusnya menyesuaikan pengetahuan tersebut dengan pembelajaran yang baru.
  • 5. 2. Teori Kognitif Teori Kognitif, dikembangkan oleh Jean Piaget, seorang psikolog Swiss yang hidup tahun 1896- 1980. Teorinya memberikan banyak konsep utama dalam lapangan psikolog perkembangan dan berpengaruh terhadap perkembangan konsep kecerdasan, yang bagi Piaget, berarti kemampuan untuk secara lebih tepat merepresentasikan dunia dan melakukan operasi logis dalam representasi konsep yang berdasar pada kenyataan. Teori ini membahas munculnya dan diperolehnya schemata—skema tentang bagaimana seseorang mempersepsi lingkungannya— dalam tahapan-tahapan perkembangan, saat seseorang memperoleh cara baru dalam merepresentasikan informasi secara mental. Teori ini digolongkan ke dalam konstruktivisme, yang berarti, tidak seperti teori nativisme (yang menggambarkan perkembangan kognitif sebagai pemunculan pengetahuan dan kemampuan bawaan), teori ini berpendapat bahwa kita membangun kemampuan kognitif kita melalui tindakan yang termotivasi dengan sendirinya terhadap lingkungan. Menurut teori ini, belajar adalah perubahan persepsi dan pemahaman. Perubahan persepsi dan pemahaman tidak selalu berbentuk perubahan tingkah laku yang bisa diamati. Asumsi dasar teori ini adalah setiap orang telah mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam dirinya. Pengalaman dan pengetahuan ini tertata dalam bentuk struktur kognitif. Menurut teori ini proses belajar akan berjalan baik bila materi pelajaran yang baru beradaptasi secara klop dengan struktur kognitif yang telah dimiliki oleh siswa. Prinsip kognitif banyak dipakai di dunia pendidikan, khususnya terlihat pada perancangan suatu sistem instruksional, prinsip-prinsip tersebut antara lain: 1. Seseorang yang belajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila pelajaran tersebut disusun berdasarkan pola dan logika tertentu 2. Penyusunan materi pelajaran harus dari sederhana ke kompleks 3. Belajar dengan memahami akan jauh lebih baik daripada dengan hanya menghafal tanpa pengertian penyajian Aplikasi teori belajar kognitif dalam pembelajaran, guru harus memahami bahwa siswa bukan sebagai orang dewasa yang mudah dalam proses berpikirnya, anak usia pra sekolah dan awal sekolah dasar belajar menggunakan benda-benda konkret, keaktifan siswa sangat dipentingkan, guru menyusun materi dengan menggunakan pola atau logika tertentu dari sederhana ke kompleks, guru menciptakan pembelajaran yang bermakna, memperhatian perbedaan individual siswa untuk mencapai keberhasilan siswa.