Kajian pendekatan komunikatif

2,327 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
2,327
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
139
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kajian pendekatan komunikatif

  1. 1. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 1 1.0 DEFINISI PENGAJARAN Pengajaran boleh ditakrifkan sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleg guru dan muridnya. Pengajaran ini dirancang oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar demi memperolehi ilmu dan kemahiran. 1.1PENDEKATAN PENGAJARAN. Mengikut Kamus Dewan(1988), pendekatan adalah cara atau langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Dalam konteks pendidikan, ia bermakna cara mendekati sesuatu. Misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran. Menurut Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses Pengajaran dan Pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Dalam konteks pendidikan, ia bermakna cara mendekati sesuatu. Misalnya objektif palajaran yang ditentukan untuk pengajaran sesuatu mata pelajaran. MangantarSimanjuntak (1982) berpendapat, pendekatan ialah satu rencana (prosedur) menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah berdasarkan kepada pendekatan yang digunakan. Secara umumnya pendekatan terbahagi kepada empat, iaitu Pendekatan Deduktif, Induktif, Elektif dan Komunikatif.
  2. 2. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 2 1.2 PENDEKATAN KOMUNIKATIF Pendekatan komunikatif bermula pada tahun 1960-an. Ahli linguistic berpendapat bahasa ialah satu system terbuka dan dinamik serta digunakan dalam sesuatu masyarakat untuk bertukar-tukar penerangan atau pendapat. Menurut Juriah Long(1985) penganjur-penganjur pendekatan komunikasi yang terdiri daripada ahli linguistic terapan di Britian dan Eropah, mereka berpendapat pengajaran bahasa sepatutnya mengutamakan kecekapan berkomunikasi yang merangkumi bukan saja kecekapan berbahasa, iaitu penguasaan system bahasa tetapi juga kecekapan komunikatif. Pada masa berkomunikasi, kecekapan bahasa akan membolehkan seseorang menyampaikan mesej kepada pendengar dengan menggunakan struktur bahasa yang tepat khusunya dari segi bahasa. Penganjur-penganjur pendekatan komunikatif berpendapat bahawa penguasaan bahasa merupakan penguasaan rumus-rumus tatabahasa dan penguasaan peraturan-peraturan menggunakan bahasa dalam konteks wacana lisan dan penulisan. Strategi pengajaran bahasa berasakan proses perolehan bahasa ibunda kanak-kanak.Hal yang demikian, selaras dengan tujuan seseorang kanak- kanak menguasai bahasa ibunda iaitu untuk memenuhi keperluan-keperluannya. Kegunaan bahasa merujuk kepada murid-murid boleh membina ayat yang tepat dengan menggunakan pengetahuan tentang rumus-rumus tatabahasa (Kamarudin Husin :1998:38-40).
  3. 3. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 3 1.3 Ciri- ciri pendekatan komunikatif. Disusun mengikut komunikasi, contoh melapor, meminta, menjemput dan lain-lain. Komunikasi disusun dan diajar mengikut keperluan murid-murid untuk membolehkan mereka berkomunikasi dalam bilik darjah atau dipraktikkan dan diamalkan dalam kehidupan sebenar dengan lebih berkesan. Struktur bahasa yang diajarkan seharusnya bersesuaian dengan komunikasi yang dipelajari. Murid sepatutnya mempunyai pengetahuan tentang penggunaan bahasa untuk membolehkan murid membina struktur ayat yang betul. Murid harus tahu menggunakan pengetahuan tentang hukum-hukum tatabahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan. 2.0 PERBANDINGAN ANTARA PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK. 2.1 Konsep Pendekatan Pendekatan merupakan satu penyusunan prosedur yang membezakan pengajaran seseorang guru dengan seseorang yang lain. Mengikut Kamus Dewan(1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang ambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalan konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakma cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain, pendekatan kepada cara bagaimana mata pelajaran diajar untuk mencapai objektif. Kamarudin Husin (1996), menjelaskan pendekatan ialah satu kumpulan andaian yang saling berkaitan, yang mencerminkan satu pandangan atau falsafah yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ditentukan oleh cara sesuatu kandungan mata
  4. 4. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 4 pelajaran diolah oleh guru dan ditentukan oleh criteria sejauh mana murid-murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Kamarudin Husin (2004) mengatakan pendekatan dalam suatu pengajaran dan pembelajaran adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang sesuatu bentuk pengajaran dan pembelajaran. Setiap pendekatan mencerminkan satu pandangan, atau falsafah atau teori. Menurut Edward M.Anthony(1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsure aksiomatik. Gestalt (2004) pula mengatakan bahawa, dalam pendekatan, kita mempelajari sesuatu perkara atau sesuatu situasi secara keseluruhan dan kemudian mempelajari elemen-elemen perincian situasi itu. Jika kita menerima sebagai satu teori pembelajaran, maka dijadikan sebagai atau pendekatan dan pengajaran. 2.3 KONSEP KAEDAH Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dengan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Dari perspektif pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ialah cara atau peraturan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan sistematik. Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan
  5. 5. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 5 mencapai objektif pelajaran yang spesifik dalam jangka pendek. Dalam erti kata lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.Antara kaedah yang boleh digunakan ialah: 1 Kaedah Terus Dalam pengajaran bahasa Melayu ini kaedah ini dianggap sesuai kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan dan mengutamakan sebutan. Dalam rancangan pengajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga ini, kaedah terus membolehkan murid-murid mempelajari bahasa dengan cara mendengar perbualan dan melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaannya. Selain itu murid juga dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi supaya murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Mereka terlibat secara aktif dalam pertuturan dan dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. 2 .Kaedah Fonetik Kaedah fonetik pula digunakan dalam pengajaran ini supaya murid dapat menghafaz rumus- rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan melalui aktiviti bacaan mekanis. Sehubungan itu, guru melaksanakan latih tubi unsur-unsur bahasa supaya aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum membaca bahan bacaan seperti dialog. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. 3. Kaedah Komunikatif
  6. 6. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 6 Kaedah Komunikatif digunakan dalam pengajaran ini melalui aktiviti interaksi bahasa dalam kalangan murid. Dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini juga membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. 4. Kaedah Oral –Aural ( Dengar –Tutur ) Kaedah oral-aural atau kaedah dengar –tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Murid akan mendengar dengan teliti apa yang disampaikan. Manakala latih tubi dan dialog dijalankan dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Murid pula sentiasa memberi perhatian sepenuhnya dengan mendengar cerita dan soalan yang dikemukakan. Latih tubi boleh dijalankan dengan menggunakan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal dan disediakan dengan sistematik. Sistem tatabahasa yang diberi kepada murid diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Setelah murid menguasai bacaan, murid diberi pula latihan dengan aktiviti menulis secara terkawal sebelum memulakan penulisan bebas. Dalam kaedah ini objektif pengajaran bahasa Melayu ini lebih mengutamakan kemahiran mendengar dan bertutur. Oleh itu murid ditekankan kepada aspek mendengar dan kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan.
  7. 7. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 7 Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul. 5 Kaedah Semulajadi Hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan. 6 Kaedah Linguistik Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988). 2.5 KONSEP TEKNIK Kamus Dewan edisi ketiga menyatakan teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Teknik menurut Edward M. Anthony pula ialah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru bagi mencapai hasil segara dan maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.
  8. 8. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 8 Kamaruddin B. Hj. Husin dan Siti Hajar B. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa, teknik didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Di bawah konteks pengajaran bahasa, teknik ditakrifkan sebagai kemahiran atau kecekapan guru digunakan untuk pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. 2.5.1 PRINSIP TEKNIK • Bahasa sasaran adalah alat yang digunakan untuk komunikasi bilik darjah dan bukan semata-mata sebagai objek untuk dipelajari • Sesuatu fungsi komunikasi boleh memiliki pelbagai entuk linguistik • Sesuatu fungsi komunikasi boleh memiliki pelbagai entuk linguistik • Pelajar seharusnya diberi peluang untuk meluahkan idea dan pendapat mereka • Satu daripada tangungjawab guru aalah meyediakan situasi pembelajaran yang menggalakkan komunikasi 2.5.2JENIS-JENISTEKNIK Teknik mengajar yang dimaksudkan sebagai alat atau cara yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Berikut adalah beberapa teknik-teknik mengajar iaitu teknik bercerita ,teknik bersyarah, teknik berbincang, teknik menghafaz dan latih tubi,teknik penyelesaian masalah,teknik brainstorming,teknik tunjuk ajar,teknik main peranan,teknik bersoal jawab,teknik imlak,teknik kloz, teknik drama,teknik perbualan dan teknik kuiz.Teknik
  9. 9. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 9 merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif dan dirangka untuk satu jangka masa yang panjang. Teknik harus selaras dengan kaedah yang digunakan. Berikut adalah beberapa huraian teknik pengajaran bahasa. 1Teknikbercerita Teknik bercerita adalah salah satu cara untuk merangsang proses pemgajaran dan pembelajaran. Teknik ini mudah menarik minat murid-murid. Murid-murid di sekolah amat gemar mendengar cerita. Walaupun masih kecil, apa yang diceritakan dapat segera difahami sekali gus memahami maksud cerita tersebut. Guru haruslah menggunakan teknik ini sebagai alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, sedangkan aspek-aspek bahasa yang hendakyang hendak disampaikan itu lebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama. 2.Teknik Bersyarah Dikenali juga sebagai teknik kuliah yang melibatkan pengajaran fakta-fakta atau prinsip- prinsip oleh guru secara lisan. Namun teknik ini mendapat tentangan kerana dikatakan menyebabkan murid menjadi pasif dan tidak mengambil bahagian dengan cergas. Interaksi satu hala biasanya berlaku dan tidak dapat melibatkan murid dalam aktiviti. Guru hendaklah menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep yang tercetak di dalam teks itu. Antara kelebihan teknik ini adalah guru dapat menjimatkan masa, kerana segala idea dan pengalaman guru boleh dikemukakan sekaligus. Namun sekiranya guru tersbut kurang mahir dalam menyampaikan pengajaran melalui teknik ini, hal ini akan menambahkan kesusahan dan
  10. 10. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 10 merumitkan murid. Guru haruslah memastikan murid memahami isi pengajaran dari segi konsep, perkara asas dan isi utama yang telah dikuliahkan. Guru juga haruslah menyediakan dan memberikan kepada murid rangka kuliah sebaga panduan kepada mereka. 3.Teknik Berbincang Perbincangan adalah satu lagi teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan komunikasi yang dilakukan oleh murid dan diseliakan oleh guru. Murid mestilah berperanan aktifdalam menyatakan pandangan akan sesuatu topik atau perkara yang telah diberi. Melalui teknik ni murid berpeluang untuk memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik.Penglibatan murid yang menggalakkan akan memberikan mereka keyakinan untuk lebih cergas, berani dan tegas. 4.Teknik tunjuk cara Teknik ini disebut teknik demonstrasi. Ia melibatkan cara pengajaran yang mendedahkan murid kepada langkah-langkah,prosedur atau peraturan-peraturan bagi menghasilkan sesuatu. Dalam pengajaran bahasa, teknik ini boleh digunakan dalam pengajaran yang memerlukan murid bertutur dengan menggunakan ayat yang betul dan sempurna. Dalam aktiviti lisan,guru boleh meminta murid-murid menunjukkan cara menjahit baju, membuat kuih , menunggang basikal dan sebagainya.
  11. 11. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 11 5. Teknik soal jawab Teknik adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan murid-murid memberi tindak balas sewajarnya. Teknik ini biasanya dilakukan untuk menguji kefahaman murid terhadap apa yang diajar. 6.Teknik Penyelesaian Masalah Teknik ini ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Dewey (1993:105) telah mencadangkan lima langkah bagi melaksanakan teknik ini iaitu, kenal pasti masalah, penentuan masalah, cadangan penyelesaian , penelitian penyelesaian atau jawapaandan pemeriksaan kumpulan 7. Teknik main peranan Teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Pengalaman secara spontan. 8. Teknik latih tubi Pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin kekekalannya. 9. Teknik permainan bahasa
  12. 12. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 12 Guru membentuk satu situasi yang memerlukan kanak-kanak menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi. 10.Teknik brainstorming Teknik yang berbentuk perbincangan . Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk menghuraikan pendapatnya. 3.0 PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK DIGUNAKAN DALAM PDP. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TAHUN 4 BAHASA MALAYSIA HARI : ISNIN MASA : 10.00-11.00 TAHUN : 4 EFISIEN TEMA : KELUARGA BAHAGIA TAJUK PELAJARAN: BILANGAN MURID : 42 ORANG FOKUS UTAMA 1.1 Aras 1(i) : Berbual tentang sesuatu perkara yang dialami atau yang dilihat atau yang dibaca :Menggunakan kata panggilan dan kata ganti nama diri yang sesuai mengikut situasi dalam perbualan. FOKUS SAMPINGAN
  13. 13. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 13 8.1 Aras 1(ii) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan. PENGETAHUAN SEDIA ADA 1) Murid dapat membaca dengan lancar 2) Murid pernah mendengar kata panggilan ganti diri di rumah. OBJEKTIF EKSPLISIT Pada akhir pelajaran murid dapat : 1) Menyebut dan menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 daripada 7 kata panggilan kata ganti diri. 2) Dapat membina sebahagian karangan diolog yang lengkap. SISTEM BAHASA 1) Tatabahasa : Kata ganti diri 2) Kosa Kata : bahagia, gembira, diasuh, ikhlas PENGISIAN KURIKULUM 1) Ilmu : Pendidikan Moral, Kemahiran Hidup dan Sains 2) Nilai Murni : Berhati-hati ,berhemah, bekerjasama, semangat KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH 1) Teori kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, muzik 2)Kemahiran Berfikir : Menyusun atar, mengenalpasti, idea utama dan idea sokongan. 3) Belajar Cara Belajar : Penilaian secara berkumpulan. 4) Pembelajarn kontekstual : mengaitkan panggilan kata ganti diri di rumah dengan pengalaman sedia ada murid
  14. 14. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 14 5)Kajian Masa Depan : BAHAN SUMBER 1) Slaid gambar 2) LCD projector & Laptop 3) Kad imbasan LANGKAH /MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN Set Induksi Slide gambar keluarga Contoh soalan: 1) Apakah yang anda lihat dalam slaid? 2) Siapakah yang anda lihat dalam gambar tersebut? -ayah, ibu, kakak, abang, adik, nenek dan datuk -Guru bersoal jawab dengan murid tentang sliad yang ditunjukkan kepada murid. -Murid berdialog dengan guru tentang paparan klip video yang ditunjukkan. -guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran. -guru menunjukkan kad imbasan kata ganti diri TKP -verbal linguistic -interpersonal Strategi Berpusatkan murid BSM Klip video LCD & laptop Penilaian HP 3.1 Aras 2(i)
  15. 15. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 15 Tayangan memperdengarkan dialog tentang keluarga -guru memperdengarkan diolag dalam keluarga. -guru mengarahkan murid untuk mencatatkan kata ganti diri yang digunakan dalam diaog tersebut. Kemahiran Berfikir Menjana idea TKP Intrapersonal ILMU Pendidikan Moral NILAI Berhemah Berhati-hati Bekerjasama Penilaian HP FU:5.1 Aras (i) Lakonan Main Peranan Guru bahagikan murid kepada 5 kumpulan -Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk berbincang untuk agihkan watak seperti dalam dialog yang didengar. -Murid-murid berbincang dalam kumpulan untuk membahagikan peranan masing-masing berdasarkan catatan yang telah dibuat. Dalam kumpulan masing- masing murid melakonkan watak-watak -Pencerita -Penunjukcara -Setiap kumpulan perlu membuat persembahan di depan kelas. Strategi Perbincangan Kumpulan TKP Interpersonal Kinestatik NIlai Murni Membantu Teliti Penilaian HP FS1.1 Aras 1(i)
  16. 16. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 16 Pengayaan Membuat karangan berformat dialog (Tajuk keluarga bahagia) Pemulihan Murid yang lemah membina ayat mudah berdasarkan kata ganti diri yang diberikan -guru menunjukkan jenis karangan dialog -murid berbincang tentang penghuraian/pengembangan isi pelajaran. Pemulihan -Guru membimbing murid pemulihan membuat ayat kata ganti diri . -Murid pemulihan menyalin format dan rangka karangan yang telah dibincangkan. TKP -verbal linguistik Intrapersonal Sistem bahasa Tatabahasa Kemahiran Berfikir Menjana idea BSM Kad gambar Kad Kata Kerja Penilaian HP FS:8.1 Aras (i) Penutup Kita mestilah sayang keluarga. Kita hendaklah menggunakan kata ganti diri yang sesuai dalam perbualan dengan anggota keluarga dan bersesuaian dengan tempat atau situasi. -Murid membuat rumusan -Guru menekankan betapa pentingnya kita sayangkan keluarga kita.. Kecerdasan pelbagai -intrapersonal Verbal linguistic Nilai Murni Kasih sayang PENDEKATAN ,KAEDAH DAN TEKNIK YANG DIGUNAKAN. PENDEKATAN 1.Komunikatif KAEDAH 1.Kaedah Terus,
  17. 17. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 17 2.Kaedah Komunikatif 3.Kaedah Oura-Aural TEKNIK 1.Bersoaljawab, 2.Perbincangan 3.Main Peranan. PENDEKATAN KOMUNIKATIF KAEDAH TEKNIK Secara umum, pendekatan ini memberi fokus khusus kepada murid . Murid-murid digalakkan menyampaian idea secara lisan. Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid untuk belajar. Pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikasi. Kaedah Terus Kaedah Terus ini dianggap sesuai kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan dan mengutamakan sebutan. Dalam rancangan pengajaran Bahasa Melayu Tahun Empat ini, kaedah terus membolehkan murid-murid mempelajari bahasa dengan cara mendengar perbualan dan melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaannya. Selain itu murid juga dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi supaya murid boleh menguasai kemahiran bertutur dengan baik. Mereka terlibat secara aktif dalam pertuturan dan dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasa yang diajarkan itu di luar bilik darjah. Teknik Bersoaljawab Teknik Bersoaljawab adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan murid-murid memberi tindak balas sewajarnya. Teknik ini biasanya dilakukan untuk menguji kefahaman murid terhadap apa yang diajar Contohnya dalam pengajaran yang dibuat teknik ini digunakan dalam set induksi di mana guru bersoaljawab dengan murid untuk bertanya tentang slaid yang telah ditunjukkan.
  18. 18. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 18 Contonya kaedah ini telah digunakan dalam langkah ke 2 dalam pengajaran di mana murid dikehendaki melakukan aktiviti main peranan dengan melakonkan dialog yang diberikan di hadapan kelas dalam kumpulan. KAEDAH KOMUNIKATIF Kaedah Komunikatif digunakan dalam pengajaran ini melalui aktiviti interaksi bahasa dalam kalangan murid. Dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah komunikatif ini juga membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur- unsur bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa. Contohnya murid berbincang dalam kumpulan untuk menetapkan watak yang diberikan oleh guru. TEKNIK BERBINCANG Teknik berbincang Ialah pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan kanak- kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru Contohnya seperti dalam aktiviti main peranan di mana sebelum melakonkan dialog yang diberikan oleh guru murid terlebih dahulu berbincang dalam kumpulan untuk menentukan watak yang diberikan dengan kawalan daripada guru. KAEDAH ORAL-AURAL Kaedah oral-aural ialah mendengar dan kemudiannya bertutur. menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul TEKNIK MAIN PERANAN Teknik main peranan yang melibatkan gambaran- gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. pengalaman secara spontan.
  19. 19. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 19 Contohnya dalam PdP guru telah memperdengarkan diolag keluarga kepada murid kemudian murid melakonkan semula dengan aktiviti main peranan. Contohnya dalam PdP murid melakukan aktiviti main peranan dalam langkah yang ke 2 di mana murid melakonkan cerita berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dengan menggunakan kata ganti diri yang betul. 4.0 Refleksi keberkesanan dalam pengajaran . Semasa menjalankan makro teaching kami telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah kami dapat mengawal kelas dengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan makroteaching ini, bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran makroteaching ini. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah dan teknik yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Pada masa sesi induksi dapat meningkatkan motivasi murid untuk belajar selain memberi keseronokan kepada murid. Ini dapat dibuktikan melalui kerjasama yang baik dan penglibatan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh guru. Kami dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang diadakan. Kami juga menyediakan contoh ilustrasi agar murid dapat memahami topik yang disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid. Penggunaan ICT dalam pengajaran kami dapat menarik minat murid dan membantu mereka memahami dengan jelas terhadap isi pelajaran
  20. 20. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 20 yang ingin saya sampaikan. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang ingin disampai oleh guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran. Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan makro teaching ini ialah bagi murid yang lemah agak sukar menyiapkan tugasan yang diberikan di mana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik.. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh sebab itu adakalanya guru terlupa untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada murid. Selain itu kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan
  21. 21. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 21 baik dan lancar. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan turut tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. 5.0 KESIMPULAN Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan- rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu
  22. 22. Pengajaran Sekolah Rendah 2013 [Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 22 kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain. Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

×