SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
KAJIAN TERHADAP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENDIDIKAN
                                   MASYARAKAT.

                             Nor Azeanie Binti Che Azmi1)

                                 Supli Effendi Rahim2)

                1) Pelajar Kemahiran Hidup Fakuti Seni dan Muzik UPSI Tanjung
                   Malim Perak Malaysia.
                2) Pensyarah Penyelidikan Ilmiah Fakulti Seni dan Muzik UPSI
                   Tanjung Malim Perak Malaysia.



                                      ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau sejauh mana faktor – faktor yang mempengaruhi
tahap pendidikan masyarakat. Kajian ini dijalankan di kalangan penduduk luar bandar
di Kampung Nara, Pasir Puteh, Kelantan. Responden kajian ini terdiri daripada
penduduk kampung. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif
jenis tinjau sampel yang melibatkan 20 orang penduduk kampung dengan menggunakan
instrumen soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan para responden memberi maklum balas
positif terhadap faktor – faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat. Dalam
kajian ini terdapat beberapa yang mempengaruhinya antaranya ialah teknik pengajaran
guru, sokongan dan galakkan ibu bapa, hasrat dan semangat pelajar, kerjasama masyarakat
setempat, faktor kemiskinan keluarga dan masalah keluarga. Terdapat beberapa objektif
kajian yang ingin dicapai. Pertama, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap
pendidikan masyarakat. Kedua, mengenalpasti penglibatan ibu bapa dalam meningkatan
tahap pembelajaran anak-anak mereka. Ketiga, mengenalpasti berapa pentingnya
pendidikan sekarang kepada pelajar luar bandar. Untuk mencapai objektif – objektif
tersebut, pelbagai usaha serta program pendidikan dijalankan bagi memastikan matlamat
sebenarnya tercapai.




                                                                                     1
BAB 1
                                   PENDAHULUAN
1.1   PENGENALAN
Malaysia telah menunjukkan kemajuan yang membanggakan dalam pelbagai aspek pendidikan
sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Secara amnya, banyak kemajuan yang telah
dicapai dalam pencapaian akademik pelajar termasuk peningkatan penyertaan dan pengurangan
keciciran pada semua peringkat pendidikan, peningkatan pencapaian tahap pendidikan, dan
peningkatan prestasi pencapaian pendidikan. Walau bagaimanapun, sehingga kini, masih
terdapat jurang yang nyata dalam pencapaian akademik antara pelajar.
        Dasar Pendidikan Kebangsaan memberi peluang kepada semua kanak – kanak di negara
ini sama ada di luar bandar mahupun di bandar untuk memperolehi pendidikan. Pembelajaran
merupakan satu proses yang kompleks. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi
tahap pendidikan masyarakat di negara ini. Ketidakseimbangan sosio ekonomi mempengaruhi
perbezaan pencapaian akademik di kalangan pelajar luar bandar.

1.2   LATAR BELAKANG MASALAH
Kecemerlangan akademik merupakan asas untuk mengukur kejayaan seseorang pelajar dalam
semua peringkat dari alam persekolahan hinggalah ke Institusi Pengajian Tinggi.
Kecemerlangan prestasi pelajar sering dikaitkan dengan keputusan yang baik disertai dengan
usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk terus kekal dengan cemerlang. Kecemerlangan
tidak akan datang bergolek, ia hanya dapat dimiliki dengan usaha dan susah payah.
        Untuk mendapat keputusan yang cemerlang, pelajar-pelajar haruslah berusaha mencari
ilmu yang banyak. Tanpa ilmu, hidup manusia tidak akan sempurna dan akan ketinggalan
daripada orang yang mempunyai ilmu yang banyak. Bagi pelajar yang berilmu sudah tentu akan
mencapai kecemerlangan hidup. Dalam kajian ini, faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan
masyarakat banyak mempengaruhi tahap kecemerlangan akademik pelajar. Sekiranya factor-
faktor ini tidak ditangani dengan segera maka pencapaian akademik pelajar luar bandar akan
terus mundur.

1.3   PERNYATAAN MASALAH
Proses pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Hal ini kerana terlalu banyak
perkara yang berlaku secara serentak dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ).
Masalah yang dikaji terdiri punca kelemahan pembelajaran dan juga penglibatan dan
kerjasama masyarakat.
       Proses pembelajaran berlaku dalam masyarakat sama ada masyarakat sekolah dan juga
masyarakat umum. Penyelidik juga turut meninjau apakah factor-faktor yang mempengaruhi
tahap pendidikan masyarakat? Selain itu, penyelidik juga telah meninjau sejauh mana
penglibatan dan kerjasama ibu bapa dengan guru dalam proses pendidikan?


1.4   OBJEKTIF KAJIAN
                                                                                        2
Objektif kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmana tahap pendidikan hari ini bagi
masyarakat luar bandar. Secara khususnya kajian ini adalah bertujuan untuk:
   i.   Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat.

  ii.   Mengenalpasti penglibatan ibu bapa dalam meningkatan tahap pembelajaran anak-anak
        mereka.
 iii.   Mengenalpasti berapa pentingnya pendidikan sekarang kepada pelajar luar bandar.

1.5     HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis ialah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau saranan
sementara penyelesaian masalah. Menurut Mohd. Majid Konting ( 2005 ), hipotesis
digunakan sebagai panduan untuk menjalankan penyelidikan dan menerangkan kaedah
untuk melaksanakan sesuatu kajian. Hipotesis member jangkaan penyelidik mengenai
hubungan antara pembolehubah–pembolehubah.
   i.   Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan masyarakat luar bandar
        dengan sistem pendidikan yang dilaksanakan.
  ii.   Terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar dengan
        penglibatan ibu bapa dan penjaga.
 iii.   Terdapat hubungan signifikan antara tahap pendidikan pelajar luar bandar dengan teknik
        pengajaran guru.
1.6     BATASAN KAJIAN
Semasa menjalankan kajian, terdapat beberapa batasan kajian yang berkemungkinan dihadapi
oleh penyelidik. Antaranya ialah kekangan dari segi masa, kos dan juga kaedah yang diguna
pakai. Hal ini akan member kesan kepada penyelidikan yang dilakukan. Batasan tersebut adalah
seperti berikut :
   i.   Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik. Dengan ini, segala
        maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas melalui soal selidik.
        Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan
        keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik.
  ii.   Dari segi kos, kajian ini dibiayai sepenuhnya oleh penyelidik. Maka ianya akan menjadi
        bebanan kepada penyelidik untuk menjalankan kajian ini.
1.7     KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tahap
pendidikan masyarakat. Dalam kajian ini, faktor yang dikaji ialah teknik pengajaran
guru, sokongan dan galakan ibu bapa / penjaga, hasrat dan semangat pelajar, kerjasama
masyarakat setempat, kemiskinan keluarga dan masalah keluarga. Aspek–aspek ini
dianggap sebagai aspek yang penting dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar
luar bandar.
                                                                                             3
Kajian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya
peranan pihak sekolah dan ibu bapa perlu sedar akan kepentingan pendidikan kepada pelajar
luar bandar. Kajian ini juga diharapkan dapat mewujudkan kesedaran kepada pihak guru dan
sekolah tentang kelengkapan dan keperluan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
        Hasil dapatan daripada kajian ini akan memberikan satu garis panduan kepada
masyarakat batapa pentinganya pelajaran kepada pelajar luar bandar. Kajian ini juga merupakan
satu alternatif meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar dalam usaha membentuk insan
yang berjaya dan berkualiti.


1.8    DEFINISI OPERASIONAL

Definisi operasional adalah merupakan pengertian atau makna bagi sesuatu perkataan atau ayat
tertentu. Dalam kajian ini yang melibatkan “ Kajian Terhadap Faktor Yang Mempengaruhi
Tahap Pendidikan Masyarakat ”.
       1.8.1   Kajian
       Menurut Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima (1994: 517), kajian bermaksud
kegiatan usaha, proses mengkaji.
       1.8.2   Faktor
        Menurut Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima (1994: 321), ia bermaksud keadaan
atau tenaga yang mempunyai pengaruhnya atas hasil daripada sesuatu.
       1.8.3   Mempengaruhi
      Menurut Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima (1994: 936), ialah berpengaruh atas,
menggunakan pengaruh kepada dan menguasai.
       1.8.4   Tahap
       Menurut Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima (1994: 1263), tahap bermaksud
peringkat dan tingkat. Dalam kajian ini, tahap merupakan peringkat-peringkat prestasi
pencapaian akademik pelajar sama ada meningkat atau menurun.

       1.8.5   Pendidikan
       Menurut Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima (1994: 282), ialah perihal mendidik.
Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga
sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam dalam pemberian pengetahuan,
pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adlah untuk mengajar
kebuadayaan melangkaui generasi.


       1.8.6   Masyarakat
                                                                                           4
Menurut Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima (1994: 806), ialah kumpulan
manusia yang hidup bersama dalam sesuatu tempat dengan aturan – aturan dan cara
tertentudalam pergaulan hidup. Masyarakat ( society ) merupakan istilah yang digunakan untuk
menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama – sama. Ia juga boleh dikatakan
masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi
perlaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat, atau tidak dibuat oleh kumpulan orang itu.


1.9    PENUTUP
Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang masalah,
pernyataan masalah, objektif kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, dan definisi istilah.
Untuk mencapai keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, pihak yang
bertanggungjawab perlu melaksanakan program yang berpotensi member bantuan serta
bimbingan kepada pelajar dalam usaha menjadi individu yang cemerlang dalam bidang
pendidikan.




                                           BAB 2
                                   KAJIAN LITERATUR
2.1    PENGENALAN
                                                                                              5
Dalam bab ini, penyelidik membuat sorotan kajian penulisan yang mempunyai hubungan
dengan permasalahan yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat luar bandar.
Kajian–kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk dibincangkan adalah mengikut faktor–
faktor yang dikaji. Perihal yang dibincangkan turut disokong oleh pendapat, pandangan
serta teori – teori daripada tokoh–tokoh. Model yang sesuai digunakan bagi membantu
kajian ini dan seterusnya menjadi panduan untuk membina kerangka ujian.
2.2        PRESTASI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR MELAYU

Pada semua peringkat pendidikan pencapaian pelajar Bumiputera kurang cemerlang berbanding
dengan pelajar bukan Bumiputera. Pada peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),
pencapaian gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik menunjukkan perbezaan antara
kaum, lokasi, jenis sekolah, dan jantina. Pelajar bukan Bumiputera sama ada di Sekolah
Kebangsaan (SK) atau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), bandar atau luar bandar
menunjukkan prestasi yang lebih baik. Sebaliknya, pencapaian prestasi pelajar Bumiputera
adalah berbeza mengikut faktor lokasi dan jantina. Gambaran yang sama juga ditunjukkan pada
peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

2.3        PUNCA KELEMAHAN PEMBELAJARAN
Proses pembelajaran berlaku dalam masyarakat sama ada masyarakat sekolah dan juga
masyarakat umum. Suasana diantara kedua-dua masyarakat ini amat penting. Keadaan suasana
yang sesuai akan menggalakkan proses pembelajaran di kalangan para pelajar. Manakala
suasana yang tidak sesuai pula akan membantutkan lagi proses pembelajaran.
   Dalam usaha untuk mewujudkan suasana pencapaian pembelajaran yang tinggi, terdapat
beberapa faktor yang perlu diberi perhatian iaitu :
      a) Teknik pengajaran guru

      b) Sokongan dan galakan ibu bapa / penjaga

      c) Hasrat dan semangat pelajar

      d) Kerjasama masyarakat setempat

      e) Kemiskinan keluarga

      f)   Masalah keluarga

      2.3.1      Teknik Pengajaran Guru
Pada masa kini, sistem pendidikan di negara kita telah bertambah pesat seiring dengan
kemajuan negara. Oleh itu, ilmu pengetahuan telah berubah dan bertambah dengan
pantas mengikut peredaran masa, maka guru dikehendaki mempelbagai dan
mengemaskini teknik pengajaran yang digunakan oleh mereka. Guru sekarang ini perlu
mengajar secara berkesan dan penuh keyakinan. Selain itu, guru juga perlu menunjukkan
kewibawaan, keazaman dan kasih sayang yang tidak berat sebelah dan pilih kasih di
antara pelajar.
                                                                                         6
Kebanyakan guru mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang kepimpinan bilik darjah
kerana bagi mereka peranan kepimpinan terletak di bahu pengetua atau pentadbir sekolah.
Menurut Blase dan Blase (1998) bahawa asas kejayaan sebuah sekolah yang berjaya bukannya
disebabkan oleh pemimpin pengajaran (pengetua atau guru besar) tetapi disebabkan oleh
kordinasi para guru selaku pemimpin pengajaran. Teknik pengajaran yang kreatif dapat
membantu guru untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar.
        Menurut Sparks (2003), berpendapat bahawa guru adalah agen-agen perubahan yang
penting dalam memastikan sekolah mereka menjadi sekolah yang berkesan. Guru sebagai agen
perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempelajari ciri-ciri kepimpinan bilik darjah
yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti
dan keberkesanan sekolah dapat ditingkatkan. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan teknik
pengajaran mereka mengikut peredaran zaman.
        Cara penyampaian dan stail kepimpinan guru di dalam bilik dajah adalah aspek utarna
menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Ia termasuk suara guru seperti nada yang sesuai,
lantang, jelas dan terang. Sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan seseorang guru
akan membawa pelajar ke arah cemerlang sarna ada dari segi intelek, afektif dan psikornotor.
Selain itu, stail kepimpinan demokratik yang menekan kepada kerjasama, berinisiatif serta
bertoleransi dapat rnernbimbing pelajar dengan lebih berkesan. Penggunaan pujian dalam billik
darjah menghasilkan peneguhan positif kerana pelajar yang sering dipuji akan berasa seronok
dan bermotivasi tinggi dalam sesuatu pelajaran.
        Kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program pengajaran, peranan
guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan juga visi
peribadi kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi - strategi yang
berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan seringkali berubah-ubah seperti program
pendidikan yang bertambah kompleks, peningkatan profesionalisme dan pengkhususan guru,
pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran,
harapan komuniti dan ibu bapa, dan perubahan kurikulum. Ini semua akan mewujudkan desakan
dan tuntutan barn yang perlu diambil kira dalam merealisasikan kepimpinan pengajaran.

       2.3.2   Sokongan Dan Galakkan Ibu Bapa

Ibu bapa perlu memahami perubahan yang berlaku dalam alam persekolahan dan pendidikan
kini. Ibu bapa hendaklah mengambil tahu masalah yang dihadapi anak – anak mereka di
sekolah. Masalah yang biasa dihadapi oleh pelajar ialah masalah disiplin, masalah guru dan
sebagainya. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengambil berat tentang anak – anak mereka,
khasnya mengenai :
    a) Pembentukan akhlak.
    b) Penjagaan disiplin.
    c) Ajaran agama yang betul.
    d) Pergaulan yang sihat.
    e) Kemudahan yang sesuai.
    Kajian penyelidik menyatakan kebanyakan ibu bapa di luar bandar memberi dorongan
kepada anak–anak mereka di sekolah untuk belajar bersungguh–sungguh. Kebanyakan pelajar
di luar bandar hanya menghadiri kelas–kelas tambahan di sekolah sahaja kerana sukar untuk
mendapatkan bahan–bahan bacaan tambahan daripada perpustakaan. Hal ini bermakna mereka
                                                                                              7
hanya bergantung kepada buku–buku teks sahaja. Kekurangan bahan bacaan menyekat
pertambahan ilmu dan menimbulkan kesukaran kepada pelajar–pelajar untuk mengupas dan
menghurai sesuatu isu.
    Kajian Kes Mengenai Keciciran di Sekolah Menengah (BPPDP, 1996) menggariskan sikap
negatif ibu bapa dan keluarga terhadap pendidikan termasuklah tidak atau kurang mengambil
berat terhadap pendidikan anak, kurang kesedaran tentang kepentingan pelajaran, lebih suka
anak bekerja daripada bersekolah, dan membiarkan anak ponteng sekolah. Terdapat juga ibu
bapa yang merestui, membiarkan, atau tidak tahu mengambil tindakan terhadap tingkah laku
anak yang nakal. Keluhan yang sering diluahkan oleh ibu bapa sebegini adalah seperti “Apa
yang boleh kami buat?”, dan “Sekiranya anak-anak tetap tidak mahu bersekolah, apa yang boleh
kami lakukan?”. Sikap negatif ini juga menyumbang kepada salah laku moral dan seks di
kalangan pelajar. Mengikut perangkaan Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia,
di antara bulan Januari dan September tahun 2001 terdapat sebanyak 973 kes salah laku moral
yang dilaporkan.
        Ketiadaan bimbingan daripada ibu bapa dan guru ini akan mengakibatkan pelajar-pelajar
menghadapi masalah pembelajaran seperti :
    a) Memahami pelajaran.
    b) Mengingati fakta-fakta.
    c) Menjawab soalan-soalan.
    d) Menghuraikan konsep.
    e) Member pendapat tentang isu-isu penting.

       2.3.3   Hasrat Dan Semangat Pelajar

Pengetua, guru dan ibu bapa perlu menanamkan semangat yang tinggi kepada pelajar. Ketiga
-tiga golongan ini hendaklah member perhatian yang utama kepada pendidikan pelajar, dan
bukan kepada pelajaran semata-mata. Benda yang dididik adalah pelajar. Oleh itu, pelajar perlu
diberikan keutamaan dan tumpuan sepenuhnya.
        Pelajar-pelajar hari ini perlu diberi dan ditanamkan semangat yang tinggi supaya mereka
sedar dan insaf akan kepentingan proses dan teknik pembelajaran yang sesuai dan berkesan.
Pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi dalam pelajaran akan memperolehi kejayaan
yang cemerlang dalam dalam pelajaran. Selain itu, pelajar juga perlu dinasihatkan selalu supaya
mereka akan yakin akan kebolehan diri sendiri, belajar berterusan daripada awal, banyak
membaca, belajar secara berkumpulan, membuat perbincangan dengan guru tentang masalah
dalam mata pelajaran.
        Pelajar di luar bandar tidak seharusnya cepat berputus asa. Pelajar-pelajar perlu
menubuhkan kumpulan belajar (study group) sendiri dan menggalakkan perbincangan
tersusun. Hal ini demikian, akan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka.
Dengan perbincangan secara berkumpulan ini mampu menghalang factor-faktor yang
mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat.



       2.3.4   Kerjasama Masyarakat Setempat



                                                                                             8
Sekolah dibina dalam masyarakat dan kepunyaan masyarakat. Sekolah menyediakan
pelajar untuk masyarakat. Manakala masyarakat pula mengharapkan pelajar-pelajar
yang berakhlak tinggi, mulia, berbudi pekerti dan yang boleh member sumbangan
kemajuan negara. Oleh hal demikian, sekolah dengan masyarakat perlu rapat dan saling
membantu.
       Masyarakat setempat, pada keseluruhannya belum lagi berjaya mewujudkan
sesuatu langkah langkah yang berkesan untuk menyekat pengaruh-pengaruh yang tidak
diingini daripada terus terjebak kepada pelajar-pelajar sekolah. Sekiranya pengaruh ini
merebak di kalangan pelajar sekolah akan menjejaskan pelajaran mereka.
       Keadaan alam sekeliling juga penting untuk suasana pembelajaran dalam
membentuk perkembangan personaliti pelajar-pelajar dan juga mempengaruhi sikap
guru. Suasana perhubungan juga hendaklah lisin, rapat, mesra dan berkesan.
Terutamanya antara guru dengan guru, guru dengan pelajar, dan sekolah dengan ibu
bapa dan masyarakat. Kemesraan dalam perhubungan ini akan menimbulkan semangat
perkhidmatan dan pembelajaran yang tinggi dan berkesan.

       2.3.5   Faktor Kemiskinan Keluarga

Faktor kemiskinan mempunyai perkaitan dengan tahap pendidikan masyarakat luar bandar.
Ketidakseimbangan sosioekonomi dan wujudnya golongan miskin banyak mempengaruhi
perbezaan pencapaian akademik di kalangan pelajar luar bandar dan bandar. Faktor kemiskinan,
keluarga, pelajar, sekolah, dan persekitaran banyak mempengaruhi kelemahan pelajar
bumiputera khususnya pelajar Melayu dalam akademik terutamanya dalam aspek bahasa, angka,
pembelajaran, dan perkembangan minda.
       Di Malaysia, konsep kemiskinan yang sering digunakan adalah berasaskan komponen
ekonomi dan dilihat dari dua aspek iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif ( Chamhuri,
2001; Cheong dan Fredericks, 1977; MAPEN II, 2001; Oaman-Rani, 1995 ). Kemiskinan
mutlak merujuk kepada keadaan kekurangan pendapatan kasar bulanan untuk membeli
keperluan minimum sesebuah isi rumah yang meliputi keperluan makanan, pakaian, tempat
kediaman, dan keperluan asas lain. Ukuran yang digunakan adalah berdasarkan taraf pendapatan
minimum atau Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Manakala kemiskinan relatif pula merujuk
kepada ketidaksamarataan pendapatan antara kumpulan yang diukur berdasarkan nisbah
perbezaan pendapatan antara kumpulan pendapatan, kumpulan etnik, isi rumah bandar dan luar
bandar, dan
peratus isi rumah dengan pendapatan.
       Keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk membeli peralatan
dan bahan pembelajaran, membayar yuran sekolah, tambang bas, dan membeli cermin mata
(BPPDP, 1996). Ada juga keluarga kurang berkemampuan yang mengharapkan anak-anak
untuk bekerja bagi membantu keluarga. Keluarga miskin juga kurang mampu menyediakan
rumah yang selesa untuk seisi keluarga menyebabkan suasana tidak kondusif untuk menjadi
tempat belajar. Menurut perangkaan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga,
sebanyak 7.5 peratus penduduk Malaysia adalah di bawah paras kemiskinan. Ini bermakna
seramai 1.7 juta penduduk Malaysia perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan daripada jumlah
tersebut sebanyak 16.5 peratus adalah daripada keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal (The
Sun, 22 Mei 2002).

                                                                                           9
Melalui kajian yang telah dibuat, pencapaian akademik pelajar Melayu yang tinggal di
luar bandar lebih rendah berbanding dengan pelajar Melayu yang tinggal di bandar pada setiap
peringkat pendidikan dan kadar keciciran adalah tinggi di kawasan luar bandar. Masalah
kemiskinan, kesempitan hidup, dan kewangan menyebabkan ibu bapa tidak mampu untuk
menampung perbelanjaan sekolah anak-anak. Oleh itu, didapati ramai pelajar yang miskin telah
bekerja untuk membantu menyara keluarga. Mereka ini telah melakukan berbagai – bagai jenis
pekerjaan seperti membantu ibu bapa bekerja di sawah, lading, kebun atau mengusahakan
perniagaan keluarga dan membantu membuat kerja rumah serta menjaga adik-adik ketika ibu
bapa keluar bekerja.
        Kajian Universiti Malaya (Leong Yin Ching dan lain-lain, 1990) tentang faktor-faktor
yang mempengaruhi pencapaian pelajar mendapati bahawa status sosioekonomi merupakan
faktor utama bagi menentukan kejayaan seseorang pelajar terutama pada peringkat rendah
(29.0%) dan berkurangan pada peringkat menengah (PMR 16.0% dan SPM 9.0%). Walau
bagaimanapun, faktor sosioekonomi tidak mempengaruhi pelajar pada peringkat STPM. Kajian
ini juga menjelaskan bahawa sosioekonomi keluarga juga mempengaruhi sikap pelajar terhadap
aspirasi, motivasi, konsep kendiri, dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum. Kajian Jabatan
Kebajikan Masyarakat (Zarinah Arshat dan Rozumah Baharudin,1999) juga mendapati bahawa
faktor sosioekonomi, khususnya tahap pendidikan yang diterima oleh ibu bapa, mempengaruhi
pencapaian akademik anak mereka.

       2.3.6   Masalah Keluarga

Masalah keluarga yang biasa dihadapi oleh pelajar ialah masalah penceraian di antara kedua –
dua ibu bapa mereka. Masalah penceraian banyak mempengaruhi tahap pencapaian pendidikan
pelajar. Pelajar daripada keluarga yang bercerai seringkali mengalami pelbagai tekanan semasa
berada di dalam kelas dan di rumah. Hal ini tidak kondusif untuk mereka mengulang kaji
pelajaran dan membuat kerja rumah dengan penuh tumpuan. Keadaan akan bertambah lebih
buruk lagi sekiranya pelajar tersebut menjadi sasaran penganiayaan. Menurut kajian yang telah
dibuat oleh Bower ( 1960 ), Mc Dermott ( 1970 ), dan Wallerstain ( 1976 ), maka kajian ini
telah menunjukkan suasana keluarga tidak tenteram dan berakhir dengan penceraian telah
menyebabkan tingginya masalah keciciran, dan pencapaian akademik yang kurang baik.
        Rumah tangga yang kucar kacir dan mengalami keruntuhan seperti penceraian, poligami,
dan ibu bapa tidak tinggal serumah menyebabkan keruntuhan akhlak dan masalah sosial di
kalangan pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa apabila berlaku penceraian,
tanggungjawab memelihara anak selalunya diserahkan kepada datuk atau nenek (BPPDP,
2001a). Faktor-faktor ini menyebabkan kurangnya kemesraan dan komunikasi berkesan antara
anak dan ibu bapa
        Kebanyakan anak daripada keluarga bercerai akan tinggal dengan ibu ataupun nenek
mereka. Keadaan sosioekonomi yang rendah bukan sahaja hanya menunjukkan kurang sumber
kewangan untuk perbelanjaan sekolah dan pembelian peralatan pembelajaran tetapi juga akan
mengurangkan tumpuan atau prioriti keluarga terhadap pelajaran mereka. Anak-anak dari
keluarga yang telah bercerai akan menghadapi masalah untuk member tumpuan sepenuhnya
terhadap pelajaran mereka. Pelajar ini kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru
semasa di sekolah kerana terlalu memikirkan masalah keluarga.
        Pelajar-pelajar daripada keluarga yang bercerai lebih memikirkan bagaimana untuk
mendapatkan wang yang lebih untuk hidup daripada memikirkan soal-soal pelajaran mereka.
                                                                                          10
Oleh itu, bukan sahaja pelajar tidak mendapat sokongan daripada keluarga untuk belajar,
sebilangan mereka tidak hadir ke sekolah atau tercicir sekolah semata-mata untuk membantu
keluarga mencari wang. Selain itu, terdapat juga pelajar yang terpaksa berhenti sekolah awal
untuk berkahwin bagi mengurangkan beban dari mendapat bantuan dan bakal suami anak
tersebut.

       Walau bagaimanapun, tindakan komprehensif dari berbagai pihak, seperti pendidikan
kebajikan dan kesihatan perlu dirancang dan dirangka untuk membantu pelajar yang malang ini.
Sokongan moral, kebajika kesihatan dan sebagainya perlu untuk mengembang potensi mereka
sebagai pewaris generasi akan datang.

2.4    MODEL PENGAJARAN YANG BERKAITAN

Terdapat beberapa model pengajaran yang berkaitan dengan kajian ini yang dijadikan sebagai
panduan. Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan model pengajaran Sim. Pengajaran
merupakan satu sistem aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan
membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Menurut Koh Boh Boon (1985),
pengajaran adalah satu proses yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk
kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran sekolah dan
dorongan ibu bapa terhadap murid itu. Sebagai satu proses, pengajaran merupakan suatu
jaringan aktiviti yang dikendalikan oleh guru bagi menghubungkan murid-murid melalui
pemahaman yang dijangka dapat dipindahkan setelah hubungan itu dikawal baik oleh kaedah
tertentu yang digunakan.

       2.4.1   MODEL PENGAJARAN SIM

Dalam model pengajaran ini, Sim telah mengutarakan lima komponen penting atau
pembolehubah dan komponen-komponen tersebut ialah objektif pengajaran, guru, murid, isi
pelajaran dan persekitaran (Asmah Ahmad, 1989 dan Hayati, 2000). Menurut Sim, dalam
sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, proses berinteraksi boleh berlaku antara guru dan
murid dengan satu, dua atu tiga komponan yang lain. Hal ini diperlihatkan seperti dalam gambar
rajah yang berikut :


                                          Objektif




                Guru                                             Murid

                                         Persekitaran




                                                                                           11
Isi

                    Rajah 2.1 : Proses pengajaran berdasarkan Model Sim


       Interaksi Antara Guru, Murid Dan Objektif
       Objektif pelajaran yangditentukan oleh guru harus berlandaskan kebolehan, keupayaan
mental dan fizikal murid-murid. Di samping itu, dengan berpandukan objektif, isi pelajaran
yang sesuai dapat disediakan. Objektif yang dicadangkan oleh guru harus dapat memaparkan
perubahan tingkah laku murid-murid.

        Interaksi Antara Guru, Murid Dan Isi Pelajaran
        Isi pelajaran yang ditentukan oleh guru harus sesuai dan bertepatan dengan minat,
keupayaan dan kebolehan murid-murid. Isi pelajaran yang dipilih hendaklah sesuai. Isi pelajaran
yang ditentukan dn diperingkatkan oleh guru hendaklah mempunyai urutan yang baik dan
sistematik. Hal ini penting untuk membolehkan isi pelajaran dapat diikuti oleh murid-murid
dengan mudah. Isi pelajaran yang dirancangkan dan disampaikan oleh guru hendaklah mengikut
strategi dan kaedah-kaedah tertentu untuk membolehkan murid-murid memperolehnya secara
berkesan.

       Interaksi Antara Guru, Murid Dan Persekitaran
       Kemudahan yang terdapat di tempat belajar haruslah dapat memenuhi keperluan dan
memperkayakan pengajaran. Kemudahan bahan-bahan sokongan hendaklah berfungsi dan
sesuai. Keadaan tempat belajar yang dikelolakan oleh guru haruslah sesuai dengan
perkembangan intelek, emosi, rohanidan jasmani serta sosial murid-murid.

2.5    TEORI PEMBELAJARAN YANG BERKAITAN

Teori merupakan antara perkara asas dalam sesuatu bidang ilmu. Secara umumnya, teori
merupakan andaian-andaian atau hipotesis-hipotesis tentang sesuatu yang berlandaskan kajian.
Terdapat juga pendapat-pendapat lain yang menghuraikan definisi teori. Menurut Stanovich
(1992) dan Esah (2003), teori ialah set konsep-konsep yang saling berkait, yang Teori
pembelajaran pula didefinisikan sebagai hipotesis-hipotesis oleh ahli psikologi tentang maksud
pembelajaran, bagaimana ia berlakaudan faktor-faktor yang mempengaruhi proses
pembelajaran.
       Pembelajaran merupakan suatu fenomena utama yang melibatkan perkembangan dan
pertumbuhan individu, kemajuan sesuatu kaum dan ketamadunan mereka. Ekorn daripada usaha
maka wujudlah pelbagai teori yang digunakan dalam bidang pendidikan.

       2.5.1   Teori Kognitif

Teori ini berpegang bahawa pembelajaran sebagai satu proses pemikiran. Perubahan-perubahan
tingkah laku atau disebut sebagai pembelajaran itu hanyalah suatu refleksi perubahan dalam.
Menurut pandangan Jean Piaget (1986 – 1980), manusia tidak sahaja menerima maklumat tetapi
memproses maklumat yang diterima dan menjadikan setiap individu itu merupakan ahli fikir
                                                                                            12
yang dapat membentuk dan mencipta sesuatu berlandaskan kebolehan-kebolehan masing-
masing. Manuasia merupakan makhluk yang sentiasa ingin tahu akan pelbagai hal dan sentiasa
meneroka persekitaran berdasarkan apa yang diketahuai dan dipelajari hasil daripada interaksi
sosial dan psikologi yang berlaku. Teori ini dapat membantu penyelidik mengkaji keberkesanan
faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat.


                                           BAB 3
                                 METODOLOGI KAJIAN
3.1    PENGENALAN
Kaedah di dalam kajian ini adalah amat penting untuk memastikan keputusan yang dikehendaki
diperoleh penyelidik. Kaedah dapat menentukan keberkesanan sesuatu kajian dan
mempengaruhi hasil dapatan yang akan diperoleh nanti. Kaedah yang digunakan dalam “ Kajian
Terhadap Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Pendidikan Masyarakat ” ini ialah kaedah soal
selidik. Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan pendidikan ini.
Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta – fakta, kepercayaan ,
perasaan, kehendak dan sebagainya.
       Menurut Mohd. Majid Konting ( 1993 ), soal selidik lebih pratikal dan berkesan
digunakan untuk populasi yang besar. Beliau juga berpendapat bahawa dengan menggunakan
kaedah soal selidik ini dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas responden
terhadap rangsangan soalan yang diberikan.
       Umumnya terdapat dua jenis soal selidik. Pertama, soal selidik jawapan di pilih bila
mana subjek dikehendaki memilih jawapan tepat terhadap soalan atau rangsangan yang
dikemukan. Kedua ialah soal selidik jawapan diberi. Dalam kajian ini penyelidik telah
menggunakan kaedah soal selidik yang pertama iaitu soal selidik jawapan dipilih. Kaedah ini
akan memudahkan penyelidik untuk mendapatkan maklumat data yang dikehendaki dan
sekaligus mendapat hasil yang memuaskan. Kaedah ini juga dapat membantu penyelidik
membuat analisis bagi kajian yang dijalankan.
3.2    TEMPAT DAN MASA KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Kampung Nara, Pasir Puteh, Kelantan sebagai sampel. Para responden
adalah terdiri daripada latar belakang yang berbeza - beza. Seramai 20 orang penduduk
kampung telah dijadikan responden dalam populasi kajian ini. Masa kajian yang diperlukan
untuk membuat penyelidikan pada musim cuti pertengahan semester.
3.3    REKA BENTUK KAJIAN
Kepentingan reka bentuk kajian adalah untuk membantu penyelidik menjalankan kajian dengan
lebih teratur. Pada peringkat permulaan kajian, data – data yang berkaitan dengan tajuk kajian
telah dikumpul dan dianalisis. Antara kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah
pengumpulan data menggunakan soal selidik. Sebelum kajian dijalankan perkara seperti latar
belakang , objektif, kepentingan kajian telah dikenal pasti.

                                                                                           13
Kajian ini merupakan satu kajian deskriktif dengan menggunakan kaedah pengumpulan
data menggunakan soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana kos yang lebih murah dan masa
yang diperuntukan juga singkat. Selain itu, penyelidik juga boleh memperolehi data atau
maklumat daripada bilangan responden yang lebih ramai dan cepat, responden boleh memilih
tempat dan masa yang mereka mahukan. Di samping itu juga, soalan tertutup lebih mudah
kerana keseragaman jawapan daripada responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis. Data
kajian akan dikumpul daripada sampel melalui borang soal selidik. Melalui kajian ini, ukuran
kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi.
3.4    PROSEDUR KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini melibatkan penduduk Kampung Nara, Pasir Puteh, Kelantan sebagai
sampel. Sebelum membuat kajian penyelidik perlu meminta kebenaran daripada pihak yang
berkaitan. Kajian berbentuk soal selidik ini dijalankan di kampung. Tujuan kajian ini dijalankan
ialah untuk mengetahui faktor-faktor yang yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat.
Segala perbincangan ini adalah berlandaskan kepada persoalan-persoalan kajian yang telah
dikemukan dalam Bab 1.
3.5    INSTRUMEN KAJIAN
Menurut Azhar Harun ( 2004 ), instrumen kajian merupakan cara yang digunakan untuk
mengumpulkan maklumat seperti soal selidik. Instrumen kajian merupakan soal selidik yang
dibina sendiri oleh penyelidik. Sebelum soal selidik digunakan dalam kajian ini, kajian rintis
telah dijalankan.
       Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang utama.
Sebanyak 20 borang soal selidik telah diedarkan kepada para responden. Soalan soal selidik
kajian ini terdiri daripada 16 soalan yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A terdiri
daripada empat pernyataan yang bertujuan untuk mengenalpasti ciri – ciri demografi manakala
bahagian B meliputi 12 pernyataan mengenai punca kelemahan pembelajaran. Penyataan ini
kemudiannya akan dianalisis.
3.6    PENGUMPULAN DATA ANALISIS DATA
Kaeadah pengumpulan data yang akan dibincangkan adalah memfokuskan kepada sumber data.
Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer dan
maklumat sekunder. Data primer ialah data asal yang dikutip oleh penyelidik. Dalam kajian ini,
data – data diperolehi melalui maklum balas daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada
responden yang terpilih. Data ini merupakan sumber maklumat yang terpenting kerana ia
diperlukan untuk menjelaskan tajuk kajian, mendapatkan fakta dan hasil penemuan yang telah
dibuat daripada kajian lepas. Bagi mendapatkan bahan dan maklumat untuk kajian ini, rujukan
telah di buat di Perpustakaan Tunku Bainun ( UPSI ). Selain itu, sumber bagi data sekunder ini
juga turut diperolehi daipada jurnal – jurnal, buku rujukan dan juga maklumat daripada laman
web.
       Tempoh yang diberikan untuk memulangkan borang soal selidik adalah selama 3 hari.
Hasil kajian itu kemudiannya dibuat jadual untuk memahami isi yang penting. Hasil kajian
seterusnya dianalisis oleh penyelidik.
                                                                                             14
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


  KAJIAN TERHADAP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENDIDIKAN
                         MASYARAKAT.
BAHAGIAN A
Arahan : Sila tandakan ( X ) pada ruangan yang telah disediakan dengan menggunakan pen dan
menulis jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang dikemukan.
1) Jantina
                                     a) Lelaki



                                     b) Perempuan



2) Apakah bangsa anda?



                                     a) Melayu




      b) Cina



                                    c)   India


                                    d)   Lain-lain.   Nyatakan _____________


3) Apakah agama anda?

                                                                                       15
a) Islam



                                      b) Kristian




       c) Budha



                                      d) Hindu



4) Apakah pekerjaan anda?

                                           a) Tidak bekerja



                                           b) Petani



                                           c)       Guru




       d) Lain-lain. Nyatakan ________________

BAHAGIAN B
Arahan : Sila jawab soalan kajian di bawah berdasarkan pengalaman atau pandangan anda. Sila
bulatkan pada jawapan yang tepat di petak jawapan berdasarkan simbol di bawah.
       1      :      Sangat Tidak Setuju
       2      :      Tidak Setuju
       3      :      Setuju
       4      :      Sangat Setuju


   Punca Kelemahan Pembelajaran

                                                                                          16
BIL                        SOALAN KAJIAN
       1      Guru dikehendaki mempelbagai dan mengemaskinikan teknik           1   2   3   4
              pengajaran mereka.

       2      Ibu bapa perlu mengambil berat tentang pendidikan anak –          1   2   3   4
              anak mereka.

       3      Semangat pelajar yang kurang menjadikan tahap pendidikan          1   2   3   4
              mereka lemah.

       4      Adakah kerjasama daripada masyarakat setempat yang rendah         1   2   3   4
              banyak mempengaruhi tahap pendidikan pelajar luar bandar.

       5      Pelajar belajar dengan menggunakan teknik yang salah.             1   2   3   4

       6      Pelajar tidak mempunyai cita-cita yang tinggi pada masa           1   2   3   4
              hadapan.

       7      Adakah latar belakang keluarga mempengaruhi tahap                 1   2   3   4
              pendidikan anak-anak.

       8      Pelajar kerap kali ponteng sekolah dan kelas.                     1   2   3   4

       9      Pelajar lebih suka belajar pada saat-saat akhir terutama ketika   1   2   3   4
              menghadapi peperiksaan.

      10      Kekurangan kemudahan untuk pendidikan akan menyekat               1   2   3   4
              perkembangan ilmu pengetahuan.

      11      Pelajar tidak suka bertanya semasa di dalam kelas.                1   2   3   4

      12      Pelajar lebih suka akan hiburan.                                  1   2   3   4



                                                 BAB 4
                          DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Dalam proses penganalisian data ini, penyelidik membahagikan kepada dua bahagian iaitu:
      a) Penganalisian maklumat peribadi responden
      b) Penganalisian pandangan dan pendirian responden.

4.1        Penganalisaan Maklumat Peribadi Responden


                                                                                            17
Untuk menganalisa maklumat peribadi responden, penyelidik hanya melihat kepada jantina,
agama, bangsa dan pekerjaan.

             Item (Jantina)             Bilangan             Peratus(%)
                 Lelaki                     8                    40
               Perempuan                   12                    60
                 Jumlah                    20                   100
                              Jadual 4.1 Taburan jantina responden
Daripada jadual di atas menunjukkan seramai 20 orang telah dipilih untuk menjawab borang
soal selidik. Daripada jumlah tersebut, seramai 12 orang perempuan atau 60% manakala lelaki
seramai 8 orang atau 40%. Peratusan perempuan lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Oleh itu,
pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki.

             Item (Bangsa)               Bilangan             Peratus(%)
                 Melayu                     20                   100
                  Cina                       0                     0
                  India                      0                     0
                Lain-lain                    0                     0
                Jumlah                      20                   100
                              Jadual 4.2 : Taburan bangsa responden

Jadual ini menunjukkan bahawa daripada jadual keseluruhan responden ialah 20 orang. Jumlah
keseluruhan responden adalah kesemuanya berbangsa Melayu iaitu 20 orang atau 100%.
Keadaan ini kerana hanya penduduk Melayu yang tinggal di kampung tersebut.

             Item (Agama)               Bilangan            Peratus(%)
                 Islam                     20                  100
                Kristian                    0                    0
                Buddha                      0                    0
                 Hindu                      0                    0
                Jumlah                     20                  100
                              Jadual 4.3 Taburan agama responden
Jadual ini menunjukkan bahawa jenis agama yang dianuti penduduk. Kesemua responden
beragama Islam iaitu 20 orang atau 100%. Keadaan ini kerana semua responden berbangsa
Melayu, oleh itu, mereka mengamalkan agama Islam.

            Item (Pekerjaan)            Bilangan             Peratus(%)
              Tidak bekerja                10                    50
                  Petani                    5                    25
                  Guru                      2                    10
                Lain-lain                   3                    15
                 Jumlah                    20                   100
                            Jadual 4.4: taburan pekerjaan responden


                                                                                           18
Jadual ini menunjukkan taburan pekerjaan responden. Daripada jumlah itu, golongan yang tidak
bekerja seramai 10 orang atau 50%, petani 5 orang atau 25%, guru seramai 2 orang atau 10%
dan lain-lain seramai 3 orang atau 15%. Golongan yang tidak bekerja paling ramai kerana ia
terdiri daripada suri rumah dan pelajar.

4.2      Penganalisisan Pandangan Dan Pendirian Responden.
Penganalisisan ini dijalankan berdasarkan kepada persoalan kajian yang dibina iaitu:
      1) Guru dikehendaki mempelbagai dan mengemaskinikan teknik pengajaran mereka.

      2) Ibu bapa perlu mengambil berat tentang pendidikan anak – anak mereka.

      3) Semangat pelajar yang kurang menjadikan tahap pendidikan mereka lemah.


      4) Adakah kerjasama daripada masyarakat setempat yang rendah banyak mempengaruhi
         tahap pendidikan pelajar luar bandar.

      5) Pelajar belajar dengan menggunakan teknik yang salah.

      6) Pelajar tidak mempunyai cita-cita yang tinggi pada masa hadapan.

      7) Adakah latar belakang keluarga mempengaruhi tahap pendidikan anak-anak.

      8) Pelajar kerap kali ponteng sekolah dan kelas.

      9) Pelajar lebih suka belajar pada saat-saat akhir terutama ketika menghadapi peperiksaan.

      10) Kekurangan kemudahan untuk pendidikan akan menyekat perkembangan ilmu
         pengetahuan.

      11) Pelajar tidak suka bertanya semasa di dalam kelas.

      12) Pelajar lebih suka akan hiburan.


Jadual 4.5 Keputusan kajian faktor-faktor mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat.

No.           Item soalan          1 ( Sangat        2 ( Tidak       3 (Setuju)    4 ( Sangat
                                 tidak Setuju)        Setuju)                       Setuju)

 1      Guru dikehendaki         0               0               7                13
        mempelbagai dan
        mengemaskinikan          (0%)            (0%)            (35%)            (65%)
        teknik pengajaran
        mereka.
                                                                                                19
2    Ibu bapa perlu           0       0       2       18
     mengambil berat
     tentang pendidikan       (0%)    (0%)    (10%)   (90%)
     anak – anak mereka.
3    Semangat pelajar yang    0       4       10      6
     kurang menjadikan
     tahap pendidikan         (0%)    (20%)   (50%)   (30%)
     mereka lemah.
4    Adakah kerjasama         1       6       13      0
     daripada masyarakat
     setempat yang rendah     (5%)    (30%)   (65%)   (0%)
     banyak mempengaruhi
     tahap pendidikan
     pelajar luar bandar.
5    Pelajar belajar dengan   2       8       8       2
     menggunakan teknik
     yang salah.              (10%)   (40%)   (40%)   (10%)

6    Pelajar tidak            0       12      5       3
     mempunyai cita-cita
     yang tinggi pada masa    (0%)    (60%)   (25%)   ( 15%)
     hadapan.
7    Adakah latar belakang    5       8       7       0
     keluarga
     mempengaruhi tahap       (25%)   (40%)   (35%)   (0%)
     pendidikan anak-anak.
8    Pelajar kerap kali       1       8       9       2
     ponteng sekolah dan
     kelas.                   (5%)    (40%)   (45%)   (10%)

9    Pelajar lebih suka       0       0       16      4
     belajar pada saat-saat
     akhir terutama ketika    (0%)    (0%)    (80%)   (20%)
     menghadapi
     peperiksaan.
10   Kekurangan               0       3       14      3
     kemudahan untuk
     pendidikan akan          (0%)    (15%)   (70%)   (15%)
     menyekat
     perkembangan ilmu
     pengetahuan.
11   Pelajar tidak suka       0       2       16      2
     bertanya semasa di
     dalam kelas.             (0%)    (10%)   (80%)   (10%)

12   Pelajar lebih suka akan 0        0       13      7
     hiburan.
                                                               20
(0%)           (0%)           (65%)          (35%)



        Jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap
pendidikan masyarakat. Kesemua item soalan ini telah dijawab oleh responden dengan jawapan
yang berbeza berpandukan kepada 4 item jawapan iaitu 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju),
3 (setuju) dan 4 ( sangat setuju). Bagi item soalan 1, seramai 7 atau 35% responden menjawab
(setuju) dan 13 atau 65% reponden menjawab sangat setuju. Bagi item soalan 2, seramai 2 atau
10% responden manjawab bagi item setuju, dan 18 atau 90% reponden menjawab item sangat
setuju. Bagi item solan 3 pula, seramai 4 atau 20% responden menjawab item tidak setuju, 10
atau 50% menjawab setuju dan 6 atau 30% menjawab sangat setuju. Bagi item soalan 4,
seorang atau 5% menjawab tidak setuju, 6 atau 30% responden menjawab item tidak setuju, 13
atau 65% menjawab setuju. Bagi item soalan 5, 2 atau 10% menjawab sangat tidak setuju, 8
atau 40% responden menjawab item tidak setuju, 8 atau 40% menjawab setuju dan 2 atau 10%
menjawab sangat setuju. Bagi item soalan 6, seramai 12 atau 60% responden menjawab item
tidak setuju, 5 atau 425% menjawab setuju dan 3 atau 15% menjawab sangat setuju.
        Bagi item soalan 7,seramai 5 atau 25% menjawab sangat tidak setuju, 8 atau 40%
responden menjawab item tidak setuju, 7 atau 35% menjawab setuju. Bagi item soalan 8, hanya
1 atau 5% menjawab sangat tidak setuju, 8 atau 40% responden menjawab item tidak setuju, 9
atau 45% menjawab setuju dan 2 atau 10% menjawab sangat setuju. Bagi item soalan 9,
seramai 16 atau 80% menjawab sangat setuju, dan 4 atau 20% responden menjawab item sangat
setuju. Bagi item soalan 10, seramai 3 atau 15% menjawab tidak setuju, 14 atau 70% responden
menjawab item setuju, dan 2 atau 10% menjawab sangat setuju. Bagi item soalan 11, seramai 2
atau 10% menjawab tidak setuju, 16 atau 80% responden menjawab item setuju, 2 atau 10%
menjawab sangat setuju. Bagi item soalan 12, seramai 13 atau 65% menjawab setuju dan 7 atau
35% menjawab sangat setuju.




                                           BAB 5

                                       KESIMPULAN


Secara kesimpulannya, kelemahan pelajar luar bandar adalah disebabkan oleh budaya belajar
yang dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu teknik pengajaran guru, sokongan dan galakan ibu
bapa / penjaga, hasrat dan semangat pelajar, kerjasama masyarakat setempat, kemiskinan
keluarga dan masalah keluarga. Pada hakikatnya, pelajar luar bandar perlu dan mesti mengubah
sikap dan pemikiran mereka daripada pemikiran negatif, ambil mudah dan “ tidak apa ” kepada
pemikiran yang lebih positif, bersungguh-sungguh dan berdaya saing, dan juga mempunyai
                                                                                            21
jati diri yang tinggi dalam diri mereka. Untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar di
luar bandar, strategi ke arah memperkukuhkan penguasaan kemahiran asas
pembelajaran dan perubahan minda pelajar dan masyarakat setempat menjadi agenda
utama bagi semua pihak.


STRATEGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR
Strategi untuk menangani pencapaian pelajar luar bandar memerlukan anjakan world view
penggubal dasar dan masyarakat Melayu. Dalam merangka langkah bagi menangani kelemahan
pelajar, pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan. Anatara langkah yang perlu dilaksanakan ialah
celik belajar.
        Celik belajar adalah kebolehan seseorang pelajar mengetahui bagaimana memperoleh
dan memanfaatkan ilmu pengetahuan (learn, unlearn, and relearn). Kebolehan ini cuma boleh
dikuasai jika seseorang pelajar itu memahami kepentingan pendidikan, mempunyai keinginan
untuk menimba ilmu dan mempunyai sikap yang positif terhadap pencarian ilmu serta tahu
bagaimana untuk belajar.
        Celik belajar ini memerlukan strategi yang menggabung teori dan praktik, supaya guru
dan pelajar dapat menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar
memerlukan pembelajaran yang merangkumi dunia yang luas daripada apa yang berlaku dalam
bilik darjah dan guru perlu menjadikan pengalaman sebenar pelajar sebagai inti pati bagi setiap
pelajaran. Selain itu, daya konsentrasi di antara pelajar permpuan dan lelaki adalah berbeza.
Menurut Zalizan (2001), daya konsentrasi pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding
dengan pelajar lelaki. Bagi mencapai celik belajar di kalangan pelajar lelaki, guru perlu lebih
prihatin kepada mereka iaitu dengan menggunakan pendekatan mengajar yang lebih sesuai
kepada “ learning style of boys ”.
       Pelajar luar bandar dan pelajar miskin paling ketandusan bimbingan dan cita-cita. Hidup
mereka sentiasa di kalangan mereka yang senasib dan dengan itu sukar untuk melihat peluang
mereka keluar daripada serba kekurangan. Sifat cintakan ilmu dapat membuka minda seseorang.
Contohnya, mencintai ilmu menyebabkan seorang buta, Abul Hasan at - Tamimi, memperoleh
ilmu hanya melalui pendengaran sahaja sehingga menjadi ulama fiqh mazhab Shafi’e yang
terkenal. Kejayaan dan ketinggian ilmu oleh beberapa tokoh Islam diberi contoh yang jelas oleh
Wan Mohd. Nor (1988), dan memperlihatkan kecelikan minda para ilmuan bertitik tolak
daripada sifat cintakan ilmu. Pelajar Melayu perlu mencontohi bagaimana para ilmuan awal
menimba ilmu walaupun dalam suasana perang, kemiskinan dan kekurangan kemudahan, dan
berpindah - randah. Perancangan dan pembangunan celik minda pelajar perlu mencontohi
proses pendidikan.
       Selain itu, peranan pelajar juga penting dalam meningkatkan tahap pendidikan mereka.
Pelajar perlu sedar peranan utama mereka sendiri dalam penguasaan ilmu pengetahuan untuk
mencapai kecemerlangan akademik. Antaranya ialah :
   a) Pelajar perlu mengulang kaji sebelum pelajaran, konsentrasi semasa pelajaran, dan
      mengulang kaji selepas pelajaran.


                                                                                            22
b) Pelajar perlu berperanan untuk menghampiri ibu bapa mereka dan cuba menarik
      perhatian ibu bapa mereka terhadap pelajaran mereka di sekolah. Ibu bapa yang sibuk
      memerlukan kesungguhan anak, sekolah dan masyarakat untuk mengejutkan mereka
      terhadap tanggungjawab mereka.
   c) Pelajar perlu mempunyai sifat malu untuk melakukan perkara negatif seperti malas,
      ponteng kelas / sekolah, tidak mementingkan masa, melakukan aktiviti yang “tidak
      berfaedah”, dan tidak menghormati guru.




Senarai Rujukan



Dr. Faridah Abu Hassan, Dr. Naimah Ishak, Dr. Hamidah Yusof dan Dr. Habibah Abdul Rahim
       (2005). Kemiskinan Dan Pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu Ke Arah
       Kecemerlangan Pendidikan Akademik. Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Bahagian
       Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia


Hussein Hj. Ahmad (1993). Pendidikan Dan Masyarakat : Antara Dasar, Reformasi Dan
       Wawasan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.


Kamarudin Hj. Kachar (1989). Pendidikan Dan Masyarakat. Kuala Lumpur : Teks Publishing
      Sdn. Bhd. & Penerbit ASAS Sdn.Bhd.

Kamarudin Hj. Husin Dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala
      Lumpur : Kayazano Enterprise.

Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
      Bahasa Dan Pustaka.


                                                                                      23
Rahmad Sukor Ab. Samad dan Shahrir Jamaluddin (2005). Peranan Kepimpinan Guru Dalam
     Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Sheikh Othman Bin Sheikh Salim (1994). Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima. Kuala
       Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

T. Subahan Mohd. Meerah, Rohaty Mohd Majzud dan Ahmad Jaffni Hassan ( 1994 ).
      Pembangunan Sumber Manusia. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Zainura Bt Wan Yusof (2008). Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap Tahap
     Pencapaian Akademik Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.




                                                                                      24

More Related Content

What's hot

Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zuraAzura Aziz
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedAmie Joan Juanis
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahZuzan Michael Japang
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Ameer Chann
 
Tingkatan 2 gaya belajar
Tingkatan 2 gaya belajarTingkatan 2 gaya belajar
Tingkatan 2 gaya belajarHafarah Adam
 
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengahSme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengahintansyafika
 
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding  Kajian Tindakan Al QuranProsiding  Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding Kajian Tindakan Al QuranIPGM_KDRI
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Rain_Ain
 
Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Nurul Atiyah
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Jeya Kumar
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantarkrys73
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolahkrys73
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
2. Jurang Pendidikan
2.  Jurang Pendidikan2.  Jurang Pendidikan
2. Jurang Pendidikankrys73
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)mayangmul
 

What's hot (18)

Tesis mama zura
Tesis mama zuraTesis mama zura
Tesis mama zura
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah MenengahKajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Tingkatan 2 gaya belajar
Tingkatan 2 gaya belajarTingkatan 2 gaya belajar
Tingkatan 2 gaya belajar
 
Tesis
Tesis Tesis
Tesis
 
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengahSme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
Sme3023 jurang pencapaian matematik sek menengah
 
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding  Kajian Tindakan Al QuranProsiding  Kajian Tindakan Al Quran
Prosiding Kajian Tindakan Al Quran
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)Jurang pencapaian matematik (sosial)
Jurang pencapaian matematik (sosial)
 
Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)Ulasan jurnal (kpt 6044)
Ulasan jurnal (kpt 6044)
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
2. Jurang Pendidikan
2.  Jurang Pendidikan2.  Jurang Pendidikan
2. Jurang Pendidikan
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 

Similar to Propasal cuti semester

Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik muridDIHYAUDDIN SAAD
 
Jurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menJurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menCahaya Cita-Cita
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahIzawati Saat
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikPuspachacha89
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumfirdaus1093
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2jejakakunak
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTengku Firdaus
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Mohd Farid Ismail
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...eimmie82
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)Aliaa Ismail
 

Similar to Propasal cuti semester (20)

Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
( Group 2) jurang pencapaian matematik murid
 
Jurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek menJurg pencapaian murid sek men
Jurg pencapaian murid sek men
 
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
Kon minat murid murid terhadap matapelajaran pendidikan sivik dan kewarganega...
 
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengahKumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
Kumpulan 2 : jurang pencapaian matematik sekolah menengah
 
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap MatematikSikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Keperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulumKeperluan aktiviti kokurikulum
Keperluan aktiviti kokurikulum
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
Paper_Jaflus
Paper_JaflusPaper_Jaflus
Paper_Jaflus
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
 
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
Faktor, kesan dan strategi menangani permasalahan kurang tumpuan dalam bilik ...
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
Kepimpinan futuristik melalui jaringan dan jalinan di sekolah harian biasa da...
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)
 

Propasal cuti semester

  • 1. KAJIAN TERHADAP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENDIDIKAN MASYARAKAT. Nor Azeanie Binti Che Azmi1) Supli Effendi Rahim2) 1) Pelajar Kemahiran Hidup Fakuti Seni dan Muzik UPSI Tanjung Malim Perak Malaysia. 2) Pensyarah Penyelidikan Ilmiah Fakulti Seni dan Muzik UPSI Tanjung Malim Perak Malaysia. ABSTRAK Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau sejauh mana faktor – faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat. Kajian ini dijalankan di kalangan penduduk luar bandar di Kampung Nara, Pasir Puteh, Kelantan. Responden kajian ini terdiri daripada penduduk kampung. Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah penyelidikan deskriptif jenis tinjau sampel yang melibatkan 20 orang penduduk kampung dengan menggunakan instrumen soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan para responden memberi maklum balas positif terhadap faktor – faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat. Dalam kajian ini terdapat beberapa yang mempengaruhinya antaranya ialah teknik pengajaran guru, sokongan dan galakkan ibu bapa, hasrat dan semangat pelajar, kerjasama masyarakat setempat, faktor kemiskinan keluarga dan masalah keluarga. Terdapat beberapa objektif kajian yang ingin dicapai. Pertama, mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat. Kedua, mengenalpasti penglibatan ibu bapa dalam meningkatan tahap pembelajaran anak-anak mereka. Ketiga, mengenalpasti berapa pentingnya pendidikan sekarang kepada pelajar luar bandar. Untuk mencapai objektif – objektif tersebut, pelbagai usaha serta program pendidikan dijalankan bagi memastikan matlamat sebenarnya tercapai. 1
  • 2. BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Malaysia telah menunjukkan kemajuan yang membanggakan dalam pelbagai aspek pendidikan sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Secara amnya, banyak kemajuan yang telah dicapai dalam pencapaian akademik pelajar termasuk peningkatan penyertaan dan pengurangan keciciran pada semua peringkat pendidikan, peningkatan pencapaian tahap pendidikan, dan peningkatan prestasi pencapaian pendidikan. Walau bagaimanapun, sehingga kini, masih terdapat jurang yang nyata dalam pencapaian akademik antara pelajar. Dasar Pendidikan Kebangsaan memberi peluang kepada semua kanak – kanak di negara ini sama ada di luar bandar mahupun di bandar untuk memperolehi pendidikan. Pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat di negara ini. Ketidakseimbangan sosio ekonomi mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik di kalangan pelajar luar bandar. 1.2 LATAR BELAKANG MASALAH Kecemerlangan akademik merupakan asas untuk mengukur kejayaan seseorang pelajar dalam semua peringkat dari alam persekolahan hinggalah ke Institusi Pengajian Tinggi. Kecemerlangan prestasi pelajar sering dikaitkan dengan keputusan yang baik disertai dengan usaha mereka yang bersungguh-sungguh untuk terus kekal dengan cemerlang. Kecemerlangan tidak akan datang bergolek, ia hanya dapat dimiliki dengan usaha dan susah payah. Untuk mendapat keputusan yang cemerlang, pelajar-pelajar haruslah berusaha mencari ilmu yang banyak. Tanpa ilmu, hidup manusia tidak akan sempurna dan akan ketinggalan daripada orang yang mempunyai ilmu yang banyak. Bagi pelajar yang berilmu sudah tentu akan mencapai kecemerlangan hidup. Dalam kajian ini, faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat banyak mempengaruhi tahap kecemerlangan akademik pelajar. Sekiranya factor- faktor ini tidak ditangani dengan segera maka pencapaian akademik pelajar luar bandar akan terus mundur. 1.3 PERNYATAAN MASALAH Proses pembelajaran merupakan satu proses yang kompleks. Hal ini kerana terlalu banyak perkara yang berlaku secara serentak dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P ). Masalah yang dikaji terdiri punca kelemahan pembelajaran dan juga penglibatan dan kerjasama masyarakat. Proses pembelajaran berlaku dalam masyarakat sama ada masyarakat sekolah dan juga masyarakat umum. Penyelidik juga turut meninjau apakah factor-faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat? Selain itu, penyelidik juga telah meninjau sejauh mana penglibatan dan kerjasama ibu bapa dengan guru dalam proses pendidikan? 1.4 OBJEKTIF KAJIAN 2
  • 3. Objektif kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauhmana tahap pendidikan hari ini bagi masyarakat luar bandar. Secara khususnya kajian ini adalah bertujuan untuk: i. Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat. ii. Mengenalpasti penglibatan ibu bapa dalam meningkatan tahap pembelajaran anak-anak mereka. iii. Mengenalpasti berapa pentingnya pendidikan sekarang kepada pelajar luar bandar. 1.5 HIPOTESIS KAJIAN Hipotesis ialah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau saranan sementara penyelesaian masalah. Menurut Mohd. Majid Konting ( 2005 ), hipotesis digunakan sebagai panduan untuk menjalankan penyelidikan dan menerangkan kaedah untuk melaksanakan sesuatu kajian. Hipotesis member jangkaan penyelidik mengenai hubungan antara pembolehubah–pembolehubah. i. Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pendidikan masyarakat luar bandar dengan sistem pendidikan yang dilaksanakan. ii. Terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar dengan penglibatan ibu bapa dan penjaga. iii. Terdapat hubungan signifikan antara tahap pendidikan pelajar luar bandar dengan teknik pengajaran guru. 1.6 BATASAN KAJIAN Semasa menjalankan kajian, terdapat beberapa batasan kajian yang berkemungkinan dihadapi oleh penyelidik. Antaranya ialah kekangan dari segi masa, kos dan juga kaedah yang diguna pakai. Hal ini akan member kesan kepada penyelidikan yang dilakukan. Batasan tersebut adalah seperti berikut : i. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik. Dengan ini, segala maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas melalui soal selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik. ii. Dari segi kos, kajian ini dibiayai sepenuhnya oleh penyelidik. Maka ianya akan menjadi bebanan kepada penyelidik untuk menjalankan kajian ini. 1.7 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat. Dalam kajian ini, faktor yang dikaji ialah teknik pengajaran guru, sokongan dan galakan ibu bapa / penjaga, hasrat dan semangat pelajar, kerjasama masyarakat setempat, kemiskinan keluarga dan masalah keluarga. Aspek–aspek ini dianggap sebagai aspek yang penting dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar luar bandar. 3
  • 4. Kajian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya peranan pihak sekolah dan ibu bapa perlu sedar akan kepentingan pendidikan kepada pelajar luar bandar. Kajian ini juga diharapkan dapat mewujudkan kesedaran kepada pihak guru dan sekolah tentang kelengkapan dan keperluan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hasil dapatan daripada kajian ini akan memberikan satu garis panduan kepada masyarakat batapa pentinganya pelajaran kepada pelajar luar bandar. Kajian ini juga merupakan satu alternatif meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar dalam usaha membentuk insan yang berjaya dan berkualiti. 1.8 DEFINISI OPERASIONAL Definisi operasional adalah merupakan pengertian atau makna bagi sesuatu perkataan atau ayat tertentu. Dalam kajian ini yang melibatkan “ Kajian Terhadap Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Pendidikan Masyarakat ”. 1.8.1 Kajian Menurut Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima (1994: 517), kajian bermaksud kegiatan usaha, proses mengkaji. 1.8.2 Faktor Menurut Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima (1994: 321), ia bermaksud keadaan atau tenaga yang mempunyai pengaruhnya atas hasil daripada sesuatu. 1.8.3 Mempengaruhi Menurut Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima (1994: 936), ialah berpengaruh atas, menggunakan pengaruh kepada dan menguasai. 1.8.4 Tahap Menurut Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima (1994: 1263), tahap bermaksud peringkat dan tingkat. Dalam kajian ini, tahap merupakan peringkat-peringkat prestasi pencapaian akademik pelajar sama ada meningkat atau menurun. 1.8.5 Pendidikan Menurut Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima (1994: 282), ialah perihal mendidik. Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran kepakaran khusus, dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat tetapi lebih mendalam dalam pemberian pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan. Salah satu asas matlamat pendidikan adlah untuk mengajar kebuadayaan melangkaui generasi. 1.8.6 Masyarakat 4
  • 5. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima (1994: 806), ialah kumpulan manusia yang hidup bersama dalam sesuatu tempat dengan aturan – aturan dan cara tertentudalam pergaulan hidup. Masyarakat ( society ) merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama – sama. Ia juga boleh dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi perlaksanaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat, atau tidak dibuat oleh kumpulan orang itu. 1.9 PENUTUP Dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan serba sedikit tentang latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, dan definisi istilah. Untuk mencapai keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, pihak yang bertanggungjawab perlu melaksanakan program yang berpotensi member bantuan serta bimbingan kepada pelajar dalam usaha menjadi individu yang cemerlang dalam bidang pendidikan. BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN 5
  • 6. Dalam bab ini, penyelidik membuat sorotan kajian penulisan yang mempunyai hubungan dengan permasalahan yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat luar bandar. Kajian–kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk dibincangkan adalah mengikut faktor– faktor yang dikaji. Perihal yang dibincangkan turut disokong oleh pendapat, pandangan serta teori – teori daripada tokoh–tokoh. Model yang sesuai digunakan bagi membantu kajian ini dan seterusnya menjadi panduan untuk membina kerangka ujian. 2.2 PRESTASI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR MELAYU Pada semua peringkat pendidikan pencapaian pelajar Bumiputera kurang cemerlang berbanding dengan pelajar bukan Bumiputera. Pada peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), pencapaian gred A bagi mata pelajaran Sains dan Matematik menunjukkan perbezaan antara kaum, lokasi, jenis sekolah, dan jantina. Pelajar bukan Bumiputera sama ada di Sekolah Kebangsaan (SK) atau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), bandar atau luar bandar menunjukkan prestasi yang lebih baik. Sebaliknya, pencapaian prestasi pelajar Bumiputera adalah berbeza mengikut faktor lokasi dan jantina. Gambaran yang sama juga ditunjukkan pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 2.3 PUNCA KELEMAHAN PEMBELAJARAN Proses pembelajaran berlaku dalam masyarakat sama ada masyarakat sekolah dan juga masyarakat umum. Suasana diantara kedua-dua masyarakat ini amat penting. Keadaan suasana yang sesuai akan menggalakkan proses pembelajaran di kalangan para pelajar. Manakala suasana yang tidak sesuai pula akan membantutkan lagi proses pembelajaran. Dalam usaha untuk mewujudkan suasana pencapaian pembelajaran yang tinggi, terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian iaitu : a) Teknik pengajaran guru b) Sokongan dan galakan ibu bapa / penjaga c) Hasrat dan semangat pelajar d) Kerjasama masyarakat setempat e) Kemiskinan keluarga f) Masalah keluarga 2.3.1 Teknik Pengajaran Guru Pada masa kini, sistem pendidikan di negara kita telah bertambah pesat seiring dengan kemajuan negara. Oleh itu, ilmu pengetahuan telah berubah dan bertambah dengan pantas mengikut peredaran masa, maka guru dikehendaki mempelbagai dan mengemaskini teknik pengajaran yang digunakan oleh mereka. Guru sekarang ini perlu mengajar secara berkesan dan penuh keyakinan. Selain itu, guru juga perlu menunjukkan kewibawaan, keazaman dan kasih sayang yang tidak berat sebelah dan pilih kasih di antara pelajar. 6
  • 7. Kebanyakan guru mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang kepimpinan bilik darjah kerana bagi mereka peranan kepimpinan terletak di bahu pengetua atau pentadbir sekolah. Menurut Blase dan Blase (1998) bahawa asas kejayaan sebuah sekolah yang berjaya bukannya disebabkan oleh pemimpin pengajaran (pengetua atau guru besar) tetapi disebabkan oleh kordinasi para guru selaku pemimpin pengajaran. Teknik pengajaran yang kreatif dapat membantu guru untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar. Menurut Sparks (2003), berpendapat bahawa guru adalah agen-agen perubahan yang penting dalam memastikan sekolah mereka menjadi sekolah yang berkesan. Guru sebagai agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempelajari ciri-ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanan sekolah dapat ditingkatkan. Oleh itu, guru perlu mempelbagaikan teknik pengajaran mereka mengikut peredaran zaman. Cara penyampaian dan stail kepimpinan guru di dalam bilik dajah adalah aspek utarna menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Ia termasuk suara guru seperti nada yang sesuai, lantang, jelas dan terang. Sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan seseorang guru akan membawa pelajar ke arah cemerlang sarna ada dari segi intelek, afektif dan psikornotor. Selain itu, stail kepimpinan demokratik yang menekan kepada kerjasama, berinisiatif serta bertoleransi dapat rnernbimbing pelajar dengan lebih berkesan. Penggunaan pujian dalam billik darjah menghasilkan peneguhan positif kerana pelajar yang sering dipuji akan berasa seronok dan bermotivasi tinggi dalam sesuatu pelajaran. Kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program pengajaran, peranan guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan juga visi peribadi kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategi - strategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan seringkali berubah-ubah seperti program pendidikan yang bertambah kompleks, peningkatan profesionalisme dan pengkhususan guru, pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran, harapan komuniti dan ibu bapa, dan perubahan kurikulum. Ini semua akan mewujudkan desakan dan tuntutan barn yang perlu diambil kira dalam merealisasikan kepimpinan pengajaran. 2.3.2 Sokongan Dan Galakkan Ibu Bapa Ibu bapa perlu memahami perubahan yang berlaku dalam alam persekolahan dan pendidikan kini. Ibu bapa hendaklah mengambil tahu masalah yang dihadapi anak – anak mereka di sekolah. Masalah yang biasa dihadapi oleh pelajar ialah masalah disiplin, masalah guru dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa juga perlu mengambil berat tentang anak – anak mereka, khasnya mengenai : a) Pembentukan akhlak. b) Penjagaan disiplin. c) Ajaran agama yang betul. d) Pergaulan yang sihat. e) Kemudahan yang sesuai. Kajian penyelidik menyatakan kebanyakan ibu bapa di luar bandar memberi dorongan kepada anak–anak mereka di sekolah untuk belajar bersungguh–sungguh. Kebanyakan pelajar di luar bandar hanya menghadiri kelas–kelas tambahan di sekolah sahaja kerana sukar untuk mendapatkan bahan–bahan bacaan tambahan daripada perpustakaan. Hal ini bermakna mereka 7
  • 8. hanya bergantung kepada buku–buku teks sahaja. Kekurangan bahan bacaan menyekat pertambahan ilmu dan menimbulkan kesukaran kepada pelajar–pelajar untuk mengupas dan menghurai sesuatu isu. Kajian Kes Mengenai Keciciran di Sekolah Menengah (BPPDP, 1996) menggariskan sikap negatif ibu bapa dan keluarga terhadap pendidikan termasuklah tidak atau kurang mengambil berat terhadap pendidikan anak, kurang kesedaran tentang kepentingan pelajaran, lebih suka anak bekerja daripada bersekolah, dan membiarkan anak ponteng sekolah. Terdapat juga ibu bapa yang merestui, membiarkan, atau tidak tahu mengambil tindakan terhadap tingkah laku anak yang nakal. Keluhan yang sering diluahkan oleh ibu bapa sebegini adalah seperti “Apa yang boleh kami buat?”, dan “Sekiranya anak-anak tetap tidak mahu bersekolah, apa yang boleh kami lakukan?”. Sikap negatif ini juga menyumbang kepada salah laku moral dan seks di kalangan pelajar. Mengikut perangkaan Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, di antara bulan Januari dan September tahun 2001 terdapat sebanyak 973 kes salah laku moral yang dilaporkan. Ketiadaan bimbingan daripada ibu bapa dan guru ini akan mengakibatkan pelajar-pelajar menghadapi masalah pembelajaran seperti : a) Memahami pelajaran. b) Mengingati fakta-fakta. c) Menjawab soalan-soalan. d) Menghuraikan konsep. e) Member pendapat tentang isu-isu penting. 2.3.3 Hasrat Dan Semangat Pelajar Pengetua, guru dan ibu bapa perlu menanamkan semangat yang tinggi kepada pelajar. Ketiga -tiga golongan ini hendaklah member perhatian yang utama kepada pendidikan pelajar, dan bukan kepada pelajaran semata-mata. Benda yang dididik adalah pelajar. Oleh itu, pelajar perlu diberikan keutamaan dan tumpuan sepenuhnya. Pelajar-pelajar hari ini perlu diberi dan ditanamkan semangat yang tinggi supaya mereka sedar dan insaf akan kepentingan proses dan teknik pembelajaran yang sesuai dan berkesan. Pelajar yang mempunyai semangat yang tinggi dalam pelajaran akan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam dalam pelajaran. Selain itu, pelajar juga perlu dinasihatkan selalu supaya mereka akan yakin akan kebolehan diri sendiri, belajar berterusan daripada awal, banyak membaca, belajar secara berkumpulan, membuat perbincangan dengan guru tentang masalah dalam mata pelajaran. Pelajar di luar bandar tidak seharusnya cepat berputus asa. Pelajar-pelajar perlu menubuhkan kumpulan belajar (study group) sendiri dan menggalakkan perbincangan tersusun. Hal ini demikian, akan meningkatkan tahap pencapaian akademik mereka. Dengan perbincangan secara berkumpulan ini mampu menghalang factor-faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat. 2.3.4 Kerjasama Masyarakat Setempat 8
  • 9. Sekolah dibina dalam masyarakat dan kepunyaan masyarakat. Sekolah menyediakan pelajar untuk masyarakat. Manakala masyarakat pula mengharapkan pelajar-pelajar yang berakhlak tinggi, mulia, berbudi pekerti dan yang boleh member sumbangan kemajuan negara. Oleh hal demikian, sekolah dengan masyarakat perlu rapat dan saling membantu. Masyarakat setempat, pada keseluruhannya belum lagi berjaya mewujudkan sesuatu langkah langkah yang berkesan untuk menyekat pengaruh-pengaruh yang tidak diingini daripada terus terjebak kepada pelajar-pelajar sekolah. Sekiranya pengaruh ini merebak di kalangan pelajar sekolah akan menjejaskan pelajaran mereka. Keadaan alam sekeliling juga penting untuk suasana pembelajaran dalam membentuk perkembangan personaliti pelajar-pelajar dan juga mempengaruhi sikap guru. Suasana perhubungan juga hendaklah lisin, rapat, mesra dan berkesan. Terutamanya antara guru dengan guru, guru dengan pelajar, dan sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat. Kemesraan dalam perhubungan ini akan menimbulkan semangat perkhidmatan dan pembelajaran yang tinggi dan berkesan. 2.3.5 Faktor Kemiskinan Keluarga Faktor kemiskinan mempunyai perkaitan dengan tahap pendidikan masyarakat luar bandar. Ketidakseimbangan sosioekonomi dan wujudnya golongan miskin banyak mempengaruhi perbezaan pencapaian akademik di kalangan pelajar luar bandar dan bandar. Faktor kemiskinan, keluarga, pelajar, sekolah, dan persekitaran banyak mempengaruhi kelemahan pelajar bumiputera khususnya pelajar Melayu dalam akademik terutamanya dalam aspek bahasa, angka, pembelajaran, dan perkembangan minda. Di Malaysia, konsep kemiskinan yang sering digunakan adalah berasaskan komponen ekonomi dan dilihat dari dua aspek iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif ( Chamhuri, 2001; Cheong dan Fredericks, 1977; MAPEN II, 2001; Oaman-Rani, 1995 ). Kemiskinan mutlak merujuk kepada keadaan kekurangan pendapatan kasar bulanan untuk membeli keperluan minimum sesebuah isi rumah yang meliputi keperluan makanan, pakaian, tempat kediaman, dan keperluan asas lain. Ukuran yang digunakan adalah berdasarkan taraf pendapatan minimum atau Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Manakala kemiskinan relatif pula merujuk kepada ketidaksamarataan pendapatan antara kumpulan yang diukur berdasarkan nisbah perbezaan pendapatan antara kumpulan pendapatan, kumpulan etnik, isi rumah bandar dan luar bandar, dan peratus isi rumah dengan pendapatan. Keluarga yang kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk membeli peralatan dan bahan pembelajaran, membayar yuran sekolah, tambang bas, dan membeli cermin mata (BPPDP, 1996). Ada juga keluarga kurang berkemampuan yang mengharapkan anak-anak untuk bekerja bagi membantu keluarga. Keluarga miskin juga kurang mampu menyediakan rumah yang selesa untuk seisi keluarga menyebabkan suasana tidak kondusif untuk menjadi tempat belajar. Menurut perangkaan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga, sebanyak 7.5 peratus penduduk Malaysia adalah di bawah paras kemiskinan. Ini bermakna seramai 1.7 juta penduduk Malaysia perlu diberi perhatian yang sewajarnya dan daripada jumlah tersebut sebanyak 16.5 peratus adalah daripada keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal (The Sun, 22 Mei 2002). 9
  • 10. Melalui kajian yang telah dibuat, pencapaian akademik pelajar Melayu yang tinggal di luar bandar lebih rendah berbanding dengan pelajar Melayu yang tinggal di bandar pada setiap peringkat pendidikan dan kadar keciciran adalah tinggi di kawasan luar bandar. Masalah kemiskinan, kesempitan hidup, dan kewangan menyebabkan ibu bapa tidak mampu untuk menampung perbelanjaan sekolah anak-anak. Oleh itu, didapati ramai pelajar yang miskin telah bekerja untuk membantu menyara keluarga. Mereka ini telah melakukan berbagai – bagai jenis pekerjaan seperti membantu ibu bapa bekerja di sawah, lading, kebun atau mengusahakan perniagaan keluarga dan membantu membuat kerja rumah serta menjaga adik-adik ketika ibu bapa keluar bekerja. Kajian Universiti Malaya (Leong Yin Ching dan lain-lain, 1990) tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar mendapati bahawa status sosioekonomi merupakan faktor utama bagi menentukan kejayaan seseorang pelajar terutama pada peringkat rendah (29.0%) dan berkurangan pada peringkat menengah (PMR 16.0% dan SPM 9.0%). Walau bagaimanapun, faktor sosioekonomi tidak mempengaruhi pelajar pada peringkat STPM. Kajian ini juga menjelaskan bahawa sosioekonomi keluarga juga mempengaruhi sikap pelajar terhadap aspirasi, motivasi, konsep kendiri, dan penyertaan dalam aktiviti kokurikulum. Kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat (Zarinah Arshat dan Rozumah Baharudin,1999) juga mendapati bahawa faktor sosioekonomi, khususnya tahap pendidikan yang diterima oleh ibu bapa, mempengaruhi pencapaian akademik anak mereka. 2.3.6 Masalah Keluarga Masalah keluarga yang biasa dihadapi oleh pelajar ialah masalah penceraian di antara kedua – dua ibu bapa mereka. Masalah penceraian banyak mempengaruhi tahap pencapaian pendidikan pelajar. Pelajar daripada keluarga yang bercerai seringkali mengalami pelbagai tekanan semasa berada di dalam kelas dan di rumah. Hal ini tidak kondusif untuk mereka mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja rumah dengan penuh tumpuan. Keadaan akan bertambah lebih buruk lagi sekiranya pelajar tersebut menjadi sasaran penganiayaan. Menurut kajian yang telah dibuat oleh Bower ( 1960 ), Mc Dermott ( 1970 ), dan Wallerstain ( 1976 ), maka kajian ini telah menunjukkan suasana keluarga tidak tenteram dan berakhir dengan penceraian telah menyebabkan tingginya masalah keciciran, dan pencapaian akademik yang kurang baik. Rumah tangga yang kucar kacir dan mengalami keruntuhan seperti penceraian, poligami, dan ibu bapa tidak tinggal serumah menyebabkan keruntuhan akhlak dan masalah sosial di kalangan pelajar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa apabila berlaku penceraian, tanggungjawab memelihara anak selalunya diserahkan kepada datuk atau nenek (BPPDP, 2001a). Faktor-faktor ini menyebabkan kurangnya kemesraan dan komunikasi berkesan antara anak dan ibu bapa Kebanyakan anak daripada keluarga bercerai akan tinggal dengan ibu ataupun nenek mereka. Keadaan sosioekonomi yang rendah bukan sahaja hanya menunjukkan kurang sumber kewangan untuk perbelanjaan sekolah dan pembelian peralatan pembelajaran tetapi juga akan mengurangkan tumpuan atau prioriti keluarga terhadap pelajaran mereka. Anak-anak dari keluarga yang telah bercerai akan menghadapi masalah untuk member tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Pelajar ini kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran guru semasa di sekolah kerana terlalu memikirkan masalah keluarga. Pelajar-pelajar daripada keluarga yang bercerai lebih memikirkan bagaimana untuk mendapatkan wang yang lebih untuk hidup daripada memikirkan soal-soal pelajaran mereka. 10
  • 11. Oleh itu, bukan sahaja pelajar tidak mendapat sokongan daripada keluarga untuk belajar, sebilangan mereka tidak hadir ke sekolah atau tercicir sekolah semata-mata untuk membantu keluarga mencari wang. Selain itu, terdapat juga pelajar yang terpaksa berhenti sekolah awal untuk berkahwin bagi mengurangkan beban dari mendapat bantuan dan bakal suami anak tersebut. Walau bagaimanapun, tindakan komprehensif dari berbagai pihak, seperti pendidikan kebajikan dan kesihatan perlu dirancang dan dirangka untuk membantu pelajar yang malang ini. Sokongan moral, kebajika kesihatan dan sebagainya perlu untuk mengembang potensi mereka sebagai pewaris generasi akan datang. 2.4 MODEL PENGAJARAN YANG BERKAITAN Terdapat beberapa model pengajaran yang berkaitan dengan kajian ini yang dijadikan sebagai panduan. Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan model pengajaran Sim. Pengajaran merupakan satu sistem aktiviti yang secara khusus ditujukan kepada murid-murid dengan tujuan membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka. Menurut Koh Boh Boon (1985), pengajaran adalah satu proses yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu. Sebagai satu proses, pengajaran merupakan suatu jaringan aktiviti yang dikendalikan oleh guru bagi menghubungkan murid-murid melalui pemahaman yang dijangka dapat dipindahkan setelah hubungan itu dikawal baik oleh kaedah tertentu yang digunakan. 2.4.1 MODEL PENGAJARAN SIM Dalam model pengajaran ini, Sim telah mengutarakan lima komponen penting atau pembolehubah dan komponen-komponen tersebut ialah objektif pengajaran, guru, murid, isi pelajaran dan persekitaran (Asmah Ahmad, 1989 dan Hayati, 2000). Menurut Sim, dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran, proses berinteraksi boleh berlaku antara guru dan murid dengan satu, dua atu tiga komponan yang lain. Hal ini diperlihatkan seperti dalam gambar rajah yang berikut : Objektif Guru Murid Persekitaran 11
  • 12. Isi Rajah 2.1 : Proses pengajaran berdasarkan Model Sim Interaksi Antara Guru, Murid Dan Objektif Objektif pelajaran yangditentukan oleh guru harus berlandaskan kebolehan, keupayaan mental dan fizikal murid-murid. Di samping itu, dengan berpandukan objektif, isi pelajaran yang sesuai dapat disediakan. Objektif yang dicadangkan oleh guru harus dapat memaparkan perubahan tingkah laku murid-murid. Interaksi Antara Guru, Murid Dan Isi Pelajaran Isi pelajaran yang ditentukan oleh guru harus sesuai dan bertepatan dengan minat, keupayaan dan kebolehan murid-murid. Isi pelajaran yang dipilih hendaklah sesuai. Isi pelajaran yang ditentukan dn diperingkatkan oleh guru hendaklah mempunyai urutan yang baik dan sistematik. Hal ini penting untuk membolehkan isi pelajaran dapat diikuti oleh murid-murid dengan mudah. Isi pelajaran yang dirancangkan dan disampaikan oleh guru hendaklah mengikut strategi dan kaedah-kaedah tertentu untuk membolehkan murid-murid memperolehnya secara berkesan. Interaksi Antara Guru, Murid Dan Persekitaran Kemudahan yang terdapat di tempat belajar haruslah dapat memenuhi keperluan dan memperkayakan pengajaran. Kemudahan bahan-bahan sokongan hendaklah berfungsi dan sesuai. Keadaan tempat belajar yang dikelolakan oleh guru haruslah sesuai dengan perkembangan intelek, emosi, rohanidan jasmani serta sosial murid-murid. 2.5 TEORI PEMBELAJARAN YANG BERKAITAN Teori merupakan antara perkara asas dalam sesuatu bidang ilmu. Secara umumnya, teori merupakan andaian-andaian atau hipotesis-hipotesis tentang sesuatu yang berlandaskan kajian. Terdapat juga pendapat-pendapat lain yang menghuraikan definisi teori. Menurut Stanovich (1992) dan Esah (2003), teori ialah set konsep-konsep yang saling berkait, yang Teori pembelajaran pula didefinisikan sebagai hipotesis-hipotesis oleh ahli psikologi tentang maksud pembelajaran, bagaimana ia berlakaudan faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran. Pembelajaran merupakan suatu fenomena utama yang melibatkan perkembangan dan pertumbuhan individu, kemajuan sesuatu kaum dan ketamadunan mereka. Ekorn daripada usaha maka wujudlah pelbagai teori yang digunakan dalam bidang pendidikan. 2.5.1 Teori Kognitif Teori ini berpegang bahawa pembelajaran sebagai satu proses pemikiran. Perubahan-perubahan tingkah laku atau disebut sebagai pembelajaran itu hanyalah suatu refleksi perubahan dalam. Menurut pandangan Jean Piaget (1986 – 1980), manusia tidak sahaja menerima maklumat tetapi memproses maklumat yang diterima dan menjadikan setiap individu itu merupakan ahli fikir 12
  • 13. yang dapat membentuk dan mencipta sesuatu berlandaskan kebolehan-kebolehan masing- masing. Manuasia merupakan makhluk yang sentiasa ingin tahu akan pelbagai hal dan sentiasa meneroka persekitaran berdasarkan apa yang diketahuai dan dipelajari hasil daripada interaksi sosial dan psikologi yang berlaku. Teori ini dapat membantu penyelidik mengkaji keberkesanan faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat. BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 PENGENALAN Kaedah di dalam kajian ini adalah amat penting untuk memastikan keputusan yang dikehendaki diperoleh penyelidik. Kaedah dapat menentukan keberkesanan sesuatu kajian dan mempengaruhi hasil dapatan yang akan diperoleh nanti. Kaedah yang digunakan dalam “ Kajian Terhadap Faktor Yang Mempengaruhi Tahap Pendidikan Masyarakat ” ini ialah kaedah soal selidik. Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan pendidikan ini. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta – fakta, kepercayaan , perasaan, kehendak dan sebagainya. Menurut Mohd. Majid Konting ( 1993 ), soal selidik lebih pratikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar. Beliau juga berpendapat bahawa dengan menggunakan kaedah soal selidik ini dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan soalan yang diberikan. Umumnya terdapat dua jenis soal selidik. Pertama, soal selidik jawapan di pilih bila mana subjek dikehendaki memilih jawapan tepat terhadap soalan atau rangsangan yang dikemukan. Kedua ialah soal selidik jawapan diberi. Dalam kajian ini penyelidik telah menggunakan kaedah soal selidik yang pertama iaitu soal selidik jawapan dipilih. Kaedah ini akan memudahkan penyelidik untuk mendapatkan maklumat data yang dikehendaki dan sekaligus mendapat hasil yang memuaskan. Kaedah ini juga dapat membantu penyelidik membuat analisis bagi kajian yang dijalankan. 3.2 TEMPAT DAN MASA KAJIAN Kajian ini dijalankan di Kampung Nara, Pasir Puteh, Kelantan sebagai sampel. Para responden adalah terdiri daripada latar belakang yang berbeza - beza. Seramai 20 orang penduduk kampung telah dijadikan responden dalam populasi kajian ini. Masa kajian yang diperlukan untuk membuat penyelidikan pada musim cuti pertengahan semester. 3.3 REKA BENTUK KAJIAN Kepentingan reka bentuk kajian adalah untuk membantu penyelidik menjalankan kajian dengan lebih teratur. Pada peringkat permulaan kajian, data – data yang berkaitan dengan tajuk kajian telah dikumpul dan dianalisis. Antara kaedah pengumpulan data yang digunakan ialah kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik. Sebelum kajian dijalankan perkara seperti latar belakang , objektif, kepentingan kajian telah dikenal pasti. 13
  • 14. Kajian ini merupakan satu kajian deskriktif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana kos yang lebih murah dan masa yang diperuntukan juga singkat. Selain itu, penyelidik juga boleh memperolehi data atau maklumat daripada bilangan responden yang lebih ramai dan cepat, responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan. Di samping itu juga, soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan daripada responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis. Data kajian akan dikumpul daripada sampel melalui borang soal selidik. Melalui kajian ini, ukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi. 3.4 PROSEDUR KAJIAN Kajian yang dijalankan ini melibatkan penduduk Kampung Nara, Pasir Puteh, Kelantan sebagai sampel. Sebelum membuat kajian penyelidik perlu meminta kebenaran daripada pihak yang berkaitan. Kajian berbentuk soal selidik ini dijalankan di kampung. Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengetahui faktor-faktor yang yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat. Segala perbincangan ini adalah berlandaskan kepada persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukan dalam Bab 1. 3.5 INSTRUMEN KAJIAN Menurut Azhar Harun ( 2004 ), instrumen kajian merupakan cara yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat seperti soal selidik. Instrumen kajian merupakan soal selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik. Sebelum soal selidik digunakan dalam kajian ini, kajian rintis telah dijalankan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang utama. Sebanyak 20 borang soal selidik telah diedarkan kepada para responden. Soalan soal selidik kajian ini terdiri daripada 16 soalan yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A terdiri daripada empat pernyataan yang bertujuan untuk mengenalpasti ciri – ciri demografi manakala bahagian B meliputi 12 pernyataan mengenai punca kelemahan pembelajaran. Penyataan ini kemudiannya akan dianalisis. 3.6 PENGUMPULAN DATA ANALISIS DATA Kaeadah pengumpulan data yang akan dibincangkan adalah memfokuskan kepada sumber data. Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer dan maklumat sekunder. Data primer ialah data asal yang dikutip oleh penyelidik. Dalam kajian ini, data – data diperolehi melalui maklum balas daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terpilih. Data ini merupakan sumber maklumat yang terpenting kerana ia diperlukan untuk menjelaskan tajuk kajian, mendapatkan fakta dan hasil penemuan yang telah dibuat daripada kajian lepas. Bagi mendapatkan bahan dan maklumat untuk kajian ini, rujukan telah di buat di Perpustakaan Tunku Bainun ( UPSI ). Selain itu, sumber bagi data sekunder ini juga turut diperolehi daipada jurnal – jurnal, buku rujukan dan juga maklumat daripada laman web. Tempoh yang diberikan untuk memulangkan borang soal selidik adalah selama 3 hari. Hasil kajian itu kemudiannya dibuat jadual untuk memahami isi yang penting. Hasil kajian seterusnya dianalisis oleh penyelidik. 14
  • 15. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KAJIAN TERHADAP FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP PENDIDIKAN MASYARAKAT. BAHAGIAN A Arahan : Sila tandakan ( X ) pada ruangan yang telah disediakan dengan menggunakan pen dan menulis jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang dikemukan. 1) Jantina a) Lelaki b) Perempuan 2) Apakah bangsa anda? a) Melayu b) Cina c) India d) Lain-lain. Nyatakan _____________ 3) Apakah agama anda? 15
  • 16. a) Islam b) Kristian c) Budha d) Hindu 4) Apakah pekerjaan anda? a) Tidak bekerja b) Petani c) Guru d) Lain-lain. Nyatakan ________________ BAHAGIAN B Arahan : Sila jawab soalan kajian di bawah berdasarkan pengalaman atau pandangan anda. Sila bulatkan pada jawapan yang tepat di petak jawapan berdasarkan simbol di bawah. 1 : Sangat Tidak Setuju 2 : Tidak Setuju 3 : Setuju 4 : Sangat Setuju Punca Kelemahan Pembelajaran 16
  • 17. BIL SOALAN KAJIAN 1 Guru dikehendaki mempelbagai dan mengemaskinikan teknik 1 2 3 4 pengajaran mereka. 2 Ibu bapa perlu mengambil berat tentang pendidikan anak – 1 2 3 4 anak mereka. 3 Semangat pelajar yang kurang menjadikan tahap pendidikan 1 2 3 4 mereka lemah. 4 Adakah kerjasama daripada masyarakat setempat yang rendah 1 2 3 4 banyak mempengaruhi tahap pendidikan pelajar luar bandar. 5 Pelajar belajar dengan menggunakan teknik yang salah. 1 2 3 4 6 Pelajar tidak mempunyai cita-cita yang tinggi pada masa 1 2 3 4 hadapan. 7 Adakah latar belakang keluarga mempengaruhi tahap 1 2 3 4 pendidikan anak-anak. 8 Pelajar kerap kali ponteng sekolah dan kelas. 1 2 3 4 9 Pelajar lebih suka belajar pada saat-saat akhir terutama ketika 1 2 3 4 menghadapi peperiksaan. 10 Kekurangan kemudahan untuk pendidikan akan menyekat 1 2 3 4 perkembangan ilmu pengetahuan. 11 Pelajar tidak suka bertanya semasa di dalam kelas. 1 2 3 4 12 Pelajar lebih suka akan hiburan. 1 2 3 4 BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN Dalam proses penganalisian data ini, penyelidik membahagikan kepada dua bahagian iaitu: a) Penganalisian maklumat peribadi responden b) Penganalisian pandangan dan pendirian responden. 4.1 Penganalisaan Maklumat Peribadi Responden 17
  • 18. Untuk menganalisa maklumat peribadi responden, penyelidik hanya melihat kepada jantina, agama, bangsa dan pekerjaan. Item (Jantina) Bilangan Peratus(%) Lelaki 8 40 Perempuan 12 60 Jumlah 20 100 Jadual 4.1 Taburan jantina responden Daripada jadual di atas menunjukkan seramai 20 orang telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik. Daripada jumlah tersebut, seramai 12 orang perempuan atau 60% manakala lelaki seramai 8 orang atau 40%. Peratusan perempuan lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Oleh itu, pelajar perempuan lebih ramai berbanding pelajar lelaki. Item (Bangsa) Bilangan Peratus(%) Melayu 20 100 Cina 0 0 India 0 0 Lain-lain 0 0 Jumlah 20 100 Jadual 4.2 : Taburan bangsa responden Jadual ini menunjukkan bahawa daripada jadual keseluruhan responden ialah 20 orang. Jumlah keseluruhan responden adalah kesemuanya berbangsa Melayu iaitu 20 orang atau 100%. Keadaan ini kerana hanya penduduk Melayu yang tinggal di kampung tersebut. Item (Agama) Bilangan Peratus(%) Islam 20 100 Kristian 0 0 Buddha 0 0 Hindu 0 0 Jumlah 20 100 Jadual 4.3 Taburan agama responden Jadual ini menunjukkan bahawa jenis agama yang dianuti penduduk. Kesemua responden beragama Islam iaitu 20 orang atau 100%. Keadaan ini kerana semua responden berbangsa Melayu, oleh itu, mereka mengamalkan agama Islam. Item (Pekerjaan) Bilangan Peratus(%) Tidak bekerja 10 50 Petani 5 25 Guru 2 10 Lain-lain 3 15 Jumlah 20 100 Jadual 4.4: taburan pekerjaan responden 18
  • 19. Jadual ini menunjukkan taburan pekerjaan responden. Daripada jumlah itu, golongan yang tidak bekerja seramai 10 orang atau 50%, petani 5 orang atau 25%, guru seramai 2 orang atau 10% dan lain-lain seramai 3 orang atau 15%. Golongan yang tidak bekerja paling ramai kerana ia terdiri daripada suri rumah dan pelajar. 4.2 Penganalisisan Pandangan Dan Pendirian Responden. Penganalisisan ini dijalankan berdasarkan kepada persoalan kajian yang dibina iaitu: 1) Guru dikehendaki mempelbagai dan mengemaskinikan teknik pengajaran mereka. 2) Ibu bapa perlu mengambil berat tentang pendidikan anak – anak mereka. 3) Semangat pelajar yang kurang menjadikan tahap pendidikan mereka lemah. 4) Adakah kerjasama daripada masyarakat setempat yang rendah banyak mempengaruhi tahap pendidikan pelajar luar bandar. 5) Pelajar belajar dengan menggunakan teknik yang salah. 6) Pelajar tidak mempunyai cita-cita yang tinggi pada masa hadapan. 7) Adakah latar belakang keluarga mempengaruhi tahap pendidikan anak-anak. 8) Pelajar kerap kali ponteng sekolah dan kelas. 9) Pelajar lebih suka belajar pada saat-saat akhir terutama ketika menghadapi peperiksaan. 10) Kekurangan kemudahan untuk pendidikan akan menyekat perkembangan ilmu pengetahuan. 11) Pelajar tidak suka bertanya semasa di dalam kelas. 12) Pelajar lebih suka akan hiburan. Jadual 4.5 Keputusan kajian faktor-faktor mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat. No. Item soalan 1 ( Sangat 2 ( Tidak 3 (Setuju) 4 ( Sangat tidak Setuju) Setuju) Setuju) 1 Guru dikehendaki 0 0 7 13 mempelbagai dan mengemaskinikan (0%) (0%) (35%) (65%) teknik pengajaran mereka. 19
  • 20. 2 Ibu bapa perlu 0 0 2 18 mengambil berat tentang pendidikan (0%) (0%) (10%) (90%) anak – anak mereka. 3 Semangat pelajar yang 0 4 10 6 kurang menjadikan tahap pendidikan (0%) (20%) (50%) (30%) mereka lemah. 4 Adakah kerjasama 1 6 13 0 daripada masyarakat setempat yang rendah (5%) (30%) (65%) (0%) banyak mempengaruhi tahap pendidikan pelajar luar bandar. 5 Pelajar belajar dengan 2 8 8 2 menggunakan teknik yang salah. (10%) (40%) (40%) (10%) 6 Pelajar tidak 0 12 5 3 mempunyai cita-cita yang tinggi pada masa (0%) (60%) (25%) ( 15%) hadapan. 7 Adakah latar belakang 5 8 7 0 keluarga mempengaruhi tahap (25%) (40%) (35%) (0%) pendidikan anak-anak. 8 Pelajar kerap kali 1 8 9 2 ponteng sekolah dan kelas. (5%) (40%) (45%) (10%) 9 Pelajar lebih suka 0 0 16 4 belajar pada saat-saat akhir terutama ketika (0%) (0%) (80%) (20%) menghadapi peperiksaan. 10 Kekurangan 0 3 14 3 kemudahan untuk pendidikan akan (0%) (15%) (70%) (15%) menyekat perkembangan ilmu pengetahuan. 11 Pelajar tidak suka 0 2 16 2 bertanya semasa di dalam kelas. (0%) (10%) (80%) (10%) 12 Pelajar lebih suka akan 0 0 13 7 hiburan. 20
  • 21. (0%) (0%) (65%) (35%) Jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap pendidikan masyarakat. Kesemua item soalan ini telah dijawab oleh responden dengan jawapan yang berbeza berpandukan kepada 4 item jawapan iaitu 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (setuju) dan 4 ( sangat setuju). Bagi item soalan 1, seramai 7 atau 35% responden menjawab (setuju) dan 13 atau 65% reponden menjawab sangat setuju. Bagi item soalan 2, seramai 2 atau 10% responden manjawab bagi item setuju, dan 18 atau 90% reponden menjawab item sangat setuju. Bagi item solan 3 pula, seramai 4 atau 20% responden menjawab item tidak setuju, 10 atau 50% menjawab setuju dan 6 atau 30% menjawab sangat setuju. Bagi item soalan 4, seorang atau 5% menjawab tidak setuju, 6 atau 30% responden menjawab item tidak setuju, 13 atau 65% menjawab setuju. Bagi item soalan 5, 2 atau 10% menjawab sangat tidak setuju, 8 atau 40% responden menjawab item tidak setuju, 8 atau 40% menjawab setuju dan 2 atau 10% menjawab sangat setuju. Bagi item soalan 6, seramai 12 atau 60% responden menjawab item tidak setuju, 5 atau 425% menjawab setuju dan 3 atau 15% menjawab sangat setuju. Bagi item soalan 7,seramai 5 atau 25% menjawab sangat tidak setuju, 8 atau 40% responden menjawab item tidak setuju, 7 atau 35% menjawab setuju. Bagi item soalan 8, hanya 1 atau 5% menjawab sangat tidak setuju, 8 atau 40% responden menjawab item tidak setuju, 9 atau 45% menjawab setuju dan 2 atau 10% menjawab sangat setuju. Bagi item soalan 9, seramai 16 atau 80% menjawab sangat setuju, dan 4 atau 20% responden menjawab item sangat setuju. Bagi item soalan 10, seramai 3 atau 15% menjawab tidak setuju, 14 atau 70% responden menjawab item setuju, dan 2 atau 10% menjawab sangat setuju. Bagi item soalan 11, seramai 2 atau 10% menjawab tidak setuju, 16 atau 80% responden menjawab item setuju, 2 atau 10% menjawab sangat setuju. Bagi item soalan 12, seramai 13 atau 65% menjawab setuju dan 7 atau 35% menjawab sangat setuju. BAB 5 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, kelemahan pelajar luar bandar adalah disebabkan oleh budaya belajar yang dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu teknik pengajaran guru, sokongan dan galakan ibu bapa / penjaga, hasrat dan semangat pelajar, kerjasama masyarakat setempat, kemiskinan keluarga dan masalah keluarga. Pada hakikatnya, pelajar luar bandar perlu dan mesti mengubah sikap dan pemikiran mereka daripada pemikiran negatif, ambil mudah dan “ tidak apa ” kepada pemikiran yang lebih positif, bersungguh-sungguh dan berdaya saing, dan juga mempunyai 21
  • 22. jati diri yang tinggi dalam diri mereka. Untuk meningkatkan tahap pendidikan pelajar di luar bandar, strategi ke arah memperkukuhkan penguasaan kemahiran asas pembelajaran dan perubahan minda pelajar dan masyarakat setempat menjadi agenda utama bagi semua pihak. STRATEGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN PELAJAR Strategi untuk menangani pencapaian pelajar luar bandar memerlukan anjakan world view penggubal dasar dan masyarakat Melayu. Dalam merangka langkah bagi menangani kelemahan pelajar, pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan. Anatara langkah yang perlu dilaksanakan ialah celik belajar. Celik belajar adalah kebolehan seseorang pelajar mengetahui bagaimana memperoleh dan memanfaatkan ilmu pengetahuan (learn, unlearn, and relearn). Kebolehan ini cuma boleh dikuasai jika seseorang pelajar itu memahami kepentingan pendidikan, mempunyai keinginan untuk menimba ilmu dan mempunyai sikap yang positif terhadap pencarian ilmu serta tahu bagaimana untuk belajar. Celik belajar ini memerlukan strategi yang menggabung teori dan praktik, supaya guru dan pelajar dapat menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar memerlukan pembelajaran yang merangkumi dunia yang luas daripada apa yang berlaku dalam bilik darjah dan guru perlu menjadikan pengalaman sebenar pelajar sebagai inti pati bagi setiap pelajaran. Selain itu, daya konsentrasi di antara pelajar permpuan dan lelaki adalah berbeza. Menurut Zalizan (2001), daya konsentrasi pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki. Bagi mencapai celik belajar di kalangan pelajar lelaki, guru perlu lebih prihatin kepada mereka iaitu dengan menggunakan pendekatan mengajar yang lebih sesuai kepada “ learning style of boys ”. Pelajar luar bandar dan pelajar miskin paling ketandusan bimbingan dan cita-cita. Hidup mereka sentiasa di kalangan mereka yang senasib dan dengan itu sukar untuk melihat peluang mereka keluar daripada serba kekurangan. Sifat cintakan ilmu dapat membuka minda seseorang. Contohnya, mencintai ilmu menyebabkan seorang buta, Abul Hasan at - Tamimi, memperoleh ilmu hanya melalui pendengaran sahaja sehingga menjadi ulama fiqh mazhab Shafi’e yang terkenal. Kejayaan dan ketinggian ilmu oleh beberapa tokoh Islam diberi contoh yang jelas oleh Wan Mohd. Nor (1988), dan memperlihatkan kecelikan minda para ilmuan bertitik tolak daripada sifat cintakan ilmu. Pelajar Melayu perlu mencontohi bagaimana para ilmuan awal menimba ilmu walaupun dalam suasana perang, kemiskinan dan kekurangan kemudahan, dan berpindah - randah. Perancangan dan pembangunan celik minda pelajar perlu mencontohi proses pendidikan. Selain itu, peranan pelajar juga penting dalam meningkatkan tahap pendidikan mereka. Pelajar perlu sedar peranan utama mereka sendiri dalam penguasaan ilmu pengetahuan untuk mencapai kecemerlangan akademik. Antaranya ialah : a) Pelajar perlu mengulang kaji sebelum pelajaran, konsentrasi semasa pelajaran, dan mengulang kaji selepas pelajaran. 22
  • 23. b) Pelajar perlu berperanan untuk menghampiri ibu bapa mereka dan cuba menarik perhatian ibu bapa mereka terhadap pelajaran mereka di sekolah. Ibu bapa yang sibuk memerlukan kesungguhan anak, sekolah dan masyarakat untuk mengejutkan mereka terhadap tanggungjawab mereka. c) Pelajar perlu mempunyai sifat malu untuk melakukan perkara negatif seperti malas, ponteng kelas / sekolah, tidak mementingkan masa, melakukan aktiviti yang “tidak berfaedah”, dan tidak menghormati guru. Senarai Rujukan Dr. Faridah Abu Hassan, Dr. Naimah Ishak, Dr. Hamidah Yusof dan Dr. Habibah Abdul Rahim (2005). Kemiskinan Dan Pendidikan: Perubahan Minda Orang Melayu Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Akademik. Jurnal Penyelidikan Pendidikan. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Hussein Hj. Ahmad (1993). Pendidikan Dan Masyarakat : Antara Dasar, Reformasi Dan Wawasan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamarudin Hj. Kachar (1989). Pendidikan Dan Masyarakat. Kuala Lumpur : Teks Publishing Sdn. Bhd. & Penerbit ASAS Sdn.Bhd. Kamarudin Hj. Husin Dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (2004). Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Kayazano Enterprise. Mohd. Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 23
  • 24. Rahmad Sukor Ab. Samad dan Shahrir Jamaluddin (2005). Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Sheikh Othman Bin Sheikh Salim (1994). Kamus Dewan Edisi Baru Cetakan Kelima. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. T. Subahan Mohd. Meerah, Rohaty Mohd Majzud dan Ahmad Jaffni Hassan ( 1994 ). Pembangunan Sumber Manusia. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. Wan Zainura Bt Wan Yusof (2008). Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik Terhadap Tahap Pencapaian Akademik Pelajar. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda. 24