2. Tajuk jurnal :
Kesan Penggunaan Laman Sosial ke atas kaedah
perbincangan di dalam pengajaran dan
pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. (Jurnal
Teknologi dan Pendidikan Malaysia)
5. Berdasarkan kajian, dapatan keseluruhan menunjukkan responden bersetuju
di mana kaedah pengajaran dan pembelajaran secara perbincangan dalam
HASIL KAJIAN
mata pelajaran sejarah dengan mengaplikasi penggunaan laman sosial
dapat meningkatkan motivasi, gaya pembelajaran, kefahaman dan
mengatasi masalah yang dihadapi pelajar
Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah perbincangan dengan
penggunaan aplikasi laman sosial dapat meningkatkan motivasi pelajar
terhadap mata pelajaran Sejarah. Hal ini kerana daripada 36 item yang diuji
dengan purata min keseluruhan ialah 3.67.
Pembelajaran dan pengajaran secara perbincangan dengan menggunakan
aplikasi sosial berjaya meningkatkan teknik dan gaya pengajaran dan
pembelajaran dalam mata pelajaran sejarah. Ini ditunjukkan dengan
dapatan purata min keseluruhan teknik dan gaya pembelajaran ialah 3.86
daripada 10 item yang diuji.
Purata min bagi kefahaman tentang topik kajian adalah 4.8. Dapatan
tersebut menggambarkan bahawa kaedah perbincangan dengan
penggunaan aplikasi laman sosial dapat menguasai kefahaman pelajar
berkaitan dengan topik tamadun yunani
Hasil dapatan bagi persoalan terakhir menunjukkan purata min berada pada
tahap serdahana yang memberi maksud bahawa masalah yang dihadapi
berada pada tahap yang serdahana. Ini menunjukkan bahawa setiap pelajar
mempunyai pandangan berbeza terhadap masalah yang berlaku semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
6. KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini merumuskan bahawa
dengan penggunaan kaedah perbincangan melalui
laman sosial dapat meningkatkan motivasi dan
kefahaman pelajar. Pendekatan ini merupakan satu proses
pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar
dengan memberi peluang kepada pelajar terlibat dalam
aktiviti dengan secara aktif serta membolehkan
pembelajaran sosial berlaku melalui perbincangan semasa
menghadapi masalah atau ketidakfahaman tentang
sesuatu perkara. Seterusnya, motivasi pelajar terhadap
bahan pengajaran dan pembelajaran terbentuk secara
tidak langsung melalui penggunaan laman sosial. Oleh
yang demikian, pembelajaran yang berkesan akan
berlaku dan diikuti oleh peningkatan pencapaian pelajar
dalam mata pelajaran Sejarah.