8. 1) Persepsi Pelajar Untuk Memahami Proses P&P
Dalam Bahasa Inggeris.
Daripada Jumaat (2004), melalui kajiannya bertajuk
“Pandangan Pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah
Luar
Bandar
Terhadap
Pengajaran
Guru
Matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris” mendapati kaedah pengajaran guru
dwibahasa adalah disebabkan 60 peratus pelajar
sukar memahami pengajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, respon daripada
pelajar juga mendapati mereka kurang bermotivasi
untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris akibat
pengajaran dalam dwibahasa ini.
9. 2) Persepsi Pelajar Mengenai Penggunaan Bahasa
Inggeris Dalam Kehidupan Seharian.
Antara kelemahan utama berkaitan dengan penguasaan
Bahasa Inggeris ialah kelemahan diri pelajar untuk
berbahasa Inggeris dalam kehidupan sehariannya,
pergaulan dan perhubungan antara mereka. Zulkifli dan
Ahmad Puad (2005), menyatakan hanya terdapat 10
peratus rakyat Malaysia yang boleh berkomunikasi dalam
Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan rakyat Malaysia masih
lagi diperingkat yang lemah dalam penguasaan Bahasa
Inggeris. Para pelajar juga tergolong dalam golongan
yang rendah penguasaannya dalam berbahasa Inggeris.
10. 3) Persepsi Pelajar Terhadap Keperluan Bahasa
Inggeris.
Mohd. Rusli Jusoh (Persatuan-persatuan Ibu Bapa (PIBG)
Pasir Putih (Mac 2009), berkata, umum mengetahui
kepentingan Bahasa Inggeris bagi membolehkan anak
bangsa bersaing penuh yakin dan menimba ilmu di
peringkat dunia. “Yang perlu diberi penekanan ialah
penggunaan meluas bahasa Melayu dalam kehidupan
harian semua kaum, selain penguasaan Bahasa Inggeris
dengan lebih baik,” ujarnya. Beliau berkata demikian
kerana merasakan keperluan Bahasa Inggeris itu penting
dalam kehidupan pelajar untuk masa hadapan.
11. Rumusan yang dapat dibuat bagi sorotan kajian di atas
ialah masyarakat tahu akan keperluan Bahasa Inggeris
terhadap pelajar dan para pelajar juga tahu akan hal ini.
Walaubagaimanapun, apabila ianya dilaksanakan banyak
kelemahan yang dihadapi. Para pelajar merasa kurang
seronok untuk belajar dalam Bahasa Inggeris kerana kurang
faham apabila bahasa ini digunakan.
Oleh yang demikian, persepsi pelajar terhadap keperluan
Bahasa Inggeris adalah baik tetapi perlaksanaannya dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan memberi
masalah kepada pelajar yang kurang mendapat pendedahan
berkenaan bahasa ini daripada peringkat awal.
12. Jadi perkara ini seharusnya diteliti dan dikaji semula
untuk perlaksanaan yang lebih baik pada masa akan
datang.
Perkara ini memerlukan perhatian daripada semua
pihak terutamanya ibu bapa, rakan, institusi pengajian
dan kementerian sendiri.