SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
BAB 1
MASALAH KAJIAN
1.1 Pengenalan
Kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan Malaysia telah
mengalami perubahan demi perubahan seiring dengan perkembangan sains dan
teknologi di peringkat global. Perubahan-perubahan ini wajar dilakukan bagi
memastikan kemajuan Malaysia tidak terkebelakang berbanding negara-negara
membangun yang lain. Dalam merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kurikulum pendidikan telah digubal
sebaik mungkin bagi memastikan wawasan negara terlaksana.
Kaedah Pembelajaran Koperatif adalah suatu kaedah yang paling banyak dikaji oleh
para pendidik di Barat terutamanya di Amerika Syarikat. Kebanyakan kajian
pembelajaran koperatif mengkaji tentang hubungannya ke atas pencapaian akademik,
motivasi dan kemahiran sosial pelajar-pelajar. Kajian-kajian berkenaan berjaya
membuktikan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara pembelajaran koperatif
dengan pencapaian akademik, motivasi dan kemahiran sosial pelajar-pelajar.
Daripada kajian-kajian, dapat dilihat dilihat bahawa ramai guru di barat mengamalkan
kaedah pembelajaran koperatif di bilik darjah. Mereka juga diberi latihan di peringkat
universiti dan Maktab Perguruan.
Walau bagaimanapun keadaan ini berbeza di Malaysia. Kaedah ini adalah sesuatu yang
baru bagi guru-guru di Malaysia. Kajian-kajian juga sangat terhad dalam pembelajaran
1
koperatif. Guru-guru pelatih juga tidak didedahkan dengan kaedah semasa latihan
(Kaedah Pembelajaran Koperatif,Jabatan Pelajaran Negeri Perak,1999). Namun
demikian akhir-akhir ini kaedah ini diberi penekanan oleh Kementerian Pelajaran.
Banyak kursus diadakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian
Pendidikan Guru (BPG) kepada guru-guru yang sedang berkhidmat. Kaedah ini menjadi
lebih penting lagi dengan perubahan sukatan pelajaran dalam kalangan komponen-
komponen penting dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu.
1.2 Latar belakang kajian
Pembelajaran koperatif merupakan satu cara berkesan yang membolehkan seseorang
pelajar menggunakan strategi kognitif yang sesuai untuk memberi motivasi, lebih idea
dan pemahaman yang cepat terhadap sesuatu pembelajaran. Pelajar boleh mempelajari
sesuatu mata pelajaran menggunakan pengetahuan sedia ada dan dengan menggunakan
pengalaman yang sedia ada (Joyce & Weil,1972). Sistem pembelajaran yang
berpusatkan guru perlu diolah bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran tersebut
berubah dan berpusatkan kepada pelajar (Slavin,1985). Selain itu, pembelajaran
koperatif juga membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman dan berkeupayaan untuk
menyelesaikan masalah. Rajah 1.1 misalnya menunjukkan hubungan antara guru
dengan pelajar, hubungan pelajar dengan pelajar dan perkaitan strategi pembelajaran
yang digunakan adalah saling berkaitan.
2
Rajah 1.1 : Pembelajaran Secara Koperatif dan Hubungannya
Dengan Strategi Kognitif
(Sumber : Michael Reynold,1989)
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah menekankan kepada penerapan nilai murni yang
boleh dipupuk melalui hubungan yang erat sesama rakan sebaya. Hubungan ini akan
melahirkan perasaan kasih sayang seterusnya menjadi salah satu cabaran bagi mencapai
Wawasan 2020. Hubungan sosial yang positif sesama rakan lahir apabila pelajar banyak
bersama dan berinteraksi.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan alat bahan bantu mengajar (ADD)
dalam pengajaran mata pelajaran di kalangan guru-guru di sekolah rendah Aspek yang
ditinjau adalah berkaitan dengan keberkesanan penggunaan alat bahan bantu mengajar
ini dalam pengajaran mata pelajaran bahasa melayu tahun 4, kepentingan alat bahan
bantu mengajar, kecenderungan penggunaan alat bahan bantu mengajar dan masalah-
PELAJARPELAJAR
PELAJARPELAJAR
GURUGURU
PELAJARPELAJAR
STRATEGI
KOGNITIF
STRATEGI
KOGNITIF
3
masalah yang dihadapi dalam menggunakan alat bahan bantu mengajar. Satu set soal
selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran bahasa melayu
di sebuah sekolah rendah di negeri kelantan. Hasil kajian menunjukkan penggunaan alat
bahan bantu mengajar di kalangan guru teknikal di sekolah rendah adalah terhad kepada
beberapa jenis tertentu sahaja iaitu kapur dan papan tulis, buku rujukan dan nota edaran
sahaja. Kekerapannya hanya tertumpu kepada peralatan yang berjenis bukan elektronik,
iaitu masih mengamalkan kaedah pengajaran secara tradisional. Beberapa masalah dari
segi kemudahan fizikal, beban tugas dan kurang mahir mengendalikan alatan merupakan
sebab mengapa penggunaannya agak terbatas. Secara keseluruhannya, kesemua
responden bersetuju bahawa penggunaan alat bahan bantu mengajar dapat membantu
mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Setelah KBSM berusia lebih dari 10 tahun, didapati amalan guru dalam melaksanakan
kurikulum tersebut , pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan kepada guru dan
terikat dengan kaedah tradisional (JNS 1996; Abdul Razak & rakan-rakan 1996; Saw
Kian Swa 1996; Agness Voo 1996; Fatimah 1996 dan Amir 1996). Dari sudut kaedah
pengajaran, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama (KLSM) yang
menekankan kaedah hafalan. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan
kurang diberi perhatian yang sewajarnya dan sehingga kini masih ramai guru
menggunakan kaedah tradisional iaitu “Chalk and Talk”. Kaedah ini dikatakan lebih
senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Guru juga lebih
menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah daripada
menumpukan kepada pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu kaedah “Chalk and Talk”
digunakan kerana ia lebih menjimat masa dan peralatan tidak diperlukan.
Aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif sangat terhad (Nik Azis 1992). Menurut
laporan Jemaah Nazir Sekolah (1996) masih terdapat kira-kira 25 % daripada guru-guru
sekolah menengah yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam
pelajaran yang disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KBSM. Termasuk juga
di kalangan guru-guru yang pernah mengikuti kursus orientasi KBSM.
4
Selain daripada pencapaian akademik, perkembangan konsep kendiri pelajar dan
hubungan sosial dengan rakan sebaya juga adalah penting. Ini selaras dengan matlamat
dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan individu yang mempunyai
sahsiah secara bersepadu dan seimbang. Berdasarkan Model Marsh dan Shavelson,
konsep kendiri akademik memberi kesan positif kepada pencapaian akademik pelajar
(Marsh, 1990).
Masalah yang dihadapi adalah bagaimana dapat ditingkatkan lagi tahap pencapaian
pelajar-pelajar sekolah rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan menambahkan
lagi kefahaman serta dapat diaplikasikan pengetahuan mereka dalam kehidupan
seharian.
Kaedah pengajaran tradisional yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor
yang membuatkan pelajar menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam
melakukan tugasan. Bertitik tolak daripada permasalahan yang wujud di dalam mata
pelajaran Sains yang merangkumi aspek prestasi, perkembangan konsep kendiri dan
hubungan sosial pelajar, kajian ini dilakukan dengan memberi tumpuan kepada strategi
pengajaran pembelajaran di dalam kelas.
Pendapat di atas akan menjadi lebih jelas jika kita sependapat dengan ahli-ahli bahasa
dan ahli-ahli pendidikan yang menganggap bahawa pembelajaran bahasa di sekolah
mestilah selaras dengan proses perolehan bahasa kanak-kanak (British, 1970; Cazden,
1972; Gumperz, 1977; Arfah Aziz, 1981). Dalam proses perolehan bahasa kanak-kanak
terdapat dua proses yang penting iaitu kognitif dan interaksi (Clark, 1973; Slobin, 1973;
Bowerman, 1975; Cromer, 1976; Gumperz, 1977). Perkembangan kognitif
melengkapkan kanakkanak tersebut dengan kebolehan mentafsir makna, tetapi
kebolehan ini tidak menjamin yang makna itu boleh dilahirkan dalam bentuk-bentuk
bahasa. Kanakkanak tersebut perlu didedahkan kepada interaksi bahasapengunnan ABM
iaitu ADD supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna
kognitif kepada bentukbentuk bahasa yang tepat dengan sesuatu konteks bahasa.
Kesimpulan yang boleh dibuat daripada huraian di atas ialah: Dalam proses perolehan
bahasa seseorang kanak-kanak bukan sahaja menguasai kebolehan
5
untuk melahirkan makna atau mesej dalam bentuk-bentuk bahasa tetapi kanakkanakitu
juga perlu menguasai kemahiran untuk menjayakan sesuatu interaksi sebagai satu urutan
pertukaran makna.
Maka kajian ini adalah penting untuk menentukan setakat mana keberkesanan
pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Seri
Chempaka, diukur melalui prestasi di dalam ujian pra dan ujian pasca.
1.4 Kerangka Kajian
Rajah 1.2 : Kerangka kajian
6
Soal Selidik
Ujian PRA
Ujian PASCA
Kumpulan Kawalan
(Pembelajaran tradisional)
Kumpulan Eksperimen
(Pembelajaran koperatif)
Keputusan kajian
1.5 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
i. Mengenalpasti keberkesanan kaedah pembelajaran mengunakkan ADD dari
segi pencapaian pelajar berbanding dengan kaedah tradisional dan kawalan.
ii. Menentukan hubungan antara pencapaian dengan keberkesanan pelajar
terhadap pembelajaran koperatif.
1.6 Persoalan kajian
i. Adakah kaedah ADD berkesan dari segi meningkatkan pencapaian
pelajarberbanding dengan kaedah tradisional?
ii. Adakah terdapat peningkatan dalam minat pelajar terhadap mata pelajaran
bahasa melayu tahun 4 selepas mengalami pembelajaran koperatif?
1.7 Hipotesis Kajian
Empat hipotesis nul dikemukakan iaitu:
i) H 01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian pelajar
antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan.
ii) H 02 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian di
antara kumpulan pelajar lelaki yang menggunakan pembelajaran koperatif
berbanding kumpulan pelajar lelaki yang menggunakan kaedah tradisional
7
iii) H 03 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian di
antara kumpulan pelajar perempuan yang menggunakan pembelajaran
koperatif berbanding kumpulan pelajar perempuan yang menggunakan
kaedah tradisional.
iv) H 04 : Tiada perbezaan yang signifikan dalam minat dan persepsi pelajar
terhadap pendekatan pengajaran guru mata pelajaran sains antara pelajar
kumpulan Pembelajaran Koperatif.
1.8 Had Kajian
Terdapat beberapa aspek yang menjadi batasan kepada kajian ini. Kajian ini hanya
dijalankan di sebuah sekolah sahaja. Dengan demikian, hasil kajian hanya dapat
digeneralisasikan kepada sebuah sekolah tersebut sahaja.
I. Faktor masa yang terlalu singkat iaitu selama 8 jam pertemuan adalah tidak
mencukupi untuk memberi gambaran sebenar sebagai pengukur prestasi pelajar.
II. Faktor kedua pelajar mendapat tunjuk ajar di luar sekolah seperti menghadiri
kelas tuisyen atau dibimbing oleh ahli keluarga juga mempengaruhi kajian ini.
III. Factor ketiga Peratus kehadiran murid di sekolah ini juga adalah rendah
disebabkan oleh masalah pengangkutan dan kemiskinan keluarga.
1.9 Definisi Istilah
Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah / definisi yang boleh diterangkan dengan
lebih tepat mengikut kehendak serta keperluan yang akan dibincangkan oleh penyelidik
seperti berikut:
8
1.9.1 Pengajaran
Konsep pengajaran dijelaskan dengan pelbagai definisi (Sharifah Alwiah, 1983; Teuku
Iskandar, 1986; Yaxley, 1991). Sharifah Alwiah menganggap pengajaran sebagai aktiviti
atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, , mendengar,
menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah
juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua
aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley
berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa
perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga melihat pengajaran
sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Selain itu,
pengajaran juga boleh dimaksudkan sebagai perbuatan mengajar atau apaapa yang
diajarkan (DBP, 1985) atau perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan
mengajar seperti cara atau sistem mengajar atau aspek yang dipentingkan dan
sebagainya (Teuku Iskandar, 1986). Konsep pengajaran dalam konteks kajian ini
merangkumi pengertian yang dikemukakan oleh Sharifah Alwiah (1983), Teuku
Iskandar (1986) dan Yaxley (1991). Pengajaran melibatkan aktiviti mengajar yang
dilakukan oleh guru semasa menyampaikan isi kandungan pelajaran pada hari yang
berkenaan.
Pembelajaran
Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlaku
dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan
pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan
tingkah laku. Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan
untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai
bentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985). Bagi Gagne,
pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan
seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara
mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. Dalam kajian ini, konsep pembelajaran
dipadankan dengan aktiviti dan penglibatan murid sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
9
Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasa perpaduan, dan
mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua peringkat
persekolahan; sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah (KPM, 2001).
Mata pelajaran Bahasa Melayu ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan
ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa
ilmu. KPM (2001) menegaskan bahawa kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu
merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa serta berteraskan
bahasa Melayu baku. Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran Bahasa Melayu merujuk
kepada pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi
kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada hari yang berkenaan.
1.9.2 Pembelajaran koperatif
Pembelajaran yang dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian
yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu
topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana yang diarah oleh
guru. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilititator semasa aktiviti kerja kumpulan
dijalankan.
1.9.3 Perspektif kognitif
Perspektif kognitif menekankan kesan dari interaksi antara murid dalam proses
menyiapkan tugasan bersama. Didapati interaksi antara murid dapat meningkatkan
kebolehan seseorang murid itu memproses maklumat dan seterusnya meningkatkan
pencapaian murid (Slavin, 1996). Menurut Damon (1984), interaksi antara kanak-kanak
yang sebaya terhadap topik pembelajaran yang sama dapat meningkatkan penguasaan
pemikiran kritik. Ini kerana semasa perbincangan dijalankan, konflik kognitif akan
berlaku dimana alasan yang tidak cekap akan termuncul dan dengan itu kefahaman yang
10
berkualiti tinggi dapat diwujudkan. Vygotsky (1978), menyatakan aktiviti kolaboratif
antara kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan fikiran yang matang dan Piaget
(1926), percaya bahawa pengetahuan seperti bahasa, nilai dan sistem simbol hanya dapat
dikuasai melalui interaksi antara satu sama lain. Secara ringkasnya, interaksi dalam
kumpulan kecil membantu murid menganalisis, berbincang dan bersintesis idea untuk
meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman murid dalam konteks yang lebih
bermakna.
1.10 Rumusan
Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang terlibat
secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan pengajaran bahasa Melayu di sekolah
rendah. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh jabatan pelajaran dalam merancang dan menyusun
kaedah pengajaran yang boleh dipraktikkan di sekolah. Jabatan pelajaran perlu mengambil kira
pengkhususan dan kekosongan di sekolah supaya guru-guru yang ditugaskan untuk mengajar
mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan guru-guru yang berkelayakan dan mempunyai
pengetahuan yang luas dalam mata pelajaran tersebut. Mampu menmanfaatkan kaedah
pengajaran berteraskan ADD. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat
kepada pihak pentadbir sekolah terutamanya dalam menempatkan guru-guru di sekolah.
Pengkaji menjelaskan latar belakang Pendidikan Sains di Malaysia dan kepentingan
hubungannya dengan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Negara. Seterusnya
beberapa isu yang wujud dalam pembelajaran Bahasa Melayu dikemukakan bagi
menyokong permasalahan ini. Pendidikan Bahasa Melayu dalam KBSM dirancang
dengan hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang perkembangannya dari
segi intelek, rohani , emosi dan jasmani. Selain itu pemahaman tentang aplikasi sains
melalui teknologi dalam kehidupan harian turut diberikan dalam semua kurikulum sains.
Dalam abad ke -21 ini, perubahan dunia dalam semua bidang memberi makna bahawa
kita harus memperkenalkan isi kandungan baru dan kaedah pengajaran yang
baru.Tumpuan kajian diberi kepada penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran
secara koperatif bagi meningkatkan keberkesanan peranannya di dalam aspek
11
pencapaian pelajar. Akhir sekali pengkaji mengemukakan pernyataan masalah, objektif
kajian dan persoalan kajian yang digunakan di dalam kajian ini.
12

More Related Content

What's hot

ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)nakirah
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksirankrys73
 
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematikPerbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematikAtiqah Aizan
 
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Government
 
10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Gurukrys73
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolahkrys73
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1imtiaz78
 
2. Jurang Pendidikan
2.  Jurang Pendidikan2.  Jurang Pendidikan
2. Jurang Pendidikankrys73
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Rain_Ain
 
Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1balqis umairah
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaSYAZWANI IBRAHIM
 

What's hot (19)

ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)ulasan jurnal(kajian & tindakan)
ulasan jurnal(kajian & tindakan)
 
Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksiran
 
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematikPerbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
Perbezaan pencapaian pelajar dalam matematik
 
Analisis model assure
Analisis model assureAnalisis model assure
Analisis model assure
 
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
Power point ulasan jurnal "Using Mobile Phone As Pedagogical Tools, Are Teach...
 
10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru10. Pensijilan Guru
10. Pensijilan Guru
 
Ict 1
Ict 1Ict 1
Ict 1
 
11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah11. Budaya Sekolah
11. Budaya Sekolah
 
Tesis
Tesis Tesis
Tesis
 
Kajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpmKajian tindakan psv dan sv stpm
Kajian tindakan psv dan sv stpm
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Sces3093 isu pendidikan sains
Sces3093 isu pendidikan sainsSces3093 isu pendidikan sains
Sces3093 isu pendidikan sains
 
Model assure 1
Model assure 1Model assure 1
Model assure 1
 
2. Jurang Pendidikan
2.  Jurang Pendidikan2.  Jurang Pendidikan
2. Jurang Pendidikan
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
Jurang pencapaian-matematik-murid-sekolah-rendah-
 
Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1Gaya pembelajaran seminar 1
Gaya pembelajaran seminar 1
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 

Similar to teisi : tentang ADD Bab 1

Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Santa Barbara
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...Ahmad NazRi
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekHailmi Othman
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporanSH Loh
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Ikhram Johari
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikchummyk
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamabu_ayyub
 

Similar to teisi : tentang ADD Bab 1 (20)

Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 
3
33
3
 
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif  dlm mempertingkat...
Kertas cadangan keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dlm mempertingkat...
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm
 
Kajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakatKajian sekolah masyarakat
Kajian sekolah masyarakat
 
Mtm2203 laporan
Mtm2203 laporanMtm2203 laporan
Mtm2203 laporan
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
Bab 5.1
Bab 5.1Bab 5.1
Bab 5.1
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Penyelidikan Kecil
Penyelidikan KecilPenyelidikan Kecil
Penyelidikan Kecil
 
Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002
 
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Model+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatifModel+pengajaran+k operatif
Model+pengajaran+k operatif
 
Trend hanan
Trend hananTrend hanan
Trend hanan
 
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islamProposal kajian tindakan pendidikan islam
Proposal kajian tindakan pendidikan islam
 

More from muhammad

Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxTaklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxmuhammad
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanmuhammad
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala pontengmuhammad
 
Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1muhammad
 
Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1muhammad
 
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanAnsur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanmuhammad
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologimuhammad
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)muhammad
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014muhammad
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addmuhammad
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2muhammad
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas gurumuhammad
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalammuhammad
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarmuhammad
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengmuhammad
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPmuhammad
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehamuhammad
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanmuhammad
 

More from muhammad (20)

Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docxTaklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
Taklimat pengurus kejohanan memanah mssk.docx
 
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukanBurnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
Burnoutv hbpe4203psikologi dan sosiologi sukan
 
tesis gejala ponteng
tesis gejala pontengtesis gejala ponteng
tesis gejala ponteng
 
Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1Soalan pend jasmani tahun 1
Soalan pend jasmani tahun 1
 
Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1Soalan pk tahun 1
Soalan pk tahun 1
 
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukanAnsur maju biomekenikal dalam sukan
Ansur maju biomekenikal dalam sukan
 
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologiHbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
Hbpe4303 pengenalan anatomi dan fisiologi
 
Fekah 1
Fekah 1Fekah 1
Fekah 1
 
Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)Borang soal-selidik (2)
Borang soal-selidik (2)
 
Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014Refleksi bina-insan-guru-2014
Refleksi bina-insan-guru-2014
 
teisis : berkaitan add
teisis : berkaitan addteisis : berkaitan add
teisis : berkaitan add
 
tesis : add bab 2
tesis : add bab 2tesis : add bab 2
tesis : add bab 2
 
Tesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guruTesis : beban tugas guru
Tesis : beban tugas guru
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalamHBAE2203  MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
HBAE2203 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAANSeni sept dalam
 
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluarHBPE3103  KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
HBPE3103 KEGIATAN PROFESIONAL (PERMAINAN)Pj sept dalamluar
 
Tesis gejala ponteng
Tesis gejala pontengTesis gejala ponteng
Tesis gejala ponteng
 
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMPETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
ETIKA PROFASIONALOUMM3203SMP
 
tugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zalehatugasan 3038 Ust zaleha
tugasan 3038 Ust zaleha
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othman
 

Recently uploaded

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 

Recently uploaded (11)

Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 

teisi : tentang ADD Bab 1

  • 1. BAB 1 MASALAH KAJIAN 1.1 Pengenalan Kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan Malaysia telah mengalami perubahan demi perubahan seiring dengan perkembangan sains dan teknologi di peringkat global. Perubahan-perubahan ini wajar dilakukan bagi memastikan kemajuan Malaysia tidak terkebelakang berbanding negara-negara membangun yang lain. Dalam merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020, kurikulum pendidikan telah digubal sebaik mungkin bagi memastikan wawasan negara terlaksana. Kaedah Pembelajaran Koperatif adalah suatu kaedah yang paling banyak dikaji oleh para pendidik di Barat terutamanya di Amerika Syarikat. Kebanyakan kajian pembelajaran koperatif mengkaji tentang hubungannya ke atas pencapaian akademik, motivasi dan kemahiran sosial pelajar-pelajar. Kajian-kajian berkenaan berjaya membuktikan bahawa terdapat hubungan yang positif di antara pembelajaran koperatif dengan pencapaian akademik, motivasi dan kemahiran sosial pelajar-pelajar. Daripada kajian-kajian, dapat dilihat dilihat bahawa ramai guru di barat mengamalkan kaedah pembelajaran koperatif di bilik darjah. Mereka juga diberi latihan di peringkat universiti dan Maktab Perguruan. Walau bagaimanapun keadaan ini berbeza di Malaysia. Kaedah ini adalah sesuatu yang baru bagi guru-guru di Malaysia. Kajian-kajian juga sangat terhad dalam pembelajaran 1
  • 2. koperatif. Guru-guru pelatih juga tidak didedahkan dengan kaedah semasa latihan (Kaedah Pembelajaran Koperatif,Jabatan Pelajaran Negeri Perak,1999). Namun demikian akhir-akhir ini kaedah ini diberi penekanan oleh Kementerian Pelajaran. Banyak kursus diadakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) kepada guru-guru yang sedang berkhidmat. Kaedah ini menjadi lebih penting lagi dengan perubahan sukatan pelajaran dalam kalangan komponen- komponen penting dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu. 1.2 Latar belakang kajian Pembelajaran koperatif merupakan satu cara berkesan yang membolehkan seseorang pelajar menggunakan strategi kognitif yang sesuai untuk memberi motivasi, lebih idea dan pemahaman yang cepat terhadap sesuatu pembelajaran. Pelajar boleh mempelajari sesuatu mata pelajaran menggunakan pengetahuan sedia ada dan dengan menggunakan pengalaman yang sedia ada (Joyce & Weil,1972). Sistem pembelajaran yang berpusatkan guru perlu diolah bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran tersebut berubah dan berpusatkan kepada pelajar (Slavin,1985). Selain itu, pembelajaran koperatif juga membolehkan pelajar meningkatkan kefahaman dan berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah. Rajah 1.1 misalnya menunjukkan hubungan antara guru dengan pelajar, hubungan pelajar dengan pelajar dan perkaitan strategi pembelajaran yang digunakan adalah saling berkaitan. 2
  • 3. Rajah 1.1 : Pembelajaran Secara Koperatif dan Hubungannya Dengan Strategi Kognitif (Sumber : Michael Reynold,1989) Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah menekankan kepada penerapan nilai murni yang boleh dipupuk melalui hubungan yang erat sesama rakan sebaya. Hubungan ini akan melahirkan perasaan kasih sayang seterusnya menjadi salah satu cabaran bagi mencapai Wawasan 2020. Hubungan sosial yang positif sesama rakan lahir apabila pelajar banyak bersama dan berinteraksi. 1.3 Pernyataan Masalah Kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan alat bahan bantu mengajar (ADD) dalam pengajaran mata pelajaran di kalangan guru-guru di sekolah rendah Aspek yang ditinjau adalah berkaitan dengan keberkesanan penggunaan alat bahan bantu mengajar ini dalam pengajaran mata pelajaran bahasa melayu tahun 4, kepentingan alat bahan bantu mengajar, kecenderungan penggunaan alat bahan bantu mengajar dan masalah- PELAJARPELAJAR PELAJARPELAJAR GURUGURU PELAJARPELAJAR STRATEGI KOGNITIF STRATEGI KOGNITIF 3
  • 4. masalah yang dihadapi dalam menggunakan alat bahan bantu mengajar. Satu set soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran bahasa melayu di sebuah sekolah rendah di negeri kelantan. Hasil kajian menunjukkan penggunaan alat bahan bantu mengajar di kalangan guru teknikal di sekolah rendah adalah terhad kepada beberapa jenis tertentu sahaja iaitu kapur dan papan tulis, buku rujukan dan nota edaran sahaja. Kekerapannya hanya tertumpu kepada peralatan yang berjenis bukan elektronik, iaitu masih mengamalkan kaedah pengajaran secara tradisional. Beberapa masalah dari segi kemudahan fizikal, beban tugas dan kurang mahir mengendalikan alatan merupakan sebab mengapa penggunaannya agak terbatas. Secara keseluruhannya, kesemua responden bersetuju bahawa penggunaan alat bahan bantu mengajar dapat membantu mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah KBSM berusia lebih dari 10 tahun, didapati amalan guru dalam melaksanakan kurikulum tersebut , pada keseluruhannya adalah masih berpusatkan kepada guru dan terikat dengan kaedah tradisional (JNS 1996; Abdul Razak & rakan-rakan 1996; Saw Kian Swa 1996; Agness Voo 1996; Fatimah 1996 dan Amir 1996). Dari sudut kaedah pengajaran, amalan guru masih sama dengan dasar kurikulum lama (KLSM) yang menekankan kaedah hafalan. Aspek lain seperti pemahaman, amalan dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya dan sehingga kini masih ramai guru menggunakan kaedah tradisional iaitu “Chalk and Talk”. Kaedah ini dikatakan lebih senang dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Guru juga lebih menekankan pembelajaran yang boleh meningkatkan prestasi sekolah daripada menumpukan kepada pembelajaran sepanjang hayat. Oleh itu kaedah “Chalk and Talk” digunakan kerana ia lebih menjimat masa dan peralatan tidak diperlukan. Aktiviti yang melibatkan pelajar secara aktif sangat terhad (Nik Azis 1992). Menurut laporan Jemaah Nazir Sekolah (1996) masih terdapat kira-kira 25 % daripada guru-guru sekolah menengah yang masih kurang pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam pelajaran yang disampaikan mengikut kehendak dan keperluan KBSM. Termasuk juga di kalangan guru-guru yang pernah mengikuti kursus orientasi KBSM. 4
  • 5. Selain daripada pencapaian akademik, perkembangan konsep kendiri pelajar dan hubungan sosial dengan rakan sebaya juga adalah penting. Ini selaras dengan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu untuk melahirkan individu yang mempunyai sahsiah secara bersepadu dan seimbang. Berdasarkan Model Marsh dan Shavelson, konsep kendiri akademik memberi kesan positif kepada pencapaian akademik pelajar (Marsh, 1990). Masalah yang dihadapi adalah bagaimana dapat ditingkatkan lagi tahap pencapaian pelajar-pelajar sekolah rendah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan menambahkan lagi kefahaman serta dapat diaplikasikan pengetahuan mereka dalam kehidupan seharian. Kaedah pengajaran tradisional yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang membuatkan pelajar menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan tugasan. Bertitik tolak daripada permasalahan yang wujud di dalam mata pelajaran Sains yang merangkumi aspek prestasi, perkembangan konsep kendiri dan hubungan sosial pelajar, kajian ini dilakukan dengan memberi tumpuan kepada strategi pengajaran pembelajaran di dalam kelas. Pendapat di atas akan menjadi lebih jelas jika kita sependapat dengan ahli-ahli bahasa dan ahli-ahli pendidikan yang menganggap bahawa pembelajaran bahasa di sekolah mestilah selaras dengan proses perolehan bahasa kanak-kanak (British, 1970; Cazden, 1972; Gumperz, 1977; Arfah Aziz, 1981). Dalam proses perolehan bahasa kanak-kanak terdapat dua proses yang penting iaitu kognitif dan interaksi (Clark, 1973; Slobin, 1973; Bowerman, 1975; Cromer, 1976; Gumperz, 1977). Perkembangan kognitif melengkapkan kanakkanak tersebut dengan kebolehan mentafsir makna, tetapi kebolehan ini tidak menjamin yang makna itu boleh dilahirkan dalam bentuk-bentuk bahasa. Kanakkanak tersebut perlu didedahkan kepada interaksi bahasapengunnan ABM iaitu ADD supaya mereka boleh mempelajari cara-cara menggambarkan makna-makna kognitif kepada bentukbentuk bahasa yang tepat dengan sesuatu konteks bahasa. Kesimpulan yang boleh dibuat daripada huraian di atas ialah: Dalam proses perolehan bahasa seseorang kanak-kanak bukan sahaja menguasai kebolehan 5
  • 6. untuk melahirkan makna atau mesej dalam bentuk-bentuk bahasa tetapi kanakkanakitu juga perlu menguasai kemahiran untuk menjayakan sesuatu interaksi sebagai satu urutan pertukaran makna. Maka kajian ini adalah penting untuk menentukan setakat mana keberkesanan pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Seri Chempaka, diukur melalui prestasi di dalam ujian pra dan ujian pasca. 1.4 Kerangka Kajian Rajah 1.2 : Kerangka kajian 6 Soal Selidik Ujian PRA Ujian PASCA Kumpulan Kawalan (Pembelajaran tradisional) Kumpulan Eksperimen (Pembelajaran koperatif) Keputusan kajian
  • 7. 1.5 Objektif kajian Objektif kajian ini adalah untuk : i. Mengenalpasti keberkesanan kaedah pembelajaran mengunakkan ADD dari segi pencapaian pelajar berbanding dengan kaedah tradisional dan kawalan. ii. Menentukan hubungan antara pencapaian dengan keberkesanan pelajar terhadap pembelajaran koperatif. 1.6 Persoalan kajian i. Adakah kaedah ADD berkesan dari segi meningkatkan pencapaian pelajarberbanding dengan kaedah tradisional? ii. Adakah terdapat peningkatan dalam minat pelajar terhadap mata pelajaran bahasa melayu tahun 4 selepas mengalami pembelajaran koperatif? 1.7 Hipotesis Kajian Empat hipotesis nul dikemukakan iaitu: i) H 01 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian pelajar antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. ii) H 02 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian di antara kumpulan pelajar lelaki yang menggunakan pembelajaran koperatif berbanding kumpulan pelajar lelaki yang menggunakan kaedah tradisional 7
  • 8. iii) H 03 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian di antara kumpulan pelajar perempuan yang menggunakan pembelajaran koperatif berbanding kumpulan pelajar perempuan yang menggunakan kaedah tradisional. iv) H 04 : Tiada perbezaan yang signifikan dalam minat dan persepsi pelajar terhadap pendekatan pengajaran guru mata pelajaran sains antara pelajar kumpulan Pembelajaran Koperatif. 1.8 Had Kajian Terdapat beberapa aspek yang menjadi batasan kepada kajian ini. Kajian ini hanya dijalankan di sebuah sekolah sahaja. Dengan demikian, hasil kajian hanya dapat digeneralisasikan kepada sebuah sekolah tersebut sahaja. I. Faktor masa yang terlalu singkat iaitu selama 8 jam pertemuan adalah tidak mencukupi untuk memberi gambaran sebenar sebagai pengukur prestasi pelajar. II. Faktor kedua pelajar mendapat tunjuk ajar di luar sekolah seperti menghadiri kelas tuisyen atau dibimbing oleh ahli keluarga juga mempengaruhi kajian ini. III. Factor ketiga Peratus kehadiran murid di sekolah ini juga adalah rendah disebabkan oleh masalah pengangkutan dan kemiskinan keluarga. 1.9 Definisi Istilah Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah / definisi yang boleh diterangkan dengan lebih tepat mengikut kehendak serta keperluan yang akan dibincangkan oleh penyelidik seperti berikut: 8
  • 9. 1.9.1 Pengajaran Konsep pengajaran dijelaskan dengan pelbagai definisi (Sharifah Alwiah, 1983; Teuku Iskandar, 1986; Yaxley, 1991). Sharifah Alwiah menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, , mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Selain itu, pengajaran juga boleh dimaksudkan sebagai perbuatan mengajar atau apaapa yang diajarkan (DBP, 1985) atau perihal mengajar, segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar atau aspek yang dipentingkan dan sebagainya (Teuku Iskandar, 1986). Konsep pengajaran dalam konteks kajian ini merangkumi pengertian yang dikemukakan oleh Sharifah Alwiah (1983), Teuku Iskandar (1986) dan Yaxley (1991). Pengajaran melibatkan aktiviti mengajar yang dilakukan oleh guru semasa menyampaikan isi kandungan pelajaran pada hari yang berkenaan. Pembelajaran Pembelajaran adalah proses atau kegiatan belajar (Teuku Iskandar, 1986) yang berlaku dalam pelbagai bentuk (Schunk, 1991). Menurut Schunk, pembelajaran melibatkan pemerolehan dan pengubahsuaian pengetahuan, kemahiran, strategi, kepercayaan dan tingkah laku. Pembelajaran juga merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman (Evans & Brueckner, 1990; Gagne, 1985). Bagi Gagne, pembelajaran merupakan perubahan dari segi kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan seseorang. Dalam kajian ini, konsep pembelajaran dipadankan dengan aktiviti dan penglibatan murid sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. 9
  • 10. Mata Pelajaran Bahasa Melayu Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasa perpaduan, dan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua pelajar pada semua peringkat persekolahan; sama ada di sekolah menengah mahupun di sekolah rendah (KPM, 2001). Mata pelajaran Bahasa Melayu ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu. KPM (2001) menegaskan bahawa kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa serta berteraskan bahasa Melayu baku. Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran Bahasa Melayu merujuk kepada pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penyampaian dan penerimaan isi kandungan yang berkaitan sesuatu tajuk yang diajar pada hari yang berkenaan. 1.9.2 Pembelajaran koperatif Pembelajaran yang dilakukan apabila beberapa individu yang mempunyai pencapaian yang sama atau berbeza duduk dalam satu kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik dengan menggunakan strategi kognitif yang sesuai sebagaimana yang diarah oleh guru. Guru akan mengawasi dan menjadi fasilititator semasa aktiviti kerja kumpulan dijalankan. 1.9.3 Perspektif kognitif Perspektif kognitif menekankan kesan dari interaksi antara murid dalam proses menyiapkan tugasan bersama. Didapati interaksi antara murid dapat meningkatkan kebolehan seseorang murid itu memproses maklumat dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid (Slavin, 1996). Menurut Damon (1984), interaksi antara kanak-kanak yang sebaya terhadap topik pembelajaran yang sama dapat meningkatkan penguasaan pemikiran kritik. Ini kerana semasa perbincangan dijalankan, konflik kognitif akan berlaku dimana alasan yang tidak cekap akan termuncul dan dengan itu kefahaman yang 10
  • 11. berkualiti tinggi dapat diwujudkan. Vygotsky (1978), menyatakan aktiviti kolaboratif antara kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan fikiran yang matang dan Piaget (1926), percaya bahawa pengetahuan seperti bahasa, nilai dan sistem simbol hanya dapat dikuasai melalui interaksi antara satu sama lain. Secara ringkasnya, interaksi dalam kumpulan kecil membantu murid menganalisis, berbincang dan bersintesis idea untuk meningkatkan tahap pemikiran dan pemahaman murid dalam konteks yang lebih bermakna. 1.10 Rumusan Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan pengajaran bahasa Melayu di sekolah rendah. Kajian ini dapat dimanfaatkan oleh jabatan pelajaran dalam merancang dan menyusun kaedah pengajaran yang boleh dipraktikkan di sekolah. Jabatan pelajaran perlu mengambil kira pengkhususan dan kekosongan di sekolah supaya guru-guru yang ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan guru-guru yang berkelayakan dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam mata pelajaran tersebut. Mampu menmanfaatkan kaedah pengajaran berteraskan ADD. Selain itu, kajian ini juga diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak pentadbir sekolah terutamanya dalam menempatkan guru-guru di sekolah. Pengkaji menjelaskan latar belakang Pendidikan Sains di Malaysia dan kepentingan hubungannya dengan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Negara. Seterusnya beberapa isu yang wujud dalam pembelajaran Bahasa Melayu dikemukakan bagi menyokong permasalahan ini. Pendidikan Bahasa Melayu dalam KBSM dirancang dengan hasrat untuk melahirkan rakyat Malaysia yang seimbang perkembangannya dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani. Selain itu pemahaman tentang aplikasi sains melalui teknologi dalam kehidupan harian turut diberikan dalam semua kurikulum sains. Dalam abad ke -21 ini, perubahan dunia dalam semua bidang memberi makna bahawa kita harus memperkenalkan isi kandungan baru dan kaedah pengajaran yang baru.Tumpuan kajian diberi kepada penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran secara koperatif bagi meningkatkan keberkesanan peranannya di dalam aspek 11
  • 12. pencapaian pelajar. Akhir sekali pengkaji mengemukakan pernyataan masalah, objektif kajian dan persoalan kajian yang digunakan di dalam kajian ini. 12