SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
AJARAN YESUS DI BUKIT
“HAL MENGASIHI MUSUH”
Matius 5:43-48
43
Kamu telah mendengar firman: Kasihilah sesamamu manusia dan bencilah musuhmu. 44
Tetapi Aku berkata
kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu. 45
Karena dengan
demikianlah kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di sorga, yang menerbitkan matahari bagi orang yang jahat
dan orang yang baik dan menurunkan hujan bagi orang yang benar dan orang yang tidak benar. 46
Apabila kamu
mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah upahmu? Bukankah pemungut cukai juga berbuat demikian? 47
Dan apabila kamu hanya memberi salam kepada saudara-saudaramu saja, apakah lebihnya dari pada perbuatan
orang lain? Bukankah orang yang tidak mengenal Allahpun berbuat demikian? 48
Karena itu haruslah kamu
sempurna, sama seperti Bapamu yang di sorga adalah sempurna."
Latarbelakang Injil Matius:
Injil Matius merupakan tulisan Matius yang memberi fokus kepada gaya hidup seorang Yesus
dan ajaran-ajaranNya. Matius dengan secara jelas mempersembahkan riwayat hidup Yesus
dengan mengambil pokok pengajaran yang Yesus berikan dengan memberikan penekanan
mengenai ajaran Yesus yang didasarkan kepada Perjanjian Lama. Jika dalam Perjanjian
Lama, Allah memberikan Musa Hukum Taurat-Nya di atas Gunung Sinai; Yesus pula
memberikan pengajaran-Nya di atas bukit1
. Demikian juga ajaran mengenai Hukum Taurat
yang Yesus berikan sesuai dengan kedatangan pada zaman tersebut iaitu menggenapi nubuat
dan hukum Taurat di bukit ini.
Penafsiran dan Pemerhatian Ayat:
Ayat 43
Kamu telah mendengar firman: Kasihilah2
sesamamu manusia dan bencilah musuhmu.
Secara harfiah, Hukum Taurat hanya memerintahkan umat Israel untuk mengasihi
mereka yang tinggal dekat dengan mereka. Pernyataan pertama memang terdapat di dalam
ajaran Hukum Taurat (Imamat 19:18) , tetapi para pengajar bidat Farisi dan Saduki
memperluaskan ajaran “bencilah musuhmu” yang berusaha untuk memberikan tekanan
1
Menurut tafsiran Barnes, gunung yang dimaksudkan mungkin adalah Gunung Beatitude yang terdapat di
Kapernaum dan ini disesuaikan dengan keadaan geografi yang lebih mendekat kepada keadaan Yesus dan
pendengar-pendengar-Nya pada masa itu. (t.n, Mount of Beatitudes, [database online], dilayari pada 25 April
2014, boleh dilayari di http://www.bibleplaces.com/mtbeatitudes.htm, internet).
2
Agapē tidak berarti suatu perasaan dari hati, terhadap mana kita tidak bisa berbuat apa-apa, dan yang datang
tanpa diminta dan dicari; itu berarti suatu keputusan / ketetapan dari pikiran, dengan mana kita mencapai
keinginan baik yang tidak bisa dikalahkan bahkan terhadap mereka yang menyakiti dan melukai kita. (Barclay
dalam Budi Asali, Eksposisi Injil Matius, [database online], dilayari pada 20 April 2014, boleh dilayari di
http://www.golgothaministry.org/matius/matius-5_43-48.htm, internet.)
1
kepada Yesus supaya dibenci oleh golongan Yahudi pada masa itu. Golongan bidat ini mahu
orang Yahudi membenci Yesus kerana Yesus sentiasa menyatakan kesalahan ajaran-ajaran
dan sikap perbuatan para Farisi dan Saduki.
Berdasarkan pemerhatian, frasa “Kamu telah mendengar firman” yang tertulis dalam
terjemahan Indonesia adalah bertentangan dengan terjemahan King James iaitu “Kamu telah
mendengar bahawa dikatakan”.3
Pengertian aslinya adalah lebih jelas untuk menyatakan
bahawa Yesus tidak menentang bahawa Yesus tidak menentang ajaran dari Hukum Taurat
atau Perjanjian Lama tetapi sebaliknya menentang ajaran-ajaran Farisi mengenai hukum
kasih.
Ayat 44
Tetapi Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang
menganiaya kamu.
Lalu Yesus meneruskan dengan menyatakan bahawa dalam Hukum Taurat telah
dinyatakan untuk harus berbuat baik terhadap musuh (Keluaran 23:4,5), bahkan pengajar
sesat dan penganiaya sekalipun haruslah dikasihi.4
Dalam tulisan-tulisan Qumran, mungkin anda semua sudah sering mendengar
tentang ini - tulisan-tulisan dari sekte masyarakat Laut Mati - kita melihat hal yang
sama persis di sini. Sebagai contoh, dari gulungan kitab Qumran yang pertama,
1324, dikatakan, "Kasihilah segala yang Dia, Allah, telah memilih dan bencilah
semua yang Allah telah menolak". Jadi masyarakat Qumran, komunitas Laut Mati
diajari untuk membenci barangsiapa yang menolak Allah dan mengasihi
barangsiapa yang Allah mengasihi.5
Daripada kajian oleh Pendeta Eric Chang ini, dapat kita ketahui bahawa
sesungguhnya selain daripada ajaran Yesus, golongan Yahudi yang lain juga mendidik
bangsanya untuk mengasihi musuh mereka melainkan mereka yang memusuhi Allah, maka
mereka diarahkan untuk membenci mereka. Namun demikian, Yesus bermaksud untuk
menentang orang-orang Farisi dan Ahli Taurat yang mengajarkan orang Yahudi untuk
membenci mereka yang bukan dari bangsa Yahudi sepenuhnya. Menurut salah satu dari
3
Budi Asali, Eksposisi Injil Matius, [database online], dilayari pada 20 April 2014, boleh dilayari di
http://www.golgothaministry.org/matius/matius-5_43-48.htm, internet.
4
Henry M., Commentary on the Whole Bible Volume V (Matthew to John), (Grand Rapids, MI: Christian
Classics Ethereal Library, 2000), 109.
5
Eric H.H. Chang, Mengasihi Musuh, [database online], dilayari pada 20 April 2014, boleh dilayari di
http://www.cahayapengharapan.org/khotbah/khobah_di_bukit/texts/027_kasihilah_musuhmu.htm, internet.
2
buku pegangan orang Farisi dan Ahli Taurat iaitu Buku Mishnah6
, jika ada seorang fasik
datang meminta tolong kepada bangsa Yahudi, mereka tidak harus menolongnya dan
membiarkan mereka mati sahaja. Contohnya, seorang ibu fasik yang sedang mengandung
datang untuk meminta tolong kerana mahu melahirkan anak, ibu ini tidak boleh ditolong
tetapi dibiarkan sendirian dan bayi yang dilahirkan juga tidak akan diberikan makanan
sehingga mati.
Kita mengasihi musuh kerana kita mahukan kebahagian dalam hati kita. Bukan
kerana kita di tuntut, kemudian kita mengasihi mereka tetapi kerana Allah memang telah
menciptakan manusia untuk saling mengasihi. Mereka yang hidupnya luar dari designed ini
perlu memikirkan sama ada mereka benar-benar hidup dalam anugerah Allah atau masih di
bawah kutuk dosa. Berdoa bagi musuh bukanlah sesuatu ajaran yang disampaikan oleh Farisi
di sinagoge. Tetapi Yesus memberikan ajaran yang sangat bertentangan dengan Farisi. Hal
ini jelas menjadi identiti Yesus sendiri yang datang untuk membawa perdamaian tanpa
mengira siapa pun termasuk mereka yang memusuhi-Nya (banding Lukas 23:34) sehingga
walaupun Dia disalibkan.
Ayat 45
Karena dengan demikianlah kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di sorga, yang
menerbitkan matahari bagi orang yang jahat dan orang yang baik dan menurunkan hujan
bagi orang yang benar dan orang yang tidak benar.
Yesus menjelaskan ganjaran sebagai anak-anak Allah untuk mengasihi sesama
manusia. Hal ini dijelaskan dengan penggunaan frasa “Karena dengan demikian” yang
membawa maksud kepada sesuatu yang diberikan selepas melakukan sesuatu sebelumnya.
Sebagai anak-anak Allah yang telah menerima, mereka dituntut untuk berkarakter seperti
Allah Bapa juga iaitu mengasihi semua manusia (Yohanes 3:16). Sikap ini bergantung
kepada sejauh mana pengenalan dan hubungan kekeluargaan kepada Allah (bandingkan 5:9)
yang hidup dengan damai.7
Keadilan Allah dinyatakan oleh Yesus bahawa Allah tidak
menentukan manusia untuk masuk ke dalam neraka. Kita tahu bahawa neraka dicipta khas
untuk malaikat-malaikat yang memberontak terhadap Allah. Frasa “dengan demikianlah”
menunjukkan sifat keadilan Allah terhadap manusia di bumi kerana kasih-Nya. Maka, Yesus
6
Mishnah mengaku memuat keterangan yang diterima Musa di Gunung Sinai, sebahagian dari Hukum Allah
kepada Israel yang tidak tertulis yang ditulis oleh Sahhedrin ([database online], dilayari pada 20 April 2014,
boleh dilayari di http://id.wikipedia.org/wiki/Mishnah, internet.
7
Henry M., Commentary on the Whole Bible Volume V (Matthew to John), (Grand Rapids, MI: Christian
Classics Ethereal Library, 2000), 109.
3
juga mengajarkan para murid-Nya untuk mengasihi musuh iaitu kerana Dia datang untuk
menyelamatkan mereka semua.
Ayat 46 dan 47
Apabila kamu mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah upahmu? Bukankah
pemungut cukai juga berbuat demikian? Dan apabila kamu hanya memberi salam kepada
saudara-saudaramu saja, apakah lebihnya dari pada perbuatan orang lain? Bukankah
orang yang tidak mengenal Allahpun berbuat demikian?
Menurut Matthew Henry, ayat ini boleh diparafrasakan dengan kata “apakah yang
telah kamu lakukan sehingga berhak menerima upah”. Ayat ini disejajarkan dengan ayat 47
dengan penegasan dari Yesus bahawa murid-murid harus memberi lebih kerana Allah telah
memberi lebih daripada jasa mereka (banding Lukas 6:32-34).8
Memperhatikan frasa “apakah lebihnya” menuntut pertanyaan kepada murid-murid
dan pendengar pada masa itu. Secara jelas, kita akan mengetahui bahawa Yesus
menggunakan persoalan ini untuk menyatakan bahawa orang Kristian seharusnya memiliki
keistimewaan yang tidak terdapat di antara mereka yang bukan Kristian. Kasih agape adalah
keistimewaan orang Kristian kerana kasih ini hanya dapat diperolehi oleh orang yang
memilik Yesus sahaja. Agama-agama lain tidak mungkin mengajarkan hal ini kerana agama
lain lebih mementingkan diri sendiri dan bukan berpusat kepada kasih Yesus. John Stott
(The Message of the Sermon on The Mount, halaman 122) memetik kata-kata Alfred
Plummer dengan menyimpulkan pilihan-pilihan dengan kesederhanaan yang mengagumkan:
‘Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah seperti setan; membalas kebaikan dengan
kebaikan adalah manusiawi; membalas kejahatan dengan kebaikan adalah ilahi.9
Ayat 48
Karena itu haruslah kamu sempurna, sama seperti Bapamu yang di sorga adalah
sempurna."
Kesempurnaan itu dituntut Allah sebagai cerminan sifat-Nya sendiri yang tidak
melakukan sesautu dengan berkompromi. Maka Yesus menuntut murid-murid-Nya untuk
memiliki kesempurnaan dalam kasih dan ini pasti akan memutarbalikkan sikap hati manusia
8
Ibid, 109.
9
Budi Asali, Eksposisi Injil Matius, [database online], dilayari pada 20 April 2014, boleh dilayari di
http://www.golgothaministry.org/matius/matius-5_43-48.htm, internet.
4
yang selama itu mendengar ajaran dari Farisi yang bertentangan, walaupun kesempurnaan itu
tidak akan dapat dicapat tetapi seharusnya menjadi tujuan hidup mereka.10
Penerapan
Jelas bahawa sifat manusiawi kita adalah tidak sempurna. Gambaran rupa Allah itu
telah musnah kerana dosa yang telah menular masuk di dalam diri kita dan hanya melalui
Yesus sahaja kita telah memiliki semula karakter Allah di dalam diri kita (Roma 3:23-24).
Namun jelas Yesus dalam ajaran-Nya mahu kita memiliki sifat mengasihi sebagai sifat asas
dalam membina karakter Allah dalamk diri kita. Melalui perikop kajian yang kita pelajari
bersama-sama ini, kita sekurang-kurangnya mempelajari tiga perkara yang boleh kita
terapkan bersama dalam hidup Kristian kita.
Pertama, seorang Kristian haruslah memahami bahawa Allah mengasihi semua
manusia sehingga kita juga harus mengasihi semua manusia tanpa memikirkan status
manusia itu sebagai manusia. Bagi Allah, semua manusia diciptakan untuk menyembah-Nya
tetapi ada yang sesat seperti domba. Mereka tetap ciptaan-Nya seperti kita. Oleh kerana kita
adalah ciptaan Allah yang telah mengambil keputusan untuk menjawab tawaran Allah, maka
kita juga di tuntut untuk mengasihi mereka yang lain sepenuhnya tanpa sebab manusia.
Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah seperti setan; membalas kebaikan dengan
kebaikan adalah manusiawi; membalas kejahatan dengan kebaikan adalah ilahi.
Kedua, seorang Kristian seharusnya mendengarkan Firman Tuhan untuk memiliki
karakter Yesus dalam hidupnya. Melalui pemerhatian yang terdapat dalam ayat 43, kita
sama-sama memperlajari bahawa kasih itu diajarkan oleh Allah sejak zaman Perjanjian Lama
lagi. Namun terdapat ajaran manusiawi yang mengambil kesempatan untuk mengajarkan
paradoks daripada nilai agung ini dengan menyatakan harus membenci musuh. Sebagai
seorang Kristian, penting untuk kita mempelajari dan merenungkan Firman Tuhan siang dan
malam supaya kita tahu bagaimana selayaknya kita berperanan dalam dunia ini dengan
cerminan kasih Yesus yang akan memantul dalam di hadapan semua orang.
Ketiga, seorang Kristian harus sentiasa tampil berbeza daripada orang yang berada di
sekeliling kita. Manusia sesungguhnya tidak begitu tertarik dengan status kita sebagai
seorang Kristian kerana majoriti penduduk dunia, bahkan di negara Malaysia ini adalah
mereka yang tidak mengetahui apakah agama Kristian itu. Tetapi kita sebagai pengikut
Kristus harus tahu untuk memperkenalkan Yesus kepada mereka. Bukan melalui status kita
tetapi melalui perbuatan dan dinamik berfikir kita. Tampil berbeza daripada mereka akan
10
Ibid, 109.
5
memberikan intensiti kepada mereka untuk mengenal kita dan akhirnya peluang untuk kita
menyatakan peribadi Yesus akan terbuka dengan lebih baik.
Kesimpulan
Mempelajari dan mengetahui kebenaran yang terdapat dalam Matius 5:43-48 telah
memberikan dimensi yang semakin jelas dalam kehidupan kita sebagai seorang Kristian.
Bukan hanya dengan mendengarkan Firman Tuhan, tetapi harus mempraktikkan Firman
Tuhan itu sepenuhnya dalam hidup kita. Mengasihi merupakan identiti seorang Kristian.
Bukan mengasihi kerana kita sekadar mahu menjadi lebih disenangi, tetapi mengasihi kerana
kita adalah pengikut Yesus yang harus meneladani sikap kasih agape dalam diri-Nya.
Berikanlah masa untuk diri kita mempelajari Firman Tuhan dan nyatakan hidup kita sebagai
surat dari Allah kepada semua manusia di sekeliling kita.
Bibliografi
6
Budi Asali. Eksposisi Injil Matius. Database online. Dilayari pada 20 April 2014. Boleh
dilayari di http://www.golgothaministry.org/matius/matius-5_43-48.htm. Internet.
Eric H.H. Chang. Mengasihi Musuh. Database online. Dilayari pada 20 April 2014. Boleh
dilayari di http://www.cahayapengharapan.org/khotbah/khobah_di_bukit/texts/027_kasihilah_musuhmu.htm.
Internet.
Henry M. Commentary on the Whole Bible Volume V (Matthew to John). Grand Rapids, MI:
Christian Classics Ethereal Library. 2000.
t.n. Mishnah. Database online. Dilayari pada 20 April 2014. Boleh dilayari di
http://id.wikipedia.org/wiki/Mishnah. Internet
t.n. Mount of Beatitudes. Database online. Dilayari pada 25 April 2014. Boleh dilayari di
http://www.bibleplaces.com/mtbeatitudes.htm. Internet.
7

More Related Content

What's hot

Makalah dogmatika iv
Makalah dogmatika ivMakalah dogmatika iv
Makalah dogmatika ivhelmutmudes
 
Kualifikasi Seorang Pemimpin Kristen yang Visioner
Kualifikasi Seorang Pemimpin Kristen yang VisionerKualifikasi Seorang Pemimpin Kristen yang Visioner
Kualifikasi Seorang Pemimpin Kristen yang VisionerMelianusLiunesi
 
Memahami pribadi roh kudus kelompok 4 STT Mawar Saron Lampung
Memahami pribadi roh kudus kelompok 4 STT Mawar Saron LampungMemahami pribadi roh kudus kelompok 4 STT Mawar Saron Lampung
Memahami pribadi roh kudus kelompok 4 STT Mawar Saron Lampungistondoluanak
 
Pedang roh edisi_74: Kelompok Denominasi Gereja
Pedang roh edisi_74: Kelompok Denominasi GerejaPedang roh edisi_74: Kelompok Denominasi Gereja
Pedang roh edisi_74: Kelompok Denominasi Gerejaalkitabiah
 
Pentingnya Roh Kudus Dalam Penginjilan
Pentingnya Roh Kudus  Dalam PenginjilanPentingnya Roh Kudus  Dalam Penginjilan
Pentingnya Roh Kudus Dalam PenginjilanAlfred Tupu
 
Pandangan tentang Yesus Kristus dalam surat-surat Dogmatis (Roma, I, II Kori...
Pandangan tentang Yesus Kristus dalam surat-surat Dogmatis  (Roma, I, II Kori...Pandangan tentang Yesus Kristus dalam surat-surat Dogmatis  (Roma, I, II Kori...
Pandangan tentang Yesus Kristus dalam surat-surat Dogmatis (Roma, I, II Kori...Alfred Tupu
 
9 TIPS KOMUNIKASI EFEKTIF BERINSPIRASIKAN KISAH NABI YUSUF A.S. DALAM PENJARA
9 TIPS KOMUNIKASI EFEKTIF BERINSPIRASIKAN KISAH NABI YUSUF A.S. DALAM PENJARA9 TIPS KOMUNIKASI EFEKTIF BERINSPIRASIKAN KISAH NABI YUSUF A.S. DALAM PENJARA
9 TIPS KOMUNIKASI EFEKTIF BERINSPIRASIKAN KISAH NABI YUSUF A.S. DALAM PENJARAParadigma Ibrah Sdn. Bhd.
 
Roh Kudus dan Buah Roh
Roh Kudus dan Buah RohRoh Kudus dan Buah Roh
Roh Kudus dan Buah RohAndySeubelan
 
Makalah Peran roh kudus dalam penginjilan
Makalah Peran roh kudus dalam penginjilanMakalah Peran roh kudus dalam penginjilan
Makalah Peran roh kudus dalam penginjilanagung bulan
 
Dogmatika IV paper
Dogmatika IV paperDogmatika IV paper
Dogmatika IV paperFerdySeo
 
Makalah Teologi PB 1
Makalah Teologi PB 1Makalah Teologi PB 1
Makalah Teologi PB 1tomisibarani
 
Paper peran roh kudus dalam pertumbuhan gereja
Paper peran roh kudus dalam pertumbuhan gerejaPaper peran roh kudus dalam pertumbuhan gereja
Paper peran roh kudus dalam pertumbuhan gerejaApriantoJLesaApri
 
Seri Doa Bapa Kami: Pengenalan
Seri Doa Bapa Kami: PengenalanSeri Doa Bapa Kami: Pengenalan
Seri Doa Bapa Kami: PengenalanDing Emang
 
Paper Peran Roh Kudus di dalam Gereja dan Buah Roh
Paper Peran Roh Kudus di dalam Gereja dan Buah RohPaper Peran Roh Kudus di dalam Gereja dan Buah Roh
Paper Peran Roh Kudus di dalam Gereja dan Buah RohALDOMARADONA
 
PIR Aku Percaya kepada Allah Bapa Yang Mahakuasa Khalik Langit & Bumi
PIR Aku Percaya kepada Allah Bapa Yang Mahakuasa Khalik Langit & BumiPIR Aku Percaya kepada Allah Bapa Yang Mahakuasa Khalik Langit & Bumi
PIR Aku Percaya kepada Allah Bapa Yang Mahakuasa Khalik Langit & BumiJohan Setiawan
 
Nama bapa dan anak dan roh kudus pdf
Nama bapa dan anak dan roh kudus pdfNama bapa dan anak dan roh kudus pdf
Nama bapa dan anak dan roh kudus pdfBonggasLT
 
Kitab kehidupan
Kitab kehidupanKitab kehidupan
Kitab kehidupanalkitabiah
 

What's hot (20)

Makalah dogmatika iv
Makalah dogmatika ivMakalah dogmatika iv
Makalah dogmatika iv
 
Kualifikasi Seorang Pemimpin Kristen yang Visioner
Kualifikasi Seorang Pemimpin Kristen yang VisionerKualifikasi Seorang Pemimpin Kristen yang Visioner
Kualifikasi Seorang Pemimpin Kristen yang Visioner
 
Memahami pribadi roh kudus kelompok 4 STT Mawar Saron Lampung
Memahami pribadi roh kudus kelompok 4 STT Mawar Saron LampungMemahami pribadi roh kudus kelompok 4 STT Mawar Saron Lampung
Memahami pribadi roh kudus kelompok 4 STT Mawar Saron Lampung
 
Pedang roh edisi_74: Kelompok Denominasi Gereja
Pedang roh edisi_74: Kelompok Denominasi GerejaPedang roh edisi_74: Kelompok Denominasi Gereja
Pedang roh edisi_74: Kelompok Denominasi Gereja
 
Pentingnya Roh Kudus Dalam Penginjilan
Pentingnya Roh Kudus  Dalam PenginjilanPentingnya Roh Kudus  Dalam Penginjilan
Pentingnya Roh Kudus Dalam Penginjilan
 
Pandangan tentang Yesus Kristus dalam surat-surat Dogmatis (Roma, I, II Kori...
Pandangan tentang Yesus Kristus dalam surat-surat Dogmatis  (Roma, I, II Kori...Pandangan tentang Yesus Kristus dalam surat-surat Dogmatis  (Roma, I, II Kori...
Pandangan tentang Yesus Kristus dalam surat-surat Dogmatis (Roma, I, II Kori...
 
9 TIPS KOMUNIKASI EFEKTIF BERINSPIRASIKAN KISAH NABI YUSUF A.S. DALAM PENJARA
9 TIPS KOMUNIKASI EFEKTIF BERINSPIRASIKAN KISAH NABI YUSUF A.S. DALAM PENJARA9 TIPS KOMUNIKASI EFEKTIF BERINSPIRASIKAN KISAH NABI YUSUF A.S. DALAM PENJARA
9 TIPS KOMUNIKASI EFEKTIF BERINSPIRASIKAN KISAH NABI YUSUF A.S. DALAM PENJARA
 
Roh Kudus dan Buah Roh
Roh Kudus dan Buah RohRoh Kudus dan Buah Roh
Roh Kudus dan Buah Roh
 
Makalah Peran roh kudus dalam penginjilan
Makalah Peran roh kudus dalam penginjilanMakalah Peran roh kudus dalam penginjilan
Makalah Peran roh kudus dalam penginjilan
 
Dogmatika IV paper
Dogmatika IV paperDogmatika IV paper
Dogmatika IV paper
 
Roh kudus
Roh kudusRoh kudus
Roh kudus
 
Makalah Teologi PB 1
Makalah Teologi PB 1Makalah Teologi PB 1
Makalah Teologi PB 1
 
Mengenal yang Mahakudus
Mengenal yang MahakudusMengenal yang Mahakudus
Mengenal yang Mahakudus
 
Paper peran roh kudus dalam pertumbuhan gereja
Paper peran roh kudus dalam pertumbuhan gerejaPaper peran roh kudus dalam pertumbuhan gereja
Paper peran roh kudus dalam pertumbuhan gereja
 
Roh kudus
Roh kudusRoh kudus
Roh kudus
 
Seri Doa Bapa Kami: Pengenalan
Seri Doa Bapa Kami: PengenalanSeri Doa Bapa Kami: Pengenalan
Seri Doa Bapa Kami: Pengenalan
 
Paper Peran Roh Kudus di dalam Gereja dan Buah Roh
Paper Peran Roh Kudus di dalam Gereja dan Buah RohPaper Peran Roh Kudus di dalam Gereja dan Buah Roh
Paper Peran Roh Kudus di dalam Gereja dan Buah Roh
 
PIR Aku Percaya kepada Allah Bapa Yang Mahakuasa Khalik Langit & Bumi
PIR Aku Percaya kepada Allah Bapa Yang Mahakuasa Khalik Langit & BumiPIR Aku Percaya kepada Allah Bapa Yang Mahakuasa Khalik Langit & Bumi
PIR Aku Percaya kepada Allah Bapa Yang Mahakuasa Khalik Langit & Bumi
 
Nama bapa dan anak dan roh kudus pdf
Nama bapa dan anak dan roh kudus pdfNama bapa dan anak dan roh kudus pdf
Nama bapa dan anak dan roh kudus pdf
 
Kitab kehidupan
Kitab kehidupanKitab kehidupan
Kitab kehidupan
 

Similar to Hal Mengasihi Musuh

Apakah saudara sudah tahu 29 yesusbukantuhan
Apakah saudara sudah tahu 29 yesusbukantuhanApakah saudara sudah tahu 29 yesusbukantuhan
Apakah saudara sudah tahu 29 yesusbukantuhanhenry jaya teddy
 
Kenyataan yang menyakitkan semua orang
Kenyataan yang menyakitkan semua orangKenyataan yang menyakitkan semua orang
Kenyataan yang menyakitkan semua oranghenry jaya teddy
 
Serial Pemuridan: Profil Murid Kristus
Serial Pemuridan: Profil Murid KristusSerial Pemuridan: Profil Murid Kristus
Serial Pemuridan: Profil Murid KristusJohan Setiawan
 
Pelajaran SS sabat ke 6 triwulan 3, 2023.pptx
Pelajaran SS sabat ke 6 triwulan 3, 2023.pptxPelajaran SS sabat ke 6 triwulan 3, 2023.pptx
Pelajaran SS sabat ke 6 triwulan 3, 2023.pptxArchieNmb
 
Sebuah pencarian akan yesus
Sebuah pencarian akan yesusSebuah pencarian akan yesus
Sebuah pencarian akan yesushenry jaya teddy
 
23 agustus 2014 gereja
23 agustus 2014   gereja 23 agustus 2014   gereja
23 agustus 2014 gereja gmahkjerusalem
 
Khotbah 5 nov 2014 siap print oke
Khotbah 5 nov 2014 siap print okeKhotbah 5 nov 2014 siap print oke
Khotbah 5 nov 2014 siap print okeHerwan Oroh
 
Pelajaran sekolah sabat ke 4 bersaksi dan melayani
Pelajaran sekolah sabat ke 4 bersaksi dan melayaniPelajaran sekolah sabat ke 4 bersaksi dan melayani
Pelajaran sekolah sabat ke 4 bersaksi dan melayaniDavid Syahputra
 
Pelajaran Sekolah Sabat ke-9 Triwulan IV 2020
Pelajaran Sekolah Sabat ke-9 Triwulan IV 2020Pelajaran Sekolah Sabat ke-9 Triwulan IV 2020
Pelajaran Sekolah Sabat ke-9 Triwulan IV 2020David Syahputra
 
Pelajaran sekolah sabat ke 8 gereja . rantepasang kec.sabbang.kab. luwu...
Pelajaran sekolah sabat ke 8     gereja .   rantepasang kec.sabbang.kab. luwu...Pelajaran sekolah sabat ke 8     gereja .   rantepasang kec.sabbang.kab. luwu...
Pelajaran sekolah sabat ke 8 gereja . rantepasang kec.sabbang.kab. luwu...Pardy Lanteran
 
Mpk katolik 4c gereja dan agama lain (UAS)
Mpk katolik 4c gereja dan agama lain (UAS)Mpk katolik 4c gereja dan agama lain (UAS)
Mpk katolik 4c gereja dan agama lain (UAS)anandasesilia
 
Perubahan fokus dari fisik ke rohani
Perubahan fokus dari fisik ke rohaniPerubahan fokus dari fisik ke rohani
Perubahan fokus dari fisik ke rohanihenry jaya teddy
 
Misiologi kristen bsjdisowknnrnnrnrnsjoao
Misiologi kristen bsjdisowknnrnnrnrnsjoaoMisiologi kristen bsjdisowknnrnnrnrnsjoao
Misiologi kristen bsjdisowknnrnnrnrnsjoaoYosuaNugroho2
 
Pelajaran sekolah sabat ke 7 persatuan pengikat kebangunan
Pelajaran sekolah sabat ke 7 persatuan pengikat kebangunanPelajaran sekolah sabat ke 7 persatuan pengikat kebangunan
Pelajaran sekolah sabat ke 7 persatuan pengikat kebangunanDavid Syahputra
 
New Renungan Prapaskah .docx
New Renungan Prapaskah .docxNew Renungan Prapaskah .docx
New Renungan Prapaskah .docxRobinSarSinaga
 

Similar to Hal Mengasihi Musuh (20)

Harapansayayangterdalam
HarapansayayangterdalamHarapansayayangterdalam
Harapansayayangterdalam
 
Memahami Keilahian Tuhan
Memahami Keilahian TuhanMemahami Keilahian Tuhan
Memahami Keilahian Tuhan
 
Apakah saudara sudah tahu 29 yesusbukantuhan
Apakah saudara sudah tahu 29 yesusbukantuhanApakah saudara sudah tahu 29 yesusbukantuhan
Apakah saudara sudah tahu 29 yesusbukantuhan
 
Kenyataan yang menyakitkan semua orang
Kenyataan yang menyakitkan semua orangKenyataan yang menyakitkan semua orang
Kenyataan yang menyakitkan semua orang
 
Serial Pemuridan: Profil Murid Kristus
Serial Pemuridan: Profil Murid KristusSerial Pemuridan: Profil Murid Kristus
Serial Pemuridan: Profil Murid Kristus
 
Bukan pilih kasih
Bukan pilih kasihBukan pilih kasih
Bukan pilih kasih
 
Pelajaran SS sabat ke 6 triwulan 3, 2023.pptx
Pelajaran SS sabat ke 6 triwulan 3, 2023.pptxPelajaran SS sabat ke 6 triwulan 3, 2023.pptx
Pelajaran SS sabat ke 6 triwulan 3, 2023.pptx
 
Sebuah pencarian akan yesus
Sebuah pencarian akan yesusSebuah pencarian akan yesus
Sebuah pencarian akan yesus
 
Paper roh kudus dan misi
Paper roh kudus dan misiPaper roh kudus dan misi
Paper roh kudus dan misi
 
23 agustus 2014 gereja
23 agustus 2014   gereja 23 agustus 2014   gereja
23 agustus 2014 gereja
 
Khotbah 5 nov 2014 siap print oke
Khotbah 5 nov 2014 siap print okeKhotbah 5 nov 2014 siap print oke
Khotbah 5 nov 2014 siap print oke
 
Pelajaran sekolah sabat ke 4 bersaksi dan melayani
Pelajaran sekolah sabat ke 4 bersaksi dan melayaniPelajaran sekolah sabat ke 4 bersaksi dan melayani
Pelajaran sekolah sabat ke 4 bersaksi dan melayani
 
Pelajaran Sekolah Sabat ke-9 Triwulan IV 2020
Pelajaran Sekolah Sabat ke-9 Triwulan IV 2020Pelajaran Sekolah Sabat ke-9 Triwulan IV 2020
Pelajaran Sekolah Sabat ke-9 Triwulan IV 2020
 
Pelajaran sekolah sabat ke 8 gereja . rantepasang kec.sabbang.kab. luwu...
Pelajaran sekolah sabat ke 8     gereja .   rantepasang kec.sabbang.kab. luwu...Pelajaran sekolah sabat ke 8     gereja .   rantepasang kec.sabbang.kab. luwu...
Pelajaran sekolah sabat ke 8 gereja . rantepasang kec.sabbang.kab. luwu...
 
Ss 2014t3 08-gereja
Ss 2014t3 08-gerejaSs 2014t3 08-gereja
Ss 2014t3 08-gereja
 
Mpk katolik 4c gereja dan agama lain (UAS)
Mpk katolik 4c gereja dan agama lain (UAS)Mpk katolik 4c gereja dan agama lain (UAS)
Mpk katolik 4c gereja dan agama lain (UAS)
 
Perubahan fokus dari fisik ke rohani
Perubahan fokus dari fisik ke rohaniPerubahan fokus dari fisik ke rohani
Perubahan fokus dari fisik ke rohani
 
Misiologi kristen bsjdisowknnrnnrnrnsjoao
Misiologi kristen bsjdisowknnrnnrnrnsjoaoMisiologi kristen bsjdisowknnrnnrnrnsjoao
Misiologi kristen bsjdisowknnrnnrnrnsjoao
 
Pelajaran sekolah sabat ke 7 persatuan pengikat kebangunan
Pelajaran sekolah sabat ke 7 persatuan pengikat kebangunanPelajaran sekolah sabat ke 7 persatuan pengikat kebangunan
Pelajaran sekolah sabat ke 7 persatuan pengikat kebangunan
 
New Renungan Prapaskah .docx
New Renungan Prapaskah .docxNew Renungan Prapaskah .docx
New Renungan Prapaskah .docx
 

Recently uploaded

Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docxMateri E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docxAmmar Ahmad
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
ASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidanan
ASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidananASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidanan
ASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidananriniaandayani
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanprinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanaji guru
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata PMM - Merancang Pembelajaran berdasarkan Perkembangan Peserta Didi...
Aksi Nyata PMM - Merancang Pembelajaran berdasarkan Perkembangan Peserta Didi...Aksi Nyata PMM - Merancang Pembelajaran berdasarkan Perkembangan Peserta Didi...
Aksi Nyata PMM - Merancang Pembelajaran berdasarkan Perkembangan Peserta Didi...walidumar
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxMateriSMPTDarulFalah
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarVariasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarAureliaAflahAzZahra
 
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)BashoriAlwi4
 
kerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.ppt
kerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.pptkerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.ppt
kerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.pptputrisari631
 
M5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptx
M5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptxM5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptx
M5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptxAndrewKen3
 
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptxMETODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptxFidiaHananasyst
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxdedyfirgiawan
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docxMateri E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
Materi E-modul Ekosistem kelas X SMA.docx
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
ASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidanan
ASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidananASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidanan
ASPEK KIMIA TUBUH dalam ilmu kesehatan dan kebidanan
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 2 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaanprinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
prinsip dasar kepramukaan dan metode kepramukaan
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata PMM - Merancang Pembelajaran berdasarkan Perkembangan Peserta Didi...
Aksi Nyata PMM - Merancang Pembelajaran berdasarkan Perkembangan Peserta Didi...Aksi Nyata PMM - Merancang Pembelajaran berdasarkan Perkembangan Peserta Didi...
Aksi Nyata PMM - Merancang Pembelajaran berdasarkan Perkembangan Peserta Didi...
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptxInformatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
Informatika Latihan Soal Kelas Tujuh.pptx
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 4 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar MengajarVariasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
Variasi dan Gaya Mengajar, Mata Kuliah Strategi Belajar Mengajar
 
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
Modul 5 Simetri (simetri lipat, simetri putar)
 
kerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.ppt
kerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.pptkerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.ppt
kerajaan-kerajaan hindu-budha di indonesia.ppt
 
M5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptx
M5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptxM5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptx
M5 Latihan Program Prolog Aritmatika.pptx
 
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptxMETODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
METODE PENGEMBANGAN MORAL DAN NILAI-NILAI AGAMA.pptx
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 

Hal Mengasihi Musuh

  • 1. AJARAN YESUS DI BUKIT “HAL MENGASIHI MUSUH” Matius 5:43-48 43 Kamu telah mendengar firman: Kasihilah sesamamu manusia dan bencilah musuhmu. 44 Tetapi Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu. 45 Karena dengan demikianlah kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di sorga, yang menerbitkan matahari bagi orang yang jahat dan orang yang baik dan menurunkan hujan bagi orang yang benar dan orang yang tidak benar. 46 Apabila kamu mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah upahmu? Bukankah pemungut cukai juga berbuat demikian? 47 Dan apabila kamu hanya memberi salam kepada saudara-saudaramu saja, apakah lebihnya dari pada perbuatan orang lain? Bukankah orang yang tidak mengenal Allahpun berbuat demikian? 48 Karena itu haruslah kamu sempurna, sama seperti Bapamu yang di sorga adalah sempurna." Latarbelakang Injil Matius: Injil Matius merupakan tulisan Matius yang memberi fokus kepada gaya hidup seorang Yesus dan ajaran-ajaranNya. Matius dengan secara jelas mempersembahkan riwayat hidup Yesus dengan mengambil pokok pengajaran yang Yesus berikan dengan memberikan penekanan mengenai ajaran Yesus yang didasarkan kepada Perjanjian Lama. Jika dalam Perjanjian Lama, Allah memberikan Musa Hukum Taurat-Nya di atas Gunung Sinai; Yesus pula memberikan pengajaran-Nya di atas bukit1 . Demikian juga ajaran mengenai Hukum Taurat yang Yesus berikan sesuai dengan kedatangan pada zaman tersebut iaitu menggenapi nubuat dan hukum Taurat di bukit ini. Penafsiran dan Pemerhatian Ayat: Ayat 43 Kamu telah mendengar firman: Kasihilah2 sesamamu manusia dan bencilah musuhmu. Secara harfiah, Hukum Taurat hanya memerintahkan umat Israel untuk mengasihi mereka yang tinggal dekat dengan mereka. Pernyataan pertama memang terdapat di dalam ajaran Hukum Taurat (Imamat 19:18) , tetapi para pengajar bidat Farisi dan Saduki memperluaskan ajaran “bencilah musuhmu” yang berusaha untuk memberikan tekanan 1 Menurut tafsiran Barnes, gunung yang dimaksudkan mungkin adalah Gunung Beatitude yang terdapat di Kapernaum dan ini disesuaikan dengan keadaan geografi yang lebih mendekat kepada keadaan Yesus dan pendengar-pendengar-Nya pada masa itu. (t.n, Mount of Beatitudes, [database online], dilayari pada 25 April 2014, boleh dilayari di http://www.bibleplaces.com/mtbeatitudes.htm, internet). 2 Agapē tidak berarti suatu perasaan dari hati, terhadap mana kita tidak bisa berbuat apa-apa, dan yang datang tanpa diminta dan dicari; itu berarti suatu keputusan / ketetapan dari pikiran, dengan mana kita mencapai keinginan baik yang tidak bisa dikalahkan bahkan terhadap mereka yang menyakiti dan melukai kita. (Barclay dalam Budi Asali, Eksposisi Injil Matius, [database online], dilayari pada 20 April 2014, boleh dilayari di http://www.golgothaministry.org/matius/matius-5_43-48.htm, internet.) 1
  • 2. kepada Yesus supaya dibenci oleh golongan Yahudi pada masa itu. Golongan bidat ini mahu orang Yahudi membenci Yesus kerana Yesus sentiasa menyatakan kesalahan ajaran-ajaran dan sikap perbuatan para Farisi dan Saduki. Berdasarkan pemerhatian, frasa “Kamu telah mendengar firman” yang tertulis dalam terjemahan Indonesia adalah bertentangan dengan terjemahan King James iaitu “Kamu telah mendengar bahawa dikatakan”.3 Pengertian aslinya adalah lebih jelas untuk menyatakan bahawa Yesus tidak menentang bahawa Yesus tidak menentang ajaran dari Hukum Taurat atau Perjanjian Lama tetapi sebaliknya menentang ajaran-ajaran Farisi mengenai hukum kasih. Ayat 44 Tetapi Aku berkata kepadamu: Kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu. Lalu Yesus meneruskan dengan menyatakan bahawa dalam Hukum Taurat telah dinyatakan untuk harus berbuat baik terhadap musuh (Keluaran 23:4,5), bahkan pengajar sesat dan penganiaya sekalipun haruslah dikasihi.4 Dalam tulisan-tulisan Qumran, mungkin anda semua sudah sering mendengar tentang ini - tulisan-tulisan dari sekte masyarakat Laut Mati - kita melihat hal yang sama persis di sini. Sebagai contoh, dari gulungan kitab Qumran yang pertama, 1324, dikatakan, "Kasihilah segala yang Dia, Allah, telah memilih dan bencilah semua yang Allah telah menolak". Jadi masyarakat Qumran, komunitas Laut Mati diajari untuk membenci barangsiapa yang menolak Allah dan mengasihi barangsiapa yang Allah mengasihi.5 Daripada kajian oleh Pendeta Eric Chang ini, dapat kita ketahui bahawa sesungguhnya selain daripada ajaran Yesus, golongan Yahudi yang lain juga mendidik bangsanya untuk mengasihi musuh mereka melainkan mereka yang memusuhi Allah, maka mereka diarahkan untuk membenci mereka. Namun demikian, Yesus bermaksud untuk menentang orang-orang Farisi dan Ahli Taurat yang mengajarkan orang Yahudi untuk membenci mereka yang bukan dari bangsa Yahudi sepenuhnya. Menurut salah satu dari 3 Budi Asali, Eksposisi Injil Matius, [database online], dilayari pada 20 April 2014, boleh dilayari di http://www.golgothaministry.org/matius/matius-5_43-48.htm, internet. 4 Henry M., Commentary on the Whole Bible Volume V (Matthew to John), (Grand Rapids, MI: Christian Classics Ethereal Library, 2000), 109. 5 Eric H.H. Chang, Mengasihi Musuh, [database online], dilayari pada 20 April 2014, boleh dilayari di http://www.cahayapengharapan.org/khotbah/khobah_di_bukit/texts/027_kasihilah_musuhmu.htm, internet. 2
  • 3. buku pegangan orang Farisi dan Ahli Taurat iaitu Buku Mishnah6 , jika ada seorang fasik datang meminta tolong kepada bangsa Yahudi, mereka tidak harus menolongnya dan membiarkan mereka mati sahaja. Contohnya, seorang ibu fasik yang sedang mengandung datang untuk meminta tolong kerana mahu melahirkan anak, ibu ini tidak boleh ditolong tetapi dibiarkan sendirian dan bayi yang dilahirkan juga tidak akan diberikan makanan sehingga mati. Kita mengasihi musuh kerana kita mahukan kebahagian dalam hati kita. Bukan kerana kita di tuntut, kemudian kita mengasihi mereka tetapi kerana Allah memang telah menciptakan manusia untuk saling mengasihi. Mereka yang hidupnya luar dari designed ini perlu memikirkan sama ada mereka benar-benar hidup dalam anugerah Allah atau masih di bawah kutuk dosa. Berdoa bagi musuh bukanlah sesuatu ajaran yang disampaikan oleh Farisi di sinagoge. Tetapi Yesus memberikan ajaran yang sangat bertentangan dengan Farisi. Hal ini jelas menjadi identiti Yesus sendiri yang datang untuk membawa perdamaian tanpa mengira siapa pun termasuk mereka yang memusuhi-Nya (banding Lukas 23:34) sehingga walaupun Dia disalibkan. Ayat 45 Karena dengan demikianlah kamu menjadi anak-anak Bapamu yang di sorga, yang menerbitkan matahari bagi orang yang jahat dan orang yang baik dan menurunkan hujan bagi orang yang benar dan orang yang tidak benar. Yesus menjelaskan ganjaran sebagai anak-anak Allah untuk mengasihi sesama manusia. Hal ini dijelaskan dengan penggunaan frasa “Karena dengan demikian” yang membawa maksud kepada sesuatu yang diberikan selepas melakukan sesuatu sebelumnya. Sebagai anak-anak Allah yang telah menerima, mereka dituntut untuk berkarakter seperti Allah Bapa juga iaitu mengasihi semua manusia (Yohanes 3:16). Sikap ini bergantung kepada sejauh mana pengenalan dan hubungan kekeluargaan kepada Allah (bandingkan 5:9) yang hidup dengan damai.7 Keadilan Allah dinyatakan oleh Yesus bahawa Allah tidak menentukan manusia untuk masuk ke dalam neraka. Kita tahu bahawa neraka dicipta khas untuk malaikat-malaikat yang memberontak terhadap Allah. Frasa “dengan demikianlah” menunjukkan sifat keadilan Allah terhadap manusia di bumi kerana kasih-Nya. Maka, Yesus 6 Mishnah mengaku memuat keterangan yang diterima Musa di Gunung Sinai, sebahagian dari Hukum Allah kepada Israel yang tidak tertulis yang ditulis oleh Sahhedrin ([database online], dilayari pada 20 April 2014, boleh dilayari di http://id.wikipedia.org/wiki/Mishnah, internet. 7 Henry M., Commentary on the Whole Bible Volume V (Matthew to John), (Grand Rapids, MI: Christian Classics Ethereal Library, 2000), 109. 3
  • 4. juga mengajarkan para murid-Nya untuk mengasihi musuh iaitu kerana Dia datang untuk menyelamatkan mereka semua. Ayat 46 dan 47 Apabila kamu mengasihi orang yang mengasihi kamu, apakah upahmu? Bukankah pemungut cukai juga berbuat demikian? Dan apabila kamu hanya memberi salam kepada saudara-saudaramu saja, apakah lebihnya dari pada perbuatan orang lain? Bukankah orang yang tidak mengenal Allahpun berbuat demikian? Menurut Matthew Henry, ayat ini boleh diparafrasakan dengan kata “apakah yang telah kamu lakukan sehingga berhak menerima upah”. Ayat ini disejajarkan dengan ayat 47 dengan penegasan dari Yesus bahawa murid-murid harus memberi lebih kerana Allah telah memberi lebih daripada jasa mereka (banding Lukas 6:32-34).8 Memperhatikan frasa “apakah lebihnya” menuntut pertanyaan kepada murid-murid dan pendengar pada masa itu. Secara jelas, kita akan mengetahui bahawa Yesus menggunakan persoalan ini untuk menyatakan bahawa orang Kristian seharusnya memiliki keistimewaan yang tidak terdapat di antara mereka yang bukan Kristian. Kasih agape adalah keistimewaan orang Kristian kerana kasih ini hanya dapat diperolehi oleh orang yang memilik Yesus sahaja. Agama-agama lain tidak mungkin mengajarkan hal ini kerana agama lain lebih mementingkan diri sendiri dan bukan berpusat kepada kasih Yesus. John Stott (The Message of the Sermon on The Mount, halaman 122) memetik kata-kata Alfred Plummer dengan menyimpulkan pilihan-pilihan dengan kesederhanaan yang mengagumkan: ‘Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah seperti setan; membalas kebaikan dengan kebaikan adalah manusiawi; membalas kejahatan dengan kebaikan adalah ilahi.9 Ayat 48 Karena itu haruslah kamu sempurna, sama seperti Bapamu yang di sorga adalah sempurna." Kesempurnaan itu dituntut Allah sebagai cerminan sifat-Nya sendiri yang tidak melakukan sesautu dengan berkompromi. Maka Yesus menuntut murid-murid-Nya untuk memiliki kesempurnaan dalam kasih dan ini pasti akan memutarbalikkan sikap hati manusia 8 Ibid, 109. 9 Budi Asali, Eksposisi Injil Matius, [database online], dilayari pada 20 April 2014, boleh dilayari di http://www.golgothaministry.org/matius/matius-5_43-48.htm, internet. 4
  • 5. yang selama itu mendengar ajaran dari Farisi yang bertentangan, walaupun kesempurnaan itu tidak akan dapat dicapat tetapi seharusnya menjadi tujuan hidup mereka.10 Penerapan Jelas bahawa sifat manusiawi kita adalah tidak sempurna. Gambaran rupa Allah itu telah musnah kerana dosa yang telah menular masuk di dalam diri kita dan hanya melalui Yesus sahaja kita telah memiliki semula karakter Allah di dalam diri kita (Roma 3:23-24). Namun jelas Yesus dalam ajaran-Nya mahu kita memiliki sifat mengasihi sebagai sifat asas dalam membina karakter Allah dalamk diri kita. Melalui perikop kajian yang kita pelajari bersama-sama ini, kita sekurang-kurangnya mempelajari tiga perkara yang boleh kita terapkan bersama dalam hidup Kristian kita. Pertama, seorang Kristian haruslah memahami bahawa Allah mengasihi semua manusia sehingga kita juga harus mengasihi semua manusia tanpa memikirkan status manusia itu sebagai manusia. Bagi Allah, semua manusia diciptakan untuk menyembah-Nya tetapi ada yang sesat seperti domba. Mereka tetap ciptaan-Nya seperti kita. Oleh kerana kita adalah ciptaan Allah yang telah mengambil keputusan untuk menjawab tawaran Allah, maka kita juga di tuntut untuk mengasihi mereka yang lain sepenuhnya tanpa sebab manusia. Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah seperti setan; membalas kebaikan dengan kebaikan adalah manusiawi; membalas kejahatan dengan kebaikan adalah ilahi. Kedua, seorang Kristian seharusnya mendengarkan Firman Tuhan untuk memiliki karakter Yesus dalam hidupnya. Melalui pemerhatian yang terdapat dalam ayat 43, kita sama-sama memperlajari bahawa kasih itu diajarkan oleh Allah sejak zaman Perjanjian Lama lagi. Namun terdapat ajaran manusiawi yang mengambil kesempatan untuk mengajarkan paradoks daripada nilai agung ini dengan menyatakan harus membenci musuh. Sebagai seorang Kristian, penting untuk kita mempelajari dan merenungkan Firman Tuhan siang dan malam supaya kita tahu bagaimana selayaknya kita berperanan dalam dunia ini dengan cerminan kasih Yesus yang akan memantul dalam di hadapan semua orang. Ketiga, seorang Kristian harus sentiasa tampil berbeza daripada orang yang berada di sekeliling kita. Manusia sesungguhnya tidak begitu tertarik dengan status kita sebagai seorang Kristian kerana majoriti penduduk dunia, bahkan di negara Malaysia ini adalah mereka yang tidak mengetahui apakah agama Kristian itu. Tetapi kita sebagai pengikut Kristus harus tahu untuk memperkenalkan Yesus kepada mereka. Bukan melalui status kita tetapi melalui perbuatan dan dinamik berfikir kita. Tampil berbeza daripada mereka akan 10 Ibid, 109. 5
  • 6. memberikan intensiti kepada mereka untuk mengenal kita dan akhirnya peluang untuk kita menyatakan peribadi Yesus akan terbuka dengan lebih baik. Kesimpulan Mempelajari dan mengetahui kebenaran yang terdapat dalam Matius 5:43-48 telah memberikan dimensi yang semakin jelas dalam kehidupan kita sebagai seorang Kristian. Bukan hanya dengan mendengarkan Firman Tuhan, tetapi harus mempraktikkan Firman Tuhan itu sepenuhnya dalam hidup kita. Mengasihi merupakan identiti seorang Kristian. Bukan mengasihi kerana kita sekadar mahu menjadi lebih disenangi, tetapi mengasihi kerana kita adalah pengikut Yesus yang harus meneladani sikap kasih agape dalam diri-Nya. Berikanlah masa untuk diri kita mempelajari Firman Tuhan dan nyatakan hidup kita sebagai surat dari Allah kepada semua manusia di sekeliling kita. Bibliografi 6
  • 7. Budi Asali. Eksposisi Injil Matius. Database online. Dilayari pada 20 April 2014. Boleh dilayari di http://www.golgothaministry.org/matius/matius-5_43-48.htm. Internet. Eric H.H. Chang. Mengasihi Musuh. Database online. Dilayari pada 20 April 2014. Boleh dilayari di http://www.cahayapengharapan.org/khotbah/khobah_di_bukit/texts/027_kasihilah_musuhmu.htm. Internet. Henry M. Commentary on the Whole Bible Volume V (Matthew to John). Grand Rapids, MI: Christian Classics Ethereal Library. 2000. t.n. Mishnah. Database online. Dilayari pada 20 April 2014. Boleh dilayari di http://id.wikipedia.org/wiki/Mishnah. Internet t.n. Mount of Beatitudes. Database online. Dilayari pada 25 April 2014. Boleh dilayari di http://www.bibleplaces.com/mtbeatitudes.htm. Internet. 7