SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Download to read offline
1
ISI KANDUNGAN
TAJUK M/SURAT
1.0
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latar belakang
1.2 Permasalahan Kajian
1.3 Objektif Kajian
1.4 Kepentingan Kajian
1.5 Masalah Kajian
1.6 Persoalan kajian
1.7 Skop Kajian
1.8 Hipotesis Kajian
2-8
2.0 BAB 2 SOROTAN LITERATURE 9-11
3.0 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka Bentuk Kajian
3.2 Kaedah Kajian
3.3 Instrumen Kajian
3.4 Populasi Kajian
12-16
4.0 BAB 4 HASIL KAJIAN 17
5.0 BAB 5 KESIMPULAN 18
Bibliografi 19
2
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999)1
, Baba adalah keturunan Cina
yang menetap di Melaka sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah dan mengamalkan
kebudayaan Melayu iaitu termasuk pertuturan, pakaian, makanan dan sebagainya.
Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999)2
lagi, Nyonya pula adalah
panggilan yang biasanya dipanggil untuk perempuan Cina yang sudah bersuami, iaitu
perempuan Cina dari golongan Baba. Keturunan Baba Nyonya ini lahir hasil daripada
perkahwinan campur antara kaum Cina dan kaum Melayu.
Menurut Baba Koh Kim Bok (2013)3
masyarakat Baba Nyonya merupakan
kaum minoriti yang terkenal di Melaka. Masyarakat ini mempunyai keunikan yang
tersendiri apabila mereka mengasimilasikan budaya Cina dan Melayu dalam budaya
mereka. Oleh itu, cara hidup mereka mempunyai banyak persamaan dengan budaya
Melayu dan juga budaya Cina. Pertalian darah dengan orang Melayu ini menyebabkan
mereka mempunyai tempat yang tersendiri dalam kalangan masyarakat Melayu.
Secara ringkasnya, ciri dan identiti masyarakat Baba dan Nyonya dapat
dibezakan dengan masyarakat etnik lain melalui budaya berpakaian, makanan, pesta
dan perayaan, kesenian, bahasa dan tulisan, kepercayaan dan agama serta adat
perkahwinan. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang
merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka. Selain berbahasa Melayu,
1
Arbak Othman (1999). Kamus Bahasa Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 90
2
Ibid.
3
Baba Koh Kim Bok (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Sejarah Cabaran dan Masa Hadapan Masyarakat
Baba dan Nyonya. Seminar Wacana Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka pada 9 Disember 2013 di
Auditorium Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.
3
mereka mampu bertutur dalam bahasa Hokkien yang merupakan bahasa keturunan
mereka. Pertuturan mereka juga wujud percampuran antara Hokkien dan Melayu
umpamanya "mana lu mau pergi, "ini gua punya", "mak mana, mak ada loteng tidur", Hai
yaa hujan lebat, tak pi tutup jendela,". Selain itu, Baba Nyonya juga masih mengekalkan
kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka seperti meraikan Tahun
Baru Cina. Manakala dari segi anutan pula, kebanyakan mereka menganuti agama
Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam dan Kristian.
Melalui cara masakan mereka juga kebanyakannya dicampurkan dengan resipi
masakan orang Melayu dan ianya telah menjadi salah satu kebiasaan bagi mereka
seperti makan masakan yang menggunakan rempah dan santan, bahkan cara makan
orang Melayu turut menjadi ikutan iaitu makan dengan menggunakan tangan.4
Walaupun terdapat banyak penyerapan budaya Melayu dalam amalan
masyarakat Baba, tetapi mereka masih mengekalkan amalan asal-usul mereka.
Misalnya seperti adat istiadat perkahwinan Cina yang diharuskan kedua-dua pengantin
memakai pakaian yang indah dan berwarna warni berunsurkan warisan budaya Cina
tradisional serta kebanyakan rumah Baba dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional
Cina. Walau bagaimanapun, kesan modenisasi di abad 21 ini telah meninggalkan sedikit
demi sedikit budaya tradisional masyarakat ini tetapi terdapat juga budaya yang masih
diamalkan.
1.1 Latar Belakang
Masyarakat Baba Nyonya telah wujud di Melaka sejak abad kelima belas lagi. Menurut
sejarah, Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dengan negara China sejak
kurun ke-15 yakni ketika pelabuhan Melaka dibuka pada 1402 M.5
4
Ooi Keat Gin (2009). Historical Dictionary of Malaysia. USA: Scarecrow Press. Hlm. 27.
5
Ishak Saat (2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Selangor: Karisma Publication Sdn.Bhd. Hlm. 69.
4
Rombongan Laksamana Cheng Ho telah diutus bagi menguatkan hubungan
perdagangan. Selain itu, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po,
kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada Sultan untuk
mengahwini Puteri Hang Li Po tersebut, maka berlakulah perkahwinan campur di
kalangan pemerintahan apabila Puteri Hang Li Po dari China berkahwin dengan Sultan
Mansur Syah.6
Selepas itu, asimilasi ini terus berlaku apabila ramai pedagang dari China
berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum Cina ini kebanyakannya berasal dari wilayah
Hokkien, mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan seterusnya
berkahwin dengan wanita tempatan dan membina generasi mereka.
Sehingga hari ini keunikan etnik Baba Nyonya boleh dilihat di Perkampungan
Baba dan Nyonya di Jalan Tun Tan Cheng Lock Bandar Raya Melaka Bersejarah.
Muzium Warisan Baba dan Nyonya juga terletak berdekatan. Bangunan Muzium ini
merupakan kediaman keluarga untuk tiga generasi seorang Baba. Generasi Baba
Nyonya ini bagaimanapun tinggal merata di seluruh Melaka terutamanya di kawasan
perkampungan di pinggir bandar.
1.2 Permasalahan Kajian
Menurut Baba (2013), cara hidup masyarakat tradisi Baba Nyonya Melaka sangat
berkaitan dengan gaya hidup Melayu. Malahan mereka menjunjung kesenian budaya
Melayu Melaka seperti berpantun, berdondang sayang, mengunyah sirih dan turut
mengajar anak mereka pantang larang Melayu seperti dilarang menyampuk bila orang
tua sedang berbual, dilarang menggoyangkan kaki ketika duduk dan dilarang keluar
rumah tanpa izin.
6
Ibid. Hlm. 70.
5
Namun begitu, menurut beliau lagi, kecenderungan golongan muda generasi
di abad 21 ini tidak lagi berminat menonjolkan identiti sebagai Baba Nyonya. Misalnya
golongan muda ini tidak lagi gemar memakai kebaya, bersanggul dan memakai kasut
manik kebanggaan Baba Nyonya. Soal perkahwinan pula, mereka gemar mencari
pasangan sendiri berbanding menanti calon pilihan keluarga yang menjadi adat mereka.
Hal ini menyebabkan berlaku lagi perkahwinan campur dalam kalangan
masyarakat Baba Nyonya apabila mereka berkahwin dengan etnik lain. Hal ini juga
menyumbang kepada penyebab terhakisnya identiti dan budaya Baba Nyonya hari ini.
Oleh yang demikian, kajian ini adalah mengetahui halatuju budaya dan adat
masyarakat Baba Nyonya tradisi dalam menghadapi abad 21 ini. Selain itu, kajian ini
juga terarah untuk mengukur sama ada masyarakat baba nyonya masih mengamalkan
adat tradisi sehingga kini atau telah ditelan arus kemodenan dan hanya diamalkan oleh
generasi terdahulu sahaja. Selain itu, kajian ini juga mengukur tahap penghayatan dan
pengetahuan generasi muda mengenai adat tradisi peranakan Baba Nyonya di Melaka.
1.3 Objektif Kajian
Antara objektif yang terkandung dalam kajian ini adalah:
i. Mengenal pasti budaya dan adat masyarakat tradisi Baba Nyonya di Melaka.
ii. Mengukur tahap pengamalan budaya dan adat tradisi masyarakat peranakan
Baba Nyonya di Melaka.
iii. Menjelaskan kepentingan pengekalan ciri dan identiti masyarakat minoriti
tersebut.
6
1.4 Kepentingan Kajian
i. Kajian ini adalah penting bagi memahami dan mengkaji dengan lebih mendalam
lagi tentang adat tradisi yang diamalkan masyarakat peranakan Baba Nyonya di
Melaka.
ii. Kajian ini juga memberi kesedaran khususnya generasi muda masyarakat
peranakan Baba Nyonya di Melaka agar menghargai dan mengekalkan adat dan
tradisi mereka agar tidak terhakis pada masa akan datang.
iii. Kajian ini juga bersesuaian pada masa kini kerana generasi senior yang
mengamalkan adat Baba Nyonya masih hidup dan mampu memberi sumbangan
kepada kajian ini untuk dijadikan sumber primer.
iv. Kajian ini juga penting dalam industri Kebudayaan dan Kesenian Negara.
v. Penyelidikan ini penting kepada generasi baharu Baba dan Nyonya supaya
mengetahui apakah amalan dan pegangan masyarakat Baba dan Nyonya dahulu
yang diambil daripada masyarakat Melayu.
1.5 Masalah Kajian
Kajian ini merupakan kajian yang berkaitan dengan etnik dan integrasi dalam
masyarakat majmuk Malaysia. Oleh itu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh
pengkaji dalam menjalankan kajian.
i. Kurangnya sumber rujukan daripada buku yang ditulis dalam bahasa Melayu
menyebabkan rujukan perlu terjemah di dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana
penulis yang pakar dalam bidang ini berasal dari keturunan baba dan
menerbitkan buku dalam bahasa Inggeris.
7
ii. Selain itu, sukar bagi pengkaji membezakan etnik cina dan etnik baba nyonya
ketika mengedarkan borang soal selidik kerana etnik Baba Nyonya mempunyai
paras muka seperti Cina juga.
1.6 Persoalan Kajian
Soalan penyelidikan yang diketengahkan dalam kajian ini ialah:
i. Apakah ciri budaya dan adat masyarakat Baba Nyonya tradisi di Melaka?
 Pakaian
 Bahasa pertuturan seharian
 Agama dan kepercayaan
 Masakan dan makanan
 Sambutan dan perayaan
ii. Adakah mereka masih mengekalkan adat dan tradisi tersebut sehingga hari ini?
 Sangat tidak setuju (STS)
 Tidak setuju (TS)
 Tidak pasti (TP)
 Setuju (S)
 Sangat Setuju (SS)Setuju
iii. Berapa ramaikah generasi muda daripada etnik ini yang masih mengekalkan ciri
dan identiti tersebut?
8
1.7 Skop Kajian
Kertas kerja ini memfokuskan kepada negeri Melaka sahaja. Melaka merupakan satu-
satunya negeri yang mempunyai kolonis terbesar masyarakat unik ini. Oleh itu, kajian ini
telah memfokuskan tentang ciri-ciri, identiti budaya dan adat masyarakat peranakan
Baba Nyonya di Melaka serta menilai tahap pengamalannya sekarang. Melalui kajian ini,
kita dapat mengenal pasti aspek budaya yang semakin dilupakan oleh golongan minoriti
ini.
1.8 Hipotesis Kajian
Adat dan budaya tradisi masyarakat Baba Nyonya kurang diamalkan oleh generasi abad
21.
9
BAB 2
SOROTAN LITERATURE
Kajian mengenai Baba Nyonya ini tidak terlalu banyak dibincangkan sejak 10 tahun
kebelakangan ini. Namun, terdapat beberapa kajian yang telah dibuat oleh penulisan
luar negara dan dalam negara berkenaan dengan topik Baba Nyonya ini.
Menerusi jurnal Dr. Vijayaletchumy Subramaniam (2010),7
beliau memetik
kata-kata Louis Wirth (1945), yang menganggap komuniti Cina di kawasan kampung
tebing Sungai Kelantan sebagai kelompok yang berasimilasi kerana mereka bukan
sahaja menggunakan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan seharian, malah, corak
pakaian mereka seperti pakaian orang Melayu dan juga kerana kebanyakan aspek
kehidupan mereka lebih mirip kepada kehidupan orang Melayu setempat. Malah mereka
menggelarkan diri mereka sebagai ‘orang Cina-Melayu.’ Kajian beliau telah
membuktikan bahawa masyarakat Baba Nyonya di Kelantan masih lagi menggunakan
bahasa Melayu dalam kehidupan mereka.
Pendapat beliau boleh disahkan lagi dengan hasil kajian yang dibuat oleh
beliau dalam Jurnalnya Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan
Amalan Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia.8
Berdasarkan kajian yang dibuat di
Kampung Bukit Katil dan Umbai Melaka pada 2009, beliau menyimpulkan bahawa
masyarakat Baba dan Nyonya masih mengamalkan budaya dan cara hidup Baba
7
Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2010). Elements of Language
and Assimilation of Malay Language in Baba and Nyonya Community in Malaysia. Asian Social Science Vol. 6,
No. 6; June 2010.
8
Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad,.(2009). Cara Hidup Kemelayuan
Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia. Jurnal Aswara: 27-39.
10
Nyonya. Namun begitu, data yang dikutip menunjukkan pengekalan budaya ini hanya
terhadap kepercayaan pantang larang, makanan, seni bina kediaman dan sistem
mengurus kematian. Sebaliknya terdapat tradisi yang semakin dilupakan seperti
dondang sayang, berpantun dan berpakaian.
Pendapat mengenai ancaman budaya dan tradisi baba Nyonya ini juga telah
diutarakan sendiri oleh Encik Baba Koh Kim Bok selaku Presiden Badan Kesenian Baba
Nyonya Negeri Melaka semasa Seminar Wacana Peranakan diadakan di Melaka pada
2013. Menurut beliau, hari ini, hanya sebilangan kecil orang Baba Nyonya yang
mengamalkan budaya ini. cara pemakaian dan hiasan yang digunakan dalam upacara
adat semakin berkurangan. Hanya segelintir keluarga yang masih menyimpan alat dan
kelengkapan tradisi mereka dan dijadikan barang antik. Perkakasan rumah seperti
pinggan dan mangkuk yang diperbuat daripada porselin yang cantik dan unik juga tidak
lagi dimiliki oleh semua. Harga untuk mendapatkan barang tradisi seperti baju kebaya
dan kasut manik pula mahal dan mencecah ratusan ringgit. Selain itu, beliau turut
mendakwa bahawa terdapat segelintir masyarakat Baba yang sanggup menjual rumah
pusaka mereka.
Dalam seminar yang sama, Prof. Dato’ Dr Teo Kok Seong daripada Institut
Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia juga ada
membentangkan kertas kerjanya.9
Menurut beliau, masyarakat peranakan Baba Nyonya
Melaka adalah etnik asal yang membentuk masyarakat peranakan atas faktor sejarah
dan demografi. Namun begitu, terdapat generasi yang menamatkan etnik peranakan ini
apabila berkahwin dengan etnik Melayu dan mengamalkan cara hidup Melayu
sepenuhnya dan ada yang berkahwin dengan etnik cina dan tidak lagi mengamalkan
budaya Baba Nyonya ini. Menurut beliau lagi, terdapat perbezaan tahap kesedaran
9
Prof. Dato’ Dr Teo Kok Seong (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Penerusan dan Pemeliharaan Budaya dan
Warisan Masyarakat Peranakan di Malaysia. Seminar Wacana Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka
pada 9 Disember 2013 di Auditorium Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.
11
masyarakat peranakan yang tinggal di bandar dengan masyarakat peranakan di
kawasan kampung. Etnik peranakan di kawasan kampung ini lebih cenderung
mengekalkan amalan tradisi nenek moyang mereka kerana suasana kampung yang
kurang dipengaruhi oleh ancaman globalisasi.
Selain itu, terdapat juga beberapa buku yang mengetengahkan adat dan
budaya masyarakat Baba Nyonya ini. Misalnya dalam penulisan Jonny Chee (2008),10
beliau telah menyampaikan beberapa buah pantun Baba Nyonya yang semakin
dilupakan oleh generasi hari ini. Irama pantun Baba Nyonya tersebut nampak unik
apabila mereka menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Hokkien dalam penyusunan
pantun. Beliau juga mengulas tentang kepentingan pengekalan adat berpantun ini dan
beliau membuat perbandingan adat pemakaian busana pengantin masyarakat Baba
Nyonya dahulu dengan sekarang yang lebih moden dan ala barat.
Oleh itu, budaya dan adat tradisi Baba Nyonya ini masih diamalkan oleh segelintir
masyarakat etnik ini terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung.
Namun begitu, budaya mereka turut menerima ancaman apabila berlaku asimilasi.
10
Jonny Chee (2008). The Tapestry of Baba Nyonya. Penang: Overseas Printing Resources. Hlm. 84.
12
BAB 3
METODOLOGI
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan tinjauan awal berbentuk kuantitatif yang bertujuan untuk mengenal
pasti tahap pengamalan budaya dan adat tradisi masyarakat Baba Nyonya dalam
kalangan masyarakat etnik tersebut di abad 21 ini.
3.2 Kaedah Kajian
Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam mengutip data
dan mencari maklumat bagi melengkapkan kajian ini. Antaranya adalah:
3.2.1 Pemerhatian ikut serta: Kaedah ini dijalankan secara langsung semasa melawat
ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan adalah untuk memastikan kawasan yang
dikaji menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh kajian ini.
3.2.2 Temu bual: Kaedah ini digunakan semasa meninjau corak kehidupan responden di
kawasan kajian. Beberapa soalan temu bual di ajukan yang berkaitan dengan
pandangan mereka terhadap pengamalan budaya dan identiti kelompok mereka sendiri
terhadap penerimaan dan mengamalkan budaya Baba Nyonya. Temu bual tidak
berstruktur dijalankan kepada golongan tua dan muda.
3.2.3 Keperpustakaan: Kaedah ini digunakan kerana terdapat majalah, jurnal, tesis, dan
buku yang dijadikan bahan rujukan tambahan bagi membantu kajian.
3.3 Instrument Kajian.
3.3.1 Soal Selidik: Instrumen kajian dengan menggunakan borang soal selidik lebih
praktikal dan berkesan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan
13
kebenaran gerak balas yang diberi oleh sampel. Ini kerana jawapan yang diberikan tidak
dipengaruhi oleh tingkah laku ataupun sikap penyelidik. Oleh itu, borang soal selidik
telah dibentuk bagi mengutip data. Borang tersebut akan di edarkan secara rawak
kepada penduduk di kawasan kajian. Borang soal selidik terbahagi kepada dua
bahagian.
Borang 1: Beberapa soalan tidak berstruktur diberikan bagi menguji tahap pengetahuan
mereka terhadap adat tradisi Baba Nyonya. Soalan mudah ini berkaitan dengan budaya
mereka.
 Apakah nama pakaian tradisional yang dipakai oleh Baba dan dipakai oleh Nyonya?
 Bahasa pertuturan seharian masyarakat Baba Nyonya adalah ?
 Agama dan kepercayaan tradisional Baba Nyonya pada asalnya adalah ?
 Senarai kan beberapa jenis makanan tradisional Baba Nyonya?
 Nyatakan sambutan dan perayaan yang menjadi tradisi masyarakat Baba Nyonya?
 Tuliskan sebuah pantun yang anda masih ingat.
Borang 2: Beberapa soalan berstruktur akan diajukan bagi menilai tahap pengamalan
adat tradisi Baba Nyonya dalam kalangan masyarakat. Setiap item soal selidik pada
bahagian ini akan menggunakan sistem Skala Likert lima peringkat yang berbeza bagi
menunjukkan tahap persetujuan responden daripada ekstrem yang negatif ke ekstrem
positif. Misalnya dalam jadual 1 di bawah.
Skor 1 = Sangat tidak setuju (STS)
Skor 2 = Tidak setuju (TS)
Skor 3 = Tidak pasti (TP)
Skor 4 = Setuju (S)
Skor 5 = Sangat Setuju (SS)
Jadual 1
14
Skala jenis ini memberi pilihan daripada satu ekstrem kepada ekstrem yang
lain dengan memberi jawapan tidak pasti di tengahnya. Skala Likert dikatakan
mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi dan mempunyai kelebihan berbanding
skala-skala lain. Dalam soal selidik ini, responden dikehendaki memberi jawapan
dengan memilih salah satu daripada lima aras persetujuan terhadap item-item yang
dikemukakan. Pembahagian skor mengikut lima aras persetujuan adalah seperti berikut:
Setiap jawapan kemudiannya dikodkan semula daripada lima pilihan kepada
tiga pilihan sahaja. Jawapan bagi skor 1 dan 2 digabungkan menjadi tidak setuju,
jawapan bagi skor 3 kekal sebagai tidak pasti dan jawapan bagi skor 4 dan 5 diambil kira
sebagai setuju. Ia bertujuan untuk memudahkan analisis data dilakukan. Antara contoh
Jadual penggunaan skala likert dan borang soalan soal selidik yang digunakan adalah
seperti di bawah:
SKALA 1 2 3 4 5
ITEM SOALAN
BILANGAN
RESPONDEN
1 Saya selalu bangga menjadi etnik Baba Nyonya apabila
ditanya umum.
2 Saya mengamalkan adat tradisi Baba Nyonya dalam
kehidupan saya di mana saya berada.
3 Saya seorang yang berpendidikan tinggi dan hidup
15
moden.
4 Saya mudah mesra dengan masyarakat etnik Melayu
5 Saya mudah mesra dengan masyarakat etnik Cina
6 Saya masih menjaga rumah pusaka moyang kami.
7 Jika saya mahu berkahwin, saya akan berkahwin
dengan pasangan pilihan keluarga.
8 Saya akan mengadakan upacara perkahwinan
mengikut adat moyang kami.
9 Saya sukakan pasangan daripada etnik Baba Nyonya
10 Saya tidak kesah asal usul etnik pasangan saya.
11 Saya mempunyai banyak koleksi baju tradisional Baba
Nyonya.
12 Saya suka memakai baju tradisional dalam kehidupan
seharian saya
13 Saya ada menyimpan koleksi kasut manik tradisional
14 Saya suka makanan tradisional Baba Nyonya
15 Saya pandai memasak masakan Baba Nyonya
16 Saya masih makan menggunakan tangan.
17 Saya beragama Buddha.
18 Saya masih mempercayai pantang larang tradisi
keluarga saya.
19 Saya tidak akan keluar rumah tanpa keizinan keluarga
20 Saya selalu bertutur dalam bahasa Melayu
16
3.3.2 Pita rakaman: Digunakan untuk merakam percakapan dan corak kehidupan
seharian masyarakat Baba dan Nyonya.
3.3.3 Penganalisisan Data SPSS: Data mentah yang diperoleh dipindahkan ke dalam
program SPSS. Data tersebut dianalisis dengan menggunakan format mengikut kategori
penyelidikan yang dijalankan. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif bagi
mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Kemudian graf bandingan
akan dibina.
3.4 Populasi Kajian
Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih bandar Melaka sebagai tempat kajian.
Populasi yang dipilih adalah di kalangan mereka yang berketurunan Baba dan Nyonya.
Bidang kajian tidak mempunyai batasan umur dan jantina. Pengkaji hanya membataskan
kajian ini mengikut jumlah responden yang dipilih secara rawak. Kira-kira 70 orang
responden akan dipilih dari beberapa kawasan yang dikenal pasti mempunyai kelompok
masyarakat Baba Nyonya.
21 Saya juga pandai bertutur bahasa Hokkien
22 Saya pandai berpantun dan mahir membalas pantun
23 Saya juga pernah menyanyikan lagu dondang sayang
24 Saya prihatin terhadap adat dan budaya tradisi etnik
saya
25 Saya selalu terlibat dalam program kesedaran terhadap
budaya Etnik Baba Nyonya yang dianjurkan oleh NGO
atau kerajaan.
17
BAB 4
HASIL KAJIAN
Merujuk kepada Hasil penyelidikan terdahulu telah menggambarkan bahawa masyarakat
Baba dan Nyonya telah mengekalkan budaya tradisi mereka yang condong kepada
budaya Melayu. Namun begitu, tidak sepenuhnya identiti ini dikekalkan. Terdapat juga
pendapat yang mendakwa bahawa identiti dan adat ini tidak lagi bertahan.
Percanggahan idea ini mungkin kerana tempoh kajian dilakukan pada waktu yang lama
dan dalam tempoh itu, generasi muda telah menerima pelbagai proses perubahan
budaya, adat dan identiti baharu.
Antara budaya yang semakin terhakis adalah budaya kesenian dan muzik.
Bagi generasi baharu kini, muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau
keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu
kini telah berkurangan mendapat tempat di hati mereka kerana pelbagai muzik moden
telah mempengaruhi generasi kini. Penyelidikan terhadap unsur makanan Melayu dan
permainan tradisional Melayu mendapati bahawa pengaruh budaya Melayu masih
menebal lagi dalam kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya. Unsur masakan
kemelayuan masih kekal dalam masakan masyarakat Baba dan Nyonya. Mereka lebih
gemar masakan seperti rendang, lemak cili api, masak lemak, tumis, dan sambal.
Namun begitu, kajian sebenar belum dijalankan dan data juga belum dikutip
bagi mengesahkan hipotesis awal kajian ini.
18
BAB 5
KESIMPULAN
Identiti masyarakat Baba adalah hasil daripada proses akulturasi dan telah dianggap
sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu, hampir keseluruhan aspek kehidupan
masyarakat Melayu seperti masakan, pakaian, tutur kata dan sebagainya telah
diamalkan dalam cara hidup mereka, disebabkan oleh proses akulturasi inilah maka
kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu unik dan menarik. Kewujudan masyarakat
Baba dan Nyonya di Malaysia juga telah mewarnai serta menyerikan lagi variasi
kebudayaan di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam
sebuah negara itu dapat mengharmonikan serta mengeratkan perpaduan rakyat itu
sendiri.
Sehingga hari ini, Keturunan Baba dan Nyonya itu masih wujud terutamanya
di Melaka dan Pulau Pinang.11
Namun begitu, ciri dan identiti masyarakat Baba Nyonya
generasi pertama, kedua dan ketiga etnik peranakan tidak mampu dikekalkan oleh
generasi di Abad 21 ini atas beberapa faktor seperti modenisasi dan perkahwinan
campur dengan etnik lain. Hakikatnya, kebudayaan masyarakat Baba Nyonya ini
mempunyai keunikan yang perlu dipelihara oleh masyarakat Baba itu sendiri supaya
budaya ini tidak pupus dalam jangka masa panjang kelak.
Dapat disimpulkan bahawa, kewujudan budaya masyarakat Baba adalah
berasal dari asimilasi dua kelompok yang terdiri dari budaya Melayu dan budaya Cina
yang mempunyai dua latar belakang berlainan dan menjadi satu dalam kebudayaan
masyarakat Baba. Pengamalan budaya ini pada hari ini masih ada tetapi tidak sekuat
generasi tradisi moyang mereka.
11
Ruslan Zainuddin (2004). Sejarah Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Hlm. 4.
19
Bibliografi
Arbak Othman (1999). Kamus Bahasa Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Baba Koh Kim Bok (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Sejarah Cabaran dan Masa
Hadapan Masyarakat Baba dan Nyonya. Seminar Wacana Badan Kesenian Baba
Nyonya Negeri Melaka pada 9 Disember 2013 di Auditorium Hang Tuah,
Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.
Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2010).
Elements of Language and Assimilation of Malay Language in Baba and Nyonya
Community in Malaysia. Asian Social Science Vol. 6, No. 6; June 2010.
Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad,.(2009). Cara
Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarakat Baba
dan Nyonya di Malaysia. Jurnal Aswara: 27-39.
Ishak Saat (2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Selangor: Karisma Publication
Sdn.Bhd.
Jonny Chee (2008). The Tapestry of Baba Nyonya. Penang: Overseas Printing Resources.
Ooi Keat Gin (2009). Historical Dictionary of Malaysia. USA: Scarecrow Press.
Prof. Dato’ Dr Teo Kok Seong (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Penerusan dan
Pemeliharaan Budaya dan Warisan Masyarakat Peranakan di Malaysia. Seminar
Wacana Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka pada 9 Disember 2013 di
Auditorium Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.
Ruslan Zainuddin (2004). Sejarah Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.

More Related Content

What's hot

Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2ppnkvl
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 World wide
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALsyuherna nandu
 
Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2Abdul Ghani
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
1. protokol dalam majlis rasmi
1. protokol  dalam majlis rasmi1. protokol  dalam majlis rasmi
1. protokol dalam majlis rasmiRabi'atul Adawiyah
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuRibut Taufan
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Mohd Suhaimin Isnen
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)Syahremie Teja
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraZoul Omar
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianANIS IBRAHIM
 
(D) 5.0 dapatan kajian
(D) 5.0 dapatan kajian(D) 5.0 dapatan kajian
(D) 5.0 dapatan kajianAsri Mohad
 
Pengajian am penggal 3- Topik 4 Sains dan Teknologi
Pengajian am penggal 3- Topik 4 Sains dan TeknologiPengajian am penggal 3- Topik 4 Sains dan Teknologi
Pengajian am penggal 3- Topik 4 Sains dan Teknologiqashah09
 
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANGCkg Nizam
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikNoor Abidin
 

What's hot (20)

Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2Rancangan perniagaan   fatin najihah 5 kt2
Rancangan perniagaan fatin najihah 5 kt2
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
Ekonomi komersial
Ekonomi komersialEkonomi komersial
Ekonomi komersial
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
 
Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2Ngo & revolusi industri 4.0 v2
Ngo & revolusi industri 4.0 v2
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
1. protokol dalam majlis rasmi
1. protokol  dalam majlis rasmi1. protokol  dalam majlis rasmi
1. protokol dalam majlis rasmi
 
Imperialisme dan kolonialisme
Imperialisme dan kolonialismeImperialisme dan kolonialisme
Imperialisme dan kolonialisme
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
 
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) - Pendidikan Pembangunan Lestari /...
 
Bab 8 kawalan
Bab 8  kawalanBab 8  kawalan
Bab 8 kawalan
 
Kaedah penyelidikan (persampelan)
Kaedah  penyelidikan (persampelan)Kaedah  penyelidikan (persampelan)
Kaedah penyelidikan (persampelan)
 
Dasar wawasan negara
Dasar wawasan negaraDasar wawasan negara
Dasar wawasan negara
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatianKaedah pengumpulan data pemerhatian
Kaedah pengumpulan data pemerhatian
 
(D) 5.0 dapatan kajian
(D) 5.0 dapatan kajian(D) 5.0 dapatan kajian
(D) 5.0 dapatan kajian
 
Pengajian am penggal 3- Topik 4 Sains dan Teknologi
Pengajian am penggal 3- Topik 4 Sains dan TeknologiPengajian am penggal 3- Topik 4 Sains dan Teknologi
Pengajian am penggal 3- Topik 4 Sains dan Teknologi
 
Kaedah penulisan ilmiah
Kaedah penulisan ilmiahKaedah penulisan ilmiah
Kaedah penulisan ilmiah
 
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG2.2 KONTRAK JUALAN  BARANG-BARANG
2.2 KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 

Viewers also liked

Baba dan nyonya
Baba dan nyonyaBaba dan nyonya
Baba dan nyonyaragukannan
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikKevin Vin
 
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...mandalina landy
 
Baba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportBaba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportPang Shuen
 
Adat resam perkahwinan
Adat resam perkahwinanAdat resam perkahwinan
Adat resam perkahwinanRuzaimah Mut
 
Makanan dan minuman dalam islam
Makanan dan minuman dalam islamMakanan dan minuman dalam islam
Makanan dan minuman dalam islamKhairunnisa_UPI
 
20100926080907 lecture 11( sample of proposal)
20100926080907 lecture  11( sample of proposal)20100926080907 lecture  11( sample of proposal)
20100926080907 lecture 11( sample of proposal)peningla
 
Course outline ac301 shj
Course outline ac301 shjCourse outline ac301 shj
Course outline ac301 shjsafwanpbs
 
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnikPeranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnikMardhiah Hayati Rahim
 
ILMU BUDAYA - Media, Masyarakat & Budaya (1)
ILMU BUDAYA - Media, Masyarakat & Budaya (1)ILMU BUDAYA - Media, Masyarakat & Budaya (1)
ILMU BUDAYA - Media, Masyarakat & Budaya (1)Diana Amelia Bagti
 
Soal selidik hub etnik
Soal selidik hub etnikSoal selidik hub etnik
Soal selidik hub etnikMieyz EAnn
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 

Viewers also liked (20)

Baba dan nyonya
Baba dan nyonyaBaba dan nyonya
Baba dan nyonya
 
Assignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnikAssignment hubungan etnik
Assignment hubungan etnik
 
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
Borang Soal Kaji Selidik,Pengetahuan Dan Penerimaan Mahasiswa Cina Terhadap C...
 
Baba dan-nyonya
Baba dan-nyonyaBaba dan-nyonya
Baba dan-nyonya
 
Baba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportBaba Nyonya Report
Baba Nyonya Report
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Adat resam perkahwinan
Adat resam perkahwinanAdat resam perkahwinan
Adat resam perkahwinan
 
Makanan dan minuman dalam islam
Makanan dan minuman dalam islamMakanan dan minuman dalam islam
Makanan dan minuman dalam islam
 
20100926080907 lecture 11( sample of proposal)
20100926080907 lecture  11( sample of proposal)20100926080907 lecture  11( sample of proposal)
20100926080907 lecture 11( sample of proposal)
 
Course outline ac301 shj
Course outline ac301 shjCourse outline ac301 shj
Course outline ac301 shj
 
Rotavirus k.kerja
Rotavirus k.kerjaRotavirus k.kerja
Rotavirus k.kerja
 
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnikPeranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik
 
ILMU BUDAYA - Media, Masyarakat & Budaya (1)
ILMU BUDAYA - Media, Masyarakat & Budaya (1)ILMU BUDAYA - Media, Masyarakat & Budaya (1)
ILMU BUDAYA - Media, Masyarakat & Budaya (1)
 
Soal selidik hub etnik
Soal selidik hub etnikSoal selidik hub etnik
Soal selidik hub etnik
 
Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102Hubungan etnik 3102
Hubungan etnik 3102
 
BABA NYONYA REPORT
BABA NYONYA REPORTBABA NYONYA REPORT
BABA NYONYA REPORT
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Proposal titas
Proposal titasProposal titas
Proposal titas
 
SOCIAL MEDIA
SOCIAL MEDIASOCIAL MEDIA
SOCIAL MEDIA
 
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang  larang masyarakat cinaAdat resam dan pantang  larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
 

Similar to Proposal nyonye

Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)ShirleyEu1
 
Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...
Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...
Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...FaFai S.
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KEBUDAYAAN ISLAM DAN MASYARAKAT MELAYU.pptx
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KEBUDAYAAN ISLAM DAN MASYARAKAT MELAYU.pptxPENDIDIKAN AGAMA ISLAM KEBUDAYAAN ISLAM DAN MASYARAKAT MELAYU.pptx
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KEBUDAYAAN ISLAM DAN MASYARAKAT MELAYU.pptxmisriyadi1
 
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Mrs. Raudhah
 
Pembentangan Sejarah Kaum Banjar
Pembentangan Sejarah Kaum BanjarPembentangan Sejarah Kaum Banjar
Pembentangan Sejarah Kaum BanjarAiman Mukhtar
 
Walisongo Dalam Islamisasi di Jawa
Walisongo Dalam Islamisasi di JawaWalisongo Dalam Islamisasi di Jawa
Walisongo Dalam Islamisasi di JawaWahyu Setyobudi
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4 Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4 Weiss Lee
 
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAPERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAdini201550
 
Makalah batik Pekalongan
Makalah batik PekalonganMakalah batik Pekalongan
Makalah batik Pekalonganyunitariyani
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananOliver Louise
 
Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuSyarifudin, mozaik peradaban islam maluku
Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuSyarifudin Amq
 
ambon Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
ambon Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuambon Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
ambon Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuSyarifudin Amq
 
Identifikasi jurnal sarah jappie
Identifikasi jurnal sarah jappieIdentifikasi jurnal sarah jappie
Identifikasi jurnal sarah jappieWidi100
 
Sejarah pendidikan islam 8
Sejarah pendidikan islam 8Sejarah pendidikan islam 8
Sejarah pendidikan islam 8trisvo
 
Rencana Memartabatkan warisan Melayu
Rencana Memartabatkan warisan MelayuRencana Memartabatkan warisan Melayu
Rencana Memartabatkan warisan MelayuPuteri Farahin
 
Bahan ajar SKI rekonstruktif
Bahan ajar SKI rekonstruktifBahan ajar SKI rekonstruktif
Bahan ajar SKI rekonstruktifHofur Biruni
 
Hubungan Etnik
Hubungan EtnikHubungan Etnik
Hubungan Etnikfinaz_fbi
 

Similar to Proposal nyonye (20)

Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
Asal usul bahasa dan bangsa melayu (artikel)
 
TITAS
TITASTITAS
TITAS
 
Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...
Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...
Interaksi tamadun asia dan kesesuaiannya di malaysia - TITAS : tamadun islam ...
 
Masyrkt banjar
Masyrkt banjarMasyrkt banjar
Masyrkt banjar
 
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KEBUDAYAAN ISLAM DAN MASYARAKAT MELAYU.pptx
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KEBUDAYAAN ISLAM DAN MASYARAKAT MELAYU.pptxPENDIDIKAN AGAMA ISLAM KEBUDAYAAN ISLAM DAN MASYARAKAT MELAYU.pptx
PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KEBUDAYAAN ISLAM DAN MASYARAKAT MELAYU.pptx
 
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
 
Pembentangan Sejarah Kaum Banjar
Pembentangan Sejarah Kaum BanjarPembentangan Sejarah Kaum Banjar
Pembentangan Sejarah Kaum Banjar
 
Walisongo Dalam Islamisasi di Jawa
Walisongo Dalam Islamisasi di JawaWalisongo Dalam Islamisasi di Jawa
Walisongo Dalam Islamisasi di Jawa
 
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4 Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
Contoh Kerja Kursus PBS STPM Pengajian Am 4
 
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAPERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
 
Makalah batik Pekalongan
Makalah batik PekalonganMakalah batik Pekalongan
Makalah batik Pekalongan
 
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makananKerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
Kerja kursus tingkatan enam sejarah - sejarah makanan
 
Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuSyarifudin, mozaik peradaban islam maluku
Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
 
ambon Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
ambon Syarifudin, mozaik peradaban islam malukuambon Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
ambon Syarifudin, mozaik peradaban islam maluku
 
Bab 13 Sejarah Tradisi Islam Nusantara
Bab  13 Sejarah Tradisi Islam NusantaraBab  13 Sejarah Tradisi Islam Nusantara
Bab 13 Sejarah Tradisi Islam Nusantara
 
Identifikasi jurnal sarah jappie
Identifikasi jurnal sarah jappieIdentifikasi jurnal sarah jappie
Identifikasi jurnal sarah jappie
 
Sejarah pendidikan islam 8
Sejarah pendidikan islam 8Sejarah pendidikan islam 8
Sejarah pendidikan islam 8
 
Rencana Memartabatkan warisan Melayu
Rencana Memartabatkan warisan MelayuRencana Memartabatkan warisan Melayu
Rencana Memartabatkan warisan Melayu
 
Bahan ajar SKI rekonstruktif
Bahan ajar SKI rekonstruktifBahan ajar SKI rekonstruktif
Bahan ajar SKI rekonstruktif
 
Hubungan Etnik
Hubungan EtnikHubungan Etnik
Hubungan Etnik
 

More from peningla

gender study
gender studygender study
gender studypeningla
 
P kuliah 1
P kuliah 1P kuliah 1
P kuliah 1peningla
 
P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012peningla
 
P kuliah 3
P kuliah 3P kuliah 3
P kuliah 3peningla
 
P kuliah 4
P kuliah 4P kuliah 4
P kuliah 4peningla
 
P kuliah 5
P kuliah 5P kuliah 5
P kuliah 5peningla
 
P kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltusP kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltuspeningla
 
P kuliah 8
P kuliah 8P kuliah 8
P kuliah 8peningla
 
P kuliah 9
P kuliah 9P kuliah 9
P kuliah 9peningla
 
P kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanP kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanpeningla
 
Migrasi um student
Migrasi um studentMigrasi um student
Migrasi um studentpeningla
 
Unit 11 modul migrasi dalaman
Unit 11   modul migrasi dalamanUnit 11   modul migrasi dalaman
Unit 11 modul migrasi dalamanpeningla
 
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...peningla
 
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...peningla
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunpeningla
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirpeningla
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)peningla
 
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)peningla
 
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)peningla
 
Sketchesmalay00swetrich
Sketchesmalay00swetrichSketchesmalay00swetrich
Sketchesmalay00swetrichpeningla
 

More from peningla (20)

gender study
gender studygender study
gender study
 
P kuliah 1
P kuliah 1P kuliah 1
P kuliah 1
 
P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012P kuliah 2 2012
P kuliah 2 2012
 
P kuliah 3
P kuliah 3P kuliah 3
P kuliah 3
 
P kuliah 4
P kuliah 4P kuliah 4
P kuliah 4
 
P kuliah 5
P kuliah 5P kuliah 5
P kuliah 5
 
P kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltusP kuliah 6 maltus
P kuliah 6 maltus
 
P kuliah 8
P kuliah 8P kuliah 8
P kuliah 8
 
P kuliah 9
P kuliah 9P kuliah 9
P kuliah 9
 
P kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukanP kuliah 13 dasar kependudukan
P kuliah 13 dasar kependudukan
 
Migrasi um student
Migrasi um studentMigrasi um student
Migrasi um student
 
Unit 11 modul migrasi dalaman
Unit 11   modul migrasi dalamanUnit 11   modul migrasi dalaman
Unit 11 modul migrasi dalaman
 
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...Wacana peranakan di malaysia  sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
Wacana peranakan di malaysia sejarah, cabaran dan masa hadapan masyarakat ba...
 
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...Wacana peranakan di malaysia   penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
Wacana peranakan di malaysia penerus dan pemeliharaan budaya dan warisan ma...
 
Eric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aunEric yeo cheng_aun
Eric yeo cheng_aun
 
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhirPanduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
Panduan penulisan tesis projek ilmiah tahun akhir
 
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
Jurnal aswara jun 2010 (20110209)
 
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
52996101 format-rujukan-apa-harvard-nota-kaki (1)
 
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
Falsafah pekerisan dalam_masyarakat_melayu (1)
 
Sketchesmalay00swetrich
Sketchesmalay00swetrichSketchesmalay00swetrich
Sketchesmalay00swetrich
 

Recently uploaded

Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptYanseBetnaArte
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).pptModul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
Modul 9 Penjas kelompok 7 (evaluasi pembelajaran penjas).ppt
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 

Proposal nyonye

  • 1. 1 ISI KANDUNGAN TAJUK M/SURAT 1.0 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan 1.1 Latar belakang 1.2 Permasalahan Kajian 1.3 Objektif Kajian 1.4 Kepentingan Kajian 1.5 Masalah Kajian 1.6 Persoalan kajian 1.7 Skop Kajian 1.8 Hipotesis Kajian 2-8 2.0 BAB 2 SOROTAN LITERATURE 9-11 3.0 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Reka Bentuk Kajian 3.2 Kaedah Kajian 3.3 Instrumen Kajian 3.4 Populasi Kajian 12-16 4.0 BAB 4 HASIL KAJIAN 17 5.0 BAB 5 KESIMPULAN 18 Bibliografi 19
  • 2. 2 BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999)1 , Baba adalah keturunan Cina yang menetap di Melaka sejak pemerintahan Sultan Mansur Syah dan mengamalkan kebudayaan Melayu iaitu termasuk pertuturan, pakaian, makanan dan sebagainya. Menurut Kamus Bahasa Melayu (Arbak Othman, 1999)2 lagi, Nyonya pula adalah panggilan yang biasanya dipanggil untuk perempuan Cina yang sudah bersuami, iaitu perempuan Cina dari golongan Baba. Keturunan Baba Nyonya ini lahir hasil daripada perkahwinan campur antara kaum Cina dan kaum Melayu. Menurut Baba Koh Kim Bok (2013)3 masyarakat Baba Nyonya merupakan kaum minoriti yang terkenal di Melaka. Masyarakat ini mempunyai keunikan yang tersendiri apabila mereka mengasimilasikan budaya Cina dan Melayu dalam budaya mereka. Oleh itu, cara hidup mereka mempunyai banyak persamaan dengan budaya Melayu dan juga budaya Cina. Pertalian darah dengan orang Melayu ini menyebabkan mereka mempunyai tempat yang tersendiri dalam kalangan masyarakat Melayu. Secara ringkasnya, ciri dan identiti masyarakat Baba dan Nyonya dapat dibezakan dengan masyarakat etnik lain melalui budaya berpakaian, makanan, pesta dan perayaan, kesenian, bahasa dan tulisan, kepercayaan dan agama serta adat perkahwinan. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya, sarung dan sebagainya yang merupakan pakaian tradisional nenek moyang mereka. Selain berbahasa Melayu, 1 Arbak Othman (1999). Kamus Bahasa Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 90 2 Ibid. 3 Baba Koh Kim Bok (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Sejarah Cabaran dan Masa Hadapan Masyarakat Baba dan Nyonya. Seminar Wacana Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka pada 9 Disember 2013 di Auditorium Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.
  • 3. 3 mereka mampu bertutur dalam bahasa Hokkien yang merupakan bahasa keturunan mereka. Pertuturan mereka juga wujud percampuran antara Hokkien dan Melayu umpamanya "mana lu mau pergi, "ini gua punya", "mak mana, mak ada loteng tidur", Hai yaa hujan lebat, tak pi tutup jendela,". Selain itu, Baba Nyonya juga masih mengekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka seperti meraikan Tahun Baru Cina. Manakala dari segi anutan pula, kebanyakan mereka menganuti agama Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Islam dan Kristian. Melalui cara masakan mereka juga kebanyakannya dicampurkan dengan resipi masakan orang Melayu dan ianya telah menjadi salah satu kebiasaan bagi mereka seperti makan masakan yang menggunakan rempah dan santan, bahkan cara makan orang Melayu turut menjadi ikutan iaitu makan dengan menggunakan tangan.4 Walaupun terdapat banyak penyerapan budaya Melayu dalam amalan masyarakat Baba, tetapi mereka masih mengekalkan amalan asal-usul mereka. Misalnya seperti adat istiadat perkahwinan Cina yang diharuskan kedua-dua pengantin memakai pakaian yang indah dan berwarna warni berunsurkan warisan budaya Cina tradisional serta kebanyakan rumah Baba dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina. Walau bagaimanapun, kesan modenisasi di abad 21 ini telah meninggalkan sedikit demi sedikit budaya tradisional masyarakat ini tetapi terdapat juga budaya yang masih diamalkan. 1.1 Latar Belakang Masyarakat Baba Nyonya telah wujud di Melaka sejak abad kelima belas lagi. Menurut sejarah, Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dengan negara China sejak kurun ke-15 yakni ketika pelabuhan Melaka dibuka pada 1402 M.5 4 Ooi Keat Gin (2009). Historical Dictionary of Malaysia. USA: Scarecrow Press. Hlm. 27. 5 Ishak Saat (2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Selangor: Karisma Publication Sdn.Bhd. Hlm. 69.
  • 4. 4 Rombongan Laksamana Cheng Ho telah diutus bagi menguatkan hubungan perdagangan. Selain itu, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada Sultan untuk mengahwini Puteri Hang Li Po tersebut, maka berlakulah perkahwinan campur di kalangan pemerintahan apabila Puteri Hang Li Po dari China berkahwin dengan Sultan Mansur Syah.6 Selepas itu, asimilasi ini terus berlaku apabila ramai pedagang dari China berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum Cina ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan seterusnya berkahwin dengan wanita tempatan dan membina generasi mereka. Sehingga hari ini keunikan etnik Baba Nyonya boleh dilihat di Perkampungan Baba dan Nyonya di Jalan Tun Tan Cheng Lock Bandar Raya Melaka Bersejarah. Muzium Warisan Baba dan Nyonya juga terletak berdekatan. Bangunan Muzium ini merupakan kediaman keluarga untuk tiga generasi seorang Baba. Generasi Baba Nyonya ini bagaimanapun tinggal merata di seluruh Melaka terutamanya di kawasan perkampungan di pinggir bandar. 1.2 Permasalahan Kajian Menurut Baba (2013), cara hidup masyarakat tradisi Baba Nyonya Melaka sangat berkaitan dengan gaya hidup Melayu. Malahan mereka menjunjung kesenian budaya Melayu Melaka seperti berpantun, berdondang sayang, mengunyah sirih dan turut mengajar anak mereka pantang larang Melayu seperti dilarang menyampuk bila orang tua sedang berbual, dilarang menggoyangkan kaki ketika duduk dan dilarang keluar rumah tanpa izin. 6 Ibid. Hlm. 70.
  • 5. 5 Namun begitu, menurut beliau lagi, kecenderungan golongan muda generasi di abad 21 ini tidak lagi berminat menonjolkan identiti sebagai Baba Nyonya. Misalnya golongan muda ini tidak lagi gemar memakai kebaya, bersanggul dan memakai kasut manik kebanggaan Baba Nyonya. Soal perkahwinan pula, mereka gemar mencari pasangan sendiri berbanding menanti calon pilihan keluarga yang menjadi adat mereka. Hal ini menyebabkan berlaku lagi perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat Baba Nyonya apabila mereka berkahwin dengan etnik lain. Hal ini juga menyumbang kepada penyebab terhakisnya identiti dan budaya Baba Nyonya hari ini. Oleh yang demikian, kajian ini adalah mengetahui halatuju budaya dan adat masyarakat Baba Nyonya tradisi dalam menghadapi abad 21 ini. Selain itu, kajian ini juga terarah untuk mengukur sama ada masyarakat baba nyonya masih mengamalkan adat tradisi sehingga kini atau telah ditelan arus kemodenan dan hanya diamalkan oleh generasi terdahulu sahaja. Selain itu, kajian ini juga mengukur tahap penghayatan dan pengetahuan generasi muda mengenai adat tradisi peranakan Baba Nyonya di Melaka. 1.3 Objektif Kajian Antara objektif yang terkandung dalam kajian ini adalah: i. Mengenal pasti budaya dan adat masyarakat tradisi Baba Nyonya di Melaka. ii. Mengukur tahap pengamalan budaya dan adat tradisi masyarakat peranakan Baba Nyonya di Melaka. iii. Menjelaskan kepentingan pengekalan ciri dan identiti masyarakat minoriti tersebut.
  • 6. 6 1.4 Kepentingan Kajian i. Kajian ini adalah penting bagi memahami dan mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang adat tradisi yang diamalkan masyarakat peranakan Baba Nyonya di Melaka. ii. Kajian ini juga memberi kesedaran khususnya generasi muda masyarakat peranakan Baba Nyonya di Melaka agar menghargai dan mengekalkan adat dan tradisi mereka agar tidak terhakis pada masa akan datang. iii. Kajian ini juga bersesuaian pada masa kini kerana generasi senior yang mengamalkan adat Baba Nyonya masih hidup dan mampu memberi sumbangan kepada kajian ini untuk dijadikan sumber primer. iv. Kajian ini juga penting dalam industri Kebudayaan dan Kesenian Negara. v. Penyelidikan ini penting kepada generasi baharu Baba dan Nyonya supaya mengetahui apakah amalan dan pegangan masyarakat Baba dan Nyonya dahulu yang diambil daripada masyarakat Melayu. 1.5 Masalah Kajian Kajian ini merupakan kajian yang berkaitan dengan etnik dan integrasi dalam masyarakat majmuk Malaysia. Oleh itu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pengkaji dalam menjalankan kajian. i. Kurangnya sumber rujukan daripada buku yang ditulis dalam bahasa Melayu menyebabkan rujukan perlu terjemah di dalam bahasa Melayu. Hal ini kerana penulis yang pakar dalam bidang ini berasal dari keturunan baba dan menerbitkan buku dalam bahasa Inggeris.
  • 7. 7 ii. Selain itu, sukar bagi pengkaji membezakan etnik cina dan etnik baba nyonya ketika mengedarkan borang soal selidik kerana etnik Baba Nyonya mempunyai paras muka seperti Cina juga. 1.6 Persoalan Kajian Soalan penyelidikan yang diketengahkan dalam kajian ini ialah: i. Apakah ciri budaya dan adat masyarakat Baba Nyonya tradisi di Melaka?  Pakaian  Bahasa pertuturan seharian  Agama dan kepercayaan  Masakan dan makanan  Sambutan dan perayaan ii. Adakah mereka masih mengekalkan adat dan tradisi tersebut sehingga hari ini?  Sangat tidak setuju (STS)  Tidak setuju (TS)  Tidak pasti (TP)  Setuju (S)  Sangat Setuju (SS)Setuju iii. Berapa ramaikah generasi muda daripada etnik ini yang masih mengekalkan ciri dan identiti tersebut?
  • 8. 8 1.7 Skop Kajian Kertas kerja ini memfokuskan kepada negeri Melaka sahaja. Melaka merupakan satu- satunya negeri yang mempunyai kolonis terbesar masyarakat unik ini. Oleh itu, kajian ini telah memfokuskan tentang ciri-ciri, identiti budaya dan adat masyarakat peranakan Baba Nyonya di Melaka serta menilai tahap pengamalannya sekarang. Melalui kajian ini, kita dapat mengenal pasti aspek budaya yang semakin dilupakan oleh golongan minoriti ini. 1.8 Hipotesis Kajian Adat dan budaya tradisi masyarakat Baba Nyonya kurang diamalkan oleh generasi abad 21.
  • 9. 9 BAB 2 SOROTAN LITERATURE Kajian mengenai Baba Nyonya ini tidak terlalu banyak dibincangkan sejak 10 tahun kebelakangan ini. Namun, terdapat beberapa kajian yang telah dibuat oleh penulisan luar negara dan dalam negara berkenaan dengan topik Baba Nyonya ini. Menerusi jurnal Dr. Vijayaletchumy Subramaniam (2010),7 beliau memetik kata-kata Louis Wirth (1945), yang menganggap komuniti Cina di kawasan kampung tebing Sungai Kelantan sebagai kelompok yang berasimilasi kerana mereka bukan sahaja menggunakan bahasa Melayu sebagai alat perhubungan seharian, malah, corak pakaian mereka seperti pakaian orang Melayu dan juga kerana kebanyakan aspek kehidupan mereka lebih mirip kepada kehidupan orang Melayu setempat. Malah mereka menggelarkan diri mereka sebagai ‘orang Cina-Melayu.’ Kajian beliau telah membuktikan bahawa masyarakat Baba Nyonya di Kelantan masih lagi menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan mereka. Pendapat beliau boleh disahkan lagi dengan hasil kajian yang dibuat oleh beliau dalam Jurnalnya Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia.8 Berdasarkan kajian yang dibuat di Kampung Bukit Katil dan Umbai Melaka pada 2009, beliau menyimpulkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya masih mengamalkan budaya dan cara hidup Baba 7 Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2010). Elements of Language and Assimilation of Malay Language in Baba and Nyonya Community in Malaysia. Asian Social Science Vol. 6, No. 6; June 2010. 8 Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad,.(2009). Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia. Jurnal Aswara: 27-39.
  • 10. 10 Nyonya. Namun begitu, data yang dikutip menunjukkan pengekalan budaya ini hanya terhadap kepercayaan pantang larang, makanan, seni bina kediaman dan sistem mengurus kematian. Sebaliknya terdapat tradisi yang semakin dilupakan seperti dondang sayang, berpantun dan berpakaian. Pendapat mengenai ancaman budaya dan tradisi baba Nyonya ini juga telah diutarakan sendiri oleh Encik Baba Koh Kim Bok selaku Presiden Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka semasa Seminar Wacana Peranakan diadakan di Melaka pada 2013. Menurut beliau, hari ini, hanya sebilangan kecil orang Baba Nyonya yang mengamalkan budaya ini. cara pemakaian dan hiasan yang digunakan dalam upacara adat semakin berkurangan. Hanya segelintir keluarga yang masih menyimpan alat dan kelengkapan tradisi mereka dan dijadikan barang antik. Perkakasan rumah seperti pinggan dan mangkuk yang diperbuat daripada porselin yang cantik dan unik juga tidak lagi dimiliki oleh semua. Harga untuk mendapatkan barang tradisi seperti baju kebaya dan kasut manik pula mahal dan mencecah ratusan ringgit. Selain itu, beliau turut mendakwa bahawa terdapat segelintir masyarakat Baba yang sanggup menjual rumah pusaka mereka. Dalam seminar yang sama, Prof. Dato’ Dr Teo Kok Seong daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) Universiti Kebangsaan Malaysia juga ada membentangkan kertas kerjanya.9 Menurut beliau, masyarakat peranakan Baba Nyonya Melaka adalah etnik asal yang membentuk masyarakat peranakan atas faktor sejarah dan demografi. Namun begitu, terdapat generasi yang menamatkan etnik peranakan ini apabila berkahwin dengan etnik Melayu dan mengamalkan cara hidup Melayu sepenuhnya dan ada yang berkahwin dengan etnik cina dan tidak lagi mengamalkan budaya Baba Nyonya ini. Menurut beliau lagi, terdapat perbezaan tahap kesedaran 9 Prof. Dato’ Dr Teo Kok Seong (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Penerusan dan Pemeliharaan Budaya dan Warisan Masyarakat Peranakan di Malaysia. Seminar Wacana Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka pada 9 Disember 2013 di Auditorium Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka.
  • 11. 11 masyarakat peranakan yang tinggal di bandar dengan masyarakat peranakan di kawasan kampung. Etnik peranakan di kawasan kampung ini lebih cenderung mengekalkan amalan tradisi nenek moyang mereka kerana suasana kampung yang kurang dipengaruhi oleh ancaman globalisasi. Selain itu, terdapat juga beberapa buku yang mengetengahkan adat dan budaya masyarakat Baba Nyonya ini. Misalnya dalam penulisan Jonny Chee (2008),10 beliau telah menyampaikan beberapa buah pantun Baba Nyonya yang semakin dilupakan oleh generasi hari ini. Irama pantun Baba Nyonya tersebut nampak unik apabila mereka menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Hokkien dalam penyusunan pantun. Beliau juga mengulas tentang kepentingan pengekalan adat berpantun ini dan beliau membuat perbandingan adat pemakaian busana pengantin masyarakat Baba Nyonya dahulu dengan sekarang yang lebih moden dan ala barat. Oleh itu, budaya dan adat tradisi Baba Nyonya ini masih diamalkan oleh segelintir masyarakat etnik ini terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan kampung. Namun begitu, budaya mereka turut menerima ancaman apabila berlaku asimilasi. 10 Jonny Chee (2008). The Tapestry of Baba Nyonya. Penang: Overseas Printing Resources. Hlm. 84.
  • 12. 12 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Reka Bentuk Kajian Kajian ini merupakan tinjauan awal berbentuk kuantitatif yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengamalan budaya dan adat tradisi masyarakat Baba Nyonya dalam kalangan masyarakat etnik tersebut di abad 21 ini. 3.2 Kaedah Kajian Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam mengutip data dan mencari maklumat bagi melengkapkan kajian ini. Antaranya adalah: 3.2.1 Pemerhatian ikut serta: Kaedah ini dijalankan secara langsung semasa melawat ke kawasan kajian. Kaedah ini digunakan adalah untuk memastikan kawasan yang dikaji menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh kajian ini. 3.2.2 Temu bual: Kaedah ini digunakan semasa meninjau corak kehidupan responden di kawasan kajian. Beberapa soalan temu bual di ajukan yang berkaitan dengan pandangan mereka terhadap pengamalan budaya dan identiti kelompok mereka sendiri terhadap penerimaan dan mengamalkan budaya Baba Nyonya. Temu bual tidak berstruktur dijalankan kepada golongan tua dan muda. 3.2.3 Keperpustakaan: Kaedah ini digunakan kerana terdapat majalah, jurnal, tesis, dan buku yang dijadikan bahan rujukan tambahan bagi membantu kajian. 3.3 Instrument Kajian. 3.3.1 Soal Selidik: Instrumen kajian dengan menggunakan borang soal selidik lebih praktikal dan berkesan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan
  • 13. 13 kebenaran gerak balas yang diberi oleh sampel. Ini kerana jawapan yang diberikan tidak dipengaruhi oleh tingkah laku ataupun sikap penyelidik. Oleh itu, borang soal selidik telah dibentuk bagi mengutip data. Borang tersebut akan di edarkan secara rawak kepada penduduk di kawasan kajian. Borang soal selidik terbahagi kepada dua bahagian. Borang 1: Beberapa soalan tidak berstruktur diberikan bagi menguji tahap pengetahuan mereka terhadap adat tradisi Baba Nyonya. Soalan mudah ini berkaitan dengan budaya mereka.  Apakah nama pakaian tradisional yang dipakai oleh Baba dan dipakai oleh Nyonya?  Bahasa pertuturan seharian masyarakat Baba Nyonya adalah ?  Agama dan kepercayaan tradisional Baba Nyonya pada asalnya adalah ?  Senarai kan beberapa jenis makanan tradisional Baba Nyonya?  Nyatakan sambutan dan perayaan yang menjadi tradisi masyarakat Baba Nyonya?  Tuliskan sebuah pantun yang anda masih ingat. Borang 2: Beberapa soalan berstruktur akan diajukan bagi menilai tahap pengamalan adat tradisi Baba Nyonya dalam kalangan masyarakat. Setiap item soal selidik pada bahagian ini akan menggunakan sistem Skala Likert lima peringkat yang berbeza bagi menunjukkan tahap persetujuan responden daripada ekstrem yang negatif ke ekstrem positif. Misalnya dalam jadual 1 di bawah. Skor 1 = Sangat tidak setuju (STS) Skor 2 = Tidak setuju (TS) Skor 3 = Tidak pasti (TP) Skor 4 = Setuju (S) Skor 5 = Sangat Setuju (SS) Jadual 1
  • 14. 14 Skala jenis ini memberi pilihan daripada satu ekstrem kepada ekstrem yang lain dengan memberi jawapan tidak pasti di tengahnya. Skala Likert dikatakan mempunyai darjah kebolehpercayaan yang tinggi dan mempunyai kelebihan berbanding skala-skala lain. Dalam soal selidik ini, responden dikehendaki memberi jawapan dengan memilih salah satu daripada lima aras persetujuan terhadap item-item yang dikemukakan. Pembahagian skor mengikut lima aras persetujuan adalah seperti berikut: Setiap jawapan kemudiannya dikodkan semula daripada lima pilihan kepada tiga pilihan sahaja. Jawapan bagi skor 1 dan 2 digabungkan menjadi tidak setuju, jawapan bagi skor 3 kekal sebagai tidak pasti dan jawapan bagi skor 4 dan 5 diambil kira sebagai setuju. Ia bertujuan untuk memudahkan analisis data dilakukan. Antara contoh Jadual penggunaan skala likert dan borang soalan soal selidik yang digunakan adalah seperti di bawah: SKALA 1 2 3 4 5 ITEM SOALAN BILANGAN RESPONDEN 1 Saya selalu bangga menjadi etnik Baba Nyonya apabila ditanya umum. 2 Saya mengamalkan adat tradisi Baba Nyonya dalam kehidupan saya di mana saya berada. 3 Saya seorang yang berpendidikan tinggi dan hidup
  • 15. 15 moden. 4 Saya mudah mesra dengan masyarakat etnik Melayu 5 Saya mudah mesra dengan masyarakat etnik Cina 6 Saya masih menjaga rumah pusaka moyang kami. 7 Jika saya mahu berkahwin, saya akan berkahwin dengan pasangan pilihan keluarga. 8 Saya akan mengadakan upacara perkahwinan mengikut adat moyang kami. 9 Saya sukakan pasangan daripada etnik Baba Nyonya 10 Saya tidak kesah asal usul etnik pasangan saya. 11 Saya mempunyai banyak koleksi baju tradisional Baba Nyonya. 12 Saya suka memakai baju tradisional dalam kehidupan seharian saya 13 Saya ada menyimpan koleksi kasut manik tradisional 14 Saya suka makanan tradisional Baba Nyonya 15 Saya pandai memasak masakan Baba Nyonya 16 Saya masih makan menggunakan tangan. 17 Saya beragama Buddha. 18 Saya masih mempercayai pantang larang tradisi keluarga saya. 19 Saya tidak akan keluar rumah tanpa keizinan keluarga 20 Saya selalu bertutur dalam bahasa Melayu
  • 16. 16 3.3.2 Pita rakaman: Digunakan untuk merakam percakapan dan corak kehidupan seharian masyarakat Baba dan Nyonya. 3.3.3 Penganalisisan Data SPSS: Data mentah yang diperoleh dipindahkan ke dalam program SPSS. Data tersebut dianalisis dengan menggunakan format mengikut kategori penyelidikan yang dijalankan. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif bagi mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Kemudian graf bandingan akan dibina. 3.4 Populasi Kajian Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih bandar Melaka sebagai tempat kajian. Populasi yang dipilih adalah di kalangan mereka yang berketurunan Baba dan Nyonya. Bidang kajian tidak mempunyai batasan umur dan jantina. Pengkaji hanya membataskan kajian ini mengikut jumlah responden yang dipilih secara rawak. Kira-kira 70 orang responden akan dipilih dari beberapa kawasan yang dikenal pasti mempunyai kelompok masyarakat Baba Nyonya. 21 Saya juga pandai bertutur bahasa Hokkien 22 Saya pandai berpantun dan mahir membalas pantun 23 Saya juga pernah menyanyikan lagu dondang sayang 24 Saya prihatin terhadap adat dan budaya tradisi etnik saya 25 Saya selalu terlibat dalam program kesedaran terhadap budaya Etnik Baba Nyonya yang dianjurkan oleh NGO atau kerajaan.
  • 17. 17 BAB 4 HASIL KAJIAN Merujuk kepada Hasil penyelidikan terdahulu telah menggambarkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya telah mengekalkan budaya tradisi mereka yang condong kepada budaya Melayu. Namun begitu, tidak sepenuhnya identiti ini dikekalkan. Terdapat juga pendapat yang mendakwa bahawa identiti dan adat ini tidak lagi bertahan. Percanggahan idea ini mungkin kerana tempoh kajian dilakukan pada waktu yang lama dan dalam tempoh itu, generasi muda telah menerima pelbagai proses perubahan budaya, adat dan identiti baharu. Antara budaya yang semakin terhakis adalah budaya kesenian dan muzik. Bagi generasi baharu kini, muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kini telah berkurangan mendapat tempat di hati mereka kerana pelbagai muzik moden telah mempengaruhi generasi kini. Penyelidikan terhadap unsur makanan Melayu dan permainan tradisional Melayu mendapati bahawa pengaruh budaya Melayu masih menebal lagi dalam kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya. Unsur masakan kemelayuan masih kekal dalam masakan masyarakat Baba dan Nyonya. Mereka lebih gemar masakan seperti rendang, lemak cili api, masak lemak, tumis, dan sambal. Namun begitu, kajian sebenar belum dijalankan dan data juga belum dikutip bagi mengesahkan hipotesis awal kajian ini.
  • 18. 18 BAB 5 KESIMPULAN Identiti masyarakat Baba adalah hasil daripada proses akulturasi dan telah dianggap sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu, hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu seperti masakan, pakaian, tutur kata dan sebagainya telah diamalkan dalam cara hidup mereka, disebabkan oleh proses akulturasi inilah maka kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu unik dan menarik. Kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia juga telah mewarnai serta menyerikan lagi variasi kebudayaan di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam sebuah negara itu dapat mengharmonikan serta mengeratkan perpaduan rakyat itu sendiri. Sehingga hari ini, Keturunan Baba dan Nyonya itu masih wujud terutamanya di Melaka dan Pulau Pinang.11 Namun begitu, ciri dan identiti masyarakat Baba Nyonya generasi pertama, kedua dan ketiga etnik peranakan tidak mampu dikekalkan oleh generasi di Abad 21 ini atas beberapa faktor seperti modenisasi dan perkahwinan campur dengan etnik lain. Hakikatnya, kebudayaan masyarakat Baba Nyonya ini mempunyai keunikan yang perlu dipelihara oleh masyarakat Baba itu sendiri supaya budaya ini tidak pupus dalam jangka masa panjang kelak. Dapat disimpulkan bahawa, kewujudan budaya masyarakat Baba adalah berasal dari asimilasi dua kelompok yang terdiri dari budaya Melayu dan budaya Cina yang mempunyai dua latar belakang berlainan dan menjadi satu dalam kebudayaan masyarakat Baba. Pengamalan budaya ini pada hari ini masih ada tetapi tidak sekuat generasi tradisi moyang mereka. 11 Ruslan Zainuddin (2004). Sejarah Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Hlm. 4.
  • 19. 19 Bibliografi Arbak Othman (1999). Kamus Bahasa Melayu. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Baba Koh Kim Bok (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Sejarah Cabaran dan Masa Hadapan Masyarakat Baba dan Nyonya. Seminar Wacana Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka pada 9 Disember 2013 di Auditorium Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad (2010). Elements of Language and Assimilation of Malay Language in Baba and Nyonya Community in Malaysia. Asian Social Science Vol. 6, No. 6; June 2010. Dr. Vijayaletchumy Subramaniam dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad,.(2009). Cara Hidup Kemelayuan Masih Lagi Menjadi Pegangan dan Amalan Masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia. Jurnal Aswara: 27-39. Ishak Saat (2009). Pendidikan Negara Bangsa Malaysia. Selangor: Karisma Publication Sdn.Bhd. Jonny Chee (2008). The Tapestry of Baba Nyonya. Penang: Overseas Printing Resources. Ooi Keat Gin (2009). Historical Dictionary of Malaysia. USA: Scarecrow Press. Prof. Dato’ Dr Teo Kok Seong (2013). Pembentangan Kertas Kerja: Penerusan dan Pemeliharaan Budaya dan Warisan Masyarakat Peranakan di Malaysia. Seminar Wacana Badan Kesenian Baba Nyonya Negeri Melaka pada 9 Disember 2013 di Auditorium Hang Tuah, Perkampungan Hang Tuah, Duyong, Melaka. Ruslan Zainuddin (2004). Sejarah Malaysia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.