Tanggungjawab warganegara

21,484 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
21,484
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
235
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tanggungjawab warganegara

  1. 1. 1TANGGUNGJAWAB WARGANEGARAMalaysia secara luarannya adalah sebuah negara yang merdeka dan amansejahtera.Namun, dari sudut dalaman Malaysia juga tidak terlepas daripada masalah-masalah seperti jenayah, sosial, vandalisme, perebutan kuasa dan sebagainya. Merujukkepada artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian bertajuk „Rakyat Malaysia Perlu JadiPerkasa dan Dinamik: Tuanku Abdul Halim‟, Yang di-Pertuan Agong Tuanku AbdulHalim Mu‟adzam Shahtelah menekankan tanggungjawab rakyat daripada segipendidikan dan nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama.Oleh itu, dua isu penting yangberkaitan dengan titah baginda telah dikupas iaitu peranan serta tanggungjawabwarganegara menjaga keselamatan negara dalam konteks amal makruf dan nahimungkar dan tanggungjawab warganegara dalam menuntut dan menyampaikan ilmu.Kemajuan dan pembangunan sesebuah negara bergantung kepada keamanannegara tersebut.Oleh yang demikian, demi mengawal keamanan dan kedamaian negaramaka terbentuklah pasukan-pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM),Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), dan lain-lain yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan bersediauntuk mengorbankan keselamatan diri bagi memastikan negara sentiasa berada dalamkeadaan aman dan sejahtera.Cabaran dan peranan pemerintah atau badan-badan tertentu pada masa kini telahbanyak berubah ekoran pembangunan negara yang pesat khususnya di era globalisasidan dunia tanpa sempadan ini.Kini, rakyat Malaysia terdedah dengan pelbagai anasirluar.Sehubungan dengan itu, tanggungjawab dalam menjaga kesejahteraan negara danmenangani jenayah serta kemungkaran yang berlaku bukanlah terletak dibahupemerintah dan pasukan keselamatan sahaja malah ianya telah menjadi kewajipanserta tanggungjawab yang mesti ditunaikan oleh semua warganegara Malaysia.
  2. 2. 2Malangnya apa yang berlaku pada hari ini jenayah dan kemungkaran dilakukansecara berleluasa didalam masyarakat kita, bahkan kebanyakan individu takut atau tidakberani untuk menegur apatah lagi untuk mencegah walaupun ianya berlaku di depanmata. Sebagai contoh,cuba kita lihat betapa sukarnya untuk mencegah kemungkaranyang berlaku dalam keluarga sendiri. Adakah kita mampu mencegah anak dan isteri kitadaripada melakukan dosa-dosa besar seperti meninggalkan solat fardhu, bercakapbohong, terlibat dengan penagihan dadah dan seumpamanya.Seterusnya, adakah kita mampu menasihati atau mencegah jiran-jiran kita atausaudara mara kita daripada melakukan berbagai kemungkaran sama ada dari sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya kesalahan. Lantaran kurangnya atau tiadanyaperanan yang dimainkan oleh kita semua maka tidak hairanlah kejadian jenayah dankemungkaran meningkat dengan ketara.Pada suatu ketika dahulu, negara kita dipenuhi dengansuasana masyarakatpenyayang yang dipupuk oleh nenek moyang kita. Jika kita kenang dan renung kembalisejarah hidup bermasyarakat yang diamalkan oleh generasi terdahulu maka kita akaninsaf betapa murni dan bijaknya mereka menjaga kita. Contohnya,apabila sesorangmelihat sesuatu kesalahan yang dilakukan maka mereka akan segera menegur ataumemarahi tanpa mengira siapa dan anak siapa. Bahkan, ibu bapa juga akandimaklumkan dan anak yang nakal itu akan mendapat habuan seperti dimarahi ataudipukul oleh ibu bapa. Keadaan ini akan menyebabkan anak-anak tidak beranimelakukan kesalahan walaupun di belakang ibu bapa mereka kerana mereka sedarbahawa semua orang akan mengambil berat terhadap mereka. Tidak timbul langsungperasaan takut untuk menegur atau seperti pepatah "tidak mahu menjaga tepi kainorang".Namun, berbeza sama sekali dengan pemikiran sesetengah ibu bapa pada zamanmoden ini di mana konsep tegur menegur seolah-olah tidak lagi relevan dalamkehidupan mereka malahan si penegur pula yang akan dimaki dan dihina.
  3. 3. 3Faktor lain yang menyebabkan jenayah dan kemungkaran berleluasa di negarakita ialah para ibu bapa pada hari ini telah mengabaikan konsep mendidik anak-anakyangberlandaskan syariah dan perintah Rasullullah bagi yang beragama Islamdanberlandaskan ajaran masing-masing bagi yang bukan beragama Islam. Setiap agamasudah pasti menggalakkan nilai-nilai murni dan melarang perkara yang salah. Pastinyakeingkaran atau keengganan daripada mematuhi perintah Rasulullah itu mengundangkepada kehancuran institusi keluarga, masyarakat dan negara.Tanpa kita sedari bahawa rupa-rupanya inilah perkara yang menjadi puncakepada segala permasalahan jenayah dan gejala sosial yang tak pernah kunjunghentinya. Sebab itulah walaupun berbagai program dilakukan oleh kerajaan bagimenangani situasi ini namun sudah pasti tanpa melakukan segala perintah, akur kepadalarangan Allah dan Rasul-Nya serta patuh kepada ajaran masing-masing maka mustahilkemakmuran dan keamanan yang diidamkan akan dapat dikecapi. Fakta jugamembuktikan bahawa institusi kekeluargaan adalah merupakan penentu kepadakesejahteraan masyarakat dan negara.Dalam usaha pasukan keselamatan menangani kejadian jenayah dalam negaraini, maka berbagai perancangan dan usaha sedang dan akan dilaksanakan, antaranyamenambah keanggotaan dan kelengkapan logistik serta meningkatkan profesionalismepasukan. Setiap warganegara juga boleh bersama-sama membantu pihak keselamatanmelalui pelbagai kaedah seperti menyalurkan maklumat menerusi talian rakan COP,bekerjasama dengan pasukan keselamatan, mematuhi undang-undang dansebagainya.Semua anggota pasukan keselamatan juga harus bekerja dengan lebihprofessional, jujur, amanah serta menghindarkan diri dari perkara-perkara mungkarseperti rasuah bagi memastikan Malaysia sentiasa aman dan sejahtera
  4. 4. 4Kemakmuran dan keamanan yang sedang kita kecapi ini tidak mustahil akanhilang sekiranya jenayah dan masalah sosial tidak kita bendung bersama, begitu jugadengan sikap suka mementingkan diri sendiri, sombong, suka menyebar fitnah,menghasut dan menjaja keburukan orang lain. Semua perkara ini, boleh membawakepada permusuhan dan menggugat keharmonian dalam masyarakat mahupun negara.Sebagai warganegara Malaysia, kita juga mempunyai tanggungjawab dalammenuntut dan menyampaikan ilmu. Kepentingan melaksanakan dan mematuhitangggungjawab ini adalah penting bagi menjamin kemajuan dan keamanan negara.Setiap warganegara perlu menuntut ilmu bagi menambah pengetahuan dan mengelakkankita daripada mudah ditipu serta mampu bersaing dengan negara-negara luar tidak kirailmu atau pengetahuan dunia mahupun akhirat. Namun, kita juga perlu mengamalkanapa yang telah kita pelajari agar ilmu tersebut tidaklah disia-siakan begitu sahaja bakkata pepatah Islam „ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah‟.Ilmu yang penting sebagai warganegara Malaysiaialah tentangideologi negara yangmengandungi falsafah pembangunan dan negara bangsa iaitu Rukun Negara.Pengetahuantentang lima prinsip rukun negara ini adalah asas kepada seseorang untuk menjadi warganegaraMalaysia yang setia dan cintakan negara. Lima prinsip rukun negara tersebut adalah,kepercayaan kepada tuhan, kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan,kedaulatan undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan. Justeru, setiap warganegara perlumenghayatinya, mematuhi, dan menjadikannya sebagai pegangan. Hal ini kerana melalui RukunNegara, banyak pengajaran yang boleh dipelajari dan bertindak sebagai benteng pertahanannegara daripada pengaruh luar yang negatif
  5. 5. 5Kini, semangat patriotisme dikalangan remaja juga dilihat masih kurang keranamereka masih tidak memahami erti sebenar kemerdekaan.Menurut seniman veteran,Datuk Aziz Sattar yang dipetik daripada artikel bertajuk „Kalangan remaja kurangsemangat patriotisme‟, bertarikh 31 Ogos 2010 dalam Utusan Melayu, “ramai dikalangan remaja masih tidak dapat membayangkan bagaimana keperitan pejuangkemerdekaan terdahulu mendapatkan kemerdekaan negara. Kebanyakan remaja hanyamengetahui nama pejuang kemerdekaan seperti Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajahdan sebagainya tetapi tidak mengetahuinya secara mendalam.” Kita tidak seharusnyamembiarkan perkara ini berterusan kerana boleh menyebabkan remaja lupa akan jasapejuang kemerdekaan dan nenek-moyang mereka yang bergadai nyawamempertahankan tanah air.Mereka lahir dalam keadaan negara yang aman sehinggamereka tidak mengambil peduli perkara tersebut.Pihak sekolah seharusnya memainkan peranan dalam memberitahu bagaimananegara ini mencapai kemerdekaan.Ia perlu disampaikan bukan sahaja melalui akademikmalahan secara praktikal supaya ilmu, pengetahuan dan maklumat tersebut berjayadisampaikan seterusnya memberi kesan di dalam jiwa remaja. Tayangan video ataupementasan teater merupakan salah satu cara mempertontonkan keadaan sebenar negarasebelum mencapai kemerdekaan dan perlu dilakonkan sendiri oleh pelajar terutamanyamenjelang bulan kemerdekaan.Remaja kini bakal menjadi pemimpin akan datang danjika mereka tiada semangat patriotisme itu pasti keadaan negara menjadi kucar-kacir.Oleh itu, kita sebagai warganegara perlu menitikberatkan kepentingan ilmu kepadasemua pelajar.
  6. 6. 6Kekurangan ilmu agama juga menjadi penyebab ramai rakyat Malaysiaterutamanya anak gadis sanggup terbabit dalam gejala sosial biarpun berpelajaran tinggi.Anak-anak masa kini tidak mendapat pendidikan agama secukupnya daripada keluargamahupun dari institut pengajian. Meskipun mempunyai segulung ijazah, ia masih belummenjamin masa depan mereka supaya tidak terbabit dengan gejala sosial yang bolehmenggugat kesejahteraan negara. Ajaran ilmu agama adalah lebih penting daripadasegala-galanya. Oleh itu, anak-anak haruslah diajar mengenai agama sejakkecilsehinggalah ke pusat-pusat pengajian tinggi agar mereka sentiasa diperingatkan danmengamalkannya kerana kemajuan sesebuah negara bergantung kepada keharmoniansesebuah institusi kekeluargaan.Pendidikan awal untuk remaja menjadi agenda penting dalam mendidik peribadigolongan itu. Sekurang-kurangnya, mereka dapat memahami bahaya atau ancaman akandatang. Terdapat pelbagai jenis pendidikan yang boleh diperolehi kini yang meliputipelbagai aspek kehidupan seperti pendidikan agama, akademik, sosial dan sebagainya.Setiap rakyat Malaysia terutamanya remaja perlu mengambil peluang yang ada untukmendapatkan pendidikan yang disediakan. Contohnya, program „1CiTiZEN‟ yangmemberikan pengetahuan tentang baik buruknya penggunaan internet terhadap dirisendiri, masyarakat dan negara. Dalam program ini, peserta didedahkan dengan carapenggunaan internet yang betul, kesan penggunanaan internet dan langkah-langkahkeselamatan dalam menangani bahaya atau ancaman daripada jenayah siber. Tanpapengetahuan dan ilmu tentang penggunaan internet ini pelbagai masalah akan timbulseterusnya merugikan negara.
  7. 7. 7Kesibukan ibu bapa yang bekerja siang dan malam juga merupakan salah satupunca mengapa anak-anak mereka tidak mendapat pendidikan yang sempurna ketikameningkat dewasa. Seharusnya, ibu bapa menjadi kawan rapat kepada anak mereka danberkongsi masalah serta memantau pelajaran mereka. Ibu bapa juga harus mengawalpenggunaan internet kerana tanpa pengawasan, ia boleh membinasakan masa depananak.Pastikan anak-anak menggunakan internet untuk tujuan pelajaran dan mencarisumber-sumber maklumat yang baik kerana laman sosial kini memberi lebih banyakimpak negatif kepada golongan remaja jika tidak dipantau. Jadi tidak hairan pelbagaimasalah bangkit daripada penggunaannya. Kebanyakan ibu bapa membenarkan anakmereka menggunakan Internet tanpa had dan kawalan.Setiap warganegara Malaysia mempunyai peranan dan tanggungjawab yangperlu dilaksanakan baik dari segi diri sendiri, keluarga, masyarakat, dan negara. Tidakkiralah apa jua bidang yang kita ceburi, laksanakanlah tugas yang digalas dengan penuhtanggungjawab, jujur, cekap, dan berintegriti. Keamanan dan kemakmuran yang kitakecapi dan nikmati sekarang adalah hasil daripada pengorbanan yang dilakukan olehpejuang tanah air yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan teguh. Justeru itu,tanggungjawab kita sebagai warganegara perlu juga dijalankan dengan berkesanberlandaskan nilai murni dan etika luhur di bawah garis panduan yang telah ditetapkanoleh agama, budaya, Rukun Negara dan matlamat negara. Tanggungjawab ini jugahendaklah selaras dengan aspirasi untuk mewujudkan sebuah masyarakat yangsepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilaiagama dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika yang tinggi. Kita juga harus sentiasaberusaha untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan muncul sebagai yang terbaikagar dunia menghormati kita.
  8. 8. 8RUJUKAN1. Arifin Ngah (2004). “Tangisan Bangsaku”. Edisi pertama. Cheras, KualaLumpur:Utusan Publications and Distributors.2. http://e-kiosk.ikim.gov.my/downloadarticle.asp?id=7003. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0831&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm4. http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/RakyatMalaysiaperlujadiperkasadandinamik_TuankuAbdulHalim/Article/5. Prestariang (2011). “1CiTiZEN Student Quick Reference”. Edisi pertama.Cyberjaya, Selangor: Prestariang Systems Sdn. Bhd.6. Tan Yao Sua (2010). “Isu bahasa, etnik dan pembinaan negara bangsa dalamsistem pendidikan Malaysia”. Edisi pertama. Pulau Pinang: Penerbit UniversitiSains Malaysia,7. Zahrul Akmal Damin, Fauziah Ani, Lutfan Jaes, Khairunesa Isa, dan HarlianaHalim (2012). “UWS10103 Kenegaraan dan Pembangunan Mutakhir Malaysia”.Edisi pertama. Parit Raja, Batu Pahat, Johor: Penerbit UTHM.
  9. 9. 9LAMPIRANRakyat Malaysia Perlu Jadi Perkasa dan Dinamik: Tuanku AbdulHalim2012/04/11 - 15:38:48 PMKUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shahbertitah rakyat Malaysia perlu menjadi warga yang perkasa dan dinamik bagimemastikan negara mencapai status negara maju menjelang 2020."Bukan sahaja tinggi penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran tetapi juga tingginilai akhlak, moral dan etikanya," titah baginda pada Istiadat Pertabalan baginda sebagaiYang di-Pertuan Agong ke-14 di Istana Negara hari ini.Istiadat kali ini melakar sejarah penting bagi Seri Paduka Baginda kerana ini adalah kalikedua baginda ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, selain adalah Yang di-Pertuan Agong pertama yang ditabalkan di Istana Negara baharu di Jalan Duta di sini.Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 1970 semasaberusia 42 tahun dan kini empat dekad kemudian, baginda ditabalkan sekali lagi sebagaiYang di-Pertuan Agong ke-14 pada usia 84.Seri Paduka bertitah: "Negara tidak akan maju jika rakyatnya tidak berilmu dankemajuan pula tidak bererti jika nilai-nilai yang positif diketepikan oleh penghuninya."Titah baginda, tidak ada negara di dunia ini yang mampu mencapai kemajuan danmencipta kejayaan dengan hanya bergantung kepada inisiatif kerajaan semata-matatanpa sokongan dan peranan yang dimainkan rakyat."Maka jadilah insan yang mulia sebagaimana yang dituntut oleh agama, iaitu insan yangberilmu dan berpekerti mulia serta sedar dan patuh terhadap tanggungjawabnya kepadanegara," titah baginda.
  10. 10. 10Tuanku Abdul Halim bertitah rakyat negara bukan sahaja ingin menjadikan Malaysiasebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 tetapi terus menjadikan negara ini kekalmaju dan dihormati dunia."Persaingan global yang perlu dihadapi hari ini begitu kompetitif dan serbamencabar.Justeru, setiap dari rakyat Malaysia perlu bersedia untuk menggalastanggungjawab dan melaksanakan peranan masing-masing dengan sepenuh hati," titahbaginda.Baginda juga menyeru seluruh rakyat supaya bersatu padu, berganding bahu danbekerjasama rapat dengan kerajaan bagi memastikan negara terus maju, aman danharmoni."Perkukuhkah diri dan pikullah tanggungjawab kita sebagai warga yang benar-benarcintakan tanah air.Sesungguhnya Malaysia adalah hak, lambang maruah dan kedaulatanbersama. Untuk itu, masa depan negara kita haruslah dicorak dan diadun oleh kitasemua," titah baginda."Kemajuan daripada segi kebendaan sahaja belum cukup untuk menjadikan kita satubangsa yang kuat.Kita perlu menjaga dan mengamalkan ciri-ciri hidup masyarakat yangberbudi bahasa."Kemajuan fizikal yang diimbangi dengan nilai hidup berbudi bahasa akan mengangkattamadun bangsa, menjulang agama dan negara.Beta menyeru seluruh rakyat Malaysiaagar menjaga tatasusila dan ciri-ciri hidup ketimuran yang sekian lama telah diamalkanselama ini," titah baginda.Menyentuh mengenai kepimpinan negara dan pertabalannya sebagai Yang di-PertuanAgong buat kali kedua, baginda bertitah: " Sesungguhnya juga, setelah lebih empatdekad berlalu seperti yang sudah dipertentukan oleh Yang Maha Kuasa, dan tertulisdengan kehendak-Nya jua, pemerintahan Beta pada kali dahulu dan kali kedua ini,berpeluang menerima khidmat daripada dua Perdana Menteri yang mempunyai pertaliandarah.
  11. 11. 11"Pertamanya semasa zaman pentadbiran Allahyarham Tun Abdul Razak.Kini pula padakala tampuk kerajaan di bawah pimpinan anakandanya, yakni Yang Amat BerhormatDatuk Seri Najib Tun Abdul Razak," titah baginda.Baginda bertitah rakyat negara ini perlu bersyukur kerana negara sejak dahulu sehinggahari ini mengecap nikmat kemakmuran disebabkan adanya kesinambungan pimpinankerajaan yang berhemah, cekap lagi berwawasan."Begitulah juga kita bertuah kerana rakyat daripada pelbagai latar belakang kehidupan,bangsa dan agama, dapat kekal hidup rukun damai," katanya.Tuanku Abdul Halim juga bersyukur kerana dapat menyaksikan kemajuan negara inidan menyedarkan baginda betapa bertuahnya Malaysia dan rakyatnya yang sentiasadilimpahi rahmat kejayaan, walaupun dunia keliling dilanda pelbagai kemelut politikdan ekonomi.Baginda bertitah kesejahteraan hidup yang dinikmati ini "bukanlah datang secarabergolek.Ia pastinya telah direncana, disusun dan dilaksanakan oleh kerajaan denganusaha begitu gigih daripada kepimpinan lalu kepada kepimpinan semasa."Tuanku Abdul Halim bertitah falsafah utama kerajaan yang berlandaskan gagasan1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan amat sesuai pada saat yangmencabar ini kerana untuk mengurus sebuah negara yang kompleks seperti Malaysiamemerlukan kerjasama semua pihak."Paling utama harus ada kesefahaman di setiap lapisan dan kelompok (masyarakat),"titah baginda.BERNAMA
  12. 12. 12Statistik Jenayah Siber dan Kerugian yang Ditanggung Kerajaan.

×