SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
SEJARAH PEMBENTUKKAN

       MASYARAKAT BABA DAN

                NYONYA

                     DAN

       KEUNIKAN MASYARAKAT

                  BABA

              DAN NYONYA


NAMA      : RAGU BATHI KANNAN

SUBJECT   : MALAYSIAN STUDIES

ID        : SC-KL-00032870
Negeri Melaka sememangnya terkenal dengan masyarakat berketurunan Baba dan
Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya dikatakan berasal dari Tanah Besar China yang
berhijrah ke Melaka sejak 600 tahun dahulu. Pada awalnya, masyarakat ini hanya terdapat di
Melaka sahaja. Namun begitu, setelah Pulau Pinang dan Singapura mula berkembang,
masyarakat Baba dan Nyonya mula berhijrah kedua-dua negeri ini. Menurut sejarah,
perkembangan masyarakat ini di Melaka bermula sewaktu berkembangnya zaman kesultanan
Melayu Melaka lagi. Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan pada waktu itu telah
berjaya menarik ramai pedagang dari luar negara temasuk dari negara China untuk berdagang
di Melaka. Pedagang-pedagang dari negara China ini telah berkahwin dengan wanita
tempatan dan melahirkan anak yang berdarah kacukan Melayu-Cina atau lebih dikenali
sebagai Baba Nyonya. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China.
Masyarakat berketurunan Baba dan Nyonya sememangnya berbangsa Cina. . Pada mulanya
mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan
wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya.
Oleh hal yang demikian kaum Baba dan Nyonya mempunyai persamaan dengan kaum
Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya. Kebanyakan masyarakat ini masih
mengamalkan agama anutan nenek moyang mereka iaitu agama Buddha dan terdapat juga
sesetengah daripada mereka yang telah menukar agama ke agama Islam dan juga Kristian.

       Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat
Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang
menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka.
Dalam meniti kehidupan seharian mereka, amalan memakai sanggul masih lagi diamalkan
bagi kaum wanita. Menurut sejarah, amalan ini merupakan satu simbolik atau lambang
pengabdian dan juga boleh dikatakan sebagai keunikkan mereka kepada kerajaan Manchu
(zaman sebelum penghijrahan ke Tanah Melayu). Selain itu, banyak pantang larang dan
kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba
dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya
mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu. Dari segi makanan pula, tiada
bezanya dengan kaum Melayu. Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan
tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan
masyarakat Melayu. Mereka makan dengan tangan dan masakan gulai adalah menjadi
kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan
menjadi kegermaran seharian. Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi resipi orang
Melayu sehingga sudah menjadi kebiasaan, kaum ini menggunakan tangan ketika menjamah
hidangan seperti masyarakat Melayu. Bukan sahaja masakan kaum Melayu, malah kaum Baba
Nyonya juga turut terpengaruh dengan cara penghidangan makanan yang disertakan dengan
ulam. Kaum Baba dan Nyonya ini juga amat terkenal dengan pelbagai masakan asam pedas
dan kuih tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana resepinya ada persamaan dengan
masakan masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh, kuih apom balik, cendol dan tapai
pulut.Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah masakan campuran masyrakat Cina dan
Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba. Masakan Nyonya pula lebih kepada
daging dan sayur-sayuran. Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili.
Bagi masyarakat Baba penggunaan cili yang banyak di dalam masakan merupakan satu
identiti yang membezakan antara masyarakat Baba dan Cina. Antaranya ayam pongteh, ayam
kunyit cili, masak lemak dan ayam kunyit cili. Di antara masakan Nyonya yang menerima
pengaruh Melayu adalah seperti penggunaan belacan, bauh keras, asam lengkuas dan serai.
Manakala, masakan Nyonya yang mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging
itik dimasak dengan sayur masin). Selain itu, kuih cang Abu juga merupakan masakan
istimewa bagi masyarakat Baba.

         Pakaian kaum Baba dan Nyonya telah menjadi tarikan utama bagi etnik tersebut.
Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang
mereka. Manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak
persamaan dengan keturunan Cina. Masyarakat ini masih mengenakan pakaian tradisi mereka
iaitu berkebaya pendek atau lebih dikenali sebagai kebaya nyonya dan bagi kaum lelaki pula,
mereka akan mengenakan kain sarung. Selain itu, Baba dan Nyonya juga turut memakai
pakaian kaum Cina. Kaum Nyonya juga mempunyai kasut yang agak unik seperti kasut
manik. Kasut manik ialah alas kaki buatan tnagan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran
yang tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca yang bersigi-segi halus yang
dijahit pada kain terpal. Rekaan kasut manik tradisional sering memperlihatkan motif bunga
Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar peranakan dan sarung batik. Mulai tahun
1930 an, kasut manik menjalani perubahan dengan diberikan rekaan moden dan ditambahkan
tumit.

         Dari aspek bahasa yang digunakan oleh kaum unik tersebut, masyarakat baba Nyonya
di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai
pertalian darah dengan keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa
Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh
bertutur bahasa Hokkien.

         Sebagaimana kaum-kaum lain mempunyai pantang dan larangan masing-masing,
kaum Baba Nyonya juga mempunyai pantang dan larangan mereka yang tersendiri yang amat
unik. Antaranya, Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan
bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa
menangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk
dengan jin ataupun hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk
meminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu
anak mereka. Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut
dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yang
mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga
keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya
pisau untuk menakutkan hantu. Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya
akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam
campak atau ‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh
untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi. Begitulah
tentang keunikkan kaum ini mengenai penyembahan mereka.

         Tambahan pula, kaum Baba Nyonya juga mempunyai keunikkan yang agak ketara dari
segi muzik dan tarian mereka. Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan
Nyonya telah melatari kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang
Sayang yang dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan.
Pada hari tertentu seperti perayaan dan majlis perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya
akan mempersembahkan tarian seperti Tarian Singa, Fu Kien Opera dan Dondang Sayang
Baba Nyonya. Bagi generasi kini, muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau
keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kini
telah berkurangan.

         Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan saat
yang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang
terlebih dahulu. Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, situasi begini
bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil. Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai
adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya
merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik. Keistimewaan Baba dan Nyonya masih
lagi diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang lain dan ia boleh dilihat melalui adat
perkahwinan mereka. Perkahwinan kaum ini banyak mengikut cara perkahwinan seperti
masyarakat Cina seperti upacara Cheo Thau. Upacara cheo thau dimulakan di rumah
pengantin perempuan terlebih dahulu di mana Sam Kai ( colok ) akan dinaikkan menghadap
pintu utama ruang tamu. Seterusnya, ibu bapa pengantin akan menyalakan lilin merah di atas
meja yang di sediakan. Cheo thau merupakan satu upacara penyatuan di antara suami dan
isteri. Upacara ini dilakukan bagi memberitahu kedua-dua mempelai bahawa mereka akan
berkahwin dan akan menghadapi masyarakat luar tanpa perlindungan daripada keluarga
mereka lagi. Upacara ini dijalankan pada waktu pagi antara tiga hingga empat pagi atau waktu
malam.

         Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan di mulakan dengan
melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang
bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan
saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara
perkahwinan. Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang
labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di
dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Kuih ini digelek dengan tangan hingga bulat dan
dimasukan bersama-sama dengan air gula yang telah dimasak. ‘Kuih ih’ ini juga digunakan
oleh pasangan pengantin pada upacara seterusnya. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang
ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Kuih ih 'pula adalah symbol bagi benda yang
baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan
diletakkan di pintu utama.

        Dalam pada itu kain yang dilapik atas meja Sam Kai dikenali sebagai Tok Wee. Kain
Tok Wee ini mengandungi pelbagai warna dan disulam dengan hiasan corak lapan abadi dan
juga hiasan yang mewakili perlanjutan, kemewahan, dan pengajaran. Diatas kain Sam Kai
terdapat dua batang lilin merah. Lilin ini dicorakkan dengan lapan potongan. Manakala pada
bahagian belakangnya pula terdapat mangkuk-mangkuk kecil yang diisikan dengan ‘kuih ih’
yang berwarna-warni.

        Persiapan bilik pengantin jua perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru yang kaya
dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan
'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan
'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali
sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya, hari 'Khuih Thiah' iaitu hari
pembukaan untuk perayaan. Ia juga dikenali sebagai hari kupas bawang. Hari tersebut juga
turut di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai
persiapan. Hari ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal
sebanyak 20 jenis, antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama
dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan.

        Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu.
Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari
pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu
tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari
bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering
di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.
‘Chia N Lang Kheh’ merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin
perempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan
menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang
Kheh Umm' atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan
berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak
Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan. ‘Chiu
Thau’ merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di tempat pemujaan.
Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili
syurga, bumi dan manusia. Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih
dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani
adat atau upacara 'Chim Pang'.

       Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan pengantin
perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua-
dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan,
mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain.
Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami
isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah
hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka.

       Upacara ‘Cha n Sia’ ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak
pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain
sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas.
Pada hari ini juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan
lawak jenaka, pujian dan ransangan.

       Hari ke-dua belas merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasi
lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di
kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak
nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil
menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih.

       ‘Chia n Ching, Che Umm’ merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si
mertua pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di
antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan
kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau bagaimanapun di dalam setiap perkahwinan
semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam
masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan
daripada terjadinya sesuatu yang tidak baik. Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonya
ini nampaknya merumitkan, namun adat ini terutamanya yang meperlihatkan betapa
istimewanya masyarakat Baba dan Nyonya dimata masyarakat Malaysia. Sekalipun ada
beberapa upacara yang mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun jika di teliti seakan-
akan adatnya bercirikan kemelayuan. Pendek kata, adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini
ialah sesuatu yang menarik dan unik.

       Seterusnya, adat perayaan Baba Nyonya. Tahun Baru Cina merupakan perayaan
terpenting orang Cina dan juga Baba Nyoya bagi menyambut tahun baru dalam kalendar
qamari Cina. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan
kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali
berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka
tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah
malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib
malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan
pokok limau.

       Perayaan Cheng Beng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalam
kalender cina. Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pada hari Cheng Beng beberapa
helai kertas perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh yang dipercayai
hidup di kubur.Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas
emas yang dibakar dihadapan patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh yang telah
mati terutama nenek-moyang mereka. Selain itu, masyarakat Baba juga akan mengadakan
persembahan lauk ketika bersembahyang, iaitu persembahan yang menggunakan peralatan
Baba seperti dulang, pinggan mangkuk dan cawan yang dihias cantik bagi menggambarkan
kegembiraan roh dalam kubur. Roh juga akan dihidangkan dengan gula tarik, kacang, air arak
dan makanan lain. Pemberian hidangan ini adalah bertujuan untuk memohon kepada roh
nenek-moyang mereka agar diberi perlindungan dan kesejahteraan supaya mendapat kejayaan
di dunia.

       Kesenian masyarakat Baba kebanyakkannya mempunyai motif yang berasal dari
negara China, namun begitu corak-coraknya dapat dilihat mempunyai pengaruh Melayu atau
Islam. Perhiasan kaum Baba kebiasaannya diukir dengan hasil ukiran yang halus dan
ukirannya timbul. Misalnya seperti kerongsang, tali pinggang dan penyucuk sanggul.Selain
itu, peralatan masyarakat Baba yang mempunyai ukiran yang menarik pada porselin. Porselin
ini merupakan sejenis alat yang dinamakan peralatan Baba dan Nyonya. Porselin ini
merupakan peralatan khas untuk kegunaan Baba atau Nyonya di Tanah Melayu yang
diperbuat di daerah Jiangxi dan Guangdong dinegara China, oleh itu peralatan ini tidak akan
dieksport. Antara ukiran corak yang terdapat pada seramik jenis ini ialah lukisan burung
pheonix, bunga dahlia,bunga mawar, lipan, gabungan lapan jenis benda berharga, serta bunga
botan. Kumpulan porselin kaum Nyonya mudah dikenali berbanding porselin kaum Baba, ini
kerana porselin Nyonya kebiasaanya dari saduran warna cerah seperti merah jambu, biru tua,
hijau dan kuning. Masyarakat Baba mempunyai mempunyai peralatan khas yang digunakan
untuk menjalankan upacara. Antaranya seperti dulang teh tembikar berenamel warna-warni
yang dihiasi ukiran burung cenderawasih gaya peranakan, dan biasanya akan digunakan
ketika minum teh pada hari perkahwinan. Manakala bakul sia pula digunakan untuk pelbagai
tujuan, khasnya seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah. Bakul sia ini diperbuat
daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit didalamnya diisi dengan
pelbagai juadah makanan. Kadangkala bakul ini dibuat satu tingkat hingga tiga tingkat, corak
hiasan dan besarnya bakul sia ini bergantung kepada kehendak pemiliknya.

       Dapat dikatakan di sini, kebudayaan masyarakat Baba mempunyai kebudayaan yang
unik dan menarik yang perlu dipelihara oleh masyarakat Baba itu sendiri supaya keunikan
budaya mereka tidak akan semakin dipingggirkan. Identiti masyarakat Baba adalah hasil
daripada proses akulturasi dan telah dianggap sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu,
hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu seperti masakan, pakaian, tutur kata
dan sebagainya telah diamalkan dalam cara hidup mereka, disebabkan oleh proses akulturasi
inilah maka kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu unik dan menarik.Kewujudan
masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia juga telah mewarnai serta menyerikan lagi variasi
kebudayaan di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam sebuah
negara itu dapat mengharmonikan serta mengeratkan perpaduan rakyat itu sendiri. Dapat
diringkaskan di sini, kewujudan budaya masyarakat Baba adalah berasal dari asmilasi dua
kelompok yang terdiri dari budaya Melayu dan budaya Cina yang mempunyai dua latar
belakang berlainan dan menjadi satu dalam kebudayaan masyarakat Baba. Masyarakat Baba
dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang
untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan
budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina
dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam
masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan
bermasyarakat.

More Related Content

What's hot

adat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat ibanadat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat ibanJenChing Teoh
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuRibut Taufan
 
Budaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaBudaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaCik Nurul Afiqah
 
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-ibanAdat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-ibanRenee Evelyn
 
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat yhan law
 
Tamadun indus
Tamadun indus  Tamadun indus
Tamadun indus dzul76
 
Pengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhaPengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhafarsya1305
 
Pantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayuPantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayuIla Nazira Mustafar
 
EDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam KaumEDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam KaumAfifah Yusoff
 
Corak kehidupan masyarakat chetti
Corak kehidupan masyarakat chettiCorak kehidupan masyarakat chetti
Corak kehidupan masyarakat chettiMohd Asraf
 
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalPengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalnoorulshuhadah
 
Adat kaum cina
Adat kaum cinaAdat kaum cina
Adat kaum cinadila teen
 
Sumbangan tamadun india
Sumbangan tamadun indiaSumbangan tamadun india
Sumbangan tamadun indiaAini Rahman
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Muhd Hasrul
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaPenjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaNaayla Asiyah
 

What's hot (20)

adat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat ibanadat perkahwinan masyarakat iban
adat perkahwinan masyarakat iban
 
Masyarakat melayu
Masyarakat melayuMasyarakat melayu
Masyarakat melayu
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
 
Budaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaBudaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum India
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Adat resam kaum
Adat resam kaumAdat resam kaum
Adat resam kaum
 
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-ibanAdat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
 
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
 
Tamadun indus
Tamadun indus  Tamadun indus
Tamadun indus
 
Pengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddhaPengaruh hindu buddha
Pengaruh hindu buddha
 
Pantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayuPantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayu
 
EDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam KaumEDUP3073 Adat Resam Kaum
EDUP3073 Adat Resam Kaum
 
Corak kehidupan masyarakat chetti
Corak kehidupan masyarakat chettiCorak kehidupan masyarakat chetti
Corak kehidupan masyarakat chetti
 
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awalPengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
Pengaruh agama hindhu dan buddha dalam kerajaan awal
 
Adat kaum cina
Adat kaum cinaAdat kaum cina
Adat kaum cina
 
Sumbangan tamadun india
Sumbangan tamadun indiaSumbangan tamadun india
Sumbangan tamadun india
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
Nota lengkap budaya dan masyarakat(ansos)
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaPenjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
 

Viewers also liked

Culture and Social Changes of the Baba Nyonya Community in Malacca, Malaysia
Culture and Social Changes of the Baba Nyonya Community in Malacca, MalaysiaCulture and Social Changes of the Baba Nyonya Community in Malacca, Malaysia
Culture and Social Changes of the Baba Nyonya Community in Malacca, MalaysiaTieng Wei
 
Baba Nyonya Slides
Baba Nyonya SlidesBaba Nyonya Slides
Baba Nyonya SlidesPang Shuen
 
Proposal nyonye
Proposal nyonye Proposal nyonye
Proposal nyonye peningla
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Presentation Sejarah (Pantang Larang dalam Kalangan Etnik Baba dan Nyo...
Presentation  Sejarah (Pantang  Larang  dalam  Kalangan  Etnik Baba  dan  Nyo...Presentation  Sejarah (Pantang  Larang  dalam  Kalangan  Etnik Baba  dan  Nyo...
Presentation Sejarah (Pantang Larang dalam Kalangan Etnik Baba dan Nyo...Nur Adillah Arifah Nazri
 
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  sistem  pendidikan di malaysiaTajuk 1  sistem  pendidikan di malaysia
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysiakiasportage
 
Hubungan Etnik Bab 2 Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
Hubungan Etnik Bab 2   Masyarakat Malaysia Dalam SejarahHubungan Etnik Bab 2   Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
Hubungan Etnik Bab 2 Masyarakat Malaysia Dalam SejarahWanBK Leo
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Dinesh Madhavan
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Rosdi Ramli
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
interaksi antara tamadun
interaksi antara tamaduninteraksi antara tamadun
interaksi antara tamadunzils nur
 
20100926080907 lecture 11( sample of proposal)
20100926080907 lecture  11( sample of proposal)20100926080907 lecture  11( sample of proposal)
20100926080907 lecture 11( sample of proposal)peningla
 
Nyonya baba culture
Nyonya baba cultureNyonya baba culture
Nyonya baba cultureYNam Ho
 
Masyarakat Chetti Kg.Chetti Gajah Berang,Melaka
Masyarakat Chetti Kg.Chetti Gajah Berang,MelakaMasyarakat Chetti Kg.Chetti Gajah Berang,Melaka
Masyarakat Chetti Kg.Chetti Gajah Berang,MelakaMalacca Girls High School
 

Viewers also liked (20)

Baba dan-nyonya
Baba dan-nyonyaBaba dan-nyonya
Baba dan-nyonya
 
Baba & nyonya
Baba & nyonyaBaba & nyonya
Baba & nyonya
 
BABA NYONYA REPORT
BABA NYONYA REPORTBABA NYONYA REPORT
BABA NYONYA REPORT
 
Culture and Social Changes of the Baba Nyonya Community in Malacca, Malaysia
Culture and Social Changes of the Baba Nyonya Community in Malacca, MalaysiaCulture and Social Changes of the Baba Nyonya Community in Malacca, Malaysia
Culture and Social Changes of the Baba Nyonya Community in Malacca, Malaysia
 
Baba Nyonya Slides
Baba Nyonya SlidesBaba Nyonya Slides
Baba Nyonya Slides
 
BABA NYONYA SLIDE
BABA NYONYA SLIDEBABA NYONYA SLIDE
BABA NYONYA SLIDE
 
Proposal nyonye
Proposal nyonye Proposal nyonye
Proposal nyonye
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Baba dan nyonya
Baba dan nyonyaBaba dan nyonya
Baba dan nyonya
 
Presentation Sejarah (Pantang Larang dalam Kalangan Etnik Baba dan Nyo...
Presentation  Sejarah (Pantang  Larang  dalam  Kalangan  Etnik Baba  dan  Nyo...Presentation  Sejarah (Pantang  Larang  dalam  Kalangan  Etnik Baba  dan  Nyo...
Presentation Sejarah (Pantang Larang dalam Kalangan Etnik Baba dan Nyo...
 
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  sistem  pendidikan di malaysiaTajuk 1  sistem  pendidikan di malaysia
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
 
Hubungan Etnik Bab 2 Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
Hubungan Etnik Bab 2   Masyarakat Malaysia Dalam SejarahHubungan Etnik Bab 2   Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
Hubungan Etnik Bab 2 Masyarakat Malaysia Dalam Sejarah
 
Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia Hubungan etnik di Malaysia
Hubungan etnik di Malaysia
 
ilmu ketamadunan (TITAS)
ilmu ketamadunan (TITAS)ilmu ketamadunan (TITAS)
ilmu ketamadunan (TITAS)
 
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
Perkembangan Pendidikan ( Tajuk : Sejarah pendidikan di Malaysia )_Tugasan In...
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
interaksi antara tamadun
interaksi antara tamaduninteraksi antara tamadun
interaksi antara tamadun
 
20100926080907 lecture 11( sample of proposal)
20100926080907 lecture  11( sample of proposal)20100926080907 lecture  11( sample of proposal)
20100926080907 lecture 11( sample of proposal)
 
Nyonya baba culture
Nyonya baba cultureNyonya baba culture
Nyonya baba culture
 
Masyarakat Chetti Kg.Chetti Gajah Berang,Melaka
Masyarakat Chetti Kg.Chetti Gajah Berang,MelakaMasyarakat Chetti Kg.Chetti Gajah Berang,Melaka
Masyarakat Chetti Kg.Chetti Gajah Berang,Melaka
 

Similar to Baba dan nyonya

PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYUPAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYUAmnah Saayah Ismail
 
Unit1 120804205343-phpapp02
Unit1 120804205343-phpapp02Unit1 120804205343-phpapp02
Unit1 120804205343-phpapp02siti hamidah
 
Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11nadarajah
 
Pakaian tradisional murid
Pakaian tradisional  muridPakaian tradisional  murid
Pakaian tradisional muridTibha Kumar
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinanYing Yew
 
Hubungan etnik-final
Hubungan etnik-finalHubungan etnik-final
Hubungan etnik-finalShze Hwa Lee
 
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)Crysmond Goh
 
Kk pa syahira
Kk pa syahiraKk pa syahira
Kk pa syahiraMiji Mina
 
Tajuk 1 (Kumpulan B)
Tajuk 1 (Kumpulan B)Tajuk 1 (Kumpulan B)
Tajuk 1 (Kumpulan B)Ms Yati
 
Melanau Hubungan Etnik 2016
Melanau Hubungan Etnik 2016Melanau Hubungan Etnik 2016
Melanau Hubungan Etnik 2016Mirza Qayyum
 
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinahubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinathemimie
 
HE report
HE report HE report
HE report kellyxc
 
Pengenalan Sejarah Sabah & Sarawak
Pengenalan Sejarah Sabah & SarawakPengenalan Sejarah Sabah & Sarawak
Pengenalan Sejarah Sabah & Sarawakamiraaa96
 
Tajuk 1 (Kumpulan B)
Tajuk 1 (Kumpulan B)Tajuk 1 (Kumpulan B)
Tajuk 1 (Kumpulan B)Ms Yati
 

Similar to Baba dan nyonya (20)

CTU555
CTU555CTU555
CTU555
 
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYUPAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
 
Sosiobudaya srwk
Sosiobudaya srwkSosiobudaya srwk
Sosiobudaya srwk
 
BABA dan NYONYA
BABA dan NYONYABABA dan NYONYA
BABA dan NYONYA
 
Unit1 120804205343-phpapp02
Unit1 120804205343-phpapp02Unit1 120804205343-phpapp02
Unit1 120804205343-phpapp02
 
Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11Adat perkahwinan11
Adat perkahwinan11
 
Pakaian tradisional murid
Pakaian tradisional  muridPakaian tradisional  murid
Pakaian tradisional murid
 
Adat perkahwinan
Adat perkahwinanAdat perkahwinan
Adat perkahwinan
 
Hubungan etnik-final
Hubungan etnik-finalHubungan etnik-final
Hubungan etnik-final
 
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
MPU REPORT HUBUNGAN ETNIK (MELANAU)
 
Etnik jawi peranakan
Etnik jawi peranakanEtnik jawi peranakan
Etnik jawi peranakan
 
Kk pa syahira
Kk pa syahiraKk pa syahira
Kk pa syahira
 
Tajuk 1 (Kumpulan B)
Tajuk 1 (Kumpulan B)Tajuk 1 (Kumpulan B)
Tajuk 1 (Kumpulan B)
 
Melanau Hubungan Etnik 2016
Melanau Hubungan Etnik 2016Melanau Hubungan Etnik 2016
Melanau Hubungan Etnik 2016
 
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cinahubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
hubungan etnik- perkahwinan masyarakat cina
 
Pengenalan
PengenalanPengenalan
Pengenalan
 
HE report
HE report HE report
HE report
 
Pengenalan Sejarah Sabah & Sarawak
Pengenalan Sejarah Sabah & SarawakPengenalan Sejarah Sabah & Sarawak
Pengenalan Sejarah Sabah & Sarawak
 
Tajuk 1 (Kumpulan B)
Tajuk 1 (Kumpulan B)Tajuk 1 (Kumpulan B)
Tajuk 1 (Kumpulan B)
 

Baba dan nyonya

  • 1. SEJARAH PEMBENTUKKAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA DAN KEUNIKAN MASYARAKAT BABA DAN NYONYA NAMA : RAGU BATHI KANNAN SUBJECT : MALAYSIAN STUDIES ID : SC-KL-00032870
  • 2. Negeri Melaka sememangnya terkenal dengan masyarakat berketurunan Baba dan Nyonya. Masyarakat Baba dan Nyonya dikatakan berasal dari Tanah Besar China yang berhijrah ke Melaka sejak 600 tahun dahulu. Pada awalnya, masyarakat ini hanya terdapat di Melaka sahaja. Namun begitu, setelah Pulau Pinang dan Singapura mula berkembang, masyarakat Baba dan Nyonya mula berhijrah kedua-dua negeri ini. Menurut sejarah, perkembangan masyarakat ini di Melaka bermula sewaktu berkembangnya zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Melaka yang terkenal sebagai pusat perdagangan pada waktu itu telah berjaya menarik ramai pedagang dari luar negara temasuk dari negara China untuk berdagang di Melaka. Pedagang-pedagang dari negara China ini telah berkahwin dengan wanita tempatan dan melahirkan anak yang berdarah kacukan Melayu-Cina atau lebih dikenali sebagai Baba Nyonya. Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, China. Masyarakat berketurunan Baba dan Nyonya sememangnya berbangsa Cina. . Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan disebut Nyonya.
  • 3. Oleh hal yang demikian kaum Baba dan Nyonya mempunyai persamaan dengan kaum Melayu terutama dari segi bahasa, makanan dan budaya. Kebanyakan masyarakat ini masih mengamalkan agama anutan nenek moyang mereka iaitu agama Buddha dan terdapat juga sesetengah daripada mereka yang telah menukar agama ke agama Islam dan juga Kristian. Masyarakat Baba dan Nyonya sedikit sebanyak telah mewarisi budaya masyarakat Melayu khususnya. Oleh itu sehingga kini masih ada lagi masyarakat Baba dan Nyonya yang menjadikan amalan dan pegangan masyarakat Melayu dalam kehidupan seharian mereka. Dalam meniti kehidupan seharian mereka, amalan memakai sanggul masih lagi diamalkan bagi kaum wanita. Menurut sejarah, amalan ini merupakan satu simbolik atau lambang pengabdian dan juga boleh dikatakan sebagai keunikkan mereka kepada kerajaan Manchu (zaman sebelum penghijrahan ke Tanah Melayu). Selain itu, banyak pantang larang dan kepercayaan masyarakat Melayu telah diasimilasikan dalam kebudayaan masyarakat Baba dan Nyonya. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai mirip yang sama dengan masyarakat Melayu. Dari segi makanan pula, tiada bezanya dengan kaum Melayu. Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana mempunyai persamaan dengan masakan masyarakat Melayu. Mereka makan dengan tangan dan masakan gulai adalah menjadi kegemaran masyarakat ini. Masakan seperti masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan menjadi kegermaran seharian. Cara masakan Baba Nyonya juga dipengaruhi resipi orang Melayu sehingga sudah menjadi kebiasaan, kaum ini menggunakan tangan ketika menjamah hidangan seperti masyarakat Melayu. Bukan sahaja masakan kaum Melayu, malah kaum Baba Nyonya juga turut terpengaruh dengan cara penghidangan makanan yang disertakan dengan ulam. Kaum Baba dan Nyonya ini juga amat terkenal dengan pelbagai masakan asam pedas dan kuih tradisional yang begitu sedap dan menarik di mana resepinya ada persamaan dengan masakan masyarakat Melayu seperti ondeh-ondeh, kuih apom balik, cendol dan tapai pulut.Walau bagaimanapun, masakan Baba adalah masakan campuran masyrakat Cina dan Melayu tetapi masih beridentitikan masakan Baba. Masakan Nyonya pula lebih kepada daging dan sayur-sayuran. Masakan Nyonya biasanya pedas dan menggunakan banyak cili. Bagi masyarakat Baba penggunaan cili yang banyak di dalam masakan merupakan satu identiti yang membezakan antara masyarakat Baba dan Cina. Antaranya ayam pongteh, ayam kunyit cili, masak lemak dan ayam kunyit cili. Di antara masakan Nyonya yang menerima pengaruh Melayu adalah seperti penggunaan belacan, bauh keras, asam lengkuas dan serai. Manakala, masakan Nyonya yang mengekalkan tradisi masakan Cina ialah itik tem (daging
  • 4. itik dimasak dengan sayur masin). Selain itu, kuih cang Abu juga merupakan masakan istimewa bagi masyarakat Baba. Pakaian kaum Baba dan Nyonya telah menjadi tarikan utama bagi etnik tersebut. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai banyak persamaan dengan keturunan Cina. Masyarakat ini masih mengenakan pakaian tradisi mereka iaitu berkebaya pendek atau lebih dikenali sebagai kebaya nyonya dan bagi kaum lelaki pula, mereka akan mengenakan kain sarung. Selain itu, Baba dan Nyonya juga turut memakai pakaian kaum Cina. Kaum Nyonya juga mempunyai kasut yang agak unik seperti kasut manik. Kasut manik ialah alas kaki buatan tnagan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca yang bersigi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Rekaan kasut manik tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar peranakan dan sarung batik. Mulai tahun 1930 an, kasut manik menjalani perubahan dengan diberikan rekaan moden dan ditambahkan tumit. Dari aspek bahasa yang digunakan oleh kaum unik tersebut, masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian darah dengan keturunan Melayu di mana mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien. Sebagaimana kaum-kaum lain mempunyai pantang dan larangan masing-masing, kaum Baba Nyonya juga mempunyai pantang dan larangan mereka yang tersendiri yang amat unik. Antaranya, Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin ataupun hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka. Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu. Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya
  • 5. akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau ‘Chicken Pox’, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi. Begitulah tentang keunikkan kaum ini mengenai penyembahan mereka. Tambahan pula, kaum Baba Nyonya juga mempunyai keunikkan yang agak ketara dari segi muzik dan tarian mereka. Hasil penyelidikan telah menggambarkan masyarakat Baba dan Nyonya telah melatari kehidupan mereka dengan budaya Melayu terutamanya Dondang Sayang yang dilagukan dalam upacara-upacara yang tertentu sahaja dan ketika diperlukan. Pada hari tertentu seperti perayaan dan majlis perkahwinan masyarakat Baba dan Nyonya akan mempersembahkan tarian seperti Tarian Singa, Fu Kien Opera dan Dondang Sayang Baba Nyonya. Bagi generasi kini, muzik yang berunsurkan tradisional seperti pantun atau keroncong yang popular dalam kalangan masyarakat Baba dan Nyonya seketika dahulu kini telah berkurangan. Melangkah ke gerbang perkahwinan sememangnya dinantikan dan merupakan saat yang bahagia bagi pasangan yang bercinta. Pelbagai persiapan harus dilakukan dan dirancang terlebih dahulu. Bagi pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan, situasi begini bukanlah sesuatu yang pelik dan ganjil. Namun begitu, setiap kaum dan bangsa mempunyai adat dan kepercayaan mereka yang tersendiri di dalam urusan perkahwinan. Baba dan Nyonya merupakan antara masyarakat Malaysia yang unik. Keistimewaan Baba dan Nyonya masih lagi diperkatakan oleh masyarakat Malaysia yang lain dan ia boleh dilihat melalui adat perkahwinan mereka. Perkahwinan kaum ini banyak mengikut cara perkahwinan seperti masyarakat Cina seperti upacara Cheo Thau. Upacara cheo thau dimulakan di rumah pengantin perempuan terlebih dahulu di mana Sam Kai ( colok ) akan dinaikkan menghadap pintu utama ruang tamu. Seterusnya, ibu bapa pengantin akan menyalakan lilin merah di atas meja yang di sediakan. Cheo thau merupakan satu upacara penyatuan di antara suami dan isteri. Upacara ini dilakukan bagi memberitahu kedua-dua mempelai bahawa mereka akan berkahwin dan akan menghadapi masyarakat luar tanpa perlindungan daripada keluarga mereka lagi. Upacara ini dijalankan pada waktu pagi antara tiga hingga empat pagi atau waktu malam. Pada peringkat awal perkahwinan, jemputan secara peribadi akan di mulakan dengan melawat dari satu rumah ke satu rumah yang lain untuk menghantar kad jemputan yang bersampul merah dan di hantar oleh 'Pak Chindek". Jemputan untuk kawan-kawan dan
  • 6. saudara mara adalah berbeza dan ianya mengambil masa selama enam hari sebelum upacara perkahwinan. Pada hari tersebut, ketua upacara tersebut akan berpakaian gaun cina yang labuh dan jaket pendek dan memulakannya dengan memberi 'kueh ih' yang terletak elok di dalam bakul nyoya iaitu bakul Siah. Kuih ini digelek dengan tangan hingga bulat dan dimasukan bersama-sama dengan air gula yang telah dimasak. ‘Kuih ih’ ini juga digunakan oleh pasangan pengantin pada upacara seterusnya. Untuk hari 'kueh ih' ia juga di panggil 'sang ih' yang bermaksud untuk memperkenalkan. 'Kuih ih 'pula adalah symbol bagi benda yang baik untuk perkahwinan. Selain dari 'sang ih', tanglung, kain merah atau 'chye kee' akan diletakkan di pintu utama. Dalam pada itu kain yang dilapik atas meja Sam Kai dikenali sebagai Tok Wee. Kain Tok Wee ini mengandungi pelbagai warna dan disulam dengan hiasan corak lapan abadi dan juga hiasan yang mewakili perlanjutan, kemewahan, dan pengajaran. Diatas kain Sam Kai terdapat dua batang lilin merah. Lilin ini dicorakkan dengan lapan potongan. Manakala pada bahagian belakangnya pula terdapat mangkuk-mangkuk kecil yang diisikan dengan ‘kuih ih’ yang berwarna-warni. Persiapan bilik pengantin jua perlu dan ia diletakkan langsir, cadar baru yang kaya dengan sulaman berwarna-warni, bunga-bungaan dan bilik tersebut di harumkan dengan 'Stangee' iaitu wangian daripada kulit pokok, gula tebu dan gula. Begitu juga dengan 'potpouri' yang dipenuhi dengan wangian dari daun pandan, bunga dan ia lebih dikenali sebagai bunga rampai di kalangan orang Melayu. Seterusnya, hari 'Khuih Thiah' iaitu hari pembukaan untuk perayaan. Ia juga dikenali sebagai hari kupas bawang. Hari tersebut juga turut di buka kepada saudara mara dan kawan-kawan untuk datang menyiapkan pelbagai persiapan. Hari ini disusuli oleh 'hari menyambal'. Kebiasaannya mereka membuat sambal sebanyak 20 jenis, antaranya ialah sambal serunding. Sambal ini akan dimakan bersama dengan 'nasi lemak' pada hari kedua belas upacara perkahwinan. Dua hari sebelum perkahwinan, hari 'tumbuk tepung' dan 'Sang Jit' di uruskan dahulu. Tepung ini akan di gunakan untuk membuat kuih tat, kuih genggang, pisang goreng dari pisang raja, apam berkuah dan onde-onde. Makanan terakhir yang perlu di sediakan ialah putu tekan yang berwarna biru dan putih dan ditekankan dalam bekas kayu. 'Sang Jit' ialah hari bertukar hadiah di antara keluarga pengantin lelaki dan wanita. Antara barangan yang sering di tukar ialah seperti itik, khinzir, cincin berlian dan lain-lain.
  • 7. ‘Chia N Lang Kheh’ merupakan jamuan makan malam di rumah pengantin perempuan. Sepanjang malam tersebut terdapat kumpulan 'serunee' atau serunai akan menghiburkan hadirin yang hadir. Pengantin perempuan akan di hias dan di andam oleh 'Sang Kheh Umm' atau mak andam. Peranan mak andam ini adalah mengajar pengantin perempuan berjalan, berlutut dan sebagainya. Manakala pengantin lelaki pula akan di bantu oleh 'Pak Chindek' iaitu orang yang terlibat di dalam penghantaran kad jemputan perkahwinan. ‘Chiu Thau’ merupakan pemberian yang dianggap suci dan di persembahkan di tempat pemujaan. Tempat pemujaan khasnya di panggil 'Sam Kai' atau 'Sang kuan tai Tay' yang mewakili syurga, bumi dan manusia. Pada hari ini, pengantin lelaki yang akan memulakan adat terlebih dahulu. Walau bagaimanapun kedua-dua pengantin tidak boleh bertemu selagi tidak menjalani adat atau upacara 'Chim Pang'. Chim Pang merupakan pertemuan pertama diantara pengantin lelaki dan pengantin perempuan di dalam hidup mereka. Ia bermula dengan upacara memasang lilin oleh kedua- dua ibu bapa pengantin lelaki dan perempuan. Selepas kedua-dua pengantin di ketemukan, mereka akan duduk di kerusi yang di sediakan yang berhadapan di antara satu sama lain. Upacara 'Choon Tok' ialah upacara untuk pasangan pengantin makan bersama sebagai suami isteri. Pada hari 'sah jit' (perayaan tiga hari) merupakan hari pengantin memberi sembah hormat kepada ahli keluarga dan juga tuhan mereka. Upacara ‘Cha n Sia’ ialah acara jemputan untuk adat resam dan ia lebih kepada pihak pengantin lelaki. Pada hari ini pengantin perempuan akan memakai baju kurung dan kain sarung yang diperbuat daripada kain broked dan di tenun dengan benang perak dan emas. Pada hari ini juga nyanyian 'Dondang Sayang' akan dinyanyikan dan diselang-selikan dengan lawak jenaka, pujian dan ransangan. Hari ke-dua belas merupakan hari dimana tetamu akan di hidangkan dengan nasi lemak yang diperbuat dengan begitu teliti supaya mengandungi banyak lemak. Nasi ini di kukus dengan kukusan kayu ditutupi dengan daun pisang. Orang yang pakar dalam memasak nasi lemak di panggil 'Bibi Nasi Lemak'. Pada hari ini juga rundingan dibuat sambil menikmati hidangan tepak sirih atau tempah sirih. ‘Chia n Ching, Che Umm’ merupakan jemputan makan malam untuk ahli keluarga si mertua pengantin perempuan. Tujuannya ialah untuk mengeratkan hubungan persaudaraan di antara kedua-dua belah pihak. Sesungguhnya di dalam upacara sebeginilah hubungan kekeluargaan dapat dieratkan lagi. Walau bagaimanapun di dalam setiap perkahwinan
  • 8. semestinya terdapat pantang larang tertentu bagi mengelakkan sesuatu perkara terjadi. Dalam masyarakat baba nyonya, mereka percaya pemilihan tarikh yang sesuai dapat mengelakkan daripada terjadinya sesuatu yang tidak baik. Walaupun adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini nampaknya merumitkan, namun adat ini terutamanya yang meperlihatkan betapa istimewanya masyarakat Baba dan Nyonya dimata masyarakat Malaysia. Sekalipun ada beberapa upacara yang mempunyai persamaan dengan kaum Cina, namun jika di teliti seakan- akan adatnya bercirikan kemelayuan. Pendek kata, adat perkahwinan Baba dan Nyonya ini ialah sesuatu yang menarik dan unik. Seterusnya, adat perayaan Baba Nyonya. Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina dan juga Baba Nyoya bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. Perayaan Cheng Beng pula ialah perayaan yang disambut pada bulan kedua dalam kalender cina. Perayaan ini dikenali sebagai Hari Semua Roh. Pada hari Cheng Beng beberapa helai kertas perak akan digunakan untuk bersembahyang dan memuja roh yang dipercayai hidup di kubur.Upacara sembahyang akan dilakukan dengan menggunakan colok dan kertas emas yang dibakar dihadapan patung dewa sambil berdoa untuk kesejahteraan roh yang telah mati terutama nenek-moyang mereka. Selain itu, masyarakat Baba juga akan mengadakan persembahan lauk ketika bersembahyang, iaitu persembahan yang menggunakan peralatan Baba seperti dulang, pinggan mangkuk dan cawan yang dihias cantik bagi menggambarkan kegembiraan roh dalam kubur. Roh juga akan dihidangkan dengan gula tarik, kacang, air arak dan makanan lain. Pemberian hidangan ini adalah bertujuan untuk memohon kepada roh nenek-moyang mereka agar diberi perlindungan dan kesejahteraan supaya mendapat kejayaan di dunia. Kesenian masyarakat Baba kebanyakkannya mempunyai motif yang berasal dari negara China, namun begitu corak-coraknya dapat dilihat mempunyai pengaruh Melayu atau Islam. Perhiasan kaum Baba kebiasaannya diukir dengan hasil ukiran yang halus dan
  • 9. ukirannya timbul. Misalnya seperti kerongsang, tali pinggang dan penyucuk sanggul.Selain itu, peralatan masyarakat Baba yang mempunyai ukiran yang menarik pada porselin. Porselin ini merupakan sejenis alat yang dinamakan peralatan Baba dan Nyonya. Porselin ini merupakan peralatan khas untuk kegunaan Baba atau Nyonya di Tanah Melayu yang diperbuat di daerah Jiangxi dan Guangdong dinegara China, oleh itu peralatan ini tidak akan dieksport. Antara ukiran corak yang terdapat pada seramik jenis ini ialah lukisan burung pheonix, bunga dahlia,bunga mawar, lipan, gabungan lapan jenis benda berharga, serta bunga botan. Kumpulan porselin kaum Nyonya mudah dikenali berbanding porselin kaum Baba, ini kerana porselin Nyonya kebiasaanya dari saduran warna cerah seperti merah jambu, biru tua, hijau dan kuning. Masyarakat Baba mempunyai mempunyai peralatan khas yang digunakan untuk menjalankan upacara. Antaranya seperti dulang teh tembikar berenamel warna-warni yang dihiasi ukiran burung cenderawasih gaya peranakan, dan biasanya akan digunakan ketika minum teh pada hari perkahwinan. Manakala bakul sia pula digunakan untuk pelbagai tujuan, khasnya seperti hantaran perkahwinan dan pemberian hadiah. Bakul sia ini diperbuat daripada buluh, kayu dan dibalut dengan kertas tebal atau kulit didalamnya diisi dengan pelbagai juadah makanan. Kadangkala bakul ini dibuat satu tingkat hingga tiga tingkat, corak hiasan dan besarnya bakul sia ini bergantung kepada kehendak pemiliknya. Dapat dikatakan di sini, kebudayaan masyarakat Baba mempunyai kebudayaan yang unik dan menarik yang perlu dipelihara oleh masyarakat Baba itu sendiri supaya keunikan budaya mereka tidak akan semakin dipingggirkan. Identiti masyarakat Baba adalah hasil daripada proses akulturasi dan telah dianggap sebagai adaptasi daripada masyarakat Melayu, hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu seperti masakan, pakaian, tutur kata dan sebagainya telah diamalkan dalam cara hidup mereka, disebabkan oleh proses akulturasi inilah maka kebudayaan masyarakat Baba dilihat begitu unik dan menarik.Kewujudan masyarakat Baba dan Nyonya di Malaysia juga telah mewarnai serta menyerikan lagi variasi kebudayaan di Malaysia. Ini membuktikan bahawa kebudayaan yang berbilang dalam sebuah negara itu dapat mengharmonikan serta mengeratkan perpaduan rakyat itu sendiri. Dapat diringkaskan di sini, kewujudan budaya masyarakat Baba adalah berasal dari asmilasi dua kelompok yang terdiri dari budaya Melayu dan budaya Cina yang mempunyai dua latar belakang berlainan dan menjadi satu dalam kebudayaan masyarakat Baba. Masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat antara masyarakat Cina
  • 10. dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan bermasyarakat.