SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
     FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA


                         (SSX 0022)
                   HUBUNGAN ETNIK




           TUGASAN BERPASANGAN
PERANAN IKLAN DALAM MENGINTEGRASIKAN ETNIK SECARA

              MENYELURUH DI MALAYSIA




                           NAMA;


       CAMILLUS BUJANG                13827
       MARDHIAH HAYATI RAHIM          14419




                         PENSYARAH;



                                                      1
ENCIK ABG IZHAR ABG AHMAD


ISI KANDUNGAN




1.0 PENGENALAN………………………………………………………………...1
2.0 PERANAN IKLAN DALAM MENGINTEGRASIKAN ETNIK
  SECARA MENYELURUH.................................................................................2
  2.1 Realiti perpaduan di Malaysia………………………………………………2
  2.2 Kesedaran tentang pentingnya integrasi antara kaum ………………………3
  2.3 Membawa nilai-nilai positif yang dapat diteladani………………………….4
  2.4 Membantu dalam membentuk masyarakat yang harmoni…………………..5
3.0 CONTOH-CONTOH LAIN IKLAN-IKLAN YANG BERTERASKAN
  INTEGRASI ETNIK……………………………………………………………6
  3.1 Percintaan Tan Hong Ming............................................................................             6
  3.2 Negara “Kita”.................................................................................................   7
4.0 PENDAPAT MASYARAKAT UMUM TERHADAP IKLAN-IKLAN
  BERTERASKAN INTEGRASI ETNIK DI MALAYSIA.................................. 8
  4.1 Siti Nur Ain Hamdan (Program Kaunseling, Tahun 3)..................................8
  4.2 Amy Leong Sze Mei (Program Sains Kognitif, Tahun 3).............................                                 8
  4.3 Maxson Millolis Jonioh (Program Pembangunan Sumber
       Manusia, Tahun 3)..........................................................................................8
  4.4 MacDawn Anak Lawrence (Program Pembangunan
       Sumber Manusia, Tahun 3)………………………………………………....                                                                  9
  4.5 Ahmad Yusran Bin Rahim Omar (Program Pembangunan
       Sumber Manusia, Tahun 3)………………………………………………....9
5.0 CADANGAN……………………………………………………………….......10
  5.1 Kesedaran Individu.........................................................................................10
  5.2 Peranan Media Massa dan Media Cetak.........................................................11
  5.3 Masa Siaran Iklan...........................................................................................12
  5.4 Peranan Kerajaan............................................................................................12


                                                                                                                           2
5.5 Peranan Badan-Badan Bukan Kerajaan..........................................................13
6   RUMUSAN..........................................................................................................13
1.0 PENGENALAN


         Iklan sebagaimana yang didefinasikan di dalam Kamus Dewan Bahasa edisi
ketiga adalah pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, televisyen, radio
dan lain-lain. Dengan kata lain, iklan merupakan satu cara penyebaran maklumat kepada
masyarakat umum tentang sesuatu perkara melalui berbagai-bagai saluran media massa
dan juga media cetak yang disediakan oleh rangkaian syarikat-syarikat penerbitan juga
pengiklanan pada masa sekarang. Setiap iklan yang ditayangkan dan dihasilkan harus
mempunyai keupayaan dalam menarik perhatian penonton atau pembaca terhadap apa
yang ditonton dan dibaca oleh mereka agar setiap mesej yang dibawa dapat difahami
dengan jelas.


         Dalam era modenisasi yang kita jalani pada masa sekarang, anjakan paradigma
telah berlaku terhadap media masa dan juga media cetak di mana kedua-duanya telah
bertukar menjadi bahan komersial yang diperdagangkan kepada khalayak. Selain
daripada memberikan informasi-informasi terkini tentang negara dan dunia, elemen iklan
telah banyak diselitkan di antara informasi-informasi ini yang mana ia telah menjadi
komoditi penting kebanyakan syarikat penerbitan dan juga syarikat pengiklanan. Pada
dasarnya, iklan sering digunakan sebagai satu strategi pemasaran oleh sesebuah syarikat
pengeluar atau mana-mana badan yang berkehendakkan liputan tentang sesuatu produk
serta perkhidmatan mereka diketahui umum. Ini dijalankan bagi meningkatkan kuantiti
jualan bagi produk-produk dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka tawarkan.


         Walaubagaimapun, perbincangan kali ini tidak akan berkisar tentang iklan-iklan
barangan yang sering ditayangkan dan disebarkan kepada penonton dan juga pembeli
dalam mempengaruhi keputusan terhadap barangan yang diiklankan dan disebarkan itu.
Perbincangan ini akan lebih menjurus kepada iklan-iklan yang berusaha dalam
mempamerkan dan mempromosikan integrasi etnik di kalangan penduduk di Malaysia.
Peranan-peranan iklan seperti ini akan dibincangkan dan dikupas satu persatu agar kita



                                                                                                                          3
dapat mengetahui sejauh mana keberkesanannya dalam menyampaikan mesej perpaduan
yang amat penting dalam membentuk satu bangsa Malaysia yang harmoni.
2.0 PERANAN IKLAN DALAM MENGINTEGRASIKAN ETNIK SECARA
   MENYELURUH


       Di Malaysia, terdapat badan-badan bukan kerajaan seperti Petronas dan juga Bank
Bumiputera-Commerce yang seringkali mengeluarkan iklan-iklan yang membawa mesej
perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Iklan-iklan seperti ini mampu
memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan beberapa aspek perpaduan yang
mana ia dapat menggambarkan realiti sebenar perpaduan di Malaysia, membangkitkan
kesedaran tentang kepentingan integrasi kaum, menerapkan nilai-nilai positif yang dapat
diteladani oleh setiap etnik di Malaysia serta membantu dalam membentuk masyarakat
Malaysia yang harmoni. Ini sejajar dengan salah satu objektif penyiaran negara di mana
ia menyatakan bahawa penyiaran (yang mana iklan adalah salah satu daripada
komponennya) merupakan satu mekanisma dalam membantu mewujudkan perpaduan
kebangsaan di kalangan masyarakat berbilang kaum (R. Karthigesu, 1995).




2.1 Realiti perpaduan di Malaysia


       Melalui iklan-iklan perpaduan yang banyak ditayangkan di kaca televisyen
terutamanya di musim-musim perayaan dan juga kemerdekaan, ia dapat memberikan
gambaran kepada masyarakat umum tentang duduk letaknya tahap perpaduan di
Malaysia. Sebagai contoh, iklan Petronas yang mengisahkan tentang tiga sekawan iaitu
Lim, Atan dan Param. Mereka berkawan baik tetapi terpisah kerana membawa haluan
hidup masing-masing. Pada suatu hari, Atan yang ditemani anaknya telah bertemu
semula dengan kawan lamanya Lim yang juga ditemani anaknya secara tidak sengaja di
sebuah hospital. Mereka mengimbas kembali peristiwa membaling buah pelam di
kampung dan bagaimana mereka terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan diri dari
disengat tebuan. Mereka kemudiannya tertawa sebelum Lim menegur sikap anak-anak
mereka yang tidak mengendahkan satu sama lain dengan berkata, “Tengoklah budak-



                                                                                      4
budak sekarang ni. Rambut je sama, tapi masing-masing buat hal sendiri. Makna kawan
pun tak tau”.
       Kisah ini memaparkan kepada masyarakat umum tentang realiti perpaduan yang
masih samar-samar maknanya bagi rakyat Malaysia. Ia membuatkan kita berfikir sama
ada perpaduan kaum di Malaysia benar-benar muhibah sebagaimana yang sering diwar-
warkan ataupun sebaliknya. Jika dilihat dari sudut yang lain, ia juga mempamerkan
tentang sikap prejudis sesuatu kaum terhadap kaum yang lain yang menghalang mereka
daripada membina hubungan yang positif sesama mereka. Situasi ini akan membantutkan
kelancaran misi kerajaan dalam mengintegrasikan masyarakat berbilang etnik di
Malaysia menjelang 2020.


       Melalui pemerhatian terhadap budaya dan juga pergaulan masyarakat yang
dipraktikkan di sekeliling kita, dapat dilihat bahawa iklan-iklan yang berunsurkan
perpaduan kaum ini sebenarnya hanyalah sekadar satu hiburan bagi mereka. Walaupun
terdapat segelintir daripada masyarakat yang peka dan sedar tentang mesej yang dibawa,
namun lebih kecil jumlahnya yang mengamalkan nilai-nilai murni yang menjurus kepada
penyatuan kaum di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa penerimaan masyarakat terhadap
mesej perpaduan daripada iklan-iklan seperti ini tidak mendapat sokongan yang penuh.




2.2 Kesedaran tentang pentingnya integrasi antara kaum


       Perpaduan kaum merupakan pemboleh ubah yang penting dalam menentukan
kestabilan politik, sosial malah ekonomi di negara kita (Rahmat Ghazali, 2008). Oleh
demikian, iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan haruslah mencerminkan tentang
pentingnya penyatuan di antara satu kaum dengan kaum yang lain agar pembangunan
sosial, ekonomi dan insfrastruktur dapat dicapai. Kesedaran seharusnya wujud dalam diri
setiap rakyat Malaysia agar konflik di antara kaum dapat dielakkan dan ini berupaya
merapatkan sebarang jurang yang wujud.




                                                                                       5
Jika kesedaran ini tidak dititikberatkan oleh setiap individu, maka ia akan
menimbulkan perselisihan antara kaum, rasa tersisih dan prejudis yang tinggi terhadap
kaum yang lain. Situasi ini akan menyebabkan kekacauan yang akan memberikan kesan
negatif terhadap kestabilan politik, ekonomi serta sosial di negara kita. Sebagai contoh,
perhimpunan HINDRAF yang berlaku baru-baru ini menggambarkan bahawa nipisnya
kesedaran sesetengah pihak terhadap perpaduan kaum di Malaysia. Tindakan agresif
mereka ini telah mendapat liputan daripada media antarabangsa iaitu CNN dan
menyebabkan imej negara tercalar.


       Selain kejadian HINDRAF ini, banyak lagi peristiwa pergaduhan antara kaum
pernah berlaku seperti insiden Kampung Medan pada 7 Mac 2001 dan peristiwa 13 Mei
pada tahun 1969. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, konflik antara kaum
akan lebih cenderung untuk berlaku kerana setiap kaum berpegang kepada agama,
kebudayaan, bahasa dan cara hidup masing-masing sebagaimana yang diterangkan dalam
teori masyarakat majmuk oleh Furnival (1948). Oleh itu, perbezaan pegangan inilah yang
menuntut tahap kesedaran yang tinggi daripada setiap individu agar konflik dapat
dielakkan dan seterusnya mampu dalam meningkatkan integrasi kaum di negara ini.




2.3 Membawa nilai-nilai positif yang dapat diteladani


       Iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan di Malaysia seringkali mempunyai
pengajaran tentang nilai-nilai positif yang seharusnya di pupuk di dalam hati setiap rakyat
Malaysia tanpa mengira etnik. Sebagai contoh, iklan New Straits Times yang
mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki Melayu yang buta tetapi membeli surat
khabar untuk mengetahui perkembangan semasa. Kanak-kanak ini telah diketawakan
oleh sekumpulan kanak-kanak nakal yang secara kebetulan berada berhampiran
dengannya. Pada masa yang sama, terdapat seorang kanak-kanak India disitu dan
menawarkan diri untuk membacakan akhbar tersebut kepada kanak-kanak yang buta itu.
Sejak hari itu, mereka menjadi rakan karib. Tetapi, pada suatu hari kebakaran telah
berlaku dan kanak-kanak buta itu serta keluarganya terpaksa berpindah ke tempat lain



                                                                                         6
dan hubungan keduanya terputus. Setelah beberapa tahun, mereka berdua bertemu semula
secara tidak sengaja di pejabat kanak-kanak buta itu yang mana pada ketika itu dia telah
berjaya menjadi penulis untuk sebuah akhbar di Malaysia. Di akhir iklan itu, mereka
berdua berpelukan kerana gembira dan terharu ditemukan semula.


       Mesej yang dapat diteladani di sini adalah keinginan dalam membantu golongan
yang kurang berupaya dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira kaum individu
yang harus dibantu itu. Sikap positif seperti ini amat ditekankan agar golongan kurang
upaya disokong serta dibantu dari setiap aspek oleh individu-individu yang sebangsa
dengannya mahupun yang tidak sebangsa dengannya. Selain itu, ia juga memaparkan
semangat setia kawan yang terjalin di antara dua individu yang berlainan bangsa dan
mempunyai latar belakang yang berbeza walaupun mereka tidak berjumpa dalam tempoh
masa yang lama.




2.4 Membantu dalam membentuk masyarakat yang harmoni


       Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dinyatakan oleh Furnival,
memperakui perbezaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti
(Rahmat Ghazali, 2008). Maka, kesedaran tentang pentingnya menghormati perbezaan-
perbezaan ini merupakan tunjang utama dalam memastikan semua kaum di Malaysia
dapat hidup dalam keadaan yang harmoni tanpa sebarang pertelingkahan. Ini bagi
memastikan pembangunan negara dari setiap aspek dapat dijalankan dengan teratur serta
lebih tersusun tanpa sebarang gangguan terutamanya daripada ancaman konflik
perkauman bagi menjamin kesejahteraan bersama.


       Iklan-iklan perpaduan yang dipertontonkan kepada khalayak seringkali membawa
maksud untuk mengharmonikan pergaulan antara kaum di negara ini. Sebagai contoh,
iklan “rasa sayang” yang diterbitkan bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2008
menggarap berbagai-bagai unsur positif dalam usaha untuk mewujudkan kestabilan yang
tinggi dalam aspek integrasi kaum di Malaysia. Hubungan antara kaum yang erat yang



                                                                                      7
berlaku dalam suasana yang cukup harmoni dan santai telah dipamerkan di dalam iklan
ini. Antara lain yang menarik di dalam iklan ini adalah penggunaan pelbagai jenis bahasa
bagi lirik lagu Rasa Sayang itu sendiri. Liriknya merupakan gabungan bahasa seperti
Bahasa Melayu, Bahasa India, Bahasa Cina, Bahasa Iban serta Bahasa Kadazan.


       Selain daripada itu, ditampilkan juga situasi di kampung, tarian kebanggaan dan
makanan tradisi pelbagai kaum di Malaysia, suasana kedai mamak, dan aktiviti rakyat
negara kita seperti permainan wau serta sepak raga. Aspek kebudayaan yang ditonjolkan
melalui iklan ini berupaya menjadi satu wadah dalam mendedahkan ketinggian budaya
bagi setiap kaum di negara ini. Sungguhpun begitu, perasaan cintakan budaya sendiri dan
menganggap budaya kaum lain rendah atau dikenali sebagai etnosentrism perlulah
dielakkan kerana ia akan menyukarkan usaha dalam mengintegrasikan semua kaum di
Malaysia (Mansor Mohd. Nor, 2006).




3.0    CONTOH-CONTOH LAIN IKLAN-IKLAN YANG BERTERASKAN
       INTEGRASI ETNIK


3.1    Percintaan Tan Hong Ming




       Iklan kemerdekaan yang ke–50 yang disediakan oleh Petronas ini mengisahkan
tentang percintaan Tan Hong Ming seorang murid sekolah rendah. Tan Hong Ming
ditanyakan siapakah kekasihnya, dan dia memberitahu bahawa kekasihnya ialah Umi


                                                                                      8
Qazrina. Mesej yang cuba disampaikan melalui iklan ini ialah dalam berkawan,
perbezaan etnik bukanlah menjadi halangan. Jika diamati dengan teliti, iklan ini dapat
memberi impak yang positif kepada penontonnya iaitu nilai persahabatan yang
ditonjolkan. Tan Hong Ming dalam usia yang muda mempunyai kawan dari kaum yang
berbeza. Maka di sini, dapat dilihat bahawa usaha dalam menyemai budaya penyatuan
kaum bukan sahaja disasarkan kepada golongan dewasa tetapi juga golongan kanak-
kanak .




3.2       Negara “Kita”




          Iklan ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang membina sebuah bandar.
Setelah monumen bandar mereka siap dibina, kelima-lima kanak-kanak tersebut
bercadang untuk memberikan nama bagi bandar yang telah mereka bina. Masing- masing
memberikan nama untuk bandar mereka, antaranya ialah Kampung Sungai Penchala, The
Sandfree City, The Sun City dan The Jogging City. Tetapi kesemua mereka merasakan
nama tersebut tidak sesuai untuk bandar yang mereka bina. Akhirnya, salah seorang
daripada mereka memberi idea untuk menamakan bandar mereka dengan nama ‘KITA’.
Seterusnya mereka bersetuju untuk menamakan bandar mereka dengan nama ‘KITA’.
Iklan kemerdekaan yang dibawakan oleh Petronas ini juga memberi pengertian yang
mendalam kepada penonton yang menyaksikannya. Nilai yang ditekankan di dalam iklan
ini ialah semangat kekitaaan, ini dapat dilihat apabila kanak-kanak di dalam iklan


                                                                                    9
tersebut telah sebulat suara bersetuju menamakan bandar mereka dengan gelaran ‘Bandar
Kita’.
4.0      PENDAPAT      MASYARAKAT           UMUM        TERHADAP        IKLAN-IKLAN
         BERTERASKAN INTEGRASI ETNIK DI MALAYSIA


         Bagi memahami topik perbincangan ini dengan lebih jelas, temubual terhadap
beberapa orang pelajar di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah dijalankan.


4.1      Siti Nur Ain Hamdan (Program Kaunseling, Tahun 3)


Pada pendapat saya, iklan-iklan berunsurkan pepaduan kaum di tempat kita ni memang
menarik kerana banyak elemen-elemen budaya dari pelbagai kaum ditonjolkan kepada
masyarakat umum. Jika dilihat dari aspek kesedaran terhadap pentingnya perpaduan
kaum, malangnya kesan itu hanya sedikit sahaja dan tidak mendalam. Jadi, saya dapat
simpulkan bahawa iklan-iklan ini kurang berkesan untuk diri saya.


4.2 Amy Leong Sze Mei (Program Sains Kognitif, Tahun 3)


Saya rasa, iklan-iklan yang berteraskan perpaduan kaum ini dapat membuat saya berasa
bangga dengan kepelbagaian kaum yang wujud di negara kita. Tapi perasaan ni cuma
datang waktu saya menontonnya sahaja dan saya kurang mempraktikkan mesej yang
disampaikan oleh iklan-iklan seperti ini di dalam kehidupan seharian saya. Jadi, ia kurang
la memberi kesan terhadap diri saya.


4.3 Maxson Millolis Jonioh (Program Pembangunan Sumber Manusia, Tahun 3)


Pada pendapat saya, lakonan kanak-kanak dalam iklan berupa perpaduan tak
menggambarkan sangat realiti sebenar perpaduan kaum di Malaysia. Ini mungkin untuk
memberi mesej bahawa dalam memupuk semangat perpaduan, ia perlu ditekankan sejak
kecil lagi. Selain itu, iklan-iklan seperti ini kebanyakkannya hanya menggambarkan



                                                                                       10
suasana yang diimpikan tapi tak beri gambaran sebenar, cuma impian semata-mata, what
is wished to happen. Ia mungkin efektif bagi golongan muda, tapi bagi semua peringkat
umur, cuma sebilangan sahaja. Lagipun, iklan macam tu ditayangkan pada waktu tertentu
sahaja, contohnya bulan kemerdekaa. Kalau betul nak efektif bagi menyampaikan mesej
sebenar, iklan tu sepatutnya sepanjang tahun. Kesimpulannya, iklan perpaduan memang
penting untuk mengingatkan dan meningkatkan kesedaran semua masyarakat.


4.4 MacDawn Anak Lawrence (Program Pembangunan Sumber Manusia, Tahun 3)


Pada pendapat saya, ada la sikit kesedaran tentang perpaduan kaum daripada menonton
iklan-iklan perpaduan ni. Ia membuatkan kita sedar tentang kepentingan perpaduan tapi
malangnya untuk jangka masa yang singkat je. Selalunya iklan-iklan macam ni
menunjukkan attitude orang Malaysia yang macam bersatu, tapi realitinya tak. Mesej
yang nak disampaikan pun kadang-kadang saya rasa tak sampai. Jadi, tak baik sangat la
iklan-iklan macam ni.


4.5 Ahmad Yusran Bin Rahim Omar (Program Pembangunan Sumber Manusia,
   Tahun 3)


Iklan-iklan macam ni menunjukkan bahawa ada pihak-pihak yang mengambil berat
tentang Malaysian community. Saya rasa ia bagus sebab kita dapat belajar something
dengan cara yang seronok dan dapat memberi kesedaran tentang pentingnya perpaduan.
Banyak nilai-nilai yang baik yang dapat kita contohi sperti persahabatan dan kesedaran
tentang asal-usul kita. Tapi ia cuma efektif bagi orang yang memikirkan dan
mementingkan perpaduan je la.




                                                                                   11
5.0    CADANGAN


       Berdasarkan perbincangan di atas, beberapa cadangan dapat diusulkan dalam
meningkatkan usaha mempromosikan perpaduan kaum di Malaysia melalui pengiklanan.


6.1 Kesedaran Individu


       Dewasa ini, kita dapat melihat bahawa terdapat pihak-pihak yang prihatin dalam
mengetengahkan usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang perlunya kita bersatu-
padu di dalam sebuah negara majmuk yang kita huni ini. Iklan yang dapat menjadi satu
medium penyampaian mesej perpaduan telah digunakan di negara kita ini seringkali
mengandungi nilai pengajaran yang tinggi agar masyarakat yang menontonnya sedikit
sebanyak terkesan dengan mesej yang dibawa. Namun begitu, usaha seperti ini hanya
akan dilihat sebagai satu hiburan yang mampu melapangkan fikiran sahaja jika mesej
yang begitu penting ini diambil ringan oleh setiap kaum di Malaysia. Jika iklan-iklan ini
ditonton tanpa kehadiran rasa kesedaran di dalam setiap individu, maka usaha untuk
meningkatkan dan memperkukuhkan tahap perpaduan kaum tidak akan tercapai.


       Oleh itu, setiap individu tanpa mengira bangsa perlulah sedar tentang kepentingan
penyatuan kaum di Malaysia. Dengan mengimbas dan menghayati kembali rentetan
sejarah kemerdekaan negara kita tentang bagaimana tiga kaum besar di negara ini iaitu
Melayu, Cina dan India bersatu demi mendaulatkan tanah air perlulah dijadikan tauladan
dalam mendepani isu perpaduan kaum di negara kita. Jika masyarakat menghargai dan
menghormati setiap usaha dan keringat yang ditumpahkan oleh pemimpin generasi
kemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan,
maka konflik di antara kaum tidak akan timbul. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi juga
ada mengatakan di dalam ucapan sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini bahawa
kestabilan negara berbilang bangsa yang kita kecapi hari ini bukanlah suatu yang mudah
untuk dilaksanakan dan memerlukan usaha serta pengorbanan yang tinggi. Jadi,




                                                                                      12
kesedaran ini perlulah disemai agar kesejahteraan negara dapat dipertingkatkan dan
dikekalkan.
6.2 Peranan Media Massa dan Media Cetak


       Kita seringkali bercerita tentang iklan-iklan perpaduan di kaca televisyen yang
menarik dan begitu simbolik dalam menyampaikan mesejnya yang sangat penting. Kita
dapat melihat usaha dalam membantu meningkatkan tahap integrasi kaum ini dipaparkan
pada kebanyakan saluran televisyen tidak berbayar di negara kita. Jadi, apakah media
massa dan media cetak yang lain seperti radio, surat khabar dan papan tanda-papan tanda
besar di sekitar Malaysia tidak mempunyai ruang untuk mengiklankan mesej perpaduan
kaum   ini?   Pihak-pihak   yang   berkenaan    perlulah   mengambil   inisiatif   dalam
menggembeling tenaga dan usaha bagi tujuan meluaskan penggunaan semua media bagi
mempromosikan perpaduan kaum di Malaysia.


       Apabila diperhatikan, masyarakat kita sering mendengar radio ketika dalam
perjalanan pergi dan balik dari suatu tempat bagi mengelakkan kebosanan. Jika pihak
yang berkenaan contohnya kerajaan mengambil peluang menyiarkan iklan-iklan
berunsurkan perpaduan yang menarik melalui radio, maka secara tidak langsung mereka
akan mendengar iklan-iklan tersebut. Selain itu, anak-anak muda kita juga seringkali
diperhatikan mendengar radio ke mana-mana sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya
teknologi seperti walkman dan iPod. Oleh itu, golongan muda ini juga akan terdedah
dengan iklan-iklan yang membawa mereka menghayati kepentingan perpaduan kaum dan
seterusnya mengamalkan nilai-nilai murni bagi mencapai objektif ini.


       Selain itu, iklan-iklan perpaduan yang dipaparkan di papan-papan pengiklanan
juga dapat menjadi satu mekanisma penting dalam memperbaiki tahap perpaduan kaum
di Malaysia. Ini kerana, kebanyakkan rakyat Malaysia akan keluar rumah bagi
menguruskan sesuatu hal. Maka, apabila mereka memulakan perjalanan, tentu sekali
mereka akan terpandang iklan-iklan besar ini lebih-lebih lagi jika ia dihasilkan dengan
penuh daya kreativiti yang mampu menarik perhatian pembaca untuk melihatnya dengan
lebih jelas lagi. Oleh hal yang demikian, kesemua media massa dan media cetak perlulah



                                                                                     13
digunakan dengan sebaik-baiknya agar mesej perpaduan tidak hanya dapat disampaikan
melalui televisyen, tetapi juga melalui medium penyiaran yang lain.
6.3 Masa Siaran Iklan


         Kebiasaannya, iklan seperti ini hanya akan disiarkan pada masa tertentu sahaja.
Contohnya, pada musim perayaan seperti hari raya, deepavali, tahun baru cina dan
sambutan hari kemerdekaan negara. Masa siaran ini perlu diambil kira dan tidak terbatas
untuk musim tertentu sahaja agar program penghayatan tentang pentingnya perpaduan
dapat dijalankan terus-menerus pada setiap masa. Keadaan ini penting kerana televisyen
merupakan media yang sering ditonton oleh masyarakat dalam mendapatkan maklumat
terkini serta hiburan. Jika iklan-iklan ini kerap ditayangkan tanpa mengira waktu-waktu
yang tertentu, maka kekerapan penonton monontonnya akan meningkat. Oleh itu,
keberkesanannya diharap akan turut meningkat dan berupaya membantu dalam
mengukuhkan integrasi kaum di Malaysia.




6.4 Peranan Kerajaan


         Kerajaan begitu memandang serius berkenaan dengan perpaduan kaum di negara
kita dan sebagai buktinya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah
ditubuhkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.
Jabatan ini telah menjalankan tanggungjawabnya bagi mempertingkatkan kualiti
perpaduan kaum di negara ini melalui berbagai-bagai program seperti Kelab Rukun
Negara, Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela dan Tabika Perpaduan. Namun, usaha
melalui media massa dan media cetak khususnya dalam pengiklanan tidak dilakukan
dengan usaha yang maksimum. Oleh itu, dicadangkan supaya jabatan ini bekerjasama
dengan     Kementerian    Penerangan    Malaysia    dalam   menggiatkan     lagi   usaha
memperbanyakkan iklan-iklan perpaduan untuk meningkatkan penerimaan suatu kaum
terhadap kaum yang lain tanpa sebarang sikap prejudis.




                                                                                     14
6.5 Peranan Badan-Badan Bukan Kerajaan


       Selain pihak kerajaan, terdapat juga badan-badan bukan kerajaan yang
memainkan tanggungjawab mereka dalam membantu mempromosikan perpaduan negara
di Malaysia. Sebagai contoh, Petronas, Bank Bumiputera-Commerce serta New Straits
Times seringkali menghasilkan iklan-iklan berunsurkan perpaduan bagi menyokong
kerajaan dalam mencapai objektif penyatuan kaum di negara ini. Usaha sebegini adalah
satu tindakan yang positif yang harus dicontohi oleh badan-badan bukan kerajaan yang
lain. Apabila semua pihak bergabung dalam mencapai objektif ini, maka urusan
penyatuan kaum akan menjadi lebih ringan dan mudah untuk dilakasanakan.




6.0 RUMUSAN


       Pada dasarnya, melalui perbincangan serta temubual yang telah diterangkan ini, ia
dapat memberi gambaran kepada kita bahawa sememangnya iklan-iklan yang bertujuan
menyampaikan mesej perpaduan adalah sarat dengan nilai-nilai yang murni. Antaranya
ialah sikap muafakat, saling hormat-menghormati, bantu-membantu, semangat setia
kawan serta bertolak-ansur dalam interaksi harian. Namun begitu, mesej-mesej yang
begitu bermakna ini tidak akan membawa sebarang kesan yang positif sekiranya
masyarakat tidak mempunyai kesedaran tentang pengamalan nilai-nilai tersebut. Jadi,
dapat disimpulkan di sini bahawa hanya individu yang benar-benar memikirkan dan
mementingkan perpaduan kaum di Malaysia yang akan mendapat kesan yang mendalam
daripada iklan-iklan seperti ini. Sokongan dan kerjasama daripada semua pihak juga
merupakan satu mekanisma penting dalam menjayakan penyatuan kaum di negara ini
menjelang 2020.




                                                                                     15
Rujukan


Abdul Rakis Bin Santa, (2006). Peranan Iklan Dalam Persuratkhabaran di Malaysia.
       Dilayari pada 2 Mac 2008 http://www.blogdrive.com/apps/


Asyraf Wajdi Dusiki, (2008). Fahami Kontrak Sosial Demi Kestabilan. Dilayari pada 2
       Mac 2008 dari laman web http://www.utusan.com.my/


Azman Anuar, (2008). Lebih 50 Tahun Pupuk Perpaduan. Dilayari pada 2 Mac 2008
       dari laman web http://www.utusan.com.my/


Halaman Rasmi Kementerian Penerangan Malaysia (2008). Dilayari pada 2 Mac 2008
       dari laman web http://www.kempen.gov.my/


Halaman Rasmi Suara Persatuan Ulama Malaysia (2002). Etika Media Massa: Ke Arah
       Mana? Dilayari pada 2 Mac 2008 dari laman web
       http://www.e-ulama.org/Artikel/Default.asp?mode=0&ID=86


Mansor Mohd. Nor, Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee
       (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Prentice Hall : Selangor.


R. Karthigesu, (1995). Dasar Penyiaran Malaysia Dalam Era Pascakolonial
       Ke Arah Status Negara Maju. Siri Syarahan Perlantikan Professor, Bil. 2.


Rahmat Ghazali, (2008). Isu Perpadua di Malaysia. Dilayari pada 2 Mac 2008 dari laman
       web http://mymassa.com/myvoice/


Sidang Editor, (1993). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
       Lumpur.



                                                                                   16
17

More Related Content

What's hot

Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanINSTAQLIM
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaAraizzs Othman
 
Contoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianContoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianAtok Shila
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3Umizah Khamis
 
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikBab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnikFAROUQ
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaDeeba Arumugam
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikFarid Hasan
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasMahyuddin Khalid
 
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)surrenderyourthrone
 
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKANkuangwei94
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaIzzah Noah
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysianorazmiyazid
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnikFAROUQ
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanDamia Noraini
 
Kenegaraan 300 soalan
Kenegaraan 300 soalanKenegaraan 300 soalan
Kenegaraan 300 soalanjueyy
 
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1Yokhanah Palani
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 

What's hot (20)

Bab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuanBab 4 perlembagaan persekutuan
Bab 4 perlembagaan persekutuan
 
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Pembangunan Politik & Hubungan Etnik
 
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysiaImplikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
Implikasi segregasi terhadap perpaduan kaum di malaysia
 
Contoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianContoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajian
 
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3Kepentingan perpaduan kaum  sejarah pt3
Kepentingan perpaduan kaum sejarah pt3
 
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnikBab 6 hubungan etnik   integrasi & hubungan etnik
Bab 6 hubungan etnik integrasi & hubungan etnik
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 
Masalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysiaMasalah perpaduan di malaysia
Masalah perpaduan di malaysia
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
 
Hubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep AsasHubungan Etnik - Konsep Asas
Hubungan Etnik - Konsep Asas
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
Soalan dan Jawapan - Hubungan Etnik (Kuiz/Past Year)
 
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
2.3 PERPADUAN MELALUI SUKAN
 
Kepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysiaKepelbagaian etnik di malaysia
Kepelbagaian etnik di malaysia
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
 
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahanKeadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
Keadaan masyarakat di tanah melayu sebelum dan selepas penjajahan
 
Kenegaraan 300 soalan
Kenegaraan 300 soalanKenegaraan 300 soalan
Kenegaraan 300 soalan
 
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
Hubungan etnik di Malaysia dan konsep masyarakat- kuliah 1
 
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan EtnikHubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Perlembagaan Malaysia & Hubungan Etnik
 

Similar to Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

peranan komunikasi massa dalam peran warga negara
peranan komunikasi massa dalam peran warga negaraperanan komunikasi massa dalam peran warga negara
peranan komunikasi massa dalam peran warga negarafauziprsty
 
Dinamika tata kelola industri media: Perspektif manajemen dan komunikasi
Dinamika tata kelola industri media: Perspektif manajemen dan komunikasiDinamika tata kelola industri media: Perspektif manajemen dan komunikasi
Dinamika tata kelola industri media: Perspektif manajemen dan komunikasiAun Falestien Faletehan
 
Memperkasakan orang asli
Memperkasakan orang asliMemperkasakan orang asli
Memperkasakan orang asliBe Susantyo
 
Optimalisasi Peran dan Fungsi DPRD dalam Pembangunan Daerah
Optimalisasi Peran dan Fungsi DPRD dalam Pembangunan DaerahOptimalisasi Peran dan Fungsi DPRD dalam Pembangunan Daerah
Optimalisasi Peran dan Fungsi DPRD dalam Pembangunan DaerahDadang Solihin
 
Wawasan 2020 versi 1
Wawasan 2020 versi 1Wawasan 2020 versi 1
Wawasan 2020 versi 1Ina Sweetie
 
Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020aimm reka
 
Local Community Development Model
Local Community Development ModelLocal Community Development Model
Local Community Development ModelDadang Solihin
 
Pentingnya Aspek Pengawasan dalam Membangun Hubungan antara NGO dan Pemerintah
Pentingnya Aspek Pengawasan dalam Membangun Hubungan antara NGO dan PemerintahPentingnya Aspek Pengawasan dalam Membangun Hubungan antara NGO dan Pemerintah
Pentingnya Aspek Pengawasan dalam Membangun Hubungan antara NGO dan PemerintahDadang Solihin
 
SANTRI KEBANGKITAN EKONOMI UMAT.pdf
SANTRI KEBANGKITAN EKONOMI UMAT.pdfSANTRI KEBANGKITAN EKONOMI UMAT.pdf
SANTRI KEBANGKITAN EKONOMI UMAT.pdfahmadhabibulrosyidiy
 
Kesetaraan dan Kemitraan dalam Hubungan antara Eksekutif dan Legislatif Daerah
Kesetaraan dan Kemitraan dalam Hubungan antara Eksekutif dan Legislatif DaerahKesetaraan dan Kemitraan dalam Hubungan antara Eksekutif dan Legislatif Daerah
Kesetaraan dan Kemitraan dalam Hubungan antara Eksekutif dan Legislatif DaerahDadang Solihin
 
Penyusunan Rencana Pembangunan Jangka Panjang dan Menengah Daerah
Penyusunan Rencana Pembangunan Jangka Panjang dan Menengah DaerahPenyusunan Rencana Pembangunan Jangka Panjang dan Menengah Daerah
Penyusunan Rencana Pembangunan Jangka Panjang dan Menengah DaerahDadang Solihin
 
Tugas civic education (lidya mar'athus sholihah 2012730136)
Tugas civic education (lidya mar'athus sholihah 2012730136)Tugas civic education (lidya mar'athus sholihah 2012730136)
Tugas civic education (lidya mar'athus sholihah 2012730136)Lidya Dalovya
 
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaPerpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaShazira Yazik
 
Model Pemberdayaan Masyarakat dalam Pengembangan Ekonomi Lokal
Model Pemberdayaan Masyarakat dalam Pengembangan Ekonomi LokalModel Pemberdayaan Masyarakat dalam Pengembangan Ekonomi Lokal
Model Pemberdayaan Masyarakat dalam Pengembangan Ekonomi LokalDadang Solihin
 
Penyusunan Pengendalian dan Evaluasi Pelaksanaan Rencana Pembangunan Daerah
Penyusunan Pengendalian dan Evaluasi Pelaksanaan Rencana Pembangunan DaerahPenyusunan Pengendalian dan Evaluasi Pelaksanaan Rencana Pembangunan Daerah
Penyusunan Pengendalian dan Evaluasi Pelaksanaan Rencana Pembangunan DaerahDadang Solihin
 
Monitoring dan Evaluasi Kinerja Pembangunan
Monitoring dan Evaluasi Kinerja PembangunanMonitoring dan Evaluasi Kinerja Pembangunan
Monitoring dan Evaluasi Kinerja PembangunanDadang Solihin
 
PowerPoint LK-3.pptx
PowerPoint LK-3.pptxPowerPoint LK-3.pptx
PowerPoint LK-3.pptxIB4LGAME
 
Salam Kompass.pdf
Salam Kompass.pdfSalam Kompass.pdf
Salam Kompass.pdfizto
 

Similar to Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik (20)

peranan komunikasi massa dalam peran warga negara
peranan komunikasi massa dalam peran warga negaraperanan komunikasi massa dalam peran warga negara
peranan komunikasi massa dalam peran warga negara
 
Dinamika tata kelola industri media: Perspektif manajemen dan komunikasi
Dinamika tata kelola industri media: Perspektif manajemen dan komunikasiDinamika tata kelola industri media: Perspektif manajemen dan komunikasi
Dinamika tata kelola industri media: Perspektif manajemen dan komunikasi
 
Memperkasakan orang asli
Memperkasakan orang asliMemperkasakan orang asli
Memperkasakan orang asli
 
Optimalisasi Peran dan Fungsi DPRD dalam Pembangunan Daerah
Optimalisasi Peran dan Fungsi DPRD dalam Pembangunan DaerahOptimalisasi Peran dan Fungsi DPRD dalam Pembangunan Daerah
Optimalisasi Peran dan Fungsi DPRD dalam Pembangunan Daerah
 
Wawasan 2020 versi 1
Wawasan 2020 versi 1Wawasan 2020 versi 1
Wawasan 2020 versi 1
 
Wawasan 2020 versi 1
Wawasan 2020 versi 1Wawasan 2020 versi 1
Wawasan 2020 versi 1
 
Wawasan 2020
Wawasan 2020Wawasan 2020
Wawasan 2020
 
Local Community Development Model
Local Community Development ModelLocal Community Development Model
Local Community Development Model
 
Pentingnya Aspek Pengawasan dalam Membangun Hubungan antara NGO dan Pemerintah
Pentingnya Aspek Pengawasan dalam Membangun Hubungan antara NGO dan PemerintahPentingnya Aspek Pengawasan dalam Membangun Hubungan antara NGO dan Pemerintah
Pentingnya Aspek Pengawasan dalam Membangun Hubungan antara NGO dan Pemerintah
 
SANTRI KEBANGKITAN EKONOMI UMAT.pdf
SANTRI KEBANGKITAN EKONOMI UMAT.pdfSANTRI KEBANGKITAN EKONOMI UMAT.pdf
SANTRI KEBANGKITAN EKONOMI UMAT.pdf
 
Kesetaraan dan Kemitraan dalam Hubungan antara Eksekutif dan Legislatif Daerah
Kesetaraan dan Kemitraan dalam Hubungan antara Eksekutif dan Legislatif DaerahKesetaraan dan Kemitraan dalam Hubungan antara Eksekutif dan Legislatif Daerah
Kesetaraan dan Kemitraan dalam Hubungan antara Eksekutif dan Legislatif Daerah
 
Penyusunan Rencana Pembangunan Jangka Panjang dan Menengah Daerah
Penyusunan Rencana Pembangunan Jangka Panjang dan Menengah DaerahPenyusunan Rencana Pembangunan Jangka Panjang dan Menengah Daerah
Penyusunan Rencana Pembangunan Jangka Panjang dan Menengah Daerah
 
Tugas civic education (lidya mar'athus sholihah 2012730136)
Tugas civic education (lidya mar'athus sholihah 2012730136)Tugas civic education (lidya mar'athus sholihah 2012730136)
Tugas civic education (lidya mar'athus sholihah 2012730136)
 
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kitaPerpaduan ke manakah hala tuju kita
Perpaduan ke manakah hala tuju kita
 
Model Pemberdayaan Masyarakat dalam Pengembangan Ekonomi Lokal
Model Pemberdayaan Masyarakat dalam Pengembangan Ekonomi LokalModel Pemberdayaan Masyarakat dalam Pengembangan Ekonomi Lokal
Model Pemberdayaan Masyarakat dalam Pengembangan Ekonomi Lokal
 
Wirausaha.pptx
Wirausaha.pptxWirausaha.pptx
Wirausaha.pptx
 
Penyusunan Pengendalian dan Evaluasi Pelaksanaan Rencana Pembangunan Daerah
Penyusunan Pengendalian dan Evaluasi Pelaksanaan Rencana Pembangunan DaerahPenyusunan Pengendalian dan Evaluasi Pelaksanaan Rencana Pembangunan Daerah
Penyusunan Pengendalian dan Evaluasi Pelaksanaan Rencana Pembangunan Daerah
 
Monitoring dan Evaluasi Kinerja Pembangunan
Monitoring dan Evaluasi Kinerja PembangunanMonitoring dan Evaluasi Kinerja Pembangunan
Monitoring dan Evaluasi Kinerja Pembangunan
 
PowerPoint LK-3.pptx
PowerPoint LK-3.pptxPowerPoint LK-3.pptx
PowerPoint LK-3.pptx
 
Salam Kompass.pdf
Salam Kompass.pdfSalam Kompass.pdf
Salam Kompass.pdf
 

More from Mardhiah Hayati Rahim

Taklimat Program Pendidikan Inklusif 2018
Taklimat Program Pendidikan Inklusif 2018Taklimat Program Pendidikan Inklusif 2018
Taklimat Program Pendidikan Inklusif 2018Mardhiah Hayati Rahim
 
Soalan bi tahun 3 kssr pk mengikut jsu dan aras taksanomi bloom
Soalan bi tahun 3 kssr pk mengikut jsu dan aras taksanomi bloomSoalan bi tahun 3 kssr pk mengikut jsu dan aras taksanomi bloom
Soalan bi tahun 3 kssr pk mengikut jsu dan aras taksanomi bloomMardhiah Hayati Rahim
 
Cognitive task analysis of a library assistant
Cognitive task analysis of a library assistantCognitive task analysis of a library assistant
Cognitive task analysis of a library assistantMardhiah Hayati Rahim
 
Cognitive task analysis of a library assistant
Cognitive task analysis of a library assistantCognitive task analysis of a library assistant
Cognitive task analysis of a library assistantMardhiah Hayati Rahim
 
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiProposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiMardhiah Hayati Rahim
 

More from Mardhiah Hayati Rahim (7)

Taklimat Program Pendidikan Inklusif 2018
Taklimat Program Pendidikan Inklusif 2018Taklimat Program Pendidikan Inklusif 2018
Taklimat Program Pendidikan Inklusif 2018
 
Soalan bi tahun 3 kssr pk mengikut jsu dan aras taksanomi bloom
Soalan bi tahun 3 kssr pk mengikut jsu dan aras taksanomi bloomSoalan bi tahun 3 kssr pk mengikut jsu dan aras taksanomi bloom
Soalan bi tahun 3 kssr pk mengikut jsu dan aras taksanomi bloom
 
Cognitive task analysis of a library assistant
Cognitive task analysis of a library assistantCognitive task analysis of a library assistant
Cognitive task analysis of a library assistant
 
Cognitive task analysis of a library assistant
Cognitive task analysis of a library assistantCognitive task analysis of a library assistant
Cognitive task analysis of a library assistant
 
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawiProposal meningkatkan kemahiran jawi
Proposal meningkatkan kemahiran jawi
 
Gender role
Gender roleGender role
Gender role
 
Masalah penglihatan
Masalah penglihatanMasalah penglihatan
Masalah penglihatan
 

Peranan iklan dalam mengintegrasikan etnik

  • 1. UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA (SSX 0022) HUBUNGAN ETNIK TUGASAN BERPASANGAN PERANAN IKLAN DALAM MENGINTEGRASIKAN ETNIK SECARA MENYELURUH DI MALAYSIA NAMA; CAMILLUS BUJANG 13827 MARDHIAH HAYATI RAHIM 14419 PENSYARAH; 1
  • 2. ENCIK ABG IZHAR ABG AHMAD ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN………………………………………………………………...1 2.0 PERANAN IKLAN DALAM MENGINTEGRASIKAN ETNIK SECARA MENYELURUH.................................................................................2 2.1 Realiti perpaduan di Malaysia………………………………………………2 2.2 Kesedaran tentang pentingnya integrasi antara kaum ………………………3 2.3 Membawa nilai-nilai positif yang dapat diteladani………………………….4 2.4 Membantu dalam membentuk masyarakat yang harmoni…………………..5 3.0 CONTOH-CONTOH LAIN IKLAN-IKLAN YANG BERTERASKAN INTEGRASI ETNIK……………………………………………………………6 3.1 Percintaan Tan Hong Ming............................................................................ 6 3.2 Negara “Kita”................................................................................................. 7 4.0 PENDAPAT MASYARAKAT UMUM TERHADAP IKLAN-IKLAN BERTERASKAN INTEGRASI ETNIK DI MALAYSIA.................................. 8 4.1 Siti Nur Ain Hamdan (Program Kaunseling, Tahun 3)..................................8 4.2 Amy Leong Sze Mei (Program Sains Kognitif, Tahun 3)............................. 8 4.3 Maxson Millolis Jonioh (Program Pembangunan Sumber Manusia, Tahun 3)..........................................................................................8 4.4 MacDawn Anak Lawrence (Program Pembangunan Sumber Manusia, Tahun 3)……………………………………………….... 9 4.5 Ahmad Yusran Bin Rahim Omar (Program Pembangunan Sumber Manusia, Tahun 3)………………………………………………....9 5.0 CADANGAN……………………………………………………………….......10 5.1 Kesedaran Individu.........................................................................................10 5.2 Peranan Media Massa dan Media Cetak.........................................................11 5.3 Masa Siaran Iklan...........................................................................................12 5.4 Peranan Kerajaan............................................................................................12 2
  • 3. 5.5 Peranan Badan-Badan Bukan Kerajaan..........................................................13 6 RUMUSAN..........................................................................................................13 1.0 PENGENALAN Iklan sebagaimana yang didefinasikan di dalam Kamus Dewan Bahasa edisi ketiga adalah pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, televisyen, radio dan lain-lain. Dengan kata lain, iklan merupakan satu cara penyebaran maklumat kepada masyarakat umum tentang sesuatu perkara melalui berbagai-bagai saluran media massa dan juga media cetak yang disediakan oleh rangkaian syarikat-syarikat penerbitan juga pengiklanan pada masa sekarang. Setiap iklan yang ditayangkan dan dihasilkan harus mempunyai keupayaan dalam menarik perhatian penonton atau pembaca terhadap apa yang ditonton dan dibaca oleh mereka agar setiap mesej yang dibawa dapat difahami dengan jelas. Dalam era modenisasi yang kita jalani pada masa sekarang, anjakan paradigma telah berlaku terhadap media masa dan juga media cetak di mana kedua-duanya telah bertukar menjadi bahan komersial yang diperdagangkan kepada khalayak. Selain daripada memberikan informasi-informasi terkini tentang negara dan dunia, elemen iklan telah banyak diselitkan di antara informasi-informasi ini yang mana ia telah menjadi komoditi penting kebanyakan syarikat penerbitan dan juga syarikat pengiklanan. Pada dasarnya, iklan sering digunakan sebagai satu strategi pemasaran oleh sesebuah syarikat pengeluar atau mana-mana badan yang berkehendakkan liputan tentang sesuatu produk serta perkhidmatan mereka diketahui umum. Ini dijalankan bagi meningkatkan kuantiti jualan bagi produk-produk dan juga perkhidmatan-perkhidmatan yang mereka tawarkan. Walaubagaimapun, perbincangan kali ini tidak akan berkisar tentang iklan-iklan barangan yang sering ditayangkan dan disebarkan kepada penonton dan juga pembeli dalam mempengaruhi keputusan terhadap barangan yang diiklankan dan disebarkan itu. Perbincangan ini akan lebih menjurus kepada iklan-iklan yang berusaha dalam mempamerkan dan mempromosikan integrasi etnik di kalangan penduduk di Malaysia. Peranan-peranan iklan seperti ini akan dibincangkan dan dikupas satu persatu agar kita 3
  • 4. dapat mengetahui sejauh mana keberkesanannya dalam menyampaikan mesej perpaduan yang amat penting dalam membentuk satu bangsa Malaysia yang harmoni. 2.0 PERANAN IKLAN DALAM MENGINTEGRASIKAN ETNIK SECARA MENYELURUH Di Malaysia, terdapat badan-badan bukan kerajaan seperti Petronas dan juga Bank Bumiputera-Commerce yang seringkali mengeluarkan iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini. Iklan-iklan seperti ini mampu memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan beberapa aspek perpaduan yang mana ia dapat menggambarkan realiti sebenar perpaduan di Malaysia, membangkitkan kesedaran tentang kepentingan integrasi kaum, menerapkan nilai-nilai positif yang dapat diteladani oleh setiap etnik di Malaysia serta membantu dalam membentuk masyarakat Malaysia yang harmoni. Ini sejajar dengan salah satu objektif penyiaran negara di mana ia menyatakan bahawa penyiaran (yang mana iklan adalah salah satu daripada komponennya) merupakan satu mekanisma dalam membantu mewujudkan perpaduan kebangsaan di kalangan masyarakat berbilang kaum (R. Karthigesu, 1995). 2.1 Realiti perpaduan di Malaysia Melalui iklan-iklan perpaduan yang banyak ditayangkan di kaca televisyen terutamanya di musim-musim perayaan dan juga kemerdekaan, ia dapat memberikan gambaran kepada masyarakat umum tentang duduk letaknya tahap perpaduan di Malaysia. Sebagai contoh, iklan Petronas yang mengisahkan tentang tiga sekawan iaitu Lim, Atan dan Param. Mereka berkawan baik tetapi terpisah kerana membawa haluan hidup masing-masing. Pada suatu hari, Atan yang ditemani anaknya telah bertemu semula dengan kawan lamanya Lim yang juga ditemani anaknya secara tidak sengaja di sebuah hospital. Mereka mengimbas kembali peristiwa membaling buah pelam di kampung dan bagaimana mereka terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan diri dari disengat tebuan. Mereka kemudiannya tertawa sebelum Lim menegur sikap anak-anak mereka yang tidak mengendahkan satu sama lain dengan berkata, “Tengoklah budak- 4
  • 5. budak sekarang ni. Rambut je sama, tapi masing-masing buat hal sendiri. Makna kawan pun tak tau”. Kisah ini memaparkan kepada masyarakat umum tentang realiti perpaduan yang masih samar-samar maknanya bagi rakyat Malaysia. Ia membuatkan kita berfikir sama ada perpaduan kaum di Malaysia benar-benar muhibah sebagaimana yang sering diwar- warkan ataupun sebaliknya. Jika dilihat dari sudut yang lain, ia juga mempamerkan tentang sikap prejudis sesuatu kaum terhadap kaum yang lain yang menghalang mereka daripada membina hubungan yang positif sesama mereka. Situasi ini akan membantutkan kelancaran misi kerajaan dalam mengintegrasikan masyarakat berbilang etnik di Malaysia menjelang 2020. Melalui pemerhatian terhadap budaya dan juga pergaulan masyarakat yang dipraktikkan di sekeliling kita, dapat dilihat bahawa iklan-iklan yang berunsurkan perpaduan kaum ini sebenarnya hanyalah sekadar satu hiburan bagi mereka. Walaupun terdapat segelintir daripada masyarakat yang peka dan sedar tentang mesej yang dibawa, namun lebih kecil jumlahnya yang mengamalkan nilai-nilai murni yang menjurus kepada penyatuan kaum di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa penerimaan masyarakat terhadap mesej perpaduan daripada iklan-iklan seperti ini tidak mendapat sokongan yang penuh. 2.2 Kesedaran tentang pentingnya integrasi antara kaum Perpaduan kaum merupakan pemboleh ubah yang penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial malah ekonomi di negara kita (Rahmat Ghazali, 2008). Oleh demikian, iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan haruslah mencerminkan tentang pentingnya penyatuan di antara satu kaum dengan kaum yang lain agar pembangunan sosial, ekonomi dan insfrastruktur dapat dicapai. Kesedaran seharusnya wujud dalam diri setiap rakyat Malaysia agar konflik di antara kaum dapat dielakkan dan ini berupaya merapatkan sebarang jurang yang wujud. 5
  • 6. Jika kesedaran ini tidak dititikberatkan oleh setiap individu, maka ia akan menimbulkan perselisihan antara kaum, rasa tersisih dan prejudis yang tinggi terhadap kaum yang lain. Situasi ini akan menyebabkan kekacauan yang akan memberikan kesan negatif terhadap kestabilan politik, ekonomi serta sosial di negara kita. Sebagai contoh, perhimpunan HINDRAF yang berlaku baru-baru ini menggambarkan bahawa nipisnya kesedaran sesetengah pihak terhadap perpaduan kaum di Malaysia. Tindakan agresif mereka ini telah mendapat liputan daripada media antarabangsa iaitu CNN dan menyebabkan imej negara tercalar. Selain kejadian HINDRAF ini, banyak lagi peristiwa pergaduhan antara kaum pernah berlaku seperti insiden Kampung Medan pada 7 Mac 2001 dan peristiwa 13 Mei pada tahun 1969. Dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia, konflik antara kaum akan lebih cenderung untuk berlaku kerana setiap kaum berpegang kepada agama, kebudayaan, bahasa dan cara hidup masing-masing sebagaimana yang diterangkan dalam teori masyarakat majmuk oleh Furnival (1948). Oleh itu, perbezaan pegangan inilah yang menuntut tahap kesedaran yang tinggi daripada setiap individu agar konflik dapat dielakkan dan seterusnya mampu dalam meningkatkan integrasi kaum di negara ini. 2.3 Membawa nilai-nilai positif yang dapat diteladani Iklan-iklan yang membawa mesej perpaduan di Malaysia seringkali mempunyai pengajaran tentang nilai-nilai positif yang seharusnya di pupuk di dalam hati setiap rakyat Malaysia tanpa mengira etnik. Sebagai contoh, iklan New Straits Times yang mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki Melayu yang buta tetapi membeli surat khabar untuk mengetahui perkembangan semasa. Kanak-kanak ini telah diketawakan oleh sekumpulan kanak-kanak nakal yang secara kebetulan berada berhampiran dengannya. Pada masa yang sama, terdapat seorang kanak-kanak India disitu dan menawarkan diri untuk membacakan akhbar tersebut kepada kanak-kanak yang buta itu. Sejak hari itu, mereka menjadi rakan karib. Tetapi, pada suatu hari kebakaran telah berlaku dan kanak-kanak buta itu serta keluarganya terpaksa berpindah ke tempat lain 6
  • 7. dan hubungan keduanya terputus. Setelah beberapa tahun, mereka berdua bertemu semula secara tidak sengaja di pejabat kanak-kanak buta itu yang mana pada ketika itu dia telah berjaya menjadi penulis untuk sebuah akhbar di Malaysia. Di akhir iklan itu, mereka berdua berpelukan kerana gembira dan terharu ditemukan semula. Mesej yang dapat diteladani di sini adalah keinginan dalam membantu golongan yang kurang berupaya dalam melakukan sesuatu perkara tanpa mengira kaum individu yang harus dibantu itu. Sikap positif seperti ini amat ditekankan agar golongan kurang upaya disokong serta dibantu dari setiap aspek oleh individu-individu yang sebangsa dengannya mahupun yang tidak sebangsa dengannya. Selain itu, ia juga memaparkan semangat setia kawan yang terjalin di antara dua individu yang berlainan bangsa dan mempunyai latar belakang yang berbeza walaupun mereka tidak berjumpa dalam tempoh masa yang lama. 2.4 Membantu dalam membentuk masyarakat yang harmoni Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dinyatakan oleh Furnival, memperakui perbezaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti (Rahmat Ghazali, 2008). Maka, kesedaran tentang pentingnya menghormati perbezaan- perbezaan ini merupakan tunjang utama dalam memastikan semua kaum di Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang harmoni tanpa sebarang pertelingkahan. Ini bagi memastikan pembangunan negara dari setiap aspek dapat dijalankan dengan teratur serta lebih tersusun tanpa sebarang gangguan terutamanya daripada ancaman konflik perkauman bagi menjamin kesejahteraan bersama. Iklan-iklan perpaduan yang dipertontonkan kepada khalayak seringkali membawa maksud untuk mengharmonikan pergaulan antara kaum di negara ini. Sebagai contoh, iklan “rasa sayang” yang diterbitkan bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia 2008 menggarap berbagai-bagai unsur positif dalam usaha untuk mewujudkan kestabilan yang tinggi dalam aspek integrasi kaum di Malaysia. Hubungan antara kaum yang erat yang 7
  • 8. berlaku dalam suasana yang cukup harmoni dan santai telah dipamerkan di dalam iklan ini. Antara lain yang menarik di dalam iklan ini adalah penggunaan pelbagai jenis bahasa bagi lirik lagu Rasa Sayang itu sendiri. Liriknya merupakan gabungan bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa India, Bahasa Cina, Bahasa Iban serta Bahasa Kadazan. Selain daripada itu, ditampilkan juga situasi di kampung, tarian kebanggaan dan makanan tradisi pelbagai kaum di Malaysia, suasana kedai mamak, dan aktiviti rakyat negara kita seperti permainan wau serta sepak raga. Aspek kebudayaan yang ditonjolkan melalui iklan ini berupaya menjadi satu wadah dalam mendedahkan ketinggian budaya bagi setiap kaum di negara ini. Sungguhpun begitu, perasaan cintakan budaya sendiri dan menganggap budaya kaum lain rendah atau dikenali sebagai etnosentrism perlulah dielakkan kerana ia akan menyukarkan usaha dalam mengintegrasikan semua kaum di Malaysia (Mansor Mohd. Nor, 2006). 3.0 CONTOH-CONTOH LAIN IKLAN-IKLAN YANG BERTERASKAN INTEGRASI ETNIK 3.1 Percintaan Tan Hong Ming Iklan kemerdekaan yang ke–50 yang disediakan oleh Petronas ini mengisahkan tentang percintaan Tan Hong Ming seorang murid sekolah rendah. Tan Hong Ming ditanyakan siapakah kekasihnya, dan dia memberitahu bahawa kekasihnya ialah Umi 8
  • 9. Qazrina. Mesej yang cuba disampaikan melalui iklan ini ialah dalam berkawan, perbezaan etnik bukanlah menjadi halangan. Jika diamati dengan teliti, iklan ini dapat memberi impak yang positif kepada penontonnya iaitu nilai persahabatan yang ditonjolkan. Tan Hong Ming dalam usia yang muda mempunyai kawan dari kaum yang berbeza. Maka di sini, dapat dilihat bahawa usaha dalam menyemai budaya penyatuan kaum bukan sahaja disasarkan kepada golongan dewasa tetapi juga golongan kanak- kanak . 3.2 Negara “Kita” Iklan ini mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang membina sebuah bandar. Setelah monumen bandar mereka siap dibina, kelima-lima kanak-kanak tersebut bercadang untuk memberikan nama bagi bandar yang telah mereka bina. Masing- masing memberikan nama untuk bandar mereka, antaranya ialah Kampung Sungai Penchala, The Sandfree City, The Sun City dan The Jogging City. Tetapi kesemua mereka merasakan nama tersebut tidak sesuai untuk bandar yang mereka bina. Akhirnya, salah seorang daripada mereka memberi idea untuk menamakan bandar mereka dengan nama ‘KITA’. Seterusnya mereka bersetuju untuk menamakan bandar mereka dengan nama ‘KITA’. Iklan kemerdekaan yang dibawakan oleh Petronas ini juga memberi pengertian yang mendalam kepada penonton yang menyaksikannya. Nilai yang ditekankan di dalam iklan ini ialah semangat kekitaaan, ini dapat dilihat apabila kanak-kanak di dalam iklan 9
  • 10. tersebut telah sebulat suara bersetuju menamakan bandar mereka dengan gelaran ‘Bandar Kita’. 4.0 PENDAPAT MASYARAKAT UMUM TERHADAP IKLAN-IKLAN BERTERASKAN INTEGRASI ETNIK DI MALAYSIA Bagi memahami topik perbincangan ini dengan lebih jelas, temubual terhadap beberapa orang pelajar di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah dijalankan. 4.1 Siti Nur Ain Hamdan (Program Kaunseling, Tahun 3) Pada pendapat saya, iklan-iklan berunsurkan pepaduan kaum di tempat kita ni memang menarik kerana banyak elemen-elemen budaya dari pelbagai kaum ditonjolkan kepada masyarakat umum. Jika dilihat dari aspek kesedaran terhadap pentingnya perpaduan kaum, malangnya kesan itu hanya sedikit sahaja dan tidak mendalam. Jadi, saya dapat simpulkan bahawa iklan-iklan ini kurang berkesan untuk diri saya. 4.2 Amy Leong Sze Mei (Program Sains Kognitif, Tahun 3) Saya rasa, iklan-iklan yang berteraskan perpaduan kaum ini dapat membuat saya berasa bangga dengan kepelbagaian kaum yang wujud di negara kita. Tapi perasaan ni cuma datang waktu saya menontonnya sahaja dan saya kurang mempraktikkan mesej yang disampaikan oleh iklan-iklan seperti ini di dalam kehidupan seharian saya. Jadi, ia kurang la memberi kesan terhadap diri saya. 4.3 Maxson Millolis Jonioh (Program Pembangunan Sumber Manusia, Tahun 3) Pada pendapat saya, lakonan kanak-kanak dalam iklan berupa perpaduan tak menggambarkan sangat realiti sebenar perpaduan kaum di Malaysia. Ini mungkin untuk memberi mesej bahawa dalam memupuk semangat perpaduan, ia perlu ditekankan sejak kecil lagi. Selain itu, iklan-iklan seperti ini kebanyakkannya hanya menggambarkan 10
  • 11. suasana yang diimpikan tapi tak beri gambaran sebenar, cuma impian semata-mata, what is wished to happen. Ia mungkin efektif bagi golongan muda, tapi bagi semua peringkat umur, cuma sebilangan sahaja. Lagipun, iklan macam tu ditayangkan pada waktu tertentu sahaja, contohnya bulan kemerdekaa. Kalau betul nak efektif bagi menyampaikan mesej sebenar, iklan tu sepatutnya sepanjang tahun. Kesimpulannya, iklan perpaduan memang penting untuk mengingatkan dan meningkatkan kesedaran semua masyarakat. 4.4 MacDawn Anak Lawrence (Program Pembangunan Sumber Manusia, Tahun 3) Pada pendapat saya, ada la sikit kesedaran tentang perpaduan kaum daripada menonton iklan-iklan perpaduan ni. Ia membuatkan kita sedar tentang kepentingan perpaduan tapi malangnya untuk jangka masa yang singkat je. Selalunya iklan-iklan macam ni menunjukkan attitude orang Malaysia yang macam bersatu, tapi realitinya tak. Mesej yang nak disampaikan pun kadang-kadang saya rasa tak sampai. Jadi, tak baik sangat la iklan-iklan macam ni. 4.5 Ahmad Yusran Bin Rahim Omar (Program Pembangunan Sumber Manusia, Tahun 3) Iklan-iklan macam ni menunjukkan bahawa ada pihak-pihak yang mengambil berat tentang Malaysian community. Saya rasa ia bagus sebab kita dapat belajar something dengan cara yang seronok dan dapat memberi kesedaran tentang pentingnya perpaduan. Banyak nilai-nilai yang baik yang dapat kita contohi sperti persahabatan dan kesedaran tentang asal-usul kita. Tapi ia cuma efektif bagi orang yang memikirkan dan mementingkan perpaduan je la. 11
  • 12. 5.0 CADANGAN Berdasarkan perbincangan di atas, beberapa cadangan dapat diusulkan dalam meningkatkan usaha mempromosikan perpaduan kaum di Malaysia melalui pengiklanan. 6.1 Kesedaran Individu Dewasa ini, kita dapat melihat bahawa terdapat pihak-pihak yang prihatin dalam mengetengahkan usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang perlunya kita bersatu- padu di dalam sebuah negara majmuk yang kita huni ini. Iklan yang dapat menjadi satu medium penyampaian mesej perpaduan telah digunakan di negara kita ini seringkali mengandungi nilai pengajaran yang tinggi agar masyarakat yang menontonnya sedikit sebanyak terkesan dengan mesej yang dibawa. Namun begitu, usaha seperti ini hanya akan dilihat sebagai satu hiburan yang mampu melapangkan fikiran sahaja jika mesej yang begitu penting ini diambil ringan oleh setiap kaum di Malaysia. Jika iklan-iklan ini ditonton tanpa kehadiran rasa kesedaran di dalam setiap individu, maka usaha untuk meningkatkan dan memperkukuhkan tahap perpaduan kaum tidak akan tercapai. Oleh itu, setiap individu tanpa mengira bangsa perlulah sedar tentang kepentingan penyatuan kaum di Malaysia. Dengan mengimbas dan menghayati kembali rentetan sejarah kemerdekaan negara kita tentang bagaimana tiga kaum besar di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India bersatu demi mendaulatkan tanah air perlulah dijadikan tauladan dalam mendepani isu perpaduan kaum di negara kita. Jika masyarakat menghargai dan menghormati setiap usaha dan keringat yang ditumpahkan oleh pemimpin generasi kemerdekaan iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan, maka konflik di antara kaum tidak akan timbul. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi juga ada mengatakan di dalam ucapan sempena Tahun Baru Cina baru-baru ini bahawa kestabilan negara berbilang bangsa yang kita kecapi hari ini bukanlah suatu yang mudah untuk dilaksanakan dan memerlukan usaha serta pengorbanan yang tinggi. Jadi, 12
  • 13. kesedaran ini perlulah disemai agar kesejahteraan negara dapat dipertingkatkan dan dikekalkan. 6.2 Peranan Media Massa dan Media Cetak Kita seringkali bercerita tentang iklan-iklan perpaduan di kaca televisyen yang menarik dan begitu simbolik dalam menyampaikan mesejnya yang sangat penting. Kita dapat melihat usaha dalam membantu meningkatkan tahap integrasi kaum ini dipaparkan pada kebanyakan saluran televisyen tidak berbayar di negara kita. Jadi, apakah media massa dan media cetak yang lain seperti radio, surat khabar dan papan tanda-papan tanda besar di sekitar Malaysia tidak mempunyai ruang untuk mengiklankan mesej perpaduan kaum ini? Pihak-pihak yang berkenaan perlulah mengambil inisiatif dalam menggembeling tenaga dan usaha bagi tujuan meluaskan penggunaan semua media bagi mempromosikan perpaduan kaum di Malaysia. Apabila diperhatikan, masyarakat kita sering mendengar radio ketika dalam perjalanan pergi dan balik dari suatu tempat bagi mengelakkan kebosanan. Jika pihak yang berkenaan contohnya kerajaan mengambil peluang menyiarkan iklan-iklan berunsurkan perpaduan yang menarik melalui radio, maka secara tidak langsung mereka akan mendengar iklan-iklan tersebut. Selain itu, anak-anak muda kita juga seringkali diperhatikan mendengar radio ke mana-mana sahaja lebih-lebih lagi dengan adanya teknologi seperti walkman dan iPod. Oleh itu, golongan muda ini juga akan terdedah dengan iklan-iklan yang membawa mereka menghayati kepentingan perpaduan kaum dan seterusnya mengamalkan nilai-nilai murni bagi mencapai objektif ini. Selain itu, iklan-iklan perpaduan yang dipaparkan di papan-papan pengiklanan juga dapat menjadi satu mekanisma penting dalam memperbaiki tahap perpaduan kaum di Malaysia. Ini kerana, kebanyakkan rakyat Malaysia akan keluar rumah bagi menguruskan sesuatu hal. Maka, apabila mereka memulakan perjalanan, tentu sekali mereka akan terpandang iklan-iklan besar ini lebih-lebih lagi jika ia dihasilkan dengan penuh daya kreativiti yang mampu menarik perhatian pembaca untuk melihatnya dengan lebih jelas lagi. Oleh hal yang demikian, kesemua media massa dan media cetak perlulah 13
  • 14. digunakan dengan sebaik-baiknya agar mesej perpaduan tidak hanya dapat disampaikan melalui televisyen, tetapi juga melalui medium penyiaran yang lain. 6.3 Masa Siaran Iklan Kebiasaannya, iklan seperti ini hanya akan disiarkan pada masa tertentu sahaja. Contohnya, pada musim perayaan seperti hari raya, deepavali, tahun baru cina dan sambutan hari kemerdekaan negara. Masa siaran ini perlu diambil kira dan tidak terbatas untuk musim tertentu sahaja agar program penghayatan tentang pentingnya perpaduan dapat dijalankan terus-menerus pada setiap masa. Keadaan ini penting kerana televisyen merupakan media yang sering ditonton oleh masyarakat dalam mendapatkan maklumat terkini serta hiburan. Jika iklan-iklan ini kerap ditayangkan tanpa mengira waktu-waktu yang tertentu, maka kekerapan penonton monontonnya akan meningkat. Oleh itu, keberkesanannya diharap akan turut meningkat dan berupaya membantu dalam mengukuhkan integrasi kaum di Malaysia. 6.4 Peranan Kerajaan Kerajaan begitu memandang serius berkenaan dengan perpaduan kaum di negara kita dan sebagai buktinya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah ditubuhkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Jabatan ini telah menjalankan tanggungjawabnya bagi mempertingkatkan kualiti perpaduan kaum di negara ini melalui berbagai-bagai program seperti Kelab Rukun Negara, Rukun Tetangga, Skim Rondaan Sukarela dan Tabika Perpaduan. Namun, usaha melalui media massa dan media cetak khususnya dalam pengiklanan tidak dilakukan dengan usaha yang maksimum. Oleh itu, dicadangkan supaya jabatan ini bekerjasama dengan Kementerian Penerangan Malaysia dalam menggiatkan lagi usaha memperbanyakkan iklan-iklan perpaduan untuk meningkatkan penerimaan suatu kaum terhadap kaum yang lain tanpa sebarang sikap prejudis. 14
  • 15. 6.5 Peranan Badan-Badan Bukan Kerajaan Selain pihak kerajaan, terdapat juga badan-badan bukan kerajaan yang memainkan tanggungjawab mereka dalam membantu mempromosikan perpaduan negara di Malaysia. Sebagai contoh, Petronas, Bank Bumiputera-Commerce serta New Straits Times seringkali menghasilkan iklan-iklan berunsurkan perpaduan bagi menyokong kerajaan dalam mencapai objektif penyatuan kaum di negara ini. Usaha sebegini adalah satu tindakan yang positif yang harus dicontohi oleh badan-badan bukan kerajaan yang lain. Apabila semua pihak bergabung dalam mencapai objektif ini, maka urusan penyatuan kaum akan menjadi lebih ringan dan mudah untuk dilakasanakan. 6.0 RUMUSAN Pada dasarnya, melalui perbincangan serta temubual yang telah diterangkan ini, ia dapat memberi gambaran kepada kita bahawa sememangnya iklan-iklan yang bertujuan menyampaikan mesej perpaduan adalah sarat dengan nilai-nilai yang murni. Antaranya ialah sikap muafakat, saling hormat-menghormati, bantu-membantu, semangat setia kawan serta bertolak-ansur dalam interaksi harian. Namun begitu, mesej-mesej yang begitu bermakna ini tidak akan membawa sebarang kesan yang positif sekiranya masyarakat tidak mempunyai kesedaran tentang pengamalan nilai-nilai tersebut. Jadi, dapat disimpulkan di sini bahawa hanya individu yang benar-benar memikirkan dan mementingkan perpaduan kaum di Malaysia yang akan mendapat kesan yang mendalam daripada iklan-iklan seperti ini. Sokongan dan kerjasama daripada semua pihak juga merupakan satu mekanisma penting dalam menjayakan penyatuan kaum di negara ini menjelang 2020. 15
  • 16. Rujukan Abdul Rakis Bin Santa, (2006). Peranan Iklan Dalam Persuratkhabaran di Malaysia. Dilayari pada 2 Mac 2008 http://www.blogdrive.com/apps/ Asyraf Wajdi Dusiki, (2008). Fahami Kontrak Sosial Demi Kestabilan. Dilayari pada 2 Mac 2008 dari laman web http://www.utusan.com.my/ Azman Anuar, (2008). Lebih 50 Tahun Pupuk Perpaduan. Dilayari pada 2 Mac 2008 dari laman web http://www.utusan.com.my/ Halaman Rasmi Kementerian Penerangan Malaysia (2008). Dilayari pada 2 Mac 2008 dari laman web http://www.kempen.gov.my/ Halaman Rasmi Suara Persatuan Ulama Malaysia (2002). Etika Media Massa: Ke Arah Mana? Dilayari pada 2 Mac 2008 dari laman web http://www.e-ulama.org/Artikel/Default.asp?mode=0&ID=86 Mansor Mohd. Nor, Abdul Rahman Abdul Aziz & Mohamad Ainuddin Iskandar Lee (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Prentice Hall : Selangor. R. Karthigesu, (1995). Dasar Penyiaran Malaysia Dalam Era Pascakolonial Ke Arah Status Negara Maju. Siri Syarahan Perlantikan Professor, Bil. 2. Rahmat Ghazali, (2008). Isu Perpadua di Malaysia. Dilayari pada 2 Mac 2008 dari laman web http://mymassa.com/myvoice/ Sidang Editor, (1993). Kamus Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 16
  • 17. 17