Dokumen tersebut membahas mengenai konsep populasi dan persampelan dalam penelitian. Populasi didefinisikan sebagai kelompok manusia dengan karakteristik yang sama, sedangkan persampelan adalah proses pemilihan unsur-unsur dalam populasi untuk mewakili populasi penelitian. Terdapat dua metode persampelan yaitu secara acak dan nonacak, dengan masing-masing memiliki teknik pelaksanaan tertentu. Ukuran sampel minimal yang
2. Sebelum memulakan penyelidikan,
penyelidik perlu tahu siapa dan berapa
ramaikah populasi kajian yang digunakan.
Definisi Populasi: sekumpulan manusia yang
akan dikenal pasti serta mempunyai
beberapa ciri tertentu yang sama dan
seragam.
Contoh: populasi yang terdiri daripada
penuntut di IPTA, pegawai kerajaan
kumpulan profesional, dsb.
3. Definisi Persampelan: proses pemilihan elemen-elemen
dalam populasi kajian bagi tujuan mewakili populasi
sesebuah kajian.
Menurut Mohd. Majid Konting (1998), sampel yang dipilih
sekurang-kurangnya mempunyai sifat yang sama dengan
populasi dalam penyelidikan.
Saiz sampel yang paling kecil dibenarkan untuk sesuatu
ukuran ialah 30 orang responden.
Proses persampelan yang baik dan sempurna dapat
membantu membuat generalisasi melalui pengujian
hipotesis kajian.
Tujuan persampelan ialah:
- Untuk meminimunkan kos membuat penyelidikan,
- Untuk menjimatkan masa dan tenaga penyelidik, dan
- Untuk mendapatkan ketepatan yang maksimum dan
jangkaan yang akan berlaku dalam penyelidikan.
4. Dalam sesuatu penyelidikan, terdapat dua (2)
kaedah persampelan:
1. Persampelan kebarangkalian (rawak)
2. Persampelan bukan kebarangkalian
6. Menurut Merrigan dan Huston (2004), terdapat
beberapa langkah yang perlu dilakukan dalam
pemilihan kaedah persampelan rawak mudah:
1. Penyelidik perlu mengenal pasti sampel kajian
yang akan dipilih,
2. Penyelidik perlu menyediakan senarai lengkap
ahli yang akan menjadi populasi kajian untuk
diundi secara rawak, dan
3. Penyelidik perlu memilih sampel berdasarkan
peluang dan kebarangkalian setiap ahli untuk
dipilih menjadi sampel kajian.
7. Penyelidik perlu ada senarai lengkap ahli
(responden).
Pemilihan terhadap ahli akan dibuat secara
sistematik seperti memilih individu yang terdapat
dalam senarai berdaftar ahli berangka ganjil atau
melalui keduduka individu yang ditentukan.
Contoh: Jika populasi kajian 2,000 orang pelajar,
maka sampelnya ialah 100 orang. Ini dapat
ditunjukkan dengan formula seperti yang berikut:
(2,000 ÷ 100 x 20).
Sampel akan dipilih bagi setiap ke-20 hingga 100
pelajar telah dipilih.
8. Dilakukan apabila responden yang hendak dikaji
bersifat seragam.
Sampel dipilih secara rawak mudah daripada
setiap kumpulan atau strata yang telah dikenal
pasti.
Contoh: pemilihan sampel satu kolej kediaman
yang menempatkan para pelajar daripada
beberapa tahun pengajian.
Stratanya ialah tahun pengajian dan sampel
rawak akan lebih mudah dilakukan jika penyelidik
telah mengenal pasti jumlah pelajar dalam setiap
strata yang akan dipilih sebagai sampel.
9. Ptersampelan berkelompok seperti juga
persampelan berstrata.
Pemilihan sampel berdasarkan
kelompok-kelompok.
Kelompok berdasarkan kategori yang
dibina oleh penyelidik seperti ciri
demografi (bandar atau luar bandar;
eksekutif atau bukan eksekutif; dan
penghuni rumah pangsa atau
kondominium).
10. Merupakan bentuk persampelan yang termasuk dalam
persampelan bukan kebarangkalian.
Persampelan paling mudah dan senang untuk memilih
responden kajian dan tidak memerlukan kos yang mahal.
Persampelan jenis ini dilaksanakan apabila penyelidik ingin
mendapatkan sesuatu keputusan dengan segera serta tidak
mementingkan ketepatan.
Persampelan melalui kaedah ini tidak ditentukan oleh
prosedur persampelan. Sesiapa sahaja boleh dijadikan
sampel kajian.
Contoh: kajian mengenai persepsi pengunjung terhadap
Pameran Kerjaya IPT. Sesiapa sahaja yang keluar dari dewan
pameran yang sedang berlangsung boleh ditemu bual.
11. Persampelan secara tidak rawak kerana
memberi tumpuan terhadap ciri-ciri
tertentu dan sesuai dengan fokus
penyelidikan yang ingin dilakukan.
Contoh: kajian tentang ketahanan fizikal
dalam kalangan perokok. Oleh itu,
pemilihan sampel hanya diambil dalam
kalangan perokok sahaja.
12. Persampelan Bebola Salji atau Snowball
dimulakan dengan memilih sampel yang
mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkan.
Sampel awal tersebut akan memperkenalkan
pula sampel lain yang mempunyai ciri-ciri yang
sama.
Proses ini akan diteruskan kepada sampel yang
ketiga, keempat, kelima dan seterusnya.
Contoh: Pengguna produk XYZ akan
memperkenalkan pula pengguna produk yang
sama yang dia kenal. Sampel kajian akan dipilih
sehingga memenuhi saiz sampel yang
dikehendaki oleh kajian tersebut.