AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
1. Huraian dalil dari Al-Quran dan Al Sunnah
serta nyatakan juga konsep
mukmin,muslim,kafir,fasik dan zalim sebagai
penyelesaian gejala sosial di Malaysia.
2. PENDAHULUAN
Gejala sosial semakin berleluasa
sekarang.Pendidikan anak adalah perkara yang
sangat penting di dalam Islam dalam menengani
masalah ini.
Di dalam Al-Quran kita dapati bagaimana Allah
menceritakan tentang kisah Luqman yang
memberi pendidikan kepada anak-anaknya.
Begitu pula dalam hadis-hadis Rasulullah saw,
kita temui banyak juga bentuk-bentuk pendidikan
terhadap anak, baik dari perintah mahupun
perbuatan beliau mendidik anak secara langsung.
3. Sesungguhnya Islam sangat
menitikberatkan pencegahan pada
peringkat awal kerana mencegah lebih
baik daripada merawat.
Perkara yang buruk hendaklah
dihindarkan agar ianya tidak member
kesan buruk kepada kita.
Justeru itu, Islam datang bertujuan
memelihara maruah manusia dan
menutup apa jua ruang yang boleh
membawa kepada kemaksiatan atau
kebinasaan.
4. PENTINGNYA IBADAH SOLAT
Kita haruslah mengerjakan sembahyang pada
waktunya dengan cara yang sempurna dan
khusyuk.
Ini kerana tujuan Allah menjadikan manusia untuk
menghuni alam yang fana ini agar mereka
mengabdikan diri kepadanya.
Allah sesekali tidak membenarkan kita
meninggalkan sembahyang kerana Allah telah
memberi jaminan bahawa sesiapa yang
mendirikan sembahyang akan selamat di dunia
dan di akhirat.
5. AMAR MAKRUF NAHI
MUNGKAR
Padahal Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
pernah bersabda tentang muzik,
ََّننوُكَيَلَّنِميِتمُأَّام َوقَأََّونُّل ِحَتسَيََّر ِحلَاََّوََّري ِرَحالََّرَمخال َوََّف ِازَعَمال َو
“Sungguh akan ada dari umatku yang menghalalkan
zina, sutera, arak dan al-ma’azif (alat-alat muzik)”.
(Shahih, HR. Al-Bukhari dan Abu Daud)
Maknanya: Akan datang dari muslimin kaum-kaum yang
meyakini bahwa perzinaan, mengenakan sutera asli
(bagi laki-laki, pent.), minum arak dan muzik sebagai
perkara yang halal, padahal perkara tersebut adalah
haram.
7. 1.Muslim
Seorang yang percaya dan yakin
tentang kewujudan Allah SWT serta apa
ajaran Islam yang dibawa oleh
Rasulullah saw
8. 2.Mukmin
Seorang yang percaya dan yakin
tentang kewujudan Allah serta ajaran
yang dibawa oleh nabi kita dan rukun-
rukun iman dan beramal dengannya.
9. 3.Munafik
Munafik dikategorikan sebagai orang
yang berpura-pura melahirkan keimanan
terhadap Allah sedangkan hatinya tetap
kufur.
Munafik juga merujuk kepada orang
yang berbuat atau bersifat nifaq.
10. 4.Fasik
Orang fasik adalah seorang muslim yang secara sedar
melanggar ajaran Allah (Islam) atau dengan kata lain
orang tersebut percaya akan adanya Allah, percaya
akan kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi
Muhammad SAW tetapi dalam tindak perbuatannya
mereka mengingkari terhadap Allah SWT dan
hukumNya, selalu berbuat kerosakan dan
kemaksiatan.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Orang fasik
adalah orang yang melanggar perjanjian itu teguh, dan
memutuskan apa yang diperintahkan Allah (kepada
mereka) untuk menghubungkannya dan membuat
kerosakan dimuka bumi. Mereka itulah orang yang
rugi” (Surah Al Baqarah ayat 27)
11. 5.Zalim
Zalim secara bahasa bermaksud
"aniaya/celaka" .
Zalim secara istilah bermaksud
"berbuat aniaya/celaka terhadap diri
sendiri atau orang lain dengan pelbagai
cara yang bertentangan dengan syariat
Agama Islam".
12. 6.Kafir
Mengikut bahasa kafir ialah orang yang
menutupi, menyembunyikan sesuatu,
atau menyembunyikan kebaikan yang
telah diterima atau tidak berterima kasih
atau mengingkari kebenaran. Secara
istilah, kafir adalah orang yang
menentang, menolak, kebenaran dari
Allah S.W.T yang di sampaikan oleh
RasulNya atau secara singkat kafir
adalah kebalikan dari iman.
13. Kesimpulan
Nabi SAW bersabda dalam sebuah
hadis yang bermaksud:
Setiap anak yang dilahirkan adalah
dalam keadaan fitrah suci bersih dan
kedua ibu bapa yang mencorakkan
kehidupan mereka,sama ada
menjadikan mereka Yahudi,Nasrani dan
Majusi.