SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Pengenalan kepada Aqidah
Perkataan Aqidah adalah berasal daripada perkataan Arab berbunyi "AQADA"
yang bererti menyimpul sesuatu. Dari segi istilahnya, ialah keimanan yang mantap
dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari
dalam diri seseorang itu. Ikatan aqidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan
jasmani yang di lihat secara zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang
kukuh lagi abstrak antara makhluk dengan penciptaan.
Aqidah merupakan asas bagi suatu cara hidup yang lengkap, syumul (menyeluruh)
lagi terperinci. Cara hidup demikian tidak mungkin wujud tanpa mempunyai asas
yang kukuh. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
"....Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi
Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan
dia...." (Surah Yusuf : 40)
Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam al-Quran yang bermaksud:
Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan
aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang
berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah Al-An'Am:162-
163)
Peranan Aqidah
Aqidah menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir-
anasir yang boleh mencemarkan kesucian pegangan aqidah tauhid. Aqidah tauhid
yang dimaksudkan di sini ialah mentauhid serta mengesahkan Allah S.W.T. Ia
menjadi teras dan ruh terhadap kewujudan agama Islam; mengimani Tuhan Yang
Maha Esa, bagi-Nya tempat kembali. Dia adalah Tuhan pemelihara setiap perkara,
pentadbir semua urusan, hanya Dia sahaja yang layak disembah dan tidak boleh
diingkari, Dia layak diajukan kesyukuran, tidak dikufuri dan hanya Dia patut ditaati.
Sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud:
"Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu tiada
Tuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya), melainkan Dia yang
menciptakan tiap-tiap sesuatu. Oleh tiu beribadatlah kamu kepada-Nya dan
(ingatlah), Dialah yang mentadbirkan segala-galanya." (Surah al-An-Am:102)
Kepentingan Memelihara Aqidah
Aqidah seseorang perlu dijaga sehingga ajalnya. Mereka yang dapat menjaga
aqidahnya dijamin masuk syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud :
“Wahai orang-orang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar
takwa dan janganlah kamu mati melainkan sebagai seorang muslim.Manakala hadis
Rasulullah menyebut yang bermaksud : Sesiapa yang akhir kalamnya mengucap
akan masuk syurga.” (Ali-Imran, 102)
Antara Perkara – Perkara Yang Merosakkan Aqidah
1. Menyekutukan Allah (Syirik)
2. Menenung nasib dan bermain sihir (Amalan – amalan khurafat)
3. Bertawakal kepada makhluk (Bergantung nasib pada makhluk)
4. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak
mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya.
5. Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada
sistem Islam.
6. Mencaci Nabi dan Sunnahnya.
7. Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan.
8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam
9. Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa
10.Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran.
Bagaimana Amalan khurafat boleh merosakkan Aqidah?
Dalam konteks Aqidah, khurafat bermaksud bidaah aqidah yang merupakan
kepercayaan kepada sesuatu yang menyalahi syariat yang dibawa oleh Rasulullah
S.A.W. Ia juga boleh diertikan sebagai amalan yang tidak mempunyai hakikat
kebenaran. Selain itu ia merupakan perkara tahyul yang pada kebiasaannya tidak
boleh diterima oleh akal. Seseorang itu boleh dianggap mengamalkan perkara yang
khurafat apabila ia berpegang dan beriktiqad dengan perkara-perkara yang bukan
daripada ajaran Islam, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh akal yang
waras.
Umat Islam wajib mempercayai bahawa Islam merupakan agama yang suci daripada
segala sesuatu yang tidak berfaedah dan Islam juga tidak menghendaki umatnya
hidup dalam dunia khayalan atau berbuat sesuatu yang karut lebih-lebih lagi
sekiranya ia bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya : Syaitan itu menjanjikan kepada kamu kefakiran dan menyuruh kamu
dengan kejahatan, tetapi Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripada-nya
dan kelebihan dan Allah maha luas pengetahuannya.
(Al-Baqarah ayat 268)
Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa matlamat syaitan adalah untuk
memperdaya dan mengelirukan manusia. Kepercayaan terhadap khurafat amat
besar kesannya kepada umat Islam kerana ia akan merosakkan aqidah hingga boleh
membawa kepada kekufuran dan syirik kepada Allah S.W.T.
Kepercayaan kepada perkara-perkara khurafat seperti kuasa penyakit berjangkit,
perkara kepada burung hantu boleh membawa keburukan, atau bala' bulan safar dan
lain-lain adalah satu anggapan buruk dan bidaah yang keji serta wajib dihindari oleh
umat Islam.
Sabda Rasulullah S.A.W :
Maksudnya : Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung hantu, tiada bala
bulan safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari
dari singa. (Riwayat Bukhari)
Sesuatu bala' atau musibah tidak akan terjadi kepada manusia kecuali dengan
kehendak Allah S.W.T. disamping sebab musabab kejadian tersebut. Namun begitu,
ada di kalangan sesetengah masyarakat Islam yang masih mengamalkan amalan
berbentuk khurafat seperti mandi safar untuk menolak bala dan membersihkan dosa,
menyembah pantai untuk meminta agar mereka selamat apabila berada dilautan,
kepercayaan sesetengah orang tentang adanya sial seperti biawak yang melintasi
seseorang atau masuk ke dalam rumah dikatakan kecelakaan akan menimpa,
adalah karut semata-mata. Begitu juga dengan menepung tawar untuk menolak bala.
Semua itu adalah kepercayaan khurafat yang mesti dihapuskan.
Dari aspek psikologi pula, seseorang yang mempercayai khurafat fikirannya tidak
bebas dan berkembang kerana dibelenggu perasaan takut melanggar batas-batas
dan kepercayaan turun menurun.
Ia boleh menjadikan seseorang itu lemah akal dan imannya kerana kepercayaan
terhadap amalan khurafat tersebut telah menafikan kepercayaan kepada konsep
qada dan qadar Allah S.W.T. selain itu, ia boleh menjadikan seseorang itu malas
berusaha, mudah putus asa, tidak bertawakal kepada Allah S.W.T. dan tidak yakin
untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Faktor-Faktor yang mempengaruhi Amalan Khurafat
Antara faktor yang mempengarui wujudnya amalan khurafat dalam masyarakat Islam
adalah kerana kurangnya pengetahuan agama dimana sesetengah masyarakat
Islam tidak mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama Islam kerana masih
mencampuradukkannya dengan kepercayaan-kepercayaan karut yang diterima
turun-menurun dari nenek moyang. Oleh itu, kita sepatutnya sedar dan insaf dan
kembali kepada Allah S.W.T. dan rasulnya dengan merujuk kepada Al-Quran dan
As-Sunnah.
Disamping itu, kita mestilah memperkukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T.
dengan menolak kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Tiada
konsep sial atau bertuah kerana orang yang beriman dan menurut perintah Allah dan
Rasulnya itulah orang yang bertuah, manakala orang yang ingkar dan tidak taat
kepada Allah S.W.T. adalah orang yang akan mendapat kecelakaan.
Bulan Safar adalah salah satu bulan diantara bulan-bulan Islam yang sama dengan
bulan-bulan yang lain, tiada bala' atau sial dalam bulan Safar.
Cara-cara Mengatasi kerosakan Aqidah
Bagi memastikan agar aqidah mencapai tahap kesempurnaan sebagai seorang
muslim, maka mestilah seseorang itu mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:-
• Mengimani bahawa Allah lah yang maha pencipta alam sejagat ini tanpa
bantuan dari luar.
• Menimani dan menyakini bahawa Allah mengutuskan para Rasul untuk
mengajaw dan memberi pedoman kepada manusia mengenal Allah dan
tentang matlamat kewujudan mereka di dunia.
• Mengimani dan menyakini bahawa matlamat hidup manusia di dunia ini
adalah untuk mengenal Allah serta sifat-sifatnya.
• Yakin bahawa syurga merupakan balasan dan ganjaran bagi mereka yang
mukmin dan taat kepada Allah sebaliknya neraka bagi mereka yang kafir.
• Mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan undang-undang adalah hak
mutlak Allah, ianya tidak boleh diingkar dan di langgar.
• Mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, iaitu tidak
mensyirikkan Allah dengan sesuatu.
• Bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat dan kurnianya yang tiada
terhingga.
• Sentiasa beristighfar kepada Allah dengan menyesal segala perbuatan yang
lampau.
Hubungan Antara Kalimah Syahadah dengan Aqidah
Kalimah syahadah mempunyai perngertian yang luas dan mendalam dan
sekaligus menolak segala macam bentuk kepercayaan yang tidak Islam. Memahami
akan pengertian kalimah syahadah boleh membimbing umat Islam ke arah
mengenali ciri-ciri dan tabiat masyarakat Islam, memberi pedoman untuk
menghadapi masyarakat jahiliah, menentukan cara untuk merubah keadaan hidup
umat manusia seluruhnya serta cara membina satu masyarakat Islam yang sebenar.
Menurut seorang ulama terkenal iaitu Istaz Said Hawa bahawa pengakuan dan
persaksian insaniah cuma bererti sekiranya ianya dilafazkan dengan kegahaman dan
pentasyhidah isi hati. Al-Quran telah merakamkan hakikat ini yang bermaksud:
"Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka
berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul
Allah. Dan Allah sememangnya mengatahui bahawa engkau sebenar-benarnya
ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan
mereka adalah dusta." (Surah al-Munafiqun:1)
Rujukan:
1) http://www.muftiselangor.gov.my/EBook/Koleksikhutbah/AntaraAdatDanAgam
a.htm
2) http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis6.html
3) http://mommyotai.blogspot.com/2008/10/perkara-yang-merosakkan-
akidah.html
4) http://www.islam.gov.my/kesuma/pdf/PengukuhanAqidah.pdf
5) http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=29101&forum=3&
6) http://www.muftiselangor.gov.my/E-
Book/Koleksikhutbah/AntaraAdatDanAgama.htm

More Related Content

What's hot (20)

Kesan iman
Kesan imanKesan iman
Kesan iman
 
ASAS AKIDAH
ASAS AKIDAHASAS AKIDAH
ASAS AKIDAH
 
Sikap rasulullah dalam berdakwah
Sikap rasulullah dalam berdakwahSikap rasulullah dalam berdakwah
Sikap rasulullah dalam berdakwah
 
Syura vs demokrasi
Syura vs demokrasiSyura vs demokrasi
Syura vs demokrasi
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
Bab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadatBab 3. konsep ibadat
Bab 3. konsep ibadat
 
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1  Aqidah Sebagai Pegangan HidupBab 1  Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
Bab 1 Aqidah Sebagai Pegangan Hidup
 
Peranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-UsuluddinPeranan Akidah-Usuluddin
Peranan Akidah-Usuluddin
 
Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
Isu dan Cabaran Rumahtangga MasakiniIsu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
Isu dan Cabaran Rumahtangga Masakini
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
 
KUFUR AKIDAH & AKHLAK
KUFUR AKIDAH & AKHLAK KUFUR AKIDAH & AKHLAK
KUFUR AKIDAH & AKHLAK
 
Isu-isu Kekeluargaan - Poligami
Isu-isu Kekeluargaan - PoligamiIsu-isu Kekeluargaan - Poligami
Isu-isu Kekeluargaan - Poligami
 
Peranan aqidah & kesannya
Peranan aqidah & kesannyaPeranan aqidah & kesannya
Peranan aqidah & kesannya
 
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDINZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
ZAMAN KHULAFA' AL-RASYIDIN
 
Amalan Khurafat Masyarakat Melayu
Amalan Khurafat Masyarakat MelayuAmalan Khurafat Masyarakat Melayu
Amalan Khurafat Masyarakat Melayu
 
Ta’zir
Ta’zirTa’zir
Ta’zir
 
sembelihan
sembelihansembelihan
sembelihan
 
HIA 3013 Hakikat Keimanan
HIA 3013 Hakikat KeimananHIA 3013 Hakikat Keimanan
HIA 3013 Hakikat Keimanan
 
Golongan Munafik
Golongan MunafikGolongan Munafik
Golongan Munafik
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 

Similar to Aqidah dan Amalan Khurafat

Similar to Aqidah dan Amalan Khurafat (20)

2. akidah teras pembangunan muslim
2. akidah teras pembangunan muslim2. akidah teras pembangunan muslim
2. akidah teras pembangunan muslim
 
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
 
Apa ertinya saya menganut islam dfy
Apa ertinya saya menganut islam   dfyApa ertinya saya menganut islam   dfy
Apa ertinya saya menganut islam dfy
 
pendidikan islam
pendidikan islampendidikan islam
pendidikan islam
 
Aqidah, syariah dan akhlaq mulia
Aqidah, syariah dan akhlaq muliaAqidah, syariah dan akhlaq mulia
Aqidah, syariah dan akhlaq mulia
 
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdfpptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
pptaqidahislam-150517090646-lva1-app6891.pdf
 
Ppt aqidah islam
Ppt aqidah islamPpt aqidah islam
Ppt aqidah islam
 
Modul pim 3112
Modul pim 3112Modul pim 3112
Modul pim 3112
 
Tauhid
TauhidTauhid
Tauhid
 
null.pptx
null.pptxnull.pptx
null.pptx
 
Akidah akhlak 7
Akidah akhlak 7Akidah akhlak 7
Akidah akhlak 7
 
Iman khufur dan syirik
Iman khufur dan syirikIman khufur dan syirik
Iman khufur dan syirik
 
Iman kepada allah
Iman kepada allahIman kepada allah
Iman kepada allah
 
Presentation 2 pai
Presentation 2 paiPresentation 2 pai
Presentation 2 pai
 
Presentation 2 pai
Presentation 2 paiPresentation 2 pai
Presentation 2 pai
 
Aqidah
AqidahAqidah
Aqidah
 
Tugas
TugasTugas
Tugas
 
Tugas
TugasTugas
Tugas
 
Modul PIM 3123 SEM6
Modul PIM 3123 SEM6Modul PIM 3123 SEM6
Modul PIM 3123 SEM6
 
Ringkasan amkai
Ringkasan amkaiRingkasan amkai
Ringkasan amkai
 

Recently uploaded

PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSyudi_alfian
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 

Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPSKisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
Kisi-kisi UTS Kelas 9 Tahun Ajaran 2023/2024 Semester 2 IPS
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 

Aqidah dan Amalan Khurafat

  • 1. Pengenalan kepada Aqidah Perkataan Aqidah adalah berasal daripada perkataan Arab berbunyi "AQADA" yang bererti menyimpul sesuatu. Dari segi istilahnya, ialah keimanan yang mantap dan tidak boleh terurai oleh mana-mana pengaruh sama ada dari luar ataupun dari dalam diri seseorang itu. Ikatan aqidah tidak boleh dibandingkan dengan ikatan jasmani yang di lihat secara zahir kerana ia merupakan satu ikatan rohani yang kukuh lagi abstrak antara makhluk dengan penciptaan. Aqidah merupakan asas bagi suatu cara hidup yang lengkap, syumul (menyeluruh) lagi terperinci. Cara hidup demikian tidak mungkin wujud tanpa mempunyai asas yang kukuh. Ini jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: "....Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan dia...." (Surah Yusuf : 40) Sebagaimana yang telah digariskan oleh-Nya dalam al-Quran yang bermaksud: Katakanlah : "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintah-Nya)." (Surah Al-An'Am:162- 163) Peranan Aqidah Aqidah menjadi benteng seseorang mukmin agar tidak dipengaruhi oleh anasir- anasir yang boleh mencemarkan kesucian pegangan aqidah tauhid. Aqidah tauhid yang dimaksudkan di sini ialah mentauhid serta mengesahkan Allah S.W.T. Ia menjadi teras dan ruh terhadap kewujudan agama Islam; mengimani Tuhan Yang Maha Esa, bagi-Nya tempat kembali. Dia adalah Tuhan pemelihara setiap perkara,
  • 2. pentadbir semua urusan, hanya Dia sahaja yang layak disembah dan tidak boleh diingkari, Dia layak diajukan kesyukuran, tidak dikufuri dan hanya Dia patut ditaati. Sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran yang bermaksud: "Yang demikian (sifat-sifat dan kekuasaan-Nya) ialah Allah Tuhan kamu tiada Tuhan (yang disembah dengan sebenar-benarnya), melainkan Dia yang menciptakan tiap-tiap sesuatu. Oleh tiu beribadatlah kamu kepada-Nya dan (ingatlah), Dialah yang mentadbirkan segala-galanya." (Surah al-An-Am:102) Kepentingan Memelihara Aqidah Aqidah seseorang perlu dijaga sehingga ajalnya. Mereka yang dapat menjaga aqidahnya dijamin masuk syurga. Firman Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah kamu mati melainkan sebagai seorang muslim.Manakala hadis Rasulullah menyebut yang bermaksud : Sesiapa yang akhir kalamnya mengucap akan masuk syurga.” (Ali-Imran, 102) Antara Perkara – Perkara Yang Merosakkan Aqidah 1. Menyekutukan Allah (Syirik) 2. Menenung nasib dan bermain sihir (Amalan – amalan khurafat) 3. Bertawakal kepada makhluk (Bergantung nasib pada makhluk) 4. Mengkafirkan orang Islam yang telah nyata Islamnya. Dan tidak mengkufurkan orang kafir yang telah nyata kufurnya. 5. Yakin dan percaya ideologi yang dibawa oleh manusia lebih baik daripada sistem Islam. 6. Mencaci Nabi dan Sunnahnya. 7. Hukum Allah menjadi sendaan dan gurauan. 8. Membantu orang kafir untuk merosakkan Islam 9. Beranggapan bahawa keluar daripada Islam tidak apa-apa 10.Menolak sebahagian daripada Al-Quran dan menerima sebahagian Al-Quran.
  • 3. Bagaimana Amalan khurafat boleh merosakkan Aqidah? Dalam konteks Aqidah, khurafat bermaksud bidaah aqidah yang merupakan kepercayaan kepada sesuatu yang menyalahi syariat yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Ia juga boleh diertikan sebagai amalan yang tidak mempunyai hakikat kebenaran. Selain itu ia merupakan perkara tahyul yang pada kebiasaannya tidak boleh diterima oleh akal. Seseorang itu boleh dianggap mengamalkan perkara yang khurafat apabila ia berpegang dan beriktiqad dengan perkara-perkara yang bukan daripada ajaran Islam, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras. Umat Islam wajib mempercayai bahawa Islam merupakan agama yang suci daripada segala sesuatu yang tidak berfaedah dan Islam juga tidak menghendaki umatnya hidup dalam dunia khayalan atau berbuat sesuatu yang karut lebih-lebih lagi sekiranya ia bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Firman Allah S.W.T. : Maksudnya : Syaitan itu menjanjikan kepada kamu kefakiran dan menyuruh kamu dengan kejahatan, tetapi Allah menjanjikan kamu dengan keampunan daripada-nya dan kelebihan dan Allah maha luas pengetahuannya. (Al-Baqarah ayat 268) Ayat ini mengingatkan kepada kita bahawa matlamat syaitan adalah untuk memperdaya dan mengelirukan manusia. Kepercayaan terhadap khurafat amat besar kesannya kepada umat Islam kerana ia akan merosakkan aqidah hingga boleh membawa kepada kekufuran dan syirik kepada Allah S.W.T.
  • 4. Kepercayaan kepada perkara-perkara khurafat seperti kuasa penyakit berjangkit, perkara kepada burung hantu boleh membawa keburukan, atau bala' bulan safar dan lain-lain adalah satu anggapan buruk dan bidaah yang keji serta wajib dihindari oleh umat Islam. Sabda Rasulullah S.A.W : Maksudnya : Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung hantu, tiada bala bulan safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti engkau lari dari singa. (Riwayat Bukhari) Sesuatu bala' atau musibah tidak akan terjadi kepada manusia kecuali dengan kehendak Allah S.W.T. disamping sebab musabab kejadian tersebut. Namun begitu, ada di kalangan sesetengah masyarakat Islam yang masih mengamalkan amalan berbentuk khurafat seperti mandi safar untuk menolak bala dan membersihkan dosa, menyembah pantai untuk meminta agar mereka selamat apabila berada dilautan, kepercayaan sesetengah orang tentang adanya sial seperti biawak yang melintasi seseorang atau masuk ke dalam rumah dikatakan kecelakaan akan menimpa, adalah karut semata-mata. Begitu juga dengan menepung tawar untuk menolak bala. Semua itu adalah kepercayaan khurafat yang mesti dihapuskan. Dari aspek psikologi pula, seseorang yang mempercayai khurafat fikirannya tidak bebas dan berkembang kerana dibelenggu perasaan takut melanggar batas-batas dan kepercayaan turun menurun. Ia boleh menjadikan seseorang itu lemah akal dan imannya kerana kepercayaan terhadap amalan khurafat tersebut telah menafikan kepercayaan kepada konsep qada dan qadar Allah S.W.T. selain itu, ia boleh menjadikan seseorang itu malas
  • 5. berusaha, mudah putus asa, tidak bertawakal kepada Allah S.W.T. dan tidak yakin untuk menghadapi cabaran dan dugaan hidup. Faktor-Faktor yang mempengaruhi Amalan Khurafat Antara faktor yang mempengarui wujudnya amalan khurafat dalam masyarakat Islam adalah kerana kurangnya pengetahuan agama dimana sesetengah masyarakat Islam tidak mempunyai pegangan yang kuat terhadap agama Islam kerana masih mencampuradukkannya dengan kepercayaan-kepercayaan karut yang diterima turun-menurun dari nenek moyang. Oleh itu, kita sepatutnya sedar dan insaf dan kembali kepada Allah S.W.T. dan rasulnya dengan merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Disamping itu, kita mestilah memperkukuhkan keimanan kepada Allah S.W.T. dengan menolak kepercayaan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Tiada konsep sial atau bertuah kerana orang yang beriman dan menurut perintah Allah dan Rasulnya itulah orang yang bertuah, manakala orang yang ingkar dan tidak taat kepada Allah S.W.T. adalah orang yang akan mendapat kecelakaan. Bulan Safar adalah salah satu bulan diantara bulan-bulan Islam yang sama dengan bulan-bulan yang lain, tiada bala' atau sial dalam bulan Safar. Cara-cara Mengatasi kerosakan Aqidah Bagi memastikan agar aqidah mencapai tahap kesempurnaan sebagai seorang muslim, maka mestilah seseorang itu mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:- • Mengimani bahawa Allah lah yang maha pencipta alam sejagat ini tanpa bantuan dari luar. • Menimani dan menyakini bahawa Allah mengutuskan para Rasul untuk mengajaw dan memberi pedoman kepada manusia mengenal Allah dan tentang matlamat kewujudan mereka di dunia.
  • 6. • Mengimani dan menyakini bahawa matlamat hidup manusia di dunia ini adalah untuk mengenal Allah serta sifat-sifatnya. • Yakin bahawa syurga merupakan balasan dan ganjaran bagi mereka yang mukmin dan taat kepada Allah sebaliknya neraka bagi mereka yang kafir. • Mengimani dan meyakini bahawa pensyariatan undang-undang adalah hak mutlak Allah, ianya tidak boleh diingkar dan di langgar. • Mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah semata-mata, iaitu tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu. • Bersyukur kepada Allah dengan segala nikmat dan kurnianya yang tiada terhingga. • Sentiasa beristighfar kepada Allah dengan menyesal segala perbuatan yang lampau. Hubungan Antara Kalimah Syahadah dengan Aqidah Kalimah syahadah mempunyai perngertian yang luas dan mendalam dan sekaligus menolak segala macam bentuk kepercayaan yang tidak Islam. Memahami akan pengertian kalimah syahadah boleh membimbing umat Islam ke arah mengenali ciri-ciri dan tabiat masyarakat Islam, memberi pedoman untuk menghadapi masyarakat jahiliah, menentukan cara untuk merubah keadaan hidup umat manusia seluruhnya serta cara membina satu masyarakat Islam yang sebenar. Menurut seorang ulama terkenal iaitu Istaz Said Hawa bahawa pengakuan dan persaksian insaniah cuma bererti sekiranya ianya dilafazkan dengan kegahaman dan pentasyhidah isi hati. Al-Quran telah merakamkan hakikat ini yang bermaksud: "Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengatahui bahawa engkau sebenar-benarnya ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta." (Surah al-Munafiqun:1)
  • 7. Rujukan: 1) http://www.muftiselangor.gov.my/EBook/Koleksikhutbah/AntaraAdatDanAgam a.htm 2) http://www.al-azim.com/masjid/sinopsis6.html 3) http://mommyotai.blogspot.com/2008/10/perkara-yang-merosakkan- akidah.html 4) http://www.islam.gov.my/kesuma/pdf/PengukuhanAqidah.pdf 5) http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=29101&forum=3& 6) http://www.muftiselangor.gov.my/E- Book/Koleksikhutbah/AntaraAdatDanAgama.htm