SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
A1001 Pendidikan Islam
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihani”
".....barang siapa yang kafir sesudah beriman ( tidak menerima hukum-hukum
Islam ), maka hapuslah amalanya ( yang baik ) dan ia di akhirat termasuk
orang-orang yang rugi."
( Surah Al-Maidah : 5 )
“Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang
tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu
tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan
pahala)” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
A1001 Pendidikan Islam
KHURAFAT DALAM MASYARAKAT MASA KINI
A1001 Pendidikan Islam
KHURAFAT MENYELEWENG AKIDAH.
Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab : kharafa-yakhrifu-kharfan-
khurafatan. Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada "superstition".
Dari segi bahasa khurafat didefinisikan sebagai sebaris kata yang membawa erti
kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul. Contohnya : kata-katanya itu banyak
bida’ah dan ~. Ia merupakan amalan hidup yang pernah wujud di dalam masyararakat
jahiliah pada masa lalu.
Manakala menurut istilah syarak pula mengertikan perkara ini sebagai semua
kepercayaan yang diyakini kegiatannya memiliki dasar dan bersumber daripada ajaran
agama Islam walaupun pada hakikatnya perkara tersebut adalah bertentangan dengan
ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu penutup para nabi dan rasul yang
diutuskan oleh Allah s.w.t.
Pada mulanya perkataan ini lebih dimaksudkan untuk semua hal atau
kepercayaan yang bertentangan dengan kaedah Islamiah yang benar. Akan tetapi
selanjutnya juga dimaksudkan untuk semua praktik, aktviti mahupun kegiatan
muamalah atau bidang-bidang yang menjadi lapangan berlaku tuntutan syariat
padanya.
Ramai di antara umat Islam terlepas pandang atau tidak mengambil berat akan
perkara ini, namun inilah hakikatnya bahawa gejala ini telah menular di dalam agama Islam
dalam pelbagai sudut, aspek dan bentuk sehingga ia telah meliputi konsep ibadah dan
kehidupan masyarakat Islam sendiri.
Khurafat yang diyakini oleh pelakunya sebagai sesuatu yang dibenarkan oleh
agama mungkin sahaja dapat dapat memberikan ketenangan dan kemantapan jiwa bagi
melakukannya. Malangnya, kerana perbuatan itu pada dasarnya menyimpang dari
tuntutan agama yang sebenar, maka kenikmatan itu adalah bersifat semu, iaitu tidak
kekal. Hal ini sama sekali bertentangan dengan fitrah manusia kerana ia
bertentangan dengan akal sihat.
Bila Islam memusatkan seluruh pengabdian kepada Allah s.w.t maka khurafat
menyelewengkannya daripada pemusatan tersebut secara tidak langsung dan bila Islam
melapangkan bidang muamalah bagi manusia, ia cenderung pula untuk
menyempitkannya.
A1001 Pendidikan Islam
BERTAPAKNYA AMALAN KHURAFAT
Dinaisme - Animisme
Lipatan sejarah telah memaparkan bahawa manusia yang menduduki rantau ini
memulakan keagamaan mereka dengan fahaman dinaisme-animisme.
Fahaman dinamisme ialah satu faham yang merujuk suatu kepercayaan yang
meyakini adanya tenaga atau kuasa ghaib yang tidak berperibadi pada tumbuh-
tumbuhan, benda-benda, haiwan ataupun manusia sendiri. Contohnya ia berupa
pretasi luar biasa yang dimilik. Maka itu, lelaki yang sangat berani, kayu yang paling kuat,
pokok yang lebih besar atau banyak buahnya dipercayai mempunyai kuasa yang lebih
banyak daripada lainnya.
Manakala fahaman animisme pula merupakan kepercayaan akan adanya jiwa dan
roh yang dapat mempengaruhi kepercayan akan kewujudan jiwa dan roh yang dapat
mempengaruhi alam manusia.
Seperti yang dapat kita lihat, animisme biasanya akan menonjolkan sesuatu
praktis seperti pemujaan dan perhambaan diri kepada sesuatu kuasa ghaib yang
berperibadi, dengan mengharapkan perlindungan atau pertolongan bagi daripada kuasa
tersebut di mana pertolongan makhluk halus berkenaan sebenarnya adalah jin.
Pengatuh Hinduisme – Buddhaisme
Sebelum kedatangan Islam, Hinduisme dan Buddhaisme telah terlebih dahulu
tersebar di alam melayu. Disebabkan kedua-dua agama ini membawa unsur-unsur
dinaisme dan anamisme yang tersendiri maka ini telah menyuburkankan lagi fahaman
anisme dalam kalangan masyarakat.
Kedatangan Islam
Walaupun Islam agama yang cukup ketat dan tegas amalan tauhidnya, namun cara
dan pendekatan yang digunakan oleh mubaligh-mubaligh dari arab dalam proses
penyebaran agama tauhid ini ialah dalam bentuk penuh toleransi, At-tadarruj atau
beransur-ansur dan tidak mengubah, bahkan menyesuaikan sebahagian. Hal ini bagi
A1001 Pendidikan Islam
memudahkan masyarakat untuk menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Dengan itu terwarislah elemen-elemen fahaman animisme dan Hindu-Buddha yang
terdapat di dalam adat masyarakat kita lantas bercampur-aduk dengan ajaran Islam
sehingga ke hari ini dan tidak dihapuskan. Contohnya persembahan dan jamuan kepada roh
diubah kepada kenduri tahlil dan makan bersama, adat membakar kemenyan dan
becaan mentera kepada roh-roh selepas mati diubah kepada upacara tahlil serta dia
dengan nada yang panjang dan sedih.
Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam
yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia, termasuk di
negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni.
Perlu diingatkan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam ialah
sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin walaupun yang diseru itu
datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih. Perkara ini dilihat sebagai
bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni kerana ia memesongkah akidah yang
menyeru pemusatan kepada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi jika makhluk tersebut dari
golongan jin kafir. Firman Allah :
"Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang
daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada
ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin
bertambah sombong dan jahat."
( Surah Al-Jin : Ayat 6 )
A1001 Pendidikan Islam
AMALAN KHURAFAT MASIH BERTERUSAN
Dalam kalangan masyarakat sekarang, negara kita umumnya terdapat banyak
gejala khurafat, ia adalah hasil budaya orang kita yang terlalu percayakan hal-hal yang
bawa oleh orang terdahulu daripada mereka tanpa merujuknnya secara mendalam
di dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta para alim ulama kerana iman
yang kurang mantap termasuk sikap masyarakat yang inginkan jalan mudah dalam
mencari kesenangan dan kebahagiaan hidup serta sikap orang kita yang amat kuat
berpegang kepada adat. Buktinya peribahasa yang berbunyi “Biar mati anak, jangan mati
adat.”
Adapun gejala khurafat ini terdidik dari kecil, contohnya di dalam budaya
masyarakat kita adalah menjadi kebiasaan kanak-kanak sering ditakutkan dengan hantu
pada malam jumaat sedangkan pada malam tersebut Allah s.w.t menurunkan rahmat untuk
semua hamba-Nya pada malam tersebut. Bahkan ada lagi satu situasi di mana kanak-kanak
takutkan dengan hantu apabila tidak mendengar ibu bapa, kenapa sahaja tidak katakan
kepada anak tersebut bahawa Tuhan akan marah? Rasanya itu lebih baik dan akan
memupuk semangat takut akan Maha Pencipta.
Walau bagaimanpun khurafat juga boleh berlaku secara tidak sengaja oleh
pelakunya atau sebaliknya. Hal ini boleh berlaku terhadap sesuatu individu, kelompok dan
istitusi masyarkat masa kini kerana lemahnya mereka yang bersangkutan untuk menolak
godaan khurafat atau ada maksud-maksud tertentu. Mungkin tanggungjawab terhadap Allah
s.w.t jauh lebih berat dan besar dibandingkan dengan pelanggaran- pelanggaran lainya
yang dilakukan dengan sengaja.
Khurafat secara tidak sengaja lazimnya berlaku disebabkan oleh kejahilan
pelakunya bahawa hal berkenaan tidak dibenarkan oleh Islam dan terpesong dari
landasan yang benar. Namun, bagi mereka yang melakukan perbuatan khurafat ini
dengan sengaja ataupun tidak, pintu taubat masih terbuka untuk mereka asalkan
mereka mahu bertaubat.
A1001 Pendidikan Islam
BENTUK KHURAFAT.
Khurafat masih wujud di dalam masyarkat Islam sekarang, bahkan ia juga telah
muncul dalam bentuk-bentuk yang berbagai-bagai samada dalam bentuk perbuatan
tertentu, ungkapan tertentu, cerita atau kisah tertentu, bilangan tertentu, serta konsep,
prinsip atau mazhab tertentu. Amalan mengunjungi kubur yang dianggap keramat
mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial membuang ancak
bagi menghalau hantu adalah sebahagian bentuk gejala khurafat.
Melenggang Perut.
Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di
selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan
panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang
telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di
dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting
bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa
itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul
telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh
bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat
melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat
ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut:
1. Tujuh helai kain yang berlainan warna.
2. Satu gantang beras.
3. Sebiji buah kelapa.
4. Beberapa urat benang.
5. Satu batang damar.
6. Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
7. Beberapa batang lilin.
8. Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
A1001 Pendidikan Islam
9. Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.
Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat
melenggang perut seperti berikut:
Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara
melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan
kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut
secara perlahan-lahan.
Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan
secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan
pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada
perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan
bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata
kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke
bawah, anak perempuan akan dilahirkan.
Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas
sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi.
Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari
sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar
daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis
ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di
bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras,
damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu.
Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang
akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu
berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian
yang baru dan cantik.
Temasya Mandi Safar
Temasya Mandi Safar merupakan satu perayaan orang Melayu khususnya orang
Melaka yang diwarisi sejak zaman berzaman. Temasya ini diadakan setiap tahun apabila
tiba bulan Safar iaitu bulan kedua di dalam kalendar Islam. Ia disambut pada hari Rabu yang
terakhir dalam bulan tersebut.
A1001 Pendidikan Islam
Sebelum Perang Dunia II, sebahagian masyarakat menganggap temasya mandi
Safar ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Islam. Menurut anggapan
mereka, kononnya hari tersebut dirayakan sebagai menyatakan kesyukuran kerana
junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. telah sembuh daripada sakit yang amat berat.
Ada pendapat yang menganggap bulan Safar bulan Nahas atau bulan Bala
kerana di dalam bulan ini terutamanya pada hari Rabu terakhir, Allah banyak
menurunkan bala kepada makhluknya di dunia ini. Oleh itu orang-orang tua sering
mengingatkan anak cucu mereka agar berhati-hati ketika melakukan sebarang
pekerjaan.
Oleh kerana wujud kepercayaan seumpama ini, maka upacara perkahwinan,
pertunangan dan majlis keraian tidak dilalukan pada bulan tersebut kerana dipercayai jodoh
teruna dan dara tidak berkekalan.
Di Melaka tempat yang terkenal mengamalkan pesta Mandi Safar ialah di
Tanjung Beruas, Tanjung Kling, Melaka. Tempat ini terletak di tepi laut Selat Melaka iaitu
kira-kira tujuh batu dari Bandar Melaka.
Dalam menjayakan pesta ini, kereta lembu memainkan peranan yang penting.
Pemilik kereta lembu yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat tani akan
mengambil bahagian. Setiap tahun pada malam Rabu akhir bulan Safar mereka akan
membanjiri sepanjang pantai Tanjung Keling dengan membawa kumpulan mereka.
Beberapa minggu sebelum tibanya hari tersebut, lembu-lembu ini akan dibersihkan dan
disapu minyak. Di samping itu mereka akan mengumpulkan alat muzik seperti biola, gong
dan gendang bagi mengiringi mereka nanti.
Semasa dalam perjalanan mereka akan mengesek biola, memukul gendang dan
gong serta menyanyi sepanjang jalan sehingga ke Tanjung Kling. Mereka akan
menyanyi sambil berbalas pantun dalam berbagai corak pantun.
Azimat
Semua benda-benda yang dipercayai dapat melindungi diri seseorang daripada
segala ancaman marabahaya atau mencegah musibah daripada menimbah diri
manusia. Tangkal adalah salah satu daripadanya.
Tangkal merupakan barang yang dibuat untuk dipakai seperti gelang tangan yang
diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk
A1001 Pendidikan Islam
diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan tujuan melindung dari gangguan syaitan seperti
kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di sudut kediaman.
Lazimnya benda-benda sebegini didapati daripada pengamal-pengamal ilmu hitam
atau sihir dan ia diyakini mempunyai kekuasatan ghaib serta memilik khadamnya
yang terdiri makhluk ghaib.
Manakala waraq pula adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf,
nombor, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam
bahasa yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat Al-Quran.
Itulah sebabnya ada golongan yang terpedaya sehingga mempercayai ia berkaitan
dengan ajaran Islam.
Jika wafaq tersebut mempunyai tulisan ayat Al-Quran maka si pemakainya
sebenarnya telah menghina Al-Quran kerana menganggap remeh ayat-ayat dalam kitab
suci itu dan ini benar-benar bertentangan dengan apa yang dimuatkan di dalamnya.
Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dari kegelapan, bukan sebagai
azimat.
Fenomena ini bertentangan dengan Islam kerana tiada daya melainkan Allah s.w.t.
Dan tentunya kita pernah mendengar ayat ini “Tidak akan berlakunya sesuatu perkara itu
melainkan dengan izin Allah s.w.t.” Perbuatan ini ditentang keras di sisi agama islam
kerana ia boleh menjerumuskan seorang individu kepada syirik. Tambahan lagi
hadis umumnya melarang azimat dan tidak disebutkan pula pengecualiannya
walaupun ada percanggahan pendapat dalam kalangan alim ulama.
SMS Atau Surat Berantai
Tercetus daripada kemajuaan teknologi yang dikecapi oleh masyarakat masa kini.
Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak perasan, terlepas pandang dan tidak
mengambil berat perkara ini bahawa bentuk amalan ini mempunyai unsur-unsur khurafat
yang amat halus.
Jika kita selidiki setiap surat berantai atau SMS berantai pastinya dimulakan
dengan cerita-cerita yang menginsafkan dan mengingatkan kembali seseorang akan
tuntutan Islam namun sebaliknya pula di akhir helaian atau pun SMS. Contoh
pengakhiran suatu SMS atau surat berantai lebih kurang begini :
“Barang siapa yang tidak menyebarkan SMS kepada sepuluh orang ini atau
mengabaikannya, maka dia akan ditimpah kesusahan selama tujuh hari. Manakala
A1001 Pendidikan Islam
siapa yang mereka menyebarkannya pasti ada akan dilimpahi kesenangan daripada
Allah s.w.t selama tujuh minggu.”
Justeru, orang yang menerima SMS atau surat tersebut pun terpedaya dan
menyebarkannnya kepada sepuluh orang kerana takut dengan kesusahan yang
diperkatakan itu sama ada secara terpaksa atau tidak.
Namun itu bukanlah persoalannya utamanya, persoalannya di sini mereka yang
mempercayai perkara ini telah dipesongkan akidahnya. Sama ada percaya atau tidak,
mereka yang termakan dengan ayat seperti di atas sebenar telah meletakkan kekuasaan
untuk menentukan takdir hidup mereka pada SMS atau helaian berkenaan bukannya Allah
s.w.t. Susunan ayat seperti di atas telah mengalihkan keyakinan mereka daripada Maha
Pencipta secara halus. Kemungkinan gejala terbaru ini adalah sebahagian rancangan
musuh-musuh Islam tidak boleh diambil ringan.
A1001 Pendidikan Islam
AKIBAT MEMPERCAYAI ATAU MENGAMALKAN
PERBUATAN KHURAFAT.
Gejala khurafat boleh menyeleweng akidah seorang invidu muslim dengan
mengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (Pencipta/Allah) kepada
makhluk (yang dicipta). Hal ini ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorang
individu muslim kepada syirik kerana apabila kita merujuk kepada Al-Quran terdapat
beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak
kepercayaan terhadap yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan atau menolak
keburukan. Yang memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t. kepada- Nya
seluruh makhluk bergantung. Firman Allah :
“Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon
kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehnedaki ke atas kamu
sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika
Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepada ku adakah mereka itu
boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk
segala-galanya. Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang
bertawakal.”
( Surah Al-Zumar : Ayat 38 )
Khurafat boleh membatalkan iman seorang muslim dan menggugurkan
syahadah yang telah diucapkannya disamping membazir masa, tenaga dan harta
dengan perkara sia-sia serta menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik
disamping boleh menjatuhkan seorang muslim kepada syirik. Hadis Nabi :
“Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak
termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak
diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)”
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
A1001 Pendidikan Islam
Kemudian, masyarakat yang mengamalkan akan mengalami banyak krisis
kemunduran terutama sekali amalan akhlak. Situasi ini boleh kita lihat apabila
merenung bagaimana keadaan masyarakat jahiliah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.
Pelbagai perkara telah disempitkan oleh gejala khurafat. Fikiran pun kolot.
Oleh yang demikian tidak beruntunglah sesuatu bangsa suatu umat selagi mana
amalan khurafat ini masih bertapak di dalam kelompok mereka walaupun mereka dapat
mengecapi nikmat dunia.
A1001 Pendidikan Islam
KESIMPULAN
Pada hari ini usaha untuk membendung amalan khurafat merupakan suatu usaha
yang mencabar. Memang benar masyarakat kita pada hari ini sudah lebih matang
berbanding dulu, tapi lebih kepada hal keduniaan, kalau tidak masakan gejala maksiat boleh
berleluasa.
Kalau masayarakat kita terus-menerus meletakkan beban untuk membanteras
gejala sebegini kepada pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Majlis
Ugama Islam Sabah maka sudah pasti akan runtuhnya akidah sebahagian besar umat Islam.
Usaha-usaha untuk membasmi dan membanteras gejala khurafat boleh
dilakukan melalui kerjasama di antara masyarakat dengan majlis agama bagi
menangani semua perkara yang boleh menggugat keteguhan akidah umat Islam.
Mustahil perkara ini tidak boleh dilakukan jika Rakan Cop boleh diwujudkan di negara
kita Malaysia.
Selian itu masjid juga boleh digunakan sebagai medium untuk melumpuhkan gejala
khurafat dengan mengadakan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat secara giat.
Tidak dinafikan bahawa media massa juga boleh digunakan seperti majalah Al-Islam,
itu adalah lebih baik daripada tindakan sebahagian syarikat majalah yang menerbitkan
majalah seperti Mingguan Misteri yang seolah-olah meniupkan semangat khurafat dalam
masyarakat kita.
Akhir sekali, penggubalan undang-undang perlulah dilakukan. Kalau boleh
diwujudkan satu lagi perundangan berasaskan Islam di negara kita bagi menjaga agama
tauhid ini. I.S.A sahaja tidak cukup. Mungkin kita boleh mewujudkan akta yang boleh
menyabitkan seorang pengamal sihir atas kesalahan boleh memesongkan akidah umat
Islam.
Sebelum kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda amat risaukan umatnya, jadi
umat Islam selayaknya membalas kebimbangan itu dengan menjaga akidah serta
mengamalkan “Amar ma’aruf nahi mungkar” yang kini kian dilupakan bagi
menegakkan agama Allah di muka bumi ini. “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu
kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri”. Wallahu’alam.
A1001 Pendidikan Islam
RUJUKAN
Buku
Ensiklopedia Islam, 1998. Malaysian Encyclopedia Research Centre.
Kamus Dewan Edisi Ke Empat, 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ensiklopedia Islam, 2004. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Laman Web
http://www.ashtech.com.my/adat/lenggang_perut.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Temasya_Mandi_Safar
http://nurjeehan.hadithuna.com/ilmu-akidah-perisai-utama-elak-khurafat/
http://www.scribd.com/doc/3243947/PANDANGAN-ISLAM-TERHADAP-
KHURAFAT

More Related Content

What's hot

Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaKhalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Nurhawa Rosman
 
Kepentingan iman
Kepentingan imanKepentingan iman
Kepentingan iman
zulhilmi94
 
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupanKesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Saufi Suhaimi
 
IHSAN TERHADAP BINATANG
IHSAN TERHADAP BINATANGIHSAN TERHADAP BINATANG
IHSAN TERHADAP BINATANG
anuar2u
 
Slide 3 beriman kepada kitab
Slide 3  beriman kepada kitabSlide 3  beriman kepada kitab
Slide 3 beriman kepada kitab
Sam Pasir Panjang
 

What's hot (20)

Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasaKhalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
Khalifah umar bin al khattab dan sumbangan semasa
 
Kepentingan iman
Kepentingan imanKepentingan iman
Kepentingan iman
 
Pengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayuPengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayu
 
Bab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrahBab 13 islam agama fitrah
Bab 13 islam agama fitrah
 
Kesan iman
Kesan imanKesan iman
Kesan iman
 
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupanKesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
Kesan mengamalkan akhlak mahmudah dalam kehidupan
 
Bab 27 akhlak terpuji hiasan diri
Bab 27 akhlak terpuji hiasan diriBab 27 akhlak terpuji hiasan diri
Bab 27 akhlak terpuji hiasan diri
 
Agama Hindu
Agama HinduAgama Hindu
Agama Hindu
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
pemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
pemikiran asing, islam liberal dan sekularismepemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
pemikiran asing, islam liberal dan sekularisme
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Ayat dan hadis mutasyabihat
Ayat dan hadis mutasyabihatAyat dan hadis mutasyabihat
Ayat dan hadis mutasyabihat
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
 
IHSAN TERHADAP BINATANG
IHSAN TERHADAP BINATANGIHSAN TERHADAP BINATANG
IHSAN TERHADAP BINATANG
 
Dakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAWDakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAW
 
Matlamat tamadun islam
Matlamat tamadun islamMatlamat tamadun islam
Matlamat tamadun islam
 
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAHAKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
AKIDAH 1 SEM 3 AHLU SUNNAH WAL JAMAAH
 
Slide 3 beriman kepada kitab
Slide 3  beriman kepada kitabSlide 3  beriman kepada kitab
Slide 3 beriman kepada kitab
 
Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian HudaibiyahPerjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Hudaibiyah
 
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAWPandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
Pandangan Barat terhadap Rasulullah SAW
 

Viewers also liked (6)

Khurafat
KhurafatKhurafat
Khurafat
 
Ajaran sesat, Murtad, Syirik dan Khurafat
Ajaran sesat, Murtad, Syirik dan KhurafatAjaran sesat, Murtad, Syirik dan Khurafat
Ajaran sesat, Murtad, Syirik dan Khurafat
 
Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-
Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-
Isu merosakkan aqidah umat Islam -SIHIR-
 
Al Aqsa Carpets - Company Profile
Al Aqsa Carpets - Company ProfileAl Aqsa Carpets - Company Profile
Al Aqsa Carpets - Company Profile
 
Syafiq folio(pai)
Syafiq folio(pai)Syafiq folio(pai)
Syafiq folio(pai)
 
Komunikasi film 2016
Komunikasi film 2016Komunikasi film 2016
Komunikasi film 2016
 

Similar to Khurafat

Ajaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnyaAjaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnya
Faizah Yahya
 
Aqidah islamiyah
Aqidah islamiyahAqidah islamiyah
Aqidah islamiyah
nyongkoh
 
Agama dan manusia
Agama dan manusiaAgama dan manusia
Agama dan manusia
ahmadt2000
 
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
MohdTajuddin
 
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimatHukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Mohamad_Nizam_Zafael
 

Similar to Khurafat (20)

Urgensii aqidah di era modern
Urgensii aqidah di era modernUrgensii aqidah di era modern
Urgensii aqidah di era modern
 
Ajaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnyaAjaran sesat dan pengaruhnya
Ajaran sesat dan pengaruhnya
 
Aqidah islamiyah
Aqidah islamiyahAqidah islamiyah
Aqidah islamiyah
 
Agama dan manusia
Agama dan manusiaAgama dan manusia
Agama dan manusia
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
Mohd tajuddin ahmad d20112054651 tugasan individu hia3013
 
Ninang agama
Ninang agamaNinang agama
Ninang agama
 
Ninang agama AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
Ninang agama AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA Ninang agama AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
Ninang agama AKBID PARAMATA RAHA KAB. MUNA
 
Makalah agama ice
Makalah agama iceMakalah agama ice
Makalah agama ice
 
EFEKTIVITAS KEGIATAN KEGAMAAN DALAM MENANGANI KENAKALAN REMAJA DI DESA MUNTE....
EFEKTIVITAS KEGIATAN KEGAMAAN DALAM MENANGANI KENAKALAN REMAJA DI DESA MUNTE....EFEKTIVITAS KEGIATAN KEGAMAAN DALAM MENANGANI KENAKALAN REMAJA DI DESA MUNTE....
EFEKTIVITAS KEGIATAN KEGAMAAN DALAM MENANGANI KENAKALAN REMAJA DI DESA MUNTE....
 
Aqidah islam
Aqidah islamAqidah islam
Aqidah islam
 
Prinsip kaidah agama
Prinsip kaidah agama Prinsip kaidah agama
Prinsip kaidah agama
 
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.ppt
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.pptISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.ppt
ISLAM SEBAGAI WAY OF LIFE.ppt
 
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimatHukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
Hukum%20 beramal%20dengan%20khurafat%20&%20azimat
 
Makalah agama ice
Makalah agama iceMakalah agama ice
Makalah agama ice
 
Makalah agama ice
Makalah agama iceMakalah agama ice
Makalah agama ice
 
Makalah agama ice
Makalah agama iceMakalah agama ice
Makalah agama ice
 
Makalah agama ice
Makalah agama iceMakalah agama ice
Makalah agama ice
 
Makalah agama ice
Makalah agama iceMakalah agama ice
Makalah agama ice
 
Hubungan agama dan profesi kebidanan
Hubungan agama dan profesi kebidananHubungan agama dan profesi kebidanan
Hubungan agama dan profesi kebidanan
 

Khurafat

  • 1. A1001 Pendidikan Islam “Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani” ".....barang siapa yang kafir sesudah beriman ( tidak menerima hukum-hukum Islam ), maka hapuslah amalanya ( yang baik ) dan ia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." ( Surah Al-Maidah : 5 ) “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
  • 2. A1001 Pendidikan Islam KHURAFAT DALAM MASYARAKAT MASA KINI
  • 3. A1001 Pendidikan Islam KHURAFAT MENYELEWENG AKIDAH. Perkataan khurafat ini berasal dari bahasa arab : kharafa-yakhrifu-kharfan- khurafatan. Dari pandangan bahasa Inggerisnya merujuk kepada "superstition". Dari segi bahasa khurafat didefinisikan sebagai sebaris kata yang membawa erti kepercayaan yang karut, dongeng dan tahyul. Contohnya : kata-katanya itu banyak bida’ah dan ~. Ia merupakan amalan hidup yang pernah wujud di dalam masyararakat jahiliah pada masa lalu. Manakala menurut istilah syarak pula mengertikan perkara ini sebagai semua kepercayaan yang diyakini kegiatannya memiliki dasar dan bersumber daripada ajaran agama Islam walaupun pada hakikatnya perkara tersebut adalah bertentangan dengan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, iaitu penutup para nabi dan rasul yang diutuskan oleh Allah s.w.t. Pada mulanya perkataan ini lebih dimaksudkan untuk semua hal atau kepercayaan yang bertentangan dengan kaedah Islamiah yang benar. Akan tetapi selanjutnya juga dimaksudkan untuk semua praktik, aktviti mahupun kegiatan muamalah atau bidang-bidang yang menjadi lapangan berlaku tuntutan syariat padanya. Ramai di antara umat Islam terlepas pandang atau tidak mengambil berat akan perkara ini, namun inilah hakikatnya bahawa gejala ini telah menular di dalam agama Islam dalam pelbagai sudut, aspek dan bentuk sehingga ia telah meliputi konsep ibadah dan kehidupan masyarakat Islam sendiri. Khurafat yang diyakini oleh pelakunya sebagai sesuatu yang dibenarkan oleh agama mungkin sahaja dapat dapat memberikan ketenangan dan kemantapan jiwa bagi melakukannya. Malangnya, kerana perbuatan itu pada dasarnya menyimpang dari tuntutan agama yang sebenar, maka kenikmatan itu adalah bersifat semu, iaitu tidak kekal. Hal ini sama sekali bertentangan dengan fitrah manusia kerana ia bertentangan dengan akal sihat.
  • 4. Bila Islam memusatkan seluruh pengabdian kepada Allah s.w.t maka khurafat menyelewengkannya daripada pemusatan tersebut secara tidak langsung dan bila Islam melapangkan bidang muamalah bagi manusia, ia cenderung pula untuk menyempitkannya.
  • 5. A1001 Pendidikan Islam BERTAPAKNYA AMALAN KHURAFAT Dinaisme - Animisme Lipatan sejarah telah memaparkan bahawa manusia yang menduduki rantau ini memulakan keagamaan mereka dengan fahaman dinaisme-animisme. Fahaman dinamisme ialah satu faham yang merujuk suatu kepercayaan yang meyakini adanya tenaga atau kuasa ghaib yang tidak berperibadi pada tumbuh- tumbuhan, benda-benda, haiwan ataupun manusia sendiri. Contohnya ia berupa pretasi luar biasa yang dimilik. Maka itu, lelaki yang sangat berani, kayu yang paling kuat, pokok yang lebih besar atau banyak buahnya dipercayai mempunyai kuasa yang lebih banyak daripada lainnya. Manakala fahaman animisme pula merupakan kepercayaan akan adanya jiwa dan roh yang dapat mempengaruhi kepercayan akan kewujudan jiwa dan roh yang dapat mempengaruhi alam manusia. Seperti yang dapat kita lihat, animisme biasanya akan menonjolkan sesuatu praktis seperti pemujaan dan perhambaan diri kepada sesuatu kuasa ghaib yang berperibadi, dengan mengharapkan perlindungan atau pertolongan bagi daripada kuasa tersebut di mana pertolongan makhluk halus berkenaan sebenarnya adalah jin. Pengatuh Hinduisme – Buddhaisme Sebelum kedatangan Islam, Hinduisme dan Buddhaisme telah terlebih dahulu tersebar di alam melayu. Disebabkan kedua-dua agama ini membawa unsur-unsur dinaisme dan anamisme yang tersendiri maka ini telah menyuburkankan lagi fahaman anisme dalam kalangan masyarakat. Kedatangan Islam Walaupun Islam agama yang cukup ketat dan tegas amalan tauhidnya, namun cara
  • 6. dan pendekatan yang digunakan oleh mubaligh-mubaligh dari arab dalam proses penyebaran agama tauhid ini ialah dalam bentuk penuh toleransi, At-tadarruj atau beransur-ansur dan tidak mengubah, bahkan menyesuaikan sebahagian. Hal ini bagi
  • 7. A1001 Pendidikan Islam memudahkan masyarakat untuk menerima ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dengan itu terwarislah elemen-elemen fahaman animisme dan Hindu-Buddha yang terdapat di dalam adat masyarakat kita lantas bercampur-aduk dengan ajaran Islam sehingga ke hari ini dan tidak dihapuskan. Contohnya persembahan dan jamuan kepada roh diubah kepada kenduri tahlil dan makan bersama, adat membakar kemenyan dan becaan mentera kepada roh-roh selepas mati diubah kepada upacara tahlil serta dia dengan nada yang panjang dan sedih. Pengekalan tradisi campur-aduk seumpama inilah yang menjadikan ajaran Islam yang dihayati dan diamalkan oleh sebahagian umat Islam di seluruh dunia, termasuk di negara kita, menjadi tercemar dan tidak murni. Perlu diingatkan bahawa satu sikap yang amat terlarang menurut hukum Islam ialah sikap meminta-minta pelbagai jenis hajat daripada makhluk jin walaupun yang diseru itu datangnya daripada golongan jin Islam yang sahih. Perkara ini dilihat sebagai bermasalah dari segi pandangan Islam yang murni kerana ia memesongkah akidah yang menyeru pemusatan kepada Allah s.w.t. Lebih-lebih lagi jika makhluk tersebut dari golongan jin kafir. Firman Allah : "Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." ( Surah Al-Jin : Ayat 6 )
  • 8. A1001 Pendidikan Islam AMALAN KHURAFAT MASIH BERTERUSAN Dalam kalangan masyarakat sekarang, negara kita umumnya terdapat banyak gejala khurafat, ia adalah hasil budaya orang kita yang terlalu percayakan hal-hal yang bawa oleh orang terdahulu daripada mereka tanpa merujuknnya secara mendalam di dalam Al-Quran dan As-Sunnah serta para alim ulama kerana iman yang kurang mantap termasuk sikap masyarakat yang inginkan jalan mudah dalam mencari kesenangan dan kebahagiaan hidup serta sikap orang kita yang amat kuat berpegang kepada adat. Buktinya peribahasa yang berbunyi “Biar mati anak, jangan mati adat.” Adapun gejala khurafat ini terdidik dari kecil, contohnya di dalam budaya masyarakat kita adalah menjadi kebiasaan kanak-kanak sering ditakutkan dengan hantu pada malam jumaat sedangkan pada malam tersebut Allah s.w.t menurunkan rahmat untuk semua hamba-Nya pada malam tersebut. Bahkan ada lagi satu situasi di mana kanak-kanak takutkan dengan hantu apabila tidak mendengar ibu bapa, kenapa sahaja tidak katakan kepada anak tersebut bahawa Tuhan akan marah? Rasanya itu lebih baik dan akan memupuk semangat takut akan Maha Pencipta. Walau bagaimanpun khurafat juga boleh berlaku secara tidak sengaja oleh pelakunya atau sebaliknya. Hal ini boleh berlaku terhadap sesuatu individu, kelompok dan istitusi masyarkat masa kini kerana lemahnya mereka yang bersangkutan untuk menolak godaan khurafat atau ada maksud-maksud tertentu. Mungkin tanggungjawab terhadap Allah s.w.t jauh lebih berat dan besar dibandingkan dengan pelanggaran- pelanggaran lainya yang dilakukan dengan sengaja. Khurafat secara tidak sengaja lazimnya berlaku disebabkan oleh kejahilan pelakunya bahawa hal berkenaan tidak dibenarkan oleh Islam dan terpesong dari landasan yang benar. Namun, bagi mereka yang melakukan perbuatan khurafat ini dengan sengaja ataupun tidak, pintu taubat masih terbuka untuk mereka asalkan
  • 10. A1001 Pendidikan Islam BENTUK KHURAFAT. Khurafat masih wujud di dalam masyarkat Islam sekarang, bahkan ia juga telah muncul dalam bentuk-bentuk yang berbagai-bagai samada dalam bentuk perbuatan tertentu, ungkapan tertentu, cerita atau kisah tertentu, bilangan tertentu, serta konsep, prinsip atau mazhab tertentu. Amalan mengunjungi kubur yang dianggap keramat mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial membuang ancak bagi menghalau hantu adalah sebahagian bentuk gejala khurafat. Melenggang Perut. Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti berikut: 1. Tujuh helai kain yang berlainan warna. 2. Satu gantang beras. 3. Sebiji buah kelapa. 4. Beberapa urat benang. 5. Satu batang damar. 6. Sedikit minyak kelapa atau minyak urut. 7. Beberapa batang lilin.
  • 11. 8. Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
  • 12. A1001 Pendidikan Islam 9. Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu. Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat melenggang perut seperti berikut: Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa atau minyak urut secara perlahan-lahan. Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan. Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku di dalam tepak sirih itu. Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan pakaian yang baru dan cantik. Temasya Mandi Safar Temasya Mandi Safar merupakan satu perayaan orang Melayu khususnya orang
  • 13. Melaka yang diwarisi sejak zaman berzaman. Temasya ini diadakan setiap tahun apabila tiba bulan Safar iaitu bulan kedua di dalam kalendar Islam. Ia disambut pada hari Rabu yang terakhir dalam bulan tersebut.
  • 14. A1001 Pendidikan Islam Sebelum Perang Dunia II, sebahagian masyarakat menganggap temasya mandi Safar ini mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama Islam. Menurut anggapan mereka, kononnya hari tersebut dirayakan sebagai menyatakan kesyukuran kerana junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. telah sembuh daripada sakit yang amat berat. Ada pendapat yang menganggap bulan Safar bulan Nahas atau bulan Bala kerana di dalam bulan ini terutamanya pada hari Rabu terakhir, Allah banyak menurunkan bala kepada makhluknya di dunia ini. Oleh itu orang-orang tua sering mengingatkan anak cucu mereka agar berhati-hati ketika melakukan sebarang pekerjaan. Oleh kerana wujud kepercayaan seumpama ini, maka upacara perkahwinan, pertunangan dan majlis keraian tidak dilalukan pada bulan tersebut kerana dipercayai jodoh teruna dan dara tidak berkekalan. Di Melaka tempat yang terkenal mengamalkan pesta Mandi Safar ialah di Tanjung Beruas, Tanjung Kling, Melaka. Tempat ini terletak di tepi laut Selat Melaka iaitu kira-kira tujuh batu dari Bandar Melaka. Dalam menjayakan pesta ini, kereta lembu memainkan peranan yang penting. Pemilik kereta lembu yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat tani akan mengambil bahagian. Setiap tahun pada malam Rabu akhir bulan Safar mereka akan membanjiri sepanjang pantai Tanjung Keling dengan membawa kumpulan mereka. Beberapa minggu sebelum tibanya hari tersebut, lembu-lembu ini akan dibersihkan dan disapu minyak. Di samping itu mereka akan mengumpulkan alat muzik seperti biola, gong dan gendang bagi mengiringi mereka nanti. Semasa dalam perjalanan mereka akan mengesek biola, memukul gendang dan gong serta menyanyi sepanjang jalan sehingga ke Tanjung Kling. Mereka akan menyanyi sambil berbalas pantun dalam berbagai corak pantun. Azimat Semua benda-benda yang dipercayai dapat melindungi diri seseorang daripada segala ancaman marabahaya atau mencegah musibah daripada menimbah diri
  • 15. manusia. Tangkal adalah salah satu daripadanya. Tangkal merupakan barang yang dibuat untuk dipakai seperti gelang tangan yang diperbuat dari benang, kalung yang diperbuat dari dahan-dahan kayu atau untuk
  • 16. A1001 Pendidikan Islam diletakkan di tempat-tempat tertentu dengan tujuan melindung dari gangguan syaitan seperti kemenyan yang dibalut dengan kain dan diletak di sudut kediaman. Lazimnya benda-benda sebegini didapati daripada pengamal-pengamal ilmu hitam atau sihir dan ia diyakini mempunyai kekuasatan ghaib serta memilik khadamnya yang terdiri makhluk ghaib. Manakala waraq pula adalah azimat dalam bentuk tulisan-tulisan berupa huruf, nombor, rajah atau gambar yang ditulis atas kertas atau kepingan tembaga. Ia ditulis dalam bahasa yang tidak difahami dan kadangkala bercampur-aduk dengan ayat-ayat Al-Quran. Itulah sebabnya ada golongan yang terpedaya sehingga mempercayai ia berkaitan dengan ajaran Islam. Jika wafaq tersebut mempunyai tulisan ayat Al-Quran maka si pemakainya sebenarnya telah menghina Al-Quran kerana menganggap remeh ayat-ayat dalam kitab suci itu dan ini benar-benar bertentangan dengan apa yang dimuatkan di dalamnya. Allah menurunkan Al-Quran untuk menjadi petunjuk dari kegelapan, bukan sebagai azimat. Fenomena ini bertentangan dengan Islam kerana tiada daya melainkan Allah s.w.t. Dan tentunya kita pernah mendengar ayat ini “Tidak akan berlakunya sesuatu perkara itu melainkan dengan izin Allah s.w.t.” Perbuatan ini ditentang keras di sisi agama islam kerana ia boleh menjerumuskan seorang individu kepada syirik. Tambahan lagi hadis umumnya melarang azimat dan tidak disebutkan pula pengecualiannya walaupun ada percanggahan pendapat dalam kalangan alim ulama. SMS Atau Surat Berantai Tercetus daripada kemajuaan teknologi yang dikecapi oleh masyarakat masa kini. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tidak perasan, terlepas pandang dan tidak mengambil berat perkara ini bahawa bentuk amalan ini mempunyai unsur-unsur khurafat yang amat halus. Jika kita selidiki setiap surat berantai atau SMS berantai pastinya dimulakan dengan cerita-cerita yang menginsafkan dan mengingatkan kembali seseorang akan
  • 17. tuntutan Islam namun sebaliknya pula di akhir helaian atau pun SMS. Contoh pengakhiran suatu SMS atau surat berantai lebih kurang begini : “Barang siapa yang tidak menyebarkan SMS kepada sepuluh orang ini atau mengabaikannya, maka dia akan ditimpah kesusahan selama tujuh hari. Manakala
  • 18. A1001 Pendidikan Islam siapa yang mereka menyebarkannya pasti ada akan dilimpahi kesenangan daripada Allah s.w.t selama tujuh minggu.” Justeru, orang yang menerima SMS atau surat tersebut pun terpedaya dan menyebarkannnya kepada sepuluh orang kerana takut dengan kesusahan yang diperkatakan itu sama ada secara terpaksa atau tidak. Namun itu bukanlah persoalannya utamanya, persoalannya di sini mereka yang mempercayai perkara ini telah dipesongkan akidahnya. Sama ada percaya atau tidak, mereka yang termakan dengan ayat seperti di atas sebenar telah meletakkan kekuasaan untuk menentukan takdir hidup mereka pada SMS atau helaian berkenaan bukannya Allah s.w.t. Susunan ayat seperti di atas telah mengalihkan keyakinan mereka daripada Maha Pencipta secara halus. Kemungkinan gejala terbaru ini adalah sebahagian rancangan musuh-musuh Islam tidak boleh diambil ringan.
  • 19. A1001 Pendidikan Islam AKIBAT MEMPERCAYAI ATAU MENGAMALKAN PERBUATAN KHURAFAT. Gejala khurafat boleh menyeleweng akidah seorang invidu muslim dengan mengalihkan pergantungan manusia daripada Khalik (Pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Hal ini ditegaskan boleh menjatuhkan kepada seorang individu muslim kepada syirik kerana apabila kita merujuk kepada Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah s.w.t dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya sama ada bagi mendapat kebaikan atau menolak keburukan. Yang memberikan kenikmatan dan keyakinan hanya Allah s.w.t. kepada- Nya seluruh makhluk bergantung. Firman Allah : “Katakanlah apakah kamu tidak melihat kepada apa yang kamu memohon kepadanya selain daripada Allah bahawa jika sekiranya Allah mengkehnedaki ke atas kamu sesuatu kemudaratan adakah mereka itu boleh menghindari dari kemudaratan itu. Atau jika Allah mengkehendaki sesuatu rahmat itu dianugerahkan kepada ku adakah mereka itu boleh menahan rahmat itu. Katakanlah adalah memadai Allah itu bagiku untuk segala-galanya. Kepada-Nya bertawakkal semua orang yang bertawakal.” ( Surah Al-Zumar : Ayat 38 ) Khurafat boleh membatalkan iman seorang muslim dan menggugurkan syahadah yang telah diucapkannya disamping membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia serta menyekat akal berfikir secara logik dan sistematik disamping boleh menjatuhkan seorang muslim kepada syirik. Hadis Nabi : “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam agama kami, yang tidak termasuk dalam ajaran Islam yang suci, maka apa yang diamalkan itu tertolak (tidak
  • 20. diterima amalan berkenaan oleh Allah dan tidak diberikan pahala)” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )
  • 21. A1001 Pendidikan Islam Kemudian, masyarakat yang mengamalkan akan mengalami banyak krisis kemunduran terutama sekali amalan akhlak. Situasi ini boleh kita lihat apabila merenung bagaimana keadaan masyarakat jahiliah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Pelbagai perkara telah disempitkan oleh gejala khurafat. Fikiran pun kolot. Oleh yang demikian tidak beruntunglah sesuatu bangsa suatu umat selagi mana amalan khurafat ini masih bertapak di dalam kelompok mereka walaupun mereka dapat mengecapi nikmat dunia.
  • 22. A1001 Pendidikan Islam KESIMPULAN Pada hari ini usaha untuk membendung amalan khurafat merupakan suatu usaha yang mencabar. Memang benar masyarakat kita pada hari ini sudah lebih matang berbanding dulu, tapi lebih kepada hal keduniaan, kalau tidak masakan gejala maksiat boleh berleluasa. Kalau masayarakat kita terus-menerus meletakkan beban untuk membanteras gejala sebegini kepada pihak tertentu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta Majlis Ugama Islam Sabah maka sudah pasti akan runtuhnya akidah sebahagian besar umat Islam. Usaha-usaha untuk membasmi dan membanteras gejala khurafat boleh dilakukan melalui kerjasama di antara masyarakat dengan majlis agama bagi menangani semua perkara yang boleh menggugat keteguhan akidah umat Islam. Mustahil perkara ini tidak boleh dilakukan jika Rakan Cop boleh diwujudkan di negara kita Malaysia. Selian itu masjid juga boleh digunakan sebagai medium untuk melumpuhkan gejala khurafat dengan mengadakan majlis-majlis ilmu di semua lapisan masyarakat secara giat. Tidak dinafikan bahawa media massa juga boleh digunakan seperti majalah Al-Islam, itu adalah lebih baik daripada tindakan sebahagian syarikat majalah yang menerbitkan majalah seperti Mingguan Misteri yang seolah-olah meniupkan semangat khurafat dalam masyarakat kita. Akhir sekali, penggubalan undang-undang perlulah dilakukan. Kalau boleh diwujudkan satu lagi perundangan berasaskan Islam di negara kita bagi menjaga agama tauhid ini. I.S.A sahaja tidak cukup. Mungkin kita boleh mewujudkan akta yang boleh menyabitkan seorang pengamal sihir atas kesalahan boleh memesongkan akidah umat Islam. Sebelum kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, Baginda amat risaukan umatnya, jadi umat Islam selayaknya membalas kebimbangan itu dengan menjaga akidah serta
  • 23. mengamalkan “Amar ma’aruf nahi mungkar” yang kini kian dilupakan bagi menegakkan agama Allah di muka bumi ini. “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubahnya sendiri”. Wallahu’alam.
  • 24. A1001 Pendidikan Islam RUJUKAN Buku Ensiklopedia Islam, 1998. Malaysian Encyclopedia Research Centre. Kamus Dewan Edisi Ke Empat, 2007. Dewan Bahasa dan Pustaka. Ensiklopedia Islam, 2004. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Laman Web http://www.ashtech.com.my/adat/lenggang_perut.html http://ms.wikipedia.org/wiki/Temasya_Mandi_Safar http://nurjeehan.hadithuna.com/ilmu-akidah-perisai-utama-elak-khurafat/ http://www.scribd.com/doc/3243947/PANDANGAN-ISLAM-TERHADAP- KHURAFAT