SlideShare a Scribd company logo
1 of 4
Perkara-perkara Yang Menyebabkan Rosaknya Iman Dan
Islam Atau Yang Menyebabkan Orang Yang Melakukannya
Menjadi Murtad Kandungan
Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam.
Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam itu terbahagi kepada
tiga bahagian.
Bahagian yang pertama:
(1) I'tiqad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam, I'tiqad
bahawa alam ini qadim, tidak ada penciptanya, atau alam ini kekal selama-
lamanya.
(2) I'tiqad bahawa pencipta alam ini baharu, atau menyerupai mana-mana jenis
makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baharu, atau pun mempunyai anak isteri,
atau berbilang-bilang atau menerima mati.
(3) I'tiqad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w., atau
i'tiqad bahawa Nabi Muhammad yang sebenar ialah yang disebutnya Muhammad
yang batin bukan Muhammad yang zahir, atau i!tiqad bahawa kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w. , hanya untuk orang-orang Arab sahaja, atau i'tiqad bahawa
hukum-hukum Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah hukum-hukum
lapuk yang tidak sesuai dengan keadaan zaman, atau i'tiqad mengingkari mana-
mana Rasul Tuhan, atau i'tiqad bahawa ada lagi Nabi dan Rasul yang lain yang
diutus oleh Allah membawa syariat sesudah Nabi Muhammad s.a.w., Khatam an-
Nabiyyin.
(4) - I'tiqad bahawa tidak ada dosa dan pahala, tidak ada Syurga dan Neraka, tidak
ada bangkit hidup semula sesudah mati, tidak ada hari qiamat dan segala perkara
yang berlaku padanya.
(5) I'tiqad bahawa roh orang-orang mati berpindah-pindah dari satu tubuh ke satu
tubuh yang lain.
(6) I'tiqad agama kafir lebih baik dari agama Islam.
(7) Perasaan ragu-ragu terhadap mana-mana satu dari perkara-perkara yang
tersebut di atas.
(8) Berbalik-balik hati di antara hendak menjadi kafir atau tidak, atau bercita-cita
hendak menjadi kafir pada masa yang akan datang.
Bahagian yang kedua:
Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah,
mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, Malaikat-
malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, Kitab-kitab-Nya, Ayat-ayat-Nya dan Hukum-hukum-
Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh Rasul-Nya. Dan juga perkataan yang
menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama
menthabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa
perkara itu dari agama. Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum
Islam:
(1) "Hukum apa ini?"
(2) "Hukum ini sudah lapuk."
(3) "Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan."
(4) "Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus."
(5) "Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?"
(6) "Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat
apa salahnya?"
(7) "Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa
salahnya?"
(8) "Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju "
(9) Berkata: "Perbuatan yang demikian tidak beradab" - apabila diceritakan bahawa
Nabi Muhammad s.a.w., selepas makan: Menjilat sisa makanan di jarinya.
(10) Berkata: "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat" - apabila diberitahu
bahawa memotong kuku adalah sunat.
(11) Berkata: "Si anu dah mula menyalak" - semasa ia mendengar azannya.
(12) Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan
cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.
(13) Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada
padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan
oleh hadis Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.
(14) Kata-kata menggantungkan jadi kafir dengan sesuatu keadaan. Misalnya:
(a) Seseorang dituduh melakukan sesuatu perkara, lalu ia berkata: "Kalau aku
lakukan perkara itu jadilah aku kafir", sekiranya ia berdusta, yakni ia sebenarnya telah
melakukan perkara yang dituduhkan kepadanya itu, maka jadilah ia kafir, kecuali
kata-kata itu dituturkan dengan tujuan hanya hendak melepaskan diri dari tuduhan
itu sahaja, bukan dengan tujuan redhanya menjadi kafir. Sungguhpun demikian ia
telah melakukan dosa besar dengan kata-kata yang tersebut, dan sekiranya ia
benar, yakni ia tidak melakukan perkara yang dituduh orang kepadanya, maka
tidaklah ia menjadi kafir, tetapi ia berdosa kerana perkatannya itu memberi erti
ketiadaan tetap keazamannya berpegang teguh kepada agama Islam.
(b) Seseorang diingatkan supaya jangan ia berzina umpamanya, lalu ia berkata:
"Kalau aku berzina kafirlah aku", sekiranya kata-kata itu dituturkan dengan tujuan
tidak redha mencemarkan dirinya dengan perbuatan zina seperti tidak redhanya
menjerumuskan dirinya menjadi kafir, maka tidaklah ia menjadi kafir, tetapi ia
berdosa dengan menggunakan perkataannya itu dengan alasan yang tersebut;
dan sekiranya kata-kata itu dituturkan dengan tujuan redha menjadi kafir kalau ia
lakukan perbuatan zina maka jadilah ia kafir dengan kata-katanya yang tersebut,
kerana apabila seseorang Islam redhakan kufur, menjadilah ia kafir (Murtad), Wal
Iyazubillah. Hukum yang tersebut terkandung dalam hadis Thabit bin al-Dhahak,
yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibn Majah.
Bahagian yang ketiga:
Perbuatan, iaitu:
(1) Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan
mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan
mengagungkan Allah, seperti sujud kepada makhluk walau pun tidak dengan niat
untuk menghormatinya sama seperti Tuhan, atau tunduk kepada mana-mana
makhluk sehingga sampai had sekurang-kurangnya ruku' sembahyang dengan
tujuan menghormatinya seperti menghormati Allah; kalau tidak dengan tujuan itu
maka tidaklah menjadikan orang yang melakukan itu murtad, tetapi hukumannya
tetap haram.
(2) Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh
orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.
(3) Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah Azza wa Jalla.
(4) Meletakkan ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi, nama-nama Tuhan, Rasul-rasul-Nya,
Malaikat-Nya dan Ilmu-ilmu agama di tempat najis atau kotor dengan tujuan
menghina dan merendah-rendahkannya; kalau tidak dengan tujuan yang tersebut
maka hukumannya tetap haram. Demikian juga haramnya menggunakan kertas-
kertas yang tertulis padanya Ayat-ayat suci, Hadis-hadis Nabi dan Nama-nama Allah
serta ilmu agama untuk membungkus, mengesat serta menyapu sesuatu; tetapi
kalau perbuatan yang dilakukan itu dengan tujuan menghina atau mempersenda-
sendakannya maka orang yang melakukan itu menjadi murtad.
(5) Meninggalkan sembahyang. Orang yang meninggalkan sembahyang fardu, jika
ia ingkarkan wajibnya, jadilah ia kafir murtad keluar dari agama Islam, kerana ia
mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa
perkara itu adalah satu perkara yang wajib di atas tiap-tiap orang Islam, selama
akalnya sihat. Kalau ditinggalkan dengan sebab malas sahaja, pada hal ia
i'tiqadkan wajibnya, maka mengenai orang ini alim ulama berselisih kepada tiga
pendapat: Pertama - Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi ia menjadi fasik yang wajib
atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya berbuat kembali mengerjakan
sembahyang, dan sekiranya ia tidak mahu bertaubat maka kenalah dilakukan ke
atasnya "Hukuman Had" iaitu dibunuh dengan pedang. Kedua - Orang itu jadi kafir
juga, sama dengan keadaan orang yang mengingkari wajibnya. Ketiga - Orang itu
tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, tapi di "Ta'zir" dengan dipenjarakan
sehingga ia mengerjakan sembahyang. Ketiga-tiga pendapat yang tersebut serta
alasan-alasannya diterangkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam Syarah Muslim,
mengenai hadis Jabir yang menyatakan keburukan orang yang meninggalkan
sembahyang yang termaklum.
Perkara-perkara yang diterangkan satu-persatu di atas itu adalah sebahagian dari
misal-misal yang disebutkan oleh alim ulama bahawa orang yang melakukannya
menjadi murtad. Mereka menetapkan hukuman yang tersebut dengan berdasarkan:
Ayat 40 Surah Yusuf, ayat 65 Surah al-Taubah, Ayat 37 Surah Fussilat dan ayat-ayat
Surah al-Kafirun serta hadis Mu'az bin Jabal yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, dan
hadis Qais bin Sa'ad yang diriwayatkan oleh Abu Daud. Maksud kedua-dua hadis itu:
Bahawa Rasulullah s.a.w., melarang mereka sujud kepada Baginda s.a.w., serta
menerangkan bahawa tidak harus seseorang sujud kepada yang lain dari Allah.
Dengan keterangan yang tersebut hendaklah diingat bahawa seseorang yang
cintakan keselamatan dirinya dan agamanya, jangan sekali-kali mendekati, apa lagi
melakukan, sebarang perkara yang hukumnya berkisar di antara jadi murtad dan
berdosa besar. Semoga Allah selamatkan kita dengan taufik dan hidayat-Nya.
Cara-cara masuk Islam: Mana-mana orang yang hendak masuk Islam, sama ada
orang murtad atau orang kafir asli, hendaklah ia menyempurnakan perkara-perkara
yang berikut:
(1) Melafazkan dua kalimah syahadat: ‫أ‬َ‫ش‬ْ‫ه‬َ‫د‬ُْ ‫أ‬َ‫ن‬ُْ ‫أ‬ْ‫ا‬ ‫أ‬ْ‫ل‬ْ‫ه‬َ ‫أ‬ِ‫ا‬َ ‫أ‬َ ِ‫ُه‬ ‫أ‬َ‫ش‬ْ‫ه‬َ‫د‬ُْ ُْ ‫أ‬ِ‫ن‬ُْ ُُ‫ش‬ِ‫م‬ْ‫د‬َ‫ا‬ ‫أ‬َ‫س‬َُ‫ل‬ُْ ‫أ‬ِ‫ُه‬ Memadai
juga menyebut erti "dua kalimah syahadat" itu dengan bahasa sendiri serta
mengakui maksud kandungannya. Memadai menyebut yang demikian bukan
sahaja kepada orang yang tidak mengetahui Bahasa Arab bahkan juga kepada
orang yang mengetahui bahasa itu. Juga memadai dengan menyatakan
pengakuan hatinya bahawa: Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa dan Nabi
Muhammad s.a.w., ialah utusan Allah.
(2) Kepada orang kafir yang berfahaman bahawa kerasulan Nabi Muhammad
s.a.w., itu hanya kepada bangsa Arab sahaja - hendaklah ditambah pengakuannya
bahawa: Kerasulan Baginda s.a.w., umum kepada umat manusia seluruhnya.
(3) Kepada orang yang menjadi murtad dengan mana-mana satu sebab yang
diterangkan dahulu, hendaklah ditambah pengakuannya:Bahawa ia bertaubat
daripada melakukan perkara yang dengan sebabnya dia telah menjadi murtad.
Semoga Allah menjauhkan kita dari segala apa jua yang merosakkan iman dan
Islam, dengan mengurniakan kita taufik dan hidayat ke jalan keselamatan dan
kebahagiaan.
Dipetik dari: buku: Mastika Hadith Rasulullah s.a.w Jilid- 1, Bab - 6 Tajuk - WAJIB
BERIMAN KEPADA QADAR TAQDIR Fasal Ketiga : Perkara-perkara Yang Menyebabkan
Rosaknya Iman Dan Islam Atau Yang Menyebabkan Orang Yang Melakukannya Menjadi
Murtad

More Related Content

What's hot (20)

Aqidah hakikat syirik
Aqidah   hakikat syirikAqidah   hakikat syirik
Aqidah hakikat syirik
 
Profil pribadi muslim
Profil pribadi muslimProfil pribadi muslim
Profil pribadi muslim
 
Aqidah islamiyah
Aqidah islamiyahAqidah islamiyah
Aqidah islamiyah
 
Tafsir surat al bayyinah
Tafsir surat al bayyinahTafsir surat al bayyinah
Tafsir surat al bayyinah
 
Tafsir surat al bayyinah
Tafsir surat al bayyinahTafsir surat al bayyinah
Tafsir surat al bayyinah
 
#1. iman islam-ihsan
#1. iman islam-ihsan#1. iman islam-ihsan
#1. iman islam-ihsan
 
Iman & ihsan
Iman & ihsanIman & ihsan
Iman & ihsan
 
Beriman Kepada Kitab
Beriman Kepada KitabBeriman Kepada Kitab
Beriman Kepada Kitab
 
KONSEP ASAS ISLAM.pptx
KONSEP ASAS ISLAM.pptxKONSEP ASAS ISLAM.pptx
KONSEP ASAS ISLAM.pptx
 
Iman, Islam dan Ihsan
Iman, Islam dan IhsanIman, Islam dan Ihsan
Iman, Islam dan Ihsan
 
RUKUN IMAN
RUKUN IMANRUKUN IMAN
RUKUN IMAN
 
Tanya jawab iman, islam & ihsan
Tanya jawab iman, islam & ihsanTanya jawab iman, islam & ihsan
Tanya jawab iman, islam & ihsan
 
Tafsir( islam dalam tinjauan al qur'an)
Tafsir( islam dalam tinjauan al qur'an)Tafsir( islam dalam tinjauan al qur'an)
Tafsir( islam dalam tinjauan al qur'an)
 
Slide 3 beriman kepada kitab
Slide 3  beriman kepada kitabSlide 3  beriman kepada kitab
Slide 3 beriman kepada kitab
 
Makalah hadits print
Makalah hadits printMakalah hadits print
Makalah hadits print
 
Hubungan Antara Iman, Islam Dan Ihsan
Hubungan Antara Iman, Islam Dan IhsanHubungan Antara Iman, Islam Dan Ihsan
Hubungan Antara Iman, Islam Dan Ihsan
 
BAB 1: AQIDAH ISLAM
BAB 1: AQIDAH ISLAMBAB 1: AQIDAH ISLAM
BAB 1: AQIDAH ISLAM
 
Penyebab Manusia Berbuat Syirik
Penyebab Manusia Berbuat SyirikPenyebab Manusia Berbuat Syirik
Penyebab Manusia Berbuat Syirik
 
Tafsir (islam dalam tinjauan al qur’an)
Tafsir (islam dalam tinjauan al qur’an)Tafsir (islam dalam tinjauan al qur’an)
Tafsir (islam dalam tinjauan al qur’an)
 
Iman, islam, ihsan
Iman, islam, ihsanIman, islam, ihsan
Iman, islam, ihsan
 

Viewers also liked

Խոսրով և Անակ 1.
Խոսրով և Անակ 1.Խոսրով և Անակ 1.
Խոսրով և Անակ 1.mil2004
 
Menyingkap rahsia disebalik kejadian nur muhammad
Menyingkap rahsia disebalik kejadian nur muhammadMenyingkap rahsia disebalik kejadian nur muhammad
Menyingkap rahsia disebalik kejadian nur muhammadHalimah Taib
 
Paranasal sinus-2002-01-slides
Paranasal sinus-2002-01-slidesParanasal sinus-2002-01-slides
Paranasal sinus-2002-01-slidesdr esha bali
 

Viewers also liked (9)

1.1.24
1.1.241.1.24
1.1.24
 
1.1.24
1.1.241.1.24
1.1.24
 
Խոսրով և Անակ 1.
Խոսրով և Անակ 1.Խոսրով և Անակ 1.
Խոսրով և Անակ 1.
 
Shrabani new
Shrabani newShrabani new
Shrabani new
 
Rukun iman
Rukun imanRukun iman
Rukun iman
 
Menyingkap rahsia disebalik kejadian nur muhammad
Menyingkap rahsia disebalik kejadian nur muhammadMenyingkap rahsia disebalik kejadian nur muhammad
Menyingkap rahsia disebalik kejadian nur muhammad
 
Paranasal sinus-2002-01-slides
Paranasal sinus-2002-01-slidesParanasal sinus-2002-01-slides
Paranasal sinus-2002-01-slides
 
Minerals
MineralsMinerals
Minerals
 
Dental auxiliary
Dental auxiliaryDental auxiliary
Dental auxiliary
 

Similar to Perkara2 yg membatalkan iman

Similar to Perkara2 yg membatalkan iman (20)

Perkara Yang Merosakkan Iman
Perkara Yang Merosakkan ImanPerkara Yang Merosakkan Iman
Perkara Yang Merosakkan Iman
 
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf
29. 33020210160_Farah Nur Umayah.pdf
 
Modul 13 kb 4
Modul 13 kb 4Modul 13 kb 4
Modul 13 kb 4
 
Rukun al fahmu pt 3
Rukun al fahmu pt 3Rukun al fahmu pt 3
Rukun al fahmu pt 3
 
20 kesalahan dalam beraqidah
20 kesalahan dalam beraqidah20 kesalahan dalam beraqidah
20 kesalahan dalam beraqidah
 
PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
PENYELESAIAN GEJALA SOSIALPENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
PENYELESAIAN GEJALA SOSIAL
 
Agama
AgamaAgama
Agama
 
Week 4 konsep syahadah&tuntutannya
Week 4 konsep syahadah&tuntutannyaWeek 4 konsep syahadah&tuntutannya
Week 4 konsep syahadah&tuntutannya
 
Fiqh amal islami
Fiqh amal islamiFiqh amal islami
Fiqh amal islami
 
Ayat
AyatAyat
Ayat
 
Materi zina
Materi zinaMateri zina
Materi zina
 
Studi isalam hal hal yang membatalkan islam
Studi isalam hal hal yang membatalkan islamStudi isalam hal hal yang membatalkan islam
Studi isalam hal hal yang membatalkan islam
 
Bida'ah Dalam Masyarakat
Bida'ah Dalam MasyarakatBida'ah Dalam Masyarakat
Bida'ah Dalam Masyarakat
 
Aqidah, syariah dan akhlaq mulia
Aqidah, syariah dan akhlaq muliaAqidah, syariah dan akhlaq mulia
Aqidah, syariah dan akhlaq mulia
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiat
 
Fenomena pernikahan beda agama
Fenomena pernikahan beda agamaFenomena pernikahan beda agama
Fenomena pernikahan beda agama
 
Bahaya maksiat
Bahaya maksiatBahaya maksiat
Bahaya maksiat
 
Sinopsis
SinopsisSinopsis
Sinopsis
 
Bab x
Bab xBab x
Bab x
 
Tafsir qs al mâidah, 5 ayat 77 (berislam tanpa ghuluw)
Tafsir qs al mâidah, 5 ayat 77 (berislam tanpa ghuluw)Tafsir qs al mâidah, 5 ayat 77 (berislam tanpa ghuluw)
Tafsir qs al mâidah, 5 ayat 77 (berislam tanpa ghuluw)
 

Recently uploaded

WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSRobert Siby
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfDianNovitaMariaBanun1
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Adam Hiola
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRobert Siby
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHRobert Siby
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaRobert Siby
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURANBudiSetiawan246494
 

Recently uploaded (7)

WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 5
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
 

Perkara2 yg membatalkan iman

  • 1. Perkara-perkara Yang Menyebabkan Rosaknya Iman Dan Islam Atau Yang Menyebabkan Orang Yang Melakukannya Menjadi Murtad Kandungan Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya Iman dan Islam. Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian yang pertama: (1) I'tiqad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam, I'tiqad bahawa alam ini qadim, tidak ada penciptanya, atau alam ini kekal selama- lamanya. (2) I'tiqad bahawa pencipta alam ini baharu, atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baharu, atau pun mempunyai anak isteri, atau berbilang-bilang atau menerima mati. (3) I'tiqad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w., atau i'tiqad bahawa Nabi Muhammad yang sebenar ialah yang disebutnya Muhammad yang batin bukan Muhammad yang zahir, atau i!tiqad bahawa kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. , hanya untuk orang-orang Arab sahaja, atau i'tiqad bahawa hukum-hukum Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah hukum-hukum lapuk yang tidak sesuai dengan keadaan zaman, atau i'tiqad mengingkari mana- mana Rasul Tuhan, atau i'tiqad bahawa ada lagi Nabi dan Rasul yang lain yang diutus oleh Allah membawa syariat sesudah Nabi Muhammad s.a.w., Khatam an- Nabiyyin. (4) - I'tiqad bahawa tidak ada dosa dan pahala, tidak ada Syurga dan Neraka, tidak ada bangkit hidup semula sesudah mati, tidak ada hari qiamat dan segala perkara yang berlaku padanya. (5) I'tiqad bahawa roh orang-orang mati berpindah-pindah dari satu tubuh ke satu tubuh yang lain. (6) I'tiqad agama kafir lebih baik dari agama Islam. (7) Perasaan ragu-ragu terhadap mana-mana satu dari perkara-perkara yang tersebut di atas. (8) Berbalik-balik hati di antara hendak menjadi kafir atau tidak, atau bercita-cita hendak menjadi kafir pada masa yang akan datang. Bahagian yang kedua: Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ngejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, Malaikat- malaikat-Nya, Rasul-rasul-Nya, Kitab-kitab-Nya, Ayat-ayat-Nya dan Hukum-hukum- Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh Rasul-Nya. Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama menthabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama. Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:
  • 2. (1) "Hukum apa ini?" (2) "Hukum ini sudah lapuk." (3) "Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana menghalangi kemajuan." (4) "Dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus." (5) "Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?" (6) "Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?" (7) "Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?" (8) "Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai qiamat kita tak maju " (9) Berkata: "Perbuatan yang demikian tidak beradab" - apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w., selepas makan: Menjilat sisa makanan di jarinya. (10) Berkata: "Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat" - apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat. (11) Berkata: "Si anu dah mula menyalak" - semasa ia mendengar azannya. (12) Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya. (13) Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Muslim. (14) Kata-kata menggantungkan jadi kafir dengan sesuatu keadaan. Misalnya: (a) Seseorang dituduh melakukan sesuatu perkara, lalu ia berkata: "Kalau aku lakukan perkara itu jadilah aku kafir", sekiranya ia berdusta, yakni ia sebenarnya telah melakukan perkara yang dituduhkan kepadanya itu, maka jadilah ia kafir, kecuali kata-kata itu dituturkan dengan tujuan hanya hendak melepaskan diri dari tuduhan itu sahaja, bukan dengan tujuan redhanya menjadi kafir. Sungguhpun demikian ia telah melakukan dosa besar dengan kata-kata yang tersebut, dan sekiranya ia benar, yakni ia tidak melakukan perkara yang dituduh orang kepadanya, maka tidaklah ia menjadi kafir, tetapi ia berdosa kerana perkatannya itu memberi erti ketiadaan tetap keazamannya berpegang teguh kepada agama Islam. (b) Seseorang diingatkan supaya jangan ia berzina umpamanya, lalu ia berkata: "Kalau aku berzina kafirlah aku", sekiranya kata-kata itu dituturkan dengan tujuan tidak redha mencemarkan dirinya dengan perbuatan zina seperti tidak redhanya menjerumuskan dirinya menjadi kafir, maka tidaklah ia menjadi kafir, tetapi ia berdosa dengan menggunakan perkataannya itu dengan alasan yang tersebut; dan sekiranya kata-kata itu dituturkan dengan tujuan redha menjadi kafir kalau ia lakukan perbuatan zina maka jadilah ia kafir dengan kata-katanya yang tersebut, kerana apabila seseorang Islam redhakan kufur, menjadilah ia kafir (Murtad), Wal Iyazubillah. Hukum yang tersebut terkandung dalam hadis Thabit bin al-Dhahak, yang diriwayatkan oleh Muslim dan Ibn Majah.
  • 3. Bahagian yang ketiga: Perbuatan, iaitu: (1) Tiap-tiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati dan mengagungkan mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar dan mengagungkan Allah, seperti sujud kepada makhluk walau pun tidak dengan niat untuk menghormatinya sama seperti Tuhan, atau tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai had sekurang-kurangnya ruku' sembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti menghormati Allah; kalau tidak dengan tujuan itu maka tidaklah menjadikan orang yang melakukan itu murtad, tetapi hukumannya tetap haram. (2) Melakukan upacara ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan. (3) Melakukan mana-mana cara ibadat terhadap yang lain dari Allah Azza wa Jalla. (4) Meletakkan ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi, nama-nama Tuhan, Rasul-rasul-Nya, Malaikat-Nya dan Ilmu-ilmu agama di tempat najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendah-rendahkannya; kalau tidak dengan tujuan yang tersebut maka hukumannya tetap haram. Demikian juga haramnya menggunakan kertas- kertas yang tertulis padanya Ayat-ayat suci, Hadis-hadis Nabi dan Nama-nama Allah serta ilmu agama untuk membungkus, mengesat serta menyapu sesuatu; tetapi kalau perbuatan yang dilakukan itu dengan tujuan menghina atau mempersenda- sendakannya maka orang yang melakukan itu menjadi murtad. (5) Meninggalkan sembahyang. Orang yang meninggalkan sembahyang fardu, jika ia ingkarkan wajibnya, jadilah ia kafir murtad keluar dari agama Islam, kerana ia mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu adalah satu perkara yang wajib di atas tiap-tiap orang Islam, selama akalnya sihat. Kalau ditinggalkan dengan sebab malas sahaja, pada hal ia i'tiqadkan wajibnya, maka mengenai orang ini alim ulama berselisih kepada tiga pendapat: Pertama - Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi ia menjadi fasik yang wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya berbuat kembali mengerjakan sembahyang, dan sekiranya ia tidak mahu bertaubat maka kenalah dilakukan ke atasnya "Hukuman Had" iaitu dibunuh dengan pedang. Kedua - Orang itu jadi kafir juga, sama dengan keadaan orang yang mengingkari wajibnya. Ketiga - Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, tapi di "Ta'zir" dengan dipenjarakan sehingga ia mengerjakan sembahyang. Ketiga-tiga pendapat yang tersebut serta alasan-alasannya diterangkan oleh al-Imam al-Nawawi dalam Syarah Muslim, mengenai hadis Jabir yang menyatakan keburukan orang yang meninggalkan sembahyang yang termaklum. Perkara-perkara yang diterangkan satu-persatu di atas itu adalah sebahagian dari misal-misal yang disebutkan oleh alim ulama bahawa orang yang melakukannya menjadi murtad. Mereka menetapkan hukuman yang tersebut dengan berdasarkan: Ayat 40 Surah Yusuf, ayat 65 Surah al-Taubah, Ayat 37 Surah Fussilat dan ayat-ayat Surah al-Kafirun serta hadis Mu'az bin Jabal yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, dan hadis Qais bin Sa'ad yang diriwayatkan oleh Abu Daud. Maksud kedua-dua hadis itu:
  • 4. Bahawa Rasulullah s.a.w., melarang mereka sujud kepada Baginda s.a.w., serta menerangkan bahawa tidak harus seseorang sujud kepada yang lain dari Allah. Dengan keterangan yang tersebut hendaklah diingat bahawa seseorang yang cintakan keselamatan dirinya dan agamanya, jangan sekali-kali mendekati, apa lagi melakukan, sebarang perkara yang hukumnya berkisar di antara jadi murtad dan berdosa besar. Semoga Allah selamatkan kita dengan taufik dan hidayat-Nya. Cara-cara masuk Islam: Mana-mana orang yang hendak masuk Islam, sama ada orang murtad atau orang kafir asli, hendaklah ia menyempurnakan perkara-perkara yang berikut: (1) Melafazkan dua kalimah syahadat: ‫أ‬َ‫ش‬ْ‫ه‬َ‫د‬ُْ ‫أ‬َ‫ن‬ُْ ‫أ‬ْ‫ا‬ ‫أ‬ْ‫ل‬ْ‫ه‬َ ‫أ‬ِ‫ا‬َ ‫أ‬َ ِ‫ُه‬ ‫أ‬َ‫ش‬ْ‫ه‬َ‫د‬ُْ ُْ ‫أ‬ِ‫ن‬ُْ ُُ‫ش‬ِ‫م‬ْ‫د‬َ‫ا‬ ‫أ‬َ‫س‬َُ‫ل‬ُْ ‫أ‬ِ‫ُه‬ Memadai juga menyebut erti "dua kalimah syahadat" itu dengan bahasa sendiri serta mengakui maksud kandungannya. Memadai menyebut yang demikian bukan sahaja kepada orang yang tidak mengetahui Bahasa Arab bahkan juga kepada orang yang mengetahui bahasa itu. Juga memadai dengan menyatakan pengakuan hatinya bahawa: Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa dan Nabi Muhammad s.a.w., ialah utusan Allah. (2) Kepada orang kafir yang berfahaman bahawa kerasulan Nabi Muhammad s.a.w., itu hanya kepada bangsa Arab sahaja - hendaklah ditambah pengakuannya bahawa: Kerasulan Baginda s.a.w., umum kepada umat manusia seluruhnya. (3) Kepada orang yang menjadi murtad dengan mana-mana satu sebab yang diterangkan dahulu, hendaklah ditambah pengakuannya:Bahawa ia bertaubat daripada melakukan perkara yang dengan sebabnya dia telah menjadi murtad. Semoga Allah menjauhkan kita dari segala apa jua yang merosakkan iman dan Islam, dengan mengurniakan kita taufik dan hidayat ke jalan keselamatan dan kebahagiaan. Dipetik dari: buku: Mastika Hadith Rasulullah s.a.w Jilid- 1, Bab - 6 Tajuk - WAJIB BERIMAN KEPADA QADAR TAQDIR Fasal Ketiga : Perkara-perkara Yang Menyebabkan Rosaknya Iman Dan Islam Atau Yang Menyebabkan Orang Yang Melakukannya Menjadi Murtad