Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

ASAS AKIDAH

11,318 views

Published on

PENDIDIKAN ISLAM

Published in: Education

ASAS AKIDAH

  1. 1. ASAS AKIDAH ISLAMIAH NURAFIQAH BAHIAH BINTI SAIFUL ANUAR 2014272240010 EMY SYAKILA BINTI MOHD.MUSLAN 2014272240004
  2. 2. Asas Akidah Islamiah Syahadah Rukun Iman Hubungan antara Islam, Iman & Ihsan Perkara yang Membatalkan Syahadah
  3. 3.  Akidah berasal daripada perkataan Arab iaitu “aqada” yang bererti mengikat atau menyimpul.  Akidah dari segi istilah syarak bermaksud kepercayaan dan keyakinan yang mantap terhadap konsep ketuhanan, kerasulan, perkara sam’iyyat dan perkara mumkinat berdasarkan dalil Al- Quran dan As Sunnah. DEFINISI
  4. 4. Akidah merupakan pokok dan di atasnya berdiri syariah Islam sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:  Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimah yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberi buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhan-Nya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. (Surah Ibrahim: 24 – 25)
  5. 5. Asas Aqidah Islam Ar-Rububuiyyah *Mentauhidkan Allah sebagai Pencipta, Pemilik, dan Penguasa As-Syam'iyat *Perkara- perkara ghaib yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia seperti dosa, pahala, syurga dan neraka Al-Uluhiyyah *Mentauhidkan Allah yang bersifat dengan kesempurnaan. Hanya Allah yang disembah ditaati peraturan dan hanya Allah tempat berdoa dan berharap An-Nubuwwah *Perutusan nabi- nabi dan rasul- rasul yang membawa ajaran Allah taala untuk disampaikan kepada umat manusia
  6. 6. Maksud sebenar tauhid rububiyyah telah dinyatakan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Qur’an yang bermaksud:  Apakah kamu tidak memerhatikan orang yang membantah Ibrahim tentang Tuhannya (Rab) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: Tuhanku yang menghidupkan dan mematikan. Orang itu berkata: Aku dapat menghidupkan dan mematikan. Ibrahim berkata: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah ia dari barat, lalu terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim. (Surah al-Baqarah: 258) Ayat di atas merupakan bukti jelas bahawa naluri manusia ialah untuk mengenali dan mengakui rububiyyah Allah.
  7. 7. Syarat Sah Syahadah  Bagi seseorang yang belum Islam mengucapkannya beserta kepercayaan di dalam hati, maka terpelihara diri, harta dan nyawa seperti orang Islam.  Syarat bagi sahnya syahadah adalah:  Tertib lafaz syahadah seperti yang dinyatakan.  Melafazkan kedua-dua kalimah syahadah dengan berturut-turut (tanpa diselangi perbuatan lain)  Mamahami makna kedua-duanya mengikut bahasa yang difahami.  Mentaati perintah Allah dengan cara diamalkan Nabi Muhammad saw.  Menggunakan perkataan "asyhadu" ( ُ‫ﺪ‬َ‫ﻬ‬ْ‫ﺷ‬َ‫ﺃ‬) pada keduanya.  Tidak syak atau ragu-ragu akan kedua-duanya.  Menunaikan Hak Syahadah
  8. 8.  Setelah seseorang mengucapkan syahadah maka wajib baginya menunaikan Hak Kalimah Syahadah. Hak kalimah adalah 'amar maaruf nahi munkar' mengajak kebaikan dan mencegah kemunkaran iaitu untuk disampaikan kepada mereka yang belum mengucapkan kalimah (orang belum Islam) dengan mengajak mereka mengucapkan kalimah syahadah iaitu Tiada Tuhan selain Allah, dan Muhammad(saw) itu pesuruh Allah dan sesama orang Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak taat segala perintah Allah dalam setiap aktiviti sehariannya khususnya dalam Dakwah dan Solat.  Syahadah juga merupakan Rukun Pertama Islam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad(saw) dan para sahabat di Mekah sebelum datang perintah atau Rukun Islam kedua iaitu Solat.  Setiap insan yang lahir samada dari azalinya memang beragama Islam secara keseluruhannya (Kaffah), yakni kelahirannya dalam keluarga yang ibu bapanya mengamalkan syariat Islam ataupun bagi mereka yang asalnya datang dari keluarga bukan Islam, lalu memeluk Islam samada keseluruhan ataupun dirinya sendiri, perlu menunaikan hak-hak Islam dengan sempurna serta ia akan dipertanggungjawabkan dalam saksinya itu (syahadah) yang dilafazkan sepanjang tempoh kehidupannya Syahadah
  9. 9. Rukun Iman Teras Akidah Islam
  10. 10. Konsep Rukun Iman Rukun Iman teras utama Aqidah Islam Keenam rukun iman ialah perkara yg berkaitan dgn kepercayaan/ keyakinan hati Orang yg tidak yakin atau meragui salah satu daripadanya akan terbatal Imannya
  11. 11. Rukun Iman Maksud Rukun Iman 1.Beriman kepada Allah Wajib mempercayai keesaan Allah yang memiliki sifat kesempurnaan berdasarkan dalil Naqli dan Aqli 2.Beriman kepada Malaikat Wajib mempercayai Malaikat adalah makhluk Allah yg dijadikan daripada cahaya, tidak makan dan minum, tidak berjantina dan sentiasa mentaati perintah Allah 3.Beriman kepada Kitab Wajib mempercayai Allah telah menurunkan kitab kpd rasul- rasulnya yg mengandungi ajaran yang benar dan menjadi panduan hidup kepada umat manusia 4.Beriman kepada Rasul Wajib mempercaya Allah telah mengutus rasul-rasulnya untuk membimbing umat manusia ke jalan yang benar 5. Beriman kepada Hari Kiamat Wajib mempercayai alam ini akan hancur binasa dan manusia akan dibangkitkan daripada kubur , dihimpun di Mahsyar, dihisab amalan dan dimasukkan ke Syurga atau Neraka 6. Beriman kepada Hari Qiamat Wajib mempercayai Allah SWT yang mengatur segala yang berlaku di alam ini dengan kebijaksanaan dan kehendakNya
  12. 12. Hubungan antara Iman, Islam dan Ihsan Suatu ketika malaikat Jibril dalam rupa seorang manusia datang kpd Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam & para shahabat utk mengajarkan tentang pokok-pokok ajaran agama, iaitu Islam, Iman & Ihsan. (Hadis Riwayat: Muslim)
  13. 13.  Hadits riwayat Abu Hurairah , ia berkata; bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pada suatu hari muncul bersama para sahabat, lalu datanglah orang asing yang kemudian bertanya:  “Apakah iman itu?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Iman adalah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, percaya akan bertemu dengan-Nya, beriman kepada rasul-rasul-Nya, dan beriman kepada hari kebangkitan.”  Orang asing itu berkata: “Apakah Islam itu?” Nabishallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Islam adalah kamu beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukannya dengan suatu apapun, kamu dirikan shalat, kamu tunaikan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa di bulan Ramadhan”.  itu berkata: “Apakah ihsan itu?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Kamu beribadah kepada Allah seolah-olah melihat-Nya dan andaipun kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihatmu”. (shahih al-Bukhariy no. 48) Teks Hadits َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬ ،َ‫ة‬ َ‫ْر‬‫ي‬ َ‫ر‬ُ‫ه‬ ‫ي‬ِ‫ب‬َ‫أ‬ ُ‫ْث‬‫ي‬ِ‫د‬َ‫ح‬:َ‫ع‬ ُ‫هللا‬ ‫ى‬َّ‫ل‬َ‫ص‬ ُّ‫ي‬ِ‫ب‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫ان‬َ‫ك‬ِ‫اس‬َّ‫ن‬‫ل‬ِ‫ل‬ ‫ا‬ً‫م‬ ْ‫و‬َ‫ي‬ ‫ا‬ً‫ز‬ ِ‫ار‬َ‫ب‬ َ‫م‬َّ‫ل‬َ‫س‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ُ‫ه‬‫ا‬َ‫ت‬َ‫أ‬َ‫ف‬ َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬َ‫ف‬ ٌ‫ل‬ُ‫ج‬َ‫ر‬:َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬ ‫؟‬ُ‫ان‬َ‫م‬ْ‫ي‬ِ ْ‫اْل‬ ‫ا‬َ‫م‬:«ِ‫ب‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬ ُ‫ان‬َ‫م‬ْ‫ي‬ِ ْ‫اْل‬ِ‫ب‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ئ‬‫ا‬َ‫ق‬ِ‫ل‬ِ‫ب‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ت‬َ‫ك‬ِ‫ئ‬ َ‫َل‬َ‫م‬ َ‫و‬ ِ‫هلل‬‫ا‬ِ‫ه‬ِ‫ل‬ُ‫س‬ُ‫ر‬ ِ‫ث‬ْ‫ع‬َ‫ب‬‫ال‬ِ‫ب‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ْ‫ؤ‬ُ‫ت‬ َ‫و‬»َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬:َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬ ‫؟‬ُ‫م‬ َ‫َل‬ْ‫س‬ِ ْ‫اْل‬ ‫ا‬َ‫م‬:«ُ‫م‬ َ‫َل‬ْ‫س‬ِ ْ‫اْل‬ُ‫ت‬ َ‫و‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ َ‫ك‬ ِ‫شر‬ُ‫ت‬ َ‫َل‬ َ‫و‬ َ‫هللا‬ َ‫د‬ُ‫ب‬ْ‫ع‬َ‫ت‬ ْ‫ن‬َ‫أ‬َ‫ْم‬‫ي‬ِ‫ق‬ َ‫ض‬َ‫م‬ َ‫ر‬ َ‫وم‬ُ‫ص‬َ‫ت‬ َ‫و‬ َ‫ة‬َ‫ض‬‫و‬ُ‫ر‬ْ‫ف‬َ‫المـ‬ َ‫ة‬‫ا‬َ‫ك‬ َ‫الز‬ َ‫ي‬ِ‫د‬َ‫ؤ‬ُ‫ت‬ َ‫و‬ َ‫ة‬ َ‫َل‬َّ‫ص‬‫ال‬َ‫ان‬»َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬:َ‫ل‬‫ا‬َ‫ق‬ ‫؟‬ُ‫ان‬َ‫س‬ْ‫ح‬ِ ْ‫اْل‬ ‫ا‬َ‫م‬:«ْ‫ن‬َ‫أ‬ ِ‫إ‬َ‫ف‬ ُ‫ه‬‫ا‬َ‫ر‬َ‫ت‬ ْ‫ن‬ُ‫ك‬َ‫ت‬ ْ‫م‬َ‫ل‬ ْ‫ن‬ِ‫إ‬َ‫ف‬ ،ُ‫ه‬‫ا‬َ‫ر‬َ‫ت‬ َ‫ك‬َّ‫ن‬َ‫أ‬َ‫ك‬ َ‫هللا‬ َ‫د‬ُ‫ب‬ْ‫ع‬َ‫ت‬َ‫اك‬َ‫ر‬َ‫ي‬ ُ‫ه‬َّ‫ن‬»
  14. 14.  1. Bertawakkal dan bergantung kepada selain daripada Allah  2. Ingkar nikmat Allah samada dengan terang atau tersembunyi dengan mudah atau yang memerlukan kajian  3. Bekerja atau berkhidmat dengan tujuan selain daripada Allah  4. Menggubal undang-undang (hukum-hukum) mengikut kehendak manusia; bukannya mengikut kehendak Allah  5. Menumpukan ketaatan selain daripada Allah dengan cara yang tidak disukainya  6. Melaksanakan hukum yang lain daripada hukum Allah atau tidak merujuk kepada hukum Allah dalam semua perkara.  7. Benci atau menentang satu-satu perkara mengenai agama Islam atau membenci agama Islam keseluruhannya  8. Menyintai kehidupan dunia mengatasi kehidupan akhirat atau menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya yang paling unggul  9. Menghina sesuatu daripada kitab dan sunnah atau orang-orang alim yang menegakkan atau mempersendakan hukum-hukum daripada hukum-hukum Allah  10. Menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya 20 Perkara Membatalkan Syahadah
  15. 15.  11. Tidak beriman dengan sumber-sumber hukum daripada al-Quran dan Sunnah  12. Melantik orang-orang kafir atau munafiqin sebagai pemimpin serta tidak menyintai orang yang beraqidah dan mukmin  13. Tidak beradab dalam pergaulan dengan Rasulallah S.A.W.  14. Merasa takut dan lemah hati dalam menegakkan tauhidullah dan rasa lapang dada, terbuka dan riang dalam menegakkan perkara-perkara syirik  15. Menyatakan ayat-ayat al-Quran terdapat pertentangan di antara ayat zahir dan isi yang terkandung dalam ayat itu, isi yang terkandung dalam al-Quran hanya boleh difahami oleh sesetangah orang melalui ilham  16. Tidak mengetahui mengenai makrifatullah dengan pengenalan yang jelas serta ingkar sifat-sifat ketuhanan atau ingkar nama-namanya  17. Tidak mengetahui dan mengenal Rasulallah S.A.W dengan betul atau menafikan sifat- sifat yang diberikan Allah kepada baginda  18. Mengkafirkan orang yang mengucap dua kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan orang yang ingkar syahadah dan tidak menghalalkan berpeang dengan mereka  19. Membuat sesuatu perkara bukan kerana Allah  20. Syirik kepada Allah Sambungan
  16. 16.  https://madahannan.wordpress.com/2011/11/15/20-perkara-yang- membatalkan-syahadah/  http://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/konsep-akidah/  http://www.madrah.net/P_Islam_NOTA/Nota-T1/aqidah/TaS1700- Rukun-Iman-Teras-Aqidah-Islam.html  https://ibnaun.wordpress.com/2014/04/19/hubungan-antara-islam- iman-dan-ihsan/  http://ms.wikipedia.org/wiki/Syahadah Rujukan
  17. 17. Burung pipit terbang sekawan, Makan padi turun ke sawah, Dengan Al-Quran hati tertawan, Mudah pula ikut sunnah. Tamat

×