1. KPT 6044
PEMBELAJARAN BERASASKAN TEKNOLOGI DAN WEB
TUGASAN 2
ULASAN JURNAL
SEMESTER 2/2015
SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)
DISEDIAKAN OLEH :
NURSAZLIN BINTI KAMARUDIN
M20141000732
2. Rubiah Omar dan Jamilah Hj. Ahmad (2009) menyatakan bahawa dapatan kajian
mengenai impak dan penerimaan masyarakat terhadap e-pembelajaran khususnya di Institut
Pengajian Tinggi (IPT) masih diragui dan tahap pelaksanaannya masih belum mencapai
matlamat yang diharapkan. Maka, hasil kajian yang mereka jalankan ke atas ahli akademik di
Universiti Sains Malaysia mendapati bahawa tahap kefahaman ahli akademik terhadap konsep
e-pembelajaran adalah tinggi dan penerimaan terhadap pelaksanaannya dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah positif.
Sementara itu, pelajar juga didapati memberi sokongan terhadap pelaksanaan e-
pembelajaran dalam membantu pembelajaran mereka. Hasil kajian Noraffandy Yahaya dan
Ling Ning Ning (2011) mendapati tahap kesediaan pelajar terhadap penggunaan e-
pembelajaran adalah tinggi. Dalam kajian mereka didapati pelajar mempunyai pengetahuan
yang tinggi dalam penggunaan e-pembelajaran, sedar akan pengaplikasian e-pembelajaran di
universiti dan e-pembelajaran mempunyai banyak kelebihan seperti memuat turun bahan
pembelajaran melalui e-pembelajaran dan sebagainya. Kajian ini disokong oleh S. Tamil
Selvan Subramaniam et. al (2013) yang menyatakan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai
kemahiran untuk menggunakan internet dan kemudahan peralatan komunikasi seperti
broadband atau wifi. Dalam kajian mereka mendapati pelajar memerlukan bahan
pembelajaran dalam bentuk maya untuk kegunaan semasa dan akan datang.
e-pembelajaran pada hakikatnya mempunyai banyak kelebihan jika diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Md. Aminul Islam et. al (2010), antara
kelebihan e-pembelajaran adalah : 1) kebolehcapaian yang mana internet pada masa kini
boleh dicapai pada bila-bila masa di mana-mana, 2) kos berpatutan, 3) kaedah penyampaian
secara visual yang memberi impak terhadap pembelajaran pantas dan 4) kandungan
pembelajaran boleh dikemaskini dengan mudah yang mana dapat mempersembahkan
kandungan yang lebih komprehensif, terperinci dan terkini. Kesimpulannya, pengaplikasian e-
pembelajaran dapat memberi faedah kepada semua pihak sama ada ahli akademik mahu pun
pelajar.
3. RUJUKAN
Rubiah Omar & Jamilah Hj. Ahmad (2009). Kesedaran, Penilaian dan Penerimaan
e-Pembelajaran dalam Kalangan Ahli Akademik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1),
155 – 172.
Noraffandy Yahaya & Ling Ning Ning (2011). Kesediaan Penggunaan E-Learning
DiKalangan Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta
Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia -Satu Tinjauan. Jurnal
of Educational Social Science, Volume 1 Mac 2011, 121-140.
S. Tamil Selvan Subramaniam, Norazah Nordin & Murugan Krishnan (2013). E-content
Development in Engineering Courses : Students Needs and Readiness. International
Journal of Business and Social Sciences, Vol. 4 No. 6, 282-288.
Md. Aminul Islam, Chuthamas Chittithaworn, Ahmad Zulhusny Rozali & Hee Liang (2010).
Factors Affectinge-learning Effectiveness in a Higher Learning Institution in
Malaysia. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35 (2), 51-60.