Ulasan jurnal

3,236 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,236
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
161
Comments
0
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Ulasan jurnal

  1. 1. Tajuk Jurnal: Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik. Oleh: Rubiah Omar dan Jamilah Hj Ahmad.Jurnal yang dipilih dan dianalisis berkaitan dengan kajian tentang pembelajaranberasaskan elektronik dan web. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pastitahap kesedaran, penilaian dan dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalanganahli akademik terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran di UniversitiSains Malaysia. Seterusnya, Jurnal ini ditulis oleh Rubiah Omar dan Jamilah HjAhmad. Menerusi jurnal ‘Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalamkalangan ahli akademik’ persoalan yang diketengahkan adalah tentang tahapkesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademikyang dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di IPT. Ini kerana tahapperlaksanaan e-pembelajaran pada masa kini belum dapat mencapai matlamat yangdiharapkan. Di Malaysia, e-pembelajaran merupakan teknologi asas. Impak danpenerimaan oleh masyarakat contohnya di Pusat Pengajian Tinggi (IPT) masih lagidiragui.Oleh itu diharapkan dengan adanya kajian tentang kesedaran, penilaian danpenerimaan e-pembelajaran dapat memberi gambaran awal tentang tahappenerimaan ahli akademik terhadap sistem pembelajaran yang berasaskan teknologimaklumat ini.Seterusnya membantu kemajuan teknologi dan menjadi pemangkinkepada budaya IT yang berterusan bermula di peringkat pendidikan tinggi. Seterusnya persoalan lain yang dinyatakan menerusi jurnal ini adalahpenilaian terhadap hubungan yang signifikan antara kefahaman terhadap e-pembelajaran dengan kesediaan pembelajaran arahan kendiri dalam kalangan ahliakademik. Kajian ini melihat sejauh manakah tahap kefahaman responden terhadapkepentingan perlaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan pelajar dan persepsimereka terhadap kesediaan mereka menguruskan pembelajaran arahan kendirisebagai tenaga pengajar. Oleh itu, disamping memiliki tenaga akademik yang
  2. 2. cemerlang dan berkelayakan,universiti harus mempunyai prasarana yang terbaikseperti bilik kuliah, makmal,perpustakaan, asrama, komputer dan pelbagaikemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006). Jadi kajian ini dijalankanbertujuan untuk melihat sejauhmanakah kesediaan ahli akademik menerima e-pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka, dan apakah faktor yang menjadipenyebab penerimaan atau penolakan kepada kaedah e-pembelajaran ini. Manakala persoalan yang ketiga yang disentuh adalah tentang tahappenerimaan bagi penggunaan e-pembelajaran dalam membantu prosespembelajaran dan pengajaran di IPT. Menerusi kajian ini, teori Resapan Inovasi olehRogers’ telah dijadikan asas untuk mengenal pasti tahap penerimaan e-pembelajaran dalam pengajaran. Ini penting kerana penerimaan e-pembelajaranberupaya mempercepatkan pengajaran dan proses pembelajaran dengan lebihefektif. Penerimaan e-pembelajaran dapat menukar modul tradisional, kos programdan bilik darjah dalam versi atas talian, bahkan penggunaan teknologi e-pembelajaran dapat menyumbang kepada persekitaran pengajaran danpembelajaran yang fleksibel. Dengan adanya program e-pembelajaran tersebut,boleh membantu kepada anjakan paradigma dalam kalangan ahli akademik,terutamanya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran yang lebih luas dan tidakterbatas di bilik kuliah sahaja. Seterusnya menerusi jurnal ini, kajian menggunakan reka bentuk tinjauan.Kaedah kajian ini turut menggunakan kaedah non-probability kerana tujuan kajianbukan untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan populasi.Kajian yang telahdijalankan berbentuk kajian deskriptif yang bertujuan memberi gambaran awaltentang kesediaan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik.Teoriresapan Inovasi oleh Rogers’ dijadikan asas untuk mengenal pasti tahap penerimaane-pembelajaran dalam pengajaran. Responden kajian terdiri daripada ahli akademikdi semua Pusat pengajian USM, Pulau Pinang yang menggunakan e-pembelajarandalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sejumlah 165 borang soalselidik telah diedarkan kepada ahli akademik di 15 Pusat Pengajian.Daripada jumlahtersebut, 119 borang soal selidik telah berjaya dikumpulkan mengikut PusatPengajian. Analisis kuantitatif menggunakan program SPSS (Statistical package forsocial sciences) perisian SPSS versi 14.0 telah digunakan dalam kajian ini. Data
  3. 3. yang diperolehi seterusnya ditukar kepada kod-kod tertentu yang akan mewakilipemboleh ubah yang terdapat dalam soal selidik. Seterusnya, data dianalisismenggunakan kaedah analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, sisihanpiawaian dan kaedah analisis inferensi seperti Ujian-t dan Anova. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan penerimaan responden terhadappenggunaan e-pembelajaran adalah baik kerana majoriti responden memahamikeseluruhan konsep dan tanggungjawab yang harus diambil dalam melaksanakan e-pembelajaran. Disamping memiliki tenaga akademik yang cemerlang danberkelayakan, universiti juga harus mempunyai prasarana yang terbaik seperti bilikkuliah, makmal, perpustakaan, asrama, kelengkapan komputer dan pelbagaikemudahan pembelajaran yang lain (Jamilah, 2006) Selain itu, dapatan jugamendapati kesedaran responden terhadap lima konsep e-pembelajaran dalamsistem pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Konsep pertama adalah e-pembelajaran sebagai satu kaedah pembelajaran khusus untuk para pelajar.Konsepkedua ialah e-pembelajaran sejajar dengan kemajuan teknologi dan ICT. Manakalakonsep seterusnya pembelajaran berasaskan komputer dan internet membolehkanproses pembelajaran dilaksanakan dengan lebih sistematik, menarik dan berkesandengan kuantiti pelajar yang lebih ramai tanpa batasan jarak yang ditetapkan.Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman respondenterhadap kesedaran, penilaian dan penerimaan terhadap perlaksanaan e-pembelajaran adalah baik serta penerimaan aplikasi e-pembelajaran di IPT sebagaialat pembelajaran berada pada tahap yang memuaskan (Zailan & Azmi, 2006). Responden menerima secara positif penggunaan e-pembelajaran dalammembantu proses pembelajaran dan pengajaran di IPT seperti menggunakankaedah e-pembelajaran di dalam kuliah, memuat naik nota-nota kuliah ke laman webpembelajaran dari semasa ke semasa, mengikuti latihan berkaitan ICT/ e-pembelajaran dan seterusnya menggalakkan serta memotivasikan pelajarmenggunakan e-pembelajaran sebagai mekanisme pembelajaran yang bermanfaatdan berkesan. Melalui kaedah e-pembelajaran, pembelajaran, pemikiran kritis dankreatif boleh berlaku dengan mudah dan berkesan.Ini selari dengan hasrat kerajaanMalaysia dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan yang ingin memajukan ekonomimelalui e-ekonomi iaitu ekonomi berlandaskan elektronik. Tahap kesedaran ahliakademik yang tinggi terhadap konsep sistem e-pembelajaran dalam pengajaran dan
  4. 4. pembelajaran dapat membantu merealisasikan empat objektif e-pembelajaran iaituuntuk memperkenalkan konsep baru pembelajaran peringkat yang lebih tinggi;memperkenalkan kaedah pembelajaran yang interaktif dan produktif; untukmemastikan pelajar belajar dengan lebih bebas dan objektif yang terakhir ialah untukmembenarkan pembelajaran yang seimbang di Malaysia. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa ahli akademik sedar tentangkonsep e-pembelajaran.ICT dimajukan sebagai alat utama bagi membolehkan ahliakademik menggunakan ICT dan melibatkan pelajar dalam pelbagai aktivitipembelajaran di dalam kuliah berteraskan kemajuan teknologimaklumat.Kebanyakan IPT di Malaysia mengambil berat tentang kepentingan ICTbagi memastikan ahli akademik dan pelajar dapat bersatu secara produktif dalampersekitaran pendidikan yang baru.Hal ini secara tidak langsung menyokong hasilkajian yang telah dijalankan oleh Ambigapathy (2004), iaitu majoriti daripada ahliakademik menerima program ICT dalam sistem pembelajaran secara terbuka danpositif. Selain itu, menerusi kajian ini terdapat faktor-faktor lain yang turutmenyumbang kepada kejayaan perlaksanaan e-pembelajaran. Terutamanya faktormempunyai kemudahan komputer sempurna dan lengkap dan ia tidak hanyabergantung kepada kesediaan pembelajaran arahan kendiri ahli akademik sahaja.Mereka turut berperanan memotivasikan pelajar, memberi info dan input,mempengaruhi serta menggalakkan pelajar menggunakan kemudahan talian e-pembelajaran ketika belajar. Ini penting kerana sebagai pelajar mereka seharusnyamempunyai kesediaan pembelajaran arahan kendiri yang tinggi untuk mencapaimatlamat pembelajaran yang ditetapkan. Kesimpulannya, ahli akademik memainkan peranan penting dalam memupukbudaya ICT yang cemerlang di peringkat pendidikan tinggi. Di Malaysia, erapendidikan melalui aplikasi e-pembelajaran bermula menerusi sistem Pendidikanjarak jauh yang diperkenalkan. Oleh itu, Kesedaran, penilaian dan penerimaan e-pembelajaran dalam kalangan ahli akademik secara positif semakin memantapkanlagi kemajuan teknologi dan dunia ICT sesuai dengan kehendak masyarakat sertaperkembangan kemajuan teknologi masa kini. Dengan harapan, pada masa akandatang situasi ini mampu melahirkan masyarakat intelek yang berpengetahuan tinggidan mahir teknologi selaras dengan kehendak pendidikan dunia sejagat.

×