Asma ul Husna merujuk kepada 99 nama Allah SWT yang menunjukkan sifat-Nya yang mulia. Nama-nama tersebut memberikan pengertian kepada umat manusia tentang sifat Allah dan digunakan ketika berdoa. Umat Islam disuruh mengamalkan makna dibalik Asma ul Husna dalam kehidupan seharian.
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
BIMS1023 Aqidah Islam - Bahagian 8
1. B I M S 1 0 2 3
A Q I D A H
I S L A M
O L E H : K A P T E N D R . M O H D A D I B B I N A B D
M U I N
P E N S Y A R A H K A N A N
P U S A T P E N G A J I A N P E R N I A G A A N I S L A M
( I B S ) , U U M
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 8 1
3. PENGENALAN
• Dalam Islam, Asmaul Husna adalah sembilan puluh sembilan (99) asma
(nama) Allah SWT yang terbaik.
• Nama-nama ini hanya layak dimiliki oleh Allah SWT, selaku yang paling
hebat dalam alam ini. Sebab itulah, seseorang Muslim tidak akan diberi
nama menyerupai nama Allah SWT dalam bentuk yang sama-contohnya
Ar-Rahim, tetapi boleh dipanggil Rahim atau Abdul Rahim.
• Banyak kajian telah dilakukan oleh para ulama dalam membahas dan
mentafsirkan Asmaul Husna ini. Walaupun adanya perbezaan pendapat
tentang jumlah nama itu, sebagai Muslim kita seharusnya mengakui
hakikat zat Allah SWT.
• Asmaul Husna bermaksud dari segi bahasa ialah nama-nama Allah SWT
yang baik, mulia dan agung sesuai dengan sifat-sifat-Nya. Nama-nama
Allah SWT yang agung dan mulia itu merupakan suatu kesatuan yang
menyatu dalam kebesaran dan kehebatan Allah SWT, sebagai pencipta
dan pemelihara alam semesta beserta segala isinya.
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 8 3
4. SAMB..
Asma ul Husna (Nama-Nama yang Baik dan indah) ialah nama-nama Allah SWT
yang menunjukkan sifat-sifat-Nya.
Asma ul Husna merupakan salah satu cara untuk kita belajar mengenal Allah
SWT.
Allah SWT memperkenalkan diri-Nya kepada sekalian makhluk melalui
pengertian nama-nama ini.
Umat Islam disuruh menggunakan nama-nama ini (Asma ul Husna) apabila
merujuk kepada Allah SWT terutama dalam keadaan berdoa.
Firman Allah SWT:
َا ْٓايٰف َن اُود ٰحالُي َانيٰذَّال واُرَذ َو ۖاَهٰب ُه اوُعاداَف ىٰناسُحاال ُءۤاَماسَ ا
اْل ٰ ه ٰ
ّلِل َو
اَك اَم َن او َزاجُيَس ٖۗهِٕىۤاَماس
ۖ َن اوُلَماعَي ا اوُن
.
“Dan Allah memiliki Asma'ul-husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah
kepada-Nya dengan menyebutnya Asma'ul-husna itu dan tinggalkanlah orang-
orang yang menyalahartikan nama-nama-Nya. Mereka kelak akan mendapat
balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah Al-A’raf: 180)
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 8 4
5. KELEBIHAN ASMA UL HUSNA
• Dipetik dari sebuah hadis :
َهاَصاحَأ انَم ، ًةَد ٰاح َو ْلٰإ ًةَئاٰم ، اًماسا َينٰعاسٰت َو ًةَعاسٰت ٰ َّ ٰ
ّلِل َّنٰإ
َةَّنَجاال َلَخَد ا
“Sesunguhnya Allah memiliki 99 nama, seratus kurang satu, siapa
yang menjaganya maka dia masuk surga.” (HR. Bukhari, no.2736,
Muslim, no.2677 dan Ahmad, no.7493).
• Menurut ahli ulamaK, jika kita menghafal, menghayati dan
mengamalkan kandungan maksud asmaul husna ini, Insha Allah kita
akan mendapat rahmat daripadanya.
• Inilah yang dimaksudkan dengan ‘menjaga’ nama-nama Allah seperti
dalam hadis di atas. Ini kerana apabila kita mengamalkannya, ia
menganjurkan kebaikan bagi hati, kesempurnaan takut kepada Allah
SWT, dan turut menunaikan hak-Nya.
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 8 5
6. DALIL QUR’AN DAN HADIS
BERKENAAN ASMA UL HUSNA
Firman Allah SWT:
ىٰناسُحاال ُءۤاَماسَ ا
اْل ُهَلَف ا اوُعادَت اَّم ًّايَا َٖۗن ٰماحَّالر واُعادا ٰوَا َ ه
اّلِل واُعادا ٰلُق
َكٰت َ
َلَصٰب ارَهاجَت َ
ْل َو
َب ٰغَتابا َو اَهٰب اتٰفَاخُت َ
ْل َو
َكٰلٰذ َاني
ً
اَليٰبَس
.
“Katakanlah (Muhammad), “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama
yang mana saja kamu dapat menyeru, karena Dia mempunyai nama-nama yang
terbaik (Asma‘ul husna) dan janganlah engkau mengeraskan suaramu dalam salat
dan janganlah (pula) merendahkannya dan usahakan jalan tengah di antara kedua
itu.”
(Surah Al-Isra’: 110)
ىٰناسُحاال ُءۤاَماسَ ا
اْل ُهَل َٖۗوُه َّ
ْلٰا َهٰلٰا ْٓ َ
ْل ُ ه
ّلِلَا
.
“(Dialah) Allah, tidak ada tuhan selain Dia, yang mempunyai nama-nama yang
terbaik.”
(Surah Taha: 8)
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 8 6
7. SAMB..
َا ْٓايٰف َن اُود ٰحالُي َانيٰذَّال واُرَذ َو ۖاَهٰب ُه اوُعاداَف ىٰناسُحاال ُءۤاَماسَ ا
اْل ٰ ه ٰ
ّلِل َو
اَك اَم َن او َزاجُيَس ٖۗهِٕىۤاَماس
ۖ َن اوُلَماعَي ا اوُن
.
“Dan Allah memiliki Asma'ul-husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah
kepada-Nya dengan menyebutnya Asma'ul-husna itu dan tinggalkanlah orang-
orang yang menyalahartikan nama-nama-Nya. Mereka kelak akan mendapat
balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”
(Surah Al-A’raf: 180)
Sheikh Muhammad Mutawali Sya'rawi dalam tafsirnya ketika mengulas ayat ini
menyebut, Allah SWT mengingatkan kita supaya berdoa kepadaNya
menggunakan Asma'ul Husna kerana Dia menginginkan makhlukNya sentiasa
mengingatiNya.
Dan jika kita mempunyai hajat tertentu, adalah menjadi keperluan untuk
menyebut Asma'ul Husna kerana Asma'ul Husna adalah sifat yang sampai
kepada martabat nama-nama Allah. Orang yang memerhati dan memikirkan
nama-nama ini akan merasai kesempurnaan, keagungan dan keindahan Allah
SWT.
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 8 7
14. KESIMPULAN
Secara kesimpulan, hendaklah kita beramal dengan Asma'ul Husna
dengan cara menzahirkannya dalam bentuk akhlak dan kelakuan pada
setiap masa.
Siapakah yang lebih berhak untuk diimani, tentulah Dia Tuhan yang Maha
Awal, yang Maha Akhir, yang Maha Zahir dan Maha Batin.
Asma'ul Husna tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan seharian. Ia
bukan sekadar kalimat yang digunakan untuk berdoa semata-mata, tetapi
hendaklah difahami, dihayati dan diamalkan bagi membentuk peribadi
yang sentiasa dekat dengan Maha Pencipta.
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 8 14
15. RUJUKAN
• Abdul Aziz Omar Ahmad. (2009). Asas Akidah Islam. Kota Bharu: Pustaka
Aman Press Sdn Bhd.
BIMS1023 AQIDAH ISLAM - BAHAGIAN 8 15