SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
1
PENGARUH KELAYAKAN GURU KE ATAS EFIKASI GURU-GURU
SEKOLAH MENENGAH
Khalid Johari – UMS (drkhalidjohari@gmail.com)
Zurida Ismail – USM (zurida@usm.my)
Shuki Osman – USM (shuki@usm.my)
Ahmad Tajuddin Othman – USM (judane@gmail.com)
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh yang disumbangkan
oleh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru dan pengalaman
mengajar ke atas kepercayaan efikasi guru di kalangan guru-guru
sekolah menengah di Sabah. Data dikutip dengan menggunakan
instrumen Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSES) yang melibatkan
928 orang guru di 22 buah sekolah menengah dalam empat daerah.
Menerusi analisis ANOVA, mendapati terdapat perbezaan min yang
signifikan dalam ketiga-tiga dimensi efikasi guru di kalangan guru-guru
mengikut jenis latihan guru dan pengalaman mengajar. Dapatan kajian
menunjukkan guru-guru keluaran program Diploma Pendidikan Malaysia
berada pada aras tertinggi dalam kepercayaan efikasi guru berbanding
guru-guru keluaran program lain. Manakala guru-guru yang telah
mengajar melebihi tujuh tahun lebih berefikasi berbanding guru-guru
dengan pengalaman mengajar kurang daripada tujuh tahun. Implikasi
dapatan kajian juga dibincangkan.
KATA KUNCI: efikasi guru, kelayakan guru, latihan guru, pengalaman
mengajar, Sabah
Abstract
The study was aimed to determine the influence of teachers’
qualifications, namely types of teacher training and teaching experiences
on efficacy beliefs among secondary school teachers in Sabah. Data
were collected using the Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSES) which
involving 928 teachers from 22 secondary schools in four districts. The
ANOVA analysis found that there were significantly mean different in all
teacher efficacy dimensions among teachers based on types of teacher
training and teaching experiences. The finding shows that teachers with
Malaysian Education Diploma program were the highest in teacher
efficacy compared to teachers from other training program. While
teachers with teaching experiences more than seven years were more
efficacious from teachers with less than seven years of teaching
experiences. The implication of the study also dicussed.
KEY WORDS: Teacher efficacy, teacher qualifications, teacher training, teaching
experiences, Sabah.
2
Pengenalan
Kajian-kajian lepas mendapati guru-guru yang merasa kurang bersedia berdepan
dengan masalah dalam pengajaran kerap menganggap diri mereka tidak
berpengalaman dan tidak mendapat latihan yang mencukupi (Buell et al., 1999; Cains &
Brown, 1996; Martin et al., 1999). Dalam konteks profesion guru, pengalaman dan
latihan guru merupakan dua isu yang saling berbeza. Pengalaman merupakan
pengetahuan empirikal sementara latihan guru lebih bersifat teoritikal. Keduanya saling
memerlukan untuk menjadikan seseorang guru mencapai tahap kecekapan yang
dituntut. Sehubungan itu, Goodwin (1999) mentakrifkan latihan guru dan pengalaman
mengajar sebagai antara kelayakan asas yang utama dalam pengajaran berkesan.
Pendidikan dan latihan iktisas guru merupakan faktor yang paling utama dalam
menentukan kualiti guru dan kualiti pengajaran. Kalangan pakar telah sepakat bahawa
penguasaan pengetahuan dalam bidang pengajaran menjadi ciri yang paling penting
dalam pengajaran guru. Dapatan-dapatan kajian menyokong secara moderat tetapi
konsisten bahawa pengetahuan bidang pengajian dan pengetahuan tentang cara
mengajar menjadi penentu utama dalam kualiti pengajaran (Greenwald, Hedges &
Laine, 1996; Ingersoll, 2000; Ingersoll & Gruber, 1996). Menurut Cohen et al. (2003),
bukti-bukti statistik menunjukkan bahawa amalan pengajaran yang disertai dengan
pengetahuan dan tindakan memberi pengaruh terhadap pembelajaran murid.
Dalam pada itu, faktor pengalaman mengajar merupakan pengetahuan yang
dibentuk oleh interaksi antara faktor-faktor persekitaran kerja. Tempoh dan kekerapan
melalui tugas pengajaran sama ada berjaya atau sebaliknya, sedikit demi sedikit
membina pengetahuan dan kemahiran profesion yang diperlukan. Guru-guru
berpengalaman banyak bergantung kepada ingatan dan tafsiran terhadap pengalaman
pengajaran terdahulu yang berkaitan (Gist & Mitchell, 1992).
Dalam kajian Goodwin (1999) berkaitan demografi guru dengan pencapaian
murid mendapati kelayakan guru merupakan prediktor terbaik berbanding faktor-faktor
luaran guru (saiz kelas, pendidikan ibu bapa, pendapatan dan latar belakang bahasa)
dalam meramal pencapaian murid. Namun di sebalik kepentingan kelayakan guru,
literatur kajian-kajian lepas mendedahkan banyak kritikan terhadap kelayakan guru
dalam melaksanakan pengajaran (Ingersoll et al., 2007).
3
Selain faktor kelayakan guru dalam mempengaruhi keberkesanan pengajaran
guru, terdapat juga faktor-faktor lain yang berpotensi mencorakkan pencapaian murid,
antaranya ialah kepercayaan efikasi guru. Bandura (1997) mendefinisikan efikasi guru
sebagai kepercayaan guru terhadap keupayaan diri untuk mengendalikan pengajaran
secara berkesan ke arah mempengaruhi pencapaian murid.
Kepercayaan Efikasi Guru
Kesungguhan guru dalam mempengaruhi pencapaian murid adalah merujuk
kepada konstruk efikasi guru (Bandura, 1997). Guru melakukan pertimbangan terhadap
keupayaan diri dalam mempengaruhi hasil pembelajaran murid. Efikasi guru dikenal
pasti mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian murid (Anderson,
Raphael, Englert & Stevens, 1991: Ashton & Webb, 1986; Bandura, 1993, 1997; Gibson
& Dembo, 1984; Ross, 1992; Tschannen-Moran & Hoy, 2001; Tschannen-Moran, Hoy, &
Hoy, 1998).
Konsep efikasi berkaitan dengan kekuatan aras kepercayaan individu yang
mempengaruhi tingkah laku berhubung dengan sesuatu keadaan yang dihadapi.
Kepercayaan bahawa seseorang mempunyai keupayaan untuk melakukan tindakan
yang diperlukan. Pertimbangan individu terhadap keupayaan diri dalam menjalankan
tugas pengajaran yang mendorong ke arah merancang dan menyelaras tingkah laku
yang diperlukan untuk mencapai matlamat tugasan yang diharapkan. Kajian Gibson dan
Dembo (1984) menunjukkan bahawa guru yang berefikasi rendah kurang kesungguhan
dalam memperbaiki kelemahan murid, selain cenderung menilai murid berdasarkan
kecerdasan tanpa mengambil kira persediaan pembelajaran murid serta memberi
layanan yang baik kepada murid yang cerdas (Ashton, Webb & Doda, 1983).
Guru yang berefikasi rendah juga cenderung menerapkan kawalan disiplin dalam
bilik darjah serta amalan ganjaran-hukuman untuk memastikan murid mengikuti
pengajaran (Woolfolk & Hoy, 1990; Woolfolk, Rosoff, & Hoy, 1990). Manakala guru yang
berefikasi tinggi menerapkan strategi pengalaman masteri berbanding guru yang rendah
efikasi pengajarannya cenderung mengabaikan perkembangan kognitif dan keupayaan
murid (Gibson & Dembo, 1984). Kepercayaan efikasi yang tinggi mendorong guru
4
supaya lebih berusaha dalam tugas pengajarannya dengan mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan tidak mudah mengalah (Tschannen-Moran & Hoy, 2001).
Kelayakan Profesion dan Efikasi Guru
Teori efikasi kendiri menerangkan tentang aras keyakinan individu terhadap
kemampuan melaksanakan tugasan tertentu (Bandura, 1997). Menerusi teori ini, konsep
“reciprocal determinism”, iaitu kitaran interaksi antara kognitif, persekitaran dan tingkah
laku membolehkan individu mempelajari persekitarannya untuk menghasilkan tingkah
laku yang diperlukan berdasarkan kepada pengetahuan terdahulu yang dimiliki.
Menurut Welch (1995) kejayaan-kejayaan yang dicapai berupaya meningkatkan
efikasi. Sebaliknya kegagalan yang dilalui berpotensi menjadikan guru berefikasi rendah
kerana telah wujud pertimbangan negatif terhadap kemampuan pengajaran guru.
Dapatan kajian Tschannen-Moran dan Woolfolk-Hoy (2002) menunjukkan efikasi guru
berpengalaman (mengajar lebih dari lima tahun) lebih tinggi berbanding guru novis
(mengajar kurang dari lima tahun). Looney (2003) juga cenderung berpihak kepada
pengalaman mengajar mempengaruhi efikasi guru. Menerusi kajiannya (Looney, 2003),
mendapati wujud hubungan yang signifikan tetapi lemah antara pengalaman dengan
efikasi guru.
Tschannen-Moran dan Woolfolk-Hoy (2002) juga menegaskan bahawa guru
yang berpengalaman berefikasi tinggi kerana telah melalui peluang demi peluang
menerusi tugas pengajaran harian untuk tempoh yang lama berbanding guru novis
untuk mengembangkan kemahiran dalam pengurusan kelas dan strategi pengajaran.
Dapatan kajian Soodak dan Podell (1996) juga memperlihatkan wujudnya sumbangan
pengalaman mengajar ke atas efikasi pengajaran guru. Namun dalam kajian Hoy dan
Woolfolk (1993) mendapati pengalaman mengajar tidak memberi pengaruh secara
statistik ke atas efikasi guru.
Dalam tinjauan Ross (1994) terhadap 88 kajian berkaitan efikasi guru di
kalangan guru-guru pelatih mendapati bahawa wujud hubungan antara efikasi guru
dengan tingkah laku. Menurut Ross lagi guru yang berefikasi tinggi cenderung
mempelajari dan menerapkan pendekatan dan strategi baru dalam pengajaran,
5
menerapkan teknik pengurusan ke arah mengembangkan otonomi murid, memberi
bantuan kepada murid yang lemah, membina tanggapan kendiri murid terhadap
kemahiran akademik, menetapkan matlamat, dan tidak mudah mengalah berdepan
dengan murid yang lemah. Dapatan kajian-kajian lepas juga mendapati efikasi guru
berada pada tahap yang tertinggi ketika masih menjadi guru pelatih kemudian menurun
ketika tahun pertama mengajar (Brousseau, Book, & Byers, 1988; Soodak & Podell,
1996).
Kajian-kajian berkaitan efikasi guru banyak tertumpu kepada implikasinya, di
samping mengaitkannya dengan guru-guru pelatih dan novis. Namun, kajian-kajian yang
mempelajari perbezaan pola efikasi guru berdasarkan faktor-faktor personal masih
banyak yang perlu dijalankan (Giallo & Little, 2003; Goddard, 2002). Meskipun beberapa
kajian yang mengaitkan efikasi guru dengan pengalaman mengajar namun perbezaan
dapatan yang diperoleh menuntut lebih banyak kajian serupa dijalankan. Di samping itu,
dapatan-dapatan berkaitan kelayakan guru dengan efikasi guru masih memerlukan
perhatian yang serius.
Tujuan dan Hipotesis Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh faktor kelayakan guru, iaitu
pengalaman mengajar dan jenis latihan guru ke atas efikasi guru. Secara umumnya,
dapatan kajian ini dijangka dapat membantu meningkatkan pencapaian murid. Bagi
kalangan pentadbir sekolah, dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan dalam
mengenal pasti guru-guru yang memerlukan sokongan profesionalisme. Dalam pada itu,
dapatan kajian ini juga dijangka membuka minda guru-guru senior untuk memberikan
bimbingan kepada guru-guru baru bagi meningkatkan efikasi pengajaran mereka.
Kajian ini menjangkakan min efikasi guru tidak berbeza secara signifikan
mengikut jenis-jenis latihan guru memandangkan masih kurang dapatan kajian yang
berkaitan, khususnya dalam konteks pendidikan di Malaysia, selain kajian yang
dijalankan oleh Rahmah (et al., 2006). Di samping itu, secara teorinya, tiap institusi
pengajian tinggi awam yang mengendalikan program latihan guru di Malaysia adalah di
bawah kawal selia Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) bagi menjamin
kualiti program. Sementara untuk hipotesis kajian kedua, kajian ini menjangkakan min
6
efikasi guru berbeza secara signifikan mengikut pengalaman mengajar; sepertimana
dapatan kajian-kajian lepas (Soodak & Podell, 1996; Tschannen-Moran & Woolfolk-Hoy,
2002; Looney, 2003).
Kaedah Kajian
Sampel
Seramai 928 orang guru yang mengajar di 22 buah sekolah menengah dalam empat
buah daerah di Malaysia terlibat dalam kajian ini. Ciri-ciri sampel adalah guru-guru
sekolah menengah yang terlatih dan tidak memegang jawatan kanan dalam pentadbiran
sekolah. Selain pentadbir sekolah, guru kaunseling dan pemulihan juga tidak dilibatkan.
Jumlah responden tersebut merupakan 62.70 (%) soal selidik yang berjaya dikumpulkan
daripada 1,792 set yang diedarkan. Guru lelaki terdiri daripada 310 orang (33%)
manakala guru perempuan seramai 552 (60%); dalam lima kategori umur dengan jarak
antara 24 hingga 55 tahun (SD = 1.34); dan dalam lima kategori pengalaman mengajar
antara kurang daripada tiga tahun hingga lebih daripada empat belas tahun (SD = 1.38).
Prosedur
Kajian ini menggunakan reka bentuk ex post fakto bagi menentukan pengaruh
faktor-faktor kelayakan guru, iaitu pengalaman mengajar dan jenis latihan guru ke atas
efikasi guru sekolah menengah. Menerusi reka bentuk kajian ini, perbezaan efikasi guru
diukur berdasarkan kepada faktor pengalaman mengajar dan jenis latihan guru. Data
berkaitan efikasi guru dikumpul dengan menggunakan instrumen Teacher Sense of
Efficacy Scale (TSES) dua belas item yang dibina oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk-
Hoy (2001). Instrumen TSES terbahagi kepada tiga dimensi, iaitu penglibatan murid
(mengukur kesungguhan guru dalam memberi dorongan kepada murid), strategi
pengajaran (kesungguhan guru dalam memberi kefahaman kepada murid) dan
pengurusan kelas (kesungguhan guru dalam mengawal kelas. Skala pengukuran
digunakan adalah skala sembilan poin, bermula dengan skala “1” (Tidak Peduli
Langsung) hingga skala “9” (Sangat Penuh Kesungguhan).
Selaras dengan keperluan kajian ini, instrumen asal TSES dalam versi bahasa
Inggeris diterjemahkan ke dalam versi bahasa Melayu; yang kemudiannya
7
diterjemahkan semula ke dalam bahasa Inggeris oleh pakar dalam bahasa Inggeris.
Perbandingan kedua-dua versi Inggeris (asal dan terjemahan semula) dilakukan dan jika
terdapat perbezaan pada versi terjemahan semula maka versi bahasa Melayu
diperbaiki. Bagi menentukan aras ketekalan instrumen terjemahan, TSES versi bahasa
Melayu kemudian diuji-rintis ke atas 98 orang guru di empat buah sekolah menengah
dalam dua daerah, di Pulau Pinang. Hasil ujian rintis mendapati ketiga-tiga dimensi
berada pada aras yang tinggi, penglibatan murid (α = .80), strategi pengajaran (α = .76)
dan pengurusan kelas (α = .85). Secara keseluruhan, aras kebolehpercayaan yang
diperoleh bagi instrumen TSES (12 item) ialah alpha .92.
Soal selidik ditadbir dengan bantuan pembantu penyelidik bagi memudahkan
urusan mengedar dan mengumpul semula alat kajian. Di peringkat sekolah, proses
pengedaran dan pengumpulan soal selidik dilakukan menerusi pentadbir sekolah untuk
tempoh selama sebulan.
Data dianalisis dengan menggunakan teknik ANOVA sehala bagi menentukan
aras perbezaan min dalam efikasi guru mengikut faktor-faktor kelayakan guru. Aras
signifikan yang diguna sama ada .05 atau .01 ditentukan menerusi aras imbangan
varians yang diukur menggunakan Ujian Levene. Sementara penggunaan statistik
deskriptif, seperti frekuensi, min dan sisihan piawai bagi menerangkan taburan min skor
efikasi mengikut faktor-faktor kelayakan responden.
Dapatan Kajian
Menerusi Jadual 1 dipaparkan min skor tiap kategori pengalaman mengajar dan
jenis latihan guru. Responden dibahagi kepada lima kumpulan peringkat pengalaman
mengajar, iaitu kumpulan pengalaman mengajar yang kurang dari 3 tahun, 3 hingga 6
tahun, 7 hingga 10 tahun, 11 hingga 14 tahun dan kumpulan guru yang lebih dari 14
tahun mengajar. Kumpulan guru yang berpengalaman mengajar antara 11 hingga 14
tahun secara konsisten lebih tinggi dalam penglibatan murid (M=7.12, SD = 1.00),
strategi pengajaran (M=7.30, SD = .90) dan pengurusan kelas (M=7.54, SD = .91)
berbanding guru-guru yang berpengalaman mengajar kurang dari sebelas tahun dan
guru-guru yang telah mengajar lebih dari 14 tahun.
8
Bagi faktor jenis latihan guru, responden dikelompok ke dalam empat kumpulan,
iaitu kumpulan guru yang menjalani latihan profesion keguruan menerusi program DPM,
KPLI, DPLI dan B.Ed. Min skor menunjukkan kumpulan guru-guru diploma (DPM)
keluaran maktab perguruan (sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru - IPG)
lebih tinggi berbanding kumpulan guru-guru siswazah KPLI, DPLI dan B.Ed dalam
strategi pengajaran (M=7.24, SD =1.02) dan pengurusan kelas (M=7.41, SD =1.08).
Manakala min skor kumpulan guru DPLI dalam penglibatan murid (M=7.16, SD =1.02)
lebih tinggi berbanding kumpulan-kumpulan DPM, KPLI dan B.Ed.
Jadual 1: Taburan Min Skor
Jenis
Latihan
Guru N M SD
Pengalaman
Mengajar
N M SD
Efikasi guru DPM 123 7.24 1.01 Kurang 3 tahun 177 6.65 1.11
KPLI 200 6.89 1.17 3-6 tahun 221 6.65 1.17
DPLI 93 7.21 .92 7-10 tahun 186 7.08 1.08
BEd 475 6.86 1.05 11-14 tahun 182 7.32 .84
Jumlah 891 6.95 1.07 Lebih 14 tahun 162 7.15 .94
Jumlah 928 6.96 1.07
Penglibatan
Murid
DPM 123 7.08 1.13 Kurang 3 tahun 177 6.58 1.15
KPLI 200 6.68 1.28 3-6 tahun 221 6.49 1.27
DPLI 93 7.16 1.02 7-10 tahun 186 6.93 1.13
BEd 475 6.70 1.10 11-14 tahun 182 7.12 1.00
Jumlah 891 6.80 1.15 Lebih 14 tahun 162 6.96 1.05
Jumlah 928 6.80 1.15
Strategi
Pengajaran
DPM 123 7.24 1.02 Kurang 3 tahun 177 6.65 1.18
KPLI 200 6.90 1.22 3-6 tahun 221 6.71 1.24
DPLI 93 7.23 1.05 7-10 tahun 186 7.05 1.13
BEd 475 6.87 1.10 11-14 tahun 182 7.30 .90
Jumlah 891 6.96 1.12 Lebih 14 tahun 162 7.15 .95
Jumlah 928 6.96 1.12
Pengurusan
Kelas
DPM 123 7.41 1.08 Kurang 3 tahun 177 6.72 1.26
KPLI 200 7.08 1.24 3-6 tahun 221 6.75 1.24
DPLI 93 7.23 .92 7-10 tahun 186 7.26 1.13
BEd 475 7.01 1.18 11-14 tahun 182 7.54 .91
Jumlah 891 7.10 1.17 Lebih 14 tahun 162 7.34 1.00
Jumlah 928 7.11 1.17
9
Analisis ANOVA berikut adalah bagi menguji hipotesis nol yang menyatakan
tidak terdapat perbezaan min dalam efikasi guru mengikut jenis latihan guru. Hasil
analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p < .05 bagi strategi
pengajaran [F(3, 890) = 5.713, p = .001] dan pengurusan kelas [F(3, 890) = 4.439, p =
.004]; dalam kesemua kumpulan program. Manakala dimensi penglibatan murid
[F(1,861)=16.466, p = .001] signifikan pada aras p < .01. Analisis pos-hoc (Tukey)
mendapati secara keseluruhannya perbezaan min efikasi guru membentuk dua
kelompok, iaitu kumpulan guru yang berpengalaman kurang dari tujuh tahun (<3 tahun &
3-6 tahun) dan kumpulan guru yang melebihi tujuh tahun berpengalaman mengajar (7-
10 tahun, 11-14 tahun & >14 tahun).
Walaupun dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan
kumpulan guru mengikut faktor latihan guru, tetapi aras sumbangan varians yang
dikenal pasti adalah dalam kecil. Nilai kuasadua ETA menunjukkan faktor latihan guru
menyumbang varians ke atas penglibatan murid (3 %), strategi pengajaran (2 %) dan
pengurusan kelas (2 %).
Jadual 2: Analisis Perbezaan ANOVA Sehala
df F p
Efikasi guru
Latihan guru
Pengalaman mengajar
3
4
6.402
16.175
.001
.001
Penglibatan
murid
Latihan guru
Pengalaman mengajar
3
4
7.582
10.736
.001
.001
Strategi
pengajaran
Latihan guru
Pengalaman mengajar
3
4
5.713
12.447
.001
.001
Pengurusan
Kelas
Latihan guru
Pengalaman mengajar
3
4
4.439
20.046
.004
.001
Jadual 2 memaparkan hasil analisis ANOVA bagi menguji kedua-dua hipotesis.
Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kumpulan pengalaman
mengajar pada aras p < .01 bagi penglibatan murid [F(4, 927)=10.736, p = .001],
strategi pengajaran [F(4,927)=12.447, p = .001] dan pengurusan kelas
[F(4,927)=20.046, p = .001]. Dapatan menunjukkan perbezaan yang signifikan pada min
antara kumpulan adalah pada aras sederhana tinggi (Cohen, 1988). Faktor pengalaman
mengajar menyumbang varians sebanyak 4 (%) penglibatan murid, strategi pengajaran
10
(5 %) dan pengurusan kelas (8 %). Dapatan ini bermakna hipotesis kajian yang
menyatakan bahawa penglibatan murid, strategi pengajaran dan pengurusan kelas
berbeza mengikut faktor pengalaman mengajar adalah signifikan.
Analisis keseluruhan menggunakan ujian pos-hoc (Tukey) mendapati jenis
latihan guru terbahagi kepada dua kelompok efikasi, iaitu guru-guru lepasan program
DPM dan DPLI dan kumpulan guru lepasan program KPLI dan Bed.
Perbincangan
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh pengalaman mengajar dan
jenis latihan guru ke atas efikasi guru di kalangan guru-guru sekolah menengah.
Hipotesis nol yang menyatakan tiada perbezaan dalam efikasi guru mengikut jenis
latihan guru didapati tidak signifikan. Sementara hipotesis kedua kajian yang
menjangkakan terdapatnya perbezaan efikasi guru mengikut kategori pengalaman
mengajar didapati signifikan.
Mengenai perkaitan antara faktor pengalaman mengajar dengan efikasi guru,
dapatan menunjukkan guru-guru yang berpengalaman mengajar cenderung
berkeyakinan yang tinggi dalam penglibatan murid, strategi pengajaran dan pengurusan
kelas. Dapatan kajian ini bersesuaian dengan dapatan kajian-kajian lepas, seperti Giallo
dan Little (2003); Imants dan De Brabander (1996); Lin dan Tsai (1999); Looney (2003);
Penrose, Perry dan Ball (2007); Soodak dan Podell (1996); Welch (1995); serta
Tschannen-Moran dan Woolfolk-Hoy (2002). Dan seterusnya menolak dapatan kajian
Hoy dan Woolfolk (1993) bahawa faktor pengalaman tidak mempengaruhi efikasi guru.
Ujian perbandingan pos-hoc (Tukey HSD) memberi petunjuk bahawa perbezaan
min skor secara signifikan dan seragam dalam penglibatan murid, strategi pengajaran
dan pengurusan kelas terbahagi kepada dua peringkat pengalaman. Peringkat pertama
ialah kategori guru-guru yang mengajar kurang dari tujuh tahun (kurang dari 3 tahun dan
3 hingga 6 tahun). Manakala peringkat kedua ialah kategori guru-guru yang telah
mengajar lebih dari tujuh tahun (7 hingga 10, 11 hingga 14 dan lebih dari 14 tahun).
Ujian Tukey mendapati kategori guru-guru yang berpengalaman mengajar
kurang dari tujuh tahun tidak berbeza secara signifikan dalam kesemua dimensi efikasi
11
guru. Begitu juga kumpulan guru-guru yang telah mengajar tujuh tahun dan ke atas
didapati tidak berbeza secara sginifikan dalam kesemua variabel bersandar. Tsui (1995)
berpendapat faktor pengalaman mengajar merupakan antara unsur utama dalam efikasi
kendiri guru. Dapatan kajian ini membuktikan kepentingan pengaruh faktor pengalaman
ke atas efikasi guru. Guru-guru yang mengajar lebih dari tujuh tahun berada pada aras
efikasi yang lebih tinggi berbanding guru-guru yang berpengalaman mengajar kurang
dari tujuh tahun.
Faktor jenis latihan guru didapati signifikan menyumbang varians ke atas efikasi
guru tetapi dengan nilai varians yang kecil. Menerusi ujian perbandingan pos-hoc (Tukey
HSD) memberi petunjuk bahawa min skor berbeza secara signifikan mengikut kombinasi
program latihan guru. Perbezaan min yang signifikan adalah dalam strategi pengajaran
di antara kumpulan guru keluaran DPM yang berbeza secara signifikan daripada
kumpulan guru KPLI dan B.Ed; dan guru-guru DPLI berbeza daripada guru-guru yang
mendapat latihan program B.Ed.
Dalam pada itu, keyakinan efikasi guru-guru lepasan DPM berbeza dalam hal
mengendali motivasi murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran berbanding guru-
guru lepasan KPLI dan B.Ed; manakala guru-guru daripada program KPLI, DPLI dan
B.Ed saling berbeza antara satu sama lain. Selain itu, terdapat juga perbezaan yang
signifikan dalam pengurusan kelas di kalangan kumpulan guru DPM berbanding guru-
guru keluaran program B.Ed.
Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian-kajian terdahulu yang dikendalikan
oleh Abd. Rahim (et al., 2005); Capa (2005); Giallo dan Little (2003); Rahmah (et al,
2006); Tschannen-Moran (et al, 1998) dan Tasan (2001). Namun dapatan kajian ini
secara konsisten menunjukkan guru-guru keluaran DPM lebih berkeyakinan tinggi dalam
efikasi guru dan dimensi-dimensinya berbanding guru-guru lepasan program KPLI, DPLI
dan B.Ed. Dapatan ini ternyata berbeza daripada dapatan kajian Rahmah (et. al., 2006)
yang mendapati guru-guru lepasan universiti lebih tinggi efikasi berbanding guru-guru
keluaran maktab perguruan. Perbezaan dapatan ini mungkin dipengaruhi oleh ciri-ciri
dan saiz sampel yang digunakan kerana kajian beliau hanya tertumpu kepada 328
orang guru-guru novis.
12
Implikasi Dapatan Kajian
Dapatan kajian yang diperoleh mengenai pengaruh faktor-faktor kelayakan guru
ke atas kepercayaan efikasi guru membolehkan kalangan pentadbir dan penyelidik
mempelajari serta memahami pola perbezaan efikasi di kalangan guru-guru sekolah
menengah. Namun, dapatan yang diperoleh adalah sangat terhad, selain terikat dengan
tiga faktor teknikal kajian, iaitu reka bentuk persampelan, jenis data dan lokasi kajian.
Kajian-kajian akan datang perlu mempertimbangkan faktor-faktor berikut demi
memastikan nilai efikasi dapat dimanfaatkan lebih jauh dalam memartabatkan profesion
guru di Malaysia. Tidak dinafikan bahawa konteks demografi memerlukan kupasan lebih
luas dan mendalam. Masih banyak dimensi demografi yang belum dikaji dalam
kaitannya dengan efikasi, khususnya dalam konteks tempatan. Namun, pihak yang
berhasrat untuk mengkaji konstruk efikasi perlu meluaskan dimensi faktor “antecedent”
selain konteks demografi.
Rujukan
Ab. Rahim Bakar, Mohd. Majid Konting, Abd. Rasid Jamian & Novel Lyndon. (2005).
Teaching Efficacy Of Universiti Putra Malaysia Trainee Teachers. Prosiding
Seminar Pendidikan 2005: "Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari". 28-30
Ogos 2005, Pulau Pinang: p296-310.
Anderson, L.M., Raphael, T.E, Englert, C.S. & Stevens, D.D. (1991). Teaching writing
with a new instructional model: variations in teachers' beliefs, instructional
practice, and their students' performance. Paper Presented At The Annual
Meeting Of The American Educational Research Association, In Chicago, April
1991.
Ashton, P. & Webb, R.B. (1986). Teachers' sense of efficacy, classroom behavior
and student achievement. New York & London: Longman.
Ashton, P. T., Webb, R. B., & Doda, N. (1983). A study of teacher’s sense of
efficacy. (Final Report To The National Institute Of Education, Executive
Summary). Gainesville: University Of Florida.
Bandura, A. (1993). Perceived self-efficacy in cognitif development and functioning.
Educational Psychologist: Vol. 28(2):P117-148.
Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: W.H. Freeman.
Brousseau, B., Book, C. & Byers, J. (1988). Teacher Beliefs And The Cultures Of
13
Teaching. Journal Of Teacher Education. Vol. 39(6): P23–39
Buell, M., Hallam, R., Gamel-Mccormick, M., & Scheer, S. (1999). A survey of general
and special inservice needs concerning inclusion. International Journal Of
Disability, Development And Education. Vol. 46:P143-156.
Cains, R.A., & Brown, C.R. (1996). Newly qualified teachers: A comparative analysis
of the perceptions held by b.ed. And pgce-trained primary teachers of their
training routes. Educational Psychology. Vol. 16:P257-270.
Capa, Y. (2005). Factors Influencing First-Year Teachers’ Sense Of Efficacy.
Dissertation (Ph.D). The Ohio State University.
Cohen, J. (1988). Statistical power analysis for the behavioral sciences. Hillsdale,
NJ: Erlbaum.
Cohen, D., Raudenbush, S., & Ball, D. (2003). Resources, instruction, and research.
Educational Evaluation and Policy Analysis, 25(2), 119-142.
Giallo, R. & Little, E. (2003). Classroom behavior problems: The relationship between
preparedness, classroom experiences, and self-efficacy in graduate and
student teachers. Australian Journal Of Educational & Developmental
Psychology. Vol. 3:P21-34.
Gibson, S. & Dembo, M. (1984). Teacher efficacy: A construct validation. Journal Of
Educational Psychology. Vol. 76(4):P569-582.
Gist, M.E. and Mitchell, T.R. (1992), “Self-efficacy: a theoretical analysis of its
determinants and malleability”, Academy of Management Review, Vol.
17(2):p183-211.
Goddard, R. D. (2002a). A theoretical and empirical analysis of the measurement of
collective efficacy: The development of a short form. Educational And
Psychological Measurement. Vol. 62(1):P97-110.
Goodwin, B. (1999). Improving teaching quality: Issues & Policies. Policy Brief. Mid-
Continent Regional Education Lab., Aurora, CO. Offiece of Educational
Research and Improvement (Ed.). Washington DC.
Greenwald, R., Hedges, L., & Laine, R. (1996). The effect of school resources on
student achievement. Review of Educational Research. Vol. 66:P361-396.
Hoy, W. K., & Woolfolk, A. E. (1993). Teachers' sense of efficacy and the
organizational health of schools. The Elementary School Journal. Vol. 93
(4):P356-372.
Imants, J. G. M. & De Brabander, C. J. (1996). Teachers' And Principals' Sense Of
Efficacy In Elementary Schools. Teaching And Teacher Education. Vol.
12(2):p179-195.
Ingersoll, R.M. et al. (2007). A comparison study of teacher preparation and
14
qualifications in six nations. Consortium For Policy Research In Education.
Ingersoll, R.M. (2000). Out of field teaching. ERIC Digest.
Ingersoll, R.M. & Gruber, K. (1996). Out of field teaching and educational equality.
Statistical Analysis Report. American Institutes For Research In The Behavioral
Sciences. National Ceneter For Education Statistics. Washington DC.
Lin, S.S.J. & Tsai, C.C. (1999). Teaching Efficacy Along The Development Of Teaching
Expertise Among Science And Math Teachers In Taiwan. Paper Presented At
The Annual Meeting Of The National Association For Research In Science
Teaching. Boston, MA. March 28-31, 1999.
Looney, L. (2003). Understanding teachers’ efficacy beliefs: The role of professional
community. Doctoral Dissertation. University Of Maryland.
Martin, A., Linfoot, K., & Stephenson, J. (1999). How teachers respond to concerns
about misbehaviour in their classroom. Psychology In The Schools. Vol.
36:P347-358.
Penrose, A., Perry, C. & Ball, I. (2007). Emotional Intelligence And Teacher Self
Efficacy: The Contribution Of Teacher Status And Length Of Experience. Issues
In Educational Research. Vol 17.
Rahmah Murshidi, Mohd Majid Konting, Habibah Elias & Foo Say Fooi. (2006). Sense of
efficacy among beginning teachers in Sarawak. Teaching Education. Vol. 17(3):P
265-275.
Ross, J. A. (1994). Beliefs that make a difference: the origins and impacts of teacher
efficacy. Paper Presented At The Annual Meeting Of The Canadian Association
For Curriculum Studies.
Ross, J.A. (1992). Teacher efficacy and the effects of coaching on student achievement.
Canadian Journal Of Education, 17(1):P51-65.
Soodak, L., & Podell, D. (1996). Teacher efficacy: toward the understanding of a
multifaceted construct. Teaching And Teacher Education, 12, 401-411.
Tasan, A. P. (2001). Teacher Efficacy And Diversity: Implications For Teacher Training.
Paper Presented At The Annual Meeting Of The American Educational Research
Association, Seattle.Tschannen-Moran, M. & Hoy, A.W. (2001). Teacher efficacy:
Capturing an elusive construct. Teaching And Teacher Education: Vol 17:P783-
805.
Tschannen-Moran, M. & Hoy, A.W. (2002). The influence of resources and support on
teachers' efficacy beliefs. Paper Presented At The Annual Meeting Of The
American Educational Research Association, Session 13.82: What Is The Value
Of Understanding Beliefs? An Exploration Of Beliefs Related To Academic
Achievement. April 2, 2002. New Orleans, La.
15
Tschannen-Moran, M., Hoy, A.W, & Hoy, W. K. (1998). Teacher efficacy: Its meaning
and measure. Review Of Educational Research, 68, 202-248.
Tsui, H. F. (1995). General And Resource Class Teachers' Feelings Of Personal
Efficacy And Attitude Towards Classroom Collaboration. School Psychology
International. Vol. 16(4):p365-377.Welch, A. (1995). The self-efficacy of primary
teachers in art education. Issues In Educational Research. Vol. 5:P71-84.
Woolfolk, A. E., & Hoy, W. K. (1990). Prospective teachers' sense of efficacy and beliefs
about control. Journal Of Educational Psychology. Vol. 82:P81-91.
Woolfolk, A. E., Rosoff, B., & Hoy, W. K. (1990). Teachers' sense of efficacy and their
beliefs about managing students. Teaching & Teacher Education. Vol. 6:P137-
148.

More Related Content

What's hot

Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044hazwaniAM
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guruRoyal Fu
 
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)must2ra86
 
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...hafizah noor
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Cahaya Cita-Cita
 
Jurnal maretta jasmiko powerpoint
Jurnal maretta jasmiko powerpointJurnal maretta jasmiko powerpoint
Jurnal maretta jasmiko powerpointDedi Sugiarto
 
Tugasan eml411 semester 1
Tugasan eml411 semester 1Tugasan eml411 semester 1
Tugasan eml411 semester 1Fadzilah761017
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikanmuhammad
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...ikhwankmk92
 
Kerja kursus model assure
Kerja kursus model assureKerja kursus model assure
Kerja kursus model assureHermi Amy
 
Ulasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnalUlasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnalKer0
 
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedSme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedAmie Joan Juanis
 

What's hot (17)

Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Bahasa d elon selesai
Bahasa d elon selesaiBahasa d elon selesai
Bahasa d elon selesai
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
 
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
Pengetahuan dalam kalangan guru matematik sekolah rendah berdasarkan standard...
 
Kritik artikel
Kritik artikelKritik artikel
Kritik artikel
 
Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2Isu pengetahuan pedagogi 2
Isu pengetahuan pedagogi 2
 
Jurnal maretta jasmiko powerpoint
Jurnal maretta jasmiko powerpointJurnal maretta jasmiko powerpoint
Jurnal maretta jasmiko powerpoint
 
Tugasan eml411 semester 1
Tugasan eml411 semester 1Tugasan eml411 semester 1
Tugasan eml411 semester 1
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
 
Kerja kursus model assure
Kerja kursus model assureKerja kursus model assure
Kerja kursus model assure
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Ulasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnalUlasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnal
 
Analisis Skripsi
Analisis SkripsiAnalisis Skripsi
Analisis Skripsi
 
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___editedSme6044 k3 t1_isu 11___edited
Sme6044 k3 t1_isu 11___edited
 

Viewers also liked

Viewers also liked (16)

Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
Language of instruction 3
Language of instruction 3Language of instruction 3
Language of instruction 3
 
Teacher's certification 3
Teacher's certification 3Teacher's certification 3
Teacher's certification 3
 
Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1
 
Language of instruction 2
Language of instruction 2Language of instruction 2
Language of instruction 2
 
Math anxiety 1
Math anxiety 1Math anxiety 1
Math anxiety 1
 
Timss 2
Timss 2Timss 2
Timss 2
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
 
Timss 3
Timss 3Timss 3
Timss 3
 
Professional teaching standard 3
Professional  teaching standard 3Professional  teaching standard 3
Professional teaching standard 3
 
Timss 1
Timss 1Timss 1
Timss 1
 
Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2
 
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 

Similar to Teacher's certification 1

1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
1914 perkembangan efikasi guru sekolah.editDanielson Tajak
 
Jurnal berwasit word
Jurnal berwasit wordJurnal berwasit word
Jurnal berwasit wordSatiya Vani
 
Amalan pembelajaran sb t
Amalan pembelajaran sb tAmalan pembelajaran sb t
Amalan pembelajaran sb tf78cempaka
 
Bil1 2 artikel5
Bil1 2 artikel5Bil1 2 artikel5
Bil1 2 artikel5Simon_2984
 
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan PedagogiKUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan PedagogiIzawati Saat
 
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...Paulus Robert Tuerah
 
penulisan ilmiah
penulisan ilmiahpenulisan ilmiah
penulisan ilmiah92 degrees
 
Ganesan anandan
Ganesan anandanGanesan anandan
Ganesan anandanZai Muhd
 
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanakSistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanaksitinurnadirahibrahi
 
Apjee28 2013 art6_81_102
Apjee28 2013 art6_81_102Apjee28 2013 art6_81_102
Apjee28 2013 art6_81_102shangirl
 
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdfJURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdfErnaHerawati8
 
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaruPeranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaruPBK0619MohamadAkmalB
 
Meningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teaching
Meningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teachingMeningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teaching
Meningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teachingOperator Warnet Vast Raha
 
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdfKOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdfNiniMartini1
 
1. guru dasar pemikiran model kompetensi
1. guru dasar pemikiran model kompetensi1. guru dasar pemikiran model kompetensi
1. guru dasar pemikiran model kompetensiSugan Wae
 

Similar to Teacher's certification 1 (20)

1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
 
38 332-1-pb (1)
38 332-1-pb (1)38 332-1-pb (1)
38 332-1-pb (1)
 
Jurnal berwasit word
Jurnal berwasit wordJurnal berwasit word
Jurnal berwasit word
 
Amalan pembelajaran sb t
Amalan pembelajaran sb tAmalan pembelajaran sb t
Amalan pembelajaran sb t
 
Bil1 2 artikel5
Bil1 2 artikel5Bil1 2 artikel5
Bil1 2 artikel5
 
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan PedagogiKUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
 
(Group 17) pck
(Group 17) pck(Group 17) pck
(Group 17) pck
 
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
 
penulisan ilmiah
penulisan ilmiahpenulisan ilmiah
penulisan ilmiah
 
Ganesan anandan
Ganesan anandanGanesan anandan
Ganesan anandan
 
Laporan sujarwo
Laporan sujarwoLaporan sujarwo
Laporan sujarwo
 
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanakSistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
 
Apjee28 2013 art6_81_102
Apjee28 2013 art6_81_102Apjee28 2013 art6_81_102
Apjee28 2013 art6_81_102
 
Shahril um
Shahril umShahril um
Shahril um
 
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdfJURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
 
Gurubermakna
GurubermaknaGurubermakna
Gurubermakna
 
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaruPeranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
Peranan kepimpinan guru_dalam_mempengaru
 
Meningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teaching
Meningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teachingMeningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teaching
Meningkatkan prestasi belajar melalui pembelajaran quantum teaching
 
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdfKOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
 
1. guru dasar pemikiran model kompetensi
1. guru dasar pemikiran model kompetensi1. guru dasar pemikiran model kompetensi
1. guru dasar pemikiran model kompetensi
 

More from Amie Joan Juanis (12)

Language of instruction 1
Language of instruction 1Language of instruction 1
Language of instruction 1
 
Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5
 
Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4
 
Jurang pendidikan 3
Jurang pendidikan 3Jurang pendidikan 3
Jurang pendidikan 3
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
Ict 1
Ict 1Ict 1
Ict 1
 
Curriculum 3
Curriculum 3Curriculum 3
Curriculum 3
 
Curriculum 2
Curriculum 2Curriculum 2
Curriculum 2
 
Curriculum 1
Curriculum 1Curriculum 1
Curriculum 1
 

Recently uploaded

tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarankeicapmaniez
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 

Recently uploaded (20)

tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajarantugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
tugas karya ilmiah 1 universitas terbuka pembelajaran
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 

Teacher's certification 1

  • 1. 1 PENGARUH KELAYAKAN GURU KE ATAS EFIKASI GURU-GURU SEKOLAH MENENGAH Khalid Johari – UMS (drkhalidjohari@gmail.com) Zurida Ismail – USM (zurida@usm.my) Shuki Osman – USM (shuki@usm.my) Ahmad Tajuddin Othman – USM (judane@gmail.com) Abstrak Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh yang disumbangkan oleh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru dan pengalaman mengajar ke atas kepercayaan efikasi guru di kalangan guru-guru sekolah menengah di Sabah. Data dikutip dengan menggunakan instrumen Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSES) yang melibatkan 928 orang guru di 22 buah sekolah menengah dalam empat daerah. Menerusi analisis ANOVA, mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan dalam ketiga-tiga dimensi efikasi guru di kalangan guru-guru mengikut jenis latihan guru dan pengalaman mengajar. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru keluaran program Diploma Pendidikan Malaysia berada pada aras tertinggi dalam kepercayaan efikasi guru berbanding guru-guru keluaran program lain. Manakala guru-guru yang telah mengajar melebihi tujuh tahun lebih berefikasi berbanding guru-guru dengan pengalaman mengajar kurang daripada tujuh tahun. Implikasi dapatan kajian juga dibincangkan. KATA KUNCI: efikasi guru, kelayakan guru, latihan guru, pengalaman mengajar, Sabah Abstract The study was aimed to determine the influence of teachers’ qualifications, namely types of teacher training and teaching experiences on efficacy beliefs among secondary school teachers in Sabah. Data were collected using the Teachers’ Sense of Efficacy Scale (TSES) which involving 928 teachers from 22 secondary schools in four districts. The ANOVA analysis found that there were significantly mean different in all teacher efficacy dimensions among teachers based on types of teacher training and teaching experiences. The finding shows that teachers with Malaysian Education Diploma program were the highest in teacher efficacy compared to teachers from other training program. While teachers with teaching experiences more than seven years were more efficacious from teachers with less than seven years of teaching experiences. The implication of the study also dicussed. KEY WORDS: Teacher efficacy, teacher qualifications, teacher training, teaching experiences, Sabah.
  • 2. 2 Pengenalan Kajian-kajian lepas mendapati guru-guru yang merasa kurang bersedia berdepan dengan masalah dalam pengajaran kerap menganggap diri mereka tidak berpengalaman dan tidak mendapat latihan yang mencukupi (Buell et al., 1999; Cains & Brown, 1996; Martin et al., 1999). Dalam konteks profesion guru, pengalaman dan latihan guru merupakan dua isu yang saling berbeza. Pengalaman merupakan pengetahuan empirikal sementara latihan guru lebih bersifat teoritikal. Keduanya saling memerlukan untuk menjadikan seseorang guru mencapai tahap kecekapan yang dituntut. Sehubungan itu, Goodwin (1999) mentakrifkan latihan guru dan pengalaman mengajar sebagai antara kelayakan asas yang utama dalam pengajaran berkesan. Pendidikan dan latihan iktisas guru merupakan faktor yang paling utama dalam menentukan kualiti guru dan kualiti pengajaran. Kalangan pakar telah sepakat bahawa penguasaan pengetahuan dalam bidang pengajaran menjadi ciri yang paling penting dalam pengajaran guru. Dapatan-dapatan kajian menyokong secara moderat tetapi konsisten bahawa pengetahuan bidang pengajian dan pengetahuan tentang cara mengajar menjadi penentu utama dalam kualiti pengajaran (Greenwald, Hedges & Laine, 1996; Ingersoll, 2000; Ingersoll & Gruber, 1996). Menurut Cohen et al. (2003), bukti-bukti statistik menunjukkan bahawa amalan pengajaran yang disertai dengan pengetahuan dan tindakan memberi pengaruh terhadap pembelajaran murid. Dalam pada itu, faktor pengalaman mengajar merupakan pengetahuan yang dibentuk oleh interaksi antara faktor-faktor persekitaran kerja. Tempoh dan kekerapan melalui tugas pengajaran sama ada berjaya atau sebaliknya, sedikit demi sedikit membina pengetahuan dan kemahiran profesion yang diperlukan. Guru-guru berpengalaman banyak bergantung kepada ingatan dan tafsiran terhadap pengalaman pengajaran terdahulu yang berkaitan (Gist & Mitchell, 1992). Dalam kajian Goodwin (1999) berkaitan demografi guru dengan pencapaian murid mendapati kelayakan guru merupakan prediktor terbaik berbanding faktor-faktor luaran guru (saiz kelas, pendidikan ibu bapa, pendapatan dan latar belakang bahasa) dalam meramal pencapaian murid. Namun di sebalik kepentingan kelayakan guru, literatur kajian-kajian lepas mendedahkan banyak kritikan terhadap kelayakan guru dalam melaksanakan pengajaran (Ingersoll et al., 2007).
  • 3. 3 Selain faktor kelayakan guru dalam mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru, terdapat juga faktor-faktor lain yang berpotensi mencorakkan pencapaian murid, antaranya ialah kepercayaan efikasi guru. Bandura (1997) mendefinisikan efikasi guru sebagai kepercayaan guru terhadap keupayaan diri untuk mengendalikan pengajaran secara berkesan ke arah mempengaruhi pencapaian murid. Kepercayaan Efikasi Guru Kesungguhan guru dalam mempengaruhi pencapaian murid adalah merujuk kepada konstruk efikasi guru (Bandura, 1997). Guru melakukan pertimbangan terhadap keupayaan diri dalam mempengaruhi hasil pembelajaran murid. Efikasi guru dikenal pasti mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian murid (Anderson, Raphael, Englert & Stevens, 1991: Ashton & Webb, 1986; Bandura, 1993, 1997; Gibson & Dembo, 1984; Ross, 1992; Tschannen-Moran & Hoy, 2001; Tschannen-Moran, Hoy, & Hoy, 1998). Konsep efikasi berkaitan dengan kekuatan aras kepercayaan individu yang mempengaruhi tingkah laku berhubung dengan sesuatu keadaan yang dihadapi. Kepercayaan bahawa seseorang mempunyai keupayaan untuk melakukan tindakan yang diperlukan. Pertimbangan individu terhadap keupayaan diri dalam menjalankan tugas pengajaran yang mendorong ke arah merancang dan menyelaras tingkah laku yang diperlukan untuk mencapai matlamat tugasan yang diharapkan. Kajian Gibson dan Dembo (1984) menunjukkan bahawa guru yang berefikasi rendah kurang kesungguhan dalam memperbaiki kelemahan murid, selain cenderung menilai murid berdasarkan kecerdasan tanpa mengambil kira persediaan pembelajaran murid serta memberi layanan yang baik kepada murid yang cerdas (Ashton, Webb & Doda, 1983). Guru yang berefikasi rendah juga cenderung menerapkan kawalan disiplin dalam bilik darjah serta amalan ganjaran-hukuman untuk memastikan murid mengikuti pengajaran (Woolfolk & Hoy, 1990; Woolfolk, Rosoff, & Hoy, 1990). Manakala guru yang berefikasi tinggi menerapkan strategi pengalaman masteri berbanding guru yang rendah efikasi pengajarannya cenderung mengabaikan perkembangan kognitif dan keupayaan murid (Gibson & Dembo, 1984). Kepercayaan efikasi yang tinggi mendorong guru
  • 4. 4 supaya lebih berusaha dalam tugas pengajarannya dengan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan tidak mudah mengalah (Tschannen-Moran & Hoy, 2001). Kelayakan Profesion dan Efikasi Guru Teori efikasi kendiri menerangkan tentang aras keyakinan individu terhadap kemampuan melaksanakan tugasan tertentu (Bandura, 1997). Menerusi teori ini, konsep “reciprocal determinism”, iaitu kitaran interaksi antara kognitif, persekitaran dan tingkah laku membolehkan individu mempelajari persekitarannya untuk menghasilkan tingkah laku yang diperlukan berdasarkan kepada pengetahuan terdahulu yang dimiliki. Menurut Welch (1995) kejayaan-kejayaan yang dicapai berupaya meningkatkan efikasi. Sebaliknya kegagalan yang dilalui berpotensi menjadikan guru berefikasi rendah kerana telah wujud pertimbangan negatif terhadap kemampuan pengajaran guru. Dapatan kajian Tschannen-Moran dan Woolfolk-Hoy (2002) menunjukkan efikasi guru berpengalaman (mengajar lebih dari lima tahun) lebih tinggi berbanding guru novis (mengajar kurang dari lima tahun). Looney (2003) juga cenderung berpihak kepada pengalaman mengajar mempengaruhi efikasi guru. Menerusi kajiannya (Looney, 2003), mendapati wujud hubungan yang signifikan tetapi lemah antara pengalaman dengan efikasi guru. Tschannen-Moran dan Woolfolk-Hoy (2002) juga menegaskan bahawa guru yang berpengalaman berefikasi tinggi kerana telah melalui peluang demi peluang menerusi tugas pengajaran harian untuk tempoh yang lama berbanding guru novis untuk mengembangkan kemahiran dalam pengurusan kelas dan strategi pengajaran. Dapatan kajian Soodak dan Podell (1996) juga memperlihatkan wujudnya sumbangan pengalaman mengajar ke atas efikasi pengajaran guru. Namun dalam kajian Hoy dan Woolfolk (1993) mendapati pengalaman mengajar tidak memberi pengaruh secara statistik ke atas efikasi guru. Dalam tinjauan Ross (1994) terhadap 88 kajian berkaitan efikasi guru di kalangan guru-guru pelatih mendapati bahawa wujud hubungan antara efikasi guru dengan tingkah laku. Menurut Ross lagi guru yang berefikasi tinggi cenderung mempelajari dan menerapkan pendekatan dan strategi baru dalam pengajaran,
  • 5. 5 menerapkan teknik pengurusan ke arah mengembangkan otonomi murid, memberi bantuan kepada murid yang lemah, membina tanggapan kendiri murid terhadap kemahiran akademik, menetapkan matlamat, dan tidak mudah mengalah berdepan dengan murid yang lemah. Dapatan kajian-kajian lepas juga mendapati efikasi guru berada pada tahap yang tertinggi ketika masih menjadi guru pelatih kemudian menurun ketika tahun pertama mengajar (Brousseau, Book, & Byers, 1988; Soodak & Podell, 1996). Kajian-kajian berkaitan efikasi guru banyak tertumpu kepada implikasinya, di samping mengaitkannya dengan guru-guru pelatih dan novis. Namun, kajian-kajian yang mempelajari perbezaan pola efikasi guru berdasarkan faktor-faktor personal masih banyak yang perlu dijalankan (Giallo & Little, 2003; Goddard, 2002). Meskipun beberapa kajian yang mengaitkan efikasi guru dengan pengalaman mengajar namun perbezaan dapatan yang diperoleh menuntut lebih banyak kajian serupa dijalankan. Di samping itu, dapatan-dapatan berkaitan kelayakan guru dengan efikasi guru masih memerlukan perhatian yang serius. Tujuan dan Hipotesis Kajian Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh faktor kelayakan guru, iaitu pengalaman mengajar dan jenis latihan guru ke atas efikasi guru. Secara umumnya, dapatan kajian ini dijangka dapat membantu meningkatkan pencapaian murid. Bagi kalangan pentadbir sekolah, dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan dalam mengenal pasti guru-guru yang memerlukan sokongan profesionalisme. Dalam pada itu, dapatan kajian ini juga dijangka membuka minda guru-guru senior untuk memberikan bimbingan kepada guru-guru baru bagi meningkatkan efikasi pengajaran mereka. Kajian ini menjangkakan min efikasi guru tidak berbeza secara signifikan mengikut jenis-jenis latihan guru memandangkan masih kurang dapatan kajian yang berkaitan, khususnya dalam konteks pendidikan di Malaysia, selain kajian yang dijalankan oleh Rahmah (et al., 2006). Di samping itu, secara teorinya, tiap institusi pengajian tinggi awam yang mengendalikan program latihan guru di Malaysia adalah di bawah kawal selia Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) bagi menjamin kualiti program. Sementara untuk hipotesis kajian kedua, kajian ini menjangkakan min
  • 6. 6 efikasi guru berbeza secara signifikan mengikut pengalaman mengajar; sepertimana dapatan kajian-kajian lepas (Soodak & Podell, 1996; Tschannen-Moran & Woolfolk-Hoy, 2002; Looney, 2003). Kaedah Kajian Sampel Seramai 928 orang guru yang mengajar di 22 buah sekolah menengah dalam empat buah daerah di Malaysia terlibat dalam kajian ini. Ciri-ciri sampel adalah guru-guru sekolah menengah yang terlatih dan tidak memegang jawatan kanan dalam pentadbiran sekolah. Selain pentadbir sekolah, guru kaunseling dan pemulihan juga tidak dilibatkan. Jumlah responden tersebut merupakan 62.70 (%) soal selidik yang berjaya dikumpulkan daripada 1,792 set yang diedarkan. Guru lelaki terdiri daripada 310 orang (33%) manakala guru perempuan seramai 552 (60%); dalam lima kategori umur dengan jarak antara 24 hingga 55 tahun (SD = 1.34); dan dalam lima kategori pengalaman mengajar antara kurang daripada tiga tahun hingga lebih daripada empat belas tahun (SD = 1.38). Prosedur Kajian ini menggunakan reka bentuk ex post fakto bagi menentukan pengaruh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu pengalaman mengajar dan jenis latihan guru ke atas efikasi guru sekolah menengah. Menerusi reka bentuk kajian ini, perbezaan efikasi guru diukur berdasarkan kepada faktor pengalaman mengajar dan jenis latihan guru. Data berkaitan efikasi guru dikumpul dengan menggunakan instrumen Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) dua belas item yang dibina oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk- Hoy (2001). Instrumen TSES terbahagi kepada tiga dimensi, iaitu penglibatan murid (mengukur kesungguhan guru dalam memberi dorongan kepada murid), strategi pengajaran (kesungguhan guru dalam memberi kefahaman kepada murid) dan pengurusan kelas (kesungguhan guru dalam mengawal kelas. Skala pengukuran digunakan adalah skala sembilan poin, bermula dengan skala “1” (Tidak Peduli Langsung) hingga skala “9” (Sangat Penuh Kesungguhan). Selaras dengan keperluan kajian ini, instrumen asal TSES dalam versi bahasa Inggeris diterjemahkan ke dalam versi bahasa Melayu; yang kemudiannya
  • 7. 7 diterjemahkan semula ke dalam bahasa Inggeris oleh pakar dalam bahasa Inggeris. Perbandingan kedua-dua versi Inggeris (asal dan terjemahan semula) dilakukan dan jika terdapat perbezaan pada versi terjemahan semula maka versi bahasa Melayu diperbaiki. Bagi menentukan aras ketekalan instrumen terjemahan, TSES versi bahasa Melayu kemudian diuji-rintis ke atas 98 orang guru di empat buah sekolah menengah dalam dua daerah, di Pulau Pinang. Hasil ujian rintis mendapati ketiga-tiga dimensi berada pada aras yang tinggi, penglibatan murid (α = .80), strategi pengajaran (α = .76) dan pengurusan kelas (α = .85). Secara keseluruhan, aras kebolehpercayaan yang diperoleh bagi instrumen TSES (12 item) ialah alpha .92. Soal selidik ditadbir dengan bantuan pembantu penyelidik bagi memudahkan urusan mengedar dan mengumpul semula alat kajian. Di peringkat sekolah, proses pengedaran dan pengumpulan soal selidik dilakukan menerusi pentadbir sekolah untuk tempoh selama sebulan. Data dianalisis dengan menggunakan teknik ANOVA sehala bagi menentukan aras perbezaan min dalam efikasi guru mengikut faktor-faktor kelayakan guru. Aras signifikan yang diguna sama ada .05 atau .01 ditentukan menerusi aras imbangan varians yang diukur menggunakan Ujian Levene. Sementara penggunaan statistik deskriptif, seperti frekuensi, min dan sisihan piawai bagi menerangkan taburan min skor efikasi mengikut faktor-faktor kelayakan responden. Dapatan Kajian Menerusi Jadual 1 dipaparkan min skor tiap kategori pengalaman mengajar dan jenis latihan guru. Responden dibahagi kepada lima kumpulan peringkat pengalaman mengajar, iaitu kumpulan pengalaman mengajar yang kurang dari 3 tahun, 3 hingga 6 tahun, 7 hingga 10 tahun, 11 hingga 14 tahun dan kumpulan guru yang lebih dari 14 tahun mengajar. Kumpulan guru yang berpengalaman mengajar antara 11 hingga 14 tahun secara konsisten lebih tinggi dalam penglibatan murid (M=7.12, SD = 1.00), strategi pengajaran (M=7.30, SD = .90) dan pengurusan kelas (M=7.54, SD = .91) berbanding guru-guru yang berpengalaman mengajar kurang dari sebelas tahun dan guru-guru yang telah mengajar lebih dari 14 tahun.
  • 8. 8 Bagi faktor jenis latihan guru, responden dikelompok ke dalam empat kumpulan, iaitu kumpulan guru yang menjalani latihan profesion keguruan menerusi program DPM, KPLI, DPLI dan B.Ed. Min skor menunjukkan kumpulan guru-guru diploma (DPM) keluaran maktab perguruan (sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru - IPG) lebih tinggi berbanding kumpulan guru-guru siswazah KPLI, DPLI dan B.Ed dalam strategi pengajaran (M=7.24, SD =1.02) dan pengurusan kelas (M=7.41, SD =1.08). Manakala min skor kumpulan guru DPLI dalam penglibatan murid (M=7.16, SD =1.02) lebih tinggi berbanding kumpulan-kumpulan DPM, KPLI dan B.Ed. Jadual 1: Taburan Min Skor Jenis Latihan Guru N M SD Pengalaman Mengajar N M SD Efikasi guru DPM 123 7.24 1.01 Kurang 3 tahun 177 6.65 1.11 KPLI 200 6.89 1.17 3-6 tahun 221 6.65 1.17 DPLI 93 7.21 .92 7-10 tahun 186 7.08 1.08 BEd 475 6.86 1.05 11-14 tahun 182 7.32 .84 Jumlah 891 6.95 1.07 Lebih 14 tahun 162 7.15 .94 Jumlah 928 6.96 1.07 Penglibatan Murid DPM 123 7.08 1.13 Kurang 3 tahun 177 6.58 1.15 KPLI 200 6.68 1.28 3-6 tahun 221 6.49 1.27 DPLI 93 7.16 1.02 7-10 tahun 186 6.93 1.13 BEd 475 6.70 1.10 11-14 tahun 182 7.12 1.00 Jumlah 891 6.80 1.15 Lebih 14 tahun 162 6.96 1.05 Jumlah 928 6.80 1.15 Strategi Pengajaran DPM 123 7.24 1.02 Kurang 3 tahun 177 6.65 1.18 KPLI 200 6.90 1.22 3-6 tahun 221 6.71 1.24 DPLI 93 7.23 1.05 7-10 tahun 186 7.05 1.13 BEd 475 6.87 1.10 11-14 tahun 182 7.30 .90 Jumlah 891 6.96 1.12 Lebih 14 tahun 162 7.15 .95 Jumlah 928 6.96 1.12 Pengurusan Kelas DPM 123 7.41 1.08 Kurang 3 tahun 177 6.72 1.26 KPLI 200 7.08 1.24 3-6 tahun 221 6.75 1.24 DPLI 93 7.23 .92 7-10 tahun 186 7.26 1.13 BEd 475 7.01 1.18 11-14 tahun 182 7.54 .91 Jumlah 891 7.10 1.17 Lebih 14 tahun 162 7.34 1.00 Jumlah 928 7.11 1.17
  • 9. 9 Analisis ANOVA berikut adalah bagi menguji hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat perbezaan min dalam efikasi guru mengikut jenis latihan guru. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan pada aras p < .05 bagi strategi pengajaran [F(3, 890) = 5.713, p = .001] dan pengurusan kelas [F(3, 890) = 4.439, p = .004]; dalam kesemua kumpulan program. Manakala dimensi penglibatan murid [F(1,861)=16.466, p = .001] signifikan pada aras p < .01. Analisis pos-hoc (Tukey) mendapati secara keseluruhannya perbezaan min efikasi guru membentuk dua kelompok, iaitu kumpulan guru yang berpengalaman kurang dari tujuh tahun (<3 tahun & 3-6 tahun) dan kumpulan guru yang melebihi tujuh tahun berpengalaman mengajar (7- 10 tahun, 11-14 tahun & >14 tahun). Walaupun dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan kumpulan guru mengikut faktor latihan guru, tetapi aras sumbangan varians yang dikenal pasti adalah dalam kecil. Nilai kuasadua ETA menunjukkan faktor latihan guru menyumbang varians ke atas penglibatan murid (3 %), strategi pengajaran (2 %) dan pengurusan kelas (2 %). Jadual 2: Analisis Perbezaan ANOVA Sehala df F p Efikasi guru Latihan guru Pengalaman mengajar 3 4 6.402 16.175 .001 .001 Penglibatan murid Latihan guru Pengalaman mengajar 3 4 7.582 10.736 .001 .001 Strategi pengajaran Latihan guru Pengalaman mengajar 3 4 5.713 12.447 .001 .001 Pengurusan Kelas Latihan guru Pengalaman mengajar 3 4 4.439 20.046 .004 .001 Jadual 2 memaparkan hasil analisis ANOVA bagi menguji kedua-dua hipotesis. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kumpulan pengalaman mengajar pada aras p < .01 bagi penglibatan murid [F(4, 927)=10.736, p = .001], strategi pengajaran [F(4,927)=12.447, p = .001] dan pengurusan kelas [F(4,927)=20.046, p = .001]. Dapatan menunjukkan perbezaan yang signifikan pada min antara kumpulan adalah pada aras sederhana tinggi (Cohen, 1988). Faktor pengalaman mengajar menyumbang varians sebanyak 4 (%) penglibatan murid, strategi pengajaran
  • 10. 10 (5 %) dan pengurusan kelas (8 %). Dapatan ini bermakna hipotesis kajian yang menyatakan bahawa penglibatan murid, strategi pengajaran dan pengurusan kelas berbeza mengikut faktor pengalaman mengajar adalah signifikan. Analisis keseluruhan menggunakan ujian pos-hoc (Tukey) mendapati jenis latihan guru terbahagi kepada dua kelompok efikasi, iaitu guru-guru lepasan program DPM dan DPLI dan kumpulan guru lepasan program KPLI dan Bed. Perbincangan Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh pengalaman mengajar dan jenis latihan guru ke atas efikasi guru di kalangan guru-guru sekolah menengah. Hipotesis nol yang menyatakan tiada perbezaan dalam efikasi guru mengikut jenis latihan guru didapati tidak signifikan. Sementara hipotesis kedua kajian yang menjangkakan terdapatnya perbezaan efikasi guru mengikut kategori pengalaman mengajar didapati signifikan. Mengenai perkaitan antara faktor pengalaman mengajar dengan efikasi guru, dapatan menunjukkan guru-guru yang berpengalaman mengajar cenderung berkeyakinan yang tinggi dalam penglibatan murid, strategi pengajaran dan pengurusan kelas. Dapatan kajian ini bersesuaian dengan dapatan kajian-kajian lepas, seperti Giallo dan Little (2003); Imants dan De Brabander (1996); Lin dan Tsai (1999); Looney (2003); Penrose, Perry dan Ball (2007); Soodak dan Podell (1996); Welch (1995); serta Tschannen-Moran dan Woolfolk-Hoy (2002). Dan seterusnya menolak dapatan kajian Hoy dan Woolfolk (1993) bahawa faktor pengalaman tidak mempengaruhi efikasi guru. Ujian perbandingan pos-hoc (Tukey HSD) memberi petunjuk bahawa perbezaan min skor secara signifikan dan seragam dalam penglibatan murid, strategi pengajaran dan pengurusan kelas terbahagi kepada dua peringkat pengalaman. Peringkat pertama ialah kategori guru-guru yang mengajar kurang dari tujuh tahun (kurang dari 3 tahun dan 3 hingga 6 tahun). Manakala peringkat kedua ialah kategori guru-guru yang telah mengajar lebih dari tujuh tahun (7 hingga 10, 11 hingga 14 dan lebih dari 14 tahun). Ujian Tukey mendapati kategori guru-guru yang berpengalaman mengajar kurang dari tujuh tahun tidak berbeza secara signifikan dalam kesemua dimensi efikasi
  • 11. 11 guru. Begitu juga kumpulan guru-guru yang telah mengajar tujuh tahun dan ke atas didapati tidak berbeza secara sginifikan dalam kesemua variabel bersandar. Tsui (1995) berpendapat faktor pengalaman mengajar merupakan antara unsur utama dalam efikasi kendiri guru. Dapatan kajian ini membuktikan kepentingan pengaruh faktor pengalaman ke atas efikasi guru. Guru-guru yang mengajar lebih dari tujuh tahun berada pada aras efikasi yang lebih tinggi berbanding guru-guru yang berpengalaman mengajar kurang dari tujuh tahun. Faktor jenis latihan guru didapati signifikan menyumbang varians ke atas efikasi guru tetapi dengan nilai varians yang kecil. Menerusi ujian perbandingan pos-hoc (Tukey HSD) memberi petunjuk bahawa min skor berbeza secara signifikan mengikut kombinasi program latihan guru. Perbezaan min yang signifikan adalah dalam strategi pengajaran di antara kumpulan guru keluaran DPM yang berbeza secara signifikan daripada kumpulan guru KPLI dan B.Ed; dan guru-guru DPLI berbeza daripada guru-guru yang mendapat latihan program B.Ed. Dalam pada itu, keyakinan efikasi guru-guru lepasan DPM berbeza dalam hal mengendali motivasi murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran berbanding guru- guru lepasan KPLI dan B.Ed; manakala guru-guru daripada program KPLI, DPLI dan B.Ed saling berbeza antara satu sama lain. Selain itu, terdapat juga perbezaan yang signifikan dalam pengurusan kelas di kalangan kumpulan guru DPM berbanding guru- guru keluaran program B.Ed. Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian-kajian terdahulu yang dikendalikan oleh Abd. Rahim (et al., 2005); Capa (2005); Giallo dan Little (2003); Rahmah (et al, 2006); Tschannen-Moran (et al, 1998) dan Tasan (2001). Namun dapatan kajian ini secara konsisten menunjukkan guru-guru keluaran DPM lebih berkeyakinan tinggi dalam efikasi guru dan dimensi-dimensinya berbanding guru-guru lepasan program KPLI, DPLI dan B.Ed. Dapatan ini ternyata berbeza daripada dapatan kajian Rahmah (et. al., 2006) yang mendapati guru-guru lepasan universiti lebih tinggi efikasi berbanding guru-guru keluaran maktab perguruan. Perbezaan dapatan ini mungkin dipengaruhi oleh ciri-ciri dan saiz sampel yang digunakan kerana kajian beliau hanya tertumpu kepada 328 orang guru-guru novis.
  • 12. 12 Implikasi Dapatan Kajian Dapatan kajian yang diperoleh mengenai pengaruh faktor-faktor kelayakan guru ke atas kepercayaan efikasi guru membolehkan kalangan pentadbir dan penyelidik mempelajari serta memahami pola perbezaan efikasi di kalangan guru-guru sekolah menengah. Namun, dapatan yang diperoleh adalah sangat terhad, selain terikat dengan tiga faktor teknikal kajian, iaitu reka bentuk persampelan, jenis data dan lokasi kajian. Kajian-kajian akan datang perlu mempertimbangkan faktor-faktor berikut demi memastikan nilai efikasi dapat dimanfaatkan lebih jauh dalam memartabatkan profesion guru di Malaysia. Tidak dinafikan bahawa konteks demografi memerlukan kupasan lebih luas dan mendalam. Masih banyak dimensi demografi yang belum dikaji dalam kaitannya dengan efikasi, khususnya dalam konteks tempatan. Namun, pihak yang berhasrat untuk mengkaji konstruk efikasi perlu meluaskan dimensi faktor “antecedent” selain konteks demografi. Rujukan Ab. Rahim Bakar, Mohd. Majid Konting, Abd. Rasid Jamian & Novel Lyndon. (2005). Teaching Efficacy Of Universiti Putra Malaysia Trainee Teachers. Prosiding Seminar Pendidikan 2005: "Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari". 28-30 Ogos 2005, Pulau Pinang: p296-310. Anderson, L.M., Raphael, T.E, Englert, C.S. & Stevens, D.D. (1991). Teaching writing with a new instructional model: variations in teachers' beliefs, instructional practice, and their students' performance. Paper Presented At The Annual Meeting Of The American Educational Research Association, In Chicago, April 1991. Ashton, P. & Webb, R.B. (1986). Teachers' sense of efficacy, classroom behavior and student achievement. New York & London: Longman. Ashton, P. T., Webb, R. B., & Doda, N. (1983). A study of teacher’s sense of efficacy. (Final Report To The National Institute Of Education, Executive Summary). Gainesville: University Of Florida. Bandura, A. (1993). Perceived self-efficacy in cognitif development and functioning. Educational Psychologist: Vol. 28(2):P117-148. Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: W.H. Freeman. Brousseau, B., Book, C. & Byers, J. (1988). Teacher Beliefs And The Cultures Of
  • 13. 13 Teaching. Journal Of Teacher Education. Vol. 39(6): P23–39 Buell, M., Hallam, R., Gamel-Mccormick, M., & Scheer, S. (1999). A survey of general and special inservice needs concerning inclusion. International Journal Of Disability, Development And Education. Vol. 46:P143-156. Cains, R.A., & Brown, C.R. (1996). Newly qualified teachers: A comparative analysis of the perceptions held by b.ed. And pgce-trained primary teachers of their training routes. Educational Psychology. Vol. 16:P257-270. Capa, Y. (2005). Factors Influencing First-Year Teachers’ Sense Of Efficacy. Dissertation (Ph.D). The Ohio State University. Cohen, J. (1988). Statistical power analysis for the behavioral sciences. Hillsdale, NJ: Erlbaum. Cohen, D., Raudenbush, S., & Ball, D. (2003). Resources, instruction, and research. Educational Evaluation and Policy Analysis, 25(2), 119-142. Giallo, R. & Little, E. (2003). Classroom behavior problems: The relationship between preparedness, classroom experiences, and self-efficacy in graduate and student teachers. Australian Journal Of Educational & Developmental Psychology. Vol. 3:P21-34. Gibson, S. & Dembo, M. (1984). Teacher efficacy: A construct validation. Journal Of Educational Psychology. Vol. 76(4):P569-582. Gist, M.E. and Mitchell, T.R. (1992), “Self-efficacy: a theoretical analysis of its determinants and malleability”, Academy of Management Review, Vol. 17(2):p183-211. Goddard, R. D. (2002a). A theoretical and empirical analysis of the measurement of collective efficacy: The development of a short form. Educational And Psychological Measurement. Vol. 62(1):P97-110. Goodwin, B. (1999). Improving teaching quality: Issues & Policies. Policy Brief. Mid- Continent Regional Education Lab., Aurora, CO. Offiece of Educational Research and Improvement (Ed.). Washington DC. Greenwald, R., Hedges, L., & Laine, R. (1996). The effect of school resources on student achievement. Review of Educational Research. Vol. 66:P361-396. Hoy, W. K., & Woolfolk, A. E. (1993). Teachers' sense of efficacy and the organizational health of schools. The Elementary School Journal. Vol. 93 (4):P356-372. Imants, J. G. M. & De Brabander, C. J. (1996). Teachers' And Principals' Sense Of Efficacy In Elementary Schools. Teaching And Teacher Education. Vol. 12(2):p179-195. Ingersoll, R.M. et al. (2007). A comparison study of teacher preparation and
  • 14. 14 qualifications in six nations. Consortium For Policy Research In Education. Ingersoll, R.M. (2000). Out of field teaching. ERIC Digest. Ingersoll, R.M. & Gruber, K. (1996). Out of field teaching and educational equality. Statistical Analysis Report. American Institutes For Research In The Behavioral Sciences. National Ceneter For Education Statistics. Washington DC. Lin, S.S.J. & Tsai, C.C. (1999). Teaching Efficacy Along The Development Of Teaching Expertise Among Science And Math Teachers In Taiwan. Paper Presented At The Annual Meeting Of The National Association For Research In Science Teaching. Boston, MA. March 28-31, 1999. Looney, L. (2003). Understanding teachers’ efficacy beliefs: The role of professional community. Doctoral Dissertation. University Of Maryland. Martin, A., Linfoot, K., & Stephenson, J. (1999). How teachers respond to concerns about misbehaviour in their classroom. Psychology In The Schools. Vol. 36:P347-358. Penrose, A., Perry, C. & Ball, I. (2007). Emotional Intelligence And Teacher Self Efficacy: The Contribution Of Teacher Status And Length Of Experience. Issues In Educational Research. Vol 17. Rahmah Murshidi, Mohd Majid Konting, Habibah Elias & Foo Say Fooi. (2006). Sense of efficacy among beginning teachers in Sarawak. Teaching Education. Vol. 17(3):P 265-275. Ross, J. A. (1994). Beliefs that make a difference: the origins and impacts of teacher efficacy. Paper Presented At The Annual Meeting Of The Canadian Association For Curriculum Studies. Ross, J.A. (1992). Teacher efficacy and the effects of coaching on student achievement. Canadian Journal Of Education, 17(1):P51-65. Soodak, L., & Podell, D. (1996). Teacher efficacy: toward the understanding of a multifaceted construct. Teaching And Teacher Education, 12, 401-411. Tasan, A. P. (2001). Teacher Efficacy And Diversity: Implications For Teacher Training. Paper Presented At The Annual Meeting Of The American Educational Research Association, Seattle.Tschannen-Moran, M. & Hoy, A.W. (2001). Teacher efficacy: Capturing an elusive construct. Teaching And Teacher Education: Vol 17:P783- 805. Tschannen-Moran, M. & Hoy, A.W. (2002). The influence of resources and support on teachers' efficacy beliefs. Paper Presented At The Annual Meeting Of The American Educational Research Association, Session 13.82: What Is The Value Of Understanding Beliefs? An Exploration Of Beliefs Related To Academic Achievement. April 2, 2002. New Orleans, La.
  • 15. 15 Tschannen-Moran, M., Hoy, A.W, & Hoy, W. K. (1998). Teacher efficacy: Its meaning and measure. Review Of Educational Research, 68, 202-248. Tsui, H. F. (1995). General And Resource Class Teachers' Feelings Of Personal Efficacy And Attitude Towards Classroom Collaboration. School Psychology International. Vol. 16(4):p365-377.Welch, A. (1995). The self-efficacy of primary teachers in art education. Issues In Educational Research. Vol. 5:P71-84. Woolfolk, A. E., & Hoy, W. K. (1990). Prospective teachers' sense of efficacy and beliefs about control. Journal Of Educational Psychology. Vol. 82:P81-91. Woolfolk, A. E., Rosoff, B., & Hoy, W. K. (1990). Teachers' sense of efficacy and their beliefs about managing students. Teaching & Teacher Education. Vol. 6:P137- 148.