SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Download to read offline
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009): 3 - 14
PengaruhJenisLatihanGurudanPengalamanMengajarTerhadap
EfikasiGuruSekolahMenengah
(TheInfluenceofTeacherTrainingandTeachingExperienceon
SecondarySchoolTeacherEfficacy)
KHALID JOHARI
ZURIDA ISMAIL
SHUKI OSMAN
AHMAD TAJUDDIN OTHMAN
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh yang disumbangkan oleh
faktor-faktor kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru dan pengalaman
mengajar terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah di Sabah. Data dikutip
dengan menggunakan instrumen Teachers’ Sense of Efficacy Scale yang
melibatkan 928 orang guru di 22 buah sekolah menengah di empat daerah.
Analisis ANOVA mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan dalam
ketiga-tiga dimensi efikasi guru dalam kalangan guru mengikut jenis latihan
guru dan pengalaman mengajar. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru
keluaran program Diploma Pendidikan Malaysia berada pada aras tertinggi
dalam efikasi berbanding guru-guru keluaran program lain. Guru-guru yang
berpengalaman mengajar melebihi tujuh tahun berbeza secara statistik dalam
aspek efikasi berbanding guru-guru dengan pengalaman mengajar kurang
daripada tujuh tahun. Hasil kajian ini mencadangkan guru-guru siswazah
terlatih perlu diberi peluang mengajar dalam persekitaran yang positif bagi
membolehkan mereka membina efikasi guru yang positif.
Kata kunci: Efikasi guru, kelayakan guru, latihan guru, pengalaman mengajar,
guru sekolah menengah
ABSTRACT
This research was aimed to determine the influence of teacher qualification
factors, namely type of teacher training and teaching experience on secondary
school teachers’ efficacy in Sabah. Data were collected using the Teachers’
Sense of Efficacy Scale which involved 928 teachers from 22 secondary school
in four districts. ANOVA analysis found significant mean difference in all dimen-
sions of teacher efficacy according to type of teacher training and teaching
experience. Finding also showed that teachers with Diploma in Malaysian
Education obtained the highest level of efficacy, compared to teachers from the
4 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)
other programs. Teachers with teaching more than seven years of teaching
experience were statistically different in efficacy than those with less teaching
experience. The research suggested that well-trained graduate teachers should
be given more opportunity to teach in positive teaching environment to enable
them to develop positive teacher efficacy.
Keywords: Teacher efficacy, teacher qualification, teacher training, teaching
experience, secondary school teacher
PENGENALAN
Kajian-kajian lepas mendapati guru-guru yang merasa kurang bersedia berdepan
dengan masalah dalam pengajaran kerap menganggap diri mereka tidak
berpengalaman dan tidak mendapat latihan yang mencukupi (Buell et al. 1999;
Cains & Brown 1996; Martin et al. 1999). Dalam konteks profesion guru,
pengalaman dan latihan guru merupakan dua isu yang saling berbeza. Pengalaman
merupakan pengetahuan empirikal sementara latihan guru lebih bersifat teoritikal.
Kedua-duanya saling memerlukan untuk menjadikan seseorang guru mencapai
tahap kecekapan yang dituntut. Sehubungan itu, Goodwin (1999) mentakrifkan
latihan guru dan pengalaman mengajar sebagai antara kelayakan asas yang
utama dalam pengajaran berkesan.
Pendidikan dan latihan iktisas guru merupakan faktor yang paling utama
dalam menentukan kualiti guru dan kualiti pengajaran. Kalangan pakar telah
sepakat bahawa penguasaan pengetahuan dalam bidang pengajaran menjadi
ciri yang paling penting dalam pengajaran guru. Dapatan kajian menyokong
secara sederhana tetapi konsisten bahawa pengetahuan bidang pengajian dan
pengetahuan tentang cara mengajar menjadi penentu utama dalam kualiti
pengajaran (Greenwald et al. 1996; Ingersoll 2000; Ingersoll & Gruber 1996).
Menurut Cohen, Raudenbush dan Ball (2003), bukti-bukti statistik menunjukkan
bahawa amalan pengajaran yang disertai dengan pengetahuan dan tindakan
memberi pengaruh terhadap pembelajaran murid.
Selain itu, faktor pengalaman mengajar merupakan pengetahuan yang
dibentuk oleh interaksi antara faktor-faktor persekitaran kerja. Tempoh dan
kekerapan melalui tugas pengajaran sama ada berjaya atau sebaliknya, sedikit
demi sedikit membina pengetahuan dan kemahiran profesion yang diperlukan.
Guru-guru berpengalaman banyak bergantung kepada ingatan dan tafsiran
terhadap pengalaman pengajaran terdahulu yang berkaitan (Gist & Mitchell
1992).
Dalam kajian Goodwin (1999) berkaitan demografi guru dengan pencapaian
murid mendapati kelayakan guru merupakan prediktor terbaik berbanding faktor-
faktor luaran guru (saiz kelas, pendidikan ibu bapa, pendapatan dan latar belakang
bahasa) dalam meramal pencapaian murid. Namun di sebalik kepentingan
5Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar
kelayakan guru, kajian-kajian lepas mendedahkan banyak kritikan terhadap
kelayakan guru dalam melaksanakan pengajaran (Ingersoll 2007).
Selain faktor kelayakan guru dalam mempengaruhi keberkesanan
pengajaran guru, terdapat juga faktor-faktor lain yang berpotensi mencorakkan
pencapaian murid, antaranya ialah kepercayaan efikasi guru. Bandura (1997)
mendefinisikan efikasi guru sebagai kepercayaan guru terhadap keupayaan
diri untuk mengendalikan pengajaran secara berkesan ke arah mempengaruhi
pencapaian murid.
EFIKASI GURU
Kesungguhan guru dalam mempengaruhi pencapaian murid adalah merujuk
kepada konstruk efikasi guru (Bandura 1997). Guru melakukan pertimbangan
terhadap keupayaan diri dalam mempengaruhi hasil pembelajaran murid. Efikasi
guru dikenal pasti mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian
murid (Anderson et al. 1991; Ashton & Webb 1986; Bandura 1993, 1997; Gibson
& Dembo 1984; Ross 1992; Tschannen-Moran & Hoy 2001; Tschannen-Moran
et al. 1998b).
Konsep efikasi mempunyai kaitan dengan kekuatan aras kepercayaan
individu yang mempengaruhi tingkah laku berhubung dengan sesuatu keadaan
yang dihadapi. Kepercayaan bahawa seseorang mempunyai keupayaan untuk
melakukan tindakan yang diperlukan. Pertimbangan individu terhadap keupayaan
diri dalam menjalankan tugas pengajaran yang mendorong ke arah merancang
dan menyelaras tingkah laku yang diperlukan untuk mencapai matlamat tugasan
yang diharapkan. Kajian Gibson dan Dembo (1984) menunjukkan bahawa guru
yang berefikasi rendah kurang kesungguhan dalam memperbaiki kelemahan
murid, selain cenderung menilai murid berdasarkan kecerdasan tanpa mengambil
kira persediaan pembelajaran murid serta memberi layanan yang baik kepada
murid yang cerdas (Ashton et al. 1983).
Guru yang berefikasi rendah juga cenderung menerapkan kawalan disiplin
dalam bilik darjah serta amalan ganjaran-hukuman untuk memastikan murid
mengikuti pengajaran (Woolfolk et al. 1990; Woolfolk et al. 1990). Manakala guru
yang berefikasi tinggi menerapkan strategi pengalaman masteri berbanding guru
yang rendah efikasi pengajarannya cenderung mengabaikan perkembangan
kognitif dan keupayaan murid (Gibson & Dembo 1984). Kepercayaan efikasi
yang tinggi mendorong guru supaya lebih berusaha dalam tugas pengajarannya
dengan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan tidak mudah mengalah
(Tschannen-Moran & Hoy 2001).
KELAYAKAN PROFESION DAN EFIKASI GURU
Teori efikasi kendiri menerangkan tentang aras keyakinan individu terhadap
kemampuan melaksanakan tugasan tertentu (Bandura 1997). Menerusi teori
6 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)
ini, konsep reciprocal determinism, iaitu kitaran interaksi antara kognitif,
persekitaran dan tingkah laku membolehkan individu mempelajari
persekitarannya untuk menghasilkan tingkah laku yang diperlukan berdasarkan
kepada pengetahuan terdahulu yang dimiliki.
Menurut Welch (1995) kejayaan-kejayaan yang dicapai berupaya
meningkatkan efikasi. Sebaliknya kegagalan yang dilalui berpotensi
menjadikan guru berefikasi rendah kerana telah wujud pertimbangan negatif
terhadap kemampuan pengajaran guru. Dapatan kajian Tschannen-Moran
dan Hoy (2002) menunjukkan efikasi guru berpengalaman (mengajar lebih
dari lima tahun) lebih tinggi berbanding dengan guru novis (mengajar kurang
dari lima tahun). Looney (2003) juga cenderung berpihak kepada pengalaman
mengajar mempengaruhi efikasi guru. Menerusi kajiannya (Looney 2003),
beliau mendapati bahawa memang wujud hubungan yang signifikan, tetapi
lemah antara pengalaman dengan efikasi guru.
Tschannen-Moran dan Hoy (2002) juga menegaskan bahawa guru yang
berpengalaman berefikasi tinggi kerana telah melalui peluang demi peluang
menerusi tugas pengajaran harian untuk tempoh yang lama berbanding dengan
guru novis untuk mengembangkan kemahiran dalam pengurusan kelas dan
strategipengajaran.DapatankajianSoodakdanPodell(1996)jugamemperlihatkan
wujudnya sumbangan pengalaman mengajar terhadap efikasi pengajaran guru.
Namun dalam kajian Hoy dan Woolfolk (1993) mendapati pengalaman mengajar
tidak memberi pengaruh secara statistik terhadap efikasi guru.
Dalam tinjauan Ross (1994) terhadap 88 kajian berkaitan efikasi guru dalam
kalangan guru-guru pelatih mendapati bahawa wujud hubungan antara efikasi
guru dengan tingkah laku. Menurut Ross lagi guru yang berefikasi tinggi
cenderung mempelajari dan menerapkan pendekatan dan strategi baru dalam
pengajaran, menerapkan teknik pengurusan ke arah mengembangkan autonomi
murid, memberi bantuan kepada murid yang lemah, membina tanggapan kendiri
murid terhadap kemahiran akademik, menetapkan matlamat, dan tidak mudah
mengalah berdepan dengan murid yang lemah. Dapatan kajian lepas juga
mendapati efikasi guru berada pada tahap yang tertinggi ketika masih menjadi
guru pelatih kemudian menurun ketika tahun pertama mengajar (Brousseau et al.
1988; Soodak & Podell 1996).
Kajian-kajian berkaitan efikasi guru banyak tertumpu kepada implikasinya,
di samping mengaitkannya dengan guru-guru pelatih dan novis. Namun, kajian-
kajian yang mempelajari perbezaan pola efikasi guru berdasarkan faktor-faktor
personal masih banyak yang perlu dijalankan (Giallo & Little 2003; Goddard
2002). Meskipun beberapa kajian yang mengaitkan efikasi guru dengan
pengalaman mengajar namun perbezaan dapatan yang diperoleh menuntut lebih
banyak kajian serupa dijalankan. Di samping itu, kajian-kajian yang mengaitkan
jenis latihan dengan efikasi guru masih kurang diberi tumpuan, khususnya dalam
konteks pendidikan di Malaysia, selain kajian yang dijalankan oleh Rahmah,
Mohd. Majid, Habibah & Foo (2006). Secara teorinya, setiap institusi pengajian
7Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar
tinggi awam yang mengendalikan program pendidikan guru di Malaysia adalah
di bawah kawal selia Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) bagi
menjamin kualiti program, namun keberkesanan guru dalam menjalankan
pengajaran masih banyak dipersoalkan (Ingersoll 2007).
TUJUANDANHIPOTESISKAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh faktor kelayakan guru, iaitu
jenis latihan dan pengalaman mengajar terhadap efikasi guru. Sehubungan itu,
dua persoalan kajian yang menuntut penjelasan, iaitu apakah aras efikasi guru
sekolah menengah; dan adakah faktor-faktor kelayakan guru menyumbang
perbezaan terhadap efikasi guru. Persoalan kajian yang kedua dipecah kepada
dua hipotesis kajian, iaitu seperti berikut:
H1 Tidakterdapatperbezaanminyangsignifikanpadaefikasigurumengikut
jenis latihan guru
H2 Tidakterdapatperbezaanminyangsignifikanpadaefikasigurumengikut
pengalaman mengajar
METODOLOGI
Kajian ini menggunakan reka bentukex-post factobagi mengukur aras sumbangan
faktor-faktor pengalaman guru, iaitu jenis latihan dan pengalaman mengajar ke
atas perbezaan efikasi guru-guru sekolah menengah. Jenis latihan guru dibahagi
kepada empat kategori, iaitu Diploma Pendidikan Malaysia (DPM), Kursus
Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI)
dan Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed). Manakala pengalaman mengajar dibahagi
kepada lima kategori tempoh pengalaman, iaitu kurang dari tiga tahun, tiga hingga
enam tahun, tujuh hingga sepuluh tahun, sebelas hingga empat belas tahun dan
lebih dari lima belas tahun.
Populasi kajian terdiri daripada 1,792 orang guru yang mengajar di 22 buah
sekolah menengah di empat buah daerah di Sabah yang dipilih menerusi
pensampelan bertujuan. Ciri populasi ialah guru-guru sekolah menengah yang
terlatih dan tidak memegang jawatan kanan dalam pentadbiran sekolah. Selain
pentadbir sekolah, guru kaunseling dan pemulihan tidak dilibatkan. Jumlah
responden adalah seramai 928 orang, iaitu 62.7 peratus daripada 1,480 set soal
selidik yang berjaya dikumpulkan. Guru lelaki terdiri daripada 310 orang (33.4%),
manakalaguruperempuanseramai552(59.5%);dalamlimakategoriumurdengan
jarak di antara 24 hingga 55 tahun (SD = 1.34); dan dalam lima kategori
pengalaman mengajar antara kurang daripada tiga tahun hingga lebih daripada
14 tahun (SD = 1.38).
8 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)
Data dikumpul dengan menggunakan instrumen Teacher Sense of Efficacy
Scale (TSES), dua belas item yang dibina oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk-
Hoy (2001). Instrumen TSES terbahagi kepada tiga dimensi, iaitu penglibatan
murid (mengukur kesungguhan guru dalam memberi dorongan kepada murid),
strategi pengajaran (kesungguhan guru dalam memberi kefahaman kepada murid)
dan pengurusan kelas (kesungguhan guru dalam mengawal kelas. Sembilan skala
pengukuran digunakan, bermula dengan “1” (Tidak Peduli Langsung) hingga
“9” (Sangat Penuh Kesungguhan).
Selaras dengan keperluan kajian ini, instrumen asal TSES dalam versi bahasa
Inggeris diterjemahkan ke dalam versi bahasa Melayu; yang kemudiannya
diterjemahkan semula ke dalam bahasa Inggeris oleh pakar bahasa Inggeris.
Perbandingan kedua-dua versi Inggeris (asal dan terjemahan semula) dilakukan
dan jika terdapat perbezaan pada versi terjemahan semula maka versi bahasa
Melayu diperbaiki. Bagi menentukan aras ketekalan instrumen terjemahan, TSES
versi bahasa Melayu kemudian diuji-rintis terhadap 98 orang guru di empat buah
sekolah menengah dalam dua daerah, di Pulau Pinang. Hasil ujian rintis tersebut
mendapati ketiga-tiga dimensi berada pada aras yang tinggi, penglibatan murid
(α = .80), strategi pengajaran (α = .76) dan pengurusan kelas (α = .85). secara
keseluruhan, aras kebolehpercayaan yang diperoleh bagi instrumen TSES (12
item) ialah alpha .92.
Soal selidik ditadbir dengan bantuan pembantu penyelidik bagi memudahkan
urusan mengedar dan mengumpul semula alat kajian. Di peringkat sekolah, proses
pengedaran dan pengumpulan soal selidik dilakukan menerusi pentadbir sekolah
untuk tempoh selama sebulan. Data dianalisis dengan menggunakan teknik
ANOVA sehala, di samping penggunaan statistik deskriptif untuk menerangkan
taburan responden.
DAPATAN KAJIAN
ARAS EFIKASI GURU
Menerusi Jadual 1, dipaparkan min skor tiap kategori pengalaman mengajar dan
jenis latihan guru. Responden dibahagi kepada lima kumpulan peringkat
pengalamanmengajar,iaitukumpulanpengalamanmengajaryangkurangdaripada
3 tahun, 3 hingga 6 tahun, 7 hingga 10 tahun, 11 hingga 14 tahun dan kumpulan
guru yang lebih dari 14 tahun mengajar. Kumpulan guru yang berpengalaman
mengajar di antara 11 hingga 14 tahun secara konsisten mempunyai efikasi lebih
tinggidalampenglibatanmurid(M=7.12,SD=1.00),strategipengajaran(M=7.30,
SD = .90) dan pengurusan kelas (M=7.54, SD = .91) berbanding guru-guru
yang berpengalaman mengajar kurang dari 11 tahun dan guru-guru yang telah
mengajar lebih dari 14 tahun.
9Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar
JADUAL 1. Taburan Min Efikasi Guru
Jenis Pengalaman
Latihan Mengajar
Guru N M SD N M SD
Efikasi guru DPM 123 7.24 1.01 Kurang 3 tahun 177 6.65 1.11
KPLI 200 6.89 1.17 3-6 tahun 221 6.65 1.17
DPLI 93 7.21 .92 7-10 tahun 186 7.08 1.08
BEd 475 6.86 1.05 11-14 tahun 182 7.32 .84
Jumlah 891 6.95 1.07 Lebih 14 tahun 162 7.15 .94
Jumlah 928 6.96 1.07
Penglibatan
DPM 123 7.08 1.13 Kurang 3 tahun 177 6.58 1.15
Murid
KPLI 200 6.68 1.28 3-6 tahun 221 6.49 1.27
DPLI 93 7.16 1.02 7-10 tahun 186 6.93 1.13
BEd 475 6.70 1.10 11-14 tahun 182 7.12 1.00
Jumlah 891 6.80 1.15 Lebih 14 tahun 162 6.96 1.05
Jumlah 928 6.80 1.15
Strategi
DPM 123 7.24 1.02 Kurang 3 tahun 177 6.65 1.18
Pengajaran
KPLI 200 6.90 1.22 3-6 tahun 221 6.71 1.24
DPLI 93 7.23 1.05 7-10 tahun 186 7.05 1.13
BEd 475 6.87 1.10 11-14 tahun 182 7.30 .90
Jumlah 891 6.96 1.12 Lebih 14 tahun 162 7.15 .95
Jumlah 928 6.96 1.12
Pengurusan
DPM 123 7.41 1.08 Kurang 3 tahun 177 6.72 1.26
Kelas
KPLI 200 7.08 1.24 3-6 tahun 221 6.75 1.24
DPLI 93 7.23 .92 7-10 tahun 186 7.26 1.13
BEd 475 7.01 1.18 11-14 tahun 182 7.54 .91
Jumlah 891 7.10 1.17 Lebih 14 tahun 162 7.34 1.00
Jumlah 928 7.11 1.17
PERBEZAAN EFIKASI GURU MENGIKUT FAKTOR-FAKTOR KELAYAKAN GURU
Bagi faktor jenis latihan guru, responden dikelompok ke dalam empat kumpulan,
iaitu kumpulan guru yang menjalani latihan profesion keguruan menerusi
program DPM, KPLI, DPLI dan B.Ed. Min skor menunjukkan kumpulan guru-
guru diploma (DPM) keluaran maktab perguruan (sekarang dikenali sebagai Institut
Pendidikan Guru - IPG) mempunyai efikasi lebih tinggi berbanding kumpulan
guru siswazah KPLI, DPLI dan B.Ed dalam strategi pengajaran (M=7.24, SD
=1.02) dan pengurusan kelas (M=7.41, SD =1.08). Manakala min skor kumpulan
guru DPLI dalam penglibatan murid (M=7.16, SD =1.02) lebih tinggi berbanding
kumpulan DPM, KPLI dan B.Ed.
10 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)
Jadual 2 memaparkan hasil analisis ANOVA bagi menguji kedua-dua
hipotesis. Analisis ANOVA bagi menguji hipotesis pertama mendapati terdapat
perbezaan min yang signifikan dalam efikasi guru mengikut jenis latihan guru.
Strategi pengajaran didapati signifikan pada aras p < .05 [F(3, 890) = 5.713,
p = .001] dan pengurusan kelas [F(3, 890) = 4.439, p = .004]; dalam kesemua
kumpulan program. Manakala dimensi penglibatan murid [F(1,861)=16.466,
p = .000] signifikan pada aras p < .01. Keputusan ini bermakna hipotesis null
adalah ditolak.
Walaupun dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam
kumpulan guru mengikut faktor latihan guru, tetapi aras sumbangan varians
yang dikenal pasti adalah kecil. Nilai kuasa dua ETA menunjukkan faktor latihan
guru menyumbang varians ke atas penglibatan murid (3%), strategi pengajaran
(2%) dan pengurusan kelas (2%).
JADUAL 2. Analisis Perbezaan ANOVA Sehala (N = 927)
SS df MS F p Varians
Efikasi guru Latihan guru 21.599 3 7.200 6.402 .001 0.02
Pengalaman mengajar 70.151 4 17.538 16.175 .001 0.07
Penglibatan Latihan guru 29.535 3 9.845 7.582 .001 0.03
murid Pengalaman mengajar 54.938 4 13.735 10.736 .001 0.04
Strategi Latihan guru 21.136 3 7.045 5.713 .001 0.02
pengajaran Pengalaman mengajar 59.833 4 14.958 12.447 .001 0.05
Pengurusan Latihan guru 17.875 3 5.958 4.439 .004 0.02
Kelas Pengalaman mengajar 101.412 4 25.353 20.046 .001 0.08
Bagi hipotesis kedua, hasil analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan
min yang signifikan dalam kumpulan pengalaman mengajar pada aras p < .01
bagi penglibatan murid [F(4, 927)=10.736, p = .001], strategi pengajaran
[F(4,927)=12.447, p = .001] dan pengurusan kelas [F(4,927)=20.046, p =
.001]. Oleh itu bermakna, hipotesis kajian yang kedua adalah diterima. Faktor
pengalaman mengajar menyumbang varians sebanyak 4 peratus pada penglibatan
murid,strategipengajaran(5%)danpengurusankelas(8%).HasilanalisisANOVA
juga menunjukkan hipotesis null yang kedua ditolak.
PERBINCANGAN
Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh pengalaman mengajar dan
jenis latihan terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah di Sabah. Hasil analisis
data mendapati efikasi guru berbeza mengikut jenis latihan guru dan kategori
11Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar
pengalaman mengajar. Dapatan kajian menunjukkan faktor pengalaman mengajar
menyumbang pengaruh yang lebih besar terhadap efikasi guru berbanding jenis
latihan guru.
Faktor jenis latihan guru didapati signifikan menyumbang varians terhadap
efikasi guru, tetapi dengan nilai varians yang kecil. Ujian perbandingan pos-hoc
(Tukey HSD) memberi petunjuk bahawa min skor berbeza secara signifikan
mengikut kombinasi program latihan guru. Perbezaan min yang signifikan adalah
dalam strategi pengajaran di antara kumpulan guru keluaran DPM yang berbeza
secara signifikan daripada kumpulan guru KPLI dan B.Ed; dan guru-guru DPLI
berbeza daripada guru-guru yang mendapat latihan program B.Ed.
Selain itu, keyakinan efikasi guru-guru lepasan DPM berbeza dalam hal
mendorong murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran berbanding guru-
guru lepasan KPLI dan B.Ed; manakala guru-guru daripada program KPLI, DPLI
dan B.Ed saling berbeza antara satu sama lain. Selain itu, terdapat juga perbezaan
yang signifikan dalam pengurusan kelas dalam kalangan kumpulan guru DPM
berbanding guru-guru keluaran program B.Ed.
Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian terdahulu yang dikendalikan
oleh Abd. Rahim et al. (2005), Capa (2005), Giallo dan Little (2003), Rahmah et al.
(2006), Tschannen-Moran et al. (1998) dan Tasan (2001). Namun dapatan kajian
ini secara konsisten menunjukkan guru-guru keluaran DPM lebih berkeyakinan
tinggi dalam efikasi guru dan dimensi-dimensinya berbanding guru-guru lepasan
program KPLI, DPLI dan B.Ed. Dapatan ini ternyata berbeza daripada dapatan
kajian Rahmah et al. (2006) yang mendapati guru-guru lepasan universiti lebih
tinggi efikasi berbanding guru-guru keluaran maktab perguruan. Perbezaan
dapatan ini mungkin dipengaruhi oleh ciri dan saiz sampel yang digunakan kerana
kajian beliau hanya tertumpu kepada 328 orang guru novis.
Mengenai perkaitan antara faktor pengalaman mengajar dengan efikasi guru,
dapatan menunjukkan guru-guru yang berpengalaman mengajar lebih dari tujuh
tahun cenderung berkeyakinan yang tinggi dalam penglibatan murid, strategi
pengajaran dan pengurusan kelas. Dapatan kajian ini bersesuaian dengan dapatan
kajian lepas, seperti Giallo dan Little (2003), Imants dan De Brabander (1996), Lin
dan Tsai (1999), Looney (2003), Penrose et al. (2007), Soodak dan Podell (1996),
Welch (1995), serta Tschannen-Moran dan Woolfolk-Hoy (2002). Dapatan kajian
ini menolak dapatan kajian Hoy dan Woolfolk (1993) yang mendapati faktor
pengalaman tidak mempengaruhi efikasi guru.
Ujian perbandingan pos-hoc (Tukey HSD) memberi petunjuk bahawa
perbezaan min skor secara signifikan dan seragam dalam penglibatan murid,
strategi pengajaran dan pengurusan kelas terbahagi kepada dua peringkat
pengalaman. Peringkat pertama ialah kategori guru-guru yang mengajar kurang
dari tujuh tahun (kurang dari 3 tahun dan 3 hingga 6 tahun). Manakala peringkat
kedua ialah kategori guru-guru yang telah mengajar lebih dari tujuh tahun (7
hingga 10, 11 hingga 14 dan lebih dari 14 tahun).
12 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)
Ujian Tukey mendapati kategori guru-guru yang berpengalaman mengajar
kurang dari tujuh tahun tidak berbeza secara signifikan dalam kesemua dimensi
efikasi guru. Begitu juga kumpulan guru-guru yang telah mengajar tujuh tahun
dan ke atas didapati tidak berbeza secara sginifikan dalam kesemua variabel
bersandar.Tsui(1995)berpendapatfaktorpengalamanmengajarmerupakanantara
unsur utama dalam efikasi kendiri guru. Dapatan kajian ini membuktikan
kepentingan pengaruh faktor pengalaman terhadap efikasi guru. Guru-guru yang
mengajar lebih dari tujuh tahun berada pada aras efikasi yang lebih tinggi
berbanding guru-guru yang berpengalaman mengajar kurang dari tujuh tahun.
IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian yang diperoleh tentang pengaruh faktor-faktor kelayakan guru
terhadap kepercayaan efikasi guru membolehkan kalangan penggubal dasar,
pengendali program pendidikan guru, pentadbir sekolah dan guru-guru
berpengalamanbersediamempelajarisertamemahamipolaperbezaanefikasidalam
kalangan guru sekolah menengah. Dapatan kajian ini mencadangkan supaya
pihak-pihak yang berkenaan dapat mempertimbangkan peluang yang lebih luas
kepada guru-guru yang baru berkhidmat untuk mengalami persekitaran
pengajaran yang dapat membantu mereka membina kepercayaan efikasi yang
positif. Antaranya ialah memperkayakan pengalaman berada di sekolah ketika
masih mengikuti latihan guru, penempatan awal di sekolah rendah, mengajar di
kelas-kelas yang kurang tekanan (dari segi akademik dan disiplin) dan menjadikan
guru-guru ketua panitia sebagai mentor rasmi (tidak sekadar arahan ad-hoc).
Namun, dapatan yang diperoleh adalah sangat terhad kerana hanya
menumpukan terhadap dua faktor berkaitan guru selain terikat dengan tiga faktor
teknikal kajian, iaitu reka bentuk persampelan, jenis data dan lokasi kajian. Selain
faktor-faktor berkaitan guru, kajian akan datang perlu mempertimbangkan faktor-
faktor berkaitan sekolah demi memastikan nilai efikasi dapat dimanfaatkan lebih
jauh dalam memartabatkan profesion guru di Malaysia. Tidak dinafikan bahawa
konteks demografi memerlukan kupasan lebih luas dan mendalam. Masih banyak
dimensi demografi yang belum dikaji dalam kaitannya dengan efikasi, khususnya
dalam konteks tempatan. Namun, pihak yang berhasrat untuk mengkaji konstruk
efikasi perlu meluaskan dimensi faktor antecedent selain konteks demografi.
RUJUKAN
Ab. Rahim Bakar, Mohd. Majid Konting, Abd. Rasid Jamian & Novel Lyndon. 2005.
Teaching Efficacy Of Universiti Putra Malaysia Trainee Teachers. Prosiding Seminar
Pendidikan 2005. Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari, 28-30 Ogos 2005, Pulau
Pinang, 296-310.
Anderson, L.M., Raphael, T.E, Englert, C.S. & Stevens, D.D. 1991. Teaching Writing
with a New Instructional Model. Variations in Teachers’ Beliefs, Instructional Practice,
13Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar
and Their Students’ Performance. Paper Presented at the Annual Meeting of the
American Educational Research Association, in Chicago, April 1991.
Ashton, P. & Webb, R.B. 1986. Teachers’ Sense of Efficacy, Classroom Behavior and
Student Achievement. New York & London: Longman.
Ashton, P. T., Webb, R.B. & Doda, N. 1983. A study of teacher’s sense of efficacy. Final
Report to the National Institute of Education, Executive Summary. Gainesville:
University of Florida.
Bandura, A. 1993. Perceived self-efficacy in cognitif development and functioning.
Educational Psychologist 28(2): 117-148.
Bandura, A. 1997. Self-efficacy: The Exercise of Control. New York: W.H. Freeman.
Brousseau, B., Book, C. & Byers, J. 1988. Teacher beliefs and the cultures of teaching.
Journal of Teacher Education 39(6): 23–39.
Buell, M., Hallam, R., Gamel-Mccormick, M. & Scheer, S. 1999. A survey of general and
special inservice needs concerning inclusion. International Journal of Disability,
Development and Education 46: 143-156.
Capa, Y. 2005. Factors Influencing First-Year Teachers’ Sense of Efficacy. Dissertation
(Ph.D). The Ohio State University.
Cains, R.A. & Brown, C.R. 1996. Newly qualified teachers: A comparative analysis of
the perceptions held by B.Ed. and PGCE-trained primary teachers of their training
routes. Educational Psychology 16: 257-270.
Cohen, D., Raudenbush, S. & Ball, D. 2003. Resources, instruction, and research.
Educational Evaluation and Policy Analysis 25(2): 119-142.
Giallo, R. & Little, E. 2003. Classroom behavior problems: The relationship between
preparedness, classroom experiences, and self-efficacy in graduate and student
teachers. Australian Journal of Educational & Developmental Psychology 3: 21-34.
Gibson, S. & Dembo, M. 1984. Teacher efficacy: A construct validation. Journal of
Educational Psychology 76(4): P569-582.
Gist, M.E. & Mitchell, T.R. 1992. Self-Efficacy: A theoretical analysis of its determinants
and malleability. Academy of Management Review 17(2): 183-211.
Goddard, R.D. 2002. A theoretical and empirical analysis of the measurement of collective
efficacy: The development of a short form. Educational and Psychological
Measurement. 62(1): 97-110.
Goodwin, B. 1999. Improving teaching Wuality: Issues & Policies. Policy Brief. Mid-
Continent Regional Education Lab., Aurora, CO. Offiece of Educational Research
and Improvement (Ed.). Washington DC.
Greenwald, R., Hedges, L. & Laine, R. 1996. The effect of school resources on student
achievement. Review of Educational Research 66: 361-396.
Hoy, W.K. & Woolfolk, A.E. 1993. Teachers’ sense of efficacy and the organizational
health of schools. The Elementary School Journal 93(4): 356-372.
Imants, J.G.M. & De Brabander, C.J. 1996. Teachers’ and principals’ sense of efficacy
in elementary schools. Teaching and Teacher Education 12(2): 179-195.
Ingersoll, R.M. 2000. Out of Field Teaching. ERIC Digest.
Ingersoll, R.M. 2007. A comparison study of teacher preparation and qualifications in
six nations. Consortium for Policy Research in Education.
Ingersoll, R.M. & Gruber, K. 1996. Out of field teaching and educational equality.
statistical analysis report. American Institutes for Research in the Behavioral Sciences.
National Ceneter for Education Statistics. Washington DC.
14 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)
Lin, S.S.J. & Tsai, C.C. 1999. Teaching Efficacy Along the Development of Teaching
Expertise Among Science and Math Teachers in Taiwan. Paper Presented at the
Annual Meeting of the National Association for Research in Science Teaching.
Boston, MA. March 28-31, 1999.
Looney, L. 2003. Understanding Teachers’ Efficacy Beliefs: The Role of Professional
Community. Doctoral Dissertation. University of Maryland.
Martin, A., Linfoot, K. & Stephenson, J. 1999. How Teachers Respond to Concerns
About Misbehaviour in Their Classroom. Psychology in the Schools 36: 347-358.
Penrose, A., Perry, C. & Ball, I. 2007. Emotional intelligence and teacher self efficacy:
The contribution of teacher status and length of experience. Issues in Educational
Research 17.
Rahmah Murshidi, Mohd Majid Konting, Habibah Elias & Foo Say Fooi. 2006. Sense of
efficacy among beginning teachers in Sarawak. Teaching Education 17(3): 265-275.
Ross, J. A. 1994a. Beliefs That Make a Difference: The Origins and Impacts of Teacher
Efficacy. Paper Presented at the Annual Meeting of the Canadian Association for
Curriculum Studies.
Ross, J.A. (1992). Teacher efficacy and the effects of coaching on student achievement.
Canadian Journal of Education 17(1): 51-65.
Soodak, L. & Podell, D. 1996. Teacher Efficacy: Toward the Understanding of a
Multifaceted Construct. Teaching and Teacher Education 12: 401-411.
Tschannen-Moran, M. & Hoy, A.W. 2001. Teacher efficacy: Capturing an elusive
construct. Teaching and Teacher Education 17: 783-805.
Tschannen-Moran, M. & Hoy, A.W. 2002. The Influence of Resources and Support on
Teachers’ Efficacy Beliefs. Paper Presented at the Annual Meeting of the American
Educational Research Association, Session 13.82: What is the Value of Understanding
Beliefs? An Exploration of Beliefs Related to Academic Achievement. April 2,
2002. New Orleans, La.
Tschannen-Moran, M., Hoy, A.W. & Hoy, W. K. 1998. Teacher efficacy: Its meaning and
measure. Review of Educational Research 68: 202-248.
Welch, A 1995. The self-efficacy of primary teachers in art education. Issues in Educational
Research 5: 71-84.
Woolfolk, A.E. & Hoy, W.K. 1990. Prospective teachers’ sense of efficacy and beliefs
about control. Journal of Educational Psychology 82: 81-91.
Woolfolk, A.E., Rosoff, B. & Hoy, W.K. 1990. Teachers’ sense of efficacy and their
beliefs about managing students. Teaching & Teacher Education 6: 137-148.
Khalid Johari
Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial
BegBerkunci2073
Universiti Malaysia Sabah
88999 Kota Kinabalu
Sabah

More Related Content

What's hot

Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)must2ra86
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuitikrys73
 
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)krys73
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesionalkrys73
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...ikhwankmk92
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044hazwaniAM
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guruRoyal Fu
 
Kerja kursus model assure
Kerja kursus model assureKerja kursus model assure
Kerja kursus model assureHermi Amy
 
Ulasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnalUlasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnalKer0
 
Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)
Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)
Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)usman_one
 
Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11johar
 
6. Gaya Pembelajaran
6. Gaya Pembelajaran6. Gaya Pembelajaran
6. Gaya Pembelajarankrys73
 

What's hot (17)

Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
Mini Kajian Tindakan (Penceritaan Dan Permainan)
 
704 1290-1-sm
704 1290-1-sm704 1290-1-sm
704 1290-1-sm
 
4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti4. Akses Dan Ekuiti
4. Akses Dan Ekuiti
 
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
3. Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
 
Esegment mei 2014
Esegment mei 2014Esegment mei 2014
Esegment mei 2014
 
Kritik artikel
Kritik artikelKritik artikel
Kritik artikel
 
7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional7. Standard Pengajaran Profesional
7. Standard Pengajaran Profesional
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044Pensijilan guru SME6044
Pensijilan guru SME6044
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Tugasan 4
Tugasan 4Tugasan 4
Tugasan 4
 
Kerja kursus model assure
Kerja kursus model assureKerja kursus model assure
Kerja kursus model assure
 
Ulasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnalUlasan artikel jurnal
Ulasan artikel jurnal
 
Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)
Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)
Jurnal assets vol 6, no 1 (2017)
 
Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11Paperpublishstrategipembelajaran11
Paperpublishstrategipembelajaran11
 
6. Gaya Pembelajaran
6. Gaya Pembelajaran6. Gaya Pembelajaran
6. Gaya Pembelajaran
 

Viewers also liked

Viewers also liked (15)

Teaching approach 3
Teaching approach 3Teaching approach 3
Teaching approach 3
 
Teacher's certification 3
Teacher's certification 3Teacher's certification 3
Teacher's certification 3
 
Language of instruction 2
Language of instruction 2Language of instruction 2
Language of instruction 2
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Language of instruction 3
Language of instruction 3Language of instruction 3
Language of instruction 3
 
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____editedSme6044 k3 t1_isu 2____edited
Sme6044 k3 t1_isu 2____edited
 
Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1Professional teaching standard 1
Professional teaching standard 1
 
Math anxiety 1
Math anxiety 1Math anxiety 1
Math anxiety 1
 
Timss 2
Timss 2Timss 2
Timss 2
 
Timss 3
Timss 3Timss 3
Timss 3
 
Professional teaching standard 3
Professional  teaching standard 3Professional  teaching standard 3
Professional teaching standard 3
 
Timss 1
Timss 1Timss 1
Timss 1
 
Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2Professional teaching standard 2
Professional teaching standard 2
 
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS)
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 

Similar to Teacher's certification 2

1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
1914 perkembangan efikasi guru sekolah.editDanielson Tajak
 
Jurnal berwasit word
Jurnal berwasit wordJurnal berwasit word
Jurnal berwasit wordSatiya Vani
 
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdfJURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdfErnaHerawati8
 
Amalan pembelajaran sb t
Amalan pembelajaran sb tAmalan pembelajaran sb t
Amalan pembelajaran sb tf78cempaka
 
Bil1 2 artikel5
Bil1 2 artikel5Bil1 2 artikel5
Bil1 2 artikel5Simon_2984
 
Apjee28 2013 art6_81_102
Apjee28 2013 art6_81_102Apjee28 2013 art6_81_102
Apjee28 2013 art6_81_102shangirl
 
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanakSistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanaksitinurnadirahibrahi
 
Kepuasan kerja -kumpulan 2.ppt
Kepuasan kerja -kumpulan 2.pptKepuasan kerja -kumpulan 2.ppt
Kepuasan kerja -kumpulan 2.pptFirdausZakaria21
 
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...Paulus Robert Tuerah
 
INDIKATOR KINERJA GURU.pptx
INDIKATOR KINERJA GURU.pptxINDIKATOR KINERJA GURU.pptx
INDIKATOR KINERJA GURU.pptxApradiz Renfaan
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolahikhwanecdc
 
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan PedagogiKUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan PedagogiIzawati Saat
 
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdfKOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdfNiniMartini1
 
1. guru dasar pemikiran model kompetensi
1. guru dasar pemikiran model kompetensi1. guru dasar pemikiran model kompetensi
1. guru dasar pemikiran model kompetensiSugan Wae
 
Implementasi Peningkatan Profesionalisme Guru PAUD melalui Diklat Berjenjang
Implementasi Peningkatan Profesionalisme Guru PAUD melalui Diklat BerjenjangImplementasi Peningkatan Profesionalisme Guru PAUD melalui Diklat Berjenjang
Implementasi Peningkatan Profesionalisme Guru PAUD melalui Diklat BerjenjangWajoku Digital Library
 

Similar to Teacher's certification 2 (20)

1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
1914 perkembangan efikasi guru sekolah.edit
 
38 332-1-pb (1)
38 332-1-pb (1)38 332-1-pb (1)
38 332-1-pb (1)
 
Jurnal berwasit word
Jurnal berwasit wordJurnal berwasit word
Jurnal berwasit word
 
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdfJURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
JURNAL TESIS_ERNA HERAWATI.pdf
 
Amalan pembelajaran sb t
Amalan pembelajaran sb tAmalan pembelajaran sb t
Amalan pembelajaran sb t
 
Bil1 2 artikel5
Bil1 2 artikel5Bil1 2 artikel5
Bil1 2 artikel5
 
Apjee28 2013 art6_81_102
Apjee28 2013 art6_81_102Apjee28 2013 art6_81_102
Apjee28 2013 art6_81_102
 
2730 5859-1-sm
2730 5859-1-sm2730 5859-1-sm
2730 5859-1-sm
 
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanakSistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
Sistem mentoran dan amalan guru dalam meningkatkan literasi awal kanak
 
Kepuasan kerja -kumpulan 2.ppt
Kepuasan kerja -kumpulan 2.pptKepuasan kerja -kumpulan 2.ppt
Kepuasan kerja -kumpulan 2.ppt
 
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
Persepsi Kepala Sekolah Terhadap Kompetensi Guru Dalam Proses Pembelajaran Ku...
 
INDIKATOR KINERJA GURU.pptx
INDIKATOR KINERJA GURU.pptxINDIKATOR KINERJA GURU.pptx
INDIKATOR KINERJA GURU.pptx
 
2428 6683-1-pb
2428 6683-1-pb2428 6683-1-pb
2428 6683-1-pb
 
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
3. tahap amalan guru pendidikan jasmani sekolah
 
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan PedagogiKUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
KUMPULAN 17 :Pengetahuan Isi Kandungan Pedagogi
 
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdfKOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
KOMPETENSI GURU SBG PEMIMPIN PEMBELAJARAN.pdf
 
1. guru dasar pemikiran model kompetensi
1. guru dasar pemikiran model kompetensi1. guru dasar pemikiran model kompetensi
1. guru dasar pemikiran model kompetensi
 
(Group 17) pck
(Group 17) pck(Group 17) pck
(Group 17) pck
 
Implementasi Peningkatan Profesionalisme Guru PAUD melalui Diklat Berjenjang
Implementasi Peningkatan Profesionalisme Guru PAUD melalui Diklat BerjenjangImplementasi Peningkatan Profesionalisme Guru PAUD melalui Diklat Berjenjang
Implementasi Peningkatan Profesionalisme Guru PAUD melalui Diklat Berjenjang
 
Peercoaching
PeercoachingPeercoaching
Peercoaching
 

More from Amie Joan Juanis (12)

Language of instruction 1
Language of instruction 1Language of instruction 1
Language of instruction 1
 
Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5Jurang pendidikan 5
Jurang pendidikan 5
 
Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4Jurang pendidikan 4
Jurang pendidikan 4
 
Jurang pendidikan 3
Jurang pendidikan 3Jurang pendidikan 3
Jurang pendidikan 3
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1
 
Ict 3
Ict 3Ict 3
Ict 3
 
Ict 2
Ict 2Ict 2
Ict 2
 
Ict 1
Ict 1Ict 1
Ict 1
 
Curriculum 3
Curriculum 3Curriculum 3
Curriculum 3
 
Curriculum 2
Curriculum 2Curriculum 2
Curriculum 2
 
Curriculum 1
Curriculum 1Curriculum 1
Curriculum 1
 

Recently uploaded

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfIndri117648
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 

Recently uploaded (20)

AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdfdemontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
demontrasi kontekstual modul 1.2.a. 6.pdf
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 

Teacher's certification 2

  • 1. Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009): 3 - 14 PengaruhJenisLatihanGurudanPengalamanMengajarTerhadap EfikasiGuruSekolahMenengah (TheInfluenceofTeacherTrainingandTeachingExperienceon SecondarySchoolTeacherEfficacy) KHALID JOHARI ZURIDA ISMAIL SHUKI OSMAN AHMAD TAJUDDIN OTHMAN ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh yang disumbangkan oleh faktor-faktor kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru dan pengalaman mengajar terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah di Sabah. Data dikutip dengan menggunakan instrumen Teachers’ Sense of Efficacy Scale yang melibatkan 928 orang guru di 22 buah sekolah menengah di empat daerah. Analisis ANOVA mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan dalam ketiga-tiga dimensi efikasi guru dalam kalangan guru mengikut jenis latihan guru dan pengalaman mengajar. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru keluaran program Diploma Pendidikan Malaysia berada pada aras tertinggi dalam efikasi berbanding guru-guru keluaran program lain. Guru-guru yang berpengalaman mengajar melebihi tujuh tahun berbeza secara statistik dalam aspek efikasi berbanding guru-guru dengan pengalaman mengajar kurang daripada tujuh tahun. Hasil kajian ini mencadangkan guru-guru siswazah terlatih perlu diberi peluang mengajar dalam persekitaran yang positif bagi membolehkan mereka membina efikasi guru yang positif. Kata kunci: Efikasi guru, kelayakan guru, latihan guru, pengalaman mengajar, guru sekolah menengah ABSTRACT This research was aimed to determine the influence of teacher qualification factors, namely type of teacher training and teaching experience on secondary school teachers’ efficacy in Sabah. Data were collected using the Teachers’ Sense of Efficacy Scale which involved 928 teachers from 22 secondary school in four districts. ANOVA analysis found significant mean difference in all dimen- sions of teacher efficacy according to type of teacher training and teaching experience. Finding also showed that teachers with Diploma in Malaysian Education obtained the highest level of efficacy, compared to teachers from the
  • 2. 4 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2) other programs. Teachers with teaching more than seven years of teaching experience were statistically different in efficacy than those with less teaching experience. The research suggested that well-trained graduate teachers should be given more opportunity to teach in positive teaching environment to enable them to develop positive teacher efficacy. Keywords: Teacher efficacy, teacher qualification, teacher training, teaching experience, secondary school teacher PENGENALAN Kajian-kajian lepas mendapati guru-guru yang merasa kurang bersedia berdepan dengan masalah dalam pengajaran kerap menganggap diri mereka tidak berpengalaman dan tidak mendapat latihan yang mencukupi (Buell et al. 1999; Cains & Brown 1996; Martin et al. 1999). Dalam konteks profesion guru, pengalaman dan latihan guru merupakan dua isu yang saling berbeza. Pengalaman merupakan pengetahuan empirikal sementara latihan guru lebih bersifat teoritikal. Kedua-duanya saling memerlukan untuk menjadikan seseorang guru mencapai tahap kecekapan yang dituntut. Sehubungan itu, Goodwin (1999) mentakrifkan latihan guru dan pengalaman mengajar sebagai antara kelayakan asas yang utama dalam pengajaran berkesan. Pendidikan dan latihan iktisas guru merupakan faktor yang paling utama dalam menentukan kualiti guru dan kualiti pengajaran. Kalangan pakar telah sepakat bahawa penguasaan pengetahuan dalam bidang pengajaran menjadi ciri yang paling penting dalam pengajaran guru. Dapatan kajian menyokong secara sederhana tetapi konsisten bahawa pengetahuan bidang pengajian dan pengetahuan tentang cara mengajar menjadi penentu utama dalam kualiti pengajaran (Greenwald et al. 1996; Ingersoll 2000; Ingersoll & Gruber 1996). Menurut Cohen, Raudenbush dan Ball (2003), bukti-bukti statistik menunjukkan bahawa amalan pengajaran yang disertai dengan pengetahuan dan tindakan memberi pengaruh terhadap pembelajaran murid. Selain itu, faktor pengalaman mengajar merupakan pengetahuan yang dibentuk oleh interaksi antara faktor-faktor persekitaran kerja. Tempoh dan kekerapan melalui tugas pengajaran sama ada berjaya atau sebaliknya, sedikit demi sedikit membina pengetahuan dan kemahiran profesion yang diperlukan. Guru-guru berpengalaman banyak bergantung kepada ingatan dan tafsiran terhadap pengalaman pengajaran terdahulu yang berkaitan (Gist & Mitchell 1992). Dalam kajian Goodwin (1999) berkaitan demografi guru dengan pencapaian murid mendapati kelayakan guru merupakan prediktor terbaik berbanding faktor- faktor luaran guru (saiz kelas, pendidikan ibu bapa, pendapatan dan latar belakang bahasa) dalam meramal pencapaian murid. Namun di sebalik kepentingan
  • 3. 5Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar kelayakan guru, kajian-kajian lepas mendedahkan banyak kritikan terhadap kelayakan guru dalam melaksanakan pengajaran (Ingersoll 2007). Selain faktor kelayakan guru dalam mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru, terdapat juga faktor-faktor lain yang berpotensi mencorakkan pencapaian murid, antaranya ialah kepercayaan efikasi guru. Bandura (1997) mendefinisikan efikasi guru sebagai kepercayaan guru terhadap keupayaan diri untuk mengendalikan pengajaran secara berkesan ke arah mempengaruhi pencapaian murid. EFIKASI GURU Kesungguhan guru dalam mempengaruhi pencapaian murid adalah merujuk kepada konstruk efikasi guru (Bandura 1997). Guru melakukan pertimbangan terhadap keupayaan diri dalam mempengaruhi hasil pembelajaran murid. Efikasi guru dikenal pasti mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian murid (Anderson et al. 1991; Ashton & Webb 1986; Bandura 1993, 1997; Gibson & Dembo 1984; Ross 1992; Tschannen-Moran & Hoy 2001; Tschannen-Moran et al. 1998b). Konsep efikasi mempunyai kaitan dengan kekuatan aras kepercayaan individu yang mempengaruhi tingkah laku berhubung dengan sesuatu keadaan yang dihadapi. Kepercayaan bahawa seseorang mempunyai keupayaan untuk melakukan tindakan yang diperlukan. Pertimbangan individu terhadap keupayaan diri dalam menjalankan tugas pengajaran yang mendorong ke arah merancang dan menyelaras tingkah laku yang diperlukan untuk mencapai matlamat tugasan yang diharapkan. Kajian Gibson dan Dembo (1984) menunjukkan bahawa guru yang berefikasi rendah kurang kesungguhan dalam memperbaiki kelemahan murid, selain cenderung menilai murid berdasarkan kecerdasan tanpa mengambil kira persediaan pembelajaran murid serta memberi layanan yang baik kepada murid yang cerdas (Ashton et al. 1983). Guru yang berefikasi rendah juga cenderung menerapkan kawalan disiplin dalam bilik darjah serta amalan ganjaran-hukuman untuk memastikan murid mengikuti pengajaran (Woolfolk et al. 1990; Woolfolk et al. 1990). Manakala guru yang berefikasi tinggi menerapkan strategi pengalaman masteri berbanding guru yang rendah efikasi pengajarannya cenderung mengabaikan perkembangan kognitif dan keupayaan murid (Gibson & Dembo 1984). Kepercayaan efikasi yang tinggi mendorong guru supaya lebih berusaha dalam tugas pengajarannya dengan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan tidak mudah mengalah (Tschannen-Moran & Hoy 2001). KELAYAKAN PROFESION DAN EFIKASI GURU Teori efikasi kendiri menerangkan tentang aras keyakinan individu terhadap kemampuan melaksanakan tugasan tertentu (Bandura 1997). Menerusi teori
  • 4. 6 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2) ini, konsep reciprocal determinism, iaitu kitaran interaksi antara kognitif, persekitaran dan tingkah laku membolehkan individu mempelajari persekitarannya untuk menghasilkan tingkah laku yang diperlukan berdasarkan kepada pengetahuan terdahulu yang dimiliki. Menurut Welch (1995) kejayaan-kejayaan yang dicapai berupaya meningkatkan efikasi. Sebaliknya kegagalan yang dilalui berpotensi menjadikan guru berefikasi rendah kerana telah wujud pertimbangan negatif terhadap kemampuan pengajaran guru. Dapatan kajian Tschannen-Moran dan Hoy (2002) menunjukkan efikasi guru berpengalaman (mengajar lebih dari lima tahun) lebih tinggi berbanding dengan guru novis (mengajar kurang dari lima tahun). Looney (2003) juga cenderung berpihak kepada pengalaman mengajar mempengaruhi efikasi guru. Menerusi kajiannya (Looney 2003), beliau mendapati bahawa memang wujud hubungan yang signifikan, tetapi lemah antara pengalaman dengan efikasi guru. Tschannen-Moran dan Hoy (2002) juga menegaskan bahawa guru yang berpengalaman berefikasi tinggi kerana telah melalui peluang demi peluang menerusi tugas pengajaran harian untuk tempoh yang lama berbanding dengan guru novis untuk mengembangkan kemahiran dalam pengurusan kelas dan strategipengajaran.DapatankajianSoodakdanPodell(1996)jugamemperlihatkan wujudnya sumbangan pengalaman mengajar terhadap efikasi pengajaran guru. Namun dalam kajian Hoy dan Woolfolk (1993) mendapati pengalaman mengajar tidak memberi pengaruh secara statistik terhadap efikasi guru. Dalam tinjauan Ross (1994) terhadap 88 kajian berkaitan efikasi guru dalam kalangan guru-guru pelatih mendapati bahawa wujud hubungan antara efikasi guru dengan tingkah laku. Menurut Ross lagi guru yang berefikasi tinggi cenderung mempelajari dan menerapkan pendekatan dan strategi baru dalam pengajaran, menerapkan teknik pengurusan ke arah mengembangkan autonomi murid, memberi bantuan kepada murid yang lemah, membina tanggapan kendiri murid terhadap kemahiran akademik, menetapkan matlamat, dan tidak mudah mengalah berdepan dengan murid yang lemah. Dapatan kajian lepas juga mendapati efikasi guru berada pada tahap yang tertinggi ketika masih menjadi guru pelatih kemudian menurun ketika tahun pertama mengajar (Brousseau et al. 1988; Soodak & Podell 1996). Kajian-kajian berkaitan efikasi guru banyak tertumpu kepada implikasinya, di samping mengaitkannya dengan guru-guru pelatih dan novis. Namun, kajian- kajian yang mempelajari perbezaan pola efikasi guru berdasarkan faktor-faktor personal masih banyak yang perlu dijalankan (Giallo & Little 2003; Goddard 2002). Meskipun beberapa kajian yang mengaitkan efikasi guru dengan pengalaman mengajar namun perbezaan dapatan yang diperoleh menuntut lebih banyak kajian serupa dijalankan. Di samping itu, kajian-kajian yang mengaitkan jenis latihan dengan efikasi guru masih kurang diberi tumpuan, khususnya dalam konteks pendidikan di Malaysia, selain kajian yang dijalankan oleh Rahmah, Mohd. Majid, Habibah & Foo (2006). Secara teorinya, setiap institusi pengajian
  • 5. 7Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar tinggi awam yang mengendalikan program pendidikan guru di Malaysia adalah di bawah kawal selia Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) bagi menjamin kualiti program, namun keberkesanan guru dalam menjalankan pengajaran masih banyak dipersoalkan (Ingersoll 2007). TUJUANDANHIPOTESISKAJIAN Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh faktor kelayakan guru, iaitu jenis latihan dan pengalaman mengajar terhadap efikasi guru. Sehubungan itu, dua persoalan kajian yang menuntut penjelasan, iaitu apakah aras efikasi guru sekolah menengah; dan adakah faktor-faktor kelayakan guru menyumbang perbezaan terhadap efikasi guru. Persoalan kajian yang kedua dipecah kepada dua hipotesis kajian, iaitu seperti berikut: H1 Tidakterdapatperbezaanminyangsignifikanpadaefikasigurumengikut jenis latihan guru H2 Tidakterdapatperbezaanminyangsignifikanpadaefikasigurumengikut pengalaman mengajar METODOLOGI Kajian ini menggunakan reka bentukex-post factobagi mengukur aras sumbangan faktor-faktor pengalaman guru, iaitu jenis latihan dan pengalaman mengajar ke atas perbezaan efikasi guru-guru sekolah menengah. Jenis latihan guru dibahagi kepada empat kategori, iaitu Diploma Pendidikan Malaysia (DPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed). Manakala pengalaman mengajar dibahagi kepada lima kategori tempoh pengalaman, iaitu kurang dari tiga tahun, tiga hingga enam tahun, tujuh hingga sepuluh tahun, sebelas hingga empat belas tahun dan lebih dari lima belas tahun. Populasi kajian terdiri daripada 1,792 orang guru yang mengajar di 22 buah sekolah menengah di empat buah daerah di Sabah yang dipilih menerusi pensampelan bertujuan. Ciri populasi ialah guru-guru sekolah menengah yang terlatih dan tidak memegang jawatan kanan dalam pentadbiran sekolah. Selain pentadbir sekolah, guru kaunseling dan pemulihan tidak dilibatkan. Jumlah responden adalah seramai 928 orang, iaitu 62.7 peratus daripada 1,480 set soal selidik yang berjaya dikumpulkan. Guru lelaki terdiri daripada 310 orang (33.4%), manakalaguruperempuanseramai552(59.5%);dalamlimakategoriumurdengan jarak di antara 24 hingga 55 tahun (SD = 1.34); dan dalam lima kategori pengalaman mengajar antara kurang daripada tiga tahun hingga lebih daripada 14 tahun (SD = 1.38).
  • 6. 8 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2) Data dikumpul dengan menggunakan instrumen Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES), dua belas item yang dibina oleh Tschannen-Moran dan Woolfolk- Hoy (2001). Instrumen TSES terbahagi kepada tiga dimensi, iaitu penglibatan murid (mengukur kesungguhan guru dalam memberi dorongan kepada murid), strategi pengajaran (kesungguhan guru dalam memberi kefahaman kepada murid) dan pengurusan kelas (kesungguhan guru dalam mengawal kelas. Sembilan skala pengukuran digunakan, bermula dengan “1” (Tidak Peduli Langsung) hingga “9” (Sangat Penuh Kesungguhan). Selaras dengan keperluan kajian ini, instrumen asal TSES dalam versi bahasa Inggeris diterjemahkan ke dalam versi bahasa Melayu; yang kemudiannya diterjemahkan semula ke dalam bahasa Inggeris oleh pakar bahasa Inggeris. Perbandingan kedua-dua versi Inggeris (asal dan terjemahan semula) dilakukan dan jika terdapat perbezaan pada versi terjemahan semula maka versi bahasa Melayu diperbaiki. Bagi menentukan aras ketekalan instrumen terjemahan, TSES versi bahasa Melayu kemudian diuji-rintis terhadap 98 orang guru di empat buah sekolah menengah dalam dua daerah, di Pulau Pinang. Hasil ujian rintis tersebut mendapati ketiga-tiga dimensi berada pada aras yang tinggi, penglibatan murid (α = .80), strategi pengajaran (α = .76) dan pengurusan kelas (α = .85). secara keseluruhan, aras kebolehpercayaan yang diperoleh bagi instrumen TSES (12 item) ialah alpha .92. Soal selidik ditadbir dengan bantuan pembantu penyelidik bagi memudahkan urusan mengedar dan mengumpul semula alat kajian. Di peringkat sekolah, proses pengedaran dan pengumpulan soal selidik dilakukan menerusi pentadbir sekolah untuk tempoh selama sebulan. Data dianalisis dengan menggunakan teknik ANOVA sehala, di samping penggunaan statistik deskriptif untuk menerangkan taburan responden. DAPATAN KAJIAN ARAS EFIKASI GURU Menerusi Jadual 1, dipaparkan min skor tiap kategori pengalaman mengajar dan jenis latihan guru. Responden dibahagi kepada lima kumpulan peringkat pengalamanmengajar,iaitukumpulanpengalamanmengajaryangkurangdaripada 3 tahun, 3 hingga 6 tahun, 7 hingga 10 tahun, 11 hingga 14 tahun dan kumpulan guru yang lebih dari 14 tahun mengajar. Kumpulan guru yang berpengalaman mengajar di antara 11 hingga 14 tahun secara konsisten mempunyai efikasi lebih tinggidalampenglibatanmurid(M=7.12,SD=1.00),strategipengajaran(M=7.30, SD = .90) dan pengurusan kelas (M=7.54, SD = .91) berbanding guru-guru yang berpengalaman mengajar kurang dari 11 tahun dan guru-guru yang telah mengajar lebih dari 14 tahun.
  • 7. 9Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar JADUAL 1. Taburan Min Efikasi Guru Jenis Pengalaman Latihan Mengajar Guru N M SD N M SD Efikasi guru DPM 123 7.24 1.01 Kurang 3 tahun 177 6.65 1.11 KPLI 200 6.89 1.17 3-6 tahun 221 6.65 1.17 DPLI 93 7.21 .92 7-10 tahun 186 7.08 1.08 BEd 475 6.86 1.05 11-14 tahun 182 7.32 .84 Jumlah 891 6.95 1.07 Lebih 14 tahun 162 7.15 .94 Jumlah 928 6.96 1.07 Penglibatan DPM 123 7.08 1.13 Kurang 3 tahun 177 6.58 1.15 Murid KPLI 200 6.68 1.28 3-6 tahun 221 6.49 1.27 DPLI 93 7.16 1.02 7-10 tahun 186 6.93 1.13 BEd 475 6.70 1.10 11-14 tahun 182 7.12 1.00 Jumlah 891 6.80 1.15 Lebih 14 tahun 162 6.96 1.05 Jumlah 928 6.80 1.15 Strategi DPM 123 7.24 1.02 Kurang 3 tahun 177 6.65 1.18 Pengajaran KPLI 200 6.90 1.22 3-6 tahun 221 6.71 1.24 DPLI 93 7.23 1.05 7-10 tahun 186 7.05 1.13 BEd 475 6.87 1.10 11-14 tahun 182 7.30 .90 Jumlah 891 6.96 1.12 Lebih 14 tahun 162 7.15 .95 Jumlah 928 6.96 1.12 Pengurusan DPM 123 7.41 1.08 Kurang 3 tahun 177 6.72 1.26 Kelas KPLI 200 7.08 1.24 3-6 tahun 221 6.75 1.24 DPLI 93 7.23 .92 7-10 tahun 186 7.26 1.13 BEd 475 7.01 1.18 11-14 tahun 182 7.54 .91 Jumlah 891 7.10 1.17 Lebih 14 tahun 162 7.34 1.00 Jumlah 928 7.11 1.17 PERBEZAAN EFIKASI GURU MENGIKUT FAKTOR-FAKTOR KELAYAKAN GURU Bagi faktor jenis latihan guru, responden dikelompok ke dalam empat kumpulan, iaitu kumpulan guru yang menjalani latihan profesion keguruan menerusi program DPM, KPLI, DPLI dan B.Ed. Min skor menunjukkan kumpulan guru- guru diploma (DPM) keluaran maktab perguruan (sekarang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru - IPG) mempunyai efikasi lebih tinggi berbanding kumpulan guru siswazah KPLI, DPLI dan B.Ed dalam strategi pengajaran (M=7.24, SD =1.02) dan pengurusan kelas (M=7.41, SD =1.08). Manakala min skor kumpulan guru DPLI dalam penglibatan murid (M=7.16, SD =1.02) lebih tinggi berbanding kumpulan DPM, KPLI dan B.Ed.
  • 8. 10 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2) Jadual 2 memaparkan hasil analisis ANOVA bagi menguji kedua-dua hipotesis. Analisis ANOVA bagi menguji hipotesis pertama mendapati terdapat perbezaan min yang signifikan dalam efikasi guru mengikut jenis latihan guru. Strategi pengajaran didapati signifikan pada aras p < .05 [F(3, 890) = 5.713, p = .001] dan pengurusan kelas [F(3, 890) = 4.439, p = .004]; dalam kesemua kumpulan program. Manakala dimensi penglibatan murid [F(1,861)=16.466, p = .000] signifikan pada aras p < .01. Keputusan ini bermakna hipotesis null adalah ditolak. Walaupun dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kumpulan guru mengikut faktor latihan guru, tetapi aras sumbangan varians yang dikenal pasti adalah kecil. Nilai kuasa dua ETA menunjukkan faktor latihan guru menyumbang varians ke atas penglibatan murid (3%), strategi pengajaran (2%) dan pengurusan kelas (2%). JADUAL 2. Analisis Perbezaan ANOVA Sehala (N = 927) SS df MS F p Varians Efikasi guru Latihan guru 21.599 3 7.200 6.402 .001 0.02 Pengalaman mengajar 70.151 4 17.538 16.175 .001 0.07 Penglibatan Latihan guru 29.535 3 9.845 7.582 .001 0.03 murid Pengalaman mengajar 54.938 4 13.735 10.736 .001 0.04 Strategi Latihan guru 21.136 3 7.045 5.713 .001 0.02 pengajaran Pengalaman mengajar 59.833 4 14.958 12.447 .001 0.05 Pengurusan Latihan guru 17.875 3 5.958 4.439 .004 0.02 Kelas Pengalaman mengajar 101.412 4 25.353 20.046 .001 0.08 Bagi hipotesis kedua, hasil analisis ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan dalam kumpulan pengalaman mengajar pada aras p < .01 bagi penglibatan murid [F(4, 927)=10.736, p = .001], strategi pengajaran [F(4,927)=12.447, p = .001] dan pengurusan kelas [F(4,927)=20.046, p = .001]. Oleh itu bermakna, hipotesis kajian yang kedua adalah diterima. Faktor pengalaman mengajar menyumbang varians sebanyak 4 peratus pada penglibatan murid,strategipengajaran(5%)danpengurusankelas(8%).HasilanalisisANOVA juga menunjukkan hipotesis null yang kedua ditolak. PERBINCANGAN Kajian ini bertujuan untuk menentukan pengaruh pengalaman mengajar dan jenis latihan terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah di Sabah. Hasil analisis data mendapati efikasi guru berbeza mengikut jenis latihan guru dan kategori
  • 9. 11Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar pengalaman mengajar. Dapatan kajian menunjukkan faktor pengalaman mengajar menyumbang pengaruh yang lebih besar terhadap efikasi guru berbanding jenis latihan guru. Faktor jenis latihan guru didapati signifikan menyumbang varians terhadap efikasi guru, tetapi dengan nilai varians yang kecil. Ujian perbandingan pos-hoc (Tukey HSD) memberi petunjuk bahawa min skor berbeza secara signifikan mengikut kombinasi program latihan guru. Perbezaan min yang signifikan adalah dalam strategi pengajaran di antara kumpulan guru keluaran DPM yang berbeza secara signifikan daripada kumpulan guru KPLI dan B.Ed; dan guru-guru DPLI berbeza daripada guru-guru yang mendapat latihan program B.Ed. Selain itu, keyakinan efikasi guru-guru lepasan DPM berbeza dalam hal mendorong murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran berbanding guru- guru lepasan KPLI dan B.Ed; manakala guru-guru daripada program KPLI, DPLI dan B.Ed saling berbeza antara satu sama lain. Selain itu, terdapat juga perbezaan yang signifikan dalam pengurusan kelas dalam kalangan kumpulan guru DPM berbanding guru-guru keluaran program B.Ed. Dapatan ini selaras dengan dapatan kajian terdahulu yang dikendalikan oleh Abd. Rahim et al. (2005), Capa (2005), Giallo dan Little (2003), Rahmah et al. (2006), Tschannen-Moran et al. (1998) dan Tasan (2001). Namun dapatan kajian ini secara konsisten menunjukkan guru-guru keluaran DPM lebih berkeyakinan tinggi dalam efikasi guru dan dimensi-dimensinya berbanding guru-guru lepasan program KPLI, DPLI dan B.Ed. Dapatan ini ternyata berbeza daripada dapatan kajian Rahmah et al. (2006) yang mendapati guru-guru lepasan universiti lebih tinggi efikasi berbanding guru-guru keluaran maktab perguruan. Perbezaan dapatan ini mungkin dipengaruhi oleh ciri dan saiz sampel yang digunakan kerana kajian beliau hanya tertumpu kepada 328 orang guru novis. Mengenai perkaitan antara faktor pengalaman mengajar dengan efikasi guru, dapatan menunjukkan guru-guru yang berpengalaman mengajar lebih dari tujuh tahun cenderung berkeyakinan yang tinggi dalam penglibatan murid, strategi pengajaran dan pengurusan kelas. Dapatan kajian ini bersesuaian dengan dapatan kajian lepas, seperti Giallo dan Little (2003), Imants dan De Brabander (1996), Lin dan Tsai (1999), Looney (2003), Penrose et al. (2007), Soodak dan Podell (1996), Welch (1995), serta Tschannen-Moran dan Woolfolk-Hoy (2002). Dapatan kajian ini menolak dapatan kajian Hoy dan Woolfolk (1993) yang mendapati faktor pengalaman tidak mempengaruhi efikasi guru. Ujian perbandingan pos-hoc (Tukey HSD) memberi petunjuk bahawa perbezaan min skor secara signifikan dan seragam dalam penglibatan murid, strategi pengajaran dan pengurusan kelas terbahagi kepada dua peringkat pengalaman. Peringkat pertama ialah kategori guru-guru yang mengajar kurang dari tujuh tahun (kurang dari 3 tahun dan 3 hingga 6 tahun). Manakala peringkat kedua ialah kategori guru-guru yang telah mengajar lebih dari tujuh tahun (7 hingga 10, 11 hingga 14 dan lebih dari 14 tahun).
  • 10. 12 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2) Ujian Tukey mendapati kategori guru-guru yang berpengalaman mengajar kurang dari tujuh tahun tidak berbeza secara signifikan dalam kesemua dimensi efikasi guru. Begitu juga kumpulan guru-guru yang telah mengajar tujuh tahun dan ke atas didapati tidak berbeza secara sginifikan dalam kesemua variabel bersandar.Tsui(1995)berpendapatfaktorpengalamanmengajarmerupakanantara unsur utama dalam efikasi kendiri guru. Dapatan kajian ini membuktikan kepentingan pengaruh faktor pengalaman terhadap efikasi guru. Guru-guru yang mengajar lebih dari tujuh tahun berada pada aras efikasi yang lebih tinggi berbanding guru-guru yang berpengalaman mengajar kurang dari tujuh tahun. IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian yang diperoleh tentang pengaruh faktor-faktor kelayakan guru terhadap kepercayaan efikasi guru membolehkan kalangan penggubal dasar, pengendali program pendidikan guru, pentadbir sekolah dan guru-guru berpengalamanbersediamempelajarisertamemahamipolaperbezaanefikasidalam kalangan guru sekolah menengah. Dapatan kajian ini mencadangkan supaya pihak-pihak yang berkenaan dapat mempertimbangkan peluang yang lebih luas kepada guru-guru yang baru berkhidmat untuk mengalami persekitaran pengajaran yang dapat membantu mereka membina kepercayaan efikasi yang positif. Antaranya ialah memperkayakan pengalaman berada di sekolah ketika masih mengikuti latihan guru, penempatan awal di sekolah rendah, mengajar di kelas-kelas yang kurang tekanan (dari segi akademik dan disiplin) dan menjadikan guru-guru ketua panitia sebagai mentor rasmi (tidak sekadar arahan ad-hoc). Namun, dapatan yang diperoleh adalah sangat terhad kerana hanya menumpukan terhadap dua faktor berkaitan guru selain terikat dengan tiga faktor teknikal kajian, iaitu reka bentuk persampelan, jenis data dan lokasi kajian. Selain faktor-faktor berkaitan guru, kajian akan datang perlu mempertimbangkan faktor- faktor berkaitan sekolah demi memastikan nilai efikasi dapat dimanfaatkan lebih jauh dalam memartabatkan profesion guru di Malaysia. Tidak dinafikan bahawa konteks demografi memerlukan kupasan lebih luas dan mendalam. Masih banyak dimensi demografi yang belum dikaji dalam kaitannya dengan efikasi, khususnya dalam konteks tempatan. Namun, pihak yang berhasrat untuk mengkaji konstruk efikasi perlu meluaskan dimensi faktor antecedent selain konteks demografi. RUJUKAN Ab. Rahim Bakar, Mohd. Majid Konting, Abd. Rasid Jamian & Novel Lyndon. 2005. Teaching Efficacy Of Universiti Putra Malaysia Trainee Teachers. Prosiding Seminar Pendidikan 2005. Pendidikan Untuk Pembangunan Lestari, 28-30 Ogos 2005, Pulau Pinang, 296-310. Anderson, L.M., Raphael, T.E, Englert, C.S. & Stevens, D.D. 1991. Teaching Writing with a New Instructional Model. Variations in Teachers’ Beliefs, Instructional Practice,
  • 11. 13Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar and Their Students’ Performance. Paper Presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association, in Chicago, April 1991. Ashton, P. & Webb, R.B. 1986. Teachers’ Sense of Efficacy, Classroom Behavior and Student Achievement. New York & London: Longman. Ashton, P. T., Webb, R.B. & Doda, N. 1983. A study of teacher’s sense of efficacy. Final Report to the National Institute of Education, Executive Summary. Gainesville: University of Florida. Bandura, A. 1993. Perceived self-efficacy in cognitif development and functioning. Educational Psychologist 28(2): 117-148. Bandura, A. 1997. Self-efficacy: The Exercise of Control. New York: W.H. Freeman. Brousseau, B., Book, C. & Byers, J. 1988. Teacher beliefs and the cultures of teaching. Journal of Teacher Education 39(6): 23–39. Buell, M., Hallam, R., Gamel-Mccormick, M. & Scheer, S. 1999. A survey of general and special inservice needs concerning inclusion. International Journal of Disability, Development and Education 46: 143-156. Capa, Y. 2005. Factors Influencing First-Year Teachers’ Sense of Efficacy. Dissertation (Ph.D). The Ohio State University. Cains, R.A. & Brown, C.R. 1996. Newly qualified teachers: A comparative analysis of the perceptions held by B.Ed. and PGCE-trained primary teachers of their training routes. Educational Psychology 16: 257-270. Cohen, D., Raudenbush, S. & Ball, D. 2003. Resources, instruction, and research. Educational Evaluation and Policy Analysis 25(2): 119-142. Giallo, R. & Little, E. 2003. Classroom behavior problems: The relationship between preparedness, classroom experiences, and self-efficacy in graduate and student teachers. Australian Journal of Educational & Developmental Psychology 3: 21-34. Gibson, S. & Dembo, M. 1984. Teacher efficacy: A construct validation. Journal of Educational Psychology 76(4): P569-582. Gist, M.E. & Mitchell, T.R. 1992. Self-Efficacy: A theoretical analysis of its determinants and malleability. Academy of Management Review 17(2): 183-211. Goddard, R.D. 2002. A theoretical and empirical analysis of the measurement of collective efficacy: The development of a short form. Educational and Psychological Measurement. 62(1): 97-110. Goodwin, B. 1999. Improving teaching Wuality: Issues & Policies. Policy Brief. Mid- Continent Regional Education Lab., Aurora, CO. Offiece of Educational Research and Improvement (Ed.). Washington DC. Greenwald, R., Hedges, L. & Laine, R. 1996. The effect of school resources on student achievement. Review of Educational Research 66: 361-396. Hoy, W.K. & Woolfolk, A.E. 1993. Teachers’ sense of efficacy and the organizational health of schools. The Elementary School Journal 93(4): 356-372. Imants, J.G.M. & De Brabander, C.J. 1996. Teachers’ and principals’ sense of efficacy in elementary schools. Teaching and Teacher Education 12(2): 179-195. Ingersoll, R.M. 2000. Out of Field Teaching. ERIC Digest. Ingersoll, R.M. 2007. A comparison study of teacher preparation and qualifications in six nations. Consortium for Policy Research in Education. Ingersoll, R.M. & Gruber, K. 1996. Out of field teaching and educational equality. statistical analysis report. American Institutes for Research in the Behavioral Sciences. National Ceneter for Education Statistics. Washington DC.
  • 12. 14 Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2) Lin, S.S.J. & Tsai, C.C. 1999. Teaching Efficacy Along the Development of Teaching Expertise Among Science and Math Teachers in Taiwan. Paper Presented at the Annual Meeting of the National Association for Research in Science Teaching. Boston, MA. March 28-31, 1999. Looney, L. 2003. Understanding Teachers’ Efficacy Beliefs: The Role of Professional Community. Doctoral Dissertation. University of Maryland. Martin, A., Linfoot, K. & Stephenson, J. 1999. How Teachers Respond to Concerns About Misbehaviour in Their Classroom. Psychology in the Schools 36: 347-358. Penrose, A., Perry, C. & Ball, I. 2007. Emotional intelligence and teacher self efficacy: The contribution of teacher status and length of experience. Issues in Educational Research 17. Rahmah Murshidi, Mohd Majid Konting, Habibah Elias & Foo Say Fooi. 2006. Sense of efficacy among beginning teachers in Sarawak. Teaching Education 17(3): 265-275. Ross, J. A. 1994a. Beliefs That Make a Difference: The Origins and Impacts of Teacher Efficacy. Paper Presented at the Annual Meeting of the Canadian Association for Curriculum Studies. Ross, J.A. (1992). Teacher efficacy and the effects of coaching on student achievement. Canadian Journal of Education 17(1): 51-65. Soodak, L. & Podell, D. 1996. Teacher Efficacy: Toward the Understanding of a Multifaceted Construct. Teaching and Teacher Education 12: 401-411. Tschannen-Moran, M. & Hoy, A.W. 2001. Teacher efficacy: Capturing an elusive construct. Teaching and Teacher Education 17: 783-805. Tschannen-Moran, M. & Hoy, A.W. 2002. The Influence of Resources and Support on Teachers’ Efficacy Beliefs. Paper Presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association, Session 13.82: What is the Value of Understanding Beliefs? An Exploration of Beliefs Related to Academic Achievement. April 2, 2002. New Orleans, La. Tschannen-Moran, M., Hoy, A.W. & Hoy, W. K. 1998. Teacher efficacy: Its meaning and measure. Review of Educational Research 68: 202-248. Welch, A 1995. The self-efficacy of primary teachers in art education. Issues in Educational Research 5: 71-84. Woolfolk, A.E. & Hoy, W.K. 1990. Prospective teachers’ sense of efficacy and beliefs about control. Journal of Educational Psychology 82: 81-91. Woolfolk, A.E., Rosoff, B. & Hoy, W.K. 1990. Teachers’ sense of efficacy and their beliefs about managing students. Teaching & Teacher Education 6: 137-148. Khalid Johari Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial BegBerkunci2073 Universiti Malaysia Sabah 88999 Kota Kinabalu Sabah