Kajian ini meneliti amalan pembelajaran individu dan berpasukan dalam kalangan guru sekolah berprestasi tinggi di Malaysia. Dapatan menunjukkan bahawa kedua-dua amalan dipraktikkan pada tahap tinggi, dengan perbezaan signifikan antara sekolah menengah kebangsaan dan sekolah berasrama penuh. Penekanan terhadap pembelajaran berterusan dan kolaborasi adalah penting untuk meningkatkan profesionalisme guru.