Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION
1. LAPORAN AKTIVITI
PENANAMAN POKOK DI
TAMAN NEGARA GUNUNG
APENG
DITAJA OLEH
KINOSHITA GROUP
JAPAN MALAYSIA
ASSOCIATION
PADA 11 OGOS 2018
LAPORAN DISEDIAKAN OLEH PPM PRASEKOLAH CIK JOYCE ROBERT
2. NAMA PROGRAM
PROGRAM PENANAMAN POKOK DI
TAMAN NEGARA GUNUNG APENG
DITAJA OLEH KINOSHITA GROUP
JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION.
3. PENGENALAN
Pencapaian murid dalam sesuatu peperiksaan akan
meningkat sekiranya mereka membuat ulangkaji yang
berterusan dan sistematik. Namun demikian, faktor-faktor
sokongan lain juga amat perlu untuk meningkatkan lagi
pencapaian murid agar lebih terdidik dan terdedah dengan
pengetahuan Sains, Teknologi dan Inovasi. Rangkuman kedua-
dua faktor ini amatlah besar dalam proses mencapai kejayaan
yang lebih cemerlang dalam ujian dan peperiksaan sebenar.
Justeru itu, murid-murid tahun 6 SK Krait yang terdiri
daripada 11 orang murid mengambil langkah proaktif untuk
mengikuti pelawaan Japan Malaysia Assiociation Kinoshita
Group untuk membantu menanam pokok di Taman Negara
Gunung Apeng Serian yang berkaitan dengan Sains, Teknologi
dan Inovasi. Ini bertujuan memberi peluang kepada murid
untuk mendekati, memerhati dan mempraktikkan kemahiran
Sains dan Inovasi yang dipelajari di bilik darjah untuk
diterjemahkan menerusi program ini. Lanjutan itu, semua murid
dapat menilai keberkesanan teknik pembelajaran Sains dan
Teknologi yang mereka perolehi, supaya akhirnya mereka boleh
melakukan penambahbaikan untuk memantapkan lagi
kemahiran tersebut seterusnya manambahkan lagi minat dan
kecenderungan murid dalam bidang Sains dan Teknologi.
4. RASIONAL PROGRAM
Menyediakan kemahiran yang menjurus
kepada Sains, Teknologi dan Inovasi
kepada murid supaya mereka boleh
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang
dalam bidang Sains dan Matematik
seterusya meningkatkan lagi prestasi
pencapaian sekolah dalam UPSR.
5. OBJEKTIF
• Mendedahkan murid-murid kepada teknik penanaman
pokok dan kerja lapangan yang berkaitan dengan
Sains, Teknologi dan Inovasi.
• Mendekatkan murid kepada hasil penemuan Sains
dan Matematik serta Teknologi dan Inovasi yang
terkini.
• Mempelajari, memahami dan mempraktikkan
pengetahuan dan kemahiran proses Sains menerusi
Program Penanaman Pokok ini.
• Melatih murid agar mempunyai daya ketahanan dan
celik minda dari segi mental dan fizikal.