SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
PRASEKOLAH SK KRAIT
KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN DAN KEPENTINGANNYA
TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Pengenalan
Bermain adalah perlu dalam kehidupan kanak-kanak (Landreth,
Baggelly & Tyndall, 1999). Bermain merupakan aksi, tindakan atau
kelakuan yang boleh dihargai dan mudah untuk dikenal pasti (Sluss,
2005).Dalam pendidikan awal kanak-kanak,bermain menjadi faktor
penting yang dapat membantu mengoptimumkan proses
pembelajaran dan perkembangan.MenurutFroebel (dalam Vickerius
& Sandberg,2006),kerja,bermain dan belajaradalah satu unitdalam
pendidikan awal kanak-kanak. Dalam pada itu, Vygotsky
menjelaskan bahawa bermain adalah kenderaan bagi kanak-kanak
untuk melakukan interaksi sosial dan sangat penting untuk proses
belajar. Bermain juga memberi ruang bagi anak-anak untuk
meningkatkan kepercayaan diri dan penguasaan.Walaupunbermain
dilakukan secara tidakformal,namun kanak-kanakdapatberbincang
dan berkongsi tujuan bermain yangsama. Pendekatan belajarsambil
bermain dikatakan satu pendekatan yang memberi pengalaman
secara langsung dengan objek dan menggalakkan kanak-kanak
membina perhubungan dengan individu dan objekdipersekitarannya
secara optimum.
Sebagai pendidik kepada kanak-kanak, guru prasekolah sangat
disarankan supaya memenuhi minatdan keperluananakdidiknya.Di
prasekolah, pendekatan belajar melalui bermain membenarkan
kanak-kanak terlibat dengan sesuatu aktiviti pengajaran dengan
perasaan yang gembira dan penuh kepuasan seiring dengan minat
dan keinginan semula jadi. Martin (2001) menyatakan kanak-kanak
akan mempamerkankeinginan semulajadi tentangapakah objekitu,
bagaimana objektersebutberfungsi dan bagaimana ia berkait antara
satu sama lain dengan memerhatikan objek yang berada di
persekitaran mereka.Oleh sebabitu,peloporpendidikanawal kanak-
kanak seperti Froebel, Pestalozzi dan Montessori dalam Eliason dan
PRASEKOLAH SK KRAIT
Jenkins (2003) menyarankan agar pendidikan di peringkat awal ini
berasaskan persekitaran semula jadi dengan menggalakkan
penglibatanaktif dan permainan.
Pada asasnya, sifat dan sikap kanak-kanak untuk belajar tentang
sesuatu yang belum diketahui sangattinggi ketika bermain.Namun,
orangdewasa seringmelihataktiviti bermain dari sudutyang sempit.
Dari penglihatan mata kasar, kanak-kanak bermain hanya untuk
menikmati keseronokan sahaja tanpa matlamat yang jelas. Mereka
bimbanganak-anaklalai danhilangfokus dalam pelajaranseterusnya
tidak dapat menguasai bidang akademik dengan cemerlang. Tetapi
Morrison (1998) menjelaskan bahawa aktiviti bermain sebenarnya
adalah satu proses permulaan bagi kanak-kanak untuk belajar. Ahli
pendidikan awal kanak-kanak menjelaskan bahawa aktiviti bermain
dapat menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak dari aspek
sosial, kognitif, afektif dan motor (Frost, Bowers & Wortham, 1990).
Selain itu, banyakhadis-hadis yangmenyebutmengenai kepentingan
bermain dalam kehidupan kanakkanak yang menunjukkan
kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan
pembelajaran kanak-kanak(Mastura,2009).
Peluang bermain yang disediakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dikatakan mampu merangsang motivasi dan minda
kanak-kanak ke tahap optimum melalui penerokaan, inkuiri,
pembinaan dan penemuan secara semula jadi. Apabila keperluan
bermain kanakkanak dipenuhi, secara tidak langsung minatnya
terhadap pembelajaran akan bertambah, dan motivasinya juga akan
meningkat. Selain itu, tekanan juga dapat dielakkan apabila
bermotivasi ketika belajarkerana tanpa disedari kanak-kanak,tugas
atau pembelajarannya diserapkan dalam aktiviti bermain.
Penglibatan kanak-kanakdalam proses pengajarandan pembelajaran
juga semakin meningkat kerana mereka berasa seronok dengan
pengajaran yang melibatkan pengalaman, penggunaan objek-objek
konkrit dan juga berpusatkan kanakkanak. Kajian lepas mendapati
apabila pendekatan pengajaran yang digunakan bersesuaian dengan
gaya pembelajaran pelajar atau kanak-kanak, pengetahuan yang
disampaikan dapat disimpan dengan lebih lama dan kanak-kanak
PRASEKOLAH SK KRAIT
mempunyaisikap yangpositifterhadap pembelajarantersebut(Sloan,
2004;Nor Azan, 2005).
Kajian terdahulu menunjukkan bahawa kejayaan mempunyai
pengaruh yang kuat dengan motivasi individu (Middleton dan
Spanias,1999)dalam Aida Surayadan Wan Zah,2009).Motivasiyang
hadir ketika pendekatan belajar melalui bermain diaplikasikan
dijadikan perangsanguntukmembangkitkankeseronokandan minat
seseorang kanak-kanak terhadap pembelajaran mereka. Atas alasan
ini, pemahaman terhadap konsep bermain kanak-kanakadalah perlu
khususnya dalam kalangan guru prasekolah supaya keperluan
semula jadi kanak-kanak dipenuhi sekaligus meningkatkan motivasi
mereka dalam menuntutilmu.
1. Objektif
1.1 menerangkan tentang keperluan aktiviti bermain terhadap
perkembangan kanak-kanak.
1.2 membincangkan tentangkepentingan bermain terhadap motivasi
kanak-kanak.
2. Konsep bermain di prasekolah
Menurut Frost, Bowers dan Wortham (1990) bermain dapat
menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak dari aspek sosial,
kognitif, afektif dan motor. Malah, banyak hadis-hadis yang
menerangkan tentangkepentingan bermain dalamkehidupankanak-
kanak dan menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama
dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Mastura,
2009). Selain itu, ramai pelopor pendidikan awal kanak-kanak
merumuskan bahawa pembelajaran yangsangatbernilai hadirketika
kanakkanak bermain. Bahkan ada yang berpendapat bahawa
bermain adalah pekerjaan bagi kanakkanak.
PRASEKOLAH SK KRAIT
Penjelasan Froebel (1889) dalam bukunya yang bertajuk ‘The
Education of Man’ terhadap kepentingan bermain kepada kehidupan
kanak-kanakadalahseperti berikut;
“bermain adalah perkembangan yang tertinggi di zaman
kanak-kanak.Melalui bermain kanak-kanakdapatbelajar
meluahkan apa yang terkandung dalam jiwa mereka
dengan rela. Peluang bermain yang diberikan sangat
pentingdan bermakna kepada kanak-kanak.”
Kepentingan penggunaan konsep bermain pada peringkat kanak-
kanak telah disokong dan diakui oleh penyelidik-penyelidik dari
pelbagai disiplin termasuklah psikologi, pendidikan, falsafah,
sosiologi dan juga kesihatan. Malah Persatuan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan pada 20 November 1959
bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk bermain yang harus
diarahkan untuk tujuan yang sama khususnya dalam bidang
pendidikan (Duncan & Lockwood, 2008). Hal ini kerana, mereka
percaya dalam kehidupan kanak-kanak, bermain merupakan faktor
penting dalam membantu proses pembelajaran dan perkembangan
(Bredekamp, 1987). Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk
membuat pilihan sendiri, mereka lebih cenderung untuk
menghasilkan sesuatu yangistimewa dan bermakna.
Seperti yang dijelaskan oleh Morrison (1995), bermain adalah
kehidupan bagi kanak-kanak dan merupakan tahap tertinggi dalam
membantu proses perkembangan mereka. Froebel menyarankan
semua kerja yangdilakukan oleh kanak-kanakperlu mempunyai ciri-
ciri bermain. Dengan bermain kanak-kanak dapat melahirkan dan
mendedahkan keunikan yang dimilikinya. Oleh yang demikian,
aktiviti bermain perlu diaplikasikan oleh guru prasekolah dengan
cara terbaik dalam memperkenalkan perkara-perkara asas mengikut
standard kandungan yang telah ditetapkan dalam setiap tunjang
prasekolah. Dalam Rohani, Nani dan Mohd. Sharani (2007),
pendekatan bermain yang berasaskan Teori Piaget menitik beratkan
beberapaperkara,iaitu;
PRASEKOLAH SK KRAIT
i. Persekitaran kanak-kanak perlu dilengkapi dengan bahan dan
aktiviti yang membenarkan mereka berinteraksi dengan
persekitaran mereka. Contohnya, aktiviti melukis, membina,
berlakon,bermain olok-olokatau bermain dengan pasirdan air.
ii. Pengalaman belajar kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti
penerokaan dan penemuan. Misalnya, selepas berpengalaman
bermain dengan air, kanak-kanakakan berkebolehan membuat
jangkaan sama ada sesuatu benda akan terapung atau
tenggelam apabila diletakkandi atas permukaan air.
iii. Guru berperanan dengan menggalakkan penerokaan
persekitaran dan membimbing dalam proses pembinaan
pengetahuan. iv. Kurikulum dan pengalaman pembelajaran
kanak-kanak disusun berasaskan minat yang boleh
mewujudkan perasaaningin tahu kanak-kanak.
Sehubungan itu,Jerome Brunermenyarankan bahawa ciri-ciri utama
bermain bukan sahaja terletak pada isi kandungan tetapi bentuk
permainan. Pendekatan bermain ini wujud dalam kontinum yang
berterusan dari pelbagai jenis permainan yang ditentukan oleh
kanak-kanakseterusnya orangdewasa atau guru prasekolah.Aktiviti
bermain bermula dari main secara bebas (free-flow play) yang mana
aktiviti bermain adalah atas pilihan sendiri dan sepenuhnya diurus
oleh diri kanak-kanak. Kemudian aktiviti bermain menuju ke arah
permainan yang lebih berstruktur dan tersusun (structured play),
seterusnya permainan berpandu (guided play) dan di akhiri dengan
pembelajaran yang menyeronokkan (playful teaching). Aktiviti
pembelajaran yang menyeronokkan ini perlu kepada inisiatif guru
yang bijak merangka agenda supaya aktiviti yang dijalankan dapat
meningkatkanmotivasi kanak-kanak,tidak bosan dan sentiasa aktif.
3. Bermain dan motivasi kanak-kanak prasekolah
Hubunganantara memenuhi keperluan dengan pembelajaran kanak-
kanakyang bermakna merupakan elemen pentingdalam pendekatan
belajar sambil bermain. Motivasi merupakan aspek penting dalam
proses pembelajaran kanak-kanak.Menurut Kanfer (1994), motivasi
merupakan mekanisme psikologi yang mampu mengawal arahan,
PRASEKOLAH SK KRAIT
intensiti dan tingkah laku yang berterusan. Manakala Bomia et al.
(1997) menjelaskan motivasi adalah kesediaan pelajar, keperluan,
keinginan, dan paksaan untuk mengambil bahagian dalam sesuatu
perkara serta berjaya dalam proses pembelajaran. Skinner dan
Belmont(1991)menjelaskan bahawa pelajar-pelajaryangbermotivasi
akan melibatkan diri dalam aktiviti sekolah seperti memilih tugas-
tugas mengikut kemampuan kecekapan, bertindak apabila diberi
peluang, mengerahkan usaha yang gigih serta memberi tumpuan
dalam pelaksanaan tugas pembelajaran, menunjukkan emosi yang
positif seperti bersemangat,optimis,rasa ingin tahu, dan minat.
Motivasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu motivati ekstrinsik dan
instrinsik (Lepper, 1985; Lepper & Chabay, 1985; Lepper & Malone,
1987). Motivasi ekstrinsik merupakan elemen yang terkandung di
bawah persekitaran luaran. Motivasi ekstrinsik merangkumi faktor-
faktor seperti popular, mobiliti sosial, kepujian, dorongan dan
ganjaran. Manakala motivasi instrinsik ialah kecenderungan
dalaman untuk menumpukan perhatian kepada minat, membuat
latihan kepada keupayaan, mencari dan menjadi pakar di dalam
cabaran yang optima (Reeve, 2001). Motivasi ini akan wujud dalam
diri individu apabila melakukan sesuatu perkara atau aktiviti yang
bertujuan untuk menikmati keseronokan tanpa mengharapkan
sebarang ganjaran. Lepper dan Chabay (1985) berpendapat bahawa
motivasi intrinsik lebih memberi manfaat kepada pembelajaran
berbanding motivasi ektrinsik khususnya dalam pembelajaran
matematik.Oleh sebabitu,kajian lepas menunjukkanbahawa elemen
motivasi merupakan satu pengaruh yang kuat dalam pembelajaran
matematik(Middleton & Spanias,1999).
Motivasi intrinsik sangatberkait dengan pencapaianyang cemerlang
dalam pembelajaran di kalangan kanak-kanak (Pintrich & Schunk,
1996). Motivasi instrinsik adalah penyumbang kepada keupayaan
kanak-kanak untuk memperoleh pembelajaran bermakna,
menyelesaikan masalah dan pengalaman yang menggembirakan
(Deci, 1975). Peningkatan pembelajaran ini berlaku disebabkan
pelajar yang mempunyai motivasi instrinsik yang tinggi akan
melibatkan diri secara optimum dalam proses pembelajaran. Kanak-
PRASEKOLAH SK KRAIT
kanak akan menggunakan pelbagai strategi untuk menggalakkan
pemahaman yang mendalam dan mengaplikasikannya pada masa
depan hasil dari pembelajaran yang dilalui. Apabila kanak-kanak
bermotivasi tinggi, secara tidak langsung mereka akan memperoleh
keseronokan dalam pembelajaran, meningkatkan ilmu pengetahuan,
yakin dengan diri sendiri dan lebih cenderung melakukan aktiviti-
aktiviti bermatlamat( Harter, 1982;Pintrich & Schunk, 1996).
4. Isu yang berbangkit
Walaupun telah banyak bukti kajian terdahulu yang menunjukkan
bahawa aktiviti bermain memberikan impak postif terhadap
perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak namun situasi yang
berlaku kini adalah pendekatan belajar melalui bermain yang
disarankan oleh standard kurikulum prasekolah masih tidak
diberikan keutamaan di prasekolah. Laporan oleh Miller dan Almon
(2009) menunjukkan aktiviti bermain telah diketepikan dalam
pendidikan prasekolah di Amerika sejak dua dekad yang lalu kerana
dianggap tidak relevan dengan kurikulum prasekolah yang bersifat
akademik dan berorientasikan peperiksaan. Kurikulum ini telah
menafikan naluri semula jadi kanak-kanak kerana terlalu
mementingkan gred dan prestasi individu.
Menurut Miller dan Almon (2009) lagi, banyak masa kanak-kanak
diperuntukkan untuk belajar dan mereka sering diuji dalam
kemahiran literasi dan matematik berbanding menggunakan
pendekatan belajar melalui bermain. Pendekatan belajar melalui
bermain dikatakan tidak mendatangkan faedah dan tidak bernilai
(Cleave & Brown, 1989), boleh merendahkan tahap intelek kanak-
kanak (Hall & Abbott, 1991) dan dilihat sebagai musuh pada
peringkatpendidikan asas oleh sesetengahpihak.Akibatnya bilangan
guru yang mengikut perubahan kurikulum baru juga semakin
bertambah (Nicolopoulou, 2010). Guru terpaksa menurut perubahan
kurikulum (Nicolopoulou, 2010) dengan memilih dan menggunakan
pendekatan langsung supaya kanak-kanak menguasai kemahiran
PRASEKOLAH SK KRAIT
literasi dan matematik dengan cepat mengikut masa dan standard
akademik yang telah ditentukan dalam kurikulum (Miller & Almon,
2009).
Kajian awal yang dilakukan oleh Jemaah Nazir Sekolah pada tahun
2005 setelah diperkenalkan pendekatanbelajarmelalui bermainpada
tahun 2003 di Malaysia menunjukkan bahawa kesemua prasekolah
yang dilawati telah menggunakan Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan (2003) sebagai panduan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Malangnya kurikulum yang menjadi garis panduan
untuk proses pengajaran dan pembelajaran tidak ketara
penggunaannya di prasekolah yang wujud di Malaysia kecuali
prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (Mariani,
2009). Kajian mendapati sebanyak 79.5 peratus guru telah
melaporkan penggunaan pendekatan belajar melalui bermain dalam
pengajaran mereka, 83.6 peratus menggunakan pendekatan bertema
dan 78 peratus menggunakanpendekatanbersepadu.Dapatankajian
ini jelas menunjukkan bahawa pendekatan belajar melalui bermain
adalah pendekatan yang kerap digunakan dalam proses pengajaran
meskipun dianggap sebagai aktiviti yang banyak membuang masa
kanak-kanakoleh sesetengahpihak.
Walau bagaimanapun, apabila pemerhatian dilakukan sekali lagi
dalam kajian yang lain terhadap 20 buah sekolah oleh pegawai
prasekolah dari Bahagian Pendidikan Negeri Selangor, dapatan
menunjukkan hampir semua kelas tidak melaksanakan pendekatan
belajar melalui bermain (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2007).
Rumusan awal yangdibuatialah guru mempunyai pandangan positif
terhadap pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh
kurikulum prasekolahtetapi sukaruntukmelaksanakannya di dalam
kelas kerana kurang pengetahuan dan kemahiran serta tiada
panduan yang khusus untuk melaksanakan pendekatan tersebut.
Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), antara sebab guru masih
tidak mengamalkan pembelajaran berfikrah walaupunmereka sedar
kepentingan ini adalah kerana guru kurang pengetahuan tentang
teori pembelajaran yang dicadangkan oleh kementerian. Akibatnya
banyakprasekolahtelah mengurangkan pendekatan bermaindan ada
PRASEKOLAH SK KRAIT
sesetengahnya yang menolak terus pendekatan tersebut dari proses
pengajaran dan pembelajaran (Bodrova &Leong,2003;Brandon,2002
dalam Zigler & Bishop-Josef,2006).
5. Kesimpulan
Aktiviti bermain merupakan teknik yang mudah untuk guru
prasekolah aplikasikan kepadakanak-kanaktanpa perlu dipaksa dan
diajar secara rumit. Hal ini kerana apabila kanak-kanak bermain,
mereka sebenarnya diberi peluang menggunakan dan mengasah
kreativiti sedia ada yangdimiliki untukmenyelesaikan masalahsama
ada secara individu mahu pun berkumpulan.Dalam hal ini, pendidik
perlu memainkan peranan penting dalam membina dan
menggalakkan motivasi intrinsik kanak-kanak terutamanya di
prasekolah. Sebagai guru prasekolah, mereka perlu bertindak balas
terhadap keperluan setiap kanak-kanak yang berada di dalam
kelasnya. Penggunaan pendekatan belajar melalui bermain boleh
membantu meningkatkan motivasi instrinsik kanak-kanak ke
peringkat yang lebih tinggi dalam setiap perkembangannya (Rubin,
Fein & Vandenburg, 1983). Menurut Isenberg dan Quisenberry
(2002), aktiviti bermain yang disediakan untuk kanak-kanak dapat
menyokong peningkatan motivasi instrinsik hasil daripada emosi
positif yang hadir ketika bermain. Emosi yang positif, seperti rasa
ingin tahu dan rasa seronok secara umumnya dapat meningkatkan
prestasi pembelajaran kanak-kanak melalui aktiviti bermain yang
disediakan oleh guru.Oleh itu,guru perlu komited untukmemastikan
pendekatan belajar sambil bermain dapat dilaksanakan dengan
cekap,berkesan untukmelahirkan modal insanyangmenguasai ilmu,
berkemahiran tinggi dan mempunyai daya saingyangtinggi.Peranan
guru prasekolah perlu diperhebat dengan memberi ruang atau
stimulus kepada kanak-kanak supaya dapat bermain, menyediakan
bahan dan material kepada kanak-kanak untuk membentuk
pengetahuanmelaluibermain danjugamenjadi pemerhati yangcekap
kepada kanak-kanak ketika bermain. Hal ini kerana bermain bukan
sahaja dapat mengasah kemahiran dan pengetahuan kanakkanak
malah ia merupakan satu medium yang mampu meningkatkan
motivasi kanak-kanaksecara semula jadi.
PRASEKOLAH SK KRAIT
Rujukan
Aida Suraya Md. Yunus & Wan Zah Wan Ali (2009).Motivation in the
learning of mathematics. European Journal of Social Sciences.
Vol. 7, No. 4 (93-101).
Bomia, L., Beluzo, L., Demeester, D., Elander, K., Johnson, M., &
Sheldon,B. 1997.The impact of teachingstrategies on intrinsic
motivation. Champaign, IL: ERIC Clearinghouse on
Elementaryand Early Childhood Education.
Bredekamp,S. (1987). Developmentallyappropriate practice in early
childhood programs servingchildren from birth through age
eight. Washington,DC: NAEYC.
Cleave,S. & Brown, S. (1989).Four year olds in school: Meetingtheir
needs.Windsor:NFER-Nelson.
Deci, E. L. (1975). Intrinsicmotivation.New York:Plenum Publishing.
Duncan, J. & Lockwood, M. (2008). Learning through play: A work
based approach for the early years professional. London:
ContinuumInternational PublishingGroup.
Eliason, C. & Jenkins, L. (2003). A practical guide to early childhood
curriculum (5 th ed.). New York: Mac Millan College Publishing
Company.
Froebel,F. (1889). The education of man. New York: E. Appleton.
Frost, J. L., Bowers, L., & Wortham,S., (1990).The state of American
playgrounds. Journal of Physical Education, Recreation, and
Dance.Vol 61 (8), hlm. 18-23.
Hall, N. & Abbott, L. (1991). Play in the primary curriculum. London:
Hodder& Stoughton.
Harter, S. (1982). The perceived competence scale for children. Child
Development.Vol.53, 87-97.
PRASEKOLAH SK KRAIT
Isenberg,J. P. & Quisenberry,N. (2002). Play: Essential for all
children. A position paper of the Association for
Childhood Education International.
www.acei.org/playpaper.htm. Dilayari pada 6 Mac 2011.
Landreth G. L., Baggelly,J., & Tyndall,A. L. (1999).Beyond adapting
adultcounselingskills foruse with children:The paradigm shift
to child-centered play therapy. Journal of Individual
Psychology,55(3), 272-288.
Lepper, M. R. (1985). The play's the thing. (Review of Mind at Play).
ContemporaryPsychology,30, 312-313.
Lepper, M. R. & Chabay, R.W. (1985). Intrinsic motivation and
instruction: Conflicting views on the role of motivational
processes in computer-based education. Educational
Psychologist,20, pp. 217-230.
Malone, T. W & Lepper, M. R. (1987). Making learning fun: A
taxonomymodel of intrinsic motivations for learning.Dalam R.
E. Snow & M. J. Farr (eds). Aptitude, learningand instruction.
Vol. 3, 255-286.
Mariani Md Nor (2009). Kepentingan bermain dalam
pendidikan prasekolah.
http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-
Dalam-PendidikanPrasekolah.Dilayari pada 11 Januari 2010.
Martin, D. J. (2001). Construction early childhood science. Delmar:
Albany.
Mastura Badzis (2009). Pendidikan anak-anak di peringkat awal
umur berasaskan binaan kurikulum yang integratif. Minda
Madani Online.Dilayari pada 20 April 2011.
Morrison, G. S. (1995). Early childhood education today. New Jersey:
Merrill Prentice Hall.
Morrison,G. S. (1998).Earlychildhood educationtoday.UpperSaddle
River, NJ:Prentice Hall.
PRASEKOLAH SK KRAIT
Middleton,J.A. & Spanias,P. A. 1999.“Motivation forachievementin
mathematics:
Findings,generalization and criticism of the research”, Journal
for Research in Mathematics Education,30(1),65–88.
Miller, E. & Almon,J. (2009). Crisis in the kindergarten:Whychildren
need to play in school. www.eddigest.com. Dilayari pada 19
Februari 2011.
Nicolopoulou, A. (2010). The alarming disappearance of play from
early childhood education. Human Development 2010. Vol. 53,
1-4.
Nor Azan Mat Zin. 2005. Pembangunan dan Kepenggunaan Perisian
Kursus Adaptif Multimedia (A-MathS): Reka Bentuk
Berasaskan Stail Pembelajaran. Tesis Ph.D. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Pintrich, P. R., & Schunk, D. (1996). Motivation in education:Theory,
research and applications. Upper Saddle River, New Jersey:
Prentice Hall.
Kementerian Pendidikan Malaysia. Laporan kajian kes pendidikan
prasekolah 2008. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Pendidikandengan kerjasama UNICEF.
Reeve, J. (2001). Understanding motivation and emotion. (3th ed).
United States of America : Harcourt Brace College.
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2007).
Panduan Kurikulum Prasekolah. PTS Professional Publishing
Sdn. Bhd:Selangor.
Rubin, K. H., Fein, G., & Vandenberg, B. (1983). Play. Dalam E.M
Hetherington (ed.). & P. H. Mussen. Handbook of child
psychology: Vol. 4. Socialization, personality and social
development(pp.698-774).New York: Wiley.
Sloan, T., Daane, C.J. & Giesen, J. (2004). Learning Styles of
Elementary Preservice Teachers. College Students Journal.
38(3): 494-501.
PRASEKOLAH SK KRAIT
Sluss,D., J. (2005). Supportingplay:Birth through age eight. Canada:
Thomsom DelmarLearning.
Vickerius,M., & Sandberg,A. ( 2006).The significance of play and the
environmentaround play. Early Child Developmentand Care ,
176, 207–217.
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The developmentof the
higher psychological processes. Cambridge,MA: Harvard
University Press.
Zigler, E., & Bishop-Josef,S. (2006).The cognitive child vs. The whole
child: Lessons from
40 years of head start.In D.Singer, R. M. Golinkoff,&K. Hirsh-
Pasek (Eds.), PlayLearning: How play motivates and enhances
children’s cognitive and socialemotional growth.New York, NY:
Oxford University Press.

More Related Content

What's hot

Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutazimahbtomar
 
Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriLee Bun
 
Assment saadah aku
Assment saadah akuAssment saadah aku
Assment saadah akuKapur Putih
 
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemModel model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemRosnani Abu Bakar
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Adilah Said
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakWan Amir Wan
 
16662433 Teknik Main Sambil Belajar
16662433 Teknik Main Sambil Belajar16662433 Teknik Main Sambil Belajar
16662433 Teknik Main Sambil BelajarAini MazaIni MOkhtar
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanAinalita Zazni Adnan
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakHarshiny Renu
 
Pak3013 (b1) (1)
Pak3013 (b1) (1)Pak3013 (b1) (1)
Pak3013 (b1) (1)Hemah Naidu
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kankRozaidi Yusof
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)Adilah Said
 
Bagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarBagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarmahnikpt6043
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1Young Lia
 

What's hot (20)

Tokoh pra3108
Tokoh pra3108Tokoh pra3108
Tokoh pra3108
 
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikutBeberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut
 
Sumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessoriSumbangan maria montessori
Sumbangan maria montessori
 
Assment saadah aku
Assment saadah akuAssment saadah aku
Assment saadah aku
 
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistemModel model program luar negara dan kaitan dengan sistem
Model model program luar negara dan kaitan dengan sistem
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
 
Permata
PermataPermata
Permata
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
 
16662433 Teknik Main Sambil Belajar
16662433 Teknik Main Sambil Belajar16662433 Teknik Main Sambil Belajar
16662433 Teknik Main Sambil Belajar
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 
Pak3013 (b1) (1)
Pak3013 (b1) (1)Pak3013 (b1) (1)
Pak3013 (b1) (1)
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
 
Bagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajarBagaimana kanak kanak belajar
Bagaimana kanak kanak belajar
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
 

Similar to KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

Similar to KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRASEKOLAH (20)

Article Text-610.pdf
Article Text-610.pdfArticle Text-610.pdf
Article Text-610.pdf
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
Asuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanakAsuhan kanak kanak
Asuhan kanak kanak
 
6 curr frame work ok
6 curr frame work ok6 curr frame work ok
6 curr frame work ok
 
Rekreasi matematik
Rekreasi matematikRekreasi matematik
Rekreasi matematik
 
Bagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematikBagaimana kanak2 belajar matematik
Bagaimana kanak2 belajar matematik
 
Proposal kajian kes sem 7 baru
Proposal kajian kes sem 7  baruProposal kajian kes sem 7  baru
Proposal kajian kes sem 7 baru
 
Ekspresi kreativiti kanak individu
Ekspresi kreativiti kanak  individuEkspresi kreativiti kanak  individu
Ekspresi kreativiti kanak individu
 
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapaAsgmnt pra 3112 ibu bapa
Asgmnt pra 3112 ibu bapa
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Permainan Mesra Budaya
Permainan Mesra BudayaPermainan Mesra Budaya
Permainan Mesra Budaya
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
M2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan KognitifM2 Teori Perkembangan Kognitif
M2 Teori Perkembangan Kognitif
 
Photo talk
Photo talkPhoto talk
Photo talk
 
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
Photo talk ....Sesungguhnya Aku Berbangga...
 
Modul pra 3107
Modul pra 3107Modul pra 3107
Modul pra 3107
 
Konsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanakKonsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanak
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
TOPIK 5.ppt
TOPIK 5.pptTOPIK 5.ppt
TOPIK 5.ppt
 

More from Joyce Robert

Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Joyce Robert
 
aduan kerosakan peralatan di Prasekolah
aduan kerosakan peralatan di Prasekolahaduan kerosakan peralatan di Prasekolah
aduan kerosakan peralatan di PrasekolahJoyce Robert
 
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018Joyce Robert
 
Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018
Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018 Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018
Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018 Joyce Robert
 
Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018
Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018
Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018Joyce Robert
 
Senarai tugasan harian PPM gred N19
Senarai tugasan harian PPM gred N19Senarai tugasan harian PPM gred N19
Senarai tugasan harian PPM gred N19Joyce Robert
 
Senarai tugasan PPM masa cuti sekolah
Senarai tugasan PPM masa cuti sekolahSenarai tugasan PPM masa cuti sekolah
Senarai tugasan PPM masa cuti sekolahJoyce Robert
 
LAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIAN
LAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIANLAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIAN
LAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIANJoyce Robert
 
LAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAH
LAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAHLAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAH
LAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAHJoyce Robert
 
ANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAH
ANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAHANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAH
ANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAHJoyce Robert
 
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAJoyce Robert
 
BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)
BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)
BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)Joyce Robert
 
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)Joyce Robert
 
BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)
BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)
BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)Joyce Robert
 
LAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAHLAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAHJoyce Robert
 
LAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAHLAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAHJoyce Robert
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTJoyce Robert
 
LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION
LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATIONLAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION
LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATIONJoyce Robert
 
LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018
LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018
LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018Joyce Robert
 
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018Joyce Robert
 

More from Joyce Robert (20)

Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
Laporan pelaksanaan program aktiviti pemakanan pra (JUN 2019)
 
aduan kerosakan peralatan di Prasekolah
aduan kerosakan peralatan di Prasekolahaduan kerosakan peralatan di Prasekolah
aduan kerosakan peralatan di Prasekolah
 
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
Belanjawan bantuan kk prasekolah 2018
 
Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018
Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018 Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018
Belanjawan bantuan pcg prasekolah 2018
 
Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018
Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018
Belanjawan bantuan makanan bmp prasekolah 2018
 
Senarai tugasan harian PPM gred N19
Senarai tugasan harian PPM gred N19Senarai tugasan harian PPM gred N19
Senarai tugasan harian PPM gred N19
 
Senarai tugasan PPM masa cuti sekolah
Senarai tugasan PPM masa cuti sekolahSenarai tugasan PPM masa cuti sekolah
Senarai tugasan PPM masa cuti sekolah
 
LAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIAN
LAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIANLAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIAN
LAPORAN LAWATAN MUHIBAH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION (JMA) KE SK KRAIT SERIAN
 
LAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAH
LAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAHLAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAH
LAPORAN TUGASAN PPM SEMASA CUTI SEKOLAH
 
ANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAH
ANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAHANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAH
ANJAKAN DAN KEBERHASILAN PELANTAR VLE (VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT) SEKOLAH
 
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
 
BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)
BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)
BANTUAN KOKURIKULUM PRASEKOLAH (BKKP)
 
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)
BANTUAN MAKANAN PRASEKOLAH (BMP)
 
BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)
BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)
BANTUAN GERAN PER KAPITA PRASEKOLAH (PCG)
 
LAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAHLAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI JOM MEMBACA DI KELAS PRASEKOLAH
 
LAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAHLAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAH
LAPORAN AKTIVITI MELIPAT ORIGAMI DI KELAS PRASEKOLAH
 
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERTLaporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
Laporan Penghayatan Pembangunan Pendidikan Malaysia OLEH PPM JOYCE ROBERT
 
LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION
LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATIONLAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION
LAPORAN AKTIVITI PENANAMAN POKOK DITAJA OLEH JAPAN MALAYSIA ASSOCIATION
 
LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018
LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018
LAPORAN KARNIVAL KID'S ATHLETICS SK KRAIT 2018
 
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
Minit mesyuarat jawatankuasa pemilihan murid prasekolah tahun 2018
 

Recently uploaded

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (8)

MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN & KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRASEKOLAH

  • 1. PRASEKOLAH SK KRAIT KEPERLUAN AKTIVITI BERMAIN DAN KEPENTINGANNYA TERHADAP MOTIVASI KANAK-KANAK PRASEKOLAH Pengenalan Bermain adalah perlu dalam kehidupan kanak-kanak (Landreth, Baggelly & Tyndall, 1999). Bermain merupakan aksi, tindakan atau kelakuan yang boleh dihargai dan mudah untuk dikenal pasti (Sluss, 2005).Dalam pendidikan awal kanak-kanak,bermain menjadi faktor penting yang dapat membantu mengoptimumkan proses pembelajaran dan perkembangan.MenurutFroebel (dalam Vickerius & Sandberg,2006),kerja,bermain dan belajaradalah satu unitdalam pendidikan awal kanak-kanak. Dalam pada itu, Vygotsky menjelaskan bahawa bermain adalah kenderaan bagi kanak-kanak untuk melakukan interaksi sosial dan sangat penting untuk proses belajar. Bermain juga memberi ruang bagi anak-anak untuk meningkatkan kepercayaan diri dan penguasaan.Walaupunbermain dilakukan secara tidakformal,namun kanak-kanakdapatberbincang dan berkongsi tujuan bermain yangsama. Pendekatan belajarsambil bermain dikatakan satu pendekatan yang memberi pengalaman secara langsung dengan objek dan menggalakkan kanak-kanak membina perhubungan dengan individu dan objekdipersekitarannya secara optimum. Sebagai pendidik kepada kanak-kanak, guru prasekolah sangat disarankan supaya memenuhi minatdan keperluananakdidiknya.Di prasekolah, pendekatan belajar melalui bermain membenarkan kanak-kanak terlibat dengan sesuatu aktiviti pengajaran dengan perasaan yang gembira dan penuh kepuasan seiring dengan minat dan keinginan semula jadi. Martin (2001) menyatakan kanak-kanak akan mempamerkankeinginan semulajadi tentangapakah objekitu, bagaimana objektersebutberfungsi dan bagaimana ia berkait antara satu sama lain dengan memerhatikan objek yang berada di persekitaran mereka.Oleh sebabitu,peloporpendidikanawal kanak- kanak seperti Froebel, Pestalozzi dan Montessori dalam Eliason dan
  • 2. PRASEKOLAH SK KRAIT Jenkins (2003) menyarankan agar pendidikan di peringkat awal ini berasaskan persekitaran semula jadi dengan menggalakkan penglibatanaktif dan permainan. Pada asasnya, sifat dan sikap kanak-kanak untuk belajar tentang sesuatu yang belum diketahui sangattinggi ketika bermain.Namun, orangdewasa seringmelihataktiviti bermain dari sudutyang sempit. Dari penglihatan mata kasar, kanak-kanak bermain hanya untuk menikmati keseronokan sahaja tanpa matlamat yang jelas. Mereka bimbanganak-anaklalai danhilangfokus dalam pelajaranseterusnya tidak dapat menguasai bidang akademik dengan cemerlang. Tetapi Morrison (1998) menjelaskan bahawa aktiviti bermain sebenarnya adalah satu proses permulaan bagi kanak-kanak untuk belajar. Ahli pendidikan awal kanak-kanak menjelaskan bahawa aktiviti bermain dapat menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak dari aspek sosial, kognitif, afektif dan motor (Frost, Bowers & Wortham, 1990). Selain itu, banyakhadis-hadis yangmenyebutmengenai kepentingan bermain dalam kehidupan kanakkanak yang menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama perkembangan pembelajaran kanak-kanak(Mastura,2009). Peluang bermain yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dikatakan mampu merangsang motivasi dan minda kanak-kanak ke tahap optimum melalui penerokaan, inkuiri, pembinaan dan penemuan secara semula jadi. Apabila keperluan bermain kanakkanak dipenuhi, secara tidak langsung minatnya terhadap pembelajaran akan bertambah, dan motivasinya juga akan meningkat. Selain itu, tekanan juga dapat dielakkan apabila bermotivasi ketika belajarkerana tanpa disedari kanak-kanak,tugas atau pembelajarannya diserapkan dalam aktiviti bermain. Penglibatan kanak-kanakdalam proses pengajarandan pembelajaran juga semakin meningkat kerana mereka berasa seronok dengan pengajaran yang melibatkan pengalaman, penggunaan objek-objek konkrit dan juga berpusatkan kanakkanak. Kajian lepas mendapati apabila pendekatan pengajaran yang digunakan bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar atau kanak-kanak, pengetahuan yang disampaikan dapat disimpan dengan lebih lama dan kanak-kanak
  • 3. PRASEKOLAH SK KRAIT mempunyaisikap yangpositifterhadap pembelajarantersebut(Sloan, 2004;Nor Azan, 2005). Kajian terdahulu menunjukkan bahawa kejayaan mempunyai pengaruh yang kuat dengan motivasi individu (Middleton dan Spanias,1999)dalam Aida Surayadan Wan Zah,2009).Motivasiyang hadir ketika pendekatan belajar melalui bermain diaplikasikan dijadikan perangsanguntukmembangkitkankeseronokandan minat seseorang kanak-kanak terhadap pembelajaran mereka. Atas alasan ini, pemahaman terhadap konsep bermain kanak-kanakadalah perlu khususnya dalam kalangan guru prasekolah supaya keperluan semula jadi kanak-kanak dipenuhi sekaligus meningkatkan motivasi mereka dalam menuntutilmu. 1. Objektif 1.1 menerangkan tentang keperluan aktiviti bermain terhadap perkembangan kanak-kanak. 1.2 membincangkan tentangkepentingan bermain terhadap motivasi kanak-kanak. 2. Konsep bermain di prasekolah Menurut Frost, Bowers dan Wortham (1990) bermain dapat menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak dari aspek sosial, kognitif, afektif dan motor. Malah, banyak hadis-hadis yang menerangkan tentangkepentingan bermain dalamkehidupankanak- kanak dan menunjukkan kesesuaiannya sebagai pendekatan utama dalam perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak (Mastura, 2009). Selain itu, ramai pelopor pendidikan awal kanak-kanak merumuskan bahawa pembelajaran yangsangatbernilai hadirketika kanakkanak bermain. Bahkan ada yang berpendapat bahawa bermain adalah pekerjaan bagi kanakkanak.
  • 4. PRASEKOLAH SK KRAIT Penjelasan Froebel (1889) dalam bukunya yang bertajuk ‘The Education of Man’ terhadap kepentingan bermain kepada kehidupan kanak-kanakadalahseperti berikut; “bermain adalah perkembangan yang tertinggi di zaman kanak-kanak.Melalui bermain kanak-kanakdapatbelajar meluahkan apa yang terkandung dalam jiwa mereka dengan rela. Peluang bermain yang diberikan sangat pentingdan bermakna kepada kanak-kanak.” Kepentingan penggunaan konsep bermain pada peringkat kanak- kanak telah disokong dan diakui oleh penyelidik-penyelidik dari pelbagai disiplin termasuklah psikologi, pendidikan, falsafah, sosiologi dan juga kesihatan. Malah Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan pada 20 November 1959 bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk bermain yang harus diarahkan untuk tujuan yang sama khususnya dalam bidang pendidikan (Duncan & Lockwood, 2008). Hal ini kerana, mereka percaya dalam kehidupan kanak-kanak, bermain merupakan faktor penting dalam membantu proses pembelajaran dan perkembangan (Bredekamp, 1987). Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk membuat pilihan sendiri, mereka lebih cenderung untuk menghasilkan sesuatu yangistimewa dan bermakna. Seperti yang dijelaskan oleh Morrison (1995), bermain adalah kehidupan bagi kanak-kanak dan merupakan tahap tertinggi dalam membantu proses perkembangan mereka. Froebel menyarankan semua kerja yangdilakukan oleh kanak-kanakperlu mempunyai ciri- ciri bermain. Dengan bermain kanak-kanak dapat melahirkan dan mendedahkan keunikan yang dimilikinya. Oleh yang demikian, aktiviti bermain perlu diaplikasikan oleh guru prasekolah dengan cara terbaik dalam memperkenalkan perkara-perkara asas mengikut standard kandungan yang telah ditetapkan dalam setiap tunjang prasekolah. Dalam Rohani, Nani dan Mohd. Sharani (2007), pendekatan bermain yang berasaskan Teori Piaget menitik beratkan beberapaperkara,iaitu;
  • 5. PRASEKOLAH SK KRAIT i. Persekitaran kanak-kanak perlu dilengkapi dengan bahan dan aktiviti yang membenarkan mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka. Contohnya, aktiviti melukis, membina, berlakon,bermain olok-olokatau bermain dengan pasirdan air. ii. Pengalaman belajar kanak-kanak adalah berasaskan aktiviti penerokaan dan penemuan. Misalnya, selepas berpengalaman bermain dengan air, kanak-kanakakan berkebolehan membuat jangkaan sama ada sesuatu benda akan terapung atau tenggelam apabila diletakkandi atas permukaan air. iii. Guru berperanan dengan menggalakkan penerokaan persekitaran dan membimbing dalam proses pembinaan pengetahuan. iv. Kurikulum dan pengalaman pembelajaran kanak-kanak disusun berasaskan minat yang boleh mewujudkan perasaaningin tahu kanak-kanak. Sehubungan itu,Jerome Brunermenyarankan bahawa ciri-ciri utama bermain bukan sahaja terletak pada isi kandungan tetapi bentuk permainan. Pendekatan bermain ini wujud dalam kontinum yang berterusan dari pelbagai jenis permainan yang ditentukan oleh kanak-kanakseterusnya orangdewasa atau guru prasekolah.Aktiviti bermain bermula dari main secara bebas (free-flow play) yang mana aktiviti bermain adalah atas pilihan sendiri dan sepenuhnya diurus oleh diri kanak-kanak. Kemudian aktiviti bermain menuju ke arah permainan yang lebih berstruktur dan tersusun (structured play), seterusnya permainan berpandu (guided play) dan di akhiri dengan pembelajaran yang menyeronokkan (playful teaching). Aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan ini perlu kepada inisiatif guru yang bijak merangka agenda supaya aktiviti yang dijalankan dapat meningkatkanmotivasi kanak-kanak,tidak bosan dan sentiasa aktif. 3. Bermain dan motivasi kanak-kanak prasekolah Hubunganantara memenuhi keperluan dengan pembelajaran kanak- kanakyang bermakna merupakan elemen pentingdalam pendekatan belajar sambil bermain. Motivasi merupakan aspek penting dalam proses pembelajaran kanak-kanak.Menurut Kanfer (1994), motivasi merupakan mekanisme psikologi yang mampu mengawal arahan,
  • 6. PRASEKOLAH SK KRAIT intensiti dan tingkah laku yang berterusan. Manakala Bomia et al. (1997) menjelaskan motivasi adalah kesediaan pelajar, keperluan, keinginan, dan paksaan untuk mengambil bahagian dalam sesuatu perkara serta berjaya dalam proses pembelajaran. Skinner dan Belmont(1991)menjelaskan bahawa pelajar-pelajaryangbermotivasi akan melibatkan diri dalam aktiviti sekolah seperti memilih tugas- tugas mengikut kemampuan kecekapan, bertindak apabila diberi peluang, mengerahkan usaha yang gigih serta memberi tumpuan dalam pelaksanaan tugas pembelajaran, menunjukkan emosi yang positif seperti bersemangat,optimis,rasa ingin tahu, dan minat. Motivasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu motivati ekstrinsik dan instrinsik (Lepper, 1985; Lepper & Chabay, 1985; Lepper & Malone, 1987). Motivasi ekstrinsik merupakan elemen yang terkandung di bawah persekitaran luaran. Motivasi ekstrinsik merangkumi faktor- faktor seperti popular, mobiliti sosial, kepujian, dorongan dan ganjaran. Manakala motivasi instrinsik ialah kecenderungan dalaman untuk menumpukan perhatian kepada minat, membuat latihan kepada keupayaan, mencari dan menjadi pakar di dalam cabaran yang optima (Reeve, 2001). Motivasi ini akan wujud dalam diri individu apabila melakukan sesuatu perkara atau aktiviti yang bertujuan untuk menikmati keseronokan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Lepper dan Chabay (1985) berpendapat bahawa motivasi intrinsik lebih memberi manfaat kepada pembelajaran berbanding motivasi ektrinsik khususnya dalam pembelajaran matematik.Oleh sebabitu,kajian lepas menunjukkanbahawa elemen motivasi merupakan satu pengaruh yang kuat dalam pembelajaran matematik(Middleton & Spanias,1999). Motivasi intrinsik sangatberkait dengan pencapaianyang cemerlang dalam pembelajaran di kalangan kanak-kanak (Pintrich & Schunk, 1996). Motivasi instrinsik adalah penyumbang kepada keupayaan kanak-kanak untuk memperoleh pembelajaran bermakna, menyelesaikan masalah dan pengalaman yang menggembirakan (Deci, 1975). Peningkatan pembelajaran ini berlaku disebabkan pelajar yang mempunyai motivasi instrinsik yang tinggi akan melibatkan diri secara optimum dalam proses pembelajaran. Kanak-
  • 7. PRASEKOLAH SK KRAIT kanak akan menggunakan pelbagai strategi untuk menggalakkan pemahaman yang mendalam dan mengaplikasikannya pada masa depan hasil dari pembelajaran yang dilalui. Apabila kanak-kanak bermotivasi tinggi, secara tidak langsung mereka akan memperoleh keseronokan dalam pembelajaran, meningkatkan ilmu pengetahuan, yakin dengan diri sendiri dan lebih cenderung melakukan aktiviti- aktiviti bermatlamat( Harter, 1982;Pintrich & Schunk, 1996). 4. Isu yang berbangkit Walaupun telah banyak bukti kajian terdahulu yang menunjukkan bahawa aktiviti bermain memberikan impak postif terhadap perkembangan dan pembelajaran kanak-kanak namun situasi yang berlaku kini adalah pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh standard kurikulum prasekolah masih tidak diberikan keutamaan di prasekolah. Laporan oleh Miller dan Almon (2009) menunjukkan aktiviti bermain telah diketepikan dalam pendidikan prasekolah di Amerika sejak dua dekad yang lalu kerana dianggap tidak relevan dengan kurikulum prasekolah yang bersifat akademik dan berorientasikan peperiksaan. Kurikulum ini telah menafikan naluri semula jadi kanak-kanak kerana terlalu mementingkan gred dan prestasi individu. Menurut Miller dan Almon (2009) lagi, banyak masa kanak-kanak diperuntukkan untuk belajar dan mereka sering diuji dalam kemahiran literasi dan matematik berbanding menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Pendekatan belajar melalui bermain dikatakan tidak mendatangkan faedah dan tidak bernilai (Cleave & Brown, 1989), boleh merendahkan tahap intelek kanak- kanak (Hall & Abbott, 1991) dan dilihat sebagai musuh pada peringkatpendidikan asas oleh sesetengahpihak.Akibatnya bilangan guru yang mengikut perubahan kurikulum baru juga semakin bertambah (Nicolopoulou, 2010). Guru terpaksa menurut perubahan kurikulum (Nicolopoulou, 2010) dengan memilih dan menggunakan pendekatan langsung supaya kanak-kanak menguasai kemahiran
  • 8. PRASEKOLAH SK KRAIT literasi dan matematik dengan cepat mengikut masa dan standard akademik yang telah ditentukan dalam kurikulum (Miller & Almon, 2009). Kajian awal yang dilakukan oleh Jemaah Nazir Sekolah pada tahun 2005 setelah diperkenalkan pendekatanbelajarmelalui bermainpada tahun 2003 di Malaysia menunjukkan bahawa kesemua prasekolah yang dilawati telah menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan (2003) sebagai panduan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Malangnya kurikulum yang menjadi garis panduan untuk proses pengajaran dan pembelajaran tidak ketara penggunaannya di prasekolah yang wujud di Malaysia kecuali prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (Mariani, 2009). Kajian mendapati sebanyak 79.5 peratus guru telah melaporkan penggunaan pendekatan belajar melalui bermain dalam pengajaran mereka, 83.6 peratus menggunakan pendekatan bertema dan 78 peratus menggunakanpendekatanbersepadu.Dapatankajian ini jelas menunjukkan bahawa pendekatan belajar melalui bermain adalah pendekatan yang kerap digunakan dalam proses pengajaran meskipun dianggap sebagai aktiviti yang banyak membuang masa kanak-kanakoleh sesetengahpihak. Walau bagaimanapun, apabila pemerhatian dilakukan sekali lagi dalam kajian yang lain terhadap 20 buah sekolah oleh pegawai prasekolah dari Bahagian Pendidikan Negeri Selangor, dapatan menunjukkan hampir semua kelas tidak melaksanakan pendekatan belajar melalui bermain (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2007). Rumusan awal yangdibuatialah guru mempunyai pandangan positif terhadap pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh kurikulum prasekolahtetapi sukaruntukmelaksanakannya di dalam kelas kerana kurang pengetahuan dan kemahiran serta tiada panduan yang khusus untuk melaksanakan pendekatan tersebut. Menurut Rashidi dan Abdul Razak (1995), antara sebab guru masih tidak mengamalkan pembelajaran berfikrah walaupunmereka sedar kepentingan ini adalah kerana guru kurang pengetahuan tentang teori pembelajaran yang dicadangkan oleh kementerian. Akibatnya banyakprasekolahtelah mengurangkan pendekatan bermaindan ada
  • 9. PRASEKOLAH SK KRAIT sesetengahnya yang menolak terus pendekatan tersebut dari proses pengajaran dan pembelajaran (Bodrova &Leong,2003;Brandon,2002 dalam Zigler & Bishop-Josef,2006). 5. Kesimpulan Aktiviti bermain merupakan teknik yang mudah untuk guru prasekolah aplikasikan kepadakanak-kanaktanpa perlu dipaksa dan diajar secara rumit. Hal ini kerana apabila kanak-kanak bermain, mereka sebenarnya diberi peluang menggunakan dan mengasah kreativiti sedia ada yangdimiliki untukmenyelesaikan masalahsama ada secara individu mahu pun berkumpulan.Dalam hal ini, pendidik perlu memainkan peranan penting dalam membina dan menggalakkan motivasi intrinsik kanak-kanak terutamanya di prasekolah. Sebagai guru prasekolah, mereka perlu bertindak balas terhadap keperluan setiap kanak-kanak yang berada di dalam kelasnya. Penggunaan pendekatan belajar melalui bermain boleh membantu meningkatkan motivasi instrinsik kanak-kanak ke peringkat yang lebih tinggi dalam setiap perkembangannya (Rubin, Fein & Vandenburg, 1983). Menurut Isenberg dan Quisenberry (2002), aktiviti bermain yang disediakan untuk kanak-kanak dapat menyokong peningkatan motivasi instrinsik hasil daripada emosi positif yang hadir ketika bermain. Emosi yang positif, seperti rasa ingin tahu dan rasa seronok secara umumnya dapat meningkatkan prestasi pembelajaran kanak-kanak melalui aktiviti bermain yang disediakan oleh guru.Oleh itu,guru perlu komited untukmemastikan pendekatan belajar sambil bermain dapat dilaksanakan dengan cekap,berkesan untukmelahirkan modal insanyangmenguasai ilmu, berkemahiran tinggi dan mempunyai daya saingyangtinggi.Peranan guru prasekolah perlu diperhebat dengan memberi ruang atau stimulus kepada kanak-kanak supaya dapat bermain, menyediakan bahan dan material kepada kanak-kanak untuk membentuk pengetahuanmelaluibermain danjugamenjadi pemerhati yangcekap kepada kanak-kanak ketika bermain. Hal ini kerana bermain bukan sahaja dapat mengasah kemahiran dan pengetahuan kanakkanak malah ia merupakan satu medium yang mampu meningkatkan motivasi kanak-kanaksecara semula jadi.
  • 10. PRASEKOLAH SK KRAIT Rujukan Aida Suraya Md. Yunus & Wan Zah Wan Ali (2009).Motivation in the learning of mathematics. European Journal of Social Sciences. Vol. 7, No. 4 (93-101). Bomia, L., Beluzo, L., Demeester, D., Elander, K., Johnson, M., & Sheldon,B. 1997.The impact of teachingstrategies on intrinsic motivation. Champaign, IL: ERIC Clearinghouse on Elementaryand Early Childhood Education. Bredekamp,S. (1987). Developmentallyappropriate practice in early childhood programs servingchildren from birth through age eight. Washington,DC: NAEYC. Cleave,S. & Brown, S. (1989).Four year olds in school: Meetingtheir needs.Windsor:NFER-Nelson. Deci, E. L. (1975). Intrinsicmotivation.New York:Plenum Publishing. Duncan, J. & Lockwood, M. (2008). Learning through play: A work based approach for the early years professional. London: ContinuumInternational PublishingGroup. Eliason, C. & Jenkins, L. (2003). A practical guide to early childhood curriculum (5 th ed.). New York: Mac Millan College Publishing Company. Froebel,F. (1889). The education of man. New York: E. Appleton. Frost, J. L., Bowers, L., & Wortham,S., (1990).The state of American playgrounds. Journal of Physical Education, Recreation, and Dance.Vol 61 (8), hlm. 18-23. Hall, N. & Abbott, L. (1991). Play in the primary curriculum. London: Hodder& Stoughton. Harter, S. (1982). The perceived competence scale for children. Child Development.Vol.53, 87-97.
  • 11. PRASEKOLAH SK KRAIT Isenberg,J. P. & Quisenberry,N. (2002). Play: Essential for all children. A position paper of the Association for Childhood Education International. www.acei.org/playpaper.htm. Dilayari pada 6 Mac 2011. Landreth G. L., Baggelly,J., & Tyndall,A. L. (1999).Beyond adapting adultcounselingskills foruse with children:The paradigm shift to child-centered play therapy. Journal of Individual Psychology,55(3), 272-288. Lepper, M. R. (1985). The play's the thing. (Review of Mind at Play). ContemporaryPsychology,30, 312-313. Lepper, M. R. & Chabay, R.W. (1985). Intrinsic motivation and instruction: Conflicting views on the role of motivational processes in computer-based education. Educational Psychologist,20, pp. 217-230. Malone, T. W & Lepper, M. R. (1987). Making learning fun: A taxonomymodel of intrinsic motivations for learning.Dalam R. E. Snow & M. J. Farr (eds). Aptitude, learningand instruction. Vol. 3, 255-286. Mariani Md Nor (2009). Kepentingan bermain dalam pendidikan prasekolah. http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain- Dalam-PendidikanPrasekolah.Dilayari pada 11 Januari 2010. Martin, D. J. (2001). Construction early childhood science. Delmar: Albany. Mastura Badzis (2009). Pendidikan anak-anak di peringkat awal umur berasaskan binaan kurikulum yang integratif. Minda Madani Online.Dilayari pada 20 April 2011. Morrison, G. S. (1995). Early childhood education today. New Jersey: Merrill Prentice Hall. Morrison,G. S. (1998).Earlychildhood educationtoday.UpperSaddle River, NJ:Prentice Hall.
  • 12. PRASEKOLAH SK KRAIT Middleton,J.A. & Spanias,P. A. 1999.“Motivation forachievementin mathematics: Findings,generalization and criticism of the research”, Journal for Research in Mathematics Education,30(1),65–88. Miller, E. & Almon,J. (2009). Crisis in the kindergarten:Whychildren need to play in school. www.eddigest.com. Dilayari pada 19 Februari 2011. Nicolopoulou, A. (2010). The alarming disappearance of play from early childhood education. Human Development 2010. Vol. 53, 1-4. Nor Azan Mat Zin. 2005. Pembangunan dan Kepenggunaan Perisian Kursus Adaptif Multimedia (A-MathS): Reka Bentuk Berasaskan Stail Pembelajaran. Tesis Ph.D. Universiti Kebangsaan Malaysia. Pintrich, P. R., & Schunk, D. (1996). Motivation in education:Theory, research and applications. Upper Saddle River, New Jersey: Prentice Hall. Kementerian Pendidikan Malaysia. Laporan kajian kes pendidikan prasekolah 2008. Kuala Lumpur: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikandengan kerjasama UNICEF. Reeve, J. (2001). Understanding motivation and emotion. (3th ed). United States of America : Harcourt Brace College. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum Prasekolah. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd:Selangor. Rubin, K. H., Fein, G., & Vandenberg, B. (1983). Play. Dalam E.M Hetherington (ed.). & P. H. Mussen. Handbook of child psychology: Vol. 4. Socialization, personality and social development(pp.698-774).New York: Wiley. Sloan, T., Daane, C.J. & Giesen, J. (2004). Learning Styles of Elementary Preservice Teachers. College Students Journal. 38(3): 494-501.
  • 13. PRASEKOLAH SK KRAIT Sluss,D., J. (2005). Supportingplay:Birth through age eight. Canada: Thomsom DelmarLearning. Vickerius,M., & Sandberg,A. ( 2006).The significance of play and the environmentaround play. Early Child Developmentand Care , 176, 207–217. Vygotsky, L. S. (1978). Mind in society: The developmentof the higher psychological processes. Cambridge,MA: Harvard University Press. Zigler, E., & Bishop-Josef,S. (2006).The cognitive child vs. The whole child: Lessons from 40 years of head start.In D.Singer, R. M. Golinkoff,&K. Hirsh- Pasek (Eds.), PlayLearning: How play motivates and enhances children’s cognitive and socialemotional growth.New York, NY: Oxford University Press.